tajuk penuh tesis : sistem pemantauan pemakanan...

27
Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM) Nama penulis : TAN CHI XIANG Nama ijazah : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS(SAINS KOMPUTER) Fakulti : FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT Tarikh penghantaran : 7 MEI 2008

Upload: dinhtruc

Post on 25-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

Nama penulis : TAN CHI XIANG Nama ijazah : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS(SAINS KOMPUTER) Fakulti : FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM

MAKLUMAT

Tarikh penghantaran : 7 MEI 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 2: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : Saya

SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA(COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

TAN CHI XIANG (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tanda ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

 

 

SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap

No. 29, Jalan Parit Kangkong, Bukit Pasir, 83050 Batu Pahat, Johor.

(TANDATANGAN PENYELIA)

PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN

Tarikh:

7th MEI 2008

Tarikh:

7th MEI 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Project Sarjana Muda (PSM)

Page 3: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

 

 

 

 

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)”

Tandatangan :.................................................

Nama Penyelia: PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN

Tarikh : 07 MEI 2008

 

 

 

 

 

 

 

Page 4: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

i

 

 

 

 SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL

BERASASKAN WEB DAN PDA

(COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

TAN CHI XIANG

Laporan projek ini dikemukan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 5: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

ii

 

 

 

 

Saya akui karya ini yang berjudul “Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di

Hospital Berasaskan Web Dan PDA (Collaborative Patient Dietetic Monitoring

System)” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :.................................................

Nama Penulis : TAN CHI XIANG

Tarikh : 07 MEI 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

iii

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Buat keluarga yang tersayang ayah, ibu, ibu saudara, adik-beradik. Terima kasih di

atas segala kasih sayang dan dorongan yang telah diberikan. Jasamu akan ku kenang

sepanjang hayatku”

“Buat rakan-rakan yang turut serta dan tidak luput memberi semangat, segala

bantuan serta sokongan penuh iaitu Jong Chin Hua, Lee Chee Loang,

Yen Wee Khun, dan Khoo Song Ching. Ribuan Terima Kasih.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 7: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

iv

 

 

 

 PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan saya kepada Puan Siti Hajar bt. Othman, selaku penyelia projek saya

atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan Projek

Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam

memberi bimbingan dan tunuk ajar kepada saya untuk membantu saya menjayakan

tesis ini.

Selain itu, jutaan terima kasih juga diberikan kepada pihak Hospital Pakar

Puteri di Johor Bahru, terutamanya Puan Aidah selaku pembantu pakar diet Jabatan

Dietari dan Puan Rosazrazi Binti Rosdi, pegawai rekod kesihatan hospital tersebut.

Mereka telah menyumbangkan banyak maklumat yang penting supaya

membenarkan saya menjayakan proses pengumpulan maklumat, kajian sistem sedia

ada dan keperluan sistem.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah

yang memberikan pertolongan semasa melaksanakan projek ini. Tidak terlupa juga

memberikan penghargan saya kepada keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada saya. Lebih-lebih lagi,

bantuan seperti pemberian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak

tertentu secara langsung atau tidak langsung tidak dapat dinafikan. Jasa kalian akan

dikenang. Semoga akan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburi.

 

 

 

Page 8: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

v

 

ABSTRAK

Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan

PDA merupakan sebuah sistem pemantauan pemakanan pesakit yang berkomputer

bagi memberikan kemudahan kepada pakar diet, doktor, jururawat, kerani dan

pekerja jabatan dietari. Cara konvensional seperti merekodkan maklumat pemakanan

pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan adalah

kurang efisien dan agak membebankan. Masalah kesukaran mendapatkan status

keadaan pesakit terkini dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang

sesuai oleh pakar diet menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk

menyediakan makanan mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti

yang sebenar. Sistem ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Dengan adanya melalui web dan PDA, pengguna sistem dapat mencapai sistem di

mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan berkembang pesatnya teknologi web pada

masa sekarang. Demi memahami sistem yang perlu dibangunkan, kajian terhadap

teknologi-teknologi yang perlu diimplementasikan dan sistem yang sedia ada telah

dilakukan. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah

metodologi Prototaip. Metodologi Prototaip yang dipilih ini adalah dibantu dengan

menggunakan bahasa permodelan Unified Modelling Language (UML). Sistem yang

dibangunkan ini mengandungi enam aktor, iaitu pentadbir sistem, doktor, pakar diet,

jururawat, kerani dan pekerja jabatan dietari. Sistem ini dibangunkan menggunakan

bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan Microsoft SQL Server sebagai pangkalan data.

Selain itu, Microsoft Visual Studio 2005 juga digunakan bagi membina antaramuka

pengguna sistem. Akhirnya, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat

menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan

berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan

penghantaran maklumat berkaitan pemakanan pesakit.

Page 9: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

vi

 

ABSTRACT

Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan

PDA is a computerized collaborative patient dietetic monitoring system that gives

advantages to dietitian, doctor, nurse, clerk and dietary department workers.

Conventional methods such as record patient nutrition information on record book or

note down the information on notice board are less efficiency and burdensome.

Problems of difficulty to get the latest patient health status and slowness of kinds of

diet determination by dietitian are also cause dietary department difficult to prepare

foods with the correct quantity. This system is developed to solve the problems

stated above. Besides, system users can also access this system through web and

PDA anywhere. To understand the system properly, research on the current system

and technologies used is done. Methodology prototype is used for this system

development and it is helped by using method of Unified Modelling Language

(UML). This system contains six actors, they are system administrator, doctor,

dietitian, nurse, clerk, and dietary department workers. ASP.NET programming

language is used for this system development and Microsoft SQL Server is used for

database storing. Furthermore, Microsoft Visual Studio 2005 has been used for this

application development. In a nutshell, this development system is expected able to

manage patient dietetic monitoring information efficiency and effort to solve the

problems of human error when record and transferring patient nutrition information.

Page 10: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

vii

 

 

 

 KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI ISTILAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Matlamat Projek 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Skop Projek 6

1.6 Justifikasi Projek 6

Page 11: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

viii

 

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Pengenalan Hospital Pakar Puteri, Johor 9

(Puteri Specialist Hospital)

2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10

2.4 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 11

2.5 Cadangan Penyelesaian Masalah 12

2.6 Kajian Terhadap Teknik, Peralatan Dan 13

Teknologi Yang Digunakan Untuk Menyelesaikan

Masalah

2.6.1 Internet 14

2.6.1.1 TCP/IP Sebagai Protokol Asas 15

Internet

2.6.1.2 HTTP (Hypertext Transfer Protocol) 16

2.6.2 XHTML(Extensible Hypertext Markup 17

Language)

2.6.3 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 18

2.6.4 Microsoft SQL Server 19

2.6.5 Microsoft Visual Studio 2005 20

2.6.6 Personal Digital Assistant (PDA) 21

2.6.7 Kriptografi 22

2.7 Rumusan 23

BAB 3 METODOLOGI PROJEK 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Metodologi yang Digunakan 26

3.2.1 Model Prototaip 26

3.2.2 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 28

3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 29

3.3.1 Fasa Perancangan Sistem 30

Page 12: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

ix

 

3.3.2 Fasa Analisa Keperluan Sistem 30

3.3.3 Fasa Rekabentuk Sistem 30

3.3.4 Fasa Implimentasi Sistem 32

3.3.5 Fasa Pengujian 32

3.3.6 Fasa Penyelenggaraan 32

3.4 Analisis Keperluan Sistem 33

3.4.1 Justifikasi Perkakasan 33

3.4.2 Justifikasi Perisian 34

3.5 Rumusan 35

BAB 4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Aliran Kerja Analisa 37

4.2.1 Permodelan Rajah Kes Guna 37

4.2.1.1 Penerangan Aktor 37

4.2.1.1.1 Penerangan Aktor 37

Pentadbir Sistem

4.2.1.1.2 Penerangan Aktor Pakar 38

Diet

4.2.1.1.3 Penerangan Aktor Doktor 38

4.2.1.1.4 Penerangan Aktor 39

Jururawat

4.2.1.1.5 Penerangan Aktor Kerani 39

4.2.1.1.6 Penerangan Aktor 39

Pekerja Jabatan Dietari

4.2.1.2 Penerangan Kes Guna 39

4.2.2 Rajah Jujukan 41

4.2.3 Rajah Kelas 42

4.3 Spesifikasi Input Dan Output 42

4.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 44

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 44

Page 13: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

x

 

4.5 Rumusan 46

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 48

5.1 Pengenalan 48

5.2 Persekitaran Pembangunan 48

5.3 Implementasi Dalam Sistem 49

5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 49

5.3.2 Fungsi Hash Dalam Log Masuk Dan 51

Pendaftaran Pengguna Sistem

5.3.3 Fungsi Pengendalian Penyambungan 52

Pangkalan Data

5.3.3.1 Fungsi Penyambungan Dan 52

Pemutusan Sambungan Pangkalan

Data

5.3.3.2 Fungsi Pertanyaan Data Daripada 53

Pangkalan Data

5.3.4 Fungsi Pengendalian Pengguna Sistem 56

5.3.4.1 Fungsi Menambah Pengguna Baru 56

5.3.4.2 Fungsi Mengemaskini Profil 59

Pengguna

5.3.4.3 Fungsi Penghapusan Maklumat 63

Rekod Kesihatan Pesakit

5.3.5 Validasi Input Pengguna 63

5.3.6 Pengekodan Pertanyaan Data Daripada 68

Pangkalan Data Ke Dalam Jadual

5.4 Pengujian 74

5.4.1 Pengujian Kotak Hitam 75

5.4.1.1 Pengujian Terhadap Fungsi 75

Log Masuk Pengguna Sistem

5.4.1.2 Pengujian Terhadap Fungsi 76

Validasi Input Pengguna Sistem

Page 14: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xi

 

5.4.1.3 Pengujian Terhadap Fungsi Paparan 77

Senarai Pemilihan Pesakit Selepas

Pemilihan Wad

5.5 Rumusan 78

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 79

6.1 Pengenalan 79

6.2 Hasil Dan Pencapaian 80

6.3 Kelemahan Sistem 82

6.4 Cadangan Peningkatan 83

6.5 Rumusan 83

RUJUKAN 85

LAMPIRAN A-G 87

Page 15: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xii

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Spesifikasi perkakasan 33

4.1 Penerangan kes guna aktor-aktor di dalam sistem 40

4.2 Spesifikasi input dan output bagi modul-modul 42

4.3 Senarai Atribut Bagi Jadual Pentadbir Sistem 45

Page 16: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Model prototaip 30

3.2 Carta alir sistem prototaip 32

5.1 Keratan aturcara log masuk bagi pengguna sistem 50

5.2 Keratan aturcara enkripsi kata laluan log masuk 51

pengguna

5.3 Keratan aturcara enkripsi kata laluan pendaftaran 53

pengguna

5.4 Keratan aturcara penyambungan dan pemutusan 53

pangkalan data

5.5 Keratan aturcara bagi fungsi pertanyaan data daripada 54

pangkalan data

5.6 Antaramuka pengguna bagi fungsi menambah 57

pengguna baru

5.7 Keratan aturcara bagi fungsi btnHantarDoktor_Click 57

5.8 Antaramuka pengguna bagi fungsi mengemaskini 60

profil pengguna

5.9 Keratan aturcara bagi fungsi btnHantarDoktor_Click 61

5.10 Keratan aturcara penghapusan maklumat rekod 63

kesihatan pesakit

5.11 Antaramuka pengguna bagi validasi input pengguna 64

5.12 Keratan aturcara bagi fungsi validasi input pengguna 65

5.13 Antaramuka jadual senarai rekod kesihatan pesakit 68

5.14 Antaramuka jadual senarai rekod pemakanan pesakit 69

Page 17: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xiv

 

5.15 Keratan aturcara bagi pertanyaan data daripada 69

pangkalan data ke dalam jadual

5.16 Antaramuka bahagian log masuk pengguna sistem 76

5.17 Antaramuka pemilihan senarai wad di dalam hospital 77

5.18 Antaramuka pemilihan senarai pesakit dalam wad 78

terpilih

Page 18: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xv

 

SENARAI ISTILAH

ISTILAH BAHASA MELAYU ISTILAH BAHASA INGGERIS

Aktor - Actor

Alamat pautan - Link address

Antaramuka - Interface

Atas talian - Online

Halaman - Site

Kata laluan - Password

Kes guna - Use case

Kriptografi - Cryptography

Kekunci peribadi - Private key

Kod rahsia - Cipher text

Kunci sesi - Session key

Laman web - Website

Log masuk - Login

Pelanggan - Client

Pelayan - Server

Pelayar - Browser

Rajah jujukan - Sequence diagram

Rajah kes guna - Use case diagram

Rajah kelas - Class diagram

Sistem pengoperasian - Operating system

Page 19: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xvi

 

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PERKATAAN PENUH

ARP - Address resolution protocol

ASP - Active server page

HTML - Hyper text markup language

HTTP - Hyper text transfer protocol

ICMP - Internet control message protocol

IL - Intermediate language

IR - Infrared

ODBC - Open database connectivity

PIM - Personal information manager

PDA - Personal digital assistant

RARP - Reverse address resolution protocol

SMTP - Simple mail transfer protocol

SQL - Structured query language

TCP/IP - Transmission control protocol / internet protocol

TDS - Tabular data stream

UDP - User datagram protocol

UML - Unified modeling language

WAN - Wide area networks

WWW - World wide web

XHTML - Extensible hypertext markup language

Page 20: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

xvii

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta gantt projek sarjana muda I dan projek sarjana 87

muda II

B Rajah kes guna 91

C Rajah jujukan 98

D Rajah kelas 124

E Jadual hasil awalan pangkalan data 132

F Soalan soal selidik temu bual 149

G Gambar dengan pihak temu bual Hospital Pakar Putri 151

H Borang-borang perubatan Hospital Pakar Putri 153

Page 21: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

 

 

 

 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Proses pengurusan dan pemantauan pemakanan pesakit di hospital

merupakan suatu perkara yang amat penting terutamanya bagi sesebuah hospital

pakar yang bersaiz besar dan mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Pemantauan

maklumat pemakanan pesakit boleh dikatakan sebagai suatu kerja yang agak rumit

dan membebankan sekiranya pihak hospital masih menggunakan kaedah-kaedah

konvensional seperti membuat catatan melalui buku rekod, papan kenyataan atau

memorandum yang tidak cekap. Oleh itu, proses pemantauan maklumat pemakanan

pesakit perlu diganti dengan menggunakan sistem berkomputer bagi menangani

masalah-masalah yang timbul daripada kaedah konvensional tersebut. Sistem

berkomputer dapat mengurangkan masa dan kos pemprosesan maklumat pemakanan

pesakit di samping dapat mengurangkan tenaga manusia dalam pengurusan

maklumat pemakanan pesakit ini. Pembangunan Sistem Pemantauan Pemakanan

Pesakit Di Hospital berasaskan web dan PDA (Personal Digital Assistant)

merupakan satu bentuk sokongan kepada pihak hospital bagi menjadikan proses

pemantauan pemakanan pesakit menjadi lebih efektif dan berkesan.

Kelebihan sistem yang akan dibangunkan adalah dapat menyediakan satu

platform kepada doktor, jururawat, pakar diet (dietician), pekerja jabatan dietari

pemakanan dan kerani untuk membuat pemantauan pemakanan pesakit menerusi

internet dan penggunaan teknologi PDA. Ini dapat menjimatkan masa pengguna dan

seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan sesebuah hospital. Sistem yang akan

Page 22: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

2

 

dibangunkan juga dijangkakan dapat meminimumkan tenaga kerja dan

memaksimumkan hasil kerja. Selain itu, kesilapan yang mungkin berlaku dalam

suatu proses penghantaran maklumat pemakanan pesakit juga dapat dikurangkan

kerana dengan adanya sistem ini pengguna hanya perlu memasukkan maklumat

yang berkaitan sahaja kepada sistem dan tidak perlu membuat penghantaran

maklumat pemakanan pesakit itu secara manual.

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pihak doktor, jururawat, pakar

diet, pekerja jabatan dietari dan kerani untuk mendapatkan maklumat terkini dengan

hanya masuk dan membuat semakan menerusi sistem ini nanti. Maklumat di laman

web akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna

mendapat maklumat yang terkini, pantas dan mudah tanpa perlu meneliti maklumat

tersebut melalui buku rekod atau papan kenyataan lagi.

PDA pada masa kini bukanlah suatu peralatan yang asing bagi ahli-ahli pakar

perubatan Malaysia. Ia telah menjadi satu keperluan kepada golongan profesional

memandangkan PDA dapat membantu dan memudahkan pelbagai urusan penting

pihak-pihak tersebut. PDA kini telah dilengkapkan dengan pelbagai teknologi terkini

dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan pengguna.

PDA akan digunakan dalam pembangunan sistem ini bertujuan bagi memberi

kebenaran capaian kepada pihak doktor dan pakar diet untuk memantau maklumat

pemakanan semasa kepada pesakit-pesakit di wad.

Penglibatan kerja dan prosedur yang rumit dan pembaziran masa bagi kaedah

konvensional menjadi satu keperluan bagi membangunkan suatu sistem pemantauan

pemakanan pesakit secara berkomputeran yang lebih efektif di hospital. Sistem ini

dijangkakan mampu menguruskan maklumat pemakanan pesakit dengan teratur dan

efektif. Pada masa yang sama, sistem ini sebenarnya mampu merapatkan hubungan

dan kerjasama di antara doktor, jururawat, pakar diet, kerani dan pekerja-pekerja di

jabatan dietari lantaran peranannya sebagai suatu sistem dan portal khusus bagi

pemantauan pemakanan pesakit.

Page 23: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

3

 

1.2 Pernyataan Masalah Sistem pemantauan pemakanan pesakit yang digunakan oleh kebanyakan

hospital masa kini adalah secara manual seperti merekodkan maklumat pemakanan

pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan. Cara

konvensional ini adalah kurang efisien dan membebankan terutamanya bagi sebuah

hospital yang besaiz besar contohnya bagi hospital yang mempunyai lebih daripada

seratus orang pekerja.

Selain itu, kaedah konvensional seperti sistem manual pemantauan

pemakanan pesakit yang digunakan kini menyebabkan kekurangan interaksi antara

doktor, jururawat dan pakar diet. Kelalaian manusia semasa mencatat maklumat

pemakanan pesakit juga merupakan satu masalah yang serius kepada hospital.

Pakar diet di hospital biasanya membuat anggaran jenis pemakanan pesakit

yang pelbagai secara manual dan kemudian maklumat tersebut diserah kepada

jabatan dietari . Masalah kesukaran mendapatkan status keadaan pesakit terkini

dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang sesuai oleh pakar diet

menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk menyediakan makanan

mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti yang sebenar. Prosedur

pakar diet untuk mendapatkan maklumat-maklumat pesakit adalah agak rumit,

memakan masa yang lama dan menyusahkan. Selain itu, rekod bilangan pesakit dan

diet perlu dibuat beberapa salinan untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang

berlainan dan kaedah ini didapati tidak begitu efektif, lambat, tidak berkesan dan

mempunyai tahap keselamatan yang diragui.

Jabatan dietari di hospital tidak dapat menganggar atau menentukan jumlah

kuantiti makanan yang diperlukan secara tepat dan pada masa yang diperlukan

dengan menggunakan cara konvensional ini. Jumlah pesakit di wad adalah susah

ditentukan oleh pekerja-pekerja di jabatan dietari dan fenomena ini sentiasa

menyebabkan keadaan ketidakcukupi bekalan makanan kepada pesakit atau keadaan

penyediaan makanan yang terlalu banyak dan menyebabkan pembaziran makanan

berlaku.

Page 24: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

4

 

Sistem konvensional pemantauan pemakanan pesakit yang berbentuk manual

mendesak doktor, jururawat dan pakar diet tidak mempunyai interaksi yang baik

antara satu sama lain. Doktor sukar untuk merujuk jenis makanan harian yang diberi

kepada pesakit sepanjang pesakit itu berada di wad dan tidak dapat membuat

penelitian dan analisis yang tepat kepada pesakit kerana penglibatan proses yang

agak rumit.

Tambahan pula, penggunaan sistem manual ini juga membebankan kerja

pemantauan pemakanan pesakit kerana pihak tertentu perlu menyemak dan membuat

analisis terhadap maklumat pemakanan satu demi satu dan ini akan memakan masa

yang lama dan menyusahkan. Berdasarkan masalah-masalah di atas, sistem manual

ini memerlukan kakitangan yang ramai, berkos tinggi, mengambil masa yang lama,

kurang efektif dan tidak dapat memenuhi keselamatan sistem dengan sepenuhnya.

Sistem baru yang dibangunkan ini dapat memperbaiki kelemahan sistem

yang sedia ada dengan menggunakan teknologi bergerak iaitu PDA dan laman web.

Doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan dietari dan kerani boleh

mencapai, mengurus, menyemak dan mendapat maklumat-maklumat pemakanan itu

di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa. Sistem yang baru ini hanya

membenarkan pihak yang sah sahaja mencapai sistem dan menjamin keselamatan

maklumat pemakanan pesakit.

1.3 Matlamat Projek Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pihak pakar diet dalam

melaksanakan proses pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih

efisien dan berkesan. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kerja pakar diet

semasa menentukan jenis pemakanan pesakit. Pembangunan sistem ini bertujuan

untuk menghasilkan suatu sistem yang dapat meningkatkan kerjasama di antara

doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan pembekalan makanan dan

kerani dalam pemantauan pemakanan pesakit di samping memudahkan kerja

Page 25: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

5

 

pengurusan maklumat pemakanan pesakit. Sistem ini cuba mengurangkan

penggunaan kertas, masa dan tenaga sumber manusia dalam penghantaran maklumat

pemakanan pesakit dari satu pihak ke pihak-pihak yang lain.

1.4 Objektif Projek Objektif projek adalah seperti di bawah:

i. Mengkaji satu sistem khas untuk proses pemantauan pemakanan pesakit di

hospital bagi menggantikan kaedah konvensional iaitu perolehan maklumat

pemakanan menerusi penggunaan papan kenyataan dan catatan menerusi

buku rekod.

ii. Merekabentuk satu sistem yang memudahkan doktor dan pakar diet

mengendalikan maklumat pemakanan pesakit dan juga memudahkan pekerja

mengedar makanan kepada pesakit dalam kuantiti yang tepat dan cepat.

iii. Menghasilkan pangkalan data yang dapat menyimpan data-data dan segala

maklumat yang berkaitan dengan diet pesakit.

iv. Membangunkan suatu sistem yang dapat meningkatkan keberkesanan dan

perkhidmatan hospital dalam pengawalan pemakanan pesakit dan

pengurusan sumber manusia iaitu doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-

pekerja jabatan dietari dan kerani dapat mengetahui maklumat-maklumat

yang dicapai antara satu sama lain.

v. Membangunkan suatu sistem yang fleksibel dan mudah digunakan oleh

pengguna kerana pengguna tidak perlu lagi menghantar maklumat

pemakanan pesakit ke pihak lain secara fizikal serta mengatasi masalah

kelalaian manusia dalam catatan dan penghantaran maklumat.

Page 26: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

6

 

1.5 Skop Projek Skop projek adalah seperti di bawah:

i. Pembangunan sistem hanya akan melibatkan kajian tentang hospital pakar,

Hospital Pakar Puteri, Johor (Jabatan Dietari).

ii. Maklumat pemantauan pemakanan sistem ini boleh dicapai oleh pengguna

dengan menggunakan PDA ataupun melalui atas talian (Online).

iii. Sistem ini mempunyai enam aktor iaitu pentadbir sistem, doktor, jururawat,

pakar diet, pekerja jabatan dietari dan kerani. Doktor, jururawat dan pakar

diet boleh merekod dan menyemak maklumat pemantauan pemakanan harian.

Pentadbir sistem dan pekerja jabatan dietari pula hanya boleh menyemak

maklumat pemantauan pemakanan pesakit sahaja.

iv. Sistem ini menggunakan sistem pengurusan pangkalan data secara sepusat

bagi mengurus data-datanya.

v. Teknik keselamatan enkripsi digunakan bagi menyulitkan kata kunci

pengguna sistem.

1.6 Justifikasi Projek Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk mengkomputerkan pemantauan

pemakanan pesakit dalam persekitaran komputer yang lebih sistematik untuk

menggantikan cara konvensional seperti sistem penggunaan papan kenyataan dan

mencatat dalam buku rekod. Penggantian sistem baru ini adalah penting untuk

mengatasi masalah pengurusan maklumat pemantauan pemakanan yang

membebankan, memakan masa yang panjang, melibatkan tenaga manusia yang

ramai dan aspek keselamatan data yang rendah.

Page 27: Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN …ir.fsksm.utm.my/85/1/tanchixiangac050103d08ttp.pdf · satunya telah saya jelaskan sumbernya. ... 2.6 Kajian Terhadap Teknik,

7

 

Oleh yang demikian, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat

menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan

berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan

penghantaran maklumat berkaitan pemakanan. Selain itu, kos pengurusan maklumat

pemantauan pemakanan juga dapat dikurangkan berbanding dengan pengurusan

secara manual, iaitu diuruskan oleh tenaga manusia. Tambahan pula, sistem ini juga

mudah digunakan kerana setiap transaksi hanya akan mengambil masa beberapa saat

sahaja dan kebolehpercayaan sistem yang tinggi.

Kesimpulannya, Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital

berasaskan web dan PDA yang dibangunkan dijangka dapat melicinkan proses

pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih efisien. Pembangunan

sistem ini juga dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pemakanan dan

pengurusan sumber manusia. Dengan itu, sistem ini dapat meningkatkan prestasi

pekerja serta merapatkan hubungan dan meninggikan tahap kerjasama antara

pekerja-pekerja di dalam hospital.