laporan penuh kajian tindakan mengkaji keberkesanan penggunaan tv pendidikan dan cd bestari

Download Laporan Penuh Kajian Tindakan Mengkaji Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan dan CD Bestari

Post on 27-Jul-2015

890 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PERHARGAANSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi membolehkan penyelidikan ini dapat dijalankan sehingga sempurna.Penghargaan ini khusus ditujukan kepada Pengetua SMK. Kundasang yang telah memberikan izin untuk menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah, Pusat Kegiatan Guru Ranau yang telah memberikan kerjasama dan maklumat berkaitan di mana pejabat ini adalah yang

TRANSCRIPT

PERHARGAANSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi membolehkan penyelidikan ini dapat dijalankan sehingga sempurna.

Penghargaan ini khusus ditujukan kepada Pengetua SMK. Kundasang yang telah memberikan izin untuk menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah, Pusat Kegiatan Guru Ranau yang telah memberikan kerjasama dan maklumat berkaitan di mana pejabat ini adalah yang bertanggungjawab terus kepada pemantauan perlaksanaan penggunaan TV Pendidikan di peringkat daerah. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua guru serta pelajar yang terlibat dalam kajian temuramah, IMMS serta proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa Kajian Tindakan Daerah Ranau yang telah menyumbangkan idea sehingga kajian ini siap sepenuhnya.

LOSININ JOHALIN Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah Kota Kinabalu

1

ABSTRAK Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan. Bagaimanapun Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000 dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh Negara. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan TV Pendidikan terhadap pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 36 orang pelajar SMK.Kundasang, Ranau dan dengan menggunakan set ujian IMMS, ujian pra dan ujian pos. Sebagai tambahan, semasa kajian ini dijalankan, satu sesi temubual secara rawak telah dijalankan dikalangan guru dan murid. Daripada 20 orang respondan, 100% menyatakan persetujuan mereka bahawa TV Pendidikan melalui ASTRO menarik dan berguna. 90% daripada mereka mahu supaya ada siaran TV Pendidikan di sekolah . 10% tidak menyatakan sebarang pendapat. Walau bagaimanapun hanya 55% daripada respondan pernah menggunakan kemudahan TV Pendidikan ini dalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Peratus yang menggunakan TV Pendidikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang menjadikan TV Pendidikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang terkenal.

2

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan Abstrak Isi Kndungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran Senarai Singkatan

i ii iii iv v vi vii

Bab 1 : Pendahuluan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pengenalan Latar Belakang Kajian Tujuan / Objektif Kajian Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional 9 11 14 15 16 17 18

Bab 2 : Metodologi Kajian 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Pengenalan Rekabentuk Kajian Sasaran Kajian Kaedah Mengutip Data Tinjauan Awal 19 19 21 22 23

Bab 3 : Perlaksanaan Kajian

3

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pengenalan Persediaan Tindakan Proses Gelung / Kitaran Perlaksanaan Tindakan Penilaian Dan Refleksi Kesimpulan

25 25 27 27 28 36

Bab 4 : Penilaian 4.1 4.2 4.3 4.4 4.4 Pengenalan Penilaian Dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas Penilaian Dan Refleksi Kendiri Rumusan Cadangan Bibliografi Lampiran 37 37 39 40 41 42 45

4

SENARAI JADUAL

Jadual

Nama Jadual

Muka Surat

Jadual 1 Jadual 2 Jadual 3 Jadual 4 Jadual 5 Jadual 6 Jadual 7 Jadual 8 Jadual 9

: Jadual Perlaksanaan Tindakan : Jadual Nilai Sisihan Piawai soalan soalselidik : Taburan Responden : Keputusan Ujian Pra Kumpulan 1 : Keputusan Ujian Pra Kumpulan 2 : Keputusan Ujian Pos Kumpulan 1 : Keputusan Ujian Pos Kumpulan 2 : Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Kumpulan 1 : Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Kumpulan 2

28 29 30 30 31 32 32 34 35

5

SENARAI RAJAH

Rajah

Nama Rajah

Muka Surat

Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6

: Gelung kitaran yang menunjukkan proses penyiapan kajian : Graf perbandingan keputusan ujian pra kumpulan 1 dan 2 : Graf perbandingan keputusan ujian pos kumpulan 1 dan 2 : Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan 1 : Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan 2 : Graf perbezaan peningkatan keputusan ujian bagi 2 mod pengajaran

27 33 33 34 34 35

6

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F Lampiran G Lampiran H Lampiran I Lampiran J

: Ujian IMMS : Soalan Temubual : Senarai Responden Terlibat : Keputusan Ujian Pra : Keputusan Ujian Pos : Surat Sokongan PTP PKG Ranau : Surat Kepada Pihak Sekolah : Keputusan Instrumen Temuramah : Contoh Lesson Plan Contoh Ujian Pra/Pos

7

SENARAI SINGKATAN

IMMS P&P MPT MPS MPR TVP BTPN EPRD ICT

: Ujian Ukuran Skala Motivasi : Pengajaran dan pembelajaran : Murid Prestasi Tinggi : Murid Prestasi Sederhana : Murid Prestasi Rendah : TV Pendidikan : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri : Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan : Information, Communication and Technology

8

KAJIAN TINDAKAN: KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN MELALUI ASTRO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di negara kita. TV Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu hisab pada waktu itu . Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215 buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringakat awal, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada ketika itu sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke kedua-dua negeri ini. TV Pendidikan di Sabah khasnya hanya bermula pada Tahun 1980 yang dilancarkan bersama dengan Radio Pendidikan On Air melalui RTM Sabah. Pada Tahun 1999, TV pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu Diterajui oleh YB Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia. Keputusan Kerajaan memancarkan TV Pendidikan ke udara melalui ASTRO telah mengurangkan kos tahunan yang sebelum ini mencecah RM5juta kepada RM400 ribu sahaja. Siaran TV Pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan di daerah Ranau sejak tahun 2000 dengan pemasangan fasa pertama sebanyak 46 buah sekolah daripada 9

77 buah sekolah di daerah ini. Dalam pemasangan ini, 3 faktor utama yang diambilkira melayakkan pemasangan set ASTRO iaitu :i) ii) iii) Mempunyai kemudahan TV Mempunyai janakuasa elektrik sama ada janakuasa sendiri atau SESB Mempunyai jalan perhubungan dan pengangkutan.

Faktor-faktor di atas merupakan syarat yang penting sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemasangan ini dijangka akan dapat mengatasi masalah penerimaan siaran yang agak terhad terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ini terbukti apabila selepas pemasangan set ASTRO, kualiti siaran sangat memuaskan terutamanya kepada 12 siaran yang termasuk di dalam pakej pendidikan iaitu:a) Siaran TV 1 (Umum) b) Siaran TV2 (Umum) c) Siaran TV3 (Umum) d) Siaran NTV7 (Umum) e) Siaran 11 ( Discovery Travel & Adventure) f) Siaran 13 (TV Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia) g) Siaran 50 (Discovery Channel) h) Siaran 51 ( Animal Planet) i) Siaran 52 ( National Geographic) j) Siaran 61 (Disney Channel) Ke semua saluran yang dimasukkan ke dalam pakej TV Pendidikan mempunyai unsurunsur pelajaran dan pengetahuan yang memberi manafaat kepada para pelajar. TV merupakan salah satu daripada media (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993) atau alat bantu mengajar yang melibatkan dua pancaindera manusia iaitu pendengaran

10

dan penglihatan. Sebagai satu media yang melibatkan lebih daripada satu deria, TV sememangnya akan menambahkan keberkesanan dalam menyampaikan isi-isi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas1 Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber (konkrit atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran.2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan Media: Kebanyakkan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan media mendapati teknologi yang digunakan (papan tulis elektronik) telah berjaya mengatasi masalah yang berkait dengan pemisahan di antara pensyarah dengan pelajar (Idrus, 1993; Brande, 1993). Beberapa kajian juga telah melaporkan paras dan jenis interaksi yang berlaku di antara pensyarah dan sistem media elektronik yang digunakan (Oliver & McLouglin, 1997) Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). _____________________________________________________________________1 2

Lihat Yusuf Hashim, Media Pengajaran dan Latihan, 2001, Ms2 Lihat Hazimah Hj Samin, Penggunaan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2001, Ms1

11

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan TV atau video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar Selain dari itu kajian j