kkp vishva

18
VISHVANATH A/L RAJANDERAN ( SBFS 1103 THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH ) 1.0 PENGENALAN Masalah disiplin di sekolah merupakan perkara yang lazim berlaku, walaupun telah banyak beberapa tindakan yang diambil tetapi ianya tetap berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah disiplin ia agak mustahil. Masalah ini lebih tertumpu kepada beberapa faktor utama dan juga mempunyai sebuah teknik yang dapat mencegah masalah ini secara berkesan.Sebagai seorang pelajar seharusnya mengetahui cara penyelesaian masalah dengan bijak dan juga menyelesaikannya dengan menggunakan kaedah ataupun teknik yang berkesan tanpa membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh orang yang mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang. Joseph Sugarman (English, 2011). Pandangan di atas telah diujarkan oleh Joseph Sugarman ( 2011) yang dimaksudkan bahawa setiap masalah didapati satu penyelesaian yang cukup kukuh untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi secara berkesan.Orang yang dapat mengidentifikasi masalahnya dan memberi ataupun mengaplikasi cara penyelesaian yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut dianggap sebagai seorang yang berjaya.Sejak kebelakangan ini, peningkatan yang mendadak kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Dalam tugasan ini, saya berfokus terhadap masalah disiplin iaitu perbuatan ponteng yang kerap berlaku di sebuah sekolah. Bagaimana masalah ini bermula dan berakhir ? Dengan konsep menggunakan kaedah

Upload: valar-mathi

Post on 04-Sep-2015

350 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

SBFS 1103 THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

VISHVANATH A/L RAJANDERAN ( SBFS 1103 THINKING SKILLS AND PROBLEM SOLVING/KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH )1.0 PENGENALANMasalah disiplin di sekolah merupakan perkara yang lazim berlaku, walaupun telah banyak beberapa tindakan yang diambil tetapi ianya tetap berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah disiplin ia agak mustahil. Masalah ini lebih tertumpu kepada beberapa faktor utama dan juga mempunyai sebuah teknik yang dapat mencegah masalah ini secara berkesan.Sebagai seorang pelajar seharusnya mengetahui cara penyelesaian masalah dengan bijak dan juga menyelesaikannya dengan menggunakan kaedah ataupun teknik yang berkesan tanpa membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh orang yang mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang.Joseph Sugarman (English, 2011).Pandangan di atas telah diujarkan oleh Joseph Sugarman ( 2011) yang dimaksudkan bahawa setiap masalah didapati satu penyelesaian yang cukup kukuh untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi secara berkesan.Orang yang dapat mengidentifikasi masalahnya dan memberi ataupun mengaplikasi cara penyelesaian yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut dianggap sebagai seorang yang berjaya.Sejak kebelakangan ini, peningkatan yang mendadak kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Dalam tugasan ini, saya berfokus terhadap masalah disiplin iaitu perbuatan ponteng yang kerap berlaku di sebuah sekolah. Bagaimana masalah ini bermula dan berakhir ? Dengan konsep menggunakan kaedah root cause analysis (RCA), saya dapat menganalisis lima faktor yang utama dijadikan penyumbang bagi masalah ponteng ini berlaku secara berleluasa.Sehubungan dengan itu, pada pendapat saya dikehendaki memberi cadangan dengan menggunakan pengaplikasian kaedah tiga teknik Stop It untuk mencegah masalah ini secara keseluruhan di negara Malaysia.Justeru, dalam menyelesaikan sesuatu masalah perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti masalah terdahulu kemudian membuat analisi dan cadangan yang bersesuaian.

2.0 Konsep RCA (Root Cause Analysis)Analisis akar umbi atau root cause analysis (RCA) adalah satu kaedah yang popular dan kerap digunakan untuk membantu individu dalam mencari punca ataupun faktor bagi berlakunya sesuatu masalah. Secara asasnya, matlamat utama adalah mencari punca utama sesuatu masalah itu, yang boleh dijalankan dengan penggunaan satu set langkah-langkah khusus bersama dengan peralatan. Dengan mengenal pasti sebab utama masalah, bolehlah menentukan apa yang sebenarnya telah berlaku, mengapa \masalah tersebut berlaku dan juga dapat mencari langkah yang sepatutnya dicadangkan bagi mencegah masalahnya terjadi pada masa yang akan datang. Terdapat tiga jenis punca ataupun sebab yang sering didapati dalam pengaplikasian kaedah root cause analysis(RCA) dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Antaranya berikut: Sebab fizikal - Item yang konkrit atau benar, item kebendaan yang gagal dalam cara tertentu Sebab manusia - Satu perbuatan dilakukan oleh individu dan ia tidak dilaksanakan secara betul oleh seorang individu tersebut. Sebab organisasi -Satu sistem, proses atau polisi sikap lazim digunakan oleg seseorang untuk membuat sesuatu keputusan yang penting.

Rajah 1 : Punca RCA (Root Cause Analysis)RCA telah didapati berkesan dalam penyiasatan pola-pola kesan negatif, mengenal pasti masalah yang tersembunyi dalam sesuatu sistem tertentu dan juga mencadangkan tindakan ataupun cadangan yang tepat khusus yang boleh menyumbang pada sesuatu masalah yang tertimbul. Maka RCA boleh diaplikasi pada semua jenis masalah asalkan seseorang bersemangat dan sanggup menghadapi sesuatu cabaran dalam siasatannya dengan satu pertimbangan baik dan berfikiran logik. Terdapat lima langkah yang utama terlibat dalam proses RCA.Rajah 2 : Langkah-langkah RCA (Root Cause Analysis)2.1 Langkah-langkah RCA

Langkah utama mendefinisi masalah dimaksudkan dengan dalam langkah ini haruslah memerhati apa yang sedang berlaku dan pada masa yang sama mencari tanda-tanda sangsi yang khusus.Seterusnya, langkah kedua pula mengumpul data yang membawa definisi membuktikan bahawa masalah itu wujud atau masalah telah pun timbul bagi satu tempoh masa dan telah menyebabkan satu impak ataupun akibat khusus. CATWOE adalah satu alat yang boleh digunakan pada tahap ini supaya boleh melihat masalah dari pelbagai perspektif

Rajah 3: Alat CATWOE yang digunakan dalam langkah mengumpul Data

Dalam langkah ini, bantuan dari individu-individu yang memahami situasi dan lazimnya dengan masalah yang timbul tersebut akan membantu dalam menanggani masalah dengan lebih baik. Langkah seterusnya identifikasi penyebab iaitu mengecam ataupun mencari urutan sesuatu peristiwa yang menjadi penyebab kepada masalah, keadaan yang membenarkan masalah itu wujud dan masalah- masalah lain yang mengelilingi timbulan masalah utama. Fakta yang paling penting adalah seseorang sepatutnya selalu mencari faktor tertentu. Langkah keempat pula kenalpasti faktor ataupun penyebab utama yang dimaksudkan dengan langkah ini dilaksanakan bagi mendapatkan sebab utama bagi kewujudan faktor penyebab dan kewujudan masalah yang timbul. Langkah akhirnya ialah pengambilan dan pemberian cadangan serta tindakan untuk penyelesaian masalah yang timbul. Pada langkah ini sepatutnya menyediakan idea bagi mencegah masalah daripada berlaku lagi, perancangan dan implimentasi penyelesaian oleh individu dan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud dengan implimentasi penyelesaian terpilih.

3.0 Dengan menggunakan kaedah root cause analysis (RCA), analisis LIMA faktor utama yang telah menyumbang kepada masalah ponteng sekolah.

Menurut Kamus Dewan, istilah ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Ponteng ini dibawa maksud kes ketidakhadiran yang berpunca daripada tanpa sebab iaitu keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang mempunyai sebab seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Berdasarkan langkah pertama dalam RCA (Root Cause Analysis) masalah ponteng didefinisikan berbeza dari segi perspektif sekolah, tetapi lazimnya digambarkan secara jelas dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu hari tersebut. Masalah ini juga didapati melalui beberapa tanda-tanda seperti murid kurang menghadiri ke sekolah, murid tidak berminat dalam pengajaran dan pembelajaran guru, dan mendapati prestasi murid dalam pembelajaran kurang memuaskan dari segi peperiksaan.Selain itu, kehadiran murid agak teruk ke sekolah menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini membuktikan beberapa data yang relevan misalnya, rekod kadatangan murid, prestasi murid berdasarkan kad kemajuan, tingkah laku murid di sekolah. Berlandaskan langkah kedua mengumpul data dikaitkan dengan masalah ponteng guru ataupun ibu bapa boleh mengidentifikasi masalah tersebut melalui kad kemajuan prestasi murid sama ada mereka mencapai markah dan prestasi cemerlang atau lemah dari segi peperiksaan yang dijalankan. Selain itu, ibu bapa boleh mengecam jika anak mereka didapati tidak hadir ke sekolah beberapa hari berturut-turut contohnya seminggu ataupun sebulan, maka itulah ponteng berlaku dalam kalangan murid.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008) dalam buku Siri Pendidikan Guru-Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, punca berlakunya ponteng dari segi diri murid adalah kerana perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak berlaku pada kadar yang berbeza. Setiap murid mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza, ada murid yang lemah dan ada yang bijak. Jika murid tersebut dapati ponteng sekolah, murid tersebut mempunyai masalah tingkah laku dari segi kognitif contohnya, melepak, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berguna, kecicran sekolah, dan mempunyai peluang untuk melibatkan diri sendiri dalam aktiviti berjenayah. Kesemua ini telah mencemarkan masa depan murid dan membawa akibat buruk terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pelajar ponteng. Dalam konsep RCA langkah ketiga pula identifikasi faktor secara jelasnya punca berlakunya masalah ponteng dalam kalangan murid. Faktor yang pertama adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Terdapat dalam kalangan pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurangnya minat untuk bersekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar dari rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap tetapi tidak ke sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di pusat snuker atau pusat permainan video untuk berseronok-seronok dan melepak dengan rakan sebaya yang lain. Model Humanistik diperkenalkan oleh Abraham Maslow dan Carl Rogers menekankan lima keperluan tingkah laku yang mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia.Keperluan fisiologi merupakan aspek yang penting perlu dipenuhi dalam proses P&P.Sekiranya keperluan fisiologi tidak dipenuhi pelbagai masalah tingkah laku akan muncul.

Seterusnya, faktor suasana dan persekitaran sekolah juga mungkin menjadi penyebab kepada masalah pelajar ponteng. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang kondusif seperti adanya kemudahan dan prasarana yang mencukupi, suasana pengajaran guru yang positif serta peraturan sekolah dan pelaksanaan disiplin yang efektif dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mencapai kecemerlangan akademik. Guru juga berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas utnuk melicinkan pembelajaran yang berkesan.

Faktor pengaruh rakan sebaya juga turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional dan terus mengikut ajakan kawan untuk ponteng sekolah.Sehubungan dengan itu, pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan mereka sanggup mengabaikan pelajaran demi persahabatan.Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan kehidupan bebas remaja mudah mempengaruhi pemikiran golongan muda generasi kini. Selain itu, siaran pelbagai program menarik melalui televisyen selama 24 jam , mendorong pelajar berjaga sehingga larut malam dan lemas dengam alam maya teknologi. Internet juga seolah-olah sudah menjadi satu ketagihan para pelajar pada masa kini kerana pelbagai maklumat dan aktiviti yang dapat mereka lakukan di dunia maya.Contohnya, watsapp, Viber, Line, We Chat dan juga tidak lupanya facebook merupakan anak kesayangan teknologi yang mencuri hati orang ramai terutama murid sekolah sehingga mereka melupakan kewajipan dan tanggungjawab diri sendiri. Maka, tidak hairanlah sekiranya ada pelajar yang sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk ke cyber cafe untuk melayari internet.

Kenalpastian faktor utama seperti dinyatakan dalam konsep RCA bagi masalah ponteng ini dipandang serius oleh orang ramai kerana Ibu bapa menjadi faktor penyebab tama pelajar ponteng sekolah. Ibu bapa yang sentiasa sibuk bekerja menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak berasa tersisih dan kurang kasih sayang serta perhatian. Oleh itu, anak-anak akan cuba mencari alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan salah satunya adalah dengan ponteng sekolah. Dalam zaman materialisme ini, ibu bapa suka mengejar kemewahan dan sentiasa sibuk dalam profesion mereka sehingga mengabaikan kepentingan dan keperluan anak-anak mereka. Anak watan ini mungkin akan terkapai-kapai untuk mencari jati diri bagi mengorak langkah ke alam dewasa jika kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa tidak mencukupi.

Menurut teori Abraham Maslow (1943) keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Beliau membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Keperluan kekurangan adalah keperluan yang terpenting dan perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum mencapai keperluan perkembangan. Salah satu unsur penting dalam keperluan kekurangan adalah keperluan kasih sayang (daripada keluarga dan rakan-rakan).

Rajah 4 : Teori Abraham Maslow

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng berlandaskan langkah konsep RCA yang terakhir . Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Model Akibat Logikal yang dikemukakan oleh Dreikurs. dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Fokus utama Dreikurs dalam model ini adalah untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang demokratik dan murid juga suka belajar dalam bilik tersebut misalnya guru yang terlibat dalam proses P&P boleh membawa bahan bantu mengajar yang menarik bagi menarik perhatian pelajar mendorong mereka terus belajar dan tidak menyumbang kepada gejala ponteng.

Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi sehelai kain batik yang cantik. Ibu bapalah merupakan acuan bagi membentuk tingkah laku anak dengan memberi asuhan kasih sayang serta didikan agama yang secukupnya.Ibu bapa perlu memberi kasih sayang kepada anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan pengaruh luar seperti ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa sehingga mengabaikan pembelajaran. Didikan agama juga perlu ditekankan pada diri anak supaya dapat dijadikan pedoman bagi mengejar kejayaan dalam kehidupan. Tidak lupa aspek persahabatan merupakan sesuatu yang bernilai tinggi harus dijaga dan dihargai.Oleh sebab,seseorang pelajar telah meluangkan masa dengan rakannya bukanlah bersama dengan ibu bapa atau pihak lain.Dalam kes ini, segelintir murid tidak mempunyai rakan sebaya yang membetulkan sikapnya malah rakan sekelas menyokong tingkah laku negatif yang ditunjukkan olehnya seperti ponteng sekolah bersama-sama dengan ajakan satu sama lain.

Menurut pendapat William Glasser school will only be satisfying place and students will only be sucessful if they fulfill their need far belonging,power, freedom, and fun when the needs are not meet,students spend their time avoiding school or create problem. Sekolah berperanan sebagai tempat mendidik tingkah laku,adab,pemikiran dan akal budi manusia dan juga mampu memenuhi keperluan murid dan membantu menuju ke arah kemajuan.Cadangan yang efektif boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah memastikan sama ada Unit Hal ehwal murid di setiap sekolah menerusi jawatankuasa disiplin berperanan membentuk sekolah dalam keadaan sentiasa selamat,sejahtera dan tenteram dengan sentiasa mengawasi tingkah laku murid dari semasa ke semasa supaya mengurangkan masalah ponteng berlaku secara ketara.

4.0 Pendekatan stop it

Apabila kita menggunakan pendekatan stop it, kita menguruskan masalah sehingga ia tidak lagi wujud. Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh diurus melalui ;

(a) Mengelak masalah;(b) Menghapus masalah(c) Mengurang masalah.

Rajah 5 : Inti Pendekatan Stop ItAspek pertama ialah mengelak masalah yang mencegah masalah ponteng ini berlaku daripada terjadi semula pada mulanya adalah mungkin penyelesaian yang ideal dan sesuai digunakan.Ini kerap kali dilakukan dengan mengendali apa jua tugas dengan tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil kira kos atau masa serta tenaga . Pendekatan mengelak sukar untuk diaplikasi sebab ia memerlukan celik akal yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat masalah sebelum ia berlaku contohnya tindakan bukan diambil selepas masalah tersebut berlaku malah perlu diberi tumpuan sepenuh sebelum masalah ponteng berlaku dari segi sikap murid, kegiatan harian murid tersebut di sekolah dan di rumah. Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh dijangka. Dengan mengelak masalah ponteng ini berlaku secara berterusan perhatian daripada ibu bapa,guru perlu diambil kira dengan segera walaupun mereka mempunyai kesibukan harian dalam kehidupannya.

Aspek kedua pula menghapus masalah merupakan cara terbaik bagi mengendali satu masalah adalah menghapusnya secara berakhir. Jelasnya, sekiranya masalah tersebut dihapus dengan betul dan tidak lagi masalah ponteng timbul. Dalam aspek ini sepatutnya selalu mengambil kira penyelesaian dengan cara penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian masalah ponteng.Walau bagaimanapun penyelesaian dengan cara penghapusan mungkin tidak selalu boleh dilakukan . Sebagai contoh, masalah ponteng mungkin diselesaikan dengan menghapuskan tingkah laku-tingkah laku sosial yang tidak diingini, seperti kegiatan melepak,keciciran sekolah, menggunakan alkohol dan dadah ataupun melibatkan diri dalam kegiatan berjenayah yang dilahirkan pada akar umbi daripada masalah ponteng sekolah.

Aspek ketiga pula mengurang masalah yang menjelaskan terdapat masalah seperti ponteng sekolah yang tidak boleh dihapuskan sama sekali. Apabila berhadapan dengan situasi tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti dengan berkesan. Kita boleh mengurangkan impak masalah ini denagn menentukan satu contoh ataupun perkara yang biasa berlaku dalam kehidupan sebenar. Kebanyakan sekolah menggunakan strategi pengurangan bagi mendekati masalah ponteng tersebut. Gejala ponteng tidak boleh dihapuskan selagi permintaan berterusan, maka pihak berkuasa cuba mengurangkan masalah ini dengan menetapkan syarat umum, ataupun mengadakan perbincangan sesame ibu bapa mengenai masalah ini dengan segera dan juga mengubah corak pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah dengan sikap guru yang beralternatif dan berkreatif yang dicurahkan dalam pengajaran untuk marik perhatian murid.Natijahnya,tugas membimbing dan mendidik adalah tanggungjawab bersama melibatkan ibu bapa,guru-guru ,pihak sekolah serta rakan sebaya kerana setiap orang berperanan melaksanakan tugas nasihat-menasihati antara satu sama lain dengan sabar dalam usaha mencari kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat malah tidak melakukan gejala buruk seperti masalah ponteng sekolah.

5.0 Rumusan Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri, agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri. Golongan muda merupakan aset negara di mana mereka bakal menjadi pemimpin negara kelak. Oleh itu, sudah menjadi kemestian untuk memastikan golongan muda ini dibentuk supaya mempunyai tahap intelek dan sahsiah yang cemerlang agar dapat memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan. Sekiranya golongan ini gagal dibentuk untuk menjadi insan yang berkualiti, negara Malaysia akan menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang. Kepekaan guru terhadap murid-murid amat diperlukan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan bersikap penyabar dalam mengatasi sebarang masalah, kerana semua murid menpunyai perangai yang berbeza, bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain. Justeru, diharapkan cadangan yang dikemukakan ini dapat diaplikasikan secara sepenuhnya dengan cara yang betul dan sesuai dengan situasi serta keadaan murid. Guru merupakan penjana tranformasi.

( 2642 patah perkataan)

6.0 RUJUKAN

BUKUMok Song Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Haliza Hamzah @ Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan

Ainon Mohd @ Abdullah Hassan. (2006). Pandai Berfikir. Malindo Printers Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. RISM Industry Sdn.Bhd: Seberang Perai, Penang

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim @ Yusof Boon. (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Percetakan Zafar Sdn. Bhd: Batu Caves, Kuala Lumpur .

MAJALAH Pendidikan. (2012). Guru Menjadi Contoh Budaya Membaca. Widad Publication Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan. (2012). Menangani displin pelajar di rumah dan sekolah. Widad Publication Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan. (2012). Memupuk nilai menghormati guru. Widad Publication Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan. (2012). Pendidikan akan terus berdepan dengan cabaran. Widad Publication Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan.