langkah-langkah pengurusan tekanan emosi

30
TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI MOHAMAD SAFUAN CHE OTHMAN IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Upload: tepak-sireh

Post on 03-Jan-2016

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

MOHAMAD SAFUAN CHE OTHMAN

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Page 2: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi
Page 3: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

APAKAH TEKANAN EMOSI?

Tekanan emosi atau stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap

sebarang perubahan atau tuntutan.

ADAKAH TEKANAN EMOSI BERBAHAYA?

Tekanan emosi tidak berbahaya kepada seseorang individu kerana tekanan emosi

boleh diatasi dengan pelbagai kaedah.

Page 4: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Graf tekanan emosi Hans Sleve

Apabila tekanan emosi berada pada aras yang rendah, hasil kerjanya juga berada pada tahap yang rendah kerana kurangnya motivasi dan

tumpuan kepada kerja.

Tekanan yang berada di aras tinggi, seseorang akan menunjukkan tanda-tanda mengalami tekanan emosi

Tekanan emosi yang berada di aras sederhana paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu

Page 5: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Tanda-tanda tekanan emosi pada fizikal

• Gementar• Berpeluh• Rasa seram sejuk• Tangan dan kaki rasa sejuk• Bernafas laju• Sakit kepala• Kerap ke tandas• Kurang selera makan• Cepat letih

Page 6: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Tanda-tanda tekanan emosi pada psikologikal

• Kebimbangan • Keliru dan kurang daya tumpuan• Sukar mengawal diri• Perubahan emosi• Susah tidur• Mudah terpengaruh mengambil bahan yang

berbahaya seperti dadah

Page 7: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Tanda-tanda tekanan emosi pada gangguan fikiran

• Sukar membuat keputusan • Kurang berminat terhadap aktiviti harian• Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang

sukar • Pemikiran positif terganggu disebabkan • Sering berfikiran negatif

Page 8: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Tanda-tanda tekanan emosi pada tingkahlaku

• Bercakap dengan cepat dan kuat • Menguap • suka gigit jari, mengetap bibir, kerap

mengerakkan jari, letih • Perasaan yang negatif• Kurang Kecekapan diri• Kurang produktiviti kerja • Menindakkan keupayaan diri sendiri

Page 9: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah-langkah mengatasi tekanan emosi

• Senaman pernafasan• Tafakur • Penggambaran • Pengurutan• Kelegaan otot• Muzik• Pengurusan masa

Page 10: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 1 – Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda

- Cari masalah dalam diri satu persatu.

- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Page 11: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan

- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.

- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Page 12: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.

- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.

- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah

Page 13: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 4 – Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.

- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan

berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Page 14: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 5 – Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.

- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.

- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Page 15: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh

- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.

- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Page 16: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata

- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh

- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Page 17: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari

- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda

- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Page 18: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.

- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.

- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Page 19: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.

- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.

- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Page 20: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.

- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.

- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.

- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Page 21: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.

- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.

- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.

- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Page 22: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 13 – Bersantai

- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.

- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan

- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Page 23: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 14 – Ambil Mudah.

- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.

- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.

- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Page 24: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.

- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.

- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Page 25: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 16 – Berurut.

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yangmahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.

- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.

- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Page 26: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.

- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.

- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.

- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Page 27: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 18 – Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.

- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar andaberasa segar dan ringan tanpa masalah.

- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Page 28: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.

- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikutkehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadikenyataan.

- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatuyang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jikatidak memperolehinya.

- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apayang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang laindapat.

Page 29: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.

- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.

- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Page 30: Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

SEKIAN, TERIMA KASIH