laporan jawatankuasa dokumentasi big siri 2

2
 LAPORAN JAWA TA NKUASA DOKUMENTASI  Pada 19 Julai 2012 yang lalu, unit PISMP Prasekolah ambilan Januari 2012 telah mengadakan program Bina Insan Diri BI!" #asa kedua bertempat di prasekolah IPG Kampus Perlis yang sebelum ini merupakan tempat untuk kanak-kanak prasekolah belajar dan kini mereka telah berpindah ke prasekolah baru iaitu di dalam kawa san sekolah SK Insti tut Pendi dikan Guru. Dalam program yang di$alankan selama sehari ini, saya dan rakan se$a%atan saya, &ie 'heou (ing telah ditugaskan untuk memegang $a%atan sebagai ahli $a%atankuasa dokumentasi) Sebagai ahli $a%atankuasa dokumentasi, kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar sep an$ ang peran*anga n dan persiapan serta perl aksan aan pr ogram ini di$alankan) +ami telah mengambil gambar dan merakam ideo untuk men$adi bahan bukti kami) 'onto hnya, semasa perbin* angan tentang pemil ihan ahli $a%atankua sa, penguru san program, pros es peny edi aan maka nan untuk pesert a sert a pensyar ah yang terlibat, gambar men$amu selera dan sebagainya) +ami $uga turut mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan pro$ek-pro$ek tersebut ) .ntara pro$ek yang dilaksanaka n semasa program ini adala h pro$ek taman sains, penanaman sayur, pembersihan kolam, penghiasan dalam bilik dar$ah, pengurusan pusat sumber mini, dan lain-lain) &idak ketinggalan $uga, kami turut menangkap pelbagai kenangan yang menarik semasa *eramah yang diberikan oleh Puan /ohana di mana beliau telah meny edi akan akt i i ti simulasi unt uk meny ampaikan pera nan dan akaunbi lit i gur u kepada kami ) Pelbaga i aks i dan lakon an yang menari k telah kami tangkap dan rakamkan) Selepas tamat program Bina I nsan !uru #asa ke-2 ini, kami telah membuat satu salinan gambar-gambar tersebut ke dalam 'D-/om dan diserahkan kepada Puan ormala) +esimpulannya, semuanya ber$alan dengan lan*ar melalui ker$asama yang amat baik yang diterima daripada semua) Disediakan oleh, J.M D./I3S" +etua J+ Dokumentasi, PISMP Prasekolah Januari 2012)

Upload: afiqah-mat-noor

Post on 04-Nov-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI Pada 19 Julai 2012 yang lalu, unit PISMP Prasekolah ambilan Januari 2012 telah mengadakan program Bina Insan Diri (BIG) fasa kedua bertempat di prasekolah IPG Kampus Perlis yang sebelum ini merupakan tempat untuk kanak-kanak prasekolah belajar dan kini mereka telah berpindah ke prasekolah baru iaitu di dalam kawasan sekolah SK Institut Pendidikan Guru. Dalam program yang dijalankan selama sehari ini, saya dan rakan sejawatan saya, Tie Cheou Ling telah ditugaskan untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi.Sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi, kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang perancangan dan persiapan serta perlaksanaan program ini dijalankan. Kami telah mengambil gambar dan merakam video untuk menjadi bahan bukti kami. Contohnya, semasa perbincangan tentang pemilihan ahli jawatankuasa, pengurusan program, proses penyediaan makanan untuk peserta serta pensyarah yang terlibat, gambar menjamu selera dan sebagainya. Kami juga turut mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek-projek tersebut . Antara projek yang dilaksanakan semasa program ini adalah projek taman sains, penanaman sayur, pembersihan kolam, penghiasan dalam bilik darjah, pengurusan pusat sumber mini, dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, kami turut menangkap pelbagai kenangan yang menarik semasa ceramah yang diberikan oleh Puan Rohana di mana beliau telah menyediakan aktiviti simulasi untuk menyampaikan peranan dan akaunbiliti guru kepada kami. Pelbagai aksi dan lakonan yang menarik telah kami tangkap dan rakamkan. Selepas tamat program Bina Insan Guru fasa ke-2 ini, kami telah membuat satu salinan gambar-gambar tersebut ke dalam CD-Rom dan diserahkan kepada Puan Normala.Kesimpulannya, semuanya berjalan dengan lancar melalui kerjasama yang amat baik yang diterima daripada semua.Disediakan oleh,(JAZMYN DARIUS)Ketua JK Dokumentasi,PISMP Prasekolah Januari 2012.