penuh perang salib

34
1.0 PENDAHULUAN Ganbar 1: Ilustrasi Perisiwa Perang Salib. Tidak ada peristiwa yang lebih popular dalam sejarah abad pertengahan selain daripada perang penaklukan Tanah Suci ataupun Perang Salib. Menyebut sahaja istilah Perang Salib pastinya akan memperdebatkan tentang agama Kristian dan agama Islam. Apa tidaknya, kerana perang ini melibatkan perang antara dua agama besar dunia ini. Perang Salib yang melibatkan beberapa siri peperangan tidak dinafikan oleh sejarawan sama ada sejarawan barat atau sejarawan Islam bahawa perang ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur keagamaan dan politik. Persoalannya, mengapakah istilah Perang Salib digunakan dalam perang ini? Bagi sejarawan Barat, salib merupakan lambang bagi agama Kristian. Oleh itu, dalam Perang Salib (The Crusades), tentera- tentera Kristian memakai lambang salib sebagai simbol perjuangan agama mereka. Asas perjuangan mereka adalah ingin merampas semula 1

Upload: nazrul427

Post on 14-Nov-2015

289 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN

Ganbar 1: Ilustrasi Perisiwa Perang Salib.Tidak ada peristiwa yang lebih popular dalam sejarah abad pertengahan selain daripada perang penaklukan Tanah Suci ataupun Perang Salib. Menyebut sahaja istilah Perang Salib pastinya akan memperdebatkan tentang agama Kristian dan agama Islam. Apa tidaknya, kerana perang ini melibatkan perang antara dua agama besar dunia ini. Perang Salib yang melibatkan beberapa siri peperangan tidak dinafikan oleh sejarawan sama ada sejarawan barat atau sejarawan Islam bahawa perang ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur keagamaan dan politik. Persoalannya, mengapakah istilah Perang Salib digunakan dalam perang ini?Bagi sejarawan Barat, salib merupakan lambang bagi agama Kristian. Oleh itu, dalam Perang Salib (The Crusades), tentera-tentera Kristian memakai lambang salib sebagai simbol perjuangan agama mereka. Asas perjuangan mereka adalah ingin merampas semula Tanah Suci Palestin dan lebih khususnya Kota Jerusalem daripada orang Islam. Jerusalem bagi sejarawan Barat yang dirujuk sebagai golongan Kristian adalah:Jerusalem- The most holy of holy places for Christians. Jesus had born in nearby Bethlehem and Jesus had spent most of his life in Jerusalem. He was crucified on Calvary Hill, also in Jerusalem. There was no important place on earth than Jerusalem for a true Christian which is why Christians called Jerusalem the City Of God.

Tanah suci Palestin bagi orang Kristian ialah tempat untuk menyucikan dosa. Oleh itu amat penting bagi mereka untuk menziarah kawasan ini untuk melakukan penyucian dosa.

Dalam pada itu, ada ungkapan yang menyatakan bahawa; therefore the Christian fought to get Jerusalem back while the Muslims fought to keep Jerusalem. Ungkapan ini ternyata kebenarannya apabila kita melihat pendapat-pendapat sejarawan Islam yang mana dalam pengertian mereka tentang Perang Salib sudah memperlihatkan unsur-unsur mempertahankan diri. Sejarawan Islam terutamanya golongan ulama, enggan menyebut perang ini sebagai Perang Salib. Mereka mempunyai istilah mereka sendiri iaitu Perang Sabil yang berasal daripada perkataan Perang Sabilillah atau Jihad Sabilillah( perang atau jihad di jalan Allah). Sejarawan Islam mendefinisikan sedemikian kerana perang ini adalah untuk mempertahankan Tanah Suci daripada tentera Kristian. Dalam hal ini, Jerusalem bagi orang Islam adalah:

Jerusalem was also extremely important for the Muslim as Muhammad, the founder of the Muslims faith, had been there and there was great joy in the Muslim world when Jerusalem was captured a beautiful dome called The Dome of the Rock- was built on the rock where Muhammad was said to have sat and prayed and it was so holy that no Muslims was allowed to tread on the rock or touch it when visiting the Dome.

Di samping itu, terdapat juga sejarawan Islam yang mengatakan Perang Salib ini sebagai al-Hurub al-Solibiyah.

Perang Salib telah berlangsung dalam jangka masa yang panjang dengan memakan masa selama 200 tahun. Perang salib ini mempunyai beberapa siri, ada sejarawan yang mengatakan ada tiga siri peperangan, ada juga yang mengatakan lapan siri, sembilan siri dan 13 siri. Jika dinilai secara sepintas lalu, setiap yang berlaku itu pastinya mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Perang salib yang berlaku diantara dunia Kristian dan dunia Islam.2.0. SIRI-SIRI DALAM PERANG SALIB (1095M-1292M)2.1 Perang Salib I

Gambar 2: Peta Perang Salib IDalam siri Perang Salib Pertama pada tahun 1095 M hingga 1099 M, Pope Urban II memainkan peranan yang sangat penting. Beliau telah mencetuskan semangat peperangan orang Kristian di Barat Eropah melalui sahutan beliau tentang rayuan Maharaja Byzantine iaitu Maharaja Alexius Comnenus untuk sama-sama menentang kemaraan Turki Islam yang mengancam Konstantinople. Seruan beliau dalam Majlis Perhimpunan di Clermont, Perancis, telah dianggap oleh umat Kristian sebagai satu misi bagi penyucian dosa dan penawanan semula Tanah Suci. Tindakan Pope Urban ini juga didorong oleh layanan buruk yang diberikan oleh Kerajaan Turki kepada pengunjung-pengunjung Kristian yang ingin menunaikan ziarah mereka ke Tanah Suci. Oleh itu, perasaan untuk mengambil semula Tanah Suci amat kuat di kalangan masyarakat Kristian di Eropah. Gambar 3: Pope Urban II memberikan seruannya di Clermont,Perancis.

Tentera Salib dalam Perang Salib Pertama diketuai oleh tuan tanah feudal dan knights seperti Raymond IV (1038-1105 M) dari Toulouse, Robert II (1054-1134 M) dari Normandy, Hugh (1090 M) dari Vermandois, Bohemond I (1056-1111 M) dengan sepupunya Tancred (1076-1112 M) dari Normandy, serta adik-beradik Baldwin (1058-1118 M) dan Godfrey (1058-1100 M) dari Bouillon tiba di Konstantinople pada tahun 1096-1097 M. Perang ini dimenangi oleh orang Kristian dengan penaklukkan Baitul Muqaddis, Edessa, Tripoli dan Antioch.

The First Crusade was the only truly successful crusade. It achieved its main goal of freeing the Holy Land. In addition, three crusader states were established in the region, bringing power and wealth to the western European settlers. A fourth state, Tripoli, was later created, and crusading orders of chivalry, such as the Knights Hospitalers and the Knights Templars, were founded to protect the Holy Land.

2.2 Perang Salib II

Siri Perang Salib Kedua pula berlaku pada tahun 1147 M hingga 1149 M yang berpunca daripada pengambilan semula Edessa oleh Turki Seljuk pada tahun 1144 M di bawah pimpinan Saladin. Kerajaan Jerusalem yang dahulunya telah ditawan oleh Kerajaan Kristian dalam Perang Salib Pertama sebenarnya tidaklah begitu kuat dan kukuh kerana berlaku perbalahan dan pergolakan diantara para ketua bangsawan yang menguasai wilayah-wilayah yang luas. Perselisihan juga terjadi di antara para ketua-ketua bangsawan dengan para pedagang yang datang dari Itali. Penduduk asal dan orang yang baru tiba dari Eropah juga tidak sehaluan menyebabkan pergaduhan terjadi di antara mereka. Keadaan orang-orang Kristian pada masa itu berpecah belah dan tidak bersatu.

Penyatuan semula umat Islam di bawah pimpinan Saladin membolehkan kerajaan Islam mula menjadi kuat. Mereka seterusnya mengambil kesempatan melalui situasi orang-orang Kristian di Jerusalem. Dengan itu, mereka telah berjaya menguasai semula Edessa. Penguasaan wilayah oleh Kerajaan Islam telah menyebabkan orang Eropah terkejut. Mereka akhirnya melancarkan Perang Salib Kedua dan mengumpul bala tentera. Gambar 4: Serangan tentera Salib keatas Edessa.Pope Eugenius III iaitu St. Bernard of Clairvaux telah mengisytiharkan Perang Salib Kedua. Dengan rayuan dan ucapan beliau, Raja Louis VII (1120-1180 M) dari Perancis dan Raja Conrad III (1193-1152 M) dari Jerman telah membentuk angkatan tentera Salib dan melakukan serangan dengan mengetuai dua pasukan tentera yang berlainan merentasi Balkan. Di Balkan, tentera Salib telah menerima bantuan pengangkutan daripada Maharaja Byzantine Manuel I (1120-1180 M) ke Asia Minor. Walaubagaimanapun, Perang Salib Kedua ini tidak berjaya meraih kemenangan.The Second Crusade was a failure. While marching through Anatolia, the crusaders suffered heavy losses. Troops that were left to defend cities along the way were massacred or sold into slavery.

Selepas kekalahan Jerman di Dorylaeum, kedua-dua tentera Jerman dan Perancis bergabung di Acre bagi menyerang Damascus (Syria), namun usaha ini telah gagal disebabkan konflik dalaman antara tentera Salib. Pada tahun 1187, Saladin telah berjaya menguasai Jerusalem dan seluruh wilayah kecuali Tripoli dan Antioch.2.3 Perang Salib IIIPerang Salib bagi siri ketiga yang berlaku pada tahun 1189 hingga 1192 M adalah berpunca daripada kejatuhan Jerusalem ke tangan Saladin iaitu pemimpin Kerajaan Turki Seljuk yang berkarisma, menyebabkan Pope Gregory VIII mengisytiharkan Perang Salib Ketiga.

Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perang Salib Ketiga ialah Maharaja Empayar Roman Suci iaitu Frederick I Barbarosa (1125-1190 M), Richard I Lion-Heart (1157-1199 M) dari England dan Philip II (1165-1223 M) dari Perancis. Mereka telah menyahut seruan Pope Gregory VIII. Walaubagaimanapun, Maharaja Frederick Barbarossa telah mangkat akibat lemas semasa menyeberangi sungai di Asia Kecil. Tentera-tenteranya menjadi lemah dan akhirnya pulang tanpa mencapai kemenangan

Maharaja Philip II dan Maharaja Richard The Lion Heart pula sering berselisih faham menyebabkan tentera-tentera mereka tidak bersatu dan sering bergaduh. Setelah mereka berjaya menawan Acre, Maharaja Philip telah pulang semula ke Eropah meniggalkan Maharaja Richard untuk menentang Saladin. Angkatan Saladin yang kuat menyebabkan Maharaja Richard tidak berupaya untuk menakluk semula Jerusalem. Akhirnya, pada tahun 1192, Maharaja Richard telah membuat perjanjian damai dengan Saladin untuk membenarkan orang Kristian melawat Jerusalem melalui Palestin dan Acre yang telah berjaya dikuasai oleh pihak Kristian.2.4 Perang Salib IV

Perang Salib Keempat pada tahun 1202 hingga 1204 M telah dilancarkan oleh Pope Innocent III (1160-1216 M). Setelah kematian Saladin, Pope Innocent III telah mencuba untuk menawan semula Tanah Suci tetapi gagal. Angkatannya yang lemah akhirnya telah memalukan beliau. Dalam Perang Salib IV ini juga memperlihatkan penawaran Surat Pengampunan ataupun Indulgences untuk mendapatkan derma dan bantuan kewangan bagi keperluan ketenteraan Salib.

Dalam siri perang Salib IV, tentera Kristian telah menggunakan jalan laut yang dirasakan lebih selamat dan cepat dengan pertolongan pedagang Venice di Hungary tanpa mengenakan apa-apa bayaran dengan syarat membantu mereka menawan pusat perniagaan di Zara. Disebabkan kelalaian tentera Kristian, orang Turki mengambil kesempatan menakluki semula kawasan yang terletak di bawah kekuasaan orang Kristian di Timur Tengah, iaitu Arce. Selain itu, di Zara, Alexius IV (1224 M) anak kepada Maharaja Byzantine yang digulingkan telah menawarkan tentera Salib dengan bantuan wang dan militari untuk membantunya menggulingkan bapa saudaranya Alexius III (1210 M).The Fourth Crusade was diverted from its original goal because of intrigues within the Byzantine Empire. Prince Alexios, the pretender to the Byzantine throne, met with the crusade leaders and persuaded them to help depose his uncle, the current emperor.

Untuk mendapatkan sumber kewangan untuk ketenteraan, perang yang dijalankan oleh pihak Kristian telah beralih arah. Mereka berperang sesama sendiri, misalnya di bandar Zara yang memperlihatkan peperangan antara pejuang salib dan penduduk bandar Zara yang juga adalah orang Kristian. Hal ini seterusnya memberi kesan kepada pembentukan Empayar Latin di Byzantine. 2.5 Perang Salib V

Sebagai lanjutan daripada Perang Salib IV, Pope Innocent III dan Honorius seterusnya telah melancarkan Perang Salib Kelima yang dicetuskan di Majlis Lateran pada tahun 1215 M. John H. Mundy telah mengatakan:Already evident in the First Crusade, this idea eventually took on all sorts of forms, of which the most egregious was the Childrens Crusade of 1212. Initially designed to stir faith, popular preaching from the Loire valley to that of the Rhine evoked a curious youth march towards Jerusalem.

Hal ini bertujuan untuk memerangi Mesir yang akan menjadi titik untuk memulihkan semula Jerusalem. Dalam Perang Salib yang kelima ini juga memperlihatkan pasukan tentera salib dari Hungary, Austria, dan Bavaria mencapai kejayaan luar biasa dengan penaklukan Damietta di Mesir pada tahun 1219 melalui kepimpinan Raja John dari Brienne, Hungary (1170-1237 M) dan wakil Papal iaitu Pelagius (1210 M). Semasa perang untuk menawan Damietta ini berlangsung, pihak Muslim di Damietta sebenarnya telah menghantar satu usul perdamaian kepada Raja John. Namun, Pelagius sebagai rakan sekutu Raja John telah menolak usul ini. Pelagius masih mengharapkan bantuan daripada Maharaja Empayar Roman Suci iaitu Frederick II (1194-1250 M). Seterusnya, Pada tahun 1221, Pelagius cuba menyerang Kaherah tetapi akibat daripada banjir Sungai Nil, mereka tidak berjaya. Hal ini seterusnya mendorong Pelagius untuk menerima perdamaian yang sebelum ini ditolaknya. Namun hal ini dilihat sudah tidak berguna berbanding perdamaian pertama yang ditolak. Perang Salib yang kelima ini juga telah memperlihatkan satu insiden penting yang cuba mencipta persefahaman antara Kristian dan Islam iaitu lawatan yang bersifat dakwah yang dilakukan oleh Saint Francis dari Assisi (1182-1226 M) terhadap Sultan Kamil (1180-1238 M).2.6 Perang Salib VI

Dalam Perang Salib yang Keenam, Maharaja Empayar Roman Suci iaitu Frederick II telah melancarkan satu misi secara diplomasi tanpa pendekatan ketenteraan. Misi ini tidaklah dikatakan sebagai satu siri peperangan kerana ianya bersifat diplomasi iaitu rundingan melalui meja bulat. Walaupun Frederick II telah disingkirkan oleh Paus (papal excommunication), namun baginda berjaya membuat perjanjian damai dengan Sultan Kamil. Perundingan damai ini telah membuahkan hasil kerana Sultan Kamil menyerahkan Jerusalem dan lain-lain tempat suci di bawah kuasa Kristian selama 10 tahun dengan Maharaja Frederick II sendiri sebagai Raja Jerusalem. Walaubagaimanapun, setelah 10 tahun berlalu, perjanjian ini telah dilupakan. Permusuhan antara Kristian dan Islam telah kembali hangat melalui serangan oleh Thibaut IV (1201-1253 M) dari Navarre dan Richard (1209-1272 M) dari Cornwall.2.7 Perang Salib VII

Melalui sokongan Pope Innocent IV (1254 M), Louis IX (1226-1270 M) dari Perancis telah melancarkan Perang Salib Ketujuh terhadap Mesir. Pengambilan semula Jerusalem pada tahun 1949 oleh Turki dan penduduk Muslim di Mesir merupakan penyebab utama Perang Salib yang Keenam ini. Louis IX mengatur Perang Salib menentang Mesir dari tahun 1248 hingga 1254, dia bertolak dari pelabuhan Aigues-Mortes yang baru dibina di selatan Perancis. Ia adalah satu kegagalan dan Louis menghabiskan hidupnya di istana kerajaan tentera salib di Acre. Di tengah-tengah perang Salib ini, berlaku Perang Salib Pengembala Biri-Biri pertama pada tahun 1251. Raja Edward dari England (1239-1307 M) tiba di utara Afrika terlalu lewat untuk menyelamatkan usaha Raja Louis IX, dan melalui kejatuhan Tripoli pada tahun 1289 M dan Acre pada tahun 1291, era Perang Salib berada di penutupnya walaupun Konstantinople kekal di tangan Kristian sehingga tahun 1453 dan Cyprus sehingga tahun 1571 M.

3. Faktor-faktor Perang Salib

Gambar 5: Pertempuran antara tentera Salib dan tentera Islam.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya Perang Salib. Antaranya ialah;3.1 Kezaliman pemerintah Dinasti Fatimiyah.Pemerintah Fatimiyah yang paling terkenal ialah Khalifah Abu Manshur Nizar al-Aziz (975-996). Baginda dikatakan antara khalifah yang paling bijaksana dan murah hati. Semasa pemerintahannya, dia telah memberikan toleransi yang tidak terbatas kepada orang Kristian. Umat Islam dan umat Kristian hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

Kemangkatan khalifah al-Aziz pada tahun 996 M, telah diteruskan dengan pelantikan Abu Ali Manshur al-Hakim yang baru berumur 11 tahun sebagai pemerintah Fatimiyah. Pemerintahan Khalifah al-Hakim dikatakan ditandai dengan tindakan-tindakan kejam yang amat menakutkan. Ia membunuh beberapa orang wazirnya dan memusnahkan beberapa gereja Kristian termasuk Kuburan Suci umat Kristian(1009). Dia juga turut memaksa umat Kristian dan Yahudi untuk memakai jubah hitam dan mereka hanya dibolehkan untuk menunggang keldai sahaja. Umat Kristian juga diwajibkan untuk menunjukkan salib yang dikalungkan di leher semasa mandi. Bagi orang Yahudi pula, mereka diwajibkan memasang tenggala berloceng di leher mereka. P.K Hitti (2002) menyatakan bahawa Khalifah al-Hakim merupakan khalifah yang ketiga dalam Islam yang mengenakan undang-undang yang ketat terhadap penduduk bukan Muslim di Fatimiyah selepas Khalifah al-Mutawakil dan Khalifah Umar II. Walaubagaimanapun, berkaitan dengan pemusnahan kuburan Suci orang Kristian dikatakan ditandatangani oleh Ibn Abdun yang merupakan setiausaha Khalifah al-Hakim sendiri yang beragama Kristian.

Seterusnya, Khalifah al-Hakim juga dipercayai telah mengikut perkembangan ekstrem ajaran Ismailiyah, dan menyatakan dirinya sebagai jelmaan Tuhan. Drusiyah antara keagamaan yang terbaru telah menerima, mengakui dan yakin bahawa al-Hakim adalah betul-betul jelmaan Tuhan. Pada awal tahun 1021, al-Hakim telah terbunuh dalam sebuah pemberontakan yang dipimpin oleh adik perempuannya iaitu Sitt al-Muluk di Mukatam kerana diperlakukan oleh Khalifah. Kekejaman yang dilakukan oleh Pemerintah Fatimiyah telah menjadi asas atau faktor pemangkin kepada Perang Salib.3.2 Mendapatkan kekuasaan dan kepentingan.

Mendapatkan semula Tanah Suci bukanlah tujuan utama bagi sebilangan orang Kristian. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan kekuasaan dan kepentingan mereka sendiri. Contohnya, Bohemond yang ingin mendapatkan semula kekuasaan dan kepentingannya setelah tenggelam dalam persaingan kuasa di negaranya serta para saudagar dari Pisa, Venesia, dan Genoa yang juga tertarik untuk ikut serta dalam perang kerana motif komersial.

Di samping itu, terdapat juga orang-orang romantis, orang-orang yang selalu gelisah, dan para pemberani, termasuk orang-orang Kristian yang saleh menjadikan Perang Salib sebagai sandaran baru bagi kehidupan mereka. Para pendosa pula merasakan Perang Salib ini merupakan satu peluang untuk menebus dosa. Bagi kebanyakan rakyat Perancis, Lorraine, Italia, dan Sisilia yang tengah berada di bawah tekanan ekonomi dan sosial, membawa salib lebih menjadi salah satu bentuk pembebasan dan pengorbanan.

Di samping itu, Zaman Pertengahan di Eropah menampakkan jumlah penduduknya yang semakin meningkat dan mengalami kesesakan hidup. Terdapat ramai knights yang tidak bertanah dan juga generasi mudanya yang tidak memiliki tanah. Oleh itu, berita yang mengatakan di wilayah sebelah timur masih kaya dengan tanah dan banyak peluang masih terbuka, telah mempengaruhi mereka dengan peluang-peluang tanah dan kekayaan yang masih terbuka untuknya. Pedagang-pedagang Itali pula merasakan Perang Salib ini merupakan peluang baik mereka untuk mewujudkan pusat perdagangan yang lebih selamat, memandangkan perdagangan dari timur ini sangat menguntungkan kepada peniaga dan pedagang Itali. Justeru itu, penguasaan Wilayah Timur yang kaya dan menguntungkan mereka ini mestilah dikekalkan dan dikuasai oleh Kristian sepenuhnya.3.3 Perasaan taksub terhadap agama.

Pada Zaman Pertengahan, kehidupan para paderi dan rahib-rahib hanyalah untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Masyarakat umum sepatutnya harus mencontohi mereka. Namun, mereka tidak sanggup untuk menjalani kehidupan seperti paderi dan rahib untuk membuat amal ibadat dan menyucikan diri daripada dosa. Ketidaksanggupan untuk tidak menjalani kehidupan seperti paderi telah menjadikan Perang Salib sebagai jalan yang paling mudah untuk mencapai taraf itu dan menyucikan dosa melalui pembelaan terhadap Tanah Suci mereka daripada ditawan oleh orang Islam. Perasaan ketaksuban ini juga bertambah hebat lagi di kalangan anggota tentera yang menyertai Perang Salib. Para anggota tentera merasakan Tuhan telah memanggil mereka untuk berperang mempertahankan Tanah Suci dan agamanya melalui ucapan yang diberikan oleh Paus dan mereka secara sukarelanya berperang memerangi orang Islam.

Selain itu, Perang Salib juga adalah bertujuan untuk menunjukkan ketaatan kuat kepada agama yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab ini terjadi adalah Kontroversi Istiadat Pengurniaan di mana satria Kristian menerima penghargaan dari pihak gereja yang bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Perkara ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka berlumba-lumba untuk menarik sokongan umum, menyebabkan satu pengalaman keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran spiritual Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat terhadap agama. Ini diperkuatkan dengan propaganda keagamaan, dan sokongan untuk "Perang Yang Adil" untuk merampas semula Tanah Suci termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama sewaktu abad ke-12. 3.4 Perkembangan Pesat Di Eropah.

Perkembangan yang pesat di Eropah Barat juga telah menjadi faktor terjadinya Perang Salib yang bertitik-tolak dari pembangunan pesat yang berlaku semasa Zaman Pertengahan, serta kemerosotan Empayar Byzantine di timur. Faktor utama yang membawa kepada perkembangan ini ialah pembukaan jalan perdagangan di sepanjang jalan ke Barat Eropah. Dengan pertumbuhan dan perkembangan perniagaan dan perdagangan, telah menjadikan bandar-bandar lama berfungsi semula. Hasil daripada perkembangan itu, telah wujud kelas perdagangan dan pembuat (artisan). Mereka ini bukan golongan dalam kelas bangsawan atau pun petani tetapi bermakna wujud kelas baru dalam masyarakat feudal. Dengan berlakunya pertukaran barang-barangan dengan wilayah, penggunaan mata wang telah diperluaskan dan menjadi penting di seluruh dunia Kristian dan Eropah Barat. Kesannya telah membawa pembaharuan terhadap masyarakat dan budaya Eropah.

Perpecahan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9 dan kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar menghasilkan ramai satria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God yang hampir berjaya. Namun, terdapat segelintir satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka - kecuali yang berlaku semasa Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, di mana tentera Kristian sibuk memerangi bangsa Moor beragama Islam di Eropah. Paus Urban II di Majlis Clermont sedang memberi ucapan berkobar-kobar untuk mengambil kembali Tanah Suci. Pada tahun 1009, khalifah Fatimiyyah, al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantyne, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib. Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium yang diancam oleh tentera Seljuk, bermula pada 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII, kepada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II pada 1095, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.

3.5 Faktor ancaman dan kebangkitan kuasa Seljuk Turki.

Kerajaan Bani Seljuk yang terletak berdekatan dengan Constantinople menyebabkan Raja Alexius Comnesus membuat permohonan kepada Paus Urban II pada tahun 1095 untuk membantunya untuk menangani serangan Bani Saljuk. Serangan Bani seljuk telah menyebabkan kawasan sepanjang pesisir Marmora telah ditakluki. Hal ini menyebabkan Raja Constantinople ini cemas dengan ancaman Bani Seljuk.

Permohonan raja Alexius Comnesus ini dilihat sebagai sesuatu yang baik bagi Paus Urban II. Dia mengambil peluang ini untuk menyatukan kembali gereja Yunani dan gereja Roma, yang mengalami perpecahan sejak 1009 hingga 1054. Maka pada 26 November 1095 Paus Urban menyampaikan pidatonya di Clermont, Perancis. Dia telah memerintahkan orang-orang Kristian agar Memasuki Lingkungan Makam Suci, merebutnya dari orang-orang jahat dan menyerahkan kembali kepada mereka. Pidato Paus ini merupakan pidato yang paling berpengaruh sepanjang catatan sejarah. Orang-orang yang hadir amat teruja sambil meneriakkan slogan Deus Vult yang bermaksud Tuhan Menghendaki sambil mengangkat tangan. Dalam pertengahan 1097, seramai 150 000 orang Kristian berkumpul di Constantinople yang terdiri daripada orang Franka, Norman dan rakyat biasa bagi menyahut seruan dan sokongan mereka untuk mengambil semula Tanah suci mereka.Ucapan Paus Urban II di Clermont, Perancis juga menginginkan Baitulmuqaddis jatuh ke genggaman tentera Frank. Alasannya adalah sejak kejatuhan Konstantinopel ke tangan bangsa Seljuk, bangsa Eropah menghadapi kesulitan menziarah Jerusalem kerana dihalang oleh bangsa Seljuk. Pihak Vatikan mengirim surat kepada raja-raja Eropah meminta bantuan beserta sukarelawan dari rakyat mereka. Vatican juga mula mengumpul sukarelawan perang dan menjanjikan syurga dan penghapusan dosa. Pihak Vatikan juga mengatakan membunuh umat Islam adalah halal dan mereka yang berbuat demikian dijamin masuk syurga.

Para pembesar Eropah mengirimkan mereka sekitar 40,000 orang di bawah pimpinan Raymod dari Toulouse, Behomend dari Sicily, dan Godfrey dari Boullin. Pemimpin perang ini diberi jaminam akan menjadi para pembesar di Kerajaan Suci Jerusalem. Tentera Salib berkumpul di Konstantinopel untuk membantu Rom Timur pimpinan Alexius Comnenus melawan bangsa Seljuk. Maka bermulalah perjalanan yang panjang. Pada 4 Jun 1097, tentera salib menakluki ibu kota Seljuk menyebabkan tentera diterajui Sultan Qilij Arslan mengalami kekalahan besar-besaran dalam pertempuran Dorylaeum di dataran tinggi Anatolia. Tentera salib meneruskan perjalanan ke Antioch. Kota ini dikepung cukup lama dari Oktober 1097 hingga Jun 1098. Gabenor Antioch, Yaghisian, mengusir kaum Kristian yang terkenal dengan sebutan kaum Ortodoks Timur yang tinggal di dalam kota sejak bertahun-tahun yang lalu. Yaghisian juga memohon pertolongan daripada Syria untuk mengusir tentara salib.

Syria mengirim bantuan dan mereka mengepung tentera salib supaya tidak mendapat bekalan makanan dari luar. Strategi ini berjaya sehingga satria berkuda tentera salib terpaksa memakan kuda mereka dan para tentera pejalan kaki memakan dedaunan untuk terus hidup. Walaupun tentera Islam berjaya memutuskan hubungan dunia luar, tentera Salib masih mampu merebut Antioch. Kekalahan tentera Islam adalah berpunca rasa ketidakpercayaan antara sesama pasukan. Tentera bantuan dari Syria enggan mematuhi perintah gabenor Antioch, Yaghisian, kerana mereka beranggapan panglima dari Syria lebih tinggi daripada gabenor sebuah jajahan dari Syria. Kekalahan mereka juga disebabkan terdapat pengkhianatan yang membocorkan rahsia pasukan Islam kepada para pimpinan tentera salib yang menjanjikan hadiah yang besar.

Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, tentara salib bergerak menuju ke Maaraat al-Numan dan menakluknya pada 2 Disember 1098. Maaraat al-Numan bukanlah sebuah kota besar seperi Baitulmuqaddis ataupun Damsyik. Kekejaman tentara salib tidak akan terhapus dari memori umat Islam. Didorong oleh kepercayaan bahawa membunuh umat Islam dijamin syurga, tentera salib membunuh ramai umat Islam. Setelah menambah kekuatan mereka, tentera salib bergerak ke matlamat utama mereka iaitu kota Baitulmuqaddis. Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah, tentara salib menguasai daerah pesisir pantai Syria dan meluaskan pengaruh mereka di Mediteranian Timur. Pergerakan mereka tidak disekat sehingga Baitulmuqaddis jatuh ke tangan kaum Frank tanpa perlawanan pada hari Jumaat, 5 Julai 1099. Salah seorang pimpinan mereka, Godfrey the Bouillon, diangkat sebagai penguasa Baitulmuqaddis. Perpecahan umat Islam yang terjadi pada masa itu adalah penyebab utama kejatuhan Baitulmuqaddis. Jatuhnya ibu kota ini ke tangan kaum Frank menandakan berakhirnya Perang Salib Pertama.

3.6 Faktor Penguasaan Islam Terhadap Edessa.

Kerajaan Jurusalem yang diasaskan oleh para pejuang Perang Salib tidaklah begitu kuat dan kukuh. Di samping itu, berlaku perbalahan dan perselisihan faham di antara para ketua bangsawan yang menguasai wilayah-wilayah yang luas. Selain itu, terdapat perselisihan faham di antara ketua-ketua bangsawan dengan pedagang yang datang dari Itali. Perselisihan faham juga berlaku di antara penduduk asal dengan orang yang tiba dari Eropah. Tetapi kelemahan dan perselisihan faham ini tidak diambil peluang oleh orang Islam untuk menguasai semula wilayah yang telah ditakluki oleh orang Kristian itu kerana orang Islam ada masa itu masih lagi tidak bersatu untuk menguasai wilayah tersebut. Tetapi, lama-kelamaan, dengan penyatuan semula di bawah pimpinan Saladin, orang Islam telah dapat menguasai semula Edessa. Berita tentang perkara itu telah membuatkan orang Eropah melancarkan Perang Salib Kedua (1145-1149). Dengan rayuan dan ucapan daripada St. Bernard of Clairvaux, Maharaja Louis VII dari Perancis dan Maharaja Conrad III dari Hohenstaufenn, telah dibentuk angkatan Perang Salib pada tahun 1147, tetapi mereka tidak mencapai kemenangan. Pada tahun 1187, Saladin telah menguasai Jurusalem dan seluruh wilayah melainkan Tripoli dan Antioch.

3.7 Peranan Para Ulama Islam Dalam Membangkitkan Semangat Jihad.

Para ulama memainkan peranan yang sangat penting disebalik kebangkitan semangat jihad umat Islam. Al-Sulami, seorang ulama sufi dari Masjid Umayyah, Damsyik adalah ulama yang melopori dakwah bertemakan jihad dari mimbar masjid. Menurut al-Sulami, kekalahan yang diderita umat Islam dari perang melawan tentera salib disebabkan hukuman dari Allah S.W.T kerana umat Islam mengabaikan kewajiban-kewajiban agama, khususnya jihad di jalan Allah. Al-Sulami berpendapat jika umat Islam menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT, maka umat Islam akan mencintai agamanya dan akan berjuang sekuat tenaga demi agama. Langkah al-Sulami ini diikuti oleh ramai ulama di Suriah yang banyak melahirkan kelompok mujahidin.

Zengi, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, mereka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib. Kemenangan Zengi pada tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Zengi tewas akibat dibunuh, Zengi tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zengi.

4. KESAN PERANG SALIB4.1 KESAN PERANG SALIB KEPADA DUNIA ISLAM

Perang Salib yang telah berlangsung kira-kira 200 tahun telah membawa impak yang sangat besar kepada dunia Islam. Kesan yang diterima oleh Dunia Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan positif dan kesan negatif. Walaubagaimanapun, selepas Perang Salib ini, telah memperlihatkan bahawa kesan negatif yang diterima oleh dunia Islam adalah lebih banyak daripada kesan positif. Secara keseluruhannya, Dapatlah dikatakan bahawa peperangan salib ini sememangnya telah merugikan dan seterusnya menyebabkan kemerosotan kepada dunia Islam. KESAN NEGATIFkejatuhan Baitulmaqdis, penaklukan banyak wilayah Islam dan negara Arab yang lain.Kejatuhan Baitul Maqdis telah disambut dengan tangisan air mata oleh seluruh umat Islam. Kekalahan tersebut membawa makna kekecewaan yang besar kepada umat Islam dan ajarannya. Kekalahan ini menandakan terdapatnya kelemahan di kalangan orang Islam itu sendiri yang memerlukan pembetulan semula. Seluruh negara Islam yang mendengar berita itu terutamanya pusat Islam di Baghdad menyambut dengan kepedihan dan kesedihan yang memilukan. Terdapat syair-syair yang diungkapkan oleh mereka bagi menunjukkan kesedihan itu seperti yang dibuat oleh Abul Musaffr Al- Abyurdi.

Pada tahun yang sama tentera Salibiyah telah berjaya menguasai Haifa dan mengadakan perjanjian dengan Arsuf. Pada akhir bulan rejab pula, mereka berjaya menguasai Inwah dan seterusnya membawa kepada kejatuhan Tripolis ke tangan bala tentera salibiyah. Kehilangan Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan lain menunjukkan dominasi kuasa Islam di kawasan-kawasan berkenaan mula lemah. Selama beberapa abad, kuasa Islam mendominasi kawasan berkenaan dan akhirnya selepas peperangan Salib berakhir kuasa Islam di lemahkan dengan penaklukan banyak wilayah jajahan Islam.Selain itu, kesan Perang Salib juga dapat dilihat sehingga ke hari ini. Perang Salib merupakan peperangan berlarutan yang berhubung kait dengan polisi penjajahan barat dan juga merupakan satu perang yang penting kerana ianya berlaku pada tahun pertengahan, dalam usaha penaklukan pihak barat seperti yang jelaskan oleh P.K. Hitti(1970:209)

Antara dunia Timur dan Barat terus menerus didapati saling mempengaruhi, semasa perang saliblah yang merupakan abad pertengahan, peperangan Trojan dalam zaman purba merupakan pemulaan dan ekspansi dan imperialis daripada eropah barat merupakan babak terakhir

Pertempuran berdarah di dalam peperangan Salib tidak berakhir sebegitu sahaja. Ianya terus berlarutan dan terus menerus mempengaruhi hampir setiap tahun perhubungan diantara kedua-dua pihak. Bermula pada saat itulah, satu demi satu negara arab telah terjebak ke dalam perangkap Barat. Seperti yang diutarakan oleh Toynbee(1961:24):

Sesungguhnya oleh kerana Barat telah berjaya menakluki lautan, maka sebelum akhir abad ke-16, Barat telah berhasil melemparkan jerat ke leher islam, tetapi hanya setelah abad ke-19 sajalah baru Barat memberanikan diri untuk menarik jerat tersebut dengan kuatnya

Spekulasi yang dikatakan oleh Toynbee telah menjadi kenyataan apabila menjelangnya abad ke-19, beberapa wilayah Arab telah berjaya dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.Pemikiran dan Ideologi yang berbeza

Pertembungan di antara masyarakat Islam dan Kristian melalui Perang Salib menyebabkan banyak pemikiran dan ideologi daripada Barat meresap masuk ke dunia Islam. Akibat daripada pertembungan tersebut maka wujudlah fahaman individualism, sekularisme, materialism dan humanism yang menyebabkan seluruh masyarakat Islam amat sukar bersatu padu. Fahaman sekularisme terutamanya iaitu fahaman yang memisahkan duniawi dan aspek-aspek keagamaan semakin tersebar di dunia Islam. Pentadbiran yang dahulunya mengikut Al-Quran, sunnah, serta lunas-lunas agama mula digantikan dengan pentadbiran yang bersifatkan duniawi. Diantara contoh fahaman sekularisme adalah seperti sistem demokrasi yang memisahkan sistem syura dalam Islam.

Kejatuhan dominasi ekonomi perdagangan dan perubahan dalam sistem ekonomi Islam. Sebelum Perang Salib bermula, masyarakat Islam mendominasi perdagangan di kawasan sekitar Mediterranean, di wilayah Sepanyol, Pulau Sicily, Utara Afrika, dan di wilayah timur tengah.Namun selepas Perang Salib, kekuatan dan dominasi perdagangan masyarakat Islam di kawasan-kawasan berkenaan mula tergugat dengan kemunculan barat.Dengan meletusnya perang Salib pertama bermakna Eropah telah berjaya membuka kawasan Mediterranean kepada para pedagangnya. Selepas peperangan, kuasa Islam mula dilemahkan oleh kuasa barat yang mula bangkit, bertambah kuat dan berkuasa setelah bangun daripada zaman gelap

Dalam aspek ekonomi pula, Perang Salib telah menyebabkan sistem ekonomi masyrakat Islam mula berubah. Dahulunya sistem ekonomi masyrakat Islam adalah mengikut syariat yang ditetapkan tetapi selepas Perang salib berlaku, sistem ekonomi barat mula meresap masuk ke dalam sistem ekonomi Islam. Masyarakat Islam mula terpengaruh dengan corak perniagaan barat. Contoh yang paling jelas adalah Sistem Ekonomi Kapitalis dan Riba. Selain itu, Perang Salib ini juga telah menyebabkan sistem cukai dalam bentuk baru yang menggantikan sistem lama yang diamalkan oleh golongan feudal.Wujudnya konsep anti-Islam, perasaan ketakutan dan kerisauan masyarakat Kristian Eropah.

Tidak dapat dinafikan peperangan Salib telah menyebabkan wujudnya konsep anti-islam di kalangan masyarakat Kristian. Peperangan Salib yang melibatkan masyarakat Islam di timur dan Masyarakat Kristian di Barat telah mewujudkan perasaan ekstrim terhadap agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan layanan buruk terhadap masyarakat Islam semasa penjajahan Portugis di Asia Tenggara.Bagi orang Portugis, kemaraan mereka ke timur bukanlah semata-mata untuk menguasai jalan perdagangan dari Eropah ke timur tetapi juga satu kemaraan untuk cuba menentang agama islam, sesuatu yang boleh dikatakan diwarisi kesan daripada peperangan Salib yang berlaku dahulu.Selain daripada itu, peperangan salib telah menyebabkan masih wujudnya ketakutan dan kerisauan masyarakat kristian eropah kepada masyarakat islam. Buktinya dapat dilihat sehingga abad ke 21 ini. Contohnya, Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush menggambarkan tahun 2001 sebagai War on terror, seterusnya mengelarkan apa yang berlaku pada tahun 2001 sebagai Crusade. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan Masyarakat kristian masih lagi mempunyai perasaan risau dan takut selepas apa yang berlaku semasa peperangan Salib dahulu.

Kemerosotan dunia Islam Selepas peperangan salib, Dunia Islam mula merosot dan ini bermakna bermulanya kebangkitan Dunia barat, bermula dengan Zaman Renaissance. Kita mengetahui bahawa semasa dunia barat berada pada zaman kegelapan, dunia Islam pada masa itu berada di zaman kemajuan dari pelbagai aspek. Kejayaan dunia Islam dalam bidang sains, kesusasteraan dan kesenian telah melebihi Dunia barat.Kita dapat saksikan dalam bidang ilmu hisab,kimia, sains perubatan dan falsafah, sarjana islam sering menjadi rujukan dan sangat dihormati oleh dunia barat. Nama-nama seperti al-Khawarizmi, al-Razi, al-Farabi dan Avicenna merupakan tokoh-tokoh Islam yang terkenal di dunia barat pada masa itu. Namun selepas peperangan Salib, banyak pengambilan ilmu Islam berlaku dan iannya telah melimpahi ke Barat seterusnya telah menyebabkan kebangkitan intelektual di Barat.Masyarakat Barat telah mengambil kesempatan mencuri dan merampas banyak kaedah,teknik, dan ilmu pengetahuan dunia Islam dan membawa balik ke negara mereka. Contohnya, Hospital Les Quinze-Vingt yang dibina di Paris oleh Louis IX sebenarnya mengambil contoh dan kelengkapan daripada Hospital Sultan Nur al-Din di Damsyik.Kebangkitan dunia barat akhirnya telah menyebabkan kemerosotan kepada dunia Islam sendiri. Gambar 6: al-Khawarizmi

Aspek kebudayaan dan pengambilan seni bina Islam Aspek budaya turut tidak terkecuali menerima kesan daripada perang Salib ini. Kesan tersebut masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.Kesan yang meresap masuk itu sesungguhnya merupakan kesan buruk dan negatif yang telah mempengaruhi remaja islam di seluruh dunia pada masa kini. Antara aspek budaya yang telah dipengaruhi oleh Barat adalah seperti dari cara pemakaian, pergaulan bebas dan juga perayaan masyarakat barat begitu mudah masuk ke dalam kebudayaan masyarakat Islam. Pada masa sekarang kita boleh lihat remaja islam memakai pakaian yang ketat,bertindik di telinga serta merayakan Hari Valentine.

Dalam aspek senibina,sebelum berlakunya perang Salib, Masyarakat Barat tidak mengetahui dan tidak pandai membina bangunan besar yang diperbuat daripada batu dan konkrit yang kukuh.Selepas berlakunya peperangan Salib, orang eropah mula mempelajari cara membina istana dan benteng pertahanan yang tegap dan menggunakan teknologi pembinaan masyarakat islam.Sebagai contoh penggunaan kaca berbintik-bintik dalam bangunan Wesminster Abbey(Parlimen Britain) telah ditiru daripada senibina orang islam.

Kesan yang diperolehi adalah Masyarakat barat, selepas peperangan salib tidak hanya menjajah wilayah dan kawasan taklukan islam tetapi secara perlahan-lahan mula menjajah aspek kebudayaan timur dan meresapkan kebudayaan barat ke timur. Pengambilan teknologi senibina islam telah menyebabkan masyarakat Barat semakin maju dalam pelbagai aspek dan akhirnya meruntuhkan tamadun islam itu sendiri.KESAN POSITIF

Aspek Perpaduan

Tidak dapat dinafikan bahawa Perpaduan Masyarakat Islam pada masa peperangan Salib semakin erat dan kuat. Umat Islam bersatu di bawah kepimpinan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menentang para pejuang Salib daripada barat. Salahuddin Al-Ayyubi sendiri telah berjaya menyatupadukan umat Islam dan Arab serta mengukuhkan kedudukan mereka yang mana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini bagi menghadapi Peperangan Salib.

PerdaganganKesan yang diterima daripada perang Salib kepada aspek perdagangan adalah perkembangan perdagangan diantara Timur dan Barat. Seperti yang diketahui peperangan Salib telah menyebabkan wujudnya pertembungan diantara Timur dan barat. Pedagang Islam telah berdagang ke Eropah. Diantara tempat dimana Masyarakat Islam timur telah berdagang ke Barat adalah seperti Akka, Ladhikiyah, Saidon. Diantara barangan yang dijual adalah seperti tenunan kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan bau- bauan4.2 KESAN PERANG SALIB KEPADA DUNIA EROPAH

Perang Salib bukan sahaja telah memberi kesan kepada dunia Islam tetapi juga telah memberi kesan yang sangat besar kepada dunia barat. Kesan paling ketara yang dapat dilihat ialah perubahan besar dalam aspek sosioekonomi masyarakat Eropah.

4.1 KESAN TERHADAP SOSIAL MASYARAKAT EROPAH.

Kemerosotan Sistem Feudalisme

Akibat daripada paksaan untuk menjadi tentera, dan pada masa yang sama menggunakan perbelanjaan mereka sendiri telah menyebabkan sejumlah besar petani berhadapan dengan beban hutang yang besar. Untuk melangsaikan hutang mereka ini, petani-petani ini telah menyerahkan tanah-tanah mereka kepada golongan Lords yang mana dengan ini, mereka dapat melangsaikan hutang mereka.Tetapi dalam masa yang sama juga, mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang akan menjadi hamba kepada golongan Lords untuk mengusahakan tanah yang diberikan. Mereka kini kehilangan kebebasan hidup serta kehilangan hak milik tanah.

Namun, Perang Salib yang telah berlangsung selama kira-kira 200 tahun ini telah dilihat sebagai satu peluang kepada golongan hamba untuk bebas daripada sistem feudalisme ini dengan menyertai Perang Salib. Melalui penyertaan mereka dalam Perang salib maka mereka secara rasminya menjadi orang-orang yang merdeka tanpa ada ikatan daripada golongan bangsawan. ..tentera-tentera Salib Barat mendapati tidak ada seorang pun hamba dalam bala tentera Islam. Keadaan ini telah meluaskan pandangan untuk mendapatkan kemerdekaan bagi sesiapa yang telah dicap sebagai hamba.

Penjualan kota-kota untuk kemerdekaan juga berlaku apabila golongan feudal telah menjual sebahagian ladang-ladang mereka bagi persediaan menyertai peperangan. Keadaan ini menyaksikan kemunculan pekan-pekan merdeka dalam setiap kota yang mana kota ini akhirnya berada dalam kuasa raja dengan ikatan terus-menerus dan tidak lagi menerusi golongan feudal.

Kemajuan Perdagangan.

Perang Salib juga telah membuka jalan perdagangan yang menemukan Barat dan Timur sehingga telah meningkatkan lagi perdagangan antara kedua-dua tamadun ini. Bandar-bandar Itali misalnya telah meraih keuntungan daripada perdagangan yang dilakukan dengan bandar-bandar di wilayah Syria disamping keuntungan dengan membawa para pejuang Salib serta pengunjung ke Tanah Suci orang Kristian.

Siri Perang Salib yang pertama turut menyaksikan perdagangan mercantile yang semakin berkembang. Venice sebagai pelopor kepada perkembangan ini telah menjadikan Venice sebagai bandar yang paling kaya di Barat. Hal ini juga dapat dilihat melalui perkembangan Genoa dan Pisa. Selain itu, pelabuhan Flanders juga telah banyak berkembang sehingga menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan pengumpulan barang. Pada Abad ke-12 pula telah memperlihatkan keadaan ekonomi di wilayah-wilayah selatan Perancis dan kawasan Kristian Sepanyol telah berkembang sehingga perdagangan mulai tersebar ke wilayah-wilayah pedalaman Perancis dan Jerman melalui jalan darat dan sungai sehingga ke wilayah Flemish. Di bahagian Christedom, jalan perdagangan melalui wilayah Champagne juga telah dibuka dan merancakkan lagi perdagangan di bahagian ini.

Hasil daripada kepesatan perdagangan dan perniagaan ini, maka keadaan kehidupan bandar-bandar di Eropah turut dapat dipulihkan. Hal ini disebabkan pembukaan banyak jalan-jalan perdagangan. Contohnya, melalui kesatuan pedagang yang dibentuk telah memastikan keselamatan perjalanan dan perniagaan yang berlangsung akibat beberapa faktor seperti ancaman lanun dan perselisihan faham tentang perniagaan. Kemajuan perdagangan ini adalah disebabkan oleh pembukaan jalan ketika Perang Salib berlangsung.

Perkembangan Bandar-bandar Eropah.

Selepas peristiwa Perang Salib, Eropah telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat. Hal ini bertitik tolak dengan perkembangan dan penyebaran aktiviti perdagangan. Beberapa bandar-bandar baru telah muncul akibat daripada adanya interaksi perdagangan dengan bandar yang telah maju. Perdagangan yang pesat telah menjadi pemangkin kepada kemunculan bandar-bandar baru melalui kehadiran pedagang-pedagang yang ramai dan pembinaan pelbagai kemudahan-kemudahan asas seperti kemudahan perniagaan dan pelabuhan.

Bandar Genoa misalnya merupakan salah sebuah bandar penting yang selain Venice, Florence dan Pisa. Ini adalah kerana, Genoa mempunyai hubungan perdagangan yang mempunyai kaitan dengan perdagangan daerah dalam kerajaan Jerusalem.Selain itu, kepesatan perdagangan juga sekaligus telah membawa kepada pembentukan bandar baru di kawasan Lambard dan Tuscany di Itali pada abad ke-11.

Kebangkitan Intelektual.

Eropah pada waktu itu banyak meminjam idea-idea sains, falsafah, kekayaan dan kebudayaan umum tentang dunia Islam.

Akibat daripada zaman gelap di negara-negara barat, banyak buku-buku yang telah dibakar dan hilang. Hal ini telah menyebabkan dunia barat mengambil kesempatan daripada Perang Salib untuk menyerap pelbagai maklumat dan idea-idea dari dunia Islam. Nama-nama seperti al-Farabi, al-Razi, Avicenna, al-Khawarizmi, Omar Khayyam dan al-Firdausi merupakan tokoh-tokoh yang amat dikagumi dan terkenal di dunia barat. Hal ini kerana sumbangan mereka yang besar sekali terutamanya dalam bidang matematik, perubatan, falsafah, sains, dan kesusasteraan.

Hubungan dan penerimaan ilmu pengetahuan Islam ke dunia barat banyak diserap di wilayah-wilayah dan pusat perniagaan Eropah iaitu di semenanjung Itali. Kebangkitan intelektual di kawasan ini telah menyebabkan lahirnya Zaman Pembaharuan Eropah yang sebelum ini berada dalam belenggu zaman kegelapan iaitu pada zaman pertengahan. Hal ini juga terjadi akibat daripada perpindahan para cendekiawan timur ke pusat-pusat perdagangan dan perniagaan di Itali yang disebabkan oleh kejatuhan Kerajaan Constantinople pada tahun 1453. Perpindahan mereka ke Itali ini telah memberi dorongan dan sokongan dari segi kewangan dan penghayatan mereka terhadap ilmu-ilmu yang diterima oleh mereka.

Kemajuan intelektual dunia Islam pada abad ke-11 melihat akan kemajuan intelek yang telah melebihi dunia Barat sehinggakan sarjana-sarjana Islam telah menjadi rujukan yang begitu dihormati oleh golongan terpelajar di Eropah.Perkembangan masyarakat di Eropah hasil daripada perkembangan intelektual daripada dunia Islam menjadi salah satu faktor kepada penghasilan barang-barang perniagaan dengan kos rendah dengan teknologi yang cekap. Contohnya masyarakat Milan,Venice dan Florence yang bersikap terbuka terhadap penyelidikan pengetahuan yang sebenar dan dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam masa yang sama, peningkatan intelektual ini telah merangsang kesedaran nilai ketinggian ilmu pengetahuan Yunani misalnya Copernicus yang menunjukkan bahawa matahari adalah pusat sistem alam semesta dan bukan bumi yang telah dinyatakan oleh institusi agama. Bukan itu sahaja, Zaman Pembaharuan ini juga telah dilihat lebih mengutamakan bidang jumpaan tanah yang merangkumi sains melukis peta, membuat kompas, matematik dan astronomi.

Perkembangan Kesusateraan dan Kesenian.

Selain itu, di Perancis misalnya, Perang Salib ini telah menyebabkan tumbuhnya minat dalam bidang penulisan yang berbentuk penceritaan, lagenda abad dan histografi. Cara penulisan ini banyak digunakan dalam menghasilkan cerita-cerita dan persembahan tentang pelbagai peristiwa contohnya cerita-cerita Chalemagne dan Raja Athur dan Perang Salib itu sendiri. Selain itu, kesusasteran seperti Chanson d'Antioche ataupun chanson de geste yang menyentuh Perang Salib Pertama, dan Lagu Roland (Song of Roland) yang menyentuh era Charlemagne dipengaruhi secara terus oleh pengalaman perang Salib. Begitu juga dengan cerita Troubador iaitu kesatria yang ingin memenangi hati wanitanya dengan pergi menyertai perang Salib di Timur. Bahasa vernacular Perancis juga digunakan dalam kebanyakan lagu dan cerita dongeng pada ketika itu.

Penyebaran Agama Kristian.Konsep yang pernah diperkenalkan oleh Pope Urban II iaitu mewujudkan gereja dunia telah membangkitkan semangat penyebaran dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa dunia Barat. Oleh yang demikian, penyebaran dan penguasaan agama Kristian Katolik telah berlaku di sekitar wilayah-wilayah Eropah, antaranya adalah wilayah-wilayah di Scandinavia yang kemudiannya diikuti oleh Norway dan Sweden.

Selain daripada itu, kejatuhan Cordova pada tahun 1034 telah menyebabkan agama Kristian dapat disebarkan dengan mudah oleh Kristian Katolik yang selama ini diidam-idamkan oleh pihak Kristian untuk menakluki semula wilayah Sepanyol.Kesan Perang Salib ke atas benua Eropah sebenarnya boleh dilihat dalam segala sudut dan bersifat pelbagai.

5. Analisis

Peristiwa Perang Salib yang berlaku antara dunia Barat dan dunia Islam ini bukanlah berpunca oleh satu pihak sahaja iaitu Islam mahupun Barat. Ini kerana, jika diperhalusi, semasa pemerintahan Khalifah al-Aziz, masyarakat Kristian dan masyarakat Islam hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun begitu pada zaman pemerintahan khalifah al-Hakim telah memperlihatkan adanya unsur-unsur berat sebelah antara kedua masyarakat berbeza ini. Ini dapat dilihat melalui tindakan khalifah al-Hakim yang telah memperkenalkan undang-undang yang ketat terhadap masyarakat bukan Islam pada ketika itu seperti, orang Kristian diwajibkan untuk menunjukkan salib yang dikalungkan di leher semasa mandi manakala bagi orang Yahudi pula, mereka diwajibkan memasang tenggala berloceng di leher mereka.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh melihat aspek ini sebagai satu-satunya pencetus utama kepada peristiwa Perang Salib. Hal ini kerana, terdapat sesetengah sejarawan yang mengatakan bahawa orang-orang Kristian yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Khalifah al-Hakim telah menyebarkan khabar angin mengenai penindasan yang berlaku keatas mereka. Melalui hal ini, Pope Urban II lantas menyeru masyarakat Barat untuk bersatu-padu untuk menegakkan keadilan dengan langkah utama merebut semula Tanah Suci dengan cara berperang. Tindakan Pope ini adalah amat mendukacitakan kerana sebagai peneraju agama Kristian, seharusnya menangani masalah yang timbul secara damai yang mungkin diperoleh dengan mengadakan perundingan ataupun perbincangan.

Seterusnya Perang Salib yang berlaku antara dunia Islam dan dunia Barat ini juga telah memperlihatkan dampak yang sangat besar tehadap kedua-dua pihak. Pertama, dunia Barat dalam jangka masa yang panjang, telah mendapat keuntungan daripada perang yang berlaku. Contohnya, pengadaptasian mereka terhadap ilmu-ilmu pengetahuan Islam yang banyak memajukan bangsa Barat sehingga lahirnya golongan-golongan intelektual khususnya di kalangan pedagang dan pengembara. Keadaan ini juga telah menyebabkan negara-negara Barat mula bangkit daripada Zaman Gelap kepada Zaman Pencerahan ataupun Zaman Pembaharuan. Walaupun begitu, dunia Islam nampaknya telah banyak mengalami kerugian. Masyarakat Islam mula mengalami kemerosotan terutamanya setelah kemangkatan Saladin. Mereka juga telah kehilangan banyak wilayah seperti Haifa dan yang paling penting sekali ialah kejatuhan Baitulmuqqadis di tangan Barat. Sistem ekonomi mereka juga turut terjejas ekoran daripada Perang Salib yang semakin mengancam dominasi ekonomi mereka. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa Perang Salib merupakan titik tolak terhadap kelahiran semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam.

6. Kesimpulan

Perang Salib merupakan salah satu peristiwa pemberi warna kelam dalam perjalanan sejarah Dunia Islam dan Dunia Kristian. Warna kelam ini amat mempengaruhi hubungan Islam kristian hingga dewasa kini. Seperti pernyataan Montgomery Watt Meatat, yang berbunyi kaum Muslim, Kristian, dan Yahudi di Sepanyol sebelum Perang Salib boleh hidup berdampingan secara damai, hidup sebumbung , dan perkara ini boleh dicapai diantara masyarakat Kristian dan Islam pada masa kini melalui beberapa aspek seperti kepimpinan dan toleransi diantara kedua-dua agama besar ini. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk melihat dan mengambil pelajaran yang bererti dalam peristiwa ini untuk membangun suatu kehidupan bersama yang lebih damai dan jujur. http://www.historylearningsite.co.uk

http://ummahonline.com/?p=679

http://www.historylearningsite.co.uk

Wan Abdul Rahman Latif( 2001).,Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia., Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 174

William Chester Jordan(1996)., The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,New York, Prentice Hall., Hlm. 10.

Saladin atau nama penuhnya ialah al-Malik al-Nashir al- Sulthan Shalah al-Din Yusuf merupakan pemimpin Islam yang unggul dalam Perang Salib.

Wan Abdul Rahman Latif(2001)., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Hlm. 177

William Chester Jordan(1996)., The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,New York, Prentice Hall., Hlm. 10.

Wan Abdul Rahman Latif(2001)., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Hlm. 178.

William Chester Jordan, The Middle Ages, An Encyclopedia for Students, Edisi 2.,Hlm. 11.

John H. Mundy(1991).,Europe in the High Middle Ages 1150-1309, Second Edition, London & New York: Longman.Hlm. 52.

Hal ini disebabkan oleh kelewatan Frederick II membantu wakil Papal iaitu Pelagius dalam Perang Salib.

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm 792.

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm.812

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm 175.

Ibid.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .173.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib

P. K. Hitti(2002).,History of the Arabs.,Palgrave Macmillon, New York.,Hlm.811

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Salib

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .177.

Hamedi Mohammad Adnan(1991)., Krisis Timur Tengah,.,Percetakan Kong Lee.Hlm.32.

Ibid, hlm 33.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .173.

Ibid, hlm 210.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .72.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .100.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .158.

Siva Chandralingam Sundara Raja(2002).,Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm 97.

Ibid.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .179.

Ibid, hlm.181.

Ibid.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .181.

Ibid.

Siva Chandralingam Sundara Raja(2002)., Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm .98

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .187.

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .188.

Ibid.

Siva Chandralingam Sundara Raja(2002)., Sejarah Eropah.,Utusan Publication & Distrubors Sdn.Bhd.Hlm 99

Wan Abdul Rahman Latif(2001).Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.,DBP, Kuala Lumpur.Hlm .188.

26