pengaruh gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan.ppt1

16
PENGARUH GAYA PERAPATAN, EMOSI, TEKANAN KEIBUBAPAAN DAN STRATEGI DAYA TINDAK TERHADAP KEMURUNGAN POSTPARTUM RABIAH BINTI ABDUL LATIFF P55270 PENYELIA: DR. WAN SHAHRAZAD WAN SULAIMAN PN. SUZANA HOESNI

Upload: rabiah2003

Post on 29-Jun-2015

424 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PENGARUH GAYA PERAPATAN, EMOSI, TEKANAN KEIBUBAPAAN

DAN STRATEGI DAYA TINDAK TERHADAP KEMURUNGAN

POSTPARTUM

RABIAH BINTI ABDUL LATIFFP55270

PENYELIA:DR. WAN SHAHRAZAD WAN SULAIMAN

PN. SUZANA HOESNI

PENGENALAN• Kemurungan Postpartum merupakan salah satu daripada major

depression yang dialami oleh wanita selepas bersalin dalam tempoh empat minggu.

• Gejala kemurungan postpartum ini sama seperti kemurungan yang lain.

• Kemurungan yang dialami boleh berpanjangan jika tidak dirawat dari awal sehingga boleh membawa kepada tindakan mencederakan diri sendiri atau anak.

• Kemurungan postpartum bukan sahaja disebabkan oleh perubahan biologikal dalam diri seseorang wanita tetapi juga disebabkan faktor psikologikal dan sosial.

• Sebanyak 13-16 % wanita selepas bersalin cenderung untuk mengalami kemurungan (Suraiyah Harun dan Mad Idris Mohd Nor 2007).

• Berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita yang hamil sebelum berkahwin mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan berbanding dengan wanita yang hamil selepas berkahwin (60.5% vs 39.5%). (Nor Ba’yah Abd Kadir dan Antonia Bifulco 2010)

PERMASALAHAN KAJIAN

• Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) menyatakan bahawa semenjak tahun 2000 hingga 2008, jumlah pedaftaran anak luar nikah yang didaftarkan tanpa nama bapa semakin meningkat kepada 257 000 (Fatimah Abdullah 2010).

• Statistik juga medapati selangor merupakan negeri yang mempunyai kelahiran anak luar nikah yang tinggi (Fatimah Abdullah 2010)

• Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL Datuk Dr J. Ravindran, 392 wanita melahirkan anak luar nikah pada tahun lepas (2009) (Fatimah Abdullah 2010).

• Hal ini menunjukkan bahawa gejala hamil tanpa nikah semakin berleluasa. Selaras dengan peningkatan kes ini,gejala pembuangan bayi juga turut meningkat walaupun statistik sebenar tidak dapat dikenalpasti lagi.

• Antara sebab berlakunya peningkatan dalam kes pembuangan bayi ialah ketidakupayaan menghadapi tekanan yang wujud yang mendorong mengambil jalan pintas untuk keluar dari masalah tersebut.

Sehubungan dengan itu beberapa persoalan timbul. Adakah mereka yang membuang bayi tidak mempunyai perasaan kasih sayang dan perapatan dengan bayi sehingga sanngup untuk membuang bayi sendiri.

Oleh yang demikian, kajian ini cuba mengenalpasti gaya perapatan wanita hamil tanpa nikah (unwed mother) dan wanita hamil setelah bernikah (wed mother).

Faktor lain yang ingin dilihat boleh mempengaruhi kemurungan selepas bersalin ialah emosi dan tekanan keibubapaan selepas bersalin.

Selain itu kajian ini juga cuba untuk menglihat strategi daya tindak yang digunakan oleh wanita hamil sebelum nikah dan wanita hamil setelah nikah dalam menghadapi kemurungan postpartum.

Persoalannya, adakah faktor gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan dan stretegi daya tindak berbeza antara wanita yang hamil tanpa nikah dengan hamil selepas nikah.

OBJEKTIF• Terdapat tiga objektif umum yang ingin dikaji dalam kajian ini:

i. Mengkaji hubungan faktor tekanan keibubapaan, sokongan sosial dan strategi daya tahan terhadap kemurungan selepas bersalin antara wanita yang hamil sebelum nikah dengan wanita yang hamil selepas nikah.

ii. Mengkaji perbezaan faktor tekanan keibubapaan, sokongan sosial dan strategi daya tahan terhadap kemurungan selepas bersalin antara wanita yang hamil sebelum nikah dengan wanita yang hamil selepas nikah.

iii. Mengkaji ciri-ciri psikometrik bagi alat ujian Postpartum Depression Screening Scale (PDSS), Defense Stlye Questionnaire (DSQ), Parenting Stress Index Short Form (PSI-SF),Positive and Negative Affect (PANAS) dan Relationship Questionnaire (RQ).

Objektif khusus:

Mengkaji pengaruh faktor gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan dan strategi daya tindak terhadap kemurungan postpartum.

Mengkaji sejauhmana peranan strategi daya tindak sebagai pembolehubah moderator memberi kesan kepada hubungan antara gaya perapatan, emosi dan tekanan keibubapaan dengan kemurungan postpartum.

Mengkaji perbezaan faktor gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan dan strategi daya tindak terhadap kemurungan postpartum.

Mengkaji kesahan dan kebolehpercayaan bagi alat ujian PDSS, DSQ-40, PSI-SF, PANAS dan Relationship Scale Questionnaire RQ.

KAJIAN LEPAS• Kajian oleh Milgrom dan Beatrice (2003) yang mengkaji proses kognitif dan

gaya mekanisme bela diri oleh wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin. Wanita yang mengalami kemurungan dipilih menjadi subjek dalam kajian ini bagi membandingkan dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian mendapati bahawa wanita yang mengalami kemurungan postpartum menggunakan pendekatan kognitif dan bela diri yang berbeza iaitu menggunakan gaya pendekatan kognitif yang tidak rational dan corak bela diri yang kurang matang berbanding dengan kumpulan wanita yang tidak mengalami kemurungan postpartum.

• Kajian oleh Milgrom dan McCloud (1999) mengkaji tekanan keibubapaan dan hubungannya dengan kemurungan Postpartum. 38 wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin dan pasangan mereka ditadbirkan soal selidik Parenting Stress Index pada 3, 6 dan 12 bulan selepas bersalin dan dilihat perbandingannya dengan kumpulan kawalan iaitu sebanyak 46 wanita yang tidak mengalami kemurungan selepas bersalin. Kumpulan wanita yang mengalami kemurungan selepas bersalin didapati mempersepsikan bayi mereka sebagai kurang memperteguh, kurang menerima, kurang penyesuaian, sering mengalami angin tidak baik (moody) dan suka mendesak disamping mempersepsikan diri mereka kurang kecekapan, kurang rapat dengan bayi, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, terlalu murung dan berasa berlaku pengasingan sosial yang berlebihan terhadap diri mereka selain mempunyai hubungan yang tidak baik atau teruk dengan pasangan mereka dan dan mempunyai gaya hidup yang terhad.

• Kajian oleh Suraiyah Harun dan Mad. Idris Mohd Nor (2007) yang mengkaji prevelens dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan selepas bersalin dalam kalangan wanita Melayu di Kuala Lumpur. Simptom kemurungan selepas melahirkan anak diukur memggunakan skaka kemurungan Edinburgh Postnatal Depression Scale (EPDS). Keputusan mendapati bahawa peratusan wanita yang mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi adalah sebanyak 9.8 %. Beberapa faktor mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan postpartum iaitu rendah pendapatan keluarga, pendidikan rendah, masalah kesihatan ibu semasa mengandung, masalah kesihatan selepas bersalin, rendah kepuasan kerkahwinan, rendah sokongan sosial, dan rendah harga diri.

• Kajian oleh Ozden Yalcinkaya Alkar dan Tulin Gencoz (2005) ingin mengkaji faktor yang mempunyai kaitan dengan kemurungan postpartum dalam kalangan 151 orang wanita Turki. Antara faktor yang dikaji dalam kajian ini ialah afek positif dan negatif, penyesuaian perkahwinan, faktor demografi dan faktor yang berkaitan dengan melahirkan anak yang mungkin memberi kesan kepada kemurungan Postpartum. Bagi mengetahui faktor mana yang lebih menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin, analisis regresi telah dilakukan. Hasil kajian mendapati bahawa afek negatif, salah penyesuaian perkahwinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan selepas bersalin.

• Kajian yang dilakukan oleh Bernard dan Rhaiannon yang bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya perapatan yang tidak selamat terhadap kemurungan , kualiti perkahwinan, ikatan perhubungan dengan bayi dan sokongan sosial dalam kalangan 47 wanita yang mengalami kemurungan yang dibandingakan 68 wanita yang tidak mengalami kemurungan. Golongan wanita yang mengalami kemurungan dilaporkan mempunyai gaya perapatan yang tidak selamat, ketakutan dan keasyikan. Tanpa mengira status sama ada mengalami kemurungan atau tidak, gaya perapatan disifatkan sebagai satu model diri yang negatif yang mempunyai hubungan dengan tahap kemurungan yang tinggi dan rendah kualiti perhubungan dengan bayi dan pasangan serta persepsi kurangnya sokongan sosial.

• Kajian oleh Pottie dan Ingram (2008) bertujuan mengkaji kesan langsung dan faktor moderate daya tahan terhadap tekanan psikologikal harian dan kesejahteraan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi “Autism Spectrum Disorders” (ASD). Keputusan mendapati secara puratanya, tekanan keibubapaan harian mampu meramalkan tahap mood positif harian yang rendah dan mood negatif harian yang tinggi. Model analisis multilevel telah mengenalpasti lima tindak balas daya tahan yang boleh digunakan untuk meramalkan mood positif harian dan empat tindak balas daya tahan yang mempunyai hubungan dengan pengurangan mood positif. Begitu juga, dua tindak balas daya tahan mempunyai kaitan dengan pengurangan mood negatif dan lima tindak balas daya tahan mampu meramalkan peningkatan mood negatif. Kesan moderater bagi jantina dan 11 tindak balas daya tahan juga dikaji dan mendapati bahawa jantina tidak bertindak sebagai faktor moderate bagi hubungan daya tahan-mood harian. Namun begitu, tiga tindak balas daya tahan iaitu pengawalan emosi, sokongan sosial dan kerisauan didapati menjadi faktor moderate dalam hubungan tekanan-mood harian.

TEORITerdapat dua teori yang digunakan dalam kajian ini iaitu teori kemurungan postpartum oleh Amankwaa (2005) dan teori gaya perapatan Mary Ainsworth (1978).Teori kemurunngan postpartum menyatakan bahawa kemurungan selepas bersalin melalui tiga peringkat seperti dalam jadual 1.

TEORI GAYA PERAPATAN

Berdasarkan kepada teori gaya perapatan oleh Mary Ainsworth (1978) yang mengelaskan gaya perapatan kepada beberapa kategori:

Gaya perapatan selamat (Secure attachment)

Gaya perapatan tidak selamat (Insecure attachment)

Gaya perapatan pengelakkan (Avoidance attachment)

Gaya perapatan tidak teratur (Disorganized attachment.

KERANGKA KAJIAN

Jadual 1: Kerangka kajian

Berdasarkan jadual 1, kajian ini ingin mengkaji perbezaan antara faktor gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan dan strategi daya tindak mengikut taraf perkahwinan terhadap kemurungan Postpartum.

HIPOTESIS1. Terdapat hubungan antara gaya perapatan, emosi, tekanan

keibubapaan dan strategi daya tindak.

2. Terdapat hubungan antara gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan dan kemurungan postpartum.

3. Terdapat hubungan antara strategi daya tindak dan kemurungan selepas bersalin.

4. Terdapat hubungan tidak langsung bagi faktor gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan , strategi daya tindak dan kemurungan postpartum

a. Terdapat hubungan tidak langsung antara gaya perapatan, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum.

b. Terdapat hubungan tidak langsung antara emosi, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum.

c. Terdapat hubungan tidak langsung antara tekanan keibubapaan, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum.

5. Terdapat perbezaan gaya perapatan, emosi, tekanan keibubapaan, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum di antara ibu hamil tanpa nikah dan ibu hamil setelah nikah.

a. Terdapat perbezaan gaya perapatan, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum di antara ibu hamil tanpa nikah dan ibu hamil setelah nikah.

b. Terdapat perbezaan emosi, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum di antara ibu hamil tanpa nikah dan ibu hamil setelah nikah.

c. Terdapat perbezaan tekanan keibubapaan, strategi daya tindak dan kemurungan postpartum di antara ibu hamil tanpa nikah dan ibu hamil setelah nikah.

METOD• REKABENTUK KAJIAN-Kajian ini menggunakan reka bentuk survei

yang dipecahkan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menerangakan hubungan dan kaitan diantara pembolehubah manakala bahagian kedua ialah penilaian kebolehpercayaan dan kesahan alat ujian kemurungan iaitu Postpartum Depression Screening Scale, Parenting Stress Index short Form, Relationship Questionnaire dan Positive and negative Affect.

• Populasi-Golongan wanita selepas bersalin dalam tempoh satu bulan yang terdiri daripda wanita hamil sebelum nikah dan wanita hamil setelah nikah.

• Rangka sampel: Terdiri daripada wanita yang datang ke klinik bayi dan ibu mengandung pada bulan pertama selepas kelahiran bagi menerima suntikan bayi dan wanita yang berada di rumah perlindungan atau kebajikan seperti KEWAJA, Raudatus Sakinah, Rumah Nur Azwa dan lain-lain.

• Saiz sampel seramai 200 orang subjek yang terdiri daripada 100 orang wanita yang hamil sebelum nikah dan 100 orang pula ialah wanita yang hamil setelah nikah.

• Teknik persampelan yang digunakan ialah bertujuan dan mudah.

ALAT UJIANBeberapa alat ujian yang digunakan dalam kajian ini iaitu: 1. Postpartum Depression Screening Scale (PDSS)-35 ITEM- Subskala terdiri daripada masalah pemakanan/tidur , kebimbangan dan

rasa tidak selamat, liabiliti emosi , kekeliruan mental, kehilangan diri sendiri, rasa bersalah dan malu dan yang terakhir ialah idea bunuh diri.

2. Defense Stlye Questionnaire -40 (DSQ- 40)- Mengandungi 40 item (20 strategi daya tindak) terdiri daripada 3

subskala utama iaitu mature, neurotic dan immature.

3. Parenting Stress Index Short Form (PSI-SF)- 36 item yang telah diringkaskan yang terdiri daripada 3 skala utama

iaitu Tekanan keibubapaan, ciri-ciri anak dan interaksi ketidakfungsian hubungan ibu bapa-anak.

4. Positive and Negative Affect (PANAS) - 20 item yang mengambarkan emosi positif dan negatif.

5. Relationship Questionnaire (RQ).- 30 Item yang terdiri daripada 4 gaya perapatan iaitu gaya perapatan

“Secure”, “Fearful”, “Preoccupied” dan “Dismissing”.