kuasa edu

12
PENDAHULUAN Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja. Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana- mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di negara- negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stress dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stress yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Upload: tayep1234

Post on 15-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fred

TRANSCRIPT

PENDAHULUANPada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja.Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stress dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stress yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tekanan emosi dalam kalangan guru juga semakin meningkat akibat daripada proses globalisasi dan modenisasi. Dengan tercetusnya isu globalisasi, tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru turut berubah. Hal sedemikian menyebabkan guru-guru menghadapi tekanan emosi. Ada sebahagian guru yang tidak mampu menangani tekanan emosi ini dan berhadapan dengan tekanan stres dan akhirnya mengakibatkan burnout.Dalam rencana yang diterbitkan pada 25.04.2012 oleh Roslee Talib dalam Minda Pendidik yang bertajuk Guru sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum, beliau menyatakan kebanyakkan guru berasa kurang selesa terhadap pengenalan sesuatu inovasi di sekolah kerana bimbang bahawa perubahan tersebut akan mengganggu keselesaan dan menjejaskan peranan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana pertambahan tugas guru ekoran pengenalan sesuatu inovasi akan membangkitkan tekanan emosi dalam kalangan sesetengah guru.Gangguan emosi dan tahap tekanan yang tinggi dipengaruhi oleh ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas inovasi tersebut. Sekiranya tekanan berlaku secara berteruan. Maka motivasi kerja guru akan terjejas dan berkemungkinan hubungan guru dengan murid dan sesama guru akan menjadi renggang. Akhirnya mungkin akan menjejaskan tahap perkembangan diri itu sendiri dan keberkesanan guru dal.am melaksanakan tugasan harian di sekolah.Dalam masa yang sama juga didapati bahawa guru yang rendah tahap motivasinya cenderung untuk menentang sesuatu inovasi disedabkan oleh perasaan rendah diri dan tersisih di sekolah. Keadaan ini antara lainnya berpunca daripada sikap pentadbir sendiri yang adakalanya seringkali mengabaikan mereka dan kurang menerima pandangan guru berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu inovasi.Isu kedua yang mencorakkan transformasi inovasi kurikulum di sekolah melibatkan sikap guru. Secara umumnya isu ini dapat diulas berdasarkan beberapa faktor yang menghalang penglibatan guru secara aktif da.lam proses tranformasi kurikulum. Antaranya ialah faktor inersia iaitu guru sudah berpuas hati dengan apa yang dialami, justeru mereka tidak ingin berubah. Seterusnya rasa terancam dengan setiap kali perubahan berlaku., guru berasa tidak selamat berikutan timbulnya ketidakyakinan untuk melakukan sesuatu yang baharu.Isu ketiga adalah menjurus kepada aspek pengetahuan dan kemahiran profesional yang penting dalam memastikan keberkesanan tranformasi kurikulum. Ini disebabkan oleh penguasaan guru dalam aspek tersebut dapat memandu mereka untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dari masa ke semasa. Dalam kontek ini, kesungguhan untuk bertindak secara proaktif berasaskan pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan untuk memanifestasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk tingkahlaku adalah perkara pokok yang amat dititikberatkan oleh golongan pendidik kearah menzahirkan tranformasi kurikulum.Isu keempat adalah berkaitan dengan aspek tumpuan guru. Isu ini memberi pengertian bahawa seseorang guru mempunyai tahap tumpuan yang berbaza-beza da.lam menerima dan melaksanakan tranformasi serta inovasi kurikulum.dalam konteks ini guru perlu bijaksana dalam memberikan keutamaan antara tumpuan bersifat peribadi, terhadap tugasnya atau tumpuan terhadap apakah implikasi pengajaran atau inovasi yang dilakukan terhadap pelajar mereka.

STRESMenurut Selye (1975), stres didefinisikan sebagai tindak balas tidak spesifik yang berlaku kepada tubuh badan terhadap sebarang tuntutan atau permintaan. Gmelch (1994) pula melihat perkataan stres itu sendiri merujuk kepada perkataan kebimbangan, kekecewaan, ketegangan dan tekanan, kecelaruan dan kesakitan. Gillett (1997) pula melihat stres sebagai perasaan yang mematikan rangsangan atau kehilangan perasaan. Seaward (2006) memberi takrifan stres sebagai pengalaman menerima gangguan secara sebenar atau khayalan ke atas salah satu elemen mental, fizikal atau kesejahteraan spiritual yang membawa kepada tindak balas dan penyesuaian psikologikal. Ironinya pendapat stres kini telah memasukkan elemen spiritual bagi melihat maksud stres itu sendiri.

Jenis-Jenis StresStres PositifStres Positif didefinisikan sebagai jenis stres yang sihat. Stres ini boleh dijelaskan sebagai pengalaman atau peristiwa yang boleh memotivasikan seseorang. Stres jenis ini bukan sahaja untuk kesejahteraan dari aspk perubahan psikologikal pada tubuh badan tetapi juga melibatkan rangsangan tenaga yang boleh membantu seseorang melakukan sesuatu dengan lebih baik.Stres NegatifStres negatif merujuk kepada perkataan yang menjelaskan tentang stres yang buruk atau mendatangkan kesan negatif. Stres jenis ini akan mengakibatkan seseorang mengalami banyak masalah kesihatan dan penyakit. Hal ini mungkin disebabkan oleh perubahan rutin harian, kehilangan pekerjaan, terlalu banyak pinjaman yang perlu dijelaskan, perubahan tempat kediaman dan sebagainya. Stres jenis ini jika tidak dapat dikawal akan memacu kepada wujudnya stres kronik.HyperstressHyperstress wujud apabila seseorang itu memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan dirinya. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dalam tempoh masa yang terlalu lama atau hanya melibatkan perkara yang sangat mudah seperti menjaga bayi yang sentiasa mengalami masalah perut yang tidak selesa. Stres jenis ini boleh menyebabkan seseorang mudah naik angin, kerap menangis dan burnout.HypostressHypostress ialah stres yang perlu selalu diberikan perhatian. Stres jenis ini berlaku apabila seseorang berasa bosan atau melakukan sesuatu yang tidak mencabar. Contohnya pekerja yang melakukan kerja di bahagian pemasangan di kilang elektronik. Lama kelamaan mereka akan berasa bosan apabila berdiri dan melakukan perkara yang sama seperti robot. Simptom orang yang mengalami hypostress ialah rasa tidak bermaya, hilangnya kreativiti dan berkemungkinan mengalami kemurungan.Stres KronikStres Kronik didefinisikan sebagai sesuatu yang seseorang itu tidak dapat mengawalnya. Stres jenis ini merupakan kemuncak kepada punca stres atau keadaan apabila seseorang tidak dapat mengelak lagi daripada berhadapan dengan keadaan stres tersebut. Stres jenis ini merupakan jenis yang paling teruk yang hadapi oleh seseorang. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal diri dan seterusnya menyebabkan tubuh badannya tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya.

BURNOUT DALAM KALANGAN GURUPengenalan KonsepBurnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian. Implikasi BurnoutBurnout akan menyebabkan individu jadi : pemarah bersifat sinis lemah semangat berasa tidak berguna berasa tidak berupaya kurang daya produktivitinya

Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi. - Tanda fizikal rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot. - Tanda-tanda tingkah laku menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik awal. -Tanda emosi berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

Punca-Punca Burnout Guru

Antara punca-puncanya:- berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen- mengalami stres dalam tempoh yang panjang.- Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru contoh tekanan memenuhi target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru kurang.- kurangnya budaya mentor guru-guru baru biasanya memerlukan bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun budaya membimbing kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan perkeranian.- tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas, suasana kerja yang tidak bersistematik.- dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial, diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan.- personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnout. Guru yang berpersonaliti A mempunyai kebarangkalian yang besar berhadapan dengan burnout.

Perbezaan Di antara Stres Dan BurnoutSTRESBURNOUT

Penglibatan diri yang keterlaluanPelepasan dari melibatkan diri

Menyebablkan perasaan cemas dan hiperaktifMenghasilkan ketidakupayaan dan berputus asa

Kehilangan tenagaKemerosotan motivasi dan harapan

Mengakibatkan kegelisahanMengakibatkan pengasingan dan kemurungan

Kecederaan secara fizikalTerhiris perasaan

Mungkin menyebabkan maut terlalu awalMungkin menyebabkan perasaan seperti hidup tidak bermakna

Jadual 1 Perbezaan di antara Stres dan BurnoutLANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

Pengenalan Konsep

Konsep Tekanan Emosi : Menurut Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. (Dr.David B.Posen, Lifestyle Counselor and Psychotherapist); Stress) Bebanan ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik yang dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang membawa keburukan yang dinamakan sebagai distress. Tekanan yang positif amat diperlukan dalam hidup untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, bermotivasi, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini.(Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

4.5.2 Langkah Menangani StresKita tahu bahawa stres adalah perlu dan penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Walau bagaimanapun, kesan yang sangat buruk akan ditanggung oleh seseorang individu jika stres yang ditanggung terlalu berat. Oleh itu, persediaan fizikal dan mental sangat perlu bagi sebagai alternatif penyelesaian terhadap stres yang dihadapi. Benarlah pepatah mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati yang membawa maksud merawat sebelum merebak. Oleh itu, pengetahuan terhadap pengurusan stres adalah suatu yang perlu dijadikan garis panduan kepada kita untuk terus menghadapi cabaran yang mendatang.Berikut ialah langkah-langkah menangani stres :i .Uruskan Masa Dengan Efektif Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

ii. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali. iii. Rehat Seketika Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

iv. .Kurangkan Gangguan Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

v. Makan Makanan yang menyihatkan Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

vi. Lakukan Meditasi Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

vii. Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.

viii. Dapatkan Nasihat Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

ix. Belajar Katakan 'TIDAK' Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.

x. Dapatkan Tidur yang Cukup Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

xi. Lakukan Senaman Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Rumusan

Kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi adalah persoalan penting yang perlu dipertimbangkan oleh pihak perancangan pendidikan supaya wujudnya keharmonian antara pihak pelaksana dengan perancang inovasi itu sendiri. pelaksanaan inovasi akan tersekat jika pihak berkuasa pendidikan menganggap inovasi pendidikan sebagai sesuatu kemestian sedangkan guru melihatnya pada pandangan yang sebalinya.Proses modenisasi dan globalisasi kurikulum juga harus dapat mengubah dan seterusnya dapat membawa anjakan .paradigma baru iaitu berubah daripada kecenderungan dalam proses pelaksanaannya daripada penekanan kepada aspek teknikal seperti penyediaan alatan dan latihan kepaa aspek yang berkaiatan dengan perkembangan tingkahlaku guru, norma, sikap dan perubahan budaya sekolah.Guru juga harus bersedia merubah diri mengikut peredaran zaman. Trend perubahan kurikulum di Malaysia cukup pesat pada dekad-dekad mutakhir ini dan dijangka akan berterusan selari dengan kehendak pendidikan perdana dan global. Oleh yang demikian, guru haruslah bersikap positif dan dapat memotivasikan dirinya agar dapat menerima segala cabaran-cabaran pendidikan yang mendatang. Dalam pada itu, setiap pihak harus memberi sokongan agar dapat mengurangkan tekanan yang dialami seperti beban stres dan burnout. Kegagalan mengawal tekanan emosi boleh mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada organisasinya.