hbef2303 kak sha1

23
1 HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN PR OGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN PELAJAR : NAMA : SHAKIZAH BT SAID NO.K/P : 670101-02-6430 NO MATRIKULASI : 670101-02-6430001 NO. TEL : 013-4010060 E-MAIL ADDRESS : [email protected] TUTOR : Name :MOHAMAD FAUZI B. HAMID Email : [email protected] OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KEDAH LEARNING CENTRE

Upload: timothy-bates

Post on 16-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PELAJAR :

NAMA : SHAKIZAH BT SAIDNO.K/P : 670101-02-6430NO MATRIKULASI : 670101-02-6430001NO. TEL : 013-4010060E-MAIL ADDRESS : [email protected]

TUTOR :Name :MOHAMAD FAUZI B. HAMIDEmail : [email protected] UNIVERSITY MALAYSIAKEDAH LEARNING CENTRE HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1

1.0 PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan ini . Tugasan kerja kursus ini telah banyak membantu saya menjadi lebih berilmu pengetahuan dan berfikiran matang. Hal ini kerana sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya dan semestinya sangat saya syukuri dan hargai kerana diberikan peluang untuk melalui pengalaman berharga ini. Pengalaman dan pengetahuan yang mendewasakan ini sepatutnya dilalui oleh semua individu.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Mohamad Fauzi b. Hamid kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan moral dan sumbangan idea serta tenaga bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Akhir sekali ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sekian, terima kasih.

2.0 PENGENALANPembangunan dan pembudayaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi satu aspirasi kerajaan yang perlu didokong dengan perancangan dan pelaksanaan yang telus dan sistematik agar kesannya dapat dirasai oleh segenap pelusuk masyarakat dan memberikan kesan kepada kehidupan mereka kelak.Penubuhan Koridor Raya Multimedia yang mempunyai tujuh aplikasi perdana yang mempunyai kaitan aktiviti berkaitan ICT dalam pelbagai sector sedikit sebanyak membantu dalam usaha membangunkan dan membudayakan ICT dalam sistem kehidupan masyarakat serta pengajaran dan pendidikan khususnya. Salah satu aplikasi tersebut adalah Sekolah Bestari yang pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah (PIPP, EPRD 2006). Dalam tugasan ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut tentang pembudayaan Teknologi Maklumat iaitu dalam bidang pendidikan yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK).Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu. Perkara ini selaras dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar. Tugasan ini juga akan membincangkan satu aplikasi Android yang dipilih untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dijalankan dalam kelas. Aplikasi Android yang dipilih ini akan dikaji dan dianalisis dari aspek kandungan dan aspek teknikal untuk melihat sejauh mana aplikasi ini sesuai untuk digunakan dalam kelas. Pandangan dan pendapat guru yang berkaitan dengan subjek yang diajar menggunakan aplikasi ini akan diselidiki melalui boring penilaian sumatif yang menggunakan boring soal selidik. Seterusnya laporan dan analisis dapatan kajian soal selidik ini akan dipersembahkan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft excel.Semoga dapatan kajian dalam tugasan ini membantu para guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan tepat dan berkesan.3.0 PENGENALAN KEPADA ANDROID3.1 Apa itu AndroidAndroid adalah sistem operasi open-source yang direka untuk digunakan pada telefon bimbit, e-readers, komputer tablet, dan peranti mudah alih yang lain. Android tersedia dalam hampir semua telefon pintar pada hari ini. Android menyediakan akses mudah kepada laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, dan YouTube dan diintegrasi dengan produk-produk Google seperti Gmail, Google Maps, dan Google Calendar. Android telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar telefon mudah alih yang lain seperti, Motorola, Samsung, HTC, dan Sony Ericsson. 3.2 Pembangunan AndroidSebagai platform mudah alih, Android telah berkembang popular di kalangan pengeluar perkakasan pengguna telefon pintar. Model pasaran terbukanya membolehkan perisian berdaftar membangunkan aplikasi untuk peranti mudah alih Android di Java dan menyenaraikannya dalam pasaran Android tanpa melalui kajian dan menunggu kelulusan. Pengguna boleh memuat turun banyak aplikasi android dari telefon pintar dalam perkhidmatan Google yang sedia ada. Fleksibel dan sesuai dengan pelbagai kegunaan, kemudahan Android dalam menyokong antara muka berasaskan skrin juga telah menjadikan ia OS (operating system) pilihan ramai.3.3 Kebaikan AndroidSebagai OS mudah alih percuma, Android telah dipilih oleh banyak pengeluar perkakasan elektronik untuk beroperasi di pelbagai peranti, telefon bimbit termasuklah, tablet, e-readers, netbook, dan lain-lain lagi. Telefon berasaskan Android boleh didapati dari semua pembekal selular utama di pasaran AS, bermakna bahawa kebanyakan pelajar boleh memilih telefon yang menggunakan Android dari penjual, rakan-rakan atau keluarga mereka. Oleh yang demikian, Android menjadikan telefon pintar dan tablet pilihan utama oleh pelajar dan fakulti untuk menjadi bahan bantu dalam pengajaran terutamanya pada mata pelajaran kritikal seperti kimia, biologi dan fizik. Selain itu aplikasi android juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang membantu penggunanya menumpukan perhatian kepada perkara yang dilakukannya. Sebagai contoh iaitu iPhone, peranti Android boleh menarik lebih ramai pengguna berdasarkan kepada faedah dan fungsi yang dibawakan oleh peranti Android. Telefon Android boleh ditetapkan untuk mengenalpasti keadaan persekitaran dan mengubahsuai fungsinya secara automatik. Contohnya apabila pengendali telefon dalam kereta, peranti yang menggunakan android ini bertindak balas dengan membaca mesej teks diterima dengan kuat dan menerima input suara sahaja. 4.0 PENGENALAN APLIKASI MYSCRIPT CALCULATORMyScript calculator adalah salah satu aplikasi yang beroperasi dengan peranti yang mempunyai Android. Aplikasi android ini hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik yang menjadikannya salah satu pilihan yang bijak untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang berkesan.MyScript calculator ialah kalkulator yang mempunyai pelbagai fungsi, mempunyai ciri-ciri menarik dan seronok untuk digunakan. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk menggunakan jari bagi menulis nombor dan pembolehubah pada skrin sesentuh dan memberikan jawapan serta merta selepas menuliskan soalan. Pengiraan yang dilakukan adalah dari operasi asas sehinggalah ke operasi yang lebih rumit dan ketepatan jawapan yang diberikan bergantung kepada ketepatan tulisan tangan yang dilakukan pada skrin.Aplikasi kalkulator ini membenarkan pelajar untuk terus mendapatkan jawapan bagi soalan yang dituliskan. Jika dilihat dari satu sudut, ia tidak melatih murid untuk berfikir. Namun apabila dilihat pada sudut yang berbeza, ia melatih murid untuk mengingat dan menguasai penggunaan operasi atau simbol-simbol operasi yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Selain itu, MyScript boleh digunakan pada mana-mana peranti android. Oleh itu capaian terhadap aplikasi ini mudah dan senang digunakan. MyScript Calculator juga membenarkan kita untuk melakukan pengiraan matematik menggunakan jari jemari kita seperti menggunakan kertas untuk pengiraan. Perisisan ini dibina khas untuk beroperasi pada peranti dengan Android.Aplikasi ini ringkas, mudah digunakan dan fleksibel. Kita cuma perlu menulis soalan matematik pada skrin dan aplikasi MyScript Calculator ini akan menukarkan simbol serta nombor yang dituliskan kepada jawapan serta merta. Aplikasi ini memberikan pengalaman dan suasana yang sama seperti menggunakan kertas bagi membuat pengiraan.4.1 Ciri-Ciri Dan Kekuatana. Boleh didapati pada semua telefon pintar. Mudah digunakan iaitu dengan menggunakan jari untuk menggunakan kalkulator ini pada telefon android anda. Telefon pintar yang menggunakan aplikasi android ini ialah, Samsung Galaxy phones, HTC, Motorola, Sony Xperia, LG Optimus dan banyak lagi.b. Boleh juga didapati pada tablet yang menggunakan system operasi Android seperti Lenovo Thinkpad dan Asus Transformer.c. Gunakan tulisan tangan anda untuk menulis formula matematikTulis dan lakukan pengiraan pada masalah matematik menggunakan sebarang cara dan cara yang anda sukai tanpa menggunakan keyboard.d. Simbol dan nombor yang ditulis boleh dipadam menggunakan jari dengan mudah.e. Boleh melakukan pengiraan pada tablet atau telefon pintar secara menegak ( portrait ) ataupun melintang ( landskap).f. Mempunyai butang navigasi redo dan undo untuk tulisan yang dilakukan pada skrin.

4.2 Operasi Yang Disokong Operasi asas : +, -, x, , +/, 1/xMisc. Operations : %, , x!, |x|Kuasa : x, xy , x2Kurungan : ( )

Trigonometri : cos, sin, tanInverse trigonometry : acos, asin, atanLogarithma : ln , logPembolehubah tetap : , , Phi.

4.3 Contoh Antara muka dan Fungsi MyScript Calculator

4.3.1 MyScript Calculator.

4.3.2 Tulisan tangan bertukar menjadi tulisan yang lebih standard dan jawapan diberikan secara automatik. 4.3.3 Input untuk jenis dan bentuk soalan boleh dilakukan mengikut kehendak kita. Semua jenis dan bentuk soalan matematik akan diberikan jawapan.

4.3.4 Menerima dan memberikan jawapan kepada soalan yang paling ringkas kepada yang paling rumit.

4.3.5 Mudah dioperasikan dan mempunyai unsur teknikal yang menarik dan membantu seperti butang redo dan undo

5.0 BUTIRAN KAJIAN5.1 Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian mengenai aplikasi Android yang dipilih untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK).Berikut adalah persoalannya ;i. Mengenalpasti dan memilih satu aplikasi android yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).ii. Mendapatkan maklumbalas daripada guru terhadap kesesuaian aplikasi yang dicadangkan untuk digunakan dalam PPBK dari aspek isi kandungan dan teknikal.iii. Menentukan kesesuaian aplikasi Android yang dipilih untuk diaplikasikan dalam PPBK yang dijalankan oleh guru.5.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ingin dijawab ialah kaedah soal selidik kepada responden terpilih iaitu golongan guru subjek berkaitan iaitu yang mengajar subjek matematik. Instrumen yang digunakan dalam kaedah ini ialah borang soal selidik . Borang soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A untuk penilaian dari aspek isi kandungan dan bahagian B untuk aspek teknikal yang masing-masing membawa 7 dan 10 soalan setiap bahagian. Responden perlu menjawab borang soal selidik yang diberikan dengan membulatkan nombor 1 hingga 4 mengikut tahap setuju berdasarkan item atau penyataan yang diberikan ; 1 Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3 Setuju dan 4 Sangat Setuju .

6.0 BORANG PENILAIAAN SUMATIFSaudara dan saudari yang dihormati, Saya ingin memohon jasa baik dan kerja sama daripada pihak tuan/puan/cik supaya melengkapkan borang soal selidik ini berdasarkan pengetahuan, pandangan dan pengalaman semasa mengendalikan aplikasi MyScript Calculator. Masa yang diperlukan bagi melengkapkan soal selidik ini adalah lebih kurang 20 minit1. Borang ini mengandungi bahagian (A) (B), mengandungi sejumlah tujuh belas (17) item atau pernyataan. Tuan/puan/cik diminta menjawab kesemua item atau pernyataan tersebut. 2. Sila bulatkan nombor-nombor yang diberikan di hujung setiap item soalan. Nombor-nombor ini membawa maksud yang berikut: 1 Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3 Setuju dan 4 Sangat Setuju .3. Jawapan-jawapan yang diberikan tiada yang dianggap betul atau salah. Oleh yang demikian, jawablah dengan jujur dan iklas. Jawapan tuan/puan/cik adalah RAHSIA.

A. Kesesuaian penggunaan Aplikasi MyScript Calculator Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Untuk Subjek Matematik Berdasarkan Aspek Isi Kandungan.

BilPenyataanSkor

1Isi kandungan dalam aplikasi ini adalah lengkap dan jelas. 1 2 3 4

2Isi kandungan dalam aplikasi adalah mengikut sukatan pelajaran. 1 2 3 4

3Aplikasi yang digunakan memberikan maklumat yang tepat . 1 2 3 4

4Isi kandungan disusun dengan teratur. 1 2 3 4

5Bahasa penyampaian adalah mudah 1 2 3 4

6Terjemahan istilah adalah tepat. 1 2 3 4

7Isi kandungan jawapan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami.1 2 3 4

JUMLAH SKOR_________/ 28

B. Kesesuaian penggunaan Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Untuk Subjek Matematik Berdasarkan Aspek Teknikal.

BilPenyataanSkor

1Arahan skrin mudah difahami. 1 2 3 4

2Aplikasi yang digunakan mempunyai elemen multimedia yang menarik. 1 2 3 4

3Aplikasi ini menggunakan elemen hiasan yang mampu menarik minat murid. 1 2 3 4

4Penggunaan latar bunyi dapat menarik minat murid untuk beralih ke pelajaran yang seterusnya. 1 2 3 4

5Animasi/simulasi yang membantu proses P&P berjalan dengan lancar 1 2 3 4

6Objek yang digunakan adalah menarik 1 2 3 4

7Saiz huruf dan nombor mudah dibaca 1 2 3 4

9Lokasi ikon/butang interaktif dalam aplikasi ini senang/sesuai dicapai. 1 2 3 4

10Pengguna dapat mengawal masa pergerakan paparan skrin. 1 2 3 4

JUMLAH SKOR____________/40

7.0 LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK .Laporan ini dihasilkan berdasarkan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik yang terdiri daripada 10 orang responden. Responden ini terdiri daripada guru matematik dan mereka yang pernah mengajar kelas matematik.Analisis ini dilakukan berdasarkan ketetapan yang berikut; Aspek PenilaianSkor TIDAK mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBKSkor mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK

Isi Kandungan 1 1415 - 28

Teknikal1 20 21 40

Keputusan Soal Selidik yang dicatatkan 10 orang responden.Aspek PenilaianMencadangkan/tidak mencadangkanJumlah Responden Memilih

Isi Kandungan TIDAK mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK4 orang responden.

Mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK6 orang responden.

TeknikalTIDAK mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK3 orang responden.

Mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK7 orang responden.

Berdasarkan keputusan soal selidik seperti dalam jadual diatas yang dilakukan untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru terhadap kesesuaian aplikasi yang dicadangkan untuk digunakan dalam PPBK dari aspek isi kandungan dan teknikal dalam subjek matematik, 6 orang responden mencadangkan aplikasi Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PPBK untuk mengajar subjek matematik dari aspek isi kandungan iaitu dengan skor 15 hingga 28. Manakala bagi baki 4 orang responden pula, tidak mencadangkan aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK untuk mengajar subjek matematik untuk aspek isi kandungan iaitu dengan skor 1 hingga 14. Untuk keputusan soal selidik dari aspek teknikal pula, 7 orang responden mencadangkan Aplikasi Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PPBK dalam subjek matematik iaitu dengan skor 21- 40. Selebihnya iaitu, 3 orang responden pula tidak mencadangkan Aplikasi Myscript Calculator digunakan sebagai bahan PBPK dalam subjek matematik iaitu dengan skor 1 20.

8.0 ANALISIS HASIL DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIKAspek PenilaianJumlah responden tidak mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBKJumlah responden mencadangkan Aplikasi digunakan sebagai bahan PPBK

Isi Kandungan 4 orang6 orang

Teknikal3 orang7 orang

8.1 Analisis berdasarkan aspek isi kandungan dan teknikal menggunakan graf bar mudah

8.2 Analisis berdasarkan aspek isi kandungan menggunakan carta pai.

8.3Analisis berdasarkan aspek isi kandungan menggunakan carta pai.

9.0 KESIMPULANPembangunan dan kemajuan teknologi dewasa ini berlaku dengan sangat pantas tanpa kita sedari. Guru-guru haruslah sentiasa menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran baru agar tidak ketinggalan sentiasa kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Fenomena di mana guru ketinggalan daripada arus pemodenan tidak seharusnya berlaku kerana guru adalah elemen pertama atau tempat bergantung kepada murid untuk menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklumat menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah. Oleh itu, para guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi ini. Sikap guru juga mestilah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar (Galigan, 1997).Menurut Kulik dan Kulik (1991), kebanyakan pelajar mendapati berlakunya peningkatan dari segi pencapaian dalam markah-markah peperiksaan dengan menggunakan pakej bantuan komputer. Dalam ertikata lain ,pengintergrasian teknologi maklumat ini tidak boleh dipisahkan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan penyataan diatas guru-guru terutamanya yang mengajar di sekolah rendah harus mengambil inisiatif untuk membuat kajian terhadap perisian masa kini yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Komputer.Salah satu bahan bantu mengajar yang dicadangkan dalam tugasan ini adalah aplikasi android iaitu MyScript Calculator yang boleh membantu di dalam mewujudkan suasana pembelajaran kondusif dan memudahkan pemahaman murid terhadap subjek matematik khususnya. Berdasarkan kajian menggunakan kaedah soal selidik dengan instrumen borang soal selidik, responden yang mengambil bahagian dalam soal selidik ini mencadangkan agar aplikasi ini digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dijalankan dalam kelas berdasarkan kepada ciri dan kekuatan yang terdapat pada isi kandungan dan teknikal aplikasi ini.Menyedari akan kewujudan pelbagai aplikasi yang dibangunkan pada masa kini, guru-guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi yang disediakan oleh pihak sekolah sebaliknya melakukan kajian untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka.(2563 patah perkataan)2