hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

25
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN MEI / 2014 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 771228115134001 NO. KAD PENGNEALAN : 771228115134 NO. TELEFON : 0139264959

Upload: noormazrita-azam

Post on 24-Jul-2015

309 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN

MEI / 2014

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 771228115134001

NO. KAD PENGNEALAN : 771228115134

NO. TELEFON : 0139264959

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Page 2: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

1.0 Pendahuluan. 3 - 4

2.0 Aplikasi Android dan Apple Apps (iOS)

Dalam Pembelajaran dan Pembelajaran. 4 - 5

2.1 Kepelbagaian Aplikasi Android

Dalam Google Play Educatian. 5 - 6

2.2 Penilaian Sumatif PPBK. 6 - 8

2.3 Dapatan Penilaian Sumatif. 8 - 9

2.3.1 Laporan Analisa Penilaian Sumatif PPBK 9 - 10

2.4 Penutup 11

Rujukan

Lampiran

1.0 Pendahuluan.

Page 3: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin pesat.Sehinggakan

ia memberi impak yang sangat positif dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan.

Kementerian melalui perancangan Pengajaran Pembelajaran Berpandukan Komputer (PPBK),

yang berkehendakkan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba,

cakera padat,penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu

mengajar yang lain.Ekoran itu, sebagai pendidikan adalah menjadi keperluan menggunakan

pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi

membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu

topik pembelajaran.Semua pihak pengurusan dalam Pendidikan Kebangsaan sama ada di

peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah semuanya menekankan

kepada pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan.Situasi ini menyebabkan pihak

pengurusan pendidikan baik di perinngkat negeri mahupun diperingkat kebangsaan sentiasa

mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk

meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharudin, 2005).

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan

kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.Abdul Rahim Mohd Saad (1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan

perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian

tinggi, industri dan sektor perdagangan.Malahan,kewujudan teknologi maklumat dan

teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat .Selain itu, penggunaan internet

adalah merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak

manafaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Bukan itu sahaja, penggunaan internet juga mampu

membentuk situasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap

matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.

Namun demikian, kini kemajuan teknologi yang berkembang pesat menyebabkan syarikat-

syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple, Samsung, Microsoft,

Windows, dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk yang di luar sangkaan

pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra pengguna dan mempunyai banyak

manafaat.Alat-alat teknologi seperti Ipad, tablet, smart phone dan sebagainya telah

menggantikan penggunaan komputer yang agak besar dan berat untuk dibawa bersama

Page 4: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

kemana-mana.Kini kanak-kanak seusia 3 tahun pun telah menguasai kehebatan teknologi

ini.Jika hendak dibandingkan kemahiran dan tahap kreativiti pelajar pada awal tahun 2000

amat jauh perbezaannya.

Keperluan teknologi masa kini menjadi satu keperluan asas kepada pengguna begitu juga

kanak-kanak.Ianya dikatakan boleh memberangsangkan kebolehan pelbagai pemikiran

mereka secara interaktif.Kini, masyarakat telah sedar bahawa keperluan ini penting untuk

perkembangan kognitif anak-anak mereka selain pembelajaran yang sedia ada.

Idea Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM), Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin

(Menteri Pelajaran Malaysia) mencadangkan bahawa amat sesuai pada masa kini bagi

mengangkatkan lagi tahap kemajuan pendidikan sedia ada bagi melahirkan generasi masa

depan yang mempunyai daya fikiran tinggi bertaraf dunia seiring dengan kemajuan teknologi

masa akan datang.

Teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi khas seperti

Kamus, Quick Office (word/excel/power point),YouTube (Video tayangan) dan

sebagainya.Alat seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy Note dan tablet dapat

menggunakan capaian terus internet melalui kad sim (data internet) atau wifi yang

memudahkan guru-guru untuk mencapai maklumat secara terus dan cepat bagi menunjukkan

contoh gambarajah, video dan sebagainya kepada pelajar.

Selain itu, alat ini juga dapat disambungkan kepada prokjektor atau televisyen untuk tatapan

para pelajar di dalam kelas secara langsung.Penggunaan teknologi ini memberi suatu daya

tarikan kepada pelajar disamping dapat menjimatkan banyak masa untuk menulis dipapan

hijau dan menunjukkan contoh-contoh gambar rajah atau sebarang contoh yang terhad di

dalam buku teks dengan mencapai di dalam Google, Yahoo atau sebarang capaian maklumat

jaringan internet.

2.0 Aplikasi Android dan Apple Apps (iOS) Dalam Pembelajaran dan Pembelajaran.

Page 5: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Sebelum membincangkan tentang penggunaan aplikasi android dan apple apps dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah sebaiknya kita mengetahui terlebih dahulu apa itu

android.

Android merupakan sistem operasi untuk telefon selular.Fungsi penggunaanya adalah jauh

lebih hebat dan canggih.Ia adalah timbunan teknologi yang dibina khusus untuk peranti

mudah alih yang termasuk sistem operasi, middleware dan aplikasi utama.Timbunan perisian

ini adalah daripada rangka kerja untuk keeping khusus perisian seperti mesin maya yang

memudahkan pengoptimuman sumber ingatan dan perkasasan untuk teknologi sambungan

seperti Bluetooth dan Wi-Fi.Ia sangat membantu dalam memudahkan sebarang aktiviti dan

pekerjaan kepada manusia.

Android bermula dari seorang yang bernama Rubin yang dipercayai bahawa pengguna telefon

bimbit hari ini mempunyai keperluan yang berbeza.Beliau membuat platform mudah alih

yang membolehkan mana-mana pengatucara untuk menulis sebarang permohonan bagi

platform mudah alih bagi memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit.Pada tahun 2005,

Rubin menemui google untuk mencari sokongan .Beliau tidak mencari pembiayaan

sebaliknya mencari suatu jaminan kelulusan.Rubin telah mengetahui bahawa Google

mempunyai “coattais” lama untuk sebuah syarikat mudah alih.Apabila Rubin pergi mencari

Google, beliau mendapat tawaran yang tidak mampu untuk menolaknya.Google menawarkan

untuk membayar Rubin sekitar AS $50 juta bagi Android dan bersetuju untuk

memasukkannya ke dalam projek Andriod sebagai pengendali projek.

Google sedia terkenal dengan Google Apps dan Chromebooks yang digunakan dalam

pendidikan secara meluas, termasuklah di Malaysia.Kini, dalam usaha untuk membawa

android ke dalam arena pembelajaran, Google telah pun mengumumkan inisiatif baru yang

dinamakan Google Play For Education.Google Play untuk pendidikan ini membolehkan para

pelajar dan pendidik untuk mengakses pelbagai kandungan dan aplikasi berbentuk pelajaran

daripada Google Play Store dan menggunakannya di sekolah.

Menariknya, pendidikan boleh mengawal tablet yang digunakan oleh para pelajar, dan pada

masa yang sama menolong mereka memasang beberapa aplikasi atau memuat turun

kandungan terus ke tablet pelajar.Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, pihak Google

Page 6: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

juga mengalakkan para pembangun untuk hadir dengan pelbagai aplikasi memfokuskan

pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti, sekaligus membantu generasi muda dalam

memahami pelbagai topik dengan mudah.

2.1 Kepelbagaian Aplikasi Android Dalam Google Play Educatian.

Terdapat kepelbagaian aplikasi android dalam Google Play Education yang menarik diuntuk

digunakan.Malahan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalamnya juga boleh menambah minat

serta menjadikan sesuatu yang sukar kepada mudah difahami.Salah satu, program yang dipilih

dalam Google Play Education untuk dilihat keberkesanan penggunaan kepada pengajaran

guru dan pembelajaran murid.Program tersebut ialah Math Pro, Math Pro mempunyai

pelbagai operasi matematik.

Page 7: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)
Page 8: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Math Pro program mempunyai kepelbagaian operasi matematik iaitu tambah, tolak,darab, dan

bahagi.Dilihat daripada paparan program tersebut, iainya sangat menarik dari segi

persembahan paparan yang bewarna- warni.Malahan,murid-murid boleh memilih operasi

yang mereka ingin buat dan seterusnya menjawab soalan-soalan pada paparan soalan.Setelah

menanda jawapan pada paparan soalan jawapan segera diperolehi kerana pada paparan soalan

tersebut ia akan keluar tanda betul atau salah.Aktiviti ini sangat menarik minat kerana pelajar

dengan serta merta mengetahui markah mereka berbanding dengan sekiranya guru yang

menanda.Ia memakan masa untuk memperolehi jawapan betul atau salah.

2.2 Penilaian Sumatif PPBK.

Penilaian sumatif secara amnya bertujuan membantu pembangunan perisian mengetahui sama

ada perisian yang dibangunkan atau digunakan berjaya menepati keperluan yang telah

ditetapkan.Selain daripada itu, penilaian sumatif juga berfungsi sebagai titik rujukan yang

menjamin sesebuah perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan objektif.

Penilaian sumatif dilakukan di penghujung proses pembangunan yang bertujuan untuk

memberi penilaian secara keseluruhan.Penilaian sumatif membolehkan pengubahsuaian

dilaksanakan pada versi yang akan datang.Penilaian sumatif dilakukan bagi memastikan

perisian yang telah siap dibina mencapai matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh

pembangun perisian.

Penilaian sumatif dalam hal ini melibatkan guru.Penilaian sumatif daripada guru adalah

bertujuan untuk menentukan perisisan yang digunakan memberi kesan kepada pengajaran dan

pembelajaran pelajar.

Selain daripada menilai pencapaian pelajar, pandangan pakar, pelajar dan guru juga perlu bagi

tujuan pembaikan versi-versi berikutnya:

a. Pandangan Pakar : Bagi memastikan perisian kursus memenuhi keperluan teknikal

seperti kualiti video dan audio.

b. Penilaian Pelajar : Bagi mendapatkan maklumat tentang perisian tersebut dari

sudut pandangan pengguna.

Page 9: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

c. Penilaian Guru : Bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan isi kandungan perisian kursus seperti kesesuaian media

dan kualiti soalan-soalan ujian.

2.3 Dapatan Penilaian Sumatif.

Penilaian sumatif melibatkan beberapa perkara yang dinilai.Hasil dapatan penilaian adalah

seperti jadual berikut :

BIL KRITERIA SKALA /

BIL RESPONDON

1 2 3 4 5

1. Adakah objektif perisisan jelas dinyatakan dengan jelas pada

awal perisian

30

2. Adakah objektif relevan dengan peringkat pembelajaran pelajar 2

0

10

3. Aspek kandungan yang bersesuian secara bersiri atau

berturutan

1

5

15

4. Sesuai dengan tahap pelajar 3

0

5. Aplikasi ini sangat berguna kepada pelajar 30

6. Membantu dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran 1

0

20

7. Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas dan padat 5 25

8. Interaktif dan mudah digunakan 1

0

20

9. Menyediakan kemudahan dan kawalan 2

5

5

10. Menyediakan maklum balas 2

8

2

11. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran 1

8

12

12. Merangsangkan KBKK dalam aktiviti 2

0

10

13. Sesuai dengan isi kandungan/kemahiran 2 5

Page 10: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

5

14. Mengandungi teknik dan strategi yang berkesan 3

0

15. Adakah maklumbalas yang diberikan dapat membantu pelajar 30

16. Adakah aktiviti pelajar dipelbagai, sesuai dan menarik minat

pengguna

2

7

3

17. Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan relevan dan mudah

dilaksanakan

30

18. Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran kendiri 30

19. Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran koperatif 2

4

6

1 2 3 4 5

20. Adakah dalam perisian terdapat unsur-unsur yang boleh

memotivasikan pengguna dan memberikan rangsangan untuk

terus menggunakan perisian ini.

30

Jadual 1 : Data Analisa Penilaian Sumatif PPBK

Penilaian dibuat berdasarkan skala:

ITEM SKALA

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Kurang Setuju 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

Page 11: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

2.3.1 Laporan Analisa Penilaian Sumatif PPBK

0

5

10

15

20

25

30

Skala 1skala 2Skala 3Skala 4Skala 5

Analisa Penilaian Sumatif PPBK

Page 12: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Hasil dapatan daripada borang kajian kaji selidik tentang keberkesanan aplikasi android yang

digunakan.Dalam perkara ini aplikasi yang digunakan ialah Google Play For Education ,Math

Pro For Kids.Penilaian ini adalah melalui penilaian sumatif oleh 30 orang guru Sekolah

Kebangsaan Paka11 terhadap murid tahun 4.Penilaian dibuat berdasarkan 20 kriteria .

Berdasarkan ke semua kriteria yang di analisa, skala yang menguasai keputusan adalah 5 dan

4.Bagi skala 1,2 dan 3 tidak menjadi pilihan 30 orang guru.Bagi kriteria pertama iaitu skala 5,

30 orang respondon besetuju bahawa objektif perisian jelas dinyatakan.Manakala, bagi

kriteria sama ada objektif relevan dengan peringkat pembelajaran pelajar respondon bersetuju

seramai 20 dan sangat bersetuju 10 orang.Bagi kriteria aspek kandungan yang bersesuai

sebahagian respondon bersetuju dan sebahagian lagi sangat bersetuju.Manakala kesemua

respondon bersetuju bahawa perisian tersebut sesuai dengan tahap pelajar.Dari segi faedah

dan bergunanya aplikasi tersebut, ke semua respondon sangat bersetuju ia memberi 100

peratus manafaat kepada pelajar.Selain itu, seramai 10 orang respondon bersetuju dan 20

orang sangat bersetuju bahawa aplikasi tersebut membantu dalam peningkatan pengajaran dan

pembelajaran.

Dari segi bahan aplikasi 5 respondon bersetuju dan selebihnya sangat bersetuju bahawa ia

menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan padat.Malahan 10 orang respondon bersetuju

dan 20 orang sangat bersetuju bahawa aplikasi tersebut interaktif dan mudah

digunakan.Seterusnya 25 respondon bersetuju dan 5 sangat bersetuju aplikasi tersebut

menyediakan kemudahan dan kawalan.28 respondon bersetuju ianya menyediakan maklum

balas dan 2 respondon sangat bersetuju.Bagi item kriteria memenuhi kehendak sukatan

pelajaran seramai 18 respondon bersetuju dan 12 sangat bersetuju dengan item tersebut.Bukan

itu sahaja, bahan tersebut juga 18 respondon bersetuju dan 12 sangat bersetuju bahawa ia

merangsangkan KBKK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan data dan graf juga 5 respondon sangat bersetuju dan 25 bersetuju bahawa bahan

aplikasi tersebut sangat sesuai dengan isi kandungan dan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran.Kesemua respondon bersetuju bahawa Math Pro mempunyai teknik dan strategi

yang berkesan.Manakala, kesemua respondon turut sangat bersetuju bahawa maklumbalas

yang diberikan dapat membantu pelajar.27 respondon bersetuju bahawa dan 3 sangat

bersetuju bahawa aktiviti pelajar di pelbagai, sesuai dan menarik minat pengguna.Malahan

kesemua respondon bersetuju bahawa Aktiviti dan latihan yang disediakan sangat relevan dan

Page 13: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

mudah dilaksanakan.Respondon sangat bersetuju bahawa perisian ini dapat menyediakan

pembelajaran kendiri.Bahan aplikasi tersebut juga sesuai untuk pembelajaran koperatif,

tanggapan ini dikukuhkan dengan 24 respondon bersetuju dan 6 sangat bersetuju.Bagi kriteria,

perisian tersebut mempunyai unsur-unsur yang boleh memberi motivasi kepada pengguna dan

memberikan rangsangan bagi terus menggunakan kesemua respondon memberi pendapat

sangat bersetuju.

Berdasarkan, keputusan analisa penilaian sumatif PPBK tersebut, yang mana secara purata

mempunyai jawapan setuju dan sangat setuju.Melalui keputusan tersebut maka adalah jelas

bahawa bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran sangat bagus dan memberi

manafaat kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid.Malahan bahan tersebut boleh dijadikan

salah satu bahan tambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Maka adalah tepat

bahawa pada masa kini Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer sangat berguna

kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

2.4 Penutup

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu

dimanafaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu

pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang.Walaupun ada

pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan android pada peringkat pendidikan awal

adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun

pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru

dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini

pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat bagi menjadi

pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.Oleh

yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-

kanak.Penggunaan android dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus

menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka

daripada menuntut ilmu.

Rujukan

Page 14: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Goh Boon Cheng.(2009). Pengurursan Teknologi Maklumat Dalam

Pendidikan:SelangorPenerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Vivi Lachs.(2006). Multimedia Di Dalam Bilik Darjah:Kuala Lumpur.Gempita Maju Sdn.

Bhd

http://amanz.my/2013/05/google-memperkenalkan-google-play-untuk-pendidikan/

http://unimus.ac.id/download/univ/Pengenalan%20Android.pdf

Lampiran A.

Contoh Borang Penilaian Sumatif PPBK bagi maklumbalas daripada guru.

Page 15: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

Nama Penilai :______________________________________________

Jawatan :______________________________________________

Mata Pelajaran :______________________________________________

Tarikh :______________________________________________

Arahan: Tandakan bulat pada skala yang dipilih.

ITEM SKALA

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Kurang Setuju 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

BIL KRITERIA SKALA

1/2/3/4/5

ULASAN (Jika

Ada)

1 Adakah objektif perisisan jelas dinyatakan dengan

jelas pada awal perisian

1 2 3 4 5

2 Adakah objektif relevan dengan peringkat

pembelajaran pelajar

1 2 3 4 5

3 Aspek kandungan yang bersesuian secara bersiri

atau berturutan

1 2 3 4 5

4 Sesuai dengan tahap pelajar 1 2 3 4 5

5 Aplikasi ini sangat berguna kepada pelajar 1 2 3 4 5

6 Membantu dalam peningkatan pengajaran dan

pembelajaran

1 2 3 4 5

7 Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas dan

padat

1 2 3 4 5

8 Interaktif dan mudah digunakan 1 2 3 4 5

9 Menyediakan kemudahan dan kawalan 1 2 3 4 5

10 Menyediakan maklum balas 1 2 3 4 5

BIL KRITERIA SKALA

1/2/3/4/5

ULASAN

Page 16: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)

11 Memenuhi kehendak sukatan pelajaran 1 2 3 4 5

12 Merangsangkan KBKK dalam aktiviti 1 2 3 4 5

13 Sesuai dengan isi kandungan/kemahiran 1 2 3 4 5

14 Mengandungi teknik dan strategi yang berkesan 1 2 3 4 5

15 Adakah maklumbalas yang diberikan dapat

membantu pelajar

1 2 3 4 5

16 Adakah aktiviti pelajar dipelbagai, sesuai dan

menarik minat pengguna

1 2 3 4 5

17 Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan

relevan dan mudah dilaksanakan

1 2 3 4 5

18 Adakah perisian ini dapat menyediakan

pembelajaran kendiri

1 2 3 4 5

19 Adakah perisian ini dapat menyediakan

pembelajaran koperatif

1 2 3 4 5

20 Adakah dalam perisian terdapat unsur-unsur yang

boleh memotivasikan pengguna dan memberikan

rangsangan untuk terus menggunakan perisian ini.

1 2 3 4 5

Ulasan/Pandangan :

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tandatangan :______________________________________

Nama :______________________________________

No Kad Pengenalan :______________________________________

Tarikh :______________________________________

Page 17: Hbef2303 (teknologi maklumat dalam penyelidikan)