prosiding penuh compile.docx

Upload: a-rusdiansyah-didi

Post on 06-Mar-2016

303 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN GURU BAGI TOPIK MEMBUNDAR NOMBOR BULAT HINGGA RATUS TERDEKAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK LATRIS DAN SARUNG TANGAN BUNDAR

Abdul Hakim YusufNik Ibrahim Nik Mat

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan saya dalam mengajar topik membundar nombor bulat hingga ratus terdekat dengan menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar. Tiga orang murid Tahun 2 yang mempunyai masalah membundar nombor bulat telah dipilih untuk kajian ini. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar telah dijalankan. Pengumpulan data yang dibuat sepanjang kajian melibatkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan triangulasi data telah berlaku. Hasil analisis menunjukkan bahawa saya berupaya menambah baik amalan pengajaran setelah menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar. Selain itu, murid juga lebih faham dan berjaya menjawab soalan yang melibatkan membundar nombor bulat. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar telah berjaya menambah baik pengajaran saya dan meningkatkan penguasaan kemahiran membundar nombor bulat dalam kalangan murid. Pada masa hadapan, saya mencadangkan agar teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar ini dapat digunakan dalam pengajaran membundar nombor bulat hingga juta yang terdekat.

Kata kunci : LatRis, Sarung Tangan Bundar, bundar nombor bulat.

PENGENALANPada semester ini, saya telah menjalani Praktikum Fasa III di sebuah sekolah yang terletak di daerah Seremban. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran matematik bagi tahun dua di sekolah tersebut. Majoriti murid di dalam kelas tersebut pernah terlibat dengan LINUS sebelum ini dan buat masa sekarang, masih terdapat beberapa orang pelajar yang tidak melepasi ujian LINUS dan dikategorikan sebagai murid pemulihan. Setelah mengajar kelas tersebut, saya telah mengenalpasti satu permasalahan yang timbul dalam kalangan murid tersebut. Apabila saya mengajar topik membundar, saya mendapati mereka sukar untuk memahami apa yang saya sampaikan. Ramai dalam kalangan mereka tidak dapat menguasai kemahiran membundar yang diajar dan saya sedar bahawa masalah ini berlaku adalah berpunca daripada kesilapan saya sendiri dalam pengendalikan rancangan pengajaran saya. Faktor pertama yang saya kenalpasti adalah laras bahasa yang saya gunakan semasa kelas. Pemilihan perkataan dan bahasa yang saya gunakan adalah tidak bersesuaian dengan kebolehan murid. Perkara ini menyebabkan murid tidak dapat memproses dan menerima maklumat yang saya sampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, perkataan seperti terdekat dan paling dekat mungkin tidak memberi perbezaan kepada kita. Namun, mengikut pengalaman saya mengajar murid tahun dua, mereka lebih faham sekiranya paling dekat digunakan. Jadi, saya perlulah lebih berhati-hati semasa memilih perkataan yang ingin digunakan. Selain itu, saya juga hanya menyampaikan pengajaran dengan menggunakan papan hitam dan secara lisan iaitu lebih berpusatkan guru dan contoh sangat sedikit diberikan kepada murid. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid amat penting dan perlu dititikberatkan bagi mewujudkan pembelajaran yang komprehensif (Sabri Ahmad, 2006).Selain itu, saya juga tidak mengamalkan pertanyaan yang berarah. Soalan yang saya ajukan terlalu umum sebagai contoh, Adakah kamu semua faham?. Soalan tersebut diajukan kepada semua murid dan ini menyukarkan saya untuk mengesan murid yang betul-betul mempunyai masalah dalam topik ini. Sepatutnya saya mengajukan soalan ini kepada setiap murid supaya mereka dapat menyatakan isi hati mereka samada mereka faham ataupun tidak. Hal ini demikian kerana, murid yang lemah selalunya akan menjadi pasif semasa sesi pembelajaran kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan serta tidak berani untuk mengajukan soalan kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang ingin ditanya. Isu seterusnya adalah kawalan kelas. Apa yang saya dapati adalah kawalan kelas yang lemah akan menyukarkan penyampaian guru. Secara keseluruhannya, murid saya agak hiperaktif dan tidak boleh duduk diam semasa sesi pengajaran berlaku. Situasi ini menyebabkan murid tidak memberi perhatian semasa saya mengajar dan akibatnya tidak dapat menguasai kemahiran yang cuba diterapkan. Hal ini adalah mungkin kerana kemahiran saya mengawal kelas serta kebolehan mencuri perhatian mereka masih lemah.Di samping itu, Piaget (1962) menyatakan bahawa penggunaan bahan konkrit untuk pembelajaran konsep matematik adalah bersesuaian dengan kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Namun begitu, saya hanya menggunakan strategi berpusatkan guru semata-mata semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dan hasilnya murid hilang tumpuan dan tidak dapat memahami kemahiran bundar dengan baik.FOKUS KAJIANFokus kajian ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran guru bagi topik membundar nombor bulat hingga ratus terdekat dengan menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar. Nama teknik LatRis dicipta berdasarkan perkataan bulat dan garis yang mana telah digabungkan. LatRis adalah langkah-langkah yang perlu dibuat oleh murid bagi menjawab soalan bundar iaitu membulatkan soalan serta nombor yang ingin dibundar dan menggariskan nombor sebelah kanan nombor yang dibundarkan. Manakala Sarung Tangan Bundar (STB) pula digunakan oleh murid sebagai panduan untuk menentukan sama ada nombor yang dibundarkan perlu ditambah dengan nilai 1 atau 0. Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan hasil lembaran kerja murid yang lalu serta buku aktiviti murid yang mana menunjukkan bahawa murid sememangnya lemah dalam kemahiran bundar. Selain itu, pemerhatian di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung juga telah saya laksanakan dan mendapati murid tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pendidik di samping menambah baik amalan pengajaran saya bagi topik berkenaan.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran guru mengajar topik membundar nombor bulat hingga ratus terdekat dengan menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar.SOALAN KAJIAN1. Bagaimanakah amalan pengajaran guru dalam topik membundar nombor bulat hingga ratus terdekat bagi murid Tahun Dua dapat ditambah baik dengan menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar.2. Bagaimanakah penggunaan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid Tahun Dua bagi topik membundar nombor bulat hingga ratus terdekat.KUMPULAN SASARANTiga orang murid tahun 2 yang mana terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang murid perempuan telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini kerana pencapaian mereka berdasarkan tinjauan awal adalah antara yang paling rendah di dalam kelas tersebut. Ketiga-tiga mereka adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

TINDAKAN YANG DIJALANKANSebanyak dua sesi telah dijalankan dalam kajian ini. Masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi adalah satu jam. PdP telah dilaksanankan semasa waktu persekolahan dan telah mendapat kebenaran guru.

Rajah 1. Carta alir tindakan yang dijalankanJadual 1. Contoh penggunaan teknik LatRis dan STBBilLangkahContoh

1.Bulatkan perkataan puluh/ratus di dalam soalanBundarkan 4 4 6 kepada puluh yang terdekat.

2.Bulatkan nombor puluh/ratus yang ingin dibundarBundarkan 4 4 6 kepada puluh yang terdekat.

3.Gariskan nombor di sebelah kanan nombor yang dibulatkanBundarkan 4 4 6 kepada puluh yang terdekat.

4.Rujuk kedudukan nombor bergaris pada Sarung Tangan Bundar

5.Masukkan nombor ke dalam jadual

Ratus Puluh Sa

44

6

6.Tambah satu atau sifar pada nombor yang dibulatkan

Ratus Puluh Sa

44+1

6

5

7.Tukarkan nombor di belakang dengan sifar

Ratus Puluh Sa

44+1

6

50

8.Tuliskan jawapan akhir

Ratus Puluh Sa

44+1

6

450

KEPUTUSAN KAJIANAnalisis DokumenAnalisis ini dibuat berdasarkan lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid. Merujuk kepada hasil kerja murid, dapat dilihat bahawa murid menunjukkan peningkatan markah selepas tindakan dijalankan seperti dalam rajah berikut.Jadual 2. Keputusan analisis dokumenMuridSebelumSelepas

A3/1212/12

B2/1212/12

C0/1212/12

PemerhatianPemerhatian telah dibuat dengan menggunakan dua borang senarai semak pemerhatian yang dilengkapkan oleh guru pembimbing terhadap pengajaran saya dan juga pemerhatian saya terhadap murid. Berdasarkan analisis pemerhatian yang dibuat hasil daripada respon guru pembimbing, saya mendapat maklum balas yang positif. Berpandukan senarai semak di atas saya dapat simpulkan bahawa pengajaran yang saya telah jalankan adalah bermakna dan berkesan dalam usaha saya menambahbaik amalan pengajaran saya berkaitan tajuk membundar nombor bulat hingga ratus yang terdekat. Bermaksud, intervensi serta tindakan yang saya laksanakan berjaya dan dapat membantu murid menguasai kemahiran membundar dengan baik. Manakala pemerhatian terhadap murid menunjukkan hasil yang positif iaitu murid menunjukkan penglibatan yang maksimun semasa tindakan serta berjaya menguasai kemahiran membundar dengan baik.

Temu bualTemu bual telah dijalankan bersama guru pembimbing dan juga murid bagi mendapatkan maklum balas berkenaan tindakan yang dijalankan. Guru pembimbing memberi respon yang positif dan menyatakan bahawa saya berjaya memperbaiki beberapa kelemahan yang timbul dalam pengajaran yang lepas dan selain itu, ketiga-tiga murid juga telah berjaya menguasai kemahiran membundar nombor bulat dengan baik dan menunjukkan kefahaman yang tinggi berkaitan topik bundar.

Jadual 3. Rumusan keseluruhan analisis data

RUMUSAN ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

PemerhatianTemu bualAnalisis dokumen

SebelumSelepasSebelumSelepasSebelumSelepas

>Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai>Murid hilang minat terhadap PdP yang dijalankan>Guru menggunakan komunikasi berkesan dan pengajaran secara ansur maju>Murid lebih fokus semasa PdP dan menunjukkan minat untuk melibatkan diri >Guru pembimbing memberi respon negatif berkenaan sesi PdP yang dilaksanakan>Murid tidak dapat menerangkan kemahiran bundar dengan betul>Guru pembimbing memberi respon positif berkenaan sesi PdP yang dijalankan>Murid dapat menyatakan proses membundar dengan jelas dan betul>Skor yang diperoleh adalah berada pada kategori lemah>Murid tidak menunjukkan cara membundar dan jawapan diberi adalah salah>Murid mendapat skor penuh bagi lembaran kerja yang diedarkan>Menunjukkan langkah-langkah yang jelas dan betul tentang kemahiran membundar

RUMUSANBerdasarkan data yang dikumpul melalui ketiga-tiga kaedah iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual, hasil analisis menunjukkan bahawa amalan pengajaran saya berjaya ditambahbaik dengan menggunakan teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar untuk mengajar murid membundar nombor bulat hingga ratus yang terdekat. Sesi intervensi yang dijalankan berjaya meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan bundar sehingga ratus yang terdekat. Keputusan ini telah disokong dengan hasil dapatan kajian yang diperolehi melalui ketiga-tiga kaedah pengumpulan data. Kesimpulannya, berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis data yang diperolehi, satu keputusan yang positif dan memberangsangkan ditunjukkan oleh murid. Akhir sekali, dapat saya rumuskan bahawa teknik LatRis dan Sarung Tangan Bundar dapat membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat serta membantu saya meningkatkan amalan pengajaran bagi topik bundar dan sekaligus menjawab kedua-dua persoalan kajian yang telah saya cadangkan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA1. Kajian ini boleh dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan hasil dapatan kajian.2. Kajian ini boleh digunakan untuk topik bundar sehingga juta yang terdekat.3. Penggunaan jadual nilai tempat boleh dihapuskan selepas tindakan dijalankan bagi meningkatkan pemahaman konsep nilai tempat kepada murid.4. Penggunaan ICT semasa tindakan boleh digunakan untuk tujuan menarik minat murid serta mengekalkan perhatian murid semasa sesi PdP. RUJUKANLebar, O. (2014). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Teori dan Amalan. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Noor Azlan, A., & Nurdalina, D. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan:Universiti Teknologi Malaysia.Sabri, A., Tengku Zawawi, T., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Yim, C. W. (2015). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahap 2. Retrieved from LinkedIn Corporation: http://www.slideshare.net/cikguwongyickyim

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN PENGUMPULAN SEMULA DALAM PENOLAKAN TAHUN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK MODEL JARI

Aizat Akram SidekWan Noor Adzmin Mohd Sabri

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam kemahiran pengumpulan semula dalam penolakan Tahun 4 menggunakan Teknik Model Jari. Kajian ini telah melibatkan 4 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Labu, Negeri Sembilan. Kaedah pengumpulan data kajian ini meliputi analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual. Data yang diperoleh melalui tiga teknik berkenaan kemudian dianalisis dan diinterpretasi dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Model Jari dapat menambahbaik amalan pengajaran saya dalam kemahiran pengumpulan semula dalam penolakan Tahun 4 disamping membantu murid memahami topik tersebut dengan lebih jelas.

PENDAHULUANDalam subjek Matematik, operasi tolak merupakan operasi asas yang diajar bermula murid-murid prasekolah lagi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tolak bermaksud cara atau kaedah menghitung dengan mengurangkan sesuatu angka. Operasi ini adalah sukar untuk difahami jika murid tidak faham tentang konsep penolakan.Seperti yang kita sedia maklum, topik Matematik adalah saling berkaitan, murid-murid perlu menguasai kesemua operasi asas Matematik sebelum mula mempelajari topik yang lebih susah. Hal ini telah dipersetujui oleh Reys, Lindquist, Lambdin dan Smith (2009) yang menyatakan murid yang susah menguasai pengetahuan asas mengira tidak dapat meneruskan pembelajaraan ke tahap yang lebih abstrak.Oleh hal yang demikian, operasi asas perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mempelajari topik Matematik yang lain khususnya dan digunakan dalam kehidupan seharian amnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari Matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal Matematik iaitu melalui aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing) dan susunan aturan (ordering). Kanak-kanak perlu dibimbing dengan memberikan pengalaman konkrit di mana mereka dapat memahami konsep penolakan tersebut berdasarkan kepada pengalaman yang diberikan. Situasi yang diberikan perlulah sesuai tahap perkembangan murid-murid.FOKUS KAJIANIsu yang menjadi fokus dalam kajian saya ini adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam pengumpulan semula bagi murid Tahun 4. Berdasarkan pengalaman yang lepas, pengajaran yang dilaksanakan menggunakan papan putih tidak dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep pengumpulan semula dalam penolakan yang diajar. Justeru, saya melihat kelemahan saya dalam amalan pengajaran tolak perlu dipertingkatkan bagi memstikan saya dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap operasi Matematik yang saya ajar. Oleh yang demikian, bagi merungkai isu yang timbul, saya telah memperkenalkan satu teknik pengajaran yang digunakan dalam operasi tolak iaitu Teknik Model Jari. Teknik Model Jari ini adalah langkah yang diambil bagi menambahbaik amalan pengajaran saya bagi meningkatkan kemahiran pengumpulan semula dalam penolakan memandangkan kemahiran ini sangat penting dan sering diaplikasikan dalam topik-topik seterusnya. Oleh itu, tindakan ini membantu saya menambah baik amalan pengajaran saya yang lemah supaya dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran pengumpulan semula dalam penolakan.OBJEKTIF KAJIANSecara khususnya, kajian tindakan ini mempunyai objektif untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam pengumpulan semula dalam penolakan Tahun 4 menggunakan Teknik Model Jari.SOALAN KAJIANKajian ini adalah untuk menjawab persoalan:1. Bagaimanakah tahap peningkatan pencapaian murid-murid dalam kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula melalui penggunaan Teknik Model Jari?2. Bagaimanakah murid dapat mengaplikasikan Teknik Model Jari untuk penyelesaian masalah yang melibatkan penolakan?KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4 di sebuah sekolah yang terletak di deerah Labu. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada tinjauan awal yang dilakukan semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah melakukan analisis tinjauan awal, saya telah mengenalpati seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang tidak dapat mengusai kemahiran pengumpulan semula dalam penolakan.TINDAKAN YANG DIJALANKAN

A) Kenal Pasti MasalahSewaktu memberikan latihan kepada murid-murid, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang keliru dengan operasi penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila penolakan melibatkan tanpa pengumpulan semula, murid tidak mengalami sebarang masalah. Mereka boleh menolak dengan baik. Tetapi apabila ia melibatkan pengumpulan semula, murid dilihat melakukan kesilapan semasa menolak. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya mendapati terdapat beberapa pola kesilapan yang dikenalpasti termasuklah kesilapan nilai tempat, kesilapan dan lain-lain lagi.B) PerancanganKajian ini dijalankan berdasarkan Model Kurt Lewin (1948) yang telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewins Action Research Spiral yang menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti Perancangan (Plan), Tindakan (Act), Pemerhatian (Observation) dan Refleksi (Reflection).C) TindakanLangkahHuraian

Mengenal pasti aspek amalan Buat refleksi kendiri selepas sesi PdP. Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Buat tinjauan awal untuk masalah yang dihadapi oleh murid. Kenal pasti aspek amalan pengajaran yang menyumbang kepada ketidakfahaman murid. Fokus kepada amalan pengajaran yang ingin ditambah baik.

Perancangan Merancang pelan tindakan bagi menambahbaik amalan pengajaran yang dapat membantu murid dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula. Menggunakan Teknik Model Jari bagi menambahbaik amalan pengajaran dan membantu murid. Tentukan kaedah pengumpulan data. Pilih tarikh untuk laksanakan tindakan.

Tindakan Melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Menjalankan sesi penambahbaikan. Menemu bual murid sebelum dan selepas melaksanakan pelan tindakan.

Pengumpulan data Data-data yang diperoleh daripada instrumen-instrumen yang telah digunakan seperti senarai semak, temu bual dan latihan atau lembaran kerja dikumpulkan dan dianalisis. Data-data ini diperlukan untuk membuktikan sama ada amalan pengajaran saya telah ditambah baik atau tidak.

Refleksi Membuat refleksi tentang hasil tindakan yang telah dilaksanakan bagi menambahbaik amalan pengajaran.

D) Pengumpulan DataPemerhatianSaya telah menyediakan borang senarai semak iaitu borang senarai semak untuk amalan pengajaran guru sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Saya sendiri yang mengisi borang senarai semak ini berdasarkan pemerhatian semasa menjalankan sesi tindakan.Perbandingan amalan pengajaran sebelum dan selepas tindakanAmalan Pengajaran Guru Dalam Penolakan Dengan Pengumpulan Semula.Sebelum TindakanSelepas Tindakan

1. Guru menerangkan konsep pengumpulan semula dengan jelas.X/

2. Guru menunjukkan proses menukar ayat matematik kepada bentuk lazim dengan jelas.//

3. Guru menerangkan cara penolakan tanpa pengumpulan semula dengan jelas.X/

4. Guru menerangkan penolakan dengan pengumpulan semula dengan jelas.X/

5. Guru memberikan contoh soalan yang mencukupi.X/

6. Guru menggunakan laras bahasa yang sesuai.//

7. Guru memberikan arahan yang jelas.//

8. Guru membincangkan jawapan bersama-sama murid.//

Analisis DokumenBerikut menunjukkan skor dan pencapaian peserta kajian setelah pengajaran menggunakan Teknik Model Jari dilaksanakan.Perbandingan markah sebelum dan selepas tindakanNamaSebelumSelepas

Fatin58

Irdina59

Azhar26

Akif49

Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap murid telah berjaya meningkatkan kefahaman mereka di dalam operasi tolek dengan mengumpul semula ini. Secara tidak langsug telah menunjukkan saya berjaya menambahbaik amalan pengajaran saya dalam kemahiran menolak.

Temu BualTerdapat tiga item dalam soalan temu bual tersebut. Soalan-soalan tersebut dibina berdasarkan pengajaran guru, kefahaman murid tentang apa yang diajar oleh guru dan juga pendapat mereka tentang penolakan dengan pengumpulan semula menggunakan Number Bonds.

Temu bual selepas tindakan dilaksanakanSoalanMurid AMurid BMurid CMurid D

1. Adakah kamu meminati subjek matematik?Saya amat meminati subjek matematik.Ya, saya amat suka subjek matematik.Minat.Ya, saya amat meminati subjek matematik.

2. Bagaimanakah perasaan kamu semasa menggunakan number bonds menggunakan Model Jari?Saya rasa amat senang menggunakan model jari.Saya rasa amat senang untuk belajar menggunakan teknik model jari.Seronok.Senang menggunakan model jari.

3. Adakah teknik ini dapat membantu kamu dalam penolakan yang melibatkan pengumpulan semula?Kaedah ini dapat membantu saya dalam penolakan.Ya, kerana ianya dapat membantu saya membuat penolakan dengan lebih pantas.Ya, dapat membantu saya dalam penolakan.Lebih pantas.

E) RefleksiKeputusan yang diperoleh daripada ketiga-tiga teknik pengumpulan data (pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual) yang dilaksanakan telah dapat menjawab persoalan kajian saya iaitu Bagaimanakah tahap peningkatan pencapaian murid-murid dalam kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula melalui penggunaan Teknik Model Jari? dan Bagaimanakah murid dapat mengaplikasikan Teknik Model Jari untuk penyelesaian masalah yang melibatkan penolakan?. Melalui analisis pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual yang dilakukan, telah berlakunya perubahan dalam aspek pengajaran saya dimana sesi pengajaran saya menjadi lebih baik berbanding dengan sebelum tindakan dijalankan. Jika sebelum ini, pengajaran saya lebih terarah kepada berpusatkan guru sehingga menyebabkan murid-murid ini menjadi pasif dan akhirnya gagal mengusai operasi tolak dengan mengumpul semula yang diajar. Namun, pelaksanaan tindakan ini telah membantu saya untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dalam kemahiran ini.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Penggunaan number bonds boleh digantikan dengan cara lain yang lebih berpusatkan murid.2. Cadangan seterusnya ialah menggunakan Teknik Model Jari kepada semua murid dan tidak semestinya teknik ini hanya boleh digunakan untuk murid Tahun 4.3. Penggunaan bahan maujud yang lebih menarik dan realistik seperti model tangan yang sebenar ataupun menggunakan teknologi.RUJUKANCathcart, W. G., Pothier, Y. M., & Vance, J. H. (2006). Learning Mathematics in Elementary and Middle Schools: A Learner-Centered Approach. (4th Edition). Columbus Ohio: Pearson Education, Inc.Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of Reflective Thinking to the Educative Process. Boston: D.C. Heath.Hanipah Hussin. (2004). Learning To Be Reflective From Theory To Practices Malaysia Experiences. Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Kennedy, L.M., & Tipps, S. (1997). Guiding Childrens Learning Mathematics (8th Edition). United States of America: Wedsworth.Mohamad Daud Hamzah (1996). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.Post, T. R. (1992). Teaching Mathematics in Grades K-8. Indianapolis: Allyn and Bacon.Reys, R.,Lindquist, M. M., Lambdin, D.V., & Smith, N. L. (2009). Helping Children Learn Mathematics (9th Edition). United States of America: John Willey & Sons, Inc.Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah danTingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN OPERASI DARAB ANTARA DUA NOMBOR DENGAN SATU DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA MENGGUNAKAN TEKNIK RUMAH BANYAK BUMBUNG DAN KAEDAH LATIH TUBI

Aldzarfiq RoslanSalmiah Md. Salleh

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran saya dalam mengajar topik darab dengan pengumpulan semula antara dua digit dengan nombor satu digit menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung dan kaedah latih tubi. Tiga orang murid Tahun Empat yang mempunyai masalah yang sama berkaitan operasi darab dengan pengumpulan semula telah dipilih sebagai kumpulan sasaran bagi kajian ini. Beberapa sesi pengajaran menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung telah dijalankan. Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Hasil analisis data yang diperoleh membuktikan bahawa penggunaan teknik Rumah Banyak Bumbung dalam pengajaran topik darab dua nombor dengan pengumpulan dapat membantu murid mengatasi masalah dalam memahami turutan dan langkah dalam menyelesaikan operasi tersebut. Justeru, kaedah ini juga telah berjaya meningkatkan amalan pengajaran saya bagi mengajar subtopik ini dengan berkesan.

PENGENALANOperasi darab adalah salah satu daripada operasi teras yang amat penting dan perlu dikuasai murid di sekolah. Hal ini kerana pengaplikasian operasi darab adalah perlu di dalam topik-topik yang akan dipelajari murid pada masa yang akan datang. Berdasarkan kaedah pengajaran saya yang terdahulu saya banyak menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat exspositori. Pengajaran yang diberikan bersifat chalk and talk justeru murid gagal untuk memahami sesi pembelajaran disamping guru tidak berjaya menarik sepenuh perhatian murid.Selain itu semasa sesi pengajaran murid juga kelihatan agak bosan dan kurang menumpukan perhatian semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sedang berlansung. Menurut Rudy (2013), kita tidak dapat mula mengharap bahawa kanak-kanak akan mempelajari matematik sehingga kita mengenal pasti cara untuk kita berkongsi keseronokannya dan seterusnya menunjukkan kebergunaannya. Oleh yang demikian adalah penting untuk murid mengenal keseronokan dalam matematik sebelum mereka mendalaminya. Dengan mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada murid guru boleh menjalankan sesi PdP yang lebih berkait dan mudah untuk difahami murid apa bila memperkenalkan sesuatu kaedah. Tidak lupa juga sesi pengajaran telah dijalankan hasil daripada anggapan bahawa murid telah menguasai kemahiran mendarab tanpa mengenal pasti tahap pencapaian semasa murid. Menurut Fuson (2003) pula, adalah sangat penting untuk kanak-kanak menghafal dan mengingati sifir, tetapi ingatan terhadap sifir tersebut mestilah berdasarkan pemahaman terhadap operasi dan strategi pemikiran mereka tersendiri. Di sini dijelaskan bahawa pengetahuan sedia ada murid juga perlu digunakan untuk murid membina suatu idea yang tersendiri berkenaan topik yang dipelajari.FOKUS KAJIANKajian ini adalah berfokus kepada menambah baik amalan pengajaran saya dalam mengajar subtopik darab dengan mengumpul semula sehingga nilai 100000 dalam bentuk lazim menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung. Terdapat beberapa masalah yang sering kelihatan sepanjang sesi PdP dijalankan. Antaranya murid tidak menghafal sifir, murid tidak berjaya menjawab soalan kuiz dengan jawapan yang betul, murid tidak memberi respons semasa sesi soal jawab berlansung, dan murid tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar. Selain itu terdapat lima orang murid yang mengadu kerana mereka berasa bosan untuk mengikuti sesi PdP dan murid juga mengeluh semasa diberikan lembaran kerja. Dalam semakan latihan, murid telah menunjukkan bahawa murid banyak melakukan kesilapan dalam operasi darab apabila melibatkan operasi darab dengan mengumpul semula. Selain itu berdasarkan pemerhatian semasa sesi PdP sedang berlansung murid kelihatan kurang fokus dan tidak dapat menerima maklumat yang disampaikan dengan baik. Arahan yang telah saya berikan juga terlalu berfokuskan kepada algoritma. Turutan dan langkah yang perlu dilakukan juga tidak dijelaskan dengan baik tentang kepentingannya. Berdasarkan maklumat ini, saya telah memilih untuk memfokuskan kepada menambah baik amalan pengajaran dalam operasi darab yang melibatkan pengumpulan semula bagi Tahun 4.

OBJEKTIF KAJIANObjektif bagi kajian ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran guru dalam pengajaran topik darab nombor dua digit dan satu digit dengan pengumpulan semula yang melibatkan murid Tahun Empat menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung dan kaedah latih tubi.

SOALAN KAJIANKajian ini bertumpu kepada dua soalan kajian:1) Bagaimanakah penggunaan teknik Rumah Banyak Bumbung dan latih tubi dapat menambah baik amalan pengajaran guru dalam topik darab operasi nombor dua nombor dengan nombor satu digit yang melibatkan pengumpulan semula bagi murid Tahun Empat dalam bentuk lazim?2) Sejauh manakah penggunaan teknik Rumah Banyak Bumbung dan latih tubi boleh memperbaiki kemahiran bagi menyelesaikan operasi darab nombor dua nombor dengan nombor satu digit dengan pengumpulan semula dalam kalangan murid Tahun Empat dalam bentuk lazim?

KUMPULAN SASARANDalam sekumpulan 29 orang murid Tahun 4, saya telah memilih 3 orang murid, iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Pemilihan murid untuk dilibatkan di dalam kajian adalah dibuat berdasarkan semakan latihan dan penglibatan murid semasa sesi PdP sedang berlansung. Secara umumnya, murid-murid yang dipilih ini ialah mereka yang mempunyai masalah dalam langkah dan turutan membuat operasi darab yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim.

TINDAKAN YANG DIJALANKANKajian ini akan dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran guru mengajar subtajuk mendarab nombor dua digit dan satu digit dengan pengumpulan semula bagi murid-murid Tahun 4 menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung. Murid telah menjalani 3 sesi sepanjang kajian ini dijalankan. Setiap sesi adalah penting untuk membentuk hasil dapatan yang paling tepat berdasarkan kekangan masa untuk menyempurnakan kajian ini.

Sesi 1 : Murid dibimbing untuk menyelesaikan operasi darab dengan menggunakan bentuk lazim tanpa. Kaedah pengajaran juga adalah berfokuskan pengajaran guru dan sesi ini diperlukan untuk membentuk data kawalan.

Sesi 2 : Murid diperkenalkan dengan teknik Rumah Banyak Bumbung. Murid dibimbing untuk menyelesaikan lebaran kerja yang telah dibina berdasarkan konsep ansur maju.

Sesi 3 : Murid dibimbing untuk menyelesaikan lembaran kerja yang telah dibina berdasarkan konsep ansur maju dengan menggunakan bentuk lazim tanpa menggunakan teknik Rumah Banyak Bumbung.

Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) (lihat Rajah 2) sebagai panduan.Kitaran seterusnya

Rajah 2: Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)DAPATAN KAJIAN (ANALISIS DATA)Hasil daripada menjalankan kajian ini berikut adalah dapatan yang telah diperoleh setelah data yang diperoleh dianalisis. Pertama sekali guru perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu murid dalam memahami topik yang dipelajari. Topik darab dengan mengumpul semula murid harus mempunyai asas yang kukuh sebelum guru boleh mula untuk mengajarkan suatu topik baharu dan memerlukan gabungan beberapa kemahiran asas. Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan bersama guru matematik yang berpengalaman mereka juga menyatakan tentang perlunya murid tersebut untuk mempunyai kefahaman tentang konsep asas operasi darab dengan mengumpul semula.

Kaedah Rumah Banyak Bumbung telah diperkenalkan untuk membantu murid untuk lebih memahami konsep asas dan operasi yang terlibat ketika menyelesaikan operasi darab dengan mengumpul semula menggunakan bentuk lazim. Hasil temu bual murid menunjukkan penggunaan bentuk lazim dalam operasi darab dianggap sukar dan tidak menarik. Oleh yang demikian kaedah Rumah Banyak Bumbung telah diperkenalkan. Kaedah ini menggunakan gambaran grafik yang jelas dan mudah difahami. Penggunaan kaedah ini adalah sejajar dengan penyataan salah seorang daripada guru matematik yang di temu bual. Beliau telah menyatakan bahawa pengajaran seorang guru itu haruslah menarik supaya boleh menarik perhatian murid. Berdasarkan pemerhatian dan hasil kerja murid juga menunjukkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding penggunaan kaedah konvensional pada sesi pertama. Selepas memahami konsep dan asas penggunaan kaedah Rumah Banyak Bumbung lebih mudah untuk memahami kaedah konvensional yang digunakan dan mampu menyelesaikan operasi dengan sangat baik. Masa yang diambil untuk menyelesaikan tugasan juga adalah lebih singkat dan murid tidak menunjukkan keperluan kepada diri mereka untuk meminta masa tambahan kepada guru semasa menyiapkan latihan yang telah diberikan.

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat berdasarkan tema penguasaan murid juga menunjukkan bahawa pengenalan kaedah Rumah Banyak Bumbung ini juga telah meningkatkan keyakinan murid. Kenyataan ini juga disokong oleh hasil temu bual murid yang telah menyatakan dengan yakin bahawa topik darab dengan pengumpulan semula ini adalah mudah untuk diselesaikan. Selain itu murid juga menyatakan bahawa pembelajaran mereka menjadi lebih menyeronokkan. Perkara ini telah menjadi petunjuk kepada kejayaan seseorang guru itu untuk menarik minat muridnya untuk terus mendalami ilmu matematik. Namun begitu murid juga harus diingatkan untuk sentiasa berhati-hati semasa menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hal ini adalah berikutan untuk mengelakkan murid daripada melakukan kesilapan akibat cuai. Oleh yang demikian amalan menyemak semula langkah dan jawapan adalah suatu amalan yang penting dan harus diterapkan di dalam diri murid.

Tidak lupa juga kredibiliti seorang guru itu juga boleh ditingkatkan dengan memperbaiki kaedah pengajaran yang digunakan. Penggunaan kaedah yang mudah difahami dan menarik perhatian murid adalah penting untuk memastikan tumpuan murid tidak terganggu dan ilmu yang ingin disampaikan diterima oleh murid. Berikutan pemerhatian yang dilakukan pada sesi pertama dan sesi kedua prestasi murid jelas meningkat apabila kaedah Rumah Banyak Bumbung diperkenalkan. Kaedah ini telah membantu guru untuk menerangkan langkah dan turutan teknik yang digunakan dengan betul. Menggunakan laras bahasa yang boleh difahami murid adalah asas kepada guru untuk menyampaikan ilmu dengan baik. Hal ini adalah berikutan daripada murid yang bukan sahaja telah berjaya mengikut arahan yang diberikan guru dengan betul malahan jawapan dan jalan kerja mereka juga adalah tepat.RUMUSANDengan ini dapat disimpulkan bahawa seorang guru itu haruslah bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dan boleh menarik perhatian murid. Hal ini adalah untuk membantu murid untuk memahami sesuatu konsep itu dengan lebih mudah dan seterusnya menghasilkan guru yang lebih fleksibel dan kreatif. Tidak lupa juga guru harus sentiasa berusaha dalam memperbaiki amalan pengajaran untuk memastikan amalan pengajaran adalah sejajar dengan kemampuan dan kumpulan murid di bawah didikan guru tersebut.CADANGAN KITARAN SETERUSNYABagi kitaran yang seterusnya teknik harus dijelaskan dengan lebih terperinci oleh itu memerlukan masa atau jumlah sesi ditambah. Jumlah soalan juga perlu ditambah untuk memenuhi kriteria teknik latih tubi. Teknik rumah banyak bumbung yang digunakan juga boleh ditambah baik supaya lebih mudah difahami dan digunakan murid.RUJUKANRudy R. (2013). Mind Tools: The Five Levels of Mathematical Reality. Mineola, Dover Publications.

Fuson, K. (2003). An Analysis Of The Counting-On Solution Procedure In Addition. In T. P. Carpenter, J. M. Moser & T. A. Romberg (Eds.), Addition & Subtraction: A Cognitive Perspective (pp. 67 81). Hillsdale, N. J.: Erlbaum.

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN TOLAK MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA BAGI MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK TABUNG SEPULUH

Bendly Roy BaninusSalmiah Md. Salleh

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran guru dan membantu menambah baik kemahiran murid bagi topik tolak dalam lingkungan 100 000 yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak. Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah seramai tiga orang murid Tahun Empat yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang telah memperoleh markah terendah bagi ujian akhir topik yang dilaksanakan semasa tinjauan awal. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, dan temu bual. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan beberapa tema seperti penyampaian guru, pemahaman murid, dan kesan pembelajaran. Hasil analisis data mendapati amalan pengajaran guru dengan menggunakan teknik Tabung Sepuluh telah membantu meningkatkan kemahiran ketiga-tiga murid bagi topik tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ketiga-tiga murid menunjukkan peningkatan kemahiran yang ketara dalam menguasai konsep pengumpulan semula. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak telah dapat menambah baik amalan pengajaran guru dan membantu menambah baik kemahiran murid bagi topik tolak yang melibatkan pengumpulan semula.2.5 cm

( Kata kunci : Tabung Sepuluh , tolak dalam lingkungan 100 000, pengumpulan semula, dekak-dekak )

PENGENALANSemasa sesi praktikum yang lalu, saya telah mengajar topik penolakan hingga 100 000 yang melibatkan pengumpulan semula bagi murid Tahun Empat. Saya telah melaksanakan pengajaran berdasarkan kaedah tradisional, iaitu tidak memberikan ilustrasi konkrit dan contoh penyelesaian yang cukup kepada murid. Hal ini kerana, saya beranggapan bahawa murid telah didedahkan dengan konsep pengumpulan semula semasa mereka di Tahun Tiga. Hasil dari tinjauan awal, saya telah mendapati murid tidak dapat memahami konsep pengumpulan semula dan tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Murid didapati keliru dengan konsep pengumpulan semula dan tidak mengetahui cara pengumpulan semula dijalankan. Selain itu, murid berangapan bahawa sebarang nombor boleh ditolak secara terus tanpa mengumpul semula. Menurut Walle (2003), nombor adalah sesuatu yang kompleks dan konsep yang pelbagai. Pemahaman tentang sesuatu konsep nombor mengambil masa yang lama dan murid memerlukan banyak pengalaman belajar bagi membina konsep tersebut. Tambahan lagi, menurut Noriah, Siti Rahayah, Rosseni, dan Aidah (2012), kaedah tradisional yang diamalkan oleh pendidik akan menghadkan pembelajaran dan kemampuan murid untuk mendapat ilmu yang banyak. Justeru, amalan guru dalam pengajaran nombor, secara khusus dalam mengajar penolakan nombor dapat mempengaruhi kemahiran dan pemahaman murid dalam topik tersebut.

FOKUS KAJIANFokus kajian ini ialah menambah baik amalan saya mengajar penolakan sebarang nombor yang melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 100 000 menggunakan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan dekak-dekak. Melalui tinjauan awal yang telah dibuat melalui analisis dokumen murid, saya dapati bahawa murid melakukan kesilapan semasa mengumpul semula dan menolak secara terus tanpa mengumpul semula. Antara sebab murid keliru dengan konsep pengumpulan semula adalah kerana saya tidak menggunakan bahan konkrit semasa mengajar konsep tersebut. Penerangan beserta contoh pengiraan tidak difahami oleh murid sehingga menyebabkan murid gagal menyiapkan tugasan dan mendapat markah rendah dalam lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan faktor yang telah dikenal pasti, saya telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan berlandaskan beberapa kriteria, iaitu kerelevenan, kebolehtadbiran, skop kajian dan kolaborasi.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya mengajar tolak dalam lingkungan 100 000 yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik Tabung Sepuluh dengan menggunakan bahan bantu belajar dekak-dekak.

SOALAN KAJIANKajian ini bertumpu kepada dua soalan kajian, iaitu:1.Bagaimanakah penggunaan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak dapat menambah baik kemahiran murid Tahun Empat bagi topik penolakan sebarang dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 100 000? 2.Bagaimanakah penggunaan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak dapat membantu guru di dalam menambah baik amalan pengajaran bagi topik penolakan sebarang dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 100 000?

KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada tiga orang murid Tahun Empat, iaitu dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Rasional bagi pemilihan kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah disebabkan pencapaian mereka yang paling rendah dalam ujian akhir topik dan mempunyai masalah dalam penolakan nombor yang melibatkan pengumpulan semula melalui semakan lembaran kerja yang diberikan.

TINDAKAN Mengenalpasti aspek amalan

Merancang

Kitaran seterusnyaMembuat refleksi

Tindakan/Implementasi

Melihat kesan tindakan

Rajah 1. Proses penyelidikan tindakan adaptasi Lewin, 1946 & Laidlaw, 1992

Rajah 1 menunjukkan proses kitaran kajian tindakan berdasarkan adaptasi model kajian tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kitaran kajian tindakan merangkumi mengenal pasti aspek amalan, merancang, membuat tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi. Tindakan bagi kajian ini dilaksanakan sebanyak tiga sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran 1, sesi pengajaran dan pembelajaran 2, dan sesi pengajaran dan pembelajaran 3. Berikut merupakan tindakan pelaksanaan intervensi yang dijalankan sebanyak tiga sesi:a) Sesi pengajaran pertama : memperkenalkan bahan bantu belajar dekak-dekak.Contoh soalan : 1495 126 = ____Terangkan syarat pengumpulan semula. tidak cukup untuk ditolak, jadi pinjam sebelah kumpul sepuluh di tempat asalSusun dekak-dekak mengikut nilai tempat berdasarkan nombor yang diberi iaitu 1495.

Tunjukkan cara penyelesaian.Tolak = keluarkan buah.Tunjukkan pinjam sebelah dan kumpul sepuluh-sepuluh pada dekak-dekak.

Rajah 2. Contoh penyelesaian menggunakan bahan bantu belajar dekak-dekak.

Rajah 2 merupakan langkah-langkah pengajaran bagi pengajaran sesi pertama yang mana murid diperkenalkan dengan bahan bantu belajar dekak-dekak. Pengajaran dan pembelajaran merangkumi pemahaman konsep pengumpulan semula menggunakan dekak-dekak.b) Sesi pengajaran kedua : memperkenalkan dan mengajar teknik Tabung Sepuluh.

Rajah 3. Perkaitan dekak-dekak dengan Tabung Sepuluh.

Rajah 3 menunjukkan struktur teknik Tabung Sepuluh yang diajar kepada murid. Pengajaran teknik Tabung Sepuluh ini dikaitkan dengan penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak di mana struktur teknik Tabung Sepuluh adalah berdasarkan ayat matematik yang digunakan semasa meneroka bahan bantu belajar dekak-dekak. Penggunaan teknik Tabung Sepuluh ini membolehkan murid melihat dan menulis proses pengumpulan semula dengan lebih nyata dan mudah difahami.

c) Sesi pengajaran ketiga : mengajar struktur penolakan menggunakan kaedah bentuk lazim biasa dan membuat perkaitan dengan penggunaan teknik Tabung Sepuluh.Perkaitan yang menunjukkan persamaan

Rajah 4. Perkaitan bentuk lazim biasa dengan Tabung Sepuluh

Rajah 4 menunjukkan pengajaran struktur bentuk lazim biasa dan menunjukkan perkaitan bentuk lazim biasa dengan Tabung Sepuluh. Dalam sesi pengajaran ini, murid dibimbing untuk memahami perkaitan Tabung Sepuluh dengan bentuk lazim biasa. Pengumpulan sepuluh diringkaskan dengan menulis digit 1 pada nombor yang hendak dikumpul semula.

KEPUTUSAN KAJIANKaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen murid, pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, dan temu bual semi-berstruktur.

i. Analisis Semakan LatihanDua latihan diberikan kepada murid, iaitu Latihan 2 dan Latihan 3 untuk tujuan pengumpulan data. Latihan 2 diberikan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran 2, manakala latihan 3 diberi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran 3. Melalui analisis semakan latihan, didapati bahawa murid dapat memahami proses pengumpulan semula. Murid tahu mengaitkan kemahiran mengumpul sepupuh-sepuluh yang dipelajari menggunakan dekak-dekak dengan kemahiran pengumpulan semula menggunakan teknik Tabung Sepuluh dan bentuk lazim biasa. Selain itu, murid faham tentang syarat pengumpulan semula bagi topik penolakan iaitu, pengumpulan semula perlu dilakukan jika nilai digit yang hendak ditolak lebih kecil daripada nombor yang perlu ditolak. Murid juga tahu setiap pengumpulan semula yang dilakukan berasal dariapda rumah nilai tempat yang lebih besar dan perlu dikumpul sebanyak sepuluh sepuluh. Melalui penggunaan teknik Tabung Sepuluh, murid tidak lagi keliru dengan konsep pengumpulan semula. Perkara menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru menggunakan teknik Tabung Sepuluh telah berjaya meningkatkan kefahaman murid menolak sebarang nombor yang melibatkan pengumpulan semula.

ii. Analisis senarai semak pemerhatianAnalisis dapatan menunjukkan bahawa tahap pemahaman dan pencapaian murid meningkat setelah menjalani tiga sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan kemahiran murid dalam menyelesaiakan soalan penolakan dengan pengumpulan semula di mana murid telah memahami struktur penolakan yang melibatkan istilah "pinjam dulu" kemudian "kumpul semula". Istilah ini menunjukkan kefahaman murid yang menyeluruh terhadap syarat dan proses pengumpulan semula. Di samping itu, kemampuan murid untuk menyelesaikan soalan menggunakan teknik Tabung Sepuluh menunjukkan bahawa murid memahami setiap proses yang diajar kepada murid. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tindakan yang dijalankan sangat membantu pencapaian murid yang mana murid telah mahir dalam menyelesaikan soalan penolakan sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 000 yang melibatkan pengumpulan semula.iii. Analisis temu bual semi-berstrukturAnalisis dapatan menunjukkan bahawa murid telah memberikan maklum balas yang memberangsangkan terhadap amalan pengajaran guru. Hal ini meningkatkan kecenderungan murid untuk memahami konsep dan kemahiran pengumpulan semula dengan penggunaan dekak-dekak dan Tabung Sepuluh. Buktinya, melalui dapatan temu bual, saya dapati bahawa murid lebih suka dan lebih faham dengan pembelajaran yang seronok. Selain itu, melalui hasil analisis temu bual terbukti bahawa pengajaran yang dimulakan dengan bahan konkrit kepada abstrak sangat membantu kefahaman murid. Hal ini dapat dibuktikan daripada kebolehan murid untuk menceritakan setiap langkah pengiraan yang perlu dilakukan dalam mengumpul semula. Di samping tahu membuat pengiraan menggunakan bahan bantu belajar dekak-dekak, saya dapati murid telah memahami perkaitan antara ketiga-tiga cara penyelesaian yang telah diperkenalkan dan diajar oleh guru. Melalui hasil analisis temu bual, terbukti bahawa murid dapat mengaitkan konsep sepuluh-sepuluh antara dekak-dekak dan Tabung Sepuluh di mana murid tahu memindahkan maklumat konkrit kepada bertulis. Hasil daripada dapatan temu bual ini jelas menunjukkan bahawa amalan pengajaran saya bagi topik penolakan sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 000 yang melibatkan pengumpulan menggunakan teknik Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak telah mempengaruhi tahap pembelajaran murid-murid secara positif.

RUMUSAN Hasil kajian tindakan mendapati:a)Penggunaan Tabung Sepuluh juga membantu menambah baik pengajaran guru dalam topik ini. Hal ini dapat dilihat dari segi motivasi, kefahaman dan kemampuan murid dalam menolak dengan mengumpul semula.b)Penggunaan Tabung Sepuluh melalui penggunaan bahan bantu belajar dekak-dekak dapat menambahbaik kefahaman dan kemahiran murid bagi topik penolakan sebarang dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Hal ini dapat dilihat dari segi peningkatan kemahiran murid dan hasil akhir iaitu murid dapat menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula.

CADANGAN SETERUSNYA Perkenalkan Tabung Sepuluh semasa meneroka dekak-dekak. (dijalankan pada sesi yang sama). Memberi penekanan kepada kedudukan simbol tolak -.

RUJUKANWalle, J. A. (2003). Elementary & Middle School Mathematics Teaching Developmentally,5th Ed, Boston: Pearson.Noriah Ishak, Siti Rahayah Ariffin, Rosseni Din & Aidah Abdul Karim. (2012). Expanding Traditional Classroom Through Computer Technology A Collaborative Learning Process.pg 17-28

PENDARABAN SEBARANG NOMBOR DENGAN NOMBOR DUA DIGIT MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA MENGGUNAKAN TEKNIK TOJARE

Elvygael Felix MairohNorehan Mohamed Shaharoun

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaik amalan pengajaran matematik saya dalam operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik ToJaRe. Seramai tiga orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah sekitar Seremban, Negeri Sembilan yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah dipilih untuk kajian ini. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknik ToJaRe secara berperingkat telah dijalankan. Terdapat tiga cara pengumpulan data yang dibuat sepanjang kajian iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan bahawa teknik ToJaRe telah membantu saya menambahbaik amalan pengajaran dari aspek penerangan secara lebih berkesan, mengunakan istilah matematik yang betul serta memberikan bimbingan yang berkesan terhadap kumpulan sasaran. Selain itu, murid juga memberikan respon yang positif dan bersetuju bahawa teknik ini telah membantu menguasai dalam menjawab soalan metematik operasi darab. Mereka juga berjaya menjawab kesemua soalan matematik dengan tepat menggunakan teknik ToJaRe. Ringkasnya, penggunaan teknik ToJaRe telah berjaya menambahbaik pengajaran saya dan meningkatkan penguasaan murid melibatkan pengumpulan semula dalam topik pendaraban.Kata kunci : teknik ToJaRe, pengumpulan semula, operasi darab, algoritma.PENGENALANMatematik merupakan mata pelajaran yang dianggap sesuatu yang sukar dan tidak menarik minat murid (Marzita, 2002). Aplin & Saunders (1996) ada mengatakan bahawa matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain, manakala Speiser (2012) pula menyatakan kebanyakan orang mendapati bahawa algoritma sukar untuk digunakan dan kanak-kanak gagal untuk memahaminya. Berdasarkan praktikum-praktikum yang lepas, antara topik yang tidak digemari dalam kalangan murid adalah topik operasi darab dan mereka masih tidak mengingat fakta asas darab dengan baik. Pendaraban merupakan satu proses penggandaan yang melibatkan nilai yang lebih besar. Menurut Lee Siew Eng dan Jong Chee Fook (2010), kebanyakan murid sekolah rendah menjadi keliru dalam pendaraban melibatkan lebih dari satu nombor. Justeru, majoriti murid-murid banyak mengatakan yang mereka tidak suka akan mata pelajaran matematik dan dianggap antara mata pelajaran yang susah. Kelemahan dan kesilapan murid-murid menguasai kemahiran operasi darab berkaitan dengan pemilihan pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di sekolah. Murid yang tidak menguasai operasi darab akan fobia Matematik.FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini ialah menambahbaik amalan pengajaran matematik dalam operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik ToJaRe. Teknik ini dijadikan sebagai penambahbaikan amalan pengajaran guru kepada cara yang lebih menarik atau berlainan daripada biasa supaya murid dapat menguasai pendaraban dua digit dalam bentuk lazim. Hal ini penting kerana bentuk lazim merupakan antara kaedah yang lebih mudah dan telah didedahkan sejak dari Tahun 1 lagi.

Rajah 1 : Kesilapan murid dalam pendaraban.Rajah 1 menunjukkan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh murid. Antaranya, masalah dalam pendaraban nilai tempat di mana murid ini meletakkan hasil darab pada nilai tempat sa walhal sepatutnya pada nilai tempat puluh dan kekeliruan dalam pengumpulan semula. OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran matematik saya dalam operasi darab sebarang nombor dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik ToJaRe.

SOALAN KAJIANKajian yang dijalankan menumpukan kepada dua soalan kajian:-1. Bagaimanakah saya dapat menambahbaik amalan pengajaran saya dalam operasi darab sebarang nombor dengan dua digit melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik ToJaRe?2. Bagaimanakah teknik ToJaRe dapat membantu murid menguasai operasi darab sebarang nombor dengan dua digit melibatkan pengumpulan semula?KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 3 orang murid Tahun 4 di sesebuah sekolah di daerah Seremban iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Pemilihan kumpulan sasaran ini telah saya lakukan berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dilakukan ketika praktikum. Secara keseluruhannya, murid yang telah saya pilih ini terdiri daripada kalangan murid yang sederhana di mana mereka dipilih mengikut markah lembaran kerja yang paling rendah yang dijawab secara individu. Dari segi latar belakang murid, semua murid ini daripada latar belakang keluarga yang sederhana. Maklumat ini telah saya peroleh daripada temu bual dengan guru kelas serta temu bual bersama ketiga-tiga murid secara tidak formal.TINDAKAN YANG DIJALANKANKajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) yang merangkumi langkah mengenal pasti aspek amalan, perancangan tindakan, tindakan, pengumpulan data dan refleksi.

Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)A. Kenal pasti Aspek Amalan Saya telah membuat tinjauan awal bagi mengetahui punca sebenar murid tidak memahami jalan pengiraan dalam bentuk lazim bagi topik pendaraban dua digit. Antara kaedah tinjauan awal yang saya laksanakan adalah melalui pemerhatian, temu bual dan refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

B. PerancanganSaya telah merancang menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik ToJaRe melalui tiga sesi yang merangkumi proses pengumpulan data bagi memudahkan proses analisis saya nanti.

C. TindakanSESI 1 (27 JULAI 2015) Saya menunjukkan cara mendarab dua digit dengan pengumpulan semula menggunakan teknik 'ToJaRe' dengan beberapa contoh dari aras kesukaran yang rendah.dan bimbingan yang sepenuhnya kepada murid.

SESI 2 (28 JULAI 2015) - Saya mengulang semula menunjukkan cara mendarab dua digit dengan pengumpulan semula menggunakan teknik "ToJaRe" dengan memberikan soalan aras kesukaran rendah dan sederhana di samping itu, saya kurangkan bimbingan kepada murid.

SESI 3 (29 JULAI 2015) Saya memberikan ujian yang berkaitan dengan pendaraban dua digit dengan pengumpulan semula.yang terdiri daripada semua aras soalan iaitu aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi. Murid menjawab secara individu tanpa bimbingan guru.Berikut merupakan langkah penggunaan teknik ToJaRe : Rajah 3 : Langkah-langkah penggunaan Teknik ToJaRe

D. Pengumpulan DataTiga kaedah terlibat dalam pengumpulan data dalam kajian ini iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Pemerhatian yang telah dibuat menggunakan instrumen Borang Senarai Semak Pemerhatian dan rakaman video menunjukkan peningkatan yang memuaskan dari aspek penerangan konsep yang jelas. Murid juga memberikan respon yang baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat dan menunjukkan jalan penyelesaian melalui teknik ToJaRe.

Hasil analisis bagi temubual pula menunjukkan murid memberikan respon yang positif. Terdapat dua orang murid merasakan teknik ToJaRe agak susah sedikit tetapi murid akhirnya merasakan teknik ini senang malah amat menyukai teknik ini seterusnya akan menggunakan teknik di masa akan datang. Murid berasa gembira kerana teknik ini membantu mereka dalam menyelesaikan soalan Matematik operasi darab dua digit dengan sebarang nombor melibatkan pengumpulan semula.

Analisis dokumen juga menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan 100% dalam skor lembaran kerja selepas penggunaan teknik ToJaRe. Walau bagaimanapun, murid masih bergantung sepenuhnya pada teknik ini . Seorang murid telah mempermudahkan jalan pengiraan di mana beliau telah menggunakan jalan singkat dalam penyelesaiannya. Ini menunjukkan bahawa dengan latihan yang banyak, murid akan memahami sepenuhnya dan tidak lagi bergantung pada teknik ToJaRe.Jadual 1 : Skor lembaran kerja murid setiap sesiKumpulan sasaranMarkah

Sesi 1Sesi 2Sesi 3

Murid A6/88/88/8

Murid B6/88/88/8

Murid C7/84/88/8

E. RefleksiPenggunaan teknik ToJaRe ini telah menambahbaik amalan pengajaran saya dari aspek penerangan, istilah dan bimbingan yang baik di samping membantu murid dalam menguasai pendaraban dua digit dengan sebarang nombor melibatkan pengumpulan semula. Teknik ini merupakan alternatif untuk murid membuat jalan pengiraan dalam bentuk lazim dengan tepat tanpa ada kesilapan dalam kedudukan nilai tempat semasa darab pada bahagian pendarab nilai puluh. Kesilapan kecil dan kecuaian murid sememangnya tidak dapat dinafikan malah kemahiran sifir juga perlu ditekankan.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA1.) Menggunakan teknik yang sama tetapi lebih berfokus kepada sifir.2.) Melibatkan penggunaan bahan bantu belajar yang mudah didapati oleh murid sendiri. 3.) Galakkan murid untuk membuat latihan secara kerap dengan topik lain. (Wang, Ruang dan sebagainya)4.) Memperluaskan skop kumpulan sasaran.5.) Memanjangkan tempoh pelaksanaan kajian.RUJUKANBarmby, P., Bilsborough, L., Harries, T., & Higgins, S. (2009). Primary mathematics : Teaching for understanding. Buckingham: Oxford Univesity Press.Booker, George; Bond, Denise; Sparrow, Len; Swan, Paul. (2004). Teaching Primary Mathematics. (3rd Ed.). Australia: PEARSON Education Australia.Otto, Albert; Caldwell, Janet; Hancock, Sarah Wallus; Zbiek, Rose Mary. (2011). Developing Essential Understanding of Multiplication and Division for Teaching Mathematics in Grade 3-5. VA : Reston.

MENAMBAHBAIK AMALAN PENGAJARAN MELIBATKAN KEMAHIRAN ALGORITMA PENDARABAN SEBARANG NOMBOR HINGGA TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT BAGI TAHUN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK SEGI TIGA BERSILANG

Faizrul Surioki Abu Bakar Norliha Jemain

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bertujuan bagi menambahbaik amalan pengajaran saya melibatkan kemahiran algoritma pendaraban sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit bagi Tahun Empat menggunakan teknik Segi Tiga Bersilang. Kajian ini melibatkan tiga orang murid dari Tahun 4 UKM yang mempunyai masalah dalam kemahiran algoritma pendaraban. Pengumpulan data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, kaedah analisis semakan hasil kerja murid, dan kaedah temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa pengunaan teknik Segi Tiga Bersilang berjaya menambahbaik amalan pengajaran. Dapatan juga menunjukkan pengusaan murid dalam kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit telah dikenalpasti meningkat. Pada masa akan datang, saya berharap penggunaan teknik Segi Tiga Bersilang dapat diperluaskan penggunaannya di samping terdapat penambahbaikan daripada pengkaji lain.

Kata kunci: Segi Tiga Bersilang, algoritma pendaraban, cara pengumpulan data

PENGENALANSemasa praktikum fasa 3, saya berkesempatan untuk mengajar topik pendaraban bagi murid Tahun Empat yang melibatkan pendaraban sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit. Topik darab merupakan antara topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid. Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, saya dapati murid mempunyai masalah dalam kemahiran algoritma pendaraban. Saya membuat kesimpulan bahawa kelemahan saya dalam menyampaikan pengajaran tanpa menggunakan teknik yang berkesan menyebabkan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran pendaraban algoritma adalah lemah. Selain itu, saya juga tidak menggunakan teknik pengajaran yang sesuai untuk kesemua peringkat murid. Hal ini mengakibatkan terdapat sebilangan kecil murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan yang diberi. Anggapan awal saya bahawa mereka tidak mempunyai masalah pembelajaran walaupun berada antara kelas yang pandai adalah salah. Ini membuktikan bahawa amalan pengajaran saya perlu ditambah baik. FOKUS KAJIANDaripada tinjauan yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa orang murid kelas Tahun Empat UKM yang diajar mempunyai tahap penguasaan yang lemah terhadap kemahiran pendaraban algoritma di samping tidak mampu mengggunakan teknik yang betul untuk membuat pendaraban dalam bentuk lazim. Fokus kajian ini ialah menambah baik amalan saya mengajar melibatkan kemahiran algoritma pendaraban sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit. Maka, satu kaedah alternatif telah saya perkenalkan iaitu teknik Segi Tiga Bersilang telah diperkenalkan sebagai medium untuk murid memahami kemahiran algoritma pendaraban yang melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian tindakan ini ialah:1. Menambah baik amalan pengajaran guru bagi kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga hingga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan teknik Segi Tiga Bersilang

2. Membantu murid menguasai kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan teknik Segi Tiga BersilangSOALAN KAJIANKajian ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:1. Bagaimanakah penggunaan Teknik Segi Tiga Bersilang dapat menambah baik amalan pengajaran guru bagi kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit.

2. Bagaimanakah penggunaan Teknik Segi Tiga Bersilang dapat membantu murid menguasai kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit.KUMPULAN SASARANKajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terdapat di daerah Sepang, Selangor. Murid-murid yang terlibat merupakan murid Tahun 4 dan kesemua murid yang terlibat berusia 10 tahun. Kajian ini melibatkan tiga orang murid perempuan. Murid-murid tersebut berbangsa melayu. Murid-murid yang terlibat dengan kajian mempunyai latar belakang ekonomi yang baik. Murid ini dipilih berdasarkan kepada kesilapan yang telah mereka lakukan dalam topik pendaraban yang saya ajar iaitu mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit. Salah seorang daripada murid tersebut adalah pengawas perpustakaan dan dua murid lain adalah murid biasa. Mereka tinggal berdekatan dengan sekolah. Pemilihan ini juga dibuat berdasarkan temubual dan cadangan daripada guru mata pelajaran.TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Rajah 1 Carta Alir Tindakan

Segi Tiga bersilang adalah teknik yang hanya memerlukan murid membuat segi tiga tersebut di atas kertas soalan yang sama tanpa perlu menggunakan kertas yang lain. Hal ini memudahkan pengiraan murid, kerana pengiraan berlaku di kawasan yang sama. Teknik ini memberi penekanan kepada murid tentang konsep kemahiran algoritma pendaraban yang sebenarnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh murid boleh menyebabkan jawapan akhir yang akan diperolehi adalah salah. Dengan adanya, teknik Segi Tiga Bersilang, ianya sedikit sebanyak membantu murid memperbaiki kesilapan dalam kemahiran algoritma pendaraban. Contoh penggunaan teknik Segi Tiga Bersilang boleh dirujuk pada Rajah 2.

Contoh soalan : 432 x 42Hasil pendaraban segi tiga pertama

Lukis segi tiga kedua

Hasil pendaraban segi tiga keduaHasil tambah kedua-dua segi tiga bersilangLukis segi tiga pertama

432

x42

864

1728

18144

Rajah 2 Contoh penggunaan teknik Segi Tiga Bersilang KEPUTUSAN KAJIANPemerhatianPemerhatian telah dijalankan sebanyak tiga kali. Saya telah menyediakan borang senarai semak untuk memudahkan pemerhatian dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, saya telah membahagikan tema kepada tiga tema utama iaitu penyampaian guru, kemahiran murid dan penglibatan murid. Bagi tema penyampaian guru, terdapat 5 item kesemuanya. Selepas ketiga-tiga sesi yang dijalankan, terdapat penambaikan amalan pengajaran guru dari satu sesi ke sesi yang lain. Ini menunjukkan saya telah melakukan persiapan yang rapi bagi memastikan murid dapat memahami dengan jelas langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang yang diajar. Bagi tema kemahiran murid, terdapat 4 item yang diguna pakai. Berdasarkan tema kemahiran murid, saya dapati murid dapat menjawab soalan yang diberikan menggunakan teknik Segi Tiga Bersilang di samping dapat memahami dengan jelas langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang. Manakala bagi tema penglibatan murid, terdapat peningkatan pada setiap sesi. Contohnya, dari segi aspek murid lebih bersedia untuk memulakan pelajaran pada setiap sesi dan tumpuan semasa guru menerangkan langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang.

Analisis Semakan Hasil Kerja Murid

Rajah 3 Rumusan borang prestasi murid sesi kedua dan sesi ketigaBerdasarkan Rajah 3, dapat saya rumuskan terdapat peningkatan pada setiap sesi. Walaupun soalan yang diberi pada sesi kedua hanya enam soalan, akan tetapi dua soalan pertama mendapat bimbingan daripada guru. Bagi memastikan teknik Segi Tiga Bersilang dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran algoritma pendaraban, saya telah membuat penambahan soalan pada sesi ketiga iaitu sebanyak lapan soalan dan hasilnya terdapat dua orang murid dapat menjawab betul kesemua soalan. Manakala seorang murid hanya dapat menjawab tujuh daripada lapan soalan. Ini kerana kecuaian yang tidak disengajakan pada soalan nombor enam. Namun begitu, tahap pencapaian murid berada dalam lingkungan sangat baik dan ini sekaligus membuktikan bahawa terdapat peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan teknik Segi Tiga Bersilang.Temu bual

Rajah 4 Analisis temu bual

Berdasarkan Rajah 4, saya telah membahagikan kepada tiga tema iaitu perasaan, motivasi dan penglibatan murid. Bagi tema perasaan, murid berasa gembira dan lebih senang untuk menjawab soalan melibatkan pendaraban apabila sudah mengetahui cara yang lebih mudah untuk menguassai kemahiran algoritma pendaraban. Bagi tema motivasi menunjukkan bahawa motivasi murid meningkat untuk menyelesaikan soalan, seterusnya dapat memperbaiki kemahiran algoritma pendaraban dengan betul. Manakala bagi tema penguasaan murid, murid menguasai dan mengingati dengan jelas langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang yang digunakan.RUMUSANBerdasarkan ketiga-tiga analisis tersebut, saya dapat rumuskan bahawa ketiga-tiga kaedah tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan ketiga-tiga kaedah ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sama ada teknik Segi Tiga Bersilang dapat menambah baik amalan pengajaran saya dan membantu murid menguasai operasi pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit. Maka, saya dapat rumuskan bahawa teknik Segi Tiga Bersilang dapat menambah baik amalan pengajaran saya bagi kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dan teknik Segi Tiga Bersilang dapat membantu murid menguasai kemahiran algoritma pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYADalam perancangan seterusnya, saya merancang untuk menambah baik amalan pengajaran saya bagi membantu murid menguasai operasi pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dengan lebih baik. Antara cadangannya ialah sesi penerangan langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang akan dibuat sepenuhnya dalam sesi pengajaran pertama. Manakala, pada sesi kedua pengajaran, saya akan terus bagi soalan ujian secara berperingkat kepada murid sehinggalah sesi-sesi seterusnya sehingga murid-murid tersebut dapat menjawab soalan pendaraban tanpa menggunakan langsung teknik Segi Tiga Bersilang pada bentuk lazim dengan penuh yakin. Selain itu, saya turut bercadang untuk menambahbaik sedikit teknik Segi Tiga Bersilang iaitu menambah kotak bagi meletakkan setiap nilai digit bagi memastikan murid lebih kemas hasil kerja mereka. Hal ini kerana, terdapat seorang dua murid dari kumpulan sasaran saya yang mempunyai hasil kerja yang berserabut sedikit walaupun langkah-langkah teknik Segi Tiga Bersilang adalah betul. Oleh itu, cadangan penambahbaikan pada amalan pengajaran saya serta teknik Segi Tiga Bersilang bertujuan untuk memastikan murid dapat menguasai operasi pendaraban melibatkan sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dengan lebih baik di samping memastikan teknik Segi Tiga Bersilang lebih efisyen untuk digunakan.RujukanChan Yook Lean, Ramlah Majid & Khadijah Noordin (2013). Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Cetakan Pertama 2013. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Faizal, Samsiah Hassan, (2011). Penggunaan S-Multiply dalam Meningkatkan Kemahiran Mendarab Nombor Tiga Digit dengan Dua Digit Bagi Murid Tahun 4. IPG Kampus Dato Razali Ismail.Othman Lebar (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan teori dan amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Rabiatul A., Nik Mohamad, (2012). Penggunaan Kaedah Vettice Membantu Murid Tahun 4 Menyelesaikan Pendaraban Nombor Dua Digit dengan Nombor Dua Digit. IPG Kampus Dato Razali Ismail.

MENAMBAH BAIK AMALAN PENGAJARAN PENDARABAN YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA DALAM BENTUK LAZIM DENGAN TEKNIK NOMBOR BESAR NOMBOR KECIL MELALUI KAEDAH LATIH TUBI

Hasanatun Sakinah JantanParimalarani Sivasubramaniam

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran saya dalam algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil melalui kaedah latih tubi. Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada 2 orang murid di sebuah sekolah rendah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Kaedah pengumpulan data kajian meliputi kaedah pemerhatian melalui catatan nota lapangan dan kaedah analisis semakan dokumen melalui latih tubi dan lembaran kerja murid. Data telah dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan sasaran saya berjaya menyelesaikan algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil. Hasil daripada itu, saya telah berjaya menambah baik amalan pengajaran saya dalam algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Implikasi kajian ini ialah saya dapat menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil ini untuk mengajar algoritma pendaraban sebarang nombor bulat dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.

Kata kunci: algoritma pendaraban, teknik Nombor Besar Nombor Kecil

PENGENALANSemasa praktikum yang lalu, saya telah mengajar topik Darab hingga 100 000 bagi murid tahun 4. Pendaraban yang difokuskan bagi murid tahun 4 adalah pendaraban dengan nombor satu digit dan pendaraban dengan nombor dua digit seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4. Saya telah membimbing murid untuk menyelesaikan pendaraban dengan menggunakan algoritma bentuk lazim. Menurut Harold Torrance (2011), melaksanakan pendaraban dalam bentuk lazim menjadikan operasi darab lebih mudah untuk diselesaikan. Amalan pengajaran saya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 Amalan pengajaran topik pendaraban dengan nombor dua digitNamun, saya telah mengenalpasti murid menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan operasi darab dengan nombor dua digit. Murid membuat kesilapan dengan memilih nombor yang dikumpul semula untuk mendarab dan melakukan kesilapan dengan meletakkan nombor pada tempat yang tidak sepatutnya. Masalah ini telah saya rangkumkan dalam satu masalah utama iaitu masalah dalam penyelesaian algoritma pendaraban dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menambah baik cara saya mengajar algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.

FOKUS KAJIANSaya telah menjalankan tinjauan awal melalui ujian dan temu bual tidak berstruktur terhadap murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Ujian yang dijalankan mengandungi 4 soalan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Hasilnya, 2 orang daripada murid ini memang mengalami kesukaran dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Kesilapan yang dikesan adalah murid mendarabkan nombor tiga digit dengan digit yang kedua bagi nombor yang didarab menggunakan angka yang dibulatkan atau angka yang dikumpul semula. Murid juga melakukan kesilapan dengan meletakkan nombor pada tempat yang tidak sepatutnya.

Rajah 2 Kesilapan murid dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digitHasil temu bual tidak berstruktur dengan 2 orang murid yang terlibat menunjukkan kesilapan pertama berlaku kerana murid keliru untuk memilih nombor yang perlu didarab manakala kesilapan kedua berlaku kerana murid menyangka penambahan dalam algoritma ini sama seperti operasi tunggal penambahan biasa.

Maka, fokus kajian saya adalah untuk menambah baik amalan pengajaran saya dalam algoritma pendaraban sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil dan kaedah latih tubi.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian saya adalah untuk menambah baik cara saya mengajar algoritma pendaraban sebarang nombor hingga tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil dan kaedah latih tubi bagi membaiki kemahiran pendaraban murid.

SOALAN KAJIAN1) Bagaimanakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran saya dalam kemahiran mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil?2) Bagaimanakah penggunaan teknik Nombor Besar Nombor Kecil dapat memperbaiki kemahiran mendarab kumpulan sasaran saya?

KUMPULAN SASARANKajian ini dijalankan ke atas 2 orang murid tahun 4 di mana kedua-duanya merupakan murid perempuan. Salah seorang daripada murid ini merupakan pengawas sekolah dan seorang lagi merupakan pengawas pusat sumber sekolah. Kedua-dua murid ini menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam ujian terbaru yang dijalankan di sekolah dan dikenalpasti masih melakukan kesilapan dalam mendarab sebarang nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan betul.

TINDAKANDalam melaksanakan kajian ini saya telah menggunakan adaptasi Model Kurt Lewin (1946) & Laidlaw (1992). (Sumber : Bahagian Pendidikan Guru, 2001)

Rajah 3 Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

A) MENGENAL PASTI ASPEK AMALANSaya telah mengenalpasti satu aspek amalan pengajaran saya yang saya rasakan perlu ditambah baik. Amalan pengajaran itu adalah mengenai pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Hal ini adalah kerana melalui tinjauan awal, saya dapati murid tidak dapat melaksanakan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit dalam bentuk lazim dengan betul.

B) MERANCANGSaya telah merancang satu teknik yang diberi nama teknik Nombor Besar Nombor Kecil. Teknik Nombor Besar Nombor Kecil merupakan satu teknik di mana murid diberi penekanan mengenai nombor besar dan nombor kecil. Nombor besar merupakan multiplier dan multiplicand manakala nombor kecil merupakan nombor yang dikumpul semula. Nombor kecil perlu diletakkan dalam bulatan dan petak segi empat untuk membezakan antara pendaraban kali pertama dengan pendaraban kali kedua. Contoh penyelesaian algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah:Soalan : 528 x 56 = ______Nombor besarNombor kecil Bulatan : pendaraban dengan nombor pertama Petak segiempat : pendaraban dengan nombor kedua

Rajah 4 Contoh penggunaan teknik Nombor Besar Nombor Kecil dalam operasi darabC) TINDAKANSaya telah menjalankan 4 sesi dalam kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam carta alir dalam Rajah 5 di bawah:Rajah 5 Carta alir tindakan yang dijalankan

D) MENGUMPUL DATAData telah dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian melalui catatan nota lapangan dan menggunakan analisis semakan dokumen melalui latih tubi dan lembaran kerja murid. Data telah dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan hasil analisis pemerhatian, didapati murid dapat menguasai algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil seperti yang terkandung dalam amalan pengajaran guru. Dari aspek penguasaan murid terhadap kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit pula, hasil analisis pemerhatian menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran mendarab apabila murid memulakan pendaraban dengan nombor yang berada pada nilai tempat sa terlebih dahulu diikuti dengan nombor pada nilai tempat puluh dan seterusnya nombor pada nilai tempat ratus. Murid juga dapat menjawab latih tubi dalam masa yang semakin singkat sesi demi sesi.

Analisis latih tubi menunjukkan pada sesi 2 dan sesi 3 murid dapat melaksanakan semua langkah dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan Teknik Nombor Besar Nombor Kecil sehingga akhirnya murid dapat menjawab semua soalan dengan betul. Hasil analisis dapat dilihat seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6 Hasil analisis dokumen sesi 2 dan sesi 3Hasil analisis lembaran kerja pada sesi 4 pula menunjukkan murid dapat menguasai langkah-langkah dan kemahiran pendaraban menggunakan algoritma asal dengan sangat baik setelah diperkenalkan dengan teknik Nombor Besar Nombor Kecil pada sesi-sesi sebelumnya. Namun, berlaku kecuaian kecil yang menyebabkan murid tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk salah satu soalan yang diberi tetapi murid tetap dapat menguasai kemahiran pendaraban dengan baik.

E) REFLEKSI

SelepasSebelum

Rajah 7 Banding beza amalan pengajaran sebelum dan selepas teknik diperkenalkanHasil analisis dokumen menunjukkan murid dapat melaksanakan semua langkah dalam algoritma pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan teknik Nombor Besar Nombor Kecil apabila menjawab latih tubi dan lembaran kerja yang diberikan. Ini bermakna soalan kajian yang kedua telah terjawab apabila murid dapat menguasai kemahiran pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Dapatan ini disokong oleh hasil analisis pemerhatian yang menunjukkan murid dapat menguasai setiap langkah dalam algoritma pendaraban dengan nombor dua digit seperti yang terkandung dalam amalan pengajaran guru setelah diperkenalkan dengan teknik Nombor Besar Nombor Kecil. Ini bermakna, soalan kajian yang pertama telah terjawab di mana amalan pengajaran guru dapat ditambah baik setelah teknik yang diperkenalkan membantu murid untuk menguasai kemahiran pendaraban.

Kesimpulannya, penambahbaikan amalan pengajaran saya dalam kemahiran mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan berbantukan teknik Nombor Besar Nombor Kecil secara tidak langsung telah memperbaiki kemahiran mendarab kumpulan sasaran saya.

PERANCANGAN KITARAN KEDUAKajian yang telah saya jalankan pada kitaran pertama yang lalu telah berjaya mengatasi masalah yang berlaku di awal pengajaran saya. Maka, kajian saya dihentikan sehingga kitaran pertama sahaja dan tiada perancangan kitaran kedua yang dilaksanakan.

RUJUKANBahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.Guru, B. P. (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan untuk Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Torrance, H. (2011). Math Tutor: Multiplication and Division, Grades 4 - 8: Easy Review for the Struggling Student. USA: Carson-Dellosa Publishing.

MENAMBAHBAIK AMALAN PENGAJARAN MATEMATIK DALAM OPERASI DARAB PENGUMPULAN SEMULA DARAB TAHUN 3 DENGAN MENGGUNAKAN PETAK GABUNAP

Khoiriah Abd HadiNorehan Shaharoun

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaik amalan pengajaran matematik dalam operasi darab pengumpulan semula tahun 3 menggunakan kaedah petak gabunap bagi meningkatkan penguasaan dalam kemahiran operasi pendaraban dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula bagi murid tahun 3. Kumpulan sasaran saya adalah seorang murid tahun 3 tahap sederhana dalam akademik di salah sebuah Sekolah Kebangsaan daerah Negeri Sembilan. Data dikumpulkan melalui3 jenis kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Tiga instrumen telah digunakan dalam penyelidikan ini iaitu temu bual separa berstruktur, borang senarai semak pemerhatian pengajaran guru dan juga lembaran kerja murid. Berdasarkan temu bual ke atas murid, didapati amalan saya telah ditambahbaik dari segi penerangan yang jelas, suara yang kuat dan berstruktur serta boleh difahami. Kaedah petak gabunap ini dapat membantu murid menjawab soalan darab pengumpulan semula dengan baik. Keputusan ini disokong dengan analisis lembaran kerja murid yang menunjukkan peningkatan markah daripada 1% semasa lembaran kerja tinjauan awal kepada 100% semasa lembaran kerja selepas menggunakan kaedah petak gabunap. Borang senarai semak pemerhatian juga menunjukkan perubahan positif kaedah saya mengajar murid iaitu lebih jelas, suara yang kuat dan penerangan berstruktur. Penggunaan kaedah petak gabunap dalam penyelidikan tindakan telah memperbaiki amalan pengajaran saya pada masa yang sama membantu murid menguasai kemahiran darab pengumpulan semula. Kata kunci : Kaedah petak gabunap, murid tahun tiga.PENGENALANPembelajaran matematik melibatkan empat operasi asas yang utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Antara empat operasi yang dinyatakan, operasi darab adalah paling sukar untuk dikuasai oleh murid. Pendapat ini turut disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa konsep pendaraban adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolakan nombor. Hal ini disebabkan oleh proses mendarab melibatkan proses yang lebih kompleks dan rumit jika dibandingkan dengan penambahan dan penolakan. Kebanyakkan murid tidak tahu cara untuk mendarab dan menyusun hasil darab yang telah diperoleh mengikut nilai tempat yang betul. Pemerhatian ini selaras dengan dapatan Lee Siew Eng dan Jong Chee Fook (2003). Selain itu, antara masalah lain yang dihadapi oleh murid ialah tidak mengingat fakta asas darab dengan baik. Hal ini menyebabkan murid gagal menjawab soalan dengan betul kerana tersilap memilih fakta asas darab yang tepat.

FOKUS KAJIANFokus kajian saya ialah menambahbaik amalan pengajaran matematik dalam operasi darab pengumpulan semula tahun 3 dengan menggunakan petak gabunap. Saya cuba untuk menambah baik pengajaran saya agar murid faham isi pelajaran serta dapat menjawab soalan operasi darab pengumpulan semula bagi tahun 3. Saya telah membuat tinjauan awal mengenai masalah yang timbul ini. Saya telah melaksanakan tinjauan awal ini dengan beberapa kaedah. Antaranya adalah pemerhatian lembaran kerja murid, temubual separa berstruktur bersama murid,dan temubual bersama guru pembimbing.

Rajah 1Rajah 2Rajah 1 dan 2 menunjukkan murid tidak mempunyai masalah dalam sifir kerana murid dapat mendarab pada rumah sa. Akan tetapi, selepas itu, murid ini seperti tidak tahu apa perlu dibuat.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dijalankan adalah untuk menambah baik amalan pengajaran matematik dalam operasi darab pengumpulan semula tahun 3 dengan menggunakan petak gabunap.

SOALAN KAJIANi) Bagaimanakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran matematik saya dalam operasi darab pengumpulan semula tahun 3 dengan menggunakan petak gabunap?ii) Bagaimanakah saya dapat meningkatkan penguasaan keamhiran murid terhadap operasi darab pengumpulan semula tahun 3 melalui kaedah petak gabunap?

KUMPULAN SASARANKumpuan sasaran kajian tindakan ini ialah seorang murid lelaki tahun 3 dan kaum melayu. Tahap pencapaiannya sederhana dalam matematik dan berada di dalam kelas pertama.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Rajah 3 ; Pelaksanaan Tindakan.A. Mengenalpasti Aspek AmalanSaya telah mengenalpasti aspek amalan pengajaran yang perlu ditambahbaik melalui tinjauan awal iaitu pemerhatian lembaran kerja murid, temu bual murid dan temu bual guru pembimbing. Amalan pengajaran dan pembelajaran yang difokuskan dalam kajian tindakan ini adalah murid tidak tahu apa perlu dibuat selepas mendarab rumah sa.B. PerancanganSaya telah merancang 3 sesi untuk memperkenalkan dan membolehkan murid menggunakan kaedah petak gabunap. Pada sesi petama, saya memperkenalkan kaedah petak gabunap berbantukan bbb iaitu papan nilai tempat dan murid cuba menjawab soalan dengan menggunakan kaedah petak gabunap berbantukan bbb.

Rajah 4 : Bbb Papan Nilai TempatPada sesi kedua, memperkenalkan kaedah petak gabunap tanpa menggunakan bbb dan murid akan cuba menjawab soalan dengan bimbingan guru. Pada sesi ketiga, Murid menyelesaikan sendiri soalan pendaraban dua nombor, dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula tanpa bimbingan guru.

Penerangan kaedah petak gabunapMembuat petak nilai tempat bagi bentuk lazim tersebut.

Darabkan rumah sa dan gariskan nombor 2 serta bulatkan nombor 1

Tulis nombor 2 mengikut anak panah yang dilukis dan naikkan nombor 1 yang dibulat ke atas dan letakkan simbol + dihadapannya.

Darabkan rumah puluh, hasil darab tadi(2x4), tambahkan nombor 1 yang dibulatkan.

Tuliskan jawapan hasil darab dan tambah tersebut di kotak jawapan pu

C) Melaksanakan TindakanSaya telah melaksanakan sesi 1 pada hari Isnin iaitu 27 Julai 2015, pukul 8.15 pagi. Papan nilai tempat digunakan pada sesi ini. Saya telah mengajar murid bagaimana menjawab soalan operasi darab pengumpulan semula dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula menggunakan kaedah petak gabunap. Saya telah menjalankan sesi 2 pada hari Isnin 27 Julai 2015, pukul 11.15 pagi. Dalam sesi kedua, saya mengajar murid menjawab soalan operasi darab pengumpulan semula dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula menggunakan kaedah petak gabunap tanpa berbantukan papan nilai tempat iaitu menggunakan kertas A4. Saya telah jalankan sesi 3 pada hari Selasa iaitu 28 Julai 2015, pukul 10.15 pagi. Saya telah memberikan murid lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan berkaitan operasi darab mengumpul semula dua digit dan satu digit. Murid menjawab lembaran kerja tanpa bimbingan guru.

D. Mengumpul DataSaya telah mengumpul data melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.E. RefleksiJadual 1Amalan Pengajaran Sebelum Penambahbaikan dan Amalan Pengajaran Selepas PenambahbaikanSEBELUMPENAMBAHBAIKAN PENGAJARANSELEPASPENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN

TiadabahanbantubelajarmenyebabkanpengajaranmembosankanPenggunaanbahanbantubelajar menambahpemahamanmuriddanmenarik

Penerangankepadamuridadalah agaklaju.Peneranganberstruktur,mudah difahamidanberfokus.

Skormarkahmurid1/10Skormarkahmurid10/10

Jadual 1 menunjukkan amalan pengajaran saya sebelum ditambahbaik dan selepas ditambahbaik. Sebelum penambahbaikan, saya tidak menggunakan bahan bantu belajar, manakala selepas penambabaikan, saya telah menggunakan bahan bantu belajar dalam pengajaran. Selain itu, sebelum penambahbaikan, penerangan yang saya berikan agak laju. Akan tetapi selepas penambahbaikan, penerangan saya adalah berstruktur, mudah difahami dan berfokus. Skor murid juga menunjukkan peningkatan daripada 1/10 kepada 10/10 selepas penambahbaikan. Justeru, amalan pengajaran saya dalam kemahiran operasi darab dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula telah ditambahbaik. CADANGAN KITARAN SETERUSNYA1) Memperluaskan lagi kajian saya bagi mendapatkan l