hbef2303 teknologi maklumat dalam pendidikan

Upload: dsp-jimmy

Post on 06-Jul-2015

798 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HBEF2303 1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

BORANG SOAL SELIDIK PERISIAN KURSUS BAGI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) ______________________________________________________________________________ TAJUK PERISIAN: PENJODOH BILANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN A Arahan: Lengkapkan maklumat murid di ruangan yang disediakan. Tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan sahaja.

Maklumat Murid 1. Kelas 2. Jantina 3. Bangsa : ___________________________________ : : Lelaki / Melayu / Perempuan Cina / India / Lain-lain __________

BAHAGIAN B Anda hanya perlu menandakan ( / ) pada ruangan Ya atau Tidak berdasarkan pengalaman anda setelah menggunakan perisian ini. KRITERIA KETERANGAN Perisian bebas daripada kesilapan Maklumat yang terkini disediakan Ketepatan Isi Kandungan Sesuai dengan kebudayaan dan agama Penggunaan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan dan struktur ayat Kesesuaian Konsep dan bahasa sesuai dengan pelajar YA TIDAK

HBEF2303 2 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

KRITERIA

KETERANGAN Maklumat yang disampaikan sesuai dengan objektif yang hendak

YA

TIDAK

Kesesuaian

disampaikan Interaksi antara komputer-pelajar

sesuai dengan tahap pelajar. Isi Kandungan Kandungan yang disampaikan berada dalam Skop skop topik yang hendak

dipelajari. Kandungan yang disampaikan sesuai mengikut sukatan pelajaran. Ada pelbagai aktiviti dalam perisian Maklumat dapat dicari dengan mudah dan tepat. Navigasi Mudah menggunakan menu, dan

arahan yang diberikan. Ada pilihan untuk mengawal perisian. Bunyi boleh dikawal Maklumat dicari dengan mudah dan tepat.

Aspek Teknikal

Penyimpanan rekod

Mengambil apabila perlu Ada rekod

dan

menyimpan

nota

penggunaan

perisian

pelajar. Isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran Persembahan pelajar Aktiviti yang menggalakkan

penyelesaian masalah secara kreatif.

HBEF2303 3 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

KRITERIA

KETERANGAN Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran.

YA

TIDAK

Aspek Teknikal

Kualiti

Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal Suara dan muzik yang berkaitan

dengan paparan visual Ada penerangan tentang keperluan Teknikal peralatan dan system operasi komputer Ada maklumat bantuan melalui telefon jika terdapat sebarang masalah. Dokumentasi Panduan Pengguna Terdapat panduan ringkasan

kandungan perisian. Panduan untuk mencapai objektif

pembelajaran. Bahan pembelajaran yambahan bagi pelajar-pelajar.

Terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menjawab soal selidik ini. Maklumat anda akan dirahsiakan.

HBEF2303 4 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

BAHAGIAN A Penilaian Sumatif Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Bahan Perisian Mengikut Kriteria Pemilihan Perisian Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bertajuk Penjodoh Bilangan Sekolah Rendah telah diberikan kepada murid-murid Tahun 6 SK. Sawah Bahru. Seramai 18 orang murid Tahun 6 telah diberi peluang untuk mencuba perisian ini. Selepas kesemuannya mencuba dan menjawab soalan dalam perisian ini, satu penilai sumatif telah dijalankan. Antara tujuan penilaian sumatif ini dijalankan untuk mengumpul maklumat daripada murid-murid bagi melihat sejauh mana keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah tinjauan pendapat. Semua murid yang telah menggunakan perisian ini telah diminta untuk mengisi borang soal selidik yang mudah. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam tinjauan ini. Walaupun masih di bangku sekolah rendah, namun murid-murid ini telah memberi kerjasama untuk melengkapkan borang kaji selidik yang diberikan. Mereka diminta mengisi borang kaji selidik ini dengan sejujur-jujurnya. Seperti yang dinyatakan tadi, penilaian sumatif dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar terhadap keberkesanan perisian tersebut. Daripada ujian ini maka dapat dikesan akan kekuatan dan kelemahan perisian tersebut dari aspek isi kandungan, aspek teknikal dan aspek dokumentasi. Berikut merupakan kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan daripada perisian Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

HBEF2303 5 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Kriteria Pemilihan Perisian 1. Isi Kandungan

Kekuatan i) Isi kandungan perisian ini disediakan berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Malayu Sekolah Rendah. Di dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, salah satu aspek tatabahasa yang perlu diterapkan oleh guru ketika mengajar ialah aspek Penjodoh Bilangan. Oleh itu, perisian ini amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. ii) Isi kandungan perisian ini bebas daripada sebarang kesilapan. Maklumat yang disampaikan juga merupakan maklumat yang terkini. Selain itu maklumat yang disampaikan sesuai dengan objektif yang hendak dicapai iaitu Penjodoh Bilangan dan dapat menerapkan kefahaman kepada pelajar bahawa penjodoh bilangan dapat menentukan sesuatu benda, tempat, perkara atau manusia mengikut rupa, saiz dan bentuknya. iii) Perisian berkaitan Penjodoh Bilangan ini menggunakan ayat Bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ejaan dan struktur ayat. Oleh itu, bahan ini tidak mengelirukan pelajar SK. Sawah Bahru ketika menggunakannya. iv) Interaksi antara komputer dan pelajar adalah sesuai dengan tahap pelajar.

Kelemahan i) Walaupun isi kandungannya memang sesuai dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, namun bagi murid-murid tahap 2 iaitu murid Tahun 4 6, perisian ini agak kurang sesuai. Hal ini kerana aras kesukarannya agak rendah dan murid-murid tahun 6 berasa apa yang cuba disampaikan terlalu mudah bagi mereka.

HBEF2303 6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ii)

Latihan yang disediakan tidak mencukupi. Pelajar hanya dapat menjawab beberapa soalan sahaja bagi setiap topik yang dibincangkan.

iii)

Perisian ini hanya menyediakan bahan bagi pelajar yang mempunyai aras sederhana. Bagi pelajar yang pandai mereka berasa bosan kerana tiada soalan yang benar-benar mencabar minda mereka. Bagi murid pemulihan pula, berasakan soalan-soalan dalam perisian ini sangat mencabar dan tidak mampu dijawab.

2. Aspek Teknikal

Kekuatan i) Maklumat yang terdapat dalam perisian ini dapat dicari dengan mudah. Penggunaan butang menu, ikon dan arahannya amat jelas dan memudahkan pelajar. ii) iii) Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian berhenti atau keluar. Dari segi persembahan pula, isi kandungannya dapat disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Ada juga aktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif sehingga menarik minat murid. iv) Susun atur paparannya boleh dikatakan baik dan sesuai dengan murid-murid yang masih di bangku sekolah rendah. v) Perisian ini juga dapat mempersembahkan petikan teks yang mudah dibaca serta mempunyai saiz fon yang sesuai dengan kumpulan sasarannya iaitu murid Tahun 6. vi) vii) Visual yang dipaparkan pula amat sesuai dengan kandungan pelajaran. Audio yang jelas dan mudah difahami.

Kelemahan i) ii) Bunyi yang diperdengarkan tidak boleh dikawal secara manual. Tiada ikon bantuan jika seseorang pelajar itu menhadapi masalah semasa menggunakan perisian ini.

HBEF2303 7 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

iii) iv)

Tiada kemudahan untuk mencetak maklumat. Perisian ini juga tidak menyediakan rekod penggunaan perisian pelajar untuk memantau pelajar.

v)

Walaupun audionya jelas, namun perisian ini tidak menyediakan menu untuk mengawal audio secara manual.

vi)

Muzik latarnya sama sahaja dari mula hingga akhir.

3. Dokumentasi Kekuatan i) Sebagai panduan kepada pengguna, perisian ini ada menerangkan objektif pembelajaran secara jelas. ii) Kaedah pembelajaran tidak bergantung kepada hanya satu teknik pembelajaran sahaja. Teknik yang disediakan merangkumi tutorial, latih tubi, dan ujian. iii) Selain penerangan secara tutorial, perisian ini juga ada menyediakan teks dan ilustrasi agar penerangan melalui tutorial itu menjadi lebih jelas. Kelemahan i) ii) Perisian ini tidak menerangkan penerangan tentang pengoperasian perisian. Jika pengguna atau pelajar yang menggunakan perisian ini menghadapi sebarang masalah, mereka tidak dapat merujuk kepada individu tertentu kerana tidak didokumenkan nombor telefon sebagai rujukan. iii) Tajuk perisian ini bertajuk Penjodoh Bilangan Untuk Sekolah Rendah. Oleh itu, perisian ini tiada sasaran pengguna yang khusus. iv) Perisian ini juga tidak ada cadangan cara penggunaan di dalam kelas, rancangan mengajar dan aktiviti. v) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam perisian ini adalah terhad. vi) Rekod prestasi pelajar tidak dapat didokumentasikan kerana tiada butang menu atau arahan yang membolehkan pelajar untuk berbuat demikian.

HBEF2303 8 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Perisian Kursus Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK )

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajarpelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1993), banyak perisian komputer boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Pada masa ini PPBK adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana jika dilaksanakan secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermutu. Pelajar juga dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan kendiri. PPBK dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang biasanya merangkumi topik-topik tertentu dan disampaikan secara interaktif kepada pelajar. Berbanding kaedah pembelajaran konvensional, penggunaan perisian PPBK ini sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan. Antaranya, PPBK dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan motivasi dalam pembelajaran. Seterusnya, PPBK dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Murid-murid juga berpeluang melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat. Selain itu, dengan menggunakan perisian PPBK ini murid-murid akan mendapat maklum balas serta-merta terutama dalam latih tubi atau ujian. Kebaikan-kebaikan penggunaan PPBK seperti yang diterangkan di atas bertepatan dengan kajian Jensen (1996). Dalam satu kajian beliau, Jensen telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvesional mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik daripada pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian kursus yang digunakan adalah tentang osmosis.

HBEF2303 9 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Jenis Kategori Perisian yang digunakan Pada masa kini kaedah chalk and talk dalam pengajaran dan pembelajaran sudah dianggap ketinggalan zaman. Ini kerana dengan ledakan dan perkembangan teknologi komputer dan komunikasi telah menyebabkan kaedah belajar melalui perisian kursus berbantukan komputer (PPBK) mendapat perhatian dan sering digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer yang berterusan dan diaplikasikan dalam kelas dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pelajar. Penggunaan perisian PPBK bermaksud pembelajaran dilakukan dengan cara menggunakan perisian tersebut dan disampaikan melalui komputer. Oleh itu, untuk mendapatkan penghasilan pembelajaran yang berkesan, pelajar perlu menjalankan pembelajaran yang terdapat dalam perisian PPBK secara aktif. Bagi memudahkan pelajar belajar secara aktif, maka terdapat enam jenis PPBK yang boleh merangsang minat pelajar untuk terus belajar menggunakan perisian ini. Enam jenis kategori PPBK yang sering digunakan termasuklah tutorial, latih-tubi, permainan, simulasi, tunjuk cara dan ujian. Berdasarkan tugasan yang diberikan, maka satu perisian kursus pembelajaran berbantukan komputer telah dimuat turun melalui internet. Perisian ini telah dibangunkan oleh guru-guru di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perisian yang dimuat turun bertajuk Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

HBEF2303 10 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Contoh Perisian PPBK yang dimuat turun. Perisian bertajuk Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini sematamata menerangkan dan membincangkan salah satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu iaitu penjodoh bilangan. Perisian ini sememangnya sesuai dengan murid-murid sekolah rendah. Perisian yang telah digunakan oleh murid-murid tahun 6 SK. Sawah Bahru ini lebih fokus kepada 3 kaedah daripada 6 kaedah yang sering digunakan dalam mana-mana perisian berbantukan komputer yang lain. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah tutorial, latih tubi, dan ujian. Kaedah permainan, tunjuk cara dan simulasi tidak diaplikasikan dalam perisian Penjodoh Bilangan ini.

Tutorial Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas, pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberikan maklum balas. Dalam sesi tutorial, pada asasnya komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru. Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar kendiri pengguna. Setelah konsepkonsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahan-arahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklum balas pengguna. Bagi perisian Penjodoh Bilangan Sekolah Rendah ini, tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada pelajar tentang perisian kursus iaitu berkaitan dengan aspek penjodoh bilangan. Ada juga tutorial yang menerangkan objektif pembelajaran. Sebagai contoh objektif pembelajaran yang diterangkan melalui tutorial dalam perisian ini ialah, Dapat memberikan kefahaman dan kecekapan kepada pelajar menggunakan penjodoh bilangan dengan kata nama yang betul di dalam struktur ayat. Seterusnya dalam perisian Penjodoh Bilangan ini, pelajar akan diuji sama ada mereka telah menguasai pengajaran yang disampaikan. Untuk memastikan pelajar menguasai semua isi kandungan maka perisian ini telah dibahagikan kepada 8 unit agar pelajar dapat belajar berdasarkan kendiri mereka. Di akhir tutorial, pelajar akan diberitahu tentang pencapaian mereka melalui ujian yang mereka jalankan. Melalui kaedah tutorial ini, membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan masingmasing. Pelajar yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala pelajar lemah

HBEF2303 11 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

perlu dibimbing melalui pemulihan (Alessi & Trolip, 1991). Jika perlu, pelajar boleh mengulangi perisian Penjodoh Bilangan ini sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

Latih Tubi Seterusnya adalah perisian ini juga menyediakan kaedah latih tubi. Latih tubi disediakan untuk menilai dan menguji pemahaman pelajar dan dilaksanakan secara aktif dan kendiri. Pelajar perlu menjawab beberapa soalan yang telah disediakan dalam perisian komputer dan kemudian, komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan yang telah diberi oleh pelajar.

Contoh Latih Tubi

Gambar di atas menunjukkan salah satu aktiviti latih tubi yang dapat dijalankan oleh pelajar sewaktu menggunakan perisian Penjodoh Bilangan untuk Sekolah Rendah ini. Melalui aktiviti latih tubi ini, pelajar-pelajar hanya perlu klik perkataan penjodoh bilangan kemudian seretkan penjodoh bilangan tersebut pada gambar yang betul. Jika jawapan pelajar tersebut betul, maka perkatan itu akan kekal pada gambar tersebut dan penerangan sesuatu penjodoh bilangan akan dibuat melalui tutorial. Jika salah, perkataan yang diseret akan balik ke tempat asalnya semula. Oleh itu melalui kaedah latih tubi ini, seseorang pelajar akan melakukan aktiviti ini berulang-ulang kali sehingga mereka faham dan dapat menjawab dengan betul.

HBEF2303 12 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Ujian PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan. Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan dapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta-merta.

Soalan Ujian

Jika kita lihat soalan ujian di atas, kita dapat tahu bahawa pelajar yang menjawab soalan ini telah menjawab soalan dengan betul. Buktinya komputer telah memberi maklum balas dengan frasa Betul, anda memang pintar!. Oleh itu disini jelas bahawa dengan menggunakan perisian PPBK ini semua jawapan yang diberikan oleh pelajar akan diberi maklum balas oleh lomputer dengan serta-merta. Dengan itu pelajar tidak perlu tertunggu-tunggu akan keputusannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika P&P dijalankan secara konvesional kerana guru perlu menyemak jawapan murid secara manual dan sudah tentu maklum balasnya lambat.

HBEF2303 13 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Kebaikan dan Kelemahan Menggunakan Perisian PPBK Penggunaan elemen-elemen yang menarik minat murid seperti penggunaan audio yang jelas dan grafik yang kreatif merupakan salah satu sebab mengapa perisian berbantukan komputer dianggap baik dan menarik kepada pelajar-pelajar. Selain itu, kebanyakan perisian ini menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria mereka. Pelajar juga dapat mengulangi pembelajaran mereka sekerap yang diperlukan melalui perisian tersebut. Apa yang lebih penting berbanding kaedah pembelajaran konvesional, PPBK memberi maklum balas sertamerta terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian dan ujian. Walaupun demikian, secanggih mana sekalipun sesuatu perisian itu, kadang-kala terdapat juga kelemahannya. Ada perisian PPBK yang dibina bukan hasil tangan pakar dalam bidang akademik tertentu. Hal ini akan menyebabkan ada isi kandungan yang hendak disampaikan tidak relevan kepasa kumpulan sasaran yang akan menggunakannya. Selain itu, ada juga kelemahan teknikal yang akan mengganggu kelancaran penggunaan perisian PPBK tersebut. Jika ini berlaku akan mengurangkan minat murid untuk menggunakannya.

Dapatan Penilaian Sumatif Selepas semua murid selesai menggunakan perisian PPBK bertajuk Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, satu penilaian sumatif telah dijalankan. Guru dan pelajarpelajar telah bersama menilai keberkesanannya berpandukan pelbagai kriteris pemilihan dan jenis kategori yang digunakan dalam PPBK ini. Hasil dapatan penilai tersebut maka di sini dapat dibuat kesimpulan tentang perisian PPBK ini. Kesimpulannya di sini kita akan membincangkan secara keseluruhan aspek kekuatan dan kelemahan perisian Penjodoh Bilangan ini. Secara keseluruhannya, perisian ini memang banyak kekuatan yang boleh dibanggakan. Jika dilihat dari segi isi kandungannya, perisian ini semenangnya mempunyai ketepatan terutama ia bebas daripada sebarang kesilapan. Malah maklumat yang disampaikan juga merupakan maklumat yang terkini. Penggunaan bahasanya juga didapati betul dari segi tatabahasa, ejaan, dan struktur ayat. Oleh itu dengan ketetapatn isi kandungan terutama ketepatan dari segi

HBEF2303 14 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

tatabahasa ejaan dan struktur ayat, maka perisian ini amat sesuai digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. Walaubagaimanapun, sedikit kelemahan dapat dikesan dalam perisian. Walaupun isi kandungannya sesuai dengan murid sekolah rendah, namun perisian ini tidak membezakan aras kebolehan murid. Semua murid tanpa mengira aras kebolehan mereka akan menjawab soalan atau melakukan latih tubi dengan bahan yang sama. Keadaan ini tidak menggalakkan minat murid / pelajar yang memnpunyai aras kebolehan yang tinggi. Ini kerana mereka menganggap perisian ini amat mudah bagi mereka dan kurang mencabar minda. Bagi murid yang lemah pula mereka berasa terbeban kerana mereka menganggap bahan yang terkandung agak sukar untuk dijawab. Oleh itu sepatutnya bahan ini perlu disusun mengikut aras kebolehan murid di sekolah iaitu aras tinggi sederhana dan lemah.

Dari aspek teknikal pula, banyak kekuatan perisian ini yang dapat disaksikan. Contohnya dari aspek navigasinya, segala maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. Ini disebabkan terdapat menu, ikon dan arahan yang intuitif. Kekuatan perisian ini juga dapat dilihat apabila ada pilihan untuk mengawal perisian sama ada untuk berhenti atau keluar. Selain itu, isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Aktivitinya juga menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif oleh pelajar-pelajar. Satu aspek penting di sini yang menjadi kelebihan perisian ini ialah audio dan visualnya mudah difahami dan sesuai dengan tahap murid sekolah rendah. Oleh itu secara tidak langsung perisian ini dapat memantapkan kemahiran murid dari aspek penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu. Dalam perisian Penjodoh Bilangan ini, terdapat beberapa kelemahan daripada aspek teknikal. Salah satunya perisian ini tidak mempunyai kemudahan untuk mencetak. Oleh itu murid tidak dapat mencetak maklumat yang dikehendaki. Selain itu, pelajar-pelajar yang menggunakan perisian ini tidak dapat mengambil dan menyimpan nota secara automatik. Mereka terpaksa menyalin dengan menulis semula segala maklumat yang diperoleh jika memerlukan maklumat tersebut. Hal ini akan menyebabkan minat murid terhadap perisian ini semakin luntur setelah menggunakannya pada kali kedua.

HBEF2303 15 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penilaian sumatif yang dijalankan terhadap pelajar juga memperlihatkan kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam perisian Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Berdasarkan penilaian ini, dari segi kriteria dokumentasi, kekuatan dalam perisian ini merangkumi aktiviti tutorial yang disediakan adalah mudah dan dapat diikuti oleh pelajar. Perisian dapat digunakan secara bebas dan pelajar mudah untuk mengawal perisian ini. Kaedah pembelajaran tidak bergantung kepada satu teknik pembelajaran sahaja dan merangkumi aktiviti pembelajaran seperti tutorial, latih tubi dan ujian. Antara lain kekuatan perisian ini ialah ada menyediakan diterangkan objektif pembelajaran secara jelas dan ini amat berguna kepada pengguna sebagai panduan. Kelemahan yang dapat dikenalpasti pula berdasarkan kriteria dokumentasi, pelajar yang menggunakan perisian ini tidak dapat menghubungi individu yang boleh dijadikan rujukan kerana tidak didokumentasikan nombor telefon atau emel sebagai rujukan. Satu lagi kelemahan yang berkaitan dengan dokumentasi pula perisian ini tiada sasaran pengguna yang khusus. Oleh itu semua murid sekolah rendah boleh menggunakan perisian ini. Apa yang menjadi masalah ialah tahap murid di sekolah rendah adalah berbeza-beza. Oleh itu tanpa sasaran pengguna yang khusus mungkin pelajar-pelajar tidak berminat untuk menggunakan perisian ini kerana mereka menganggap perisian ini tidak sesuai kepada mereka. Akhir sekali bahan pembelajaran di dalam perisian ini tidak banyak. Aktiviti latih tubinya tidak cukup banyak dan soalan ujiannya hanya 30 soalan sahaja.

Penutup Kesimpulannya sebelum seseorang guru memilih sesuatu perisian PPBK, mereka perlu menilai terlebih dahulu perisian tersebut. Tanpa pemilihan yang teliti, guru tersebut mungkin akan memilih perisian yang tidak sesuai. Contohnya perisian yang dipilih tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dan tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Jika tersilap pilih juga perisian tersebut mungkin tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar serta tidak sesuai dengan tahap umur pelajar. Namun tidak dapat dinafikan setiap pembangunan perisian PPBK mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Cuma apa yang penting guru-guru dan pengurusan sekolah perlu berhati-hati dalam memilih perisian yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar-pelajar.

HBEF2303 16 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN