sosio emosi

55
PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

Upload: kiukozles

Post on 22-Jun-2015

622 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sosio emosi

PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

Page 2: Sosio emosi

DEFINISI

SOSIO EMOSI

Page 3: Sosio emosi

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Page 4: Sosio emosi

Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar” iaitu satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.

Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Page 5: Sosio emosi

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi datang dalam berbagai bentuk,

Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

Page 6: Sosio emosi

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Page 7: Sosio emosi

Erik H. Erikson (1902 – 1994)Lahir pada 15 Jun , 1902 di

Frankfurt, Jerman .Menulis buku Childhood and Society pada tahun 1950.Pernah mengajar di klinik Massachussets. Mengajar kembali di Harvard, aktif menulis dan meneliti.Meninggal pada tanggal 12 Mei tahun 1994 pada usia 91 tahun.

Page 8: Sosio emosi

Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

Personaliti seorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial.

Terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial.

Page 9: Sosio emosi

i

Peringkat Perkembangan

Psikososial Erikson

Page 10: Sosio emosi

1.Asas kepercayaan lawan ketidakpercayaan (dari lahir hingga 1 tahun) Bayi perlu mempunyai hubungan yang

erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga.

2. Autonomi lawan keraguan (1 tahun – 3 tahun) Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini

tertumpu kepada perkembangan fizikal.

Page 11: Sosio emosi

3.Inisiatif lawan rasa bersalah (4 tahun – 5 tahun) Kanak-kanak cuba untuk berdikari. Ada

inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri.

4.Industri lawan rasa rendah diri(6 tahun – 11 tahun) Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-

kemahiran tertentu di alam persekolahan.

Page 12: Sosio emosi

5.Identiti lawan kekeliruan identiti (12 tahun – 18 tahun) Mencari identiti diri bagi golongan remaja

dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

6.Keintiman lawan keasingan (Awal dewasa, 18 tahun – 35 tahun) Mula membentuk keintiman dalam

hubungan, menuju ke arah perkahwinan dan membina kerjaya.

Page 13: Sosio emosi

7.Generativiti lawan kekakuan(Pertengahan dewasa, 35 tahun – 65 tahun) Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang

baik.

8.Integriti lawan kekecewaan(Lanjut usia, 65 tahun ke atas) Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan

karier.

Page 14: Sosio emosi

EMOSI

Page 15: Sosio emosi

EMOSI

POSITIFNEGATIF

Page 16: Sosio emosi

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi meliputi cara seseorang individu mengendalikan emosi diri dan persekitaran. Mereka bersemangat, mempunyai ketekunan serta dapat memotivasikan diri sendiri.

Page 17: Sosio emosi

Daniel Goleman (1995)

“80% kejayaan seseorang bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) menakala lebih kurang 20% sahaja kejayaan yang disebabkan oleh kecerdasan mental (IQ).”

Page 18: Sosio emosi

Memahami emosi sendiri.Kebolehan mengendalikan emosi.Memotivasikan emosi.Menyedari emosi orang lain.Mengendalikan hubungan dengan

orang lain.

Page 19: Sosio emosi

Meyer dab Salovey (1993)

“ kepintaran emosi membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat

menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah.”

Page 20: Sosio emosi

Carolyn Saarni (Santrock, 2007)

Kemahiran Contoh

Kesedaran emosi diri sendiri. Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan.

Mengenalpasti emosi orang lain. Memahami keadaan emosi orang lain.

Menggunakan perkataan-perkataan yang menggambarkan emosi yang relevan dengan situasi yang dihadapi.

Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan sesuai.

Berempati dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain.

Sensitif terhadap perasaan orang lain yang sedang bersedih atau berduka.

Menyedari bahawa emosi dalaman tidak semestinya diluah secara luaran.

Seseorang yang sedang marah tidak semestinya menunjukkan kemarahan secara fizikal.

Mengawal emosi nagatif dengan meregulasikan emosi tersebut.

Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang menyebabkan emosi tersebut atau fikirkan perkara-perkara yang boleh meredakan perasaan marah.

Sedar tentang keupayaan emosi yang dapat mempengaruhi sesuatu hubungan.

Menunjukkan kemarahan kepada seseorang rakan mungkin boleh menjejaskan persahabatan.

Page 21: Sosio emosi

Regulasi Emosi

Regulasi emosi melibatkan cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya individu boleh mengawal diri dalam diri dalam sesuatu keadaan.

Page 22: Sosio emosi

Cara untuk meregulasikan emosi

Bermula dari punca luaran kepada punca

dalaman

Strategi kognitif

Ledakan emosi

Memilih dan mengawal situasi dan

perhubungan

Menangani stres

Page 23: Sosio emosi

PERKEMBANGAN EMOSI

BAYI

Emosi utama :Bermula pada enam bulan pertama seorang bayi. Antara emosi utama yang timbul ialah terkejut, gembira, marah, msedih, takut, benci, dan berminat

Emosi kesedaran kendiri: Emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu. Perasaan bangga, rasa bersalah.

Page 24: Sosio emosi

Menangis

Tangisan bayi yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara.

Kebanyakan ibu bapa dapat mengenal tangisan bayi masing-masing samada ianya tangisan marah, sakit dan lapar

Page 25: Sosio emosi

Behavioris John Watson“ ibu bapa yang respon kepada bayinya yang menangis seolah-olah meneguh perbuatan itu menyebabkan bayi lebih kerap menangis.”

Mary Ainsworth (Sabtrock, 2007)“ respon yang cepat dan menenangkan bayi akan membina hubungan yang lebih erat antara ibubapa dengan bayinya.”

Page 26: Sosio emosi

Senyuman

(a) Senyuman reflektif Tingkahlaku secara sendiri tanpa rangsangan luar. Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur.

(b) Senyuman bersosial Tindakbalas dari rangsangan luar yang bermula pada umur 2-3 bulan. John Bowlby (Santrock, 2007) menegaskan, senyuman sosial bayi menunjukkan rasa selesa, selamat dan disayangi.

Page 27: Sosio emosi

Ketakutan

Bermula sekitar umur 6-18 bulan. Selalunya ia melibatkan keresahan dan ketakutan bila berdepan dengan orang yang tidak dikenali.

Bayi menunjukkan ketakutan yang pelbagai terhadap orang yang tidak dikenali.

Page 28: Sosio emosi

Awal Kanak-Kanak

• Ekspresi kanak-kanak apabila berada dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu

bangga

• Timbul apabila kanak-kanak merasakan mereka tidak dapat mancapai matlamat/kemahiran yang mereka inginkan.

malu

• Apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka lakukan berakhir dengan kegagalan.Rasa bersalah

Page 29: Sosio emosi

Ciri-ciri kanak-kanak Memahami Emosi

i. Mempunyai peningkatan dalam perbendaraan emosi.

ii. Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain.

iii. Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenalpasti kaitan emosi dengan situasi tertentu.

iv. Menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

Page 30: Sosio emosi

Peringkat Pertengahan dan Akhir Kanak-kanakMemahami emosi-emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mengadaptasi emosi-emosi tersebut pada situasi-situasi yang relevan.

Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan.

Mempunyai initiatif untuk menukar emosi-emosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanfaat.

Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif. Mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku akibat daripada emosi negatif.

Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi . Memahami situasi-situasi yang memerlukan perhatian.

Page 31: Sosio emosi

Ciri-ciri Kefahaman Boleh berkomunikasi yang dialami dan boleh memahami

hubungan emosi dengan situasi yang dialami.

Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang belainan pada individu yang berlainan.

Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama selepas perkara itu berlalu.

Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan megurus emosi berdasarkan keperluan sosial.

Page 32: Sosio emosi

Remaja

Terdedah kepada pergolakan emosi akibat ketidakstabilan emosi.

Perubahan emosi disebabkan perubahan hormon kematangan.

Page 33: Sosio emosi

PERLEKATAN ‘ATTACHMENT’

• Merupakan satu hubungan yang rapat

• Mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan

• Berupaya menenangkan apabila kita berada dalam keadaan stress

Page 34: Sosio emosi

John Bowlby (Berk, 2003)

• Merupakan orang pertama yang mengaplikasikan idea hubungan antara bayi dengan penjaga

• Beliau mendapati terdapat implikasi jelas daripada hubungan ini

• Hubungan antara bayi dengan penjaga mempunyai tarikan semula jadi

• Perlekatan ini mempunyai 4 fasa.

Page 35: Sosio emosi

Fasa 1 :(dari lahir hingga 6 minggu)

• Peringkat membina hubungan.

Page 36: Sosio emosi

Fasa 2 :(6 minggu hingga 6-8 bulan)

• Memberi tindakbalas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali

Page 37: Sosio emosi

Fasa 3 :(6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun)

• Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini

Page 38: Sosio emosi

Fasa 4 :(18 bulan hingga 2 tahun ke atas)

• Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanak-kanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga

Page 39: Sosio emosi

Mary Ainsworth

• Menyatakan bahawa ‘attachment’ membawa maksud kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga dengan bayi

• Kemudiannya beliau telah merangka satu experimen yang dinamakan ‘Strange Situation’

Page 40: Sosio emosi

Episod situasi Perlakuan ‘attachment’ yang diperhati

1 Pengkaji memperkenalkan penjaga dan bayi kepada bilik permainan

2 Penjagaan duduk dan membiarkan bayi bermain dengan alat permainan

Penjaga sebagai asas untuk berasa selamat

3 Orang yang tidak dikenali masuk, duduk dan bercakap dengan penjaga

Reaksi terhadap orang yang tidak dikenali

4 Penjaga keluar. Orang yang tidak dikenali memberi respon kepada bayi dan cuba menenangkan bila perlu

Kebimbangan akibat ditinggalkan

5 Penjaga masuk, menyapa bayi dan sekiranya perlu memujuk bayi. Orang yang tidak dikenali keluar

Reaksi apabila penjaga masuk semula

6 Penjaga keluar. Bayi ditinggalkan bersendirian Kebimbangan akibat ditinggalkan

7 Orang yang tidak dikenali masuk untuk cuba memujuk

Kebolehan dipujuk/ ditenangkan oleh orang lain

8 Penjaga masuk semula, menyapa bayi, menenangkan sekiranya perlu dan memujuk bayi untuk bermain semula

Reaksi terhadap pertemuan semula dengan penjaga

Page 41: Sosio emosi

Perlekatan yang membawa kepada rasa selamat dan yakin (secure attachment)

Kanak-kanak Dewasa

Boleh dipisahkan daripada ibubapa Berupaya menjalinkan hubungan yang berkekalan dan boleh dipercayai

Ibubapa sebagai asas untuk merasa selamat apabila melalui pengalaman yang menakutkan

Mempunyai konsep kendiri yang baik

Menunjukan emosi yang positif apabila bertemu semula dengan ibubapa

Boleh berkongsi perasaan dengan rakan dan teman

Menunjukan kecenderungan kepada ibubapa berbanding dengan orang luar

Memerlukan sokongan sosial

Page 42: Sosio emosi

Perlekatan penghindaran(avoidant attachment)

Kanak-kanak dewasa

Mungkin akan mengelakan daripada ibubapa

Akan mempunyai masalah dalam hubungan mesra

Tidak cenderung untuk rapat atau mesra dengan ibubapa

Kurang menunjukkan perasaan dalam hubungan sosial atau hubungan intim

Tidak membezakan antara orang luar dengan ibubapa

Tidak boleh atau tidak mahu berkongsi perasaan dengan orang lain

Page 43: Sosio emosi

Perlekatan penolakan (resistant attachmen)

Kanak-kanak dewasa

Takut dengan orang luar Menolak untuk rapat dengan orang orang lain

Menjadi sangat resah apabila ditinggalkan Mempunyai perasaan bimbang dan takut tidak disayangi oleh pasangan

Sukar untuk dipujuk walaupun dengan kehadiran ibubapa

Menjadi sangat murung apabila sesuatu apabila sesuatu hubungan berakhir

Page 44: Sosio emosi

Perlekatan yang kucar kacir(disorganized/ disoriented attachment)

Awal kanak-kanak Akhir kanak-kanak

Menunjukkan campuran antara tingkahlaku penolakan dan penghindaran

Mengambil alih tugas ibubapa

Kelihatan keliru, cemas dan bingung Mereka yang menjaga ibubapa

Page 45: Sosio emosi

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPUNYAI PERLEKATAN

Peluang untuk perlekatanKualiti asuhanKelakuan bayiSituasi keluargaPengalaman ibubapa

Page 46: Sosio emosi

PERKEMBANGAN MORAL

Melibatkan perubahan

pemikiran, perasaan dan tingkahlaku.

Mempunya dimensi intrapersonal dan

interpersonal.

Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dab personaliti seseorang saling berkait dalam pernilaian moral

seseorang individu

Page 47: Sosio emosi

Teori Perkembangan Moral Piaget

Page 48: Sosio emosi

(a) Umur 4 hingga 7 tahun. *Peringkat moral Heteronomus. *Peringkat pertama perkembangan moral.*Menilai peraturan adalah sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah*mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat.

(b) Umur 7 hingga 10 tahun. •Peringkat transisi.•Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

(c) Umur 10 ke atas. •Peringkat moral Autonomus.•Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dibuat oleh manusia dan bukannya mutlak.•Mula meniali sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat.•Mempertimbangkansesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain.

Page 49: Sosio emosi

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Page 50: Sosio emosi

Berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu.

Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama.

Page 51: Sosio emosi

Tahap 1 : Pra-KonvensionalPeringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Pemikiran morak kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi aau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Kanak-kanak akan melakukan sesuatu kerana ganjaran yang bakal diterima.

Page 52: Sosio emosi

Tahap 2: Konvensial

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang dipersekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

Penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untunk menjaga kesejahteraan komuniti.

Page 53: Sosio emosi

Implikasi Perkembangan

Sosio Emosi Terhadap Proses

P & P

Page 54: Sosio emosi

1. Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi.

2. Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.

3. Bantu murid membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.

4. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid saling mendengar antara satu sama lain.

5. Pastikan kelas anda menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.

Page 55: Sosio emosi