kkp hafazan
Post on 14-Apr-2018
234 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/27/2019 kkp hafazan
1/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
1
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran, saya panjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dangan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus
pendek ini dalam jangka waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat kerana dengan
jerih payah baginda dapat lagi kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat
iman dan Islam.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Dr
Saidi bin Mohamad kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada
saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Dengan bimbingan dan sokongan
daripada beliau, akhirnya saya dapat juga menyiapkan Kerja Kursus ini.
Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-
pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail kerana
banyak membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga
kepada sahabat-sahabat seperjuangan,yang dapat memberikan kerjasama,
berkongsi idea, maklumat yang diperoleh dan memberi kritikan yang membina
kepada sayaagar kerja kursus ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Semoga dengan lengkapnya kerja kursus ini, dapatlah memberi sedikit
sebanyak ilmu dan pengajaran kepada kami semua. Sekian, wasalam
7/27/2019 kkp hafazan
2/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
2
Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing
manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap
dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga
merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya
dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek
kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia
dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada
sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.
Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun
dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-
Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu
bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran.
Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya
yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki
menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.
7/27/2019 kkp hafazan
3/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
3
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja,
malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain
yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa
Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru,
orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran
daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu
supaya tidak lupa dan tidak hilang.
Pada umumnya semua orang Islam telah pun mengenali Al-Quran iaitu
kitab suci bagi orang Islam. Kitab petunjuk dan kitab panduan bagi seluruh
manusia amnya dan orang Islam khasnya. Sejak kecil lagi anak-anak orang
Islam diajar mengenal huruf-huruf Al-Quran dan menyebutnya, dan akhirnya
boleh membaca ayat-ayat Al-Quran dengan baik.
Kemudian mereka diajar menghafaz ayat-ayat Al-Quran untuk amalan
dan wirid-wirid tertentu.Yang pastinya orang Islam membaca Al-Quran setiap
hari, iaitu di dalam solat atupun selepas solat. Menurut Falsafah Pendidikan
Islam, anak-anak yang diajarkan Al-Quran pada masa kecilnya, memberi kesan
yang mendalam dari segi akidah dan pembentukan akhlaknya.
7/27/2019 kkp hafazan
4/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
4
Bagi orang yang arif, ahli Fiqah contohnya, mereka mengeluarkan hukum
berdasarkan Al-Quran. Ahli pendidikan mencari panduan pendidikan,kaedah dan
pengajaran daripada Al-Quran.Ahli falsafah pula mengambil Al-Quran sebagai
asas untuk mengenal dan mentauhidkan pencipta alam. Ahli Tasawuf mengambil
dalil untuk beramal demi mendekatkan diri kepada Allah. Ahli Sains Tabii dan
Falak menjadikan Al-Quran sebagai asas mencari dan mengaplikasikan
sunnatullah yang ada di dalam alam ini.
Orang yang membaca Al-Quran, mengahafal, memahamai isinya serta
beramal pula dengan ajarannya adalah orang yang mendapat petunjuk Al-Quran
dan nur Al-Quran terpancar pada dirinya. Sesungguhnya sesuatu yang paling
baik dihafal oleh umat Islam adalah Al Quran. Ini kerana Al Quran merupakan
kitab yang suci yang syumul sifatnya yang ditanzilkan oleh Allah s.a.w yang
sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia.
Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan dan
pedoman hidup umat Islam yang merupakan sumber dari segala hukum. Al-
Quran juga merupakan satu kitab yang mana umat Islam sering membacanya
berulang-ulang.
7/27/2019 kkp hafazan
5/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
5
1.0. IKHLASKAN NIAT
1.1. PENGERTIAN NIAT
Secara bahasa, niat bermaksud al-qashdu (keinginan atau tujuan), manakala
dari sudut istilah, yang dijelaskan oleh ulama Malikiah, adalah keinginan
seseorang dalam hatinya untuk melakukan sesuatu.
Niat dari sudut menurut istilah syara pula adalah keinginan hati untuk
menjalankan ibadah baik yang wajib atau yang sunnah. dan keinginan akan
sesuatu seketika itu atau untuk waktu yang akan datang juga disebut niat.
Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak
diketahui daripada Nabi SAW tidak juga dari para sahabah dan
para tabiin yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan
salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa,
mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat
sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti
mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau
besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang
Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan
dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat
al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang
insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak
7/27/2019 kkp hafazan
6/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
6
ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir.
Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali:
Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang
menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau
(disebabkan) was-was
1.2. PENGERTIAN IKHLAS
Dari sudut bahasa, ikhlas bermaksud bersih dan suci.
Manakala, dari sudut istilah pula, ikhlas di ertikan sebagai niat yang tulus
kepada Allah SWT dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.
Ikhlas dalam kebaikan merupakan suatu tuntutan. Namun, ia adalah
perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan kerana ia wujud bukan dari
percakapan atau perbualan tetapi dari dalam hati sanubari yang diterjemah
dalam amalan sehari-hari. Ikhlas merupakan barisan dari barisan amalan hati
bahkan ia berada pada titik permulaan disebabkan ia penentu ganjaran bagi
setiap perbuatan.
Niat yang ikhlas memainkan peranan yang penting dalam amalan. Oleh
sebab itu, Allah memberi pilihan bagi manusia untuk menentukan arah niat yang
mereka hajati tetapi ia bakal diadili nanti. Firman Allah SWT:
7/27/2019 kkp hafazan
7/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
7
Maksudnya: Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang
menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari
balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat,
kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu.(Ali-Imran:145)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
Setiap amal disertai dengan niat. Setiap amal seseorang
bergantung dengan apa yang diniatkannya(HR Bukhari)
Melalui dua sumber utama umat Islam ini menjelaskan peranan niat yang
ikhlas dan kaitannya dalam setiap tingkah laku kita. Justeru, keikhlasan amat
dituntut bagi memastikan amalan yang dikerjakan lebih sempurna dan mendapat
ganjaran dari-Nya kerana jika amalan kita lucut dari keikhlasan maka ia suatu
yang merugikan. Allah berfirman:
7/27/2019 kkp hafazan
8/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
8
Maksudnya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang
mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik),
lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
(surah al-Furqaan : 23)
1.3. HUKUM NIAT DALAM IBADAH
Hukum niat dalam setiap ibadah adalah wajib. Allah SWT telah berfirman di
dalam surah Al-Bayyinah ayat 5 :
7/27/2019 kkp hafazan
9/28
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
PISMP PAI SEMESTER 6
9
Maksudnya: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.." (surah Al-Bayyinah : 5)
Dan makna ikhlas pada ayat diatas ( )