tekanan guru dalam pendidikan dan resolusi · pdf file4 penulis adalah pelajar sarjana...

11
Muka surat 1/11 TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI PENYELESAIANNYA Mohd Fadzli Abu Bakar 1 Janet Ho Siew Ching 2 Irdiana Syeriza Hussein 3 Nazrah Jamaludin Fakulti Pendidikan 4 , Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu tekanan yang berlaku di kalangan guru. Demikian adalah supaya isu tekanan yang sememangnya melanda setiap profesion dapat diambil berat pada profesion perguruan kerana kadar pengaruhnya yang amat besar terhadap pendidikan. Masyarakat memandang remeh mengenai bebanan profesion ini dan menganggap secara turun temurun bahawa tugas besar membina status pendidikan unggul negara adalah melalui pengorbanan besar guru-guru. Malangnya kesanggupan untuk berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagi relevan pada era global dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini. Guru perlu rasional, pihak sekolah perlu memikir resolusi terhadap persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu lebih mempertimbangkan intensif beserta kebajikannya. Ia adalah supaya operasi pendidikan dapat berjalan lancar selaras dengan misi serta visi sebenarnya. PENGENALAN Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang 1 No Matriks: MP041293 2 No Matriks: MP051144 3 No Matriks: MP041271 4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan

Upload: hoangdat

Post on 01-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 1/11

TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI PENYELESAIANNYA

Mohd Fadzli Abu Bakar1

Janet Ho Siew Ching2 Irdiana Syeriza Hussein3

Nazrah Jamaludin Fakulti Pendidikan4, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu tekanan yang berlaku di kalangan guru. Demikian adalah supaya isu tekanan yang sememangnya melanda setiap profesion dapat diambil berat pada profesion perguruan kerana kadar pengaruhnya yang amat besar terhadap pendidikan. Masyarakat memandang remeh mengenai bebanan profesion ini dan menganggap secara turun temurun bahawa tugas besar membina status pendidikan unggul negara adalah melalui pengorbanan besar guru-guru. Malangnya kesanggupan untuk berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagi relevan pada era global dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini. Guru perlu rasional, pihak sekolah perlu memikir resolusi terhadap persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu lebih mempertimbangkan intensif beserta kebajikannya. Ia adalah supaya operasi pendidikan dapat berjalan lancar selaras dengan misi serta visi sebenarnya.

PENGENALAN Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya kepada pengkayaan multi bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Hasilnya, secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang

1 No Matriks: MP041293 2 No Matriks: MP051144 3 No Matriks: MP041271 4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan

Page 2: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 2/11

dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi mengganggu kelancaran operasi pendidikan.

Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah semula jadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi masalah-masalah guru disamping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan. TEKANAN Menurut McGrath (1974), tekanan didefinisikan dalam bentuk toleransi yang menyatakan bahawa persekitaran yang tekanan boleh dianggap berada di luar batasan toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan rangsangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat tertinggi. Beliau membuat kesimpulan bahawa sesuatu yang kelihatan tekanan pada seseorang berkemungkinan menjadi cabaran dan keseronokan kepada seseorang yang lain. TEKANAN DALAM PENDIDIKAN Tekanan Guru Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan, kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Kyriacou and Sutclifee, 1978a). Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978a), tekanan kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kebahagian/kesejahteraan psikologi dan fizikal. Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Page 3: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 3/11

Tekanan di Kalangan Guru

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut.

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja di kalangan guru yang tidak mengalami tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi di kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah.

Punca Tekanan di Kalangan Guru Rudd & Wiseman (1962) menyatakan di antara punca-punca tekanan di kalangan guru mengikut kajiannya adalah:

1. Intensif perguruan 2. Gangguan hubungan komunikasi sesama kakitangan pendidikan 3. Faktor persekitaran tempat kerja yang melibatkan prasarana dan kelengkapan 4. Beban mengajar 5. Latihan atau kursus perguruan yang banyak 6. Kelas atau jumlah murid yang ramai 7. Perasaan minat diri terhadap profesyen perguruan 8. Waktu kerja yang tidak terhad 9. Status guru dalam masyarakat

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia . Walau bagaimana pun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987), jumlah kajian yang semakin meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia menunjukkan keseriusan masalah ini. Menurut Kyriacou (1987), kajian lepas telah dilakukan olehnya bersama Sutcliffe’s (1978a) dalam model tekanan guru telah menghasilkan satu model persepsi yang

Page 4: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 4/11

dinamakan ‘perception of threat’. Dalam model tersebut menyatakan bahawa guru menerima terlalu banyak arahan, menyebabkan dia sukar untuk mentafsirkan

arahan lalu mendatangkan pelbagai jenis masalah yang berkaitan dengan fizikal dan mental. Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan bertindak luar kawalan tanpa disedari. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah memberi tekanan yang berat kepada guru. Sejak kebelakangan ini, sekolah baru banyak ditubuhkan di merata tempat di Malaysia. Di negeri Johor sahaja pada tahun 2004, 14 buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah telah beroperasi (Laporan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pengoperasian Sekolah Baru Kali 1/2004 JPNJ Johor Darul Takzim). Para guru yang mengajar di sekolah baru biasanya diberi beban tugas yang berlipat ganda memandangkan keperluan bilangan guru adalah berdasarkan bilangan pelajar. Dengan bilangan guru yang kurang tetapi segala pentadbiran sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin perlu dikendalikan dari peringkat permulaan hingga peringkat yang mantap seperti sekolah-sekolah lain. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan pelbagai kemudahan canggih yang perlu dilengkapkan dengan sumber kewangan yang terhad. Bilik komputer, Bilik Sejarah/Geografi, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Seni, kesemua bilik ini perlu dihias dan diperlengkapkan untuk P&P. Seseorang guru diberi beberapa tugas seperti guru disiplin, guru rumah sukan, guru penasihat persatuan, guru komputer, ketua panitia, guru kantin, guru keselamatan, guru tingkatan dan guru SPBT. Selain daripada menghadapi beban tugas yang berat itu, seseorang guru juga perlu menghadapi masalah hubungan interpersonal dengan rakan seperjuangan yang baru dikenali, salah laku pelajar, peraturan/pentadbiran sekolah , persekitaran sekolah baru dan kekangan masa serta sumber. Dalam suasana yang penuh dengan ketegangan ini, guru akan lebih merasa tertekan. Berjayanya sesuatu matlamat/ wawasan pendidikan dikaitkan dengan perancangan yang teliti dan teratur manakala kegagalan pula dikaitkan dengan sikap guru yang tidak pro-aktif, tidak melaksanakan dengan sempurna dan pelbagai prasangka yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dirasanya perlu mangadakan kajian untuk melihat tahap tekanan guru di sekolah-sekolah baru dan cara-cara menanganinya bagi memastikan pengoperasian sekolah baru dapat berjalan dengan lancar. Salah laku pelajar yang berlaku seperti ponteng kelas, bising, bertindak biadap terhadap guru, melanggar peraturan sekolah, bergaduh, tidak menyerahkan kerja sekolah dan sebagainya merupakan punca yang menyebabkan tekanan di kalangan guru.

Page 5: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 5/11

Model Tekanan Kerja Guru

Kyricaou dan Sutcliffle (1978a) telah membentuk model tekanan kerja guru sebagai asas kepada kajian mengenai tekanan kerja dalam kalangan guru seperti ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah. Berdasarkan Model Kyricaou dan Sutclitte (1978a) membezakan antara punca tekanan kerja berpotensi (1) daripada punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan berpotensi ialah aspek-aspek objektif kerja guru seperti beban tugas yang banyak dan kebisingan yang memungkinkan tekanan kerja berlaku (5). Punca tekanan kerja berpotensi hanya akan menyebabkan tekanan kepada guru jika ianya dianggap oleh guru sebagai ancaman kepada harga diri dan kesejahteraan dunia (2). Pentafsiran guru terhadap tuntutan/permintaan yang dibuat kepada atas dirinya

7 Ciri-ciri individu Guru

Biograti Personaliti

Keperluan yang tinggi Kepercayaan mempunyai kebolehan untuk bertemu atau

mengatasi tuntutan Sistem nilai sikap

1 Potensi stress

Fizikal Psikologi

2 Penilaian

Ancaman kepada

kesejahteraan harga

diri

3 Stress

sebenar

4 Mengatasi mekanisme mengurangkan anggapan ancaman

6 Simpton

rumit Koronari

PsikomatikMental

8 Potensi bukan

pekerjaan stress

(b)

(d)

(c)

(a)

Rajah 1 : Model Stress Guru (Sumber : Kyriacou dan Sutcliffe, 1978a)

5 Guru stress

kesan negatif Tindak balas

dikaitkan: Psikologi Fisiologi Tingkah

laku

Page 6: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 6/11

bergantung kuat kepada interaksi di antara ciri-ciri individu guru (7) dan tanggapan guru.

Punca tekanan kerja sebenar merupakan subset kepada punca tekanan berpotensi. Mekanisme daya tindak (4) merupakan keupayaan individu untuk menangani punca tekanan sebenar oleh individu tekanan guru ada berkaitan secara langsung dengan tahap ketidakupayaan mekanisma daya tindak menangani punca tekanan sebenar dan sejauh mana terhadap guru mentafsir ancaman. Jelas tekanan dilihat sebagai respon terhadap pengaruh negatif seperti kemarahan, kemurungan yang biasanya diikuti oleh keadaan lain yang dianggap sebagai tindakbalas berkaitan dengan tekanan kerja guru (5). Respon-respon ini boleh berupa perubahan psikologi seperti ketidakpuasan kerja, perubahan fisiologi seperti tekanan darah tinggi, perubahan tingkah laku seperti tidak hadir bekerja. Kerjaya Perguruan Membebankan Banyak kajian yang membuktikan bahawa bidang perguruan merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman, 2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap tekanannya (Sapora, 2005). Selain mengajar dalam aktiviti pengajaran seharian, guru pula menghabiskan 38 hari bekerja setahun untuk menghadiri pelbagai kursus atau latihan. Lebih membebankan lagi ialah 320,000 guru di lebih 9,000 buah sekolah seluruh negara perlu mengisi 108 jenis borang bagi menyempurnakan tugas pengajaran, kokurikulum dan kerja pentadbiran. Sebelum ini, ada yang mempertikaikan bahawa cuti guru agak panjang dan menyifatkan guru golongan kakitangan bertuah. Namun ini disangkal oleh ramai guru yang mendedahkan walaupun kelihatan guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka bekerja hampir sepanjang hari. Bezanya, semua kerja itu dibuat di rumah pada waktu siang dan malam atau mereka akan ke sekolah lebih awal untuk meneliti lebih 100 buku atau tugasan bergantung jumlah pelajar dalam sesebuah kelas iaitu minimum 37 pelajar untuk satu kelas dan lima kelas diajar setiap hari. Impak Tekanan Guru Terhadap Pendidikan Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan.

Page 7: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 7/11

Tekanan di kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek

hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Di sekitar bulan Julai 2005 baru-baru ini, seorang bapa kepada seorang pelajar sekolah mendakwa bahawa anaknya pelajar tahun satu telah patah tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami tekanan kerana suasana kebisingan dalam kelas. Akhirnya tekanan tersebut memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut. Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan, kerisauan/ kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu. RESOLUSI Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan di kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru. Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan di kalangan guru adalah seperti berikut: Mengkaji semula beban tugas guru Isu bebanan kerja guru menjadi fokus utama berikutan hasil kajian Kementerian Pelajaran baru-baru ini mendapati guru di Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur menanggung beban berlebihan iaitu bekerja 74 jam seminggu berbanding 48 jam yang dihadkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Memandangkan bahawa di antara punca yang menyebabkan tekanan di kalangan guru adalah bebanan kerja yang mungkin memberatkan, maka kementerian perlu membuat kajian susulan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti masalah dan pelaksanaan terhadap penyelesaiannya. Berdasarkan cadangan resolusi tersebut Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa buah kajian berkaitan. Pelaksanaan terhadap hasil kajian tersebut bagi mengatasi

Page 8: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 8/11

masalah tekanan yang dihadapi guru akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) (B.Harian, 30 Ogos 2005).

Kementerian akan mengkaji dan memperbaiki melalui strategi mengembalikan semula tugas hakiki guru iaitu mengajar dalam mengasak ilmu pengetahuan kepada murid di dalam kelas tanpa terlalu memberi tumpuan berlebihan kepada bukan tugas hakiki. Di antara langkah yang akan diambil adalah penambahan guru, pengurangan muird dalam sebuah bilik darjah dan mengambil lebih banyak kakitangan perkeranian supaya guru dapat memberi lebih tumpuan kepada tugas teras mereka iaitu mengajar. Beban guru displin juga perlu diserahkan kepada kaunselor yang dilantik khas dan bidang sukan pula diserahkan kepada guru pakar yang profesional (B.Harian, 8 Julai 2005). Sokongan Pihak Pengurusan Young (1978) mencadangkan sokongan pihak pengurusan untuk melegakan kekecewaan guru-guru yang meningkatkan tahap kegelisahan/kerisauan. Dunham (1977) menerangkan bahawa guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan murid yang mengganggu memerlukan sokongan pihak pengurusan dan rakan sekerja. Lortie (1975) melaporkan bahawa kemudahan yang lebih baik dianggap sebagai perubahan yang dapat meningkatkan keberkesanan guru, dan imbuhan yag lebih tinggi dan kenaikan pangkat dilihat sebagai perubahan yang boleh meningkatkan kepuasan kerja. Sebaliknya, kajian Abdel Halim (1978), mencadangkan bahawa untuk mengurangkan kesan yang tidak baik yang berkaitan dengan tekanan peranan, sesebuah organisasi boleh menyesuaikan dengan strategi pembentukan semula pekerjaan untuk memperkayakan peranan guru. Bagi mengurangkan masalah tekanan, pihak pengurusan boleh menggunakan kaunseling campur tangan-krisis dan system sokongan sosial. Dalam pengurusan reaksi pekerja terhadap tekanan, pihak pengurusan boleh mengaplikasikan latihan ketenangan, program kesihatan dan pengurusan masa (West & West, 1989:61). Peningkatan Suasana kerja Persekitaran tempat kerja guru seperti suasana persekolahan dan bilik-bilik guru juga perlu diberi perhatian supaya persekitaran kerja guru dapat diwujudkan dalam keadaan yang lebih selesa. Pendidikan adalah komunikasi di antara pelajar dan pengajar di mana kedua-dua pihak turut serta untuk bersama perlu kepada keselesaan. Seorang guru di Sawarak (B.Harian, 19 Julai 2005) yang menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai serta mencukupi. Guru telah mula mendakwa bahawa masih terdapat suasana kerja yang tidak kondusif Soal prestasi kerja dan persekitaran tempat kerja adalah dua perkara yang saling

Page 9: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 9/11

berkaitan dan mempengaruhi di antara satu sama lain. Suasana kerja perlu selesa dan sesuai dengan status mereka sebagai pegawai dalam kumpulan pengurusan dan

profesional. Permasalahan ini perlu diberi perhatian kerana kita sering bercakap dan merancang tentang pendidikan bertaraf lima bintang, sekolah bestari dan sebagainya, tetapi golongan yang bakal menjayakan hasrat murni tersebut adalah tidak wajar untuk diabaikan. Pihak yang sepatutnya perlu melihat aspek kebajikan guru untuk memperbaiki keadaan ini seiringan dengan matlamat memartabatkan lagi bidang pendidikan. Bagi mengurangkan tekanan, Johnston (1996) mencadangkan kepimpinan yang merangsangkan, sokongan, semangat dan kecekapan yang lebih di tempat kerja. Beliau berpendapat bahawa penyediaan tempat kerja yang berkeadaan baik, pernyataan intensif yang jelas, sokongan terhadap mereka pada waktu kesukaran dan akhir sekali adalah meraikan hari-hari bahagia para guru bagi mengekalkan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan. Schonfeld (2001) menjalankan kajian yang menyatakan bahawa kemerosotan persekitaran kerja adalah menyumbang kepada keletihan dan kemurungan guru. Profesion keguruan sendiri merupakan motivasi kendiri dan kawalan lokus dalaman guru memotivasikan mereka untuk mengingatkan semula mereka agar mempertingkatkan kualiti pengajaran yang kemudiannya menyebabkan tekanan yang besar kepada para guru. Intensif perguruan Johnston (1996) juga berpendapat bahawa penyataan intensif yang jelas merupakan salah satu daripada faktor yang mampu merangsang pengekalan kualiti kerja dan mengurangkan tekanan dalam bidang pendidikan. Akhir-akhir ini pihak kerajaan telah mengubah jumlah hari bekerja di mana para kakitangan awam kini tidak lagi bekerja pada hari Sabtu dan jam bekerja pada hari selainnya bertambah sedikit. Apa yang perlu dinilai semula adalah mengenai tugas guru yang terpaksa bekerja pada hari Sabtu kerana tugas-tugas tertentu berkaitan pendidikan. Setakat ini, kerajaan tidak memperuntukan sebarang elaun tambahan kepada guru kerana terpaksa bekerja pada hari Sabtu walau pun ada kakitangan lain yang dibayar elaun khas jika bekerja lebih masa. Pembayaran insentif memainkan peranan penting dalam mengurangkan ketidakhadiran guru, walaupun bayaran insentif tidak begitu besar (Jacobson, 1989).

Page 10: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 10/11

Pendedahan menangani dan mengawal tekanan

Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Selye (1978) menyatakan bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga. Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982, 1984) menyarankan kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapinya (Janis, 1982). Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan. Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk mengurangkan tekanan harian. Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Sesi sukan guru Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini, mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat dalam suasana yang tertekan. Para guru perlu ditegaskan oleh Kementerian atau pihak sekolah untuk terlibat dalam aktiviti sukan seperti J-Robik dan beberapa jenis sukan ringan yang diwajibkan pada hari tertentu dengan jadual tertentu. KESIMPULAN Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Page 11: TEKANAN GURU DALAM PENDIDIKAN DAN RESOLUSI · PDF file4 Penulis adalah pelajar Sarjana Psikologi Pendidikan . ... segi emosi, seperti tension, tertekan, ... Gangguan hubungan komunikasi

Muka surat 11/11

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui

dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia. RUJUKAN

1. Abdel-Halim, Ahmed A. (1978). Employee Affective Responses to Organizational Stress: Moderating Effects of Job Characteristics. Personnel Psychology, 31, 561-79.

2. Rencana. 2005. Kembalikan semula tugas hakiki pendidik. Berita Harian. 8 Julai.

3. Dalam Negeri. 2005. Hasil kajian beban tugas guru dilaksana 2006. Berita Harian. 30 Ogos.

4. Dewan Negara. 2005. Tiada elaun guru kerja hari Sabtu. Berita Harian. 27 Julai. 5. Surat Pembaca. 2005. Guru dakwa suasana kerja tak kondusif. Berita Harian. 19

Julai. 6. Burns, S. & Burns, K. 1989. Recognizing Stress. New York: Pergaman Press. 7. Dunham, J. 1976. Stress Situations and responeses in National Association of

Schoolmasters (Ed.). Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association of Schoolsmasters.

8. Dunham, Jack. 1977. The Effects of Disruptive Behavior on Teachers. Educational Review, 19(3), 181-187.

9. Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for Research into Higher Education & Open University Press.

10. Gillett, R. 1997. Mengatasi Tekanan. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. 11. Jacobson, Stephen L. 1989. The Effects of Pay Incentives on Teacher

Absenteeism. The Journal of Human Resources, 24(2), (Spring), 280-286. 12. Johnston, M., & Kirschner, B. (Eds.). 1996. The challenges of

school/university collaboration: Theory Into Practice (Vol. 35). Columbus, OH: The College of Education, The Ohio State University.

13. Lortie & Dan. 1975. Schoolteacher: A Sociological Study. Chicago: University of Chicago Press.

14. McGarth, J. 1974. Social and Psychological Factors in Stress. New York: Holt, Rinehart & Winston.

15. Pauzi Mohd Isa. 2005. Bebanan tugas guru mesti ditangani segera. Berita Harian. 12 Julai.

16. Sapora Sipon. 2005. Tangani Guru Terbeban. Utusan Malaysia. 11 Julai 17. Dalam Negeri. 2005. Jangan salah guna kuasa sebagai pendidik. Utusan

Malaysia. 2 Ogos. 18. West, Jonathan P. & Collean M. West. 1989. Job Stress and Public Sector

Occupations. ROPPA, 9(3), (Summer), 46-65. 19. Young, Bettie B. 1978. Anxiety and Stress--How They Affect Teachers'

Teaching. NASSP Bulletin, 62, 78-84.