esaimen edu sem 8

23
1.0 PENGENALAN Seiring dengan peredaran masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia pendidikan masa kini. Sememangnya perubahan yang wujud merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim dengan keperluan semasa dan seiring dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan pendidikan yang dapat melahirkan insan yang berkualiti serta dapat membangun potensi setiap individu bagi memenuhi aspirasi negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan penanda aras pencapaian darjah kecemerlangan yang tinggi terhadap sistem pendidikan negara. Segala perancangan dasar dan pelaksanaan pendidikan menjurus terhadap pembangunan potensi individu murid, atau dalam kata lain proses penjanaan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia. Pelestarian sistem pendidikan yang berkualiti itu pada akhirnya bertujuan bagi memenuhi aspirasi negara, iaitu pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Rakyat sesebuah negara maju bukan sahaja memiliki akses terhadap tahap pendidikan tertinggi, bahkan perlu berdaya saing dan mesra pembaharuan. 2.0 KONSEP INOVASI Terdapat banyak pengertian inovasi yang diutarakan oleh para sarjana. Antaranya, menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi 1

Upload: paul-chavez

Post on 18-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan peredaran masa sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia pendidikan masa kini. Sememangnya perubahan yang wujud merupakan satu aspek yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim dengan keperluan semasa dan seiring dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysiayang menginginkan pendidikan yang dapat melahirkan insan yang berkualiti serta dapat membangun potensi setiap individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan penanda aras pencapaian darjah kecemerlangan yang tinggi terhadap sistem pendidikan negara. Segala perancangan dasar dan pelaksanaan pendidikan menjurus terhadap pembangunan potensi individu murid, atau dalam kata lain proses penjanaan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia. Pelestarian sistem pendidikan yang berkualiti itu pada akhirnya bertujuan bagi memenuhi aspirasi negara, iaitu pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020. Rakyat sesebuah negara maju bukan sahaja memiliki akses terhadap tahap pendidikan tertinggi, bahkan perlu berdaya saing dan mesra pembaharuan.

2.0 KONSEP INOVASI

Terdapat banyak pengertian inovasi yang diutarakan oleh para sarjana. Antaranya, menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan satu idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Pendapat Roger dan Shoemaker disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Konsep inovasi dalam pendidikan di negara kita diertikansebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan (Glosori Teknologi Pendidikan, 1995). Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaituidea, amalan dan baru.Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita, terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu bertujuan memajukan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran serta sistem pentadbiran pendidikan. Ianya juga sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melestarikan pendidikan yang berkualiti agar dapat melahirkan insan yang terdidik supaya dapat membangun dan memenuhi aspirasi negara.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yang bererti bersifat inovasi.Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalan idea-idea baru dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahanprosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja. Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.Orang yang kreatif dan inovatif juga berani untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba.

3.0 PENGURUSAN INOVASI / PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar.

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami,pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Dalam sistem pengurusan di sekolah, jelas dapat dilihat perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Sektor pendidikan merupakan sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah. Antara pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan yang dapat dilihat ialah:

3.1 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang sedia ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam organisasi pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang dapat membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Di samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau bagaimanapun dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang komputer, sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian MS ACCESS 97 dan MS ACCESS 2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.

Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk tujuan masa kini dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan secara sistematik agar bidang pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil kira unjuran masa depan. Dengan adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat keputusan samada untuk melaksanakan suatu projek atau tidak.

3.2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan. SAPSdirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.Sistem ini berfungsi hanya di atas talian( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melaluianalisis TOV( Take Of Value ),ETR( Expected Target Result ) danAR(Actual Result).Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukkan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ). Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

3.3 Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM)Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data pentadbiran dan pengurusan berkaitan dengan rekod pelajar dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer(SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasabeliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000. Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer.Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar.

3.4 Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt)Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.Sisteksbbtdiwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk: Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.

3.5 Sistem e-kehadiranSistem ini berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di lakukan terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat kelewatan pekerja. Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan. Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara online. Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan. Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu biometrik kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati. Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan. Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan. Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir sistem (admin), kerani, ketua jabatan dan pengarah.

3.6 Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan WebInovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan. SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu: i) Sekolah, ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

3.7 Aplikasi e-GTukar dan e-TukarAplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:- Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara online. Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat pemantauan. Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan paperless. Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus. Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secaraonline tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

4.0 PENGURUSAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (kurikulum) merupakan proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salah satu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalam inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciriguru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid (2010)iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Bagi murid-murid yang mempunyaigayaberfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.

4.1 PROGRAM I-THINKUntuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi. Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.

Sistem yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada murid dalam menghafal & mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya & membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah. Ini bukan sahaja menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga belajar bekerja secara kolaboratif. Dengan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.4.2 SCHOOLNETSchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru sistem pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan pembelajaran melangkaui bilik darjah. MenurutNor Fariza Ramlan(2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi kepada penggunanya, termasuk aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa hanya guru yang berkeupayaan dalambidang teknologi maklumat dan komunikasi mampu mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Guru yang berkeupayaan dalam bidangteknologi maklumat dan komunikasidengan kemahiran mengendalikan SchoolNet juga dilihat sebagai satu podium bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar tercapai. MenurutNor Fariza Ramlan(2012), pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan perkongsian ilmu dengan mengoptimumkan tenaga pengajar pakar di negara ini. Melalui teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar sesuatu mata pelajaran melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan sekolah lain.

Selain itu, guru yangberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi. serta dapat menguasai SchoolNet dengan sebaiknya boleh memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi persekitaran menarik justeru dapat menambah minat pelajar terhadap pendidikan. Dengan teknologi ini juga, seorang guru yangberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasiboleh mengajar sesuatu subjek kepada bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan sekolah lain. Portal SchoolNet ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama mereka.

4.3 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING)E-Learningataupunelectroniclearningmerupakansebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda e-learning kebangsaan.Terdapat pelbagai perbezaan positif yang dikesan melalui kaedah pembelajaran menggunakan e-Learning berbanding kaedah tradisional. Melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan. Pembelajaran e- Learning juga dikenali dengan pelbagai nama: Online Learning Technology Based Training Web Based Training Web Based Learning Computer Based Training Computer Based Learning Technology Enhanced Learning Computer Supported Collaborative Learning

Penggunaan e-Learning secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan mendatangkan banyak kesan positif antaranya: berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan meningkatkan motivasi murid membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning ) membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima

5.0 RUMUSAN

Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan.

Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak langkah dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuanteknologi maklumat dan komunikasimemerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK).

Begitu juga dengan inovasi lain berasaskan ICT yang telah dihasilkan oleh KPM untuk memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan di negara kita. Contohnya ialah SPPICT (Pemantauan penggunaan ICT), SSQS (Sistem Penggredan Pembestarian Sekolah), IQPSS dan i-Nilam (Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah dan Nilam) dan sebagainya. Sudah tentu inovasi-inovasi ini banyak membantu dan memudahkan proses dokumentasi pelbagai rekod oleh pihak sekolah dan dihantar ke pihak atasan.Oleh sebab itu, usaha-usaha ini perlu diteruskan dan diperkayakan dari semasa ke semasa.

Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan potensi diri kanak- kanak.

RUJUKAN

Ab. Rahim Selamat. (1992).Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.Dr. Ismail Zain, (2008). Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.Utusan Malaysia.27 Oktober.Esah Sulaiman, (2003).Amalan Profesionalisme Perguruan,Johor:Penerbit Universiti Teknologi MalaysiaIbrahim Jamain, (1998). Inovasi Dalam Pendidikan. Jurnal Kajian Tindakan IPG BatuLintang.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), (1994).Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd. Termizi Che Anuar, (2010). Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan. Utusan Malaysia, 13 Januari:1,Muhamad Hasan Adul Rahman, (2000).Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan.Terbitan UPM.Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor, (2001). JurnalKajian PakejPembelajaran Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej PembelajaranBagi Subjek Matematik di Peringkat SPM. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Muhamad Rafiq Abdul Rahman, (2012). Pendidikan Menerusi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.Dewan Masyarakat.Mei 2012.Musa Abu Hassan, (2002).Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat. Serdang Selangor: Terbitan UPM.Nik Azis Nik Pa, (1996).Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Kajian PendidikanGuru Bilangan 77.Nor Fariza Ramlan, (2012). School Net diperluas ke Johor.Berita Harian, 2 September.Norasiah Abdullah, Nor Risah Mat Lazim & Rosnah Zain. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid, (2010).Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Ong Teck Seng, (2000).Jurnal Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah di Bahau, Negeri Sembilan: UPM Serdang SelangorRozinah Jamaludin, (2003).Jurnal Teknologi Pengajaran. Terbitan USM Pulau PinangSharifah Alwiah Alsagoff, (1987).Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Sunal, Smith & J. Britt , (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet InDesigning & Teaching Social Studies Based Integrated Units. National Council ForSocial Studies. Washington D.CSunal, Cyntia & S. Smith, (1998).Using Internet To Create Meaningful Instruction. SocialStudies. Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling, (2005).Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajarandan Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional :Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT. SeminarPendidikan 2005. UTMYusup Hasyim, (1998).Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.Zoraini Wati Abas ,(1993).Komputer dan Pendidikan,Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

17