laporan penuh pbs

58
0.0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Telok Mas 75460 Melaka, selama dua minggu iaitu bermula dari 23 Mac 2009 sehingga 27 Mac 2009 dan pada 30 Mac 2009 sehingga 3 April 2009. Pelbagai pengalamn baru yang dapat saya rasai kerana ini adalah kali pertama saya menjejaki kaki ke sekolah sebagai guru. Pertamanya dari segi kawasan persekitaran sekolah. Kawasan persekitaran luar sekolah adalah di kelilingi oleh kawasan kediaman penduduk setempat yang terdiri daripada taman perumahan dan juga kawasan kampung yang agak damai.Keadaan sekolah juga berhampiran dengan jalanraya utama Melaka-Muar. Persekitaran yang sedemikian ini, amat sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman berikutnya adalah berdasarkan hubungan saya dengan para guru di sekolah dan pihak pentadbiran. Pada hari pertama PBS, saya dan 2 orang guru pelatih daripada IPIK telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Penolong Kanan1, Encik Ghazali Bin Md Yasin.Saya menerangkan tujuan kehadiran saya ke sekolah ini, beserta surat-menyurat dan borang perjanjian untuk ditandatangani oleh saya di hadapan beliau.Saya telah di berikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang, prestasi akademik , ko-kurikulum dan sebagainnya. Saya di bawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang bertugas di sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan majoritinya ialah guru perempuan dan hanya terdapat beberapa orang sahaja guru Page | 1

Upload: mhezry

Post on 11-Jun-2015

26.963 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan penuh PBS

0.0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) di Sekolah Kebangsaan Telok Mas 75460 Melaka, selama dua minggu iaitu bermula

dari 23 Mac 2009 sehingga 27 Mac 2009 dan pada 30 Mac 2009 sehingga 3 April 2009.

Pelbagai pengalamn baru yang dapat saya rasai kerana ini adalah kali pertama saya menjejaki

kaki ke sekolah sebagai guru.

Pertamanya dari segi kawasan persekitaran sekolah. Kawasan persekitaran luar

sekolah adalah di kelilingi oleh kawasan kediaman penduduk setempat yang terdiri daripada

taman perumahan dan juga kawasan kampung yang agak damai.Keadaan sekolah juga

berhampiran dengan jalanraya utama Melaka-Muar. Persekitaran yang sedemikian ini, amat

sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman berikutnya adalah berdasarkan hubungan saya dengan para guru di

sekolah dan pihak pentadbiran. Pada hari pertama PBS, saya dan 2 orang guru pelatih

daripada IPIK telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Penolong Kanan1, Encik Ghazali

Bin Md Yasin.Saya menerangkan tujuan kehadiran saya ke sekolah ini, beserta surat-menyurat

dan borang perjanjian untuk ditandatangani oleh saya di hadapan beliau.Saya telah di berikan

sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang, prestasi akademik , ko-kurikulum dan

sebagainnya.

Saya di bawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang bertugas di

sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut adalah terdiri daripada pelbagai

kaum dan majoritinya ialah guru perempuan dan hanya terdapat beberapa orang sahaja guru

lelaki.Guru-guru di sana amat memberikan kerjasama kepada kami terutama apabila kami ingin

membuat tinjauan semasa mereka mengajar. Mereka tidak kedekut ilmu. Mereka juga ada

berkongsi bahan-bahan pengajaran dan menceritakan pengalaman-pengalaman mereka

sepanjang menjadi guru kepada kami agar menjadi bekalan panduan kepada kami apabila

mengajar kelak.

Pengalaman baru yang seterusnya pula ialah mengenai keadaan kelas pemulihan dan

murid-muridnya. Secara umumnya kelas pemulihan di sekolah ini adalah di tahap yang boleh

dipebaiki. Pelbagai alatan yang lengkap tersedia bagi memudahkan proses pengajaran dan

Page | 1

Page 2: laporan penuh PBS

pembelajaran dilakukan. Antaranya perabot yang lengkap, televisyen, radio, dan pelbagai alat

bantuan mengajar yang lain lagi.

Suasana kelas yang ceria juga menjadikan murid-murid minat untuk belajar di kelas

pemulihan. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat bantu mengajar, dan ini

memberi peluang untuk para pelajar pemulihan melakukan aktiviti bacaan mereka sendiri.

Bilangan murid bagi kelas pemulihan untuk darjah dua adalah seramai 10 orang. Manakala

jumlah murid bagi kelas pemulihan tahun tiga adalah seramai 6 orang. Nisbah pelajar lelaki

adalah lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada kaum

Melayu.

Murid-murid pemulihan di sini rata-ratanya menunjukkan minat untuk memajukan diri

dalam pelajaran tetapi mereka memerlukan bimbingan secara khusus dan lansung daripada

guru pemulihan. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS di

sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, pelbagai

ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Namun, gelagat ibubapa atau waris

murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah tersebut.

Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.25 pagi, ibu bapa masih sibuk menghantar

anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada 7.45, yang

menandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan, masih terdapat ramai ibubapa yang

menemani anak-anak mereka hingga ke pintu kelas. Apabila hampir waktu rehat, kantin akan

dipenuhi dengan para waris yang menghantar bekal makanan untuk anak-anak mereka.

Keadaan nampak lebih sesak walaupun kantin sekolah disediakan dalam sekolah tersebut. Hal

ini seolah-olah menunjukkan makanan yang dijual di kantin tidak berkhasiat dan kurang

menepati selera pelajar.

Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.35 petang, ibubapa

menjemput anak-anak mereka hingga ke dalam kelas malah ada juga yang bebas masuk ke

dalam bilik guru untuk bertanyakan tentang sesuatu hal. Keadaan ini menjadikan bilik guru tiada

privacy. Ibu bapa bebas memasuki bilik guru sesuka hati mereka. Semua pengalaman di atas

adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga menjadi

pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi menghasilkan

modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.

Page | 2

Page 3: laporan penuh PBS

1.0 PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Telok Mas

Alamat Sekolah : Km 10 Telok Mas, 75460 Melaka

Kod Sekolah : MBA 2034

No Telefon : 06-2618835

E-Mail : [email protected]

Homepage : www.sekolah.mmu.edu.my/sktelokmas

Gred Sekolah : Gred A

Sessi Sekolah : Pagi Sahaja

Bilangan Kelas Biasa : 24

Bilangan Kelas Pra Sekolah : 1 Kelas

Bilangan Kelas Pemulihan : 1 Kelas

Bilangan Guru : 52 Orang

Bilangan Jaga : 3 Orang

Guru Besar : Puan Hjh Arifah Ibrahim

Penolong Kanan Pentadbiran : En Ghazali Md Yasin

Penolong Kanan HEM : Puan Hjh Habibah Mohd Saleh

Penolong Kanan Ko K : Tuan Hj Zali Othman

Guru Media : Puan Hjh Kasmah Kasban

Guru Bimbingan : Puan Masihan Kawi

Page | 3

Page 4: laporan penuh PBS

2.0 SEJARAH SEKOLAH

Tahun 1850-1856 Sekolah pertama dibina

berbentuk bangsal. Ianya terletak di Solok

Ketapang, Kampung Teluk Mas, Melaka.

Pada masa ini tenaga pengajar hanya

seorang dan jumlah murid seramai 30

orang.

Tahun 1857-1861 Sekolah kedua dibina

pada tahun 1857 juga berbentuk bangsal

tetapi kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Ianya dibina dan terletak di belakang Masjid

Kampung Teluk Mas sekarang. Bilangan

muridnya seramai 41 orang dan tenaga

pengajarnya seorang.

Tahun 1862-1933 Sekolah ketiga dibina di

Solok Kampung Jawa ( kini dikenali Solok

Kampung Pantai ) Bangunannya berbentuk

limas, bertiang batu, berlantaikan papan

dan beratapkan genting bagi menggantikan

sekolah kedua. Bilangan guru seramai 4

orang dan pelajar sekitar 140 orang. Pada

tahun 1914 seramai 7 orang murid

perempuan telah belajar di sekolah ini.

Tahun 1934 Sekolah keempat dibina di

Jalan Tambak Bongkok ( kini Jalan Daing

Tawi ). Bangunan kayu bertiang batu

setinggi 10 kaki berlantaikan papan dan

beratapkan genting

 Tahun 1969Pada tahun ini Sekolah

Kebangsaan Telok Mas mendapat

bangunan tambahan. Bangunan baru ini

setinggi dua tingkat, berdinding batu dan

tidak berplaster. Terdapat bilik Guru Besar,

pejabat pentadbiran, bilik sumber dan 6 bilik

darjah serta sebuah kantin. Jumlah guru

seramai 16 orang dan 2 orang pekerja.

Bilangan murid seramai 333 orang.

Tahun 1990 Pada tahun ini Sekolah

Kebangsaan Telok Mas mendapat sebuah

lagi bangunan tambahan 3 tingkat dengan 4

buah bilik darjah, sebuah bilik sembahyang,

sbuah bilik pusat sumber, perpustakaan

termasuk bilik radio TV  Pendidikan. Pada

tahun 1990 keramaian murid sekitar 398

orang dan bilangan pelajar ini bertambah

dari semasa ke semasa.

Pada 6 Disember 1991 sekolah ini telah

dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka,

Tan Sri Haji Ab. Rahim Bin Datuk Tambi

Chik PSM, DGSM, DPMJ, SSSA, AMN,

PJK. Padang sekolah juga disediakan untuk

kegiatan sukan dan pendidikan jasmani dan

kesihatan. Pada tahun 1992 kantin pula

diperbesarkan dan dilengkapi lantainya

dengan marmar.

Page | 4

Page 5: laporan penuh PBS

Tahun 1999 hingga kini..

Pertambahan penduduk di kawasan sekitar telah mendorong untuk pembinaan

sebuah lagi bangunan tambahan. Pembinaan Taman Seri Telok Emas yang terletak

bersebelahan kawasan sekolah telah mengakibatkan pertambahan pelajar di sekolah

ini secara mendadak. Pertambahan pelajar telah meningkat sekali ganda dan

mencecah ke hampir 730 orang. Bangunan baru ini setinggi 4 tingkat yang

mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah Bilik Sains,sebuah Bilik Komputer, sebuah

Bengkel Kemahiran Hidup, pejabat dan setiap aras dilengkapi dengan kemudahan

tandas.

Bangunan ini telah dibina di atas tapak Taman Siti Baizura yang merupakan

sumbangan seorang kontraktor tempatan. Taman ini pernah menjulang dan menaikkan

nama Sekolah Kebangsaan Telok Mas kerana keindahannya. Namun demi kemajuan

anak-anak di kampung ini , maka terpaksalah taman ini dikorbankan dan terbinalah

bangunan baru yang berdiri gagah ini.Bangunan ini mula dibina pada tahun 1998 dan

dapat digunakan ketika sesi persekolahan tahun berikutnya iaitu tahun 1999 bermula

dengan menempatkan semua pelajar tahun 6, tahun 5. dan sebuah kelas tahun 4. Kini

blok ini dijadikan blok pentadbiran dan dikenali dengan Blok A.   

2.1  Bagaimana SKTM mendapat nama?

Sekolah KebangsaanTelok Mas mendapat nama daripada nama Kampung Teluk

Mas sendiri. Menurut cerita Tuan Haji Bokhari ( Penghulu Kampung Teluk Mas )

Kedudukan Kampung Teluk Mas yang terletak berhampiran dengan Pantai Selat

Melaka dan fizikal bentuk muka buminya berteluk. Menurut sejarah yang disampaikan

secara turun-temurun, orang-orang Bugislah yang telah meneroka dan membangunkan

Kampung Teluk Mas ini, nama-nama seperti Daing Othman,dan Daing Siang sudah

tidak asing lagi bagi penduduk di kampung ini. Jalan Raja Haji, Jalan Daing Tawi,

Kampung Tambak Bugis dan Batu Bugis adalah nama-nama peninggalan sejarah

orang Bugis di kampung ini.

Page | 5

Page 6: laporan penuh PBS

Pada suatu hari seorang nelayan pergi menjala udang di kawasan teluk. Di

jalanya telah tersangkut beberapa ketulan emas kecil. Berita penemuan ini telah

mendorong nelayan terutama dari kawasan Bandar Hilir datang beramai-ramai mencari

emas di kawsan laut berhampiran Teluk Mas. Mereka mengumpul sebanyak mungkin

dan memunggah emas ke dalam sampan. Rasa tamak telah menguasai diri mereka.

Dengan takdir Allah, sampan yang penuh dengan emas tersebut telah terbalik dan

kesmua emas tadi jatuh ke dasar laut.  Peristiwa tersebut telah menjadi pengajaran

bagi semua penduduk kampung. Sebagai mengingati peristiwa tersebut penduduk

kampung menamakan kampung mereka dengan nama Kampung Teluk Mas dan

kekallah sehingga sekarang. Begitulah secara ringkas kewujudan nama Teluk Mas.

3.0 PENGASAS SEKOLAH

Pihak pengurusan sekolah masih belum mendapat bukti yang jelas dan tepat

tentang siapakah yang bertanggungjawab mengasas dan menubuhkan Sekolah

Kebangsaan Teluk Mas pada awal tahun 1850-an. Ketiadaan bukti sejarah amat sukar

untuk mengenal siapa pengasas penubuhan sekolah ini. Walau bagaimanapun melalui

temubual dan cerita masyarakat setempat, kemungkinan besar penubuhan sekolah

terawal bermula semasa penempatan orang Bugis selepas kegagalan mereka

menawan Kota Melaka daripada pemerintahan Belanda pada tahun 1641.

   Daripada beberapa perbualan dengan masyarakat tua di kampung ini dipercayai

bahawa Daing Othman dan Daing Siang adalah orang yang bertanggungjawab

mendirikan institusi pendidikan yang berupa sebuah pondok untuk mendidik anak-anak

mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-Quran. Kita semua maklum

bahawa orang Bugis amat patuh dan taat kepada agama Islam terutama pada zaman

pemerintahan Raja Haji dahulu.

Page | 6

Page 7: laporan penuh PBS

Akibat daripada pembangunan ilmu pendidikan, kaedah pengajaran telah

dipelbagaikan dan kanak-kanak di ajar menulis dan membaca tulisan jawi. Saad Bin

Daing Othman memperkembangkan institusi pendidikan dengan mendirikan sebuah

bagsal yang agak selesa dan kemas. Bertitik tolak daripada usaha inilah masyarakat

setempat telah bersatu tenaga dan bermuafakat mendirikan sebuah bangunan daripada

papan untuk dijadikan sekolah bagi mendidik anak-anak tempatan. Usaha ini diteruskan

oleh anak beliau yang bernama Haji Muhammad Bin Haji Saad. Haji Muhammad Bin

Haji Saad adalah cucu kepada Daing Othman.

Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1903 di Kampung Teluk Mas. Beliau

mendirikan rumahtangga pada 28 Februari 1928 dan dikurniakan 2 orang nak

perempuan dan seorang nak lelaki. Beliau menjadi pengasas penubuhan sekolah

rendah rakyat pada masa tersebut. Usaha beliau yang memberikan bantuan tenaga

dan sumber kewangan bagi mendirikan bagunan sekolah rendah amat dikagumi rakyat

tempatan. Beliau menjadi seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer

Molek dan kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Telok Mas dan bertukar ke

Sekolah Kebangsaan Batu Gajah. Beliau kemudiannya ditugaskan di Sekolah Kebangsaan

Teluk Mas semula dan bersara di sini. Beliau meninggal dunia pada 10 Disember 1984 akibat

sakit tua. 

Page | 7

Page 8: laporan penuh PBS

4.0 BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS

1. Saiz bendera sekolah ialah : 176 x 95 cm.

2. Bendera sekolah adalah terdiri daripada tiga

jalur utama iaitu :

 

Merah : Melambangkan semangat yang begitu tinggi dan berkobar-kobar seluruh

warga SKTM dalam mengejar segala yang dicita-citakan.

Putih: Keluhuran hati dan kesucian budi seluruh warga SKTM dan masyarakat

persekitarannya. Lencana sekolah di tengah-tengah menunjukkan bahawa SKTM

terletak di atas sebuah masyarakat yang berhati suci dan mulia.

Biru : Setiap apa yang dilakukan dalam usaha mengejar cita-cita yang

dihasratkan adalah berlandaskan semangat kasih sayang serta hormat

menghormati sesama warga SKTM.

Motto sekolah :

" USAHA JAYA "

Adalah cogankata yang pendek dan tepat serta berupaya mengungkapkan seribu pengertian. Jelas

menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi tidak akan datang bergolek di hadapan kita

jika hanya duduk menadah tangan tetapi perlu diikuti dengan usaha yang tidak mengenal erti jemu.

Kejayaan yang manis diirngi dengan usaha yang gigih dan tekun akan lebih bermakna.

 Kata-kata ini bukan sahaja ditujukan kepada murid-murid malah kepada guru-guru , kakitangan

sekolah, ibu bapa serta masyarakat persekitaran sekolah. Pendek kata kita tidaklah sepatutnya

menyerah diri kepada takdir semata-mata, sebaliknya perlu mempertingkatkan usaha jika ingin

mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang. .

Page | 8

Page 9: laporan penuh PBS

5.0 LENCANA SEKOLAH

1. Saiz : Tinggi 5 cm

Lebar 4.7 cm

2. Motto : USAHA JAYA

3. Warna :

a) Kuning - Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas sentiasa patuh dan

taat kepada printah

b) Hijau - Warga SK Telok Mas, sentiasa patuh dan taat kepada

ajaran agama.

c) Putih - Warga SK Telok Mas menunjukkan kesucian fikiran,

perkataan dan perbuatan.

d) Biru - Warga SK Telok Mas menunjukkan kesepaduan dan saling

sayang menyangi antara satu sama lain.

4. Obor : Menunjukkan kesanggupan warga SK Telok Mas berkorban

untuk orang lain.

Page | 9

Page 10: laporan penuh PBS

6.0 LAGU SEKOLAH

Di bawah bumbung ini,

Sekolah Telok Mas bertuah,

Kami tanam azam dan tekad,

Bersama menimba ilmu.

Di bawah bumbung ini,

Sekolah Telok Mas bertuah,

Kami berdoa kepada Illahi,

Semoga tercapai cita.

Kami berjanji akan berusaha,

Menuju ke arah yang jaya,

Dan menyahut seruan negara.

Page | 10

Page 11: laporan penuh PBS

7.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR7.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

BANGUNAN SEKOLAH

KANTIN SEKOLAH

MAKMAL KOMPUTER

PERPUSTAKAAN SEKOLAH

PONDOK PENGAWAL

PADANG SEKOLAH

PRA SEKOLAH

Page 12: laporan penuh PBS

8.0KECERIAAN SEKOLAH8.0KECERIAAN SEKOLAH

AIR TERJUN

BILIK DARJAHTAMAN PERMAINAN

SUDUT KELAS LORONG ILMU SUDUT MATEMATIK

Page 13: laporan penuh PBS

SUDUT J-QAF ANALISA UPSR

Page 14: laporan penuh PBS

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS SK TELOK MAS TAHUN 2009

PENGERUSI

PN HJH ARIFAH BT IBRAHIM

GURU BESAR

NAIB PENGERUSI

ENCIK GHAZALI BIN MD YASIN

GURU PEN. KANAN 1

SETIAUSAHA

PN SITI MAIMUNAH BTE SULAIMAN

GURU PEMULIHAN KHAS

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PEMULIHAN KHAS SEKOLAH

PN HJH NORAINI BT DAUD

KETUA PANITIA MATEMATIIK

PN AZLINA BT AHMAD

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

PN SITI MAZIAH ZAKARIA

GURU MATEMATIK 2P

PN FAIZAH BT UZIR

GURU MATEMATIK 3P

PN NORHAYATI BT MARZUKI

GURU BM 2P

EN ROSLEY BT MAT SIN

GURU BM 3P

PUAN MASIHA BTE KAWI

GURU KAUNSELING

PN ROZITAH BT OTHMAN

GURU KAUNSELING

Page 15: laporan penuh PBS

10.0 PENGENALAN

Di dalam setiap sekolah, sistem pengurusan fail adalah amat penting bagi

memastikan setiap maklumat yang di perolehi, dapat di failkan dan menjadi salah

maklumat penting untuk kegunaan rasmi.Sebagai contoh jika terdapat kunjungan rasmi

daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.Setiap fail

merupakan maklumat rahsia sekolah dan penting jika terdapat sebarang permasalahan

berhubung dengan program yang di jalankan.

Berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas,

pengurusan fail dalam kelas pemulihan adalah selari dengan pengurusan fail sekolah.

Maklumat dalam sistem fail ini seperti maklumat pelajar, prestasi pelajar dan

sebagainnya, menjadikan sistem pengurusan fail ini sangat penting di dalam sesebuah

pentadbiran sekolah.

Objektif pelaksanaan sistem pengurusan fail ialah:-

Memastikan setiap rekod yang ada di simpan dengan baik

Memahami kepentingan penyimpanan rekod dan penyelenggaraan yang baik

setiap rekod-rekod kerajaan.

Mempermudahkan pengurusan pentadbiran sekolah dalam mengemaskini profil

pelajar

Mengenalpasti rekod individu murid dengan lebih berkesan

11.0 REFLEKTIF 1

Page 16: laporan penuh PBS

Berdasarkan kepada pengamatan dan pemerhatian saya kepada sistem

pengurusan fail kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Telok Mas ini, secara

keseluruhannya berada di landasan yang betul, serta mengikut Garis Panduan

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Terdapat beberapa perkara yang pada pandangan saya perlu di perbaiki

mengenai sistem pengurusan fail, kelas pemulihan di sekolah ini. Pertama, berkaittan

dengan tempat penyimpanan fail. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyimpanan

rekod fail-fail tersebut, kurang efektif kerana tempat penyimpanan fail bercamur dengan

fail-fail murid, buku latihan serta alat-alat bantu mengajar. Perlunya ada tempat

penyimpanan yang khusus bagi kesemua fail-fail ini.

Perkara kedua yang perlu di beri perhatian ialah penggunaan fail yang kurang

kualti. Mengikut spesifikasi ISO yang sebenar, penggunaan fail keras adalah paling

tepat sekali untuk urusan-urusan rasmi fail. Kualiti yang tahan lama serta penyimpanan

setiap helaian rekod yang di jamin keselamatannya, membantu mewujudkan satu

sistem pengurusan fail yang berkesan dan efisyen.

Perkara ketiga adalah di lihat dari aspek kesesuian rekod yang yang di perolehi

dengan fail yang bertepatan dengan nama fail yang ingin dibuka. Ketika membuat

pemerhatian, di dapati terdapat kekeliruan rekod yang sepatutnya di masukkan di

dalam fail yang bersesuaian. Sebagai contoh surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri

dengan surat mesyuarat kelompok Zon, di masukkan pada fail yang sama. Seharusnya

di asingkan rekod tersebut di dalam Fail Mesyuarat Kelompok dengan Fail Surat

Sebaran.Secara keseluruhannya, sistem pengurusan fail di kelas ini, masih perlu di

perkemaskan lagi untuk memudahkan setiap pergerakan, dan membantu pentadbiran

sekolah dengan lebih kemas, teratur dan berkesan.

Page 17: laporan penuh PBS

12.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS, MELAKA.

FAIL MAKLUMAT MURID

FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS

FAIL DATA MURID

FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

FAIL SURAT SIARAN

FAIL PERALATAN PEMULIHAN

FAIL MESYUARAT KELOMPOK

FAIL LEMBARAN KERJA

FAIL PENILAIAN MURID

JENIS-JENIS FAIL

JENIS-JENIS FAIL

FAIL UJIAN DIAGNOSTIK

Page 18: laporan penuh PBS

13.0 JENIS-JENIS SISTEM FAIL

KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS

13.1 FAIL MAKLUMAT MURID

Di dalam fail maklumat pelajar ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah,

senarai nama murid-murid kelas pemulihan tahun 2009. Sebagai contoh terdapat 2

kelas yang terlibat di dalam kelas pemulihan khas iaitu kelas 2 pandai dan 3 pandai

(rujuk lampiran).

Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan profil murid pemulihan khas

Lampiran E ( rujuk lampiran) yang mempunyai maklumat berkaitan latar belakang

murid secara umum, latar belakang keluarga, jenis pemakanan di rumah, penggunaan

masa lapang , hobi dan sebagainnya.Selain daripada itu, borang pencalonan

kemasukan ke program pemulihan khas juga terdapat di dalam fail maklumat murid ini.

Borang ini merupakan salah satu data penting dalam carta aliran proses pelaksanaan

program pemulihan khas.

Page 19: laporan penuh PBS

13.2 FAIL PENILAIAN MURID

Di didalam fail ini, secara keseluruhannya ianya merangkumi maklumat

berkaitan degan prestasi individu murid-murid.Sebagai contoh keputusan ujian IPP2M

saringan 1, IPP2M saringan 2dan sebagainnya. Saringan ini di jalankan untuk

menentukan samada murid tersebut lulus dan gagal di dalam kemahiran membaca dan

menulis.

Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan rekod prestasi individu, di mana

pelbagai kemahiran yang di uji seperti berkikut:-

Huruf kecil,

Huruf besar,

Huruf vokal,

Sukukata KV,

Perkataan KVKV,

Perkataan VKV

Perkataan KVKVKV

Sklils Maths

IPP2M

Page 20: laporan penuh PBS

13.3 FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

Maklumat fail ini. berkaitan dengan laporan pemulihan khas, perancangan pemulhan

khas secara tahunan, perancangan jadual waktu

kelas, takwim program pemulihan khas sekolah,

analisa SWOT bagi kelas pemulihan, carta gantt dan

sebagainnya. Secara keseluruhannya, fail ini

mempunyai maklumat berkaitan perancangan serta

program-prgram yang akan di jalankan oleh

penyelaras kelas pemulihan secara peringkat

sekolah, ataupun peringkat zon dan negeri.

13.4 FAIL DATA MURID

Fail di dalam data murid ini, merangkumi data murid

pemulihan khas, berdasarkan kepada format Unit Pendidikan

Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan

Pelajaran Melaka. Maklumat tersebut, merangkumi jumlah

keseluruhan enrolmen murid SK Telok Mas mengikut jantina,

bilangan murid yang belum menguasai 3M mengikut jantina,

bangsa serta peratusan murid-murid yang memasuki kelas

pemulihan khas.

Data ini penting, bagi tujuan pemantauan serta jumlah

sebenar murid pemulihan secara keseluruhannya di Melaka. Data ini, akan di gunakan

oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), untuk melaksanakan pelbagai program, serta

memastikan setiap aktiviti dapat di laksanakan dan mencapai objektif.

13.5 FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS

Page 21: laporan penuh PBS

Di dalam fail ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah berkaitan dengan

minit mesyuarat pemulihan yang dianggotai oleh

jawatankuasa program pemulihan khas peringkat sekolah

2009. Di dalam fail ini, setiap pergerakan kelas

pemulihan akan di catatkan laporan, dan di bentangkan

di dalam mesyuarat pemulihan peringkat sekolah.

Selain daripada itu, jawatankuasa pemulihan khas

yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan

1, Ketua Panitia BM dan Matemaik, Guru Bahasa Melayu

dan Guru Matematik.

13.6 FAIL PERALATAN PEMULIHAN KHAS

Di dalam fail ini, maklumat yang ada ialah berkaitan dengan senarai peralatan

yang terdapat di Kelas Pemulihan seperti meja murid, rak carta, langsir, air-condition,

white-board, lampu, kipas dan sebagainnya.Fail ini

berkaitan dengan pembelian peralatan , surat akuan

penerimaan. Dengan kata lain ianya berkaitan dengan

invois pembelian.

Secara keseluruhannya, fail ini merangkumi setiap

maklumat yang berkaitan dengan pembelian untuk kelas

pemulihan seperti kelengkapan peralatan kelas dan

sebagainnya.

13.7 FAIL MESYUARAT KELOMPOK

Fail ini, merangkumi maklumat mesyuarat pemulihan

secara kelompok. Iaitu mengikut kawasan/zon di dalam

Page 22: laporan penuh PBS

sesuatu kawasan. Sebagai contoh, SK Telok Mas, di bawah kawasan Dun Bukit

Cina.Setiap mesyuarat kawasan bagi sekolah-sekolah di bawah satu DUN, akan

bekerjasama menjalankan aktiviti yang di rancangkan.Sebagai contoh baru-baru ini

satu sukan pemulihan khas telah di jalankan, dan di hadiri oleh murid-murid di kawasan

DUN Bukit Cina.

13.8 FAIL SURAT SIARAN

Fail ini mempunyai maklumat berkaitan dengan surat-

surat yang di perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri,

Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, berhubung

dengan perkara-perkara yang bekaitan dengan program

pemulihan.Sebagai contoh kursus –kursus

pengajaran,taklimat kutipan data. Kebiasaanya, fail surat

siaran ini, memerlukan guru pemulihan untuk menghadiri

sessi taklimat serta aktiviti-aktiviti yang di rancangkan oleh

jabatan pendidikan khas,

13.9 FAIL LEMBARAN KERJA

Fail ini, menghimpunkan hasil

kerja /latihan secara individu. Lembaran

kerja tersebut, merangkumi kertas latihan

matematik serta lembaran kerja bahasa

Page 23: laporan penuh PBS

melayu. Setiap murid mempunyai satu fail individu yang mempunyai setiap kertas

latihan.Jika pelawat datang untuk melihat sistem pengurusan pemulihan, fail ini boleh di

jadikan bukti kelas pemulihan khas ini, berjalan seperti yang di rancang.

13.10 FAIL UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian Diagnostik merupakan satu bentuk ujian yang di gunakan untuk

memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau menulis.Ujian ini di

gunakan untuk murid-murid pemulihan

khas, yang di berikan kepada mereka,

untuk menentukan samada mereka sudah

menguasai kemahiran ini ataupun tidak.

Page 24: laporan penuh PBS

14.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL ( GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

PEMULIHAN KHAS 2008 JABATAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA)

Mengikut sistem pengurusan fail yang standard,spesifikasi garis panduan

pelaksaaan program pemulihan khas adalah seperti berikut:-

1. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen

seperti berikut:

Borang Pencalonan.

Profil Murid Pemulihan.

Ujian Saringan dan Diagnostik

Rekod Prestasi Ujian Diagnostik

Hasil Penilaian yang telah dijalankan.

Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

2. Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik (disediakan secara individu)

Rekod Prestasi Ujian Diagnostik

Lembaran Kerja

3. Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah

4. Fail Data Murid

5. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas

Pelan Tindakan Program

Takwim program

Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun

Jadual Waktu

Borang Tindakan Susulan

Page 25: laporan penuh PBS

15.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN FAIL

Banding beza sistem pengurusan fail sekolah ini akan di lihat persamaan dan

juga perbezaannya dengan sistem pengurusan fail mengikut standard garis panduan

pelaksanaan program pemulihan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

PERSAMAAN

1. Sistem pengurusan fail di laksanakan adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran sekolah dan juga pengurusan pejabat pendidikan negeri masing-masing.

2. Memudahkan pemantauan bagi setiap rekod dan murid.Sebagai contoh prestasi akademik

3. Memudahkan membuat proses ‘follow-up’ dan perancangan serta aktiviti program pemulihan khas, di peringkat zon/ daerah dan negeri, mengikut rekod serta profil di dalam fail pemulihan khas.

4. Proses pelaksanaan dan pencerapan di lakukan untuk memastikan kelemahan dan kekuatan sesuatu program.

Page 26: laporan penuh PBS

PERBEZAAN

PENGURUSAN FAIL SEK KEB TELOK MAS

PENGURUSAN FAIL STANDARD KEMENTERIAN

KUALITI FAIL

- Fail yang di gunakan daripada kertas yang nipis dan mudah rosak dan tidak tahan lama

- Fail keras adalah fail yang sangat sesuai di gunakan kerana tahan lama dan tidak mudah rosak

PENGEMASKINIAN DATA

- Data-data yang disimpan tidak di kemaskini secara teratur

- Data-data perlu di kemaskini secara teratur dan di asingkan mengikut tahun-tahun terbaru

PENYIMPANAN

- Sistem pengurusan fail tidak sistematik. Tidak mempunyai tempat khusus penyimpanan fail dan rekod

- Perlu mempunyai tempat penyimpanan fail yang sistematik. Tidak bercampur dengan bahan-bahan lain

RUJUKAN NOMBOR FAIL

- Tiada nombor rujukan fail untuk setiap surat siaran yang di failkan.

- Perlu ada rujukan nombor tertentu untuk memudahkan pengurusan sekolah dan guru pemulihan

Page 27: laporan penuh PBS

16.0 PENGENALAN

Di dalam setiap sekolah,pengurusan kelas merupakan salah satu agenda yang

penting dalam memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan. Lebih-lebih lagi dengan di dalam kelas pemulihan khas. Dalam pendidikan

pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama

yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan

dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk

pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam

menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan perlu di

ambil kira.Di antara tujuan pengurusan kelas yang berkesan adalah

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya

untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

17.0 REFLEKTIF 2

Page 28: laporan penuh PBS

Berdasarkan kepada pengamatan sistem pengurusan kelas di sekolah ini, pada

asasnya kedudukan kelas yang agak hujung blok C, berdekatan dengan kantin sekolah,

makmal komputer, pintu belakang sekolah merupakan lokasi yang mempunyai pro dan

kontranya yang tersendiri.Pengurusan kelas yang mempunyai 2 bay, sebenarnya

sesuai dengan bilangan pelajar kurang daripada 20 orang.

Secara keseluruhannya, persekitaran dalaman kelas perlulah di perbaiki lagi

memandangkan kelas pemulihan ini, memerlukan satu bentuk suasana yang

mendatangkan minat pelajar itu sendiri untuk memasuki kelas pemulihan. Kurangnya

tatarias bilik pemulihan, serta penggunaan bahan alat bantu mengajar yang agak lusuh

serta terdapat kesan-kesan koyak, menyebabkan suasana agak muran di seluruh

persekitaran kelas pemulihan ini.

Pada dasarnya, kelas ini mempunyai lantai yang bersih, marmar , selesa dengan

kipas, penghawa dingin, tetapi kurang di gunakan secara fleksibal. Sebagai contoh

terdapat alat-alat ICT seperti komputer, televisyen, radio, tetapi tidak di gunakan dan

hanya di letakkan sahaja di sudut yang terdapat di dalam ruang pemulihan khas. Faktor

guru pemulihan yang agak berusia, mungkin menjadi faktor utama tatarias, serta

penggunaan sepenuhnya alat-alat bantuan mengajar tidak dapat du gunakan sebaik

mungkin, khususnya dalamn proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pengurusan kelas dari aspek murid, jadual waktu , penyusunan fizikal

peralatan kelas juga perlu di berikan penekanan supaya mewujudkan keselasaan

pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, penyusunan meja belajar murid membelakangi

papan putih. Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk menulis, dan terpaksa

memusingkan badan untuk menulis. Secara tidak langsung pengajaran akan terganggu

dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada jangka masa yang panjang.

Secara keseluruhannya, sistem pengurusan kelas di sekolah ini perlulah di

lakukan dengan lebih baik agar sistem pengurusan kelas ini nampak sistemtik dan

pentadbirannya akan lancar dan berkesan

18.0 PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN SEK.KEB.TELOK MAS

Page 29: laporan penuh PBS

18.1 FIZIKAL DAN PERSEKITARAN

Secara kasarnya, lokasi kelas pemulihan ini terletak di bahagian hujung Blok C.

Bangunan Sk Telok Mas ini, mempunyai 4 Blok bangunan, termasuk blok bangunan

yang baru di bina. Lokasi kelas pemulihan ini, pada awalnya merupakan bilik stor, dan

di ubahsuai menjadi kelas pemulihan.

Secara fizikalnya, kelas pemulihan di sekolah ini terdiri daripada 2 bay

bangunan, mempunyai kemudahan elektrik, penghawa dingin serta peralatan-peralatan

asas kelas. Persekitaran kelas pemulihan ini, jika di lihat di pelan di bawah (rujuk rajah)

kelas ini, berdekatan dengan kelas tahun 1 yang sentiasa berjalan proses P&P. Selain

itu, kelas ini berdekatan dengan kantin serta makmal komputer.

.

BLOK C

2B 2A 1P TANGGA SPBT BILIK

KAUNSELING

1C 1B 1A TANGGA BILIK PEMULIHAN

(ARAS 1)

Rajah : Pelan Tapak Kelas Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Telok

18.2 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

KANTINMAKMAL

KOMPUTER

Page 30: laporan penuh PBS

Menurut Dr . Fred Jones, dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang

kondunsif dan selesa, untuk mendatangkan minat murid, persekitaran kelas menjadi

faktor utama, selain daripada keceriaan, kebersihan, kemudahan infrastruktur juga

salah satu penyebab suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih

berkesan.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kelas pemulihan ini adalah

seperti berikut:-

MEJA BELAJAR

MEJA BELAJAR

MEDIA ELEKTRONIK

MEDIA ELEKTRONIK

MEJA BELAJAR

MEJA BELAJAR

MEJA BELAJAR

MEJA BELAJAR

Page 31: laporan penuh PBS

PAPAN TULIS PUTIH

PAPAN TULIS PUTIH

PENGHAWA DINGIN

PENGHAWA DINGIN

PAPAN TULIS PUTIH

PAPAN TULIS PUTIH

ALMARI /RAK BUKU

ALMARI /RAK BUKU

Page 32: laporan penuh PBS

18.3 PERALATAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Di dalam sesebuah kelas pemulihan, perlunya kelas dipenuhi dengan bahan-

bahan bantu mengajar, yang boleh membantu sedikit sebanyak di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Sistem pengurusan kelas yang betul, terutamanya kelas

pemulihan, keperluan bahan-bahan alat membantu mengajar ini menjadikan kelas

tersebut bukan sahaja ceria, tetapi penuh dengan informasi yang berguna kepada

murid pemulihan khas.

Bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan ini, terbahagi kepada 2

bentu utama iaitu:-

Bahan Bercetak

Contoh bahan bercetak adalah seperti kad-kad, buku bacaan bergred, carta ,

poster, buku rujukan, buku bertulis dan sebagainnya.

Bahan Bukan bercetak

Contoh bahan-bahan bukan bercetak adalah seperti komputer, radio, VCD, DVD,

CD ROM

Page 33: laporan penuh PBS

18.4 BAHAN-BAHAN BERCETAK

CONTOH BAHAN-BAHAN

BANTU MENGAJAR

(BAHAN BERCETAK)

CONTOH BAHAN-BAHAN

BANTU MENGAJAR

(BAHAN BERCETAK)

PAPAN KENYATAAN

RUANG BAHASA

KAD-KAD BACAAN

BUKU BACAAN

Page 34: laporan penuh PBS

18.5 BAHAN-BAHAN BUKAN BERCETAK

CONTOH BAHAN-BAHAN

BANTU MENGAJAR

(BAHAN BUKAN BERCETAK)

CONTOH BAHAN-BAHAN

BANTU MENGAJAR

(BAHAN BUKAN BERCETAK)

TELEVISYEN/AUDIO

KOMPUTERCD-ROM

BACAAN ELEKTRONIK

Page 35: laporan penuh PBS

18.6 PENYUSUNAN FIZIKAL KELAS

Penyusunan fizikal seperti perabot, alat tulis, penyusunan kerusi belajar,

kedudukan pelajar, kedudukan bahan-bahan bantu mengajar, adalah sangat penting

dalam memastikan sistem pengurusan kelas pemulihan tersebut nampak sempurna.

Dalam kertas kerja ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan modal insan

yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor, menyatakan Bilik darjah sebagai

tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang

terpenting di sekolah.

Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus

kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai

pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya

kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam

pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,

kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK).

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan

kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,

yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar

serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.Susunan

meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-

murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.

Rajah berikut merupakan pelan susur atur fizikal kelas pemulihan khas di

Sekolah Kebangsaan Telok Mas.Secara keseluruhannya, penyusunan fizikal kelas ini

masih perlu di perbaiki dan perlu bersesuaian dengan konsep kelas pemulihan

Page 36: laporan penuh PBS
Page 37: laporan penuh PBS

18.7 IKLIM DAN APLIKASI BILIK DARJAH

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa

tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya

akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu,

dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang

lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang

memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang

sesuatu persoalan.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam

bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah

yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru

dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia

menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-

peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta

menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru

sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan

diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa

kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan

diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang

kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang

diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan

budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan

juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu

penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Page 38: laporan penuh PBS

Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri

kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan,

organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-

aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik

motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem

bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai

penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih

kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke

arah pembentukan modal insan di kalangan murid..

18.8 PENGURUSAN MURID

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan

bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati

mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku

manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang

lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah,

dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang

tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang

yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang

lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,

di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses

kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan

maklumat daripada guru kepada muridnya.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan

budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur,

penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu

seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan

kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran

Page 39: laporan penuh PBS

yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap

dengan lebih mudah dan berkesan.

Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah

menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni

yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan

berkesan. Berdasarkan kepada pemerhatian, pengurusan murid bagi kelas pemulihan

ini, agak mencabar terutamanya murid-murid tahun 3 berbanding dengan murid-murid

tahun 2. Faktor sikap serta ketegasan guru, menjadi penumbang kepada pengurusan

murid di kelas ini yang masih perlu di perbaiki.

Sebagai contoh, guru pemulihan di sekolah ini, agak berusia dan ini

menyebabkan murid-murid ini menganggap guru ini kurang tegas dan menyebabkan

proses P&P terganggu.Kajian ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan

modal insan yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor menyatakan Kemahiran

mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting

kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan

baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat

bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan

yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah

dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .

Page 40: laporan penuh PBS

18.9 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(JADUAL WAKTU)

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik

darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu

akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran

tidak tercapai. Pengurusan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat di lihat melalui

susunan jadual waktu pengajaran yang di atur oleh guru pemulihan tersebut.

Berdasarkan kepada pemerhatian, susunan jadual waktu kelas pemulihan ( rujuk

lampiran) kolaborasi di antara guru pemulihan khas dengan guru BM dan Matematik tidak

memuaskan. Kebanyakkan jadual kelas di atur bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu,

berdekatan antara satu sama lain.Ini agak menyukarkan dan memberikan sedikit bebanan

kepada guru pemulihan untuk menjalankan proses P&P.

Kesannya akan kepada murid itu sendiri kerana berdepan dengan jadual pemulihan

yang agak membosankan kerana mengambil masa sehingga 5 waktu sekali gus. Kekeliruan

juga berlaku kepada guru pemulihan tersebut kerana, kadangkala terlajak masa di sebabkan

oleh jadual kelas yang agak mengelirukan. Berdasarkan kajian yang sama oleh Hj Shamsudin,

untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan

kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan

refleksi.

Merancang kurikululum, jadual waktu, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan

rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.

Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,

merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan

yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila

bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

19.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN KELAS

Page 41: laporan penuh PBS

Banding beza sistem pengurusan kelas ini akan di lihat melalui perbandingan

dengan sistem yang dipakai oleh kelas pemulihan khas sekolah ini, dengan standard

garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas.

Persamaan

1. Pengurusan di dalam jadual waktu mengikut spesifiasi yang di cadangkan iaitu

sebanyak 900 minit pengajaran .

2. Agihan mata pelajaran sebanyak Bahasa Melayu 8 kali x 30 Minit tahun 2 dan 3,

manakala Matematik 7 kali x 30 Minit untuk tahun 2 dan tahun 3.

3. Penempatan murid-murid pemulihan berdasarkan kepada ujian diagnostik seperti

yang di cadangkan oleh kementerian.

4. Spesifikasi murid pemulihan, lebih kurang 15 orang. Jumlah murid di kelas pemulihan

khas sekolah ini, mengikut spesifikasi yang dicadangkan berdasarkan kepada prosedur

murid-murid pemulihan khas.

5. Program-program KIA2M, di jalankan untuk mengetahui murid-murid yang lemah di

tahun 1, dan di jadikan sebagai calon-calon untuk kemasukan murid ke kelas pemulihan

khas.

Page 42: laporan penuh PBS

Perbezaan

SAIZ FIZIKAL

- Saiz fizikal kelas adalah seluas 2 bay

- Tiada susun atur kelas mengikut ruang mata pelajaran

PENGURUSAN KELAS SEK KEB TELOK MAS

PENGURUSAN KELAS STANDARD KEMENTERIAN

- Saiz fizikal kelas standard adalah 3 bay

- Susun atur kelas berdasarkan kepada ruang dan mata pelajaran

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

- Kurang peralatan ICT

-Tidak terdapat ruang khusus untuk BM, Mate, Multimedia

- Keperluan peralatan ICT seperti LCD, Internet- Keperluan ruang-ruang pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas

ALAT BANTU MENGAJAR

- Tidak pelbagai BBM dan ABM

- Kualiti yang agak uzur

-Penggunaan konvensional

- Penggunaan BBM dan ABM yang lebih fleksibel

-Penggunaan ICT perlu selari dengan kaedah konvensional

Page 43: laporan penuh PBS

20.0 RUJUKAN

Cikgu Shukri (2008, Januari 21). Pengurusan Bilik Kelas. Retrieved 30 Mac, 2009 , from http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengurusan-bilik-kelas pendidikan_20.html

Jabatan Pendidikan Khas.(2008)Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas(Edisi Percubaan).Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan (3th ed)(2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Pemulihan Khas. Retrieved 2 April 2009.from http://apps.emoe.gov.my/bppdp/KajianBPPDP/2001/2001(1)kajianPelaksanaanProgramPemulihanKhasdiSek.R.pdf

Mok Soon Sang (2009) Ilmu Pendidikan untuk KPLI.Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Rosniza Mohd Taha. (2009). Program pemulihan khas bantu murid kuasai 3M. Retrieved 4 April 2009,from http://www.kejorasakti.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=32

SK Telok Mas (2009) Takwim dan Senarai Tahun 2009. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.