Transcript

LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI Pada 19 Julai 2012 yang lalu, unit PISMP Prasekolah ambilan Januari 2012 telah mengadakan program Bina Insan Diri (BIG) fasa kedua bertempat di prasekolah IPG Kampus Perlis yang sebelum ini merupakan tempat untuk kanak-kanak prasekolah belajar dan kini mereka telah berpindah ke prasekolah baru iaitu di dalam kawasan sekolah SK Institut Pendidikan Guru. Dalam program yang dijalankan selama sehari ini, saya dan rakan sejawatan saya, Tie Cheou Ling telah ditugaskan untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi.Sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi, kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang perancangan dan persiapan serta perlaksanaan program ini dijalankan. Kami telah mengambil gambar dan merakam video untuk menjadi bahan bukti kami. Contohnya, semasa perbincangan tentang pemilihan ahli jawatankuasa, pengurusan program, proses penyediaan makanan untuk peserta serta pensyarah yang terlibat, gambar menjamu selera dan sebagainya. Kami juga turut mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek-projek tersebut . Antara projek yang dilaksanakan semasa program ini adalah projek taman sains, penanaman sayur, pembersihan kolam, penghiasan dalam bilik darjah, pengurusan pusat sumber mini, dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, kami turut menangkap pelbagai kenangan yang menarik semasa ceramah yang diberikan oleh Puan Rohana di mana beliau telah menyediakan aktiviti simulasi untuk menyampaikan peranan dan akaunbiliti guru kepada kami. Pelbagai aksi dan lakonan yang menarik telah kami tangkap dan rakamkan. Selepas tamat program Bina Insan Guru fasa ke-2 ini, kami telah membuat satu salinan gambar-gambar tersebut ke dalam CD-Rom dan diserahkan kepada Puan Normala.Kesimpulannya, semuanya berjalan dengan lancar melalui kerjasama yang amat baik yang diterima daripada semua.Disediakan oleh,(JAZMYN DARIUS)Ketua JK Dokumentasi,PISMP Prasekolah Januari 2012.


Top Related