resssssssssssport penuh

99
BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan Latihan Industri Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Program ini merupakan satu syarat wajib dalam pengajian di seluruh Politeknik Malaysia bagi membolehkan pelajarnya layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Bagi pelajar di peringkat Sijil, mereka di kehendaki menjalankan Latihan Industri pada semester ke-3, manakala bagi pelajar Diploma, mereka akan menjalankan latihan ini pada semester ke-4. Ia merupakan salah satu latihan yang berbentuk praktikal. Ianya dilakukan dalam situasi sebenar dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pendedahan seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan perkara yang pernah dipelajari di dalam kelas kepada keadaan yang sebenar. Di samping itu, Selain itu, Latihan Industri boleh memberi peluang kepada para pelajar untuk membuka ruang bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat secara tidak langsung dan langsung. Para pelajar boleh berhubung secara langsung atau tidak langsung sama ada di pejabat mahu pun luar pejabat. Di samping itu, para pelajar dapat menanam sifat bekerjasama di dalam kerja berpasukan, menjalinkan hubungan baik sesama pekerja sama ada peringkat atasan mahu pun pihak bawahan. 1

Upload: muhammad-burhanuddin

Post on 26-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

TRANSCRIPT

BAB 1

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan IndustriLatihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Program ini merupakan satu syarat wajib dalam pengajian di seluruh Politeknik Malaysia bagi membolehkan pelajarnya layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Bagi pelajar di peringkat Sijil, mereka di kehendaki menjalankan Latihan Industri pada semester ke-3, manakala bagi pelajar Diploma, mereka akan menjalankan latihan ini pada semester ke-4.

Ia merupakan salah satu latihan yang berbentuk praktikal. Ianya dilakukan dalam situasi sebenar dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pendedahan seperti ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan perkara yang pernah dipelajari di dalam kelas kepada keadaan yang sebenar. Di samping itu, Selain itu, Latihan Industri boleh memberi peluang kepada para pelajar untuk membuka ruang bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat secara tidak langsung dan langsung. Para pelajar boleh berhubung secara langsung atau tidak langsung sama ada di pejabat mahu pun luar pejabat. Di samping itu, para pelajar dapat menanam sifat bekerjasama di dalam kerja berpasukan, menjalinkan hubungan baik sesama pekerja sama ada peringkat atasan mahu pun pihak bawahan. Hal ini membolehkan mereka membentuk ikatan silaturahim di antara mereka.

Pengalaman dan pendedahan boleh dijadikan sebagai panduan dan kelebihan yang ada bagi menembusi pasaran kerja setelah para pelajar menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing. Insan yang berilmu, berguna dan berdaya saing akan memperolehi peluang yang cerah untuk kejayaan di masa hadapan.Sungguh pun begitu, kekuatan jati diri akan menentukan keadaan sebenar setiap pelajar. Lantaran itu, setiap pelajar itu sendiri seharusnya bekerja keras untuk memajukan agama, bangsa dan negara bagi mencapai peradaban bangsa Malaysia di persada antarabangsa.

Akhir sekali, para pelajar seharusnya merebut peluang untuk memajukan diri dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sepanjang Latihan Industri yang dijalankan.

1.1.2Objektif Latihan Industri

Latihan Industri diwujudkan adalah bertujuan untuk kepentingan pelajar. Objektif Latihan Industri boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.

ii) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari dengan aspek praktikal atau sebaliknya.

iii) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.

iv) Menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.v) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam Industri.

vi) Menyediakan Laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Politeknik.

vii) Membantu pelajar mengembangkan tahap kemahiran dan pengetahuan di dalam pelaksanaan projek akhir yang bakal dilaksanakan supaya ianya lebih berkesan dan berkualiti dengan penambahan ilmu pengetahuan kesan Latihan Industri.

viii) Membentuk kemahiran berkomunikasi, pengurusan dan keusahawanan.

ix) Membentuk etika kerja secara profesional.

x) Menyediakan peluang kepada organisasi berkenaan sama ada swasta, badan-badan berkanun atau pun kerajaan memindahkan pengalaman dan kepakaran yang bersesuaian kepada pelajar dalam membantu melahirkan lebih ramai tenaga profesional.

1.1.3 Objektif Laporan Latihan IndustriSetiap pelajar yang telah menamatkan Latihan Industri wajib menyediakan satu laporan bagi melengkapkan Latihan Industri. Laporan hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Laporan tersebut meliputi latar belakang firma dan proses-proses kerja serta mengaitkan teori dengan keadaan sebenar semasa latihan. Antara tujuan bagi menyediakan laporan Latihan Industri adalah :

i) Membuktikan pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri seperti ditetapkan oleh pihak politeknik.

ii) Boleh dijadikan sebagai rujukan semasa menghadiri temuduga oleh pihak politeknik dan masa hadapan bagi memohon pekerjaan.

iii) Memperkembangkan pengetahuan dalam bidang yang diambil oleh pelajar.

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri adalah satu latihan praktikal yang penting dan wajib dijalani oleh setiap pelajar bagi melengkapkan pengajian mereka di Politeknik. Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar adalah untuk :

i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.ii) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.iii) Meluaskan pengalaman pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja .iv) Meluas dan menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar.v) Memberi peluang pelajar memperkenalkan diri kepada bakal majikan dari segi kebolehan, sikap dan kesanggupan.vi) Menilai kebolehan diri sendiri dalam persediaan menghadapi alam pekerjaan.BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

2.1 Pengenalan Organisasi

SEJARAH PENUBUHAN

JMSB adalah singkatan bagi nama syarikat Rimbun Tekad Jurumart Sdn Bhd. Dibangunkan oleh 2 orang anak tempatan yang dahulunya hanya bekerja sebagai pekerja am. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang ada, pengarah syarikat iaitu En. Mohd Zakaria Bin A.Rahman dan rakan kongsi niaganya iaitu En. Wan Mohd Zailani Bin Wan Muda telah berjaya menubuhkan JMSB dengan hanya berbekalkan sedikit modal dan dibantu oleh beberapa orang pekeja sahaja.

Bermula daripada sebuah syarikat yang kecil, dari masa ke semasa JMSB semakin dikenali kerana telah menjalankan banyak aktiviti serta kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya mahupun pembinaan bangunan. Sehingga hari ini, JMSB telah pun diiktiraf oleh Pusat Perkhidmatan Kontraktor sebagai Syarikat Kontraktor Kelas A dan telah mempunyai hampir dua ratus (40) orang kakitangan.2.2 Latar Belakang OrganisasiJurumart Sdn Bhd (JMSB) telah ditubuhkan pada 19 Februari 1994 dan telah didaftarkan pada 25 Mei 1995 di bawah Pusat Perkhidmatan Kontraktor di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dan telah diiktiraf sebagai Syarikat Kontraktor Kelas A .di mana ianya membuktikan bahawa JMSB berkemampuan menjalankan semua kerja-kerja berkaitan pembinaan .

NAMA SYARIKAT

:Jurumart Sdn Bhd

NO. DAFTAR SYARIKAT:290095 - T

TARIKH DIDAFTARKAN:19hb Februari 1994

ALAMAT DIDAFTARKAN:No-9-1Jalan 4/4CDesa Melawati53100 Hulu Kelang Selangor

ALAMAT PERNIAGAAN

& SURAT - MENYURAT:Lot 11709, Pekan Batu Lapan ( 8 )

Jalan Kelantan

21200 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

SETIAUSAHA SYARIKAT:Asmadi Bin Ariffin ( LS 00113 )

70 - H, Jalan Air Jernih

17500 Tanah Merah KelantanJURUAUDIT

:Lau, Wong & Yeo ( AF 0838 )

Lot 501, Tingkat 5

Plaza Perdana

Jalan Engku Anom 1

20300 Kuala Terengganu

EJEN CUKAI

: WYT Tax Advisory Sdn. Bhd.

(231328V) Lot 501, Tingkat 5

Ampang PointJalan AmpangMODAL DIBENARKAN: RM1,000,000.00

MODAL BERBAYAR :RM 950,002.00

LEMBAGA PENGARAH:En. Mohd Zakaria Bin A.Rahman : Haji W. Mohd Zailani Bin Haji W. Muda

AHLI LEMBAGA PENGARAHEn. Mohd Zakaria Bin A.Rahman Mengendalikan urusan pentadbiran, pengurusan kontrak dan projek, hal kewangan, perniagaan dan pemasaran.

Pendidikan

SPVM (Sek Men Vokasional Kuala Terengganu Tahun 1983)

Kursus Yang Dihadiri

Kursus Intensif Bahasa Jepun Tahun 1985

Nippon Steel Corporation Tahun 1985

Pemborong Binaan Asas Tahun 1988

Persediaan Perusahaan Dan Perdagangan Tahun 1988

Seminar Sistem Pengurusan Untuk Kontraktor tahun 2000

Pengalaman Pekerjaan

Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan projek dan kerja-kerja kontrak sejak tahun 1987 hingga kini

Haji W. Mohd Zailani Bin Haji W. Muda

Mengendalikan urusan pentadiran, pengurusan kontrak dan projek, hal ehwal kewangan, perniagaan dan pemasaran

Pendidikan

SPMV (Sek Men Vokasional Tanah Merah Tahun 1982 )Kursus yang dihadiri

Seminar Pengenalan Dan Pengurusan MS ISO 9001 tahun 2001

Program Latihan Korporat / Pengarah Syarikat 2002

Pegalaman Pekerjaan

Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja kontrak dan teknikal projek sejak tahun 1985 hingga kini.

2.3 Aktiviti Organisasi Memberikan perkhidmatan berasaskan pembinaan seperti jalan raya dan bangunan. Antara contoh perkhidmatan yang telah dijalankan oleh JMSB adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

i. Pembinaan Jalan Citrus Valley dari Durian Mentangau Kg. Serdang Dungun Terengganu.

ii. Membina dan menyiapkan bangunan tambahan dan kerja yang berkaitan di Sek. Keb. Kg. Tengah Bachok Kelantaniii. Cadangan Membaik pulih Jalan Persekutuan Daerah Jerteh Kelantan..

iv. Cadangan Taman Perumahan TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu.

v. Menggantikan Jambatan sedia ada yang Rosak di Sungai Buaya, Kuala Terengganu.

vi. Memperelokkan Jalan Persekutuan dari Kuala Terengganu Kota Bharu.

vii. Cadangan Naiktaraf Institut Kemahiran Belia (IKBN) Marang Terengganu.

viii. Membekal, membina dan menyiapkan kerja premix Mukim Chendering Kuala Terengganu.

ix. Cadangan membina dan menyiapkan kerjakerja infrastruktur di Kawasan Pembangunan Taman Ilmu, Mukim Tembila Besut Terengganu.

x. Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Daerah Kemaman Terengganu.

xi. Cadangan melebar bahu Jalan dan lainlain kerja di Laluan FT14 Dungun Terengganu.

Menjalankan perniagaan berasaskan produk yang dihasilkan syarikat sendiri iatu sejenis bahan asas yang digunakan pada lapisan atas permukaan jalan raya yang dinamakan sebagai Premix.2.4 Hala Tuju Organisasi Menjadikan JMSB sebuah rangkaian tenaga perindustrian dan teknologi syarikat bumiputera yang dinamik dan terunggul sepanjang masa.

Membuka lebih banyak peluang pekerjaan menerusi industri pembinaan kepada penduduk setempat.

Membantu meningkatkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui industri pembinaan.

Mengaut keuntungan daripada perkhidmatan yang dijalankan dengan memastikan tender yang diterima tidak akan mendatangkan masalah kepada syarikat

2.5Carta OrganisasiJURUMART SDN BHD

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI1.1Latihan

Minggu Pertama ( 17 22/12/2013 )i) Diberi penerangan tentang latar belakang syarikat , peraturan, tempat yang akan ditempatkan dan lain-lain.

ii) Melawat tapak projek iatu Projek Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan.iii) Kerja-kerja pembinaan bumbung pejabat tapakMinggu Kedua ( 24 29/12/2013 )

i) Kerja-kerja memasang pagar zink pejabat tapak.

ii) Cuti Chrismas (25/12/2013)

iii) Kerja-kerja mengukur center lineiv) Melakukan kerja-kerja pejabat seperti photostat Delivery Order (D.O) dan menyusun fail.

v) Melakukan kerja-kerja pembakian semula pintu cabine

vi) Membuat persiapan untuk Mesyuarat Tapak . Minggu ketiga ( 31 5/1/2013 )

i) Melakukan kerja kerja pejabat seperti photostat Delivery Order(D.O) dan menyusun di dalam fail.

ii) Mengira Delivery Order ( D.O) untuk Crusherun dengan menambah nett untuk mengetahui jumlahnya.

iii) Mengemaskini fail .

iv) Inventori

v) Kerja-kerja mengukur pad untuk teres bukit

vi) Melawat tapak projek, antara kerja yang sedang dijalankan ialah kerja-kerja mengangkut tanah, pemasangan longkang, kerja-kerja pengukuran dan lain-lain.

Minggu keempat ( 7 12/1/2013 )

i) Membantu Juruukur Bahan menaip Bill Of Quantity untuk elemen Clearing Site.

ii) Membuat kerja-kerja pejabat dengan photostat Delivery Order( D.O).

iii) Membuat bil untuk tuntutan kerja-kerja menumpang ambil tanah di Bukit Apit.

iv) Aktiviti menanda pokok bagi memudahkan kerja-kerja Clearing Site.

v) Kerja-kerja mengukur center line

Minggu Kelima ( 14 19/1/2013 )

i) Kerja-kerja memasang bareer dari CH 00 CH 700ii) Membuat pengukuran untuk item Clearing Site bagi membuat tuntutan dari CH 00-CH 700 .iii) Kerja-kerja pembersihan tapak dari CH 00 CH 700iv) Kerja-kerja mengukur R.O.W

v) Menaip inspection and Testing Plan bagi Projek Cadangan Melebar Bahu dan lain-lain kerja berkaitan.

Minggu Keenam ( 21 26/1/2013 )

i) Kerja-kerja site clearing.ii) Ditugaskan untuk menjaga tapak bina.iii) Kerja-kerja mengukur center line.iv) Cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ( 24/1/2013 )

v) Aktiviti mengukur R.O.W.vi) Membuat kerja-kerja pejabat .

Minggu Ketujuh ( 28 2/2/2013 )

i) Melawat tapak projek .

ii) Menaip maklumat projek, kemajuan kerja dan lain-lain.iii) Kerja-kerja pembersihan tapak bina.iv) Kerja-kerja mengukur center line.v) Inventori

Minggu Kelapan ( 4 9/2/2013)

i) Kerja-kerja mengukur R.O.Wdansetting out.

ii) Kerja-kerja mengorek tanah yang perlu dikeluarkan dari kawasan tapak pembinaan dari CH 600 CH 900.

iii) Menaip status tuntutan dan bayaran untuk mesyuarat teknikal .

iv) Mengira bilangan papan tanda pada drawing Traffic Of Management untuk membuat tempahan .

Minggu Kesembilan ( 11 16/2/2013 )

i) Cuti Tahun Baru Cina (11 12/2/2013 ).

ii) Kerja-kerja mengukur pad teres bukit dan level longkang yang telah siap dibina.iii) Mempelajari kaedah melipat lukisan .

iv) Mengulangkaji

Minggu Kesepuluh ( 18 22/2/2013 ) i) Kerja-kerja pemasangan gabian.

ii) Ditugaskan menjaga tapak bina.

iii) Kerja-kerja import tanah

iv) Mengira kuantiti tanah import

v) Membuat kerja-kerja pejabat .Minggu Kesebelas ( 25 2/3/2013 )i) Membantu Juruukur Bahan memasukkan harga di dalam Bill Of Quantity .ii) Menyemak Bill Of Quantity

iii) Membantu Juruukur Bahan memasukkan harga pada ruangan Amount.iv) Kerja-kerja memasang kaki meja.

v) Mengemaskini planner.

vi) Melihat kerja pemasangan paving inter locking.

vii) Kerja-kerja memasang bekas tisu dalam bilik air.Minggu Keduabelas ( 4 9/3/2013 )

i) Ditugaskan untuk menaip surat.

ii) Membuat kerja-kerja pejabat

iii) Membaiki tombol pintu.

iv) Mengikuti Juru ukur bahan menghadiri lawatan tapak untuk projek Jalan di Perak.v) Kerja-kerja mengecat.Minggu Ketigabelas ( 11 16/3/2013 )

i) Membuat kerja-kerja pejabat .

ii) Menaip Minit Mesyuarat .

iii) Membantu Juruukur Bahan menyiapkan Claim dengan memasukkan nilai untuk to date, previos dan this month.

iv) Cuti demam (15/3/2013).

v) Menyemak Dokumen Kontrak.

Minggu Keempatbelas ( 18 23/3/2013 )i) Membuat kerja-kerja pejabat.

ii) Membuat kerja-kerja pengukuran tanah merah dan premix jalan dari CH 1600 - CH 1900 untuk dibuat tuntutan.iii) Membuat kerja-kerja pengukuran rumput, tinggi longkang dari CH 2100 - CH 2500 untuk dibuat tuntutan.iv) Membuat pengukuran panjang kerb dan longkang di Jalan Reko.v) Kerja-kerja pemasangan gabian.

vi) Plote Mackintosh Test

vii) Piloting existing utilities

Minggu Kelimabelas ( 25 30/3/2013 )

i) Kerja-kerja pasir import

ii) Kerja-kerja membuat treatment level

iii) Pemasangan gabian

iv) Mackintosh test

v) Kerja-kerja ground treatment untuk lays geotextile dan sand replacement.vi) Kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan tanah Minggu Keenambelas ( 1 6/4/2013 )

i) Kerja-kerja pasir import

ii) Kerja-kerja pengorekkan dan treatment level

iii) Mengumpul maklumat pengukuran dan memasukkan dalam format pengiraan.iv) Melakukan kerja-kerja pejabat dengan photostat Delivery Order, menyemak fail projek dan menyusun fail projek.

v) Membantu Juruukur Bahan menyiapkan Claim .vi) Kerja-kerja mengukur bagi menanam semula center line yang sudah hilang.

vii) Kerja-kerja mengukur Finished Road Level.

Minggu Ketujuhbelas ( 8 13/4/2013 )i) Menaip Quatation ( sebut harga ) untuk memilih harga dari pembekal .

ii) Melakukan kerja-kerja pejabat .iii) Menyemak fail-fail projek dan melihat contoh-contoh surat insurans seperti PERKESO , Contractor All Risk ( CAR ) dan lain-lain.

iv) Melawat tapak pembinaan untuk melihat perkembangan projek

v) Kerja-kerja mengecat pad

vi) Memotong kayu untung membuat pad

Minggu Kelapanbelas ( 15 20/4/2013 ) i) Membantu QS membuat Bayaran Interim untuk projek Taman Ilmu dengan memasukkan nilai ke dalam BQ.ii) Mengemaskini fail-fail

iii) Memasukkan nilai pengukuran ke dalam Microsoft Excel bagi projek Pancur Merah.

iv) Membuat pengukuran di tapak R.O.Wv) Membantu QS menyiapkan Bill Of Quatity ( BQ ) dengan menaip description mengikut kehendak QS kami.

Minggu Kesembilanbelas ( 22 27/4/2013 )

i) Melakukan kerja-kerja pejabat .

ii) Kerja-kerja memasang kaki meja.

iii) Ditugaskan untuk menaip surat.

iv) Membuat pengukuran di tapak untuk membuat tuntutan bayaran terakhir.

Minggu Keduapuluh ( 29 5/3/2013 ) i) Menyambung kerja-kerja pengukuran untuk item-item kerb dan premix .

ii) Memasukkan nilai pengukuran ke dalam komputer mengunakan Microsoft excel .

iii) Mengemaskini lakaran- lakaran pengukuran yang dibuat .

iv) Menyambung kerja-kerja pengukuran di kawasan Variation Order(V.O) sepanjang 100 meter dan dikawasan simpang 3 & simpang 4.v) Membuat kerja-kerja pejabat .vi) Mengumpul semua hasil pengukuran dan dikemaskini.vii) Membantu QS memasukkan harga tender bagi projek Jalan Kampung Raja Musa ke Kampung Belimbing, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.viii) Mengemaskini data pengukuran untuk final account ix) Membuat Variation of pricex) Melakukan kerja-kerja dengan photostat delivery order.

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL4.1 Pengenalan Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 20 minggu di Jabatan Kejuruteraan Awam, Jurumart Sdn Bhd, pelbagai kerja teknikal yang telah saya lakukan .Memandangkan kerja-kerja di Unit Awam lebih kepada kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan raya ,saya telah diajar tentang teknik-teknik penyelenggaraan bangunan dan jalan raya, kawasan dan memantau kerja-kerja pencucian . Di sini pelbagai kerja yang diajar kepada saya bermula dari bawah bukan sahaja dari segi penyelenggaraan perkakasan di dalam bangunan dan jalan raya yang merangkumi semua aspek contohnya mengukur jalan, membuat tender atau tawaran dan sebagainya . Saya juga didedahkan dengan kerja kemasan bangunan dan jalan raya seperti cara mengecat bangunan, cara menggunakan alat mengukur dan banyak lagi.Namun begitu, saya juga didedahkan dengan kerja-kerja luar seperti melawat tapak pembinaan tembok penahan dan pemasangan paving block.

4.2Tawaran

4.2.1Pengenalan

Perkembangan industri binaan adalah salah satu faktor yang meningkatkan kamajuan dan kemakuran sesebuah negara. Di negara kita sektor industri binaan berkembang bagitu pesat. Dengan terdirinya binaan yang besar dan tinggi akan membuka mata dunia untuk menenali Malaysia secara lebih dekat. Bagi menjamin kelicinan perjalanan sesuatu projek binaan sudah tentu memerlukan pengurusan atau atur cara yang lebih baik dan terancang.Jenis-jenis kerja dalam industri binaan merangkumi dua bahagian utama:

a) Kerja Pembinaan Bangunan

Ia meliputi kesemua bentuk pembinaan yang boleh dikelaskan dalam

kategori bangunan.

b)

b) Kerja Kejuruteraan Awam

Bahagian ini meliputi kesemua jenis pembinaan yang tidak termasuk dalam kategori bangunan. Contohnya seperti jalan raya, jambatan, empangan, limbung kapal dan sebagainya.

Terdapat juga jenis kerja yang dinamakan kerja khas. Jenis kerja ini biasanya dilakukan bagi melengkapkan kerja pembinaan bangunan dan juga kerja kejuruteraan awam. Contohnya seperti kerja-kerja elektrik, pemasangan hawa dingin dan sebagainya. Kerja kontrak dilakukan antara dua pihak iaitu majikan (bagi pihak gunawan) dan kontraktor binan atau kontraktor. Pelantikan kontraktor binaan untuk menjalankan kerja kontrak dibuat melalui sistem tawaran.4.2.2Definisi Tawaran

Tawaran adalah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk membuat di samping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan.

Tawaran merupakan proses utama yang dilakukan oleh majikan untuk mendapatkan seorang kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor biasanya dibuat melalui pertandingan yang melibatkan perkara tertentu seperti harga dan masa pembinaan. Ini merupakan objektif utama ketika membuat keputusan pemilihan tawaran.

4.2.3Jenis Tawaran

Jenis-jenis tawaran adalah salah satu daripada faktor yang membantu pihak klien dalam membuat pemilihan kontraktor yang difikirkan layak untuk melaksanakan projeknya. Di Malaysia kita mengamalkan beberapa jenis tawaran, antaranya

a. Tawaran Terbuka

b. Tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih

c. Tawaran Perundingan

d. Tawaran Prakelayakan

Projek-projek yang dijalankan di Syarikat Rimbun Tekad adalah daripada projek-projek kerajaan, yang mana pihak kerajaan kerap menggunakan tawaran jenis terbuka dan tawaran terhad atau tawaran terpilih yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

a.Tawaran Terbuka

Tawaran terbuka merupakan jenis tawaran yang biasa diamalkan oleh kerajaan dan badan berkanun. Tawaran jenis ini digunakan bagi mendapatkan harga yang munasabah bagi sesuatu kerja kontrak binaan. Ini dapat dilakukan apabila ramai bilangan kontraktor atau kontraktor yang memasuki tawaran adalah ramai. Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran di dalam akhbar-akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor membuat tawaran harga ke atas projek yang dicadangkan. Penawaran harga yang dibuat oleh kontraktor biasanya berasaskan jumlah anggaran kasar sesebuah bangunan.

Harga ini termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja, kerja kontraktor kecil, kerja sampingan termasuk juga kadar keuntungan. Lebih ramai kontraktor memasuki tawaran ini bermakna lebih banyak rangkaian senarai harga yang diperolehi oleh majikan. Ini membolehkan pihak majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan kepada harga yang sesuai dan munasabah.

Sistem tawaran terbuka dipraktikkan supaya kontraktor binaan dapat menawarkan harga yang paling minimum tanpa menjejaskan mutu kerja dan mutu bahan binaan. Berlaku juga kepada sesetengah kontraktor yang menawarkan harga terendah tetapi tidak dapat menjamin dan menghasilkan mutu kerja yang baik.

Melalui sistem ini, kebiasaannya pihak majikan akan mamilih kontraktor yang menawarkan harga yang terendah. Walau bagaimanapun terdapat syarat yang menyatakan phak majikan tidak semestinya menerima kontraktor yang meletakkan harga yang paling rendah.

i) Kebaikan Sistem Tawaran TerbukaSistem tawaran terbuka merupakan suatu sistem tawaran yang membuka peluang kepada kontraktor yang baru mendaftar dan tidak mempunyai pengalaman yang bagitu banyak. Melalui sistem ini pihak majikan dapat memilih harga tawaran terendah. Ini disebabkan setiap kontraktor berlumba-lumba meletakkan harga tawaran yang paling rendah.Jenis tawaran ini sesuai untuk pembinaan yang rendah atau sederhana hargnya. Bentuk pembinaannya tidak begitu sukar dan tidak memerlukan pengalaman atau kelayakan yang khusus.

ii) Kekurangan Sistem Tawaran TerbukaBagi sistem tawaran jenis terbuka ini proses penyediaan tawaran ini mengambil masa yang lama. Misalnya menggunakan masa yang banyak untuk pengiklanan di akhbar-akhbar awam atau teknikal, penyediaan lukisan lakar, senarai bahan dokumen yang bersangkutan. Oleh itu, tawaran menurut sistem ini tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan kadar yang segera.

Penerimaan sebut harga atau qouotation terendah adalah merbahaya. Kemungkinan tawaran terendah ini akan menghasilkan binaan yang tidak berkualiti, baik daripada segi mutu kerja mahupun mutu bahan. Apabila tawaran terendah dibuat kontraktor akan cuba menambah keuntungan dengan menggunakan bahan binaan berharga murah dan buruh binaan yang kurang mahir. Dengan itu, tidak ada jeminan untuk mendapatkan hasil projek yang baik daripada tawaran yang terendah sekali.

Melalui sistem ini juga akan mendorong pihak kontraktor untuk tidak menggunakan alatan-alatan moden dan teknik baru dalam kerja-kerja pembinaan. Kontraktor juga meletakkan harga terendah biasanya tidak menggunakan peralatan yang baru dan mahal. Penggunaan alatan jenis moden memerlukan belanja yang banyak. Tawaran terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor menyebabkan timbul kesukaran dalam proses pemilihan kontraktor. Pembaziran dari segi masa dan kewangan akan berlaku kerana hanya seorang sahaja kontraktor yang akan dipilih.

Kesimpulanya , walaupun terdapat pelbagai kelemahan, sistem ini masih digunakan. Ia merupakan sistem yang paling baik dalam penggunaan wang awam. \b. Tawaran Terhad Atau Tawaran Terpilihi) Tawaran terhadTawaran terhad merupakan tawaran yang terbuka kepada semua kontraktor yang termasuk di dalam kategori yang telah dinyatakan dalam notis tawaran. Misalnya tawaran terhad adalah untuk kontraktor bumiputera sahaja.

ii) Tawaran terpilih

Tawaran terpilih adalah tawaran yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-kontraktor yang telah dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran ini berlaku di antara kontraktor-kontraktor yang telah dipilih untuk memasuki tawaran. Biasanya bilangan yang dipilih adalah kecil tetapi mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang kerja.

Melalui sistem ini, pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga penyediaan senarai kontraktor binaan dan kelayakannya. Dengan itu, kontraktor yang termasuk di dalam senarai sahaja boleh merebut tawaran. Nama-nama kontraktor disenaraikan dengan cara yang biasa digunakan seperti:

a. Juru perunding bagi pihak majikan mengambil dan menyenaraikan nama-nama kontraktor yang layak. Iklan untuk cadangan projek dikeluarkan kepada mana-mana kontraktor yang termasuk do dalam senarai. Apabila kontraktor memasuki tawaran, pihak majikan akan mamilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah. Kebiasaannya tawaran terendah akan diterima. b. Proses yang diterangkan di dalam Kod Peraturan Pemilihan.

c. Kebaikan Tawaran Terhad atau Tawaran TerpilihKebaikan penggunaan sistem tawaran terhad atau tawaran terpilih adalah pihak majikan akan memperolehi binaan yang berkualiti hasil daripada mutu kerja yang memuaskan. Ini disebabkan oleh kontraktor yang mahir dan mempunyai rekod yang baik. Bagitu juga dari segi peralatan dan susunan organisasi.

Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja-kerja khas yang memerlukan kecekapan dan pengalaman kerja yang tidak terdapat pada kontraktor utama. Kerja-kerja pemasangan alatan dan pembinaan memerlukan penelitian dan kepakaran tertentu.

d. Kekurangan Tawaran Terhad atau Tawaran TerpilihKebanyakan kontraktor yang disenaraikan terdiri daripada kontraktor yang mahir serta berpengalaman. Kemungkinan berlakunya pakatan di antara kontraktor-kontraktor atau lebih dikenali sebagai pakatan harga. Dengan perkataan lain, kontraktor-kontraktor akan meletak, menetap serta menutup harga dalam tawaran mereka.

Misalnya, jika terdapat enam kontraktor yang ada di dalam senarai tawaran, jika kontraktor ini mengenali antara satu sama lain, mereka akan membuat satu pakatan. Kontraktor yang ingin memenangi projek tersebut hendaklah meletakkan harga tawaran yang lebih tinggi daripada kos yang dikira berdasarkan pelan kasar. Manakala lima kontraktor yang lainnya akan meletakkan harga yang lebih tinggi daripada kontraktor yang pertama tadi.

Apabila kontraktor pertama memenangi tawarannya kerana harga terendah maka kontraktor pertama hendaklah memberi wang saguhati kepada lima kontraktor tadi. Ini berdasarkan perjanjian yang teleh dipersetujui sebelumnya. Ini dikenali sebagai harga penutup.

Oleh kerana keupayaan sesebuah organisasi kontraktor itu berubah-ubah dari masa ke semasa maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor tersebut. Daripada senarai yang dicatatkan tidak semua kontraktor yang layak dimasukkan di dalam senarai. Oleh yang demikian majikan hanya mendapat beberapa tawaran sahaja.

4.2.4 Isi Kandungan Dokumen Tawarana) Panggilan Tawaran Dan Pengambilan Borang Tawaran

Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletakkan harga tawarannya yang fikirkan sesuai.Panggilan tawaran selalunya dilakukan oleh pihak majikan atau JKR dengan mempamerkan kenyataan tawaran tersebut dalam akhbar. Dalam kenyataan ini disebutkan jenis kerja yang di tawarkan, kelas kontraktor dan pecahan kepala serta perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan tawaran. Perkara lain yang dinyatakan termasuklah masa dan tempat mengambil borang tawaran dan tarikh tawaran ditutup.

Kontraktor yang berkelayakan akan mengambil borang tawaran dan membuat tawaran berdasarkan kepada perkara-perkara yang terkandung di dalam Dokumen Meja Tawaran. Kebiasaannya bagi kerja-kerja kecil yang memakan belanja kurang daripada RM 50,000.00 panggilan tawaran tidak akan dibuat melalui surat khabar. Kenyataan tawaran kerja untuk ini hanya akan dipamerkan di papan kenyataan pejabat JKR. Oleh itu, perlulah pihak kontraktor sentiasa berulang kali ke pejabat JKR untuk mencari peluang-peluang kerja yang ditawarkan.

Dokumen tawaran boleh didapati dengan cara membelinya ataupun melihatnya di bilik Meja Tawaran. Ianya bergantung kepada maklumat yang dikeluarkan dalam kenyataan atau iklan tawaran.

b) Jenis-Jenis Dokumen TawaranSekiranya kontraktor telah memenuhi syarat yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran maka bolehlah mereka memasuki tawaran tersebut. Untuk membuat tawaran, kontraktor mestilah mendapatkan borang-borang atau dokumen tawaran tertentu daripada pihak pejabat JKR seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu.

Dokumen-dokumen tawaran yang akan diberi kepada kontraktor tertakluk kepada jenis kontrak yang ditawarkan. Sekiranya kontrak ini berdasarkan senarai bahan, maka dokumen tawaran yang akan diberi kepada kontraktor ialah senarai bahan, borang tawaran penentuan kerja dan lukisan penting. Sekiranya kontrak ini berdasarkan Lum Sump maka dokumen tawaran yang akan diberikan kepada kontraktor ialah jadual tawaran, borang tawaran, semua lukisan dan jadual kerja.

Berikut ialah senarai kandungan dokumen tawaran yang biasa digunakan:

1. Naskah meja tawaran

2. Borang tawaran

3. Borang penerimaan tawaran

4. Penentuan kerja

5. Jadual kadar harga

6. Lukisan

7. Senarai bahan

8. Arahan kepada petender

9. Syarat-syarat tawaran

c) Naskah Meja TawaranBiasanya sebelum sesuatu tawaran dipanggil, JKR akan menyediakan satu dokumen tawaran yang mana akan dipamerkan untuk kontraktor-kontraktor menyemak dan menggunakannya. Naskah ini terkandung beberapa dokumen yang tertentu yang berkaitan dengan projek yang ditawarkan. Ini termasuklah syarat-syarat kontrak borang tawaran, lukisan, penentuan kerja dan lain-lain lagi. Setelah satu tawaran diterima, naskah ini akan menjadi asas dalam penyediaan dokumen kontrak kelak. Sebagaimana yang tersebut di atas, naskah meja tawaran ini akan dipamerkan untuk kontraktor-kontraktor yang ingin membuat tawaran dan kontraktor-kontraktor akan berdasarkan kepada apa yang terkandung di dalam dokumen ini bagi membuat tawarannya.

Pada kebiasaannya, naskah meja tawaran (T.T.D) ini akan dipamerkan d tempat-tempat yang tertentu seperti berikut :

1. Sekiranya tawaran ini dipanggil oleh Pengarah Negeri, naskah-naskah meja tawaran ini akan dipamerkan di pejabat Pengarah yang berkenaan di pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan.

2. Tawaran Persekutuan yang dipanggil oleh Pengarah Negeri, naskah meja tawarannya dipamerkan di Bahagian Kontrak Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

Menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menentukan bahawa semua dokumen yang diterima pada masa pengembalian dokumen adalah sama dengan apa yang terdapat di dalam TTD, terutama sekali lukisan-lukisan, kerana segala tuntutan di atas ketidaksamaan ini tidak akan dilayan sama sekali.

d) Borang Tawaran

Merupakan borang yang digunakan oleh pentender untuk memasuki tawaran. Dalam borang tersebut perlu diisikan dengan harga tawaran serta tempoh penyiapan kerja pembinaan yang dapat dilakukan oleh pemborong. Dalam urusan memasuki tawaran di wajibkan mematuhi syarat-syarat tawaran.

e) Borang Penerimaan Tawaran

Ia digunakan oleh pihak majikan atau Pegawai Penguasa (S.O) untuk menyatakan persetujuannya menerima tawaran. Borang ini kemudiannya dihantar kepada pemborong untuk disimpan.

f) Penentuan Kerja

Penentuan kerja yang menerangkan dan menghuraikan perkara-perkara yang bersangkutan denga kontrak. Di antaranya ialah:

1. Kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran.

2. Mutu minimum bahan binaan yang diperlukan termasuk kerja-kerja pembinaan.

3. Menerangkan bagaimana sesuatu kerja patut dijalankan.

4. Menetapkan mutu minimum penghasilan kerja.

g) Jadual Kadar Harga

Jadual ini disediakan oleh pihak majikan. Di dalamnya terdapat senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan. Harga yang terdapat dalam senarai ini termasuk harga bahan dan upah pemasangan tetapi tidak termasuk keuntungan. Jadual ini digunakan jika terdapat perubahan kerja semasa kontrak masih dikuat-kuasakan. Di samping itu, ia juga dapat membantu pemborong dalam meletakkan harga tawaran.

h) Lukisan

Ia dapat menggambarkan sesuatu kerja perlu dibuat dan disiapkan supaya kelihatan sepeti dalam lukisan pelan. Pelan dan penentuan adalah bahan yang digunakan untuk memberi penerangan kepada pemborong. Jika terdapat perkara yang tidak terang dalam pelan maka rujukan hendaklah dibuat kepada penentuan.

i) Senarai Bahan

Bagi projek-projek yang rumit lagi sulit, senarai kuantiti (bahan) disediakan untuk memudahkan kontrakror membuat anggaran. Bagi projek-projek yang tidak disediakan senarai kuantiti, selain menggunakan cara keluasan lantai, sebaik-baiknya kontraktor menyediakan sendiri senarai kuantiti projek berkenaan untuk membolehkannya membuat anggaran yang tepat. Dalam membuat pengiraan kadar harga, perkara-perkara berikut perlulah diambil kira:

1. Kos bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran

2. Kos alat jentera (jika ada)

3. Kos buruh

4. Kos pengangkutan

5. Keuntungan

Setiap kontraktor seharusnya mempunyai senarai kadar harganya sendiri untuk memudahkannya membuat anggaran. Serta perundingan kadar harga untuk kerja-kerja tambahan.

4.2.5Iklan Tawaran

i)Pengenalan Kepada IklanKebiasaannya kerap kali kita terlihat dan terjumpa pelbagai jenis iklan samada di dalam surat khabar, majalah, radio, televisyen, internet dan sebagainya. Daripada iklan ini kita dapat mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh pengiklan tersebut dengan membaca tajuk iklan tersebut. Di dalam surat khabar banyak disiarkan keratan-keratan iklan yang berkaitan dengan tender seperti tender bagi pembinaan bangunan, tender pembinaan jalan, tender pemasangan peralatan sokongan dan bermacam jenis tender yang boleh juga kita perolehi daripada media-media massa pada hari ini. Iklan tawaran adalah kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu pemborong agar memasuki tawaran bagi projek-projek yang telah dirancangkan.

ii) Memahami Iklan Tawaran

Di dalam iklan terdapat maklumat-maklumat yang penting dan berguna kepada penender-penender yang ingin memasuki tawaran. Berikut ialah maklumat-maklumat penting di dalam iklan :

a. Jenis iklan tawaran

b. Nama projek

c. Kelas pemborong

d. Kepala dan pecahan kepala

e. Masa dan tempat projek

f. Perlu dimasukkan ke dalam pati tawaran

g. Wang cagaran dan wang dokumen

h. Tarikh tutup tawaran

i. Fasal pengecualian

j. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan projek

iii)Fungsi Iklan

Iklan adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas di negara kita untuk menyampaikan atau menyatakan sesuatu kepada pengguna. Iklan buka sahaja berkaitan dengan tawaran namum ada juga iklan yang mempromosikan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pengguna. Fungsi iklan adalah untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu kepada pengguna berdasarkan kepada tajuk iklan tersebut.

Konsep pengiklan digunakan kerana ianya mudah dan penyebaran maklumat melaluinya adalah pantas dan berkesan jadi tidak hairanlah di ruangan iklan dipenuhi dengan banyak tawaran-tawaran samada tawaran pembinaan bangunan, pemasangan peralatan elektrik, pembinaan tangki kumbahan, pengubahsuaian bangunan dan sebagainya terdapat di dalam ruangan iklan di setiap naskah akhbar. Namun bagitu tidak semua tawaran akan di iklankan mengunakan kaedah ini kerana ada yang menggunakan kaedah papan kenyataan. Contohnya, bagi jumlah projek yang tidak melebihi RM 50,000.00.

iv) Medan Iklan

Penyampaian iklan menggunakan pelbagai medan yang bertujuan untuk mempercepatkan, memudahkan serta penyampaian yang jelas kepada pengguna. Pada masa kini terdapat banyak kaedah atau medan yang digunakan untuk menyebarkan maklumat atau iklan. Contohnya :

a.Surat khabar

b.Majalah

c.Papan kenyataan

d.Radio

e.Televisyen

f.Internet

g.Surat rasmiBagi iklan-iklan yang ada pada masa kini adalah sangat sesuai jika menggunakan perantaraan surat khabar sebagai medan utama. Ini kerana surat khabar adalah medan yangterbaik kerana ianya bersifat kekal. Surat khabar adalah bahan cetakkan dan ianya kekal berada di atas kertas tersebut selain itu surat khabar juga adalah bahan rujukan utama penduduk utama di Malaysia khusunya. Maka tidak hairanlah mangapa terdapat banyak iklan di dalam surat khabar setiap hari.

Namun begitu, tidak semua iklan akan disampaikan melalui surat khabar kerana terdapat juga iklan yang disampaikan melalui medan-medan seperti contoh di atas. Medan iklan perlu di sesuaikan dengan jenis iklan yang akan disampaikan supaya ianya boleh diterima oleh pengguna. Bagi iklan tawaran surat khabar adalah medan yang terbaik.

4.2.6Lawatan Tapak Bina

i)Pengenalan

Lawatan tapak bina atau site visite adalah salah satu daripada syarat-syarat wajib untuk masuk tawaran bagi sesetengah tawaran. Terdapat syarat-syarat tawaran yang mewajibkan kehadiran lawatan tapak dan terdapat juga syarat-syarat tawaran yang hanya menggalakkan penender untuk hadir dalam sesi lawatan tapak bina tersebut. Kebiasaannya, pihak kontaktor akan menghantar wakil daripada syarikat untuk menghadiri taklimat lawatan tapak tersebut jika ianya adalah diwajibkan di dalam syarat-syarat tawaran.

Untuk mengetahui sama ada tawaran tersebut di wajibkan lawatan tapak bina atau pun tidak, maka perlu dirujuk pada iklan tawaran samada dalam surat khabar, di papan-papan iklan, internet ataupun di dalam majalah-majalah. Di dalam iklan tersebut dinyatakan pelbagai maklumat seperti nama pemilik, jenis tawaran, tarikh tutup tawaran, tarikh mula jualan tawaran, masa tutup tawaran, tempat lawatan tapak, masa lawatan tapak dan sebagainya.

ii)Tujuan Lawatan Tapak Bina

Tujuan lawatan tapak bina adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak kontraktor untuk melihat sendiri tapak pembinaan yang dirancangkan supaya pihak kontraktor dapat mengenalpasti kaedah pembinaan yang sesuai digunakan berdasarkan kepada kawasan tapak pembinaan tersebut seperti permukaan tanah, laluan keluar dan masuk ke dalam tapak pembinaan, binaan-binaan yang terdapat di sekeliling, tumbuhan yang terdapat dalam tapak pembinaan tersebut serta faktor-faktor lain yang perlu diberi perhatian.

Apabila pembinaan dibuat dikawasan seperti jalan raya maka, pihak kontraktor akan menengenalpasti kaedah yang akan digunakan supaya tidak mengganggu lalu lintas dan pada masa yang sama dapat menjalankan pembinaan jalan mengikut perancangan yang telah dirancang. Hasil lawatan tapak bina ini juga akan membantu pihak kontraktor untuk membuat anggaran bagi kerja-kerja sementara. Kerja sementara ialah seperti pembinaan jalan altenatif, papan tanda, pembinaan holding, pancang tanda dan sebagainya.

iii)Kehadiran

Kehadiran ke taklimat tapak bina akan diambil selepas taklimat tapak bina, namun terdapat juga pihak yang mengambil kehadiran sebelum taklimat bermula. Wakil kontraktor yang datang akan menulis maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nama wakil, nama syarikat, alamat syarikat, kelas kontraktor, tarikh dan masa. Kebiasaanya jika tawaran adalah jenis terbuka maka ramai pihak kontraktor akan menghadirkan diri dan ini memerlukan masa yang lama untuk proses pendaftaran. Namum begitu, pihak kontraktor tidak boleh mengambil ringan akan perkara ini, kerana jika pihak kontraktor tidak menulis kedatangan dalam kertas yang diedarkan maka ianya akan memberikan kesan semasa proses pembelian tawaran.

Semasa pembelian tawaran pihak yang menjual tawaran akan menyemak senarai nama kontraktor yang menghadirkan diri ke taklimat lawatan tapak bina. Jika didapati nama kontraktor tidak terdapat di dalam senarai tersebut maka pihak yang menjual tawaran berhak untuk tidak menjual tawaran tersebut kepada kepada pihak kontraktor. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian supaya wakil kontraktor yang menghadirkan diri ke taklimat tapak bina perlu menulis kehadiran walaupun lambat menghadiri ke taklimat tersebut. Maklumat yang menyatakan kehadiran wakil kontraktor adalah salah satu daripada syarat untuk memasuki tawaran.

iv)Taklimat Ringkas

Taklimat ringkas adalah satu taklimat yang mana semua wakil kontraktor yang berminat untuk membeli tawaran menghadirkan diri ke lawatan tapak bina untuk melihat sendiri bagaimana keadaan tapak bina tersebut dan dapat membuat jangkaan awal sebelum kerja pembinaan bermula dan dapat membuat anggaran bagi kos yang mungkin terlibat. Taklimat ini dikelolakan oleh pihak JKR supaya semua wakil kontraktor akan dapat mendengar dan mengetahui apakah kehendak-kehendak pihak majikan terhadap projek tersebut.

4.2.7 Pembelian Dokumen Tawaran

i) Pengenalan

Pembelian dokumen tawaran adalah salah satu daripada syarat-syarat tawaran. Pembelian dokumen tawaran adalah wajib bagi organisasi yang ingin memasuki tawaran. Jika wakil kontraktor tidak membeli dokumen tawaran maka secara automatiknya organisasi terbabit tidak ingin untuk memasuki tawaran tersebut.

Pembelian dokumen tawaran dibeli berdasarkan kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh pihak majikan kepada pentender. Di dalam iklan ada dinyatakan tarikh dan masa penjualan dokumen tender tersebut. Apabila pembelian dibuat sebelum atau selepas tarikh atau masa yang dinyatakan maka pembelian dokumen tawaran tersebut telah ditutup untuk semua pihak. Oleh itu, setiap wakil organisasi yang ingin membeli dokumen tawaran perlu merujuk dahulu kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh pihak majikan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

Selain itu, di dalam iklan juga dinyatakan tempat pembelian dokumen tawaran. Maka, ini akan memudahkan wakil setiap organisasi untuk mendapatkan dokumen tersebut. Jika tawaran tersebut adalah daripada kerajaan, kebiasaannya ianya akan di jual di Pejabat JKR, namun ada juga yang dijual di tempat selain daripada Pejabat JKR seperti di premis kerajaan contoh seperti di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Namun bagi pihak swasta dokumen tawaran ini akan dijual di premis mereka seperti Hospital Pakar Tawakal, Kuala Lumpur.

ii) Tujuan Pembelian Dokumen Tawaran

Dokumen tawaran adalah dokmen yang penting yang perlu dibeli oleh pihak pentender untuk memasuki tender. Tujuan pembelian dokumen tawaran adalah bertujuan untuk menghargakan dokumen tawaran mengikut kehendak dokumen tersebut. Dokumen ini adalah bukti harga yang diletakkan oleh pihak pentender yang digunakan merebut dan bersaing dengan pihak pentender yang lain untuk mendapatkan tawaran atau sesuatu projek.

iii)Dokumen Yang Perlu Dibawa Dan DiserahkanSemasa pembelian dokumen tawaran, pentender perlu membawa beberapa dokumen penting yang perlu ditunjukkan kepada pihak yang akan menjual dokumen tawaran sebagai pengesahan. Dokumen-dokumen tersebut boleh dirujuk pada keratan iklan tawaran. Berikut ialah dokumen yang perlu dibawa dan ditunjukkan kepada pihak yang menjual dokumen tawaran tersebut.

a. Perakuan Pandaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

b. Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/ Kementerian Kewangan.

c. Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera.

d. Bayaran dokumen tawaran (Cth; Cek) dan borang pembelian dokumen tawaran diserahkan kepada pihak yang menjual.

iv)Tempoh Masa Pembelian Dokumen Tawaran

Tempoh masa pembelian dokumen tawaran adalah satu perkara yang perlu diberikan tumpuan. Hal ini kerana dokumen tawaran ini hanya dijual mengikut tempoh yang telah di iklankan di dalam iklan tawaran. Di dalam iklan tersebut dinyatakan tarikh dan masa penjualan dokumen tawaran tersebut kepada pentender. Jika pentender gagal mendapatkan atau membeli dokumen tawaran tersebut dalam masa yang dinyatakan di dalam iklan maka pentender adalah di anggap tidak berminat untuk memasuki tawaran tersebut. Oleh itu, pentender perlu membaca dan memastikan tempoh masa pembelian dokumen tawaran dengan teliti supaya dapat memasuki tawaran

4.2.8Penyediaan Dokumen Tawaran

i) Pengenalan

Dokumen tawaran yang telah dibeli perlu dipatuhi segala syarat-syarat yang dikehendakinya sebelum di masukkan ke dalam peti tender. Pentender perlu mengisi segala maklumat yang dikehendaki oleh syarat-syarat yang terdapat di dalam dokumen tawaran bagi mengelakkan sebarang penyingkiran dokumen tawaran atas dasar tidak mencukupi maklumat yang diminta.

Kebiasaannya dokumen tawaran akan disertakan satu salinan senarai semak yang akan memudahkan pihak kontraktor menyemak perkara-perkara yang di syaratkan sebelum membungkus dokumen tersebut. Di Rimbun Tekad Sdn. Bhd, penyediaan dokumen tawaran adalah di bawah tanggungjawab juru anggar atau estimator. Juru anggar akan membuat salinan dokumen ke dalam komputer menggunakan alat pengimbas.

Ianya akan disalin dalam format Microsoft Excel atau dalam bentuk data (softcopy). Juru anggar akan menggunakan salinan tersebut untuk membuat anggaran bagi setiap item yang terdapat di dalam dokumen tawaran tersebut.

Selain itu, dokumen tawaran yang diperolehi juga akan dibuat salinan fotostat dan dibuat simpanan dan juga sebagai rujukan pada masa akan datang. Bagi juru anggar beliau mempunyai senarai harga bahan yang digunakan di dalam setiap pembinaan seperti berikut:

Jadual 1: Contoh senarai harga bahan

ii)Mendapatkan Sebut Harga (Quotation)

Dalam menghargakan dokumen tawaran juru anggar perlu tahu berapakah nilai bahan-bahan yang akan digunakan di dalam pembinaan tersebut. Harga bahan-bahan pembinaan berubah dari masa ke semasa oleh itu juru anggar perlu peka dan sentiasa mendapatkan harga-harga bahan yang terbaru. Pencarian harga bahan atau sebut harga (Quotation) adalah perkara biasa yang akan dilakukan oleh kontraktor-kontraktor dan harga yang munasabah serta bahan yang berkualiti akan dipilih.

Untuk mendapatkan harga, juru anggar akan faks surat memohon sebut harga terus kepada pembekal-pembekal kerana harga yang ditawarkan oleh pembekal adalah lebih rendah. Urusan menggunakan mesin faks adalah lebih cepat serta menjimatkan masa. Bersama dengan surat memohon sebut harga di sertakan sekali pelan-pelan yang berkaitan serta senarai kuantiti yang berkaitan. Ini akan memudahkan lagi pihak pembekal untuk menetapkan harga.

Kebiasaanya, tempoh masa yang diberikan kepada pihak pembekal untuk membalas permohonan sebut harga adalah dalam masa 1 minggu daripada tarikh yang tercatat dalam surat tersebut. Dalam mendapatkan sebut harga tersebut, juru anggar akan faks surat memohon sebut harga kepada dua atau lebih pembekal untuk mendapatkan harga yang munasabah. Harga-harga tersebut akan dibandingkan dan pengarah teknikal akan memutuskan pembekal yang difikirkan sesuai.

Pembekal yang dipilih akan dimaklumkan melalui surat. Wakil dari pembekal akan dipanggil bertujuan untuk merundingkan harga yang telah dipersetujui.

Pihak kontraktor utama akan cuba mendapatkan harga serendah mungkin yang boleh dan meyakinkan pihak pembekal untuk bekerjasama.

iii)Menyelaraskan Peratus Keuntungan

Di dalam menghargakan dokumen tawaran harga yang diberikan oleh pembekal perlu di selaraskan dengan peratus keuntungan syarikat. Peratus keuntungan syarikat tersebut diselaraskan supaya projek yang akan dijalankan kelak akan dapat memberikan keuntungan kepada syarikat. Juru anggar akan mencadangkan peratus keuntungan yang akan diambil bagi sesebuah projek. Peratus keuntungan adalah tidak sama dengan projek-projek yang lain ianya bergantung kepada tahap kesukaran kerja yang akan dilaksanakan kelak.

Kebiasaannya peratus keuntungan yang di ambil adalah di antara 5% hingga 10% daripada harga yang telah dipersetujui oleh pembekal atau sub kontraktor. Contoh seperti berikut:

Harga papan tanda JKR

= RM 2150 seunit

Harga papan tanda selepas rundingan dengan pembekal

= RM 2000 seunit

Harga selepas ditambah dengan 10% keuntungan

=RM 2000 + (10% x RM 2000)

=RM 2200

Harga selepas ditambah dengan 10% keuntungan adalah harga yang akan digunakan di dalam menghargakan dokumen tawaran. Semua peratus keuntungan bagi bahan-bahan yang lain juga adalah sama.

iv)Mengisi Harga Tawaran

Apabila harga bahan-bahan telah diperolehi maka tugas yang seterusnya ialah memasukkan harga ke dalam dokumen tawaran. Di dalam mengisi harga tersebut terdapat harga yang di kira dalam unit-unit yang berbeza seperti dalam unit m, m2, m3, no,dan pukal (lump sum).

Di dalam dokumen tawaran juru anggar hanya perlu mengisi harga dan jumlah harga bahan tersebut. Namum begitu, perlu disemak dengan senarai kuantiti asal supaya tidak berlaku sebarang percanggahan unit atau kuantiti. Juru anggar di Rimbun Tekad Sdn Bhd menggunakan program Microsoft Excel dan ianya telah menggunakan konsep kod.

Ini bermakna juru anggar tidak perlu untuk menghafal atau membuat semakan pada kertas senarai harga setiap kali meletakkan harga ke dalam dokumen tawaran. Caranya ialah di dalam ruangan rate juru anggar akan memasukkan kod bagi bahan yang dihargakan. Kemudian komputer akan memproses kod tersebut menjadi harga bagi bahan tersebut.

Berikut ialah contoh senarai kuantiti yang telah disalin dalam format Microsoft Excel:

Rajah 2: Senarai kuantiti yang telah disalin dalam bentuk softcopy

Selepas selesai menghargakan dokumen tawaran juru anggar akan meminta bantuan kepada staf-staf di Jabatan Kontrak untuk menulis semula harga dan jumlah tawaran ke dalam dokumen tawaran yang asal menggunakan pen berwarna hitam. Jika terdapat sebarang kesilapan semasa menulis maka, si penulis tersebut perlu memotong keseluruhan harga atau jumlah yang telah dituliskan dan dibuat tandatangan kecil bersebelahan kesilapan yang telah dibuat. Selepas itu, penulis perlu menulis semula harga atau jumlah yang sebenarnya.

v)Dokumen Teknikal Data

Dokumen teknikal data adalah salah satu daripada syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam dokumen tawaran. Namun dokumen teknikal ini hanyalah digunakan bagi sesetengah projek yang tertentu khususnya bagi projek yang melibatkan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal seperti projek pembinaan rangkaian paip pembentungan.

Dalam penyediaan dokumen teknikal data hanya dilengkapkan atau disertakan katalog-katalog yang berkaitan seperti engin, paip, alat elektrik dan sebagainya yang akan digunakan dalam projek tersebut dan berdasarkan kepada spesifikasi yang terdapat di dalam senarai kuantiti. Dokumen tersebut di asingkan mengikut elemen iaitu elektrik dan mekanikal. Ia juga disampul secara berasingan.Pihak kontraktor perlu membuat satu salinan supaya senang untuk membuat rujukan pada masa akan datang. Dokumen ini perlu disimpan di dalam kabinet khas untuk katalog-katalog. Sepanjang penyiapan dokumen teknikal data ini, pengarah teknikal akan yang bertanggungjawab dalam membuat pemilihan barangan-barangan yang akan digunakan di dalam projek tersebut. Penyusunan dokumen ini juga perlu dibuat dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang percampuran katalog-katalog.

Akhirnya, dokumen teknikal data yang telah disusun mengikut turutan yang dikehendaki akan disatukan mengunakan paku khas serta di sampul sebagai mana menyampul dokumen tawaran dan seterusnya dihantar ke pejabat JKR.

vi)Dokumen Wajib

Dokumen wajib ialah dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat seperti latar belakang syarikat, projek semasa syarikat, projek yang telah disiapkan, kewangan syarikat 3 bulan yang terkini, senarai peralatan dan jentera, carta organisasi syarikat, senarai nama wakil pengurusan projek, lesen kontraktor, sijil CIDB dan sebagainya yang diperlukan. Dokumen wajib adalah salah satu daripada syarat-syarat yang pelu dipatuhi untuk memasuki tawaran. Jika dokumen tawaran ini tidak disertakan maka ianya akan memberi kesan kepada dokumen tawaran yang telah dihantar sama ada diterima atau sebaliknya.

Dokumen wajib ini hanya digunakan bagi projek yang dikelolakan oleh JKR. Dokumen yang telah disusun mengikut turutan yang betul akan dibukukan. Ianya juga akan dibungkus sama seperti membungkus dokumen tawaran dan pada bahagian atas sampul itu dilekatkan lebel DOKUMEN WAJIB dan alamat di mana dokumen tender tersebut akan dihantar. Kemudian dokumen wajib yang telah dibungkus serta dilebel tadi akan di bungkus sekali lagi, tetapi ianya akan dibungkus bersama dengan dokumen tawaran.

vii)Adendum

Adendum ialah surat yang dihantar oleh perunding (consultant) yang telah dilantik oleh klien untuk memaklumkan kepada pihak pentender bahawa terdapat perubahan-perubahan yang telah dibuat terhadap tawaran. Surat adendum ini boleh dihantar melalui pos biasa, faks, e-mail dan sebagainya yang dirasakan sesuai namun begitu ada juga adendum yang diminta wakil pentender untuk hadir mengambil adendum tersebut. Melalui cara ini wakil pentender akan memberikan maklumat yang diminta oleh wakil yang menguruskan penyerahan adendum tersebut. Maklumat yang diminta adalah seperti nama wakil, nama syarikat, alamat syarikat, tarikh, masa dan tandatangan wakil pentender.

Adendum juga adalah salah satu daripada syarat-syarat yang terdapat dalam tawaran. Jika adendum ini tidak diberikan perhatian maka dokumen tawaran tersebut boleh disingkirkan oleh pihak yang membuat pemilihan tawaran.

Apabila pentender menerima adendum maka pentender perlu meneruti segala kehendak yang dituntut di dalam adendum tersebut. Perubahan-perubahan yang boleh dilihat pada adendum tersebut adalah seperti berikut:

a. Perubahan tarikh akhir penghantaran dokumen tawaran.

b. Perubahan masa penghantaran dokumen tawaran.

c. Perubahan muka surat di dalam dokumen tawaran.

d. Perubahan kuantiti di dalam dokumen tawaran.

e. Perubahan keterangan di dalam dokumen tawaran.

f. Perubahan item di dalam dokumen tawaran.

g. Perubahan unit di dalam dokumen tawaran.

h. Perubahan tajuk projek

i. Perubahan pelan-pelan dan sebagainya.

Adendum yang telah dituruti kehendaknya perlulah disertakan adendum tersebut bersama-sama dengan dokumen tawaran. Jika perubahan yang berlaku adalah pada muka surat dokumen tawaran maka perlu digantikan muka surat tersebut dengan yang telah disertakan bersama dengan adendum yang telah diambil.

Bagi lampiran atau muka surat yang telah digantikan akan dicontengkan di permukaan atasnya dengan menggunakan pen atau pensil. Kemudian lampiran tersebut akan diasingkan daripada dokumen tawaran supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan.

viii)Pembungkusan Dan Penghantaran Dokumen Tawaran

a) Pembungkusan Dokumen Tawaran

Sebelum kerja membungkus dokumen tawaran, juru anggar akan menyemak buat kali terakhir jika terdapat sebarang kekurangan maklumat atau kesilapan. Masalah ini akan diselesaikan sebelum ianya dibungkus. Berikut ialah perkara-perkara yang perlu disemak sebelum dokumen tawaran tersebut dibungkus:

a. Lampiran yang memerlukan tandatangan.

b. Lampiran yang perlu dicop rasmi syarikat.

c. Jumlah setiap item yang telah dihargakan dan jumlah tawaran.

d. Isi kandungan dokumen wajib.

Selepas dokumen tawaran tersebut disemak ianya akan dibuat salinan fotostat untuk simpanan syarikat sebagai rujukan pada masa akan datang. Salinan dokumen tersebut akan dipakukan dan disimpan di rak simpanan salinan dokumen tawaran. Bagi dokumen tawaran yang asal selepas semakan dibuat maka tugas yang seterusnya ialah kerja menjilidkan dokumen tawaran tersebut dan seterusnya dibungkuskan.

Pembungkusan perlu dibuat dengan teliti supaya ianya tidak akan terbuka. Bungkusan tersebut akan di lebelkan alamat dokumen tersebut akan dihantar dan label DOKUMEN TAWARAN pada muka depan bungkusan tersebut. Lebel tersebut juga akan dilekatkan dengan teliti supaya ianya tidak akan tertanggal.

b) Penghantaran Dokumen Tawaran

Selepas tugas menyemak serta membungkus dokumen tawaran selesai maka tugas seterusnya ialah menghantar dokumen tawaran tersebut ke alamat yang di iklankan sebelum ini. Bagi projek kerajaan biasanya JKR akan menguruskan berkaitan penerimaan dokumen tawaran tersebut.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh wakil pentender ialah hadirkan diri dengan membawa dokumen tawaran yang telah dibungkus ke tempat yang telah di alamatkan mengikut iklan yang telah dikeluarkan sebelumnya.

Peti tender akan diletakkan di tempat tersebut, selepas dokumen tersebut dimasukkan ke dalam peti tersebut. Wakil pentender pelulah mengisikan maklumat yang perlu dituliskan di atas buku khas yang telah disediakan oleh pegawai JKR. Maklumat yang diminta adalah seperti berikut:

a. Bilangan

b. Nama wakil pentender yang menghantar

c. Nama syarikat dan alamat

d. Tarikh

e. Masa

f. Hari

g. Jenis kelas kontraktor

h. Tandatangan wakil pentender

Contoh projek :

Projek: Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Di Gong Badak.

Projek ini merupakan tawaran terbuka. Hanya Kontraktor yang layak sahaja akan diterima. Tugas Juruukur Bahan disini bermula dengan membuat lawatan tapak . Ia merupakan syarat-syarat dalam tawaran yang mewajibkan kehadiran lawatan tapak dan ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak kontraktor untuk melihat sendiri tapak pembinaan yang dirangcangkan.Satu taklimat ringkas akan diadakan untuk kontraktor yang berminat untuk membeli tawaran. Ia dikelolakan oleh pihak JKR. Setelah selesai semuanya Juru ukur bahan akan akan membeli dokumen tawaran . Pembelian dokumen tawaran berdasarkan kepada iklan yang telah dikeluarkan oleh majikan kepada petender. Semasa pembelian dokumen tawaran terdapat beberapa dokumen penting yang perlu ditunjukkan kepada pihak yang menjual dokumen tawaran. Antaranya Perakuan Pendaftaran Asal, sijil pendaftaran asal pusat khidmat kontraktor, sijil pengiktarafan taraf bumiputera dan bayaran dokumen tawaran.

Selepas itu, juruukur bahan akan mengisi tender dengan segala maklumat yang dikehendaki. Kemudian Juruukur Bahan akan mendapatkan sebut harga untuk membuat perbandingan supaya dapat mencari harga yang munasabah serta bahan yang berkualiti akan dipilih. Disamping itu, Juruukur Bahan akan membuat anggaran kos dengan menggunakan kaedah kadar bina harga ( Built Up Rate ). Anggaran dibuat berdasarkan pengiraan yang diambil kira semua aspek. Sebagai contoh :

Projek: Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan Negeri Terengganu , Di Gong Badak, Kuala Terengganu.

No Kontrak: JKRNT ( T ) 91/ 2001

Built Up Rate Unsuitable Materials

A ) Material / volume

B) Plant/ Machinery

i) Excavator

1 nos x 350 m3___ = Rm 0.58 / m3

rm 600.00

ii) Lorry ( 6 cu.m ) 3 nos x Rm 25.00 = Rm 12.50 / m3

6 m3 trip

_____________

Rm 13.08____/ m3

C) Labour

D) Profit

15 % profit = Rm 1.96

______________

Rm 15.05_____

Projek : Cadangan Membina dan Menaiktaraf Jalan Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Di Gong Badak , Kuala Terengganu .

No . Kontrak: JKRNT ( T ) 91 /2001

Built Up Rate Box culvert

A ) Material / volume

Quatation From Desajaya Concrete Product Sdn.Bhd.

i) Precast Box Culvert 3000mm x 3000mm x 1m

BC Invelt w/o DWF

14 nos x RM 1,500 = RM 21,000.00

ii) Lid 3000

14 Nos x RM 750.00 = RM 10,500.00

iii) Transport Charge

3 trip x RM 500.00 = RM 1,500.00

________________

RM 33,000.00____

B) Plant/ Machinery

i) Unloading

-Crane 1 day x Rm 700.00 = RM 700.00

C) Labour

- General Labour

2 General Works x RM 45.00 / day = RM 90.00____

__Rm 33,790.00

D) Profit

15 % profit = Rm 5068.50__

Rm 38,858.50

Pelarasan peratus keuntungan dibuat supaya projek yang akan dijalankan kelak akan dapat memberikan keuntungan kepada syarikat. Juru ukur bahan akan mencadangkan peratus keuntungan yang akan diambil bagi sesebuah projek . Kemudian Juruukur bahan akan memasukkan harga ke dalam dokumen tawarn.Juruukur bahan juga perlu menyatakan dokumen wajib iatu dokumen yang mengandungi maklumat maklumat seperti latar, belakang syarikat, projek semasa syarikat, projek yang telah disiapkan, kewangan syarikat 3 bulan yang terkini, senarai peralatan dan jentera, carta organisasi syarikat, senarai nama wakil pengurusan projek, lesen kontraktor, sijil CIDB dan sebagainya. Selepas itu, kerja pembungkusan dokumen tawaran akan dilakukan. Disini Juruukur Bahan akan menyemak buat kali terakhir jika terdapat sebarang kekurangan maklumat atau kesilapan dan setelah selesai semuanya dokumen tawaran akan dihantar ke alamat yang diiklankan.

Peti tender akan diletakkan di tempat tersebut, selepas dokumen tersebut dimasukkan ke dalam peti tersebut. Wakil petender pelulah mengisikan maklumat yang perlu dituliskan di atas buku khas yang telah disediakan oleh pegawai JKR. Antara kandungan maklumat yang diminta ialah seperti berikut :

Tarikh

Nama wakil pentender yang menghantar

Jenis kelas kontraktor

Bilangan

Tandatangan wakil pentender

Nama syarikat dan alamat

Masa

Hari

4.3VARIATION ORDER ( V.O )

4.3.1 PENGENALAN ( DEFINISI )

Perubahan bermaksud sesuatu perubahan daripada kontrak kerja ertinya sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan-pelan, spesifikasi dan/atau senarai kuantiti sama ada dipindah, ditambah, ditinggalkan atau dikurangkan.Maka, perubahan kerja pembinaan yang di cadangkan akan di nilai dan kesan kos tersebut di laporkan supaya langkah tertentu dapat di ambil bagi kerja yang lain serta belanjawan yang diperuntukkan itu diselaraskan dan dikemaskini.4.3.2 KRITERIA ARAHAN PERUBAHAN KERJA

Semua Pegawai Penguasa atau wakilnya hendaklah sentiasa berusaha mengurangkan perubahan kerja dan mengawal kos projek. Permintaan perubahan kerja seboleh-boleh dielakkan kecuali jika perubahan tersebut benar-benar perlu untuk menyiapkan kerja. Pertimbangan hendaklah sentiasa diberi supaya kemajuan kerja tidak terganggu dan tergendala . Setiap perubahan kerja hendaklah dibuat secara bertulis.

Sebarang permintaan perubahan kerja hendaklah diteliti dan pihak yang meminta perubahan tersebut perlulah dinasihati mengenai implikasi dan kesan-kesan lain yang munglin timbul disebabkan perubahan kerja yang dipohon. Sekiranya perubahan kerja tersebut tidak dapat dielakkan , penelitian haruslah dibuat sama ada kerja tersebut dapat dilaksanakan diluar kontrak.

Setiap Arahan Perubahan Kerja hendaklah memenuhi kriteria berikut :

i) Pegawai penguasa dikehendaki mempastikan peruntukan adalah

mencukupi untuk membiayai perubahan kerja yang dipohon.

ii) Tempoh kontrak masih berjalan semasa Arahan Perubahan Kerja

dikeluarkan apabila sijil Perakuan Siap Kerja telah dilakukan.

iii) Perubahan tidak menukar sebahagian sifat-sifat kerja asal.

iv) Bagi kerja tambahan, perlaksanaan hendaklah di tapak bina.

4.3.3 ASAS PERKIRAAN NILAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA

Untuk tujuan mendapatkan bagi mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja mengikut Arahan Perbendaharaan 202 (e) , perkiraan nilai/peratusan nilai Perubahan

Kerja yang dicadangkan hendaklah berasaskan nilai terhimpun ( cumulative value ) Arahan Perubahan Kerja yang menyebabkan penambahan harga kontrak sahaja tidak termasuk perubahan-perubahan yang disenaraikan di bawah Arahan Perbendaharaan 202 ( f ).

4.3.4 PERUBAHAN YANG DIKECUALIKAN

Perubahan yang dikecualikan daripada peruntukan Arahan Perbendaharaan 202 ( e ) ialah :

i) Arahan arahan Perubahan kerja yang menyebabkan pengurangan harga kontrak.

ii) Perubahan harga sepertimana yang diluluskan oleh perbendaharaan .

iii) Pengubahsuaian Wang kos prima, Wang peruntukan sementara dan pengukuran semula kuantiti sementara mengikut syarat-syarat kontrak.

iv) Tuntutan yang dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak :

a) Kerugian dan perbelanjaan disebabkan oleh kelambatan Kerajaan dan atau kerana mematuhi Arahan Pengawai Penguasa atau kerana mematuhi keperluan Berkanun.

b) Percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen kontrak

c) Tuntutan lain yang dengan nyatanya dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak.

d) Apa-apa kos yang ditanggung berhubung dalam fees dan caj pemindahan pembentungan, bekalan air , bekalan elektrik dan lain-lain yang berkenaan.

4.3.5 PENILAIAN PERUBAHAN KERJASemua perubahan yang di benarkan secara bertulis hendaklah di ukur dan di nilai oleh Pegawai Penguasa. Pegawai Penguasa hendaklah memberi notis kepada kontraktor supaya menghadiri atau menghantar wakilnya untuk membantu Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa semasa pengukuran dijalankan, memberi butir-butir yang di kehendaki dan mengambil catatan dan ukuran. Sekiranya Kontraktor atau wakilnya tidak hadir semasa pengukuran di jalankan, maka ukuran yang di buat atau di luluskan oleh Pegawai Penguasa hendaklah di kira sebagai ukuran yang sebenar dan muktamad. Kontraktor akan di berikan satu salinan senarai ukuran tersebut.

Seterusnya, mendapat kelulusan daripada Pegawai Penguasa, Juruukur Bahan perlu menilai perubahan untuk mengetahui perbelanjaan yang perlu di tambah atau di tolak daripada harga Kontrak. Perbelanjaan yang terlibat mestilah tidak lebih 3% dari harga Kontrak.

Berikut akan di terangkan dengan ringkas carta alir yang di gunakan untuk menilai perubahan kerja bagi sesuatu projek.

4.3.6 Carta alir poses perubahan kerja.

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Tidak

a) Pelanggan Meminta Perubahan Kerja.Pelanggan akan meminta perubahan kerja.b) Kesan kosDaripada perubahan yang diminta oleh pelanggan tadi samada mempengaruhi kesan kos ataupun tidak. Jika ya proses seterusnya dilakukan.

c) Anggaran awalanAnggaran awalan akan dilakukan bagi kerja yang mengandungi perubahan struktur binaan bangunan seperti mana yang diminta oleh pelanggan.

d) Diterima oleh pelanggan

Kuantiti yang baru diperolehi dari anggaran awalan yang dilakukan atas perubahan kerja yang diminta oleh pelanggan tadi samada diterima oleh pelanggan atau tidak. Jika tidak, proses anggaran awalan akan dilakukan lagi sehingga mendapat persetujuan pelanggan.

e) Arahan daripada wakil pegawai penguasa/ perunding.

QS (MC) akan menulis surat kepada QS(Perunding) SO menyatakan persetujuan di atas harga yang telah dibincangkan untuk kerja-kerja perubahan berdasarkan spesifikasi & lukisan, di mana arahan secara bertulis perlu dikeluarkan oleh pihak PL di atas nasihat pihak SO/perunding dengan kadar segera sebelum kerja-kerja selanjutnya dilakukan.

d) Kontraktor hantar sebut harga

Kontraktor akan menghantar sebut harga kepada perunding supaya perunding dapat mengemaskinikan perubahan kerja yang dilakukan selaras dengan harga kontraktor.

e) Anggaran dan pertimbangan

Perunding akan mengarahkan sub kontraktor untuk menyediakan kos anggaran yang dimajukan untuk kelulusan pengarah urusan/ pengarah operasi.

Jika terdapat percanggahan harga, perunding perlu untuk berbincang semula dengan sub kontraktor dan jika masih gagal, perunding (pengarah urusan) akan mencari sub kontraktor lain untuk tujuan yang sama. f) Perubahan kerja dirumus

QS bagi kedua-dua pihak (Kontraktor Utama & Konsultan) perlu membuat analisa data dengan terperinci terutamanya kontrak keseluruhan.

f) Peraturan Arahan Perubahan Kerja

Perubahan kerja boleh dilakukan apabila sebarang penambahan atau pengurangan kerja yakni terdapat pecanggahan daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan plan, spesifikasi dan/ atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dipinda. Perkara seperti ini boleh diletakkan di bawah kerja perubahan melalui tuntutan dibuat oleh Kontraktor. Maka, Kontraktor akan membuat tuntutan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Setiap perubahan kerja yang dijalankan hendaklah memenuhi pra-syarat yang ditetapkan. Antaranya adalah setiap perubahan kerja yang dikeluarkan hendaklah di dalam tempoh pembinaan. Perubahan ini boleh dijalankan dan dipertimbangkan apabila suatu tuntutan hendaklah di dalam tempoh pembinaan dan kontrak.

Kerja-kerja penambahan atau pengurangan hanya boleh dibuat di dalam tempoh kontrak. Hal ini dilakukan sedemikian bertujuan mengelakkan kerugian dan kemungkinan tuntutan yang tidak munasabah. Sungguh pun begitu, perubahan kerja boleh dilakukan apabila terdapat syarat-syarat kontrak yang membenarkan membuat sedemikian.

Selain itu, perubahan kerja hendaklah memenuhi skop kerja asal. Tidak berlaku percanggahan dengan skop kerja yang telah dibuat sebelum ini. Perubahan kerja hendaklah seiring dengan skop kerja besar supaya motif yang diterapkan tidak berubah.

Seterusnya, bagi kerja-kerja tambahan hendaklah dibuat di tapak bina kontrak. Sebarang kerja dilakukan tidak dibenarkan untuk memindahkan kerja dari tapak asal ke tempat yang lain. Pemindahan tapak bina tidak dibenarkan dan sebarang kerja mesti dilakukan ditapak bina kontrak. Tujuan perkara tersebut dilakukan bagi mengelakkan pecanggahan dengan kontrak.

Ekoran daripada itu, bagi kerja gantian hendaklah berdasarkan di dalam skop kontrak asal. Setiap kerja dijalankan hendaklah tidak terpesong daripada skop bahagian besar. Seterusnya, kerja yang ditentukan di dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti di dalam kerja-kerja gantian itu.

Namun begitu terdapat juga pihak-pihak yang diberi kuasa meluluskan Arahan Perubahan Kerja (APK). Pemberian kuasa berdasarkan kepada pihak-pihak tertentu dan mengikut kes antaranya;

4.3.7 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Bagi Jabatan Teknik Yang Melibatkan Kontrak Persekutuani. Sebarang kerja pembinaan jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 Juta. Dengan itu, pihak yang meluluskan adalah Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

ii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM 10 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 Juta. Pihak berkuasa yang mluluskan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.

iii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 Juta.

iv. Seterusnya, pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.

v. Dalam semua hal lain, pihak yang diberi kuasa meuluskan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

4.3.8 Peraturan Perubahan Kerja bagi Semua Agensi Selain Jabatan Teknik Yang Melibatkan Kontrak Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Dan Kontrak Negerii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM 1 Juta. Pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

ii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan jumlah terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM4 Juta. Pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah Lembaga Perolehan Agensi.

iii. Bagi nilai perubahan dalam semua hal yang lain, pihak yang diberi kuasa adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

4.3.9 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Untuk Kes-Kes Khas Bagi Semua Agensi

i. Arahan-arahan Perubahan Kerja/pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak. Pihak berkuasa yang meluluskan adalah Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

ii. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan sementara dan Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat kontrak. Pihak yang boleh meluluskan perubahan kerja adalah Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

iii. Pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal;

a) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti melebihi RM3 Juta tetapi tidak melebihi RM6 Juta. Pihak yang diberi kuasa untuk memberi kelulusan adalah Satu Jawatakuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yng berkenaan bagi Jabatan Teknik dan Lembaga Perolehan Agensi selain Jabatan Teknik.

.

b) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti tidak melebihi RM3 Juta diberi kuasa melulus adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

c) Bagi nilai perubahan yang melibatkan semua hal lain, kuasa meluluskan terletak kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana berkenaan.

iv. Antara tuntutan yang dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak;

a. Terdapat percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen kontrak. Pihak yang diberi kuasa adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan hendaklah dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang.

b. Apa-apa yang ditanggung berhubung dengan bayaran dan caj pemindahan pembentungan bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain yang berkenaan. Oleh itu, Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

c. Sebarang tuntutan lain yang dinyatanya dibenarkan dalam syarat-syarat kontrak. Pihak yang dibenarkan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

Setiap permohonan untuk kerja tambahan dari Jabatan/Kementerian Pelanggan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pegawai yang diberi kuasa (yang dinamakan di dalam senarai Pihak Yang Diberi Kuasa Bagi Pihak Pelanggan.

Seterusnya, bagi kerja tambahan yang yang dipohon oleh Pelanggan didapati keluar dari skop kerja Kontrak, tindakan perlu diambil terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan daripada Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) sebelum kerja tersebut dilaksanakan.Tindakan seperti ini bagi memastikan, penambahan kos dan masa dapat dikenalpasti lebih awal. Peruntukan untuk melaksanakan kerja tambahan jika melebihi peruntukan yang diluluskan maka perlu mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Pelanggan.

Sekiranya perubahan kerja yang akan dilaksanakan tidak mengganggu kepada kemajuan kerja yang teratur atau tempoh penyiapan kerja Kontraktor, maka kerja tersebut hendaklah dijalankan secara berasingan.

Antara perkara-perkara yang diperlukan semasa pengukuran dan penilaian adalah seperti berikut;

i. Arahan Perubahan Kerja.

ii. Lukisan Lakaran.

iii. Lukisan as-build.

iv. Rekod di dalam Site Diary.

v. Rekod tapak bina dan rekod kerja hari.

vi. Invoice/Baucer bayaran dari pembekal.

vii. Sebut harga pembekal atau Kontraktor.

viii. Sumber-sumber maklumat kos dan lain-lain.

Ekoran daripada itu, sebarang kerja yang dikeluarkan daripada Kontrak hendaklah merupakan kerja yang benar-benar tidak diperlukan. Kerja yang terkandung di dalam Kontrak tidak boleh dikeluarkan dari Kontrak untuk dilaksanakan pihak lain.

Segala urusan kerja yang bakal dilaksanakan hendaklah tidak bertentangan dengan Kontrak mahu pun spesifikasi yang ditetapkan. Perubahan kerja yang hendak dibuat mesti mengemukakan secara bertulis kepada pihak Pelanggan.

4.3.10 Masalah Yang Biasa Berlaku Di Dalam Penyediaan Perubahan KerjaKebiasanya masalah timbul apabila Perakuan Perubahan Kerja disediakan lewat dan ini boleh menimbulkan masalah kepada kontraktor. Kelewatan bayaran ini boleh menyebabkan kontraktor tidak menerima pembayaran untuk Perubahan Kerja walaupun telah siap dibina.

Antara sebab-sebab yang melambatkan penyediaan Perakuan Perubahan Kerja antaranya ialah;

i. Arahan Perubahan Kerja yang tidak teratur.

ii. Pengukuran tidak dapatdibuat kerana kerja telah lama ditutup.

iii. Terdapat perbezaan pendapat Kontraktor dengan perunding dan pemilik projek dri segi pengukuran dan harga kerana tidak disimpan dengan baik. Jika masalah seperti ini timbul, maka kemungkinan tempoh masa akan dilanjutkan.

Lantaran itu, penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan adalah tersebut dengan memastikan semua Arahan Pegawai Penguasa diberi secara bertulis. Jika terdapat kontraktor atau wakilnya menerima arahan secara lisan, maka Kontraktor hendaklah mengambil langkah dengan mendapat pengesahan secara bertulis dari Pegawai Penguasa seperti mana yang diterangkan sebelum ini.

Jika terdapat tiada pengesahan balas berkaitan bertulis atau bantahan dari Pegawai Penguasa hendaklah Kontraktor memastikan surat-menyurat kontraktor brhubung dengan perkara tersebut disimpan dengan sempurna.

Setelah Perubahan Kerja siap dijalankan, Kontraktor bolehlah memohon kepada Pegawai Penguasa agar mengadakan pengukuran bersama. Seterusnya, Kontraktor hendaklah membuat catatan berdasarkan kepada ukuran yang siap dibuat oleh Perunding Ukur bahan supaya tidak berlaku percanggahan di masa depan kelak.

Sehubungan itu, kontraktor hendaklah sentiasa merujuk kepada Perunding Ukur Bahan yang dilantik bagi mengusulkan perkara yang perlu dan berkaitan. Jika tedapat perbezaaan pendapat dan tidak berpuas hati, maka kontraktor hendaklah mengemukakan kiraan supaya Perunding dapat membuat pertimbangan semula.

Walaupun begitu, kontrak memberi kuasa kepada Pegawai Penguasa (dan wakil Pegawai Penguasa) bagi mengarahkan Perubahan Kerja tetapi ianya masih tertakluk kepada keperluan Arahan Perbendaharaan No. 202 yang mana menetapkan keperluan mendapat keperluan kelulusan terlebih dahulu dari pihak-pihak tertentu sebelum arahan perubahan kerja dapat dikeluarkan. Sungguh pun begitu, terdapat perkara pengecualian daripada mendapat kelulusan terlebih dahulu antaranya;

1) Tuntutan dari Kontraktor ke atas kerugian akibat perbelanjaan timbul dari:

i. Memenuhi arahan Pegawai Penguasa.

ii. Kelambatan disebabkan oleh Klient.

iii. Percanggahan di antara dokumen-dokumen Kontrak.

2) Tuntutan dari Kontraktor unuk bayaran dan caj agi sambungan kekal kepada saluran najis utama, saluran bekalan air utama dan eletrik dan sebagainya.3) Lain-lain tuntutan yang dibenarkan di dalam kontrak.

4) Penyelarasan jumlah harga kontrak akibat;

i. Penyelarasan Jumlah Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

ii. Pengukuran semula kerja-kerja kuantiti sementara.

iii. Turun naik harga.

iv. Perubahan yang melibatkan pengurangan Jumlah Harga Kontrak.

Bagi mengawal perubahan kerja, pihak Perunding akan perlu mendapat kelulusan sekiranya nilai perubahan kerja sebenar melebihi nilai yang diluluskan dan/ atau dimana nilai perubahan kerja melibatkan harga atau kadar perubahan harga melibatkan perubahan kerja melibatkan harga atau kadar tidak terdapat di dalam kontrak.

Kelulusan perubahan kerja, pihak Perunding perlu mendapat kelulusan sekiranya nilai perubahan kerja sebenar melebihi nilai yang diluluskan dan/ atau di mana nilai perubahan kerja melibatkan harga atau kadar harga yang tiada di dalam kontrak.

4.3.11 Peraturan Kawalan Perubahan Kerja

Tujuan peraturan kawalan adalah untuk mengawal kewangan berdasarkan kepada perubahan yang sepatutnya. Peraturan dilakukan mengikut persetujuan yang diperolehi oleh persetujuan pihak yang terlibat.

Peraturan kawalan perubahan yang akan diikuti termasuklah;

i. Perubahan kerja minima.ii. Perubahan kerja yang diminta oleh jabatan Pelanggan diteliti dan ditentukan sama ada diperlukan serta anggarannya sekali.

iii. Skop dan jumlah kerja tambahan yang diarah mengikut keperluan dalam kontrak.

iv. Kerja-kerja Perubahan tidak boleh diarahkan selepas Tarikh Siap Kerja.

v. Kerja-kerja perubahan tidak boleh diarahkan sehingga kelulusan diperolehi terlebih dahulu serta keperluan peruntukan mencukupi.

Segala bayaran bagi perubahan kerja yang telah diluluskan akan dibuat menerusi Bayaran Kemajuan dan/ atau Bayaran Akhir (Perakuan Muktamad).

4.3.12 Garis Panduan Dalam Mengemukakan Arahan Perubahan Kerja1. Setiap permohonan untuk kelulusan jawantankuasa meluluskan perubahan kerja hendaklah dibuat di dalam dua (2) salinan dengan melengkapkan borang ITM 203V ( i ) Pin 1/92.

2. Sekiranya jumlah perubahan kerja yang dipohon melebihi 20% daripada jumlah harga kontrak, maka borang ITM 203V ( ii ) Pin 1/92 pula digunakan.3. Setiap permohonan hendaklah disertakan Arahan Pegawai Penguasa .

4. Untuk permohonan perubahan kerja yang melibatkan Kadar harga kontrak ( contract rate ) perlu dinyatakan nombor rujukan mukasurat dimana akdar harga tersebut didapati sepertimana di dalam dokumen kontrak.

5. Untuk permohonan perubahan kerja yang melibatkan kadar harga yang dipersetujui dikehendaki melampirkan perkara-perkara berikut iatu :

(a) Borang penyata ukuran dan penilaian perubahan

(b) Borang Rundingan Kadar Harga

(c) Asas Perkiraan ( Built up rate )

(d) Sebutharga ( quatation ) sekurang-kurang 3 buah syarikat.

(e) Gambar atau lakaran ringkas sebelumdan seleaps membuat perubahan kerja

(f) Lain-lain lampiran yang difikirkan perlu untuk menyokong permohonan

perubahan kerja ( jika ada )

6. Borang permohonan yang telah lengkap ( beserta lampiran ) hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja ITM yang berkenaan selewat-lewatnya dua ( 2 ) minggu sebelum arahan perlu dikeluarkan kepada kontraktor.

7. Setelah permohonan Arahan Perubahan Kerja diluluskan, Borang ITM 203V Pin 5/92 hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pihak kontraktor dan Pegawai Penguasa. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada urusetia Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja ITM dan pihak Bendahari ITM untuk tujuan rekod dan bayaran.

4.3.13 RINGKASAN LAPORAN PERUBAHAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN JALAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU DI GONG BADAK, KUALA TERENGGANU.Nama Kontraktor:JURUMART SDN.BHDAlamatKontraktor: JURUMART SDN.BHD

NO 9-1, JALAN 4/4C,

DESA MELAWATI,

53100 HULU KELANG SELANGOR

No. Kontrak: : JKRNT ( T ) 91/2007BIL.PERUBAHAN KERJANILAI TAMBAHAN PERUBAHAN KERJA (RM)NILAI KESELURUHAN

(RM)SEBAB-SEBAB PERUBAHAN KERJA

1Unsuitable material745,924.71745,924.71Terdapat kawasan berpaya dan berlupur dan menghalang kerja penambakan tanah merah ( suitable material )

2Guardrail 256,000.00256,000.00Untuk keselamatan pengguna jalan raya. Ini kerana terdapat longkang besar yang hanya 1 meter dari bahu jalan.

Jumlah1,001,924.71

Perubahan kerja bagi item ini akan menyebabkan pertambahan kos untuk memenuhi kehendak pegawai penguasa.

Selain itu, unsuitable material ini diperlukan memandangkan kawasan ditempat itu berpaya dan berlupur yang akan menghalang kerja-kerja penambakan tanah merah.Manakala pemasangan guardrail diperlukan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya memandangkan terdapat longkang besar yang hanya 1 meter dari bahu jalan.RINGKASAN LAPORAN PERUBAHAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN JALAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU DI GONG BADAK, KUALA TERENGGANU.Nama Kontraktor: JURUMART SDN.BHDAlamat Kontraktor: JURUMART SDN.BHD

NO 9-1, JALAN 4/4C,

DESA MELAWATI,

53100 HULU KELANG SELANGOR

No. Kontrak: : JKRNT ( T ) 91/2007

RINGKASAN PERUBAHAN HARGA KONTRAK

APK No.HuraianPerubahan KerjaJumlah Pelarasan Terkumpul

(+/-) (RM)

.Tambahan

( RM) Pengurangan (RM)

1Rumput51,075.00

45,900.00

5,175

2Tanah merah163,350.00

162,000.00

1,350

JUMLAH APK6,525

a) Perubahan kerja bagi item rumputIa disebabkan akibat keluasan cerun dan kelebaran jalan . Ia mungkin juga kerana kecerunan cerun kurang daripada anggaran asal.Perkara tersebut mnyebabkan berlaku perubahan kerja. Bagi kos untuk satu meter per segi adalah sebanyak RM4.50b) Perubahan kerja bagi item tanah merah

Ia dilakukan kerana kawasan yang sedia ada menyukarkan kerja penambakan tanah merah.Ia memerlukan kerja-kerja pengorekan dan semestinya berlakunya pertambahan kos.

4.3.14 KESIMPULAN Perubahan kerja adalah perkara biasa didalam perlaksanaan projek. Namun, perkara ini perlulah dielakkan. Semasa penyediaan dokumen tender, pihak perunding hendaklah memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. Sekiranya berlaku kesilapan, banyak perkara yang perlu diubah dan ini akan menyebabkan harga kontrak bertambah. Kebiasaannya, kontraktor hanya akan membuat perubahan yang tidak merugikan mereka. Sebagai Jurukur Bahan dimana tugas utama kita ialah mengawal kos binaan, kita akan disoal mengapa perubahan tersebut perlu berlaku. JMSB akan bertanggungjawab sekiranya klien tidak bersetuju untuk memperakukan perubahan tersebut. Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dan sentiasa berwaspada di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan.BAB 5 : KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa pengalaman sepanjang manjalani Latihan Industri di JURUMART SDN BHD sedikit sebanyak telah membantu saya meningkatkan tahap pembelajaran saya dalam bidang Kejuruteraan Awam.Hal ini kerana, pembelajaran di tempat latihan lebih banyak melibatkan praktikal berbanding teori seperti yang berlaku di dalam bilik kuliah di politeknik.

Dengan adanya latihan seperti ini, saya dapat memupuk sikap bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan ataupun usia. Tambahan lagi, saya juga dapat melakukan kerja secara terus dengan lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Dengan cara itu, hasil kerja yang dilakukan semestinya mencapai tahap yang lebih baik. Selain itu, komunikasi di antara para pekerja dengan para pelatih juga perlu dititipberatkan. Dengan adanya komunikasi yang baik dan efektif, maka ia dapat membantu para pelatih membina ilmu pengetahuan dan kecekapan dalam menempuhi pelbagai ragam manusia di luar sana setelah berada di dalam alam pekerjaan kelak.

Selain daripada melakukan tugas yang berkaitan dengan kursus, para pelajar juga dapat belajar dan melakukan tugasan yang tidak berkaitan dengan kursusnya.Semasa dalam tempoh latihan, para pelajar perlu mematuhi setiap arahan dan perin