hbef2303 kak sha

Upload: timothy-bates

Post on 01-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PENGENALANPembangunan dan pembudayaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia di percepatkan dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia yang mempunyai tujuh aplikasi perdana berkaitan aktiviti berkaitan ICT dalam pelbagai sektor. Salah satu aplikasi tersebut adalah Sekolah Bestari yang pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah (PIPP, EPRD 2006).

Persoalan seterusnya adalah untuk mengetahui perkembangan pengintegrasian pelbagai perisian kursus ini samada dalam kalangan murid atau guru di sekolah-sekolah. Projek ini bertujuan meninjau status persepsi murid dan guru terhadap kandungan PK, setakat mana pelbagai PK ini memberi impak nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan tahap amalan pengintegrasiannya dalam kalangan guru-guru. Kedudukan pengintegrasian perisian kursus di sekolah-sekolah harus dijelaskan memandangkan baru-baru ini.

Dengan perkataan lain, untuk mendapat gambaran tentang manafaat pelaburan dalam pembangunan pelbagai perisian kursus ini dari sudut kepenggunaannya oleh guru- guru sekolah dan seterusnya impak terhadap peningkatan pembelajaran dalam kalangan murid secara keseluruhan.

2.0 Perisian Kursus ( Print Screen)

2.1 Soal SelidikKAJIAN MENILAI SEMULA PERISIAN KURSUS BORANG SOAL SELIDIKSaudara dan saudari yang dihormati,

Saya ingin memohon jasa baik dan kerja sama daripada pihak tuan/puan/cik supaya menglengkapkan borang soal selidik ini secara jujur dan ikhlas. Masa yang diperlukan bagi melengkapkan soal selidik ini adalah lebih kurang 30 minit. Sebarang maklumat yang diberi adalah RAHSIA dan akan diproses secara berkumpulan.

Disediakan oleh:

(KOH FANG NGEE) Semester Mei 2011

FakiltiI Pendidikan Dan Bahasa

OUM

BAHAGIAN A: MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN.Soal selidik bahagian ini bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat demografi responden . Sila isikan ruang kosong yang disediakan di hujung setiap maklumat yang berkaitan seperti . Bahagian ini mengandungi 2 soalan (maklumat) sahaja. Tidak perlu menulis nama anda pada kertas soal selidik ini.

1. Jantina: Lelaki Perempuan

2. Bangsa: Melayu Cina

India Lain-lain

BAHAGIAN B:Arahan:

1. Bahagian (A),(B), dan (C) mengandungi sejumlah tiga puluh (30) item atau pernyataan.

Tuan/puan/cik diminta menjawab kesemua item atau pernyataan tersebut.

2. Nombor-nombor yang diberikan di hujung setiap item atau pernyataan membawa maksud seperti berikut:

1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Setuju 4 Sangat

Setuju

3. Jawapan-jawapan yang diberikan tiada yang dianggap betul atau salah. Oleh yang demikian, jawablah dengan jujur dan iklas. Jawapan tuan/puan/cik adalah RAHSIA.Bil Penyataan

(A):MUTU PERISIAN BERDASARKAN ISI KANDUNGAN PELAJARAN.

1Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini dikaitkan dengan

pengetahuan sedia ada murid.1234

2Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini adalah lengkap dan jelas.1234

3Isi kandungan perisian kursus adalah terkini.1234

4Isi kandungan perisian kursus adalah berasaskan sukatan pelajaran.1234

5Perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik1234

6pelajaran.

Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar.1234

7Isi kandungan disusun dengan teratur.1234

8Bahasa penyampaian adalah mudah.1234

9Terjemahan istilah adalah tepat.1234

10Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini sesuai dengan tahap murid.1234

(B:) MUTU PERISIAN KURSUS BERDASARKAN REKA BENTUK SKRIN DAN REKA BENTUKINTERAKTIVITI.1Arahan skrin mudah difahami.1234

2Perisian kursus mempunyai elemen multimedia yang menarik.1234

3Perisian ini menggunakan warna yang berjaya menarik perhatian

murid.1234

4Penggunaan muzik (music) latar belakang dapat menarik minat murid

untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.1234

5Animasi / simulasi dalam perisian kursus membantu proses P&P.1234

6Saiz huruf mudah dibaca.1234

7Objek yang digunakan adalah menarik.1234

8Lokasi Ikon / butang interaktif dalam perisian ini sesuai / senang

dicapai.1234

9Subtopik-subtopik yang terdapat dalam perisian ini boleh diulangi.1234

10Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin.1234

(C): MUTU PERISIAN KURSUS BERDASARKAN DOKUMENTASI1Tindak balas yang diberikan oleh perisian kursus adalah cepat.1234

2Perisian kursus membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami

konsep dengan cepat.1234

3Perisian kursus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai

dengan topik.1234

4Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran

pelajar.1234

5Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan ( mutiple

intelligences)1234

6Perisian kursus boleh digunakan sebagai bahan sokongan P&P.1234

7Penggunaan perisisan kursus mudah untuk digunakan sebagai bahan1234

8mengajar dalam kelas.

Perisian kursus membolehkan saya menamatkan penggunaan pada1234

9bila-bila masa.

Maklumbalas / Jawapan diberi tentang pencapaian saya semasa1234

10program diteruskan.

Perisian kursus mengandungi nilai-nilai murni.1234

Soal selidik tamat, terima kasih. Kerjasama tuan/puan/cik amat dihargai.

2.2 Penilaian SumatifPenilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK yang dibangunkan berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat dua fasa dalam penilaian sumatif iaitu :-

i. fasa penilaian pakar

ii. fasa penilaian lapangan

Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini memenuhi potensi keperluan pengajaran atau tidak. Fasa penilaian lapangan pula untuk menentukan sama ada penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya.

Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian PPBK ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum Bahasa Inggeris KBSR, maka aktiviti yang akan dijalankan ialah :-

i. menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK;

ii. menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK; iii. menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK; iv. menilai kebolehgunaan perisian PPBK;

v. menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK. Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :-

i.Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini dalam pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran

ii.Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan kemahiran yang ditetapkan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran.

iii.Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Ini termasuklah strategi pengajaran, penerokaan dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.

iv.

Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan situasi penggunaannya. Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan, borang soal selidik diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti.

Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut perancangannya yang sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan perisian, menentukan sebab-sebab kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap kebaikan dan masalah yang wujud. Fasa ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:

i Analisa hasil

ii. Analisa pengurusan

Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas pencapaian kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris KBSR. Pengukuran pencapaian kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal selidik. Analisa pengurusan adalah untuk menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan serta pengurusan adalah memuaskan dari berbagai perspektif. Ia dilakukan dengan cara

mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar;

mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru;

mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai;

menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan;

bertanya secara langsung kepada pelajar.

2.3 Pemilihan Perisian Yang SesuaiKini, pembangunan perisian kursus mudah dilakukan dengan adanya alat pengarangan yang mesra pengguna. Ini membolehkan sesiap saja membangunkan perisian kursus yang mengandungi pelbagai media yang dapat menarik perhatian murid.

Perisian kursus ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan objektif tertentu. Oleh itu, saya perlu menilai dan memilih perisisan yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan murid-murid saya.

Dalam membuat pemilihan perisian kursus, saya perlu memasatikan ianya memenuhi beberapa kriteria penting. Kriteria-kriteria yang dicadangkan dikategorikan kepada tiga, iaitu:

a) Isi Kandungan b) Aspek teknikal c) Dokumentasi

Saya juga telah membina dua jadual, iaitu Kriteria Pemilihan Kekuatan Perisian Kursus (Jadual 2.3.1) dan Kriteria Pemilihan Kelemahan Perisian Kursus (Jadual 2.3.2). Ini adalah untuk mengaji dan membandingkan kekuatan dan kelemahan PK yang dipilih.

Jadual 2.3.1 Kriteria Pemilihan Kekuatan Perisian KursusKriteriaKeterangan

IsiKandunganKetepatanBebas daripada kesilapan

Maklumat terkini.

Pendapat yang tidak berat sebelah.

Sesuai dengan kebudayaan dan agama.

Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu,

ejaan dan struktur ayat.

KesesuaianKonsep dan bahasa sesuai dengan murid.

Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang

hendak dicapai.

Interaksi komputer-pelajar hendaklah sesuai

dengan tahap murid.

SkopKandungan disampaikan mengikut susunan yang

sesuai.

AspekTeknikalNavigasiPenggunanan menu, ikon dan arahan yang intutif.

Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian

atau keluar.

Ciri-ciri

penyimpanan rekodKemudahan untuk mencetak maklumat.

Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa

dalam suatu perisian atau permainan.

PersembahanIsi kandungan disampaikan dengan cara yang

dapat merangsang pemikiran murid.

Maklum balas yang membina.

Susun atur paparan yang baik.

Penerangan yang mencukupi bagi visual.

Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz

yang sesuai dengan kumpulan sasaran.

DokumentasiTeknikalPenerangan tentang keperluan peralatan dan

sistem operasi komputer.

Penerangan tentang pengoperasian perisian.

Panduan

PenggunaObjektif pembelajaran.

Bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.

Jadual 2.3.2 Kriteria Pemilihan Kelemahan Perisian KursusKriteriaKeterangan

IsiKandunganSkopKandungan yangdisampaikan tidak berada dalam

skop topik yang hendak diajar.

Tidak kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti,

misalnya latih tubi atau latihan.

AspekTeknikalNavigasiMaklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.

Bunyi tidak boleh dikawal.

Ciri-ciri penyimpanan rekodTidak mengambil dan menyimpan nota apabila

perlu.

Tiada rekod penggunaan perisian murid untuk

memantau murid.

PersembahanTidak mempunyai aktiviti yang menggalakkan

penyelesaian masalah secara kreatif.

Tiada kemudahan untuk mendapatkan bantuan.

DokumentasiPanduan

PenggunaTidak mempunyai maklumat tetntang kumpulan

sasaran.

Tidak mempunyai ringkasan kandungan perisian.

Tidak mempunyai cadangan cara penggunana

dalam kelas, rancangan mengajar dan aktiviti.

3.0 Kaedah Penganalisisan DataKajian ini menggunakan instrumen utama iaitu soal selidik. Soal selidik yang digunakan terdiri daripada satu set, iaitu soal selidik untuk guru. Soal selidik guru terdiri daripada soal selidik penilaian PK yang digunakan dalam P&P. Soal selidik guru mengandungi maklumat demografi dan penilaian PK. Bahagian penilaian

PK mengandungi 30 item yang meliputi 3 aspek iaitu isi kandungan, teknikal dan panduan pengguna.

Bahagian ini mengutarakan dapatan kajian yang diperoleh daripada data kuantitatif dan kualitatif. Seterusnya, dihuraikan sintesis kepada data yang telah dikumpulkan.

3.1 Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan berasaskan objektif kajian seperti berikut :

a. Mengenalpasti penerimaan guru terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

b.Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

c. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bahagian ini akan membentangkan dapatan kajian tinjauan yang meliputi aspek demografi sampel tinjauan, penilaian guru terhadap perisian kursus yang digunakan dalam P&P yang telah dibekalkan.

Kajian yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan apabila reka bentuk kajian ini ialah secara deskriptif dan kuantitatif. Tahap kesediaan dilihat pada aspek sejauh mana perlengkapan guru dari segi pengetahuan dan sikap. Sampel kajian terdiri dari 20 orang yang terbahagi kepada tiga kategori responden iaitu guru sekolah rendah. Kebanyakan mereka adalah guru perempuan (70%) berbanding dengan hanya 30% lelaki. Dari segi etnik, majoriti guru adalah berbangsa Cina (90%) dan Melayu (10%).4.1 Aspek Mutu Perisian Berdasarkan Isi Kandungan PelajaranDapatan menunjukkan guru bersetuju yang perisian kursus mengaplikasikan teori P&P dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid (70 %) dan menggunakan perisian kursus berasaskan sukatan pelajaran (60%). Bagaimanapun, hanya 40 % guru sahaja bersetuju yang perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik pelajaran dan juga (45%) perisian kursus dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar.

Didapati perisian kursus membolehkan murid memahami bahasa penyampaian adalah mudah (95 %). Dapatan juga menunjukkan isi kandungan pelajaran dalam perisian ini adalah lengkap dan jelas (90 %) ,isi kandungan perisian kursus adalah terkini (80 %) dan (80%) isi kandungan adalah teratur.

PK juga didapati mengandungi aspek penilaian pembelajaran yang membantu meningkatkan kefahaman murid,iaitu bahasa penyampaian adalah mudah (95%) dan membolehkan mereka mengaplikasi terjemahan istilah adalah tepat (80%).(lihat Jadual 4.1)

Jadual 4.1 Peratus Guru Setuju bagi Item Isi Kandungan PelajaranBil Penyataan Setuju

1 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini dikaitkan dengan

pengetahuan sedia ada murid.

70 %

2 Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini adalah lengkap dan jelas. 90 %3 Isi kandungan perisian kursus adalah terkini. 80 %4 Isi kandungan perisian kursus adalah berasaskan sukatan pelajaran. 60 %5 Perisian kursus memberikan maklumat yang tepat tentang topik

pelajaran.

40 %

6 Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar. 45 %7 Isi kandungan disusun dengan teratur. 80 %8 Bahasa penyampaian adalah mudah. 95 %9 Terjemahan istilah adalah tepat. 80 %10Isi kandungan pelajaran dalam perisian ini sesuai dengan tahap murid.

70 %

Dalam aspek teknikal, reaksi yang diberikan oleh guru agak pelbagai dimana julat persetujuan adalah antara 30 % dan 90 % (lihat Jadual 4.2). Hampir kesemua guru (90%) bersetuju bahawa perisian bukan hanya mempunyai direktori yang mesra pengguna, tetapi animasi yang terkandung di dalamnya membantu proses P&P secara keseluruhannya.

Jadual 4.2 Peratus Guru Setuju bagi Item Aspek TeknikalBil Penyataan Setuju

1 Arahan skrin mudah difahami. 85 %2 Perisian kursus mempunyai elemen multimedia yang menarik. 90 %3 Perisian ini menggunakan warna yang berjaya menarik perhatian

murid.

80 %

4 Penggunaan muzik (music) latar belakang dapat menarik minat

murid untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

50 %

5 Animasi / simulasi dalam perisian kursus membantu proses P&P. 75 %6 Saiz huruf mudah dibaca. 65 %7 Objek yang digunakan adalah menarik. 80 %8 Lokasi Ikon / butang interaktif dalam perisian ini sesuai / senang

dicapai.

60 %

9 Subtopik-subtopik yang terdapat dalam perisian ini boleh diulangi. 40 %10 Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin. 30 %

4.3 Aspek Mutu Perisian Kursus Berdasarkan Aspek DokumentasiSecara keseluruhannya, perisian yang dihasilkan adalah menepati tuntutan keperluan kurikulum dimana julat persetujuan guru adalah antara 30% 82% (lihat Jadual

4.3). Meskipun secara relatifnya, perisian kursus dikatakan kurang berkaitan dengan pengalaman sebenar murid, perisian didapati bukan hanya mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan (78%), malahan mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran murid (82%).Di samping itu, isi kandungan perisian kursus menepati pendekatan pengajaran yang sesuai (85%), disediakan mengikut membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami konsep dengan cepat (75%) dan sesuai untuk digunakan sebagai bahan mengajar dalam

kelas. (45%).Jadual 4.3 Peratus Guru Setuju bagi Item Aspek DokumentasiBil Penyataan Setuju

1 Tindak balas yang diberikan oleh perisian kursus adalah cepat. 70 %2 Perisian kursus membolehkan pelbagai tahap pelajar memahami

konsep dengan cepat.

75 %

3 Perisian kursus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai

dengan topik.

80 %

4 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai gaya pembelajaran

pelajar.

82 %

5 Perisian kursus mengambil kira elemen pelbagai kecerdasan ( mutiple

intelligences).

78 %

6 Perisian kursus boleh digunakan sebagai bahan sokongan P&P. 65 %7 Penggunaan perisisan kursus mudah untuk digunakan sebagai bahan

mengajar dalam kelas.

45 %

8 Perisian kursus membolehkan saya menamatkan penggunaan pada

bila-bila masa.

30%

9 Maklumbalas / Jawapan diberi tentang pencapaian saya semasa

program diteruskan.

42%

10 Perisian kursus mengandungi nilai-nilai murni. 50 %

5.0 HASIL DAPATAN KUALITATIFBerdasarkan analisis data, perisian kursus telah digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Analisis data juga menunjukkan beberapa tempat di sekolah telah digunakan untuk menjalankan pengajaran menggunakan perisian kursus. Kebanyakan P&P yang menggunakan PK dijalankan di bilik darjah. Di bilik darjah, guru menggunakan troli PPSMI yang dibekalkan oleh KPM.

Semasa pemerhatian penggunaan perisian kursus dalam P&P, didapati bahawa kebanyakan guru telah mempamerkan kebolehan menggunakan teknologi dalam proses P&P. Ini mungkin dipengaruhi oleh latar belakang guru. Mereka ini pernah mengikuti kursus berkaitan ICT dan juga kelihatan berminat dengan ICT.

Selepas menggunakan perisian kursus tersebut, kebanyakan guru mendapati kelemahan PK ini adalah tidak mempunyai latih tubi, tutorial dan permainan.

5.1 Latih TubiMenurut Alessi & trollip ( 1991), beliau telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi. Antara caranya adalah pilihan secara rawak di mana soalan dipilh dari senarai soalan-soalan secara rawak. Selain itu, soalan disusun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Teknik flashcard juga cara yang baik kerana murid menjawab satu senarai soalan, soalan-soalan yang dijawab dengan salah disusun semula dan diberikan semula kepada murid. Proses ini berterusan sehingga murid menjawab kesemua soalan dengan betul.

Latih tubi mempunyai kelebihan tersendiri dalam kemampunan komputer. PKBK jenis latih tubi membolehkan murid mengawal perjalanan perisian kursus mengikut kesesuaian. Di samping itu, latih tubi juga menggalakkan murid menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian- bahagian seterusnya. Dalam latih tubi, grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi dan memberi maklum balas.

5.2 TutorialTutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi

& Trollip, 1991). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran.

Tutorial yang dibangunkan dengan baik membolehkan murid belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.

Tutorial juga digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990). Ianya juga dapat digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah (Alessi & Trollip, 1985) dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Ini semua dilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks. Perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk merangsang pelajar.

Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada murid tentang perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran. Ini diikuti dengan persembahan bahan pengajaran. Seterusnya murid diuji sama ada mereka telah menguasai pengajaran yang disampaikan. Bergantung kepada respons murid, perisian kursus akan sama ada menyampaikan maklumat seterusnya atau memberi maklum balas atau melakukan proses pemulihan. Di akhir tutorial, murid akan diberitahu tentang pencapaian mereka dan maklumat tentang penggunaan perisian kursus tersebut.

Tutorial membolehkan murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Murid yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala murid lemah pula dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trollip, 1991). Di mana perlu, murid boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

5.3 PermainanPermainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat murid dan untuk menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.

Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran. MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan The Sims, Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati bahawa guru-guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran di dalam permainan adalah sesuai dengan kandungan kurikulum, tahap pembelajaran murid adalah rendah. Walau bagaimanapun, dapatan positif telah diperolehi dari segi penyelesaian masalah, daya ingatan, semangat kerjasama, komunikasi antara murid dan hormat-menghormati.

6.0 KesimpulanKajian ini hanya dijalankan di SJK ( c) Sin Hwa dan hasil yang didapati menunjukkan bahawa kumpulan guru-guru ini sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris walaupun pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Van Lengen dalam Morton (1996) menyatakan bahawa kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi ini berlaku dengan begitu pantas menyebabkan para guru yang tidak bersedia akan ketinggalan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana guru merupakan elemen pertama dalam menyampaikan maklumat kepada murid menerusi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, para guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi ini. Sikap guru juga mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar (Galigan, 1997).

Guru juga harus memahirkan diri dengan berbagai kemahiran bukan sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran malah untuk meningkatkan prestasi diri sendiri. Guru-guru harus diberi peluang untuk mendalami penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer yang mencukupi perlu dibekalkan untuk kegunaan guru dan murid. Selain itu, sebuah makmal komputer bersama keperluan rangkaian tertentu perlu disediakan untuk keselesaan guru dan murid. Pihak sekolah juga perlu menganjurkan kursus-kursus komputer dan penggunaan teknologi maklumat untuk guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Guru juga perlu didedahkan dengan cara membina dan membangunkan perisian agar guru mempunyai pengalaman untuk membuat bahan pengajaran sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Selain daripada itu, cara membaiki komputer perlu didedahkan secara ringkas agar guru mempunyai pengalaman untuk membaiki komputer dan peralatan elektronik sekiranya ada kerosakan

kecil.Guru-guru juga mesti diberikan kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masing-masing. Kulik & Kulik (1991) menyatakan keadaan ini akan membuatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih teratur. Ini disebabkan oleh pendekatan pembelajaran menggunakan teknologi ini lebih berpusatkan kepada murid dan ini memerlukan murid berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Kelas akan menjadi lebih bising daripada biasa tetapi ia akan sentiasa di bawah kawalan seorang guru. Murid pula akan menjadi lebih kreatif dan aktif. Ini secara tidak langsung menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa serta dapat menarik minat murid.

RUJUKANAlessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction methods and development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Galligan, J. 1997. Computers and Pedagogy: Its Not What Youve Got, Its How You Use It. (Atas talian) http://www.woodvale.wa.edu.au/acec95 papers/volume1/paper7.Html (Dilayari pada 21 Jun 2001).

Kim, S. N. (2008). Bebeline Co. Kr. Didapatkan Julai 02, 2011, daripada Bebeline:

http://www.61flash.com/flash/6318.htmKulik, C. dan J. A. Kulik. 1991. Effectiveness of Computer-based Instruction. An Updated

Analysis. Computers and Human Behavior. 7: 75-94.

MacFarlane, A. , Sparrowhawk, A. & Heald. Y. Report on the educational use of games.

Retrieved April 3 2008, from http://www.teem.org.uk/publications /teem gamesined_full.pdfScheafermeyer, S. (1990). Standards for instructional computing software design and development. Educational technology, 30 (6), 9-15.