kkp edu sem 8.docx

28
Pengenalan Isu keciciran murid bukan satu fenomena baru yang melanda Negara,tetapi ianya ibarat satu wabak yang ada pasang surutnya,jika tidak dibanteras tidak mustahil akan menjadi satu isu pendidikan yang serius dan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan Negara.Mengupas tentang definisi Isu,mengikut Kamus Dewan(2007),isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan.Manakala Cabaran pula didefinisikan sebagai hasil mencabar sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang yang ada kaitan dengan sesebuah organisasi(Kamus Dewan edisi keempat) dan Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan,2007) Maka dalam kajian Isu dan cabaran semasa kali ini saya ingin mengupas tentang isu keciciran di kalangan murid di kawasan pedalaman khususnya dan di Malaysia amnya. Isu ini telah menarik perhatian saya dengan meneliti data daripada kajian The World Education Report (1993) yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara yang rendah kadar celik huruf dalam kalangan rakyatnya (78.4%) berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura (100%), Indonesia (81.6%), Thailand (93%) dan Filipina (89.7%).Diikuti dengan lapora UNESCO(1996) melaporkan rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah celik huruf namun, secara purata setiap individu hanya membaca 2 buah buku dalam setahun. Kadar celik huruf pada tahun sama dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak dilaporkan masih rendah pada kadar 79%. Celik

Upload: insin-barak

Post on 10-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KKP EDU sem 8.docx

Pengenalan

Isu keciciran murid bukan satu fenomena baru yang melanda Negara,tetapi

ianya ibarat satu wabak yang ada pasang surutnya,jika tidak dibanteras tidak mustahil

akan menjadi satu isu pendidikan yang serius dan mendatangkan kemudaratan kepada

masyarakat dan Negara.Mengupas tentang definisi Isu,mengikut Kamus

Dewan(2007),isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang

dibincangkan.Manakala Cabaran pula didefinisikan sebagai hasil mencabar sesuatu

yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang yang ada kaitan dengan

sesebuah organisasi(Kamus Dewan edisi keempat) dan Semasa pula pada ketika yang

sama (Kamus Dewan,2007)

Maka dalam kajian Isu dan cabaran semasa kali ini saya ingin mengupas tentang

isu keciciran di kalangan murid di kawasan pedalaman khususnya dan di Malaysia

amnya.

Isu ini telah menarik perhatian saya dengan meneliti data daripada kajian The

World Education Report (1993) yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu

negara yang rendah kadar celik huruf dalam kalangan rakyatnya (78.4%) berbanding

negara Asia Tenggara lain seperti Singapura (100%), Indonesia (81.6%), Thailand

(93%) dan Filipina (89.7%).Diikuti dengan lapora UNESCO(1996) melaporkan rakyat

Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah celik huruf namun, secara purata

setiap individu hanya membaca 2 buah buku dalam setahun. Kadar celik huruf pada

tahun sama dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak dilaporkan

masih rendah pada kadar 79%. Celik huruf penting untuk membasmi kemiskinan,

mengurangkan kematian kanak-kanak, menghalang pertumbuhan populasi, mencapai

kesaksamaan jantina dan memastikan pembangunan lestari, keamanan dan

keharmonian.

Tumpuan kepada penambahbaikan pendidikan daripada segi capaian, ekuiti dan

kualiti, khasnya bagi golongan kanak-kanak yang terpinggir di Malaysia perlu terus

diperkasa. Wakil UNICEF ke Malaysia, Youssouf Oomar semasa berucap sempena

Hari Literasi Antarabangsa 2007 berkata "Kanak-kanak yang boleh membaca dan

menulis boleh diajar.

1

Page 2: KKP EDU sem 8.docx

Kanak-kanak yang boleh diajar boleh diperkasa untuk menuntut hak mereka,

mengubah kehidupan mereka, memajukan masyarakat mereka dan mempengaruhi

takdir mereka (Halimah Badioze Zaman, 1995)”. Sabah masih kekal negeri termiskin di

Malaysia dan majoriti penduduk miskinnya tinggal di kawasan luar bandar. Justeru,

pendidikan dilihat mampu menjadi “senjata” dalam usaha kerajaan menghapuskan

kemiskinan tegar menjelang 2010. Di seluruh negara, akibat kemiskinan, kekurangan

infrastruktur dan sikap masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan khususnya

dalam kalangan penduduk luar bandar, secara purata 83,000 orang murid di seluruh

negara dikhuatiri tercicir dari sistem pendidikan. Antara usaha untuk mengurangkan

jumlah keciciran tersebut, RM185.47 juta di bawah Tabung Amanah Kumpulan Wang

Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) telah diluluskan di bawah RMK-9 untuk negeri Sabah

(RMK-9, 2006). Di bawah skim KWAMP, setiap murid yang layak diberikan bantuan

berjumlah antara RM150 hingga RM350. Ini bermakna, dianggarkan masih terdapat

600 ribu murid miskin di negeri Sabah. 

Kenapa perkara ini masih berlaku di Negara kita? Sedangkan kita sudah lama

merdeka serta sistem pendidikan di Negara kita juga boleh dikatakan sistematik dan

berperstij.Tetapi malangnya isu keciciran di kalangan murid pedalaman masih

berterusan sehingga kini bagai satu warisan yang sepertinya diperturunkan dari satu

generasi ke satu generasi.

i/ Punca berlakunya masalah keciciran murid.

Masalah keciciran murid daripada persekolahan bukanlah merupakan satu

masalah yang baru di negara kita. Masalah ini telah wujud sejak dahulu lagi dan ia

merupakan satu fenomena yang berterusan dan belum dapat ditangani sepenuhnya.

Dalam konteks pembangunan negara, keciciran sedemikian dapat ditafsirkan sebagai

satu kerugian kepada negara kerana mereka yang tercicir ini gagal di bentuk untuk

menjadi tenaga masyarakat yang berguna dan bernilai yang berupaya menyumbang

kepada usaha membangunkan masyarakat yang maju dan berkebolehan.

2

Page 3: KKP EDU sem 8.docx

Jika kadar keciciran persekolahan di kalangan generasi muda dibiarkan meningkat,

besar kemungkinan fenomena ini akan menjejaskan proses pembangunan yang

sedang pesat berkembang di negara ini.Antara punca keciciran murid ini adalah kerana

beberapa faktor seperti,faktor sosial,ekonomi dan budaya atau cara hidup masyarakat

setempat.

a/Faktor sosial.

Prasarana atau infrasruktur di sekolah-sekolah pedalaman secara amnya

kurang strategik,ditambah pula dengan kekurangan kemudahan dan kelengkapan

belajar yang canggih,tidak dapat menarik perhatian murid untuk berkeinginan untuk

belajar.Tambahan pula di sekolah pedalaman kemudahan seperti jalanraya,sebagai

contohnya di kawasan pedalaman Kapit,Song dan Belaga(Sarawak),adalah tiada

sambungan jalanraya dari kawasan rumah murid ke sekolah,begitu juga di kawasan

pedalaman Sabah,jika ada jalanraya,itu pun hanya jalan laluan untuk pembalakan.Maka

kerana masalah jarak ini menyebabkan murid malas hendak ke sekolah.Di samping

itu,hubungan murid dengan guru kadang-kala agak tegang,jika ada berlaku masalah

pembelajaran di mana murid ditegur oleh guru,dan ada murid yang tidak suka ditegur

menyebabkan murid lari balik ke kampung.Perkara ini pernah terjadi di sekolah tempat

saya mengajar dahulu,dan menyebabkan murid tersebut tidak mahu meneruskan

persekolahan sehingga kini.Di sini saya andaikan bahawa sikap individu sendiri kadang

kala menjadi penyebab kepada keciciran ini apabila individu itu enggan mengubah

pendirian terhadap potensi kendiri.Ini mungkin pengaruh daripada persekitaran hidup

murid tersebut yang agak tertutup dan pesimis.

3

Page 4: KKP EDU sem 8.docx

b/ Faktor Ekonomi

Di kawasan pedalaman,kegiatan ekonomi masyarakat, jika dahulu adalah

pertanian dan pemburuan.Tetapi kini,mereka lebih banyak bekerja di kem pembalakan

untuk mencari ekonomi yang lebih lumayan.Maka sebab inilah masalah keciciran murid

masih berterusan.Ini kerana murid pasti akan mengikuti ibu bapa yang bekerja di kem

pembalakan lalu menyebabkan murid ini tidak datang ke sekolah.Di tambah pula

kekangan perbelanjaan persekolahan kini semakin meningkat,juga menyebabkan ibu

bapa tidak dapat menyediakan secukupnya perbelanjaan persekolahan untuk anak

mereka seperti tidak dapat membayar yuran buku dan yuran-yuran lain yang dikenakan

oleh pihak sekolah.Oleh kerana ketidakmampuan ini,menyebabkan ibu bapa merasa

rendah diri dan malu hendak menghantar anak mereka ke sekolah.

c/ Faktor Budaya

Kebanyakan masyarakat di desa masih kuat berpegang kepada budaya hidup

yang diamalkan sejak berzaman.Sebagai contohnya,budaya hidup mereka yang tidak

mahu menerima perubahan apalagi jika ia berkaitan dengan kemajuan.Oleh kerana ini

ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak untuk belajar jika anak mereka tidak mahu ke

sekolah.Mereka tidak memberi motivasi kepada anak mereka,malah mereka lebih suka

membawa anak mereka ke huma ,berburu,atau pun bekerja di kem pembalakan kerana

bagi mereka mencari wang adalah lebih baik belajar.Mungkin kerana faktor kemiskinan

telah mengajar mereka menanamkan budaya sebegini dalam diri mereka.

Masalah keciciran ini telah mencetuskan kesan dan impak yang amat besar

kepada guru khususnya serta arena pendidikan amnya.Isu ini bakal mewujudkan

pelbagai letusan paradigma yang berkaitan dengan pendidikan,antaranya ialah:

4

Page 5: KKP EDU sem 8.docx

ii/ Kesan kepada diri sebagai guru dan organisasi.

1.Guru menghadapi masalah kesukaran melaksanakan tugas mengajar.

Apabila terdapat murid yang seringkali ponteng kelas,guru tidak dapat

mengajar murid mengikut silibus yang ditetapkan oleh kementerian kerana guru

terpaksa selalu mengulang pelajaran untuk membantu murid yang tertinggal kerana

selalu tidak datang ke sekolah.Jika ada murid dalam kelas yang masih tertinggal tahap

pembelajarannya dari murid lain,guru juga terpaksa menyediakan aktiviti pemulihan

untuk murid lembap.Jika murid tersebut masih tidak menguasai 3M,guru juga terpaksa

menyediakan aktiviti intervensi untuk murid tersebut.Jika fenomena ini berlaku,objektif

pelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.Situasi ini akan memberi impak kepada mutu

pengajaran dan pembelajaran dan menjejaskan pencapaian dalam peperiksaan.

2.Guru kekurangan masa untuk diri dan keluarga.

Seorang guru juga adalah manusia.Mereka juga ada keluarga dan hal peribadi

yang perlu diuruskan.Jika masa guru terlalu banyak diperuntukkan untuk menangani

masalah pembelajaran murid,nanti timbul pula masalah guru stress dan mungkin terjadi

masalah guru memukul murid apabila keadaan tidak dapat dikawal.Hal ini memberi

kesan yang tidak baik terhadap profesion keguruan serta nama kementerian

pendidikan juga akan terjejas jika guru melakukan hal sedemikian.Kenapa perkara

seperti ini boleh terjadi,pernahkan kita terfikir untuk merungkai misteri disebalik kes-kes

guru yang semakin menjadi-jadi dewasa ini?Oleh itu sebagai guru harus bijak

membahagi masa antara kerja dan kehidupan peribadi kita.Guru harus sentiasa

bersedia berhadapan dengan apa jua situasi yang melibatkan kerenah murid dan

sentiasa tidak ketandusan strategi untuk menangani cabaran –cabaran yang

diwujudkan oleh murid.

5

Page 6: KKP EDU sem 8.docx

3.Guru bertambah kreatif dan inovatif

Murid yang tercicir ada masanya datang juga ke sekolah,ini yang akan

menimbulkan masalah wujudnya jurang pembelajaran antara murid.Keadaan ini secara

tidak langsung akan membuatkan guru menjadi lebih kreatif dan inovati.Ini kerana guru

akan memikirkan cara untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

kumpulan murid cerdas dan lembap.Apabila guru menghadapi masalah seperti ini,akan

menjadikan guru lebih peka dengan menyediakan alat bantu mengajar yang lebih

kreatif seperti penggunaan carta,kit permainan,boneka,muzik dan sebagainya untuk

meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran secara maksimum.Di samping itu juga

guru akan mencari kaedah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk

mengatasi kelemahan murid,semata-mata untuk meningkat prestasi pemahaman murid

terhadap isi kandungan pelajaran.

4.Kesan kepada organsasi/Sekolah

Sekolah adalah tempat untuk belajar bagi murid dan mengajar bagi guru.Jika

kadar keciciran murid semakin bertambah,ia bukan hanya mendatang kesan yang

negatif kepada peratus kehadiran murid sahaja tetapi juga kesannya kepada prestasi

sekolah.Contohnya,sekolah tidak dapat mencapai Gred Purata Sekolah(GPS) yang

cemerlang kerana kualiti murid gagal ditonjolkan melalui pencapaian kurikulum dan juga

kokurikulum.Jika budaya keciciran ini menjadi satu wabak,nescaya sebuah organisasi

akan hancur kerana masalah ini melibatkan prestasi murid.Jika murid ini tidak mengikuti

pelajaran dengan konsisten dan proaktif,bagaimana mereka dapat menguasai isi

pelajaran?Oleh itu kehadiran ke seklolah amat penting untuk memastikan murid tidak

ketinggalan dalam pelajaran.

6

Page 7: KKP EDU sem 8.docx

5. PPD/JPN/KPM

Masalah keciciran murid juga merupakan masalah kepada PPD.JPN dan juga

KPM.Ini kerana apabila masalah murid keciciran masih berterusan,ia akan

mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya dan Negara

amnya.Generasi muda adalah pelapis serta penyambung warisan Negara.Sekiranya

generasi muda buta huruf,bagaimana mereka mampu bersaing di di persada dunia

menangani era globalisasi.Bagaimana mereka mampu bersuara mendepani konflik

serta isu-isu serantau.Bagaimana mereka dapat menunjukkan identiti Negara di mata

dunia dalam aspek ekonomi,politik dan sosial.Jika pewaris Negara tidak dapat

meneruskan agenda golongan tua untuk terus memantapkan kestabilan Negara,apa

akan jadi dengan nasib Negara kita Malaysia,mungkin satu ketika nanti hanya tinggal

nama….???

Ekoran kebimbangan ini,KPM telah merangka dasar-dasar pendidikan yang

sentiasa berterusan dan terkini,sebagai contohnya,PPIP(Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan).Bertunjangkan 5 teras utama dalam PIPP iaitu akses.ekuiti,kualiti dan

kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan,KPM mengerah JPN dan PPD

menyebarkan dasar yang menekankan perkembangan individu secara menyeluruh bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan

intelek.Berlandaskan teras ini,maka KPM,JPN serta PPD telah berganding bahu untuk

menyalurkan dasar-dasar pendidikan secara intensif dan proaktif ke peringkat sekolah.

Kesan dan impak masalah keciciran murid di kawasan pedalaman ini nampak

seperti masalah kecil tetapi jika kita selidiki melalui data-data yang dipercayai,masalah

ini seperti luka kecil tetapi jika tidak diatasi dari awal pasti akan menjadi satu jangkitan

yang sukar diubati.Maka sebab itulah pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai

peringkat untuk mengatasi isu ini.

7

Page 8: KKP EDU sem 8.docx

iii/ Langkah-langkah yang telah diambil oleh:

1/ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kementerian menjalankan kajian-kajian berkaitan dengan masalah keciciran

murid dalam sistem seperti satu kajian terbaru iairu ,Reaching the Unreached

Children’s Student Tracking System yang bertujuan untuk menyediakan data murid

tercicir daripada sistem pendidikan, bagi murid, warganegara, bukan warganegara dan

stateless.Dengan maklumat yang diperolehi melalui data sistem on line ini kementerian

dapat mengesan masalah ini cepat dan menyalurkan cara untuk mengatasi masalah ini

dengan lebih pantas.

Kementerian juga sentiasa berusaha mencari kaedah untuk mengatasi masalah

keciciran murid dalam pembelajaran,dengan pelaksanaan sistem Pengurusan dan

Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dalam menguasai

kemahiran 4M -- membaca, menulis, mengira dan menaakul. (BANGI, 8 Julai

(Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) Seterusnya

kementerian juga memperkasakan peranan kaunselor di sekolah khususnya program

motivasi untuk murid-murid dalam kumpulan risiko tinggi keciciran.Peranan kaunselor

ini dipergiatkan penggunaannya ke sekolah-sekolah,sebagai buktinya,peruntukan di

bawah Bimbingan dan Kaunseling telah diberi untuk melancarkan program ini.Di

samping itu kementerian juga merangka satu perlembagaan dengan menguatkuasakan

pendidikan wajib peringkat sekolah rendah yang mula dilaksanakan sejak tahun

2003.Ini bertujuan agar ibu bapa sedar bahawa kerajaan amat prihatin serta serius

terhadap isu pendidikan kepada semua.

8

Page 9: KKP EDU sem 8.docx

Kementerian juga memperkenalkan pelbagai bentuk insentif dan bantuan

pendidikan kepada murid. Pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 khususnya berkaitan

pemansuhan semua bayaran tambahan di sekolah dan pemberian wang awal

persekolahan kepada semua murid merupakan salah satu langkah mengatasi

keciciran.Bantuan Kewangan Pelajar Miskin (KWAPM) serta bantuan e- kasih juga

diberikan kepada murid untuk membantu mengurangkan masalah kewangan isi

rumah,agar pendidikan anak-anak dapat diteruskan.Program Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) dan Program susu sekolah (PSS) juga diberi kepada murid untuk

mengatasi masalah bekalan makanan ke sekolah.Pelbagai usaha juga telah dilakukan

untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur asas kepada murid khususnya yang

tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan pulau-pulau kecil seperti penyediaan

asrama dan juga pengangkutan untuk ke sekolah,semata-mata untuk membantu

keluarga yang berada dalam masalah kemiskinan tegar seterusnya memujuk murid

untuk ke sekolah.

Kerajaan di bawah kementerian pendidikan juga amat mengambil berat tentang

peluang mengikuti pendidikan alternatif bagi murid-murid yang tidak berpeluang

mengikuti pendidikan formal di negara ini terutamanya bagi kanak-kanak dan juga ibu

bapa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap, contohnya, ibu

bapa di kawasan pedalaman Sabah,Sarawak serta kaum orang asli di Semenanjung

Malaysia,di mana perkara ini juga merupakan faktor yang serius kepada isu keciciran

murid di kawasan pedalaman.Tidak setakat itu sahaja,KPM juga akan menubuhkan

Pusat Bimbingan Jalinan Qaseh bagi memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak

gelandangan atau terbiar yang tidak dapat mengikuti pendidikan kerana faktor

kemiskinan,persekitaran dan kehidupan sosial yang tidak sihat serta tidak

memberansangkan.Penubuhan pusat bimbingan ini diharap dapat memberikan

pendidikan asas kepada kanak-kanak tersebut agar mereka dapat berdikari dan tidak

akan menjadi liabiliti kepada masyarakat setempat serta Negara di masa hadapan.

9

Page 10: KKP EDU sem 8.docx

Dasar KPM turut diperbanyakkan melalui program –program pendidikan yang

dapat menarik minat murid untuk ke sekolah,misalnya,usaha kementerian

memperkenalkan program i-Think di mana KPM telah bekerjasama dengan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) untuk menbudayakan kemahiran berfikiran melalui program i-

Think sebagai kaedah membantu murid mengatasi kelemahan berfikir dan

menambahkan motivasi murid untuk belajar.

Masalah keciciran turut memberi impak kepada PdP di dalam kelas,Maka

untuk mengatasi masalah untuk membantu guru mengurangkan beban melaksanakan

pemulihan dalam kelas,program LINUS telah diperkenalkan untuk mengantikan

KIA2m.Rasional program LINUS adalah untuk melaksanakan pendekatan bersepadu

untuk menangani masalah literasi dan numerasi agar dapat dikesan awal serta dapat

dipulihkan seawal tahap 1.

2/Jabatan Pendidikan Negeri(JPN)

JPN pula berfungsi sebagai saluran KPM menyebarkan dasar-dasar KPM

untuk negeri-negeri kerana KPM tidak dapat secara langsung menyempaikan maklumat

kepada setiap negeri dan sekolah memandangkan terlalu banyak kawasan di seluruh

Malaysia.Setiap JPN mempunyai beberapa sektor pengurusan sekolah untuk

memudahkan saluran penyampaian maklumat dari KPM.

Sebagai contoh untuk mengelakkan keciciran murid,JPN melalui sektor

pengurusan sekolah memegang peranan untuk mengatur penempatan guru.Tugas

JPN,harus menghantar guru terlatih ke kawasan yang memerlukan khidmat guru

tersebut.Misalnya,guru-guru yang berasal dari kawasan pedalaman harus ditempatkan

di kawasan asal individu untuk mengelakkan ketidakserasian guru dengan persekitaran

dan budaya masyarakat setempat.Di sinilah fungsi JPN untuk mengkaji latar belakang

profil guru untuk menentukan penempatan yang sesuai untuk mengelakkan dan

mengurangkan masalah minta pertukaran,masalah tidak sesuai dengan budaya

setempat dan sebagainya.

10

Page 11: KKP EDU sem 8.docx

JPN,melalui sektor pengurusan unit prasekolah juga telah

melaksanakan ,memantau program dan aktiviti yang berkaitan dengan prasekolah.Ini

bertujuan agar masalah keciciran murid dapat diatasi dari akat umbi lagi.Sebagai

contohnya,unit prasekolah bukan hanya sebagai penyalur dasar KPM tetapi juga

sebagai perancang segala aktiviti prasekolah dari aspek PdP dan pembangunan

infrastruktur serta pembangunan modal insan tetapi juga sebagai pemantau untuk

memastikan pendidikan awal ini mendapat sambutan masyarakat terutama di kawasan

pedalaman.Jika program prasekolah berjaya menarik perhatian masyarakat pedalaman

dengan dasar-dasar yang mesra pelanggan,secara tidak langsung mereka akan

berminat menghantar anak-anak ke sekolah dan isu keciciran dapat dibasmi.

3/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Cadangan memperkasakan lebih 150 buah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilihat bergerak dan menuju ke arah tersebut.Langkah

ini dianggap sebagai sebahagian daripada usaha penting bagi memperkemas dan

meningkatkan mutu perkhidmatan. Tambah beliau PPD juga perlu diperkukuh dari

sudut organisasi, bidang kuasa serta prasarana bagi membolehkan institusi itu menjadi

punca kepada pusat perkembangan ilmu dan pemantauan terhadap pencapaian

pendidikan peringkat daerah di seluruh negara.

Sesungguhnya peranan PPD sangat penting kerana organisasi itu berada

pada kedudukan yang paling hampir dengan sekolah..Sesuatu masalah yang berlaku

dalam pendidikan akan diketahui awal oleh PPD.Ini kerana PPD adalah saluran

pertama dari kutipan data dari sekolah.Misalnya ketidakhadiran murid akan dilaporkan

kepada PPD melalui Dasboard kehadiran setiap hari.Maka masalah keciciran akan

diketahui dengan cepat dan tindakan juga boleh diambil dengan pantas.

11

Page 12: KKP EDU sem 8.docx

Dengan bilangan sekolah melebihi 10,000 buah adalah sukar untuk

memastikan semua maklumat daripada pusat dapat sampai ke sekolah dengan lengkap

dan sempurna. Demikian juga data maklumat sekolah tidak dapat dipantau dan dinilai

sepenuhnya oleh pihak pusat kerana bilangannya terlalu banyak. Mungkin berlaku

situasi terlepas pandang tentang kekurangan di sekolah terutama yang terletak di luar

bandar atau kawasan jauh di pedalaman. Maka di sinilah peranan penting yang boleh

dimainkan oleh PPD bagi mengatasi kekurangan tersebut.Sebagai contohnya,masalah

kekurangan guru di sekolah-sekolah pedalaman yang serius tidak dapat dikesan awal

ini telah menyumbang kepada isu keciciran murid di kawasan pedalaman.Jika

maklumat ini diketahui awal oleh KPM,maka masalah ini pasti akan diberi perhatian

segera.

4/ Sekolah

Pihak sekolah merupakan agen perubahan yang paling dekat dengan

fenomena pendidikan,kerana sekolah adalah tempat murid ini belajar.Melalui sekolah

juga data keciciran dapat dikutip.Oleh itu,peranan sekolah amat penting untuk

membasmi isu keciciran ini.Di samping menyediakan suasana gaya pembelajaran yang

menyeronokan dan berkesan,pihak sekolah juga boleh merancang aktiviti untuk

memberi sesi bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa khususnya berkaitan

kesedaran akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak.Ibu bapa di kawasan perlu

diberi kaunseling tentang kepentinga pendidikan kerana kebanyakan mereka masih

tidak memahami kepentingan pendiidikan kepada anak-anak.Oleh kerana persepsi ini

masih tebal dalam sanubari mereka,maka masalah keciciran masih lagi

berterusan.Sikap dan tanggapan sebeginilah yang perlu dikikis dan inilah peranan pihak

sekolah.

Sekolah akan menerima kanak-kanak sejak prasekolah lagi untuk

melaksanakan dasar pendidikan KPM.Maka kecemerlangan sekolah adalah berkait

rapat dengan kepimpinan guru besar sebagai ketua dan guru-guru sebagai tenaga

pengajar.

12

Page 13: KKP EDU sem 8.docx

Guru besar yang proaktif dapat mentadbir organisasi dengan sistematik dan dapat

melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh PPD,JPN dan KPM dengan

jayanya.

Guru besar yang dapat membuatkan guru-gurunya menjalankan tugas dengan

ikhlas,jujur dan amanah dapat meningkatkan prestasi sekolah dan secara tidak

langsung masalah keciciran dapat dibanteras.Guru besar perlu melakukan pemantauan

semasa sesi PdP untuk memastikan guru menjalakan PdP dengan berkesan.

Guru-guru yang dihantar oleh JPN ke PPD perlu ditempatkan di kawasan

yang sesuai dengan latarbelakang tempat asal mereka.Ini mengelakkan guru kurang

bermotivasi untuk mengajar kerana faktor tiada keserasian.Guru yang mengajar di

kawasan sendiri akan mempunyai motivasi untuk memajukan anak bangsa sendiri

kerana mereka tidak mahu melihat anak bangsa mereka tertinggal dari arus

kemajuan.Mereka akan berusaha memujuk dan membuang persepsi negatif

masyarakat mereka kerana melalui pengalaman,masyarakat setempat hanya percaya

kepada anak jati sendiri.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga harus

membantu menangani masalah keciciran ini kerana PIBG boleh mengadakan kempen

untuk membuka minda masyarakat pedalaman agar menerima kemajuan.PIBG juga

boleh membantu sekolah dari segi pengumpulan dana sekolah untuk membantu

sekolah dari aspek kewangan.

Pelbagai peringkat telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi isu

keciciran murid di kawasan pedalaman,dan sampai masanya kita mencari strategi untuk

menangani isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru-guru dalam konteks

Malaysia.

13

Page 14: KKP EDU sem 8.docx

Strategi untuk mengatasi masalah keciciran di kalangan murid di kawasan

pedalaman.

1/Budaya sekolah

Sekolah yang mengamalkan budaya penyayang melalui pelaksanaan Program

Guru Penyayang, akan dapat menarik hati murid untuk ke sekolah.Ini kerana

membudayakan konsep penyayang dan mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah

tanpa takut dan ragu,guru dan semua warga sekolah seharusnya berupaya menjadi

contoh dan tauladan yang baik,pendorong yang berkesan,pembimbing yang bertimbang

rasa pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-

murid.Situasi ini dapat mengelakkan murid takut untuk ke sekolah,seterusnya

mengurangkan keciciran.

Sistem sekolah yang mesra pelanggan,sentiasa menunjukkan keperihatian

kepada setiap masalah masyarakat setempat,akan mendorong masyarakat untuk

memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam apa-apa sahaja aktiviti yang pihak

sekolah adakan.

Iklim sekolah yang selamat seperti kawalan disiplin yang sistematik,keperluan

prasarana yang baik seperti kemudahan asrama yang selamat,bilik kelas yang

konduksif dan sentiasa diselenggara untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

memberansangkan dan menyeronokkan,akan membantu mewujudkan persepsi positif

dalam naluri murid untuk berminat datang ke sekolah kerana apabila mereka melihat

dan merasa sesuatu perkara yang menyenangkan mereka,pasti mereka terdorong

untuk berada di tempat tersebut.Menurut kajian, murid-murid lebih mudah menerima

pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid &

Boon Pong Ying )

14

Page 15: KKP EDU sem 8.docx

2/Guru

Selepas ibu bapa,guru adalah insan yang kedua rapat dengan murid.Oleh itu

guru perlu menjadi ‘role model dalam membudayakan sikap kasih sayang demi

memastikan murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah rumah

keduanya,juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang,selain

sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran,tingkah laku,keluhuran

hati budi dan pertumbuhan fizikal.

Dalam Pdp,guru perlu kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem

penyampaian PdP menjadi efektif,menarik dan menyeronokan.Guru harus merancang

pendekatan yang paling sesuai dengan gaya dan tahap pembelajaran murid agar murid

dapat menerima pelajaran dengan berkesan dan apabila situasi ini sentiasa diamalkan

oleh guru,murid akan seronok dan bersedia untuk belajar.Guru perlu mengenal pasti

setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting

supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran

dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah

menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu

faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya

sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran

sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan

mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan

murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya

dan berkesan. Kebijaksanaan guru merancang,mentadbir,memikat dan seterusnya

membimbing murid,akan menjadikan murid bermotivasi untuk belajar kerana mereka

merasa diri mereka dihargai.

15

Page 16: KKP EDU sem 8.docx

Kedua-dua strategi ini adalah satu cara untuk mengatasi masalah keciciran di

kalangan murid pedalaman.Ini kerana hanya sistem sekolah yang mengamalkan

budaya dan mesra pelanggan seperti menyediakan kemudahan asrama,makanan

tambahan,senang untuk berurusan dengan pentadbiran seperti memohon bantuan

kewangan murid daripada Kementerian serta kesediaan guru sebagai pembimbing dan

pelaksana dasar yang kreatif dan inovatif akan dapat mengurangkan kadar keciciran

murid di kawasan pedalaman.Ini kerana masyarakat di kawasan pedalaman,kekangan

kemajuan mereka adalah kerana masalah hidup yang mundur.Oleh itu jika

kementerian,dibantu oleh JPN serta PPD,semuanya turun padang memberi sokongan

padu kepada sekolah dan guru-guru di kawasan pedalaman,isu keciciran pasti akan

padam di kawasan pedalaman suatu masa nanti.

Penutup

Isu keciciran di kawasan pedalaman ini menjadi cabaran semasa kepada dunia

pendidikan,memandangkan isu ini boleh menjadi masalah kepada Negara jika tidak

dibanteras secara bijaksana.Ini kerana jika satu masyarakat itu terdiri daripada

golongan yang cetek ilmu dan kemahiran,bagaimana Negara dapat dipertahankan

untuk terus maju.Memandangkan isu keciciran adalah berfokus kepada mendidik

manusia,maka adalah perlu pelbagai peringkat seperti KPM,JPN,PPD,sekolah,guru

serta ibu bapa berganding bahu untuk menangani masalah keciciran ini.Demi Negara

yang harus dipelihara kemakmuran serta kemajuannya,isu keciciran dalam pendidikan

harus diselesaikan.Kesimpulannya,sebagai pendidik,inilah cabaran semasa yang harus

kita terima dan perlu kita fikirkan cara untuk mengatasinya,kerana sebagai guru kita

harus menunjukkan kredibiliti dan akauntabiliti kita sebagai agen perubahan kepada

komuniti tempat kita berkhidmat.

16

Page 17: KKP EDU sem 8.docx

Refleksi

Pertamanya saya mengucapkan syukur kepada Tuhan,kerana berkat dan

izinNya saya telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek  ( PPK ) Guru Dan Cabaran

Semasa  (EDU 3093 ) dengan jayanya.Saya juga mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang tidak pernah putus asa

memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semasa proses melaksanakan

tugasan ini sehingga tugasan ini dapat dihasilkan pada masa dan waktu yang telah

ditetapkan . Tugasan KKP ini merupakan tugasan individu bagi semester 8 di IPG IPG

K RAJANG/PPG  2015. 

Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru

dan Cabaran Semasa serta situasi dan juga teori yang berkaitan dalam menjalani

kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini

merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran terkini

yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya bersiap sedia berhadapan dan

menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang.Pada amatan saya,

melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini mendorong saya memahami

berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai

seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari sepanjang semester ini. Antara

isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,pendemokrasian pendidikan,

kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan,

kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

serta sosial.

Page 18: KKP EDU sem 8.docx

Pada pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang memimpin,

pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai

hasrat membina negara bangsa yang berjaya.Melalui pengajian ini juga, saya

menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan

kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan.

Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya

bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan generasi muda sekarang

adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah

merupakan tanggungjawab untuk memastikan anak muda tidak hanyut dengan

kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak

salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara yang tidak bermanfaat

kepada mereka

                Sepanjang mengikuti pelajaran bertajuk Guru Dan Cabaran Semasa ini

banyak cabaran dan dugaan yang telah saya tempuhi dan banyak kekuatan tetapi ada

juga kelemahan yang saya hadapii semasa melaksanakan tugasan ini.

     Ada beberapa cara yang telah saya gunakan dalam memahami kehendak

soalan  antaranya ialah saya mencari maklumat melalui internet dimana banyak bahan

yang boleh digunakan sebagai rujukan , selain daripada itu saya juga mencari bahan

melalui pembacaan buku yang dipinjam dari perpustakaan daerah dan sekolah antara

tajuknya ialah ( Guru dan Cabaran Semasa) . Saya juga berbincang dengan rakan yang

berdekatan dengan rumah dimasa lapang   ,mencari jurnal yang berkaitan , mencari

dalam majalah terutama sekali majalah berunsur pendidikan.Semua maklumat yang

saya dapat kutip saya kumpul,proses dan gabungjalinkan menjadi satu hasil kajian.

Tugasan kali ini,saya memilih isu keciciran murid di kawasan

pedalaman.Dalam kajian ini saya memperolehi banyak pengetahuan tentang punca-

punca keciciran,kesan isu ini kepada guru dan organisasinya di mana saya menyedari

bahawa menjadi guru perlukan semangat,kreativiti dan inovasi untuk menangkis

kemelut isu sebegini.

Page 19: KKP EDU sem 8.docx

Berdasarkan soalan tugasan,aspek langkah –langkah mengatasi isu ini juga

perlu dikupas.Melalui kupasan ini,banyak info yang saya ketahui tentang langkah-

langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap isu keciciran

ini.Saya juga berpeluang mengetahui peranan Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat

Pendidikan Daerah dalam usaha berganding bahu menangani isu keciciran ini.

Di akhir tugasan,saya perlu memikirkan cadangan strategi yang sesuai untuk

mengatasi isu ini.Dalam kajian tugasan,saya memfokuskan dua strategi utama iaitu

sekolah dan guru sebagai aspek utama strategi saya memandangkan kedua-dua

komponen ini adalah yang terdekat dengan murid.Seiringan dengan penemuan ini,saya

mendapat pengalaman bagaimana menangani masalah ini serta boleh saya jadikan

sebagai garis panduan dalam titian sebagai pendidik.

Di samping menemui kekuatan dalam pelaksanaan tugasan,terselit juga

kelemahan yang hadapi sepanjang pelaksanaan tugasan,antaranya ialah soalan

tugasan yang diberikan amat mencabar pemikiran dan kemampuan saya. Masalah ini

dapat diatasi dengan bertanya kepada  pensyarah  bimbingan  berkenaan  iaitu Puan

Alice. Terimakasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada beliau kerana bimbingan

dan penerangan yang jelas serta tunjuk ajar telah diberikan Terimakasih juga

diucapkan  kerana telah memberitahu maklumat yang tepat bagi tugasan

Semasa menjalankan tugasan,ada juga kesukaran yang saya hadapi

iaitu,mencari maklumat tentang kesan isu ini kepada diri guru serta organisasinya.Puas

saya mencari dalam internet,kebanyakannya tidak menjurus terus kepada kehendak

soalan.Saya perlu memilih maklumat dan kemudiannya menyusun mengikut

kesesuaian kehendak soalan.

Kesukaran seterusnya saya dapati daripada kekangan masa yang saya

hadapi.Walaupun masa yang diberikan untuk menyempurnakan tugasan memang

mencukupi,tetapi dalam masa tersebut,saya juga perlu menyiapkan potfolio BIG dan

Internship,serta tugasan kerja khusus,MTE 3123,Sce 3143 serta Kajian Tindakan.Saya

buntu untuk membahagikan masa untuk membuat tugasan,ditambah lagi dengan tugas

saya di sekolah.

Page 20: KKP EDU sem 8.docx

Untuk penambahbaikan tugasan,selepas melakukan refleksi ,saya

mendapati,lebih elok jika saya membuat pelan tindakan untuk diri saya,mengatur

semua jadual tugasan saya,agar tidak berlaku pelaksanaan kerja yang tidak

sistematik.Di sini saya belajar cara merancang jadual kerja yang sistematik dan

berkualiti.

Kesimpulannya,banyak ilmu yang saya perolehi sebelum,semasa dan

selepas melaksanakan tugasan ini,di mana pengetahuan ini amat berguna untuk

dijadikan garis panduan dan pedoman saya menjadi pendidik.Saya amat bersyukur

kerana berpeluang mempelajari topik ini kerana ianya banyak memberi ilmu

pengetahuan dan kemahiran kepada saya,yang boleh saya gunakan untuk

meningkatkan mutu kerja saya.