tekanan emosi dalam kalangan guru sjk

31
1 EDU 3109 [GURU DAN CABARAN SEMASA] 1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini, Isu tekanan emosi kian menular dan meningkat dalam kalangan guru-guru pada masa kini. Justeru, sebuah kajian telah dijalankan dalam kalangan Guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Aminah, Skudai bagi mengenalpasti tahap, faktor-faktor serta impak tekanan emosi terhadap sistem pendidikan di Negara kita. Seramai 4 orang guru SJK (T) Tun Aminah telah ditemu bual dan 35 orang guru telah diperhatikan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian yang telah dijalankan. Tekanan Emosi dalam erti kata yang lain stres merujuk kepada respons fisilogikal dan fisiologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Times Lingua Dictionary (1992), mendefinisikan stres sebagai perasaan bimbang atau risau yang dialami oleh seseorang yang berpunca dari sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Manakala, Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus (1995) pula mentakrifkan stres sebagai reaksi seseorang sama ada dari segi fizikal atau emosi atau kedua-duanya yang boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja kepada psikologi tetapi juga fizikal. Ini bermaksud stress atau tekanan emosi sememangnya memberi negative terhadap seseorang individu yang mengalaminya samaada dari segi fizikal atau psikologi. Tekanan emosi guru pula menurut Kyriacou (1987), ditakrifkan sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingin seperti tekanan, kekecewaan, kebimbimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Lemaire (2009) pula mendapati bahawa, guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak

Upload: sathia-tharishiny

Post on 18-Dec-2015

118 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

gURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3109[gURU DAN CABARAN SEMASA]

1.0 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, Isu tekanan emosi kian menular dan meningkat dalam kalangan guru-guru pada masa kini. Justeru, sebuah kajian telah dijalankan dalam kalangan Guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Aminah, Skudai bagi mengenalpasti tahap, faktor-faktor serta impak tekanan emosi terhadap sistem pendidikan di Negara kita. Seramai 4 orang guru SJK (T) Tun Aminah telah ditemu bual dan 35 orang guru telah diperhatikan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian yang telah dijalankan.

Tekanan Emosi dalam erti kata yang lain stres merujuk kepada respons fisilogikal dan fisiologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Times Lingua Dictionary (1992), mendefinisikan stres sebagai perasaan bimbang atau risau yang dialami oleh seseorang yang berpunca dari sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Manakala, Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus (1995) pula mentakrifkan stres sebagai reaksi seseorang sama ada dari segi fizikal atau emosi atau kedua-duanya yang boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja kepada psikologi tetapi juga fizikal. Ini bermaksud stress atau tekanan emosi sememangnya memberi negative terhadap seseorang individu yang mengalaminya samaada dari segi fizikal atau psikologi.

Tekanan emosi guru pula menurut Kyriacou (1987), ditakrifkan sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingin seperti tekanan, kekecewaan, kebimbimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Lemaire (2009) pula mendapati bahawa, guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas pengurusan sehingga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Pendek kata, tugasan-tugasan atau beban kerja yang ditanggung oleh guru pada masa kini adalah punca utama berlakunya tekanan emosi dalam diri seseorang guru. Jika masalah tekanan emosi ini tidak ditangani dalam masa terdekat ia mampu membinasakan diri guru itu sendiri.

2.0 Latar belakang Isu

Kehidupan guru pada masa kini tidak seperti pada masa dahulu. Mereka menghadapi pelbagai cabaran daripada pihak sekolah, ibubapa, anak murid dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkat kualiti pendidikan negera kita . Hal ini kerana, mereka merupakan domain utama yang diberi tanggungjawab dalam proses penyampaian kepada anak-anak. Mereka terpaksa memikul dan melaksanakan amanah yang telah diwartakan kepada mereka secara sukarela mahupun tidak.

Tambahan pula perubahan serta pembaharuan yang boleh dikatakan berlaku pada setiap hari turut harus dititikberatkan dan melaksanakan pembaharuan secara serta merta di sekolah atas desakan pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini menyebabkan guru-guru pada masa kini terpaksa mengorban masa terluang mereka dengan berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih berat dan kompleks. Perkara ini mengakibatkan guru-guru pada masa kini mengalami tekanan emosi yang amat serius dalam diri mereka. Tetapi percaya, betapa kasihannya guru-guru masa kini sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami tekanan emosi dalam diri mereka.

Justeru, langkah-langkah awal perlu diambil segera bagi menangani tekanan emosi dalam kalangan guru pada masa kini. Jika tidak ia akan memudaratkan keadaan guru sehingga menjejaskan sistem pendidikan Negara kita.

3.0 Pernyataan Masalah

Pandangan umum masyarakat pada masa kini ialah profesion keguruan merupakan satu profesion yang mudah dan tidak banyak kerja. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa waktu kerja seseorang guru ialah separuh hari sahaja dan diberikan tempoh cuti yang agak panjang. Namun mereka tidak sedar bahawa, profesion guru pada masa kini telah mengalami pelbagai perubahan drastic sehingga guru-guru tidak pulang ke rumah sehingga pukul 7 malam kerana terpaksa menghabiskan kerja-kerja tambahan mereka di sekolah atas permintaan pihak pengurusan sekolah.

Selain itu perubahan sistem pendidikan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) turut memberi impak kepada guru-guru masa kini. Hal ini kerana sistem pendidikan KSSR yang dipraktiskan pada masa kini meningkatkan lagi beban tugas sedia ada guru terutamanya dalam dalam penyediaan alat bantu mengajar dan bahan-bahan pengajaran. Bukan itu sahaja, malahan Penilaian Berasaskan Sekolah yang digariskan dibawah sistem pendidikan ini turut membebankan guru dengan kerja-kerja tambahan seperti penyediaan lembaran kerja untuk menilai tahap pencapaian murid diakhir setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Jika seseorang murid tidap dapat mencapai apa yang dihasratkan maka proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa diulang sekali lagi sehingga semua murid dapat menguasai perkara yang diajar dengan sepenuhnya. Ia memberi satu tekanan kepada guru-guru kerana mereka terpaksa menitikberatkan murid-murid yang pandai dan lemah pada masa yang sama disamping berusaha untuk memastikan semua murid dapat menguasai apa yang diajarinya. Impaknya, mereka terpaksa berkerja 2 kali ganda.

Bukan itu sahaja, malahan guru-guru juga turut dibebani dengan tugasan pentadbiran dimana ia telah menjadi rutin harian mereka. Antara tugasan pentadbiran yang harus dilaksanakan oleh guru ialah mengemaskini kedatangan murid secara online, memasukan markah murid secara online, mengisi boring-borang, menyediakan kertas soalan dan sebagainya. Selain itu, guru-guru turut dibebani dengan tugas-tugas khas seperti Guru Perpustakaan, Setiausaha Peperiksaan, Penasihat Badan Beruniform, Penasihat Persatuan dan sebagainya. Secara tidak langsung tugasan-tugasan yang melambak ini mengakibatkan tekanan dalam diri guru sehingga mereka mula menghadapi gangguan kesihatan, mudah marah, kelihatan tidak bermaya dan akhirnya melemahkan fizikal dan mental guru serta mengganggu kerjaya mereka.

Akhir kata, Kebanyakan guru pada masa kini tidak sama sekali tidak menyedari akan bahayanya tekanan emosi sehingga mereka mengalami kesannya yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan dan prestasi kerja mereka.

3.0 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini ialah:

A. Mengenalpasti faktor-faktor yang menjurus kepada tekanan emosi dalam kalangan guruB. Mengenalpasti implikasi tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Malaysia.C. Mengetahui langkah-langkah penambahbaikan bagi mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru.

4.0 Persoalan Kajian

A. Apakah faktor-faktor yang menjurus kepada tekanan emosi dalam kalangan guru?B. Apakah implikasi tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Malaysia?C. Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru?

5.0 Penganalisaan data & Tahap keseriusan isu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

2 kaedah telah digunakan untuk mengumpul maklumat tentan tahap keseriusan Isu Tekanan Emosi dalam Kalangan guru SJK (T) Tun Aminah. Iaitu Kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Bagi kaedah temu bual, transkripsi telah disediakan dan telah dianalisis tahap keseriusan isu Tekanan Emosi. Manakala, bagi kaedah pemerhatian pula senarai semak telah digunakan dan memasukkan datanya dalam bentuk graf. Hasil daripada kedua-dua kaedah pengumpulan maklumat yang telah digunakan sememangnya Isu Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru SJK (T) Tun Aminah sememangnya berada dalam tahap yang serius dan memerlukan tindakan segera.

Berikut adalah penganalisaan data yang telah dikumpul:

a. Penganalisaan Data Temubual

4 orang guru telah ditemu bual untuk mengetahui tahap keseriusan Isu tekanan emosi dalam kalangan guru SJK (T) Tun Aminah. Keempat-empat mereka sememangnya bersetuju bahawa guru-guru di sekolah tersebut mengalami tekanan emosi yang agak serius. Malah mereka juga turut mengalami tekanan emosi sehingga kini.

Mereka bersependapat bahawa beban kerja yang banyak di sekolah yang menjadi punca utama berlakunya tekanan emosi dalam kalangan guru. Selain itu, mereka turut berkata bahawa sistem pendidikan yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah turut meningkatkan lagi tekanan emosi mereka kerana terdapat banyak kerja-kerja tambahan yang perlu dilaksanakan dalam kurikulum tersebut. Misalnya, fail peribadi pelajar, menyediakan Pentafsiran Berasaskan Sekolah, Memasukkan markah dalam sistem sekolah dan sebagainya. Pada pendapat mereka tugas-tugas itu turut meningkatkan tekanan emosi masa kerana mereka mengalami kekangan masa untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang lain.

Apabila ditanyakan tentang perasaan semasa mengajar kelas dalam keadaan beremosi, mereka mengatakankan bahawa mereka akan cepat marah, mudah menengking murid dan kadang kala tidak boleh menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran yang dijalankan. Bukan itu sahaja, malah kadang kala mereka hilang minat untuk mengajar murid kerana terlalu memikirkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Mereka juga pernah ditengking oleh guru-guru senior kerana lambat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Ini jelaskan menunjukkan guru-guru sekolah tersebut sedang mengalami tekanan emosi yang agak serius dan mereka perlu mengambil tindakan segera dalam menangani tekanan emosi mereka.

b. Penganalisaan Data Pemerhatian

Empat aspek diperhatikan bagi mengenalpasti tahap keseriusan tekanan emosi dalam kalangan guru SJK (T) Tun Aminah. Iaitu Faktor pemangkin tekanan emosi, tanda-tanda tekanan emosi, kesan tekanan emosi terhadap proses P&P dan cara menangani tekanan emosi.Berikut merupakan menganalisaan graf bagi setiap aspek:

Graf 1 : Faktor pemangkin kepada tekanan emosi

Graf bar di atas menunjukkan antara faktor-faktor yang menjadi pemangkin kepada tekanan emosi dalam kalangan guru di SJK(T)Tun Aminah,Skudai. Sebanyak 20 daripada 35 orang guru menyetujui bahawa beban kerja yang banyak merupakan faktor utama yang memberi tekanan emosi kepada diri mereka. Seterusnya,sebanyak 8 orang guru berpendapat bahawa mereka mengalami kekangan masa disebabkan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam waktu yang ditetapkan. Selain itu,sebanyak 2 orang guru menyatakan bahawa persepsi diri mereka pada pandangan guru-guru yang lebih berpengalaman menjadi faktor tekanan kepada diri mereka manakala lseramai 2 orang guru lagi menyatakan bahawa hubungan sesama rakan sejawat yang memberikan tekanan kepada diri mereka. Akhir sekali,3 orang guru pula menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang menjadi faktor pemangkin kepada tekanan emosi dalam kalangan guru. Secara kesimpulannya,beban kerja yang berlebihan merupakan faktor utama kepada tekanan emosi dalam kalangan guru mengikut pandangan guru di SJK(T)Tun Aminah.

Graf 2 : Tanda-tanda Mengalami Tekanan Emosi

Graf 1 merujuk kepada kepada hasil keputusan Pemerhatian terhadap Tanda-tanda mengalami Tekanan emosi dalam kalangan guru SJK (T) Tun Aminah, Skudai. Permerhatian telah dijalankan terhadap 35 orang guru. Hasilnya, kami mendapati 25 orang daripada 35 orang guru sememangnya cepat marah. Manakala, 30 orang guru pula kelihatan kurang bermaya. 21 orang guru pula sentiasa berada dalam keadaan kerisauan. Manakala 17 orang guru pula berada dalam keadaan murung dan 15 orang guru pula suka menyediri. Hasil daripada keputusan pemerhatian, mendapati Guru-guru SJK (T) Tun Aminah sememangnya mengalami Tekanan Emosi yang agak serius.

Graf 3 : Kesan Emosi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kesan Tekanan Emosi Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

BIL. GURU Graf 3 : Kesan Emosi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Graf 3 menunjukkan hasil keputusan Pemerhatian terhadap kesan tekanan emosi guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru SJK (T) Tun Aminah, Skudai.Pemerhatian ini dijalankan terhadap guru sesi petang seramai 35 Orang.Pertama sekali kami mendapati seramai 21 orang guru tidak dapat mencapai objektif matapelajaran harian.Seterusnya, 20 orang guru tidak senang didampingi dan dirujuk oleh murid dalam kelas. Manakala 10 daripada 35 orang guru memastikan bilik darjah dalam keadaan yang kondusif.Selain itu,seramai 20 guru menunjukka interaksi tidak berkesan dengan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kesimpulannya,melalui pemerhatian yang dijalankan,kebanyakkan guru mengalami tekanan emosi serta ia juga memberi kesan negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

.

Graf 4 : Cara cara menangani Tekanan Emosi

Graf 4 merujuk kepada kepada hasil keputusan Pemerhatian terhadap cara - cara menangani emosi dalam kalangan guru SJK (T) Tun Aminah, Skudai. Permerhatian telah dijalankan terhadap 35 orang guru. Hasilnya, kami mendapati daripada 35 orang guru hanya 15 orang guru sahaja menghasilkan jadual waktu dan mematuhi jadual waktu tersebut. Manakala, 30 orang guru tidak membawa kerja sekolah ke rumah.Mereka berusaha untuk menyiapakan kerja kerja tersebut di waktu persekolahan. Di samping itu,10 orang berani mengatakan tidak kepada kerja tambahan yang diberi oleh pihak sekolah. 20 orang guru pula meluangkan masa bersama dengan rakan sejawat sekiranya mereka menghadapi tekanan emosi. Hasil daripada keputusan pemerhatian, mendapati Guru-guru SJK (T) TunAminah sememangnya mengalami Tekanan Emosi yang agak serius.

Hasil daripada penganalisaan keempat aspek pemerhatian, didapati guru-guru SJK (T) Tun Aminah sedang mengalami tekanan emosi yang agak serius. Hal ini kerana setiap keputusan aspek pemerhatian sememanya menjurus dan membuktikan bahawa guru-guru sedang mengalami tekanan emosi yang agak membimbangkan.

6.0 Implikasi Isu Tekanan Emosi dalam kalangan guru terhadap Sistem Pendidikan Negara

Sistem Pendidikan Negara kita sedang mengalami perubahan yang pesat dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Namun begitu, Tekanan emosi di alami oleh guru-guru pada kini memberi impak kepada sistem pendidikan Negara kita sekaligus menjadi penghalang kepada sistem pendidikan untuk meneruskan perkembangan positifnya. Berikut adalah impak isu tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap Sistem Pendidikan Negara kita:Impak pertama tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Negara kita ialah kegagalan mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah ditetapkam. Setiap guru sebelum memasuki kelas akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Salah satu aspek penting dalam Rancangan Pengajaran Harian ialah objektif P&P. Objektif P&P bermaksud matlamat yang hendak dicapai diakhir proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi sudah pasti akan mengalami kesukaran untuk mencapai objektif P&P yang telah ditetapkan pada hari tersebut. Hal ini kerana setiap kelas terdiri daripada murid elit, sederhana dan lemah. Guru memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mengajar murid-murid yang lemah sekaligus berusaha untuk mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi tidak akan memiliki tahap kesabaran seperti seorang guru yang normal. Malah mereka akan cepat marah dan tidak akan mengambil peduli sama ada setiap murid telah memahami apa yang telah diajarnya. Kesannya objektif P&P pada hari tersebut akan gagal dicapai. Bayangkan setiap hari perkara yang sama berlaku. Maka setiap harilah Objektif P&P tidak akan dicapai. Kegagalan mencapai objektif P&P akan sama sekali mengagalkan sistem pendidikan Negara kita.Impak kedua tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Negara kita ialah Prestasi Pencapaian murid akan menurun. Hasrat utama sistem pendidikan Negara kita ialah melahirkan bangsa celik huruf dan bijak pandai. Namun, seseorang guru yang mengalami tekanan emosi sering kali akan mengabaikan amanahnya untuk mengajar murid semasa memasuki kelas pada waktu mengajar mereka. Guru yang mengalami tekanan emosi cepat marah dan cepat meradang. Apabila murid-murid melakukan kesilapan atau kesalahan kecil maka mereka akan berhenti mengajar dan mula untuk marah murid. Adakalanya leteran guru yang mengalami tekanan emosi mengambil masa lebih daripada 30 minit. Kesannya proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut akan tergendala. Ilmu yang hendak disampaikan pada hari tersebut tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Pada keesokan hari pula guru mula mengajar topic yang baru pula. Apabilla ujian bulanan atau ujian akhir semester dijalankan, murid tidak dapat menjawab soalan dengan baik kerana tidak menguasai sepenuhnya sesetengah topic yang yang tidak diajar dengan sepenuhnya. Kesannya Prestasi Pencapaian murid pun menurun. Apabila Pencapaian Prestasi murid mula menurun ia akan memberi impak kepada sistem pendidikan Negara kita.Impak ketiga ialah Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dicapai dengan sepenuhnya seperti yang digariskan dalam Sistem Pendidikan Negara kita. Falsafah pendidikan Kebangsaan digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi sudah pasti tidak akan mampu mampu melahirkan insan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana guru yang mengalami tekanan emosi kurang berminat untuk mengajar dan mereka juga tidak akan berusaha untuk menyerapkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran mereka. Misalnya, guru yang mengalami tekanan emosi kadang kala hanya bertindak sebagai robot sahaja. Ini bermaksud tugas mereka adalah hanya untuk menyampaikan ilmu sahaja. Mereka tidak akan prihatin terhadap pemupukan akhlak anak-anak murid mereka. Anak-anak murid yang mengalami keruntuhan akhlak yang tidak diambil tindakan segera akan ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Ia juga merupakan salah satu impak kepada sistem pendidikan Negara kita yang mementingkan perolehan ilmu setiap kanak-kanak di Negara kita.

Selain impak tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Malaysia ialah guru-guru yang mengalami tekanan emosi akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. Tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Ia merupakan kerugian yang teramat besar kepada sistem pendidikan di Malaysia kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.Implikasi tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap sistem pendidikan Negara kita yang seterusnya ialah penyampaian ilmu yang tidak terurus dan sistematik. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akan mengalami kesukaran dalam menguruskan bilik darjah. Manakala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara tidak sistematik. Seseorang guru yang normal akan memulakan pengajaran mereka dengan set induksi, diikuti dengan langkah 1, langkah 2, Penilaian dan diakhiri dengan Penutup. Tetapi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi tidak akan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Sebaik sahaja masuk ke kelas mereka akan memulakan pengajaran mereka. Mereka juga tidak akan menggunakan bahan bantu mengajar apatah lagi mempraktiskan penggunaan ICT dalam P&P. Mereka juga tidak sama sekali akan menggunakan kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai mengikut tahap, minat dan gaya pembelajaran murid. Gaya pengajaran mereka berpusatkan guru dan gaya kepimpinan mereka pula lebih kepada autokratik. Murid-murid pun akan berasa takut untuk bertanya soalan. Takut dimarahi oleh guru kerana angin guru kadang kala sukar untuk ditafsir. Silap hari murid yang bertanya soalan ditengking dan dihalau dari kelas kerana emosi guru yang mengajar tidak stabil kerana mengalami tekanan emosi. Kesannya, penyampaian ilmu tidak dapat disampaikan dengan jayanya seperti yang digariskan dalam sistem pendidikan Negara kita.Tugas-tugas khas dan rutin harian guru turut tergendala. Ia juga merupakan salah satu implikasi isu tekanan emosi dalam kalangan guru terhadap Sistem Pendidikan Negara. Tugas-tugas khas guru disini merujuk kepada tugasan tambahan yang diberikan kepada guru selain mengajar. Contohnya Setiausaha Peperiksaan, Guru Pusat Sumber, Guru Penasihat Badan Beruniform, Setiausaha Persatuan Ibubapa dan Guru dan sebagainya. Manakala rutin harian guru pula merujuk kepada pengisian borang murid, mengambil kedatangan murid pada setiap pagi, memasukkan markah murid dalam sistem online dan sebagainya. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi sudah pasti tidak akan menjalankannya tanggungjawab dengan betul. Malah mereka lebih suka untuk melengah-lengah masa dan jika ditegur mereka akan mula memberontak. Kesannya tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan akan tergendala. Misalnya, seseorang guru dikehendaki memasukkan markah Percubaan UPSR secara online pada tempoh masa yang telah ditetapkan untuk dianalisis dan mengetahui jumlah murid yang berpotensi untuk mrndapat 7 A oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jika guru tersebut tidak memasukkan markah pada masa yang telah ditetapkan, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan gagal untuk mengesan murid yang berpotensi mendapat 7 A. Ia turut menjejaskan prestasi pencapaian sekolah dan sistem pendidikan Negara kita. Tuntasnya, boleh dikatakan bahawa tekanan emosi dalam kalangan guru sememangnya memberi impak negatif terhadap sistem pendidikan Negara kita. Justeru, tekanan emosi dalam kalangan guru perlu ditangani dengan segera supaya ia tidak menjejaskan sistem pendidikan negera kita dengan lebih serius lagi.

7.0 Cadangan Langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan aspirasi pendidikan di Malaysia tercapai

Langkah-langkah penambahbaikan dalam menangani isu tekanan emosi dalam kalangan guru perlu dilaksanakan dengan segera supaya ia tidak menjejaskan Sistem Pendidikan Malaysi dan aspirasi pendidikan di Malaysia dapat dicapai dengan sepenunya. Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan dapat dikemukakan beberapa langakah-langkah penambahbaikan bagi mengatasai tekanan emosi dalam kalangan guru pada masa kini.

Pertama sekali ialah mengurangkan beban kerja guru. Kita semua sedia maklum bahawa beban kerja guru kian hari kian bertambah sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperkenalkan. Justeru Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengkaji semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah supaya beban kerja guru dapat dikurangkan. Selain itu, pemberian tugas-tugas khas dan rutin harian terhadap guru juga perlu dikurangkan atau boleh melantik pembantu kepada guru tersebut untuk melaksanakan tugasnya tanpa berasa terlalu tertekan. Selain itu, guru juga perlu diberikan pengkhususan tugas memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja.Tugas-tugas pengurusan yang lain, perlu dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini.Kedua, guru harus meningkatkan keyakinan diri dalam diri mereka. Mereka harus percaya bahawa mereka boleh melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan kepada mereka dengan jayanya. Mereka tidak harus tertekan dengan tugasan yang diberi, malah menerima tugasan yang diberikan dengan gembira dan menyiapkan dengan perasaan seronok.

Ketiga guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti luaran dan bersosial dengan orang luaran. Misalnya, melakukan aktiviti riadah bersama keluaga, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Hal ini kerana badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Kesemua tekanan yang kita alami semasa berada di tempat kerja akan hilang dan mula wujud satu semangat baru dalam diri kita menghadapi segala tugasan kita di sekolah.

Keempat, guru harus mengamalkan amalan senyum dalam kehidupan seharian mereka. Senyum mampu menghilangkan kerungsingan dalam diri kita dan juga kerungsingan orang lain. Setiap kali kita terserempak dengan rakan setugas yang lain kita harus senyum. Ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan emosi yang kita hadapi.

Akhir sekali, guru yang berasa dirasainya dilanda oleh tekanan emosi perlu mendapatkan khidmat kaunseling. Jalani terapi-terapi yang dicadangkan oleh kaunselor untuk mengurangkan tekanan emosi. Hal ini kerana terapi-terapi yang dicadagkan oleh kaunselor sememangnya berupaya untuk membantu kita untu mengurangkan tekanan emosi yang dialami.

Ringkasnya, jika seseorang guru yang mengalami tekanan emosi mengamalkan kelima-lima langkah penambahbaikan yang telah dibincangkan sudah pasti beliau akan dapat menangani tekanan emosi beliau disamping tidak menjejaskan sistem pendidikan Negara kita.

8.0 Kesimpulan

Kajian yang telah dijalankan bagi mengetahui tahap keseriusan tekanan emosi dalam kalangan guru pada masa kini sememangnya telah membuktikan bahawa guru sememangnya menghadapi masak tekanan emosi yang diperlukan perhatian yang segera. Profesion keguruan ini merupakan salah tugas yang amat berat dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Justeru, guru harus senantiasa bersifat positif dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang kian hari kian menghadapi perubahan supaya mereka tidak mengalami tekanan emosi yang serius. Pihak sekolah juga perlu sentiasa membimbing dan memberi sokongan kepada guru dengan tidak memberikan beban kerja yang banyak kepada guru.

Manakala, guru pula harus bijak menguruskan emosi mereka. Kegagalan mengawal tekanan boleh memudaratkan diri sendiri dan malah turut menjejaskan imejnya sebagai guru. Selain itu, tugas sebagai guru merupakan tugas yang murni dan memerlukan kesabaran yang banyak. Banyakkanlah berdoa, amalkankanlah gaya hidup sihat supaya tekanan emosi dapat dikurangkan.

Murid-murid merupakan masa depan Negara kita. Jadi janganlah kita membinasakan masa dengan Negara kita kerana kegagalan kita dalam mengawal emosi kita. Salurkan ilmu dengan penuh sabar dan tabah. Berusahalah kearah melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek Jasmani, emosi, intelek, Rohani dan sosial seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara kita. Jadikanlah sistem pendidikan Negara kita lebih berkualiti di persada dunia.

Rujukan1. Buku

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education, 19, 3951. Times Chambers Combine Dictionary Thesaurus. (1995). Singapore. Federal Publications. Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6. Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah, (2010).Guru dan Cabaran Semasa.Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Harun Arrasyid (2002). Kaedah Rawatan Mengatasi Gangguan Stres Emosi. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd

2. Internet

Prof. Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar, (2009). Pengukuran dan Penyelidikan.http://bhasahabubakar.blogspot.com/2009/05/stres-di-kalangan-guru-wanita-sekolah.html diakses pada 20Hb Ogos 2013 Anis Binti Zakaria, (2012). Guru dan Kupasan isu-isu Pendidikan. http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html. diakses pada 20Hb Ogos 2012

3. Jurnal

Azizi, Jamaludin & Mazeni. (2010). Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buat Negeri Di Malaysia. Journal of Eduvators and Education, Vol25, 103-136. Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress In taiwanese primary School. Journal Of Educational Enquiry, 5,2.

4. Tesis

Mohd Nor, Haji Ismail. (2007). Kajian Stres Guru Pelatih Praktikum Kpli J.Qaf. Unpublished PhDs thesis, Institut Perguruan Batu Lintang.

Refleksi

Salam Satu Malaysia. Saya Sathia Tharishiny a/p Balakrishnan dari opsyen PISMP Sem 8 ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan. Norhashimah Bte Mohd. Yusof dari Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah memberikan kerja kursus pendek ini. Melalui tugasan ini saya telah mendapat banyak input yang telah membantu saya untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan saya berkaitan dengan pelbagai perkara. Bukan itu sahaja, saya juga telah menerima banyak ilmu dan bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus EDU 3109 iaitu Guru dan Cabaran Semasa ini dengan lancar dan baik. Saya juga berasa puas hati dengan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya.

Pada awalnya, saya menghadapi kesukaran untuk memahami tajuk tugasan saya. Namun begitu setelah mendapat penjelasan yang begitu jelas daripada pensyarah saya, akhirnya saya telah dapat memahami tajuk tugasan ini. Kami dikendaki melaksanakan tugasan ini secara berkumpulan iaitu 4 orang dalam satu kumpulan. Saya telah menerima komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya daripada ahli kumpulan saya semasa melaksanakan kerja kursus ini. Mereka tidak banyak merungut malahan mendengar pandangan dan menyalurkan idea-idea bernas dalam menjayakan tugasan ini.

Tajuk tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya ialah Mengadakan satu sesi temubual dan pemerhatian serta menyediakan penulisan akedemik tentang Isu Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru. Saya telah menggunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat mengenai tajuk kerja kursus saya. Antara sumber-sumber yang telah saya rujuk buku rujukan, internet, surat khabar dan perpustakaan. Walaupun pada awalnya saya mengalami sedikit kesulitan dalam mencari maklumat tetapi akhirnya saya berjaya mencari kesemua maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Hai ini kerana saya mendapati bahan yang terdapat di internet tidak memadai dan sama seperti bahan daripada buku-buku rujukan dan surat khabar.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati tugas membuat temubual untuk mengenalpasti Tekanan emosi dalam kalangan Guru sememangnya bukan sesuatu perkara mudah untuk dilaksanakan. Hal ini kerana saya sememangnya perlu menguasai sepenuhnya teknik menanya soalan yang betul supaya saya dapat mengumpul maklumat yang saya perlukan itu. Lalu saya pun mengimbas kembali teknik menyoal yang telah saya pelajari dan mengaplikasikannya dalam temu bual tersebut. Namun begitu, semasa mengendalikankan temu bual itulah saya menghadapi cabaran yang sebenarnya. Pada awalnya, saya berasa agak kekok untuk menemu bual guru. Namun, lama kelamaan perasaan kekok itu dapat saya tangani dan sekaligus melaksanakan temu bual dengan baik. Saya juga turut dapat mengumpul segala maklumat yang saya perlukan untuk kursus ini menerusi temu bual tersebut. Tambahan pula, sebagai seorang bakal guru saya juga sedar bahawa saya seharusnya menguasai kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bertaya soalan dengan sepenuhnya untuk mengendalikan sesuatu temu bual pada masa yang akan datang.

Selain itu semasa menggunakan kaedah pemerhatian di sekolah SJK (T) Tun Aminah pula, saya mendapati saya sememangnya harus sentiasa peka terhadap setiap situasi di sekolah. Hal ini kerana saya diberi tugas untuk melakukan pemerhatian terhadap tanda-tanda tekanan emosi terhadap guru-guru samaada yang berada di bilik guru ataupun yang mengajar di bilik darjah. Oleh itu, saya terpaksa melakukan pemerhatian secara telus untuk mendapatkan maklumat yang saya perlukan tanpa disedari oleh guru-guru. Akhirnya saya Berjaya melaksanakannya. Saya mengambil ikhtibar bahawa semasa menggunakan kaedah pemerhatian saya seharusnya lebih fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkara yang difokuskan pada ketika itu. Tersalah tafsir terhadap sesuatu situasi semasa pemerhatian dijalankan pasti akan menjejaskan kebolehpercayaan maklumat yang telah dikumpul. Oleh itu sebagai seorang bakal guru saya mengambil ikhtibar bahawa saya seharusnya mendalami ilmu melakukan pemerhatian supaya pada masa akan datang di sekolah kelak dapat saya aplikasikan untuk mendapatkan maklumat tentang anak murid saya tanpa mereka sedari.

Selain itu, semasa melaksanakan tugasan penulisan akademik secara individu, saya berasa agak pelik dan kurang yakin dengan cara penulisan saya. Hal ini kerana, ini merupakan kali pertama kami melakukan penulisan akademik secara individu. Namun, saya menyahut cabaran tersebut dan berusaha dengan gigih untuk menghasilkan satu penulisan akademik yang baik mengikut kehendak soalan. Semasa melakukan penulisan akademik yang bertajuk Tekanan emosi dalam Kalangan guru secara tidak langsung ia telah membantu saya untuk meningkatkan pemahaman saya terhadap apakah itu tekanan emosi?, impak tekanan emosi dalam kalangan guru kepada system pendidikan Negara kita dan akhirnya langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilasanakan bagi menangani isu tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan saya mengenai cara-cara menangani tekanan emosi supaya dapat saya aplikasikan di sekolah kelak semasa saya mengalami tekanan emosi.. Melalui tugasan ini juga saya telah mengambil ikhtibar bahawa seorang guru perlulah peka dan bijak menguruskan emosi mereka supaya ia tidak memberi impak negatif bukan sahaja kepada diri mereka malah kepada semua pihak yang berada di sekeliling mereka. Secara tidak langsung tugasan ini turut memberi kesan yang mendalam dalam diri saya untuk menjadi seorang guru bijak dalam mengurus tekanan emosi yang baik ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Negara kita. Saya berkata sedemikian kerana di sekolah kelak kemungkinan besar saya juga akan mengalami tekanan emosi. Pada ketika itu, dengan input-input yang telah saya peroleh menerusi kerja kursus ini akan saya gunakan untuk mengawal emosi saya dan sekaligus mengelak diri saya daripada mengalami tekanan emosi. Hal ini kerana, seseorang guru yang mengalami tekanan emosi pasti tidak akan dapat menumpukan perhatian sepenuh terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Ia akan menjejaskan prestasi pencapaian murid. Saya tidak mahu perkara ini berlaku terhadap anak-anak murid saya.

Akhirnya saya berharap agar tugasan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana tugasan ini membolehkan saya memperoleh banyak pengetahuan dan pengajaran yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Akhir kata, semoga tugasan saya ini dapat memenuhi kehendak soalan kerja kursus bagi subjek Guru dan cabaran semasa ini.

Sekian, terima kasih.

SATHIA THARISHNY A/P BALAKRISHNAN(900525-01-6368)8 PISMP BT/PJ/PSK

LAMPIRAN

1