dokumentasi big fasa 4

11
1.0 Laporan Aktiviti 1.1 Laporan Sebelum Pada 20 Januri 2015 perjumpaan kali pertama telah adakan. Perjumpaan ini adalah untuk melantik jawatankuasa tertinggi Program BIG fasa 4 yang dipengerusikan oleh saudara Ganesan. Beliau membuka ruang untuk memilih pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 4. Secara sebulat suara saudara Lua Chee Wei dilantik sebagai pengerusi. Selepas itu perjumpaan tersebut dipengerusikan saudara Lua Chee Wei dan sejurus selepas itu membuka cadangan untuk jawatan setiausaha. Selepas membuat undian saudari Fadzlon Binti Yahya dilantik sebagai setiausaha program ini. Ajk semua dilantik dengan sebulat suara guru pelatih.Selepas itu, Tn Hj. Saharom memberi takilimat dan beliau memberitahu tempat mana yang kami menjalankan program BIG fasa 4 ini . Dalam perjumpaan kedua yang diadakan pada 27 Januari 2015 untuk bertujuan utipan dana sebanyak RM 10 seorang bagi menampung perbelanjaan cenderamata dan barang dapur. Perjumpaan terakhir yang telah diadakan pada 3 Februari 2015 telah tetapkan tarikh menlaksanakan program BIG Fasa 4 ini iaitu 10 hingga 12 hari bulan Februari 2015. Selain itu, kami juga difahamkan bahawa sebanyak 4 IPG yang turut menjalani program BIG bersama kami. Antara IPG yang terlibat adalah IPG temenggung Ibrahim Johor Bahru, IPG Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Mereka juga menginap di IPGKTAA. Selain itu, Tn. Hj. Saharom dalam taklimatnya memberitahu bahawa

Upload: yunna

Post on 23-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BIG f4

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumentasi BIG FASA 4

1.0 Laporan Aktiviti

1.1 Laporan Sebelum

Pada 20 Januri 2015 perjumpaan kali pertama telah adakan. Perjumpaan ini

adalah untuk melantik jawatankuasa tertinggi Program BIG fasa 4 yang dipengerusikan

oleh saudara Ganesan. Beliau membuka ruang untuk memilih pengerusi Program Bina

Insan Guru Fasa 4. Secara sebulat suara saudara Lua Chee Wei dilantik sebagai

pengerusi. Selepas itu perjumpaan tersebut dipengerusikan saudara Lua Chee Wei dan

sejurus selepas itu membuka cadangan untuk jawatan setiausaha. Selepas membuat

undian saudari Fadzlon Binti Yahya dilantik sebagai setiausaha program ini. Ajk semua

dilantik dengan sebulat suara guru pelatih.Selepas itu, Tn Hj. Saharom memberi

takilimat dan beliau memberitahu tempat mana yang kami menjalankan program BIG

fasa 4 ini .

Dalam perjumpaan kedua yang diadakan pada 27 Januari 2015 untuk bertujuan

utipan dana sebanyak RM 10 seorang bagi menampung perbelanjaan cenderamata

dan barang dapur. Perjumpaan terakhir yang telah diadakan pada 3 Februari 2015

telah tetapkan tarikh menlaksanakan program BIG Fasa 4 ini iaitu 10 hingga 12 hari

bulan Februari 2015. Selain itu, kami juga difahamkan bahawa sebanyak 4 IPG yang

turut menjalani program BIG bersama kami. Antara IPG yang terlibat adalah IPG

temenggung Ibrahim Johor Bahru, IPG Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus

Bahasa Melayu dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Mereka juga menginap di

IPGKTAA. Selain itu, Tn. Hj. Saharom dalam taklimatnya memberitahu bahawa kami

menjalani BIG kali ini di SK Chegar Perah Kuala Lipis selama dua hari iaitu 10 dan 11

Februari 2015 manakala hari ketiga iaitu kami bersama-sama 4 IPG lain menjalankan

program BIG ini di SK Wan Ibrahim Kuala Lipis.

Page 2: Dokumentasi BIG FASA 4

Pengerusi melantik ajk

Penyelaras memberi taklimat

Semasa Perjumpaan

Page 3: Dokumentasi BIG FASA 4

1.2 Laporan Semasa

10 Februari 2015 (Selasa)

Pada hari pelaksanaan program BIG Fasa4 ini, semua guru pelatih berkumpul di

Astaka Khalid Al-Walid pada pukul 7.20 pagi. Semua guru pelatih berganding bahu

membawa peralatan dan menyusun ke dalam bas. Sarapan pagi disediakan di Kantin

Aida. Selepas bersarapan, seramai 67 orang guru pelatih menaiki bas IPGKTAA

bertolak ke Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis.

Kira-kira pada pukul 9.30 pagi, kami tiba di persimpangan jalan ke sekolah

tersebut. Guru-guru pelatih bekerjasama menurunkan peralatan-peralatan dari bas dan

menyusun keatas lori kecil. Selepas itu, semua guru pelatih menaiki lori kecil dan

menuju ke arah Sekolah Kebangsaan Chegar Perah. Pihak Sekolah menyambut kami

dengan menggantung banner.

Program khidmat masyarakat ini bermula dengan ucapan guru besar sekolah

tersebut. Seterusnya, pengerusi BIG Fasa 4, iaitu saudara Lua Chee Wei

membahagikan pembahagian tugas dan peralatanyang disediakan serta yang dibawa

oleh kami. Semua guru pelatih dibahagikan kepada 8 kumpulan. Salah satu kumpulan

ditugaskan menyediakan makanan sepanjang 2 hari 1 malam. Manakala 7 lagi

kumpulan ditugaskan melukis mural di bahagian-bahagian sekolah tersebut. Tema

mural pada kali ini adalah “Pendidikan”.

Kekuatan yang dapat dilihat pada aktiviti ini ialah kerjasama yang jitu antara ahli

kumpulan dalam usaha menyiapkan mural dengan cantik dan kemas. Penyelaras BIG

fasa 4 iaitu Tn. Hj. Saharom telah membuat pemerhatian dan memberi idea kepada

peserta program ini. Beliau juga banyak memberi pandangan dan memudahkan kepada

peserta agar aktiviti berjalan dengan lancar. Aktiviti melukis mural ini berjalan dengan

lancar walaupun terdapat kekuarangan dari segi peralatan, namun gerak kerja dapat

berjalan dengan lancar. Aktiviti melukis mural ini berhenti buat seketika pada waktu

petang dan akan disambungkan pada hari keesokan.

Para guru pelatih menyediakan diri dan mengambil makan malam. Selepas itu,

slot motivasi telah dijalankan kepada murid-murid dan ibu bapa. Kehadiran amat

Page 4: Dokumentasi BIG FASA 4

memuaskan dan menakjubkan. Slot pertama dimulakan dengan memberi ceramah

pendek daripada empat orang guru pelatih dari empat unit masing-masing. Tajuk

ceramah ialah berkaitan dengan kerja rumah murid dan kehadiran murid. Murid-murid

dn ibu bapa diperingatkan bahawa betapa pentingnya menyiapkan kerja rumah dan

kehadiran anak ke sekolah.

Selepas itu, slot kedua iaitu akiviti kumpulan diadakan. Murid-muri dibahagikan

kepada lima kumpulan dan akan diiringi oleh dua orang fasilitator.aktiviti pertama ialah

mencipta nama kumpulan dan logo kumpulan masing-masing. Mereka turut digalakkan

mencipta sorokan kumpulan masing-masing. Seterusnya, ahli-ahli kumpulan diminta

keluar untuk menjelaskan nama dan logo kumpulan mereka secara bergiliran. Tujuan

aktiviti ini ialah memupuk kreativti dan inovatif murid. Pada masa yang sama, ia juga

telah mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kumpulan dan memupuk keyakinan diri.

Aktiviti yang kedua ialah “station game”. Ibu bapa digalakkan bersama anak-anak

menjalankan aktiviti. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para hadirin menunjukkan

perasaan kegambiraan dan keseronokkan.

Aktiviti ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada urid-murid. Ibu

bapa turut memberi maklum balas bahawa amat memuaskan dan gembira. Semua

murid diberi sedikit makanan yang yang telah disediakan oleh kami. Selepas itu, guru-

guru pelatih mengemaskan tapak.

Page 5: Dokumentasi BIG FASA 4

Setibanya di SK Chegar Perah

Pengerusi memberi taklimat spesifikasi tugas

Aktiviti melukis mural

Aktiviti bersama kebudayaan bertema PENDIDIKAN

Page 6: Dokumentasi BIG FASA 4

11 Februari 2015 (Rabu)

Pada 6 pagi, guru-guru pelatih bangun untuk menyediakan diri dan

mengemaskan kelas-kelas. Selepas bersarapan, para guru meneruskan kerja-kerja

melukis mural. Sesetengah guru pelatih yang telah menghabiskan kerja melukis mural

telah dipertanggungjawabkan mengemaskan perpustakaan sekolah. Antara kerja-kerja

ialah menyusun semula rak-rak buku, membalut meja dan mengemop lantai serta

mewujudkan sebuah bilik pemulihan yang berkeadaan kosong. Sekumpulan guru

pelatih telah mengambil tanggungjawab untuk melukis dan menghiaskan bilik tersebut.

Selepas menjamu makan tengahari, para guru pelatih mula mengemaskann

peralatan-peralatan yang dibawa. Pada pukul 3 petang, sekali lagi menyusun kesemua

peralatan naik ke atas lori kecil dan pulang ke IPGKTAA dengan menaiki bas.

Selepas aktiviti mural

Semua guru pelatih bersama pihak sekolah serta peyelaras program menjamu makanan yang disediakan

KENANGAN SELAMANYA BERSAMA PIHAK SEKOLAH

Page 7: Dokumentasi BIG FASA 4

12 Februari 2015

Semua guru pelatih seramai 368 orang mengambil makanan di kantin dan

memakai baju yang dibekalkan oleh IPGM serta bertolak ke SK Wan Ibrahim pada

pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas IPG masing-masing untuk menjalankan aktiviti

BIG hari ketiga. Selepas sesampainya di sekolah tersebut kami memulakan aktiviti

dengan bacaan doa dan sejurus itu bersenam robik yang dketuai murid sekolah

tersebut. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut IPG

masing-masing untuk menjalankan tugasan yang dinantikan. Pihak sekolah juga

menyediakan bekalan perlatan. Meskipun IPGKTAA membawa sekali peralatan yang

disediakan.

Semua guru pelatih diberi arahan IPGKTAA untuk mengecat ‘undercoat’ di bilik

darjah tahun 1 yang mempunyai bilangan kelas 4 buah dan sebuah kelas prasekolah

serta menghias bilik prasekola yang kedua. Begitu juga dengan IPG lain yang

dibahagikan dengan tugasan masing-masing disetiap penjuru sekolah tersebut. Kami

diarahkan untuk mengecat ‘undercoat’ sahaja sambil membantu guru bilik darjah untuk

menyediakan bahan bantu belajar (BBB) yang rosak semasa banjir kilat yang berlaku

baru-baru ini.

Kami semua mendapat arahan menyiapkan kerja kami sebelum pukul 12

tengahari kerana majlis penutup diakan tepat pukul 12 tengahari. Kami semua iaitu

semua guru pelatih yang terlibat berkumpul di dewan besar sekolah. Dato Pengarah

IPGKTAA bersama-sama dengan Timbalan Rektor turut hadir di majlis penutupan

program BIG Fasa 4 kali ini. Dalam ucapan Dato Pengarah IPGKTAA mengucapan

terima kasih atas kesudian semua guru pelatih menjayakan BIG Fasa 4 pasca banjir

Justeru dalam ucapan guru besar SK Wan Ibrahim meluhakan rasa bersyukur atas

kerjasama guru pelatih dapat mewujudkan suasana kawasan sekolah kembali ceria

seperti dahulu dan murid sekolah amat berseronak datang untuk belajar di sekolah.

Dalam ucapan Tn Timbalan Rektor IPGM menyatakan bahawa betujuan untuk

mengeratkan hubungan diantara pihak luar denga iPG dan beliau merasmikan

Page 8: Dokumentasi BIG FASA 4

penutupan BIG Fasa 4 Pasca Banjir tahun 2015. Selepas itu sesi bergambar diadakan

bersama semua IPG yang terlibat dan akhirnya kami dibekalkan makanan tengah hari.

Semua guru pelatih bersedia untuk menjalankan aktiviti di Sekolah Wan Ibrahim

Aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan bersama dengan anak murid SK Wan Ibrahim

Guru Pelatih IPGKTAA

Aktiviti mengecat ‘ undercaot’ dinding dan membantu guru menyiapkan bahan bantu belajar (BBB)

Page 9: Dokumentasi BIG FASA 4

1.3 Laporan Selepas

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kerjasama

semua guru pelatih berganding bahu bagi menjayakan program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa 4 Pasca Banjir di SK Chegah Perah Kuala Lipis dan SK Wan Ibrahim Kuala Lipis.