krp 3013 b.doc

14
1. Disiplin/mata pelajaran Nama Mata Pelajaran : BAHASA MALAYSIA Tahun: 6 2. Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR DAN KSSR DIMENSI HORIZONTAL A) SKOP /LIPUTAN KLSR: i. Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan. ii. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). iii. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. iv. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid. v. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). vi. Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. vii. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. viii. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh murid-murid. 1

Upload: sufi-lee-fizah-chuswan

Post on 26-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KRP3013

TRANSCRIPT

Page 1: KRP 3013 B.doc

1. Disiplin/mata pelajaran

Nama Mata Pelajaran : BAHASA MALAYSIA

Tahun: 6

2. Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR DAN KSSR

DIMENSI HORIZONTAL

A) SKOP /LIPUTAN

KLSR:

i. Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta

Pelajaran 1961 diwartakan.

ii. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi

murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979).

iii. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan

pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain.

iv. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan

kehidupan seharian murid.

v. KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis

dan mengira (3M).

vi. Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan.

vii. Terdapat murid yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan

pelajaran.

viii. Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh

murid-murid.

KBSR:

i. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada

1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet.

ii. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan

percubaan sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983.

iii. Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan

dalam KLSR.

iv. KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh

1

Page 2: KRP 3013 B.doc

ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus

melalui pengalaman langsung.

v. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid

memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah;

berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan;

memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya.

vi. penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat

yang ditetapkan.

vii. Pemulihan diberikan kepada murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada

murid cerdas pintar.

viii. Pemulihan khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.

KSSR:

i. Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO

2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada

pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang

menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia

dalam melahirkan insan ulul al-bab.

ii. mulai 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

iii. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah.

iv. Pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah

sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji

rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis

bagi mata pelajaran terpilih.

v. Dalam KSSR ini, ianya bertujuan menambahbaik KBSR. KSSR berasaskan enam ( 6 )

tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, dan

ketrampilan diri.

vi. Dalam KSSR juga, dua standard amat dipentingkan iaitu Dokumen Standard Kandungan

dan Dokumen Standard Pembelajaran

2

Page 3: KRP 3013 B.doc

b) Kesepaduan/Integrasi

KLSR:

i. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan

kokurikulum sahaja.

ii. Isi kandung pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran lain dan

terlalu banyak isi kandungan

iii. Isi kandungan terlampau memberi penekanan kepada kecemerlangan kebendaan

iv. Lukisan dan pertukangan untuk pekerjaan masa hadapan

v. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai

pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun

KBSR:

i. Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama

untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

ii. Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak

dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid

dalam menjalani proses pembelajaran mereka.

iii. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya

pembelajaran murid berkesinambungan

iv. Tiga bidang utama diberi penekanan dengan jelas iaitu komunikasi; perkembangan diri

individu; dan manusia dan alam kelilingnya

v. Bahan pengajaran selaras dengan minat, umur dan kebolehan murid-murid.

vi. Mengabungjalin kemahiran dan penyerapan isi dengan matapelajaran yang lain.

Contohnya, mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6 yang bertajuk “Keluarga Kreatif”

berhubungkait dengan matapelajaran Pendidikan Seni dan disisipkan dengan Pendidikan

Agama Islam.

3

Page 4: KRP 3013 B.doc

KSSR:

i. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan bukan untuk

menggantikan KBSR tetapi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan di negara ini

menjelang wawasan kerajaan yang ingin melihat negara ini maju menjelang 2020

ii. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung.

Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu

kemahiran menaakul, menjadikannya 4M.

iii. Dalam organisasi KSSR pula, diorganisasikan kepada enam tunjang iaitu kemanusiaan,

kerohanian, sikap dan nilai, komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan

teknologi dan ketrampilan diri.

iv. Keenam-enam tunjang ini berdasarakan tiga modul iaitu modul teras asas, modul teras

tema dan modul teras elektif.

v. Mengabungjalin kemahiran berfikir dengan elemen Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & ICT secara eksplisit. Contohnya,

matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6 yang bertajuk “Ciptaan Sains Memudahkan

Manusia” menghubungkaitkan pengalaman yang pernah berlaku dirumah pelajar dengan

tajuk yang diajar oleh guru

C)Imbangan

KLSR:

i. Kurang keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam matapelajaran Bahasa

Malaysia.

ii. Kurang menekankan nilai dan sikap serta kemahiran melalui pembelajaran

KBSR:

i. Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6 yang bertajuk “Keluarga Kreatif”

dapat diterapkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah sayang menyayangi,

4

Page 5: KRP 3013 B.doc

menghormati orang tua, bertimbang rasa dan bekerjasama.

KSSR:

i. Dalam matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 6 yang bertajuk “Hari Kreatif” dapat

diselitkan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah mengenal pasti dan BCB pula

ialah mendengar dengan berkesan.

5

Page 6: KRP 3013 B.doc

DIMENSI VERTIKAL

A)URUTAN/SEKUEN

KLSR: Kemahiran mengikut urutan dari senang kepada susah,kompleks kepada abstrak.

KBSR: Kemahiran mengikut urutan dari senang kepada susah,kompleks kepada abstrak

KSSR: Kemahiran mengikut urutan dari senang kepada susah, kompleks kepada abstrak

B)KESINAMBUNGAN/KONTINUITI

KLSR:

i. Mata pelajaran tidak mempunyai kesinambungan dengan peringkat pembelajaran

berikutnya .

KBSR:

i. Mata pelajaran mempunyai kesinambungan dengan peringkat pembelajaran berikutnya.

Setiap murid akan mempelajari isi kandungan pelajaran bagi sesuatu unit sebelum

meneruskannya ke unit lain.

ii. Keadaan ini akan berterusan sehingga murid menguasai semua unit yang disediakan.

KSSR:

i. Mata pelajaran mempunyai kesinambungan dengan peringkat pembelajaran

berikutnya. Kemampuan murid menguasai kemahiran pelajaran ditentukan oleh

proses pentaksiran yang dilakukan di sepanjang pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

ii. Penguasaan murid ditafsirkan melalui band yang ditentukan kemahirannya dan

terdapat 6 band yang perlu dikuasai murid.

6

Page 7: KRP 3013 B.doc

3.Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a. Pandangan/Ulasan:

Tidak dapat dinafikan penambahbaikan amat diperlukan dari semasa ke semasa untuk

mencapai wawasan 2020 dan seiring dengan negara maju. Setiap kurikulum yang dibuat oleh

kementerian adalah bersesuaian dengan keperluan pelajar semasa. Sebagaimana, KLSR

dibentuk selepas merdeka (1982) adalah satu kurikulum yang terhasil daripada Laporan

Kabinet, tajuk pembelajaran sentiasa berulang-ulang, tidak ada kaitan diantara satu sama lain

yakni kehidupan harian dan hanya menggunakan buku teks. Manakala, KBSR (1982-2010)

pula, bahan kurikulum adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

tetapi masih banyak kelemahan. Kini, KSSR (2011 hingga kini) menggunakan Dokumen

Stardard Kurikulum.

KLSR telah menggunakan kurikulum yang bersifat umum dan lebih kepada hafalan

serta mempunyai mata pelajaran yang membebankan murid. Pengajaran KLSR lebih bersifat

berpusatkan guru,pengajaran untuk seluruh kelas dan hanya bergantung kepada buku teks

sahaja. Oleh kerana kelemahan KLSR, KBSR telah diperkenalkan di mana diberi penekanan

kepada penguasaan 3M serta menggabung jalin kemahiran dan pengajaran berpusatkan

murid. KBSR lebih sistematik dan penilaian formatif digunakan bagi menilai perkembangan

dan kemajuan murid.

Sejajar itu, KBSR telah diperkukuh serta ditambahbaik di mana proses pelaksanaan

tranformasi pendidikan dijalankan dan diperkenalkan KSSR. KSSR telah menekankan

kepada penguasaan literasi 4M, kemahiran asas ICT, Perkembangan Fizikal, Kognitif, Sikap

dan Nilai. KSSR menegaskan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P&P dan

fokus yang lebih kepada strategi pembelajaran berpusatkan murid diutamakan.

Kemahiran–kamahiran yang terdapat di dalam Bahasa Melayu telah diperkembangkan

di mana kemahiran menaakul telah diterapkan di dalam KSSR. Ini memberi peluang kepada

murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang

diberikan. Pembelajaran berkonsepkan TMK dan EMK dapat membina keyakinan diri murid

untuk berinteraksi dan menghadapi cabaran. Dalam KSSR murid dapat belajar dalam suasana

yang menyeronokkan dan tidak terlalu beroriantasikan peperiksaan. Penaksiran berasaskan

7

Page 8: KRP 3013 B.doc

sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan

dan pencapaian murid dalam pembelajaran. KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai ciri

kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibanding bezakan antara satu dengan

yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti

KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011

dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai

ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan insan ulul al-bab.

b.Cadangan :

Umum mengetahui dasar KSSR yang menggunakan band sebagai penanda aras tahap

kemahiran murid. Tetapi jika kita mengambil konsep modal insan, penggunaan band untuk

subjek matematik bukan sahaja kurang relevan malahan melecehkan.  Contohnya murid kelas

lemah biasanya tidak dapat menguasai susunan nombor dengan baik. Ada juga yang tidak

mampu untuk mengeja nombor dalam perkataan dengan baik berbanding

mengenal/menyebut/menulis angka. Justeru mereka biasanya mengalami masalah dalam

memadankan nombor dengan perkataan, menulis nombor dalam perkataan, mengisi tempat

kosong dan bundarkan nombor. Namun biasanya muri-murid ini dapat menguasai kemahiran

menyelesaikan soalan melibatkan angka seperti operasi matematik. Cadangan saya, tukar

penggunaan band kepada istilah ‘kemahiran’ merujuk berapa banyak kemahiran yang telah

murid kuasai berbanding rakan lain. Contohnya kemahiran 7:tambah 2 nombor 3 digit tanpa

kumpul semula. Kemahiran 8: tambah 2 nombor 3 digit dengan kumpul semula. Justeru guru

jelas kemahiran apa yang perlu dikuasai murid dan kemahiran apa yang masih belum

dikuasai. Dan prestasi murid diukur bedasarkan berapa banyak kemahiran yang telah

dikuasai.

KSSR telah menentukan penaksiran berasaskan sekolah dijalankan bagi menilai tahap

pencapaian murid mengikut Band dan Eviden yang ditetapkan. Walaupun dengan adanya

penaksiran berasaskan sekolah ini memberi keseronokkan kepada murid- murid untuk belajar

tetapi ia amat membebankan guru. Guru –guru terpaksa menyediakan fail bagi setiap murid

untuk mengisi bahan-bahan dan latihan yang dijalankan serta terpaksa menggunakan

perbelanjaan yang banyak untuk memperbanyakkan lembaran. Oleh itu ,satu penyelesaian

8

Page 9: KRP 3013 B.doc

harus dilakukan supaya beban guru dikurangkan seperti memberikan peruntukkan untuk

setiap bahan yang perlu diperbanyakkan.

Berbanding tahun 90-an,  pendidikan di negara ini telah semakin maju dari segi

memperoleh data. Semua maklumat dan data yang dikehendaki oleh pihak kementerian dan

Pejabat Pelajaran Daerah dengan sekelip mata dapat ditunjukkan. Namun siapakah pengisi

data tersebut? Tidak lain tidak bukan ialah Guru yang sering kali diingatkan pihak berkaitan

‘core bussiness’ guru adalah mendidik. Justeru tugas guru telah bertambah bukan sekadar

pendidik (sangat general selain tugas mengajar guru juga terlibat melatih murid untuk sekian

banyak pertandingan kurikulum dan kokurikulum yang sangat baik untuk mendewasakan

murid)  tetapi juga selaku pegawai kemasukan data. Pelbagai jenis data perlu dimasukkan

samada secara manual ataupun berkomputer termasuklah rekod kehadiran, rekod disiplin,

SMM (APDM), SAPR, SAPS ,SPPBS, e-Operasi dan SPLG. Terdapat juga kemasukan data

lain seperti e-nilam dan data berkaitan tahun 6. Saya yakin kebanyakkan guru mengisi data di

rumah berbanding sekolah. Justeru pendapat balik kerja awal tidak tepat kerana pelbagai

kerja guru berkaitan sekolah dilakukannya di rumah. Malahan ada yang terpaksa angun

seawal empat pagi untuk memasukkan data PBS kerana sistem perlahan walaupun sistem

telah memasuki tahun ke dua. Sistem internet yang lemah di kawasan-kawasan tertentu

terutama kawasan pedalaman dan kawasan yang berhampiran dengan bukit menambah lagi

masalah bagi guru. Oleh itu saya mencadangkan supaya sistem on-line diperbaharui supaya

dapat digunakan dengan cepat dan pantas serta mencari satu inisiatif yang terbaik bagi

kawasan pedalaman untuk mengatasi masalah tersebut. Saya juga mencadangkan disediakan

seorang pembantu bagi menguruskan kemasukkan eviden dan band secara on-line. Ini

membolehkan guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi mendapatkan atau menghasilkan kemenjadian murid,satu modul perlu disediakan bagi

memudahkan guru-guru menjalankan pentaksiran seperti mana yang dikehendaki atau yang

bertetapan dengan band yang disediakan. Bagi menghasilkan modal insan yang dihasratkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pelaksanaan yang terbaik telah dilakukan oleh para

guru dan murid-murid akan terus maju dan cemerlang di masa hadapan.

9

Page 10: KRP 3013 B.doc

BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996)

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:

Aspek-

aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006

– 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan

Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan

Khas.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I. Kuala Lumpur:

Dewan

Bahasa dan Pustaka.

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=3

10