laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

241
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI Laporan Kajian Sosioekonomi 2015 Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Penerbit MARDI Laporan Kajian Sosioekonomi 2015

Upload: hoangcong

Post on 31-Dec-2016

417 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

Pusat Penyelidikan Ekonomidan Sains Sosial, MARDI

Laporan KajianSosioekonomi2015

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian MalaysiaPenerbit MARDI

Lapo

ran Kajian S

osio

ekono

mi 2015

Page 2: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

Laporan KajianSosioekonomi 2015Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI

Page 3: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 4: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Sidang Penyunting

Ketua Penyunting

Dr. Rozhan Abu Dardak

Ahli-ahli

Dr. Chubashini a/p Suntharalingam

Syahrin Suhaimee

Nik Rozana Nik Mohd. Masdek

Fadhilah Annaim Huda Hashim

Laporan KajianSosioekonomi 2015Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, MARDI

Page 5: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

Cetakan pertama 2016

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2016

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Diterbitkan oleh:

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Peti Surat 12301

50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Dicetak oleh:Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Page 6: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

v

KANDUNGAN

Prakata viiiSenarai penyumbang ixSenarai rajah xSenarai jadual xiiiRingkasan eksekutif xviiKAjIAN IMPAK, TeKNoLogI, PASARAN DAN DAyA SAINg INDuSTRI PeRTANIAN 11.0 Kajian impak teknologi yang dibangunkan oleh MARDI dalam RMKe-10 3 1.1 Pendahuluan 3 1.2 Latar belakang 3 1.3 Metodologi kajian 4 1.4 Dapatan kajian dan perbincangan 5 1.5 Saranan 10 1.6 Rumusan 11 1.7 Rujukan 11 1.8 Lampiran 112.0 Kajian impak pelaksanaan gST kepada agromakanan segar 13 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Latar belakang 15 2.3 Metodologi kajian 16 2.4 Dapatan kajian dan perbincangan 17 2.5 Saranan 23 2.6 Rumusan 24 2.7 Rujukan 243.0 Kajian perjanjian kawasan perdagangan bebas ASeAN (AFTA) dan kesannya 25 kepada pengeluaran, perdagangan dan pelaburan sektor pertanian di Malaysia 3.1 Pendahuluan 25 3.2 Latar belakang 26 3.3 Metodologi kajian 31 3.4 Dapatan kajian dan perbincangan 31 3.5 Saranan 43 3.6 Rumusan 44 3.7 Rujukan 454.0 Kajian impak pelaksanaan MS ISo 9001 kepada prestasi penyelidikan dan 47 pembangunan teknologi MARDI 4.1 Pendahuluan 47 4.2 Latar belakang 47 4.3 Metodologi kajian 47 4.4 Dapatan kajian dan perbincangan 50 4.5 Saranan 63

Page 7: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

vi

4.6 Rumusan 63 4.7 Rujukan 645.0 Kajian potensi penggunaan e-dagang (e-commerce) di kalangan usahawan 65 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agromakanan di Malaysia 5.1 Pendahuluan 65 5.2 Latar belakang 66 5.3 Metodologi kajian 70 5.4 Dapatan kajian dan perbincangan 71 5.5 Saranan 76 5.6 Rumusan 77 5.7 Rujukan 786.0 Kajian tinjauan pasaran industri tenusu Malaysia 79 6.1 Pendahuluan 79 6.2 Latar belakang 82 6.3 Metodologi kajian 82 6.4 Dapatan kajian dan perbincangan 82 6.5 Saranan 90 6.6 Rumusan 91 6.7 Rujukan 927.0 Kajian gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap produk 93 berasaskan cendawan di Malaysia 7.1 Pendahuluan 93 7.2 Latar belakang 94 7.3 Metodologi kajian 95 7.4 Dapatan kajian dan perbincangan 96 7.5 Saranan 103 7.6 Rumusan 104 7.7 Rujukan 1048.0 Kajian gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap kopi di Malaysia 107 8.1 Pendahuluan 107 8.2 Latar belakang 107 8.3 Metodologi kajian 109 8.4 Dapatan kajian dan perbincangan 110 8.5 Saranan 118 8.6 Rumusan 119 8.7 Rujukan 120KAjIAN PeNANDAARASAN DAN MeMPRoSPeK TeKNoLogI PeRTANIAN DAN 121INDuSTRI ASAS TANI NegARA9.0 Kajian penandaarasan teknologi pertanian terpilih: industri pemprosesan sarang burung walit 123 9.1 Pendahuluan 123 9.2 Latar belakang 124 9.3 Metodologi kajian 125 9.4 Dapatan kajian dan perbincangan 125 9.5 Saranan 128 9.6 Rumusan 129 9.7 Rujukan 12910.0 Kajian strategi penyelidikan dan pembangunan dalam industri makanan dan pertanian: 131 prospek kopi 10.1 Pendahuluan 131

Page 8: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

vii

10.2 Latar belakang 131 10.3 Metodologi kajian 132 10.4 Dapatan kajian dan perbincangan 132 10.5 Saranan 137 10.6 Rumusan 138 10.7 Rujukan 13911.0 Kajian strategi penyelidikan dan pembangunan dalam industri makanan dan 141 pertanian: prospek makanan fungsian 11.1 Pendahuluan 141 11.2 Latar belakang 141 11.3 Metodologi kajian 144 11.4 Dapatan kajian dan perbincangan 146 11.5 Saranan 152 11.6 Rumusan 153 11.7 Rujukan 153 11.8 Lampiran 15412.0 Kajian penandaarasan teknologi pengeluaran tembikai 157 12.1 Pendahuluan 157 12.2 Latar belakang 157 12.3 Metodologi kajian 158 12.4 Dapatan kajian dan perbincangan 159 12.5 Saranan 168 12.6 Rumusan 168 12.7 Rujukan 16813.0 Kajian penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran padi 171 13.1 Pendahuluan 171 13.2 Latar belakang 171 13.3 Metodologi kajian 173 13.4 Dapatan kajian dan perbincangan 173 13.5 Saranan 187 13.6 Rumusan 188 13.7 Rujukan 18914.0 Kajian penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran ayam pedaging 191 14.1 Pendahuluan 191 14.2 Latar belakang 192 14.3 Metodologi kajian 193 14.4 Dapatan kajian dan perbincangan 194 14.5 Saranan 204 14.6 Rumusan 204 14.7 Rujukan 20515.0 Kajian kesan aktiviti pertanian kepada banjir di Cameron Highlands 207 15.1 Pendahuluan 207 15.2 Latar belakang 209 15.3 Metodologi kajian 210 15.4 Dapatan kajian dan perbincangan 210 15.5 Saranan 214 15.6 Rumusan 215

15.7 Rujukan 215

Page 9: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

viii

PRAKATA

Tahun 2015 adalah tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-10, di mana Pusat Penyelidikan ekonomi dan Sains

Sosial (Pusat eS) diberi mandat melaksanakan dua projek mega bertajuk i) Kajian impak, teknologi, pasaran daya

saing sektor pertanian negara, dan ii) Kajian penandaarasan dan memprospek teknologi pertanian dan industri

asas tani. Dalam tahun 2015, Pusat eS melaksanakan 15 subprojek bagi mencapai objektif-objektif yang telah

ditetapkan. Kesemua projek telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan menghasilkan pengetahuan

baru berkaitan dengan tanda aras teknologi pengeluaran padi, teknologi pengeluaran ayam pedaging, teknologi

pengeluaran buah-buahan dan teknologi pemprosesan sarang burung walit. Hasil kajian juga telah berjaya

menghasilkan maklumat berkaitan dengan gelagat pasaran industri tenusu, industri kopi dan makanan fungsian,

maklumat potensi e-dagang dalam pemasaran produk pertanian dan maklumat kesan aktiviti pertanian kepada

bencana banjir di Cameron Highlands, Pahang. Selain itu, maklumat impak pelaksanaan program agensi

antarabangsa/kerajaan kepada sosioekonomi dan sektor pertanian turut diperoleh. Antaranya adalah impak

sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (gST) kepada pengeluaran dan pemasaran produk pertanian;

impak Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASeAN (AFTA) kepada perdagangan dan pelaburan dalam sektor

pertanian dan industri asas tani (IAT); impak teknologi janaan MARDI dalam RMKe-10 kepada pembangunan

sektor pertanian negara.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf Pusat eS yang telah

memberikan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan projek-projek kajian sosioekonomi ini. Kerja

keras mereka telah menghasilkan banyak maklumat penting yang boleh membantu MARDI merancang

pembangunan teknologi, dan membantu kerajaan, khasnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam

membuat keputusan berkaitan dengan dasar-dasar sektor pertanian. Penghargaan juga saya tujukan kepada

Ketua Pengarah, yBhg. Dato’ Dr. Sharif Haron dan Timbalan Ketua Pengarah II, yBrs. Dr. umi Kalsom Abu Bakar

yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada Pusat eS untuk melaksanakan mandat yang diberikan.

Mudah-mudahan Laporan Kajian Sosioekonomi 2015 ini memberi manfaat kepada pembacanya.

Dr. Rozhan Abu Dardak

Pengarah

Pusat Penyelidikan ekonomi dan Sains Sosial

MARDI

Page 10: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

ix

1.0 Mohd Khairul Hafifi Maidin, Dr. Rozhan Abu Dardak dan Noorhayati Suratmam

2.0 Hairazi Rahim @ Abdul Rahim

3.0 Nik Rozana Nik Mohd Masdek, Dr. Chubashini Suntharalingam, Mohd Khairul Hafifi Maidin,

Nor Amna A’liah Mohd Nor dan Mohd Fairuz othman

4.0 Fadhilah Annaim Huda Hashim, Maria Ibrahim, Mohd Rashid Rabu dan Khairudin Mat yusof

5.0 Suhana Safari dan Maisharah Ngusman

6.0 Dr. Chubashini Suntharalingam dan Muhamad Faireal Ahmad

7.0 Mohd Zaffrie Mat Amin dan Rawaida Rusli

8.0 Mohd Zaffrie Mat Amin, Hairazi Rahim @ Abdul Rahim, Nor Amna A’liah Mohammad Nor

dan Azahar Harun

9.0 Mohd Rashid Rabu

10.0 Nor Amna A’liah Mohammad Nor, Dr. Rozhan Abu Dardak, Syahrin Suhaimee,

Mohd Zaffrie Mat Amin, Mohd Rani Awang dan Azahar Harun

11.0 Nor Amna A’liah Mohammad Nor, Syahrin Suhaimee, Mohd Khairul Hafifi Maidin, Rawaida Rusli,

Mohammad Fauzy Tambi, Siti Zahrah Ponari dan Mohd eizat Mohd Norowi

12.0 Rasmuna Mazwan Muhammad, Mohd Syauqi Nazmi, Mohd Zaffrie Mat Amin dan Siti Zahrah Ponari

13.0 Rosnani Harun

14.0 Mohd Syauqi Nazmi

15.0 Hairazi Rahim @ Abdul Rahim

SENARAI PENYUMBANG

Page 11: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

x

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Rajah 1.1 Teknologi dan pengetahuan yang disasarkan dalam RMKe-10 4

Rajah 1.2 Sumber idea penjana teknologi MARDI 5

Rajah 1.3 Kategori teknologi yang dihasilkan oleh MARDI 5

Rajah 1.4 golongan sasar pengguna teknologi MARDI 6

Rajah 1.5 Status teknologi 6

Rajah 1.6 Penglibatan Pusat Penyelidikan ekonomi dan Sains Sosial 7

Rajah 1.7 Penglibatan pusat penyelidikan sokongan 7

Rajah 1.8 Penambahbaikan teknologi RMK sebelumnya 8

Rajah 1.9 Potensi teknologi untuk kajian lanjut 8

Rajah 1.10 Penerbitan berkaitan teknologi yang dijana 8

Rajah 1.11 Penambahbaikan pengurusan teknologi 8

Rajah 1.12 Cadangan penambahbaikan 8

Rajah 2

Rajah 2.1 Persepsi rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan gST 18

Rajah 2.2 Komponen faktor yang membina persepsi terhadap pelaksanaan gST 19

Rajah 2.3 jaringan industri agromakanan dengan industri-industri lain di Malaysia 21

Rajah 3

Rajah 3.1 Negara-negara anggota ASeAN dan AFTA 26

Rajah 3.2 garis masa perjanjian dan protokol berkaitan AFTA 27

Rajah 3.3 Komitmen pengurangan tarif Malaysia, 1993 – 2014 30

Rajah 3.4 Pengeluaran sayur-sayuran terpilih, 2000 – 2014 (‘000 tan metrik) 32

Rajah 3.5 Pengeluaran buah-buahan terpilih, 2000 – 2014 (tan metrik) 32

Rajah 3.6 Pengeluaran komoditi ternakan, 2004 – 2014 (‘000 tan metrik) 33

Rajah 3.7 Pengeluaran telur dan susu, 2004 – 2014 33

Rajah 3.8 Pengeluaran teh dan kopi Malaysia, 1965 – 2013 35

Rajah 3.9 Pengeluaran getah asli Malaysia, 2000 – 2014 35

Rajah 3.10 Pengeluaran minyak kelapa sawit Malaysia, 1965 – 2013 36

Rajah 3.11 Aliran masuk pelaburan langsung asing, 1992 – 2013 (uSD) 39

Rajah 3.12 Aliran pelaburan langsung asing sektor pertanian, 2003 – 2013 40

Rajah 3.13 Import pertanian Malaysia daripada negara-negara ASeAN, 1993 – 2014 41

Rajah 3.14 eksport pertanian Malaysia kepada negara-negara ASeAN, 1993 – 2014 42

Rajah 4

Rajah 4.1 Model teori rangka kerja 48

Rajah 4.2 Model visi dan strategi 48

Rajah 4.3 Bilangan proses yang menjadi responden 50

Page 12: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xi

Rajah 4.4 Bilangan responden mengikut jawatan dalam proses ISo 50

Rajah 4.5 Trend bilangan NCR dan oFI Audit Dalaman MARDI bagi Manual Kualiti, Proses utama 52

dan Proses Sokongan

Rajah 4.6 Model visi dan strategi pelaksanaan MS ISo 9001 di MARDI 59

Rajah 5

Rajah 5.1 Penggunaan ICT di kalangan PKS 67

Rajah 5.2 Sepuluh portal media sosial yang berpengaruh bagi e-pemasaran di pasaran u.S.A 76

sehingga januari 2015

Rajah 6

Rajah 6.1 Pengeluaran susu lembu di Malaysia 80

Rajah 6.2 Susu dan produk susu yang ditambah nilai yang kerap dijual oleh penternak lembu tenusu 83

Rajah 6.3 jalan yang berlubang dan rosak 90

Rajah 6.4 Churn/tong penyimpanan susu 90

Rajah 7

Rajah 7.1 Tahap pengetahuan pengguna terhadap produk berasaskan cendawan 96

Rajah 7.2 Bentuk produk cendawan yang digemari pengguna (%) 97

Rajah 7.3 Tujuan utama penggunaan produk cendawan (%) 98

Rajah 7.4 Saluran pemasaran produk berasaskan cendawan 98

Rajah 7.5 Sumber maklumat kesihatan (%) 99

Rajah 7.6 Model semakan niat membeli produk berasaskan cendawan di kalangan pengguna 103

di Malaysia

Rajah 8

Rajah 8.1 Tahap pengetahuan pengguna terhadap jenis kopi 111

Rajah 8.2 uji kaji pengetahuan terhadap penggemar kopi 113

Rajah 8.3 uji kaji kesedaran terhadap bukan penggemar kopi 113

Rajah 8.4 Kekerapan mengambil kopi 113

Rajah 8.5 Bentuk produk kopi yang digemari (%) 114

Rajah 8.6 Pengetahuan tentang kebaikan kopi 114

Rajah 8.7 Kaitan antara faktor niat pembelian kopi (path analisis) 118

Rajah 9

Rajah 9.1 Langkah pemprosesan sarang burung walit 124

Rajah 9.2 Kedudukan aras teknologi bagi sembilan kluster 126

Rajah 9.3 Kedudukan teknologi keseluruhan loji pemperoses SBW 127

Rajah 9.4 Kedudukan masalah yang dihadapi loji pemperoses SBW 128

Rajah 11

Rajah 11.1 Boston Matriks 145

Rajah 11.2 Saiz pasaran bagi produk yang diperkaya/fungsian di Asia Pasifik, 2002 – 2013 146

Rajah 11.3 Makanan fungsian mengikut kategori, Indonesia, 1999 – 2013 147

Rajah 11.4 Makanan fungsian mengikut kategori, Filipina, 1999 – 2013 147

Rajah 11.5 Makanan fungsian mengikut kategori, Thailand, 1999 – 2013 147

Rajah 11.6 Makanan fungsian mengikut kategori, Malaysia, 1999 – 2013 147

Rajah 11.7 Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Indonesia 148

Page 13: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xii

Rajah 11.8 Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Filipina 149

Rajah 11.9 Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Thailand 149

Rajah 11.10 Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Malaysia 150

Rajah 11.11 Nilai jualan runcit dan perbelanjaan runcit perkapita makanan fungsian di Malaysia 151

Rajah 11.12 Teknologi makanan fungsian MARDI, 2006 – 2015 151

Rajah 11.13 Teknologi fungsian MARDI yang telah dipatenkan, 2005 – 2014 151

Rajah 11.14 Teknologi fungsian MARDI mengikut komoditi 152

Rajah 11.15 Komoditi teknologi makanan fungsian mengikut pusat penyelidikan 152

Rajah 12

Rajah 12.1 Amalan penggunaan teknologi terlibat bagi teknik penanaman tembikai wangi 162

secara fertigasi

Rajah 12.2 Amalan penggunaan teknologi terlibat bagi teknik penanaman tembikai dan 163

tembikai susu secara konvensional

Rajah 12.3 Skor indeks parameter teknologi penanaman tembikai wangi (rockmelon) 163

Rajah 12.4 Indeks penanda aras teknologi penanaman tembikai wangi 165

Rajah 12.5 Skor indeks parameter teknologi penanaman tembikai dan tembikai susu (honeydew) 165

Rajah 12.6 Indeks penanda aras teknologi penanaman tembikai dan tembikai susu 166

Rajah 12.7 jurang teknologi antara petani tembikai wangi dan tembikai/tembikai susu 167

Rajah 12.8 Teknologi ‘spreader’ 168

Rajah 13

Rajah 13.1 Trend hasil padi mengikut negara pengeluar dunia, 1980 – 2013 172

Rajah 13.2 Faktor-faktor petani tidak menggunakan teknologi yang diperkenalkan 183

Rajah 13.3 Sumbangan agensi dari perspektif petani 184

Rajah 13.4 Teknologi baru yang diperlukan oleh petani 184

Rajah 13.5 Alat pemetaan tanah elektromagnet 187

Rajah 13.6 Kaedah pengendalian alat pemetaan tanah elektromagnet 187

Rajah 14

Rajah 14.1 Pengeluar utama ayam pedaging dunia 193

Rajah 14.2 Pengeksport utama ayam pedaging dunia 193

Rajah 14.3 Contoh teknologi sistem pengeluaran ayam pedaging secara integrasi di Brazil 203

Page 14: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xiii

SENARAI JADUAL

Jadual 1

jadual 1.1 Peruntukan dan perbelanjaan RMKe-10 4

Jadual 2

jadual 2.1 Perbezaan umum sistem SST dan gST 13

jadual 2.2 Kadar awal gST dan inflasi selama 5 tahun negara-negara terpilih 14

jadual 2.3 Profil responden 17

jadual 2.4 Kenyataan positif dan negatif oleh responden terpilih 18

jadual 2.5 Kaiser-Mayer-olkin (KMo) dan Bartlett’s Test of Sphericity 19

jadual 2.6 Senarai sektor yang mengalami kenaikan harga 20

jadual 2.7 Senarai sektor yang mengalami penurunan harga 21

jadual 2.8 Peratus penggunaan isi rumah bagi makanan dan minuman bukan-alkohol 22

sebelum dan selepas pelaksanaan gST berdasarkan pendapatan, strata dan etnik

jadual 2.9 Peratus penggunaan isi rumah bagi makanan dan minuman bukan-alkohol 22

sebelum dan selepas pelaksanaan gST berdasarkan negeri

Jadual 3

jadual 3.1 jadual pengurangan tarif bawah Skim CePT-AFTA 29

jadual 3.2 jumlah barisan tarif dalam ATIgA, 2013 30

jadual 3.3 Kadar pertumbuhan tahunan (AgR) dan purata bagi pengeluaran buah-buahan 34

dan sayur-sayuran

jadual 3.4 Kadar pertumbuhan tahunan dan purata pengeluaran ternakan 34

jadual 3.5 Kadar pertumbuhan tahunan dan purata pengeluaran perikanan 35

jadual 3.6 Keputusan analisis RCA, 2009 – 2014 37

jadual 3.7 Aliran masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia bagi sektor pertanian, 40

perikanan dan perhutanan tahun 2003 – 2013 (uSD juta)

jadual 3.8 Kadar kenaikan eksport ke negara anggota AFTA selaras dengan penurunan tarif 42

jadual 3.9 Kadar kenaikan import dari negara anggota AFTA selaras dengan penurunan tarif 43

Jadual 4

jadual 4.1 Skala pengukuran indeks 49

jadual 4.2 Bilangan responden mengikut proses 51

jadual 4.3 Maklum balas responden terhadap keberkesanan sistem audit/pemantauan 53

jadual 4.4 julat dan purata tahap persetujuan responden terhadap amalan SPK 54

jadual 4.5 Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISo 9001 secara keseluruhan 54

jadual 4.6 Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISo 9001 mengikut perspektif pembelajaran 55

dan pertumbuhan kerjaya pekerja

jadual 4.7 Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISo 9001 mengikut perspektif sistem operasi MARDI 56

Page 15: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xiv

jadual 4.8 Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISo 9001 mengikut perspektif pengurusan 56

dengan pelanggan

jadual 4.9 Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISo 9001 mengikut perspektif sistem kewangan 57

jadual 4.10 julat dan purata peratus tahap persetujuan responden terhadap proses 60

yang dilaksanakan

jadual 4.11 Persepsi terhadap kesedaran pelaksanaan MS ISo 9001 61

jadual 4.12 Persepsi terhadap penerimaan pelaksanaan MS ISo 9001 61

jadual 4.13 Persepsi terhadap keberkesanan pelaksanaan MS ISo 9001 62

jadual 4.14 Persepsi terhadap keseluruhan pelaksanaan MS ISo 9001 62

jadual 4.15 Masalah yang dihadapi oleh proses MS ISo 9001 di MARDI 63

Jadual 5

jadual 5.1 Perbandingan takrifan PKS lama dan baru 66

jadual 5.2 Perbezaan perniagaan secara konvensional dan internet 67

jadual 5.3 Kategori perniagaan e-dagang 68

jadual 5.4 Profil responden 71

jadual 5.5 Isu dan cabaran perniagaan e-dagang 72

Jadual 6

jadual 6.1 Imbangan dagangan untuk pelbagai produk tenusu 81

jadual 6.2 Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak tidak melebihi 1% 81

jadual 6.3 Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak melebihi 6% 81

jadual 6.4 Purata pengeluaran susu segar mengikut zon di Semenanjung Malaysia 82

jadual 6.5 Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu segar mentah 83

jadual 6.6 Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu pasteur 85

jadual 6.7 Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu perisa 85

jadual 6.8 Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan dadih 85

jadual 6.9 Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan yogurt 85

Jadual 7

jadual 7.1 Taburan responden mengikut negeri 95

jadual 7.2 Demografi responden 96

jadual 7.3 Kecenderungan pengguna terhadap produk berasaskan cendawan 97

jadual 7.4 ujian Kaiser-Mayer-olkin (KMo) dan Bartlett’s 100

jadual 7.5 Komponen matrik berdasarkan faktor-faktor bentuk putaran VARIMAX 100

jadual 7.6 Ringkasan nilai gFI, AgFI, CFI dan RMSeA (hipotesis dan semakan) 102

jadual 7.7 Keseragaman nilai regresi bagi hubungan dalam model semakan (revised) 102

Jadual 8

jadual 8.1 Import dan eksport kopi di Malaysia, 2012 – 2013 108

jadual 8.2 Keluasan Bertanam dan Pengeluaran Kopi di Malaysia, 2007 – 2013 108

jadual 8.3 Taburan responden bagi setiap negeri (N = 604) 109

jadual 8.4 Demografi responden 111

jadual 8.5 Persepsi pengguna terhadap kopi 111

jadual 8.6 uji kaji Kaiser-Meyer-olkin (KMo) dan Bartlett 115

jadual 8.7 Komponen Matriks berdasarkan faktor-faktor bentuk Putaran VARIMAX 115

jadual 8.8 Ringkasan gFI, AgFI, CFI dan RMSeA Fit hipotesis dan semakan model 116

jadual 8.9 Keseragaman nilai regresi bagi hubungan dalam model semakan (revised) 117

Page 16: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xv

Jadual 9

jadual 9.1 Kluster komponen aras teknologi yang dinilai 126

jadual 9.2 Ringkasan kedudukan aras teknologi loji pemeroses sarang burung walit 127

Jadual 10

jadual 10.1 Keluasan bertanam dan pengeluaran kopi di Malaysia, 2007 – 2013 133

jadual 10.2 Keluasan bertanam dan pengeluaran kopi mengikut negeri, 2013 133

jadual 10.3 Harga biji kopi (kopi beras) Liberica dan Robusta (RM/kg), 2000 – 2013 134

jadual 10.4 Pengimportan dan pengeksportan kopi di Malaysia 134

jadual 10.5 Analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman industri kopi 136

Jadual 11

jadual 11.1 jenis-jenis utama makanan fungsian 142

jadual 11.2 Manfaat komponen makanan 143

jadual 11.3 jenis-jenis produk fungsian di pasaran negara-negara ASeAN 143

jadual 11.4 Kategori makanan fungsian 144

jadual 11.5 Kadar pertumbuhan majmuk tahunan – CAgR 148

Jadual 12

jadual 12.1 Profil petani penanaman tembikai 159

jadual 12.2 Parameter penggunaan teknologi bagi penanaman tembikai wangi, tembikai dan 161

tembikai susu

jadual 12.3 Analisis pekali korelasi bagi pendapatan tembikai 166

jadual 12.4 Analisis pekali korelasi bagi jumlah pengeluaran 166

Jadual 13

jadual 13.1 Keluasan, pengeluaran dan hasil padi dunia, 2013 172

jadual 13.2 Perbandingan evolusi teknologi pengeluaran padi 174

jadual 13.3 Peranan institusi kerajaan dalam industri padi 178

jadual 13.4 Penggunaan teknologi oleh petani di Malaysia 179

jadual 13.5 Faktor-faktor persekitaran Malaysia, Vietnam dan Australia 181

jadual 13.6 Taburan penggunaan varieti padi mengikut jelapang dan luar jelapang 182

jadual 13.7 Kaedah penanaman yang diamalkan oleh petani di Malaysia 182

jadual 13.8 Sumber maklumat teknologi 184

jadual 13.9 Faktor-faktor dan amalan teknologi yang meningkatkan hasil padi 184

jadual 13.10 Taburan penyakit padi mengikut kawasan 185

jadual 13.11 Taburan perosak mengikut kawasan 186

Jadual 14

jadual 14.1 Analisis pekali korelasi Pearson 199

jadual 14.2 Teknologi pengeluaran ayam pedaging di MARDI 203

Jadual 15

jadual 15.1 Pola penggunaan tanah di Cameron Highlands (1990 – 1996) 208

jadual 15.2 Kategori kecerunan tanah pertanian di Cameron Highlands 208

jadual 15.3 Aktiviti pertanian dan status kemerosotan Cameron Highlands 211

jadual 15.4 Tahap atribut aktiviti pertanian mapan 212

jadual 15.5 Nilai marginal untuk tahap atribut aktiviti pertanian mapan 212

Page 17: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xvi

jadual 15.6 Tahap atribut pengurusan ekopelancongan 213

jadual 15.7 Nilai marginal untuk tahap atribut pengurusan ekopelancongan 213

Page 18: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xvii

Dalam tahun 2015, sebanyak 15 kajian sains sosial telah dilaksanakan dengan menggunakan Peruntukan

Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10. Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai objektif menyediakan

maklumat strategik dalam bidang ekonomi, pemasaran, pengurusan teknologi dan perdagangan antarabangsa.

Maklumat ini penting bagi membantu MARDI membuat keputusan dalam menentukan hala tuju penyelidikan

dan membantu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam menggubal dasar berkaitan pembangunan

sektor pertanian.

Kajian sosioekonomi oleh Pusat Penyelidikan ekonomi dan Sains Sosial secara umumnya dibahagikan kepada

dua skop utama iaitu:

i. Kajian impak, teknologi, pasaran dan daya saing industri pertanian

ii. Kajian penandaarasan dan memprospek teknologi pertanian dan industri asas tani negara

Kajian-kajian yang berkaitan dengan skop pertama adalah seperti yang berikut:

i. Impak teknologi yang dibangunkan oleh MARDI dalam RMKe-10

ii. Impak pelaksanaan gST kepada harga komoditi agromakanan segar

iii. Perjanjian Kawasan Perdagagan Bebas ASeAN (AFTA) dan kesannya kepada pengeluaran, perdagangan dan

pelaburan sektor pertanian di Malaysia

iv. Impak pelaksanaan MS ISo 9001 kepada prestasi penyelidikan dan pembangunan teknologi MARDI

v. Potensi penggunaan e-dagang (e-commerce) di kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

agromakanan di Malaysia

vi. Tinjauan pasaran industri tenusu Malaysia

vii. gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap produk berasaskan cendawan di Malaysia

viii. gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap kopi di Malaysia

Kajian-kajian yang berkaitan dengan skop kedua pula adalah seperti yang berikut:

i. Penandaarasan teknologi pertanian terpilih: industri pemprosesan sarang burung walit

ii. Strategi penyelidikan dan pembangunan dalam industri makanan dan pertanian: prospek kopi

iii. Strategi penyelidikan dan pembangunan dalam industri makanan dan pertanian: prospek makanan fungsian

iv. Penandaarasan teknologi pengeluaran tembikai

v. Penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran padi

vi. Penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran ayam pedaging

vii. Kesan aktiviti pertanian kepada banjir di Cameron Hinghlands

Rumusan daripada hasil kajian sosioekonomi yang dilaksanakan dalam tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

Impak teknologi yang dibangunkan oleh MARDI dalam RMKe-10

Dalam RMKe-10, MARDI telah melaksanakan sebanyak 2,308 projek penyelidikan dalam bidang-bidang

antaranya ialah, biak baka tanaman dan ternakan, bioteknologi, pemprosesan makanan, kejuruteraan dan

mekanisasi ladang, sistem pengeluaran tanaman dan ternakan.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Page 19: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xviii

Dalam tempoh tersebut, sebanyak 194 teknologi telah dijana dan boleh dipindahkan untuk membangunkan

sektor pertanian dan industri asas tani. Sebanyak 385 pengetahuan baru telah dicipta dan diterbitkan di dalam

jurnal tempatan dan antarabangsa, buku ilmiah, makalah dan majalah, manual dan poster.

Sebanyak 19.15% daripada teknologi yang dijana adalah dalam bentuk input pertanian, 18.44% produk

makanan, 17.73% instrumen atau alat pemprosesan dan 11.35% mesin dan peralatan pertanian. Teknologi

yang lain termasuklah produk konservasi lepas tuai dan pembungkus makanan.

Sebanyak 45.2% teknologi yang telah dijana disasarkan untuk pemain industri, 29.50% untuk petani dan 33.8%

untuk kegunaan bersama industri, isi rumah dan petani.

Pada keseluruhannya teknologi yang dibangunkan oleh MARDI dalam RMKe-10 berupaya menjana ekonomi

negara bernilai lebih RM3.5 bilion dalam bentuk pendapatan petani, peluang pekerjaan dan pertukaran asing.

Impak pelaksanaan GST terhadap harga komoditi agromakanan segar

Lebih 97% pengguna sedar tentang pelaksanaan sistem percukaian gST, namun begitu, lebih 68% tidak bersetuju

ia dilaksanakan pada masa ini. Kebanyakan pengguna yakin yang sistem percukaian ini akan meningkatkan

harga barangan.

Secara umumnya harga produk agromakanan segar mengalami kenaikan harga antara 1.45 – 4.5%. Produk

agromakanan segar yang mengalami kenaikan harga selepas pelaksanaan gST ialah padi, sayur-sayuran, buah-

buahan, bunga dan produk agromakanan lain.

Dalam masa yang sama, harga produk agromakanan juga mengalami penuruan yang lebih besar iaitu antara

0.5 – 40%. Produk agromakanan yang mengalami penurunan harga yang besar antaranya ialah, makanan laut,

minyak dan lemak dan produk tenusu.

Peningkatan harga produk agromakanan memberi kesan negatif kepada kuasa beli pengguna dan akibatnya,

mereka mengurangkan perbelanjaan isi rumah. Pada masa ini secara purata pengguna mengurangkan 1 – 2%

perbelanjaan isi rumah.

Kesan perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) ke atas perdagangan dan pelaburan dalam

industri pertanian Malaysia

Perjanjian kawasan Perdagangan bebas ASeAN (AFTA) merupakan perjanjian liberalisasi perdagangan antara

negara-negara anggota ASeAN. Bermula daripada ia ditubuhkan dalam tahun 1992, anggota ASeAN komited

menurunkan kadar cukai perdagangan secara beransur-ansur sehingga berada pada kadar sifar dalam tahun

2015, kecuali beberapa komoditi tertentu seperti beras.

Kesan AFTA yang paling besar ialah peningkatan perdagangan antara negara ASeAN termasuk Malaysia. eksport

Malaysia ke negara ASeAN meningkat 4.7 kali ganda daripada RM42.9 juta dalam tahun 1994 kepada lebih

RM200 juta dalam tahun 2013. Malaysia juga berjaya menembusi pasaran baru seperti Laos dan Mynmar.

Import produk pertanian daripada negara ASeAN meningkat daripada RM2.7 juta dalam tahun 1993 kepada

RM25.78 juta dalam tahun 2013. Dalam masa yang sama, eksport produk pertanian meningkat daripada RM5.3

bilion kepada RM24.04 bilion.

Page 20: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xix

Impak keberkesanan MS ISO 9001 kepada prestasi penyelidikan dan pembangungan teknologi MARDI

Pelaksanaan MS ISo 9001 meningkatkan prestasi penyelidikan, menambah baik pengurusan pelanggan,

memperkukuh sistem operasi dan kawalan kewangan lebih berkesan.

Pensijilan MS ISo 9001 menjadikan perjalanan sistem pengurusan kualiti di MARDI lebih konsisten, komunikasi

dan capaian maklumat di MARDI lebih mudah diakses, sistem pemantauan kerja lebih bersistematik dan

menjadikan mutu/kualiti kerja lebih produktif dan berkesan.

MS ISo 9001 juga melatih staf MARDI melaksanakan kerja dengan berkualiti dan betul pada setiap masa.

Potensi penggunaan e-dagang dikalangan usahawan kecil dan sederhana (PKS) agro makanan di Malaysia

Penggunaan e-dagang di kalangan PKS agromakanan masih rendah, tetapi memberi kesan yang positif kepada

perniagaan.

Cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha e-dagang ialah persaingan yang sengit, pelanggan yang

berpengetahuan dan sistem maklumat yang luas. Persaingan yang sengit antara peniaga e-dagang menyebabkan

margin keuntungan rendah, tahap kesetiaan pelanggan yang rendah kerana mereka boleh membuat perbandingan

harga dan kualiti barangan dengan peniaga e-dagang lain atau peruncit konvensional. Perdagangan maya

juga membolehkan pelanggan mengakses maklumat dengan cepat dan oleh yang demikian pengusaha perlu

mengemas kini maklumat dengan cepat dan tepat.

Penggunaan e-dagang memerlukan sistem pengurusan operasi yang cekap dan berkesan kerana pelaksanaannya

adalah sepanjang masa. Ini penting untuk memberi keyakinan kepada pelanggan. Dalam masa yang sama,

maklumat produk dan perkhidmatan perlu dikemas kini setiap masa supaya setanding dengan pesaing.

Tinjauan pasaran industri tenusu di Malaysia

Sebanyak 85% pengusaha industri tenusu adalah berskala kecil dan memiliki kurang 30 ekor lembu. Secara

umumnya, pengusaha zon selatan dan timur lebih produktif berbanding dengan zon timur, dimana purata

pengeluaran susu bagi seorang pengusaha ialah 7,005 liter/hari dan 7,112 liter/hari, 3,874 liter/sehari masing-

masing.

Hampir semua pengusaha memasarkan susu segar tanpa proses. Sasaran pasaran susu segar ialah kuil, individu,

agen pengutip susu, koperasi dan pekedai runcit. Harga jualan susu pula berbeza mengikut pelanggan, antara

RM2.40 – RM5.00/liter. Harga tertinggi dibayar oleh kuil iaitu RM5.00/liter manakala harga terendah dibayar

oleh koperasi.

Pengusaha juga memproses dan menjual susu berperisa dan dadih. Harga susu berperisa lebih mahal iaitu

antara RM1.50 – RM2.40/200 ml. Begitu juga dengan dadih yang dijual pada harga RM1.70 – RM1.90/200

mg. Harga yoghurt juga lebih mahal iaitu antara RM4.65 – RM7.40/200 mg. Penjualan terus kepada pengguna

akhir seperti isi rumah adalah lebih menguntungkan berbanding dengan penjualan melalui orang tengah seperti

koperasi dan pekedai runcit.

Pengusaha disyorkan untuk menambah nilai produk susu mereka untuk memperoleh pulangan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, teknologi atau kaedah pemprosesan, penyimpanan dan pembungkusan yang lebih baik

adalah diperlukan untuk membantu industri tenusu ini.

Page 21: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xx

Gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap produk berasaskan cendawan di Malaysia

Pada umumnya majoriti pengguna di Malaysia masih kurang arif tentang kewujudan produk berasaskan

cendawan. Namun begitu, bagi mereka yang mengetahui produk berasaskan cendawan, rasa asli cendawan

menjadi pendorong utama mereka membeli dan menggunakannya. Selain itu, kualiti produk yang disahkan oleh

pensijilan Halal dan MesTi turut meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sesuatu produk yang dihasilkan.

Harga produk juga penting, tetapi tidak mempengaruhi pengguna untuk membeli, jika mereka yakin dengan

kebaikannya.

Produk berasaskan cendawan yang paling digemari pengguna ialah sup cendawan, diikuti produk penjagaan

kesihatan dan produk kosmetik. Pengguna mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa nutrisi daripada cendawan

boleh meningkatkan tahap kesihatan dan sebagai bahan perawatan penyakit.

Saluran pemasaran yang penting untuk produk berasaskan cendawan ialah supermarket/hypermarket, diikuti

oleh pasar tani dan kedai runcit. Pembelian secara atas talian dan jualan secara langsung masih kurang berkesan

dalam pemasaran produk berasaskan cendawan.

Produk baru makanan fungisan berasaskan cendawan mempunyai potensi pasaran yang besar dan berpotensi

untuk dibangunkan.

Gelagat pasaran: persepsi dan gelagat pengguna terhadap kopi di Malaysia

Hampir keseluruhan penduduk Malaysia minum kopi. Namun begitu penggemar utama minuman kopi ialah

mereka yang berumur melebihi 40 tahun, diikuti belia berumur 21 – 30 tahun dan belia berusia 31 – 40 tahun.

gelagat pasaran ini menunjukkan trend yang positif kepada industri kopi negara kerana peminum muda akan

mempengaruhi keluarga mereka kelak.

Pengguna mementingkan rasa kopi dan ini menjadi faktor utama memilih kopi. Ia diikuti oleh jenama, kandungan

nutrisi dan harga. Pengguna kurang memberi perhatian kepada pembungkusan. Secara umumnya pengguna

membelanjakan kurang RM100 sebulan untuk minuman kopi. Pengguna lebih gemarkan kopi asli berbanding

dengan kopi campuran seperti 3 dalam 1.

Secara umumnya pengguna di Malaysia tidak mengenali jenis kopi yang ditawarkan di pasaran iaitu Robusta,

Arabica dan Liberica. Namun begitu, maklumat yang ada di pasaran mendorong mereka lebih gemarkan

kopi Robusta dan Arabica. Mereka mempunyai persepsi yang kedua-dua kopi ini lebih berkualiti dan sedap

berbanding dengan kopi Liberica.

Teknologi berkaitan pembangunan produk kopi seperti pemprosesan kopi dan teknologi meningkatkan kualiti

kopi Liberica sangat diperlukan bagi meningkatkan pasaran kopi yang dikeluarkan oleh Malaysia.

Penandaarasan teknologi pertanian terpilih: industri pemprosesan sarang burung walit

Secara umumnya tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha pemprosesan sarang burung walit adalah

sederhana. Daripada sembilan tanda aras teknologi pemprosesan sarang burung walit, kaedah pengurusan/

kawalan kesihatan tenaga pekerja adalah yang paling diberi keutamaan oleh pengusaha, diikuti oleh amalan

pengurusan persekitaran logi dan amalan pengutipan sarang burung walit. Teknologi yang paling kurang

diberi perhatian oleh pengusaha ialah standard atau akreditasi kerana pengusaha masih belum bersedia untuk

memperoleh sijil halal, gMP, HACCP dan Mesti.

Page 22: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xxi

Cabaran paling kritikal yang dihadapi oleh pengusaha sarang burung walit ialah kos pengeluaran yang semakin

tinggi dan pasaran yang semakin tidak stabil. Harga sarang burung walit yang semakin rendah menyebabkan

daya maju dan daya saing produk ini semakin merosot.

Teknologi berkaitan dengan pemprosesan sarang burung walit sangat diperlukan bagi mengurangkan

penggantungan kepada tenaga kerja. Pengusaha juga perlu diberi kesedaran kepentingan pengurusan kualiti

dan pematuhan kepada standard yang ditetapkan.

Strategi penyelidikan dan pembangunan industri makanan dan pertanian: prospek kopi

Pengeluaran kopi di Malaysia semakin menguncup dan tanaman kopi hampir pupus disebabkan oleh banyak

isu berkaitan seperti tenaga kerja, serangan penyakit dan perosak serta kos pengeluaran yang terus meningkat.

Komoditi kopi adalah penting kerana ia antara penyumbang kepada imbangan dagangan sektor agromakanan

negara. oleh yang demikian, industri ini memerlukan suntikan kerajaan seperti penyelidikan dan pembangunan

(R&D) yang boleh membangunkan semula industri ini yang memerlukan insentif untuk menggalakkan petani

menanam semula kopi.

Antara teknologi yang diperlukan untuk membangunkan semula industri kopi ialah teknologi pengeluaran kopi,

biak baka yang berpenghasilan tinggi, pengairan, pemungutan hasil, pemprosesan dan pembungkusan. Selain

itu, kajian pasaran juga perlu dilaksanakan bagi menilai potensi kopi Malaysia di pasaran antarabangsa.

Strategi penyelidikan dan pembangunan dalam industri makanan dan pertanian: prospek makanan fungsian

Pada umumnya makanan fungsian boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu produk tenusu, snek bar,

produk reroti dan biskut, minuman ringan dan minuman fungsian.

Permintaan terhadap makanan fungsian terus meningkat selari dengan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia

yang memberi perhatian kepada aspek kesihatan. Begitu juga dengan pasaran di negara ASeAN, permintaan

terhadap makanan fungsian terus meningkat tinggi khususnya di Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Keadaan ini merupakan peluang perniagaan kepada pengusaha makanan dari Malaysia.

Di pasaran Malaysia, produk yang mempunyai potensi besar ialah minuman ringan, diikuti oleh minuman

fungsian (functional beverages), bar snek (snacks bar), biskut dan roti (bakery) dan akhir sekali produk tenusu.

Minuman fungsian mempunyai kadar pertumbuhan tahunan dan syer pasaran yang agak tinggi di Malaysia.

Ini menunjukkan produk ini perlu menjadi fokus utama dalam pembangunan produk dan berupaya untuk

menguasai pasaran, dan memenuhi permintaan. Ia berpotensi menjana pendapatan yang lumayan. Bagi makanan

fungsian tenusu, syer pasaran agak tinggi dan kadar pertumbuhan adalah rendah. Ini jelas menunjukkan tenusu

merupakan produk yang berterusan menjana keuntungan bagi produk sedia ada.

Bagi minuman ringan pula, ia menunjukkan produk tersebut memerlukan strategi pasaran yang efektif untuk

meningkatkan syer pasaran. Syer pasaran yang rendah memberi kesan keuntungan yang sederhana ke atas produk

ini. Bar snek dan roti pula mempunyai kadar pertumbuhan dan agihan pasaran yang rendah. Ini menunjukkan

bar snek dan roti tidak mempunyai potensi untuk dibangunkan di masa hadapan.

Page 23: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xxii

Penandaarasan teknologi pengeluaran tembikai

Penanaman tembikai di Malaysia dilaksanakan dengan dua kaedah. Tanaman tembikai wangi menggunakan

sistem fertigasi, manakala penanaman tembikai dan tembikai susu secara konvensional di kawasan terbuka.

Penggunaan teknologi di kalangan penanam tembikai (tembikai biasa, wangi dan susu) adalah sederhana.

Teknologi yang paling diberi penekanan oleh petani tembikai wangi adalah pembajaan kerana ia akan

mempengaruhi kualiti dan kemanisan buah tembikai wangi. Teknologi yang diberi lebih perhatian oleh petani

tembikai dan tembikai susu ialah sistem pengairan, pembajaan dan pengurusan lepas tuai.

Petani tembikai wangi lebih patuh kepada manual pengeluaran tembikai berbanding dengan petani tembikai

dan tembikai susu yang lebih banyak mengaplikasikan kaedah konvensional.

Memandangkan teknologi pengeluaran tembikai telah lengkap, usaha perlu ditingkatkan untuk memberi

kesedaran kepada petani menggunakan teknologi yang ada.

Penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran padi

Tanda aras teknologi yang digunakan di Australia dan Vietnam mendapati petani dikedua-dua negara

mengamalkan penggunaan teknologi pengeluaran padi yang lebih konsisten berbanding dengan petani di

Malaysia. Penggunaan teknologi di kalangan petani padi di Malaysia masih ditahap sederhana. Walaupun

banyak teknologi telah dihasilkan, petani memilih teknologi yang sesuai dengan kehendak mereka.

Teknologi yang paling banyak digunakan oleh petani Malaysia ialah varieti baru. Ini disebabkan oleh larangan

penggunaan varieti dari luar. Manakala penggunaan teknologi lain tidak dikawal.

Petani disaran mengikut manual dan aplikasi teknologi yang disarankan oleh MARDI bagi memastikan

pengeluaran yang lebih cekap dan menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi.

Penandaarasan dan memprospek teknologi pengeluaran ayam pedaging

Teknologi pengeluaran ayam pedaging negara pengeluar utama di dunia iaitu Brazil dijadikan penanda

aras. Brazil mengamalkan standard pengeluaran ayam antarabangsa dan patuh kepada garis panduan yang

dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Ternakan Dunia (oIe). Ini menjadikan Brazil satu-satunya negara yang

bebas daripada serangan selsema burung atau Avian Inluenza.

Negara ini juga kurang menggunakan tenaga elektrik dalam sistem pengeluaran ayam, menjadikannya lebih

cekap dan berkos efektif. Makanan ayam juga dikeluarkan sendiri dan berhampiran dengan kawasan pengeluaran

ayam pedaging, menjadikan kos pengeluaran sangat rendah dan kompetitif.

Walaupun pengeluaran ayam pedaging di Malaysia juga berkos efektif dan berdaya saing, namun masih tidak

dapat menandingi Brazil. oleh yang demikian, Malaysia seharusnya menjadikan teknologi pengeluaran Brazil

sebagai tanda aras dan mengaplikasikannya dalam industri tersebut.

Page 24: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

xxiii

Kesan aktiviti pertanian terhadap banjir di Cameron Highlands

Beberapa aktiviti pertanian yang dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada berlakunya siri bencana banjir

di Cameron Highlands termasuklah larian sisa gunaan pertanian ke dalam sistem saliran air tanah tinggi, aktiviti

penukaran tanah dari hutan kepada kawasan pertanian dan penggunaan tanah di cerun-cerun yang melebihi

25°. Peningkatan kelodak akan menyebabkan pengurangan kapasiti atau keupayaan tadahan air dan sungai bagi

menampung kuantiti air yang banyak dalam sesuatu masa. Larian air hujan tidak dapat diperlahankan dengan

hilangnya penampan-penampan semula jadi yang terdiri daripada pokok dan tumbuhan semula jadi tanah

tinggi.

Pengurangan aktiviti pertanian di tanah cerun boleh meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Cameron

Highlands. Pembangunan hotel dan perumahan yang cekap dan mesra alam juga boleh meningkatkan

kesejahteraan awam. Secara umumnya, pengguna bersedia membayar caj perkhidmatan sekiranya ia boleh

meningkatkan kualiti hidup dan alam sekitar di Cameron Highlands.

Page 25: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 26: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

1

KAJIAN IMPAK, TEKNOLOGI, PASARAN DAN

DAYA SAING INDUSTRI PERTANIAN

Page 27: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

2

Page 28: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

3

1.0 KAJIAN IMPAK TEKNOLOGI YANG DIbANGUNKAN OLEh MARDI DALAM RMKE-10

1.1 PENDAhULUANMARDI merupakan sebuah institut penyelidikan dan pembangunan pertanian yang ditubuhkan pada

28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan

MARDI adalah bertujuan membangunkan teknologi berkaitan industri makanan, pertanian dan industri

asas tani. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam

memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi. MARDI diberi mandat

bagi melaksanakan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan

pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko),

ternakan makanan dan perladangan campuran.

Semenjak ditubuhkan, pelbagai teknologi pertanian telah dihasilkan seperti varieti dan klon baru

tanaman, baka baru dan kaedah pengurusan tanaman. Teknologi ICT juga digunakan dalam pengurusan

dan pengendalian ladang seperti pertanian tepat untuk mendapatkan anggaran hasil pertanian melalui

teknik pengimejan. Sebahagian teknologi yang dihasilkan telah dipindahkan untuk tujuan komersial

dan gunaan awam. MARDI telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk tujuan penyelidikan dan

pembangunan. Namun begitu, impak sebenar teknologi kepada golongan sasar dan ekonomi negara

kurang diketahui umum. Terdapat pelbagai isu yang timbul berkaitan teknologi MARDI seperti teknologi

kurang mendapat tempat di pasaran, kurang daya saing dan kurang menepati kehendak golongan sasar.

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak teknologi MARDI kepada industri

pertanian dan pertumbuhan ekonomi negara. Manakala objektif khusus adalah menilai sumbangan

teknologi MARDI yang dibangunkan dalam RMKe-10 kepada golongan sasar dan ekonomi negara dan

menilai faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan pembangunan teknologi.

1.2 LATAR bELAKANGAktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi pertanian dilaksanakan oleh sembilan buah pusat

penyelidikan pakar. Pada masa kini, MARDI mempunyai seramai 520 orang pegawai penyelidik yang

mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti bioteknologi, kejuruteraan, entomologi dan biak

baka tanaman. Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi (BT) memiliki bilangan pegawai

penyelidik terbanyak iaitu 60 orang dan diikuti Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR) sebanyak 59 orang.

Manakala, Pusat Penyelidikan Padi dan Beras (RI) memiliki bilangan pegawai penyelidik terkecil iaitu

24 orang.

Sepanjang tempoh RMKe-10, sebanyak 2,308 projek penyelidikan telah dijalankan yang

melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.218 bilion. Dalam tempoh yang sama, secara purata setiap

pegawai penyelidik menjalankan empat projek penyelidikan dengan perbelanjaan RM2.3 juta. Belanja

mengurus merupakan perbelanjaan terbesar iaitu RM971 juta. Manakala, belanja pembangunan dan

R&D masing-masing ialah RM212 juta dan RM34 juta. Peruntukan pembangunan adalah dana utama

projek penyelidikan iaitu 69.55%. Sciencefund menyumbang 13.89% perbelanjaan projek, Technofund

2.78% dan lain-lain 13.89%.

Sebanyak 464 teknologi dan 485 pengetahuan telah disasarkan untuk dijana daripada 2,308

projek penyelidikan tersebut. Pusat Penyelidikan HR mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak

101 teknologi dan 111 pengetahuan baru. Manakala, Pusat Penyelidikan BT yang memiliki pegawai

Page 29: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

4

Jadual 1.1: Peruntukan dan perbelanjaan RMKe-1

Bil. Perkara 2011 – 2015 (RM juta)

1 Peruntukan mengurus 984

Belanja mengurus 971

2 Peruntukan pembangunan 238

Belanja pembangunan 212

3 Peruntukan R&D 68

Belanja R&D 34

Jumlah keseluruhan peruntukan 2011 – 2015 1,291

Jumlah dibelanjakan 2011 – 2015 1218

penyelidik terbanyak mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 53 teknologi dan 56 pengetahuan

baru. Jumlah teknologi dan pengetahuan yang berjaya dijana seperti yang dilaporkan dalam sistem

PROPER masing-masing ialah 322 dan 435 buah.

Teknologi janaan MARDI boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu teknologi komersial

dan teknologi gunaan awam. Teknologi yang berpotensi dan mempunyai nilai perniagaan dikomersialkan

kepada syarikat-syarikat yang berminat. Program Penilaian Teknologi dan Peningkatan Skala di bawah

Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan (PB) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan

pengkomersialan teknologi MARDI. Manakala teknologi gunaan awam dipindahkan kepada golongan

sasar yang terdiri daripada petani, penternak dan usahawan melalui program Promosi dan Pemindahan

Teknologi di bawah pusat yang sama. Antara teknologi gunaan awam ialah varieti padi, di mana MARDI

merupakan penjana tunggal varieti padi di Malaysia. Selain daripada varieti padi terdapat teknologi lain

yang dihasilkan untuk gunaan awam seperti varieti nanas, keledek dan produk makanan seperti sos,

mayonis dan jus minuman.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

1.3.1 Sumber DataData primer dan sekunder digunakan dalam kajian ini. Data primer diperoleh melalui survei

dan temu bual yang dibuat terhadap penjana teknologi MARDI dan pihak pengurusan pusat

penyelidikan. Manakala, data sekunder diperoleh melalui pelbagai sumber, antaranya rekod

pihak pengurusan pusat penyelidikan dan maklumat daripada Sistem Pemantauan Rancangan

Korporat MARDI (PROPER). Sistem PROPER adalah satu pangkalan data yang dibangunkan

oleh MARDI untuk mengurus projek penyelidikan yang mengandungi maklumat cadangan,

kemajuan pelaksanaan dan pemantauan projek penyelidikan dan pembangunan.

Rajah 1.1: Teknologi dan pengetahuan yang disasarkan dalam RMKe-10

Page 30: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

5

1.3.2 Analisis dataKajian ini menggunakan pelbagai pendekatan analisis termasuklah trend dan nisbah faedah

kos. Responden kajian ialah pegawai penyelidik MARDI yang terlibat dalam penjanaan

teknologi dalam RMKe-10. Soalan kaji selidik telah dihantar kepada responden melibatkan

sembilan buah pusat penyelidikan pakar. Manakala, temu bual telah dibuat bersama Timbalan

Pengarah dan Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi serta Pusat

Promosi dan Pembangunan Perniagaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan

dan pemindahan teknologi. Disebabkan beberapa kekangan seperti sebilangan penjana

bertukar pusat, menyambung pelajaran dan telah berpencen, jumlah maklum balas yang

berjaya diterima daripada responden adalah sebanyak 145 orang. Oleh yang demikian, analisis

dibuat berasaskan sampel sebanyak 145 orang pegawai penyelidik.

1.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERbINcANGANSetiap projek penyelidikan perlu melalui beberapa fasa pelaksanaan. Fasa awal penyelidikan adalah

penyediaan kertas cadangan. Secara amnya, terdapat dua kaedah cadangan penyelidikan. Kaedah

yang pertama dikenali sebagai ‘top down’ yang bermaksud idea dan konsep kajian dicadangkan

pihak pengurusan MARDI. Manakala, kaedah kedua adalah ‘bottom up’ di mana idea dan konsep

penyelidikan dicadangkan oleh pegawai penyelidik. Merujuk Rajah 1.2, sebanyak 77.86% teknologi

yang dihasilkan adalah daripada ‘bottom up’ dan 22.14% adalah daripada ‘top down’. Ini menunjukkan

pihak pengurusan MARDI mengamalkan dasar kebebasan idea di mana setiap pegawai penyelidik diberi

peluang mencadangkan kajian berdasarkan keperluan semasa.

Teknologi yang dijana dalam tempoh RMKe-10 merangkumi sembilan kategori utama. Pecahan

kategori teknologi dibuat berdasarkan jenis dan fungsi teknologi yang dihasilkan. Merujuk Rajah 1.3,

peratusan terbesar kategori teknologi yang dihasilkan adalah input pertanian iaitu 19.15% seperti

baja dan racun perosak dan penyakit. Antara teknologi input pertanian yang berjaya dihasilkan ialah

Rajah 1.2: Sumber idea penjana teknologi MARDI

Rajah 1.3: Kategori teknologi yang dihasilkan oleh MARDI

Page 31: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

6

baja bioinokulan P&K. Teknologi berkaitan produk makanan merupakan kategori kedua tertinggi yang

dihasilkan iaitu sebanyak 18.44%. Antara teknologi yang dihasilkan ialah nuget rumpai laut dan jus

buah-buahan.

Teknologi MARDI secara amnya disasarkan kepada empat golongan utama iaitu golongan industri,

isi rumah, petani dan penyelidik. Namun terdapat teknologi yang sesuai digunakan oleh lebih daripada

satu golongan seperti industri dan gunaan awam. Merujuk Rajah 1.4, sebanyak 43.17% teknologi yang

dijana disasarkan kepada golongan industri dan lazimnya digunakan sebagai peralatan, komponen

pembuatan dan formulasi bagi pengeluaran produk industri. Manakala, golongan petani ialah golongan

sasar kedua terbesar iaitu 29.50%. Sebahagian besar teknologi yang disasarkan kepada golongan petani

adalah input pertanian seperti baja dan racun.

Bilangan teknologi yang lengkap dijana, dalam proses penjanaan dan ditamatkan ditunjukkan

seperti dalam Rajah 1.5. Sebanyak 60.6% teknologi yang telah lengkap dijana daripada jumlah

keseluruhan 145 projek penjanaan teknologi. Manakala 37.2% teknologi masih lagi dalam proses

penambahbaikan dan 2% projek penjanaan teknologi telah ditamatkan. Berdasarkan laporan dalam

sistem PROPER, jumlah teknologi yang telah berjaya dijana adalah sebanyak 322. Namun bilangan

tersebut tidak menggambarkan status sebenar teknologi yang telah berjaya dijana. Ini kerana terdapat

sebilangan projek penjanaan teknologi yang masih belum lengkap telah melaporkan status teknologi

sebagai berjaya dijana. Bilangan sebenar teknologi yang telah lengkap dijana dianggarkan sebanyak 195

berdasarkan dapatan kajian peratusan teknologi yang lengkap dijana sebanyak 60.6%.

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial (ES) berperanan untuk membantu pusat penyelidikan

pakar dalam aspek penilaian ekonomi dan potensi pasaran. Di samping itu, hasil kajian impak dan pasaran

yang telah dibuat boleh digunakan oleh pusat penyelidikan pakar dalam merangka kertas cadangan

dan penyelidikan yang bersesuaian dengan keperluan pasaran dan golongan sasar. Merujuk Rajah 1.6,

penglibatan pusat ES dalam penjanaan teknologi RMKe-10 adalah sebanyak 36.4%. Penglibatan di

peringkat penyediaan kertas cadangan adalah sebanyak 9.29% dan penglibatan di peringkat akhir

projek adalah sebanyak 20.71%. Ini menunjukkan penglibatan pusat ES dalam penghasilan teknologi

masih lagi rendah. Ditambah pula, kebanyakan penglibatan pusat ES adalah di peringkat akhir projek

Rajah 1.4: Golongan sasar pengguna teknologi MARDI

Rajah 1.5: Status teknologi

Page 32: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

7

berbanding dengan penglibatan di peringkat penyediaan kertas cadangan iaitu peringkat yang boleh

ditakrifkan sebagai peringkat yang paling penting dalam fasa penyelidikan.

Kerjasama pusat penyelidikan sokongan dan pusat penyelidikan pakar adalah penting bagi

mengenal pasti keperluan teknologi pertanian. Terdapat pelbagai pihak berperanan untuk membantu

pusat penyelidikan pakar dalam menghasilkan teknologi yang berkualiti. Merujuk Rajah 1.7, penglibatan

pusat ES merupakan yang tertinggi diikuti oleh Pusat PB sebanyak 20.71% dan pihak-pihak lain

sebanyak 18.57%. Pihak-pihak lain adalah pihak luar MARDI. Namun sebanyak 60.71% teknologi tidak

melibatkan mana-mana pihak. Jumlah teknologi yang dihasilkan tanpa penglibatan pusat penyelidikan

sokongan adalah agak tinggi dan senario ini kurang sesuai bagi penjanaan teknologi yang bermutu.

Terdapat sebilangan teknologi yang dibangunkan berasaskan teknologi terdahulu atau teknologi

yang ditambah baik. Merujuk Rajah 1.8, sebanyak 46.53% teknologi yang dihasilkan sepanjang RMKe-

10 adalah teknologi yang ditambah baik ataupun gabungan beberapa teknologi yang dijana dalam RMK

sebelumnya dan sebanyak 50% teknologi adalah teknologi baru. Ini memberi gambaran bahawa hampir

separuh teknologi yang dihasilkan sepanjang RMKe-10 adalah berdasarkan teknologi yang pernah

dibangunkan sebelum ini.

Sebahagian teknologi yang dihasilkan di RMKe-10 berpotensi untuk dikembangkan untuk kajian

akan datang. Rajah 1.9 menunjukkan sebanyak 73.61% teknologi berpotensi untuk dikembangkan

manakala 22.22% teknologi tidak sesuai untuk dibuat kajian lanjut.

Sebilangan penjana telah menerbitkan artikel berkaitan dengan teknologi yang dijana. Rajah 1.10

menunjukkan sebanyak 52.7% penjana teknologi telah menerbitkan hasil kajian mereka di dalam jurnal

tempatan atau antarabangsa. Manakala, 46.5% lagi masih belum menerbitkan hasil kajian mereka.

Jumlah penerbitan yang rendah disebabkan sebilangan teknologi masih belum lengkap dan jumlah

penerbitan ini dijangka akan bertambah apabila lebih banyak teknologi berjaya dijana.

Pandangan penjana telah diperoleh untuk menilai kaedah pemilihan dan pengurusan teknologi.

Kira-kira 48.5% penjana berpendapat sistem pengurusan sedia ada perlu ditambah baik, manakala

45.7% lagi berpendapat, sistem pengurusan sedia ada mencukupi dan sesuai untuk diteruskan

(Rajah 1.11). Berdasarkan cadangan yang dikemukakan seperti dalam Rajah 1.12, 19.4% daripada

Rajah 1.6: Penglibatan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial

Rajah 1.7: Penglibatan pusat penyelidikan sokongan

Page 33: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

8

Rajah 1.8: Penambahbaikan teknologi RMK sebelumnya

Rajah 1.9: Potensi teknologi untuk kajian lanjut

Rajah 1.10: Penerbitan berkaitan teknologi yang dijana

Rajah 1.11: Penambahbaikan pengurusan teknologi

Rajah 1.12: Cadangan penambahbaikan

Page 34: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

9

penjana berpendapat, pihak penjana kurang mendapat maklumat yang jelas berkaitan keutamaan

teknologi yang perlu dibangunkan. Oleh yang demikian, mereka memerlukan maklumat pasaran

yang lebih lengkap. Maklumat pasaran yang dimaksudkan oleh penjana adalah platform penghubung

antara penjana dan industri. Manakala, 3.47% lagi berpendapat, tindakan dan kaedah promosi dan

pengembangan teknologi yang kurang berkesan adalah antara faktor teknologi gagal dikomersialkan.

1.4.1 Impak Teknologi Yang Dikomersialkan Sebanyak 50 teknologi berjaya dikomersialkan dalam RMKe-10. Namun begitu, hanya 13

daripadanya merupakan teknologi yang dihasilkan dalam tempoh RMKe-10 dan selebihnya

adalah teknologi yang dihasilkan dalam RMK sebelumnya. Nilai perniagaan untuk 50 teknologi

yang berjaya dikomersialkan untuk tempoh 2011 – 2015 adalah berjumlah RM143 juta.

Manakala, nilai perniagaan untuk 13 teknologi yang dijana bawah projek RMKe-10 adalah

berjumlah RM6.1 juta. Senarai teknologi yang berjaya dikomersialkan adalah seperti dalam

lampiran 1.

1.4.2 Teknologi Gunaan AwamSepanjang tahun RMKe-10, terdapat pelbagai aktiviti promosi dan pengembangan telah dibuat,

tetapi kebanyakan teknologi yang dipindahkan untuk gunaan awam adalah teknologi lama

yang dihasilkan semasa RMK sebelumnya. Terdapat enam teknologi telah berjaya dipindahkan

untuk gunaan awam, empat daripadanya adalah teknologi yang berkaitan dengan dabai dan

dua lagi adalah teknologi berkaitan varieti padi. Namun begitu, hanya teknologi varieti padi

sahaja yang telah digunakan dan memberi impak kepada golongan sasar, manakala empat

teknologi berkaitan dabai masih lagi dalam proses pengembangan. Dua varieti padi tersebut

iaitu MR 269 dan MR 284 dan telah memberi nilai impak kepada golongan petani dan ekonomi

sebanyak RM378 juta.

Secara keseluruhannya, kadar teknologi gunaan awam yang berjaya dipindahkan dan

digunakan oleh golongan sasar agak rendah berbanding dengan jumlah teknologi yang

berjaya dihasilkan. Hanya enam teknologi yang telah dipindahkan. Tindakan proaktif perlu

diambil oleh pusat penyelidikan pakar dan pusat penyelidikan sokongan bagi menterjemahkan

teknologi yang dijana kepada teknologi yang bermanfaat kepada orang awam terutama sekali

golongan petani.

Jumlah keseluruhan nilai ekonomi untuk kedua-dua kategori teknologi komersial dan

gunaan awam ialah RM394 juta. Manakala, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi

pembangunan dan R&D ialah RM246 juta. Nisbah faedah kos bagi impak teknologi komersial

dan gunaan awam berdasarkan perbelanjaan pembangunan dan R&D yang dibuat bawah

projek RMKe-10 ialah 1.6. Ini bermaksud, bagi setiap RM1 perbelanjaan R&D, jumlah impak

yang berjaya dihasilkan adalah RM1.60. Terdapat sebilangan teknologi masih dalam proses

penjanaan, teknologi yang berjaya dijana masih belum dikomersialkan dan teknologi dalam

proses pengkomersialan. Lazimnya, proses pemindahan teknologi mengambil masa yang lama

dan impak yang lebih besar akan dihasilkan pada masa akan datang apabila lebih banyak

teknologi dikomersialkan atau dipindahkan untuk gunaan awam.

Potensi TeknologiBetik merupakan industri yang perlu diberi perhatian kerana secara tradisinya Malaysia

merupakan antara pengeksport betik utama di dunia. Jumlah betik yang dieksport keluar negara

melebihi 300,000 mt setahun pada tahun 1996. Peningkatan pengeluaran dan permintaan dari

luar mendorong kepada peningkatan eksport kepada 700,000 mt setahun pada tahun 2003.

Page 35: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

10

Namun begitu, selepas tahun 2003 kuantiti eksport betik menurun dengan mendadak sehingga

mencecah 200,000 mt setahun pada tahun 2012. Pengurangan eksport betik boleh dikaitkan

dengan pengurangan pengeluaran betik negara. Menurut statistik pengeluaran, jumlah

pengeluaran betik mula berkurang pada tahun 2003 sehingga tahun semasa. Pengurangan

pengeluaran betik dikatakan berpunca daripada serangan penyakit terutama penyakit mati

rosot yang menjejaskan sebahagian besar pengeluaran dan perdagangan betik negara.

Sehubungan itu, teknologi kawalan penyakit mati rosot telah dibangunkan di samping pelbagai

teknologi lain seperti pengurusan lepas tuai dan teknik penanaman. Sekiranya teknologi yang

dibangunkan berjaya dijana dan dipindahkan kepada golongan sasar, impak teknologi kepada

industri adalah sebanyak RM39.4 juta setahun.

Permintaan nanas di dalam dan luar negara semakin meningkat saban tahun. Peningkatan

permintaan dibantu oleh pengeluaran yang stabil dan kualiti yang tinggi. Pengeluaran nanas

meningkat dari 200,000 mt pada tahun 1996 kepada 300,000 mt pada tahun 2013. Trend positif

pengeluaran disumbangkan oleh pelbagai teknologi yang dibangunkan dan dipindahkan oleh

MARDI kepada golongan sasar. Sepanjang RMKe-10, pelbagai teknologi telah dibangunkan

seperti varieti baru, baja, kawalan penyakit, teknik penanaman dan kawalan lepas tuai.

Sebahagian besar teknologi nanas yang dibangunkan telah lengkap dan bersedia untuk

dipindahkan. Impak teknologi dijangkakan bernilai RM290 juta setahun sekiranya kesemua

teknologi yang dibangunkan berjaya dijana dan dipindahkan kepada golongan sasar.

Terdapat pelbagai teknologi lain yang dibangunkan selain teknologi pengeluaran nanas dan

betik. Antara teknologi yang turut dibangunkan ialah teknologi peningkatan hasil dan kawalan

penyakit bagi tanaman ubian, rambutan, belimbing, cili, jagung, kenaf, mangga, tembikai,

tomato dan padi. Potensi impak kesemua teknologi yang dibangunkan dalam RMKe-10

dijangka melebihi RM16.3 bilion untuk tempoh 10 tahun.

1.5 SARANANBilangan teknologi yang berjaya dijana adalah agak kecil berbanding dengan bilangan projek yang

dijalankan sepanjang RMKe-10. Bagi meningkatkan bilangan teknologi, setiap projek kajian perlu

menjana teknologi. Penjanaan teknologi penting bagi memberi manfaat terus kepada golongan sasar

seperti petani berbanding dengan penjanaan pengetahuan yang lazimnya dilaksanakan oleh universiti.

Di samping itu, teknologi perlu dibangunkan berdasarkan keperluan semasa dan kos efektif untuk

digunakan. Teknologi yang dibangunkan perlu disertakan pakej lengkap yang mampu memberi impak

yang besar kepada golongan sasar.

Teknologi yang dihasilkan dalam RMKe-10 merangkumi beberapa kategori teknologi. Antara

kategori teknologi yang terbesar dihasilkan adalah pemprosesan makanan. Teknologi untuk kategori

pemprosesan makanan merangkumi 44.68% manakala teknologi berkaitan pengeluaran pertanian

adalah sebanyak 30.4%. Namun, berdasarkan trend imbangan dagangan produk pertanian, lebih

daripada 50% bekalan makanan berupa produk segar pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan,

daging, ayam dan telur adalah diimport. Ini menunjukkan keperluan sebenar penyelidikan adalah

peningkatan pengeluaran produk pertanian. Sebahagian besar projek kajian perlu diarahkan untuk

menjana varieti baru, input pertanian seperti baja dan kawalan penyakit yang lebih berkesan dan kos

efektif dan teknik-teknik penanaman yang menjimatkan ruang dan berhasil tinggi.

Penglibatan pusat penyelidikan sokongan di peringkat awal kajian penting bagi memastikan

teknologi yang dihasilkan berpotensi dan mempunyai nilai ekonomi. Di samping itu, tinjauan pasaran

yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan ES dapat membantu penjana mengenal pasti arah tuju kajian yang

lebih tepat bagi memaksimumkan impak kepada golongan sasar.

Page 36: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

11

Pengurusan teknologi yang komprehensif diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang

kondusif dan berinformasi kepada penjana dalam membantu meningkatkan kualiti teknologi yang dijana.

Ini dapat dilakukan dengan memperkasakan risikan pasaran. Risikan pasaran akan menjadi penghubung

antara penjana dan industri bagi menghasilkan teknologi yang memenuhi keperluan sebenar petani

dan industri. Selain itu, peranan agen pengembangan juga harus ditingkatkan dalam memperkenalkan

teknologi MARDI kepada golongan sasar.

1.6 RUMUSANMARDI telah berjaya membangunkan pelbagai teknologi dan pengetahuan dalam pelbagai bidang

pertanian termasuk ternakan, bioteknologi, entomologi dan sains tanah. Walaupun bilangan teknologi

yang berjaya dihasilkan agak kecil berbanding dengan bilang projek penyelidikan yang dijalankan dalam

RMKe-10, sebahagian besar teknologi yang berjaya dipindahkan telah memberi impak yang besar kepada

golongan sasar terutama varieti padi yang berhasil tinggi dan tahan penyakit. Lazimnya, pemindahan

teknologi mengambil masa yang panjang dan dijangka lebih banyak teknologi yang dihasilkan dalam

RMKe-10 akan dipindahkan kepada golongan sasar.

Teknologi gunaan awam seperti varieti, kawalan penyakit dan teknik baru penanaman yang

dibangunkan telah membantu meningkatkan hasil dan pendapatan sebilangan besar petani. Industri

nanas, betik dan tembikai berpotensi untuk dikembangkan melalui pelbagai teknologi yang telah dijana

dan berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran dan mengukuhkan imbangan dagangan negara. Di

samping itu, terdapat sebilangan teknologi yang dibangunkan dalam RMKe-10 merupakan teknologi

pertanian moden seperti pertanian tepat, pertanian bandar dan kilang tanaman. Teknologi yang berunsur

pertanian pintar ini mampu mengubah landskap dan kaedah pertanian di kalangan petani dan usahawan

pertanian dalam meningkat hasil dan mengurangkan kos pengeluaran. Namun, sebahagian besar

teknologi yang dibangunkan masih belum memberi hasil yang memuaskan. Walaupun hasil pengeluaran

dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi moden, kos pengeluaran juga turut meningkat dan

secara tidak langsung akan membebankan pengusaha. Justeru, lebih banyak kajian perlu dijalankan bagi

membangunkan teknologi pintar yang mampu meningkatkan pengeluaran dan kos efektif.

Teknologi yang berjaya dijana setakat ini telah memberikan pulangan yang positif kepada

pelaburan yang dibuat. Sebahagian besar teknologi yang dibangunkan dalam RMKe-10 masih lagi

dalam proses penjanaan dan pemindahan. Berdasarkan analisis potensi teknologi, pulangan teknologi

RMKe-10 adalah lebih besar berbanding dengan keseluruhan perbelanjaan yang dibuat.

1.7 RUJUKANFaostat (2015). Food and Agriculture Organization Of The United Nations Statistics Division. Diperoleh pada Mei

2015 dari http://faostat3.fao.org/browse/FB/*/E

PROPER (2015). Sistem Pemantauan Rancangan Korporat MARDI. Diperoleh pada November 2015 dari http://

maswangi.mardi.gov.my/proper/Modul/Utama/?laman= carian

1.8 LAMPIRANLampiran 1: Senarai teknologi RMKe-10 yang telah dikomersialkan

1. Nutrijuice – minumam kesihatan berasaskan buah tropika

2. Sistem penabur benih

3. Growpine – formulasi baja nanas untuk tanah mineral

4. Pengeluaran Nutrima Just Great

5. Pengedaran Nutrima Just Great

Page 37: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

12

6. Peranti pemeriksaan maklumat halal dan pemesanan makanan

7. Pengeluaran ayam kampung

8. Kit diagnostik untuk penentuan Salmonella

9. Kek lapis Sarawak sihat

10. Biosensor untuk penentuan cepat pelbagai antibiotik (vancomicin, streptomisin dan tetrasiklin) dalam industri

ternakan

11. Sistem perakam berat digital untuk ternakan

12. Formulasi baja dan hormon nanas di tanah mineral

13. Varieti padi aerob

Page 38: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

13

2.0 KajianimpaKpelaKsanaanGsTKepadapROdUKaGROmaKananseGaR

2.1 pendahUlUanKerajaan Malaysia telah menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods

and Services Tax (GST) secara menyeluruh bermula 1 April 2015. Malaysia berupakan negara ASEAN

kelapan yang melaksanakan cukai ini selepas Laos menguatkuasakan sistem percukaian yang sama pada

2009. Di rantau ini, Indonesia merupakan negara pertama yang mengguna pakai sistem percukaian GST/

Value Added Tax (VAT) pada tahun 1984 diikuti Thailand (1992), Singapura (1993), Filipina (1998) dan

Kemboja serta Vietnam (1999). Pelaksanaan GST di Malaysia adalah pada kadar 6% bagi menggantikan

sistem percukaian terdahulu iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax (SST) pada

kadar 5% hingga 10% bagi cukai jualan dan 6% bagi cukai perkhidmatan.

Sistem percukaian GST boleh didefinisikan sebagai cukai kepenggunaan yang berasaskan

pertambahan nilai pada setiap produk dan perkhidmatan. Setiap satu daripada produk dan perkhidmatan

pada setiap tingkat pengeluaran tertakluk kepada sistem dan dikenakan cukai. Ia berbeza dengan sistem

percukaian SST yang mana cukai dikenakan hanya pada produk akhir sebelum beralih tangan kepada

pengguna. Sehingga kini, lebih daripada 160 negara di dunia telah melaksanakan sistem percukaian

ini yang lebih dikenali sebagai VAT kerana sifatnya yang melalui proses pertambahan nilai pada setiap

tingkat pengeluaran sehingga kepada produk akhir. Perbezaan umum antara dua sistem percukaian ini

adalah seperti dalam Jadual 2.1.

GST dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kecekapan ekonomi Malaysia daripada

bergantung hanya kepada hasil sumber semula jadi seperti petroleum dan industri sedia ada yang telah

maju seperti elektrik dan elektronik. Kecekapan ekonomi ini secara teorinya dapat direalisasikan dengan

pelaksanaan GST melalui pengurangan kos kepada pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan

kerana cukai yang dibayar pada setiap tingkat pengeluaran dapat dituntut sepenuhnya terutamanya

cukai yang dikenakan kepada input atau bahan mentah yang mereka gunakan. Keen dan Lockwood

(2010) mendapati negara-negara yang melaksanakan GST atau VAT mempunyai instrumen percukaian

yang lebih cekap berbanding yang tidak melaksanakannya.

Sistem cukai ini juga terlihat adil kerana setiap tingkat pengeluaran atau penghasilan sesuatu

produk dan penyediaan perkhidmatan seperti di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit dikenakan

cukai secara sama rata iaitu 6%. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana

mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka. Tambahan

pula, produk tempatan yang dieksport dikenakan GST berkadar sifar manakala produk import diberi

layanan sama rata dengan produk-produk tempatan yang dikenakan GST sekali gus membentuk

kebergantungan antara ekonomi (Cnossen 1998) dan menggalakkan persaingan penghasilan produk

di peringkat domestik untuk dieksport.

jadual2.1: Perbezaan umum sistem SST dan GST

SST GST

Cukai satu peringkat Cukai pelbagai peringkat

Sebahagian beban kepada perniagaan Neutral kepada perniagaan

Barangan dan perkhidmatan tertentu Cukai menyeluruh

Beban kepada penguatkuasaan Perniagaan menanggung beban pematuhan

Tiada cukai perkhidmatan pada produk yang diimport Cukai perkhidmatan pada produk yang diimport

Page 39: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

14

Di samping itu, kerajaan mensasarkan peratusan pematuhan pembayaran cukai di kalangan

kelompok perniagaan akan meningkat hasil pelaksanaan sistem percukaian GST ini. Ia boleh dikatakan

sebagai strategi serampang dua mata kerana peningkatan hasil pungutan cukai kepada tabung negara

meningkat dan pengelak-pengelak cukai sebelum ini tidak mampu untuk meloloskan diri lagi. Kesan

positif ini disokong dalam kajian di Nigeria (Olatunji 2009) dan New Zealand (Breen, Bergin-Seers,

Roberts dan Sims 2002) yang menyatakan bahawa sistem cukai VAT yang tersusun dan menyeluruh

membawa kepada penyelesaian masalah pengelakan pembayaran cukai.

Walaupun pelbagai fungsi positif dijangka didapati hasil pelaksanaan GST, sistem cukai ini juga

boleh mengakibatkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. Peningkatan harga bagi produk-

produk dan perkhidmatan sangat memberi impak kepada kos perbelanjaan isi rumah dan kemampuan

rakyat dalam berbelanja. Impak terus yang boleh dilihat adalah melalui kayu ukur kadar inflasi bagi

tahun pertama pelaksanaan GST. Kadar inflasi Malaysia pada tahun 2014 ialah 3.4% dan dijangka

sehingga mencecah antara 4% hingga 5% pada akhir tahun 2015. Peningkatan kadar inflasi ini adalah

hasil peningkatan harga produk dan perkhidmatan serta boleh dikategorikan sebagai inflasi tekanan kos

(cost push inflation). Jadual 2.2 menunjukkan kadar awal GST dan inflasi selama 5 tahun bagi negara-

negara yang telah melaksanakan sistem percukaian GST atau VAT.

Jangkaan peningkatan kadar inflasi di Malaysia hasil pelaksanaan GST sebahagiannya disandarkan

kepada keadaan yang dialami negara-negara yang telah melaksanakan GST atau VAT. Kadar inflasi di

negara-negara berpendapatan sederhana mengalami peningkatan berbanding sebelum pelaksanaan GST

pada tahun pertama pelaksanaan. Hungary misalnya mengalami peningkatan kadar inflasi sebanyak

2.13% bagi setiap kenaikan 3% kadar GST atau VAT yang dikenakan (Gabriel dan Reiff 2010). Majoriti

negara yang melaksanakan sistem cukai ini akan mengalami peningkatan harga produk/barangan dan

kadar inflasi namun secara beransur-ansur mengalami penurunan dari tahun ke tahun.

Negara-negara berpendapatan tinggi nampaknya tidak mengalami masalah yang menekan selepas

melaksanakan GST. Singapura, Jepun dan Australia menunjukkan penurunan dan kemalaran kadar

inflasi mungkin disebabkan tindakan susulan yang telah diambil bagi menangani kenaikan harga barang

yang berlaku seperti memperkasakan penguatkuasaan dan program insentif kepada kumpulan sasaran.

Namun begitu, kerajaan Malaysia perlu berhati-hati kerana satu-satunya negara yang melaksanakan GST

jadual2.2: Kadar awal GST dan inflasi selama 5 tahun negara-negara terpilih

Negara Kadar GST Kadar inflasi

(%) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5

Pendapatan rendah Bangladesh 15.00 6.38 3.63 3.01 5.31 10.3Nepal 13.00 4.01 11.24 7.45 2.48 2.69Cameroon 19.25 1.88 1.23 4.42 2.83 0.62India 12.50 4.25 5.79 6.39 8.32 10.83Nigeria 5.00 57.17 57.03 72.84 29.27 8.53

Pendapatan sederhanaFilipina 10.00 9.27 5.95 3.95 5.35 2.72Thailand 7.00 4.14 3.31 5.04 5.82 5.81China 17.00 24.17 17.07 8.33 2.81 -0.77Indonesia 10.00 10.49 4.74 5.82 9.29 8.07Hungary 27.00 15.75 9.99 9.80 9.15 5.27

Pendapatan tinggiSingapura 3.00 2.29 3.10 1.72 1.38 2.00Jepun 5.00 2.27 3.04 3.30 1.71 1.27Australia 10.00 2.34 2.65 1.81 1.36 2.06

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (2015)

Page 40: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

15

seperti di Malaysia iaitu India (mempunyai pembekalan dikecualikan dan pembekalan berkadar sifar)

mempunyai aliran yang berbeza. Kadar inflasi India meningkat dari setahun ke setahun dan sehingga

pada tahun kelima mencecah hingga melebihi 10%.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa pelaksanaan GST menyebabkan peningkatan aktiviti ekonomi

gelap (underground) seperti yang dilaporkan oleh Spiro (1993) yang melakukan kajian ini di Kanada.

Terdapat juga bukti empirikal yang menyatakan kecekapan ekonomi seperti yang dibincangkan di atas

tidak dapat dicapai dengan pelaksanaan GST atau VAT. Nam, Parsche dan Schaden (2001) melaporkan

masalah pengelakan cukai dan penipuan paling serius berlaku di Itali, Greece dan Sepanyol selepas

pelaksanaan VAT di negara-negara tersebut. Beban cukai juga telah meningkat sebanyak 50% di negara-

negara Eropah dan 34% lebih cepat di kalangan negara-negara yang melaksanakan VAT (Mitchell 2005).

Ketidaktentuan impak pelaksanaan GST atau VAT seperti yang dilaporkan dalam kajian-kajian

sebelum ini merupakan satu permasalahan yang mesti disedari oleh kerajaan dalam menjaga pertumbuhan

ekonomi negara dan kebajikan rakyat. Pelaksanaan GST atau VAT juga tidak menjamin perubahan yang

signifikan terhadap pembangunan ekonomi dan orang awam (Unegbu dan Irefin 2011). Kajian impak

sama ada bagi jangka pendek mahupun panjang adalah sangat penting bagi meminimumkan apa sahaja

kesan negatif yang mungkin berlaku.

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengukur impak pelaksanaan GST terhadap industri

agromakanan. Kajian ini juga menggariskan beberapa objektif spesifik seperti yang berikut:

1. Untuk mengkaji persepsi awam terhadap pelaksanaan GST

2. Untuk mengenal pasti impak pelaksanaan GST terhadap harga komoditi agromakanan

3. Untuk menentukan implikasi pelaksanaan GST terhadap makanan berasaskan pertanian dan

pertumbuhan ekonomi

2.2 laTaRbelaKanGPelaksanaan sistem percukaian GST di Malaysia mengkategorikan pembekalan produk dan perkhidmatan

kepada tiga komponen utama iaitu:

Pembekalan Berkadar Standard

Semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat di rantaian

pembekalan melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan

berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir layak

menuntut kembali kredit cukai input jika ada dikenakan cukai input oleh mana-mana pihak semasa

pembelian input. Pengguna akhir tidak layak menuntut semula kredit cukai input dan perlu menanggung

beban cukai output berkadar standard iaitu 6%. Cukai ini dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia

dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dana dari Kumpulan Wang Disatukan akan

diagihkan dalam belanjawan tahunan lalu dilaburkan bagi hal-hal pembangunan dan kebajikan

penduduk Malaysia.

Bagi barangan yang ingin dibawa keluar daripada negara Malaysia, mana-mana individu termasuk

warganegara Malaysia, pemastautin tetap, pemastautin sementara, bukan warganegara, pendatang asing

berpermit dan pelancong asing layak untuk menuntut bayaran balik cukai output berkadar standard

6% di kaunter Skim Bayaran Balik Pelancongan (GST Refund Scheme for Tourist) dengan mengisi

borang tuntutan bayaran balik GST bersama resit barangan yang menunjukkan bayaran GST yang sah

telah dibuat di mana-mana lapangan terbang antarabangsa Malaysia dan pintu sempadan negara yang

diperakui undang-undang.

Page 41: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

16

Pembekalan Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada bawah kategori ini akan dikenakan cukai sebanyak 0% pada

setiap peringkat di rantaian pembekalan. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir masih layak menuntut

kembali kredit cukai input jika ada dikenakan cukai input oleh mana-mana pihak semasa pembelian

input. Pengguna akhir tidak perlu menanggung beban cukai GST berkadar standard iaitu 6%. Barangan

dan perkhidmatan yang dieksport ke luar negara tidak dikenakan cukai sebanyak 6% sebaliknya

dikenakan kadar 0%.

Pembekalan Dikecualikan

Barangan dan perkhidmatan yang berada bawah kategori ini tidak dikenakan cukai dan tidak tertakluk

kepada GST pada peringkat output. Beban cukai GST berkadar standard tidak akan dikenakan kepada

pengguna akhir. Walau bagaimanapun, entiti perniagaan yang menjadi pengguna terakhir yang terlibat

di dalam rantaian pembekalan tidak layak menuntut kembali kredit cukai input sekiranya ada dikenakan

cukai input oleh mana-mana pihak ketika pembelian input.

pernyataanmasalah

Kebanyakan pembekalan produk segar dikategorikan di bawah pembekalan dikecualikan cukai, namun

ketidaktentuan kesan GST ke atas kenaikan harga bekalan berasaskan makanan termasuk produk

agromakanan segar perlu diberi perhatian. Walaupun terdapat jaminan kerajaan bahawa hampir kesemua

keperluan asas dikecualikan daripada GST dan tidak akan mengalami perubahan harga, masyarakat

awam masih prejudis dan negatif terhadap pelaksanaannya. Ini bersandarkan daripada maklumat-

maklumat lain yang mereka dapati terutama sumber media alternatif di samping informasi daripada

kerajaan yang masih tidak dapat memberi kefahaman penuh kepada masyarakat terhadap pelaksanaan

GST. Pengalaman dan kesan yang dilalui negara-negara yang melaksanakan GST atau VAT sebelum ini

juga dijadikan sandaran dan sumber seterusnya membina persepsi di kalangan masyarakat Malaysia.

justifikasiKajian

Kajian ini khusus bertujuan untuk menilai persepsi pihak berkepentingan iaitu orang awam terhadap

pelaksanaan regim percukaian terbaru GST yang menggantikan SST. Persepsi awam penting demi

memastikan setiap dasar dan pelaksanaan sistem baru oleh kerajaan dinilai positif dan jika tidak,

apakah tindakan yang perlu diambil kerajaan bagi memastikan persepsi awam terhadap sesuatu dasar

dapat diperbaiki. Anggaran kenaikan atau penurunan harga serta impak pelaksanaan GST terhadap

sosioekonomi rakyat dan ekonomi negara juga merupakan antara perkara penting yang dilaksanakan

menerusi kajian ini. Impak sama ada positif mahupun negatif merupakan aspek penting penilaian dalam

kajian ini bagi memastikan tindakan yang tepat dan efisien dapat diambil oleh kerajaan bagi memastikan

perjalanan ekonomi negara berada pada landasan yang betul di samping kemaslahatan masyarakat juga

tidak diabaikan.

2.3 meTOdOlOGiKajianKaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan bagi menjawab objektif kajian. Objektif pertama

dipenuhi dengan melaksanakan soal selidik terbuka di kalangan rakyat Malaysia. Soal selidik

telah dilaksanakan dengan mengambil kira kesemua empat zon (utara, selatan, barat dan timur) di

Semenanjung Malaysia tidak terkecuali Sabah dan Sarawak. Sebanyak 360 reponden telah memberi

komitmen dalam memberi respons menerusi soal selidik yang dilakukan. Namun begitu, hanya 347

borang soal selidik yang boleh digunakan setelah melalui proses pembersihan data. Borang soal selidik

telah distruktur berdasarkan maklumat-maklumat sekunder dan input kajian yang telah dilakukan sama

ada di luar dan dalam negara.

Page 42: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

17

Pensampelan mudah (convenience sampling) telah digunakan untuk prosedur pengumpulan data

dengan menggunakan enam pembanci terlatih. Sampel saiz ini dipilih berdasarkan rujukan pensampelan

saiz oleh Sudman (1976) dan teknik analisis yang akan digunakan (Hair, Black, Babin, Anderson,

dan Tatham 2006). Kandungan dan item soal selidik juga telah dibincangkan dengan terperinci dan

kebolehpercayaan data yang dikumpul juga dinilai oleh pekali Cronbach Alpha, menunjukkan kesahan

yang tinggi.

Analisis Faktor dilakukan untuk pengekstrakan faktor komponen (Hair et al. 2006) yang

mempengaruhi persepsi masyarakat manakala kaedah analisis input output (Input-Output Analysis) juga

telah dilakukan dengan bantuan seorang penyelidik pakar daripada Institut Kajian Dasar dan Pemakanan

Malaysia (IKDPM) di bawah Universiti Putra Malaysia.

2.4 dapaTanKajiandanpeRbincanGanDapatan kajian daripada analisis adalah berdasarkan objektif yang telah dikemukakan. Jadual 2.3

menunjukkan profil responden yang menyertai kajian ini.

2.4.1persepsiawamterhadappelaksanaanGsTdimalaysiaSecara umumnya, hampir kesemua responden (97.2%) sedar tentang pelaksanaan sistem

percukaian GST yang dilaksanakan pada April 2015. Walau bagaimanapun, 63.8% daripada

keseluruhan responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem percukaian baru itu.

Dapatan ini tidak banyak berbeza dengan dapatan yang didapati daripada undian internet

jadual2.3:Profil responden

Profil (n=347) Peratus

Umur• < 25• 26 – 35• 36 – 45• 46 – 55• > 55

33.629.119.299

Jantina• Lelaki• Perempuan

42.457.6

Tahap pendidikan• Sekolah rendah• Sekolah menengah• Diploma kolej• Ijazah universiti

5.944.128.121.9

Status pekerjaan• Suri rumah• Sektor swasta• Sektor awam• Pelajar• Berniaga sendiri

9.844.716.316.013.2

Pendapatan sendiri• < RM1000• RM1001 – RM2000• RM2001 – RM3000• RM3001 – RM4000• RM4001 – RM5000• > RM5000

47.823.312.78.85.54.3

Sumber: Data kajian, 2015

Page 43: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

18

(e-poll) yang dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang mendapati 76% daripada

rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan GST. Di samping itu 68.8% daripada responden juga

tidak bersetuju bahawa barangan dalam senarai dikecualikan tidak mengalami peningkatan

harga dan 64.9% juga berpendapat yang sama tentang harga sayuran dan buah-buahan tidak

meningkat. Hampir 64% daripada responden menyatakan telah mengalami peningkatan harga

bagi sayur-sayuran dan buah-buahan walaupun sebelum pelaksanaan GST.

Kajian ini juga mendapat respons yang pelbagai daripada bahagian pernyataan pendapat

secara bebas yang ada di dalam borang soal selidik. Sebanyak 319 atau hampir 92% daripada

responden menyatakan pendapat bebas mereka di ruangan yang disediakan. Jadual 2.4

menunjukkan kenyataan-kenyataan yang kerap diulang oleh responden.

Analisis faktor telah dilakukan bagi mendapatkan komponen-komponen faktor yang

membantu membentuk persepsi awam terhadap pelaksanaan GST. Melalui Analisis Faktor

Eksploratori (EFA) yang dilakukan, terdapat lima faktor atau komponen yang mempunyai

hubung kait dengan pembinaan persepsi negatif masyarakat terhadap pelaksanaan GST dengan

nilai Eigen melepasi 1.0 dan jumlah varians yang dijelaskan melebihi 60% seperti yang dapat

dilihat dalam Jadual 2.5.

jadual2.4: Kenyataan positif dan negatif oleh responden terpilih

Kenyataan

Positif Negatif

• Boleh mengawal peniaga daripada mengambil kesempatan daripada pembeli

• Boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi• Boleh meningkatkan pendapatan kerajaan• Sistem cukai yang adil tetapi harus bermula pada

kadar yang lebih rendah (3%)

• Beban kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana

• Bukan sistem cukai yang mesra rakyat• Boleh diterima tetapi hapuskan

rasuah dahulu• Pelaksanaan tidak kena masa kerana

pendapatan per kapita masih rendah• Membunuh perniagaan kecil yang

kebanyakannya bumiputra• Maklumat yang tidak telus kepada rakyat• Penguatkuasaan lemah menyebabkan

kenaikan harga• Tidak selaras dengan ajaran Islam

Sumber: Data primer 2015

Rajah2.1: Persepsi rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan GST

Page 44: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

19

jadual2.5: Kaiser-Mayer-Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy Bartlett’s Test of Sphericity and Significance

.878 3157.80

253

p = .000

Nota: Bartlett’s Test of Sphericity & Significance p <0.000 dan Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy >0.60. Nilai Eigen >1 dan jumlah varians >60 %

Kepercayaan sendiri merujuk kepada idea sedia ada pada responden. Kepercayaan

mereka dibentuk melalui maklumat-maklumat alternatif yang didapati selain maklumat

yang disalurkan oleh kerajaan melalui media-media utama di televisyen dan surat khabar.

Komponen ini berkait rapat dengan komponen sistempercukaian yang umumnya mengetahui

sistem GST yang mengenakan cukai berperingkat pada setiap tingkat pengeluaran. Tanggapan

awal responden adalah cukai pada setiap tingkat pengeluaran produk mahupun perkhidmatan

berkemungkinan besar menyumbang kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan

sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Kekuranganmaklumat juga membentuk persepsi negatif responden terhadap pelaksanaan

sistem percukaian GST. Maklumat yang tidak lengkap dan bercanggah terutama daripada

kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan realiti yang berlaku mempunyai

hubung kait yang sangat relevan dengan persepsi negatif yang terbentuk di kalangan masyarakat.

Di samping itu, peningkatan harga barangan selepas pelaksanaan GST membenarkan

tanggapan awal responden tentang impak kenaikan harga yang dijangka oleh mereka sekali

gus menambah persepsi negatif terhadap GST. Responden adalah skeptikal terhadap pulangan

bermanfaat yang akan mereka dapati daripada hasil kutipan yang dijangka meningkat dengan

pelaksanaan GST. Ketidakpercayaan responden terhadap janji kerajaan mungkin terkait dengan

beberapa isu dan ketidaktepatan janji serta pulangan manfaat yang tidak dapat dilihat secara

fizikal oleh mereka.

2.4.2impakpelaksanaanGsTterhadaphargaKomoditiagromakananAnalisis input-output telah dijalankan bagi menganggar kenaikan atau penurunan harga bagi

komoditi-komoditi agromakanan dan yang berkait dengannya. Aplikasi analisis ini dijalankan

dengan anggapan kesemua perniagaan yang ada di Malaysia berdaftar secara sah di bawah

sistem percukaian GST. Jadual 2.6 menunjukkan sektor dan komoditi agromakanan yang

sepatutnya mengalami kenaikan harga berdasarkan harga baseline RM1.00 selepas pelaksanaan

sistem GST.

Kepercayaan Kekurangan sendiri maklumat

Persepsi Awam

Sistem Peningkatan percukaian harga barangan

Pulangan bermanfaat

Rajah2.2:Komponen faktor yang membina persepsi terhadap pelaksanaan GST

Page 45: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

20

Sektor padi mengalami perubahan kenaikan harga paling tinggi berbanding yang lain

dengan catatan peratus perubahan sebanyak 4.67%. Sektor buah-buahan, bunga dan tanaman

makanan turut mengalami peningkatan antara 3.95% sehingga 4.18% diikuti sayuran dengan

kenaikan 3.37% dan pembuatan bijiran 2.6% pada era pasca GST. Pertanian lain juga

mengalami kenaikan harga namun hanya pada kadar 1.49%. Senarai sektor yang mengalami

penurunan harga juga dapat dilihat melalui Jadual 2.7.

Pengawetan makanan laut mengungguli jadual dengan penurunan harga sebanyak

39.88% berbanding dengan harga sebelum pelaksanaan GST. Ini diikuti dengan minyak

dan lemak, pengeluaran tenusu, restoran, pengawetan buah dan sayuran, manisan, keluaran

kilang roti dan minuman ringan yang mencatatkan penurunan harga antara 11% sehingga

33%. Sektor makanan haiwan, perikanan, prosesan makanan lain, pengangkutan air, wain dan

minuman keras, baja, pengeluaran daging, daging, keluaran tembakau, perdagangan borong

dan runcit serta kenderaan bermotor, prosesan getah, keluaran getah, kelapa sawit, perhutanan

dan pembalakan juga mengalami penurunan harga antara 2% hingga 10%. Penternakan ayam

itik, farmaseutikal, kimia perubatan dan produk botani dan ternakan lain pula mengalami

peratusan penurunan yang paling sedikit iaitu kurang daripada 1%.

2.4.3 implikasipelaksanaanGsTterhadappertumbuhanekonomiPertumbuhan ekonomi negara adalah bersandarkan kepada kegiatan ekonomi beberapa

industri terkemuka dan hasil sumber semula jadi yang ada di Malaysia. Hubung kait antara

industri-industri sentiasa ada saling memberi impak terhadap satu sama lain sama ada kecil

mahupun besar. Berdasarkan Rajah 2.3, sektor agromakanan sendiri sangat bergantung kepada

industri lain seperti industri pembuatan (RM4.93 bilion) dan buruh (RM3.60 bilion). Namun

pada masa yang sama, input daripada sektor agromakanan sangat diperlukan dalam sektor

penggunaan swasta sehingga hampir bernilai RM20 bilion.

Perubahan struktur ini mungkin akan mengalami perubahan selepas pasca GST yang

mana penekanan cukai input yang dilaksana bawah sistem percukaian GST akan mengubah

nilai-nilai input yang digunakan pada masa sekarang.

Di samping itu, perubahan peratus perbelanjaan juga dijangka berlaku pada tahap

isi rumah. Dapatan kajian menunjukkan pengurangan peratus perbelanjaan akan berlaku

kepada isi rumah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.8 dan Jadual 2.9. Kesemua kategori

pendapatan mengalami peratus penurunan perbelanjaan selepas pelaksanaan GST iaitu

antara 1% hingga 10% manakala kedua-dua strata penduduk bagi luar bandar dan bandar

jadual2.6: Senarai sektor yang mengalami kenaikan harga

Sektor Baseline (RM)

Pasca-GST (RM)

Perubahan (%)

Padi 1.00 1.05 4.67

Buah-buahan 1.00 1.04 4.18Bunga 1.00 1.04 4.09Tanaman makanan 1.00 1.04 3.95Sayuran 1.00 1.03 3.37Pembuatan bijirin 1.00 1.03 2.60Pertanian lain 1.00 1.01 1.49

Purata wajaran 1.02

Nota: Baseline RM1.00 digunakan bagi memudahkan perubahan perbezaan peratusan dapat ditunjukkan bagi setiap sektor yang menggunakan harga yang pelbagai

Page 46: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

21

jadual2.7: Senarai sektor yang mengalami penurunan harga

Sektor Baseline (RM)

Pasca-GST (RM)

Perubahan (%)

Pengawetan makanan laut 1.00 0.66 39.88Minyak dan lemak 1.00 0.67 32.82Pengeluaran tenusu 1.00 0.74 25.79Restoran 1.00 0.75 24.75Pengawetan buah dan sayuran 1.00 0.87 13.33Manisan 1.00 0.87 12.71Keluaran kilang roti 1.00 0.89 11.33Minuman ringan 1.00 0.89 11.24

Makanan haiwan 1.00 0.9 9.64

Perikanan 1.00 0.92 7.93Prosesan makanan lain 1.00 0.92 7.80Pengangkutan air 1.00 0.93 7.47Arak dan minuman keras 1.00 0.94 5.72Baja 1.00 0.94 5.66Daging dan pengeluaran daging 1.00 0.94 5.56Keluaran tembakau 1.00 0.96 3.67Perdagangan borong dan runcit dan kenderaan bermotor 1.00 0.97 3.33Prosesan getah 1.00 0.97 2.86Keluaran getah 1.00 0.97 2.84Kelapa sawit 1.00 0.98 2.20Perhutanan dan pembalakan 1.00 0.98 2.11Penternakan ayam itik 1.00 0.99 0.66Farmaseutikal, kimia perubatan dan produk botani 1.00 0.99 0.52Ternakan lain 1.00 1.00 0.50

Purata wajaran 0.93

Nota:Baseline RM1.00 digunakan bagi memudahkan perubahan perbezaan peratusan dapat ditunjukkan bagi setiap sektor yang menggunakan harga yang pelbagai

PERMODALAN BURUHCUKAI

PENGGUNAANSWASTA

PENGGUNAANKERAJAAN

PEMBINAAN

AGRO-MAKANAN

PELABURAN

PERLOMBONGAN & KUARI

2.28

00

19.40.18

PERKHIDMATAN

PERTANIAN TANI

PEMBUATAN IMPORT

EKSPORT

JARINGAN INDUSTRI DALAM EKONOMI

JADUAL INPUT-OUTPUT

2020 (RM BILION)

0

0

3.55

4.93

0.09

4.11

2.5

3.60

Rajah2.3: Jaringan industri agromakanan dengan industri-industri lain di Malaysia

Page 47: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

22

juga mengalami penurunan peratus perbelanjaan antara 1% hingga 2%. Namun perlu diingat

bahawa dapatan ini adalah dengan andaian semua entiti perniagaan yang ada di Malaysia

telah berdaftar di bawah pelaksanaan GST dan mekanisme percukaian berjalan dengan lancar.

Peratus penurunan perbelanjaan juga dirasai bagi semua etnik Melayu, Cina, India dan lain-

lain dengan pelaksanaan GST iaitu pada kadar sekitar 1% dan 2%.

Peratus penurunan perbelanjaan isi rumah juga diukur berdasarkan negeri-negeri di

Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kesemua isi rumah di negeri-negeri

akan mengalami peratus penurunan sekurang-kurangnya 1% atau lebih daripada jumlah

perbelanjaan sebelum GST dilaksanakan. Walau bagaimanapun, isi rumah di Kuala Lumpur,

Pulau Pinang dan Putrajaya akan mengalami peratus penurunan yang kurang daripada 1% iaitu

0.82%, 0.89% dan 0.62%.

jadual2.9: Peratus penggunaan isi rumah bagi makanan dan minuman bukan alkohol sebelum dan selepas pelaksanaan GST berdasarkan negeri

Profil Kategori penggunaan

Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

21.37 –1.26 24.27 –1.10 27.74 –1.10 18.79 –1.10

Negeri N.Sembilan Pahang P.Pinang Perak

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

23.13 –1.29 21.32 –1.06 15.83 –0.89 21.86 –1.14

Negeri Perlis Selangor Terengganu Sabah

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

24.55 –1.24 16.42 –1.07 24.3 –1.05 24.64 –1.46

Negeri Sarawak W.P KL W.P Labuan Putrajaya

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

26.33 –1.4 13.47 –0.82 22.25 –1.35 9.25 –0.62

Nota: E = Peratusan perbelanjaan isi rumah sebelum GST, AE = peratus perubahan dalam perbelanjaan isi rumah selepas pelaksanaan GST

jadual2.8:Peratus penggunaan isi rumah bagi makanan dan minuman bukan alkohol sebelum dan selepas pelaksanaan GST berdasarkan pendapatan, strata dan etnik

Profil Kategori penggunaan

Pendapatan < RM1000 RM1000 – RM1999 RM2000 – RM2999 RM3000 – RM3999 RM4000 – RM4999 >RM5000

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

33.84 –1.59 27.57 –7.5 22.8 –7.14 19.61 –5.25 18.08 –3.91 13.52 –10.91

Strata Luar bandar Bandar

E ∆E E ∆E

18.13 -1.05 27.45 -1.36

Etnik Bumiputera Cina India Lain-lain

E ∆E E ∆E E ∆E E ∆E

22.02 –1.2 16.84 –0.97 19.25 –1.24 25.03 –1.14

Nota: E = Peratusan perbelanjaan isi rumah sebelum GST, AE = peratus perubahan dalam perbelanjaan isi rumah selepas pelaksanaan GST

Page 48: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

23

2.5 saRananPelan tindakan yang boleh diambil adalah berasaskan kepada beberapa langkah utama iaitu:

• Penguatkuasaan

Pelaksanaan GST akan menghasilkan banyak impak positif kepada kerajaan jika penguatkuasaan

pelaksanaan GST dipertingkatkan. Jika kesemua entiti perniagaan yang terlibat mematuhi sistem

percukaian baru GST, secara teorinya, peningkatan harga barangan dan perkhidmatan adalah pada

kadar minimum dan penurunan harga akan dirasai oleh rakyat. Penguatkuasaan kepada pematuhan

sistem baru mestilah dilaksana dengan tegas dan efektif sekiranya kesan positif yang diandaikan

hasil pelaksanaan GST mahu dinikmati segenap lapisan masyarakat.

• Informasi menyeluruh

Penyampaian maklumat dan informasi yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan

rakyat benar-benar faham konsep percukaian GST. Informasi yang betul dan telus sangat penting

bagi melancarkan lagi sistem percukaian GST terutamanya kepada entiti perniagaan. Capaian

maklumat atau informasi yang boleh difahami menyumbang kepada pembentukan persepsi yang

positif di kalangan rakyat dan pematuhan entiti perniagaan terhadap pelaksanaan sistem percukaian

baru GST. Ini pada akhirnya akan membentuk model percukaian yang diharapkan oleh pembuat

dasar seterusnya memenuhi kriteria sistem yang memerlukan perfect compliance bagi menikmati

manfaat daripada pelaksanaan GST.

• Mekanisme pindahan manfaat atau insentif ekonomi

Penggunaan pendekatan ekonomi yang betul seperti insentif ekonomi (BRIM dll) dan mekanisme

pindahan yang lain perlu digunakan bagi mengatasi impak kenaikan harga barangan dan

perkhidmatan. Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan adalah dengan menaikkan kadar upah

minimum kepada yang lebih tinggi berdasarkan andaian penyelesaian langsung dan mudah

untuk menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Dasar ini memberi

penyelesaian jangka pendek kepada kemampuan berbelanja di kalangan rakyat namun memberi

impak negatif kepada kadar inflasi dalam jangka panjang. Pematuhan kadar upah minimum oleh

entiti perniagaan mengundang kepada kecenderungan firma untuk meningkatkan harga produk dan

barangan masing-masing bagi menampung kenaikan kos buruh (Wadsworth 2010). Dianggarkan

peningkatan produktiviti hanya meningkat sebanyak 7% berbanding dengan kenaikan kos buruh

yang boleh mencecah 11 – 15% (MEF 2015) atau 16.5% (Saari, Hassan dan Said 2013) jika kerajaan

menaikkan kadar upah minimum.

• Memahami struktur pasaran

Struktur pasaran Malaysia yang dikuasai beberapa firma besar berkemungkinan mempengaruhi

harga produk dan perkhidmatan akhir di pasaran. Entiti perniagaan yang bersifat monopoli mampu

memberi kesan positif mahupun negatif terhadap turun naik harga barangan. Impak langsung

struktur seperti ini memerlukan kajian empirikal yang lebih mendalam bagi memastikan pasaran

Malaysia yang pelbagai dapat difahami dengan baik seterusnya membantu kerajaan merangka

dasar yang memberi manfaat sama ada kepada firma dan juga masyarakat marhaen.

• Kajian impak yang berterusan

Kajian impak yang berterusan mestilah dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelan

tindakan pasca GST mengambil kira pelbagai aspek dan dimensi yang berkaitan. Kajian impak

terhadap industri kecil dan sederhana adalah antara aspek yang perlu dititikberatkan di samping

kajian-kajian sosioekonomi yang menekankan aspek kebajikan rakyat. Daya saing industri kecil

dan sederhana yang kebanyakannya diusahakan bumiputera selepas pelaksanaan GST dijangka

Page 49: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

24

mendapat impak yang besar berdasarkan saiz industri ini yang mencecah 90% daripada keseluruhan

jumlah entiti perniagaan di Malaysia. Analisis dan kajian jangka panjang juga perlu dilakukan

pada masa hadapan bagi mengukur keberkesanan dan manfaat yang diperoleh hasil daripada

pelaksanaan GST seperti yang diandaikan dalam kajian-kajian jangka pendek dan rujukan literatur

sedia ada.

2.6 RUmUsanAnggaran impak secara teorinya memberi banyak kesan positif sama ada dari sudut penurunan harga

dan kesan tidak langsung kepada industri-industri berkaitan. Produk agromakanan segar majoritinya

mengalami penurunan harga sekali gus memberi lebihan pendapatan kepada rakyat walaupun

beberapa komoditi mengalami kenaikan harga. Namun begitu, bardasarkan dapatan empirikal kajian

ini, kenaikan harga pada komoditi tertentu dapat ditampung dengan lebihan simpanan yang dapat

dinikmati masyarakat pada peringkat isi rumah dengan penurunan harga komoditi-komoditi yang

lain akibat pelaksanaan GST. Keadaan positif ini walau bagaimanapun hanya dapat berlaku dengan

syarat keadaan pasaran yang kompetitif, penguatkuasaan yang berkesan dan informasi menyeluruh

dapat dilaksanakan. Mekanisme pindahan manfaat seperti pemberian BRIM pula mesti diperkasakan

dan memerlukan penstrukturan semula supaya golongan sasaran dapat menikmati insentif ekonomi

seterusnya membantu kerajaan mengimbangi kesan peningkatan kadar inflasi daripada tidak terkawal.

Realitinya, tidak dinafikan beberapa faktor lain mungkin mempengaruhi keadaan peningkatan harga

yang boleh dikatakan meliputi semua sektor barangan yang ada sekarang biarpun di bawah kategori

pembekalan berkadar sifar mahupun pembekalan dikecualikan. Rasionalisasi subsidi dan kejatuhan

ringgit mungkin mempengaruhi kenaikan harga barangan di pasaran. Kendatipun begitu, kajian empirikal

yang lebih teliti perlu dilaksanakan bagi mengetahui permasalahan yang wujud secara lebih mendalam.

2.7 RUjUKanBreen, J., Bergin-Seers, S., Roberts, I. dan Sims, R. (2002). The impact of the introduction of the GST on small

business in Australia. Asian Review of Accounting 10(1): 89 – 104

Cnossen, S. (1998). Global trends and issues in value added taxation. International Tax and Public Finance 5(3):

399 – 428

Custom, R.M. (2015). Senarai bekalan berkadar sifar, dikecualikan dan pelepasan GST. Dalam: R.M. Custom

(Ed.). Putrajaya

Gabriel, P. dan Reiff, A. (2010). Price Setting in Hungary: A Store Level Analysis. Managerial and Decision Economics

31(2a 3): 161 – 176

Hair, J., Black, W., Babin, B., Anderson, R. dan Tatham, R. (2006). Multivariate data analysis: a global perspective

(7th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Keen, M. dan Lockwood, B. (2010). The value added tax: Its causes and consequences. Journal of Development

Economics 92(2): 138 – 151

Mitchell, D.J. (2005). Beware the value-added tax. Backgrounder 2005

Nam, C.W., Parsche, R.D. dan Schaden, B. (2001). Measurement of value added tax evasion in selected EU countries

on the basis of national accounts data

Olatunji, O.C. (2009). A review of value added tax (VAT) administration in Nigeria. International Business

Management 3(4): 61 – 68

Spiro, P.S. (1993). Evidence of a post-GST increase in the underground economy. Canadian Tax Journal 41

Sudman, S. (1976). Applied sampling: Academic Press New York

Unegbu, A.O. dan Irefin, D. (2011). Impact of VAT on economic development of emerging nations. Journal of

Economics and International Finance 3(8), 492 – 503

Page 50: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

25

3.0 KAJIANPERJANJIANKAWASANPERDAGANGANBEBAS ASEAN(AFTA)DANKESANNYAKEPADAPENGELUARAN,PERDAGANGANDANPELABURANSEKTORPERTANIANDIMALAYSIA

3.1 PENDAhULUANMalaysia merupakan sebahagian daripada negara yang menyertai dan menyokong inisiatif liberalisasi

perdagangan, termasuklah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas

ASEAN (AFTA). Penubuhan AFTA adalah satu bentuk kerjasama serantau bagi mewujudkan perdagangan

bebas yang seimbang dan adil, di samping meningkatkan daya saing ekonomi di kalangan negara-

negara ASEAN. Kewujudan kawasan perdagangan bebas membolehkan negara ahli menikmati pasaran

yang lebih besar dengan sumber-sumber yang lebih luas. Secara teorinya, perdagangan tambahan

akan tercipta di kalangan negara-negara anggota kerana mempunyai akses pasaran dan keistimewaan

perdagangan bebas melalui perjanjian perdagangan yang ditandatangani. Perdagangan yang asalnya

dilakukan dengan negara bukan ahli juga mungkin dihentikan atau berkurangan bagi memberi laluan

kepada perdagangan antara negara ahli, memandangkan akses pasaran lebih mudah dan murah.

Kelebihan berdaya saing dijangka berlaku dalam ekonomi serantau, seterusnya membawa kepada

peningkatan perdagangan yang mendorong kepada pendapatan yang lebih tinggi dan taraf hidup yang

lebih baik.

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Untuk menilai pengeluaran komoditi pertanian terpilih di Malaysia selepas pelaksanaan AFTA.

ii. Untuk melihat trend komitmen Malaysia berhubung dengan tarif CEPT-AFTA.

iii. Untuk menilai kesan AFTA terhadap industri pertanian di Malaysia dengan memberi tumpuan

kepada perdagangan dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).

iv. Memberi saranan berdasarkan hasil dapatan kajian bagi meningkatkan sektor pertanian Malaysia.

Selepas lebih 20 tahun penubuhan AFTA, adalah sangat bertepatan untuk satu kajian dijalankan bagi

menilai sama ada penubuhannya memberi kesan yang signifikan terhadap sektor pertanian di Malaysia.

Perhatian akan diberi kepada penilaian terhadap komitmen pengurangan tarif menurut skim CEPT.

Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sepanjang kewujudan AFTA turut dibentangkan. Trend

pengeluaran produk pertanian terpilih dinilai, diikuti dengan corak perdagangan produk pertanian

terpilih di kalangan negara serantau dan aliran pelaburan langsung asing di Malaysia. Bahagian

akhir laporan ini memberi saranan yang dapat memanfaatkan sektor pertanian dan industri asas tani

di Malaysia.

Page 51: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

26

3.2 LATARBELAKANGPerjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1992

ditandatangani oleh enam buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan

Thailand (dikenali sebagai ASEAN-6). Negara Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam menyertai AFTA

lebih lewat. Cambodia menyertai AFTA pada tahun 1999, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Vietnam

pada 1995. Gabungan empat buah negara ini dikenali sebagai CLMV.

Rajah3.1: Negara-negara anggota ASEAN dan AFTA

Objektif utama penubuhan AFTA adalah untuk:

i) mewujudkan pasaran tunggal dan pusat pengeluaran serantau;

ii) menarik pelaburan langsung asing; dan

iii) mengembangkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN.

3.2.1SkimCEPT-AFTADalam sektor pertanian, perjanjian yang menuntut keperluan liberalisasi ialah Agreement

on Agriculture (AoA) bawah WTO dan Protocol on the Special Arrangement for Sensitive

and Highly Sensitive Products bawah skim CEPT-AFTA. Beberapa dokumen perjanjian yang

berkaitan dengan AFTA telah dimeterai. Garis masa yang dipaparkan (Rajah 3.2) bertujuan

untuk membentangkan mengenai senarai perjanjian dan protokol yang berkaitan dengan AFTA.

Skim CEPT bawah AFTA adalah mekanisme utama yang diguna pakai oleh ASEAN untuk

merealisasikan hasrat perdagangan bebas seperti objektif penubuhan yang dinyatakan di

atas. Pada dasarnya, AFTA melalui skim CEPT ini juga merupakan satu langkah yang diambil

bagi menyediakan rantau ini menghadapi cabaran daripada liberalisasi yang berlaku secara

global. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan tarif ke atas perdagangan intra-ASEAN melalui

pengurangan tarif yang progresif. Walau bagaimanapun, CEPT pada awalnya tidak meliputi

produk pertanian. Hanya pada tahun 1996 telah diputuskan supaya produk pertanian yang

belum diproses (unprocessed agricultural products, UAP) dimasukkan ke dalam skim CEPT.

UAP dikategorikan kepada empat senarai utama:

i) Senarai kemasukan segera (inclusion list, IL)

ii) Senarai pengecualian sementara (temporary exclusion list, TEL)

iii) Senarai sensitif (sensitive list, SL)

iv) Senarai sangat sensitif (highly sensitive list, HSL)

Page 52: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

27

Rajah3.2: Garis masa perjanjian dan protokol berkaitan AFTA

1992 1993 1994 1995 1998 1999

• Perjanjian skim “Common effective preferential tariff (CEPT) untuk AFTA

• Skim CEPT berkuatkuasa

• Kemasukan“Unprocessed

agricultural products” (UAPs) ke dalam skim CEPT

• Perjanjian CEPT dipinda

• Protokol prosedur notifikasi

• Memudahcara “Goods in transits

• Protokol peraturan khusus untuk barangan sensitif (SL) dan sangat (HSL)

2000 2004 2007 2009 2010 2015

• Fleksibiliti untuk produk di dalam senarai pengecualian sementara (TEL) dalam skim CEPT

• Protokol barangan sensitif (SL) dan sangat sensitif (HSL) dipinda

• Pertimbangan khusus untuk beras dan gula

• “ASEAN Trade in goods agreement” (ATIGA) ditandatangani

• ATIGA berkuatkuasa menggantikan CEPT

• Penghapusan duti import QR dan NTB oleh negara anggota AFTA

• Fasa terakhir • Kemasukan

produk ke dalam skim CEPT/ATIGA selesai

UAP dalam senarai kemasukan segera dimasukkan pada tahun 1996 dimana pada tahun 2003,

tarif ke atas produk-produk ini akan berada dalam julat 0 – 5%. Sekatan kuantitatif (quantitative

restrictions, QRS) dan halangan bukan tarif (non-tariff barriers, NTB) pada produk-produk ini

juga akan dihapuskan.

Tarif UAP dalam senarai pengecualian sementara (TEL) perlu dikurangkan secara

berperingkat di mana ia akan berada pada julat 0 – 5% pada 2003. Produk bawah senarai

sensitif (SL) diberi lebih fleksibiliti dari segi jangka masa pengurangan ke dalam skim CEPT.

Walau bagaimanapun, semua produk-produk dalam senarai ini juga akhirnya akan mempunyai

tarif antara 0 – 5% menjelang 2010. Antara produk yang tergolong dalam senarai sensitif

termasuklah beberapa produk ternakan, buah-buahan tropika, nanas dan tembakau. Untuk

produk dalam senarai yang sangat sensitif (HSL), fleksibiliti diberikan kepada nilai pemotongan

tarif dan tarif akhir yang diperlukan. Malaysia meletakkan beras dalam senarai HSL dengan tarif

akhir sehingga 20%.

Selain keperluan untuk mengurangkan tarif, negara-negara anggota ASEAN juga perlu

menghapuskan sekatan kuantitatif (QRS) seperti kuota dan juga sekatan bukan tarif (NTB).

Begitu juga hak import monopoli yang diberikan kepada perusahaan perdagangan milik

kerajaan perlu dihapuskan. Namun begitu, skop kajian ini terhad kepada skim CEPT yang

menuntut pengurangan tarif dan tidak melihat kepada komitmen penghapusan QRS dan NTB.

Pada mulanya, pengurangan tarif serantau telah ditetapkan untuk dicapai lebih awal, tetapi

perjanjian yang terbaru telah memutuskan untuk mencapainya pada tahun 2015. Sejak tahun

2005, Malaysia telah memasukkan 99.3% baris produk ke dalam Senarai IL bawah skim CEPT.

Negara CLMV mempunyai tarikh akhir yang berasingan kerana penyertaannya yang lebih lewat

daripada ASEAN-6 ke dalam AFTA, selain mengambil kira struktur ekonomi mereka sebagai

negara kurang membangun.

Pada 26 Februari 2009, perjanjian ATIGA (ASEAN Trade in Goods) telah ditandatangani

di Thailand dan mula berkuat kuasa pada 17 Mei 2010. ATIGA menggantikan skim CEPT

dan menyediakan rangka kerja perundangan yang lebih menyeluruh untuk merealisasikan

perdagangan bebas di rantau ini. Kadar asas pengurangan atau pemansuhan kadar tarif masih

mengambil kira kadar CEPT pada masa perjanjian ATIGA berkuat kuasa. Dengan kata lainnya,

sementara fokus utama CEPT adalah untuk mengurangkan kadar tarif, ATIGA memberi fokus

Page 53: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

28

untuk memansuhkan sekatan bukan tarif, selain memberi penekanan kepada prosedur dan

keperluan dokumentasi dan keperluan sanitari dan fitosanitari.

3.2.1CEPTDanKomitmenMalaysiaSkim CEPT ialah instrumen utama ke arah menjadikan ASEAN sebuah kawasan perdagangan

bebas. Ini bermakna negara-negara anggota ASEAN yang menganggotai AFTA hendaklah

mempunyai keseragaman tarif. Namun, tahap tarif dengan negara-negara bukan AFTA akan

terus ditentukan secara individu oleh negara masing-masing. Malaysia mempunyai sejumlah

12,581 barisan tarif kesemuanya. Sejumlah 6,767 baris telahpun mencapai 0% pada hujung

tahun 2006, dan 2,291 baris pada hujung 2007. Tambahan sebanyak 2,291 barisan tarif telah

mencapai kadar 0% pada 2010. Bakinya sebanyak 66 barisan tarif yang merangkumi beberapa

produk pertanian ialah buah-buahan tempatan, gula, tembakau dan beras. Senarai ini juga

telah dimasukkan ke dalam senarai CEPT untuk melalui proses pengurangan tarif, namun

berada di dalam senarai sensitif. Hanya 89 barisan tarif kekal tidak dimasukkan ke dalam CEPT

kerana menjaga keselamatan negara, sahsiah rakyat dan untuk tujuan kesihatan. Barangan

tersebut ialah senjata, peluru, dadah dan beberapa barangan lain.

Jika diteliti Jadual 3.1, Malaysia menunjukkan penurunan tarif yang baik yang menepati

kehendak skim CEPT. Bermula pada tahun 1992 apabila AFTA ditubuhkan, kadar tarif adalah

setinggi 46.25% dan 28.75%. Kemudian, seawal tahun 2008 Malaysia telah berjaya mencapai

julat tarif 0 – 5%, menunjukkan komitmen negara yang sangat tinggi dalam merealisasikan

objektif perjanjian CEPT-AFTA ini.

Dua garisan di dalam graf pada Rajah 3.3 menunjukkan kadar tarif barangan negara

Malaysia. Garisan biru merupakan kadar tarif bagi barangan yang bermula dengan kadar 50%

dan ke atas, manakala garisan merah mewakili barangan yang bermula dengan kadar tarif

sebanyak 30%. Pengurangan tarif bawah komitmen CEPT dapat dilihat dengan lebih jelas.

Jadual 3.1 menunjukkan jumlah barisan tarif di dalam ATIGA yang dicapai oleh negara anggota

AFTA termasuk Malaysia pada 2013. Terkini pada tahun 2015, Malaysia berjaya mencapai

99.23% daripada keseluruhan barisan dengan kadar tarif sifar. Hanya 0.11% yang tinggal

dengan kadar tarif antara 0 – 5% iaitu bagi buah-buahan tempatan yang dijangka mencapai

tarif sifar menjelang 2016. Untuk produk pertanian lain, beras turut termasuk dalam senarai

kemasukan CEPT dan berada dalam senarai kadar tarif melebihi 5% (dihadkan sehingga 20%).

3.2.3SorotanKajianLepasTentangKesanAFTAKajian-kajian empirikal lepas kebanyakannya mengkaji sama ada perjanjian perdagangan

bebas seperti AFTA mengakibatkan lencongan perdagangan (trade diversion) atau mendorong

kewujudan perdagangan (trade creation). Sebagai contoh, Lim (2013) mengkaji kesan tersebut

menggunakan data panel dan membuat kesimpulan bahawa penubuhan ASEAN dan seterusnya

AFTA telah menyumbang kepada kewujudan perdagangan produk pertanian. Dapatan beliau

signifikan menunjukkan perjanjian perdagangan bebas dalam konteks ASEAN mewujudkan

perdagangan dan tidak menyebabkan lencongan perdagangan.

Sebaliknya, terdapat juga kajian lain menyatakan bahawa AFTA boleh menyebabkan

beberapa lencongan perdagangan, mengalihkan dagangan yang asalnya berlaku dengan

negara-negara di luar rantau ASEAN, kepada negara-negara serantau yang mungkin sebenarnya

kurang cekap (Hapsari dan Mangunsong 2006).

Pengurangan tarif pula didapati mempunyai kesan yang besar dalam meningkatkan eksport

dua hala negara-negara ASEAN termasuk Malaysia (Hapsari dan Mangunsong 2006). Ini kerana

tarif merupakan satu bentuk sekatan dagangan, di mana kewujudan tarif akan menyebabkan

Page 54: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

29

Jadual3.1: J

adua

l pen

gura

ngan

tari

f baw

ah S

kim

CEP

T-A

FTA

Neg

ara

Kad

ar ta

rif

sedi

a ad

a (>

20%

)

1993

1994

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

Bru

nei

30%

28%

26%

24%

22%

30%

30%

15%

15%

10%

10%

10%

0 –

5%

Indo

nesi

a50

%50

%50

%50

%50

%50

%40

%30

%30

%20

%20

%20

%15

%15

%10

%10

%0

– 5%

40%

40%

40%

40%

40%

40%

30%

30%

30%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

30%

30%

30%

30%

30%

30%

20%

20%

20%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

25%

25%

25%

25%

25%

25%

20%

20%

20%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

Mal

aysi

a50

%46

.25%

42.5

0%38

.75%

35.0

%31

.25%

23.0

%27

.50%

23.7

5%20

.0%

20.0

%20

.0%

15.0

%15

.0%

10.0

%10

.0%

0 –

5%

30%

28.7

5%27

.50%

26.2

5%25

.0%

23.7

5%15

.0%

22.5

0%21

.25%

20.0

%20

.0%

20.0

%15

.0%

15.0

%10

.0%

10.0

%0

– 5%

Filip

ina

46 –

50%

Dal

am te

mpo

h in

i per

inta

h ek

seku

tif 4

70 m

elak

sana

kan

auto

nom

i 5 ta

hun

peng

uran

gan

tari

f. Pr

ogra

m

bera

khir

199

5

45%

40%

35%

30%

25%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

41 –

45%

40%

35%

30%

25%

25%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

36 –

40%

35%

30%

30%

25%

25%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

31 –

35%

30%

30%

30%

25%

25%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

26 –

30%

25%

25%

25%

25%

25%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

21 –

25%

20%

20%

20%

20%

20%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

Sing

apur

a na

nana

nana

nana

nana

nana

nana

nana

nana

Thai

land

Lebi

h 30

%30

%30

%30

%30

%30

%25

%25

%20

%20

%20

%20

%15

%15

%10

%10

%0

– 5%

26 –

30%

25%

25%

20%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

21 –

25%

20%

20%

20%

20%

15%

15%

10%

10%

0 –

5%

Sum

ber:

Sek

reta

riat

ASE

AN

Page 55: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

30

Jadual3.2: Jumlah barisan tarif dalam ATIGA, 2013

Negara Bilangan barisan tarif Peratus

0% >0% Lain-lain Jumlah 0% >0% Lain-lain Jumlah

Brunei (ATHN 2012) 9,844 72 9,916 99.27 0.73 100Indonesia (ATHN 2012) 9,899 17 96 10,012 98.87 0.17 0.96 100

Malaysia (ATHN 2012) 12,182 73 82 12,337 98.74 0.59 0.66 100

Filipina (ATHN 2012) 9,685 109 27 9,821 98.62 1.11 0.27 100

Singapura (ATHN 2012) 9,558 9,558 100.00 100

Thailand (ATHN 2012) 9,544 14 9,558 99.85 100

ASEAN-6 60,712 213 277 61,202 99.20 0.35 0.45 100Cambodia (ATHN 2012) 3,327 4,834 8,161 40.77 59.23 100Laos (ATHN 2012) 7,525 1,946 87 9,558 78.73 20.36 0.91 100Myanmar (ATHN 2012) 7,614 1,882 62 9,558 79.66 19.69 0.65 100Vietnam (ATHN 2012) 6,905 2,463 190 9,558 72.24 25.77 1.99 100CLMV 25,371 11,125 339 36,835 68.88 30.20 0.92 100Jumlah ASEAN 86,083 11,338 616 98,037 87.81 11.57 0.63 100

Sumber: Sekretariat ASEAN

peningkatan dalam kos transaksi negara pengeksport. Oleh itu, pengurangan tarif melalui AFTA

telah menjadi sebab penting bagi hubungan dagangan dua hala yang semakin meningkat

(Zulkornain 2009).

Berhubung dengan pengeluaran, simulasi telah dijalankan oleh Dermoredjo et al. (2013)

di Indonesia yang menunjukkan bahawa tanaman pertanian tertentu, iaitu beras tidak boleh

dibenarkan melalui pengurangan tarif kerana ia akan mengurangkan pengeluaran domestik

tanaman tersebut. Walau bagaimanapun, bagi beberapa tanaman lain, iaitu jagung dan kacang

soya menunjukkan impak daripada AFTA yang positif terhadap pengeluarannya.

Dari segi perdagangan intra-ASEAN, ada pendapat yang mengatakan Malaysia

menghadapi persaingan dalam pasaran produk pertanian dari negara-negara pengeluar berkos

rendah di rantau ASEAN dan oleh itu diandaikan tidak mendapat banyak manfaat dari CEPT.

Tambahan pula, perdagangan intra-ASEAN Malaysia dalam bidang pertanian, walaupun

menunjukkan ia meningkat, tetapi masih dianggap kecil berbanding dengan negara lain di

dunia (Tengku Ariff 1998). Walau bagaimanapun, realitinya menurut Zulkornain (2009), kesan

negatif yang minimum sahaja sebenarnya dirasai dalam sektor pertanian kerana komoditi

utama Malaysia iaitu minyak kelapa sawit tidak menerima perlindungan yang banyak atau

sebarang subsidi. Berbeza dengan aktiviti pertanian seperti beras dan ternakan seperti ayam

Sumber: Sekretariat ASEAN

Rajah3.3:Komitmen pengurangan tarif Malaysia, 1993 – 2014

Page 56: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

31

di mana perlindungan banyak diberi atas sebab-sebab jaminan bekalan makanan negara yang

mungkin merasai kesan daripada liberalisasi menerusi AFTA.

Baru-baru ini, Lim (2013) mencadangkan bahawa integrasi pertanian ke dalam ekonomi

dunia masih dalam proses untuk berlaku secara menyeluruh. Negara-negara ASEAN mempunyai

kelebihan yang besar dalam industri pertanian kerana kaya dengan sumber tanah dan mineral

penting di mana ASEAN melalui AFTA berpotensi merealisasikan objektif penubuhannya.

ASEAN secara keseluruhan mencatatkan lebihan dagangan pertanian hampir USD70 bilion

setahun dalam tempoh 2010 – 2012. Beliau juga mengandaikan bahawa semakin perdagangan

meningkat, jumlah yang lebih besar daripada pertukaran asing boleh diperoleh dan dilaburkan.

3.3 METODOLOGIKAJIANKajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder. Data sekunder diperoleh daripada pelbagai sumber

termasuk Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani (MOA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

(MATRADE), Sekretariat ASEAN, FAOSTAT dan COMTRADE. Sejarah dan latar belakang penubuhan

AFTA, perjanjian yang berkaitan serta skim CEPT merupakan sebahagian daripada maklumat yang

dikumpul untuk memahami tentang AFTA terutamanya untuk melihat komitmen Malaysia dalam

mengikuti jadual skim CEPT. Sorotan kajian lepas turut dirumuskan bagi memberi gambaran dapatan

kajian lalu. Data untuk pengeluaran pertanian, khususnya tanaman makanan terpilih serta data

pengeluaran bagi tanaman industri telah dikumpulkan untuk dibandingkan dan dianalisis. Antara

analisis yang dikira ialah purata dan kadar pertumbuhan tahunan. Indeks Pendedahan Kelebihan

Berbanding (Revealed Comparative Advantage, RCA) turut dijalankan menggunakan pemboleh ubah

yang dijana daripada data dagangan untuk mengukur kelebihan berbanding buah-buahan keluaran

Malaysia. Indeks ini telah terbukti menjadi satu alat pengukur yang berguna dalam mengenal pasti

kelebihan berbanding Malaysia dalam industri buah-buahan. Skop analisis ini terhad kepada kelebihan

atau kelemahan Malaysia terhadap negara pesaing dalam tempoh 2008 – 2014 untuk buah-buahan

tropika terpilih seperti pisang, tembikai, betik, nanas, belimbing dan mangga. Selain itu, data pelaburan

langsung asing (FDI) dikumpulkan untuk melihat aliran masuk selepas kewujudan AFTA. Data import

dan eksport turut dikumpulkan untuk mengkaji peningkatan atau penurunan dalam perdagangan antara

Malaysia dan negara-negara anggota AFTA lain yang juga dikenali sebagai perdagangan intra-ASEAN.

3.4 DAPATANKAJIANDANPERBINCANGAN

3.4.1PengeluaranDasar dan program kerajaan di peringkat awal pembangunan negara umumnya adalah

untuk meningkatkan pendapatan pengusaha atau petani dalam usaha mengurangkan kadar

kemiskinan dalam sektor pertanian, selain untuk mengurangkan jurang perbezaan antara sektor

pertanian dan bukan pertanian. Oleh itu, strategi pembangunan pertanian pada 1960-an dan

1970-an khasnya memberi tumpuan kepada matlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan,

menyediakan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan meningkatkan pendapatan petani.

Kebanyakan dasar juga adalah berorientasikan eksport untuk menggalakkan pertukaran wang

asing. Oleh itu, tanaman ladang untuk tujuan eksport terutamanya getah, kelapa sawit dan

koko digalakkan secara aktif. Manakala beberapa sektor makanan pula diberi perlindungan

bertujuan melindungi pengeluar dan menjimatkan pertukaran asing, sejajar dengan strategi

penggantian import pada waktu itu.

Page 57: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

32

Rajah 3.4 menunjukkan graf pengeluaran untuk sayur-sayuran terpilih di dalam negara.

Kuantiti pengeluaran untuk sayur-sayuran jatuh bawah nilai 100 ribu tan metrik. Pengeluaran

bagi beberapa jenis sayur dilihat agak statik sepanjang tahun, di samping beberapa pengeluaran

sayur yang sangat tidak menentu atau tidak dapat diramalkan. Namun, bermula selepas

2009 banyak peningkatan pengeluaran berlaku, berikutan penambahan di dalam kawasan

penanaman sayur.

Bagi komoditi buah-buahan (Rajah 3.5), pengeluaran agak statik pada awal tahun, tetapi

menunjukkan peningkatan ketara pada tahun 2008. Namun begitu, tahun 2009 tiba-tiba

mencatat penurunan drastik bagi pengeluaran buah. Pengeluaran mungkin terjejas pada tahun

2009 berikutan krisis kewangan global yang berlaku yang mana pelaburan langsung asing turut

terjejas pada 2009 (dibincangkan di seksyen 3.4.3). Input seperti baja dan racun yang banyak

didapati daripada sumber luar negara agak menjejaskan pengeluaran pada tahun tersebut.

Rajah 3.6 menunjukkan graf pengeluaran komoditi ternakan yang menunjukkan

pengeluaran yang hampir statik sepanjang 10 tahun bagi daging lembu dan kerbau, daging

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Rajah3.4:Pengeluaran sayur-sayuran terpilih, 2000 – 2014 (‘000 tan metrik)

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Rajah3.5: Pengeluaran buah-buahan terpilih, 2000 – 2014 (tan metrik)

Page 58: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

33

kambing dan bebiri, dan daging babi. Ternyata tahap sara diri untuk komoditi daging masih jauh

untuk dicapai. Hanya untuk pengeluaran daging ayam dan itik sahaja menunjukkan kemajuan

dan memberi gambaran jaminan bekalan daging ayam dan itik adalah pada tahap sara diri yang

baik. Ini diikuti dengan graf pengeluaran susu dan telur ayam/itik di dalam negara (Rajah 3.7).

Biarpun graf menunjukkan trend menaik, namun peningkatan pengeluaran sebenarnya sangat

sedikit dan perlahan.

Analisis berikut mengira kadar pertumbuhan tahunan dan purata pengeluaran makanan

terpilih (buah-buahan dan sayur-sayuran). Untuk memudahkan analisis trend pertumbuhan,

data telah dibahagikan kepada tempoh pengeluaran 5 tahun (rujuk Jadual 3.3). Pada tahun

2000 – 2004, pengeluaran buah dan sayur mencatatkan purata 1.6 tan metrik (mt) dan 0.4 mt

dengan pertumbuhan masing-masing sebanyak 5.53% dan 5.78%. Sebaliknya, 5 tahun

berikutnya menyaksikan penurunan kadar pertumbuhan pengeluaran buah-buahan dengan

rekod pertumbuhan –2.10% setahun. Walau bagaimanapun, ia pulih sedikit bagi tempoh

2010 – 2014 dengan 0.65% kadar pertumbuhan yang dicatat. Walaupun pengeluaran

sayur-sayuran mencatatkan kadar pertumbuhan positif setiap tempoh 5 tahun, tetapi kadar

pertumbuhan tahunan bagi tempoh 15 tahun (2000 – 2014) mencatatkan pertumbuhan negatif

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Rajah3.6: Pengeluaran komoditi ternakan, 2004 – 2014 (‘000 tan metrik)

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Rajah3.7:Pengeluaran telur dan susu, 2004 – 2014

Page 59: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

34

sebanyak –7.67%. Begitu juga untuk pengeluaran buah-buahan di mana AGR ialah –2.91%

setahun bagi tempoh yang sama.

Jadual 3.4 menunjukkan purata dan AGR untuk pengeluaran ternakan. Pengeluaran

ternakan Malaysia menurun sebanyak –4.85% bagi tempoh 2004 – 2008 dan seterusnya

mencatatkan kira-kira –4.26% setahun bagi tempoh 6 tahun berikutnya, walaupun purata

menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 tan metrik. Sementara itu, purata pengeluaran

bagi sektor perikanan (rujuk Jadual 3.5) meningkat daripada 1.5 tan metrik (2004 – 2008)

kepada 2.0 tan metrik (2009 – 2013). Walau bagaimanapun, pengeluaran perikanan juga

mencatatkan kadar pertumbuhan yang negatif sekitar -3.00% setahun. Hal ini menunjukkan

pengeluaran yang agak lemah dalam komoditi agromakanan utama negara. Kerajaan dilihat

kurang memberi perhatian untuk mendorong pengeluaran dalam sektor ini memandangkan

akses pasaran untuk mengimport komoditi ini semakin mudah dengan kewujudan AFTA serta

Jadual3.3: Kadar Pertumbuhan Tahunan (AGR) dan purata bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran

Tahun Buah Sayur Buah Sayur

Jumlah pengeluaran (mt) Purata (mt) &AGR/5 thn

AGR, %(2000 – 2014)

Purata (mt) &AGR/5 thn

AGR, %(2000 – 2014)

2000 1,389,127 410,3182001 1,447,142 384,954 1,623,168 445,870

2002 1,873,152 434,434 5.53 5.78

2003 1,673,307 482,491

2004 1,733,109 517,1502005 1,986,426 514,9422006 1,780,777 553,227 1,856,293 527,6512007 1,768,618 476,077 –2.10 3.772008 1,919,540 495,304

2009 1,826,101 598,704

2010 2,035,551 800,3462011 2,044,716 888,090 2,052,742 1,008,503

2012 2,077,370 957,740 0.65 10.14

2013 2,016,986 1,195,835

2014 2,089,082 1,200,502 –2.91 –7.67

Jadual3.4: Kadar pertumbuhan tahunan dan purata pengeluaran ternakan

Tahun Pengeluaran daging (’000 MT) Susu(juta/liter)

Pengeluaranternakan(’000 MT)

Purata (MT)dan AGR/5 thnLembu/

kerbauKambing/bebiri

Babi Ayam/itik

Telur ayam/itik

2004 27 1 200 927 434 39 1,628

2005 29 1 218 980 443 41 1,7132006 32 2 217 1,035 465 45 1,796 1,7992007 35 2 200 1,100 492 51 1,880 -4.852008 38 2 195 1,163 523 56 1,9772009 42 2 206 1,202 556 62 2,0082010 47 2 234 1,296 590 67 2,1682011 49 3 214 1,334 621 71 2,222 2,2652012 51 4 218 1,374 644 72 2,292 –4.262013 52 4 217 1,458 684 74 2,4162014 52 5 216 1,496 717 75 2,485

Page 60: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

35

Jadual3.5: Kadar pertumbuhan tahunan dan purata pengeluaran perikanan

Tahun Akuakultur Perikanan marin Pengeluaran perikanan(’000 MT)

Purata (MT)dan AGR/5 thn

2004 202 1,332 1,5342005 207 1,210 1,4172006 212 1,372 1,584 1,5872007 269 1,381 1,650 –3.282008 354 1,395 1,7492009 472 1,393 1,8652010 581 1,429 2,0102011 527 1,373 1,900 2,0122012 634 1,472 2,106 –3.882013 660 1,518 2,178

Sumber: FAOSTAT

Rajah3.8: Pengeluaran teh dan kopi Malaysia, 1965 – 2013

Sumber: Lembaga Getah Malaysia

Rajah3.9: Pengeluaran getah asli Malaysia, 2000 – 2014

tarif bagi komoditi tersebut yang sebahagian besarnya telah mencapai sifar dan import menjadi

lebih murah.

Rajah 3.8 menunjukkan graf pengeluaran kopi dan teh diikuti dengan Rajah 3.9 dan

Rajah 3.10 yang menunjukkan graf pengeluaran getah dan minyak kelapa sawit di negara ini.

Ia tidak menghairankan apabila melihat jurang yang besar dalam pengeluaran antara komoditi

makanan dan tanaman industri di Malaysia jika kita memahami konteks sejarahnya. Sektor

tanaman industri menjadi tunggak pertanian Malaysia sejak zaman British sebelum merdeka

Page 61: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

36

lagi. Berbanding dengan subsektor yang lain, tanaman industri menerima perhatian yang lebih

dari segi peruntukan bajet, program pembangunan serta sokongan kerajaan semasa fasa awal

pembangunan sektor pertanian.

Oleh yang demikian, adalah sangat ketara bahawa sektor pertanian Malaysia sebahagian

besarnya menghasilkan tanaman industri tetapi kurang menghasilkan makanan. Selama

bertahun-tahun sebelum ini, tumpuan diberikan lebih kepada mengekalkan pengeluaran

tanaman industri seperti kelapa sawit, berbanding tanaman makanan utama seperti buah-

buahan dan sayur-sayuran, ternakan mahupun ikan. Tahap sara diri Malaysia sangat rendah

dalam pengeluaran makanan. Malaysia banyak bergantung kepada makanan import dan

pengeluaran dalam negara tidak mampu memenuhi tahap penggunaan dan permintaan

populasinya (Dasar Agromakanan Negara, 2011 – 2020). Kewujudan AFTA menyumbang

kepada trend pengeluaran yang agak rendah bagi komoditi makanan negara kerana akses

pasaran dan perdagangan komoditi makanan menjadi lebih mudah dan murah di kalangan

negara anggota. Faktor lain yang turut menyumbang kepada trend ini adalah kecenderungan

penanaman tanaman industri yang lebih tinggi berbanding dengan penanaman makanan

utama oleh petani atau syarikat korporat.

3.4.1AnalisisRevealedComparativeAdvantage(RCA)BagiBuah-BuahanTerpilihTujuan analisis RCA dikira adalah untuk mengetahui kedudukan Malaysia di kalangan negara-

negara terpilih untuk buah-buahan seperti pisang, tembikai, betik, nanas, belimbing dan

mangga. Dapatan daripada analisis ini berguna untuk menilai sama ada buah-buahan ini

mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain di pasaran eksport antarabangsa.

Empat buah negara anggota AFTA termasuk dalam analisis, manakala negara anggota yang

lain digugurkan kerana data dagangan yang tidak lengkap. China dan India pula terpilih untuk

dianalisis disebabkan dua negara ini tergolong sebagai negara pengeksport utama pasaran

buah-buahan tersebut. Keputusan analisis adalah seperti dalam Jadual 3.6.

Pisang

Dalam tempoh enam tahun (2009 Filipina 2014) yang dikaji, Malaysia menunjukkan sedikit

kelebihan berbanding dengan China. Kelebihan yang jauh lebih besar adalah dengan

Indonesia. Walau bagaimanapun, India, Filipina dan Thailand menunjukkan kelebihan yang

tinggi berbanding dengan Malaysia dalam dagangan buah pisang. Hasil kajian ini boleh

dilihat sebagai rentetan daripada dapatan kajian sebelum ini yang dibuat oleh Suntharalingam

Sumber: FAOSTAT

Rajah3.10: Pengeluaran minyak kelapa sawit Malaysia, 1965 – 2013

Page 62: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

37

Jadual3.6: Keputusan analisis RCA, 2009 – 2014

2009 2010 2011 2012 2013 2014

Pisang Malaysia vs China 0.7 0.9 0.8 1.0 0.9 1.6 Malaysia vs India –1.5 –1.4 –0.8 –0.9 –0.5 –1.1 Malaysia vs Indonesia n.a. 5.1 2.1 2.2 1.1 n.a. Malaysia vs Filipina –5.8 –5.6 –5.8 –6.3 –6.3 –6.3 Malaysia vs Thailand –0.2 0.0 –1.6 –0.5 –0.3 –0.6Tembikai Malaysia vs China 0.7 1.0 0.7 0.5 0.4 0.2 Malaysia vs India 1.6 1.4 1.5 1.7 1.6 1.8 Malaysia vs Indonesia n.a. 6.5 4.8 4.4 3.8 n.a. Malaysia vs Filipina 3.4 2.5 3.4 2.8 5.0 4.8 Malaysia vs Thailand 4.8 5.2 5.4 5.2 5.5 5.8Betik Malaysia vs China 5.1 5.4 3.2 2.4 2.3 1.5 Malaysia vs India 0.6 0.7 0.5 0.7 1.0 1.0 Malaysia vs Indonesia n.a. 4.6 2.9 5.8 5.9 n.a. Malaysia vs Filipina –0.7 –0.2 –0.8 –0.9 –0.9 –0.6 Malaysia vs Thailand 3.0 2.5 1.7 2.3 2.9 2.6Nanas Malaysia vs China 2.1 2.1 1.6 1.8 1.8 2.4 Malaysia vs India 2.1 1.9 1.4 1.7 1.6 1.4 Malaysia vs Indonesia n.a. 5.2 7.8 4.1 4.2 n.a. Malaysia vs Filipina –4.0 –3.6 –4.3 –4.6 –4.7 –4.3 Malaysia vs Thailand 7.1 5.3 4.9 4.9 4.5 4.7 Malaysia vs Vietnam 0.7 0.9 –0.7 2.8 4.2 n.a.Belimbing Malaysia vs China –0.7 –0.8 –1.4 –1.6 –1.5 –1.5 Malaysia vs India –0.9 –0.4 –1.0 –1.0 –0.8 –1.0 Malaysia vs Indonesia n.a. 2.0 2.2 1.9 1.8 n.a. Malaysia vs Filipina 3.9 4.4 2.0 3.9 4.0 3.1 Malaysia vs Thailand –2.0 –2.0 –2.7 –2.9 –2.7 –2.7Mangga Malaysia vs China 1.1 0.8 0.6 0.7 1.2 1.4 Malaysia vs India –4.4 –4.8 –4.2 –3.7 –2.6 –2.3 Malaysia vs Indonesia n.a. –1.4 –1.3 –1.8 0.4 n.a. Malaysia vs Filipina –3.9 –4.7 –5.2 –4.9 –3.5 –3.6 Malaysia vs Thailand –2.9 –3.4 –3.3 –3.6 –2.8 –2.5

Sumber: Pengiraan penulis daripada data COMTRADE

et al. (2011) yang mana antara lima buah negara, Malaysia didapati kalah kepada saingan

rapatnya, Filipina dari tahun 2000 – 2008. Kombinasi dapatan kajian beliau dengan dapatan

terkini menunjukkan bahawa Malaysia mulai hilang kelebihan dalam pasaran eksport buah

pisang terhadap Filipina, India dan Thailand, namun mengekalkan kelebihan yang lebih tinggi

berbanding Indonesia dan China dalam tempoh 15 tahun yang lepas (2000 – 2014).

Tembikai

Sepanjang 6 tahun yang lalu, Malaysia mempunyai kelebihan yang tinggi di pasaran global

tembikai. Ia mempunyai kelebihan yang ketara dalam mengeksport tembikai berbanding

dengan Filipina, Thailand dan Indonesia. Ia juga mempunyai kelebihan yang sederhana

Page 63: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

38

berbanding dengan India dan kelebihan yang agak kecil berbanding dengan China. Keputusan

RCA ini adalah sama dengan keputusan yang dicapai oleh Suntharalingam et al. (2011). Ini

menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kekuatan yang stabil bagi pasaran tembikai sejak

15 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak patut berasa selesa tanpa usaha

berterusan mengekalkan kelebihan ini. Ia perlu berjaga-jaga terutamanya dengan China kerana

keputusan menunjukkan jurang persaingan antara Malaysia dan China semakin mengecil

setiap tahun.

Betik

Malaysia mempunyai kelebihan ke atas semua pesaingnya kecuali Filipina dalam pasaran

eksport betik. Sebelum 2006, Malaysia merupakan peneraju dalam eksport betik dan merupakan

antara lima pemain utama Asia (Suntharalingam et al. 2011). Malangnya, sejak lapan tahun

lalu, Malaysia tidak lagi berdaya saing dalam pasaran global betik. Walaupun ia mempunyai

kelebihan yang lebih besar berbanding dengan Indonesia dan Thailand dalam mengeksport

betik ke pasaran dunia, ia semakin lemah dan kehilangan daya saing kepada China dan India.

Nanas

Di dalam pasaran nanas, Malaysia menunjukkan bahawa ia mempunyai kelebihan ke atas

empat daripada lima pesaingnya. Filipina terus menjadi juara dalam tempoh enam tahun yang

lalu. Perkara ini disokong oleh Suntharalingam et al. (2011) semasa kajian mereka dalam

tempoh 2000 – 2008. Waaupun Filipina tidak dapat disaingi, agak membanggakan apabila

Malaysia mengekalkan kelebihan dalam pasaran nanas berbanding dengan China, India dan

Indonesia sejak 15 tahun yang lalu. Lebih baik lagi adalah kelebihan Malaysia yang sangat

ketara ke atas Thailand dalam mengeksport nanas ke seluruh dunia. Penurunan tarif melalui

AFTA boleh dikaitkan dengan kemajuan yang sangat positif dan sangat signifikan ini, namun

untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang lain memerlukan satu kajian yang lebih

mendalam.

Belimbingdanmangga

Antara tahun 2009 sehingga 2014, Malaysia mempunyai kelebihan ke atas Indonesia dan

Filipina dalam pasaran eksport belimbing. Malangnya, ia telah kehilangan daya saing kepada

China, India dan Thailand. Sementara itu bagi pasaran global mangga, hanya dengan negara

China sahaja Malaysia mempunyai kelebihan. Malaysia kalah dengan India, Indonesia, Filipina

dan Thailand.

Hasil daripada keputusan RCA ini memberi petunjuk kepada Malaysia bahawa penurunan

tarif melalui AFTA juga telah membuka pintu persaingan di kalangan negara-negara anggota

AFTA yang lain. Walaupun perdagangan intra-ASEAN meningkat dengan signifikan, namun

jika diteliti dengan lebih mendalam setiap komoditi buah, dapat dilihat bahawa Filipina

mendahului dalam mengeksport mangga, nanas dan pisang. Thailand pula dilihat terkehadapan

dari Malaysia dalam pengeksportan belimbing dan pisang. Sebaliknya, Malaysia boleh

mengekalkan pengaruhnya di dalam pasaran global tembikai.

3.4.2AliranPelaburanLangsungAsing(FDI)Pelaburan langsung asing (FDI) merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan dan

transformasi ekonomi Malaysia, terutamanya dalam mewujudkan industri baru, meningkatkan

kapasiti pengeluaran, pekerjaan dan perdagangan. Selama ini, berlaku peningkatan beransur-

ansur dalam perdagangan dan pelaburan antara negara ASEAN. Dianggarkan bermula hanya

Page 64: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

39

dengan 10% perdagangan intra-ASEAN pada 20 tahun yang lalu, ia kini mencapai kira-kira

24% sehingga 25%. Ini merupakan satu peningkatan besar dari segi perdagangan serantau

(Sekretariat ASEAN).

Pemerhatian ke atas pelaburan langsung asing (FDI) tahunan melihat aliran masuk yang

agak stabil (Rajah 3.11). Selepas penubuhan AFTA pada 1993, negara mengadapi dua episod

krisis kewangan pada 1997/1998 dan sekali lagi pada 2007/2008. Tidak hairanlah, penurunan

1997 – 1998 adalah disebabkan oleh krisis kewangan Asia. Pada tahun 2001 dan 2009,

penurunan FDI yang mendadak direkodkan, sejajar dengan trend dunia berikutan berakhirnya

gelembung teknologi dan krisis kewangan global (Bank Negara Malaysia). Malaysia dan negara-

negara ASEAN yang lain adalah tidak terkecuali dalam menghadapi pemulihan ekonomi yang

perlahan dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Bagi negara ASEAN, jumlah aliran masuk FDI berjumlah USD122.4 bilion pada tahun

2013, mewakili FDI tertinggi serantau yang mengalir masuk, di mana sebanyak USD21.32

bilion berpunca daripada pelaburan negara-negara anggota AFTA. Bagi Malaysia pula, aliran

masuk FDI mencapai kemuncaknya pada tahun 2011. Selepas penurunan mendadak pada

2001 dan 2009, Malaysia berjaya mengembalikan kepercayaan pelabur pada tahun-tahun

berikutnya. Hal ini menunjukkan, Malaysia sebagai sebahagian daripada AFTA berjaya bangkit

semula dan pulih dengan baik selepas krisis-krisis ekonomi yang berlaku, yang turut melanda

negara-negara besar dunia seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Keteguhan eksport negara

menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia terhadap kejutan luaran.

Senario di atas adalah untuk FDI keseluruhan yang turut merangkumi sektor pembuatan

dan perkhidmatan. Mengambil kira senario dalam sektor pertanian yang mungkin berbeza,

penumpuan diberi kepada aliran masuk FDI ke dalam sektor pertanian sahaja. Trend FDI

selama 10 tahun nampaknya sangat tidak menentu dari tahun 2003 hingga 2013 (Rajah 3.12).

Pelaburan masuk langsung adalah negatif bagi tahun 2003, iaitu direkodkan sebanyak –USD67

juta, diikuti dengan 2 tahun kenaikan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan

drastik pada tahun 2006 (-USD101 juta) dan sekali lagi pada tahun 2009 (-USD68 juta).

Sebahagian besar penurunan ini adalah berkaitan dengan kemelesetan ekonomi dunia. Terkini,

pada tahun-tahun kebelakangan ini dari 2010 sehingga 2013 menunjukkan trend yang lebih

positif, dengan aliran masuk FDI pertanian dicatatkan positif melebihi USD25 juta, dengan

catatan FDI pertanian tertinggi pada tahun 2013 berjumlah hampir USD80 juta.

Sumber: UNCTAD

Rajah3.11: Aliran masuk pelaburan langsung asing, 1992 – 2013 (USD)

Page 65: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

40

Perbezaan yang ketara diperhatikan dalam FDI pertanian dan FDI keseluruhan. Sektor

pertanian nampaknya tidak mampu menarik pelabur untuk melabur dengan agresif dalam

sektor ini. Galakan insentif tambahan mungkin diperlukan selain promosi penggalakan

pelaburan yang khusus dalam bidang pertanian, bagi menarik lebih banyak aliran masuk FDI

dalam sektor ini.

Jadual3.7: Aliran masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia bagi sektor pertanian, perikanan dan perhutanan tahun 2003 – 2013 (USD juta)

Malaysia 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Pertanian, perikanan danperhutanan

–67 14 98 –101 2.016 77 –68 28 40.5 33.0 79.8

Sumber: ASEANSTAT

Nilai-nilai negatif aliran masuk FDI bagi tahun tertentu menunjukkan bahawa nilai

pelaburan yang keluar atau ditarik balik oleh pelabur asing adalah lebih besar daripada modal

yang baru dilabur di Malaysia. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah pelaburan langsung

asing yang masuk ke sektor pertanian tidak kukuh atau mampan walaupun dengan kewujudan

AFTA. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia sememangnya berorientasikan ekonomi

perindustrian di mana aliran masuk FDI masuk terutamanya ke dalam sektor pembuatan

dan perkhidmatan. Nampaknya, selari dengan usaha integrasi serantau seperti AFTA, adalah

penting juga untuk meningkatkan usaha membina infrastruktur yang lebih baik, insentif yang

lebih menarik, dan bekalan buruh yang lebih murah dan mahir, supaya dapat menarik lebih

banyak pelaburan ke dalam sektor pertanian.

3.4.3PerdaganganMalaysia-ASEANPerdagangan antarabangsa adalah amat penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Malaysia meletakkan kepentingan yang tinggi dalam sistem perdagangan yang kuat, terbuka

dan berdaya maju. AFTA menyediakan satu ruang untuk mengukuhkan sistem perdagangan

di kalangan negara-negara di rantau ini. Pasaran eksport terbesar Malaysia ialah ASEAN.

Eksport ke ASEAN meningkat sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM42.9 juta dalam tahun

1994 kepada lebih RM200 juta dalam tahun 2013. Jumlah perdagangan dengan ASEAN dalam

tahun 2014 berjumlah RM389 juta. Perdagangan dengan ASEAN menghasilkan dagangan

positif setiap tahun.

Sumber: ASEANSTAT

Rajah3.12: Aliran pelaburan langsung asing sektor pertanian, 2003 – 2013

Page 66: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

41

Produk utama yang diimport dari Singapura adalah makanan ternakan, sediaan bijirin dan

minuman. Beras dan gula pula merupakan import utama dari Thailand, manakala minyak

sawit, kopi dan teh antara komoditi yang datang dari Indonesia. Komoditi import utama dari

Vietnam adalah bijirin dan sediaan bijirin.

Singapura berterusan sebagai rakan eksport pertanian Malaysia yang utama (Rajah 3.14).

Ini diikuti oleh Thailand dan Indonesia, di mana kebanyakan produk pertanian seperti

tembakau, koko, lemak haiwan dan lemak sayuran Malaysia dieksport ke negara-negara

tersebut. Vietnam dan Filipina juga memegang peratusan yang agak besar sebagai destinasi

eksport barangan pertanian Malaysia. Ini menunjukkan pasaran eksport Malaysia di kalangan

negara anggota AFTA sangat baik, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada negara-negara

luar. Lebih-lebih lagi, negara-negara CLMV (Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam) turut

menyumbang sebagai destinasi barangan eksport negara Malaysia. Contohnya, input pertanian

seperti baja, ubat-ubatan veterinar dan racun kulat adalah antara komoditi dari Malaysia yang

dieksport ke Myanmar setiap tahun. Malaysia sebagai salah satu daripada negara anggota AFTA

telah menunjukkan komitmennya dengan memecahkan sekatan dagangan serta membuka

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Rajah3.13: Import pertanian Malaysia daripada negara-negara ASEAN, 1993 – 2014

Dalam masa yang sama Malaysia mengimport banyak barang dagangan dari negara

ASEAN. Selain barangan makanan seperti ikan, daging, bijiran dan produk tenusu, input

pertanian seperti baja, racun dan peralatan pertanian turut sama diimport. Produk pertanian

lain seperti rumpai laut, biji benih, bunga-bungaan dan tanaman hiasan juga banyak diimport

dari negara ASEAN.

Dua negara ASEAN yang menduduki tangga teratas untuk import pertanian Malaysia ialah

Indonesia dan Thailand (Rajah 3.13), Singapura pada tahun-tahun awal selepas penubuhan

AFTA. Namun dari tahun 2008 dan seterusnya, Vietnam mengatasi Singapura lalu menjadi tiga

negara AFTA utama sebagai sumber import pertanian Malaysia, selain Indonesia dan Thailand.

Page 67: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

42

pelaburan di kalangan negara-negara anggota. Secara keseluruhan, perdagangan serantau

terus berkembang dan kini mencecah 24% daripada perdagangan global ASEAN sebanyak

USD2.5 trilion.

Jadual 3.8 menunjukkan peningkatan atau penurunan nilai eksport Malaysia sejak

pelaksanaan skim CEPT-AFTA. Secara umumnya eksport ke semua negara menunjukkan

peningkatan yang positif. Ini lebih ketara dapat dilihat dengan negara Laos di mana sebelum

tahun 1993 apabila kadar tarif Malaysia masih tinggi, Laos tidak pernah mengimport sebarang

hasil pertanian dari Malaysia. Malah, peratusan peningkatan eksport ke Laos dalam tempoh

12 tahun (2001 – 2013) adalah sangat tinggi dan mempunyai hubungan secara langsung

dengan penurunan tarif. Peningkatan eksport hasil pertanian dari Malaysia berterusan ke

semua negara-negara anggota AFTA sejajar dengan penurunan kadar tarif bawah skim CEPT.

Ternyata, perdagangan mula berlaku dengan negara yang sebelum ini tidak pernah mempunyai

hubungan perdagangan dengan Malaysia sebelum AFTA berkuat kuasa pada tahun 1993.

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Rajah3.14: Eksport pertanian Malaysia kepada negara-negara ASEAN, 1993 – 2014

Jadual3.8:Kadar kenaikan eksport ke negara anggota AFTA selaras dengan penurunan tarif

Tahun 1993 2001 1993 – 2001 2013 2001 – 2013Kadar tarif 30 – 50% 20% Kadar kenaikan

eksport (%)0 – 5% Kadar kenaikan

eksport (%)

Singapura 3,566,717 4,228,885 19 8,609,298 104Indonesia 245,142 985,615 302 4,037,016 310Brunei 134,630 330,244 145 619,578 88Filipina 271,209 536,048 98 2,583,875 382Thailand 844,393 1,164,600 38 3,827,625 229Vietnam 45,932 512,547 1016 3,201,374 525Myanmar 189,638 195,096 3 943,431 384Laos 0 208 0 4,869 2,238Cambodia 5,534 66,234 1097 212,091 220

Jumlah eksport ke ASEAN 5,303,195 8,019,477 24,039,156

Page 68: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

43

Jadual3.9:Kadar kenaikan import dari negara anggota AFTA selaras dengan penurunan tarif

Tahun 1993 2001 1993 – 2001 2013 2001 – 2013

Kadar tarif 30 – 50% 20% Kadar kenaikanimport (%)

0 – 5% Kadar kenaikan import (%)

Singapura 371,586 669,789 80 2,527,148 277Indonesia 854,917 2,632,413 208 8,176,850 211Brunei 367 1,343 266 1,286 -4Filipina 117,847 410,651 248 900,806 119Thailand 1,090,039 2,979,132 173 9,221,377 210Vietnam 190,753 263,927 38 4,021,508 1424Myanmar 43,857 233,291 432 557,270 139Laos 0 313 0 557 78Cambodia 33,161 58,334 76 377,638 547

Jumlah import dari ASEAN 2,702,527 7,249,193 25,784,441

Jadual 3.9 menunjukkan peningkatan atau penurunan nilai import Malaysia sejak

pelaksanaan skim CEPT-AFTA. Selain import dari negara Brunei yang mencatat nilai negatif,

secara umumnya import dari negara lain mencatatkan peningkatan. Peningkatan ini sudah

tentu turut berlaku memandangkan akses pasaran menjadi lebih luas dan mudah. Lin See-

Yan dalam bukunya bertajuk “The Global Economy in Turbulent Times” menegaskan import

tidak sepatutnya dilihat dari sudut yang negatif. Beliau memberi contoh peningkatan ketara

import negara India tidak memusnahkan sektor pembuatan negara tersebut. Sebaliknya telah

merangsang pertumbuhan domestik sektor tersebut pada tahun 1990-an melalui peningkatan

kecekapan dalam sistem dan kaedah pengeluaran, kualiti barangan yang lebih tinggi, harga

yang lebih berdaya saing dan akses pasaran yang lebih luas. Merujuk kepada Jadual 3.9, sudut

yang positif perlu dilihat dengan berlakunya kewujudan dagangan atau trade creation dengan

negara Laos di mana semasa kadar tarif produk pertanian masih tinggi sebelum 1993, Malaysia

tidak pernah mempunyai hubungan dagangan hasil pertanian dengan Laos.

3.5 SARANANSasaran AFTA adalah untuk mencapai kadar tarif sifar dalam kalangan negara anggotanya dan menjadikan

rantau ASEAN sebagai sebuah kawasan perdagangan bebas. Malaysia berada pada landasan yang betul

dalam aspek pengurangan tarif barangan dagangannya. Kini, tarif bukan lagi menjadi penghalang kepada

import dan eksport di pasaran antarabangsa. Untuk kekal berdaya saing, penekanan harus diberikan

kepada faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan permintaan eksport. Contohnya, pembangunan

produk hiliran baru yang boleh meningkatkan kualiti eksport, ataupun hasilan pertanian yang memiliki

nilai tambah dan berupaya memenuhi cita rasa pengguna di negara pengimport.

Berdasarkan kepada komoditi buah-buahan yang mana Malaysia mempunyai daya saing yang

tinggi, fokus boleh diberikan untuk mengetengahkan buah premium keluaran Malaysia. Inisiatif promosi

berterusan atau kerjasama antara kementerian pertanian dan pelancongan boleh membantu dalam

memperkenalkan buah-buahan Malaysia kepada pelawat atau pelancong dari luar negara, yang boleh

meningkatkan permintaan dan meningkatkan kelebihan buah-buahan tempatan Malaysia di mata dunia.

Pengeluaran tanaman makanan tidak wajar diabaikan dengan hanya memberi tumpuan sumber

tanah dan sumber kewangan untuk tanaman industri sahaja. Ini adalah untuk tujuan meningkatkan

jaminan bekalan makanan negara. Oleh itu, sumber-sumber negara seperti peruntukan tanah, air dan

baja, insentif penanaman, atau bantuan kewangan perlu diperuntukkan untuk pengeluaran tanaman

Page 69: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

44

makanan utama supaya negara tidak terlalu bergantung kepada sumber makanan dari negara luar.

Namun, diakui perdagangan dalam produk makanan dan pertanian di kalangan negara anggota

ASEAN adalah cara yang berkesan dalam memastikan jaminan keselamatan makanan negara serantau.

Perdagangan serantau yang berterusan akan membolehkan sumber-sumber yang ada digunakan dengan

lebih cekap.

Bagi negara-negara membangun, pelaburan langsung asing dianggap salah satu mekanisme

untuk mengekalkan daya saing. Analisis di atas menunjukkan bahawa sebagai anggota AFTA, Malaysia

berupaya untuk pulih dengan cepat selepas berlakunya kejatuhan FDI kesan daripada krisis kewangan

global. Oleh itu, salah satu cara yang boleh digunakan oleh sesebuah negara untuk menggalakkan

lebih banyak aliran masuk FDI adalah dengan meningkatkan penglibatan dalam perjanjian perdagangan

bebas.

Memandangkan FDI sektor pertanian tidak memberangsangkan, kerajaan disarankan juga untuk

memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan seperti pengecualian cukai korporat kepada pelabur

asing. Insentif ini boleh diberi kepada bidang pertanian berteknologi tinggi seperti bioteknologi. Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menjadi agensi penggalakan pelaburan terutamanya

dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, disarankan memberi perhatian juga kepada pelaburan

dalam sektor pertanian. Satu badan baru boleh juga ditubuhkan yang memberi penekanan dan fokus

khas untuk membantu pelabur ke arah menggalakkan pelaburan dalam sektor pertanian.

Perjanjian perdagangan dilihat berjaya meningkatkan perdagangan dengan negara terbabit. Ini

dapat dilihat daripada peratus kenaikan import dan eksport yang meningkat dengan sangat signifikan.

Kerajaan boleh mengambil inisiatif ini untuk mewujudkan perjanjian perdagangan dengan negara-

negara lain yang masih belum mempunyai hubungan dagangan dengan Malaysia. Contohnya, negara

Mexico, Taiwan atau negara-negara yang dikenal pasti berpotensi mengadakan perdagangan komoditi

pertanian atau barangan industri asas tani dengan Malaysia.

3.6 RUMUSANDalam tempoh 58 tahun sejak kemerdekaan, ekonomi Malaysia telah berubah daripada ekonomi

berasaskan pertanian kepada ekonomi berpacukan perindustrian. Penyertaan dalam perdagangan

antarabangsa turut mengikuti perubahan ini. Pelaburan langsung asing juga memainkan peranan dalam

perubahan ke arah kemajuan sektor perindustrian ini.

Sebahagian besar daripada pengeluaran pertanian negara adalah dalam hasilan tanaman industri

seperti kelapa sawit, getah, teh dan koko. Fokus banyak diberikan untuk mengekalkan pengeluaran

tanaman industri berbanding dengan tanaman makanan utama yang lain seperti buah-buahan dan

sayur-sayuran. Kadar pertumbuhan tahunan negatif direkodkan bagi pengeluaran buah-buahan, sayur-

sayuran, ternakan dan perikanan, yang mana kesemuanya adalah komoditi makanan utama negara.

Oleh itu, status kecukupan bekalan makanan negara belum terjamin.

Bermula daripada penubuhan AFTA sehingga kini, ASEAN konsisten menjadi rakan dagang terbesar

negara ini. Malaysia secara umumnya mendapat manfaat daripada AFTA dalam aspek perdagangan

intra-ASEAN yang dilihat meningkat sangat tinggi. Selain mewujudkan kawasan perdagangan bebas

di kawasan serantau, AFTA turut membuka laluan kepada perdagangan dengan negara yang sebelum

ini tiada hubungan dagangan langsung dengan Malaysia, seterusnya mengembangkan pasaran dan

aktiviti pelaburan serantau. Lebih penting lagi adalah proses pemulihan yang lebih cepat dilihat selepas

berlakunya krisis kewangan.

Sasaran utama AFTA adalah untuk mencapai kadar tarif sifar dan aliran bebas dagangan barangan

menjelang tahun 2015. Malaysia komited ke arah pengurangan tarif untuk semua produk bawah Senarai

Kemasukan di dalam skim CEPT. Ini dapat dilihat daripada tindakan Malaysia memasukkan beras

Page 70: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

45

daripada senarai Sangat Sensitif kepada senarai Kemasukan untuk melalui proses pengurangan tarif.

Walau bagaimanapun, sudah tentu masih banyak yang perlu dilakukan terutama dalam

menghadapi dan menghapuskan halangan bukan tarif, serta menambah baik kerjasama serantau serta

seragaman peraturan antara negara. Satu lagi cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam

perdagangan antarabangsa adalah dalam menguruskan pengeluaran komoditi pertanian atau barangan

dengan nilai tambah yang lebih tinggi jika ia terus kehilangan kelebihan daya saing dalam pengeluaran

makanan utama dan produk pertanian. Keputusan RCA yang terhad kepada beberapa komoditi buah

dan beberapa negara telah menunjukkan terdapat buah yang menunjukkan daya saing negara tidak

stabil atau semakin lemah dan mungkin diambil alih oleh negara lain.

Perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah perjanjian perdagangan terutama di peringkat

global kini semakin kompleks dan komprehensif, dan tidak lagi memberi tumpuan kepada isu-isu

tradisional seperti pengurangan tarif yang mempunyai kesan ke atas perdagangan barangan sahaja.

Contoh terbaru adalah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang turut merundingkan isu-isu alam

sekitar, tenaga buruh, telekomunikasi dan isu-isu lain di kalangan negara-negara yang terlibat.

Sebagai sebuah ekonomi membangun yang kecil tetapi terbuka, Malaysia perlu bersedia

menguruskan rundingan perdagangan dan proses liberalisasi perdagangan yang semakin kompleks ini

dengan baik untuk memenuhi kedua-dua objektif pembangunan ekonomi negara dan juga liberalisasi

perdagangan. Ini akan menentukan sama ada integrasi serantau melalui ASEAN boleh terus memberi

manfaat kepada negara-negara anggota terutamanya untuk pertumbuhan dan pembangunan Malaysia

dan penduduknya sendiri.

3.7 RUJUKANAnon. (1993). AFTA Reader Volume I: Questions and Answers on the CEPT for AFTA. Jakarta: ASEAN Secretariat

Anon. (1995). AFTA Reader Volume II: Questions and Answers on the CEPT for AFTA. Jakarta: ASEAN Secretariat

Anon. (1995). AFTA Reader Volume III: New Time Frame Acceleration of Tariff Reduction. Jakarta: ASEAN Secretariat

Anon. (2013). Agrofood statistics 2013. Ministry of Agriculture and Agrobased Industry. Putrajaya: Federal

Government Administrative Centre

Anon. (2015). Central bank report, Central Bank of Malaysia. Diperoleh pada 21 Ogos 2015 dari http://www.bnm.

gov.my/

Anon. (2015). MITI in The News. Intra-Asean trade booming. Diperoleh pada 13 Mac 2015 dari http://www.miti.

gov.my/index.php/pages/view/contentafe2.html

Anon. (2011). National agrofood policy 2011 – 2020. Ministry of Agriculture and Agrobased Industry. Putrajaya:

Federal Government Administrative Centre

Anon. (2015.). United Nation Commodity Trade (Comtrade), Statistic database, statistic division. Diperoleh pada

10 Januari 2015 dari http://comtrade.un.org/data/

Chen, Y., Ishikawa, J. dan Yu, Z. (2004). Trade liberalization and strategic outsourcing. Journal of International

Economics 419 – 436

Cheong, D. (2008). The effects of AFTA: a disaggregated analysis. Baltimore dan London: The Johns Hopkins

University Press

Dermoredjo, S.K., Sudaryanto, T. dan Masyhuri, M. (2013). The impact of AFTA to the main food crops sector

in Indonesia. Proceedings of the international seminar on the threats and opportunities of the free trade

agreements in the Asian region, 29 September – 3 October 2013, Seoul, Korea

Hapsari, I.M. dan Mangunsong, C. (2006). Determinants of AFTA members’ trade flows and potential for trade

diversion. Asia-Pacific research and training network on trade working paper series. No. 21

Lim,S. (2013). ASEAN FTA: Is it creating agricultural trades? Proceedings of the international seminar on the

threats and opportunities of the free trade agreements in the Asian region, 29 September – 3 October 2013,

Seoul, Korea

Okabe, M. dan Urata, S. (2013). The impact of AFTA on Intra-AFTA trade. ERIA discussion paper series. ERIA-

DP-2013-05, Japan: ERIA

Page 71: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

46

See-Yan, L. (2015). The global economy in turbulent times. Singapore: John Wiley and Sons

Suntharalingam, C., Tengku Ariff, T.A., Abu Kasim, A., Rawaida, R. dan Noorlidawati, A.H. (2011). Competitiveness

of Malaysia’s fruits in the global agricultural and selected export markets: Analyses of revealed comparative

advantage and comparative export performance. Economic and Technology Management Review 6: 1 – 17

Tengku Ariff, T.A. (1998). Effects of trade liberalisation on agriculture in Malaysia: institutional and structural aspects.

Working Paper Series. Working paper 34, The CGPRT Centre

Zulkornain, Y. (2009). Free trade area and implications to Malaysia’s economy. Dalam: Ishak Yussof (Ed.) Malaysia’s

economy: past, present and future. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre

Page 72: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

47

4.0 KAJIANIMPAKPELAKSANAANMSISO9001KEPADAPRESTASIPENYELIDIKANDANPEMBANGUNANTEKNOLOGIMARDI

4.1 PENDAhULUANSistem Pengurusan Kualiti (SPK) merupakan suatu sistem yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan

yang berterusan, kecekapan dan keberkesanan operasi sesebuah organisasi. Persijilan MS ISO 9001

adalah suatu bukti usaha gigih organisasi dalam melaksana dan mengekalkan SPK. Penggunaan SPK

dijangka memberi manfaat kepada organisasi yang mengamalkannya kerana ia akan mengoptimumkan

penggunaan sumber manusia, pengeluaran produk/perkhidmatan yang berkualiti serta prestasi operasi

dan kewangan yang efisien. Walau bagaimanapun keberkesanannya perlu diukur kerana mengamalkan

SPK dan mengekalkan persijilan ISO sahaja tidak mencukupi (Casadesus et al. 2001). Sebuah kajian

penyelidikan berkaitan keberkesanan SPK telah dijalankan di beberapa buah syarikat perkhidmatan

yang memperoleh persijilan ISO di Greece. Hasil kajian menunjukkan tidak semua syarikat mendapat

manfaat yang dijangkakan terutamanya dalam pengurusan kewangan. Ini boleh dikaitkan dengan

pelaksanaan SPK yang tidak cekap (Psomas et. al. 2010). Oleh itu, perkara yang perlu ditekankan dalam

amalan kualiti sesebuah organisasi bukan hanya mendapatkan persijilan ISO 9001 sahaja, tetapi juga

pelaksanaan SPK yang berkesan selepas persijilan.

4.2 LATARBELAKANGSebagai sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan (R & D), MARDI perlu diurus secara cekap

dan bersistematik. Melalui pelaksanaan SPK, prestasi MARDI boleh diukur dengan mengambil kira

keperluan pelanggan dan pihak yang berkepentingan. MARDI telah dianugerahkan MS ISO 9001:1994

sejak tahun 1998. Sijil ini dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Pada tahun 2011,

penggunaan SPK di MARDI sekali lagi dinaik taraf kepada persijilan MS ISO 9001:2008. Sehingga kini

(tahun 2015), terdapat 11 proses utama dan 21 proses sokongan yang ditauliahkan dengan persijilan MS

ISO 9001 (Manual Kualiti MARDI 2014).

Setiap tahun, MARDI akan mengkaji semula objektif dan dasar kualiti dalam Mesyuarat Kajian

Semula Pengurusan (MKSP) untuk menentukan pematuhan dokumentasi yang berterusan. Namun, ia

tidak melibatkan kajian terhadap keberkesanan pelaksanaan SPK itu sendiri. Oleh itu, kajian impak

ini dijalankan untuk mengukur keberkesanan amalan SPK dan persijilan ISO 9001 dan mengenal pasti

manfaatnya kepada MARDI.

4.3 METODOLOGIKAJIAN

4.3.1 TeoriRangkaKerjaPelaksanaan amalan SPK dan persijilan MS ISO 9001 hanya dianggap berjaya jika keberkesanan

dan manfaatnya dapat dinilai. Keberkesanan dinilai daripada aspek bagaimana ketidakakuran

proses MS ISO 9001 dicegah. Persepsi pelaksana juga perlu dinilai. Pandangan mereka sebagai

pelanggan dalaman boleh menjadi tanda aras kepada tahap keberkesanan pelaksanaan

tersebut. Apabila pelaksanaan SPK berkesan, sudah pasti organisasi akan memperoleh

manfaat daripadanya. Manfaat yang diperoleh dapat dinilai melalui empat perspektif (4P)

iaitu Pembelajaran dan Pertumbuhan Kerjaya Pekerja, Sistem Operasi, Pengurusan dengan

Pelanggan dan Sistem Kewangan (Rajah 4.1).

Page 73: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

48

Walaupun organisasi telah melaksanakan SPK dengan berkesan dan mendapat manfaatnya,

setiap proses yang dijalankan perlu diselaraskan berdasarkan visi organisasi. Penyelarasan ini

bertujuan untuk memastikan organisasi berada pada landasan yang sepatutnya. Penyelarasan

yang dikenal pasti akan dapat meningkatkan komunikasi dalaman dan luaran sesebuah

organisasi kerana prestasi organisasi terhadap matlamat sentiasa dipantau (Robert 2010). Bagi

menyelaras proses-proses di MARDI, sebuah Model Visi dan Strategi telah dibina berdasarkan

kajian literasi terhadap Model Balanced Scorecard oleh Dr. Robert Kaplan dan David Norton

(Rajah 4.2). Proses dibahagikan kepada empat bahagian berdasarkan 4P. Setiap perspektif perlu

menjawab persoalan utama bagi mencapai visi dan strategi masing-masing.

4.3.2 SumberDataKajian ini menggunakan data primer dan sekunder. Data sekunder diperoleh daripada rekod

Audit Dalam terhadap setiap proses ISO yang terdapat di MARDI. Survei (data primer) dijalankan

menggunakan borang soal selidik berstruktur untuk mengumpul maklumat profil dan persepsi

responden. Terdapat enam skala pilihan jawapan iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju hingga 6

mewakili sangat setuju.

Rajah4.1: Model teori rangka kerja

Rajah4.2: Model visi dan strategi

Page 74: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

49

4.3.3 PengumpulanDataSemua proses yang mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 di MARDI iaitu Manual Kualiti (1

proses), Proses Utama (11 proses) dan Proses Sokongan (23) dipilih sebagai responden kajian.

Kaedah ini dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai aspek-aspek yang

dikaji. Responden yang perlu mengambil bahagian dalam survei ialah pemilik proses, timbalan

pemilik proses dan tiga orang ahli pasukan. Kaedah pemilihan sampel tiga orang ahli pasukan

ialah persampelan berstrata.

Pengumpulan data melalui dua fasa. Fasa pertama ialah pengumpulan maklumat daripada

rekod sedia ada. Rekod yang dikaji ialah Laporan MKSP dan Laporan Tahunan Audit Dalaman

MARDI. Maklumat yang dikumpul ialah bilangan NCR (berlaku ketidakakuran) dan bilangan

OFI (berpotensi berlaku ketidakakuran) bagi setiap proses yang mendapat persijilan MS ISO

9001:2008 di MARDI. Maklumat adalah dari tahun 2010 sehingga 2014.

Fasa kedua ialah pengumpulan maklumat daripada survei ahli pasukan. Maklumat yang

dikumpul ialah:

Tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan pelaksanaan SPK

Persepsi terhadap manfaat pelaksanaan MS ISO 9001 berdasarkan 4P serta

Tahap kesedaran, penerimaan, keberkesanan dan masalah yang dihadapi sepanjang

melaksanakan persijilan MS ISO 9001

Soalan berbentuk skala 1 hingga 6, dengan nilai 1 bagi sangat tidak setuju sehingga nilai 6 bagi

sangat setuju.

4.3.4 AnalisisKajianMaklumat berbentuk skala dibuat analisis peratus dan indeks persetujuan (IP) menggunakan

microsoft excel. Pengiraan peratus persetujuan adalah seperti berikut:

S (bilangan pilihan x pemberat)–––––––––––––––––––––––––––– x 100% = peratus persetujuan nilai IP jumlah responden x 6

Di mana pemberat ialah nilai 1 bagi sangat tidak setuju sehingga nilai 6 bagi sangat setuju.

Indeks persetujuan yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada jadual Skala

Pengukuran Prestasi utama (KPI) 2012 yang diguna pakai di dalam Kajian kepuasan hati warga

organisasi MARDI (Jadual 4.1).

Jadual4.1: Skala pengukuran indeks

Nilai IP Peratus kepuasan

NS - not surpasses satisfaction: tidak melepasi tahap kepuasan <68%

RS - reached satisfaction: melepasi tahap kepuasan 68 – 75%

AS - achieve satisfaction: mencapai tahap kepuasan 76 – 89%

VS - very achieve satisfaction: sangat mencapai tahap kepuasan ≥90%

Sumber : Fadhilah, A.H. dan Maria, I. (2014)

Page 75: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

50

4.4 DAPATANKAJIANDANPERBINcANGAN

4.4.1 ProfilRespondenTerdapat tiga kategori proses yang dikaji iaitu proses manual kualiti, proses utama dan proses

sokongan. Proses manual kualiti merupakan proses yang perlu ada bagi setiap organisasi yang

mempunyai persijilan MS ISO 9001. Proses utama ialah beberapa proses yang melaksanakan

aktiviti-aktiviti utama di MARDI. Proses sokongan pula ialah proses yang menjadi sokongan

kepada aktiviti utama di MARDI.

Matlamat kajian adalah untuk mengkaji kesemua proses yang mendapat persijilan MS

ISO 9001:2008 di MARDI. Namun terdapat beberapa limitasi kajian yang melibatkan masa

dan kerjasama daripada responden.

Kajian berjaya mengumpul maklumat daripada proses manual kualiti, tujuh daripada

11 proses utama (64%) dan 52% (12 daripada 21) proses sokongan (Rajah 4.3). Jadual 4.2

menunjukkan sebanyak 80 orang responden telah memberi maklum balas terhadap survei

yang dijalankan. Sebanyak 17 daripada 20 orang responden (85%) yang menjadi pemilik

proses memberi maklum balas terhadap survei kajian ini, diikuti 80% timbalan pemilik proses

dan 78% ahli pasukan (Rajah 4.4).

Manual Kualiti Proses utama Proses sokongan

100% 64% 52%

Rajah4.3:Bilangan proses yang menjadi responden

Pemilik proses Timbalan pemilik Proses Ahli pasukan85% 80% 78%

Rajah4.4: Bilangan responden mengikut jawatan dalam proses ISO

Page 76: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

51

Jadual4.2: Bilangan responden mengikut proses

Nama proses Pemilik proses

Timbalan pemilik proses

Ahli pasukan Jumlah

1 Manual Kualiti MARDI 1 1

ProsesUtama

1 Pengeluaran biji benih Eksotika dan Eksotika II 1 1 3 5

2 Pengeluaran sulur Nanas 1 1 3 5

3 Pengendalian kursus teknikal 1 1 3 5

4 Proses pengeluaran anak benih dan pokok cantuman buah-buahan

1 1 3 5

5 Proses pengeluaran bahan tanaman pisang secara kultur tisu

1 1 4 6

6 Proses pengeluaran biji benih asas padi 1 1 3 5

7 Prosedur ujian pengesahan ketulenan benih 1 1 3 5

Prosessokongan

1 Audit kualiti dalaman 1 1 2 4

2 Kawalan ke atas peralatan, pemeriksaan, pemantauan dan pengukuran

1 1 2 4

3 Maklum balas dan kepuasan pelanggan 1 1

4 Mengurus latihan dalam perkhidmatan pegawai MARDI (kursus jangka panjang/pendek dalam negara dan luar negara)

1 3 4

5 Mengurus latihan dalam perkhidmatan pegawai MARDI (Program Transformasi Minda)

1 2 3

6 Penyelenggaraan bangunan 1 1 3 5

7 Penyelenggaraan kemudahan ICT rangkaian dan komunikasi

1 1 3 5

8 Penyelenggaraan peralatan 1 1 2

9 Perkhidmatan pengurusan mikroorganisma berkaitan makanan

1 1

10 Perkhidmatan pengurusan mikroorganisma berkaitan pertanian dan makanan

1 3 4

11 Proses belanjawan 1 1 3 5

12 Proses pembayaran 1 1 3 5

Jumlah 17 16 47 80

4.4.2 AmalanSPKdanPersijilanMSISO9001Keberkesanan amalan SPK dan manfaat yang diperoleh daripada persijilan MS ISO 9001 perlu

dikaji. Ini disebabkan mengamalkan SPK dan mengekalkan persijilan MS ISO 9001 semata-mata

belum membuktikan organisasi itu berjaya dan mendapat manfaatnya. Keberkesanan amalan

SPK dan persijilan MS ISO 9001 dikaji daripada dua aspek. Pertama adalah keberkesanan

pencegahan ketidakakuran (NCR dan OFI) dan yang kedua adalah peratus keberkesanan yang

diberikan oleh individu yang melaksanakan SPK tersebut.

4.4.2.1 KeberkesananPencegahanKetidakakuranRajah 4.5 menunjukkan trend bilangan ketidakakuran yang diperoleh daripada

pengumpulan data sekunder. Laporan tahunan Audit Dalaman MARDI dikumpul

dari tahun 2010 hingga 2014. Bilangan NCR (berlaku ketidakakuran) dan OFI

(berpotensi berlaku ketidakakuran) bagi Proses Manual Kualiti (dalam graf ditulis

Manual), Proses Utama (Utama) dan Proses Sokongan (Sokongan) dianalisis. Trend

menunjukkan terdapat peningkatan dan penurunan bilangan NCR dan OFI mengikut

Page 77: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

52

tahun. Didapati bilangan OFI yang diperoleh lebih banyak berbanding dengan NCR.

Ini menunjukkan, kebanyakan proses berjaya mendokumentasikan dengan baik dan

hanya perlu menambah baik prosedur proses mereka.

Graf menunjukkan berlaku trend peningkatan bilangan NCR yang diterima

oleh proses-proses utama (NCR Utama) dari tahun 2010 hingga 2013. Walau

bagaimanapun berlaku trend penurunan bagi tahun 2014. Trend NCR bagi proses-

proses sokongan juga menurun dari tahun 2012 hingga 2014.

Bilangan OFI yang banyak membuktikan auditor sangat menekankan

penambahbaikan dan sentiasa memantau aktiviti yang boleh diperbaiki. Trend

menunjukkan penurunan dari tahun 2012 hingga 2014 bagi kedua-dua kategori

proses.

Rajah4.5: Trend bilangan NCR dan OFI Audit Dalaman MARDI bagi Manual Kualiti, Proses Utama dan Proses Sokongan

Pemilik dan timbalan pemilik proses memberikan beberapa pendapat terhadap graf

trend ini. Ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap proses

pengauditan dalaman. Secara keseluruhan, kesemua responden memberi maklum

balas bahawa trend bilangan NCR dan OFI ini banyak bergantung kepada auditor.

Responden daripada Proses Utama dan Manual Kualiti bersetuju bahawa bilangan

NCR dan OFI yang mereka peroleh setiap tahun bergantung kepada pengetahuan

dan pengalaman auditor. Responden daripada Proses Sokongan pula bersetuju

auditor yang lebih peka dan mempunyai kefahaman mendalam terhadap prosedur

proses dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih berdedikasi. Kefahaman yang

mendalam, pendedahan dan pengalaman pemilik proses dan ahli kumpulan juga

memberi peranan penting sewaktu proses pengauditan berlaku.

Pada tahun 2011, MARDI menaik taraf MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO

9001:2008. Proses menaik taraf ini memberi kesan kepada auditor dan juga auditi di

mana ia dapat dilihat dengan berlakunya trend menaik bagi graf NCR dan OFI. Ini

mungkin disebabkan masih berlaku penambahbaikan berterusan bagi semua proses

dan pelaksanaannya masih kurang berkesan. Trend graf menurun sejak tahun 2012

kerana berlaku keakuran dan penambahbaikan prosedur yang mengikut piawai.

Pengurangan bilangan NCR dan OFI adalah bukti ahli pasukan semakin memahami

Page 78: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

53

dan mematuhi prosedur MS ISO 9001 yang mereka laksanakan.

Secara keseluruhan, didapati proses pengauditan di MARDI berkesan dalam

pemantauannya. Ini dibuktikan dengan nilai korelasi yang sangat tinggi antara item

‘Persijilan MS ISO 9001:2008 menjadikan sistem pemantauan/penyeliaan kerja

lebih bersistematik’ dengan ‘Sistem audit yang berkala membantu menambah baik

pelaksanaan SPK dalam urusan kerja’ (Jadual 4.3).

Maklum balas daripada pemilik proses dan timbalan terhadap trend NCR

dan OFI menunjukkan pelaksanaan SPK memberi kesan positif kepada MARDI.

Hasil kajian menunjukkan peratus persetujuan berada dalam julat antara 81 – 86%

(mencapai kepuasan). Ujian perbandingan menunjukkan terdapat perbezaan peratus

antara responden proses utama dan sokongan. Peratus persetujuan proses utama

lebih tinggi (86%) daripada proses sokongan (81%). Walau bagaimanapun, secara

keseluruhan semua responden bersetuju bahawa persijilan MS ISO 9001 menjadikan

sistem pemantauan proses/kerja lebih bersistematik. Sistem pengauditan ini berkesan

dan mencapai tujuannya membantu mereka menambah baik pelaksanaan SPK di

MARDI.

Jadual4.3: Maklum balas responden terhadap keberkesanan sistem audit/pemantauan

Audit Dalaman/Pemantauan Proses Utama/Manual Kualiti

Proses Sokongan Ujian t

Peratus (IP) Peratus (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001:2008 menjadikan sistem pemantauan / penyeliaan kerja lebih bersistematik

86 (AS) 81 (AS) 1.949 0.055*

Sistem audit yang berkala membantu menambah baik pelaksanaan SPK dalam urusan kerja

85 (AS) 81 (AS) 1.350 0.181

Nilai korelasi 0.97 0.99

*Signifikan pada aras keertian 10%

4.4.2.2 KeberkesananPelaksanaanSPKdiMARDIPersepsi ahli pasukan terhadap keberkesanan pelaksanaan SPK diambil kira dalam

kajian. Ini disebabkan, mereka yang betul-betul memahami sama ada proses kerja

yang dilaksanakan sangat efisien, efektif dan produktif. Mereka juga dapat membuat

perbandingan yang lebih baik dari masa ke masa. Responden dibahagi kepada dua

kumpulan iaitu Proses Utama (termasuk Manual Kualiti) dan Proses Sokongan. Terdapat

empat bahagian pengurusan MARDI yang dikaji iaitu bahagian pembelajaran dan

pertumbuhan kerjaya pekerja, bahagian sistem operasi mardi, bahagian pengurusan

dengan pelanggan dan bahagian sistem kewangan. pemilihan bahagian ini adalah

berdasarkan Model Teori Rangka Kerja (Rajah 4.1).

Responden daripada proses utama bersetuju bahagian yang paling berkesan

ialah bahagian pengurusan dengan pelanggan (86%), diikuti bahagian sistem

kewangan (84%) dan bahagian sistem operasi MARDI (83%). Bahagian pembelajaran

dan pertumbuhan kerjaya pekerja mendapat peratus persetujuan paling rendah

iaitu 83%. Walau bagaimanapun, kesemua nilai IP adalah mencapai kepuasan. Ini

bermaksud, responden daripada proses utama bersetuju bahawa pelaksanaan SPK di

semua bahagian pengurusan di MARDI adalah berkesan. Peratus dan nilai IP yang

diberikan oleh responden daripada proses sokongan tidak mempunyai perbezaan

yang signifikan dengan proses utama. Item bagi setiap bahagian akan dibincangkan

dalam subtajuk seterusnya.

Page 79: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

54

Secara purata, peratus persetujuan kumpulan Proses Utama (83%) lebih tinggi

berbanding dengan Proses Sokongan (81%). Kesemua bahagian memperoleh nilai

IP mencapai kepuasan. Ini bermaksud, semua pelaksana SPK bersetuju bahawa

pelaksanaan SPK di MARDI adalah berkesan dan mencapai tahap kepuasan.

Jadual4.4: Julat dan purata tahap persetujuan responden terhadap amalan SPK

Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Keseluruhan 83 (AS) 81 (AS) 0.483 0.631

Bahagian pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja

78 (AS) 78 (AS) –0.043 0.966

Bahagian sistem operasi MARDI 83 (AS) 81 (AS) 1.335 0.186Bahagian pengurusan dengan pelanggan 86 (AS) 81 (AS) 0.105 0.917Bahagian sistem kewangan 84 (AS) 80 (AS) 1.639 0.105

4.4.3 ManfaatMSISO9001KepadaMARDIKajian literasi menunjukkan penggunaan SPK dan persijilan MS ISO 9001 memberi manfaat

yang banyak terhadap organisasi yang mengamalkannya dengan berkesan. Kajian melihat

manfaat yang diperoleh oleh MARDI melalui empat perspektif iaitu:

i. Perspektif pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja

ii. Perspektif sistem operasi MARDI

iii. Perspektif pengurusan dengan pelanggan

iv. Perspektif sistem kewangan

Persepsi responden terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 di MARDI adalah mencapai kepuasan

iaitu julat antara 77 – 86% (Jadual 4.5). Ujian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan

peratus yang signifikan antara proses utama dan sokongan.

Secara keseluruhan, MARDI memperoleh manfaat daripada persijilan MS ISO 9001 kerana

menjadikan perjalanan SPK lebih konsisten. Responden bersetuju dengan melaksanakan SPK,

mutu kualiti kerja mereka menjadi lebih produktif. Selain itu, ia juga menjadikan komunikasi

dan capaian maklumat di MARDI lebih mudah dan cepat.

Jadual4.5: Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 secara keseluruhan

Keseluruhan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian tPurata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001 menjadikan perjalanan SPK di MARDI lebih konsisten

85 (AS) 82 (AS) 1.287 0.202

Pelaksanaan SPK menjadikan komunikasi dan capaian maklumat di MARDI lebih mudah dan cepat

77 (AS) 79 (AS) –0.645 0.521

Pelaksanaan SPK menjadikan mutu/kualiti kerja di MARDI lebih produktif (berkesan)

82 (AS) 83 (AS) –0.059 0.953

4.4.3.1 PerspektifPembelajarandanPertumbuhanBagi mencapai visi yang ditetapkan oleh pengurusan MARDI, setiap pekerja perlu

berupaya untuk melaksanakan tugasan mereka mengikut perancangan. Keupayaan

pekerja sama ada dari segi keperluan latihan dan kepakaran perlu diambil berat oleh

pihak pengurusan atasan. Persoalannya, adakah pelaksanaan SPK dan persijilan MS

ISO 9001 memberi manfaat kepada pekerja?

Page 80: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

55

Terdapat lima item yang dikaji (Jadual 4.6). Julat peratus adalah antara 74 – 82%

dan ujian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan peratus yang signifikan.

Responden daripada proses sokongan memberi peratusan hanya melepasi kepuasan

(74%) bagi item setiap pekerja mendapat peluang peningkatan kerjaya. Peratusan

responden proses utama bagi item ini agak rendah (76%) namun masih mencapai

kepuasan. Ini menunjukkan terdapat responden yang merasakan pelaksanaan SPK

tidak memberi manfaat peningkatan kerjaya kepada setiap warga MARDI. Perkara

ini perlu diambil berat oleh pengurusan sumber manusia bagi memastikan tiada

diskriminasi dalam pemilihan untuk peningkatan kerjaya pekerja. Kaedah untuk

memantau kerjaya pekerja juga perlu ditambah baik.

Jadual4.6: Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 mengikut perspektif pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja

Bahagian pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja

Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian tPurata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001 menjadikan sistem latihan yang berterusan dapat dilaksanakan

83 (AS) 82 (AS) –0.399 0.691

Pelaksanaan SPK memudahkan urusan memberi latihan kepada pekerja MARDI

81 (AS) 78 (AS) 0.572 0.569

Persijilan MS ISO 9001 meningkatkan kepercayaan pekerja untuk mendapatkan latihan anjuran MARDI

78 (AS) 76 (AS) –0.046 0.964

Setiap pekerja mendapat peluang peningkatan kerjaya dengan adanya pelaksanaan SPK di MARDI

76 (AS) 74 (RS) –0.370 0.712

Pelaksanaan SPK menyebabkan kemahiran dan kepakaran setiap pekerja dapat dipantau dengan lebih berkesan

82 (AS) 81 (AS) 0.126 0.900

4.4.3.2 PerspektifSistemOperasiBagi memuaskan pelanggan dan stakeholder, MARDI perlu memastikan semua

operasi berjalan seperti yang dirancang. Persoalannya, adakah sistem operasi di

MARDI mendapat manfaat daripada pelaksanaan SPK dan persijilan MS ISO 9001?

Mengikut perspektif sistem operasi MARDI, lima item telah dikaji dan dianalisis.

Julat peratus persetujuan adalah antara 73 – 90%. Responden memberi peratus

paling tinggi bagi item persijilan MS ISO 9001 menjadikan pelaksanaan kerja lebih

bersistematik. Ujian perbandingan menunjukkan terdapat perbezaan peratus yang

signifikan antara proses utama dan sokongan. Peratus yang lebih tinggi menunjukkan

responden daripada proses utama lebih merasai manfaat ini sejak proses kerja mereka

mendapat persijilan MS ISO 9001.

Pelaksanaan kerja juga didapati lebih efektif dan tersusun serta mengikut

masa yang telah ditetapkan. Prinsip ‘betul pertama kali dan setiap kali’ juga dapat

dilaksanakan dengan lebih efisien. Ini membuktikan bahawa sistem operasi di MARDI

mendapat manfaat daripada persijilan MS ISO 9001 ini. Namun begitu, pihak atasan

perlu sentiasa memantau kepuasan pekerja. Peratus persetujuan bagi item ini adalah

yang paling rendah dan hanya melepasi kepuasan (Jadual 4.7). Persoalannya, adakah

ahli pasukan MS ISO 9001 tidak mendapat kepuasan sewaktu melaksanakan SPK?

Adakah mereka merasakan pihak pengurusan tidak memantau sama ada mereka

berpuas hati dengan kerja yang dijalankan? Kepuasan pekerja sangat penting untuk

dijaga dan diambil berat bagi memastikan operasi MARDI berjalan dengan produktif.

Page 81: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

56

Bagi memastikan setiap pekerja melaksanakan SPK dengan efisien, tahap kepuasan

mereka perlu dikenal pasti. Pemantauan perlu dijalankan secara berkala dengan

kaedah yang betul.

Jadual4.7: Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 mengikut perspektif sistem operasi MARDI

Bahagian sistem operasi MARDI Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001 menjadikan pelaksanaan kerja lebih bersistematik

90 (VS) 85 (AS) 1.913 0.059*

Pelaksanaan kerja lebih efektif dan tersusun dengan adanya SPK di MARDI

86 (AS) 83 (AS) 0.883 0.380

Tugasan dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan berpandukan dokumentasi MS ISO 9001

86 (AS) 81 (AS) 1.507 0.136

Kepuasan pekerja dapat dipantau dengan adanya pelaksanaan SPK

73 (RS) 74 (RS) –0.457 0.649

Prinsip ‘betul pertama kali dan setiap kali’ dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila adanya persijilan MS ISO 9001

86 (AS) 80 (AS) 1.847 0.069*

*Signifikan pada aras keertian 10%

4.4.3.3 PerspektifPengurusanPelangganBagi sesebuah organisasi yang banyak berurusan dengan pelanggan, kepuasan

dan keyakinan pelanggan sangat penting untuk dinilai. Visi MARDI hanya akan

tercapai jika pelanggan berpuas hati dan setia untuk terus berurusan dengan MARDI.

Persoalannya, bagaimana kita dinilai oleh pelanggan?

Responden/pekerja yang merupakan barisan hadapan perlu dikaji sama ada

pelaksanaan MS ISO 9001 memberi manfaat terhadap pengurusan mereka dengan

pelanggan. Secara keseluruhan, pelanggan lebih percaya berurusan dengan MARDI

apabila mempunyai persijilan MS ISO 9001 (Jadual 4.8). Ia juga dapat menjamin

kesetiaan pelanggan lama dan memudahkan untuk memperoleh pelanggan baru.

Ini disebabkan, pelaksanaan SPK dapat menjamin kualiti produk dan perkhidmatan

yang tinggi dan keperluan semasa pelanggan lebih mudah dikenal pasti. Julat

peratus persetujuan adalah antara 77 – 89% dan semua item mencapai kepuasan.

Ini bermaksud, responden bersetuju mereka mendapat manfaat daripada perspektif

pelanggan sejak melaksanakan SPK.

Jadual4.8: Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 mengikut perspektif pengurusan dengan pelanggan

Bahagian pengurusan dengan pelanggan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001 telah meningkatkan kepercayaan pelanggan MARDI

87 (AS) 84 (AS) –0.764 0.447

Kepuasan pelanggan MARDI dapat dikenal pasti dengan pelaksanaan SPK yang bersistematik

84 (AS) 81 (AS) 0.751 0.455

Persijilan MS ISO 9001 menjamin kesetiaan pelanggan lama dan perolehan pelanggan baru

85 (AS) 77 (AS) 1.955 0.054*

Pelaksanaan SPK menjamin kualiti perkhidmatan/produk yang tinggi

88 (AS) 79 (AS) 1.731 0.087*

Keperluan pelanggan lebih mudah dikenal pasti dengan pelaksanaan SPK

89 (AS) 81 (AS) 1.993 0.050*

*Signifikan pada aras keertian 10%

Page 82: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

57

4.4.3.4 PerspektifSistemKewanganMARDI secara amnya bukan institusi yang menjana kewangan. Oleh itu manfaat

yang akan diperoleh oleh MARDI bukanlah sama seperti organisasi yang berasaskan

keuntungan. Keperluan kewangan di MARDI lebih kepada keperluan dalam

melaksanakan penyelidikan dan pengkomersialan. Oleh itu, manfaat pelaksanaan SPK

lebih kepada bagaimana kita dinilai oleh stakeholder/institusi yang berkepentingan

dalam memberi dana kewangan kepada MARDI. Persoalannya, bagaimana kita

dinilai oleh mereka?

Jadual 4.9 menunjukkan julat peratus persetujuan adalah antara 76 – 90%.

Peratus yang paling tinggi adalah bagi item persijilan MS ISO 9001 menjadikan

pengurusan kewangan lebih bersistematik. Manfaat ini sangat penting bagi MARDI.

Apabila pengurusan MARDI baik, ia akan memberi keyakinan kepada stakeholder

untuk memberi dana penyelidikan dan pengkomersialan. Responden juga merasakan

produktiviti pengeluaran mereka (produk/perkhidmatan) lebih baik dengan adanya

persijilan dan dana dapat digunakan secara optimum.

Manfaat pelaksanaan SPK dan persijilan MS ISO 9001 dapat dilihat dengan

meningkatnya kredibiliti MARDI mendapatkan dana awam. Walaupun kedua-dua

proses mendapat peratus mencapai kepuasan (AS), namun terdapat perbezaan yang

signifikan. Peratus yang diberikan oleh responden proses sokongan lebih rendah

berbanding proses utama. Ini mungkin disebabkan, manfaat kewangan daripada

dana awam kurang dirasai oleh pelaksana proses sokongan. Bagi pelaksana proses

utama, kebanyakan dana awam dapat dibida (dipohon) daripada institusi-institusi

luar. Sedangkan bagi proses sokongan, kebanyakan dana hanya diperoleh daripada

MARDI sahaja.

Pihak pengurusan kewangan perlu sentiasa mengambil berat mengenai

keutamaan dalam pengagihan peruntukan kewangan. Kajian keperluan kewangan

perlu dilaksanakan supaya setiap operasi mendapat agihan kewangan yang

secukupnya.

Jadual4.9: Persepsi terhadap pelaksanaan MS ISO 9001 mengikut perspektif sistem kewangan

Bahagian sistem kewangan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Persijilan MS ISO 9001 menjadikan pengurusan kewangan lebih bersistematik

90 (VS) 85 (AS) 1.450 0.151

Dana kewangan dapat digunakan secara optimum dengan pelaksanaan SPK

84 (AS) 79 (AS) 1.577 0.119

Persijilan MS ISO 9001 meningkatkan kredibiliti MARDI mendapatkan dana awam

84 (AS) 76 (AS) 2.058 0.043*

Perbelanjaan kewangan di MARDI lebih efisien dengan pelaksanaan SPK

82 (AS) 81 (AS) 1.382 0.171

Produktiviti pengeluaran (perkhidmatan/produk) lebih baik dengan adanya persijilan MS ISO 9001:2008

87 (AS) 84 (AS) 1.127 0.263

Persijilan MS ISO 9001 membolehkan MARDI menentukan keutamaan agihan peruntukkan kewangan

77 (AS) 83 (AS) 0.654 0.515

*Signifikan pada aras ke ertian 5%

Page 83: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

58

4.4.3.5 ModelVisidanStrategiRajah 4.6 merupakan model kajian bagi perspektif yang dikaji. Bagi setiap perspektif,

kajian mengenal pasti peratus pencapaian, objektif yang ingin dicapai, kekangan

yang dihadapi dan strategi yang perlu dilaksanakan. Peratus pencapaian bagi semua

perspektif adalah mencapai kepuasan (AS). Hasil kajian menunjukkan responden

memberi peratus paling tinggi untuk perspektif pengurusan dengan pelanggan (83%)

diikuti sistem kewangan (82%) dan sistem operasi MARDI (82%). Peratus pencapaian

paling rendah ialah perspektif pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja (78%).

Bagi mencapai visi menjadi organisasi R&D tersohor, pihak pengurusan perlu

mengetahui bagaimana MARDI dinilai oleh pelanggan. Ini bertujuan untuk

memenuhi harapan dan kepercayaan mereka berurusan dengan MARDI. Hasil kajian

daripada subtajuk di atas (Jadual 4.8) menunjukkan persijilan MS ISO 9001 telah

meningkatkan kepercayaan pelanggan. Persijilan juga dapat menjamin kesetiaan

pelanggan lama dan memperoleh pelanggan baru. Bagi memastikan manfaat ini

tercapai, pihak pengurusan MARDI perlu melaksanakan beberapa objektif penting

berkaitan pengurusan dengan pelanggan. Objektif tersebut ialah memuaskan hati

pelanggan, memberi khidmat nasihat yang berguna dan menepati jangkaan. Hasil

kajian menunjukkan peratus pencapaian terkini yang dipersetujui oleh pelaksana

SPK ialah 83%. Kekangan yang dihadapi ialah kesukaran untuk memenuhi kehendak

setiap pelanggan. Terdapat beberapa strategi yang dikenal pasti bagi mengatasi

kekangan tersebut. Strategi tersebut adalah mengenal pasti keperluan pelanggan dan

memastikan mereka memahami objektif dan misi setiap proses MS ISO 9001 yang

dilaksanakan di MARDI.

Walaupun MARDI bukan institusi yang menjana kewangan, namun dana

sangat penting bagi memenuhi keperluan penyelidikan dan pengkomersialan.

Bagi memastikan pengurusan kewangan dapat diperoleh dan digunakan secara

optimum, pihak pengurusan perlu mendapatkan kepercayaan daripada stakeholder

untuk memberikan dana. Hasil kajian menunjukkan persijilan MS ISO 9001 telah

meningkatkan kredibiliti MARDI mendapatkan dana awam (Jadual 4.9). Walaupun

telah mendapat persijilan lebih daripada 15 tahun, namun MARDI masih berhadapan

dengan kekangan tidak mendapat peruntukan yang dipohon. Pencapaian terkini

yang diberikan oleh pelaksana SPK ialah 82%. Bagaimana pihak pengurusan hendak

memastikan kekangan ini dapat diatasi? Beberapa strategi telah dikenal pasti iaitu

membuat tindakan awal setiap tahun untuk kelulusan budget dan menyediakan

belanjawan yang bersistematik dan memenuhi kehendak stakeholder.

Pencapaian MARDI daripada perspektif sistem operasi ialah 82%. Peratus

ini adalah disebabkan oleh beberapa kekangan yang masih perlu dihadapi iaitu

kurangnya tenaga kerja yang berpengalaman dalam melaksanakan SPK. Infrastruktur

juga masih kurang lengkap dan tidak terkini. Bagi memastikan mutu produk/

perkhidmatan mengikut piawai dan penghasilannya cekap dan berkualiti, pihak

pengurusan perlu mengenal pasti proses MS ISO 9001 yang masih perlu ditambah

baik dan ditingkatkan. Strategi yang dikenal pasti ialah memantau setiap proses yang

dijalankan. Prosedur sedia ada perlu dilaksanakan dengan prinsip ‘betul pertama kali

dan setiap kali’. Bagi mengoptimumkan manfaat yang diperoleh dengan persijilan

MS ISO 9001, pihak pengurusan perlu mengkaji semula infrastruktur sedia ada dan

memastikan peralatan yang lebih moden diperoleh.

Page 84: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

59

Terdapat persoalan bagaimana MARDI hendak mengekalkan keupayaan

untuk menambah baik setiap proses? Terutamanya proses yang mendapat persijilan

MS ISO 9001. Aset utama yang pihak pengurusan perlu ambil berat ialah keperluan

meningkatkan kredibiliti pelanggan dalaman iaitu pekerja. Beberapa objektif daripada

perspektif pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja ialah menghasilkan

pekerja yang mempunyai komunikasi berkesan dan berupaya untuk bekerjasama

melaksanakan SPK dengan berkesan. Pekerja MARDI yang juga pelaksana SPK

perlu betul-betul memahami skop dan fungsi kerja mereka. Pencapaian terkini yang

dipersetujui oleh pelaksana ialah 78%. Kekangan yang dihadapi oleh mereka ialah

latihan berkaitan MS ISO 9001 yang singkat. Pertukaran ahli pasukan pelaksana

yang kerap menyebabkan prosedur tidak dapat dijalankan dengan baik. Ini

kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan. Strategi yang dikenal pasti bagi

mengurangkan kekangan adalah latihan kemahiran yang berkala kepada setiap ahli

pasukan pelaksana SPK. Kursus kesedaran mengenai kepentingan SPK perlu diadakan

bagi memastikan ahli pasukan menghargai tugasan mereka. Proses pembelajaran

ini perlu dilaksanakan secara teratur dan kemahiran setiap pekerja perlu dipantau

dengan kaedah yang lebih berkesan.

Rajah4.6: Model visi dan strategi pelaksanaan MS ISO 9001 di MARDI

4.4.4 PersepsiTerhadapProsesMSISO9001yangDilaksanakanDi samping mengkaji keberkesanan dan manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan SPK

dan persijilan MS ISO 9001, kajian juga menilai persepsi responden terhadap proses MS ISO

9001 yang dilaksanakan di MARDI. Tiga bahagian yang dikaji ialah kesedaran, penerimaan

dan keberkesanan yang diperoleh oleh ahli pasukan pelaksana.

Page 85: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

60

Jadual 4.10 menunjukkan julat peratus persetujuan yang besar iaitu antara 68% hingga

90%. Responden proses utama memberi peratusan yang lebih tinggi (87%) berbanding

dengan proses sokongan (84%). Peratusan bahagian kesedaran paling tinggi, diikuti bahagian

keberkesanan dan akhir sekali ialah bahagian penerimaan. Walaupun peratus proses sokongan

lebih rendah daripada proses utama untuk semua bahagian, namun hanya bahagian kesedaran

sahaja yang mempunyai perbezaan peratus yang signifikan. Ulasan mengenai perbezaan ini

dibincangkan di dalam subtajuk seterusnya.

Jadual4.10: Julat dan purata peratus tahap persetujuan responden terhadap proses yang dilaksanakan

Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Kesedaran 87% (AS) 83% (AS) 2.573 0.012*

Penerimaan 80% (AS) 76% (AS) 1.227 0.224

Keberkesanan 84% (AS) 80% (AS) 1.725 0.089

Keseluruhan 87% (AS) 84% (AS) 1.448 0.152

*Signifikan pada aras keertian 5%

4.4.4.1 KesedaranSecara keseluruhan, peratus persetujuan responden proses utama lebih tinggi daripada

proses sokongan. Analisis perbandingan menunjukkan empat daripada lima item di

dalam bahagian ini mempunyai perbezaan peratus yang signifikan.

Majoriti responden sedar bahawa penambahbaikan berterusan sangat

penting dalam pelaksanaan SPK dan persijilan MS ISO 9001 yang diperoleh akan

meningkatkan kepercayaan pelanggan sewaktu berurusan dengan MARDI. Peratus

persetujuan yang diberi oleh responden proses utama sangat mencapai kepuasan

(90%), manakala peratus responden proses sokongan ialah 85%.

Kajian oleh Casadesus et al. (2001) menyatakan mengamalkan SPK dan mengekalkan

persijilan ISO sahaja tidak mencukupi. Kesedaran ini turut dipersetujui oleh pelaksana

SPK di MARDI. Persijilan MS ISO 9001 perlu disertai dengan pelaksanaan SPK yang

efektif untuk mengekalkan produktiviti kerja sekali gus meningkatkan produktiviti

pengeluaran. Analisis perbandingan perbezaan peratus yang signifikan membawa

maksud ahli pasukan proses sokongan mempunyai peratus kesedaran yang lebih

rendah berbanding dengan proses utama.

Nilai peratus yang paling rendah ialah item jawatan yang dipegang dalam

MS ISO 9001 membantu kerja dan kredibiliti diri. Ini mungkin disebabkan mereka

merasakan jawatan yang dipegang dalam proses MS ISO 9001 kurang menyumbang

kepada peningkatan kerjaya (Jadual 4.11). Perkara ini perlu diambil tindakan segera

oleh pengurusan MARDI supaya kepuasan kerja ahli pasukan MS ISO 9001 tidak

menurun dan mengganggu tugasan penting mereka dalam menjayakan pelaksanaan

SPK di MARDI.

Page 86: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

61

Jadual4.11: Persepsi terhadap kesedaran pelaksanaan MS ISO 9001

Kesedaran Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian tPurata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Pelaksanaan SPK sangat penting demi meningkatkan produktiviti kerja

86 (AS) 83 (AS) 1.081 0.283

Jawatan yang dipegang dalam MS ISO 9001 membantu kerjaya dan kredibiliti diri

82 (AS) 77 (AS) 2.023 0.047**

Penambahbaikan berterusan sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan SPK

90 (VS) 85 (AS) 2.102 0.039**

Persijilan MS ISO 9001 perlu disertai dengan perlaksanaan yang efektif untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran

89 (AS) 84 (AS) 1.939 0.056*

Persijilan MS ISO 9001 meningkatkan kepercayaan pelanggan sewaktu berurusan dengan MARDI

90 (VS) 85 (AS) 2.064 0.042**

*Signifikan pada aras keertian 10%**Signifikan pada aras keertian 5%

4.4.4.2 PenerimaanPenerimaan responden proses utama secara keseluruhannya lebih tinggi berbanding

dengan responden proses sokongan. Walau bagaimanapun, satu item sahaja yang

menunjukkan perbezaan peratus yang signifikan.

Ahli pasukan MS ISO 9001 bersetuju pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001

memudahkan kerja yang dilakukan. Mereka juga mengakui kerja yang dilaksanakan

menjadi lebih tersusun. Namun peratus persetujuan agak rendah bagi kepuasan

bekerja sejak memegang jawatan dalam pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001

terutamanya responden proses sokongan. Mereka juga kurang bersungguh-sungguh

sewaktu melaksanakan SPK dan prosedur kualiti. Peratus yang diberi oleh responden

proses sokongan kepada kedua-dua item ini hanya melepasi kepuasan (Jadual 4.12).

Majoriti responden merasakan tugas mendokumentasikan MS ISO 9001 merupakan

tugasan yang membebankan. Maklumat tambahan daripada responden menyatakan

mereka sangat memerlukan ahli pasukan tambahan yang hanya menjalankan tugas

dokumentasi. Pihak pengurusan MARDI perlu mengkaji semula sama ada bilangan

ahli pasukan bagi setiap proses MS ISO 9001 di MARDI betul-betul mencukupi untuk

melaksanakan semua prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Jadual4.12: Persepsi terhadap penerimaan pelaksanaan MS ISO 9001

Penerimaan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%)

Ujian t

Purata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Melaksanakan dokumentasi MS ISO 9001 merupakan tugasan yang tidak membebankan

68 (RS) 66 (NS) 0.407 0.685

Kerja lebih tersusun dengan adanya dokumentasi MS ISO 9001

86 (AS) 83 (AS) 1.281 0.204

Pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001 memudahkan kerja yang dilakukan

82 (AS) 78 (AS) 1.315 0.193

Kepuasan bekerja meningkat sejak memegang jawatan dalam pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001

79 (AS) 73 (RS) 2.084 0.040*

Semua pelaksanaan SPK dan prosedur kualiti dijalankan dengan bersungguh-sungguh tanpa perasaan paksaan

78 (AS) 75 (RS) 0.966 0.337

*Signifikan pada aras keertian 5%

Page 87: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

62

4.4.4.3 KeberkesananJadual 4.13 menunjukkan persepsi responden terhadap keberkesanan pelaksanaan

MS ISO 9001. Semua item mendapat peratus persetujuan yang mencapai kepuasan

(77% hingga 88%) dengan item paling tinggi ialah keberkesanan terhadap rekod.

Persijilan MS ISO 9001 membuktikan rekod kerja dapat dikendalikan dengan lebih

baik dan berkesan. Ini terbukti apabila maklumat yang dikehendaki dapat dicapai

dengan cepat dan tepat. Produktiviti kerja juga meningkat dengan kerjasama dan

komunikasi antara pekerja yang bertambah baik sejak pelaksanaan SPK. Masa bekerja

juga lebih efisien. Perkara yang paling penting, keperluan pelanggan lebih mudah

dikenal pasti sejak pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001.

Jadual4.13: Persepsi terhadap keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001

Keberkesanan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian tPurata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Rekod dikendalikan dengan lebih baik dan berkesan sejak mendapat persijilan MS ISO 9001

88 (AS) 82 (AS) 2.471 0.016*

Maklumat dapat dicapai dengan cepat dengan adanya persijilan MS ISO 9001

88 (AS) 81 (AS) 2.754 0.007**

Pelaksanaan SPK meningkatkan produktiviti pekerja

83 (AS) 81 (AS) 0.718 0.475

Kerjasama dan komunikasi di antara pekerja bertambah baik sejak SPK dilaksanakan

81 (AS) 78 (AS) 0.956 0.342

Keperluan pelanggan lebih mudah dikenal pasti sejak pelaksanaan dokumentasi MS ISO 9001

82 (AS) 79 (AS) 1.109 0.271

Masa bekerja lebih efisien dengan pelaksanaan SPK

80 (AS) 77 (AS) 0.878 0.383

*Signifikan pada aras keertian 5%**Signifikan pada aras keertian 1%

4.4.4.4 KeseluruhanSecara keseluruhan, semua responden bersetuju bahawa persijilan MS ISO 9001

membantu meningkatkan prestasi MARDI dengan memberi peratus persetujuan yang

mencapai kepuasan (83% hingga 87%). Mereka juga bersetuju pelaksanaan SPK

membantu meningkatkan pengurusan di MARDI (Jadual 4.14).

Jadual4.14: Persepsi terhadap keseluruhan pelaksanaan MS ISO 9001

Keseluruhan Proses Utama (%) Proses Sokongan (%) Ujian tPurata (IP) Purata (IP) Nilai t Sig.

Pelaksanaan SPK terhadap proses ini membantu meningkatkan pengurusan MARDI

86 (AS) 83 (AS) 1.312 0.193

Persijilan MS ISO 9001 terhadap proses ini membantu meningkatkan prestasi MARDI

87 (AS) 84 (AS) 1.292 0.200

4.4.5 MasalahyangDihadapiJadual 4.15 menunjukkan enam masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan pelaksana MS ISO

9001 di MARDI. Pemilik dan timbalan pemilik proses diberikan senarai masalah dan diminta

menyenaraikan keutamaan masalah yang dihadapi oleh proses MS ISO 9001 yang mereka

laksanakan.

Masalah utama yang dikenal pasti ialah sikap ahli pasukan. Majoriti ahli merasakan tugas

mendokumentasikan MS ISO 9001 merupakan satu beban tambahan. Ini berkait rapat dengan

Page 88: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

63

masalah seterusnya iaitu mereka merasakan kekurangan sumber ahli pasukan pelaksana.

Kekurangan kewangan dalam melaksanakan prosedur juga membuatkan beban ini menjadi

lebih bertambah.

Tiga masalah yang seterusnya merupakan masalah individu iaitu kurang kefahaman

tentang kepentingan melaksanakan SPK. Ahli pasukan juga mengabaikan prosedur kerja yang

ditetapkan kerana kurangnya kefahaman tentang prosedur tersebut. Pihak pengurusan MARDI

perlu mengambil berat tentang masalah sumber yang telah dialami oleh beberapa proses MS

ISO 9001. Ini sangat penting demi memastikan persijilan MS ISO 9001 di MARDI mencapai

objektifnya dan pelaksanaannya berkesan dan memberi manfaat kepada semua.

Jadual4.15: Masalah yang dihadapi oleh proses MS ISO 9001 di MARDI

Masalah Peratus kritikalSikap ahli pasukan – menganggap dokumentasi MS ISO 9001 sebagai satu beban tambahan 67Sumber – kekurangan ahli pasukan/pelaksana 61Sumber – kekurangan kewangan bagi melaksanakan prosedur kerja 58Kefahaman – kurang kefahaman tentang kepentingan melaksanakan SPK 57Sikap ahli pasukan – mengabaikan prosedur kerja yang telah ditetapkan 57Kefahaman – kurang kefahaman tentang prosedur 51

4.5 SARANANAntara saranan yang perlu diambil berat oleh pihak pengurusan atasan MARDI ialah:

i. Kursus dan latihan yang bersesuaian kepada auditor

ii. Tenaga kerja (ahli pasukan) yang mendapat pendedahan yang mencukupi

iii. Memastikan penambahbaikan berterusan dilaksanakan secara berkala

iv. Menjalankan latihan berkala kepada ahli pasukan mengenai pelaksanaan proses MS ISO 9001

v. Memberi pengiktirafan kepada setiap ahli pasukan MS ISO 9001 terhadap tugasan yang

dilaksanakan

vi. Memberi kursus kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan SPK dengan berkesan

vii. Menambah bilangan tenaga kerja bagi setiap proses yang memerlukan

viii. Menjalankan kajian kepuasan pekerja secara berkala

ix. Menjalankan kajian kepuasan pelanggan/kajian keperluan pelanggan

x. Memastikan dana yang diperlukan oleh setiap proses mencukupi

4.6 RUMUSANSecara keseluruhan, keberkesanan pelaksanaan SPK di MARDI berada di tahap sederhana dan mencapai

kepuasan ahli pasukan MS ISO 9001. Pengurusan dengan pelanggan menunjukkan keberkesanan yang

paling tinggi, diikuti keberkesanan terhadap sistem operasi dan kewangan. Keberkesanan pelaksanaan

SPK terhadap peningkatan pembelajaran dan pertumbuhan kerjaya pekerja didapati paling rendah dan

masih memerlukan banyak penambahbaikan.

Aktiviti pengauditan proses MS ISO 9001 dijalankan pada setiap tahun. Laporan audit dalaman

MARDI menunjukkan trend penurunan bagi prosedur yang berlaku ketidakakuran (NCR) dan berpotensi

berlaku ketidakakuran (OFI). Pemilik dan timbalan pemilik proses berpendapat aktiviti pengauditan

merupakan satu sistem pemantauan kerja yang bersistematik dan banyak membantu menambah baik

prosedur yang dilaksanakan. Mutu dan kualiti kerja menjadi lebih produktif dan berkesan.

Ahli pasukan MS ISO 9001 MARDI sedar bahawa penambahbaikan berterusan sangat penting dalam

menjayakan pelaksanaan SPK dan persijilan MS ISO 9001 meningkatkan kepercayaan pelanggan ketika

Page 89: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

64

berurusan dengan MARDI. Namun kebanyakan mereka masih merasakan tugasan mendokumentasikan

agak membebankan. Mereka merasakan dokumentasi sebagai satu beban tambahan kerja sedangkan

tenaga pelaksana tidak mencukupi. Kekurangan dana bagi melaksanakan prosedur dengan baik juga

menjadi masalah yang agak kritikal dan perlu diambil tindakan yang berpatutan oleh pengurusan atasan

MARDI.

9.7 RUJUKANCasadesus, M., Gimenez, G. dan Heras, I. (2001). Benefits of ISO 9000 implementation in Spanish industry.

European Business Review 13(6): 327 – 335

Fadhilah, A.H. dan Maria, I. (2014). Indeks kepuasan hati pelanggan dalaman MARDI: Perbandingan antara

kumpulan kerja. Economic and Technology Management Review Vol. 9b: 133 – 148

Manual Kualiti MARDI (2014). Dokumen MS ISO 9001:2008 MARDI

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Dalam Sektor Awam (2010). Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Psomas, E., Fotopoulus, C. dan Kafetzopoulus, D. (2010). Critical factors for effective implementation of ISO 9001

in SME services companies. Managing Service Quality Vol. 20(5): 440 – 457

Robert, S.K. (2010). Conceptual Foundations of the Balanced Scorecard (C. Chapman, Hopwood, A. dan Shields,

M. (ed.), Handbook of Management Accounting Research Vol. 3 (Elsevier, 2009)

Page 90: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

65

5.0 Kajianpotensipenggunaane-Dagang(E-CommErCE)DiKalanganusahawanperusahaanKecilDanseDerhana(pKs)agromaKananDimalaysia

5.1 penDahuluanPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan komponen penting dalam ekonomi negara. PKS

mewakili 99.2% daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang dibangunkan di negara ini (Sharina

dll. 2013). Sektor ini menawarkan 5.6% peluang pekerjaan dan telah menyumbang kira-kira 32%

Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012 (Suwardi dll. 2012). Dalam Laporan

Tahunan SME Corporation 2013/2014 yang sama menyatakan penglibatan PKS dalam KDNK negara

telah meningkat sebanyak 3.7% dari tahun 2005 sehingga 2013. Sektor perkhidmatan menjadi peneraju

utama dengan sumbangan sebanyak 62.1% berbanding dengan sektor pembuatan (23.7%), sektor

pertanian (9.7%), pembinaan (3.0%) serta perlombongan dan kuari (0.2%) pada tahun 2013. Selari

dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang rancak, sumbangan PKS dijangkakan akan

terus meningkat sebanyak 41% kepada KDNK menjelang tahun 2020. Pelancaran Pelan Induk PKS

(2012 – 2020) telah mensasarkan PKS menjadi sebahagian dari wilayah ekonomi yang berdaya saing

tinggi dalam memperkukuh sumbangan dan keupayaan kepada ekonomi negara.

Sumbangan industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam ekonomi Malaysia bukanlah

baharu diperkatakan. Kedudukan serta perkembangan ekonomi yang positif menjadi intaian syarikat-

syarikat gergasi untuk membuat pelaburan komersial di Malaysia. Menurut laporan The Global

Competitiveness Report 2012 – 2013 ketika diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia 2013 telah

meletakkan kedudukan Malaysia di kalangan 20% teratas ekonomi yang paling berdaya saing di dunia.

Merujuk kepada laporan Tahunan SME Corporation 2013, Bank Dunia dan Perbadanan Kewangan

Antarabangsa (IFC) dalam laporan khasnya (Ease of Business Report 2014) menyatakan kedudukan

Malaysia telah meningkat ke tempat ke-6 (2014) dari tempat ke-12 pada tahun sebelumnya di kalangan

189 negara yang dilaporkan. Malaysia juga telah diiktiraf kemajuannya daripada pembangunan yang

didorong oleh kecekapan kepada inovasi. Kedudukan ini bukan sahaja mencerminkan kemajuan sebagai

negara yang pesat membangun, tetapi juga menyokong kesediaan industri PKS untuk melangkah ke

pasaran yang lebih jauh. Di Malaysia, PKS diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu mikro, kecil dan

sederhana. Pengertian ini adalah merujuk kepada dua kriteria iaitu nilai jualan tahunan dan bilangan

pekerja sepenuh masa bagi sesebuah perniagaan. Klasifikasi PKS telah berubah selepas Pelan Induk SME

(SME Masterplan) digubal pada tahun 2013 dan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2014 yang

telah meminda takrif PKS bagi membolehkan lebih banyak pengusaha dan syarikat daripada pelbagai

sektor perkhidmatan tergolong dalam kategori PKS. Takrifan baru ini dibuat berdasarkan perluasan julat

nilai jualan tahunan dan bilangan pekerja (Sharina dll). Jadual 5.1 menunjukkan takrifan lama dan baru

dan diguna pakai sehingga kini.

Page 91: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

66

5.2 latarbelaKang

5.2.1 penggunaanKomunikasidanteknologi(ict)diKalanganpKsAktiviti membeli-belah dalam talian di Malaysia boleh dianggap baru, walaupun sudah

beberapa tahun semenjak pengkomersialan internet. Rakyat Malaysia masih mengaggap

ia sebagai medium berkomunikasi dan hiburan, tetapi bukan sepenuhnya sebagai medium

e-dagang (John dan Jackie 2001). Dalam masa yang sama, kajian oleh SME Corporation pada

tahun 2014 terhadap penggunaan ICT di kalangan PKS Malaysia juga menunjukkan bahawa

pada hakikatnya penggunaannya masih rendah (Rajah 5.1). Majoriti responden menggunakan

komputer/komputer riba dan telefon pintar (92.6%) dan servis internet (33.3%), tetapi bagi tujuan

peribadi dan bukan untuk operasi perniagaan. Hanya sebanyak 7.1% sahaja terlibat dalam

perniagaan secara on line (e-dagang). Selain penemuan ini, satu kajian lain yang dijalankan

oleh The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)

(2012) terhadap 965 PKS dari seluruh Malaysia mendapati majoriti masih menggunakan

kaedah konvensional dalam menjalankan perniagaan. Hanya sebilangan kecil (28%) daripada

keseluruhan responden mengatakan terlibat dalam perniagaan internet (e-dagang). Daripada

peratusan itu, majoriti syarikat merupakan syarikat baru dan beroperasi kurang tiga tahun (67%)

dan selebihnya (33%) adalah syarikat yang beroperasi lebih lima tahun. Industri perhotelan

merupakan pengguna e-dagang terbesar (50%) di mana internet digunakan sebagai medium

utama dalam penempahan bilik hotel pada masa kini.

5.2.2 pemasaranKonvensionaldanpemasaranonlinePemasaran konvensional merupakan satu jenis pemasaran yang dilakukan secara langsung

kepada pengguna tanpa melibatkan penggunaan internet di mana pengguna boleh bersua

muka terus dengan peniaga dan menjalankan transaksi perniagaan. Manakala pemasaran

online pula berlaku apabila adanya penglibatan teknologi internet. Di sini pengguna tidak perlu

berjumpa peniaga untuk mendapatkan barangan yang dijual, tetapi hanya perlu berinteraksi

jadual5.1: Perbandingan takrifan PKS lama dan baru

Takrifan lama Takrifan baru(pindaan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014)

Kriteria Mikro Kecil Sederhana Mikro Kecil Sederhana

Jualan tahunan (RM juta)

<0.25 0.25 – 10.0 10.0 – 25.0 Perkilangan

Jualan tahunan (RM juta)

<0.3 0.3 – (<1.5) 15 – 50

Bilangan pekerja sepenuh masa (orang)

<5 5 – 50 51 – 150 Bilangan pekerja sepenuh masa (orang)

<5 5 – (<75) 75 – 200

b) Perkhidmatan dan sektor lain

Jualan tahunan (RM juta)

<0.30.3 – (<3) 3 – 20

Bilangan pekerja sepenuh masa (orang)

<5 5 – 30 30 – 75

Page 92: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

67

menggunakan medium internet untuk berkomunikasi. Akan tetapi secara dasarnya, kedua-

dua pendekatan berikut mempunyai tujuan yang sama iaitu memperoleh keuntungan dengan

menjual produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Jadual 5.2 menunjukkan perbezaan

perniagaan secara konvensional dan online dalam aspek pemasaran. Antara faktor yang

menjadi perbezaan adalah fokus, strategi, medium, modal serta skop pemasaran.

Sumber: Laporan Tahunan 2013/14 SME Corporation

rajah5.1: Penggunaan ICT di kalangan PKS

jadual5.2: Perbezaan perniagaan secara konvensional dan internet

Perkara Konvensional Internet Fokus pemasaran

Sesuai untuk semua lapisan masyarakat di mana peniaga boleh berkomunikasi secara terus kepada pengguna dan menjual produk atau perkhidmatan mereka.

Lebih kepada individu yang celik teknologi dalam lingkungan 15 – 35 tahun yang lebih sukakan transaksi cepat dan menjimatkan masa tanpa perlu bergerak jauh untuk ke tempat yang lain.

Strategi pemasaran

Menggunakan strategi pemasaran secara demografi untuk mendapatkan perhatian pengguna melalui pengiklanan dan jualan terus dari kedai.

Mensasarkan pengguna yang mencari kandungan tertentu yang telah diyakini keberkesanannya melalui pengalaman orang lain atau pengaruh daripada kenalan mengenai sesuatu produk.

Medium pemasaran

Menggunakan media cetak seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, risalah, poster, banner, bunting, billboard dan papan iklan.

Menggunakan teknologi internet seperti laman web, e-mel, search engine optimisation (SEO), banner ads dan aplikasi-aplikasi web yang lain.

Modal pemasaran

Memerlukan modal yang agak besar bagi mengkomersialkan iklan yang melibatkan media massa seperti pengiklanan di televisyen, surat khabar, radio dan sebagainya.

Modal yang kecil, malah ada kalanya tidak perlu mengeluarkan modal untuk memasarkan barangan, cukup dengan mengiklankan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial lain yang relevan.

Skop pemasaran

Sedikit terhad di mana sesuatu iklan di papan iklan misalnya hanya boleh dilihat dan menarik perhatian beberapa pengguna kerana kawasan liputan yang kecil. Berkemungkinan berlaku kerosakan seperti terkena hujan, tertanggal daripada papan dan sebagainya.

Pemasaran online tidak terikat dengan masa dan tempat. Melalui teknologi internet pemasaran produk dan perkhidmatan sesuatu barangan boleh melepasi pasaran antarabangsa tanpa batasan masa.

Page 93: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

68

5.2.3 pengenalanKepadae-DagangSecara umumnya, e-dagang boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang membolehkan penjualan

dan pembelian barangan atau perkhidmatan oleh penjual dan pengguna di internet. Menurut

sumber dari investwords.com, e-dagang merupakan satu sistem website yang mempunyai

keupayaan untuk membolehkan proses mencari dan memilih produk dalam katalog secara

atas talian dan kemudiannya diakhiri dengan proses pembayaran sama ada melalui kad kredit

atau kad debit, pindahan wang secara terus ke bank dan Pay Pal. Bagi pembayaran melalui

kad kredit, kad debit dan pidahan wang ke bank, kebiasaannya, pemilik atau penjual perlu

mendapatkan khidmat syarikat yang menawarkan gerbang pembayaran berserta yuran tertentu,

sebagai contoh iPay88, Net Builder, MOLPay dan sebagainya. Terdapat juga pada masa kini,

perkhidmatan pembayaran langsung ke bank diwujudkan bergantung pada terma dan syarikat

yang ditentukan. Kalakota dan Whinston (1996) telah mendenifinisikan e-dagang kepada

empat perspektif:

i) Perspektif komunikasi – penyampaian maklumat, produk atau perkhidmatan melalui

cara elektronik

ii) Perspektif perniagaan – merupakan satu aplikasi teknologi ke arah transaksi

perniagaan automatik

iii) Perspektif perkhidmatan – pengurangan kos besar-besaran di samping meningkatkan kualiti

dan mempercepatkan kelajuan perniagaan dan perkhidmatan penghantaran

iv) Perspektif dalam talian – e-dagang merujuk kepada kemungkinan untuk membeli atau

menjual produk dan maklumat serta perkhidmatan dalam talian lain

5.2.4 Klasifikasiperniagaane-DagangPerniagaan dalam talian (e-dagang) merupakan salah satu usaha yang boleh dilaksanakan oleh

pihak peniaga bagi meluaskan lagi pasaran barangan keluaran sesebuah syarikat. Di samping

itu, kaedah ini juga mampu meningkatkan produktiviti selain mampu melonjakkan daya saing

antara pesaing dalam perniagaan. Terdapat beberapa jenis pecahan dalam e-dagang antaranya

ialah perniagaan-ke-perniagaan (business-to-business – B2B), perniagaan-ke-pengguna

(business-to-consumer – B2C) dan pengguna-ke-pengguna (consumer-to-consumer – C2C)

seperti yang dinyatakan dalam Jadual 5.3.

jadual5.3: Kategori perniagaan e-dagang

Jenis Keterangan Contoh

B2B > perniagaan-ke-perniagaan(business-to-business)

Transaksi online yang melibatkan perniagaan dengan perniagaan yang lain sebagai contoh, proses jual beli yang berlaku antara pembekal dan peniaga.

Go2Paper.com

B2C > perniagaan-ke-pelanggan (business-to-consumer)

Perniagaan jenis ini biasanya dijalankan oleh pengusaha yang sudah mempunyai alamat website sendiri dan menjual produknya secara langsung kepada pengguna.

Lazada, eSogo, Zalora, Zawara

C2C > pengguna-ke-pengguna (consumer-to-consumer)

Model perniagaan ini adalah sebagai fasilitator yang memudahkan lagi transaksi antara pengguna melalui web pihak ketiga contohya bidaan secara online di mana seseorang menjual barang pada harga tertinggi selepas proses pembidaan berlaku antara pelanggan.

Lelong.com.my, eBay.com.my, mudah.com

(samb.)

Page 94: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

69

Jenis Keterangan Contoh

C2B > pengguna – ke- perniagaan(consumer – to-business)

Perniagaan ini membolehkan pengguna menghantar produk atau perkhidmatan mereka secara online kepada syarikat. Syarikat pula akan mengkaji dan membuat tawaran kepada pengguna jika memenuhi jangkaan harga. Sebagai contoh bakat kepakaran sesuatu bidang yang ditawarkan kepada syarikat perantara dan akan mempromosikan kepada syarikat lain yang memerlukan.

Elance.com

m-Commerce > perdagangan mudah alih (mobile commerce)

Perniagaan seperti di komputer, tetapi dilanjutkan dengan penggunaan aplikasi telefon pintar

Lazada, Mysale, Ikea

jadual5.3:(samb.)

5.2.5 e-DagangmeningkatkanproduktivitiE-dagang melibatkan penjualan atau pembelian barangan dan perkhidmatan melalui rangkaian

komputer oleh perniagaan, individu, kerajaan atau organisasi lain. Dengan penggunaan

e-dagang, perniagaan mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan

syarikat-syarikat yang lebih besar, kukuh dan stabil dengan kos operasi yang lebih rendah. Ia

dapat membantu meningkatkan produktiviti pernigaan di samping membolehkan pengusaha

PKS lebih berdaya saing dalam dunia perniagaan global. Antara kebaikan dan manfaat

penggunaan e-dagang menurut Buku Panduan Usahawan di Negara Membangun, e-dagang

untuk Pembangunan Perusahaan Kecil, 2006 (Richard dll. 2006) adalah seperti yang berikut:

a) Faedah pengurangan kos (Cost Reduction Benefit)

• Mengurangkan kos perjalanan: penggunaan telefon bimbit, e-mel dan ICT lain bagi

menggantikan tuntutan perjalanan.

• Mengurangkan kos bahan-bahan: penyampaian maklumat yang lebih baik daripada

pembekal tentang harga yang lebih kompetitif.

• Mengurangkan kos pemasaran dan pengedaran: sebagai contoh, penerbitan risalah

dalam talian boleh mencapai jumlah yang tidak terhad daripada pelanggan dalam

negara mahupun luar negara.

• Mengurangkan kos jualan: internet menyediakan peluang luar biasa bagi perniagaan

untuk mengurangkan kos perniagaan dalam negara dan eksport.

• Lebih cekap pengurusan rantaian bekalan: boleh menghapuskan peranan orang tengah

yang membawa kepada pengurangan kos urus niaga termasuk pemasaran, jualan,

pemprosesan transaksi, pengurangan overhead, inventori dan kos buruh.

• Meningkatkan fungsi dalaman: mengurangkan operasi dalaman seperti mesyuarat,

meningkatkan pertukaran pengetahuan kritikal, menghapuskan karenah birokrasi dan

memperkemas komunikasi.

b) Kelebihan pemasaran (Market Benefit)

• Jangkauan yang lebih meluas: dengan adanya web, ini membolehkan pengusaha lebih

mudah mendekati pelanggan yang berada jauh atau di luar kawasan.

• Memberi kesedaran tentang jenama: menawarkan ruang baru untuk mempromosikan

produk dan perkhidmatan yang disediakan.

• Khidmat pelanggan yang lebih baik: pengambilan pesanan yang lebih cekap dan

perkhidmatan selepas jualan yang lebih berkesan, oleh yang demikian hal ini mampu

membawa kepada peningkatan kesetiaan pelanggan.

Page 95: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

70

• Meningkatkan kesedaran pasaran: pengusaha akan lebih sedar akan persaingan dan

lebih sensitif terhadap perubahan yang berlaku dalam pasaran. Maka perkara ini akan

menjadikan produk/perkhidmatan lebih berinovasi serta lebih berkualiti.

c) Manfaat daya saing (Competitive Benefit)

• Meningkatkan kecekapan: e-dagang bukan sahaja mengurangkan kos, tetapi juga

boleh meningkatkan kelajuan transaksi antara jual beli.

• Perdagangan berterusan: pembekal dan pelanggan boleh mengakses perkhidmatan

jualan 7 hari seminggu/24 jam sehari. Tambahan pula apabila melibatkan zon masa

yang berbeza.

• Kepakaran: e-dagang boleh membantu memberi tumpuan dalam melaksanakan aktiviti

- menjadikan ia lebih mudah untuk membina hubungan dengan syarikat-syarikat lain

dan berkomunikasi menggenai keperluan untuk menyokong agensi.

• Inovasi produk: melalui pemasaran dalam talian, syarikat dapat mengetahui dengan

lebih cepat mengenai maklum balas daripada pelanggan sedia ada mahupun yang

akan datang. Syarikat juga boleh mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan yang

berpengaruh dalam usaha menyempurnakan dan memperbaiki pembangunan produk

berterusan mereka.

5.3 metoDologiKajian

5.3.1 rekabentukdaninstrumenKajianSecara umumnya, penggunaan e-dagang di kalangan pengusaha PKS masih baru dan berada di

tahap permulaan. Justeru, kajian berbentuk penerokaan (exploratory research) secara kualitatif

telah dipilih untuk mendapatkan data dan maklumat. Menurut Yin (2003), penggunaan

kajian penerokaan digunakan untuk meneroka keadaan yang tidak pasti, kabur dan tidak

mempunyai maklumat yang mencukupi. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal

pasti dan mengetahui status penggunaan e-dagang di kalangan pengusaha PKS. Kaedah temu

bual bersemuka dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik semi struktur bersama

10 pengusaha agromakanan yang terpilih. Senarai pengusaha yang dipilih adalah melalui SMI/

SME Business Directory 11th and 12th edition keluaran SAMENTA (Small and Medium Enterprises

Association, 2011 dan 2012). Pemilihan usahawan dalam skop kajian adalah berdasarkan

kepada kriteria utama pengusaha iaitu mempunyai perniagaan dan berniaga secara aktif dalam

laman web e-dagang bagi produk agromakanan.

5.3.2 analisisDataMaklumat yang diperoleh dari temu bual bersemuka telah dianalisis dengan menggunakan

perisian ATLAS.ti (versi 7.5) yang bertujuan untuk mengekstrak, mengkategori dan menyambung

pelbagai jenis sumber dokumen pada masa yang sama ke dalam kod atau kategori tertentu.

Menurut Pamela dan Susan (2008) bawah penyelidikan kualitatif, hasil kajian yang diperoleh

adalah daripada analisis isi kandungan (perkataan) dan tidak boleh dianalisis dalam bentuk

angka. Dapatan yang diperoleh dianggap mewakili maklumat secara keseluruhannya atau

pandangan daripada kajian yang dijalankan dan boleh digunakan untuk kajian selanjutnya

(Mohd Tarmizi dll. 2013). Dua aspek telah dianalisis iaitu isu dan cabaran dan faktor yang

menyumbang kepada memulakan perniagaan e-dagang.

Page 96: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

71

5.4 DapatanKajianDanperbincangan

5.4.1 profilrespondenSoal selidik telah melibatkan 10 orang Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) agromakanan di

Malaysia. Jadual 5.4 menunjukkan majoriti syarikat (8) terdiri daripada syarikat perkongsian

dan terdapat dua sahaja syarikat pemilikan tunggal (enterprise). Dianggarkan kesemua syarikat

menjalankan perniagaan secara langsung kepada pengguna (B2C) manakala produk yang

ditawarkan merupakan produk daripada hasil kilang pemprosessan syarikat persendirian.

Sebanyak 70% syarikat telah terlibat dalam perniagaan secara e-dagang lebih dari 3 tahun dan

mempunyai purata perolehan tahunan sebanyak RM750,000 setahun. Tiga daripada syarikat

bersetuju e-dagang telah menyumbang sebanyak lebih 50% daripada hasil perolehan tahunan

syarikat manakala bakinya masih bergantung pada perniagaan secara konvensional.

5.4.2 isudancabaranSecara umumnya banyak isu dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan e-dagang

memandangkan industri ini masih baru berkembang di Malaysia. Walau bagaimanapun, potensi

e-dagang semakin penting pada masa kini dan pada masa akan datang. Kepentingannya juga

adalah selari dengan perubahan teknologi dan gaya hidup masyarakat terutama di kawasan

bandar-bandar besar. Isu dan cabaran yang diperoleh melalui pengalaman pengusaha e-dagang

adalah seperti dalam Jadual 5.5 berikut. Tiga kategori utama isu dan cabaran yang diperoleh

daripada dapatan kajian termasuklah i) pasaran dan persaingan, ii) pelanggan dan iii) sistem

maklumat.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pengusaha, kesimpulan yang boleh

dirumuskan berkaitan isu dan cabaran dalam industri e-dagang adalah seperti yang berikut:

a) Aspek pasaran dan persaingan, isu dan cabaran yang dihadapi oleh responden adalah

mengenai persaingan dari pasaran luar dan permasalahan dalam menghadapi syarikat

palsu. Umumnya diketahui perniagaan di internet adalah satu perniagaan tanpa batasan

dan tanpa had. Pelbagai jenis produk boleh dijual di internet secara langsung kepada

pengguna. Internet menjadi medium yang baik bagi penyampaian maklumat produk

baru dan seterusnya membuat jualan kepada pengguna. Namun, apabila produk sudah

diketahui umum, kehadiran produk-produk tiruan sewenangnya boleh juga didapati

jadual5.4: Profil responden

Responden Jenis perniagaan Pengalaman e-dagang (tahun)

Klasifikasi e-dagang

Perolehan tahunan (RM)

Sumbangan e-dagang dalam jumlah perolehan tahunan (%)

Responden 1 (R1) Perkongsian 2 B2C 2,000,000 15

Responden 2 (R2) Perkongsian 7 B2C/B2B 600,000 5

Responden 3 (R3) Perkongsian 5 B2C 1,300,000 25

Responden 4 (R4) Perkongsian 2 B2C 300,000 50

Responden 5 (R5) Perkongsian 5 B2B/B2C 2,200,000 5

Responden 6 (R6) Perkongsian 5 B2C 500,000 40

Responden 7 (R7) Perkongsian 10 B2B/B2C 1,500,000 100

Responden 8 (R8) Perkongsian 4 B2C 200,000 20

Responden 9 (R9) Pemilikan tunggal 13 C2C 300,000 100

Responden 10 (R10) Pemilikan tunggal 2 C2C 56,000 30

Page 97: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

72

jadual5.5: Isu dan cabaran perniagaan e-dagang

No. Aspek Isu dan cabaran Petikan berkaitan

1. Pasaran dan persaingan

Persaingan pasaran luar

Penggunaan e-dagang memang sangat membantu perniagaan saya pada awalnya, ia bagus untuk menembusi pasaran baru. Kebiasaannya pengguna akan mencari maklumat di internet bagi produk baru yang susah didapati di kedai biasa dan seterusnya membeli melalui internet. Namun, apabila produk yang ingin dibeli sudah boleh didapati di kedai biasa, syarikat susah mendapat tempahan melalui internet melainkan ia memang keperluan pengguna (Responden no. 2).

Peniaga di internet ramai, jika taip sahaja di laman Google banyak peniaga yang akan keluar dan akan ada pelbagai produk sama ada produk yang sama nama atau memang produk yang sama. Ini menjadi masalah bagi pengeluar yang asli di mana kadang-kadang produk tiruan juga dipasarkan dengan mudah di internet (Responden no. 8).

Syarikat palsu Pengguna selalu terkeliru dengan produk jualan dari syarikat asli atau tiruan. Perniagaan di internet mudah diwujudkan dan terdapat wujudnya syarikat palsu yang sewenangnya meniru produk serta maklumat syarikat. Apabila mahu dilaporkan ke pihak berkuasa akaun susah diperoleh kerana telah ditutup (Responden no. 4).

2. Pelanggan Kepercayaan pelanggan

Perniagaan di internet tidak melibatkan interaksi penjual dan pengguna secara langsung, justeru kepercayaan pelanggan adalah penting dalam perniagaan ini (Responden no. 3).

Perniagaan di internet perlukan respons segera, jika penjual lambat memberi respons sedikit sebanyak boleh mengurangkan keyakinan pelanggan (Responden no. 5) .

Untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, penghantaran produk mestilah menggunakan khidmat kurier yang berdaftar. Jika pelanggan ingin menjimatkan kos, syarikat bersedia untuk membuat penghantaran pukal bersama produk syarikat yang lain, tetapi pelanggan perlu ambil sendiri. Selain dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan, ia juga dapat mengurangkan kos penghantaran. (Responden no. 6)

Dalam perniagaan e-commerce, jual beli secara telus adalah perlu, jangan berselindung dengan pelanggan. Oleh yang demikian, keperluan sistem keseluruhan yang cekap termasuklah khidmat pembayaran (payment gateway), tracking number dan kaedah penghantaran mestilah tersusun.Dengan sistem ini, pengguna akan berasa yakin dan membuat pembelian pada masa akan datang kelak (Responden no. 6).

Dalam perniagaan e-dagang, kepercayaan (trust) pelanggan adalah sangat penting, walaupun tempahan telah diperoleh secara kontrak, kita juga perlu berhubung secara langsung untuk wujudkan hubungan perniagaan yang lebih serius. Sebagai contoh syarikat saya telah memperoleh kontrak jualan lanjutan selama 5 tahun dari 3 tahun dengan syarikat di US selepas perbincangan secara bersemuka (Responden no. 7).

Penggunaan e-dagang masih baru di kalangan komuniti dan masih belum meluas. Justeru, adalah menjadi satu cabaran bagi pengusaha untuk mewujudkan kepercayaan pengguna pada peringkat awal untuk menggunakan platform secara rutin (Responden no. 10).

Penipuan pelanggan Perniagaan yang tidak melibatkan konteks secara langsung juga memberi masalah kepada penjual. Terdapat juga kes di mana pelanggan menipu penjual. Barang telah diperoleh namun bayaran tidak dibuat sepenunhya (Responden no. 8).

(samb.)

Page 98: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

73

No. Aspek Isu dan cabaran Petikan berkaitan

3. Sistem Maklumat Kemaskini Maklumat Pengemaskinian maklumat dari semasa ke semasa di website adalah perlu, jika perlu manaik taraf sistem laman web kepada 2.0 syarikat harus melaksanakannya (Responden No. 2).

Pertanyaan daripada pelanggan internet adalah tidak dijangka terutama jika menggunakan medium media sosial seperti Facebook. Oleh itu, penjual harus sentiasa bersedia dengan maklumat terkini untuk sebarang pertanyaan. Maklumat produk perlu selalu dikemas kini, jika tidak ia akan mengganggu tempahan dan operasi (Responden no. 5).

Kalau boleh setiap hari kita update info baru dalam laman web, secara tidak langsung ia akan menjadikan pengguna atau follower kita lebih yakin terhadap produk dan seterusnya membuat pembelian (Responden no. 6).

Perniagaan e-commerce adalah perniagaan yang perlu sentiasa up to date (Responden no. 8)

Operasi sistem web Penggunaan sistem pengkomputeran dalam perniagaan e-dagang adalah penting. Jika sistem lambat memberi respons, pengguna kebiasaannya akan tidak berpuas hati dan sukar mendapat tempahan (Responden no. 6).

Antara kebaikan menggunakan sistem ialah semua transaksi dapat disimpan di dalam pengstoran Webhosting, ini termasuklah kaedah bayaran, tempahan dan jangkaan penghantaran kepada pelangga. (Responden no. 7).

Bagi saya sebagai pengusaha persendirian, saya banyak membuat percubaan menggunakan beberapa sistem yang sesuai, ada sistem yang mudah dan ada sistem yang menyukarkan. Setiap sistem juga terdapat bayaran langganan yang berbeza bergantung kepada penyedia sistem berkenaan (Responden no. 8).

jadual5.5:(samb.)

di internet. Pengusaha asli menghadapi masalah daripada peniaga sampingan ini dan

secara tidak langsung mengganggu pasaran produk.

b) Aspek dalam isu dan cabaran lain yang dihadapi oleh pengusaha e- dagang pula adalah

berkaitan pelanggan iaitu untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan dan mengatasi

masalah penipuan daripada pelanggan. Perniagaan internet tidak melibatkan interaksi

secara langsung antara penjual dan pengguna dalam erti kata lain tidak bersemuka.

Justeru, adalah menjadi satu kepentingan bagi mewujudkan kepercayaan pelanggan

dan mengekalkannya. Pelanggan yang berasa yakin terhadap syarikat yang berurusan

dengannya akan cenderung untuk membuat pembelian lagi. Pelanggan yang kurang berasa

yakin atau pernah menghadapi pengalaman buruk terhadap syarikat pula akan berasa

sebaliknya. Terdapat juga kes kecil di mana pelanggan yang menipu penjual. Kebiasaannya

kes ini terjadi pada pelanggan yang membuat pembelian secara pukal dalam kuantiti yang

banyak serta tidak membuat pembayaran melalui sistem yang tersedia.

c) Pengemaskinian sistem maklumat dan pengendalian operasi sistem web juga merupakan

salah satu isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh peniaga e-dagang. Perniagaan di

internet sangat mementingkan maklumat produk yang lengkap, terkini dan tersusun. Selain

itu, respons yang cepat dan konsisten juga perlu bagi meyakinkan pengguna terhadap

kesungguhan penjual terhadap produk yang diniagakan. Penggunaan operasi sistem web

yang berkesan termasuklah kaedah pembayaran, penghantaran dan lain-lain lagi pada

Page 99: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

74

dasarnya adalah sangat membantu, di mana kesemua transaksi akan dapat disimpan dan

dijadikan bukti serta rujukan bagi penjual dan juga pembeli.

5.4.3 Faktormemulakanperniagaane-DagangSeperti yang telah dinyatakan dalam pengenalan e-dagang, salah satu keperluan yang mesti

ada bagi perniagaan ini adalah sistem laman web yang berupaya untuk melaksanakan kesemua

proses pembelian. Proses ini melibatkan pemilihan produk di katalog, pengesahan pemesanan

sehinggalah proses pembayaran oleh pembeli. Sehubungan itu, adalah wajar bagi pengusaha

e-dagang mengambil kira faktor-faktor pendorong sebelum memulakan perniagaan ini. Antara

faktor yang terlibat adalah persediaan kepakaran dalaman dan luaran, sistem penghantaran

dan pembungkusan, perniagaan konvensional (offline), kajian pasaran, bayaran yuran domain,

talian internet serta maklumat produk.

i) Kepakaran dalaman dan luaran

Perniagaan e-dagang yang melibatkan penggunaan sistem pengkomputeran memerlukan

kepakaran IT yang mahir. Perniagaan secara konvensional boleh disifatkan sebagai

perniagaan yang mudah di mana pembeli boleh memegang, merasa dan memilih produk

sebelum terus membuat bayaran di kaunter tetapi tidak di internet. Kesemua transaksi perlu

melalui rangkain sistem yang berkesan. Justeru, persediaan laman web yang sistematik dan

mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi perlu diambil kira oleh pengusaha e-dagang.

Rata-rata pengusaha mengupah kepakaran luaran yang mahir IT bagi penyediaan platform

asas laman web perniagaan. Walau bagaimanapun, kepakaran dalaman juga diperlukan

bagi membuat penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat dari semasa ke semasa.

Kepentingan keperluan kepakaran yang lebih mahir bagi membangunkan sistem pada

awalnya dan bagi keseluruhan perjalanan perniagaan kepakaran dalaman juga diperlukan

lebih-lebih lagi pengusaha PKS yang baru.

ii) Sistem penghantaran dan pembungkusan

Produk yang telah dipesan perlu dihantar segera kepada pembelinya. Penjual harus tahu

material pembungkusan yang bersesuaian dengan produk yang dijual agar produk yang

akan diterima oleh pembeli berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Penggunaan

khidmat penghantaran yang berdaftar sebagai contoh Poslaju, Skynet, DHL dan sebagainya

adalah digalakkan berbanding dengan penggunaan pos biasa. Dengan penggunaan

khidmat penghantaran yang berdaftar, pembeli juga boleh menjejaki nombor bungkusan

melalui sistem e-tracking yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Pembeli biasanya

akan teruja menerima produk yang dipesan dan sangat berharap pesanan diperoleh

dengan segera. Oleh yang demikian, sebagai pengusaha e-dagang, aspek pembungkusan

dan kaedah penghantaran produk ini perlu diambil berat kerana sekiranya pembeli tidak

berpuas hati dengan sistem penghantaran dan keadaan produk yang dipesan adalah

berkemungkinan pembeli tidak akan membuat pesanan lagi pada masa akan datang.

iii) Perniagaan konvensional (offline)

Majoriti responden menyatakan mereka bermula daripada perniagaan konvensional atau

offline dan mengembangkan perniagaan ke internet atau online. Namun, terdapat juga

pengusaha yang memulakan peniagaan secara terus di internet. Ini adalah bergantung

pada sasaran pasaran, pembeli serta sasaran sesuatu perniagaan yang dijalankan. Walau

bagaimanapun, secara umumnya, perniagaan secara konvensional dilihat sebagai sandaran

kepada perniagaan e-dagang yang mana seandainya perniagaan ini tidak memuaskan,

Page 100: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

75

setidak-tidaknya perniagaan konvensional mampu menampung pulangan kepada

perniagaan. Terdapat juga pembeli yang bermula daripada perniagaan konvensional pada

peringkat awal dan apabila syarikat telah meluaskan perniagaan ke e-dagang, pembeli

lebih berasa selesa dengan pembelian di internet. Ia bukan sahaja memudahkan pengguna

dari faktor masa dan tenaga malahan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan dan

tempat letak kereta untuk mendapatkan produk yang diinginkan.

iv) Kajian pasaran

Maklumat pasaran adalah penting bagi memastikan produk yang dijual dapat memenuhi

kehendak pasaran dan pembeli. Sama juga seperti perniagaan secara konvensional,

maklumat pasaran perlu diketahui oleh pengusaha sebelum mengusahakan sesuatu

perniagaan. Maklumat pasaran boleh diperoleh melalui kajian pasaran yang dijalankan

secara rambang atau formal. Kajian pasaran secara rambang bagi perniagaan e-dagang

boleh dibuat melalui carian kata kunci di enjin carian utama seperti Google. Paparan

di Google akan menyatakan jumlah bilangan laman web yang tersedia di internet yang

berkaitan dengan produk yang dijual. Justeru, pencarian kata kunci yang kreatif dan

menarik diperlukan oleh pengusaha untuk menjadikan produk berbeza dengan produk

sedia ada. Selain itu, penjual juga boleh menggunakan aplikasi Alexia untuk mendapatkan

maklumat produk yang tersedia di internet selain membuat analisis pasaran daripada

pesaing perniagaan.

v) Bayaran yuran domain

Keperluan laman web yang paling utama adalah alamat domain yang perlu bersesuaian

dengan produk atau perniagaan yang ditawarkan dan mengikut standard protokol IT.

Lazimnya, penyedia domain akan mengenakan bayaran yuran tahunan untuk mengekalkan

alamat domain agar sentiasa terdapat di enjin carian internet. Seandainya alamat domain

ini tidak aktif, secara automatiknya pengguna tidak dapat melawat laman web perniagaan.

Bayaran yuran domain ini berbeza-beza bergantung kepada penyedia perkhidmatan.

Perbezaan pemilihan alamat domain juga mempengaruhi bayaran yuran domain sebagai

contoh .com, .net, .my, .cc dan seeloknya memilih domain yang umum iaitu .com agar

laman web boleh dilayari oleh pengguna dari seluruh negara.

vi) Capaian talian internet laju

Talian internet yang laju adalah perkara wajib bagi perniagaan e-dagang. Pengusaha

e-dagang perlu bersedia sepanjang masa memandangkan perniagaan ini adalah

berterusan setiap hari sepanjang tahun. Justeru, capaian internet yang laju setiap masa

adalah diperlukan bagi mengetahui status terkini perniagaan sama ada tempahan baru

mahupun membalas pertanyaan pengguna.

vii) Maklumat produk

Perniagaan e-dagang tidak membolehkan pembeli membelek produk secara fizikal.

Produk yang dilihat di hadapan komputer perlu dibayangkan seperti produk sebenar.

Maklumat yang lengkap berserta gambar rajah yang menarik akan menambahkan lagi

bayangan produk yang dilihat. Pengusaha juga dengan lebih kreatif boleh menunjukkan

kaedah penggunaan atau khasiat produk melalui video yang direka. Melalui kaedah ini

secara tidak langsung memudahkan pengguna memperoleh maklumat produk dan berasa

yakin dengan tawaran yang dibuat oleh penjual e-dagang.

Page 101: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

76

viii) E-pemasaran

Selain memiliki laman web e-dagang, pengusaha juga perlu tahu menggunakan

keseluruhan perkhidmatan IT yang ada. Sebagai contoh aktiviti promosi jualan dengan

menggunakan media sosial atau e-marketing. Jaringan penggunaan media sosial yang luas

seperti Facebook, Youtube, Intagram, Twitter, Pinterest dan sebagainya sangat memberi

kesan yang positif kepada penyebaran maklumat kepada pengguna umum. Boleh

dikatakan semua pengguna mempunyai akaun media sosial masing-masing dan ianya

percuma. Menurut kajian yang dijalankan oleh MarketingCharts.com (2015) terhadap

saluran e-pemasaran di USA mendapati bahawa portal Facebook merupakan medium

yang sangat berpengaruh dengan peratusan sebanyak 55.18%, diikuti Youtube (20.66%)

dan Google+ (4.01%) (Rajah 5.2). Facebook mengungguli separuh daripada keseluruhan

10 portal media sosial yang terdapat di internet. Ini menunjukkan penggunaan Facebook

sebagai saluran pemasaran maklumat dalam perniagaan e-dagang adalah amat perlu.

Pengusaha perlu mewujudkan akaun Facebook Page untuk perniagaan dan mempromosi

produk dan seterusnya mendorong pengguna untuk membuat pembelian di laman web

e-dagang yang dibina. Majoriti daripada responden juga menyatakan mempunyai akaun

Facebook syarikat untuk mempromosi maklumat terkini produk di samping menyalurkan

promosi terkini syarikat.

5.5 sarananBerdasarkan kepada penemuan kajian, didapati e-dagang sememangnya membantu pengusaha PKS

dalam perniagaan yang mereka ceburi. Walaupun industri ini masih baru di Malaysia (30% penggunaan)

namun ia mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan pada masa akan datang. Ini juga

bertepatan dengan perkembangan sistem teknologi IT dan gaya hidup masyarakat masa kini. Justeru,

beberapa saranan dicadangkan untuk dilaksanakan bagi memperkasakan pengusaha agromakanan

dalam dunia perniagaan. Dua pihak yang disaran untuk mengambil peranan dalam perniagaan e-dagang

iaitu i) kerajaan dan ii) pengusaha PKS agromakanan.

Sumber : MarketingCharts.com/Experience Marketing Services (2015)

rajah5.2: Sepuluh portal media sosial yang berpengaruh bagi e-pemasaran di pasaran U.S.A sehingga Januari 2015

Page 102: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

77

5.5.1 KerajaanUsaha dan inisiatif berterusan daripada pihak kerajaan untuk meluaskan lagi penggunaan

e-dagang kepada golongan PKS amat digalakkan. Antara saranan kepada pihak kerajaan adalah:

i) Memberi sokongan berkaitan aspek perundangan dengan menggubal undang-undang

e-dagang dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Undang-undang yang digubal

tidak membebankan pengusaha dan pengguna, mudah serta konsisten. Peraturan yang

dirangka hendaklah telus serta melindungi hak, harta dan dapat mengawal penipuan.

ii) Mengadakan infrastruktur telekomunikasi yang berkapasiti tinggi secara menyeluruh untuk

digunakan dalam urus niaga e-dagang. Penyediaan infrastruktur ini meliputi talian jalur

lebar berkelajuan tinggi di semua kawasan dan tidak tertakluk hanya kepada kawasan

tertentu sahaja. Walaupun usaha telah dimulakan ke arah ini, namun pelaksanaan

dan implikasi yang konsisten perlu diutamakan terutama perkhidmatan internet tanpa

gangguan setiap masa.

iii) Mengadakan kempen dan bengkel kecekapan ilmu IT kepada seluruh masyarakat terutama

di kawasan luar bandar. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka berkebolehan

untuk menggunakan alatan teknologi maklumat dan seterusnya membuat urus niaga

menggunakan peralatan elektronik.

5.5.2 pengusahapKsagromakananPengusaha PKS agromakanan amat digalakkan untuk menceburi perniagaan e-dagang pada

masa kini. Walaupun penglibatan PKS masih rendah di Malaysia namun e-dagang mempunyai

potensi yang tinggi untuk menambah keuntungan. Beberapa saranan yang boleh diambil

termasuklah:

i) Mengadakan sistem pembayaran elektronik yang lebih mudah, fleksibel dan selamat.

Jaminan keselamatan maklumat seperti data peribadi dan hak milk pembeli tidak boleh

disalah guna dan dieksploitasi. Sebagai pengusaha yang prihatin, interaksi dua hala

bersama pelanggan mestilah konsisten dan mengikut konsep mesra pelanggan. Pastikan

bahawa pelanggan tidak ditipu dan tidak mengalami kerugian. Berniagalah dengan jujur

dan pastikan hak pelanggan ditunaikan dengan sempurna.

ii) Sebelum memulakan perniagaan e-dagang, pengusaha haruslah mempunyai maklumat

yang mencukupi. Perancangan polisi dan strategi e-dagang yang dibuat mestilah melihat

kepada suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh pihak kerajaan supaya

tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan. Sebagai contoh, pendaftaran

syarikat e-dagang di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

5.6 rumusanKepesatan dalam peningkatan infrastruktur komunikasi teknologi maklumat (IT) semakin berkembang

di Malaysia dan seluruh dunia. Saban hari, banyak kecanggihan teknologi dicipta sebagai satu

keperluan manusia pada masa kini, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi kelajuan penerapan

e-dagang bagi sesebuah negara. Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mecapai status negara maju

pada tahun 2020, industri e-dagang dilihat sebagai pelengkap kepada kemajuan negara. Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS) umum diketahui sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalaman

Negara (KDN) dan kepentingannya adalah berterusan kepada ekonomi negara. Adalah dijangka, urus

niaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urus niaga yang menggalakkan dalam masa yang

Page 103: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

78

terdekat. Justeru, bagi memastikan kejayaan dalam industri ini, hubungan sinergi antara pihak PKS dan

kerajaan haruslah seiring. Pengusaha PKS menjadi peneraju dalam industri ini manakala pihak kerajaan

memberi galakan berterusan menerusi program dan polisi yang berkesan. Sebagai pengusaha yang

telah menceburi atau akan memulakan perniagaan e-dagang ini, secara asasnya perlu bersedia, berani

mencuba serta berfikiran kreatif dengan gaya baru dalam merancang strategi terkini dalam urus niaga

e-dagang yang dijalankan.

5.7 rujuKanAnon. (2015). e-commerce definition. Diperoleh pada 2 Oktober 2015 dari http://www.investorwords.com/1637/e_

commerce.html

John, P. dan Jackie, L. (2001). Drivers and impediments to e-commerce in Malaysia. Malaysian Journal of Library &

Information Science 6: 1 – 19

Kalakota, R. dan Whinston, A.B. (1996). Frontiers of 0. Boston: Addison-Wesley Longman, Incorporated

Klaus, S. (2013). World economic forum. The Global Competitiveness Report 2012 – 2013: Full Data Edition

Laporan Tahunan 2013 SME Corporation (2013). SME Corporation Malaysia (SME Corp)

Mohd Tarmizi, H., Hairazi, R. dan Rozhan, A.D., (2013). Understanding the mushroom industry and its marketing

strategies for fresh produce in Malaysia. Economic and Technology Management Review 8: 27 – 37

Pamela, B. dan Susan, J. (2008). Qualitative case study methodology: Study design and implementation for Novice

Researchers. The Qualitative Report 13(4): 544 – 559

Richard, D., Richard, H., Robert, K., Barbara, N. dan Sunil, A., (2006). e-commerce for small enterpise dvelopment:

a handbook for entrepreneurs in developing countries. UK: Institute for Development Policy and Management

(IDPM)

Sharina, S., Zaiha Zeeti, M.Y., Mohd Nizam, M.N., Rozhan, A.D. dan Che Rohani, A. (2013). Khidmat nasihat

teknikal MARDI bantu pembangunan PKS. Economic and Technology Management Review 8: 153 – 163

SME Annual Report 2013 – 2014 (2014). National SME Development Council (NSDC)

Suwardi Afandi, A., Ismail, A.L., Nitty Hirawaty, K. dan Amin Mahir, A. (2012). Factors affecting the use of advisory

services among small scale food processors in Selangor. Economic and Technology Management Review 7:

23 – 30

Yin, R.K., (2003). Case study research: design and methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage

Page 104: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

79

6.0 KajiantinjauanpasaranindustritenusuMalaysia

6.1 pendahuluanSelama 50 tahun, dua strategi utama telah diterima pakai oleh kerajaan untuk menangani pengeluaran

susu tempatan yang rendah dan mengurangkan pergantungan kepada produk tenusu yang diimport

(Sim dan Suntharalingam 2015). Dua strategi ini adalah pengeluaran dan perdagangan. Bagi strategi

pengeluaran, koloni ternakan tenusu telah ditubuhkan di Selangor dan Negeri Sembilan dan ladang-

ladang tenusu berskala besar telah ditubuhkan di Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak

semasa Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga. Tujuan ladang dan koloni ini diwujudkan

adalah untuk meningkatkan pengeluaran susu tempatan. Lembu kacukan telah diterima pakai di ladang-

ladang ini dan baka import dari iklim sederhana telah diperkenalkan untuk membangunkan sektor

tenusu. Lembu tenusu utama di Malaysia pada mulanya adalah daripada baka Local Indian Dairy (LID).

Baka ini berasal dari India dan telah dapat menyesuaikan diri dengan baik di bawah iklim tempatan

dan dengan input nutrisi makanan yang rendah. Tetapi malangnya, LID mengeluarkan sedikit susu

(Panandam dan Raymond 2005). Untuk mengatasi pengeluaran susu yang rendah oleh LID, kacukan

F1 Friesian Sahiwal dari New Zealand dan Australia diimport (Dijkman 1992). Terdapat perbezaan yang

besar dalam pengeluaran susu antara kedua baka ini. LID hanya dapat mengeluarkan susu sebanyak

3.0 kg/lembu manakala kacukan Friesian Sahiwal dapat mengeluarkan susu sebanyak 6.1 kg/lembu

(Devandra dan Wanapat 1986). Talukder et al. (2003) juga telah menunjukkan bahawa lembu kacukan

Friesian Sahiwal menghasilkan komposisi susu yang lebih baik dan berkualiti. Sivarajasingam dan

Kumar (1989) menunjukkan bahawa susu dan pembiakan lembu tenusu boleh meningkat dengan ketara

dengan pengacukan LID atau dengan lembu Zebu tempatan melalui penggunaan gen “pool” Friesian.

Walaupun pelbagai program pembiakan diusahakan untuk meningkatkan pengeluaran susu lembu segar

tahap sara diri Malaysia (SSL) untuk susu hanya adalah pada tahap 5% pada tahun 2012. Kemungkinan

SSL susu adalah rendah disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk.

Strategi pengeluaran juga telah memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Pembangunan

Tenusu Negara (NDDP) pada tahun 1974. Ia dimulakan disebabkan aspirasi Malaysia untuk mencapai

sekuriti makanan dalam industri tenusu. NDDP digubal bawah Dasar Ekonomi Baru (Osman 1984)

dalam Rancangan Malaysia Kedua. Tujuan NDDP adalah untuk memenuhi permintaan susu segar

tempatan melalui penubuhan ladang pekebun kecil tenusu, pembangunan pusat pengumpulan susu,

mewujudkan saluran keluar pasaran susu segar dan pengimportan lembu tenusu (Osman 1984). Semasa

pelaksanaan NDDP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk

membantu penternak tenusu. Perkhidmatan ini termasuk latihan, penyeliaan, memberi bantuan dalam

mendapatkan pinjaman, ujian kualiti susu, pengangkutan, penyimpanan, dan pemasaran susu (Dijkman

1992). Sembilan belas pusat pengumpulan susu (MCC) yang berdekatan dengan kawasan pengeluaran

susu telah ditubuhkan dalam tempoh Rancangan (1976 – 1980) Malaysia Ketiga bagi merangsang

pengeluaran susu segar. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat (RMKe-4), pada awal tahun

1980, bilangan MCC meningkat kepada 43. Hasil daripada penambahan bilangan MCC, Rancangan

Malaysia Kelima (1986 – 1990) melaporkan bahawa pengeluaran susu meningkat tiga kali ganda,

daripada 8.3 juta liter kepada 28.9 juta liter. Kilang pemprosesan susu bawah suhu ultra tinggi juga

telah ditubuhkan di Johor pada masa itu bagi memproses susu segar. Namun begitu, pada 1980-an,

kerajaan telah mula memberi penekanan yang lebih tinggi kepada konsep perindustrian, penswastaan

dan perdagangan. Disebabkan peralihan fokus, industri pertanian secara umum dan sektor tenusu,

Page 105: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

80

secara khususnya tidak mendapat perhatian yang mencukupi bagi mempertingkatkan hasil pertanian,

termasuk juga dalam pengeluaran susu segar. Projek-projek pembangunan tenusu telah dikecilkan (scale

down) dan sebilangan besar MCC digabung supaya mereka lebih kos efektif dan bagi memudahkan

penyelenggaraan. NDDP telah meningkatkan SSL susu dari 0.4% pada tahun 1974 kepada 5% pada

tahun 1994. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh peralihan fokus, sektor tenusu telah menjadi

kurang penting untuk dibangunkan. Apabila krisis kewangan Asia melanda pada tahun 1997, kerajaan

terdesak semula untuk meningkatkan sekuriti makanan dan telah cepat bertindak dengan menggubal

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), bagi tempoh 1998 – 2010. DPN3 adalah versi yang telah

ditambah baik dari Dasar Pertanian Negara Kedua (1992 – 2010). Di bawah DPN3, usaha telah diambil

untuk memulihkan dan membangunkan semula sektor tenusu bagi meningkatkan SSL susu supaya dapat

mengurangkan pergantungan negara kepada import. Untuk mencapai objektif ini, pemasaran susu

telah dicadang untuk diperkukuhkan melalui penubuhan pusat pengedaran dan penggunaan teknologi

komunikasi untuk mengakses maklumat pasaran akan dibangunkan. Namun begitu, tiada laporan yang

dijumpai bagi menunjukkan hasil usaha ini. Walaupun pelbagai usaha digunakan untuk meningkatkan

pengeluaran susu segar, namun pengeluaran susu tidak dapat menampung permintaan susu yang

semakin meningkat. Bagi menangani cabaran ini, kerajaan telah beralih kepada strategi perdagangan.

Kesan daripada pelaksanaan Program NDDP dan DPN3, pengeluaran susu lembu di Malaysia

telah berjaya ditingkatkan daripada 20 juta liter kepada lebih 78 juta liter (Rajah 6.1).

Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan sokongan dari pihak kerajaan pada awal 1980- an,

pemproses produk tenusu telah mula bergantung kepada produk yang diimport bagi menangani

permintaan susu yang tinggi. Bagi menunjukkan situasi sebenar sekuriti tenusu di Malaysia pada masa

kini, Suntharalingam dan Ahmad (2015a) telah menggunakan model imbangan dagangan makanan

(food balance sheet). Jadual 6.1 menunjukkan imbangan dagangan untuk pelbagai produk tenusu.

Imbangan dagangan Malaysia adalah negatif bagi susu dan produk berkrim yang mengandungi lemak

kurang daripada 1% (susu skim rendah lemak) dan lebih 6% (susu tepung penuh). Malaysia hanya

mempunyai bekalan yang mencukupi bagi susu dan produk berkrim yang mengandungi lemak lebih

daripada 1% dan kurang daripada 6%.

Sumber: FAOSTAT 2014

rajah6.1: Pengeluaran susu lembu di Malaysia

Page 106: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

81

jadual6.1: Imbangan dagangan untuk pelbagai produk tenusu

Komoditi dan penerangan Imbangan dagangan

2008 2009 2010 2011 2012

Susu dan krim tidak manis, kandungan lemak dengan berat tidak melebihi 1%.

6,424,541 (2,501) (451,979) (241,386) (2,258,120)

Susu dan krim tidak manis, kandungan lemak dengan berat lebih dari 1% dan kurang dari 6%.

4,316,726 3,775,289 13,163,183 8,092,309 9,300,153

Susu dan krim tidak manis, kandungan lemak dengan berat melebihi 6%.

(1,572,708) (3,180,456) (5,247,965) (4,205,353) (4,866,232)

Sumber: UN Comtrade

jadual6.2: Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak tidak melebihi 1%

Negara import Kuantiti import (liter)

2008 2009 2010 2011 2012

Australia 461,625 475,545 335,550 167,386 1,518,701

USA 34,433 19,404 88,867 17,559 143,254

New Zealand 253,525 79,710 37,030 71,984 159,245

Netherlands 30,090 6,277 86,714 2,150 239,266

United Kingdom 14,054 87,256 82,421 68,424 79,021

Sumber: UN Comtrade

jadual6.3: Sumber import susu dan krim tidak pekat/manis, kandungan lemak melebihi 6%

Negara import Kuantiti import (liter)

2008 2009 2010 2011 2012

New Zealand 485,885 1,047,370 1,491,089 1,724,330 2,186,335

Peranchis 590,494 491,762 481,754 468,739 371,716

Singapura 668,708 1,251,405 1,865,623 1,746,765 1,483,108

Jerman 234,789 329,752 473,346 380,011 509,666

Netherlands 282,363 39,652 168,662 87,619 43,501

Australia 98,998 211,199 214,947 126,614 307,473

Belgium 21,870 73,116 132,153 262,826 26,327

USA 90,909 94,010 25,445 17,288 29,546

Denmark 16,118 28,964 65,047 29,739 42,736

Sumber: UN Comtrade

Bagi mengurus defisit imbangan dagangan bagi dua produk tenusu di atas, Malaysia mengimport

dari pelbagai negara destinasi (Jadual 6.2 dan Jadual 6.3). Strategi perdagangan diguna pakai untuk

mengurangkan risiko menghadapi kekurangan bekalan susu, terutamanya semasa krisis makanan.

Dengan mempelbagaikan sumber import, Malaysia akan kurang bergantung kepada satu negara import

untuk membekalkan produk tenusu.

Walaupun strategi pengeluaran telah diguna pakai bagi meningkatkan pengeluaran susu tempatan

dan mengurangkan pengimportan produk tenusu, namun, tiada perubahan yang ketara didapati bagi

memulihkan semula pengeluaran susu tempatan bagi menampung permintaan. Permintaan bagi produk

tenusu terus meningkat, kemungkinana berpunca akibat pertumbuhan bilangan penduduk Malaysia.

NDDP cuma dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL) susu daripada 0.4% pada tahun 1974 ke 5% pada

Page 107: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

82

tahun 1994 dan peningkatan ini tidak berkekalan. Pada tahun 2002, SSL untuk susu hanya 3% (DVS

2004) dan pada tahun 2012, SSL kembali kepada tahap 5% seperti yang dilaporkan di dalam tahun

1994. SSL susu kekal pada tahap 5% kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk Malaysia.

6.2 latarbelaKangPada masa ini masih kurang kajian berkaitan pemasaran susu segar dan ini telah menimbulkan jurang

bagi memahami sepenuhnya industri tenusu di Malaysia. Oleh kajian ini dijalankan untuk menilai

situasi semasa sektor ternakan tenusu dari pasaran dan aspek pemasaran susu tempatan di Malaysia.

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

• Untuk memahami pasaran dan pemasaran susu segar dan produk tenusu

• Untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan industri tenusu

6.3 MetodologiKajianData untuk kajian ini telah dikumpul daripada penternak tenusu semasa lawatan lapangan melalui

temubual yang dijalankan dengan menggunakan soal selidik separa berstruktur. Laporan ini hanya

melaporkan dapatan kajian awal yang melibatkan seratus sebelas petani dari zon selatan, utara dan

timur dari Semenanjung Malaysia. Sampel saiz kajian ini mewakili 30% daripada jumlah penternak

tenusu di setiap negeri yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Zon Selatan meliputi Johor. Zon

utara meliputi negeri Perak, Perlis dan Pulau Pinang manakala Zon Timur meliputi negeri Terengganu

dan Pahang.

6.4 dapatanKajiandanperbincangan

6.4.1 KlasifikasipenternaktenusuMajoriti (85%) daripada penternak tenusu yang terlibat dalam kajian ini tergolong dalam

klasifikasi kecil di mana bilangan induk lembu susu adalah kurang daripada 30 ekor.

6.4.2 puratapengeluaransusuPada umumnya, pengeluaran susu oleh penternak di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak

5,967 liter/pengusaha/sehari. Pengeluaran susu oleh petani di zon timur adalah lebih tinggi,

iaitu 7,112 liter diikuti oleh zon selatan (7,005 liter) dan zon utara (3,784 liter). Pengeluaran

yang tinggi di zon timur adalah disebabkan kemasukan pihak anchor company “Holstein Milk

Company” yang mengeluarkan sebanyak 5,300 liter/sehari

jadual6.4: Purata pengeluaran susu segar mengikut zon di Semenanjung Malaysia

Zon Pengeluaran susu sehari (liter)

Utara 3,784

Selatan 7,005

Timur 7,112

Page 108: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

83

rajah6.2: Susu dan produk susu yang ditambah nilai yang kerap dijual oleh penternak lembu tenusu

6.4.3 campuranpasaran(Marketing Mix)

6.4.3.1 produkRajah 6.2 menunjukkan taburan susu atau produk susu yang kerap dijual oleh

penternak lembu tenusu. Susu mentah (tidak diproses) adalah yang paling tinggi

penjualannya (95%), diikuti dengan susu perisa (2%) dan susu pasteur (2%). Susu

perisa dan susu pasteur digemari oleh penduduk di negeri Pahang (zon timur) dan

Pulau Pinang (zon utara). Yogurt yang dihasilkan oleh penternak lembu tenusu

sendiri mempunyai permintaan yang tinggi oleh penduduk di zon utara dan

selatan.

6.4.3.2 pasarandanhargaprodukSeksyen ini akan membincangkan pasaran dan harga susu segar mentah, pasteur,

perisa dan yogurt antara tiga zon.

6.4.3.2.1 hargasususegarMentahSecara umumnya, susu segar mentah dipasarkan ke tujuh tempat, iaitu kuil,

rumah/individu, agen/vendor, restoran, koperasi, pemproses/pengilang dan kedai

runcit (Jadual 6.5). Rumah atau individu menawarkan harga paling tinggi iaitu

RM5.48/liter manakala koperasi menawarkan harga paling rendah untuk jualan

susu segar mentah iaitu RM2.27/liter. Perbezaan harga ladang yang paling tinggi

antara tiga zon adalah jualan susu ke kuil (RM1.00/liter), diikuti dengan jualan

jadual6.5: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu segar mentah

Tempat pasaran Harga ladang (RM/liter)

Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan (maksimum/minimum)

Kuil 4.00 4.26 5.00 1.00

Rumah/individu 4.73 5.48 5.00 0.75

Agen/vendor 3.46 3.45 3.39 0.08

Restoran 3.97 3.68 3.88 0.29

Koperasi 2.66 2.65 2.27 0.40

Pemproses/pengilang – 2.88 2.95 0.07

Kedai runcit – 3.50 – –

Page 109: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

84

ke rumah atau individu (RM 0.75/liter). Ini menunjukkan bahawa pihak rumah/

individu dan kuil adalah dua pihak yang memiliki kuasa membeli yang besar bagi

susu segar mentah. Pasaran formal adalah di mana susu dihantar ke koperasi dan

pasaran tidak formal meliputi pasaran selain koperasi. Perbezaan harga ladang

bagi pasaran formal-tidak formal untuk jualan susu seliter ialah RM2.07 bagi

zon utara, RM2.83 bagi zon selatan dan RM2.73 bagi zon timur. Dapatan ini

juga menunjukkan bahawa pasaran tidak formal (rumah/individu) menawarkan

harga paling tinggi bagi jualan susu segar mentah dan pihak rumah/individu

bagi zon selatan menawarkan harga paling tinggi antara tiga zon dengan harga

RM5.48/ liter.

6.4.3.2.2 pasarandanhargaladangbagijualansusupasteurSusu segar pasteur dipasarkan di tiga tempat sahaja iaitu rumah/individu, agen/

vendor dan kedai runcit (Jadual 6.6). Susu segar pasteur hanya dijual di zon

utara dan timur dan dalam kuantiti 500 ml. Penduduk zon timur menawarkan

harga yang tinggi bagi susu pasteur. Perbezaan harga ladang antara dua zon ialah

RM1.30/500 ml dan harga ini ditawarkan oleh dua pihak iaitu rumah/individu dan

agen/vendor. Bagi pasaran formal-tidak formal, perbezaan harga ialah RM1/ ml

bagi zon utara dan RM1.67/ml bagi zon timur.

6.4.3.2.3 pasarandanhargaladangbagijualansusuperisaSusu perisa dipasarkan di empat tempat sahaja iaitu rumah/individu, agen/vendor,

restoran dan kedai runcit (Jadual 6.7). Susu perisa banyak dijual di keempat-

empat tempat pasaran di zon utara manakala zon selatan cuma menjual kepada

isi rumah/individu. Susu perisa keluaran penternak lembu tenusu boleh didapati

di rumah/individu dan melalui agen/vendor di zon timur. Susu perisa dijual dalam

kuantiti 200 ml. Perbezaan harga ladang antara tiga zon bagi susu perisa ialah

RM0.90/200 ml bagi rumah/individu dan RM0.03/200 ml bagi agen/vendor. Ini

menunjukkan isi rumah dan individu mempunyai kuasa membeli yang tinggi bagi

susu perisa. Antara tiga zon, penduduk zon timur menawarkan harga tertinggi

iaitu RM2.40/200 ml dan jualan ke pasaran tidak formal sahaja yang wujud bagi

susu perisa.

6.4.3.2.5 pasarandanhargaladangbagijualandadihDadih dipasarkan di tiga tempat sahaja iaitu, rumah/individu, agen/vendor, dan

restoran (Jadual 6.8). Dadih dijual dalam kuantiti 200 mg dan di zon utara, dadih

boleh didapati di ketiga-tiga tempat seperti yang disebut di atas manakala di zon

selatan ia hanya dijual ke rumah/individu. Di zon timur ia dijual ke rumah/

individu dan di restoran. Dadih tidak mempunyai permintaan yang tinggi di zon

selatan, mungkin kerana tiada pengeluaran dadih oleh penternak tenusu di zon

ini. Perbezaan harga ladang antara tiga zon bagi dadih adalah tertinggi bagi jualan

ke rumah/individu, sebanyak RM0.18/200 mg. Antara tiga zon ini, pihak rumah/

individu yang menawarkan harga tertinggi bagi dadih bagi ketiga-tiga zon iaitu

antara RM1.82/200 mg – RM2/200 mg. Agen/vendor di zon timur menawarkan

harga yang paling rendah iaitu RM1.60/200 mg.

Page 110: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

85

jadual6.6:Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu pasteur

Tempat pasaran Harga ladang (RM/500 ml)

Zon utara Zon timur Perbezaan (maksimum/minimum)

Rumah/individu 4.00 5.30 1.30Agen/vendor 3.00 4.30 1.30Kedai runcit 3.63 –

jadual6.9: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan yogurt

Tempat pasaran Harga ladang (RM/seliter)

Zon utara Zon selatan Perbezaan (maksimum – minimum)

Kuil – 6 –Rumah/individu 6.85 7.40 0.55Restoran 7.00 6 1.00Kedai runcit 4.65 4.90 0.25

jadual6.7:Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan susu perisa

Tempat pasaran Harga ladang (RM/200 ml)

Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan(maksimum – minimum)

Rumah/individu 1.95 1.5 2.40 0.90Agen/vendor 1.70 1.73 0.03Restoran 1.50 – – –Kedai runcit 1.80 – – –

jadual6.8: Tempat pasaran dan harga ladang bagi jualan dadih

Tempat pasaran Harga ladang (RM/200 mg)

Zon utara Zon selatan Zon timur Perbezaan(maksimum – minimum)

Rumah/individu 1.82 2.00 2.00 0.18Agen/vendor 1.70 – 1.60 0.10Restoran 1.70 – – –

6.4.3.2.6 pasarandanhargaladangbagijualanyogurtDua zon sahaja yang memasarkan yogurt, iaitu zon utara dan selatan. Di zon

selatan, yogurt dipasarkan di empat tempat sahaja iaitu kuil, rumah/individu,

restoran dan kedai runcit (Jadual 6.9). Ia boleh didapati di tiga tempat sahaja

di zon utara iaitu rumah/individu, restoran dan kedai runcit. Perbezaan harga

yang ketara antara dua zon ini adalah jualan ke restoran, di mana zon utara

menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan zon selatan. Perbezaan

harga yang paling minimum adalah penjualan ke kedai runcit. Pihak rumah/

individu di zon selatan menawarkan harga yang tinggi, iaitu RM7.40/liter diikuti

dengan pihak restoran di zon utara iaitu RM7/liter. Jualan ke pasaran tidak formal

sahaja yang wujud bagi yogurt.

Page 111: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

86

6.4.3.2.7 pasarandanhargaladangbagijualanproduktenusudanbahanbuangan

lembutenusuPenternak tenusu juga menjual produk tenusu yang lain seperti minyak sapi,

“candy” dan ais krim. Harga yang ditawarkan adalah tertakluk kepada permintaan

pengguna. Bahan buangan lembu seperti najis dikeringkan dan digunakan

sebagai baja dan ada sebilangan penternak yang menjual baja tahi lembu kepada

pengguna yang duduk berdekatan ataupun yang dikenali.

6.4.3.3 promosisusudanproduktenusuSecara umumnya, tiada aktiviti promosi dilakukan bagi pemasaran produk tenusu.

Majoriti penternak tenusu menjual susu ataupun produk tenusu kepada kenalan

ataupun yang dirujuk oleh kenalan. Ada juga sebilangan yang berunding dengan

pihak restoran ataupun kedai runcit apabila mereka mengunjungi pasaran ini.

6.4.3.4 pembungkusanPada umumnya, pembungkusan produk tenusu adalah amat ringkas. Penternak

menggunakan botol terpakai atau membungkus susu di dalam plastik.

Pembungkusan yang diguna pakai oleh penternak tenusu adalah seperti yang

berikut:

a. Susu segar – tong “churn” ataupun botol mineral

b. Susu perisa - botol susu kecil

c. Dadih

d. Yogurt

Page 112: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

87

Pembungkusan oleh penternak tenusu tidak menarik perhatian dan tidak

mengandungi label. Faktor ini yang menyebabkan pengguna tidak begitu

berkeyakinan untuk membeli produk daripada penternak tenusu tempatan.

6.4.4 isudancabaranberkaitansektortenusuIsu dan cabaran berkaitan sektor tenusu boleh dikelaskan seperti yang berikut:

1. Kekurangan penternak lembu tenusu yang berkemahiran

Dalam tahun 1970-an dan 1980-an, penternak kecil lembu tenusu tidak mempunyai

pengalaman, kemahiran ataupun pengetahuan dalam mengurus penternakan lembu

tenusu. Latihan yang diberi tidak mencukupi bagi menolong para penternak mengurus

ternakan lembu tenusu mereka. Disebabkan kekurangan tenaga pekerja yang berkemahiran,

kebersihan ladang tenusu tidak terjaga dan teknik memerah susu juga tidak mengikut

prosedur yang betul. Ramai penternak tidak mementingkan kualiti susu kerana harga yang

diterima oleh penternak tidak mengikut gred yang ditetapkan oleh pihak koperasi/MCC.

Ini kerana penyimpanan dan pengangkutan susu segar adalah berasaskan satu tangki

besar. Setiap susu segar yang diterima daripada pihak penternak akan dikumpulkan dan

digabungkan di dalam satu tangki yang besar oleh pihak koperasi/MCC. Walaupun pihak

koperasi/MCC mengambil sampel dari setiap penternak bagi menilai kualiti susu, namun

akhirnya kesemua susu akan bercampur dan dihantar ke pihak pemproses. Harga yang

ditawarkan oleh pihak pemproses adalah berdasarkan kualiti susu setangki dan bukannya

kualiti susu hasil pengeluaran setiap penternak. Berasaskan kaedah ini, pihak penternak

tidak bermotivasi untuk meningkatkan kualiti susu pengeluarannya kerana harga yang

diterima adalah sama, sama ada susu yang dibekalkan tinggi kualitinya atau tidak. Tiada

perbezaan harga bagi penternak yang mengeluarkan susu berkualiti mengikut teknik

pemerahan dan penyimpanan serta pengedaran yang baik berbanding dengan penternak

yang tidak mematuhi teknik pemerahan dan penyimpanan serta pengedaran yang betul.

2. Prestasi baka yang rendah dan ketidakupayaan dalam mengadaptasi diri dengan keadaan

persekitaran tempatan

Potensi genetik yang kurang berkualiti bagi lembu tenusu telah menyumbang kepada

tahap pengeluaran susu yang rendah dan pendedahan lembu kepada penyakit adalah

semakin meningkat. Malaysia masih bergantung kepada lembu import dan bekalan lembu

tenusu didapati dari Thailand, Australia dan New Zealand. Kekurangan penumpuan

Page 113: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

88

terhadap pembangunan sektor tenusu Malaysia telah menyebabkan Malaysia tidak dapat

menghasilkan baka lembu tempatan yang berkualiti.

3. Amalan pengurusan ladang tenusu yang tidak menentu serta kekurangan makanan ternakan

yang bernutrisi

Pengeluaran kekal rendah kerana amalan pengurusan dan penyimpanan rekod ladang

tenusu masih tidak mencapai standard. Penternak tenusu berskala kecil yang memiliki

kurang daripada 30 haiwan tenusu biasanya masih menggunakan sistem manual bagi

menguruskan ladang ternakan tenusu dan masih ada sebilangan penternak yang gagal

mengemukakan sebarang rekod. Lembu susu juga didapati tidak diberi makanan berkhasiat

yang mencukupi dan faktor ini telah mengakibatkan produktiviti yang rendah. Menurut

Devandra dan Wanapat (1986), lembu susu yang mengeluarkan susu memerlukan bekalan

makanan yang mencukupi serta makanan tambahan. Kualiti makanan harus dititkberatkan.

Para penternak harus memahami penggunaan pati, komposisi makanan, peringkat laktasi

dan penggunaan pemakanan standard bersama dengan rutin makanan yang pelbagai akan

membantu lembu susu meningkatkan penghasilan pengeluaran susu. Kajian ini mendapati

rutin pemakanan lembu tenusu adalah tidak standard bagi semua penternak. Pemakanan

lembu tenusu bergantung kepada pemahaman penternak dalam penjagaan lembu tenusu.

4. Kos lembu import yang tinggi

Satu lagi cabaran kepada pembangunan sektor tenusu Malaysia adalah kos pengeluaran

yang tinggi. Malaysia mengimport kebanyakan haiwan ternakan dari Thailand, Australia

dan New Zealand. Permintaan yang semakin meningkat daripada negara pengimport lain

dan bekalan terhad haiwan pembiak baka berkualiti telah mengakibatkan kos import yang

lebih tinggi untuk Malaysia

5. Kos makanan ternakan yang tinggi

Kawasan tanah dan padang ragut yang terhad untuk penternakan lembu ditambah dengan

kos makanan ternakan yang tinggi terus mengekang pembangunan pengeluaran susu di

negara ini. Satu kajian inovasi ternakan yang dijalankan oleh Suntharalingam et al. (2015b)

mendapati sejak enam dekad yang lalu, daripada sejumlah 40,180 paten yang diluluskan

di Malaysia, hanya 69 paten berkaitan dengan industri ternakan. Salah satu penemuan

yang penting dalam kajian ini adalah ciptaan inovasi yang berkaitan dengan industri

ternakan adalah tertumpu kepada teknologi berkaitan makanan ternakan. Dapatan kajian

menunjukkan implikasi ekonomi yang besar, kerana ia mengesahkan dua faktor yang

menyebabkan harga makanan ternakan yang tinggi di Malaysia: (1) bahan-bahan makanan

yang diimport adalah tertakluk kepada turun naik/fluktuasi harga komoditi global, dan

(2) sebahagian besar inovasi ternakan yang dijana berasal dari negara maju (Eropah dan

Amerika Syarikat) yang diadaptasi mengikut keadaan tempatan. Harga makanan ternakan

yang tinggi menyebabkan penternak terpaksa mencari sumber makanan alternatif, tetapi

ketersediaan dan persaingan harga memainkan peranan utama dalam kos pengeluaran

dalam bidang ternakan.

6. Kekurangan tenaga doktor veterinar

Majoriti daripada penternak lembu tenusu mengadu bahawa mereka mengalami kesusahan

untuk mendapatkan bantuan daripada doktor veterinar bagi menolong dalam penjagaan

lembu tenusu mereka. Beberapa faktor yang menyumbang kepada isu ini adalah seperti

yang berikut:

a. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak mempunyai pengalaman

yang mencukupi bagi mengurus haiwan ruminan yang besar seperti lembu tenusu

Page 114: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

89

b. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak berminat untuk memberi

perkhidmatan bagi haiwan ruminan yang besar seperti lembu tenusu.

c. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak bersedia untuk turun ke

ladang selepas waktu pejabat

d. Doktor veterinar yang berkhidmat dengan kerajaan tidak pandai menyesuaikan diri

dengan cara pengurusan ladang lembu tenusu

Disebabkan cabaran ini, pihak penternak terpaksa membelanjakan wang yang banyak

bagi mendapatkan khidmat bantuan doktor veterinar swasta. Kos perkhidmatan yang tinggi

pula menyebabkan para penternak cuba untuk mengatasi masalah haiwan peliharaannya

dengan cara tersendiri yang berkemungkinan tidak memberi penjagaan yang sempurna

dan mengikut kebajikan haiwan tersebut.

7. Kekurangan tenaga kerja agen pengembangan

Disebabkan oleh taburan penternak lembu tenusu yang tidak menentu, kawasan yang harus

diberikan perkhidmatan oleh seseorang agen pengembangan adalah luas. Disebabkan

perkhidmatan yang boleh diberikan oleh seorang agen adalah terhad dalam tempoh

sehari, maka terdapat kesusahan bagi agen pengembangan untuk memberikan liputan

perkhidmatan kepada semua penternak di bawah jagaannya dalam masa yang ditetapkan

atau diperlukan oleh pihak penternak.

8. Keselamatan makanan

Disebabkan oleh penjagaan, teknik pemerahan yang tidak mengikut standard yang

disyorkan, ketidaklengkapan sistem rantaian sejuk, keselamatan makanan merupakan satu

isu yang harus diberi perhatian yang mendalam.

9. Kemudahan infrastruktur yang tidak lengkap, teratur dan baik

Lembu tenusu memerlukan serat yang tinggi dan rumput Napier adalah paling sesuai

untuk tujuan ini. Namun begitu, tanah, buruh serta peralatan (chopper) tidak mencukupi

untuk tujuan ini. Kawasan TPKM serta Padang Ragut yang disediakan oleh kerajaan adalah

tidak sesuai untuk penternakan lembu tenusu kerana tanah berbukit bukau (tidak sekata),

jalan berlobang dan rosak (Rajah 6.3). Sekiranya kerajaan memberi keutamaan kepada

pembangunan tanah bagi penanaman rumput Napier, ia boleh membantu mengurangkan

pengurangan import makanan ternakan. Begitu juga sumber air dan elektrik. Ramai

penternak menggunakan tanah terbiar di pedalaman untuk menternak lembu di mana

sumber air dan elektrik sama ada tiada/tidak mencukupi. Mereka terpaksa menggunakan

sumber sendiri bagi memastikan sumber air (dari kolam buatan manusia, tangki air

sendiri) dan bekalan elektrik (dengan kuasa generator yang memerlukan kos yang tinggi)

ada. Kemudahan asas/infrastruktur harus diperbaiki untuk menolong penternak lembu

tenusu terus menjalankan aktiviti ternakan ini. Tambahan pula, ramai penternak juga

mengalami masalah dengan kekangan kawasan tanah. Mereka terpaksa pindah keluar

dari kawasan kerana projek pembangunan diberi lebih keutamaan berbanding dengan

penternakan lembu tenusu, walaupun mereka telah menduduki/menternak di sesuatu

kawasan untuk masa yang panjang. Sekiranya kemudahan/infrastruktur tidak diberi/

diperbaiki, sudah semestinya penternakan lembu tenusu di Malaysia tidak mempunyai

masa hadapan.

10. Pasaran dan pemasaran

Rumah sejuk bagi penyimpanan dan rantaian sejuk bagi penghantaran susu segar sangat

terhad dan tidak menggunakan teknologi terkini. Kebanyakan penternak lembu tenusu

tinggal jauh daripada MCC ataupun dari tempat pemasaran susu. Kebanyakan mereka

mengangkut susu segar mereka di dalam tong “churn” bawah iklim yang panas (Rajah

Page 115: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

90

6.4). Proses penyimpanan susu di dalam “churn” sepatutnya tidak lama supaya kualiti

susu tidak terjejas. Namun begitu, disebabkan perjalanan yang jauh, mereka terpaksa

menghadapi risiko susu yang berkemungkinan mempunyai bilangan bakteria yang tinggi.

Susu sepatutnya disimpan pada suhu 4 ºCelcius. Pelabelan bagi produk tenusu keluaran

pihak penternak juga tidak memberangsangkan.

11. Syarikat Anchor

Pada masa kini, untuk memenuhi tahap sara diri produk tenusu yang mencukupi, kerajaan

telah menggubal satu cadangan dalam mewujudkan perkongsian strategik dengan syarikat-

syarikat di luar negara di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Perkongsian ini telah

dibentuk melalui dua projek permulaan (EPP) yang terletak bawah skop Bidang Ekonomi

Utama Negara (NKEA). Walaupun pada masa ini Malaysia telah menggunakan NKEA dalam

ETP bagi menangani pengimportan susu cair, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi

oleh penternak tenusu. Antara isu berkait termasuklah anchor company yang disenarai

pendek tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana yang dipersetujui. Penternak

tenusu tidak dibimbing dengan elok, pemilihan penternak tenusu bagi memasuki koloni

anchor company dibuat secara tidak adil (terdapat orang tengah yang terlibat), penternak

tenusu yang terlibat dengan koloni anchor company tidak puas hati dengan layanan serta

komitmen anchor company. Ramai penternak tidak mengetahui bahawa peralatan dan

kemudahan yang diberikan oleh anchor company merupakan hasil daripada pelaburan/

sumbangan kerajaan dan bukannya dimiliki oleh anchor company. Oleh itu, apabila

seseorang penternak ingin keluar dari koloni anchor company, beliau terdesak untuk

menyerahkan kembali peralatan yang diperoleh dulu. Disebabkan oleh cara penyampaian

peralatan yang tidak sempurna, maka para penternak yang mengalami kesusahan apabila

mereka tidak ingin bersama lagi bawah pengurusan ladang anchor company.

6.5 sarananSektor tenusu Malaysia perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran dan pada

masa yang sama memperkukuhkan sistem pemasarannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

petani harus dilatih bagi mengamalkan rejim rumusan makanan yang betul bagi mengendalikan

pengurusan makanan yang teratur. Keperluan pemakanan lembu tenusu mesti dipatuhi supaya susu dapat

rajah6.4: Churn/tong penyimpanan susurajah6.3: Jalan yang berlubang dan rosak

Page 116: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

91

dihasilkan dengan kuantiti yang tinggi. Sektor tenusu perlu memberi penumpuan kepada pembangunan

rantaian nilai seiring dengan peningkatan pengeluaran supaya pengeluaran yang berlebihan bagi

mencapai keperluan SSL dapat ditampung dengan teknologi rantaian nilai yang cekap, sistematik,

kurang pembaziran, efektif dan efisien. Pelaburan dalam teknologi perlu ditekankan untuk menolong

dalam mencapai kemajuan pemasaran, genetik, pemakanan dan pengurusan ternakan. Usaha-usaha

perlu diambil bagi mewujudkan sistem pengesanan untuk membantu petani mengurus ladang dan

lembu dengan menggunakan sistem rekod ladang.

Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir, agensi bawah Kementerian Pertanian

dan Asas Tani seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI) boleh menawarkan latihan dan menyediakan kursus-kursus sijil penternak lembu

tenusu dan pembangunan produk tenusu kepada belia dan individu yang berminat untuk terlibat dalam

sektor ini. Sokongan daripada kerajaan akan membantu memperkukuhkan kembali sektor tenusu dan

menolong meningkatkan pengeluaran tenusu tempatan ke arah memenuhi permintaan yang semakin

meningkat bagi produk tenusu. Dapatan kajian inovasi ternakan yang dijalankan oleh Suntharalingam

et al. (2015b) mengesyorkan bahawa jika teknologi yang dijana menggunakan dana awam, kesan

limpahan teknologi harus memberi manfaat kepada pengguna (penternak) dan masyarakat Malaysia dan

bukan sebaliknya. Sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk menilai semula dasar dan program industri

ternakan yang sedia ada.

Untuk makanan ternakan, satu cara untuk mengurangkan kos makanan ternakan adalah di mana

para penternak dibimbing untuk menggunakan formulasi makanan ternakan yang betul supaya bahan

makanan ternakan yang digunakan serta masa pemakanan adalah mengikut standard, berdasarkan

baka, persekitaran serta peringkat tumbesaran lembu tenusu. Salah satu cara lagi untuk mengurangkan

pengimportan bekalan makanan ternakan adalah untuk memastikan tanah padang ragut adalah

mencukupi dan tanah untuk menanam rumput juga adalah mencukupi.

6.6 ruMusanBeberapa dasar dan program yang berkaitan dengan sektor tenusu telah digubal dan diterima pakai

untuk memulihkan semula dan membangunkan sektor tenusu Malaysia sejak 40 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, kerana kerajaan beralih tumpuan ke arah perindustrian dari 1980-an hingga

awal 2000-an, industri pertanian mengambil tempat duduk belakang dan banyak projek pembangunan

sektor tenusu diabaikan. Selain itu, dengan kekurangan sokongan kerajaan, susu yang diimport terus

membanjiri pasaran Malaysia, menimbulkan kesusahan kepada penternak tenusu tempatan yang tidak

dapat memasarkan susu segar pada harga yang kompetitif. Namun demikian, strategi yang disyorkan

oleh kerajaan melalui NPP telah menunjukkan beberapa kemajuan dan harus dipantau secara berterusan

bagi meningkatkan lagi usaha pembangunan dan membantu penternak mengurangkan kos pengeluaran

mereka supaya sepadan harga susu yang diimport.

Bagi memenuhi permintaan produk tenusu yang semakin meningkat, penting bagi penternak tenusu

dilengkapi dengan kemahiran dan alat yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan

keperluan pengguna hari ini. Hubungan komunikasi antara penyelidik dan agen pengembangan dengan

penternak perlu diperkukuhkan supaya proses pemindahan pengetahuan dan skil dapat berjalan

dengan lancar dan berkesan. Penggunaan teknologi moden dan program latihan akan meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran petani dan akan menolong dalam menjamin keselamatan dan kualiti

pengeluaran susu tempatan serta menambah nilai di dalam pengeluaran produk tenusu, yang mana

secara langsungnya akan menolong penternak lembu susu memasarkan susu dan produk tenusu dengan

harga yang kompetitif.

Page 117: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

92

6.7 rujuKanDevandra, C. dan Wanapat, M. (1986).Problems in feeding and nutrition of lactating ruminants in Asia. Food and

Fertilizer Technology Center Extension Bulletin No. 240. Taipei

Dijkman, J.T. (1992). Dairy production and crossbreeding in Malaysia: An Evaluation. Asian-Australasian Journal

of Animal Sciences 5(2): 309 – 314

DVS (2004). Livestock Statistics. Malaysian Department of Veterinary Services

Osman, A. (1984). Dairy production. Dalam: Animal Industry in Malaysia (Vijchulata, P., Bongsu T.A. dan

Dahan, M.M. (ed.), m.s. 41 – 49. Serdang: Faculty of Veterinary Medicine and Animal Sciences, Universiti

Pertanian Malaysia

Panandam, J.M. dan Raymond, A.K. (2005). Development of the Mafriwal dairy cattle of Malaysia. International

Livestock Research Institute

Sim, R.M.L. dan Suntharalingam, C. (2015). Dairy sector in Malaysia: a review of policies and programs. Diperoleh

pada 21 September 2015 dari http://ap.fftc.agnet.org/ap_db.php?id=501

Sivarajasingam, S. dan Kumar, A.R. (1989). Distribution and production characteristics of Friesian crossbred cattle

in Malaysia. MARDI Res. J. 17(1): 91 – 106

Suntharalingam, C.dan Ahmad, M.F. (2015a). Strategies addressing food security concerns within the Malaysian

dairy industry. Proc. of 6th Pan Commonwealth Veterinary Conference and the 27th Veterinary Association

of Malaysia (PCVC6 & 27VAM), 23 – 27 Mac 2015, Kuala Lumpur, Malaysia, Commonwealth Veterinary

Association and Veterinary Association Malaysia, m.s. 135 – 136, Kuala Lumpur, Malaysia

Suntharalingam, C., Sithambaram, S., Graff, G. dan Saari, N.A. (2015b). Characterizing innovation in the livestock

industry: a Malaysian case. International Journal of Tropical Agriculture 33(2): 879 – 885

Suntharalingam, C., Sithambaram, S. Graff, G., Ahmad, M.F., Saari N.A. dan S. Saad, M.M. (2015c). Livestock

innovations in Malaysia: Are we heading in the right direction? Kertas kerja yang dibentangkan di 10th MARDI

Science and Technology Exhibition (MSTE) 25 – 27 Ogos 2015

Talukder, M.A.I., Panandam, J.M., Halimatun, Y. dan Idris, I. (2013). Milk composition and quality of Sahiwal-

Friesian crossbred cow studied in Malaysia. The Agriculturists 11(2): 58 – 65

Page 118: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

93

7.0 KajianGelaGatpasaran:persepsidanGelaGatpenGGunaterhadapproduKberasasKancendawandiMalaysia

7.1 pendahuluanCendawan merupakan sejenis tumbuhan hidup secara spora yang boleh dimakan kerana mengandungi

banyak protein, vitamin dan zatt galian seperti kalium (K) dan fosforus (P) yang penting untuk kesihatan

badan serta rasanya yang sedap. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa

tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

Sehingga hari ini, manusia memanfaatkan cendawan untuk rasa yang unik, tekstur yang kenyal dan

baik untuk kesihatan. Terdapat banyak khasiat kesihatan dan manfaat ekonomi boleh diperoleh

daripada cendawan kerana sehingga kini terdapat beberapa jenis cendawan bernilai tinggi di pasaran.

Selain tumbuh secara semula jadi, kini terdapat beberapa jenis cendawan yang boleh dibiakkan dan

dikomersialkan.

Menurut kajian Sanchez (2010), cendawan telah digunakan kerana rasanya yang unik, nilai

ekonomi dan ekologi serta ciri-ciri perubatan. Dalam aspek kesihatan pula, banyak kajian mengenai

cendawan adalah makanan yang sihat, rendah kalori dan lemak, tetapi tinggi dengan protein sayuran,

chitin, vitamin dan mineral (Manzi dll. 1999).

Terdapat beberapa kajian yang lepas mengenai senario industri cendawan yang terdapat

di Malaysia, namun kajian mengenai pengguna terhadap produk cendawan atau produk berasaskan

cendawan di Malaysia masih kurang. Penggunaan cendawan di Malaysia biasanya bertumpu kepada

cendawan segar manakala produk berasaskan cendawan pula dikaitkan dengan cendawan produk

industri kecil dan sederhana (IKS) di mana penjualannya terhad di kawasan tertentu seperti di sekitar

kawasan penanaman cendawan sahaja. Penggunaannya tidak meluas dan terhad. Selain itu, maklumat

produk berasaskan cendawan ini dikatakan tidak mendapat liputan yang meluas tentang khasiatnya

di pasaran tempatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi, penggunaan dan gelagat

pembelian produk cendawan pengguna. Persepsi pengguna mengenai produk berasaskan cendawan

biasanya dikaitkan dengan faktor kesihatan, namun dalam beberapa kajian lain menyatakan penggunaan

produk berasaskan cendawan ini disebabkan oleh faktor pembukusan dan luaran produk (Draskovic

2009). Niat pembelian produk cendawan juga dikaji bagi membantu pemasar dan pengeluar mengetahui

faktor-faktor sebenar pembelian produk berasaskan cendawan.

Secara umumnya, industri cendawan di Malaysia adalah baru dan kecil, tetapi semakin berkembang.

Permintaan terhadap cendawan semakin meningkat sejajar dengan peningkatan penduduk, kesedaran

terhadap kepentingan kesihatan oleh pengguna dan promosi oleh agensi-agensi kerajaan dan NGO

terhadap cendawan dan manfaatnya. Permintaan tinggi bagi cendawan dari pasaran tempatan dan juga

pasaran global memperlihatkan peluang yang baik untuk Malaysia.

Namun, kajian mengenai produk berasaskan cendawan masih kurang di Malaysia. Pengguna

seolah-olah tidak mengetahui sejauh mana produk berasaskan cendawan boleh dibangunkan serta

khasiat yang boleh didapati jika produk cendawan ditambah baik dengan vitamin dan mineral yang

sedia ada. Dalam kajian ini, persepsi pengguna dikaji dari aspek penggunaan dan penerimaan

penggunaan terhadap produk berasaskan cendawan serta menilai faktor-faktor yang mempengaruhi niat

pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan. Ini juga merupakan peluang untuk pembuat

dasar mengenal pasti strategi untuk membangunkan industri cendawan.

Page 119: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

94

7.2 latarbelaKanGDasar Agromakanan Negara (DAN) Malaysia telah mengenal pasti industri cendawan sebagai salah

satu daripada tujuh industri yang boleh menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian. Industri-

industri ini dijangka akan memberi sumbangan penting kepada ekonomi negara dan berterusan, sehingga

berjumlah RM12.1 bilion pada tahun 2020. Disebabkan itu, Pusat Simpanan Kultur Germaplasma

Cendawan akan ditubuhkan untuk membantu aktiviti penyelidikan dan pembangunan khususnya untuk

mengenal pasti jenis cendawan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai proses makanan

berfungsi untuk kegunaan industri, termasuk nutraseutikal, kosmeseutikal, farmaseutikal dan lain-lain

(DAN 2011 – 2020).

Permintaan cendawan segar dan diproses adalah tinggi di pasaran tempatan. Penggunaan per

kapita cendawan ini diramalkan meningkat daripada 1.0 kg pada 2008 kepada 2.4 kg pada tahun 2020.

Berdasarkan anggaran yang dibuat oleh DAN (2011 – 2020), permintaan terhadap produk segar dan

diproses dijangka meningkat sejajar dengan pertumbuhan penduduk dan peningkatan penggunaan per

kapita. Nilai eksport cendawan diunjurkan menyumbang kira-kira RM300 juta iaitu pada kadar 16%

setahun pada tahun 2020. Sasaran ini boleh dicapai melalui peningkatan kawasan pengeluaran dan

produktiviti kepada kira-kira 340 hektar (tahun 2020) dan 193 hektar pada tahun 2011. Ia adalah satu

cabaran besar bagi kerajaan untuk menyusun strategi program dan aktiviti bagi mencapai sasaran ini.

7.2.1objektifKajianKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan gelagat pengguna terhadap produk

berasaskan cendawan di Malaysia. Objektif khusus adalah seperti yang berikut:

i. Untuk menilai kesedaran pengguna terhadap produk cendawan yang sedia ada di pasaran

ii. Untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pengguna membeli produk berasaskan

cendawan di Malaysia

iii. Untuk menilai gelagat pasaran produk berasaskan cendawan di Malaysia

7.2.2KepentinganKajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan gelagat pengguna di Malaysia terhadap

produk berasaskan cendawan. Kajian ini diharap dapat membantu pengeluar dan pemasar

cendawan dalam strategi untuk membangunkan produk berasaskan cendawan. Pengeluar

dan pemasar juga dapat mengenal pasti jenis dan produk berasaskan cendawan yang disukai

oleh pengguna di Malaysia. Penyelidik pula dapat mereka cipta produk berasaskan cendawan

mengikut permintaan pasaran. Manakala, gelagat pengguna terhadap produk berasaskan

cendawan perlu diberi perhatian untuk memastikan produk yang dihasilkan menepati cita rasa

pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan penggunaan cendawan secara tidak langsung.

Kajian ini juga boleh memberi maklumat lokasi pembelian, sumber maklumat mengenai

khasiat cendawan juga penting dalam mempromosikan produk berasaskan cendawan. Faktor

niat pembelian produk berasaskan cendawan dapat diketahui berguna untuk pengeluar

dan pemasar untuk menyasarkan produk mereka kepada kumpulan pengguna tertentu dan

mengetahui faktor sebenar pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan di Malaysia.

Secara tidak langsung, dapatan kajian ini dapat menyumbang kepada semua pemain industri

yang terlibat dalam memperkasakan industri yang bernilai tinggi ini.

Page 120: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

95

7.3 MetodoloGiKajian

7.3.1sampelrespondenBagi mendapatkan maklumat dan data yang dikehendaki, kaedah survei digunakan.

Penyelidik bersemuka dengan responden, dan menemu bual menggunakan borang soalan

kaji selidik. Dalam kajian ini, borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

profil responden, penggunaan produk berasaskan cendawan, faktor yang mempengaruhi

pembelian dan gelagat pembelian produk berasaskan cendawan. Survei melibatkan seramai

600 pengguna di seluruh Malaysia yang diwakili oleh responden daripada enam negeri seperti

dalam Jadual 7.1. Menurut Sudman (1976) dan Hair dll. (2008), jumlah responden sebanyak

600 atau lebih adalah mencukupi bagi memperoleh maklumat yang menggunakan kaedah

persampelan mudah. Setiap responden tidak dipilih rawak, sebaliknya responden secara suka

rela menawarkan diri untuk menjawab soal selidik berdasarkan minat mereka terhadap produk

berasaskan cendawan.

jadual7.1: Taburan responden mengikut negeri

Negeri Jumlah responden

Melaka 58Johor 51Perak 200Lembah Klang 92Sarawak 36Sabah 42Terengganu 110

Sumber: Kajian 2015

Analisis dilakukan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk

menilai hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Data yang diperoleh kemudiannya

dipiawaikan untuk mengenal pasti pecahannya yang dianalisis menggunakan kaedah statistik

keperihalan atau deskriptif. Kaedah ini biasanya digunakan oleh penyelidik sebagai ringkasan

mudah dalam menghasilkan sesuatu rumusan dan keputusan. Faktor analisis pula dijalankan

bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembelian produk berasaskan cendawan.

Analisis faktor merupakan dua jenis ujian analisis yang dijalankan untuk memahami

perhubungan sosioekonomi responden dengan persepsi, penggunaan dan corak pembelian

pengguna terhadap produk berasaskan cendawan. Kaedah ini mengkategorikan pemboleh

ubah berdasarkan faktor muatan (factor loading) dan communality. Terdapat syarat-syarat

khusus untuk menentukan faktor analisis bagi kajian pengguna iaitu dengan menjalankan

ujian Bartlett’s dan Kaiser-Mayer-Olkin (KMO). Sekiranya nilai KMO dan Bartlett’s melebihi

0.5, maka data kajian ini sesuai untuk dibuat analisis faktor. Teknik Analisis Utama dan

VARIMAX digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian

produk berasaskan cendawan. Komponen ditentukan berdasarkan nilai Eigen melebihi 1.0.

Faktor muatan dan communality pula ditetapkan pada nilai sekurang-kurangnya 0.50 untuk

memastikan faktor adalah signifikan (Irwan dll. 2007).

Selepas mendapat faktor, analisis selanjutnya akan menggunakan software AMOS untuk

menentukan kaitan antara faktor iaitu kaedah Structure Equation Modelling (SEM).

Page 121: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

96

jadual7.2:Demografi responden

Profil Ppngguna (n = 600) Peratus

Umur• 21 – 30• 31 – 40• 41 – 50• >51

52.722.512.312.5

Jantina• Lelaki• Perempuan

45.354.7

Tahap pendidikan• Sekolah rendah• Sekolah menengah• Kolej/universiti

6.240.353.5

Status pekerjaan• Sektor awam• Sektor swasta• Bekerja sendiri

21.749.428.9

Pendapatan• < RM1500• RM1501 – RM3000• RM3001 – RM4500• RM4501 – RM6000• > RM6000

41.226.017.010.3

5.5Perbelanjaan cendawan• < RM50• RM51 – RM100• RM101 – RM150• >RM201

69.023.2

7.00.8

rajah7.1:Tahap pengetahuan pengguna terhadap produk berasaskan cendawan

7.4 dapatanKajiandanperbincanGan

7.4.1profilrespondenSecara umumnya, dalam setiap kajian sosioekonomi,

profil responden sangat penting bagi menunjukkan

perkaitan antara ciri-ciri sosiodemografi seperti

umur, jantina, tahap pendidikan dan lokasi tempat

tinggal dengan corak penggunaan produk berasaskan

cendawan. Merujuk pada Jadual 9.4, 52.7% atau

lebih separuh responden berada yang berada dalam

lingkungan umur 21 hingga 30 tahun. Peratusan

responden perempuan melebihi lelaki (54.7%).

Tahap pendidikan responden sebanyak 53.5% adalah

mereka yang berkelulusan kolej atau universiti,

manakala hampir 50% daripada responden bekerja

dalam sektor swasta. Sebanyak 62.7% daripada

responden berpendapatan bawah RM3,000. Dapatan

ini menunjukkan penggunaan produk berasaskan

cendawan banyak digunakan di kalangan pengguna

berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun yang

berpendapatan sederhana. 69% daripada mereka

membelanjakan kurang daripada RM50 sebulan

untuk membeli produk berasaskan cendawan. Ini

menunjukkan perbelanjaan untuk membeli produk

berasaskan cendawan adalah rendah di kalangan

pengguna di Malaysia. Dalam erti kata lain, kecenderungan pengguna terhadap produk

berasaskan cendawan adalah masih rendah. Lebih separuh pengguna yang berminat terhadap

produk berasaskan cendawan adalah kaum wanita dan berpendidikan tinggi.

7.4.2tahappengetahuanprodukberasaskancendawanResponden ditanya tentang pengetahuan mereka terhadap kewujudan produk berasaskan

cendawan di pasaran. Hasil kajian mendapati 62.5% daripada responden tidak mengetahui

akan wujudnya produk berasaskan cendawan di pasaran. Mereka hanya mengetahui cendawan

segar yang terdapat di pasaran berbanding dengan produk-produk lain yang telah diproses

berasaskan cendawan. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengguna terhadap produk

bersasakan cendawan rendah dan perlu pendedahan maklumat yang menyeluruh (Rajah 7.1).

Page 122: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

97

7.4.3persepsipenggunaterhadapprodukberasaskancendawanPersepsi pengguna terhadap produk berasaskan cendawan juga diperoleh daripada kajian ini.

Pengguna mempunyai pelbagai persepsi apabila ingin membeli produk berasaskan cendawan

(Jadual 7.3). Rasa keaslian daripada cendawan merupakan pilihan yang paling utama pengguna

terhadap produk berasaskan cendawan. Sebanyak 95.2% daripada mereka bersetuju bahawa

rasa asli cendawan menjadi pilihan mereka untuk membeli produk berasaskan cendawan.

Selain itu, 94.2% daripada pengguna menitikberatkan aspek pengesahan saintifik daripada

badan berautoriti untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan mereka untuk menggunakan

produk berasaskan cendawan. Pengguna memberi penekanan daripada pengesahan sijil

halal manakala, sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meningkatkan

keyakinan pengguna terhadap tahap kualiti. Sijil-sijil lain seperti Sijil Organik Malaysia

(SOM) turut diberi perhatian oleh pengguna. Sebanyak 94% pengguna bersetuju pengesahan

saintifik meningkatkan keyakinan mereka terhadap penggunaan produk berasaskan cendawan.

Selain itu, kandungan nutrisi, harga yang berpatutan dan rasa yang sedap juga menjadi faktor

pengguna meningkatkan keinginan menggunakan produk berasaskan cendawan. Ini merupakan

kenyataan utama yang dinyatakan oleh pengguna terhadap produk berasaskan cendawan

yang perlu difikirkan oleh pemasar dan penggubal dasar untuk meningkatkan kecenderungan

pengguna terhadap produk berasaskan cendawan di Malaysia.

Dalam kajian ini, semasa proses pengumpulan data, contoh produk berasaskan cendawan

ditunjukkan kepada pengguna dan majorti daripada mereka (61.7%), menyukai sup cendawan

segera. Ini kerana mereka sudah biasa dengan produk luar negara yang sudah lama terdapat di

pasaran Malaysia. Lebih kurang 57% pengguna menggemari barangan kosmetik dan barangan

penjagaan badan daripada cendawan. Kandungan nutrisi pada label meningkatkan keyakinan

mereka terhadap khasiat yang terdapat pada barangan kosmetik tersebut serta menaruh minat

mereka terhadap inovasi produk baru yang dikeluarkan berasaskan cendawan.

jadual7.3:Kecenderungan pengguna terhadap produk berasaskan cendawan

Keterangan Bil. responden (N) Ya (%) Tidak(%)

Rasa keaslian produk cendawan 600 95.2 4.8Rasa yang sedap 600 87.3 12.7Kandungan nutrisi 600 89.3 10.7Pengesahan sainstifik 600 94.2 5.8Harga berpatutan 600 88.5 11.5

Sumber: Kajian (2015)

rajah7.2: Bentuk produk cendawan yang digemari pengguna (%)

Page 123: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

98

7.4.4tujuanpenggunaanprodukPembangunan produk sesebuah industri mempunyai hubung kait dengan fungsi atau kegunaan

produk kepada pengguna. Dalam membangunkan produk yang diperlukan, pengusaha

sewajarnya memahami cita rasa dan kehendak pengguna. Tiga aspek penting jenis fungsi

keberkesanan pemakanan produk cendawan telah diajukan kepada responden. Sebanyak

74.6% pengguna menggunakan produk cendawan bagi tujuan amalan kesihatan. Ini bermakna

pengguna menggunakan produk berasaskan cendawan untuk mengekalkan kesihatan kerana

cendawan mempunyai pelbagai khasiat tersendiri yang dibuktikan melalui kajian saintifik.

Mereka memilih produk berasaskan cendawan untuk tujuan amalan kesihatan yang baik. Ini

diikuti dengan tujuan untuk kegunaan rawatan penyakit (53.8%) kerana sesetengah pengguna

mencari kaedah alternatif menggunakan produk berasaskan cendawan sebagai alternatif

kepada ubat-ubatan bagi merawat penyakit tertentu. Selain itu, 55.4% berpendapat produk

berasaskan cendawan digunakan sebagai produk kosmetik dan penjagaan diri selain produk-

produk yang lain. Jelas menunjukkan bahawa produk berasaskan cendawan juga mendapat

sambutan tetapi kerana kurang hebahan produk berasaskan cendawan ini tidak diperluaskan.

7.4.5saluranpemasaranSebanyak tujuh saluran pemasaran disenaraikan dalam borang soal selidik untuk mengetahui

lokasi tumpuan utama pengguna apabila ingin membeli produk berasaskan cendawan. Hasil

dari kajian menunjukkan pasar tani dan supermaket adalah antara saluran pasaran yang digemari

oleh pengguna untuk mendapatkan produk-produk bercirikan pemakanan tradisi iaitu produk

berasaskan cendawan. Rajah 7.4 menunjukkan 48% responden menjadikan supermaket

adalah sumber utama untuk mendapatkan produk makanan kesihatan dan perubatan yang

berasaskan cendawan. Situasi ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup masyarakat lebih gemar

berbelanja di supermarket yang menawarkan pelbagai barangan dalam premis dan terdapat

banyak pilihan produk dan jenama. Pengusaha produk berasaskan cendawan dan barangan

Sumber: Kajian (2015)rajah7.3: Tujuan utama penggunaan produk cendawan (%)

Sumber: Kajian (2015)rajah7.4: Saluran pemasaran produk berasaskan cendawan

Page 124: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

99

industri kecil dan sederhana memilih pasar tani kerana kesukaran untuk memasarkan produk

mereka di pasar raya besar. Namun begitu, kedai runcit, farmasi dan pameran serta atas talian

tidak kurang pentingnya sebagai saluran pemasaran produk berasaskan cendawan. Peranan

mereka masih penting terutamanya bagi pengguna yang sukar mendapatkan sesuatu produk

dari pasar raya besar disebabkan beberapa faktor seperti jarak dan masa. Hasil kajian ini dapat

digunakan sebagai panduan kepada pemasar dan pengusaha menentukan strategi pemasaran

mereka dan menentukan segmen pemasaran yang harus diberikan panduan bagi memastikan

prestasi jualan produk masing-masing berkembang.

7.4.6sumberMaklumatPengguna masa kini mempunyai pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat berkaitan

sesuatu produk. Pengguna juga menggunakan saluran media elektronik sebagai sumber utama

untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk, khasiat dan sebagainya. Sebanyak 69.5%

responden menggunakan saluran media elektronik seperti television, radio, internet dan

sebagainya. Ini diikuti oleh saluran media cetak (48.3%). Banyak syarikat menjadikan saluran

media cetak sebagai saluran sokongan untuk menyebarkan maklumat. Seminar dan pameran

juga menjadi pilihan pengguna untuk mengetahui (37.8%) dengan lebih dalam maklumat yang

berkaitan selain dapat mencuba sendiri sesuatu produk seperti produk berasaskan cendawan.

Sumber: Kajian (2015)rajah7.5: Sumber maklumat kesihatan (%)

7.4.7FaktoryangMempengaruhipembelianBanyak kajian lalu menjelaskan kaitan antara pengguna dengan orientasi pemasaran dalam

menentukan corak pembelian produk makanan dan hala tuju industri makan (Meulenberg

dan Viene 1998). Objektif pertama kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi kecenderungan pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan.

Responden ditanya mengenai persepsi mereka terhadap produk berasaskan cendawan dengan

menggunakan lima skala Likert iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti, 4

= setuju dan 5 = sangat setuju. Skor kolerasi yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah

analisis faktor (AF) bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pengguna membeli sama

ada sebab atau alasan yang terbentuk daripada gabungan beberapa pemboleh ubah yang telah

dikemukakan kepada responden. Hubung kait antara beberapa pemboleh ubah ini dianalisis

dan kemudiannya disatukan dan diwakili oleh beberapa faktor dasar.

Sebelum AF dijalankan, ujian KMO (The Kaiser-Meyer-Olkin) dan Bartlett’s telah dilakukan

terlebih dahulu bagi menentukan sama ada AF sesuai dijalankan atau tidak. Seandainya nilai

KMO adalah lebih besar daripada 0.5 dan Bartlett’s adalah signifikan (p<0.05), maka data yang

digunakan sesuai dianalisis AF. Dalam kajian ini, keputusan kajian menunjukkan nilai KMO

Page 125: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

100

adalah 0.888, lebih besar daripada 0.5 dan keputusan Bartlett’s=0.000 adalah signifikan (rujuk

Jadual 7.4). Ini bermakna pemboleh ubah-pemboleh ubah ini sesuai dilakukan AF. Berdasarkan

keputusan yang diperoleh, secara umumnya faktor pemilihan pembelian produk berasaskan

cendawan boleh dikategorikan kepada faktor sifat produk cendawan, faktor kesihatan, persepsi

dan pensijilan. Oleh demikian, analisis faktor utama yang mempengaruhi pembelian dan

instrumen kajian juga mempunyai aras konsistensi dalaman yang tinggi.

Dalam Jadual 7.5, hasil analisis faktor yang mempunyai nilai eigen >1.0 dijadikan faktor

yang mempengaruhi pembelian. Paparan pola varimax bagi faktor-faktor mempengaruhi

pembelian. Setelah analisis faktor dibuat, empat faktor utama diekstrak. Keempat-empat faktor

ini menerangkan 62.97% varian dalam kajian. Faktor ini dikategorikan sebagai: ‘Ciri-ciri

produk’, ‘Persepsi’, ‘Pensijilan’ dan ‘Kesihatan’.

Merujuk Jadual 7.5, faktor pertama yang diperoleh daripada gabungan beberapa item

kolerasi ialah Sifat Produk cendawan. Harga mencatatkan nilai item yang paling tinggi (0.807)

diikuti oleh kemudahan untuk penyimpanan (0.727). Item lain seperti rasa, nutrisi, produk

tempatan dan produk boleh ubati penyakit juga merupakan item gabungan penting membentuk

faktor Sifat Produk.

jadual7.4: Ujian Kaiser-Mayer-Olkin (KMO) dan Bartlett’s

Penyukatan Kaiser-Meyer-Olkin Ujian Bartlett’s dan Signifikan

0.888 5069.814153

p = .000

Nota: Bartlett’s Test of Sphericity significant level p < 0.000 and Kaiser-Meyer-Olkin measure of sampling adequacy > 0.60

jadual7.5:Komponen matrik berdasarkan faktor–faktor bentuk putaran VARIMAX

Perkara yang mempengaruhi pembelian Faktor 1 Faktor 2 Faktor 3 Faktor 4

1. Sifat Produk

• Rasa 0.485 • Nutrisi 0.698

• Harga 0.807

• Mudah simpan 0.727

• Produk tempatan 0.498

• Ubati penyakit 0.581

2. Kesihatan

• Keaslian produk 0.80

• MeSTI 0.65

• Pengesahan saintifik 0.82

3. Persepsi • Iklan 0.845 • Kawan-kawan 0.825

• Pembukusan 0.5834. Pensijilan • Halal 0.641 • HACCP 0.858 • GMP 0.816Nilai Eigen 3.796 2.272 2.253 2.315Nisbah Kumulatif Eigen (%) 62.969

Page 126: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

101

Faktor kedua ialah Kesihatan. Tidak dinafikan kesihatan merupakan elemen atau

faktor utama yang dititikberatkan oleh semua orang semasa membuat pembelian. Dalam

faktor mempengaruhi produk cendawan, item pengesahan saintifik (0.82) merupakan item

yang menjadi pilihan pengguna. Pengesahan saintifk sesuatu produk akan membuktikan

keberkesanan produk. Keaslian produk juga diambil kira semasa pembelian produk berasaskan

cendawan (0.80).

Faktor ketiga dan keempat dilabelkan sebagai Persepsi dan Pensijilan pula mempunyai

tiga item kolerasi masing-masing. Faktor persepsi penting kerana reaksi pengguna timbul ketika

ingin membuat pilihan semasa pembelian produk cendawan manakala faktor pensijilan pula

faktor yang menyokong kuat pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan.

7.4.8analisisstructureequationModelling(seM)Menurut Nokelainen dan Ruohotie (2009), tujuan SEM adalah untuk mengkaji satu set

hubungan antara satu atau lebih pemboleh ubah bebas (IV) dan satu atau lebih pemboleh ubah

bersandar (DV). Struktur pemodelan persamaan (SEM), sebagai satu konsep, adalah gabungan

teknik statistik seperti analisis faktor penerokaan dan regresi.

Jadual 7.6 merupakan ringkasan ujian faktor analisis menggunakan AMOS untuk

Structure Equation Modelling (SEM) untuk faktor analisis produk cendawan bertujuan untuk

mengetahui faktor utama niat untuk membeli di kalangan pengguna. Pada permulaan model,

dikenali sebagai model hipotesis. Pada model ni kesemua nilai yang duji mestilah menepati

syarat nilai-nilai syarat khusus yang diuji iaitu nilai GFI (≥0.95), AGFI (≥0.9), CFI (≥0.9) dan

RAMSEA (≤0.08). Pada permulaan model hipotesis nilai GFI = 0.860, AGFI = 0.726, CFI =

0.686 dan RAMSEA = 0.244. Kesemua nilai ini tidak menepati nilai atau syarat yang ditetapkan

kerana kesemua faktor yang dikaji tidak ada hubungan yang secara terus dan mungkin ada

hubungan secara tidak terus antara faktor dengan niat membeli produk berasaskan cendawan.

Selepas itu, model ini disemak beberapa kali untuk menepati syarat yang ditetapkan. Model

semakan yang baru mendapati kesemua nilai menepati kriteria yang ditetapkan iaitu nilai yang

diperoleh seperti GFI = 0.980 iaitu melebihi syarat GFI (≥0.95), AGFI = 0.985 melebihi AGFI

(≥0.9), CFI = 0.958 juga memenuhi syarat CFI (≥0.9) dan RAMSEA = 0.063 memenuhi syarat

RMSEA (≤0.08).

Dalam Jadual 7.7, kesemua nilai P adalah signifikan bagi kesemua hubungan antara faktor

yang dikaji. Oleh itu, hubungan antara faktor yang dikaji yang secara langsung ialah faktor

kesihatan dan persepsi pengguna terus kepada niat membeli. Manakala faktor tidak langsung

ialah pensijilan berkadar terus kepada faktor kesihatan dan ciri-ciri produk terus kepada faktor

persepsi. Pensijilan mempengaruhi pengguna tentang faktor kesihatan terus kepada niat untuk

membeli. Ciri-ciri produk cendawan juga akan menimbulkan persepsi pengguna untuk niat

membeli produk cendawan. Setiap perkaitan atau hubungan antara faktor mestilah disokong

oleh kajian lepas. Oleh itu, semakan dibuat ke atas kajian-kajian lepas yang hampir serupa.

Kesemua faktor yang didapati mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung

dalam menentukan niat untuk membeli. Dalam menentukan hubung kait antara faktor yang

diperoleh, terdapat banyak langkah-langkah yang digunakan dalam menentukan pengesahan

faktor-faktor dan model persamaan berstruktur. Menurut kajian yang dilakukan oleh McDonald

dan Ho (2002), penyelidik perlu menyediakan maklumat mengenai rujukan yang berkaitan

kajian-kajian lepas.

Jadual 7.8 menunjukkan bahawa faktor kesihatan berkadar terus dengan niat untuk

membeli. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Lockie et al. (2002) yang

mengatakan bahawa, kesihatan adalah salah satu aspek di mana pengguna kurang bersedia

untuk berkompromi. Pengguna akan melebihkan alasan kesihatan dalam penggunaan

Page 127: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

102

jadual7.7: Keseragaman nilai regresi bagi hubungan dalam model semakan (revised)

Estimate S.E. C.R. P

Persepsi <--- Ciri produk .487 .028 17.314 ***Kesihatan <--- Pensijilan .610 .039 15.526 ***Niat membeli <--- Persepsi .121 .065 1.850 ***Niat membeli <--- Kesihatan .050 .080 –.629 ***

jadual7.6: Ringkasan nilai GFI, AGFI, CFI dan RMSEA (hipotesis dan semakan)

Model GFI(≥0.95) AGFI(≥0.9) CFI(≥0.9) RMSEA(≤0.08)

Hipotesis (sebelum) 0.890 0.726 0.689 0.244

Semakan (selepas) 0.980 0.985 0.958 0.063

Key:GFI: Goodness of Fit Index RMSEA: Root Mean Square Error of ApproximationCFI: Comparative Fit Index AGFI: Adjusted Goodness of Fit Index

kehidupan mereka. Ini dapat menjelaskan bahawa faktor kesihatan amat dititkberatkan oleh

pengguna dalam pemakanan seharian mereka. Hari ini, cendawan dimakan untuk rasa yang

unik, tekstur dan juga untuk memberi mereka manfaat kesihatan.

Sesetengah pengguna aktif mencari makanan baru dan mencuba banyak produk baru.

Produk baru yang dibangunkan mempunyai sebab, seperti idea baru, trend baru, masalah yang

dihadapi pengguna dalam makanan sebelum, teknologi baru untuk pengeluaran makanan,

jenis baru bahan untuk pembungkusan atau pengenalan hidangan asing. Beberapa produk

baru mewakili perubahan besar dan benar-benar inovatif. Produk-produk ini boleh mengubah

cara pengguna makan atau berfikir tentang makan.

Kajian Draskovic (2009) pula menyatakan, persepsi pengguna akan terbina melalui

keseluruhan luaran sesuatu produk dan ia memainkan peranan untuk mencampuradukkan

perasaan pembeli kerana pembungkusan memberi gambaran atau ideal kepada pengguna

mencipta perasaan membeli menerusi produk yang mereka lihat. Draskovic mendapati

pembungkusan merupakan komunikasi permulaan yang boleh mendorong pengguna membeli

produk. Pembukusan diibaratkan sebagai “penjual senyap” dalam tujuan untuk menarik minat

dan perhatian pembeli untuk membeli produk. Setelah tertakluk kepada pembungkusan secara

keseluruhan, ini akan mengubah persepsi pengguna, mereka mungkin membeli tanpa mengira

jenama atau tidak.

Dalam faktor pensijilan pula, menurut kajian Hafizudin (2009), dalam kajian faktor

jaminan makanan mendapati bahawa, pengguna tidak berkompromi jika pengeluar tidak

mematuhi piawaian yang ditetapkan. Piawaian ini ditentukan oleh pengguna sendiri melalui

pensijilan yang dikeluarkan oleh badan yang bertanggung jawab seperti sijil halal yang

dikeluarkan oleh JAKIM atau Halal Development Corperation (HDC), Good Manifacturing

Practices (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Malaysia Standard (MS) dan

International Standard (ISO). Sijil-sijil ini menjadi rujukan kepada pengguna apabila memilih

produk yang sesuai untuk mereka gunakan. Ini dapat membuktikan bahawa pengguna produk

cendawan juga berpendapat bahawa pensijilan merupakan faktor yang tidak berkadar langsung

dengan niat membeli produk cendawan tetapi merupakan faktor berkadar langsung dengan

faktor kesihatan dalam niat untuk membeli produk berasaskan cendawan.

Oleh itu, niat untuk membeli produk berasaskan cendawan dipengaruhi oleh faktor

utama iaitu faktor kesihatan dan faktor persepsi pengguna. Manakala setiap faktor utama

terdapat faktor tidak berkadar langsung iaitu faktor pensijilan yang berkadar terus dengan faktor

Page 128: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

103

kesihatan dan faktor ciri produk berkadar langsung dengan faktor persepsi pengguna untuk

membeli produk cendawan.

Terdapat beberapa faktor berkadar langsung dan faktor tidak berkadar langsung

dalam Rajah 7.6.

7.5 sarananSenario dan penggunaan cendawan segar bukan asing lagi di Malaysia. Namun, produk berasaskan

cendawan seolah-olah belum mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia. Bagaimanapun,

majoriti pengguna mempunyai persepsi yang positif mengenai produk berasaskan cendawan. Mereka

percaya produk berasaskan cendawan mampu mempengaruhi kualiti hidup dan pada masa yang sama

menyokong industri ini. Pertunjuk persepsi yang positif dan penggunaan produk berasaskan cendawan

ini menunjukkan potensi pasaran dan memerlukan perhatian dari pihak kerajaan. Persepsi pengguna

terhadap rasa keaslian produk cendawan dan pengesahan saintifik terhadap kandungan produk

berasaskan cendawan membuktikan pengguna amat mementingkan faktor kesihatan dan ini menjadi

fokus kepada pengusaha untuk memandang serius terhadap persepsi ini. Dalam kajian ini didapati

pengguna mencari maklumat kesihatan daripada produk cendawan ini melalui pembacaan di media

elektronik dan media cetak serta komunikasi secara verbal seperti seminar dan buah mulut kawan-kawan.

Pengusaha seharusnya fokus kepada penyaluran maklumat yang banyak kepada pengguna tentang

kepentingan kesihatan produk berasaskan cendawan melalui saluran ini dengan memperbanyakkan

pencetakan maklumat. Manfaat kesihatan produk berasaskan cendawan iaitu penjagaan kesihatan,

diri dan kosmetik boleh digunakan sebagai strategi kesihatan terutamanya untuk pengguna yang ingin

menjaga kesihatan diri dalaman dan luaran kerana khasiat cendawan sudah diketahui umum sebagai

tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat.

Kajian ini mendapati kumpulan umur 21 – 30 adalah kumpulan penting sasaran pemasar produk

berasaskan cendawan. Bagi pengusaha dan pemasar, mereka boleh memikirkan alternatif produk

baru berasaskan cendawan iaitu produk penjagaan diri dan serbuk cendawan serta minuman tersedia

minum berperisa cendawan yang sesuai untuk pengguna dalam kumpulan muda ini. Pengusaha perlu

mengambil serius tentang kegunaan pengguna terhadap produk cendawan iaitu dari segi kesihatan,

produk kosmetik dan rawatan penyakit.

Pengusaha dan pemasar haruslah mementingkan faktor-faktor seperti kesihatan, pensijilan,

persepsi pengguna dan sifat produk itu sendiri yang boleh mempengaruhi pengguna supaya objektif

strategi pemasaran tercapai. Banyak kajian-kajian lepas yang mengaitkan kepentingan ciri-ciri produk

dengan niat membeli. Faktor ciri-ciri produk perlu ditekankan kerana ini menyumbang kepada faktor

persepsi pengguna untuk bertukar kepada niat untuk membeli produk kesihatan. Faktor ciri-ciri produk

ini sebagai faktor tidak langsung kepada pengguna untuk membeli produk berasaskan cendawan. Faktor

rajah7.6: Model semakan niat membeli produk berasaskan cendawan di kalangan pengguna di Malaysia

Pensijilan Persepsi

Niat membeli

tidak langsung

tidak langsung

Ciri produk Kesihatan

Page 129: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

104

pensijilan juga amat dititikberatkan oleh pengguna kerana ini menjadi faktor secara langsung kepada

faktor kesihatan. Dalam kajian lepas, faktor kesihatan merupakan faktor terpenting dalam niat untuk

membeli barangan. Contohnya, pengesahan sijil halal sudah menjadi faktor pensijilan penting dalam

pemasaran sesuatu produk. Pensijilan halal ini menjadi faktor pensijilan yang perlu dipatuhi dan secara

tidak langsung ini dapat membina faktor kesihatan terhadap pengguna. Oleh yang demikian, pengeluar

dan pemasar produk berasaskan cendawan mesti memberi penekanan kepada penggunaan kualiti

produk dan premis, dan memperoleh pensijilan yang sesuai seperti Halal, GMP dan HACCP.

7.6 ruMusanKefahaman pengguna mengenai produk berasaskan cendawan masih rendah, maka usaha mendidik

pengguna terutamanya saluran media golongan kelas menengah dan keatas bagi menarik pengguna

produk premium. Pengguna Malaysia mempunyai persepsi yang positif terhadap produk berasaskan

cendawan daripada maklumat yang disebarkan di pasaran. Potensi pasaran domestik wajar dijadikan

sandaran untuk menampan masalah pasaran monopsoni yang wujud buat masa ini. Pasaran domestik

sewajarnya diperkukuhkan dengan penawaran produk-produk baru dalam bidang pemakanan kesihatan

dan perubatan sejajar dengan kehendak pengguna masa kini. Produk-produk baru yang dihasilkan

mampu menjadikan pasaran domestik yang setaraf dengan negara maju dan mampu menyediakan

pengusaha yang dapat bersaing di pasaran global. Persepsi dan gelagat pengguna yang diperoleh dalam

kajian ini wajar dijadikan sandaran dalam membangunkan industri yang mampan dan perkasa sejajar

dengan aspirasi negara untuk menjadikan industri ini sebagai penyumbang utama pendapatan eksport

negara umumnya.

Penemuan daripada kajian ini merupakan maklumat penting yang boleh digunakan oleh pengusaha

produk berasaskan cendawan untuk merancang strategi pembangunan produk baru, menambah baik

produk sedia ada dan menetapkan strategi pemasaran. Hasil daripada kajian, pengguna menitikberatkan

amalan kesihatan, rawatan penyakit dan kegunaan kosmetik sebagai tujuan penggunaan produk

berasaskan cendawan.

Penyelidikan lanjutan sewajarnya menumpukan kepada pembangunan dan kehendak pengguna

kelas atasan terhadap produk premium yang sejajar dengan anjakan negara kita menjadi negara maju

menjelang tahun 2020.

7.7 rujuKanDasar Agromakanan Negara (2011 – 2020). Memacu pertumbuhan pertanian bernilai tinggi. Diperoleh pada

30 Disember 2012 dari http://www.moa.gov.my/web/guest/dasar-agromakanan-negara-2011-2020-dan

Draskovic, N., Temperley, J. dan Pavicic, J. (2009). Comparative perceptions of consumer goods packaging:

Croatian consumers’ perspectives. International Journal of Management Cases 10: 154

Hafizudin.Z, Rusli R. dan Abu Dardak R. (2009). Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap makanan

sejuk beku. Economic and Technology Management Review Vol. 4(2009): 83 – 93

Irwan, M.S., Nursilah, A., Abdul Manan, I. dan Azman, A.R. (2007). Penggunaan masalah dalam pembelajaran

subjek Usul Fiqh: Satu kajian di Universiti Sains Islam Malaysia. Journal Syariah 15(1):95 – 114

Manzi, P., Gambelli, L., Marconi, S., Vivanti, V. dan Pizzoferrato, L. (1999). Nutrients in edible mushrooms: an inter-

species comparative study. Food Chemistry 65(4): 477 – 482

McDonald, R.P. dan Ho, M.H.R. (2002). Principles and practice in reporting structural equation analyses.

Psychological Methods 7: 64 – 82

Meulenberg, M. dan Vience, J. (1998). Changing food marketing system in Werstern Countries. British Food Journal

102(7): 522 – 538

Nokelainen, P. dan Ruohotie, P. (2009). Non-linear Modeling of Growth Prerequisites in a Finnish Polytechnic

Institution of Higher Education. Journal of Workplace Learning 21(1): 36 – 57

Page 130: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

105

Sanchez, C. (2010). Cultivation of Pleurotus ostreatus and other edible mushrooms. Applied Microbiology and

Biotechnology 85: 1321 – 1337

Saunders, M., Lewis, P. dan Thorhill, A. (2003). Research Method for business students. Edisi ke-3.

Harlow : Prentice Hall

S. Lockie, K. Lyons, G. Lawrence, K. Mummery (2002). Eating ‘green’: motivations behind organic food consumption

in AustraliaSociologia Ruralis, 42 (2002), m.s. 23 – 40

Sudman, S. (1976). Aplied Sampling. New York: Academic Press

Page 131: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 132: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

107

8.0 KajianGelaGatpasaran:persepsidanGelaGatpenGGunaterhadapKopidiMalaysia

8.1 pendahuluanKopi adalah salah satu komoditi eksport paling penting bagi negara-negara kurang membangun. Lebih

25 juta orang di seluruh dunia terlibat dalam industri ini. Semua kopi dihasilkan di kawasan tropika, dan

kebanyakannya diusahakan oleh pekebun kecil. Amerika Latin menyumbang 60% daripada pengeluaran

kopi global, diikuti oleh Asia (24%) dan Afrika (16%). Lebih separuh daripada keluaran kopi global

didominasi oleh tiga pengeluar iaitu Brazil (33%), Colombia (10%), dan Vietnam (10%).

Terdapat tiga varieti kopi yang diusahakan dan didagangkan secara komersial iaitu kopi Arabica,

Robusta dan Liberica. Menurut laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan Antarabangsa (FAO), hampir

70% tanaman dan didagangkan di pasaran dunia adalah daripada varieti Arabica, diikuti oleh varieti

Robusta (28%) dan bakinya (2%) adalah daripada varieti Liberica.

Merujuk kepada trend pada zaman kini, menjadi kelaziman penduduk dunia minum kopi tidak

mengira peringkat umur. Tidak terkecuali golongan muda kerana menurut kajian Mintel (2012), orang

muda terutama yang berumur 18 hingga 24 tahun minum kopi untuk memberi tenaga rangsangan

sepanjang hari. Sebanyak 76% pengguna telah membeli beberapa jenis kopi untuk isi rumah mereka

setiap bulan. Antara produk kopi popular yang menjadi ialah serbuk kopi (53%), diikuti kopi segera

(21%), minuman tersedia minum (RTD) (20%), kopi uncang (17%) dan bijian kopi bakar (17%) menurut

Mintel (2012) dalam kajiannya di Kanada.

Di Malaysia, hanya terdapat dua varieti kopi yang ditanam iaitu kopi Liberica (90%) dan

Robusta (10%). Kopi Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Johor

dan Selangor, manakala kopi Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di Utara Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada masa ini tanaman kopi banyak diusahakan secara tanaman tunggal

atau tanaman selingan di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

dan kebanyakannya diusahakan oleh sektor pekebun kecil (99.6%), agensi kerajaan (0.37%) dan estet

swasta (0.03%).

Penggunaan perkapita kopi di Malaysia adalah sebanyak 0.86 kg seorang setahun dengan anggaran

jumlah penggunaan kopi di Malaysia sebanyak 27,250 mt setahun. Namun, tahap penggunaan kopi di

kalangan penduduk Malaysia masih tidak jelas kerana kurang kajian mengenainya. Gelagat pasaran,

persepsi dan tahap pengetahuan mengenai kopi di Malaysia perlu dilakukan berikutan kopi merupakan

antara industri utama di Malaysia. Kajian ini mengenai persepsi, penggunaan dan kesedaran mengenai

kopi Liberica di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian kopi di kalangan pengguna.

8.2 latarbelaKanGKeluasan tanaman kopi di dunia adalah seluas 10.12 juta hektar. Negara Brazil merupakan negara

penanam utama kopi mempunyai keluasan tanaman seluas 2.12 juta hektar diikuti dengan Vietnam

seluas 1.057 juta hektar dan Colombia seluas 0.887 juta hektar. Malaysia berada di kedudukan ke-60

dunia dengan hanya menyumbang lebih kurang 0.16% daripada pengeluaran kopi dunia. Pengeluaran

tempatan yang rendah dan mutu buah kopi yang berbeza telah mendorong Malaysia mengimport kopi.

Nilai import kopi telah meningkat daripada RM51.59 juta dalam tahun 1988 kepada lebih RM972.3

juta pada tahun 2013 (Jadual 8.1). Nilai import kopi berkembang dengan purata pertumbuhan tahunan

Page 133: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

108

sebanyak 17.8% dalam tempoh 25 tahun (1988 – 2013). Penyumbang utama bekalan import Malaysia

pada tahun 2013 ialah Indonesia (49%), Vietnam (35%), Brazil (6%) dan India (3%).

Pengeluaran kopi di Malaysia secara umumnya masih kecil dan menunjukkan trend menurun

disebabkan oleh keluasan kawasan tanaman telah berkurangan daripada lebih kurang 7,510 hektar

pada tahun 2007 kepada hampir 4,280 hektar pada tahun 2012. Keluasan kawasan tanaman walau

bagaimanapun meningkat semula kepada lebih 5,660 hektar pada tahun 2013, (Jadual 8.2). Kawasan

tanaman kopi yang utama ialah di Johor, Selangor dan Sabah.

Bekalan kopi mentah yang terhad ini adalah kesan daripada pengurangan kawasan bertanam

kopi di Malaysia. Petani kurang berminat untuk menanam kopi sebaliknya lebih cenderung kepada

tanaman industri lain seperti kelapa sawit dan getah. Hakikatnya, tanaman kopi penting kepada negara

kerana kopi yang ditambah nilai merupakan minuman yang berprestij pada abad ini dan mendapat

permintaan yang tinggi. Permintaan kepada produk kopi dijangka terus meningkat di pasaran dalam

negara mahupun di luar negara.

8.2.1 objektifKajianKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan gelagat pengguna terhadap kopi

di Malaysia. Objektif khusus adalah seperti yang berikut:

i. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pengguna terhadap jenis kopi di pasaran.

ii. Untuk menilai gelagat pembelian produk kopi di kalangan pengguna di Malaysia.

iii. Untuk mengenal pasti faktor pembelian produk kopi di Malaysia.

jadual8.1:Import dan eksport kopi di Malaysia, 2012 – 2013

Perkara 2012 2013

Import (mt) 95,502 106,555

Import (RM) 871,447,493 972,300,000

Eksport (mt) 74,160 80,484

Eksport (RM) 1,197,376,487 1,299,480,000

Pengeluaran domestik (mt) 16,723 4,739

Jumlah kegunaan kopi (mt) 112,225 121,294

Peratus tempatan 14.9% 12.2%

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

jadual8.2:Keluasan bertanam dan pengeluaran kopi di Malaysia, 2007 – 2013

Perkara 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Keluasan bertanam (Ha)

7,512 3,538 3,426 5,098 5,141 4,277 5,667

Pengeluaran (Tan Metrik)

21,213 23,061 16,332 15,768 15,064 10,427 16,608

Produktiviti (tan/h) 2.82 6.52 4.77 3.09 2.93 2.44 2.93

Nilai pengeluaran (RM juta)

12.09 15.04 10.65 10.28 9.83 6.80 10.83

Harga (RM/tan) 569.98 652.18 652.16 652.21 652.22 652.15 652.22

Sumber: Perangkaan Agromakanan 2012 dan Perangkaan Agromakanan 2013, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Page 134: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

109

8.2.2 KepentinganKajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan gelagat pengguna di Malaysia terhadap

produk kopi. Dapatan kajian ini akan membantu pengeluar dan pemasar produk kopi merancang

strategi untuk membangunkan produk kopi berasaskan kehendak pengguna. Pengeluar dan

pemasar juga dapat mengenal pasti jenis dan produk kopi yang disukai oleh pengguna di

Malaysia. Penyelidik pula dapat mereka cipta produk kopi mengikut permintaan pasaran.

Manakala, gelagat pengguna terhadap produk kopi perlu diberi perhatian untuk memastikan

produk yang dihasilkan menepati cita rasa pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan

penggunaan kopi per kapita secara tidak langsung. Dapatan kajian lain juga penting bagi

mempromosikan produk kopi. Antara strategi yang boleh dilakukan bagi memajukan aktiviti

pengeluaran kopi termasuklah menumpukan pengeluaran kopi mengikut kluster, iaitu di

kawasan yang berpotensi untuk dimajukan secara komersial mengikut jenis varieti. Contohnya,

penanaman kopi Liberica di kawasan Selangor dan Johor manakala penanaman kopi Robusta

di Kedah, Sabah dan Sarawak.

8.3 MetodoloGiKajian

8.3.1 sampelpopulasiKajian ini menggunakan kaedah survei melibatkan pengguna sebagai responden. Dalam kajian

ini, persampelan mudah digunakan seperti yang disarankan oleh Sudman (1976) dan Hair dll.

(2006) menyatakan responden sebanyak 600 orang adalah mencukupi bagi persampelan mudah

bagi kajian pengguna. Kaedah survei ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan

maklumat dan data. Mengikut Saunders dll. (2003), borang soal selidik terbahagi kepada dua

kategori iaitu pentadbiran sendiri dan pentadbiran temu bual. Kajian ini menggunakan teknik

pentadbiran temu bual yang memerlukan penyelidik bersemuka dengan responden untuk

mendapatkan data kajian. Survei ke atas 604 pengguna di seluruh Malaysia melibatkan enam

negeri seperti dalam Jadual 8.3.

Dalam kajian ini, responden dibahagi kepada dua kumpulan iaitu penggemar dan

bukan penggemar kopi. Pemilihan responden dilakukan secara rawak melalui minat mereka

terhadap kopi. Responden menjawab soal selidik dan menjalankan uji kaji kopi secara suka

rela. Terdapat dua uji kaji kopi yang digunakan terhadap pengguna untuk mencari penggemar

kopi yang sebenar dengan menggunakan uji kaji kopi kawalan dan eksperimen. Pengguna

dikehendaki untuk mencuba rasa tiga jenis kopi bagi menilai aroma, rasa pahit dan keasidan.

Borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu uji kaji terhadap jenis kopi, gelagat

pembelian kopi, persepsi responden dan penggunaan kopi. Responden menjawab soalan

jadual8.3:Taburan responden bagi setiap negeri (N = 604)

Negeri Pengguna

Melaka 91

Johor 65

Penang 103

Sabah 51

Sarawak 25

Lembah Klang 269

Jumlah 604

Sumber: Kajian 2015

Page 135: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

110

dengan menanda jawapan pilihan berdasarkan skala Likert yang terbahagi kepada empat (4)

skala iaitu 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Setuju dan 4 = Sangat Setuju.

Kajian ini menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menganalisis

data yang dikumpul. Data yang diperoleh kemudiannya dipiawaikan untuk mengenal pasti

pecahannya yang dianalisis menggunakan kaedah statistik keperihalan atau deskriptif. Faktor

analisis dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembelian kopi. Analisis

faktor merupakan dua jenis uji kaji analisis yang dijalankan untuk memahami perhubungan

sosioekonomi responden dengan persepsi terhadap jenis kopi, penggunaan dan corak

pembelian produk kopi. Namun begitu, kesesuaian analisis faktor terhadap data kajian diukur

melalui uji kaji Bartlett’s dan Kaiser-Mayer-Olkin (KMO). Sekiranya nilai KMO dan Bartlett’s

melebihi 0.5, maka data kajian ini sesuai untuk dibuat analisis faktor.

Menurut Irwan (2007), kaedah ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan faktor

muatan (factor loading) dan communality. Teknik Analisis Utama dan VARIMAX digunakan

untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian produk kopi. Nilai Eigan

digunakan iaitu mestilah melebihi 1.0 untuk menentukan komponen dalam faktor tersebut.

Faktor muatan dan communality pula ditetapkan pada nilai sekurang-kurangnya 0.50 untuk

memastikan faktor adalah signifikan. Selepas mendapat faktor yang mempengaruhi pembelian

kopi, analisis selanjutnya akan menggunakan software AMOS untuk menentukan kaitan antara

faktor iaitu kaedah Structure Equation Modelling (SEM).

8.4 dapatanKajiandanperbincanGan

8.4.1 profilrespondenKajian mendapati 42.2% pengguna kopi ialah mereka yang berumur melebihi 40 tahun, diikuti

oleh pengguna berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun (33.3%) dan pengguna 31

hingga 40 tahun (24.5%). Kajian ini menunjukkan golongan muda turut menggemari kopi.

Sebanyak 60.2% daripada penggemar kopi adalah yang berpelajaran tinggi di peringkat

universiti dan kolej. Sebanyak 49.4 % penggemar kopi adalah berpendapatan antara RM1,500

hingga RM3,000. Secara purata, 89.7% penggemar kopi membelanjakan RM 100 sebulan

untuk membeli kopi.

8.4.2 pengetahuanterhadapjenisKopiTahap pengetahuan pengguna terhadap jenis-jenis kopi masih rendah. Pengguna diajukan

soalan mengenai pengetahuan mendalam terhadap jenis-jenis kopi yang terdapat didunia.

Hasil kajian mendapati 58.2% daripada responden mengetahui jenis kopi daripada jenis

Arabica, 21.31% tahu jenis kopi daripada Robusta dan 20.49% kopi jenis Liberica (Rajah 8.1).

Peratusan ini dianggap sudah dijangka kerana kopi jenis Liberica kurang dikenali di Malaysia

walaupun banyak di anam di Semananjung Malaysia. Pengguna lebih mengenali kopi Arabica

kerana ia digunakan di kopitiam ternama di negara ini.

8.4.3 persepsipenggunaterhadapKopiPengguna memilih kopi kerana rasanya. 90.76% pengguna mengatakan rasa kopi mempunyai

rasa yang unik (Jadual 8.5). Ini selari dengan kajian luar negara yang dilakukan oleh Mortimer

R. (2011) mengatakan antara faktor utama yang menarik minat pelanggan untuk datang ke

kedai kopi adalah kerana rasanya.

Dalam beberapa kajian lain, jenama seperti Starbuck, San Francisco Coffee dan Gloria Jean

mempengaruhi persepsi pengguna untuk mencuba kopi. Dalam kajian ini juga menunjukkan

Page 136: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

111

jadual8.4: Demografi responden

Demografik (n = 604) Peratusan

Umur21 – 3031 – 40>41

33.324.542.2

Jantina LelakiPerempuan

53.846.2

Tahap pendidikanSekolah rendahSekolah menengahKolej/universiti

3.236.560.2

Status PekerjaanSektor awamSektor swastaBekerja sendiriPelajar

21.749.417.311.6

Pendapatan< RM1500RM1501 – RM3000RM3001 – RM4500RM4501 – RM6000> RM6000

24.526.919.716.112.9

Perbelanjaan kopi< RM100RM101 – RM200>RM201

89.77.82.4

Sumber: Kajian 2015

Sumber: Kajian 2015

rajah8.1: Tahap pengetahuan pengguna terhadap jenis kopi

jadual8.5: Persepsi pengguna terhadap kopi

Keterangan Bil. Responden (N) Ya (%) Tidak(%)

Rasa kopi 604 90.76 9.24

Minat terhadap kopi 604 71.49 28.51

Pembungkusan 604 58.23 41.77

Kandungan nutrisi 604 83.53 16.47

Jenama 604 83.53 16.47

Harga berpatutan 604 83.13 16.87

Sumber: Kajian 2015

jenama kopi memberikan persepsi kepada pengguna untuk mencuba kopi (83.53%). Kafe

kopitiam jenama luar negara membuka cawangan di Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi

persepsi penduduk Malaysia terhadap kopi. Sebanyak 83.53% responden bersetuju bahawa

kandungan nutrisi dapat mempengaruhi mereka minum kopi. Ini membuktikan yang pengguna

terpengaruh dengan khasiat kopi seperti dapat mengurangkan risiko kencing manis, sirosis

hati, kanser rektum, penyakit kardiovascular dan penyakit-penyakit lain (E. Giovannucci 1998).

8.4.4 ujikajiKesedaranjenis-jenisKopiUji kaji kesedaran berdasarkan jenis kopi bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan

pengguna terhadap jenis kopi yang ada di pasaran iaitu kopi Liberica, Arabica dan Robusta.

Uji kaji ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pandangan mereka terhadap aroma,

kepahitan dan keasidan kopi tempatan (Liberica) berbanding dengan kopi import (Robusta

Page 137: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

112

dan Arabica). Uji kaji ini terbahagi kepada dua sesi iaitu uji kaji terhadap penggemar kopi dan

bukan penggemar kopi.

Rajah 8.2 menunjukkan perbandingan antara kumpulan penggemar kopi. Penggemar kopi

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan uji kaji. Responden

dalam kumpulan kawalan diminta merasa semua jenis kopi iaitu Arabica, Robusta dan Liberica,

manakala kumpulan penggemar uji kaji hanya diminta merasa kopi yang diperbuat daripada

Liberica sahaja.

Aktiviti kawalan mendapati penggemar kopi dapat membezakan ciri-ciri kopi. Kopi

Arabica mempunyai aroma wangi diikuti oleh Liberica dan Robusta. Kopi Robusta lebih berasid

(masam) diikuti Liberica dan Arabica. Uji kaji kepahitan mendapati kopi Liberica mempunyai

rasa yang lebih pahit.

Hasil uji kaji pula mendapati, pengguna tidak dapat menbezakan ciri-ciri kopi Arabica, Robusta

dan Liberica. Walaupun kopi yang gunakan adalah Liberica, mereka mengaitkan aroma wangi

dengan Arabica, kemasaman dengan Robusta dan rasa pahit dengan Liberikca.

Rajah 8.3 dapat disimpulkan bahawa persepsi masyarakat mengenai kopi Arabica

mempunyai aroma wangi dan rasa yang sedap. Mereka tidak tahu membezakan jenis-jenis

kopi yang ada. Ini merupakan peluang kepada kerajaan untuk mempromosikan kopi Liberica.

Langkah-langkah mempromosikan kopi Liberica perlu dilakukan bagi menaikkan nama kopi

Liberica kerana pengguna kebanyakannya tidak dapat membezakan kopi Liberica dengan

kopi-kopi jenis yang lain.

8.4.5 MaklumatMengenaiprodukKopiProduk kopi dikenali sebagai produk komersial yang dianggap baru kepada pengguna

di Malaysia sejak terdapat banyak kopitiam berjenama dan menjadi trend masyarakat kini,

pengguna mencari maklumat dari pelbagai saluran media. Pengguna mencari maklumat

mengenai kebaikan dan maklumat mengenai kopi menerusi bahan bacaan seperti buku,

majalah, surat khabar dan brosur (57%), diikuti oleh saluran internet (52%), saluran media

seperti television (32%), rakan-rakan sebaya (26%) dan seminar serta sumber-sumber lain

masing-masing (9%) dan (8%). Saluran media adalah cara terpantas atau cara lain yang boleh

mempengaruhi pengguna untuk mengetahui khasiat dan maklumat mengenai kopi. Oleh itu,

media merupakan komunikasi yang terbaik untuk menghubungkan pengguna dengan produk

kopi yang disediakan.

8.4.6 GelagatpenggunaterhadapKopi

8.4.6.1 KekerapanmeminumkopiHampir 60% pengguna kopi di Malaysia minum kopi hampir setiap hari sama

ada pagi, petang atau malam. Sebahagian besar pengguna (40.5%) masih minum

kopi tetapi dalam frekuensi yang tidak konsisten. Promosi dan aktiviti kesedaran

perlu ditingkatkan untuk meningkatkan pengguna kopi.

8.4.6.2 KehendakterhadapprodukLima jenis produk yang dijual di pasaran telah digunakan bagi menilai persepsi,

penerimaan, penggunaan dan kecenderungan oleh pengguna. Hasil kajian

menunjukkan majoriti responden (70.0%) amat menggemari serbuk kopi, diikuti

dengan kopi uncang (63.9%) dan minuman tersedia minum (55%). Kopi serbuk

menghasilkan aroma dan rasa kopi yang asli tanpa campuran dan kebanyakan

Page 138: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

113

Sumber: Kajian 2015

rajah8.3: Uji kaji kesedaran terhadap bukan penggemar kopi

Sumber: Kajian 2015

rajah8.2: Ujikaji pengetahuan terhadap penggemar kopi

Sumber: Kajian 2015

rajah8.4: Kekerapan mengambil kopi

Page 139: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

114

pengguna menggemari rasa asli kopi. Produk berasaskan kopi paling kurang

digemari kerana mengubah rasa kopi yang asli.

8.4.6.3 pengetahuantentangKebaikanKopiRajah 8.6 menunjukkan kebanyakan pengguna (72.2%) mengetahui tentang

kebaikan kopi dan khasiat yang ada pada kopi. Kesedaran pengguna terhadap

kopi adalah faktor menentukan faktor pendorong pembelian kopi di kalangan

pengguna atau penggemar kopi.

8.4.7 analisisFaktorGabungan daripada beberapa komponen soalan yang dikaji akan membentuk faktor-faktor

(pemboleh ubah) yang boleh dianalisis untuk mencari faktor-faktor yang mempengaruhi

pembeli membeli kopi. Faktor-faktor ini terbentuk daripada gabungan beberapa komponen

yang telah dikemukakan kepada responden. Hubung kait antara beberapa pemboleh ubah ini

dianalisis dan kemudiannya disatukan dan diwakili oleh beberapa faktor dasar. Sebelum AF

Sumber: Kajian 2015

rajah8.5: Bentuk produk kopi yang digemari (%)

rajah8.6: Pengetahuan tentang kebaikan kopi

Page 140: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

115

jadual8.6: Uji kaji Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett

Kaiser-Meyer-Olkin Bartlett’s

.841 1594.73190p = .000

Nota: Uji kaji Bartlett’s tahap signifikan p<0.000 dan Kaiser-Meyer-Olkin ukuran kecukupan persampelan >0.60

jadual8.7. Komponen matriks berdasarkan faktor-faktor bentuk putaran VARIMAX

Pemboleh ubah/Faktor Komponen

1 2 3 4 5

rasa– Kualiti rasa kopi .683

– Rasa kopi sebenar .781

– Harga kopi untuk rasa .478

– Yakin dengan khasiat kopi .648

– Rasa kopi yang sedap .636

persepsi– Pembelian kopi berkualiti beri kepuasan

.603

– Tenangkan fikiran .664

– Kopi setiap hari tiada kesan sampingan .704

– Tingkatkan ingatan, ketajaman minda .673

– Arabika sedap berbanding kopi lain .576

Kebolehcapaian– Menjimatkan duit

.766

– Jimat penggunaan kopi .670

– Pembelian kopi berkesan berbanding produk lain .618

– Pembelian kopi lebih mudah .520

jenaMa– Guna kopi sebagai minuman pengganti .626

– Kopi tawarkan harga sama dengan produk premium .727

– Banyak kedai jual Arabika banding kopi lain .508

Kesihatan– Legakan keletihan mental dan fizikal .749

– Tiada kajian saintifk terhadap kesan kafein .538

– Bantu kekal sihat .668

Jumlah nilai Eigen 5.666 1.890 1.461 1.270 1.065

% Komulatif varian 61.645

Nota: Faktor loading >0.40, nilai eigen >1 dan jumlah variance menerangkan >60 %

(Analysis Factor) dijalankan, uji kaji KMO (The Kaiser-Meyer-Olkin) dan Bartlett’s telah dilakukan

terlebih dahulu bagi menentukan sama ada AF sesuai dijalankan atau tidak. Seandainya nilai

KMO adalah lebih besar daripada 0.5 dan Bartlett’s adalah signifikan (p<0.05), maka data yang

digunakan sesuai dianalisis AF. Dalam kajian ini, keputusan kajian menunjukkan nilai KMO

adalah 0.841, lebih besar daripada 0.5 dan keputusan Bartlett’s adalah signifikan. Ini bermakna

pemboleh ubah- pemboleh ubah ini sesuai dilakukan AF.

Dalam Jadual 8.6, uji kaji Bartlett’s menguji kesamaan varians dengan populasi yang dikaji

dan ia menunjukkan signifikan pada aras keertian p = 0.000. Kesemua varian mencatatkan nilai

Page 141: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

116

Eigan lebih daripada nilai 1.0 dan jumlah terkumpul peratusan komulatif varian iaitu 61.645

melebihi nilai 60 menepati syarat. Melalui ujian ini, maka boleh dilakukan analisis seterusnya

iaitu Faktor Analisis.

Manakala dalam Jadual 8.7 memaparkan pola varimax bagi faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelian. Setelah analisis faktor dibuat, lima faktor utama telah dapat

diekstrak. Kelima-lima faktor ini menerangkan 61.64% varian dalam kajian ini. Faktor

dikategorikan sebagai rasa, persepsi, kebolehcapaian, jenama dan kesihatan. Faktor pertama

yang dilabelkan sebagai rasa diwakili oleh lima item. Dua item yang memberi nilai korelasi

tinggi iaitu kualiti rasa kopi (0.781) dan rasa kopi sebenar (0.683). Berasaskan dapatan ini jelas

menunjukkan pengguna sangat menitikberatkan rasa kopi yang asli dalam minum kopi.

Faktor kedua ialah persepsi menerangkan mengenai persepsi pengguna ketika meminum

kopi. Antara item yang dikategorikan dalam faktor ini ialah persepsi penggunaan kopi setiap

hari tiada kesan sampingan (0.704). Kopi juga dikatakan dapat meningkatkan daya ingatan dan

ketajaman minda (0.664). Ini menunjukkan persepsi yang berbeza-beza pengguna terhadap

penggunaan kopi dalam kehidupan seharian mereka.

Faktor kebolehcapaian merupakan faktor ketiga dan terdapat empat item. Nilai kolerasi

setiap item dalam faktor ini menerangkan penggunaan kopi dapat menjimatkan duit dan

penggunaan kopi masing-masing (0.766) dan (0.67). Item ini menerangkan bahawa penggunaan

kopi dapat memberi penjimatan kepada pengguna kerana kebolehcapaian untuk mendapatkan

kopi menjadi mudah disebabkan penggunaan kopi yang meluas di Malaysia dengan banyak

tempat menawarkan kopi memudahkan pengguna membuat pilihan. Faktor keempat dan

kelima yang dilabelkan jenama dan kesihatan pula mempunyai tiga item masing-masing.

8.4.8 analisisstructuralequationModelling(seM)Struktur pemodelan persamaan (SEM) sebagai satu konsep adalah gabungan teknik statistik

seperti analisis faktor penerokaan dan regresi. Tujuan SEM adalah untuk mengkaji satu set

hubungan antara satu atau lebih Pemboleh ubah Bebas (IV) dan satu atau lebih pemboleh ubah

bersandar (DV) menurut Nokelainen dan Ruohotie (2009).

Jadual 8.8 merupakan ringkasan uji kaji faktor analisis menggunakan software AMOS

untuk Structure Equation Modelling (SEM) untuk faktor analisis kopi bertujuan untuk mengetahui

faktor yang utama niat untuk membeli kopi di kalangan pengguna. Pada permulaan model,

dikenali sebagai model hipotesis (awal). Dalam analisis ini, kesemua nilai yang diuji mestilah

menepati syarat nilai-nilai syarat yang diuji iaitu nilai GFI(≥0.95), AGFI(≥0.9), CFI(≥0.9) dan

RAMSEA(≤0.08). Pada permulaan model hipotesis (awal) nilai GFI = 0.663, AGFI = 0.474, CFI =

0.487 dan RAMSEA = 0.225. Kesemua nilai ini tidak menepati nilai atau syarat yang ditetapkan

kerana kesemua faktor yang dikaji tidak ada hubungan yang secara terus dan mungkin ada

hubungan secara tidak terus antara faktor dengan niat membeli kopi. Selepas itu, model ini

disemak untuk menepati syarat yang ditetapkan. Model semakan dijalankan dengan membuat

beberapa penambahbaikan terhadap hubung kait dengan antara faktor yang diuji sehingga

nilai yang disyaratkan menepati nilai tersebut. Model semakan yang baru mendapati, kesemua

jadual8.8: Ringkasan GFI, AGFI, CFI dan RMSEA Fit hipotesis dan semakan model

Model GFI (≥0.95) AGFI (≥0.9) CFI (≥0.9) RMSEA (≤0.08)

Hipotesis (Awal) 0.663 0.474 0.487 0.225

Semakan (Akhir) 0.996 0.915 0.994 0.073

Key:GFI: Goodness of Fit Index RMSEA: Root Mean Square Error of ApproximationCFI: Comparative Fit Index AGFI: Adjusted Goodness of Fit Index

Page 142: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

117

jadual8.9: Keseragaman nilai regresi bagi hubungan dalam model semakan (revised)

Estimate S.E. C.R. P

Persepsi <--- Rasa .360 .062 5.826 ***

Persepsi <--- Jenama .422 .083 5.100 ***

Niat membeli <--- Kebolehcapaian .343 .075 4.596 ***

Niat membeli <--- Kesihatan .555 .103 5.370 ***

Niat membeli <--- Persepsi .076 .063 1.207 ***

nilai menepati kriteria yang ditetapkan iaitu nilai yang diperoleh seperti GFI = 0.996 iaitu

melebihi syarat GFI((≥0.95), AGFI = 0.915 melebihi AGFI(≥0.9), CFI = 0.994 juga memenuhi

syarat CFI(≥0.9) dan RAMSEA =0.073 memenuhi syarat RMSEA(≤0.08).

Dalam Jadual 8.9, kesemua nilai P adalah signifikan bagi kesemua hubungan antara

faktor yang dikaji. Oleh itu, hubungan antara faktor yang dikaji yang secara langsung adalah

faktor kebolehcapaian, kesihatan dan persepsi terus kepada niat membeli. Manakala faktor

tidak langsung ialah rasa dan jenama kepada persepsi. Rasa dan jenama akan menimbulkan

persepsi untuk membeli kopi.

Dalam menentukan hubung kait antara faktor yang diperoleh, terdapat banyak langkah-

langkah yang digunakan dalam menentukan pengesahan faktor-faktor dan model persamaan

berstruktur. Menurut kajian yang dilakukan oleh McDonald dan Ho (2002), penyelidik perlu

menyediakan maklumat mengenai rujukan yang berkaitan kajian-kajian lepas.

Melalui faktor yang diperoleh, terdapat beberapa bukti kajian yang mengatakan bahawa

setiap faktor mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Jenama kopi mempengaruhi

persepsi pengguna untuk membeli kopi. Ini dinyatakan oleh Harith (2014) dalam kajiannya

mengenai penjenamaan daripada pembungkusan kopi telah diambil kira semasa proses

pembelian. Oleh itu, adalah penting untuk penjenamaan itu sendiri untuk dapat mewujudkan

hubungan emosi (persepsi) dalam minda pengguna semasa gambaran pertama mereka.

Dalam kajian oleh Harith (2014), mendapati bahawa responden bersetuju bahawa jenama

adalah penting bagi produk kopi untuk diterima di pasaran. Jenama antarabangsa seperti

Starbucks dan Coffee Bean berjaya mewujudkan satu trend di kalangan pengguna. Mereka

juga bersetuju bahawa jenama mentakrifkan status pengguna. Dalam senario ini, pengguna

akan mempunyai persepsi bahawa minum kopi berjenama seperti di atas akan menunjukkan

status yang lebih tinggi daripada pengguna.

Ledakan bilangan kafe kopi dirasai di bandar besar seluruh dunia. Menurut Wang

(2011), Starbuck telah beroperasi sebanyak 500 kafe di China pada 2011 dan menyasarkan

untuk membuka sebanyak 1500 kafe di serata China menjelang tahun 2015. Ini merupakan

faktor kebolehcapaian yang mempengaruhi pembelian kopi. Kebolehcapaian bermaksud

kemudahan untuk mendapatkan kopi dengan mudah dalam lingkungan yang boleh dicapai

untuk mendapatkan sesuatu. Kebolehcapaian mendapatkan kopi dapat menarik minat

pengguna untuk membeli kopi sama ada kopi berjenama atau tidak, tetapi kemudahan yang

ada dapat menarik minat pengguna mendapatkan kopi. Kemudahan untuk membeli kopi kini

dipermudahkan dan faktor ini turut menyumbang kepada peningkatan niat untuk membeli

kopi di kalangan pengguna.

Rasa terhadap kopi juga menimbulkan persepsi atau perasaan terhadap kopi. Faktor

persepsi merupakan faktor perantaraan antara niat untuk membeli dengan rasa kopi, melalui

rasa kopi akan menimbulkan persepsi kepada pengguna yang ingin membeli kopi. Kajian oleh

Mortimer R. (2011) menyatakan rasa kopi merupakan tujuan utama pengguna datang ke kedai

menurut kajian yang dijalankan di Costa mengenai keinginan pelanggan terhadap rasa kopi.

Rasa kopi yang berbeza-beza antara Arabica, Liberica dan Robusta merupakan faktor asas

Page 143: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

118

niat pembelian kopi bagi pengguna. Dalam kajian lepas, menurut kajian Leonardo dan Ferrer

(2011),Arabica mempunyai rasa yang wangi, manis, kurang berasid dengan kandungan kafein

rendah kira-kira 0.9% dan 1.7%. Kopi Robusta pula mempunyai rasa yang lebih kuat dan

sering dicampur dengan kopi yang lain dan mengandungi kandungan kafein mempunyai

nisbah antara 1.6% dan 2.8%.

Faktor kesihatan juga merupakan faktor utama niat pembelian kopi di kalangan pengguna.

Kebanyakkan pengguna membeli kopi berikutan beberapa kajian yang menyatakan kopi dapat

mengubati penyakit tertentu. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa kopi boleh membantu

mencegah penyakit seperti strok dan kanser, mengurangkan risiko Parkinson dan demensia

serta meningkatkan tumpuan dan ingatan (Candy Sagon 2013).

Rajah 8.7 menunjukkan gambaran kaitan antara faktor yang boleh dikaitkan dengan

faktor pembelian kopi di kalangan pengguna. Faktor utama atau secara lansung ialah faktor

kebolehcapaian untuk mendapatkan kopi, faktor persepsi pengguna terhadap kopi dan faktor

kesihatan. Faktor kebolehcapaian merupakan faktor utama pengguna untuk membeli kopi. Ini

kerana kebolehcapaian untuk membeli kopi membolehkan pengguna untuk membeli kopi dan

mendapatkan kopi yang diingini. Ini bermaksud, kebolehcapai untuk mendapatkan barangan

kopi seperti kemudahan untuk membeli kopi dan kedai atau tempat untuk membeli kopi maka,

timbullah niat untuk membeli kopi jika faktor kebolehcapaian untuk mendapatkan kopi itu

dipenuhi. Manakala faktor jenama dan faktor rasa merupakan faktor secara tidak langsung

dengan faktor persepsi untuk mendapatkan kopi. Ini bermaksud faktor jenama merupakan faktor

utama timbulnya persepsi untuk membeli kopi. Apabila persepsi untuk membeli kopi timbul,

maka faktor persepsi pengguna membeli atau mendapatkan kopi. Manakala faktor rasa kopi

pula akan menimbulkan persepsi pengguna untuk membeli kopi. Kesihatan juga merupakan

faktor utama niat pembelian kopi. Pengguna mempunyai alasan kesihatan tersendiri dan ini

mendorong kepada niat pembelian kopi dikalangan pengguna.

8.5 sarananTanaman kopi penting kepada negara kerana kopi yang ditambah nilai merupakan minuman yang

berprestij abad ini dan mendapat permintaan yang tinggi. Permintaan kepada produk kopi dijangka

akan terus meningkat baik di dalam negara mahupun di luar negara. Justeru, ia merupakan peluang

perniagaan yang penting bagi Malaysia. Tambahan pula, pertambahan permintaan daripada pengguna

domestik dan antarabangsa ini akan mendorong pembangunan industri pemprosesan kopi dan wujudnya

perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam penghasilan produk kopi yang lebih banyak, khususnya

Rasa

tidak langsung Persepsi

Jenama

Kebolehcapaian Niat Membeli

Kesihatan

rajah8.7: Kaitan antara faktor niat pembelian kopi (path analisis)

Page 144: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

119

kopi pracampuran. Secara tidak langsung, ia meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan

rakyat Malaysia.

Kajian lebih mendalam dari aspek produk kopi dari jenis Liberica adalah penting. Ini kerana

kebanyakan pengguna tidak terdedah kepada jenis kopi Liberica yand banyak ditanam dan dikeluarkan

di Malaysia. Dengan pendedahan-pendedahan jenis kopi Liberica yang ada, ia dapat menarik minat

pengguna penggemar kopi yang selama ini hanya mengetahui jenis kopi import. Dalam kajian ini, uji

kaji yang dijalankan terbukti jenis kopi Liberica mempunyai rasa dan aroma yang setanding dengan

kopi import yang terdapat di Malaysia. Kurang pendedahan terhadap kopi jenis Liberica menyebabkan

penggemar kopi tidak mengetahui jenis Liberica. Ini penting untuk memastikan kopi Liberica setanding

dengan kopi import dan boleh bersaing serta boleh menjadikan kopi Liberica sebagai niche market

di Malaysia.

Selain itu, dalam kajian ini mendapati kumpulan penggemar dan bukan penggemar kopi didapati

tidak dapat membezakan jenis kopi apabila siap diproses. Keadaan ini membolehkan penggantian

kopi Liberica dengan kopi import lain boleh dilakukan dengan berkesan. Bagi tujuan ini, kopi Liberica

boleh dilakukan penjenamaan semula bagi memastikan kopi Liberica boleh digunakan secara meluas

di Malaysia.

Sokongan kerajaan melalui promosi yang agresif adalah penting untuk menggalakkan pengguna

mengetahui lebih mendalam kopi jenis Liberica. Seperti yang ditunjukkan dalam hasil kajian,

pengetahuan dan gambaran tentang gelagat pasaran bagi kopi terutama Liberica adalah penting dan

mempunyai impak positif dalam menggalakkan penggunaan kopi Liberica di Malaysia. Pendedahan

ini turut dapat dilakukan melaui festival-festival pertanian seperti Malaysia Agriculture, Horticulture,

Agrotourism (MAHA), Agrobazaar dan sebagainya. Pameran-pameran ini adalah sesuai dilakukan

dengan lebih kerap dan difokuskan ke kawasan-kawasan yang lebih spesifik. Industri kopi bernilai tinggi

dan berpotensi dibangunkan sebagai sumber pendapatan petani dan ekonomi negara.

Selain itu, saranan yang berikut boleh dilakukan untuk memantapkan industri kopi:

Pelan tindakan segera perlu diambil bagi membangunkan kembali industri kopi di Malaysia.

Teknologi berkaitan pengeluaran dan pembangunan produk baru perlu ditingkatkan agar pengukuhan

pengeluaran dan perdagangan kopi dapat dilaksanakan.

Pengguna muda berminat untuk bereksperimen dengan campuran kopi dan rasa, dan komited untuk

isu-isu sosial. Ini menawarkan peluang untuk syarikat-syarikat kopi mampan untuk berhubung dengan

mereka sekarang, dan menjaga mereka sebagai pelanggan di masa hadapan.

Pengguna sanggup untuk bereksperimen dalam kategori kopi pilihan mereka dan terbuka untuk cuba

inovasi baru, rasa yang lebih eksotik, atau versi sedia untuk minuman jenama kegemaran mereka.

8.6 ruMusanPersepsi dan gelagat pengguna yang diperoleh dalam kajian ini wajar dijadikan sandaran dalam

membangunkan industri yang mampan dan perkasa sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadikan

industri ini sebagai penyumbang utama pendapatan eksport negara.

Kajian ini mendapati kumpulan umur 21 – 40 adalah kumpulan penting sasaran pemasar kopi.

Oleh itu, strategi pemasaran perlu mementingkan golongan ini bahawa jenis kopi Liberica mempunyai

aroma dan rasa yang setanding dengan kopi import lain dan diperluaskan ke semua golongan umur

bahawa manfaat kopi adalah lebih. Bagi pengusaha dan pemasar pula mereka boleh memikirkan

alternatif produk berasaskan kopi iaitu minuman tersedia dan makanan berasaskan kopi.

Pengusaha dan pemasar haruslah mementingkan faktor yang boleh mempengaruhi pengguna

supaya objektif strategi pemasaran tercapai. Pengguna mementingkan kopi dalam bentuk serbuk dan

uncang serta kopi 3 dalam 1 dalam kehidupan seharian mereka. Pengguna mementingkan rasa kopi

yang asli dalam pemilihan kopi. Faktor niat membeli kopi terdiri daripada tiga faktor yang utama atau

Page 145: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

120

faktor berkadar terus iaitu persepsi, kebolehcapaian dan kesihatan. Kesemua faktor ini meningkatkan

keinginan niat untuk membeli kopi. Namun, faktor rasa dan jenama pula merupakan faktor berkadar

tidak terus dengan niat untuk membeli. Ia dijana oleh faktor persepsi pengguna. Ini kerana, jenama

dan rasa kopi akan membangkitkan atau akan menaikkan persepsi pengguna untuk membeli kopi dan

merupakan faktor berkadar langsung dengan persepsi pengguna. Faktor niat untuk membeli kopi di

kalangan pengguna boleh digunakan sebagai penanda aras untuk memasarkan dan meningkatkan

pengeluaran kopi di Malaysia terutamanya kopi Liberica. Pengguna mementingkan faktor tersebut

dengan niat untuk membeli kopi.

8.7 rujuKanGiovannucci, E. (1998). Meta-analysis of coffee consumption and Risk of colorectal cancer. American Journal of

Epidemiology Vol. 147(11) 1043 – 1052

Candy, S. (2013). Caffeine for your health — too good to be true?. Diperoleh pada 30 Oktober 2013 dari http://

www.aarp.org/health/healthy-living/info-10-2013/coffee-for-health.html

Harith, Z.T., Ting, C.H. dan Zakaria, N.N.A (2014). Coffee packaging: consumer perception on appearance,

branding and pricing.International Food Research Journal 21(3): 849 – 853

Irwan, M.S., Nursilah, A., Abdul Manan, I. dan Azman, A.R. (2007). Penggunaan masalah dalam pembelajaran

subjek Usul Fiqh: satu kajian di Universiti Sains Islam Malaysia. Journal Syariah 15(1): 95 – 114

Leonardo, V.O. dan Dahlia, F.(2011). Nuts and beans about coffee: an intro to Arabica vs Robusta and

international species

Mortimer, R. (2011). Costa coffee comes with shot of customer insight (cover story). Marketing Week Vol. 34(40):

18 – 23

Mintel Group Ltd. (2012). Coffee – US October 2012 Coffee in the United States-Sustainability Trends

McDonald, R.P. dan Ho, M.R. (2002). Principles and practice in reporting structural equation analyses. Psychological

Methods 7: 64 – 82

Nokelainen, P. dan Ruohotie, P. (2009). Non-linear modeling of growth prerequisites in a Finnish Polytechnic

Institution of Higher Education. Journal of Workplace Learning 21(1): 36 – 57

Sudman, S. (1976). Aplied Sampling. New York: Academic Press

Starbucks (2011). Starbucks celebrates its 500th store opening in mainland China. Diperoleh pada 27 November

2015 dari http://news.starbucks.com/article_print.cfm?article_id=580>

Wang, H. (2011) Coffee market in China: land of opportunity or fantasy? Tea and Coffee Trade Journal 183(7):

30 – 33

Page 146: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

121

KAJIAN PENANDAARASAN DAN MEMPROSPEK TEKNOLOGI

PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI NEGARA

Page 147: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

122

Page 148: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

123

9.0 KAJIAN PENANDAARASAN TEKNOLOGI PERTANIAN TERPILIH: INDUSTRI PEMPROSESAN SARANG BURUNG WALIT

9.1 PENDAHULUANIndustri pemerosesan sarang burung walit mentah (raw edible unclean edible bird nest) merupakan

aktiviti penting dalam rantaian pengeluaran sarang burung walit. Isu-isu berkaitan eskport seperti

pencemaran, jaminan kebersihan, masalah buruh dan kawalan produk tiruan merupakan isu utama

yang sering tertumpu di peringkat ini. Malaysia pernah berdepan dengan penggantungan eksport sarang

burung walit ke China yang berpunca daripada pencemaran nitrat dan penghasilan sarang burung

walit tiruan di kalangan pedagang dan pemproses. Terdapat segelintir pengusaha yang menjalankan

proses pembersihan yang tidak menepati kaedah peraturan pemprosesan makanan yang sewajarnya.

Di samping itu terdapat usaha-usaha sesetengah pihak untuk mendapatkan keuntungan segera dengan

melambakkan pasaran di China dengan produk tiruan. Industri yang selama ini berkembang dengan

dipacu oleh pengusaha telah berjaya mengorak langkah kedepan dan meletakkan produk sarang burung

walit negara antara yang terbaik di pasaran. Namun, oleh kerana pertumbuhan permintaan dan tarikan

keuntungan tinggi maka cabaran mula muncul seperti sekatan eksport. Situasi ini memerlukan campur

tangan sewajarnya oleh kerajaan.

Malaysia merupakan negara pengeksport ketiga penting bagi pasaran sarang burung walit global.

Disebabkan peningkatan sumbangan ekonomi yang makin meningkat dan penglibatan di peringkat

pengusaha semakin ramai, maka industri perlu dikawal selia disemua peringkat. Kerajaan melihat

kewajarannya berasaskan nilai ekonomi dan potensi industri, maka pelbagai landasan sokongan telah

diusahakan bagi membangunkan industri dengan lebih mampan. Kerajaan, melalui agensi terbabit

menyedari sarang burung walit yang telah diklasifikasikan sebagai produk terproses tertakluk kepada

pematuhan jaminan keselamatan dan kebersihan makanan. Ini bagi menjamin keselamatan pengguna

dalam memenuhi syarat-syarat eksport di peringkat global.

Teknik pemprosesan sarang burung walit di loji-loji pemprosesan bukanlah satu teknik yang

kompleks. Namun langkah pengurusan dan kawalan risiko pencemaran dan kebersihan adalah aktiviti

yang penting dan kritikal. Langkah pengawalan risiko mampu mengelakkan sumber pencemaran

berpunca daripada persekitaran kerja, kelalaian manusia dan pekerja, dan ketidaksesuaian alat serta

teknik yang digunakan.

Dalam bertindak balas ke atas pergantungan import oleh kerajaan China, kerajaan Malaysia,

melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil langkah membangunkan

piawaian protokol pemprosesan . Agensi terbabit seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah

menyelaraskan keperluan pematuhan prosedur pengeluaran produk yang sistematik di peringkat loji.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan serta pengusaha telah berkerja sama

membangunkan satu piawaian aktiviti pemprosesan di loji yang dapat memenuhi ciri-ciri jaminan

makanan yang selamat serta peralatan dan infrastruktur yang diperlukan.

Sehingga 2015, terdapat sejumlah 276 loji pemproses telah berdaftar dengan pihak DVS, walau

bagaimanapun kurang daripada 10% loji pemprosesan berkenaan yang telah mendapatkan kebenaran

eksport daripada pihak berkuasa China. Kecekapan dan tahap teknologi loji-loji yang berdaftar dengan

DVS merupakan aspek yang kritikal dalam menjamin kedudukan industri pada masa depan. Oleh

itu, status dan kedudukan aplikasi dan isu berkaitan loji pemprosesan ini amat penting dinilai bagi

menentukan kedudukan keupayaan mereka dalam menjamin kelestarian industri. Sehingga kini tiada

penilaian yang dibuat ke atas industri ini. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai status teknologi loji

Page 149: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

124

pemproses sarang burung walit dan menilai isu dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Ia dijangka

dapat memberi gambaran situasi industri dan membantu dalam mengorak langkah perancangan masa

depan industri.

9.2 LATAR BELAKANGSemenjak lonjakan pembangunan industri sarang burung walit diawal tahun 2000, industri telah

mencapai tahap terbaik berdasarkan nilai harga pasaran yang diterima, di mana harga sekilogram sarang

burung walit mentah pernah mencapai harga tertinggi di peringkat ladang iaitu RM4,000. Di pasaran

eksport China harga bagi sekilogram sarang burung walit mampu mencapai RM25,000. Oleh itu, dalam

tahun 2009 nilai eksport sarang burung walit Malaysia telah mencecah RM500 juta. Kesan daripada

impak ekonomi yang begitu tinggi maka kerajaan memilih komoditi ini sebagai antara komoditi utama

bawah program pembangunan Industri Pertanian Bernilai Tinggi bawah bidang keberhasilan baru

ekonomi (NKEA) bawah kerangka transformasi ekonomi negara.

Sehingga tahun 2014, sejumlah 2,516 premis sarang burung walit di seluruh negara telah

didaftarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Jumlah premis yang berdaftar ini meningkat dengan

kadar purata 75.7% setahun dari tahun 2009 dan ketika itu hanya 146 premis loji pemprosesan sahaja

yang berdaftar.

Hasil pengeluaran sarang burung walit mentah bersih berkembang pada kadar 47.9% setahun

iaitu daripada 4.37 mt pada tahun 2004 kepada 20.56 mt pada tahun 2010. Ini menunjukkan beberapa

langkah dan polisi kerajaan untuk membangunkan industri ini telah membuahkan hasil yang amat

memberangsangkan. Ini ditambah dengan sokongan pasaran yang kukuh.

Pembangunan industri amat tertakluk kepada empat pemain utama industri. Pemain utama berkenaan

ialah pengusaha ladang burung walit, pusat pengumpulan atau peraih, loji pemproses dan pengeksport atau

pedagang. Isu-isu sekatan eksport dan kawalan sistem pengeluaran secara langsung membabitkan keempat

pemain industri ini. Usaha kawal selia dan pengurusan jaminan sumber dan kebersihan pengeluaran produk

memerlukan kerjasama kukuh di kalangan pemain industri dan jabatan kerajaan.

Kawalan ke atas kaedah pengeluaran atau pemprosesan yang terjamin memerlukan satu sistem

atau protokol pengeluaran yang piawai. Di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian

Kesihatan telah menyelia keperluan protokol pemprosesan industri. Sistem protokol pemprosesan

sarang burung walit telah dibangunkan oleh pihak berkenaan seperti dalam Rajah 9.1. Carta alir kerja

atau struktur pemprosesan yang piawai dapat membantu pengusaha menjalankan aktivti pemprosesan

dengan lebih baik dan terjamin. Sistem kawalan pengeluaran yang teratur mampu mengelak risiko

pencemaran dan jaminan produk yang bersih dan sumber yang boleh dipercayai .

Rajah 9.1: Langkah pemprosesan sarang burung walit

Page 150: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

125

9.2.1 Tanda ArasKonsep-konsep penilaian tanda aras kini telah menjadi satu trend dalam bidang pengurusan

teknologi. Penilaian tanda aras teknologi adalah penting dalam usaha penambahbaikan dan

menguruskan persaingan dalam semua aktiviti ekonomi. Robert Camp adalah antara pelopor

dalam memperkenalkan konsep ini. Menurutnya tanda aras adalah ‘pencarian amalan terbaik

yang akan memacu kepada prestasi superior’ (Camp 1989). Bergman dan Klefsjo (1994)

mendefinisikan tanda aras sebagai satu struktur disiplin untuk menilai sesuatu tahap kecekapan

sesuatu proses bagi mencari peluang penambahbaikan. Menurut pengkaji-pengkaji pengurusan

di Jepun konsep tanda aras teknologi disebut dantotsu yang dimaksudkan sebagai ‘usaha ke

arah menjadi terbaik antara yang terbaik’. Konsep-konsep awal kaizen atau penambahbaikan

berterusan merupakan satu kesinambungan kepada usaha penilaian status semasa teknologi

atau proses di masa lalu. Ia merupakan sebahagian keperluan kepada penanda aras.

Secara umumnya dan penilaian secara semula jadi tanda aras teknologi ini bolehlah

diistilahkan sebagai mekanisme bagi membandingkan tahap amalan teknik, sistem atau

proses yang dijalankan oleh sesebuah syarikat dengan syarikat lain. Melalui hasil penilaian

ini, syarikat atau pengusaha boleh mengenal pasti kedudukan syarikatnya dan mencari jalan

untuk menambah baik kedudukan syarikat dalam mencapai prestasi terbaik. Dalam banyak

keadaan pengurusan teknologi terdapat piawaian umum aras teknologi yang boleh digunakan

bagi tujuan penilaian yang hendak dibuat. Indeks-indeks boleh dibangunkan melalui piawaian

tersebut. Indeks-indeks ini merangkumi petunjuk ekonomi, sosial termasuklah antaranya

produktiviti dan kecekapan teknologi.

9.3 METODOLOGI KAJIANAsas kepada mekansime pengukuran kajian ini adalah menggunakan konsep logik kabur (fuzzy logic)

yang telah diperkenalkan oleh Kale dan Karaman (2011). Logik kabur ini merupakan program matematik

bagi membangunkan petunjuk-petunjuk wajar ke atas subjek yang diukur. Definisi dan wajaran ke atas

petunjuk ini dibangunkan berasaskan teknik atau amalan yang ditetapkan dalam sesuatu bidang yang

dikaji. Ia diperoleh dan ditentukan oleh pakar atau berasaskan manual yang telah dibangunkan.

Bagi kajian ini kaedah yang telah dibangunkan oleh Krajnc (2007) melalui kajiannya ke atas industri

gula telah diadaptasikan. Secara umumnya kajian berkenaan menggunakan konsep logik kabur bagi

menilai amalan terbaik yang digunakan oleh pengusaha gula dan beliau telah mewujudkan aras petunjuk

teknologi melalui wajaran ke atas setiap proses yang digunakan. Tiga tanda aras umum digunakan

iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Indeks 1 menunjukkan pengamalan teknologi yang lengkap dan 0

melambangkan tahap pengamalan tidak dilaksanakan.

Bagi kajian ini data sekunder dan primer telah digunakan. Data primer dikutip melalui survei.

Borang survei dibangunkan melalui kerjasama dengan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan

Veterinar (DVS). Sebanyalk 60 loji pemprosesan telah dipilih berdasarkan senarai loji yang berdaftar

dengan DVS. Pemilihan sampel adalah secara persampelan mudah daripada kesemua negeri di

Semenanjung Malaysia sahaja.

9.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINcANGANSebanyak sembilan petunjuk tanda aras teknologi yang digunakan dalam kajian ini. Ia berpandukan

kepada prosedur proses pembersihan sarang burung walit yang dibangunkan oleh DVS. Jadual 9.1

menunjukkan sembilan petunjuk berkenaan.

Page 151: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

126

Jadual 9.1: Kluster komponen aras teknologi yang dinilai

No. Perkara Komponen indek1 Akreditasi Sembilan bentuk pensijilan dan standard (HALAL,

VHM, GVHP, HACCP,GMP, Mesti, 1Malaysia Best, ISO dan CNCA)

2 Amalan teknik pengendalian sarang burung belum diproses

Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

3 Amalan dan teknik pengendalian sarang burung yang telah diproses

Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

4 Amalan dan teknik merendam Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

5 Amalan dan teknik pembersihan EBN Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

6 Amalan dan teknik pengeringan Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

7 Amalan dan teknik pembungkusan Infrastruktur dan peralatan dan sistem pengendalian yang digunakan

8 Pengurusan kesihatan pekerja Latihan kemahiran, peralatan dan pengurusan jaminan kebersihan

9 Amalan pengurusan teknologi umum Pengurusan persekitaran loji

9.4.1 Tahap Aras Teknologi Loji PemprosesanBerdasarkan wajaran yang diberi mengikut komponen yang ditetapkan maka kedudukan aras

teknologi keseluruhan loji di Malaysia adalah seperti dalam Rajah 9.2.

Komponen amalan teknologi yang mencapai aras tertinggi adalah Pengurusan

Pengendalian Pekerja. Penilaian yang dibuat adalah berasaskan keperluan kelengkapan dan

amalan yang digunakan oleh pekerja semasa menjalankan operasi di loji. Purata aras bagi

komponen ini ialah 0.64 iaitu berada pada aras tinggi.

Ini diikuti oleh komponen amalan pengurusan teknologi umum juga berada pada aras

0.6 dan diikuti antara komponen kritikal iaitu pembersihan atau picking 0.54. Kesemua

komponen ini biasanya dijalankan secara manual dan memerlukan teknik yang mudah, namun

amalan prosedur kerja perlu teratur bagi mengelak risiko pencemaran. Komponen amalan

teknologi terendah ialah akreditasi atau pensijilan yang berada pada aras 0.34. Kebanyakan

loji pemprosesan tidak bersedia untuk mendapatkan pensijilan kerana faktor dan kerumitan

proses yang perlu dilalui. Ini menyebabkan ia berada pada aras terendah.

Rajah 9.2: Kedudukan aras teknologi bagi sembilan kluster

Page 152: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

127

9.4.2 Kedudukan Aras Teknologi PengusahaRajah 9.3 menunjukkan taburan kedudukan kesemua loji pemprosesan yang dinilai secara

keseluruhan. Kesembilan indeks wajaran telah digabungkan dan purata kesembilan kluster

teknologi bagi setiap loji telah dikira dan mendapati kebanyakan loji pemprosesan berada

pada aras teknologi sederhana. Terdapat lima pengusaha yang berada pada aras rendah iaitu

bawah 0.3. Namun sejumlah enam pengusaha mampu mencapai tahap aras teknologi tinggi

melebihi 0.6.

Rajah 9.3: Kedudukan teknologi keseluruhan loji pemproses SBW

Secara keseluruhan, Jadual 9.2 menunjukkan 35.7% pengusaha berada pada aras melebihi

0.5 iaitu berada pada aras tinggi, manakala 40.5% berada pada aras teknologi sederhana dan

terdapat 23.8% berada pada aras rendah.

Jadual 9.2: Ringkasan kedudukan aras teknologi loji pemproses sarang burung walit

Indeks aras Indeks logik kabur Jumlah firma dan peratusan (%)Tinggi >0.5 15 (35.7)Sederhana 0.4 – 0.5 17(40.5)Rendah <0.4 10(23.8)

9.4.3 Isu dan Masalah Industri PemprosesanIsu utama yang dihadapi oleh pengusaha adalah kos operasi yang semakin meningkat. Kos-

kos ini membabitkan kos buruh yang sentiasa meningkat akibat persaingan mendapatkan

buruh. Industri pemprosesan sarang burung walit adalah industri berintensif buruh, maka

pergantungan kepada buruh amat kritikal. Kerja-kerja manual perlu dbuat oleh tenaga buruh

mahir. Ini bagi memastikan risiko pencemaran dapat dielakkan. Kerumitan kaedah kerja

menyebabkan pekerja kerap berhenti dan bagi mengekalkan pekerja maka pengusaha terpaksa

bersaing untuk memberikan gaji yang lebih baik berbanding dengan subsektor lain.

Page 153: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

128

Rajah 9.4: Kedudukan masalah yang dihadapi loji pemproses SBW

Masalah kedua yang kini merupakan fenomena yang menjejaskan industri ini adalah harga pasaran

produk yang tidak stabil. Keadaan ini amat kritikal dan pengusaha secara umumnya terpaksa berdepan

dengan pesaing dari Indonesia dan Thailand yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah. Isu-

isu lain yang berkaitan dengan industri sering berkait rapat dengan keupayaan industri untuk terus kekal

berdepan dengan isu pasaran dan buruh. Isu sekatan pasaran menyebabkan kejatuhan harga ke paras

tidak ekonomik dan meningkatkan stok bekalan.

9.5 SARANANKajian yang dijalankan ini memberi dua fokus utama iaitu status aras teknologi loji pemproses dan isu

yang dihadapi oleh pengusaha loji pemproses.

1. Penemuan kajian mendapati 35.7% loji pemproses beroperasi pada aras teknologi yang tinggi

berasaskan purata sembilan komponen teknologi yang dibangunkan dalam kajian ini. Penilaian

mendalam ke atas komponen berkenaan didapati empat komponen teknologi berada pada aras

di atas 0.5 iaitu pengurusan produk sarang burung walit belum diproses (raw unclean edible bird

nest), pengendalian pekerja, kendalian proses pembersihan (picking) dan pengurusan teknologi

umum. Keempat-empat kluster ini dianggarkan mampu mencapai tahap berkenaan kerana

ia memerlukan kemahiran pada tahap rendah atau semi skill level dan kos infrastruktur yang

diperlukan agak rendah berbanding dengan komponen lain.

Indeks wajaran yang terendah adalah akreditasi. Ia meliputi sembilan komponen wajaran

pensijilan. Hampir kesemua wajaran komponen akreditasi ini amat kritikal, namun ia memerlukan

satu usaha komprehensif dan kos serta tahap teknikal yang tinggi, maka ia menjadi antara faktor

yang menyebabkan kebanyakan pengusaha kurang bersedia untuk memohon mendapatkan

pensijilan atau akreditasi.

Bagi sesebuah industri makanan seperti sarang burung walit, isu persijilan amat penting.

Oleh itu, perlu ada usaha di peringkat pusat untuk membantu dan mempermudahkan pengusaha

bagi memohon dan mendapatkan pensijilan berkenaan. Malaysia yang sememangnya berada pada

landasan yang kukuh dalam usaha membangunkan peraturan dan pensijilan perlu meneruskan

usaha membantu pengusaha loji bagi mendapatkan pensijilan terutama yang diiktiraf di peringkat

antarabangsa.

2. Industri yang telah berjalan melebihi lima ratus tahun ini mampu meneruskan kemampanannya.

Namun isu pasaran dan harga menyebabkan pengusaha loji terpaksa berdepan dengan keupayaan

menanggung kos yang semakin meningkat. Kos yang paling tinggi adalah kos buruh. Ini merupakan

masalah utama yang dibangkitkan dalam kajian ini diikuti oleh isu pasaran dan kestabilan harga.

Page 154: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

129

Kesemua isu ini mempunyai hubung kait dan mampu menjejaskan industri dan usaha kerajaan.

Maka usaha pengembangan dan penerokaan pasaran serta mencari alternatif ke arah automasi

dalam proses pembersihan perlu dilakukan demi menjamin kelestarian industri sarang burung

walit negara.

9.6 RUMUSANSeperti mana yang dikenal pasti berdasarkan sembilan indeks aras teknologi pemprosesan sarang burung

walit, aras teknologi terendah yang dicapai oleh pengusaha adalah akreditasi dan teknik pembungkusan.

Kedua-dua kluster teknologi ini adalah komponen yang terpenting di peringkat pemasaran produk.

Namun ia agak sukar dan memerlukan kos dan keperluan teknikal yang tinggi untuk dicapai. Walau

bagaimanapun, pengguna dan peruncit amat mementingkan kedua-dua aspek berkenaan, iaitu jaminan

keselamatan produk berasaskan persijilan yang diiktiraf serta imej bentuk dan kekemasan pembungkusan.

Akreditasi melambangkan jaminan piawai yang boleh meyakinkan penggguna terutamanya

produk makanan, manakala imej pembungkusan memberi imej mutu dan nilai eksklusif. Oleh itu,

dalam usaha menjayakan matlamat kerajaan bagi membangunkan industri ini, dua komponen ini perlu

diberi perhatian wajar di semua peringkat pemain industri dan pihak kerajaan. Usaha mempromosi dan

menyediakan inisiatif adalah penting untuk memperkukuhkan pengusaha bagi membina keupayaan

teknologi pembungkusan dan keupayaan memperoleh persijilan. Usaha wajar dijadikan langkah

berterusan.

Langkah menambah baik sistem pengurusan akreditasi dan memudahcarakan proses pensijilan

adalah isu penting yang perlu dilaksanakan, antaranya penghasilan teknik dan sistem yang terkini dan

kos yang berpatutan. Ini dapat menjamin kebanyakan pengusaha akan lebih mudah untuk dipersijilkan.

Negara mampu untuk bersaing dalam industri ini di peringkat global memandangkan produk negara

adalah antara yang sering mendapat tempat di pasaran China. Sokongan dan kerjasama semua pihak

adalah antara usaha yang perlu terus digarap.

9.7 RUJUKANAnon. (2010). Dasar Agro Makanan Negara (2010 – 2020). Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya

Bergman. B. dan Klefsjë (1994). Statistic and TQM in Industrial continuing education, Int. Journal Continuing

Engineering Education Vol. 4 (1): 114

Camp. C.R. (1989). Benchmarking: The search for industry best practices that lead to superior performance 1st

Edition, New York: ASQC Press

Crankbrook, E.O. (1984). Report on the bird’s nest industry in the Baram District and at Niah, Sarawak. Sarawak

Mus. Jour. 33(54): 145 – 175

Kale, S. dan Karaman, E.A. (2011). A fuzzy logic model for benchmarking the knowledge management of

construction firms. Can. J. Civ. Eng. 38: 464 – 475

Krajnc, D. dan Glavic, P. (2007). fuzzy logic model for the performance benchmarking of sugar plants by considering

best available techniques. Proceedings of 17th European Symposium on Computer Aided Process Engineering

– ESCAPE 17

Lim, C.K. dan Crankbrook, E.O. (2002). Swiftlets of Borneo: builders of edible nest. Kota Kinabalu: Natural History

Publications (Borneo)

Page 155: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 156: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

131

10.0 KAJIANSTRATEGIPENYELIDIKANDANPEMBANGUNANDALAMINDUSTRIMAKANANDANPERTANIAN:PROSPEKKOPI

10.1 PENDAhULUANIndustri makanan dan pertanian berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Strategi untuk

mencergaskan semula dan memajukan pengeluaran makanan pertanian yang dapat menjana nilai

ditambah yang tinggi memerlukan pemodenan sektor ini. Faktor utama yang menentukan kejayaan

sesuatu aktiviti pertanian dan industri makanan ialah produktiviti, keberkesanan kos dan keupayaan

mendapat pasaran. Oleh itu, antara perancangan bagi merealisasikan potensinya adalah dengan

memodenkan dan mentransformasikan sektor pengeluaran makanan pertanian sebagai satu entiti yang

dinamik dan berdaya saing. Industri kopi mempunyai permintaan yang tinggi dalam abad ini, namun

pengeluarannya masih terhad dan kebergantungan kepada bekalan negara luar masih tinggi. Justeru,

kajian bagi mengenal pasti hala tuju, pendekatan dan polisi yang lebih kukuh dan inklusif dilakukan

bagi meningkatkan pengeluaran pertanian dan makanan negara.

10.2 LATARBELAKANGTanaman kopi merupakan sejenis tumbuhan daripada keluargaRubiaceaedan genusCoffeayang

buahnya diproses untuk dijadikan minuman (Auni dan Khairol 1988; Ghawas dan Rubiah 1991).

Iadiperkenalkan di Malaysia pada tahun 1779 apabila varieti Arabika yang berasal dari kawasan

tropika di benua Afrika dibawa masuk. Namun begitu, pertumbuhan tanaman kopi Arabica kurang

menggalakkan kerana memerlukan suhu yang sederhana sejuk (15 – 22 °C) dan keadaan lembap-dingin

untuk pertumbuhan yang baik. Arabica hanya sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi antara 1000 – 2000

m dari aras laut. Keluasan kawasan tanah tinggi yang terbatas di Malaysia menjadikan tanamannya

terhad dan tertumpu di Cameron Highlands sahaja. Ekoran itu, tanaman kopi daripada varieti Liberica

mula diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Kopi varieti ini lebih tahan kepada suhu yang

tinggi dan keadaan panas serta kemarau di Malaysia. Suhu optimumnya ialah 18 – 28 °C. Pada masa

ini tanaman kopi banyak diusahakan secara tanaman tunggal atau tanaman selingandi kawasan-

kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Secara umumnya, terdapat empat varieti kopi yang diusahakan dan didagangkan secara komersial

iaitu kopi Arabica, Robusta, Liberica dan Excelsa. Menurut laporan Food and Agriculture Organization

(FAO), hampir 70% tanaman kopi yang ditanam dan didagangkan di pasaran dunia adalah daripada

varieti kopi Arabica, diikuti oleh varieti kopi Robusta (28%) dan bakinya (2%) adalah daripada varieti

kopi Liberica dan Excelsa. Di Malaysia, hanya terdapat dua varieti kopi yang ditanam iaitu kopi Liberica

(90%) dan Robusta (10%). Kopi Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri

Johor dan Selangor, manakala kopi Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri utara Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Industri kopi Malaysia secara relatifnya sangat kecil. Pengeluaran kopi negara tidak dapat

menampung permintaan kopi yang terus meningkat kesan daripada peningkatan jumlah penduduk dan

permintaan pengguna yang dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup. Bekalan kopi mentah yang terhad

ini adalah kesan daripada pengurangan kawasan bertanam kopi di Malaysia. Petani kurang berminat

untuk menanam kopi sebaliknya lebih cenderung kepada tanaman industri lain seperti kelapa sawit dan

getah. Hakikatnya, tanaman kopi penting kepada negara kerana kopi yang ditambah nilai merupakan

minuman yang berprestij pada abad ini dan mendapat permintaan yang tinggi. Permintaan kepada

Page 157: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

132

produk kopi dijangka terus meningkat di pasaran dalam negara mahupun di luar negara. Justeru, ia

merupakan peluang perniagaan yang penting bagi Malaysia. Pertambahan permintaan daripada

pengguna domestik dan luar negara mendorong pembangunan industri pemprosesan kopi termasuklah

perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dalam penghasilan produk kopi, khususnya kopi pracampuran.

Secara tidak langsung, ia meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Selain itu,

kekurangan bekalan kopi mentah tempatan turut menyebabkan negara bergantung kepada bekalan kopi

mentah dari negara luar. Pertumbuhan import kopi yang lebih besar berbanding dengan eksport telah

melebarkan jurang imbangan dagangan kopi di Malaysia. Sekiranya langkah pencegahan tidak diambil

dengan segera, jurang imbangan dagangan bagi kopi ini akan bertambah luas dan boleh menjejaskan

ekonomi negara.

10.2.1 ObjektifKajianKajian ini bertujuan mengenal pasti hala tuju industri kopi di Malaysia, termasuklah penyelidikan

dan pembangunan (P&P) kopi di MARDI. Objektif khusus kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Untuk menilai industri dan trend pasaran yang berkaitan dengan industri kopi di Malaysia

ii. Untuk mengkaji penyelidikan dan pembangunan (P&P) sedia ada berkaitan dengan

industri kopi khususnya di MARDI dan Malaysia

10.3 METODOLOGIKAJIANBagi meneliti dan mendalami industri kopi di Malaysia, kajian ini menggunakan data sekunder yang

diperoleh daripada Jabatan Pertanian Malaysia dan Comtrade United Nation. Analisis kritikal dan

perbincangan kumpulan fokus dilakukan bagi menilai prospek dan masa hadapan industri kopi negara

berdasarkan trend semasa, penggunaan teknologi dan polisi yang berkaitan serta mencadangkan langkah

bagi membangunkan industri kopi agar dapat terus berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kumpulan fokus melibatkan seramai 35 orang yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha, pengilang,

penjual kopi dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam industri ini. Selain itu, analisis SWOT

turut dilakukan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman industri kopi di

Malaysia. Faktor-faktor yang dikenal pasti akan dapat membina kekuatan, menghapuskan kelemahan,

mengeksploitasi peluang dan menangani ancaman ( Dyson 2004).

10.4 DAPATANKAJIANDANPERBINcANGAN

10.4.1 IndustridanTrendPasaranDalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), tanaman kopi telah dikenal pasti sebagai salah

satu daripada komoditi pertanian yang diberi perhatian oleh kerajaan. Justeru, selari dengan

permintaan kopi yang tinggi, pengeluaran kopi negara perlu ditingkatkan bagi menampung

permintaan tersebut. Namun begitu, harga yang tidak stabil, pulangan daripada perusahaan

yang kurang memberangsangkan, proses pengutipan dan pemprosesan kopi yang rumit serta

persaingan dengan tanaman industri lain, menjadikan perusahaan kopi diusahakan oleh

pekebun-pekebun kecil (Ghawas dan Rubiah1991). Pengusaha-pengusaha besar tidak berminat

untuk melabur dalam industri ini.

Pengeluaran kopi di Malaysia secara relatifnya masih kecil dan menunjukkan trend

menurun. Keluasan kawasan tanaman telah berkurangan daripada lebih kurang 7,510 hektar

pada tahun 2007 kepada hampir 3,760 hektar pada tahun 2013 (Jadual 10.1). Kawasan

tanaman kopi yang utama ialah di Sabah, Johor dan Selangor.

Page 158: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

133

Jadual10.1: Keluasan bertanam dan pengeluaran kopi di Malaysia, 2007 – 2013

Kopi 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Keluasan bertanam (ha) 7,512 3,538 3,426 5,098 5,141 4,277 3,764

Pengeluaran (mt) 21,213 23,061 16,332 15,768 15,064 10,427 14,739

Nilai pengeluaran (RM juta) 12.09 15.04 10.65 10.28 9.83 6.80 10.83

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Persaingan dengan tanaman lain serta kelemahan pengurusan ladang telah mengakibatkan pengeluaran

kopi dan purata hasil per hektar merosot dengan banyak. Misalnya, pengeluaran kopi menurun

daripada 21,213 tan metrik dalam tahun 2007 kepada 14,739 tan metrik pada tahun 2013. Analisis

produktiviti menunjukkan purata hasil per hektar tertinggi dicatat bagi tahun 2008 iaitu 6.5 tan/hektar

dan kemudiannya merosot kepada 3.9 tan/hektar bagi tahun 2013. Jadual 10.2 menunjukkan keluasan

tanaman dan pengeluaran kopi mengikut negeri. Penanaman kopi paling banyak di Sabah, diikuti

negeri Johor. Walaupun kawasan tanaman di Sabah lebih luas, namun pengeluaran buah kopi di Sabah

adalah lebih rendah (2,2207 tan) jika dibandingkan dengan pengeluaran di negeri Johor (12,315.5 tan).

Hasil yang rendah ini disebabkan oleh pokok-pokok kopi yang telah tua dan pengurusan ladang yang

tidak cekap. Tambahan pula, hasil buah kopi daripada pokok kopi Robusta sememangnya lebih rendah

berbanding dengan pokok kopi Liberica.

Jadual10.2: Keluasan bertanam dan pengeluaran kopi mengikut negeri, 2013

Negeri Keluasan tanaman (ha) Luas dituai (ha) Jumlah hasil (mt)

Johor 1,116.20 1,102.6 12,315.5

Kedah 0.4 0.3 1.7

Pahang 0.4 0.4 0.1

Selangor 84.0 64.0 179.3

Sabah 2,390.3 2,266.0 2,220.7

Sarawak 192.7 41.3 21.8

Malaysia 3,764.0 3,474.6 14,739.0

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

10.4.2 hargaHarga kopi di pasaran tempatan dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor

dalaman terdiri daripada gred kopi, kaedah pemprosesan biji kopi dan margin pemasaran,

manakala faktor luaran pula merujuk kepada status penawaran dan permintaan di peringkat

antarabangsa. Pada tahun 1980-an, kopi Robusta lebih diberi keutamaan dan mendapat

permintaan yang tinggi manakala kopi Liberica dikenakan diskaun harga kerana permintaannya

yang kurang memberangsangkan (Auni dan Khairol1988; Auni 1991). Namun, perubahan cita

rasa dan pembangunan varieti kopi telah mengubah keadaan ini di mana permintaan kepada

kopi Liberica mula mendapat permintaan, sekali gus meningkatkan harga kopi varieti ini.

Peningkatan harga kopi, khususnya varieti Liberica merupakan peluang kepada pengusaha

untuk meningkatkan pengeluaran. Data harga jualan peringkat ladang menunjukkan harga

kopi biji Liberica lebih tinggi dan terus meningkat dari tahun ke tahun berbanding dengan kopi

Robusta (Jadual 10.3). Sebaliknya, harga kopi Robusta semakin menurun kerana harga pasaran

dunia yang relatif juga rendah. Harga yang semakin rendah menyebabkan petani enggan

menuai kopi Robusta.

Page 159: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

134

Jadual10.3: Harga biji kopi (kopi beras) Liberika dan Robusta (RM/kg), 2000 – 2013

Varieti 2000 2001 2002 2003 2004 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Kopi Liberica

10.10 6.65 6.60 6.90 6.30 6.95 7.90 8.75 9.45 10.80 10.60 10.40 11.10

Kopi Robusta

3.73 4.00 2.95 2.50 2.35 2.50 2.50 - 0.70 - - - -

Sumber: Data harga FAMA 2014

10.4.3 PerdaganganKopiKopi ialah komoditi bahan minuman yang banyak diperdagangkan. Ia merupakan komoditi

kedua selepas petroleum yang diperdagangkan di dunia. Negara pengeluar utama kopi ialah

Brazil diikuti oleh Vietnam, Indonesia, Colombia dan India. Malaysia berada di kedudukan

ke-60 dunia dengan hanya menyumbang lebih kurang 0.16% daripada pengeluaran kopi

dunia. Pengeluaran tempatan yang rendah dan mutu buah kopi yang berbeza telah mendorong

Malaysia mengimport kopi. Nilai import kopi telah meningkat daripada RM51.59 juta dalam

tahun 1988 kepada lebih RM972.3 juta pada tahun 2013. Nilai import kopi berkembang

dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 17.8% dalam tempoh 25 tahun (1988 – 2013).

Negara sumber bekalan import biji kopi Malaysia yang utama pada tahun 2013 ialah Indonesia

(49%), Vietnam (35%), Brazil (6%) dan India (3%).

Dalam masa yang sama, eksport kopi di Malaysia meningkat daripada RM11.5 juta pada

tahun 1988 kepada RM1,299.5 juta pada tahun 2013. Malaysia mengeksport kopi yang telah

diproses ke beberapa buah negara. Antaranya ialah Thailand (19%), Singapura (14%), Filipina (8%),

Amerika Syarikat (7%) dan Hong Kong (5%). Secara umumnya eksport kopi Malaysia adalah kecil,

tetapi terus meningkat setiap tahun dengan purata pertumbuhan tahunan sebesar 7.6%. Jumlah nilai

eksport kopi yang lebih besar daripada nilai import menjadikan imbangan perdagangannya positif.

Ini disebabkan harga kopi dan produk kopi yang dieksport lebih tinggi daripada yang diimport.

Tambahan pula, Malaysia secara amnya lebih banyak mengeksport kopi yang ditambah nilai sama

ada dalam bentuk semi produk ataupun produk akhir. Walau bagaimanapun, jumlah kuantiti kopi

yang diimport adalah lebih tinggi berbanding dengan eksport (Jadual 10.4).

Jadual10.4: Pengimportan dan pengeksportan kopi di Malaysia

PERKARA 2012 2013

Import (mt) 95,502 106,555

Import (RM) 871,447,493 972,300,000

Eksport (mt) 74,160 80,484

Eksport (RM) 1,197,376,487 1,299,480,000

Pengeluaran domestik (mt) 16,723 4,739

Jumlah kegunaan kopi (mt) 112,225 121,294

Peratus tempatan 14.9% 12.2%

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

10.4.4 Isu-isudancabaranIndustriKopiPengeluaran kopi secara relatifnya sangat kecil. Ia tidak dapat menampung permintaan kopi

yang terus meningkat kesan daripada perkembangan aktiviti pemprosesan hiliran, peningkatan

jumlah penduduk dan peningkatan permintaan pengguna yang dipengaruhi oleh perubahan

gaya hidup. Pada masa kini, minuman kopi telah ditambah nilai dan diiktiraf sebagai minuman

berprestij. Secara umumnya, isu dan cabaran kopi Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu

pengeluaran dan pemasaran.

Page 160: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

135

Pengeluarani. Persaingan dengan tanaman lain

Keluasan tanaman kopi semakin berkurangan kerana persaingan penggunaan tanah,

buruh dan modal dengan industri lain seperti tanaman kelapa sawit.

ii. Pengurusan ladang

Perusahaan tanaman kopi di Malaysia berskala kecil dan kebanyakannya diusahakan oleh

pekebun kecil. Pengurusan tanaman kopi dilakukan secara sambilan dan tidak mengikut

amalan yang baik, akhirnya menjejaskan hasil pengeluaran buah kopi. Pembajaan dan

pengairan yang kurang baik menyebabkan saiz buah kopi dan kualiti pengeluaran rendah

terutamanya pada musim kemarau.

iii. Penyakit karat daun (Hemileia vasratrix)

Penyakit ini kerap dialami oleh tanaman kopi. Sekiranya langkah kawalan sewajarnya

tidak diambil, ia akan menyebabkan daun-daun pokok kopi gugur dan mengurangkan

hasil pengeluaran buah kopi.

iv. Kaedah memungut hasil

Buah kopi yang masak tidak serentak memerlukan buruh untuk memetiknya secara

manual dengan menggunakan tangan. Kaedah ini menyebabkan produktiviti pengeluaran

rendah dan melibatkan kos upah yang tinggi.

v. Kos pengeluaran yang tinggi dan intensif buruh

Cabaran utama yang dihadapi oleh industri kopi di Malaysia ialah kos pengeluaran yang

tinggi. Ini kerana, tanaman ini berintensif buruh yang mana tenaga buruh yang ramai

diperlukan terutamanya dalam kerja memetik buah kopi. Tambahan pula, persaingan

mendapatkan tenaga kerja dengan sektor lain telah menyebabkan kos upah buruh sektor

pertanian meningkat.

vi. Pengendalian lepas tuai

Pengendalian lepas tuai dilakukan oleh peraih, pemproses, pemborong dan juga FAMA.

Lazimnya, ia dilakukan di pusat pengumpulan yang jauh dari ladang. Buah kopi yang

dipetik perlu diproses dengan segera bagi menghasilkan biji kopi yang bermutu tinggi.

Sekiranya ia tidak dikeringkan segera selepas dituai, pertumbuhan kulat dan pencemaran

lain akan menjejaskan perisa kopi.

Pemasarani. Penerimaan produk berdasarkan varieti tertentu

Kopi Liberica kurang mendapat perhatian di pasaran dunia sebagaimana kopi Arabica dan

Robusta. Ini kerana pengeluaran utama dunia tertumpu pada kedua-dua varieti tersebut.

ii. Harga jualan di peringkat ladang yang tidak kompetitif

Harga kopi di pasaran tempatan dipengaruhi oleh harga kopi di pasaran dunia.

Kebiasaannya, kopi Liberica hanya mendapat harga yang tinggi apabila bekalan kopi di

pasaran dunia berkurangan. Harga kopi yang tidak stabil dan masih di tahap yang rendah

menyebabkan petani kurang berminat menanam kopi. Selain itu, harga biji kopi daripada

negara luar (import) yang lebih murah, turut menyebabkan pengusaha bersaing dalam

mempromosikan jualan. Sebagai contoh, harga kopi Liberica tempatan dijual pada harga

RM14 sekilogram berbanding dengan harga kopi Liberica daripada Indonesia hanyalah

RM12/kg.

Page 161: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

136

10.4.5 KelebihandanKelemahanIndustriKopidiMalaysiaBerasaskanAnalisisSWOTKekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman industri kopi adalah seperti yang berikut:

Jadual10.5: Analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman industri kopi

Kekuatan• Kebanyakan tanaman kopi berusia 25 – 30 tahun yang merupakan usia matang dan mengeluarkan hasil yang

optimum• Varieti MKL 5, 6 dan 7 yang diperkenalkan oleh MARDI mencepatkan pengeluaran dan menghasilkan buah

yang lebih besar dan berkualiti tinggi• Permintaan terhadap biji kopi, serbuk kopi campuran dan kopi segera semakin meningkat• Lebih menguntungkan jika diusahakan bersama tanaman lain (integrasi) terutamanya kelapa

Kelemahan• Buah masak tidak serentak, menyebabkan kos buruh untuk menuai adalah tinggi• Pengusaha kebanyakannya pekebun kecil dan sudah berusia (kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas) • Kurang galakan dan insentif penanaman kopi

Faktorluaran

Peluang• Peningkatan permintaan kopi semi produk dan produk akhir di pasaran domestik dan antarabangsa• Dasar liberalisasi pasaran membuka peluang biji kopi diimport bagi menampung pengeluaran yang tidak

mencukupi dan kemudiannya dieksport kembali dalam bentuk produk siap atau semi produk• Nilai tambah kopi sebagai minuman fungsian (cth: kopi tongkat ali)

Ancaman• Peningkatan kos pengeluaran terutamanya kos buruh dan input pengeluaran• Persaingan dengan negara Indonesia yang turut mengeluarkan kopi Liberica

10.4.6 PenyelidikandanPembangunan(R&D)KopidiMARDIPenyelidikan kopi di MARDI bermula dalam tahun 1981 dan tumpuan diberikan kepada

pembangunan varieti dan pembiakan baka baru. Penyelidikan secara intensif telah dijalankan

dan hasilnya ialah klon pertama kopi Liberica yang dinamakan MKL 1 dilancarkan dalam tahun

1992, diikuti oleh tiga klon MKL 2, MKL 3 dan MKL 4 dalam tahun 1995 dan MKL 5, MKL

6 dan MKL 7 pada tahun 2008. Klon kopi yang dihasilkan ini lebih berkualiti seperti tempoh

pengeluaran yang lebih cepat iaitu 19 – 24 bulan, saiz buahnya lebih besar, hasil yang lebih

tinggi dan lebih beraroma. Pengeluaran kopi klon MKL 5, MKL 6 dan MKL 7 misalnya boleh

menghasilkan pengeluaran masing-masing sehingga 24.3 t/ha, 25.1 t/ha dan 26.2 t/ha. MARDI

juga telah menghasilkan kopi polihibrid Robusta yang dinamakan MKR 1 pada tahun 1992

dan baka klon kopi Robusta yang terdiri daripada MKR 2, MKR 3, MKR 4 dan MKR 5 pada

tahun 1995. Permintaan terhadap tanaman baka-baka ini sangat memberangsangkan. Ini dapat

dilihat berdasarkan data penjualan MARDI pada tahun 2005 di mana lebih kurang 1.7 tan biji

benih, 75 ribu anak benih MKL 1, 36 ribu anak benih cantuman dan 19 ribu baka klon telah

dijual. Secara umumnya teknologi berkaitan dengan pengeluaran kopi (bahan tahan dan sistem

pengeluaran) telah lengkap. Namun begitu kajian yang bertujuan memantapkan lagi sistem

pengeluaran kopi boleh dijalankan, seperti pengeluaran berdensiti tinggi bagi meningkatkan

lagi produktiviti, mekanisasi pengutipan hasil, kawalan penyakit dan perosak dan pengurusan

lepas tuai.

Page 162: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

137

10.5 SARANAN

10.5.1 PotensidanhalaTujuIndustriKopidiMalaysia

10.5.1.1 PengeluarandanPemasaranWalaupun kawasan penanaman kopi di Malaysia menunjukkan penurunan, ia

mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dimajukan sekali gus menyumbang

kepada ekonomi negara. Ini kerana, permintaan yang semakin meningkat terhadap

produk kopi menyebabkan permintaan kepada kopi mentah turut meningkat.

Malaysia mempunyai asas yang kukuh dan keupayaan untuk meningkatkan daya

maju industri kopi dengan menggunakan strategi seperti yang berikut berikut:

i. Menambah kawasan pengeluaran daripada 3,764 hektar kepada 10,000

hektar dalam tahun 2020. Penambahan kawasan ini membolehkan Malaysia

menghasilkan lebih 22.5 ribu tan kopi setahun. Penambahan kawasan

pengeluaran ini dapat dilakukan dengan menggalakkan penanaman semula

dan pemulihan kawasan sedia ada.

ii. Memberi insentif kepada penanaman semula kopi dan pemulihan kawasan

sedia ada seperti insentif anak pokok dan baja.

iii. Menumpukan pengeluaran kopi mengikut kluster, iaitu di kawasan yang

berpotensi untuk dimajukan secara komersial mengikut jenis varieti.

Contohnya, penanaman kopi Liberica di kawasan Selangor dan Johor

manakala penanaman kopi Robusta di Kedah, Sabah dan Sarawak.

iv. Menggalakkan penanaman selingan bagi meningkatkan pendapatan petani.

v. Pelepasan cukai eksport kepada pengusaha kopi. Ini bagi menggalakkan

lebih ramai pengusaha mengeksport produk mereka ke luar negara. Dengan

ini, ia dapat meningkatkan imbangan dagangan negara.

vi. Mewujudkan kemudahan logistik dan fasiliti pengeksportan ke luar negara.

Kemudahan ini bagi memudahkan pengusaha untuk memasarkan produk

mereka di luar negara.

10.5.1.2 PenyelidikandanPembangunanIndustriKopiPenyelidikan dan pembangunan industri kopi masih di tahap yang rendah. Justeru,

penambahbaikan terutamanya dari aspek teknologi adalah penting agar industri

ini mampu menjadi salah satu industri yang menyumbang kepada perkembangan

ekonomi negara. Adalah wajar sekiranya kerajaan mewujudkan geran untuk

penyelidikan dan pembangunan kopi di sepanjang rantaian pengeluaran dan

penghasilan kopi. Antara kajian-kajian yang sesuai dilakukan adalah kajian

teknologi pengeluaran tanaman, pengairan, pembangunan varieti baru yang

lebih produktif dan berkualiti, teknologi pemprosesan dan pembungkusan dan

kajian kehendak pasaran dalam dan luar negara.

• Teknologi pengeluaran tanaman

– Plant stress study bagi mendapatkan hasil kopi yang tinggi dan berkualiti

– Pendebungaan dan penuaian serentak

– Indeks kematangan tanaman kopi

– Mengatasi isu penyakit karat daun

– Sistem penanaman kopi organik

• Teknologi baik baka

– Memendekkan jangka masa penghasilan varieti baru

– Penggunaan marker assisted breeding

Page 163: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

138

• Teknologi pengairan

– Pengairan untuk mengatasi masalah kekurangan air

• Teknologi pemprosesan dan pembungkusan untuk memastikan kualiti

premium

– Teknologi pengeringan yang murah dan menjimatkan masa

– Teknologi penggorengan yang tidak mengeluarkan habuk

– Teknologi penyimpanan untuk mengekalkan aroma kopi

– Contohnya dengan menggunakan nitrogen bagi mengekalkan aroma kopi

– Mesin penggredan kopi beras yang efisien untuk mengurangkan kos

buruh

– Penggunaan bahan lain yang menjimatkan kos dan mesra alam sekitar

untuk menggantikan aluminium foil

• Teknologi mengutip hasil yang efisien

– Mengatasi masalah kos buruh yang tinggi

– Pengutipan hasil yang cepat dan menjimatkan masa

• Kajian kehendak pasaran luar negara

– Potensi pasaran luar negara

– Mengenal pasti permintaan dan kehendak pengguna di luar negara

• Tinjauan pasaran baru kopi Malaysia

– Mengenal pasti permintaan dan kehendak dalam negara sama ada dari

sudut pengilang mahupun pengguna

• Potensi teknologi baru industri kopi

– Kajian menanda aras dan memprospek teknologi pengeluaran kopi di

Indonesia untuk adaptasi teknologi yang sesuai di Malaysia

10.6 RUMUSANPerkembangan industri minuman kopi adalah sangat memberangsangkan ekoran permintaan yang

tinggi terhadap minuman tersebut. Ia merupakan minuman yang paling banyak diminum di dunia dan

merupakan komoditi kedua terbesar yang didagangkan di dunia selepas petroleum. Industri ini bernilai

tinggi dan berpotensi dibangunkan sebagai sumber pendapatan petani dan ekonomi negara. Ia perlu

diperkasakan lagi agar negara tidak lagi bergantung pada biji kopi mentah yang diimport dari luar

negara. Sekiranya industri ini terus dibiarkan sepi, negara akan terus bergantung pada import, sekali

gus mempengaruhi imbangan dagangan negara. Kawasan penanaman dan hasil pengeluaran akan terus

merosot. Tanpa sebarang tindakan, dijangkakan kawasan pengeluaran akan merosot kepada kurang

daripada 1,000 hektar dalam tahun 2020. Ini akan memberi impak yang negatif kepada kemajuan

dan pembangunan negara. Justeru, perancangan dan pelan tindakan yang rapi perlu dilakukan agar

industri ini dapat ditambah baik dan dibangunkan agar setanding dengan negara-negara lain seperti

Indonesia dan Vietnam. Industri kopi tempatan bernilai tinggi dan mempunyai potensi untuk dimajukan

di samping dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pendapatan individu.

Promosi dan galakan kepada petani turut memainkan peranan penting agar industri ini menjadi salah

satu tanaman pilihan mereka.

Page 164: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

139

10.7 RUJUKANAnon. (2006). Anggaran Kos pengeluaran dan pendapatan bagi tanaman industri. Serdang: MARDI

–––– (1995). Baka klon kopi jenis liberica. Serdang: MARDI

–––– (2001). Pakej teknologi kopi. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Malaysia

–––– (2009). Perangkaan Agromakanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Diperoleh pada 1 Januari

2015 dari http://www.moa.gov.my/web/guest/buku-perangkaan-agro-makanan

–––– (2013). Perangkaan Agromakanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Diperoleh pada 1 Januari

2015 dari http://www.moa.gov.my/documents/10157/60114faa-2b01-48b2-a9e1-8e2fe0be8717

–––– (2012). Perangkaan tanaman industri, Jabatan Pertanian Malaysia. Diperoleh pada 1 Januari

2015 dari http://www.doa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e7a23c19-bede-42e8-9171-

8dc9653923c8&groupId=338810

–––– (2015). United Nation Commodity Trade (Comtrade), Statistic Data Base, Statistic Division. Diperoleh pada 15

Januari 2015 dari http://comtrade.un.org/data/

Dyson, R.G. (2004). Strategic development and SWOT analysis at the University of Warwick. European Journal of

Operational Research 152(3): 631 – 640

Muhammad Ghawas, M. dan Wan Rubiah, A. (1991). Botani. Pengeluaran Kopi (Laporan Khas) m.s. 3 – 10.

Serdang: MARDI

Noor Auni, H. dan Khairol, M.A. (1988). Tinjauan terhadap perusahaan kopi di Malaysia. Teknologi Pelbagai

Tanaman 4: 39 – 44

Noor Auni, H. (1991). Pemasaran kopi. Pengeluaran Kopi (Laporan Khas) m.s. 54 – 59. Serdang: MARDI

Page 165: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 166: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

141

11.0 KajianstrategipenyelidiKandanpembangunandalamindustrimaKanandanpertanian:prospeKmaKananfungsian

11.1 pendahuluanPermintaan terhadap makanan fungsian semakin meningkat selari dengan perubahan gaya hidup rakyat

Malaysia yang mula mengambil berat kepada kesihatan fizikal. Kehidupan yang serba moden dan

pertumbuhan pesat industri makanan segera telah membawa kepada perubahan dalam tabiat pemakanan

rakyat Malaysia dan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya perubahan dalam kesihatan dan

peningkatan penyakit kronik seperti obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain (Lau, Chan,Tan

dan Kwek 2012). Menyedari masalah ini, kerajaan telah melaksanakan dan mengukuhkan pelbagai

polisi bagi memberi kesedaran mengenai gaya hidup yang sihat dan langkah-langkah pencegahan

penyakit kronik. Penghasilan makanan sihat dan makanan fungsian mula berkembang dan mendapat

permintaan sejajar dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia dalam menjaga kesihatan, di

samping kos perubatan yang semakin meningkat. Industri makanan telah menghasilkan produk-produk

baru yang diperkaya dengan sebatian ‘fungsian’ seperti probiotik, fiber, kalsium atau vitamin E. Antara

produk fungsian yang terkenal di pasaran ialah minuman susu kultur, tongkat ali, ginseng, probiotik

yogurt, bijirin yang diperkaya dengan serat, dan telur omega 3.

11.2 latarbelaKang

11.2.1 definisimakananfungsianMakanan fungsian ialah makanan dan minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan

(Arshad 2002) dan menawarkan pelbagai nutrien tambahan yang tidak terdapat dalam

makanan biasa (Siro, Kapolna dan Lugasi 2008). Pada asalnya, istilah Functional Foods mula

diperkenalkan di Jepun, iaitu pada pertengahan tahun 1980-an. Ia merujuk kepada makanan

yang diproses yang mengandungi bahan-bahan yang berfungsi untuk kesihatan dan kesan

fisiologi kepada tubuh manusia seperti sistem saraf, sistem imun dan pertahanan tubuh badan

yang diluar fungsi nutrien (Shimizu 2003). Ia mengandungi komponen bioaktif ataupun

diperkaya dengan nutrien yang berfaedah kepada kesihatan, menawarkan kekebalan imuniti

dan mampu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik (Lau et al. 2012).

Secara umumnya, tiada definisi ataupun takrifan yang tetap berkenaan makanan fungsian

ini (Jun et al. 2002; Alzamora et al. 2004). Malah, istilah ‘makanan fungsian’ berbeza antara

negara (Jun et al. 2002). Sesetengah pihak mahupun negara berpendapat makanan fungsian

ini bukanlah dalam bentuk pil-pil atau suplemen, sebaliknya ia menyerupai makanan biasa

(makanan yang telah diproses ataupun yang masih segar) dan digunakan sebagai sebahagian

daripada diet harian (Diplock, Aggett, Ashwell, Bornet, Fern dan Roberfroid 1999; Agriculture

and Agro-Food Canada 2014). Antara istilah yang digunakan untuk makanan fungsian adalah

seperti nutraceuticals, vitafoods, medifoods, diet tambahan dan makanan yang diperkaya

(fortified foods). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa organisasi menganggap istilah-istilah

tersebut membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh, Health Canada mendefinisikan

makanan fungsian dan nutraceuticals dengan makna dan penerangan yang berbeza1. Kajian Tee

1Untuk penerangan lanjut, rujuk http://www.hc-sc.gc.ca/fn-an/label-etiquet/claims-reclam/nutra-funct_foods-nutra-fonct_aliment-eng.php

Page 167: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

142

(2011) turut menyatakan bahawa nutraceuticals ataupun suplemen kesihatan tidak berkaitan

dengan makanan fungsian kerana komponen bioaktif telah diasingkan dan dipersembahkan

kepada pengguna dalam bentuk ubat-ubatan seperti kapsul dan tablet. Di kebanyakan negara

Asia, makanan fungsian ini lebih dikenali sebagai makanan kesihatan (Tee 2004). Makanan

berfungsi terdiri daripada dua bahagian utama iaitu:

1. Produk makanan berfungsi yang baru berasaskan penyelidikan yang besar

Ia terdiri daripada produk tenusu probiotik, jus, bijirin, kolesterol rendah sterol tumbuhan

dan telur yang diperkaya dengan omega 3.

2. Produk makanan biasa dan jenama

Produk ini telah diperkuat atau disusun semula sebagai produk berfungsi untuk tujuan

pemasaran. Contoh: kalsium/jus yang diperkaya dengan vitamin, jus kranberi dan bijirin

sarapan.

11.2.2 jenis-jenismakananfungsianJenis-jenis utama makanan berfungsi ialah makanan ataupun produk yang diperkaya, diubah

dan dipertingkatkan (Siro’ et al. 2008). Senarai jenis-jenis makanan fungsian yang sering

digunakan adalah seperti dalam Jadual 11.1. Perkembangan awal makanan berfungsi ialah

makanan yang diperkaya dengan vitamin atau mineral seperti vitamin E, vitamin C, asid folik,

zink, besi dan kalsium (Sloan 2000; Lau et al. 2012). Pada peringkat seterusnya, makanan yang

telah diperkayakan dengan makronutrien seperti serat larut dan omega-3 asid lemak untuk

menggalakkan kesihatan makanan atau untuk mencegah penyakit seperti kanser (Sloan 2002;

Lau et al. 2012).

Terdapat banyak komponen di dalam makanan yang dipercayai dapat memberi manfaat

kepada kesihatan badan. Beberapa komponen berfungsi yang utama disenaraikan seperti

dalam Jadual 11.2. Selain itu, beberapa contoh makanan fungsian yang berada di pasaran

negara-negara ASEAN ditunjukkan seperti dalam Jadual 11.3.

jadual11.1: Jenis-jenis utama makanan fungsian

jenis-jenismakananfungsian definisi Contoh

Produk yang diperkukuh(fortified products)

Makanan yang diperkaya dengan nutrien tambahan

Jus buah-buahan bersama vitamin C

Produk yang diperkaya(enriched products)

Makanan dengan tambahan nutrien baru atau komponen yang biasanya tidak dijumpai dalam makanan biasa

Marjerin bersama sterol ester tumbuhan, probiotik, prebiotik

Produk yang diubah (altered products)

Komponen makanan yang memudaratkan kesihatan dikeluarkan, dikurangkan ataupun diganti dengan bahan lain yang memberi kesan yang bermanfaat

Fiber sebagai pembebas lemak di dalam produk daging ataupun aiskrim

Produk yang tidak diubah(non-altered products)

Makanan semula jadi yang mengandungi peningkatan kandungan nutrien atau komponen

Makanan semula jadi

Produk yang dipertingkatkan (enhanced products)

Makanan yang salah satu daripada komponen yang telah semula jadi dipertingkatkan melalui syarat khas yang semakin meningkat, komposisi makanan baru, manipulasi genetik atau sebaliknya

Telur dengan peningkatan kandungan omega 3 yang diperoleh dengan mengubah suai makanan ayam

Sumber: Agrifood Trade Service (2009) dan Lau et al. (2012)

Page 168: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

143

jadual11.2: Manfaat komponen makanan

Komponen Produk Kebaikan

Lycopene Tomato Mengurangkan risiko kanser prostatBeta-Glucan Oat, barli Mengurangkan penyakit kardiovaskular,

merendahkan LDL dan kolestrolOmega-3 Fatty Acids – DHA/EPA Minyak ikan Mengurangkan penyakit kardiovaskular,

meningkatkan fungsi mentalCatechins Teh Meneutralkan radikal dan mengurangkan risiko

kanserIsoflavones Produk berasaskan soya Mengurangkan penyakit kardiovaskular,

merendahkan LDL dan kolestrolFlavones Flax seed Meneutralkan radikal dan mengurangkan risiko

kanserLactobacillus Yoghurt Meningkatkan kualiti mikroflora usus

Sumber: Agri-food Trade Service (2009) dan Lau et al. (2012)

jadual11.3: Jenis-jenis produk fungsian di pasaran negara-negara ASEAN

Negara Jenis-jenis produk fungsian

Kemboja • Minuman tenaga• Minuman herba semula jadi• Traditional spirits (yang dibuat daripada soya, herba, rumpai, bijan hitam, ginseng,

taurina)• Bakteria bijirin beras perang (Se 2002)

Brunei Darussalam • Minuman dalam bentuk serbuk dan kering daripada bahan-bahan mentah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, pokok renek, pokok-pokok, kacang dan herba serta rempah (Ibrahim 2003)

Lao PDR • Air tonik, teh hijau, teh halia, Mom Tea, orthosipon, pil carcumin dan gecko• Lain-lain produk makanan yang diimport (Viengxay 2002)

Myanmar • Secara tradisionalnya makanan yang telah digunakan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai farmaseutikal (Kyaw 2002)

• Minuman atau produk di dalam tin telah dibangunkan secara komersial terutamanya untuk artritis, tekanan darah tinggi dan kencing manis

Filipina • Minuman teh (banaba, ginseng) dan produk tenusu (Yakult dan susu tepung dengan serat tambahan) (Capanzana 2002)

Singapura • Bijirin sarapan yang diimport• Produk roti yang diperkaya dengan vitamin dan mineral• Telur (pelbagai bahan penggalak)• Minyak fungsian (omega-3 asid lemak, karotena semula jadi)• Jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang diperkaya dengan vitamin, kalsium dan

pulpa (untuk meningkatkan serat)Thailand • Produk tenusu (probiotik)

• Minuman tenaga• Jus buah-buahan yang diperkaya

Vietnam • Berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan dan kacang (Vu 2002)

Sumber: Capanzana dan Fernandez 2002

Page 169: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

144

11.2.3 pernyataanmasalahPermintaan terhadap makanan fungsian semakin meningkat di Malaysia mahupun dunia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menghalang industri ini untuk terus

berkembang di Malaysia. Antaranya adalah keyakinan pengguna yang masih rendah terhadap

makanan fungsian yang dijual di pasaran Malaysia terutamanya pengguna dari luar negara.

Ini kerana, kebanyakan produk fungsian diedarkan di bawah kategori makanan tambahan dan

tidak dilindungi oleh Akta Makanan 1983 (Arshad 2002). Dos dan komponen makanan yang

digunakan turut dipersoal. Jumlah dan kualiti sesuatu komponen makanan mungkin berbeza

dan kekurangan maklumat akan membahayakan kesihatan pengguna terutamanya apabila

diambil dalam bentuk asal pada tahap pengambilan yang tinggi oleh individu di peringkat

umur yang berbeza (Singletary dan Morganosky 2004).

Pelbagai penyelidikan mengenai makanan fungsian telah dilakukan di MARDI, namun

adakah kajian tersebut menepati kehendak pasaran? Ke manakah hala tuju industri ini? Adakah

ia mampu menandingi pasaran luar negara? Justeru, kajian ini mengkaji trend dan hala tuju

makanan fungsian dari sudut pasaran tempatan, antarabangsa dan penumpuan terhadap kajian

dan pembangunan (R&D) teknologi MARDI dalam industri ini.

11.2.4 objektifKajianKajian ini bertujuan untuk mengkaji hala tuju penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan

fungsian di MARDI. Objektif khusus kajian ini adalah seperti yang berikut:

Untuk menilai trend industri dan pasaran yang berkaitan dengan makanan fungsian

Untuk menganalisis teknologi dan penyelidikan sedia ada berkaitan dengan makanan fungsian

khususnya di Malaysia dan MARDI

11.3 metodologiKajianDisebabkan limitasi data, kajian hanya menggunakan data daripada negara-negara Asia Pasifik.

Antaranya ialah data sekunder daripada Euromonitor. Data makanan fungsian ini dikategorikan kepada

5 bahagian iaitu tenusu (Dairy), bar snek (Snack Bars), roti dan biskut (Bakery), minuman ringan (Soft

drinks) dan minuman fungsian (Functional beverages) (Jadual 11.4). Antara analisis yang digunakan

ialah analisis trend, kadar pertumbuhan purata (Annual Growth Rate – AGR), kadar pertumbuhan

majmuk tahunan (Compound Annual Growth Rate – CAGR) dan Boston Consulting Group (BCG) atau

dikenali sebagai Boston Matriks. Merujuk kepada Collins internet-linked distionary of Bussiness, Bostron

Matrix merupakan satu rangka kerja untuk menonjolkan dan menganalisis dasar pembangunan produk

serta implikasi berkaitan aliran tunai dalam sesebuah firma. Kebiasaannya, ia digunakan oleh perancang

korporat dalam merumuskan strategi perniagaan.

jadual11.4: Kategori makanan fungsian

Tenusu Bar snek Roti/biskut Minuman ringan Minuman fungsian

• Susu formula bayi• Keju• Produk minuman

berasaskan susu• Yogurt dan produk

susu masam

• Bar sarapan• Bar tenaga dan

nutrisi• Bar buah-buahan• Granola• Bar muesli• Lain-lain

• Bijirin• Biskut• Roti

• Karbonat• Pati• Minuman tenaga• Minuman berasaskan

sayur dan buah• Kopi sedia diminum• Teh sedia diminum• Minuman sukan

• Minuman panas• Kopi segera• Teh segera• Minuman berasaskan

coklat• Minuman panas

berasaskan tumbuhan dan malt

Page 170: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

145

Boston matriks ialah matriks yang memaparkan empat segmen yang terdiri daripada bintang (star),

lembu kontan (cash cow), tanda soal (question marks) dan anjing (dog) (Rajah 11.1). Ia mewakili kadar

pertumbuhan (growth rate) pasaran pada paksi menegak dan syer pasaran (market share) produk di paksi

mendatar. Ia menunjukkan bahawa lebih tinggi kadar pertumbuhan pasaran, lebih besar pelaburan modal

yang diperlukan dan dengan itu lebih banyak wang tunai digunakan. Bagi produk yang mempunyai syer

pasaran yang lebih besar, lebih besar keuntungan yang diperoleh dan dengan itu lebih banyak wang

tunai yang dijana.

rajah11.1: Boston Matriks

Kadarpertumbuhan

pasaran

High

Low

Syer pasaran

High Low

Bintang Tanda soal

Lembu kontan Anjing

Keempat-empat segmen ini membawa maklumat yang berbeza. Segmen lembu kontan

menggambarkan sesuatu produk di dalam fasa kematangan yang mana ia mempunyai kadar pertumbuhan

yang rendah namun syer pasarannya adalah tinggi. Ini menunjukkan produk ini memperoleh hasil

pulangan yang tinggi dan hanya memerlukan sedikit pelaburan baru sahaja. Lembu kontan adalah

sumber utama dana dalaman sesebuah firma untuk membiayai promosi dan pembangunan produk

tersebut. Bagi segmen bintang pula, produk mempunyai kadar pertumbuhan dan syer pasaran yang

tinggi. Produk ini memerlukan sejumlah besar pelaburan baru untuk memenuhi permintaan pasaran.

Ini bermaksud pembangunan dan penyelidikan (R&D) adalah penting di dalam segmen ini untuk

menghasilkan produk baru. Syer ataupun penguasaan pasaran yang tinggi sering menghasilkan pulangan

tunai yang mencukupi untuk sesebuah firma beroperasi melalui sumber pembiayaan sendiri.

Bagi produk yang berada di dalam segmen tanda soal pula, ia menunjukkan produk tersebut

mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi namun syer pasaran adalah rendah. Produk ini memerlukan

suntikan modal yang besar dan syer pasaran yang rendah memberi kesan ke atas pulangan keuntungan

produk yang sederhana. Produk di dalam segmen ini memerlukan aliran tunai yang banyak untuk

dilaburkan (cash drain) namun sekiranya bahagian pasaran mereka dapat ditingkatkan, ia masih

berpotensi untuk berganjak ke dalam segmen bintang. Segmen terakhir ialah segmen anjing yang mana

produk di segmen ini mempunyai kadar pertumbuhan dan syer pasaran yang rendah. Produk di dalam

segmen ini seolah-olah tidak mempunyai potensi untuk pembangunan di masa hadapan. Ia berpotensi

tinggi untuk dilabur semula sekiranya terdapat pembeli yang sesuai.

Bagi mengkaji teknologi industri makanan fungsian yang telah dilaksanakan di MARDI, kajian

menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada sistem pangkalan data Sistem Pemantauan

Rancangan Operasi Korporat MARDI (PROPER) MARDI. Selain itu, data primer dan rujukan juga

diperoleh daripada penyelidik dan penjana teknologi MARDI serta pusat tanggungjawab (PTJ) iaitu

Pusat Penyelidikan Nanoteknologi dan Bioteknologi, Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Pusat

Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi. Analisis yang digunakan bagi menjawab objektif ini

merangkumi analisis paten dan analisis trend.

Page 171: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

146

11.4 dapatanKajiandanperbinCangan

11.4.1 makananfungsianpasaranglobalPada tahun 1999, pasaran utama bagi makanan fungsian dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Namun, pada tahun 2005, pasaran diambil alih oleh Jepun diikuti oleh Amerika Syarikat

dan kemudiannya Jerman. Dari segi jualan per kapita, pasaran terbesar ialah Jepun, diikuti

oleh Sepanyol dan Korea Selatan (Abu Kasim et al. 2009). Disebabkan oleh batasan dalam

mendapatkan data makanan fungsian yang terbaru, kajian ini akan lebih memfokuskan kepada

maklumat makanan fungsian daripada negara Asia Pasifik sahaja.

Di Asia Pasifik, pasaran makanan fungsian dimonopoli oleh Indonesia, diikuti oleh

Filipina, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Singapura (Rajah 11.2). Pada tahun 2002, pasaran

fungsian Indonesia lebih kurang sama dengan Malaysia. Namun, pasaran Indonesia kian

meningkat dan akhirnya melangkau jauh dari negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Sumber: Euromonitor International 2014rajah11.2: Saiz pasaran bagi produk yang diperkaya/fungsian di Asia Pasifik, 2002 – 2013

Di Asia, minuman seperti jus buah-buahan dan minuman berasaskan tenusu mempunyai

permintaan yang tinggi dalam pasaran (Stanton et al. 2011). Ini dapat dilihat seperti dalam

Rajah 11.3 sehingga Rajah 11.6. Negara Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Vietnam

dan Singapura menunjukkan susunan trend yang sama iaitu tenusu (dairy) memonopoli saiz

pasaran makanan fungsian, diikuti oleh minuman fungsian (functional beverages), minuman

ringan (soft drinks), biskut dan roti (bakery) dan akhir sekali bar snek (snacks bar). Walaupun

mempunyai trend yang sama, kadar pertumbuhan dan syer pasaran adalah berbeza. Ini dapat

dilihat berdasarkan analisis kadar pertumbuhan majmuk tahunan (Compound Annual Growth

Rate - CAGR) dan Boston Matriks (Boston Consultant Group - BCG). CAGR digunakan bagi

membuat perbandingan pertumbuhan bagi setiap kategori untuk setiap negara manakala

BCG digunakan untuk menilai kategori makanan fungsian yang manakah lebih kompetitif dan

mempunyai peluang untuk pembangunan produk baru.

Jadual 11.5 menunjukkan kadar pertumbuhan majmuk tahunan bagi setiap kategori

makanan fungsian. Bagi negara Indonesia, bar snek mencatatkan kadar pertumbuhan yang

paling tinggi iaitu 58.56% diikuti oleh roti dan snek (29.29%), minuman ringan (15.22%),

minuman fungsian (15.22%) dan tenusu (13.26%). Berbeza dengan Filipina, kadar pertumbuhan

makanan fungsian yang paling tinggi ialah roti dan biskut (12.09%) manakala bar snek

(14.53%) di Thailand dan minuman ringan (8.99%) di Malaysia.

Rajah 11.7 menunjukkan Boston Matriks bagi negara Indonesia. Saiz bebola di dalam

segmen-segmen tersebut yang mewakili setiap kategori makanan fungsian menunjukkan saiz

jualan runcit yang berlaku. Di Indonesia, minuman fungsian dan tenusu berada di segmen

lembu kontan. Ini menunjukkan minuman fungsian dan tenusu merupakan produk yang mampu

menjana keuntungan tunai yang besar. Ia mempunyai pasaran yang kukuh bagi produk sedia

ada. Jika dibandingkan antara tenusu dan minuman fungsian ini, tenusu mempunyai jualan

Page 172: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

147

rajah11.3: Makanan fungsian mengikut kategori, Indonesia, 1999 – 2013

Rajah 11.4:Makananfungsianmengikutkategori,Filipina,1999–2013

rajah11.5: Makanan fungsian mengikut kategori, Thailand, 1999 – 2013

rajah11.6: Makanan fungsian mengikut kategori, Malaysia, 1999 – 2013

Page 173: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

148

runcit yang lebih besar dan syer pasaran yang lebih tinggi. Ini bermakna makanan fungsian

berasaskan tenusu paling berpotensi untuk menjana keuntungan yang tinggi. Sebaliknya,

bagi bar snek, ia berada di segmen tanda soal dengan jualan yang masih kecil. Bar snek ini

memerlukan modal yang agak besar agar produk ini dapat dikembangkan dan diperluaskan di

pasaran. Sekiranya produk ini mampu menguasai pasaran, ia berpotensi berganjak ke segmen

bintang. Namun, sekiranya ia tidak mampu menguasai pasaran, ia berkemungkinan memasuki

segmen anjing yang tidak diberi keutamaan untuk dibangunkan. Bagi minuman fungsian dan

roti, kedua-dua kadar pertumbuhan dan syer pasaran berkadar rendah. Namun, bagi saiz jualan

runcit, minuman ringin mempunyai jualan runcit yang lebih besar. Justeru, segmen ini tidak

berpotensi untuk dibangunkan sebaliknya ia sesuai untuk dilihat secara keseluruhan strategi

pembangunan produk di dalam segmen ini.

jadual11.5: Kadar pertumbuhan majmuk tahunan – CAGR

Indonesia (%) Filipina (%) Thailand (%) Malaysia (%)

Tenusu 13.26 7.71 5.89 3.32Minuman fungsian 13.72 8.97 7.01 6.67Minuman ringan 15.22 9.55 6.57 8.99Roti dan biskut 29.29 12.09 9.37 3.53Bar snek 58.56 7.71 14.53 4.25

Bagi pasaran makanan fungsian di Filipina, Boston Matriks menunjukkan tenusu, minuman

ringan dan minuman fungsian berada di segmen bintang. Kedua-dua kadar pertumbuhan dan

syer pasaran bagi produk ini adalah tinggi. Kadar pertumbuhan yang tinggi ini boleh membuka

peluang baru dengan menggunakan pengguna yang sama dan baru. Dengan kadar penguasaan

pasaran yang turut tinggi, firma dapat menjana pulangan tunai yang mencukupi. Dengan ini

sesebuah firma mampu beroperasi melalui sumber pembiayaan sendiri. Dari sudut jualan

runcit, saiz bebola menunjukkan tenusu mempunyai saiz yang paling besar. Ini bermakna,

tenusu mempunyai jualan runcit yang paling besar diikuti minuman fungsian dan minuman

ringan. Bagi bar snek, ia menunjukkan syer pasaran yang rendah. Ini bermakna, pasaran bagi

snek bar di Filipina agak lemah dan tidak berpotensi untuk dibangunkan. Bagi pasaran untuk

roti dan biskut fungsian, ia berada di segmen tanda soal, menandakan ia berkemungkinan

untuk berkembang ke segmen bintang ataupun berkemungkinan memasuki segmen yang tidak

berpotensi, iaitu segmen anjing.

rajah11.7: Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Indonesia

Tinggi

Tinggi

Page 174: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

149

Di Thailand, kadar pertumbuhan industri fungsian tenusu adalah rendah. Namun, syer

pasaran adalah tinggi. Ini menempatkan produk tersebut di segmen lembu kontan. Ia menjana

tunai dan keuntungan yang tinggi bagi produk yang telah kukuh di pasaran. Namun, bagi

produk-produk minuman ringan dan fungsian, ia berada di tengah-tengah di antara segmen

lembu kontan dan anjing. Ini bermakna sekiranya syer pasaran ini semakin meningkat, ia akan

menjana tunai yang banyak di segmen lembu kontan. Jika sebaliknya, ia tidak berpotensi untuk

dibangunkan dan perlu dilabur semula. Bagi produk roti dan biskut (bakery), ia berada di

segmen tanda soal dan hampir memasuki segmen anjing. Ia memerlukan strategi pasaran baru

untuk ditingkatkan dan diluaskan di pasaran. Sekiranya ia tidak mampu meningkatkan pasaran,

ia akan sepenuhnya memasuki segmen anjing dan sukar untuk dikembangkan lagi.

Di Malaysia, segmen pasaran makanan fungsian turut berbeza jika dibandingkan dengan

negara-negara yang dibincangkan tadi. Minuman fungsian berada di segmen bintang dengan

kedua-dua kadar pertumbuhan dan syer pasaran yang agak tinggi. Ini menunjukkan produk

ini perlu menjadi fokus utama dalam pembangunan produk dan berupaya untuk menguasai

pasaran dan memenuhi permintaan. Ia berpotensi menjana pendapatan yang lumayan sekiranya

ia dapat terus kekal di dalam ‘kuadran tersebut. Bagi makanan fungsian tenusu, syer pasaran

agak tinggi dan kadar pertumbuhan adalah rendah, menempatkan produk ini dalam segmen

lembu kontan. Ini jelas menunjukkan tenusu merupakan produk yang berterusan menjana

keuntungan bagi produk sedia ada.

rajah11.8: Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Filipina

Tinggi

Tinggi

rajah11.9: Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Thailand

Tinggi

Tinggi

Page 175: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

150

Bagi minuman ringan yang berada dalam segmen tanda soal pula, ia menunjukkan

produk tersebut memerlukan strategi pasaran yang efektif untuk meningkatkan syer pasaran.

Syer pasaran yang rendah bagi produk ini memberi kesan keuntungan yang sederhana ke atas

produk ini. Bar snek dan roti pula berada di segmen anjing yang mana produk di segmen ini

mempunyai kadar pertumbuhan dan syer pasaran yang rendah. Ini menunjukkan bar snek dan

roti tidak mempunyai potensi untuk dibangunkan pada hadapan.

rajah11.10: Analisis Boston Matriks ke atas segmen makanan fungsian bagi pasaran Malaysia

Tinggi

Tinggi

11.4.2 makananfungsianpasarantempatan(malaysia)Di Malaysia, tiada definisi rasmi serta peraturan yang khusus berkaitan makanan fungsian.

Kebiasaannya ia merujuk kepada kategori makanan konvensional, tetapi berbeza dengan

nutraceuticals (Lau et al. 2012). Kebanyakan produk fungsian direkodkan bersama dengan

makanan bukan fungsian yang lain. Justeru, tiada data yang khusus mengenai saiz pasaran,

import dan eksport makanan mahupun minuman fungsian. Di Malaysia, semua makanan,

minuman dan bahan-bahan makanan yang diimport atau buatan tempatan dikehendaki

mematuhi peraturan makanan. Undang-undang dan peraturan utama di Malaysia untuk

makanan ialah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, Peraturan-peraturan

Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Undang-undang dan Peraturan-peraturan halal (Lau et

al. 2012). Dalam usaha untuk mengawal kualiti dan keselamatan produk-produk fungsian ini,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik tiga badan untuk mengambil bahagian

dalam pelaksanaan undang-undang untuk makanan berfungsi. Tiga badan ini terdiri daripada

Jabatan Kualiti Makanan, Jawatankuasa Codex Kebangsaan Malaysia dan Biro Farmaseutikal

Kebangsaan (Abu Kasim et al. 2009).

Pasaran untuk makanan fungsian adalah luas dan semakin berkembang di Malaysia.

Produk-produk makanan fungsian adalah berdaya saing dan pelbagai produk sering

dibangunkan. Selari dengan peningkatan jualan runcit makanan fungsian, perbelanjaan

runcit per kapita bagi produk fungsian turut menunjukkan trend yang positif (Rajah 11.11).

Ini bermakna, kecenderungan rakyat Malaysia membeli produk berfungsi semakin meningkat.

Peningkatan ini dipengaruhi oleh pendedahan dan kesedaran penduduk Malaysia terhadap

produk-produk yang berkhasiat dan dapat meningkatkan kesihatan (Lau et al. 2012).

11.4.3 penyelidikandanpembangunan(r&d)makananfungsiandimardiTerdapat pelbagai penyelidikan berkenaan makanan fungsian yang telah dilaksanakan

di MARDI. Hasil pengumpulan data daripada sistem PROPER MARDI dan juga kerjasama dari

Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Pusat Penyelidikan Nanoteknologi dan Bioteknologi,

Page 176: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

151

sebanyak 68 teknologi berkaitan makanan fungsian telah dihasilkan sepanjang tahun 2006

sehingga 2015. Daripada keseluruhan teknologi tersebut, 49 teknologi adalah dari Pusat

Penyelidikan Sains Makanan dan selebihnya, 19 teknologi adalah dari Pusat Penyelidikan

Nanoteknologi dan Bioteknologi (Rajah 11.12). Maklumat lanjut mengenai teknologi ini

ditunjukkan seperti dalam dalam Lampiran I dan II.

Rajah 11.13 menunjukkan bilangan teknologi makanan fungsian MARDI yang telah

dipatenkan mengikut tahun dari tahun 2005 sehingga 2014. Teknologi daripada makanan

fungsian paling banyak dipatenkan pada tahun 2011 iaitu tujuh teknologi. Senarai lanjut

makanan fungsian yang dipatenkan ini ditunjukkan seperti dalam Lampiran III.

Bagi 68 teknologi makanan fungsian yang dihasilkan oleh MARDI sepanjang tahun 2005

sehingga 2014, sebanyak 37% kajian adalah tertumpu pada makanan fungsian berasaskan

buah, diikuti 18% berasaskan herba, 12% berasaskan sayur-sayuran, 10% berasaskan rumpai

dan 9% berasaskan beras (Rajah 11.14). Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tenusu

merupakan antara makanan fungsian yang mempunyai syer pasaran yang besar di Malaysia.

Namun, penyelidikan berasaskan tenusu di MARDI masih terhad. Sepanjang tahun 2005

sehingga 2014, hanya satu kajian fungsian berasaskan tenusu dilakukan. Penyelidikan yang

rajah11.11: Nilai jualan runcit dan perbelanjaan runcit perkapita makanan fungsian di Malaysia

rajah11.12: Teknologi makanan fungsian MARDI 2006 – 2015

rajah11.13:Teknologi fungsian MARDI yang telah dipatenkan 2005 – 2014

Page 177: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

152

telah dijalankan seharusnya juga membantu membangunkan produk minuman berfungsi

kerana mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi.

Peratusan keseluruhan ini dipecahkan kepada pusat-pusat yang terlibat. Hasil kajian

menunjukkan kajian fungsian Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan lebih tertumpu

pada makanan fungsian berasaskan buah, diikuti herba, beras dan ubian. Berbeza dengan Pusat

Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, mereka lebih tertumpu pada kajian makanan

fungsian berasaskan kelapa, diikuti buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan beras.

rajah11.14: Teknologi fungsian MARDI mengikut komoditi

rajah11.15: Komoditi teknologi makanan fungsian mengikut pusat penyelidikan

Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknolog

11.5 sarananLebih banyak penyelidikan bahan-bahan fungsian tempatan perlu dilaksanakan. Malaysia mempunyai

kepelbagaian biologi yang kaya dengan flora dan fauna dan boleh menawarkan potensi sumber besar

bahan-bahan bioaktif atau pelbagai jenis makanan baru berfungsi (Tee 2011; Lau et al. 2012). Kerjasama

antara ahli akademik dan industri adalah penting untuk penyelidikan dan pembangunan masa depan

dan pertumbuhan makanan berfungsi tempatan (Tee 2011; Lau et al. 2012). Dengan ini, peluang-

peluang perdagangan dan segmen baru yang menguntungkan akan muncul untuk industri tempatan

dan di peringkat global.

Berasaskan dapatan kajian yang telah dibincangkan, keputusan menunjukkan segmen yang

menjadi tumpuan utama makanan berfungsi ialah minuman fungsian, tenusu dan minuman ringan.

Justeru, penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk atau teknologi makanan berfungsi mengikut

kategori ini haruslah diberi keutamaan. Bagi minuman fungsian, ia mempunyai kadar pertumbuhan

yang tinggi saban tahun dan syer pasaran yang besar. Ini bermakna, ia mempunyai potensi yang tinggi

untuk dikembangkan lagi. Selain itu, jika dilihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh MARDI, ia

Page 178: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

153

lebih memfokuskan kepada kajian berasaskan buah dan herba. Justeru, minuman berfungsi ini bukan

keupayaan (non-capabilty) MARDI. Dengan itu, perlunya kajian lebih mendalam untuk minuman

fungsian ini. Bagi makanan fungsian berasaskan tenusu pula, ia mempunyai penguasaan pasaran

yang besar namun kadar pertumbuhan adalah rendah. Maka, perlunya kajian penyelidikan mengenai

rangkaian produk baru (new product lines) makanan fungsian berasaskan tenusu. Bagi minuman ringan

seperti jus buah-buahan dan minuman penambah tenaga pula, ia masih memerlukan pelaburan yang

besar untuk memenuhi permintaan pasaran. Ia berpotensi untuk dikembangkan dan diperluaskan

dengan lebih meluas. Kajian yang mendalam bagi semua produk-produk ini mampu membantu negara

menguasai pasaran makanan fungsian dengan jayanya.

11.6 rumusanMakanan fungsian menjadi semakin penting bagi industri makanan di Malaysia. Sesetengah pengguna

percaya bahawa makanan fungsian menawarkan ciri-ciri diet yang sihat, meningkatkan kesihatan secara

keseluruhan, mengurangkan risiko penyakit dan memperbaiki keadaan kulit (Phuah et al. 2015). Kajian

ini telah mengumpulkan maklumat yang komprehensif mengenai makanan berfungsi, definisi makanan

berfungsi beberapa buah negara dan organisasi yang berbeza, serta undang-undang dan badan-badan

kawal selia di Malaysia. Kajian ini turut memaparkan jualan dan penguasaan pasaran bagi negara-

negara Asia Pasifik termasuklah Malaysia.

11.7 rujuKanAbu Kasim, A., Rashilah, M., Rawaida, R. dan Mohamed Faireal, A. (2009). Understanding consumer demand

towards functional foods. Laporan Projek Tahunan 2009, MARDI

Agriculture and Agri-Food Canada (2014). Opportunities and challenges facing the Canadian functional foods and

natural health products sector. Diperoleh pada 14 Mac 2015 daripada http://www5.agr.gc.ca/resources/prod/

doc/pdf/ffnhp_opportunities_challengesafpsn_possibilites_defis-eng.pdf

Agri-food Trade Service (2009). Consumer Trends: Functional Foods. Agriculture and Agri-Food Canada

Alzamora, S.M., Salvatori, D., Tapia, S.M., Lopez-Malo, A., Welti-Chanes, J. dan Fito, P. (2004). Novel funtional

foods from vegetable matrices impregmated with biologically active compound. Journal of Food Engineering

67: 205 – 214

Arshad, F. (2002). Functional foods from the dietetic perspective. Jurnal Kesihatan Masyarakat 8(S): 8 – 13

Collins Internet-linked Dictionary of Business (2005). Third Edition. Glasgow: Harper Collins Publishers

Shimizu, T. (2003). Health claims on functional foods: the Japanese regulations and an international comparison.

Nutrition research reviews 16(02): 241 – 252

Singletary, K.W. dan Morganosky, M.A. (2004). Functional foods: consumer issues and future challenges. Journal of

Food Distribution Research 35(1): 1 – 5

Siro, I., Kapolna, E., Kapolna, B. dan Lugasi, A. (2008). Functional food. Product development, marketing and

consumer acceptance - A review. Appetite 51(3): 456 – 467

Sloan, A.E. (2000). the top ten functional food trends. Food Technology 54: 33 – 62

Sloan, A.E. (2002). The top ten functional food trends. The next generation. Food Technology 56: 32 – 57

Sloan, A.E. (2004). The top ten functional food trends. Food Technology 58: 28 – 51

Diplock, A.T., Aggett, P.J., Ashwell, M., Bornet, F., Fern, E.B. dan Roberfroid, M.B. (1999). Scientific concepts of

functional foods in Europe: Consensus Document. British Journal of Nutrition 80(11): S1 – S27

Lau, T.C., Chan, M.W., Tan, H.P., dan Kwek, C.L. (2012). Functional food: a growing trend among the health

conscious. Asian Social Science 9(1): 198 – 208

Phuah, K.T., Rezai, G., Mohamed, Z. dan Shamsudin, M.N. (2015). Socio-demographic profile in purchasing natural

and synthetic functional foods in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity 5(7): 604

Page 179: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

154

lampirani: Senarai teknologi makanan fungsian Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan

Bil. Tahun Nama teknologi

1 2006 Buah-buahan – sisa pembuangan – serat daripada pink guava 2 2007 Herba-konfektion herba (coklat panned berinti herba, herbal energy bar, confectionery jelly and ladoo 3 2009 Soursop – makanan berfungsi 4 2010 Produk berkhasiat daripada beras perang dan beras kisar

5 2011 Nuget tuna diperkaya serat 6 2011 Nutri juice (high free phenolic acid fruit juice) 7 2011 Sosej tuna kaya omega 8 2011 Tepung ubi keledek vitAto 9 2012 Minuman kaya antioksidan berasaskan limau kasturi10 2012 Minuman alkaloid tinggi daripada kubis11 2012 Beras perang cambah dengan gamma amino asid butirk (Germinated brown with GABA)12 2012 Serat kaya antioksidan daripada sisa mengkudu dan daun jambu13 2013 “Granola bar” berasaskan varieti beras tradisional Sarawak14 2013 Kek dan cookie berasaskan rumpai laut15 2013 Minuman probiotik daripada teh hijau16 2013 Nuget rumpai laut 17 2013 Pracampuran bubur rumpai laut18 2013 Sapuan rumpai laut19 2013 Snek rumpai laut20 2013 Sos rumpai laut21 2014 Glais buah kaya antioksidan daripada kulit tembikai 22 2014 Kompaun buah kaya antioksidan untuk produk konfeksi 23 2014 Komposit buah campuran kaya serat dan antioksidan 24 2014 Pulpa buah komposit kaya isoflavon 25 2014 Pulpa buah tinggi antioksidan 26 2014 Serbuk asam gelugur dengan potensi pengurusan berat badan 27 2014 Serbuk elektrolit dengan buah tropika28 2014 Serbuk buah prebiotik29 2014 Serbuk mikrokapsul jambu batu merah tinggi antioksidan 30 2014 Serbuk terung asam dengan potensi antikolesterol 31 2014 Buah kering dengan ciri prebiotik 32 2014 Ramuan GABA daripada beras perang33 2014 Tepung beras perang pragelatinisasi kaya dengan asid ferulik dan serabut gentian34 2014 Ekstrak fungsian tinggi prolin daripada bahan sampingan akuakultur 35 2014 Ekstrak piawai daripada biji durian, nangka dan cempedak bersifat antikolesterol36 2014 Produk herba/buah-buahan yang mempunyai aktiviti antioksidan37 2014 Produk propolis dan herba yang bersifat `chemo-preventive’™ semula jadi38 2014 Serbuk anti-radang daripada halia39 2014 Serbuk antikolesterol daripada daun kari 40 2014 Serbuk makanan berfungsi daripada rumpai laut tempatan41 2014 Serbuk serat antioksidan cendawan tempatan42 2015 Bar cendawan - buah-buahan dengan antioksidan dan serat diet43 2015 Kultur Lactobacillus plantarum44 2015 Minuman teh herba daripada `wild pepper’45 2015 Produk berasaskan daun kari dan halia yang tinggi mahanimbine, gingerol dan shgoal46 2015 Produk minuman tinggi asid kaffeik47 2015 Reduced fat-reduced sugar, reduced kalories with less gluten and high b-glucan kek lapis Sarawak48 2015 Serbuk limau kasturi tinggi floretin49 2015 Serbuk sup cendawan dengan antioksidan dan diet serat

Page 180: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

155

lampiranii: Senarai teknologi makanan fungsian Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi

Bil. Tahun Nama teknologi

1 2008 VCO yang ditambah nilai untuk aktiviti antimikrobial yang berspektrum luas 2 2009 Teknologi penghasilan produk berantioksidan tinggi daripada buah-buahan tempatan 3 2009 Teknologi penghasilan beta-glukan daripada cendawan tempatan 4 2009 Teknologi pengekstrakan berenzim fosfolid daripada kelapa 5 2009 Teknologi penghasilan produk mikrobial berantioksidan tinggi 6 2009 Teknologi penghasilan enzim transglutaminase halal 7 2010 Teknologi penghasilan enzim pencernaan daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tempatan 8 2010 Teknologi penghasilan enzim suplemen daripada hasil fermentasi buah-buahan 9 2010 Teknologi penghasilan enzim mikrobial sebagai makanan tambahan

10 2011 Teknologi penghasilan makanan berfungsi berasaskan kekacang yang kaya dengan GABA dan antioksidan

11 2012 Teknologi penghasilan makanan dan minuman berfungsi berasaskan kelapa

12 2013 Formulasi ekstrak tumbuhan bagi pembangunan makanan terapeutik khusus kepada pencegahan penyakit diabetik

13 2013 Kefungsian cuka berasaskan kelapa14 2013 Teknologi fermentasi penghasilan ekstrak aktif berasaskan bahan sampingan kelapa dan beras untuk

industri penjagaan kulit15 2013 Teknologi penghasilan maltodekstrin menggunakan tindak balas enzim untuk industri makanan dan

farmaseutikal berasaskan beras hancur dan sukun16 2014 Teknologi penghasilan probiotik pelbagai fungsi untuk kultur pemula, ramuan makanan dan produk

sedia dimakan 17 2014 Satu formulasi koktail fitonutrien yang mempunyai aktiviti antikanser dan antidiabetik18 2014 Satu formulasi koktail fitonutrien yang mempunyai aktiviti anti neurodegenerative dan antikardiovaskular

19 2015 Teknologi pengestrakan sebatian polifenol daripada misai kucing dan pembangunan produk dengan nilai bioserapan yang tinggi

Page 181: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

156

lampiraniii: Senarai teknologi makanan fungsian yang telah dipatenkan

Job no. Intellectual property Inventors/Assignee

PT 2005/12/0013 Modified coconut oils with broad antimicrobial spectrum

Kamariah Long

PT 2008/03/0034 Granola bar roselle Sharifah Shamsiah Mohamad, Che Rahani Zakaria, Latifah Md Saad

PT 2009/09/0037 Plant extract with antimicrobial activity Mohd Shukri Mat Ali

TS 2011/01/0002 Juice product with high free phenolic compund Dr. Suri Roowi (100)

PT 2011/03/0058 Process to increase the production of a bioactive compound in Phyllanthus sp.

Indu Bala Jaganath (70),Chandradevan Machap (30)

PT 2011/03/0059 A Method for preparing Phyllanthus extract/process for preparation and validation extraction rich in gallotannin and ellagitannin mixture from Phyllanthus

Indu Bala Jaganath(50),Sanimah Simoh (30),Chandradevan Machap (20)

PT 2011/03/0060 A cocktail from Phyllanthus and a process for preparing the cocktail for reducing cholesterol level in blood and ‘hepatoprotection’ reaction to medicament resulting to negative effect

Mohd. Rosly Shaar i(70), Shanmugavelu Sithambaram (20), Indu Bala Jaganath (10)

PT 2011/03/0061 Phyllanthus coctail for prevention/treatment for dengue Prof. Shamala Devi Sekaran (UM-70), Indu Bala Jaganath(30)

PT 2011/11/0068 Nutraceutical agent for multiple health benefit and method thereof

Kamariah Long (50), Koh Soo Peng (20), Noorjahan Banu Mohd. Alitheen (UPM-20), Yeap Swee Keong (UPM-10)

PT 2011/11/0069 Process of dietary fiber powder from pink guava by products

Aida Hamimi Ibrahim (60),Zolkafli Aris (40)

PT 2012/03/0079 Non-diary multi-functional yougurt from coconut based by-product

Kamariah Long (60), Shaiful Adzni Sharifudin (30), Arno Wengkamp (10)

PT 2012/08/0086 Isolation of Phytosterol Mohd Nazrul Hisham (50), Suri Roowi (30), Mohd Lip Jabit (20)

PT 2013/02/0088 High throughput screening to validate health benefit of phytonutrient from selected fruits and herbs

Indu Bala A/P S. Jaganath (40), Mohd Waznul Adly B. Mohd. Zaidan (20), Chandradevan Macap (20), Lina Rozano (10), Shazwan Abd Shukor (5), Mohd Rosly Shaari (5)

TS 2013/02/0007 Dev. of high phloretin-g (antioxidant rich) from lemon myrtle and/or citrus residue

Dr. Suri Roowi (100)

PT 2013/11/0096 Fermented coconut testa extracts with cosmeceutical functionalities

Dr. Kamariah (35), Anisah Jamaluddin (35), Nur Yuhasliza (20), Dang Lelamurni (10)

PT 2014/04/0102 A non-sweet palatable food supplement emulsion derived from virgin coconut oil

Dr. Koh Soo Peng (45), Dr. Kamariah Long (20), Mdm Shariah Loh Long (5), Prof Dr. Tan Chin Ping (UPM 10), Dato Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad (MOSTI 20)

PT 2014/07/0104 High pressure saturated steam condition and solvent selectivity for the improvement of the polyphenols extraction of “misai kuching” leaves (polyphenol compounds extraction from herbal plants)

Dr. Kamariah (55), Nursyamirah Binti Abdul Razak (UPM 20), Azlina Mohd Danial (10), Dr. Yeap Swee Keong (10), Anisah Jamaluddin (5)

High caffeic acid drink and standardized extract from “misai kuching” (Orthosiphon stamenius)

Dr. Suri Roowi (70), Nurazrin Ezrina Abdul Mubdi (15), Arif Zaidi Jusoh (15)

Page 182: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

157

12.0 KajianpenandaarasanteKnologipengeluarantembiKai

12.1 pendahuluanKajian menanda aras teknologi pengeluaran tembikai dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan

teknologi yang dipraktis oleh petani tembikai di Malaysia. Di samping itu, kajian ini menilai tahap

penggunaan teknologi di Malaysia sama ada tinggi, sederhana atau rendah.

Penyelidikan ini melibatkan analisis perbandingan antara teknologi yang diamalkan oleh petani

dengan amalan teknologi yang terbaik dan sesuai bagi tembikai seperti yang disarankan oleh penyelidik

dan manual penanaman MARDI serta Jabatan Pertanian. Seterusnya, jurang yang wujud dapat dikenal

pasti. Kajian ini melibatkan tiga jenis tanaman tembikai iaitu tembikai, tembikai wangi (rockmelon) dan

tembikai susu (honeydew).

Objektif kajian yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1. Menanda aras teknologi penanaman tembikai di Malaysia.

2. Menilai teknologi/amalan/praktis yang memberikan hasil yang tinggi di kalangan pengusaha

tanaman tembikai.

Kajian ini penting bagi memperkasakan dan menentukan hala tuju industri pengeluaran tembikai. Melalui

kajian menanda aras, teknologi yang efektif dikenal pasti dapat dicadangkan untuk diaplikasi. Maklumat

serta input yang diperoleh boleh dimanfaatkan bagi membangunkan teknologi baru di samping mampu

meningkatkan daya saing pengeluaran tembikai negara.

12.2 latarbelaKangSecara keseluruhan, negara pengeluar tembikai terbesar dunia ialah negara China diikuti dengan

Republik Iran, Turki, Brazil dan Mesir. Sekurang-kurangnya 66.7% pengeluaran tembikai dunia adalah

dari negara China iaitu bersamaan dengan 72,943,838 tan metrik ( FAOSTAT 2015).

Kajian ini adalah seiring dengan objektif Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) iaitu

untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan secara komersial terutamanya buah-buahan untuk

eksport dengan menilai tahap penggunaan teknologi terlibat. Tembikai adalah antara buah tropika

yang menjadi fokus utama negara dan berada di tangga yang ketiga dalam senarai buah-buahan yang

boleh dikomersialkan (DAN 2010). Keluasan bertanam terkini adalah 11,174 hektar pada tahun 2014,

dengan purata hasil 20.7 tan metrik per hektar. Walaupun berlaku penurunan keluasan bertanam yang

berhasil, namun berlaku peningkatan dari aspek purata hasil jika dibandingkan dengan tahun-tahun

sebelumnya. Jelas menunjukkan wujudnya suntikan teknologi dan juga kecekapan pengurusan ladang

bagi penanaman tembikai di Malaysia (Perangkaan Agromakanan 2014). Malaysia turut mencatatkan

pengeluaran yang agak tinggi pada tahun 2013 iaitu sebanyak 209,599 tan metrik dan sedikit kenaikan

pada tahun 2014 dengn jumlah pengeluaran 220,226 tan metrik (Jabatan Pertanian 2014). Malaysia

adalah antara negara pengeksport terbesar di dunia bagi komoditi tembikai. Eksport paling tinggi adalah

ke negara Singapura, China, Jepun dan Timur Tengah.

Secara amnya mengikut protokol yang telah digariskan buah tembikai di bahagikan kepada

dua kategori iaitu melon dan tembikai (Department of Horticulture, OSA 2010). Namun di Malaysia

melon atau tembikai masih dikategorikan dalam kumpulan tembikai. Semua tembikai adalah daripada

keluarga Cucurbitaceae juga daripada keluarga botani yang sama seperti labu dan timun. Tembikai,

Page 183: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

158

tembikai wangi (rockmelon) dan tembikai susu (honeydew) adalah yang paling banyak ditanam dan

mudah diperoleh di Malaysia.

Penanaman tembikai wangi menggunakan teknik fertigasi iaitu satu teknologi moden di mana

larutan baja diberikan secara langsung kepada akar pokok. Penggunaan teknologi fertigasi memudahkan

proses kerja di samping meningkatkan hasil pengeluaran. Fertigasi merupakan gabungan daripada

perkataan fertilizer dan irrigation yang membawa maksud pengagihan baja dan air secara serentak.

Manfaat penanaman secara fertigasi adalah untuk mengelak penyakit bawaan tanah (soil born disease)

yang menyerang akar seperti Phytium dan Fusarium. Manakala teknik konvensional masih dianggap

pilihan yang terbaik bagi penanaman tembikai dan tembikai susu iaitu di atas batas tanah yang

memerlukan kawasan lebih luas agar tanaman dapat mencari nutrisi dan zat sendiri.

Industri tanaman tembikai merupakan antara industri yang berpotensi untuk berkembang

dengan lebih pesat. Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti masyarakat pada hari ini cenderung untuk

mengamalkan diet yang sihat dan mempunyai kesedaran untuk memilih produk yang berkualiti.

Fenomena ini berkait rapat dengan faktor pengetahuan mengenai kesihatan dan kemampuan dari segi

kewangan. Berdasarkan permintaan ke atas buah ini di pasaran domestik dan potensinya untuk bersaing

di pasaran luar negara, pengeluaran buah tembikai wajar dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan

pengguna.

12.3 metodologiKajianBagi mencapai objektif kajian, penyelidikan menggunakan data primer dan sekunder. Data sekunder iaitu

berkaitan teknik penanaman secara teknikal dan praktikal adalah merujuk kepada manual dan laporan

pegawai agensi pertanian (MARDI, Jabatan Pertanian dan FAMA). Manakala data primer diperoleh

daripada petani yang mengusahakan tanaman tembikai. Proses pengumpulan data dilakukan melalui

temu bual bersemuka ke atas 80 orang petani. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan

tertuju. Kumpulan pertama ialah kumpulan petani tembikai wangi (rockmelon) yang mengamalkan

penanaman secara fertigasi (27 orang responden) manakala kumpulan kedua ialah kumpulan petani

tembikai dan tembikai susu (honeydew) yang melaksanakan penanaman secara konvensional (53 orang

responden). Responden yang terlibat terdiri daripada peserta Projek Berkelompok, Projek Tanah Terbiar,

Projek Bawah Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan petani individu.

Borang soal selidik dibangunkan berdasarkan parameter kajian menggunakan soalan tertutup

(close ended) dan terbuka (open ended). Sebanyak tujuh parameter tanda aras bagi teknologi penanaman

tembikai yang dibangunkan adalah seperti yang berikut:

i. Teknologi pengurusan air

ii. Teknologi penanaman

iii. Teknologi pembajaan

iv. Teknologi amalan agronomi

v. Teknologi pengurusan penyakit dan kawalan serangga perosak

vi. Teknologi pengendalian lepas tuai

Bagi mengenal pasti amalan penggunaan teknologi yang terbaik di kalangan petani, kaedah logik kabur

(fuzzy logic) dilakukan. Kajian ini memfokuskan penggunaan model logik kabur dalam membantu

penambahbaikan dalam analisis data dan memberi kesimpulan yang tepat berkaitan penilaian tahap

penggunaan teknologi di kalangan petani tembikai di Malaysia.

Indeks penanda aras dikategorikan kepada tiga iaitu, baik, sederhana dan rendah berdasarkan

parameter yang dinilai seperti yang berikut: baik: ≥ 0.6, sederhana: 0.36 ≥ x ≤ 0.59 dan rendah: ≤ 0.35.

Page 184: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

159

12.4 dapatanKajiandanperbincanganCarta Spider dijana bagi menunjukkan parameter yang terlibat di samping menilai faktor-

faktor teknologi yang berpotensi untuk tembikai. Hasil dapatan digunakan untuk menentukan

tahap amalan teknologi bagi petani tembikai wangi dan petani tembikai. Penanaman tembikai

dan tembikai susu melibatkan kaedah konvensional iaitu di atas batas. Maka bagi memudah

cara, kajian dibahagikan kepada kumpulan penanaman secara fertigasi (terbuka dan tertutup)

serta kumpulan penanaman secara konvensional. Namun kajian ini bukanlah melibatkan

perbandingan amalan secara khusus bagi setiap tanaman. Walaupun ketiga-tiga kumpulan

tembikai tersebut berada dalam kumpulan buah yang sama, adalah tidak adil dilakukan

perbandingan terutama dari aspek struktur penanaman. Memandangkan penanaman tembikai

wangi menerima lebih suntikan teknologi berbanding dengan penanaman tembikai dan

tembikai susu.

12.4.1 profilpetaniSebagaimana yang dapat dilihat (Jadual 12.1),majoriti petani daripada kedua-dua kumpulan

penanaman terdiri daripada lelaki. Hanya sebilangan kecil petani adalah wanita. Penanaman

tembikai wangi dipelopori oleh golongan yang purata berumur 35 tahun dan 48 tahun bagi

tembikai serta tembikai susu. Secara keseluruhannya petani tembikai wangi mempunyai

sekurang-kurangnya diploma atau ijazah. Berdasarkan temu bual, mereka perlu menyiapkan

proposal bagi melayakkan diri untuk menyertai program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

(TKPM) atas insentif kerajaan bawah seliaan Jabatan Pertanian. Teknik fertigasi memerlukan kos

yang sangat tinggi kerana menggunakan teknologi moden yang terkini. Para peserta ternyata

komited dan teliti dalam mempraktikkan amalan teknologi berdasarkan manual dari agensi

jadual12.1: Profil petani penanaman tembikai

Perkara Elemen Tembikai wangi (%) Tembikai/tembikai susu (%)

Jantina

Umur

Lelaki Wanita20 – 3031 – 4041 – 5051 – 6061 – 70

85.214.825.9355.5611.13.70.03.7

96.23.8

11.54 19.23 25.00 25.00 19.23

Pendidikan Sekolah rendahSekolah menengahIjazah/diplomaLain-lain

3.725.948.122.2

20.873.61.93.8

Pekerjaan utamaPekerjaan sampingan

Petani tembikaiBerniagaSektor kerajaanSektor swasta

92.67.400

94.35.71.90

Pengalaman menanamStatus

Pinjaman

Pemilik sepenuhnyaPemilik dan penyewaPenyewaLadang kontrakTiada pinjaman Agrobank Bank perdaganganTEKUN

≥3 tahun (73.1) 3.7

40.718.514.844.4 29.6 3.7 7.4

≥10 tahun (76.92)28.330.235.83.8

90.67.5-

1.9

Sumber: Survei 2015

Page 185: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

160

pertanian terlibat iaitu dari buku manual MARDI juga Jabatan Pertanian. Antara komponen-

komponen fertigasi yang diberikan pinjaman secara percuma kepada ahli program adalah

khidmat nasihat, praktikal, bumbung SPH, jentera dan barang input.

Purata umur bagi petani tembikai wangi lebih muda berbanding dengan petani tembikai.

Sejarah membuktikan pertanian tembikai telah lama bertapak di Malaysia sekitar 1940-an. Jelas

menunjukkan petani tembikai mempunyai pengalaman berkaitan penanaman dan dipelopori

oleh generasi yang lebih berusia. Merujuk kepada purata pendapatan (per ekar) pula, petani

tembikai wangi mendapat pulangan yang lebih tinggi walau penanaman adalah berskala kecil.

Majoriti petani tembikai wangi mempunyai pengalaman melebihi 3 tahun (73.1%) dan

merupakan pemilik dan penyewa bagi ladang fertigasi. Petani tembikai serta tembikai susu

adalah lebih berpengalalaman dalam penanaman tembikai. Segelintir petani bawah ladang

kontrak dan penyewa bagi ladang fertigasi. Kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran

untuk 5 tahun pertama petani bawah program TKPM. Namun mereka perlu menjalankan

penanaman secara komited dan menunjukkan hasil yang positif. Sekurang-kurangnya 44.4%

petani tembikai wangi dan 90.6% petani tembikai serta tembikai susu tidak membuat pinjaman

dan selebihnya membuat pinjaman daripada Agrobank, Bank Perdagangan serta TEKUN.

Majoriti petani tembikai wangi adalah pemilik dan juga penyewa. Hanya sebilangan

kecil di bawah ladang kontrak. Petani tembikai dan tembikai susu pula, majoriti adalah

terdiri daripada penyewa dan juga pemilik serta penyewa ladang yang diusahakan. Hampir

keseluruhan petani tembikai tidak membuat pinjaman dengan purata 90.6%.

Bahagian seterusnya akan membincangkan dapatan amalan penggunaan teknologi

penanaman tembikai di kalangan petani terlibat.

12.4.2 amalanpenggunaanteknologipenanamantembikaii) tembikaiWangi(teknikFertigasi)

Tembikai wangi ialah tanaman berstruktur yang memerlukan penjagaan dan pemantauan yang

teliti serta konsisten. Pengetahuan teknikal diperlukan melibatkan pembacaan berkaitan kaedah-

kaedah, cara bancuhan serta kuantiti tepat bagi baja dan racun. Bagi teknologi pengurusan air,

petani menggunakan sistem penitis automatik (automatic dripper) dalam memastikan tanaman

mendapat air secara berkesan dan mengikut keperluan. Dari aspek teknologi penanaman

tembikai wangi, majoriti petani menggunakan coco peat kerana mudah diperoleh dan harga

yang murah. Responden memilih varieti Glamour dari Taiwan kerana faktor kesesuaian dengan

iklim tropika Malaysia dan kemanisan yang tinggi (13 °Brix). Benih varieti Glamour, tidak perlu

direndam di dalam air bersama Thiram atau Captan kerana benih ini telah terawat. Benih

disediakan di dalam polybag hitam dan diletakkan di bawah bumbung Sistem Pelindung Hujan

tertutup (SPH). Polybag hitam dikenal pasti mempunyai ketahanan yang kuat iaitu susah rosak

atau terkoyak jika dibandingkan dengan penggunaan polybag putih.

Secara keseluruhannya, hasil daripada pemerhatian dan temu bual bersama petani

tembikai wangi, mereka peka kepada keperluan penanaman secara fertigasi. Terdapat dua jenis

larutan baja utama bagi fertigasi iaitu larutan A dan B. Larutan A terdiri daripada kalsium nitrat

dan zat ferum. Manakala larutan B diwakili oleh kalium nitrat, mono kalium hidrogen fosfat,

magnesium sulfat, zink sulfat, kurum sulfat, asid borik dan ammonium molibdat. Larutan A dan

larutan B disediakan mengikut sukatan berdasarkan panduan yang disyorkan. Kedua-kedua

larutan tidak dicampurkan secara serentak bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia

iaitu kehilangan fosforus dan menyebabkan pembajaan kurang berkesan. Bagi memastikan

kualiti dan berat buah terjamin, keperluan baja diberi mengikut fasa pertumbuhan.

Seterusnya, bagi pengurusan penyakit dan serangga perosak, pewaris aktif yang diguna

pakai oleh majoriti responden adalah Benomyl, Mancozeb dan Malathion. Manakala bagi

Page 186: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

161

jadual12.2: Parameter penggunaan teknologi bagi penanaman tembikai wangi, tembikai dan tembikai susu

Teknologi parameter Tembikai wangi Tembikai/tembikai susu

pengurusanairSistem terlibat Sumber air

Sistem penitis automatik Kolam dan tube well

PenitisSungai dan tube well

teknologipenanamanMedium penanaman Coco peat Tanah pasir/bris

Penyediaan tanaman

Komponen penanaman

Polybag (hitam)/plug polistirena

SPH, pam, dripper, mikrotiub, paip, hos, paip (utama , tertier, sekunder), tangki larutan, filter, digital timer

Dulang semaian (tray), sungkupan (helaian plastik bersalut aluminium)Jentera, dripper, pam, paip, hos

Penggunaan benih Glamour Super Dragon/Jade Dew

Pembajaan Larutan A dan B Organik (tahi ayam) dan foliar

pengurusanpenyakitdanseranggaperosak

Benomyl, Mancozeb, Malathion Mancozeb, Malathion, alternatif sendiri

pengendalianlepastuaiTempoh buah dipetikPenyimpananPengangkutan

65 – 75 hariTerus diangkut ke loriLori

60 – 70 hariStor/bangsalLori

Spesifikasi gred

amalanpengurusanagronomiJarakPengendalian Tanaman

Pendebungaan

A: 1.7 kgB: 1.5 kg

60 cm x 60 cm dalam 2 barisanCantasan, memotong jalar utama, membuang tunas air, membuang daun tua, melilitMenggunakan tangan dan bantuan lebah

A: 5 kg B : 4 kg (tembikai)A: 2 kg B :1.5 kg (tembikai susu)

2.0 x 2.5 cmMembuat cantasan, membentuk pokok dan pemangkasan sulurMenggunakan tangan

Sumber: Survei 2015

pengendalian lepas tuai, tempoh buah dipetik oleh petani adalah 65 – 75 hari dan buah terus

diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan. Buah tembikai dikelaskan mengikut saiz dan

berat. Gred A bagi tembikai wangi ialah 1.7 kg dan 1.5 kg bagi gred B.

Majoriti petani tembikai wangi menggunakan jarak yang telah ditetapkan dalam buku

manual. Begitu juga dengan aspek pengendalian tanaman merangkumi cantasan, memotong

jalar utama, membuang tunas air, membuang daun tua serta melilit. Lebah pula yang

ditempatkan di dalam rumah hijau dijadikan sebagai agen pendebungaan kerana serangga ini

mampu menyebarkan debunga serta mengahwinkan bunga jantan dan betina. Penggunaan

lebah sebagai agen pendebungaan memberi manfaat dan menjimatkan masa kerana

kapasiti pokok yang banyak pasti melambatkan proses pendebungaan jika dilakukan secara

manual (Rajah 12.1).

ii) tembikaidantembikaisusu(teknikKonvensional)

Hasil kajian ini turut menunjukkan petani tembikai dan tembikai susu telah menggunakan

teknologi pengurusan air. Begitu juga dari aspek pemilihan biji benih, penyediaan tanaman

dan pengurusan penyakit serta serangga perosak. Selari dengan kemajuan teknologi terkini,

mereka memberi suntikan teknologi yang baru kepada penanaman tembikai serta tembikai

susu bagi memastikan mutu buah adalah lebih baik dan berkualiti. Seperti yang disyorkan oleh

penyelidik MARDI, petani tembikai dan tembikai susu menggunakan penitis (dripper) bagi

memastikan buah mendapat air yang secukupnya. Air merupakan antara elemen terpenting

dalam memastikan hasil buah adalah baik. Tembikai terdiri daripada 92% air dan memerlukan

air sepanjang musim.

Page 187: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

162

Penggunaan benih yang paling popular di kalangan petani tembikai pula ialah Super

Dragon dan Jade Dew bagi tembikai susu. Benih tersebut diimport dari Taiwan dan faktor hasil

yang tinggi, buah yang lebih seragam serta bermutu memainkan peranan dalam pemilihan

benih.

Parameter yang seterusnya adalah amalan pengurusan agronomi. Majoriti petani membuat

jarak penanaman ialah 2.0 cm lebar x 2.5 cm panjang. Bagi pengendalian tanaman, hanya

melibatkan cantasan, membentuk pokok serta pemangkasan sulur. Petani konvensional juga

dilihat menggunakan tanah berpasir dan tanah bris bagi medium penanaman. Selain itu, mereka

turut menggunakan dulang semaian (tray) bagi penyediaan benih tanaman yang diletakkan

di bawah bangsal terbuka bagi teknik pemanasan iaitu memberi haba dan mempercepatkan

percambahan. Teknik pemanasan ini membantu meningkatkan pertumbuhan anak benih yang

seragam (Rajah 12.2).

Bagi aspek pembajaan, baja organik (tahi ayam) masih menjadi pilihan utama untuk

penanaman secara konvensional. Kematangan buah tembikai dan tembikai susu adalah lebih

cepat. Tempoh sesuai untuk buah dipetik adalah pada 60 – 70 hari. Kemudian buah akan

disimpan di stor atau bangsal, seterusnya diangkut dengan lori oleh pemborong dan FAMA

untuk dipasarkan. Gred A ialah 5 kg bagi tembikai dan 2 kg bagi tembikai susu. Manakala Gred

B ialah 4 kg bagi tembikai serta 1.5 kg bagi tembikai susu. Bagi pengendalian tanaman terdapat

aktiviti yang tidak sama seperti yang disarankan. Pengendalian tanaman hanya melibatkan

cantasan, membentuk pokok dan pemangkasan sulur sahaja. Aktiviti pendebungaan masih lagi

secara manual memandangkan mereka mempunyai tenaga pekerja melebihi dua orang.

Sistem Pelindung Hujan bagi fertigasi tertutup Penyediaan anak benih dalam ‘tray’

Jarak penanaman: 60 cm x 60 cm, dalam 2 barisan

Tembikai wangi (Glamour) Gred A: Rupa bentuk, dan jaring yang elok dengan kemanisan 13 °Brix

Penyimpanan: Petik, kumpul dan diangkut ke atas lori

Sumber: Survei 2015

rajah12.1: Amalan penggunaan teknologi terlibat bagi teknik penanaman tembikai wangi secara fertigasi

12.4.3 tandaarasamalanteknologipenanamantembikaiWangiKajian ini telah menggunakan tiga indeks menanda aras iaitu baik, sederhana dan tidak

baik berdasarkan parameter yang telah dibuat penilaian. Skala 1.0 mewakili keadaan yang

terbaik dan 0 mewakili yang paling kurang baik. Merujuk kepada (Rajah 12.3) parameter

yang menghampiri nilai satu menunjukkan antara indikator terbaik yang menyokong tahap

penggunaan teknologi pengeluaran tembikai wangi di Malaysia. Amalan teknologi pembajaan

mencapai tahap yang terbaik diikuti dengan amalan teknologi penanaman, amalan pengurusan

agronomi dan teknologi pengurusan air. Terdapat petani yang boleh dijadikan penanda aras dari

segi penggunaan teknologi iaitu melibatkan tiga teknologi parameter iaitu teknologi pengurusan

air, teknologi pengendalian lepas tuai dan teknologi pengurusan penyakit. Teknologi yang

dinyatakan menunjukkan indeks yang tertinggi yang melebihi 0.6.

Bagi penanaman tembikai wangi, aspek yang dikenal pasti sebagai faktor kejayaan yang

menentukan penghasilan buah yang berkualiti adalah pembajaan. Melalui teknik fertigasi, baja

dapat diberikan secara langsung kepada akar pokok mengikut kuantiti, masa dan kekerapan

yang ditetapkan. Penggunaan baja yang berlebihan tidak memberi manfaat kepada tanaman

tembikai. Selain itu penggunaan baja yang tidak dikawal menyumbang kepada pencemaran air

bawah tanah serta meningkatkan kos pengeluaran.

Bagi amalan penggunaan teknologi penanaman, majoriti petani menggunakan benih

Glamour iaitu daripada Taiwan. Benih Glamour ternyata mendapat tempat di pasaran, buah

lebih manis dan rupa bentuk jaring (netting) adalah lebih cantik. Kemanisan buah varieti

Glamour sangat tinggi iaitu pada skala 13 °Brix. Darjah Brix adalah satu kaedah untuk

mengukur tahap kemanisan dalam larutan buah. Satu °Brix bersamaan 1 g sukros (gula) dalam

Page 188: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

163

Teknologi penanaman: sungkupan Teknologi pengurusan air Jarak penanaman: 2.0 cm x 2.5 cm

Pengendalian lepas tuai: penyimpanan buah di bangsal/stor

Buah tembikai dibawa ke atas van/lori

Teknologi pengurusan air: sumber air adalah dari Tube well Bangsal pemanasan benih

Sumber: Survey 2015

rajah12.2: Amalan penggunaan teknologi terlibat bagi teknik penanaman tembikai dan tembikai susu secara konvensional

rajah12.3:Skor indeks parameter teknologi penanaman tembikai wangi (rockmelon)

Page 189: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

164

setiap 100 g larutan cecair yang kepekatan dalam unit peratus. Malahan hasil temu bual, varieti

Glamour tidak pernah berlaku lambakan dan pengeluaran adalah tidak mencukupi di mana

permintaan melebihi pengeluaran.

Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian 12.4.2, bawah amalan agronomi, penyelidik

MARDI telah mengesyorkan jarak penanaman yang sesuai bagi tembikai wangi adalah 60 cm x

60 cm dalam 2 barisan. Kaedah ini ternyata mampu menambahkan kepadatan tanaman untuk

memaksimumkan hasil. Selain itu, penggunaan jarak tanaman tersebut memudahkan petani

untuk mendapat susunan penanaman (planting arrangement) tembikai yang sesuai di samping

memaksimumkan pertumbuhan dan hasil serta kualiti tembikai yang diperoleh.

Secara praktikalnya, penggunaan penitis automatik (automatic dripper) membantu dalam

memastikan air yang disalurkan mencukupi untuk tanaman. Malahan tiada percikan dan

kotoran di kawasan sekeliling.

Merujuk taburan indeks yang diperoleh, majoriti penggunaan teknologi di kalangan

petani (melibatkan sekurang-kurangnya 21 responden) yang mengusahakan tanaman tembikai

wangi adalah pada tahap sederhana iaitu pada skala 0.36 – 0.59. Manakala 6 orang responden

pada tahap tinggi iaitu skala 0.6 dan ke atas di mana segala aspek berkaitan tanaman adalah

mengikut amalan fertigasi terkini dan dipantau secara konsisten.

12.4.3 tandaarasamalanteknologipenanamantembikaidantembikaisusuSeterusnya kajian turut dilaksanakan ke atas 53 orang responden yang terlibat dengan

penanaman tembikai dan tembikai susu secara konvensional. Analisis mendapati teknologi

pengendalian lepas tuai adalah antara amalan penggunaan teknologi yang terbaik bagi petani

tembikai dan tembikai susu. Begitu juga dengan teknologi pembajaan dan teknologi pengurusan

air. Pengendalian lepas tuai adalah antara aspek yang kelihatan mudah namun ia merupakan

faktor penting dalam memastikan setiap buah berada dalam keadaan yang baik untuk sampai

ke destinasi jualan. Manual daripada MARDI dan Jabatan Pertanian ternyata membimbing

petani untuk menuai buah-buahan pada tempoh matang yang sesuai iaitu 60 – 70 hari untuk

pelbagai pasaran. Buah tembikai dan tembikai susu lebih mudah pecah dan dikumpulkan

dengan cermat.

Bagi aspek pembajaan, baja organik (tahi ayam) adalah baja yang terbaik untuk

mendapatkan hasil buah yang elok. Namun petani turut mencampurkan baja organik bersama

baja foliar bagi memastikan tanaman lebih sihat. Selain itu baja organik terproses (teravanti)

turut menjadi pilihan petani.

Merujuk kepada spider chart (Rajah 12.5), seorang petani boleh dijadikan penanda

aras dalam amalan penggunaan teknologi pengurusan air. Skor yang ditunjukkan adalah

menghampiri 1. Pengurusan air yang efisien amat perlu terutama semasa peringkat penyediaan

tanaman serta pembesaran pokok. Menggunakan pengairan titisan akan membantu mencegah

penyakit Powdery Mildew kerana penyiraman adalah di peringkat akar umbi iaitu 4 – 6 inci ke

dalam tanah. Sistem pengairan titis (dripper) adalah berkesan, tiada pembaziran dan melibatkan

kos pembangunan yang sederhana.

Manakala teknologi yang paling kritikal adalah teknologi pengurusan penyakit dan

teknologi penanaman. Hasil pemerhatian dan temu bual bersama petani, didapati majoriti

petani menggunakan alternatif lain iaitu campuran racun perosak atas inisiatif diri sendiri. Bagi

pengurusan penyakit dan serangga perosak, terdapat pestisid yang disarankan dalam manual

namun tidak lagi diguna pakai seperti Profenofos, Metamidofos, Prothiophos dan Triazofos

yang mengandungi toksin yang tinggi. Faktor ini yang menyumbang kepada keputusan yang

menunjukkan skor rendah iaitu pada skala 0.3 – 0.1. Begitu juga dengan teknologi penanaman

turut menunjukkan skor rendah yang hampir sama.

Page 190: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

165

rajah12.4:Indeks penanda aras teknologi penanaman tembikai wangi

rajah12.5: Skor indeks parameter teknologi penanaman tembikai dan tembikai susu (honeydew)

Majoriti petani tidak mengikut panduan buku manual bagi pemilihan medium penyediaan.

Mereka menggunakan tanah liat dan berpasir yang mempunyai ciri-ciri kesesuaian terbaik

berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang penanaman

tembikai. Malah ada yang turut menggunakan ‘coco peat’ yang dicampur dengan tanah

berpasir bagi medium penanaman.

Faktor sosio demografi iaitu usia dan pengalaman mempengaruhi penggunaan teknologi

di kalangan petani konvensional terutamanya bagi teknologi pengurusan penyakit dan serangga.

Rajah 12.6 menunjukkan indeks penanda aras bagi petani tembikai dan tembikai susu

secara konvensional. Data yang diperoleh menunjukkan majoriti petani berada di tahap

penggunaan teknologi yang sederhana. Sebanyak 94.5% daripada petani berada pada skala

0.36 – 0.59. Manakala 5.7% petani tembikai dan tembikai susu adalah pada tahap teknologi

yang baik iaitu pada skala 0.6 dan ke atas. Mereka boleh dijadikan penanda aras dari segi

amalan penggunaan teknologi yang terbaik. Antaranya ialah teknologi pengendalian lepas

tuai, teknologi pembajaan dan teknologi pengurusan air. Walaupun majoriti petani adalah

pada tahap amalan penggunaan teknologi sederhana, namun berkemungkinan mereka lebih

Page 191: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

166

efisien dan efektif dari segi beberapa amalan teknologi yang menyebabkan kumpulan ini, tidak

mengikut panduan seperti yang disyorkan. Di samping itu, mereka masih mendapat hasil yang

agak tinggi walaupun tidak mengamalkan teknologi yang terbaik.

12.4.4 analisisKorelasiAnalisis pekali korelasi Pearson turut dijalankan ke atas penanaman tembikai wangi, tembikai

dan tembikai susu. Secara keseluruhannya, (Jadual 12.3 dan Jadual 12.4) indeks teknologi

mempunyai hubungan yang signifikan dan berkorelasi positif dengan pendapatan serta jumlah

pengeluaran. Daripada analisis korelasi dapat dinyatakan semakin tinggi tahap penggunaan

teknologi dalam penanaman tembikai, maka pengeluaran dan pendapatan yang diperoleh

adalah semakin meningkat. Bukti konklusif ini dapat dilihat dengan merujuk purata pendapatan

petani yang dikenal pasti terbaik dalam amalan penggunaan teknologi.

rajah12.6:Indeks penanda aras teknologi penanaman tembikai dan tembikai susu

jadual12.3: Analisis pekali korelasi bagi pendapatan tembikai

Fuzzy index Pendapatan tembikai

Fuzzy index Pearson correlation 1 .253*

Sig. (1-tailed) .012

N 80

jadual12.4: Analisis pekali korelasi bagi jumlah pengeluaran

Fuzzy index Jumlah pengeluaran

Fuzzy index Pearson correlation 1 .199*

Sig. (1-tailed) .039*

N 80 80

Page 192: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

167

rajah12.7: Jurang teknologi antara petani tembikai wangi dan tembikai/tembikai susu

12.4.5 jurangindekspenandaaras

Pada umumnya terdapat perbezaan jurang antara petani yang mendapat skor tertinggi dengan

skor yang terendah berdasarkan penggunaan amalan teknologi yang diaplikasi. Jurang antara

petani yang tertinggi dengan yang terendah bagi kedua-dua jenis penanaman adalah kecil.

Ini membuktikan tiada perbezaan yang ketara dari aspek penggunaan amalan teknologi

antara petani yang terendah dengan petani yang tertinggi serta terbaik bagi setiap kumpulan

penanaman. Secara keseluruhan penggunaan teknologi adalah hampir seragam. Namun

pemindahan teknologi perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan

teknologi industri berdaya saing.

12.4.6 pengecamanteknologibaruSecara khususnya, dapatan kajian menunjukkan indeks teknologi bagi petani tembikai adalah

pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian membuktikan, petani tidak mengikuti kesemua

panduan daripada agensi pertanian terlibat. Faktor pengalaman dan inisiatif sendiri telah

dikenal pasti membawa kepada amalan teknologi yang dipilih. Daripada hasil pemerhatian,

para petani mempunyai kumpulan perbincangan dan pakar rujuk di kalangan mereka. Terutama

petani yang lebih berpengalaman dan mendapat hasil yang lebih tinggi. Teknologi yang

dikenal pasti sebagai inovasi terkini adalah campuran baja organik bersama kalium nitrat bagi

mendapatkan buah yang lebih manis. Hasil temu bual bersama petani dan mencuba sendiri

hasil buah, ternyata kalium nitrat menyumbang kepada kemanisan buah jika dibandingkan

dengan hasil buah tanpa penambahan kalium. Penggunaan ‘spreader’ iaitu sejenis pelekat

yang berbentuk cecair yang digunakan bersama racun serangga atau racun kulat membantu

racun untuk melekat lebih lama pada tanaman walaupun pada waktu hujan. Majoriti petani

mempunyai masalah apabila hujan kerana perlu melakukan penyemburan berulang kali.

Namun melalui penggunaan spreader, ia membantu untuk meningkatkan prestasi racun

perosak agar penyebaran lebih efektif.

Page 193: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

168

12.5 sarananBerasaskan dapatan kajian, bagi memastikan peningkatan hasil pengeluaran, beberapa pelan tindakan

yang sesuai dan bersinergi perlu dirancang. Penyelidikan perlu ditumpukan dalam aspek penggunaan

dan pemilihan pestisid bagi kawalan penyakit dan serangga perosak yang lebih berkesan serta sesuai

untuk tanaman.

Selain itu, aspek teknologi pengendalian lepas tuai juga perlu diberi tumpuan. Isu umum

bagi buah dan sayuran di Malaysia adalah kurang mengembangkan pasaran akhir yang lebih tinggi

terutamanya fokus bagi penggredan dan pemprosesan yang berkesan. Seharusnya kajian yang akan

datang mengambil kira aspek ini.

Bagi merapatkan jurang teknologi petani yang terendah dengan tahap tertinggi, seharusnya petani

yang mencatatkan skor tertinggi dijadikan model dan pengetahuan yang diimplementasikan seharusnya

menjadi perkongsian serta panduan agar manfaat diperoleh untuk semua.

Sebagai saranan, MARDI disyorkan untuk menambah baik buku manual, terutama bagi penanaman

tembikai secara konvensional agar selari dengan keperluan penanaman tembikai. Langkah ini mampu

menyumbang kepada kemahiran dan pengetahuan para petani ke arah meningkatkan produktiviti dan

daya saing.

12.6 rumusanSecara keseluruhan amalan penggunaan teknologi adalah hampir seragam. Sekurang-kurangnya 22%

daripada petani dan pengusaha tembikai wangi adalah berada pada tahap terbaik dan 78% adalah pada

tahap sederhana dari aspek amalan penggunaan teknologi. Insentif daripada kerajaan secara khususnya,

bagi petani bawah program TKPM, merupakan antara faktor di mana para petani mempraktikkan amalan

penanaman dengan mengikuti buku manual. Manakala amalan penggunaan teknologi bagi petani

tembikai ialah 5.7% pada tahap terbaik dan 94.3% adalah pada tahap sederhana.

Analisis fuzzy logic memberikan bukti yang konklusif bagi perbandingan teknologi setiap kumpulan

tanaman. Indikator yang tertinggi bagi penanaman tembikai wangi adalah teknologi pembajaan,

teknologi penanaman, teknologi pengurusan air dan teknologi amalan pengurusan agronomi. Manakala

bagi penanaman tembikai dan tembikai susu, indikator yang tertinggi adalah teknologi pengendalian

lepas tuai, teknologi pembajaan serta teknologi pengurusan air. Teknologi pengurusan penyakit dan

rajah12.8:Teknologi ‘spreader’

Page 194: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

169

serangga perosak merupakan antara teknologi kritikal yang harus diberi penekanan dalam memastikan

peningkatan produktiviti dan penghasilan buah yang berkualiti.

Dapat dirumuskan, dua elemen yang mempunyai perkaitan signifikan dengan pengeluaran

tembikai adalah pendapatan dan jumlah pengeluaran. Semakin tinggi tahap penggunaan teknologi

dalam penanaman tembikai, maka hasil yang diperoleh adalah semakin positif. Walaupun masih

wujud jurang teknologi antara amalan teknologi terbaik dan terendah di kalangan petani, namun secara

keseluruhan penggunaan teknologi adalah hampir seragam.

Melalui bahagian pengecaman teknologi baru, dapat dirumuskan bahawa, petani tembikai dan

tembikai susu turut terkesan dengan kaedah moden fertigasi. Melalui fertigasi, unsur kalium diletakkan

dalam larutan B yang disalurkan secara langsung kepada akar pokok. Kaedah ini turut diaplikasikan oleh

petani tembikai dan tembikai susu walaupun mereka terlibat dalam penanaman secara konvensional.

Gabungan teknik moden dan konvensional menunjukkan petani peka dan kreatif dalam memastikan

hasil tanaman adalah lebih baik dan bertepatan dengan kehendak pasaran.

12.7 rujuKanAnon. (2011). Market brief: melons and watermelons. an overview of export potential

USAID: Agricultural credit enhancement and Ministry of Agriculture, Irrigation and Livestock: Statistic and Marketing

Information Department. United State of America

Anon. (2005). Panduan kematangan dan penuaian buah-buahan. Serdang: MARDI

Anon. (2007). Spesifikasi piawaian dan gred tembikai. FAMA

Anon. (2008). Pakej teknologi tembikai. Jabatan Pertanian Malaysia

Anon. (2014). Komoditi tembikai. Perangkaan agromakanan

Anon. (2015). Melons: Cantaloupe, Muskmelon, Honeydew, Crenshaw, Casaba. Department Of Horticulture,

Oregon State of University. Diperoleh pada 5 Oktober 2015 dari: http://horticulture.oregonstate.edu/content/

melons-cantaloupe-muskmelon-honeydew-crenshaw-casaba-etc-0

Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H., Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2015).

Manual teknologi fertigasi penanaman cili, rockmelon dan tomato. Edisi ketujuh. Serdang: MARDI

Page 195: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 196: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

171

13.0 KajianpenandaarasandanmemprospeKteKnologipengeluaranpadi

13.1 pendahuluanIndustri padi sering diberi keutamaan oleh kerajaan dalam setiap strategi dan polisi negara sejak Dasar

Pertanian Negara Pertama lagi (DPN1). Dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011 – 2020),

kerajaan mensasarkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi kepada 5.0 mt/ha secara purata pada

tahun 2020. Sasaran tahap sara diri diunjurkan berkurangan daripada 71.5% pada tahun 2015 kepada

69.8% menjelang tahun 2020 (DAN 2011). Pengeluaran padi negara dijangka meningkat daripada 2.55

juta metrik tan pada tahun 2013 kepada 2.91 juta metrik tan pada tahun 2020 dengan nilai keanjalan

pengeluaran padi ialah 0.79 (Raziah dll. 2010).

Inovasi dalam teknologi pengeluaran padi seperti pengenalan varieti baru, pembajaan, kawalan

rumpai, penyakit dan perosak dan mekanisasi memainkan peranan yang penting dalam peningkatan hasil

padi di samping perubahan sosioekonomi dan alam sekitar. Indeks tanda aras teknologi pengeluaran

padi di Malaysia masih di tahap sederhana iaitu 0.52 (Rosnani dll. 2015). Wujud jurang yang besar

antara amalan teknologi di kalangan petani yang terbaik dan yang terendah.

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan amalan teknologi pengeluaran padi dan tahap daya

saing amalan teknologi di Malaysia dengan amalan terbaik negara-negara terpilih di dunia. Selain itu,

kajian ini juga melihat teknologi yang berpotensi yang boleh diterima dan lebih efisien dengan keadaan

alam sekitar di Malaysia.

Kajian ini penting bagi menangani isu tahap amalan teknologi yang rendah dalam usaha

memperkasakan industri pengeluaran padi negara melalui pengukuhan teknologi janaan MARDI supaya

lebih mampan dan berdaya saing dalam pasaran domestik dan mampu menembusi pasaran global.

Menanda aras teknologi-teknologi di negara terpilih membolehkan MARDI mengenal pasti jurang

amalan teknologi antara Malaysia dengan negara lain yang mempunyai teknologi yang lebih baik.

Setelah mengenal pasti teknologi yang sesuai dengan persekitaran negara, pengadaptasian teknologi

dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan berkesan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul boleh

dimanfaatkan bagi membangun teknologi baru yang bersesuaian dengan persekitaran di Malaysia.

Objektif umum kajian ini adalah untuk menanda aras dan memprospek teknologi pengeluaran

padi di Malaysia. Objektif khusus adalah seperti yang berikut:

i. Menanda aras teknologi pengeluaran padi

ii. Menilai teknologi yang berpotensi dan sesuai dengan persekitaran untuk diadaptasi di dalam negara

13.2 latarbelaKang

13.2.1 statuspengeluaranpadiduniaBeras merupakan makanan ruji kebanyakan negara di dunia terutamanya negara ASEAN.

Negara yang mempunyai keluasan terbesar untuk tanaman padi ialah India, China, Indonesia

dan Thailand, manakala pengeluar terbesar padi di dunia ialah China, India, Indonesia dan

diikuti oleh Bangladesh. Namun begitu, negara yang mempunyai produktiviti padi tertinggi di

dunia pada tahun 2013 ialah Australia dengan 10.22 tan/ha, diikuti dengan Amerika Syarikat

(8.62 tan/ha), Jepun (6.73 tan/ha) dan China (6.72 tan/ha). Vietnam merupakan negara yang

mempunyai produktiviti padi yang tertinggi di Asia Tenggara dengan purata hasil 5.57 tan/ha

Page 197: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

172

jadual13.1: Keluasan, pengeluaran dan hasil padi dunia, 2013

Negara Pengeluaran (tan) Keluasan (ha) Hasil (tan/ha)

Australia 1,161,120 113,638 10.22Amerika Syarikat 8,613,090 86,237 8.62Jepun 10,758,000 1,599,000 6.73China 205,055,000 30,486,000 6.72Vietnam 44,039,300 7,902,810 5.57Indonesia 71,279,700 13,835,300 5.15Brazil 11,758,700 2,348,960 5.01Bangladesh 51,500,000 11,770,000 4.38

Filipina 18,439,400 4,746,080 3.89

Malaysia 2,626,880 688,207 3.82Myanmar 28,000,000 7,500,000 3.73India 159,200,000 43,500,000 3.53Cambodia 9,340,000 3,100,000 3.00Thailand 38,787,700 12,373,200 2.97

Sumber: FAO 2014

diikuti oleh Indonesia (5.15) dan Filipina (3.89). Malaysia berada pada kedudukan di bawah

Filipina dan di atas Myanmar dengan produktiviti padi 3.82 pada tahun 2013 (Jadual 13.1).

Trend hasil padi bagi kesemua negara pengeluar dunia menunjukkan peningkatan daripada

tahun 1980 hingga 2013 (Rajah 13.1). Walaupun terdapat trend yang turun naik untuk purata

hasil Australia, namun berlakunya peningkatan yang besar iaitu hampir dua kali ganda dengan

kadar pertumbuhan 2.07% setahun semenjak tahun 1980 hingga 2013. Australia merupakan

negara pengeluar padi terbaik dari segi kecekapan pengeluaran, kecekapan penggunaan air dan

pengurusan alam sekitar. Purata hasil padi Australia adalah yang tertinggi didunia iaitu 10.22

tan/ha (FAO 2013). Walaupun Australia menyumbangkan hanya 0.2% daripada pengeluaran

padi dunia, namun 85% adalah dieksport yang mewakili 4% perdagangan beras dunia.

Kaedah menanam secara tabur terus merupakan kaedah yang utama digunakan oleh

petani di Australia. Teknologi pengeluaran padi di Australia adalah yang termaju dan tinggi

penggunaan mekanisasi. Kebiasaannya padi ditanam secara pusingan dengan tanaman yang

lain. Sejak 10 tahun lepas, petani padi di Australia telah meningkatkan kecekapan penjimatan

penggunaan air sehingga 60%.

Vietnam juga menunjukkan perubahan yang besar dalam peningkatan hasil dengan

kadar pertumbuhan 2.77% iaitu sekitar 2.2 tan/ha pada tahun 1980 kepada 5.57 tan/ha pada

rajah13.1: Trend hasil padi mengikut negara pengeluar dunia, 1980 – 2013

Page 198: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

173

tahun 2013. Ia berbeza dengan Malaysia, di mana peningkatan purata hasil agak mendatar

dengan kadar pertumbuhan 0.86% setahun. Walaupun Malaysia telah menghasilkan banyak

teknologi pengeluaran padi, namun impak terhadap peningkatan produktiviti adalah sedikit.

Kemungkinan wujudnya faktor-faktor lain yang lebih mempengaruhi dalam peningkatan

produktiviti negara. Perbincangan kajian ini akan membandingkan amalan teknologi

di Malaysia dengan yang terbaik di dunia iaitu negara Australia dan Vietnam. Oleh itu, kajian

ini diharap dapat menjawab semua kekangan dan masalah yang ada dalam sektor pengeluaran

padi di Malaysia.

13.3 metodologiKajianKajian ini dilaksanakan dengan menggunakan data primer dan sekunder. Data primer diambil daripada

survei yang dijalankan di kawasan Jelapang dan luar Jelapang terpilih di Malaysia melibatkan 268 orang

responden. Data sekunder pula diperoleh daripada artikel dalam jurnal, buku, majalah, laman web,

laporan daripada negara terpilih dan artikel berita.

Data dianalisis menggunakan kaedah peratus perihalan dan deskriptif. Selain itu, analisis

secara kualitatif juga dilakukan dengan menyenaraikan teknologi dan amalan teknologi pengeluaran

padi di kalangan petani di negara terpilih iaitu Australia dan Vietnam dengan Malaysia. Seterusnya,

amalan dan teknologi yang berpotensi dan difikirkan sesuai untuk diaplikasi oleh petani di Malaysia

dicadangkan.

13.4 dapatanKajiandanperbincangan

13.4.1 evolusiteknologipengeluaranpadiKaedah penanaman padi secara tradisional banyak menggunakan tenaga manusia dan haiwan

iaitu membajak tanah, menyediakan semaian anak padi, memindahkan anak padi, mengawal

air, membaja, menghalau perosak, menuai, mengasingkan padi dari jerami, menjemur dan

akhir sekali menghasilkan beras. Alat-alatan tradisional seperti kuku kambing, tenggala (bajak

yang dipasang pada kerbau), ketam padi dan sabit digunakan.

Sejarah pembangunan teknologi pengeluaran padi di Malaysia bermula dari pertengahan

1950-an, di mana teknik tanaman padi dua kali setahun disebarkan ke seluruh Semenanjung

Malaysia. Kaedah tabur terus diperkenalkan di kawasan Barat Laut Selangor (Skim Pengairan

Tanjong Karang) pada tahun 1962 dan pada tahun 1966, keseluruhan kawasan Barat Laut

Selangor bertanam dua kali setahun Menjelang 1964, kaedah tabur terus ini menjadi amalan

standard di Skim Pengairan Muda (Kedah). Jadual 13.2 menunjukkan evolusi teknologi

pengeluaran padi di Malaysia dan dibandingkan dengan teknologi terbaik dunia. Perbincangan

berkaitan evolusi teknologi pengeluaran padi adalah berdasarkan parameter yang digunakan

dalam kajian menanda aras dan memprospek teknologi pengeluaran padi di Malaysia (Rosnani

dll. 2015).

13.4.1.1 VarietiPenjanaan varieti-varieti berhasil tinggi bermula pada tahun 1961 apabila Malinja,

Mahsuri dan Ria diperkenalkan dan telah membantu meningkatkan pengeluaran

padi negara. Bermula dengan hasil sekitar satu hingga dua tan/ha pada tahun

1946, pengeluaran padi meningkat kepada tiga hingga empat tan/ha menjelang

1975 di kawasan-kawasan tertentu. Malah, ketika kemuncak Revolusi Hijau di era

1970-an, Malaysia pernah mencapai Tahap Sara Diri (SSL) beras sehingga 90%.

Page 199: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

174

Pembangunan teknologi varieti baru diteruskan dengan mengambil kira

keperluan dan keadaan semasa. Penyelidikan dan pembangunan memberi

tumpuan kepada penghasilan varieti padi yang berhasil tinggi dengan purata 7 –

8 tan/ha dan lebih singkat tempoh matang. Contohnya, pada tahun 2010 MARDI

telah memperkenalkan varieti padi Clearfield yang berhasil tinggi dan tempoh

matang yang singkat iaitu 90 hari. Padi ini diperkenalkan kepada petani untuk

mengatasi masalah padi angin yang menyerang hampir 10% kawasan sawah padi

di Malaysia yang menyebabkan kehilangan hasil sehingga 74% (Azmi dll. 2012a).

Selain itu, varieti MR 253 dan MR 263 diperkenalkan kepada petani

untuk mengatasi masalah tanah sawah yang berasid. Kedua-dua varieti ini juga

memberi hasil yang tinggi dan rintang kepada penyakit. Varieti yang terbaru yang

dilancarkan oleh MARDI pada tahun 2015 ialah MARDI 284 juga merupakan

varieti yang berhasil tinggi. Penghasilan varieti baru yang berhasil tinggi ini

memberi impak dalam peningkatan purata hasil negara daripada 2.6 tan/ha pada

tahun 1970 kepada 3.8 tan/ha pada tahun 2013 dengan jumlah pengeluaran

meningkat daripada 1.41 juta tan metrik pada tahun 1970 kepada 2.63 juta tan

metrik pada tahun 2013.

Pada masa sekarang, teknologi terbaik dunia untuk varieti padi ialah

penggunaan varieti padi hibrid yang berhasil tinggi sehingga 15 tan/ha yang

diperkenalkan di China. Selain itu, varieti yang kurang menggunakan air sehingga

60% seperti Sherpa yang dikeluarkan oleh negara Australia pada tahun 2011

jadual13.2: Perbandingan evolusi teknologi pengeluaran padi

Teknologi Kaedah konvensional Pembangunan teknologi baru Teknologi terbaik dunia

Varieti Sebelum 1970-an:– Hasil rendah (1 – 2 tan/ha)– Tempoh matang panjangSelepas 1970-an:– peningkatan 3 – 4 tan/ha

(Malinja, Mahsuri, RIA)

– Varieti berhasil tinggi (7 – 8 tan/ha) seperti MR 219 dan MR 220

– Tempoh matang singkat– (MR 220 CL1 dan CL2) untuk

menyelesaikan masalah padi angin

– (MR 263, MR 253) untuk tanah yang berasid

– Padi hibrid – diperkenalkan di China

– Sherpa – varieti yang kurang penggunaan air diperkenalkan di Australia (2011)

Kaedah menanam

Sebelum 1970-an sehingga 1980-an:– Menanam secara manual

(mencedong)– Intensif buruh

Tabur terus dan mesin tanam (jentanam)– Untuk menyelesaikan masalah

kekurangan buruh– Mengurangkan masa menanam

Tabur terus – Vietnam dan Australia– Menggunakan jaringan satelit

melalui kaedah pertanian tepat

– Menentukan ketepatan keperluan pertumbuhan pokok padi

Penyediaan tanah

Secara tradisional (tenggaladan haiwan ternakan)– Intensif buruh

Mekanisasi yang sesuai untuk tanah lembut:– Traktor 4 roda– Traktor 2 roda

Menggunakan jentera yang dilengkapi alatan laser dan GPS untuk meratakan tanah sawah– Vietnam dan Australia

Pengurusan air

Bergantung kepada air hujan 1965-an – Skim Pengairan MUDA dan pembangunan kawasan jelapang padi

Menggunakan pam – VietnamMenggunakan komputer (CAD) untuk mereka bentuk sistem pengairan ladang yang cekap– Australia

Penuaian Kaedah manual (sabit dan banting)– Intensif buruh

Mesin jentuai– Mesin penuaian gandum dan

diubah suai untuk padi

Mesin penuaian yang kecil– Vietnam

Page 200: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

175

adalah yang terbaik di dunia dari segi penjimatan air. Walaupun Malaysia telah

memperkenalkan varieti padi Aerob iaitu MARDI Aerob 1 (MRIA 1) pada tahun

2013 untuk mengatasi masalah kekurangan air terutamanya di kawasan luar

jelapang namun ia masih tidak setanding dengan varieti Sherpa ini.

13.4.1.2 KaedahmenanamKaedah menanam yang diamalkan oleh petani sebelum 1970-an sehingga 1980-

an ialah secara tradisional atau manual. Sebelum menanam, petani merendam

benih padi ke dalam air selama tiga hari tiga malam untuk percambahan. Benih

yang telah bercambah akan ditabur ke dalam petak semaian untuk tempoh masa

30 hingga 44 hari sehingga menjadi anak pokok padi. Selepas itu, anak pokok

padi diubah ke dalam petak sawah dengan menggunakan kaedah mencedong

menggunakan alat yang dikenali sebagai kuku kambing. Kerja-kerja mencedong

ini memerlukan tenaga buruh yang ramai dan mengambil masa yang lama.

Kaedah tabur terus yang diperkenalkan pada tahun 1983 telah merubah

industri pengeluaran padi negara. Kaedah ini menjimatkan masa petani dan

mudah dilaksanakan. Teknologi ini juga menyelesaikan masalah kekurangan

buruh di sawah. Kaedah menanam menggunakan jentuai pula diperkenalkan

pada tahun 2002 yang dikenali sebagai ‘Rotor Seeder’ dan ‘Row Seeder’. Kaedah

ini lebih popular di kalangan petani yang menanam untuk pengeluaran benih

padi. Namun begitu, kos penggunaan mesin tanam ini adalah lebih tinggi jika

dibandingkan dengan kaedah tabur terus iaitu sekitar RM970/ha termasuk

kos benih.

Negara Australia dan Vietnam mengamalkan kaedah tabur terus dan mesin

tanam. Selain itu, negara Australia menggunakan jaringan satelit melalui kaedah

pertanian tepat untuk menentukan ketepatan keperluan input pertanian untuk

pertumbuhan pokok padi.

13.4.1.3 penyediaantanahEvolusi penyediaan tanah di Malaysia bermula dengan kaedah tradisional

menggunakan tenggala dan haiwan ternakan seperti kerbau. Aktiviti penyediaan

tanah ini melibatkan kerja-kerja membajak, menyisir dan menggiling tanah untuk

merata dan melembutkan tanah bagi memudahkan penanaman padi. Kesemua

alat yang digunakan oleh petani dalam penyediaan tanah diperbuat daripada

kayu dan ditarik oleh kerbau dengan bantuan buruh atau petani sendiri.

Pembangunan teknologi baru telah memperkenalkan penggunaan jentera

dalam aktiviti penyediaan tanah. Biasanya jentera yang digunakan dalam proses

pembajakan ialah traktor dua dan empat roda. Jentera ini sesuai digunakan dalam

keadaan tanah lembut dan tidak mempunyai ‘hardpan’. Sebaliknya, Australia dan

Vietnam menggunakan teknologi laser dengan peralatan GPS untuk mengenal

pasti kawasan yang perlu diratakan dan proses perataan tanah sawah menjadi

lebih cekap dan seragam.

13.4.1.4 pengurusanairPada masa dahulu, penanaman padi hanya bergantung kepada air hujan. Oleh

itu, penanaman padi pada masa tersebut hanya boleh dilakukan satu musim

sahaja setahun. Namun begitu, setelah adanya pembangunan sistem pengairan

Page 201: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

176

pada tahun 1965 yang dikenali sebagai Skim Pengairan MUDA di Kedah dan

pembangunan kawasan jelapang padi lain yang dikenali sebagai projek pertanian

bersepadu (IADA) penanaman padi telah berubah kepada penanaman dua kali

setahun. Pengurusan air menjadi lebih sistematik dan penanaman padi dapat

dilaksanakan mengikut fasa yang telah ditetapkan dalam jadual penanaman padi.

13.4.1.5 penuaianPenuaian padi pada masa dahulu dikenali sebagai mengetam atau mengerat/

memotong padi. Kaedah ini menggunakan alat seperti pisau atau sabit untuk

memotong pokok padi. Kemudian proses mengasingkan padi daripada tangkai

menggunakan kaedah membanting. Proses menuai ini memerlukan tenaga buruh

yang ramai dan kebiasaannya dilakukan secara gotong-royong. Dengan adanya

kemajuan teknologi, penggunaan mesin penuaian telah diperkenalkan kepada

petani untuk memudahkan dan menjimatkan masa penuaian.

Malaysia masih lagi bergantung kepada mesin penuaian gandum yang

diimport daripada Holland untuk digunakan semasa proses penuaian padi. Mesin

ini telah diubah suai kegunaannya daripada penuaian gandum kepada penuaian

padi. Oleh kerana saiznya yang besar dan berat, masalah tanah jerlus sering

berlaku semasa musim penuaian. Selain itu, masalah kehilangan lepas tuai semasa

penuaian juga tinggi menyebabkan kerugian kepada petani dan juga pengeluaran

negara. Oleh itu, mesin yang lebih kecil dan praktikal seperti yang digunakan

oleh petani di Vietnam perlu diperkenalkan dan digunakan untuk mengurangkan

masalah kerosakan tanah sawah dan membolehkan petani mampu memiliki

sendiri mesin penuaian dengan harga lebih murah.

13.4.2 perananinstitusiKerajaandalamindustripadiInstitusi kerajaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan industri padi dan

beras di Malaysia. Oleh kerana industri padi dan beras merupakan sektor yang penting dalam

dasar jaminan bekalan makanan negara, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk

memastikan bekalan beras terjamin dan berkekalan. Agensi kerajaan yang terlibat secara

langsung dengan industri padi dan beras dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani (MOA) dan agensi-agensi yang ditubuhkan khas untuk pembangunan industri padi

negara. Di bawah MOA, agensi yang berperanan dalam industri padi dan beras ialah Jabatan

Pertanian (DOA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga

Pertubuhan Peladang (LPP) dan 12 agensi yang menguruskan Jelapang padi di Malaysia

iaitu MADA, KADA, PBLS, IADA Seberang Perak, IADA Penang, KETARA, KERIAN, Kemasin

Semerak, IADA Rompin, IADA Pekan, IADA Batang Lupar dan IADA Kota Belud. Pembelian

padi daripada petani diuruskan oleh syarikat BERNAS dan kilang-kilang swasta yang lain.

BERNAS merupakan satu-satunya syarikat besar yang menguruskan pemasaran beras negara

termasuk pembelian beras daripada petani dan pengimportan beras daripada negara luar.

Agensi kerajaan berperanan dalam industri padi melalui program sokongan atau

inisiatif, pembangunan dan penyelidikan (R&D), penghasilan teknologi, agen pengembangan,

pengkormersialan teknologi, latihan petani dan pinjaman atau bantuan dana kewangan.

Jadual 13.3 menerangkan peranan dan sumbangan institusi kerajaan dalam industri padi dan

beras negara. Perbandingan juga dilakukan dengan negara terpilih iaitu Vietnam dan Australia.

Kerajaan Malaysia memberi sokongan harga kepada petani melalui Harga Minimum Terjamin

(GMP) dan Skim Subsidi Harga Padi. Skim Subsidi Harga Padi diuruskan oleh BERNAS melalui

Page 202: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

177

senarai petani yang berdaftar di kilang padi. Selain itu, petani juga menerima subsidi input dan

insentif peningkatan hasil padi.

Sebaliknya di Vietnam tiada subsidi diberikan kepada petani. Kerajaan Vietnam hanya

memberikan insentif kepada petani melalui program-program latihan, menyediakan pinjaman

tanpa faedah sebanyak 50% daripada harga pembelian jentera ladang, dan penyediaan sistem

pengairan dan penambakan tanah. Kerajaan Vietnam yang berideologi sosialis sebelum ini

memberikan hak milik tanah kepada isi rumah yang dikenali sebagai sijil guna tanah. Kawalan

harga di Vietnam dilaksanakan oleh Persatuan Makanan Vietnam (VFA) dengan membeli padi

daripada petani dan mengawal harga eksport beras supaya tidak terlalu rendah semasa musim

menuai. Petani di Australia juga tidak menerima bantuan dan subsidi untuk penanaman padi

sama ada untuk penggunaan tempatan atau eksport. Kerajaan Australia mengenakan tarif ke

atas import beras. Australia mengamalkan sistem pemasaran berpusat dengan membentuk

Lembaga Pemasaran Beras.

Penyelidikan dan pembangunan dan dalam menghasilkan teknologi baru di Malaysia

dilaksanakan oleh MARDI, satu-satunya intitusi penyelidikan yang menjalankan penyelidikan

berkaitan dengan padi di Malaysia. Teknologi yang dihasilkan ialah varieti baru, pakej

agronomi, kawalan rumpai, penyakit dan perosak dan mekanisasi. Manakala, penyelidikan

di Vietnam dilaksanakan oleh dua agensi kerajaan dan juga kelab yang ditubuhkan di mana

ahlinya terdiri daripada petani dan pegawai kerajaan. Antara teknologi yang dihasilkan ialah

mesin perataan tanah dengan sistem GPS, bekerjasama dengan IRRI untuk menghasilkan varieti

berhasil tinggi dan teknologi pengurusan air. Begitu juga dengan Australia, agensi penyelidikan

terdiri daripada agensi kerajaan dan petani sendiri termasuklah pembangunan varieti yang

kurang penggunaan air sehingga 60% dan pembangunan sistem pengairan yang sistematik dan

menggunakan sistem kitar semula air untuk mengelak pembaziran.

Agensi yang terlibat dengan aktiviti pemindahan teknologi kepada golongan sasar

ialah DOA, LPP/PPK dan 12 Jelapang padi di Malaysia. Agensi-agensi tersebut juga terlibat

dalam mengendalikan kursus dan latihan kepada petani. Pembiayaan untuk pembangunan

dan penyelidikan dikeluarkan oleh MOA dan Agrobank. Sebagai modal penanaman, petani

memohon kredit untuk pembelian input dengan kedai-kedai yang menjual input pertanian

dengan pembayaran dibuat selepas jualan padi dilakukan. Sumbangan institusi kerajaan

di Malaysia lebih tertumpu kepada pemberian subsidi. Tumpuan kepada program latihan

kepada petani terutamanya dari segi meningkatkan pemikiran petani kepada konsep “Pertanian

adalah perniagaan” perlu untuk mentransformasikan sektor pengeluaran padi agar dapat

berdaya saing dengan negara terbaik dunia seperti Vietnam dan Australia.

13.4.3 intensitipenggunaaninputteknologiPenghasilan teknologi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu sama ada disebabkan

desakan pasaran (market-pull) atau tolakan teknologi (technology-push). Biasanya penghasilan

teknologi disebabkan desakan pasaran adalah untuk mengatasi masalah yang wujud dalam

industri padi dan beras. Contohnya, pengeluaran varieti baru untuk meningkatkan hasil

dan rintang penyakit yang menjadi ancaman kepada penanaman padi. Selain itu, Sistem

Pengeluaran Clearfield untuk mengatasi masalah padi angin di sawah, manakala Sistem

Pengeluaran Padi Aerob adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air. Kategori tolakan

teknologi pula dihasilkan mengikut perkembangan teknologi terkini dan kemungkinan tidak

sesuai atau tidak dapat diterima oleh petani. Kebanyakan petani di Malaysia masih lagi belum

menggunakan teknologi yang diperkenalkan secara sepenuhnya. Jadual 13.4 menunjukkan

status penggunaan teknologi oleh petani di Malaysia.

Page 203: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

178

jadual13.3:

Per

anan

inst

itusi

ker

ajaa

n da

lam

indu

stri

pad

i

Sum

bang

an In

stitu

siM

alay

sia

Vie

tnam

Aus

tral

ia

Soko

ngan

ker

ajaa

n/in

isia

tif•

B

ERN

AS

mew

akili

ker

ajaa

n da

lam

pen

guru

san

dan

pem

baya

ran

subs

idi k

epad

a pe

tani

, men

guru

s Sk

im

Peng

ilang

an P

adi B

umip

utra

, mem

beli

padi

dar

ipad

a pe

tani

pad

a ha

rga

min

imum

terj

amin

(GM

P).

Pem

beri

an S

ubsi

di in

put

Inse

ntif

peni

ngka

tan

hasi

l

Pers

atua

n M

akan

an V

ietn

am (V

FA) m

embe

li pa

di

dari

pada

pet

ani u

ntuk

men

geka

lkan

kes

tabi

lan

harg

a be

ras

dan

juga

unt

uk m

enge

lakk

an

peng

impo

rt b

eras

men

awar

kan

harg

a te

rlal

u re

ndah

sem

asa

mus

im m

enua

i•

In

sent

if ke

pada

pet

ani m

elal

ui p

rogr

am-p

rogr

am

latih

an•

M

enye

diak

an p

inja

man

tanp

a fa

edah

seb

anya

k 50

% d

arip

ada

harg

a pe

mbe

lian

jent

era

lada

ng•

Pe

labu

ran

kera

jaan

dal

am s

iste

m p

enga

iran

pe

nam

baka

n si

stem

tana

h•

Ke

raja

an id

eolo

gi s

osia

lis m

embe

rika

n ha

k m

ilik

tana

h ke

pada

isi r

umah

yan

g di

kena

li se

baga

i siji

l gu

na ta

nah

Indu

stri

ber

as A

ustr

alia

ber

oper

asi t

anpa

se

bara

ng s

ubsi

di p

enge

luar

an a

tau

eksp

ort

Tari

f ke

atas

impo

rt b

eras

Pem

bent

ukan

sis

tem

pem

asar

an

berp

usat

, sep

erti

Lem

baga

Pem

asar

an

Ber

as

Pem

bang

unan

dan

peny

elid

ikan

1. M

AR

DI

Pe

mba

ngun

an v

arie

ti un

tuk

hasi

l tin

ggi d

an b

eras

ya

ng b

erku

aliti

.

Pem

bang

unan

sis

tem

pen

gelu

aran

yan

g ko

s ef

ektif

, m

ampa

n da

n m

esra

ala

m d

enga

n pe

neka

nan

ke

atas

pen

ggun

aan

inpu

t yan

g op

timum

Pe

ngur

usan

per

osak

dan

pen

yaki

t uta

ma

Pe

mba

ngun

an te

knol

ogi p

enge

ndal

ian

lepa

s tu

ai

dan

pem

bang

unan

pro

duk

yang

cek

ap

1. M

ekon

g D

elta

Dev

elop

men

t Res

earc

h In

stitu

te

(MD

I)2.

Cuu

Lon

g D

elta

Ric

e R

esea

rch

Inst

itute

(CLR

RI)

3. P

etan

i mem

bang

unka

n be

nih

mel

alui

See

d C

lub

Net

wor

k

Pem

biak

baka

an

Men

gelu

arka

n va

riet

i bar

u, p

adi h

ibri

d da

n be

nih

berk

ualit

i tin

ggi

B

eker

jasa

ma

deng

an IR

RI d

alam

m

emba

ngun

kan

vari

eti b

aru

1. R

ural

Indu

stri

es R

esea

rch

and

Dev

elop

men

t Cor

pora

tion

(RIR

DC

)2.

Ric

e R

esea

rch

Aus

tral

ia P

ty L

td (R

RA

PL)

3. R

iceg

row

ers’

Ass

ocia

tion

M

emba

ngun

kan

vari

eti y

ang

kura

ng

men

ggun

akan

air

Si

stem

pen

gair

an y

ang

sist

emat

ik d

an

men

ggun

akan

sis

tem

kita

r se

mul

a ai

r un

tuk

men

gela

k pe

mba

zira

n

Tekn

olog

i•

M

enge

luar

kan

vari

eti b

aru

seja

k ta

hun

1972

Pake

j agr

onom

i•

R

umpa

i, pe

rosa

k da

n pe

ngur

usan

pen

yaki

t•

M

ekan

isas

i•

Pe

rtan

ian

tepa

t

Mes

in p

erat

aan

tana

h de

ngan

sis

tem

GPS

Peng

urus

an a

ir•

M

engh

asilk

an v

arie

ti pa

di b

erha

sil t

ingg

i•

Si

stem

pen

gair

an (9

6%)

Elec

trom

agne

tic s

oil m

appi

ng (E

M38

)•

M

appi

ng te

chno

logy

(EM

31)

GPS

(Glo

bal P

ositi

onin

g Sy

stem

s) a

nd

Prec

isio

n Fa

rmin

g•

C

ompu

teri

sed

Who

le F

arm

Des

ign

and

Lase

r La

nd fo

rmin

g•

G

IS (G

eogr

aphi

cal I

nfor

mat

ion

Syst

ems)

R

emot

e Se

nsin

g•

A

eria

l Mac

hine

ry

(sam

b.)

Page 204: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

179

Sum

bang

an In

stitu

siM

alay

sia

Vie

tnam

Aus

tral

ia

Age

n pe

ngem

bang

an/

peng

korm

ersi

alan

/la

tihan

pet

ani

MA

RD

I, LP

P, D

OA

, MA

DA

, KA

DA

dan

IAD

A•

Fa

rmer

s A

gric

ultu

ral R

esea

rch

and

Exte

nsio

n Sy

stem

Par

tner

ship

(FA

RES

)•

Fa

rmer

s Fi

eld

Scho

ol (F

FS)

Cuu

Lon

g D

elta

Ric

e R

esea

rch

Inst

itute

(CLR

RI)

Seed

Clu

b N

etw

ork

Ric

e G

row

ers’

Ass

ocia

tion

of A

ustr

alia

(R

GA

)•

R

ural

Indu

stri

es R

esea

rch

and

Dev

elop

men

t Cor

pora

tion

Pinj

aman

/pe

runt

ukan

MO

A d

an A

grob

ank

Kre

dit i

nput

di k

edai

-ked

ai r

acun

Min

istr

y of

Agr

icul

tura

l Rur

al D

evel

opm

ent

(MA

RD

)•

In

stitu

si p

inja

man

Kons

ep p

erta

nian

/lada

ng k

ontr

ak

Peta

ni m

emba

yar

levi

unt

uk

peny

elid

ikan

, ger

an p

adan

an o

leh

Kera

jaan

Kom

anw

el s

ehin

gga

0.5%

da

ripa

da N

ilai P

enge

luar

an K

asar

(GV

P)Pe

mas

aran

BER

NA

S

– m

embe

li pa

di d

arip

ada

peta

ni p

ada

Har

ga

Min

imum

Ter

jam

in (G

MP)

mem

astik

an b

ekal

an b

eras

yan

g be

rter

usan

den

gan

harg

a ya

ng b

erpa

tuta

n ke

pada

rak

yat d

enga

n m

engo

ptim

umka

n ra

ngka

ian

pem

beka

lan

Eksp

ort b

eras

di n

egar

a in

i dib

uat m

elal

ui s

yari

kat

perd

agan

gan

nega

ra (S

OE)

(50%

bah

agia

n),

teru

tam

anya

ole

h Pe

rsat

uan

Mak

anan

Vie

tnam

(V

FA)

Dua

SO

E ad

alah

Vin

afoo

d I d

an V

inaf

ood

II

SunR

ice

(Ric

egro

wer

s Li

mite

d) s

tor,

men

gila

ng, p

rose

s, m

embu

ngku

s,

men

guru

skan

jual

an te

mpa

tan

dan

eksp

ort

Peng

ilang

an d

an p

emas

aran

ber

as

dike

ndal

ikan

ole

h pe

tani

jadual13.3:

(sam

b.)

jadual13.4:

Pen

ggun

aan

tekn

olog

i ole

h pe

tani

di M

alay

sia

Tekn

olog

iB

il. te

knol

ogi

Apl

ikas

i ole

h pe

tani

(%)

Kat

egor

iPe

ratu

s (%

)

Var

ieti

4010

0D

esak

an p

asar

an7.

5To

laka

n te

knol

ogi

92.5

Agr

onom

i8

50D

esak

an p

asar

an25

Tola

kan

tekn

olog

i75

Pert

ania

n te

pat

80

Tola

kan

tekn

olog

i10

0M

ekan

isas

i7

29To

laka

n te

knol

ogi

100

Kaw

alan

rum

pai,

peny

akit

dan

pero

sak

633

Tola

kan

tekn

olog

i10

0

Sum

ber:

Dat

a Su

rvei

201

3

Page 205: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

180

Teknologi yang paling banyak dikeluarkan ialah varieti padi iaitu 40 teknologi. Kesemua

petani (100%) menggunakan varieti yang diperkenalkan oleh MARDI. Keadaan ini mungkin

disebabkan oleh akta benih tidak membenarkan petani di Malaysia menanam varieti daripada

negara luar. Akta ini bertujuan menjaga varieti tempatan dan mengawal perpindahan penyakit

daripada pengimportan benih daripada negara luar masuk ke Malaysia. Daripada 40 teknologi

varieti yang dihasilkan, 7.5% adalah disebabkan desakan pasaran atau keperluan untuk

menyelesaikan masalah di sawah dan yang selebihnya 92.5% adalah tolakan teknologi.

Separuh daripada teknologi yang berkaitan dengan bidang agronomi digunakan oleh

petani dimana 25% daripadanya adalah desakan daripada pasaran dan 75% merupakan

tolakan teknologi. Begitu juga dengan penggunaan teknologi mekanisasi dan kawalan rumpai,

penyakit dan perosak masing-masing 29% dan 33% yang digunakan oleh petani. Manakala,

tiada teknologi pertanian tepat digunakan oleh petani. Ketiga-tiga kategori teknologi ini adalah

100% tolakan teknologi.

13.4.4 FaktorpersekitaranFaktor-faktor persekitaran seperti keadaan tanah, air dan sosial turut berperanan dalam

meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara. Perbandingan faktor-faktor persekitaran

antara negara Malaysia, Vietnam dan Australia ditunjukkan seperti dalam Jadual 13.5. Jenis

tanah yang digunakan untuk penanaman padi di Malaysia ialah tanah liat, bris dan berasid.

Petani perlu menggunakan kapur GML untuk meningkatkan PH tanah agar sesuai untuk

penanaman padi. Produktiviti padi di Malaysia dipengaruhi oleh keadaan kesuburan tanah

dan juga keadaan cuaca. Didapati kesuburan tanah adalah berbeza mengikut jelapang padi

dan juga di luar jelapang. Petani yang berada di kawasan yang kurang subur atau tanah yang

menghadapi masalah perlu mengaplikasikan baja dengan lebih banyak berbanding dengan

petani di kawasan yang lebih subur. Keadaan ini berbeza dengan keadaan tanah di Vietnam, di

mana faktor limpahan air banjir yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan Delta Mekong

dapat menyuburkan kawasan penanaman padi.

Di Australia pula, petani hanya menanam padi di kawasan tanah liat untuk mengelak

berlakunya resapan air semasa musim penanaman. Petani mengamalkan amalan teknologi

baik untuk mengurangkan kerosakan dan meningkatkan kesihatan tanah sawah. Selain itu,

petani juga mengamalkan pusingan tanaman yang optimum dan membiarkan tunggul padi di

dalam sawah untuk memperbaiki struktur tanah.

Teknik-teknik pertanian tepat diamalkan oleh petani untuk mengatasi masalah kekurangan

tanah yang merupakan kekangan kepada industri padi dan beras di Australia. Maklumat data

sekunder menunjukkan produktiviti padi yang tinggi di negara Australia dan Vietnam juga turut

dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keadaan tanah, cuaca dan faktor alam sekitar. Selain

itu, faktor sosial seperti kerjasama antara petani dan kesedaran di kalangan petani yang tinggi

dalam menggunakan teknologi juga turut mempengaruhi negara-negara berkenaan dapat

meningkatkan produktiviti padi dan mengekalkan pencapaiannya.

13.4.5 statusteknologidiKalanganpetanidimalaysia

13.4.5.1 teknologiyangdigunakanolehpetaniTeknologi yang banyak digunakan oleh petani di Malaysia ialah varieti padi,

penyediaan tanah, pembajaan, dan kawalan rumpai, penyakit dan perosak.

Hampir kesemua varieti yang dikeluarkan dan diperkenalkan oleh MARDI telah

digunakan oleh petani. Jadual 13.6 menunjukkan taburan penggunaan varieti

padi mengikut kawasan jelapang dan luar jelapang. Sebanyak 36% daripada

Page 206: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

181

jadual13.5: Faktor-faktor persekitaran Malaysia, Vietnam dan Australia

Faktorpersekitaran

Malaysia Vietnam Australia

Tanah • Tanah bris, tanah liat gembur

• Perlu gunakan Ground Magnesium batu kapur (GML) untuk meningkatkan pH tanah

• Tanah di Delta Sungai Mekong adalah berbeza-beza, aluvium, asid sulfat dan tanah yang mengandungi garam yang tinggi

• Keadaan banjir di Delta Mekong setiap tahun menjadikan tanah sangat subur

• Hanya menanam padi di kawasan tanah liat yang sesuai bagi mengelakkan resapan

• Mengamalkan amalan pertanian baik untuk mengekalkan kesuburan tanah

• Putaran tanaman yang optimum dan mengekalkan tunggul untuk memperbaiki struktur tanah

• Pengurusan tanam yang lebih baik untuk mengurangkan kerosakan tanah

• Mengamalkan teknik-teknik pertanian tepat untuk mengatasi masalah kekurangan tanah

Air • Sistem pengairan di Malaysia disediakan oleh kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran

• Pengairan menggunakan mekanisasi sepenuhnya

• Petani Vietnam perlu menggunakan pam air dan graviti untuk pengairan air di sawah padi

• Amalan pengurusan air yang terbaik dunia

• Mempunyai akses untuk terus menambah baik varieti padi yang memerlukan penggunaan air yang sedikit

• Meningkatkan kecekapan susun atur pengairan, termasuk keupayaan untuk mengitar semula semua air apabila tidak digunakan oleh tanaman

• Mengalami ancaman kemarau dan perubahan iklim

Sosial • Kerajaan telah memberi banyak subsidi dan insentif kepada petani untuk menjaga kebajikan petani

• Semua petani menggunakan tanah kerajaan untuk menanam padi

• Kerajaan mempunyai kuasa untuk menarik balik status hak milik tanah jika petani tidak mencapai prestasi yang baik dari segi peningkatan produktiviti

• Keadaan ini boleh menjadi faktor ancaman kepada petani untuk mengamalkan teknologi yang diperkenalkan untuk meningkatkan produtiviti

• Industri padi dan beras menyediakan banyak peluang kepada penduduk tempatan mendapat pengetahuan dan berkongsi kemahiran, membina rangkaian dan perkongsian.

petani menanam padi Clearfield MR 220 CL2 di mana 46% varieti ini ditanam

di PBLS. Varieti kedua yang banyak ditanam oleh petani ialah MR 219 mewakili

33% daripada jumlah responden.

Jadual 13.7 menunjukkan hampir 58% petani di Malaysia mengamalkan

kaedah penanaman secara tabur terus basah, diikuti oleh tabur terus dalam air

(18%) dan tabur terus kering (14%). Majoriti petani di PBLS menggunakan kaedah

tabur terus basah, manakala di KADA majoriti petani menggunakan kaedah tabur

terus dalam air. Biasanya kaedah tanam menggunakan jentera tanam digunakan

oleh petani yang menanam untuk pengeluaran benih. Namun begitu, terdapat

teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan atau diamalkan oleh petani

di Malaysia.

Page 207: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

182

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor penghalang seperti yang

ditunjukkan seperti dalam Rajah 13.2. Sebanyak 36% petani menyatakan mereka

kurang kesedaran atau pengetahuan penggunaan teknologi di kalangan petani.

Selain itu, 34% menyatakan kos penggunaan teknologi adalah tinggi menjadi

halangan untuk mereka menggunakan teknologi baru yang dikeluarkan.

Bagi mengatasi masalah ketidaksampaian maklumat berkaitan dengan

teknologi, agensi kerajaan yang terlibat dengan kursus dan latihan kepada petani

perlu memperbanyakkan program-program untuk petani. Daripada dapatan

kajian menunjukkan 29% daripada responden menyatakan mereka memperoleh

jadual13.6: Taburan penggunaan varieti padi mengikut jelapang dan luar jelapang

Jelapang danluar Jelapang

Varieti

MR 219 MR 220 CL1 CL2 MR 263 MR 232 MR 253 MR 269 Jumlah

MADA 20 1 2 28 4 1 56KADA 33 13 1 4 1 1 53PBLS 3 10 6 44 3 3 7 76Seberang Perak 7 – – – – – – – 7KERIAN 1 1 2 1 – – – – 5Kemasin Semerak 9 1 – – – – – – 10KETARA 5 1 – – – – – – 6Rompin – – 2 1 1 – 1 – 5Penang 3 – – – 1 – – – 4Johor 2 1 – – – – 2 – 5Negeri Sembilan – – 3 8 – – – – 11Melaka – – 5 – – – – – 5Pahang – – – 4 1 – – – 5

Kedah – 1 – 6 2 – 1 – 10

Kelantan 5 1 – 3 1 – – – 10Jumlah 88 30 20 96 17 1 8 8 268

Sumber: Data Survei 2013

jadual13.7: Kaedah penanaman yang diamalkan oleh petani di Malaysia

Kawasan/kaedah Tabur terus kering Tabur terus basah Tabur terus dalam air Jentanam

MADA 4 49 2 1

KADA 3 19 30 0

PBLS 9 42 3 25

Seberang Perak 0 3 4 0

KERIAN 2 2 2 0

KETARA 1 5 1 0

Kemasin Semerak 5 3 3 0

IADA Penang 0 0 3 0

IADA Rompin 0 5 0 0

Negeri Sembilan 0 11 0 0

Melaka 5 0 0 0

Kedah 1 7 2 0

Pahang 3 2 0 0

Johor 2 3 0 0

Kelantan 4 6 0 0

Total 39 157 50 26

Sumber: Data Survei 2013

Page 208: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

183

rajah13.2: Faktor-faktor petani tidak menggunakan teknologi yang diperkenalkan

maklumat teknologi daripada Jabatan Pertanian, diikuti LPP/PPK (16%), KADA

(16%) dan MARDI (14%) (Jadual 13.8).

Pembangunan program oleh agensi juga perlu mengambil kira

pandangan dan pendapat petani. Petani mempunyai pendapat yang berbeza-

beza berkaitan dengan sumbangan kerajaan dalam industri padi dan beras.

Rajah 13.3 menunjukkan persepsi petani terhadap sumbangan agensi kerajaan

kepada mereka.

Majoriti (28%) menyatakan khidmat nasihat dan sokongan adalah penting

dan perlu diambil perhatian oleh agensi kerajaan.

Selain itu, pemberian subsidi dan pinjaman modal serta penghasilan

teknologi baru juga penting. Susulan dengan keperluan penghasilan teknologi

baru, majoriti petani (41%) menyatakan mereka memerlukan kaedah penanaman

padi lima musim untuk dua tahun (Rajah 13.4). Selain itu, 26% petani juga

menyatakan bahawa penghasilan benih yang bermutu dan tahan penyakit adalah

penting untuk meningkatkan produktiviti padi. Teknologi lain yang diperlukan

ialah benih yang berhasil tinggi (13%), benih yang singkat tempoh matang (10%)

dan mekanisasi untuk perataan tanah (5%).

Selain daripada teknologi baru, terdapat faktor-faktor lain yang

mempengaruhi produktiviti padi. Jadual 13.9 menunjukkan faktor-faktor yang

mempengaruhi peningkatan hasil mengikut keutamaan iaitu kawalan perosak

dan penyakit, kawalan rumpai, pengurusan air, kualiti benih, keadaan tanah dan

keadaan cuaca. Oleh itu, fokus bidang penyelidikan selepas ini perlu memenuhi

faktor-faktor tersebut agar dapat mengurangkan kehilangan hasil padi.

Penyelidikan berkaitan kawalan penyakit dan perosak perlu diambil

perhatian oleh penyelidik agar ia dapat membantu petani menyelesaikan masalah

yang mereka hadapi. Jadual 13.10 adalah taburan penyakit padi mengikut

kawasan jelapang dan luar jelapang di Malaysia. Didapati 43% kawasan padi

diserang oleh penyakit karah dengan kawasan KADA adalah yang tertinggi iaitu

40 petani yang melaporkan, diikuti oleh MADA (24) dan PBLS (10). Penyakit

kedua yang agak serius ialah hawar seludang iaitu 21% serangan daripada jumlah

responden di mana PBLS dan KADA adalah yang tertinggi. Selain itu, penyakit

reput tangkai menunjukkan 18% serangan dan PBLS adalah yang tertinggi.

Bagi taburan perosak pula, didapati ulat pengorek batang dan ulat

gulung daun merupakan masalah yang tinggi dihadapi oleh petani iaitu 17%

yang dilaporkan berlaku serangan dan majoritinya berlaku di kawasan PBLS

Page 209: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

184

rajah13.4: Teknologi baru yang diperlukan oleh petani

jadual13.9: Faktor-faktor dan amalan teknologi yang meningkatkan hasil padi

Bil. Faktor-faktor Purata

1 Kawalan penyakit dan perosak 3.85 2 Kawalan rumpai 3.81 3 Pengurusan air 3.79 4 Kuaiti benih 3.78 5 Status kesuburan tanah 3.63 6 Keadaan cuaca atau musim 3.60

7 Kualiti petak sawah 3.57 8 Lokasi sawah 3.53

9 Kecekapan penuaian 3.5210 Penggunaan jentera/mesin 3.5111 Kadar benih 3.44

Sumber: Data Survei 2013

jadual13.8: Sumber maklumat teknologi

Agensi Bilangan Peratus (%)

MARDI 75 14

Jabatan Pertanian 156 29

LPP/PPK 87 16

MADA 68 13

KADA 83 16

PBLS 19 4

Lawatan petani 46 9

Sumber: Data Survei 2013

rajah13.3: Sumbangan agensi dari perspektif petani

Page 210: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

185

jadual13.10: Taburan penyakit padi mengikut kawasan

Jelapang Karah Reput tangkai

Hawar seludang

BLB Bintik perang

Boom batang biru

buah hitam

KADA 40 11 19 3MADA 24 1 5 1PBLS 10 18 20 37 2 1Kemasin semerak 5 1Ketara 4Seberang perak 2 2 1 1Kerian 2 1 2 1Penang 1 1Rompin 4 1 1Negeri Sembilan 3 2Johor 3 2Melaka 5Kelantan 4 6Kedah 6 2 2Pahang 5 1 3

Jumlah 113 49 57 38 3 1 4 1JUMLAH (%) 42.5 18.4 21.4 14.3 1.1 0.4 1.5 0.4

Sumber: Data Survei 2013

(Jadual 13.11). Selain itu, benah perang (16%), tikus (16%) dan siput gondang

(14%) juga turut mengganggu tanaman padi. Serangan benah perang banyak

berlaku di kawasan PBLS dan MADA.

13.4.6 prospekteknologibaruTahap kemajuan industri padi dan beras negara amat bergantung rapat dengan kemajuan

teknologi. Teknologi dan inovasi merupakan faktor penting untuk melonjak produktiviti

pengeluaran padi dan mengekalkan serta meningkatkan daya saing pasaran dalam jangka masa

panjang. Oleh itu, dapatan kajian tanda aras ini dengan membandingkan teknologi pengeluaran

padi di Vietnam dan Australia telah memberikan beberapa cadangan teknologi baru yang dapat

disesuaikan dengan persekitaran Malaysia. Prospek teknologi ini dijangka dapat membantu

negara dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Malaysia. Antara teknologi yang

berpotensi untuk diperkenalkan kepada petani di Malaysia ialah:

i. Electromagentic soil Mapping (EM38): Alat Pemetaan Tanah Elektromagnet

Alat pemetaan tanah elektromagnet ini digunakan dalam konsep pertanian tepat sebagai

alat untuk mengukur jenis tanah dan hasil yang berpotensi di kawasan sawah (Rajah 13.5).

Ia merupakan kaedah yang cepat dan dengan kos yang efektif untuk mengukur kandungan

lembapan tanah, kandungan garam, dan tekstur tanah. EM38 mengukur keadaan tanah

melalui kaedah sensor. Sensor elektromagnet digunakan di seluruh permukaan tanah

dengan menarik EM38 dengan jentera yang dilengkapi dengan sistem GPS. Data dihantar

dan disimpan melalui Bluetooth ke skrin Trimble Yuma yang juga dipasang di hadapan

jentera. Alat EM38 adalah lebih kurang 1 m panjang, mudah dibawa dan menggunakan

kuasa bateri (Rajah 13.6).

ii. Computerised Whole Farm Design Laser Land forming

Reka bentuk bantuan komputer (CAD) dan teknologi laser untuk membangunkan sistem

pengairan ladang yang cekap perlu diperkenalkan di Malaysia. Laser pengimbasan yang

digunakan memberikan ketepatan dan kecekapan untuk menentukan paras air dan sistem

perparitan yang tepat. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan GPS pada

kenderaan dan mengambil mata setiap 5 hingga 10 m di sepanjang trek 15 hingga 25 m.

Page 211: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

186

jadual13.11: T

abur

an p

eros

ak m

engi

kut k

awas

an

Jela

pang

/Lua

rJe

lapa

ngSi

put

gond

ang

emas

Tiku

sU

lat

peng

orek

ba

tang

Ula

t gu

lung

da

un

Kesi

ngBu

rung

Kutu

be

ruan

gBe

nah

pera

ngBe

nah

hija

uSi

put

Bela

lang

Pian

ggan

gU

lat

Ula

t ra

tus

Kupu

-ku

puU

lat

putih

Bena

hpu

tih

KAD

A31

3618

922

23

12

11

MA

DA

133

1524

223

11

Sebe

rang

Per

ak4

51

22

Keria

n2

12

21

21

Kem

asin

Sem

erak

15

13

64

KETA

RA4

12

32

2PB

LS2

3015

140

71

13

Pena

ng4

2

Rom

pin

23

22

Neg

eri S

embi

lan

43

21

12

1

Joho

r1

22

11

Keda

h3

34

51

14

1

Paha

ng3

42

11

Mel

aka

15

Kela

ntan

21

44

42

2JU

MLA

H58

7479

7940

45

771

181

69

34

21

JUM

LAH

(%)

12.6

16.1

17.1

17.1

8.7

0.9

1.1

16.7

0.2

3.9

0.2

1.3

2.0

0.7

0.9

0.4

0.2

Sum

ber:

Dat

a Su

rvei

201

3

Page 212: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

187

Data yang dikumpul diimport ke dalam sistem perisian panduan mesin untuk traktor,

pengikis atau peralatan lain.

iii. GPS (Global Positioning Systems) and Precision Farming

Aplikasi ini menggunakan peralatan GPS untuk kaedah pertanian tepat untuk membuat

perancangan sawah, pemetaan sawah, sampel tanah, aplikasi VRT dan pemetaan hasil.

Penggunaan alat GPS membolehkan petani menjalankan aktiviti di sawah dalam keadaan

pandangan jarak penglihatan yang rendah seperti hujan, habuk, kabus,dan kegelapan.

Pengumpulan data dengan menggunakan peralatan GPS bertujuan untuk mengetahui

lokasi yang tepat di mana adanya serangan perosak, serangga dan rumpai di sawah.

Kawasan yang mengalami masalah serangan boleh dikenal pasti dan imej yang dipetakan

dapat memberi cadangan input. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan input dan

masa petani tanpa perlu menyembur di kawasan yang tidak berkaitan.

13.5 sarananAntara saranan yang dapat dikemukakan adalah keperluan kerjasama antara semua agensi, pemain

industri dan petani untuk menghasilkan teknologi baru bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun

begitu, kemungkinan akan wujud persoalan berkaitan dengan kejujuran di kalangan petani sendiri

terhadap teknologi yang akan dilancarkan.

Penyelidikan dan pembangunan perlu mengambil kira pendekatan desakan pasaran agar teknologi

yang dihasilkan memberi impak yang besar kepada industri beras negara. Selain itu, aktiviti penyelidikan

rajah13.5: Alat pemetaan tanah elektromagnet

rajah13.6: Kaedah pengendalian alat pemetaan tanah elektromagnet

Page 213: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

188

dan pembangunan juga perlu memberi fokus kepada kawalan penyakit dan perosak serta menghasilkan

varieti yang lebih rintang untuk meningkatkan produktiviti.

Masalah berkaitan dengan penuaian juga perlu diatasi bagi meningkatkan pengeluaran beras

negara. Mesin yang lebih kecil dan praktikal seperti yang digunakan oleh petani di Vietnam perlu

diperkenalkan dan digunakan untuk mengurangkan masalah kehilangan lepas tuai terutamanya semasa

proses penuaian dan kerosakan tanah sawah. Di samping itu, dengan harga mesin yang lebih murah

membolehkan petani mampu memiliki sendiri mesin penuaian.

Selain itu, konsep pertanian tepat yang diamalkan di Australia dalam aktiviti sawahnya seperti

perataan tanah, pengurusan pengairan dan kawalan perosak, penyakit dan rumpai adalah baik untuk

diaplikasikan di Malaysia. Walaupun, penyelidikan dan pembangunan pertanian tepat ini sudah ada

di Malaysia, didapati ia tidak mendapat sambutan oleh petani disebabkan masalah kos yang tinggi dan

kurangnya pemahaman berkaitan teknologi tersebut. Usaha perlu dipertingkatkan lagi supaya teknologi

pertanian tepat ini dapat disesuaikan dengan persekitaran sawah dan diaplikasikan oleh petani mengikut

teknologi yang terdapat di Australia untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengeluaran padi

negara.

Program pemindahan teknologi kepada petani perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan untuk

memberi kesan yang lebih baik kepada petani dalam amalan dan penggunaan teknologi. Latihan kesedaran

kepada petani berkaitan dengan kebaikan dan kepentingan menggunakan teknologi dengan betul dan

tepat juga perlu ditekankan agar memberi impak yang besar dalam industri padi dan beras negara.

13.6 rumusanEvolusi teknologi pengeluaran padi yang melibatkan pembangunan R&D dan teknologi inovasi bermula

dari tahun 1970-an (NEP) sehingga kini dalam Dasar Agromakanan Negara. Inovasi atau perubahan

teknologi merangkumi perubahan varieti padi, kaedah menanam, penyediaan tanah, pengurusan

air dan penuaian. Perubahan yang berlaku dalam teknologi pengeluaran padi dapat menyelesaikan

masalah yang wujud dalam pengeluaran padi iaitu kekurangan tenaga buruh, menjimatkan masa dan

lebih efisien serta memberi impak kepada peningkatan produktiviti padi.

Sumbangan institusi kerajaan di Malaysia lebih tertumpu kepada subsidi berbanding dengan

program-program latihan untuk petani, terutamanya dari segi meningkatkan kesedaran petani kepada

konsep pertanian adalah perniagaan. Keadaan ini berbeza dengan kerajaan Vietnam dan Australia

di mana kedua-dua negara memainkan peranan yang besar dalam membina kapasiti petani untuk

meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka. Selain itu, petani di negara tersebut juga turut

terlibat dalam penyelidikan padi bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan

produktiviti.

Intensiti input teknologi di Malaysia tidak digunakan secara maksimum oleh petani, di mana

majoriti petani hanya menggunakan varieti padi dan kaedah tanaman yang telah diperkenalkan oleh

MARDI. Hasil kajian menunjukkan bahawa produktiviti padi yang tinggi di Australia dan Vietnam juga

dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti keadaan tanah, bekalan air dan faktor-faktor sosial. Banjir

yang berlaku di Delta Mekong, Vietnam menjadikan tanahnya sangat subur untuk penanaman padi.

Tahap kesedaran atau pengetahuan yang rendah berkaitan dengan teknologi baru yang dilancarkan

merupakan punca petani tidak menggunakan teknologi tersebut. Antara teknologi yang diperlukan oleh

petani adalah kualiti benih yang tahan terhadap penyakit dan yang berhasil tinggi. Dapatan ini adalah

selari dengan faktor-faktor yang memberi kesan kepada produktiviti pengeluaran padi di Malaysia iaitu

perosak dan penyakit, kawalan rumpai, kualiti benih, tanah dan keadaan cuaca.

Page 214: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

189

13.7 rujuKanAnon. (2011). Dasar Agromakanan Negara, 2011 – 2020. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Malaysia (MOA)

Anon. (2012). Buku Perangkaan Agromakanan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia (MOA)

Azmi, M., Azlan, S., Chew, S. E., George, T.V., Lim, F.W., Hadzim, K. dan Yim, K.Y., (2012a). Sistem Pengeluaran

Clearfield untuk mengawal padi angin. Laporan MARDI no. 214. 15 hlm. Serdang: MARDI

FAO (2014). Food and Agricultural Organization of the United Nations. FAOSTAT Database

Raziah, M.L., Tapsir, S., Rashilah, M., Syahrin, S., Engku Elini, E.A., Fadhilah Annaim Huda, H. dan Rosnani, H.

(2010). Produktiviti dan kecekapan sektor pertanian dan industri pemprosesan makanan terpilih (2009/2010).

Serdang: MARDI

Rosnani, H., Syahrin, S., Mohd. Zaffrie, M.A., Nurul Huda, S. dan Noorhayati, S. (2015). Prospek dan tanda aras

teknologi pertanian terpilih: teknologi pengeluaran padi. Dalam: Laporan Projek Sosioekonomi 2013 – 2014,

Serdang: MARDI

Page 215: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 216: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

191

14.0 KajianpenandaarasandanmemprospeKteKnologipengeluaranayampedaging

14.1 pendahuluanSubsektor ternakan di Malaysia bertunjangkan kepada dua industri utama iaitu ruminan dan bukan

ruminan. Industri ruminan terdiri daripada ternakan lembu pedaging, lembu tenusu, kerbau, kambing

pedaging, bebiri dan kambing tenusu. Industri ternakan ruminan di Malaysia majoritinya masih lagi

dijalankan secara skala kecil dan sederhana. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan selama

hampir 60 tahun, namun penternak ruminan masih lagi bergelut dalam memajukan dan meluaskan lagi

perusahaan mereka. Antara masalah utama dalam sektor ternakan ruminan adalah kos pengeluaran

yang tinggi sehingga sukar bersaing dengan pasaran daging import yang lebih murah. Secara amnya,

penggunaan teknologi dan inovasi dari kalangan majoriti penternak ruminan adalah pada tahap yang

rendah berbanding dengan negara-negara Asean lain seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Sektor bukan ruminan pula terdiri daripada ternakan ayam pedaging, ayam penelur, itik pedaging,

itik penelur, puyuh pedaging, puyuh penelur dan babi pedaging. Sektor bukan ruminan terutamanya

ternakan ayam pedaging dan penelur dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan sektor ruminan

yang lain dari segi pembangunan teknologi dan inovasi. Pengeluaran ayam pedaging dan penelur

terutamanya, sudah mencapai tahap komersial apabila industri ini diterajui oleh firma-firma yang besar

sehingga mampu meluaskan pasaran baru ayam pedaging dan penelur ke luar negara.

Industri ternakan ayam pedaging telah berdaya maju sejak dari tahun 1960 apabila berjaya

mencapai tahap sara diri dan mula menjadi pengeksport pada tahun 1983. Pada tahun 2014, kadar sara

diri bagi ternakan ayam pedaging adalah 136% dan dijangka meningkat sebanyak 140% pada tahun

2020. Manakala destinasi eksport ayam pedaging masih lagi tidak berubah sejak lima tahun lepas iaitu

Singapura, Brunei, Indonesia dan Jepun. Pengeluaran ayam pedaging pada tahun 2014 adalah sebanyak

1.33 juta tan metrik dengan nilai sebanyak RM6.78 juta. Populasi ternakan ayam pedaging domestik

pada tahun 2014 pula direkodkan sebanyak 292.9 juta ekor. Menurut Ali (2013), rakyat Malaysia

merupakan antara penggemar daging ayam tertinggi di dunia di mana penggunaan perkapita daging

ayam direkodkan sebanyak 38 kg setahun. Oleh itu, 70% daripada pengeluaran ayam pedaging adalah

untuk memenuhi permintaan pasaran domestik manakala selebihnya untuk pasaran eksport.

Industri ternakan ayam pedaging di Malaysia terbahagi kepada dua sistem penternakan iaitu sistem

reban terbuka dan tertutup. Kedua-dua sistem ini melibatkan penggunaan tahap teknologi yang berbeza.

Secara umumnya, penggunaan teknologi bagi sistem penternakan secara reban tertutup adalah lebih baik

dan efisien berbanding dengan sistem reban terbuka. Antara beberapa kelebihan penggunaan teknologi

dalam sistem reban tertutup berbanding dengan sistem reban terbuka adalah menyediakan persekitaran

yang selesa dan nyaman kepada ayam, pengudaraan yang terkawal, produktiviti yang optimum, sistem

penternakan yang mesra alam, kualiti ayam pedaging yang lebih terjamin, kadar pertukaran makanan

ayam (FCR) yang rendah, persekitaran ladang ayam yang lebih bersih, kawalan penyakit dan wabak

serta dapat meminimumkan kadar kematian ayam. Manakala kelemahan sistem reban tertutup adalah

kos penyediaan prasarana dan kelengkapan, tenaga elektrik, air dan kos-kos selenggara yang lebih tinggi

berbanding dengan sistem reban terbuka.

Tambahan pula, penternak perlu memiliki pengetahuan yang baik dalam aspek teknologi bagi

mengurus selia sistem reban tertutup. Di samping itu, komitmen yang tinggi juga diperlukan bagi

memastikan tempoh pemeliharaan ayam pedaging selama 35 – 40 hari berjalan dengan lancar. Kos

pembinaan sistem reban tertutup dianggarkan berjumlah kurang RM13.00 – RM25.00 bagi seekor ayam.

Page 217: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

192

Sehingga kini, hampir 70% daripada keseluruhan ladang ternakan ayam pedaging yang beroperasi

di Malaysia menggunakan sistem reban terbuka.

Setelah kajian tanda aras teknologi pengeluaran ayam pedaging dijalankan secara komprehensif

pada peringkat domestik iaitu merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia, maka kajian perbandingan

tahap teknologi peringkat antarabangsa di kalangan beberapa negara pengeluar ayam pedaging utama

dunia telah dijalankan. Ini bertujuan bagi mengenal pasti kedudukan sebenar industri ayam pedaging

Malaysia di mata dunia. Justeru, Thailand dan Brazil telah dipilih sebagai rujukan utama dalam kajian

prospek dan tanda aras teknologi pengeluaran ayam pedaging. Kedua-dua negara ini dipilih berdasarkan

prestasi semasa tahap teknologi yang memberangsangkan sehingga menjadi peneraju dalam pengeluaran

dan pengeksport utama ayam pedaging di rantau Asean dan dunia. Kedua-dua negara ini dipilih untuk

dijadikan sebagai rujukan tanda aras bagi industri ayam pedaging di Malaysia kerana memiliki iklim

yang hampir sama dengan Malaysia. Tidak mustahil sekiranya teknologi dari sana boleh diaplikasikan di

Malaysia.

14.2 latarbelaKangThailand merupakan pengeluar terbesar dan pengeksport utama ayam pedaging di rantau Asean

dan diikuti oleh Malaysia (Rajah 14.1). Sejak dua dekad yang lalu, industri ayam pedaging Thailand

berkembang dengan pesat dengan memperkenalkan teknologi perumahan baru yang dikenali sebagai

Evaporative housing system (EVAP) pada tahun 1980-an. Pada tahun 2015, United State Department

of Agriculture (USDA) mengunjurkan Thailand akan menjadi pengeksport ayam pedaging keempat

dunia manakala Malaysia pula diunjurkan menjadi pengeksport ke-21 dunia (Rajah 14.2). Negara

Jepun dan Kesatuan Eropah (EU-27) merupakan destinasi utama eksport ayam pedaging Thailand. Bagi

memudahkan eksport ayam pedaging ke Jepun dan Eropah, penternak ayam pedaging di Thailand telah

mengikuti kesemua garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh negara tersebut. Ini merupakan

rahsia kejayaan industri ayam pedaging di Thailand.

Brazil pula seperti diketahui umum merupakan negara pengeluar ketiga utama dan pengeksport

ayam pedaging utama dunia sejak 15 tahun yang lalu (Rajah 14.1). Pada tahun 2014, Brazil telah

mencatatkan jumlah eksport ayam pedaging sebanyak 3.6 juta metrik tan iaitu menyumbang sebanyak

34% daripada eksport keseluruhan dunia. Apa yang membuatkan industri ternakan ayam pedaging

berkembang dengan pesat di Brazil adalah kerana lebih 90% daripada ladang ternakan ayam pedaging

diusahakan secara sistem reban tertutup. Bukan itu sahaja, malahan kesemua sistem reban tertutup

ini dijalankan dalam skala yang besar iaitu melebihi 200,000 ekor bagi satu pusingan penternakan

ayam pedaging. Penggunaan tahap teknoogi yang tinggi di samping kos pengeluaran yang rendah

menyebabkan Brazil dapat menawarkan harga eksport yang kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Sehingga kini, Brazil telah mengeksport ayam pedaging ke 153 buah negara. Malaysia juga merupakan

salah satu destinasi eksport mereka. Dijangkakan Brazil akan kekal sebagai negara pengeksport ayam

pedaging utama dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang disebabkan oleh penawaran harga yang

kompetitif, menjalankan promosi besar-besaran, menyediakan kadar pertukaran mata wang yang

mengutungkan pembeli dan bebas daripada wabak Avian-Influenza (AI).

Kajian ini amat penting kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) sebagai

penggubal polisi dan pelaksana dasar bagi membawa hala tuju industri ternakan ayam pedaging ke satu

dimensi yang lebih baik. Objektif kajian ini adalah untuk menanda aras teknologi pengeluaran ayam

pedaging ke atas negara Brazil dan Thailand dan mengenal pasti prospek teknologi yang bersesuaian

daripada kedua-dua negara tersebut untuk diadaptasi di Malaysia.

Page 218: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

193

Sumber: USDA 2014

rajah14.2: Pengeksport utama ayam pedaging dunia (‘000MT)

Sumber: USDA 2014

rajah14.1: Pengeluar utama ayam pedaging dunia (‘00MT)

14.3 metodologiKajianUntuk mencapai objektif kajian, penilaian dibuat secara empirikal. Bagi merealisasikan kajian ini, hanya

data sekunder diperlukan bagi menjalankan analisis mendalam secara kualitatif.

14.3.1 pengumpulandataKajian ini melibatkan penggunaan data sekunder sahaja. Data sekunder telah diperoleh

daripada artikel jurnal, paten, buku, majalah dan artikel berita. Maklumat mengenai industri

ternakan ayam pedaging, penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengeluaran ayam pedaging,

sistem perumahan dan sebagainya di Brazil dan Thailand kesemuanya diperoleh melalui carian

artikel jurnal di internet. Selebihnya, maklumat tambahan turut diperoleh melalui perkongsian

daripada pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah pulang ke tanah

air setelah selesai menjalankan tugasan rasmi di Brazil dan Thailand.

Page 219: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

194

14.3.2 analsisdataMemandangkan kajian ini dijalankan secara kualitatif, maka dapatan daripada kajian dirangka

seperti berikut:

i) Evolusi teknologi pengeluaran ayam pedaging

Secara ringkasnya, evolusi teknologi pengeluaran ayam pedaging menerangkan sejarah

penggunaan teknologi dalam pengeluaran ayam pedaging bagi ketiga-tiga negara iaitu

Malaysia, Thailand dan Brazil. Apakah situasi yang berlaku sehingga tercetusnya evolusi

teknologi dalam pengeluaran ayam pedaging bagi ketiga-tiga negara tersebut.

ii) Sumbangan institusi terhadap teknologi pengeluaran ayam pedaging

Sumbangan institusi yang berkaitan dengan pengeluaran ayam pedaging adalah sangat

penting dalam pembangunan dan kelestarian industri tersebut. Institusi yang dimaksudkan

merangkumi sama ada institusi kerajaan, swasta, serta NGO yang turut memainkan peranan

dalam merangka pembangunan dan kemajuan industri pengeluaran ayam pedaging ke

atas ketiga-tiga negara. Tidak terkecuali, institusi ini turut memberi sumbangan kepada

kemajuan tahap teknologi dalam pengeluaran ayam pedaging. Sesungguhnya, industri

ini tidak mampu berkembang dengan baik tanpa bantuan dan sumbangan dari institusi-

institusi yang dimaksudkan.

iii) Maklumat intensiti penggunaan input teknologi pengeluaran ayam pedaging

Maklumat intensiti penggunaan input teknologi pengeluaran ayam pedaging menerangkan

bagaimana sesuatu teknologi digunakan dengan memberi pulangan yang optimum kepada

penternak.

iv) Maklumat faktor kelebihan atau ciri-ciri keistimewaan yang mempengaruhi produktiviti

pengeluaran ayam pedaging (endowment factor)

Faktor kelebihan atau endowment factor menerangkan kelebihan semula jadi yang

terdapat dalam sebuah negara di mana negara lain tidak memiliki kelebihan tersebut.

Begitu juga sebaliknya. Kelebihan yang dimaksudkan ini adalah seperti faktor tanah, modal

dan keusahawanan yang semestinya berbeza-beza antara satu negara berbanding dengan

negara lain. Seterusnya, faktor ini cuba dieksploitasi dengan lebih meluas bagaimana

pengeluaran ayam pedaging antara ketiga-tiga negara memiliki kelebihan tersendiri dan

kemungkinan kelebihan-kelebihan tersebut boleh dipelajari dan dipraktikkan di dalam

negara sendiri.

14.4 dapatanKajiandanperbincangan

14.4.1 evolusiteknologipengeluaranayampedaginga) Malaysia

Ternakan ayam mula diternak secara kecil-kecilan oleh orang Melayu yang tinggal di

pedalaman. Pada masa tersebut, aktiviti utama dalam kehidupan mereka adalah pertanian,

penternakan dan nelayan. Ternakan ayam kampung diusahakan secara kecil-kecilan untuk

tujuan sara diri. Di samping memelihara ayam, mereka turut memelihara itik, kambing,

lembu dan kerbau. Ada juga di kalangan mereka yang menjalankan aktiviti bercucuk

tanam seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Semasa kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan ternakan

ayam pedaging dengan baka pertama yang dibawa masuk adalah Rhode Island Leg dan

Page 220: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

195

Leghorn sekitar tahun 1927. Di sini bermulanya sejarah penternakan ayam pedaging

di Malaysia. Sehingga tahun 1940, industri ternakan ayam pedaging dikenali sebagai

industri belakang rumah apabila ternakan ini diusahakan dalam skala yang kecil secara

separuh masa. Perkembangannya yang pesat hanya bermula setelah Perang Dunia ke-II.

Prestasi yang memberangsangkan telah tercatat di Semenanjung Malaysia apabila berjaya

mencapai tahap sara diri pada tahun 1960. Kaedah penternakan bermula dengan cara

lepas bebas dan berkurung pada waktu malam, kemudian bertukar secara semiintensif

di mana ternakan ayam pedaging dikurung di dalam reban dan berpagar.

Seterusnya, penternakan ayam pedaging terus ditambah baik hasil perkembangan

teknologi dan inovasi maka wujudlah satu sistem yang tersusun diberi nama sistem reban

terbuka. Melalui sistem ini, fasiliti ladang lebih kemas dah tersusun dengan adanya jalan

ladang, binaan reban, stor makanan dan kawasan pembuangan sisa ayam pedaging.

Walau bagaimanapun, sistem ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu pencemaran bau

dan lalat. Ladang ternakan ayam pedaging pada waktu itu tidak boleh dibina berdekatan

dengan penempatan penduduk. Akibatnya, penternak terpaksa memindahkan ternakan

mereka ke kawasan baru yang lebih jauh dari kawasan penduduk.

Rentetan itu, pada tahun 1980 sebuah syarikat pengeluar ayam pedaging yang

berpangkalan di Thailand iaitu Charoen Phokphand Company (CP) telah memperkenalkan

teknologi perumahan baru kepada penternak-penternak ayam pedaging di Malaysia yang

dinamakan Evaporative housing system (EVAP). Teknologi baharu ini lebih dikenali sebagai

sistem reban tertutup. Di samping itu juga, syarikat dari Thailand itu turut memperkenalkan

sistem kontrak perladangan ayam pedaging kepada penternak. Melalui sistem kontrak

perdagangan ini, sebuah syarikat dipanggil sebagai integrator bertindak pebagai pemilik

modal bagi membekalkan anak ayam, makanan dan ubat-ubatan kepada penternak untuk

dipelihara sehingga ayam pedaging tersebut mencapai usia matang untuk dijual. Integrator

ialah syarikat besar yang memiliki kelengkapan dan prasarana yang lengkap dalam rantaian

nilai pengeluaran ayam pedaging bermula daripada pembiakan dan penetasan anak ayam,

kilang makanan dan ubat-ubatan. Manakala syarikat bukan integrator ialah syarikat kecil

yang tidak mempunyai modal yang mencukupi bagi menyediakan rantaian pengeluaran

ayam pedaging yang lengkap kepada penternak. Maka, ia terpaksa bergantung bekalan

daripada syarikat integrator.

Sejak pengenalan teknologi baharu daripada sistem reban terbuka kepada sistem

reban tertutup didapati telah menarik minat ramai penternak baru untuk menceburi

bidang ini sehingga mengakibatkan produktiviti pengeluaran ayam pedaging dalam negara

meningkat dengan drastik. Antara kelebihan sistem reban tertutup adalah ia berintensifkan

penggunaan mesin beserta penggunaan teknologi secara maksimum bermula daripada

pemberian makanan dan minuman, penjagaan suhu sehingga kepada pemberian ubat-

ubatan dan vaksin kepada ayam pedaging. Sistem reban tertutup menawarkan persekitaran

yang lebih nyaman dan selesa sehingga kadar kematian lebih rendah berbanding dengan

sistem reban terbuka. Sehingga kini, Malaysia memiliki 10 syarikat integrator dan 14

syarikat bukan integrator yang menjadi pemacu kepada kemajuan dan hala tuju industri

ayam pedaging.

b) Thailand

Pengeluaran ayam pedaging di Thailand pada awalnya telah dimulakan oleh Raja Rama V

ke seluruh pelusuk negeri dengan memperkenalkan tiga baka utama ayam pedaging iaitu

Rhode Island Red, White Leghorn dan Barred Plymouth Rock. Sehingga tahun 1950-an,

industri ayam pedaging telah menjadi sebuah industri berskala kecil. Pada tahun 1960-an,

Page 221: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

196

industri ayam pedaging telah membangun selari dengan pembangunan infrastruktur dan

perbandaran yang pesat di Thailand. Pada masa itu, terdapat 40 hingga 50 pemborong

ayam pedaging yang berskala besar membeli ayam pedaging hidup ke seluruh negeri.

Rentetan daripada perkembangan industri yang semakin berkembang menyebabkan

penternakan ayam pedaging bermula secara tradisional berubah kepada komersial dan

banyak tertumpu di wilayah tengah Bangkok.

Kemunculan firma pengeluaran ayam pedaging yang paling lama dan berpengaruh

di Thailand iaitu Charoen Pokphand Company (CP) telah melonjakkan industri

penternakan ayam pedaging Thailand ke suatu tahap yang lebih tinggi. Daripada sebuah

syarikat penternakan ayam pedaging, CP telah melebarkan sayap perniagaannya dengan

membangunkan kilang pengeluaran makanan ternakan ayam pedaging berteknologi

pada tahun 1970. Di samping itu, CP juga turut menjadi syarikat pertama di Thailand

memperkenalkan kaedah penternakan baharu dikenali sebangai kaedah penternakan

kontrak (contract farming) kepada penternak-penternak ayam pedaging. Bagi mendapatkan

bekalan baka ayam pedaging yang berkualiti baik, CP telah menjalinkan kerjasama strategik

dengan firma dari Amerika Syarikat iaitu Arbor Acres.

Pada tahun 1980, CP telah meluaskan empayarnya dengan memperkenalkan

teknologi sistem pengeluaran ayam pedaging iaitu Evaporative housing system (EVAP).

Secara mudahnya, sistem penternakan baharu ini dikenali sebagai sistem reban tertutup.

Melalui sistem reban tertutup, pelbagai aplikasi teknologi dapat dilihat dan sememangnya

ia jauh lebih baik daripada sistem penternakan tradisional atau sistem reban terbuka. Antara

aplikasi teknologi menarik yang boleh dilihat melalui sistem ini adalah sistem pengudaraan

di dalam reban yang boleh ditetapkan mengikut suhu yang bersesuaian dengan fisiologi

ayam serta pemberian makanan, minuman, ubat-ubatan dan vaksin dijalankan secara

automatik oleh mesin. Kesan dari itu telah menyebabkan ladang-ladang ternakan ayam

pedaging di seluruh Thailand menjadi lebih efisien dan perlahan-lahan penternak mula

berusaha mengubah pengeluaran ayam pedaging secara tradisional kepada suatu sistem

yang berintensifkan komersial.

Pada hari ini, industri pengeluaran ayam pedaging di Thailand telah berada dalam

kelas yang tersendiri. Bukan sahaja berjaya memenuhi permintaan domestik, malah

berupaya menjadi antara pengeksport utama ayam pedaging beserta produk-produk

daripada ayam pedaging ke Jepun dan Eropah. Antara kelebihan yang dimiliki oleh Thailand

untuk perkongsian bersama adalah syarat-syarat prosedur dan piawaian penternakan ayam

pedaging yang ditetapkan oleh Jepun dan Kesatuan Eropah berjaya dipatuhi oleh ladang-

ladang ternakan ayam pedaging.

c) Brazil

Evolusi penternakan ayam pedaging di Brazil bermula sekitar tahun 1944, apabila

penternak-penternak ayam secara tradisional mula berminat untuk menternak ayam

pedaging setelah melihat penternakan ayam pedaging secara moden dijalankan di Amerika

Syarikat. Seterusnya, mereka mengimport telur-telur ayam pedaging dari Amerika Syarikat

untuk dibiakkan. Pada penghujung tahun 1940-an, telah wujud premis pemprosesan dan

penyembelihan ayam pedaging di Rio de Janeiro dan Sao Paolo yang mencatatkan purata

sembelihan tahunan masing-masing sebanyak 1.5 juta dan 1 juta ekor. Pada tahun 1957,

Brazil telah menandatangani perjanjian perdagangan bersama Amerika Syarikat bagi

membolehkan baka anak ayam dibawa masuk dari Amerika Syarikat ke Brazil. Peristiwa

ini telah menandakan permulaan kepada penternakan ayam pedaging secara komersial

di Brazil. Pada masa tersebut, prestasi pengeluaran ayam pedaging secara puratanya ialah

Page 222: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

197

1.5 kg seekor dan memerlukan tempoh selama 75 hari bagi mencapai usia matang. Kadar

pertukaran makanan atau Feed Convertion Ratio (FCR) dianggarkan dalam lingkungan

2.5 – 3.2.

Pengenalan kepada sistem teknologi pengeluaran secara integrasi bermula pada tahun

1960-an apabila ladang ternakan ayam pedaging secara integrasi dibina dengan banyaknya

di Daerah Santa Catarina. Sistem pengeluaran ayam pedaging secara integrasi merangkumi

ladang pembiak baka, tempat penetasan dan kilang makanan ternakan. Tahun 1970-an

merupakan zaman yang paling diingati dan dikenali sebagai ’zaman keajaiban ekonomi’

apabila kerajaan Brazil telah menggalakkan teknologi pengeluaran ayam pedaging secara

integrasi dengan menyediakan kemudahan pinjaman beserta insentif khas kepada syarikat-

syarikat besar. Kesan dari itu telah menyebabkan sistem teknologi penternakan ayam secara

integrasi telah menular ke daerah-daerah yang lain sehingga sistem teknologi pengeluaran

ini diguna pakai secara meluas ke seluruh Brazil.

Pada tahun 1980, industri pengeluaran ayam pedaging telah menjadi satu industri

yang paling kompetitif dalam sektor penternakan di mana 75% daripada keseluruhan

ladang ternakan diusahakan sistem teknologi pengeluaran secara integrasi. Pada tahun

itu juga adalah permulaan eksport ayam pedaging Brazil ke luar negara dan Jepun

merupakan destinasi eksport ayam pedaging pertama. Seterusnya, industri ayam pedaging

melalui beberapa fasa penambahbaikan seperti penghasilan baka yang cepat membesar,

mempunyai daya tahan tinggi terhadap penyakit dan memiliki kadar FCR yang lebih rendah.

Tahun 1990-an merupakan evolusi terbesar dalam industri ayam pedaging di Brazil

apabila syarikat pengeluaran ayam pedaging telah bertukar status daripada domestik ke

tahap antarabangsa kerana keupayaan mengeluarkan ayam pedaging bagi memenuhi

permintaan eksport. Dalam tempoh ini juga, wujudnya penggabungan beberapa syarikat

penternakan ayam pedaging kecil bagi mencapai syarikat berstatus antarabangsa.

Dianggarkan terdapat 50 syarikat penternakan ayam pedaging berstatus Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) telah bergabung bagi membentuk lima buah syarikat yang besar. Evolusi

yang kedua pula adalah kejayaan Brazil menembusi pasaran eksport ke Eropah. Dengan

kejayaan ini, secara tidak langsung Brazil telah mendahului Perancis dan Rusia sehingga

menjadi negara pengeluar ayam pedaging kedua terbesar di dunia.

Sehingga abad ke-20, Brazil telah dikenali sebagai negara pengeluar ayam pedaging

ketiga dunia dan pengeksport utama dunia pada tahun 2004. Sehingga kini, Brazil masih

lagi mengekalkan statusnya sebagai pengeksport ayam pedaging utama dunia dengan

sebanyak 153 negara telah menikmati produk ayam pedaging dari Brazil. Tambahan

pula, Brazil telah menguasai sekurang-kurangnya 40% daripada pengeluaran ayam

pedaging dunia.

14.4.2 sumbanganinstitusiterhadapteknologipengeluaranayampedaging a) Malaysia

Terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan

teknologi industri pengeluaran ayam pedaging. Walaupun industri ini diterajui sepenuhnya

oleh pihak swasta selaku pemain industri, namun mereka tetap bergantung kepada institusi

kerajaan bagi menolong melicinkan perjalanan industri ini sama ada secara domestik

mahupun antarabangsa. Peranan institusi kerajaan pula adalah membuat polisi dan

menjalankan dasar-dasar bagi melicinkan perjalanan dan hala tuju industri ayam pedaging

di samping memindahkan teknologi kepada industri. Manakala matlamat utamanya adalah

menjaga kebajikan semua pihak bermula daripada pengeluar sehingga kepada pengguna.

Page 223: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

198

Terdapat beberapa institusi sama ada melibatkan kerajaan mahupun bukan kerajaan

yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan industri ayam

pedaging sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Institusi kerajaan yang

dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

i) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)

ii) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

iii) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

iv) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

v) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

vi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

vii) Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Manakala institusi bukan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan

industri pengeluaran ayam pedaging adalah seperti yang berikut:

i) Federal of Livestock Farmers’ Association Malaysia (FLFAM)

ii) Persatuan Penternak Ayam Negeri (Perak, Selangor, Johor, Terengaanu dll.)

Institusi-institusi yang disebutkan di atas sama ada daripada kerajaan mahupun swasta

mempunyai matlamat yang sama iaitu membangun dan memajukan teknologi dalam

industri pengeluaran ayam pedaging. Manakala fungsi bagi setiap institusi yang terlibat

jelas berbeza. Ada institusi yang terlibat sebagai penggubal dasar dan polisi, menjalankan

penyelidikan menghasilkan baka dan formulasi makanan ayam pedaging, memberi

bantuan dan khidmat nasihat teknikal kepada penternak, memberi latihan keusahawanan

dan pembangunan, memasarkan hasil keluaran ayam pedaging dalam pasaran domestik di

samping mencari pasaran eksport baru dan banyak lagi.

b) Thailand

Seperti juga Malaysia, di Thailand terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan

penting dalam pembangunan industri pengeluaran ayam pedaging. Antara institusi kerajaan

yang terlibat adalah seperti yang berikut:

i) Royal Thai Government (Institusi Diraja Thai)

ii) Ministry of Agriculture and Cooperative

iii) Department of Livestock Development (DLD)

iv) Ministry of Public Health (Khusus untuk penyakit zoonotic)

Manakala institusi bukan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan

industri pengeluaran ayam pedaging adalah seperti yang berikut:

i) NGO (ahli terdiri daripada penternak dan integrator ayam pedaging)

c) Brazil

Di Brazil terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan

industri pengeluaran ayam pedaging. Antara institusi kerajaan yang terlibat adalah seperti

yang berikut:

i) Ministry of Agriculture, Livestock and Food Supply (MAPA)

Manakala institusi bukan kerajaan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan

industri pengeluaran ayam pedaging adalah seperti yang berikut:

i) The Brazilian Chicken Producers and Exporters Association (ABEF)

Page 224: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

199

ii) The Brazilian Poultry Association (UBABEF)

iii) Brazil Feed Industry Association (BFIA)

14.4.3 maklumatintensitiinputteknologipengeluaranayampedaginga) Malaysia

Maklumat intensiti input teknologi pengeluaran ayam pedaging adalah penting bagi

menjawab sejauh mana input teknologi pengeluaran ayam pedaging memberi sumbangan

yang signifikan kepada industri secara keseluruhan. Oleh itu, satu Analisis Pekali Korelasi

Pearson telah dijalankan ke atas sistem reban tertutup. Sumber data yang diperlukan bagi

menjalankan analisis ini diperoleh melalui survei ladang ternakan ayam pedaging pada

tahun 2013.

Hasil Analisis Pekali Korelasi Pearson mendapati indeks teknologi pengeluaran

ayam pedaging mempunyai hubungan yang signifikan dan berkorelasi positif dengan

Broiler Farm Economy Index (BFEI), Broiler Performance Efficiency Factor (BFEF), untung

kasar setiap reban dan jualan setiap pusingan pengeluaran ayam pedaging. (Jadual 14.1).

Manakala bagi item Feed Conversion Ratio (FCR) dan kadar kematian setiap pusingan

mempunyai hubungan yang signifikan tetapi berkorelasi negatif. Kedua-dua item yang

berkorelasi negatif ini membawa maksud semakin tinggi nilai indeks teknologi maka kadar

FCR dan kematian menjadi semakin rendah. Ia adalah petanda yang baik terhadap aplikasi

tahap teknologi yang semakin tinggi. Secara keseluruhannya, intensiti input teknologi

pengeluaran ayam pedaging menunjukkan intensiti berorientasikan secara maksimum.

Analisis Pekali Korelasi Pearson bagi negara Thailand dan Brazil tidak dapat

dijalankan sebagai perbandingan dengan Malaysia kerana kesukaran untuk memperoleh

data secara atas talian. Tambahan pula, ketidakstabilan ekonomi dunia yang berlaku pada

tahun 2014 tidak mengizinkan pasukan penyelidik dari MARDI untuk terbang ke Brazil

bagi menjalankan kajian secara lebih komprehensif.

jadual14.1:Analisis Pekali Korelasi Pearson

Farm

tech

nolo

gy

indi

ces

FCR1 BFEI2 BPEF3 Gross margin per house

Gross margin per bird

Sales Mortality Rate (%)

Pearson Correlation

–.138* .237** .122* .306** .091 .397** -.287**

Sig. (2-tailed) .016 .000 .033 .000 .111 .000 .000

N 307 307 307 307 307 307 308

**.Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)*.Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed) 1Feed Conversion Ratio2Broiler Farm Economy Index 3Broiler Performance Efficiency Factor

14.4.4 maklumat Faktor Kelebihan atau ciri-ciri Keistimewaan yang mempengaruhi

produktivitipengeluaranayampedaging(Endowment Factor)a) Malaysia

Faktor endowment utama mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Malaysia adalah permintaan domestik yang tinggi. Menurut statistik Jabatan Perkhidmatan

Veterinar (DVS) pada tahun 2013, 80% daripada pengeluaran ayam pedaging negara adalah

bagi menampung permintaan domestik. Fakta menunjukkan rakyat Malaysia adalah antara

penggemar ayam tertinggi di dunia iaitu purata tahunan sebanyak 38 kg setahun. Faktor

Page 225: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

200

endowment inilah menjadikan industri penternakan ayam pedaging terus berkembang

bagi memenuhi permintaan yang dijangka semakin meningkat setiap tahun selaras dengan

peningkatan populasi rakyat Malaysia.

Faktor endowment kedua mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Malaysia ialah daging ayam merupakan sumber protein termurah berbanding dengan

daging lembu, kambing atau ikan. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira jurang pendapatan

memiliki kemampuan membeli daging ayam berbanding dengan daging lembu, kambing

dan ikan dalam diet harian mereka. Dari segi kesihatan pula, memakan daging putih seperti

daging ayam adalah lebih baik dan menyihatkan berbanding dengan daging merah seperti

daging lembu. Tambahan pula, status halal pemprosesan ayam pedaging di Malaysia

telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM sentiasa membuat

pemantauan secara berkala ke atas premis-premis pemprosesan dan penyembelihan ayam

pedaging demi kepentingan dan kebajikan umat Islam di Malaysia.

Faktor endowment ketiga mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Malaysia adalah walaupun industri pengeluaran ayam pedaging bergantung sepenuhnya

terhadap makanan ternakan yang diimport, namun penternak masih mampu menghasilkan

kos pengeluaran bagi seekor ayam yang kompetitif dan kekal rendah berbanding dengan

kos pengeluaran lembu atau kambing. Ini menunjukkan bahawa industri penternakan

ayam pedaging telah matang di mana sumbangan teknologi telah manjadikan pengeluaran

ayam pedaging berdaya saing dan efisien.

Faktor endowment terakhir mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Malaysia adalah peranan dan sumbangan institusi kerajaan terutamanya Jabatan

Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain turut membantu

merancakkan industri ini. DVS dilihat sebagai tulang belakang kepada industri ini dengan

sokongan, bantuan dan galakan yang berterusan kepada industri ayam pedaging supaya

terus berkembang. Golongan penternak adalah yang paling beroleh manfaat daripada

perkhidmatan yang ditawarkan oleh DVS. Disamping itu, DVS turut mengambil berat

terhadap kesihatan ternakan ayam pedaging dengan menawarkan program biosekuriti,

pelalian dan rawatan terhadap ternakan.

b) Thailand

Faktor endowment utama mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Thailand pada hari ini telah dikenali sebagai sebuah industri yang moden dan

berorientasikan eksport. Pengenalan kepada teknologi pengeluaran ayam pedaging

secara integrasi telah diterajui oleh Syarikat CP. Syarikat ini telah memiliki keseluruhan

rantaian dalam sistem pengeluaran ayam pedaging bermula daripada pengeluaran baka

induk sehingga kepada pemasaran ayam pedaging. Keseluruhan rantaian ini memerlukan

tahap penggunaan teknologi yang optimum supaya produktiviti dapat dimaksimumkan

manakala kos terlibat dapat diminimumkan bagi memperoleh keuntungan pada tahap

paling maksimum. Teknologi ini membolehkan Syarikat CP mencapai kepelbagaian

ekonomi bidangan dalam menjadikan perusahaan ini lebih kompetitif. Selepas itu, muncul

beberapa lagi syarikat besar mengikuti jejak langkah CP dan sehingga kini, terdapat kira-

kira 31 buah syarikat pengeluaran ayam pedaging ditubuhkan bagi tujuan eksport.

Faktor endowment kedua mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

adalah kerana Thailand memiliki kepakaran dalam mengeksport daging ayam segar secara

potongan dan produk-produk berasaskan ayam pedaging sedia untuk dimasak (ready-to-

cook). Produk-produk jenis ini sangat digemari dan mendapat permintaan yang tinggi

di Jepun dan Eropah. Antara contoh potongan daging ayam segar seperti bahagian dada

Page 226: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

201

tanpa tulang, bahagian dada tanpa kulit berlemak, peha tanpa tulang rawan, sayap, tulang

rusuk dan sebagainya. Sudah pasti teknologi tinggi perlu digunakan dalam memproses

daging ayam secara potongan mengikut spesifikasi yang dikehendaki di samping kelihatan

segar dalam jangka masa yang lama. Sehingga kini, Thailand sedang bersaing dengan

pengeksport-pengeksport utama dunia seperti Brazil dan China dalam menghasilkan

daging segar secara potongan (FAOSTAT 2004).

Faktor endowment ketiga mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging di

Thailand adalah ia satu-satunya negara dalam rantau ASEAN berjaya menembusi pasaran

negara-negara Eropah. Umumnya, untuk memasuki pasaran ayam pedaging di Eropah

bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu melalui pelbagai syarat, standard dan

piawaian kualiti yang ketat. Walau bagaimanapun, Thailand telah membuktikan walaupun

sukar tetapi ia bukan halangan utama untuk terus berjaya menembusi pasaran Eropah.

Kelebihan industri ayam pedaging di Thailand sehingga berjaya ke Eropah adalah suntikan

teknologi terbaik, amalan inovasi serta kawalan biosekuriti yang tinggi. Di samping itu,

ladang-ladang ternakan ayam pedaging di Thailand telah berjaya melepasi standard dan

piawaian yang ditetapkan oleh Eropah seperti jaminan kualiti dan keselamatan makanan,

kesihatan dan kebajikan haiwan, serta kualiti persekitaran ladang ternakan yang bersih.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh USDA pada tahun 2007, sebanyak 35% kuota

eksport ayam pedaging ke Eropah berjaya diisi oleh syarikat pengeluaran ayam pedaging

dari Thailand.

Faktor endowment terakhir mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Thailand adalah dasar kerajaan yang strategik dalam menyokong pertumbuhan industri

pengeluaran ayam pedaging supaya bertapak dengan kukuh di Thailand. Tambahan pula,

kerajaan Thailand sentiasa berusaha keras bagi membantu industri mendapat pasaran

eksport baru yang lebih lumayan. Di samping itu, kerajaan Thailand melalui Department

of Livestock Development (DLD) telah mengambil langkah-langkah yang progresif untuk

melindungi industri ini terutamanya ancaman wabak dan penyakit terhadap ayam pedaging

seperti Avian-influenza (AI) dan Newcastle Disease (ND).

c) Brazil

Faktor endowment utama mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di mana Brazil memiliki keadaan geografi dan bentuk muka bumi yang sempurna seperti

sumber air bersih yang banyak, keadaan cuaca dan suhu yang beriklim tropika serta antara

pengeluar jagung dan soya utama dunia. Kelebihan faktor endowment ini dilihat sebagai

satu keistimewaan kepada industri ini. Menurut Food and Agriculture Organization

(FAO), Brazil memiliki sumber tanah yang paling luas di dunia untuk menjalankan aktiviti

pertanian di samping memiliki kawasan hutan terbesar dunia. Sebahagian besar bentuk

muka buminya yang dilitupi oleh hutan Amazon yang masih belum diteroka memberikan

persekitaran yang kaya dengan sumber alam semula jadi bersesuaian bagi kehidupan dan

ekosistem tumbuhan dan ternakan.

Faktor endowment kedua mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di Brazil adalah kemudahan mendapatkan akses makanan ternakan ayam pedaging.

Kebanyakan ladang-ladang ternakan ayam pedaging dibina berdekatan dengan kawasan

penanaman jagung atau soya. Secara tidak langsung kos pengangkutan makanan ternakan

dapat dijimatkan. Ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran ayam pedaging.

Faktor endowment ketiga mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di mana Brazil adalah peneraju dalam teknologi pengeluaran ayam pedaging secara

integrasi dan dijadikan sebagai penanda aras di kalangan negara-negara pengeluar ayam

Page 227: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

202

pedaging lain. Sehingga kini lebih kurang 90% ladang-ladang pengeluaran ayam pedaging

di Brazil dibangunkan menggunakan sistem teknologi pengeluaran secara integrasi.

Teknologi pengeluaran secara integrasi telah dimulakan oleh penternak ayam pedaging

pada tahun 1960 sehingga ia menjadi sebuah industri yang paling berjaya pada ketika

itu. Melihat kepada kejayaan tersebut, model sistem pengeluaran tersebut menjadi ikutan

pula di kalangan penternak babi. Akhirnya, sistem teknologi pengeluaran ini telah tersebar

dalam beberapa sektor pertanian lain seperti anggur, tomato, buah-buahan, tembakau

dan lain-lain. Penggunaan teknologi merupakan kekuatan utama Brazil sehingga berjaya

menjadi pengeksport utama ayam pedaging dunia. Secara tidak langsung, industri ini telah

menawarkan lebih 1 juta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Faktor endowment terakhir mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

di mana Brazil adalah peneraju kepada industri halal ayam pedaging di dunia. Umumnya

mengetahui Brazil bukanlah sebuah negara Islam. Namun, ini tidak menjadi halangan

Brazil untuk menjadi antara pengeksport ayam pedaging utama dunia termasuk di negara-

negara timur tengah. Arab Saudi merupakan pengimport terbesar ayam pedaging dari

Brazil. Bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap daging ayam halal, hampir kesemua

pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam pedaging di Brazil telah mendapat sijil

halal dan patuh hukum syarak. Sijil halal ini dikeluarkan oleh negara-negara Islam

terutamanya di Timur Tengah melalui badan-badan Islam yang diiktiraf dunia. Status halal

ayam pedaging Brazil tidak boleh diragui kerana badan-badan Islam yang diiktiraf akan

menjalankan pemeriksaan dan semakan status halal secara berkala. Tambahan pula, Brazil

telah mengimport pekerja-pekerja beragama Islam terutamanya dari negara-negara Timur

Tengah yang bekerja sebagai tukang sembelih ayam pedaging.

14.4.5 prospekteknologibaruIndustri ternakan ayam pedaging di Malaysia telah dikenal pasti sebagai industri yang matang

dan berdaya saing. Pertumbuhan pesat sektor ini sehingga melepasi tahap sara diri turut dikaitkan

dengan kemajuan dalam penggunaan teknologi dalam sistem pengeluaran. Walaupun industri

ini menunjukkan produktiviti yang semakin meningkat sepanjang tahun, namun trend telah

menunjukkan peningkatan produktiviti dalam industri ini berada dalam kadar yang menurun

(decreasing-return-to-scale).

Oleh itu, hasil kajian menanda aras dan memprospek teknologi pengeluaran ayam

pedaging yang dijalankan di Thailand dan Brazil mendapati, pemain-pemain dan penternak

dalam industri pengeluaran ayam pedaging di Malaysia perlu didedahkan kepada penggunaan

sistem teknologi pengeluaran ayam pedaging secara integrasi yang baharu bagi menggantikan

teknologi pengeluaran secara integrasi yang sedia ada seperti yang diamalkan di kebanyakan

ladang ternakan ayam pedaging di Brazil dan Thailand. Ini adalah penting bagi memastikan

industri ayam pedaging kekal berdaya saing dalam pasaran global. Sistem teknologi pengeluaran

ayam pedaging secara integrasi yang baru telah melibatkan penggunaan komponen-komponen

teknologi terkini dan lebih efisien (Rajah 14.3).

Memandangkan teknologi dalam sistem pengeluaran ayam pedaging adalah satu

teknologi yang kompleks dan menyeluruh, pastinya ia memerlukan pelaburan yang besar untuk

dibangunkan demi memastikan industri pengeluaran ayam pedaging negara kekal berdaya

saing dalam pasaran global.

Page 228: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

203

rajah14.3: Contoh teknologi sistem pengeluaran ayam pedaging secara integrasi di Brazil

14.4.6 sumbanganmardidalampembangunanteknologipengeluaranayampedagingMARDI sebagai salah sebuah intitusi penyelidikan tersohor di Malaysia telah membangunkan

beberapa penyelidikan dalam membantu memajukan industri ayam pedaging di Malaysia.

Sepanjang lebih dua dekad yang lepas MARDI telah membangunkan sebanyak sembilan

teknologi berkaitan pengeluaran ayam pedaging. Senarai teknologi yang telah dibangunkan

adalah seperti yang berikut:

Jadual 14.2: Teknologi pengeluaran ayam pedaging di MARDI

Bil Tahun Pencapaian Tujuan Tahap Komersial

1

2009 Peningkatan prestasi ayam pedaging diberi makanan berasaskan isirung kelapa sawit (PKC)

Pengeluaran ayam pedaging

2

2

2008

Makanan ayam pedaging berasaskan hampas isirung kelapa sawit terfermentasi (PKFE)

Meningkatkan pengeluaranbahan sampingan pertanian

2

3 2004 Rumah ayam tertutup mudah alih dan mesra alam

Meningkatkan kecekapan pengeluaran ternakan

2

4 2002 Simulasi untuk mengoptimunkan pengeluaran ayam pedaging

Meningkatkan pengeluaran ayam

2

5 2002 Penguraian serabut dalam hampas isirung kelapa sawit (PKC)

Meningkatkan pengeluaran ayam

2

6

2002

Fermentasi dalam bioreaktor (Solid State Fermentation – SSF) untuk pengeluaran PKC terawat

Meningkatkan pengeluaran ayam

3

7 2002 Rumah ayam tertutup yang ekonomik Meningkatkan pengeluaran ayam

2

8 2001 Beras sebagai pengganti jagung dalam rangsum makanan ayam

Sumber makanan ternakan 1

9

1996

Teknologi penguraian makanan dalam isirung kelapa sawit (PKC) sebagai makanan ayam

Sumber makanan ternakan

2

Page 229: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

204

14.5 sarananBeberapa saranan yang ingin dikemukakan bagi memajukan lagi industri pengeluaran ayam pedaging di

Malaysia adalah seperti yang berikut:

i. Kerjasama antara semua agensi kerajaan terutamanya agensi-agensi bawah Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, pemain industri dan penternak dalam menggembleng tenaga dan usaha

menghasilkan teknologi dan inovasi baru supaya terus kekal berdaya saing terutamanya di kalangan

negara-negara rantau Asean. Ingin ditegaskan bahawa teknologi dan inovasi dari negara Thailand

seperti yang telah dikemukakan wajar diikuti oleh penternak-penternak ayam pedaging kerana

sangat mudah dan efisien.

ii. Sebarang penyelidikan dan pembangunan inovasi yang ingin dibangunkan haruslah berpaksi

kepada keperluan dalam pasaran supaya teknologi yang dibangunkan kemudian memberi manfaat

kepada golongan penternak selaku stakeholder.

iii. Bantuan kredit kepada penternak-penternak yang ingin menukar sistem penternakan ayam pedaging

secara terbuka kepada tertutup haruslah dilonggarkan supaya petani dapat menghasilkan output

yang optimum. Ini penting supaya peratusan sistem penternakan secara reban terbuka yang kurang

aplikasi teknologi dapat dikurangkan daripada 70% kepada 50% di seluruh negara dalam tempoh

5 tahun akan datang.

iv. Kerajaan harus menggalakkan sekiranya terdapat syarikat-syarikat besar yang berhasrat menukar

sistem pengeluaran ayam pedaging secara integrasi baru yang lebih canggih dan berteknologi

tinggi berbanding dengan sistem yang sedia ada. Galakan dan sokongan yang difikirkan boleh

adalah dalam bentuk pengecualian tarif bagi kemasukan teknologi tersebut ke Malaysia. Secara

tidak langsung, ia boleh memberi nafas baharu kepada industri ternakan ayam pedaging dalam

mempelbagaikan penggunaan teknologi.

v. Pemindahan teknologi kepada penternak-penternak ayam pedaging berskala sederhana perlu

diperkukuh dan ditambah baik terutamanya dari segi amalan penggunaan teknologi kerana terdapat

sebilangan kecil penternak yang memiliki ladang ternakan jauh di pedalaman tidak mendapat akses

teknologi yang baik daripada agensi yang terlibat. Terdapat juga sesetengah penternak yang tidak

membina jaringan hubungan yang baik dengan pegawai pengembangan di daerah berhampiran

menyebabkan sebarang maklumat tentang teknologi baru tidak sampai ke pengetahuan penternak

terbabit. Jaringan hubungan yang baik perlu dijalinkan bersama pegawai pengembangan di daerah

berhampiran adalah penting kerana pegawai pengembangan sentiasa membuat pemantauan secara

berjadual ke atas ladang ternakan bagi mengenal pasti dan memberi bantuan sekiranya ada

14.6 rumusanEvolusi dalam teknologi pengeluaran ayam pedaging bagi Malaysia, Thailand dan Brazil pada awalnya

adalah sama di mana penternak di ketiga-tiga negara yang dikaji menjalankan penternakan ayam secara

tradisional dan sara diri. Seterusnya, melalui pengetahuan dan kepakaran dalam menguasai teknologi

menyebabkan Malaysia, Brazil dan Thailand mula mengorak langkah memajukan industri ayam pedaging

masing-masing bermula sekitar tahun 1980-an, 1970-an dan 1950-an. Kesedaran tentang industri ayam

pedaging akan memberi pulangan yang tinggi kepada pendapatan negara pada masa akan datang telah

menyebabkan Brazil antara negara yang terawal memajukan industri ayam pedaging berbanding dengan

negara-negara lain. Segala usaha dan penat lelah pemain industri dan penternak ayam pedaging di

Brazil terbayar apabila hasil ternakan mereka telah sampai lebih daripada 150 buah negara.

Sumbangan institusi kerajaan terhadap teknologi pengeluaran ayam pedaging secara asasnya

mempunyai matlamat sama bagi ketiga-tiga negara yang dikaji. Namun, sedikit perbezaan boleh

dilihat kepada peranan institusi bukan kerajaan antara ketiga-tiga negara yang dikaji. Kejayaan sebenar

sesebuah industri harus dipacu sepenuhnya oleh pemain industri yang mewakili institusi bukan kerajaan.

Page 230: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

205

Ini dapat dilihat apabila pemain industri ayam pedaging di Brazil memainkan peranan yang aktif dan

progresif dalam membangunkan teknologi di samping menentukan hala tuju industri sehingga berjaya

menjadikan Brazil sebagai negara pengeksport ayam pedaging utama dunia.

Intensiti penggunaan input teknologi pengeluaran ayam pedaging hanya dapat dibuat di

Malaysia sahaja maka perbandingan antara ketiga-tiga negara yang dikaji tidak dapat dijalankan.

Intensiti penggunaan input teknologi pengeluaran ayam pedaging di Malaysia mencerminkan bahawa

penggunaan input teknologi di ladang ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup adalah pada tahap

yang paling optimum sehingga penternak berupaya memaksimumkan keuntungan hasil jualan ayam

pedaging.

Akhir sekali, faktor endowment yang mempengaruhi produktiviti pengeluaran ayam pedaging

antara ketiga-tiga negara yang dikaji mendapati Brazil memiliki kelebihan faktor endowment yang besar

berbanding dengan Malaysia dan Thailand. Justeru, tidak mustahil mereka mampu menjadi antara kuasa

besar dunia dalam penternakan ayam pedaging. Thailand walau bagaimanapun mampu mencabar

kekuatan Brazil sebagai pengeksport ayam pedaging terbesar dunia pada masa akan datang. Ini dapat

dilihat berdasarkan prestasi semasa industri ini sehingga berjaya menjadi negara keempat pengeksport

ayam pedaging terbesar dunia. Industri ayam pedaging Malaysia walaupun tidak sehebat Thailand dan

Brazil di arena antarabangsa, tetapi tidak boleh dinafikan kepentingan industri ini sebagai pembekal

utama di peringkat domestik. Malaysia dilihat sedang mempertingkatkan kepakaran memproses ayam

pedaging segar secara potongan istimewa bagi menembusi pasaran Jepun dan negara Timur Tengah.

14.7 rujuKanAchilles, C. (2004). A review of the Thailand poultry sector. Food and Agriculture Oraganization of the

United Nation (FAO)

Ali, A.H.M. (2013). Poultry industry in Malaysia. Issues and challenges. Paper presented at the Bengkel Knowledge

Transfer Programme (KTP) Business Model for Broiler Industry in Malaysia: An Integrated Knowledge

Management Approach. Penang, Malaysia

Antonio, M.P.J. dan Daniel, G.B. (2013). Where Broiler Production is Heading in Brazil. Cargill Animal Nutrition

BRChicken. (2010). Brazil’s Rigorous Production of Halal Chicken. Diperoleh dari http://www.brazilianchicken.

com.br/english/publication-brazilian-chicken.php.

Department of Livestock Development (DLD) (2013). Government of Thailand. Diperoleh dari www.dld.go.th

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Seksyen Unggas, Putrajaya

Government of Thailand (2004). National Economic and Social Development Board. Bangkok, Thailand

MoA. (2014). Buku Perangkaan Agro-Makanan 2014. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Putrajaya, Malaysia

Na Ranong, V. (2008). Structural changes in Thailand’s poultry sector and its social implication. Thailand

Development Research Institute

Patricio, S., Mendes, A.A., Ramos A.A. dan Pereira, D.F. (2012). Overview on the performance of Brazilian broilers

(1990 to 2009). Brazilian Journal of Poultry Science 233 endowment 304

Tapsir, S., Mokhdzir, L., Nor Rahim S. dan J.N. (2011). Isu dan impak dalam perladangan kontrak ayam pedaging

di Semenanjung Malaysia. Economic and Technology Management Review Vol. 6.

USDA (2007). Thai broiler export to Europe. United State Department of Agriculture

USDA (2014). Broiler meat export by country. United State Department of Agriculture

USDA (2014). Broiler meat production by country. United State Department of Agriculture

Page 231: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)
Page 232: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

207

15.0 KAJIANKESANAKTIVITIPERTANIANKEPADABANJIRDICAMERONHIGHLANDS

15.1 PENDAHuLuANMasalah pembangunan di kawasan tanah tinggi berkait rapat dengan pembersihan kawasan hutan atau

penyahhutanan untuk dijadikan kawasan pertanian, penempatan dan bentuk pembangunan yang lain.

Situasi ini sudah lama dialami oleh kawasan tanah tinggi di Malaysia, khasnya di sekitar Cameron

Highlands, Pahang. Ini secara langsung, akan berlaku perubahan guna tanah di kawasan berkaitan dan

dengan itu mempengaruhi ekosistem dan persekitarannya. Salah satu kesan yang amat ketara adalah

perubahan kepada parameter cuaca terutamanya pola suhu, kelembapan bandingan dan pola taburan

hujan. Menurut Meyer dan Turner (1992) perubahan pola guna tanah dan kesannya terhadap ekosistem

ini diklasifikasikan sebagai satu bentuk baru yang dikenali sebagai kategori hybrid (hybrid category) di

mana perubahan pada satu sisi fungsi ekosistem berkemungkinan besar merubah fungsi yang lain.

Di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia, perubahan yang berlaku pada hutan hujan

tropika perlu diberi perhatian serius dalam konteks perubahan iklim dunia masa kini. Biodiversiti

hutan hujan tropika dianggap sebagai komponen penting dalam mekanisme perubahan iklim dunia

kerana potensinya menjadi salah satu kawasan simpanan karbon dan penyumbang utama kepada gas

oksigen dan karbon dioksida (CO2) dunia. Hutan hujan tropika dianggarkan mampu menyimpan lebih

kurang 40% daripada keseluruhan jumlah karbon dunia (Malhi dan Grace 2000). Mengikut kajian dan

permodelan songsang (inverse modelling) bagi kepekatan CO2 dalam atmosfera pula, penyelidik seperti

Schimel et al. (2001) dan Rodenbeck, Houweling, Gloor dan Heimann (2003) merumuskan bahawa

ekosistem hutan hujan tropika mempunyai potensi untuk menyerap antara 1 hingga 3 Gigatan karbon

setiap tahun. Ini mencerminkan peranan besar kawasan hutan hujan tropika itu sendiri dalam kitaran

karbon global.

Menurut Hofmann et al. (2006), peranan karbon dioksida sebagai salah satu gas rumah hijau telah

lama diketahui umum dan menjadi antara punca utama kepada perubahan iklim. Penebangan hutan

hujan tropika yang luasnya meliputi 800 juta hektar daripada kawasan permukaan dunia iaitu pada

kadar 14 juta hektar setahun (Pielke, Prins, Rayner dan Sarewitz 2007), adalah salah satu penyumbang

kepada penghasilan gas rumah hijau yang utama di dunia. Justeru, sebarang tindakan penyahhutanan

secara besar-besaran pasti akan mengubah pola iklim bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi juga di

peringkat dunia.

Walaupun kemajuan sektor pertanian merupakan salah satu punca utama kemusnahan hutan

tropika, tetapi bukan semua pembangunan sektor pertanian mengakibatkan kesan negatif sahaja kerana

pokok renik, padang ragut, membalak atau penanaman semula hutan, tanah usang dan bidang-bidang

pertanian pindah ialah sumber untuk pertanian tetap yang baru (Gibbs et al. 2008). Namun begitu,

pelbagai jenis aktiviti pertanian yang agresif di Cameron Highlands seperti pertanian ladang skala besar

dan pertanian lereng bukit dikatakan menjadi penyumbang utama kepada bencana-bencana alam seperti

tanah runtuh dan banjir kilat. Bencana-bencana ini telah meragut beberapa nyawa sejak empat banjir

besar yang telah direkod berlaku di Cameron Highlands iaitu pada 1980-an dan 1990-an, pada Oktober

2013 dan yang terbaru pada November 2014. Pembangunan pertanian telah dikenal pasti sebagai salah

satu faktor utama yang menyumbang kepada bencana alam di seluruh dunia seperti banjir dan tanah

runtuh (Kenyon, Hill dan Shannon 2008). Jadual 15.1 menunjukkan pola perubahan penggunaan tanah

di Cameron Highlands dari tahun 1990 sehingga 2006.

Page 233: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

208

Jadual15.1:Pola penggunaan tanah di Cameron Highlands (1990 – 1996)

Kategori guna tanah

Kaw. guna tanah (ha) Perbezaan (ha)

1990 1996 2006 1990 – 1996 1996 – 2006Bandar dan kawasan pembangunan 493 568 977 75 (98.17%) 409 (72.01%)Ladang, industri tetap dan lain-lain 4942 6728 8772 1786 (77.5%) 2044 (30.38%)Hutan 62991 60897 58535 2094 (7.07%) 2362 (3.88%)

Sumber: Jabatan Pertanian (2011)

Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada 2004 telah mengeluarkan statistik yang mengkategorikan

jumlah kawasan yang telah dibangunkan untuk aktiviti pertanian berdasarkan tahap-tahap kecerunan.

Lebih 42% kawasan pertanian di Cameron Highlands diusahakan pada kawasan bercerun melebihi 25°

iaitu tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Sejumlah 23.06% diusahakan di kawasan

dengan kecerunan antara 20° hingga 25° dan selebihnya diusahakan di kawasan dengan cerun kurang

daripada 20°. Data ini menunjukkan hampir separuh daripada perusahaan pertanian di tanah tinggi ini

telah melanggar peraturan dan panduan tanaman bercerun yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Permasalahan ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir selain penebangan

hutan yang menyebabkan larian air yang laju semasa hujan.

Jadual15.2: Kategori kecerunan tanah pertanian di Cameron Highlands

Kecerunan (º) Jumlah kawasan (%)2 – 6 3.856 – 12 7.0612 – 20 23.0820 – 25 23.06>25 42.95

Sumber: Jabatan Perancang Bandar dan Desa (2004)

Kesan kemajuan teknologi dalam pertanian kepada perhutanan bergantung kepada bagaimana pantasnya

kemajuan teknologi dalam pertanian dapat menyaingi pembukaan hutan untuk aktiviti pertanian.

Pembangunan teknologi pertanian yang tidak memerlukan kepada pembukaan tanah baru dalam skala

besar secara tidak langsung boleh mengurangkan impak kepada alam sekitar (Jayasuriya 2001). Aktiviti

pertanian yang efisien dan pengurusan mapan bagi tanah tinggi bertujuan memulihara sumber asli di

samping membenarkan eksploitasi yang tidak memusnahkan fungsi dan potensinya dalam membantu

manusia dan hidupan liar.

Keseimbangan ini sukar dicapai bagi hutan hujan tropika terutamanya di tanah tinggi di mana kesan

aktiviti ekonomi di kawasan huluan memberi impak besar kepada fungsi ekosistem di kawasan hiliran

dan keseluruhan struktur geografi tanah tinggi. Tanah tinggi terdedah kepada amalan-amalan guna tanah

yang tidak mapan, eksploitasi berlebihan dan pencerobohan langsung atau tidak langsung terutamanya

di dalam zon yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Risiko ini tidak boleh dikurangkan dengan

berkesan sehingga rancangan pengurusan bersepadu dilaksanakan dengan sokongan sepenuhnya

daripada semua pihak berkepentingan — kerajaan, orang awam dan pihak swasta (UNESCAP-ADB-

UNEP 2012).

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan aktiviti pertanian terhadap bencana

banjir di Cameron Highlands. Kajian ini menggariskan beberapa objektif khusus seperti yang berikut:

1. Untuk mengenal pasti aktiviti pertanian yang menyumbang kepada kejadian banjir di Cameron Highlands

2. Untuk menentukan aktiviti pertanian yang cekap dan mencadangkan pengurusan aktiviti pertanian

untuk Cameron Highlands

Page 234: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

209

15.2 LATARBELAKANGCameron Highlands ialah daerah paling kecil dalam negeri Pahang Darul Makmur. Ia bersempadan

dengan Kelantan di sebelah utara dan Perak di sebelah baratnya. Kedudukannya terletak di antara 4º20’U

– 4º37’U dan 101º20’ – 101º36’T, termasuk dalam Banjaran Titiwangsa. Daerah Cameron Highlands

dianggarkan mempunyai keluasan 71,218 ha. Permukaannya berbukit-bukau dan mempunyai puncak

tertinggi yang boleh dicapai menggunakan jalan raya iaitu Gunung Brinchang (2,031 m). Gunung-

gunung lain yang terdapat dalam kawasan daerah tersebut termasuklah Gunung Swettenham (1,961

m), Gunung Siku (1,916 m), Gunung Beremban (1,840 m), Gunung Cantik (1,802 m) dan Gunung

Jasar (1,670 m).

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran

hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada

yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk

tanaman-tanaman tertentu seperti teh, bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim

hawa sederhana juga boleh didapati di tanah tinggi ini. Di sini juga terdapat sebuah penempatan orang

Melayu yang pertama di Cameron Highlands iaitu Kampung Taman Sedia yang terletak di lembah antara

Tanah Rata dan Brinchang. Penduduk tempatan dan juga luar daripada Cameron Highlands banyak

terlibat dengan aktiviti ekopelancongan, agropelancongan dan pertanian itu sendiri.

Tanaman lereng bukit telah mendominasi kebanyakan kawasan-kawasan tumpuan utama di tanah

tinggi ini. Dianggarkan lebih 5,800 hektar tanah telah diusahakan sebagai tanah pertanian sedangkan

hanya sekitar 3,300 hektar tanah sahaja yang sesuai dijadikan kawasan pertanian di Cameron Highlands

(Rahim dan Samah 2012). Kawasan Lembah Bertam, Brinchang dan Sungai Terla telah dipenuhi dengan

ladang-ladang pertanian yang mengusahakan penanaman sayur, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Eksploitasi tanah yang keterlaluan untuk aktiviti pertanian juga telah menyumbang kepada penurunan

suhu di Cameron Highlands. Ismail et al. (2011) mendapati penurunan suhu berlaku pada kadar 0.1 –

0.9 ºC selaras dengan aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian atau pembangunan

yang lain.

Kawasan di utara tanah tinggi seperti Kampung Raja sehingga ke sempadan daerah Lojing juga

tidak terkecuali daripada diusahakan sebagai tanah pertanian. Sebahagian besar pengusaha pertanian ini

menduduki kawasan-kawasan tersebut dengan hanya menggunakan Lesen Pendudukan Sementara atau

Temporary Occupation License (TOL) dan menerusi penerokaan guna tanah secara haram. Perusahaan

pertanian secara tidak terkawal ini menyebabkan lebih 80 tan tanah telah memasuki sistem saliran air

seperti sungai dan tadahan air yang lain seterusnya mengurangkan lebih 30% kapasiti simpanan air

untuk Cameron Highlands (Ngah, Yusri, Marzuki dan Ishak 2006).

Di samping itu, pembangunan hotel dan kawasan perumahan juga dianggarkan mengalami

pertumbuhan sebanyak 3.2% setiap tahun dan kebanyakannya bertempat di kawasan berbukit (Ismail et

al. 2011). Pembangunan pesat ini menyumbang kepada permasalahan pengurusan sisa pepejal. Walau

bagaimanapun, permasalahan ini sedikit sebanyak telah diselesaikan pada tahun 2001 dengan tindakan

penswastaan pengurusan sisa pepejal kepada pihak ketiga atas inisiatif kerajaan. Hanya pengurusan sisa

gunaan pertanian sahaja yang masih belum menemui jalan penyelesaian dan sekiranya permasalahan

ini dapat diatasi, risiko berlakunya bencana banjir pasti akan berkurangan.

15.2.1 JustifikasiKajianPembangunan bukan sahaja berlaku di kawasan tanah pamah, tetapi juga telah merebak ke

kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Tanah tinggi adalah kawasan yang mudah

menerima ancaman bencana banjir dan runtuhan tanah. Kawasan tanah tinggi yang mempunyai

keunikan dari segi fauna dan flora, persekitaran yang tidak tercemar, udara yang bersih

serta jauh daripada kebisingan ini mula terdedah kepada ancaman kerosakan persekitaran.

Page 235: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

210

Kerosakan persekitaran dipengaruhi oleh kepesatan pembangunan di kawasan ini sebagai

pusat pertanian dan pusat pelancongan tanah tinggi. Cameron Highlands terdedah kepada

pembangunan tanah secara berleluasa mutakhir ini dan penting untuk penyelidik mengenal

pasti sejauh manakah elemen-elemen persekitaran telah terjejas di sebalik aktiviti pertanian

dan pembangunan yang pesat di kawasan ini. Kajian ini juga dijalankan untuk menjana data

bukan pasaran nilai tanah tinggi Cameron Highlands supaya pembuat dasar boleh menentukan

jika sumber-sumber hutan telah diuruskan dengan cara yang paling wajar daripada perspektif

masyarakat.

Dalam erti kata lain, penentuan pelan pengurusan yang lebih wajar dan relatif kepada

pelan semasa turut mengambil kira sudut pandangan awam. Kajian ini memaparkan kepentingan

informasi daripada perspektif pengguna bagi membolehkan pembuat dasar merancang sistem

pengurusan yang mapan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Maklumat kesanggupan

orang awam untuk membayar caj perkhidmatan membolehkan pihak berkuasa tempatan bagi

menambah baik lagi sistem pengurusan dan usaha-usaha pemuliharaan. Kajian ini sangat

penting, kerana ia bertujuan untuk mengenal pasti dan mengurangkan ketidaksepadanan

antara kemahuan pihak awam dan tahap perkhidmatan alam sekitar yang dianggap wajar

dilaksanakan oleh pengurus sumber berdasarkan perspektif teknikal dan komersial.

15.3 METODOLOGIKAJIANKaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan untuk memperoleh data kajian. Wawancara secara

langsung dengan penduduk tempatan seperti orang asli, penduduk dan petani di Cameron Highlands

telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat aktiviti pertanian yang dijalankan serta kerosakan yang

telah berlaku di tanah tinggi. Data-data dan maklumat daripada sumber sekunder seperti jurnal saintifik

juga digunakan bagi menentukan tahap pencemaran dan kemerosotan ekosistem secara keseluruhan.

Manakala soal selidik berstruktur telah digunakan bagi menganggarkan nilai ekonomi tanah tinggi yang

dikaji. Soal selidik berstruktur telah dirangka dan diedarkan kepada pengunjung Taman Agroteknologi

MARDI Cameron Highlands yang merupakan antara tempat pelancongan utama di Cameron Highlands.

Pensampelan mudah (Convenience Sampling) telah digunakan untuk mengumpul data dengan

menggunakan khidmat enam pembanci terlatih. Sampel saiz ini dipilih berdasarkan rujukan pensampelan

saiz oleh Sudman (1976) dan teknik analisis faktor yang akan digunakan (Hair, Black, Babin, Anderson

dan Tatham 2006). Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan dan data akhir menggunakan 194

responden (97%) setelah prosedur pembersihan data dilakukan. Kaedah Choice Experiment (CE) yang

digunakan mempunyai kapasiti untuk menganggarkan nilai untuk pilihan multi-atribut penggunaan

sumber alternatif dan perubahan kecil utiliti dalam sifat setiap individu.

Kaedah CE mempunyai keupayaan untuk menghasilkan anggaran untuk pelbagai pengurusan

pilihan sumber daripada aplikasi tunggal (Bennett dan Blamey 2001). Anggaran nilai ekonomi terhadap

peningkatan potensi alam sekitar adalah penting kerana pengurus sumber sering bimbang dengan

perubahan kecil dalam tahap atribut antara alternatif pengurusan berbanding terpaksa menghadapi

kehilangan atau mendapat sumber alam sekitar sebagai keseluruhan (Othman, Bennett dan Blamey

2004). Kaedah ini mempunyai fleksibiliti untuk menilai kedua-dua nilai marginal ciri-ciri alam sekitar

dan impak kebajikan pelbagai pilihan pengurusan alternatif.

15.4 DAPATANKAJIANDANPERBINCANGANTerdapat beberapa aktiviti pertanian yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada

berlakunya siri bencana banjir di Cameron Highlands. Antaranya adalah larian sisa gunaan pertanian

Page 236: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

211

yang masuk sistem saliran air tanah tinggi ini. Peningkatan kelodak akan menyebabkan pengurangan

kapasiti atau keupayaan tadahan air dan sungai bagi menampung kuantiti air yang banyak dalam sesuatu

masa. Aktiviti penukaran tanah daripada hutan kepada kawasan pertanian serta penggunaan tanah di

cerun-cerun yang melebihi 25° juga antara faktor-faktor terjadinya bencana banjir. Larian air hujan tidak

dapat diperlahankan dengan hilangnya penampan-penampan semula jadi yang terdiri daripada pokok

dan tumbuhan semula jadi tanah tinggi. Jadual 15.3 menunjukkan aktiviti-aktiviti pertanian dan status

kemerosotan di kawasan yang mempunyai struktur geografi yang berbeza di Cameron Highlands.

Jadual15.3: Aktiviti pertanian dan status kemerosotan Cameron Highlands

Aktiviti Kawasan cerun

Hutan Kawasan penempatan

Tadahan air dan sungai

1 Sisa gunaan pertaniana Tinggi n.a Rendah Kritikal

2 Penukaran kepada tanah pertanianb Kritikal Tinggi n.a n.a

3 Perubahan iklim (°)c Tinggi Sederhana Kritikal n.a

4 Pertanian lereng bukit (> 25°)d Kritikal Kritikal Rendah Tinggi

5 Pembangunan huluanb Kritikal Sederhana Tinggi Tinggi

Status ancaman untuk setiap karakter KRITIKAL TINGGI SEDERHANA TINGGI

Nota:Kritikal => tindakan segera, Tinggi => tindakan segera, Sederhana => pemantauan dan tindakan, Rendah => pemantauan, n.a => tidak berkenaan. Penentuan tahap ancaman berdasarkan data kuantitatif dan pemerhatian kualitatif (temu bual dengan petani, pemerhatian fizikal dan sumber sekunder)Sumber: a (Data kajian 2015), b (Jabatan Pertanian 2011), c (Ismail et al. 2011), d (Rahim dan Samah 2012)

Pembangunan kawasan huluan untuk kegiatan pertanian dan pembangunan binaan-binaan infrastruktur

menyebabkan kawasan hiliran menerima padah dan akibat. Lambakan lumpur dan sisa pepejal atau

pertanian merosakkan nilai estetik tanah tinggi dan lebih teruk lagi merubah ekosistem fizikal Cameron

Highlands. Suhu sejuk di tanah tinggi ini juga mengalami penurunan dari semasa ke semasa dan

dibimbangi menjadi masalah yang berbalik kepada industri pertanian sendiri sekiranya tidak dikawal

selia dengan baik.

15.4.1 AktivitiPertanianMapanUtiliti merupakan tahap kepuasan hati individu yang diukur berdasarkan peningkatan atau penurunan

unit. Peningkatan satu unit utiliti mewakili peningkatan satu unit tahap kepuasan hati seseorang/

individu. Ukuran unit utiliti pula boleh memberi anggaran peningkatan nilai monetari/wang yang

sanggup dilaburkan bagi menikmati peningkatan sesuatu atribut yang dikaji. Ukuran utiliti akhirnya

membentuk anggaran garisan permintaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan sama ada dalam

bentuk ketara (tangible) atau tidak ketara (intangible). Dapatan kajian ini menggunakan ukuran unit

utiliti ini dan anggaran kesanggupan membayar (willingness to pay) dalam menerangkan kepentingan

sesuatu atribut dan nilai yang sanggup dibayar oleh responden dalam menikmati peningkatan atribut

tertentu.

Berdasarkan Jadual 15.4, dapatan menunjukkan bahawa penurunan 30% aktiviti pertanian di

lereng bukit akan meningkatkan utiliti awam sebanyak 1.72 unit. Walau bagaimanapun, utiliti responden

menurun selaras dengan penurunan 20% aktiviti pertanian di lereng bukit. Ini berkemungkinan

didasarkan kepada peratus penurunan Tanaman Kaki Bukit 2 (TKB2) yang tidak memenuhi kehendak

responden yang menginginkan margin perubahan yang lebih besar. Penurunan jumlah sisa gunaan

pertanian sebanyak 20% pula meningkatkan utiliti awam sebanyak 2.18 unit. Tahap atribut yang

ditawarkan kepada responden boleh disusun mengikut peringkat dan tahap kepentingan iaitu SGP2

(i 10% sisa gunaan pertanian) – GTPH3 (100% pemulihan guna tanah haram dan penebangan hutan)

– TKB3 (i 30% tanaman kaki bukit) – SGP3 (i 20% sisa gunaan pertanian) – GTPH2 (50% pemulihan

Page 237: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

212

guna tanah haram) dan akhir sekali TKB2 (i 20% tanaman kaki bukit). Prioriti utama diberikan kepada

peningkatan utiliti awam yang paling ketara selaras dengan kemahuan responden yang menginginkan

penambahbaikan atribut tersebut pada kawasan kajian Cameron Highlands bagi mewujudkan aktiviti

pertanian yang mapan dan efisien.

Jadual15.4: Tahap atribut aktiviti pertanian mapan

Atribut Koefisien P[|Z|>z]Tanaman Kaki Bukit 2 –.42573400 .0077Tanaman Kaki Bukit 3 1.71629530 **Sisa Gunaan Pertanian 2 2.18849375 **Sisa Gunaan Pertanian 3 .81702284 **Guna Tanah dan Penebangan Hutan 2 .66398656 **Guna Tanah dan Penebangan Hutan 3 2.23201990 **Caj Konservasi –.23545095 **

Nota:** Signifikan pada 1%, * Signifikan pada 5%. TKB 2 = i 20% tanamankaki bukit, TKB 3 = i 30% tanaman kaki bukit, SGP 2 = i 10% sisa gunaanpertanian, SGP 3 = i 20% sisa gunaan pertanian, GTPH 2 = 50% pemulihanguna tanah haram dan penebangan hutan, GTPH 3 = 100% pemulihan gunatanah haram dan penebangan hutan, CK = Caj konservasi

Jadual 15.5 pula menunjukkan nilai monetari yang akan didapati selaras dengan peningkatan setiap tahap

atribut seperti dalam Jadual 15.4. Nilai ini boleh dirujuk pengurus sumber di Cameron Highlands dalam

penentuan kadar kos yang akan dikeluarkan sama ada ditanggung oleh kerajaan atau melalui pungutan

dana awam seperti cukai, caj masuk atau caj konservasi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan

nilai monetari yang sanggup dikeluarkan atau kesanggupan membayar oleh responden adalah sebanyak

RM9.48 jika atribut 100% pemulihan guna tanah haram dan penebangan hutan (GTPH 3) ditingkatkan.

Pelaburan wang daripada masyarakat awam dalam meningkatkan sesuatu atribut yang menyumbang

kepada pemulihan fungsi ekosistem Cameron Highlands merupakan hasil/pendapatan kepada pengurus

sumber yang digunakan dalam menambah baik atribut tersebut.

Jadual15.5: Nilai marginal untuk tahap atribut aktiviti pertanian mapan

Atribut Koefisien P[|Z|>z]Tanaman Kaki Bukit 2 -1.80816430 .0048Tanaman Kaki Bukit 3 7.28939637 **

Sisa Gunaan Pertanian 2 9.29490307 **Sisa Gunaan Pertanian 3 3.47003418 **Guna Tanah & Penebangan Hutan 2 2.82006320 **Guna Tanah & Penebangan Hutan 3 9.47976595 **

Nota:** Signifikan pada 1%, * Signifikan pada 5%. Koefisien menunjukkanpeningkatan dalam nilai wang (Ringgit Malaysia) untuk setiap peningkatandalam tahap atribut dalam Jadual 15.4

15.4.2 PengurusanEkopelanconganBerdasarkan Jadual 15.6, kajian menunjukkan bahawa rancangan pembangunan hotel dan

perumahan yang baik akan meningkatkan utiliti awam sebanyak 0.39 unit. Pembangunan

hotel dan perumahan yang efisien pula akan meningkatkan utiliti awam sebanyak 1.34

unit. Peningkatan sederhana sistem pengurusan sisa pertanian akan meningkatkan utiliti

awam sebanyak 1.76 unit dan penggunaan 100% bahan-bahan binaan mesra alam pula

akan meningkatkan utiliti awam sebanyak 1.82 unit. Tahap atribut yang ditawarkan kepada

responden boleh disusun mengikut peringkat dan tahap kepentingan iaitu BMA3 (penggunaan

100% bahan-bahan binaan mesra alam) – PSP2 (peningkatan sederhana sistem pengurusan

Page 238: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

213

sisa pertanian) – PHP3 (pembangunan hotel dan perumahan efisien) – BMA2 (penggunaan

50% bahan-bahan binaan mesra alam) – PSP3 (peningkatan menyeluruh sistem pengurusan

sisa pertanian) dan akhir sekali PHP2 (pembangunan hotel dan perumahan baik). Prioriti

utama diberikan kepada peningkatan utiliti awam yang paling ketara selaras dengan kemahuan

responden yang menginginkan penambahbaikan atribut tersebut pada kawasan kajian Cameron

Highlands bagi mewujudkan pengurusan ekopelancongan yang tersusun dan efisien.

Jadual15.6: Tahap atribut pengurusan ekopelancongan

Atribut Koefisien P[|Z|>z]Pembangunan Hotel dan Perumahan 2 .39171880 .1284Pembangunan Hotel dan Perumahan 3 1.34353601 **Pengurusan Sisa Pertanian 2 1.76270866 **Pengurusan Sisa Pertanian 3 .75655768 .0039Binaan Mesra Alam 2 1.21057535 **Binaan Mesra Alam 3 1.82424343 **Yuran Kemasukan -.18762377 **

Nota: ** Signifikan pada 1%, * Signifikan pada 5%. PHP 2 = pembangunanhotel dan perumahan baik, PHP 3 = pembangunan hotel dan perumahan efisien,PSP 2 = peningkatan sederhana sistem pengurusan sisa pertanian,PSP 3 = peningkatan menyeluruh sistem pengurusan sisa pertanian,BMA 2 = penggunaan 50% bahan-bahan binaan mesra alam,BMA 3 = penggunaan 100% bahan-bahan binaan mesra alam,YK = yuran kemasukan

Jadual 15.7 pula menunjukkan nilai monetari yang akan didapati selaras dengan peningkatan

setiap tahap atribut seperti yang ditunjukkan dalam jadual sebelumnya. Dapatan kajian

menunjukkan peningkatan nilai monetari yang sanggup dikeluarkan atau kesanggupan

membayar oleh responden adalah sebanyak RM9.72 jika atribut penggunaan 100% bahan-

bahan binaan mesra alam (BMA 3) ditingkatkan. Pelaburan wang daripada masyarakat

awam dalam menambah baik sesuatu atribut akan memperkemaskan lagi pengurusan

ekopelancongan pihak-pihak berkepentingan di Cameron Highlands. Nilai monetari yang

dilaburkan pengunjung walau bagaimanapun mestilah memberikan pulangan setimpal kepada

mereka dari segi penambahbaikan atribut-atribut yang telah didapati daripada kajian. Ini bagi

memastikan keselesaan dan tahap kepuasan atau utiliti mereka meningkat selaras dengan

setiap peningkatan infrastruktur ekopelancongan di Cameron Highlands.

Jadual15.7: Nilai marginal untuk tahap atribut pengurusan ekopelancongan

Atribut Koefisien P[|Z|>z]

Pembangunan Hotel dan Perumahan 2 2.08778878 .1695

Pembangunan Hotel dan Perumahan 3 7.16079850 **

Pengurusan Sisa Pertanian 2 9.39491124 **

Pengurusan Sisa Pertanian 3 4.03231255 .0006

Binaan Mesra Alam 2 6.45214277 **Binaan Mesra Alam 3 9.72288017 **

Nota: ** Signifikan pada 1%, * Signifikan pada 5%. Koefisien menunjukkan peningkatandalam nilai wang (Ringgit Malaysia) untuk setiap peningkatan dalam tahap atributdalam Jadual 15.6

Page 239: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

214

Dapatan kajian secara empirikal adalah penting bagi memastikan perancangan pengurusan

sumber tanah tinggi ini dilakukan secara bertanggungjawab dan berintegriti. Pengurusan sumber

yang efektif dan efisien pasti memberi kesan positif kepada pembangunan Cameron Highlands

sekali gus memelihara dan memulihara biodiversiti persekitarannya dan mengurangkan risiko

bencana seperti banjir dan lain-lain.

15.5 SARANANRisiko kejadian banjir yang merugikan nyawa dan harta benda di Cameron Highlands boleh dicegah

dan dikurangkan dengan pelaksanaan saranan-saranan seperti berikut:

• Kawasan guna tanah baru terutama bagi aktiviti pertanian hendaklah mematuhi aturan undang-

undang yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385). Di bawah

akta ini sebarang aktiviti pertanian di kawasan bercerun melebihi 25 º (>25º) wajib dihentikan.

Di samping itu, kawasan pertanian sedia ada mestilah mematuhi Garis Panduan Perancangan

Pemeliharaan Topografi dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal bawah Akta Perancang

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun.

• Prosedur penanaman organik dan mesra alam mestilah dibangunkan secara efisien dan menyeluruh

oleh agensi-agensi pertanian seperti MARDI dan Jabatan Pertanian dengan mengambil kira

aspek-aspek pemeliharaan alam sekitar dan penerapan konsep memaksimumkan keuntungan di

kalangan pengusaha pertanian di Cameron Highlands. Ini penting kerana amalan pertanian lestari

dengan penggunaan kos yang berpatutan sahaja yang dapat menjadi insentif kepada perubahan

daripada amalan pertanian konvensional kepada yang lebih lestari (Rahim, Shamsudin, Radam

dan Mohamed 2011).

• Penguatkuasaan undang-undang bawah Akta Perhutanan Negara, 1984 (Akta 313) dan Akta

Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385) perlu diperkasakan dan dilaksanakan dengan tegas.

Perundangan sedia ada sudah mencukupi dalam mencegah aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan

struktur geografi dan biodiversiti Cameron Highlands seperti pembalakan dan pembukaan

kawasan pertanian baru.

• Pemantauan rapi terhadap lesen pendudukan sementara atau Temporary Occupation License

(TOL) perlu dilaksanakan secara berterusan. Pelanggaran syarat-syarat dan undang-undang

terutama berkaitan pembangunan pertanian oleh pengusaha pertanian yang menggunakan tanah

TOL, hendaklah dikenakan tindakan dan hukuman seperti penamatan serta merta ataupun tidak

diperbaharui lesen mereka.

• Pengurusan sisa pertanian juga mestilah dilakukan dengan sistematik dan tersusun. Sisa gunaan

pertanian seperti lebihan baja, racun dan tanah adalah antara elemen penting yang menyumbang

kepada pengurangan kapasiti tadahan air di Cameron Highlands seperti yang dilaporkan oleh

Ngah et al. (2006). Keupayaan Tasik Habu sebagai antara kawasan tadahan air utama di Cameron

Highlands telah berkurangan sebanyak 31% pada 1990 dan dijangka terus menurun sehingga

sekarang.

Penambahbaikan atribut-atribut khususnya yang didapati dalam kajian dengan tanggungan kos daripada

kesanggupan membayar daripada pengunjung perlu diambil perhatian daripada pengurus sumber di

Cameron Highlands. Dapatan empirikal daripada kajian boleh dipertimbangkan dalam penentuan

dasar pembangunan tanah tinggi ini pada masa depan. Pembangunan sistem tanggungan kos bagi

penambahbaikan ciri-ciri ekosistem dan perancangan bandar berupaya memastikan pembangunan

mapan kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Page 240: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

215

15.6 RuMuSANPembangunan Cameron Highlands terutamanya dalam aktiviti pertanian dan pelancongan adalah penting

bagi pertumbuhan ekonomi negeri Pahang khususnya dan negara amnya. Penghasilan sumber makanan

daripada produk pertanian segar memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha pertanian dan

berupaya menaik taraf sosioekonomi masyarakat tempatan. Namun begitu, perhatian dan tindakan yang

serius perlu diambil bagi mengelakkan risiko kejadian banjir yang meragut nyawa dan harta benda

berulang kembali. Keadaan bentuk muka bumi dan geografi tanah tinggi adalah sangat sensitif terhadap

sebarang perubahan kepada fungsi ekosistem kawasan seperti Cameron Highlands. Eksploitasi yang

melampau tanpa memikirkan elemen konservasi memungkinkan nilai tanah tinggi ini akan menurun

pada masa hadapan sekali gus memberi impak kepada kegiatan ekonomi di sini. Rantaian fungsi

ekosistem dalam biodiversiti adalah saling berhubung rapat di mana kegagalan suatu fungsi sahaja akan

merencatkan fungsi yang lain. Perkara seperti inilah yang akan menyebabkan bencana seperti banjir

dan tanah runtuh berlaku lagi di Cameron Highlands. Aktiviti pertanian yang mapan dan lestari mampu

memelihara dan memulihara persekitaran tanah tinggi ini supaya nilai estetiknya masih dapat dinikmati

generasi mendatang.

15.7 RuJuKANBennett, J. dan Blamey, R. (2001). The choice modelling approach to environmental valuation. Edward Elgar

Publishing

Gibbs, H., Ruesch, A., Achard, F., Clayton, M., Holmgren, P. dan Ramankutty, N. (2008). Tropical forests were the

primary sources of new agricultural land in the 1980s and 1990s. Proceedings of the National Academy of

Sciences, 107(38): 16732 – 16737

Hair, J., Black, W., Babin, B., Anderson, R. dan Tatham, R. (2006). Multivariate Data Analysis: A Global Perspective

(7th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Hofmann, D.J., Butler, J.H., Dlugokencky, E.J., Elkins, J.W., Masarie, K. dan Montzka, S.A. (2006). The role of carbon

dioxide in climate forcing from 1979 to 2004: introduction of the Annual Greenhouse Gas Index. Tellus B

58(5): 614 – 619

Ismail, A.I., Ahmad, S., Hashim, N.M. dan Jani, Y. M. (2011). Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan

kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal. Geografia: Malaysian Journal of

Society and Space 7(3): 56 – 65

Jayasuriya, S. (2001). Agriculture and deforestation in tropical Asia: an analytical framework. Agricultural

technologies and tropical deforestation, 317 – 334. CABI Publishing

Kenyon, W., Hill, G. dan Shannon, P. (2008). Scoping the role of agriculture in sustainable flood management. Land

Use Policy 25(3): 351 – 360

Malhi, Y. dan Grace, J. (2000). Tropical forests and atmospheric carbon dioxide. Trends in Ecology dan Evolution

15(8): 332 – 337

Meyer, W.B. dan Turner, B.L. (1992). Human population growth and global land-use/cover change. Annual review

of ecology and systematics 39 – 61

Ngah, C., Yusri, M.S., Marzuki, M. dan Ishak, A.J. (2006). Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron

Highlands

Othman, J., Bennett, J. dan Blamey, R. (2004). Environmental values and resource management options: a choice

modelling experience in Malaysia. Environment and Development Economics 9(06): 803 – 824

Pielke, R., Prins, G., Rayner, S. dan Sarewitz, D. (2007). Climate change 2007: Lifting the taboo on adaptation.

Nature 445(7128): 597 – 598

Rahim, H. dan Samah, M.A.A. (2012). Impak hakisan tanah di Cameron Highlands. Dewan Kosmik 29 – 31

Rahim, H., Shamsudin, M.N., Radam, A. dan Mohamed, Z.A. (2011). Normative dimensions’ preferences towards

Intention to purchase green food product. World Applied Sciences Journal 14: 39 – 47

Rodenbeck, C., Houweling, S., Gloor, M. dan Heimann, M. (2003). CO2 flux history 1982 – 2001 inferred from

atmospheric data using a global inversion of atmospheric transport. Atmospheric Chemistry and Physics 3(6):

1919 – 1964

Page 241: laporan kajian sosioekonomi 2015 (laporan penuh)

216

Schimel, D.S., House, J., Hibbard, K., Bousquet, P., Ciais, P. dan Peylin, P. (2001). Recent patterns and mechanisms

of carbon exchange by terrestrial ecosystems. Nature 414(6860): 169 – 172

Sudman, S. (1976). Applied sampling: Academic Press New York

UNESCAP-ADB-UNEP (2012). Green Growth, Resources and Resilience: Environmental Sustainability in Asia and

the Pacific. Bangkok, Thailand