edu sem 8 en rizal individupenghapusan-jaminan-penempatan-guru-pelatih.doc

34
FAKULTI PENDIDIKAN ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KOD KURSUS : GGGC 6033 TUGASAN INDIVIDU TAJUK TUGASAN : PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH NAMA : FARIHAH BINTI MOHD.JAMEL NOMBOR PELAJAR : P 66318 SESI : 2012/2013 PENSYARAH : PN.KHADIJAH ABD. RAZAK

Upload: eradidana

Post on 04-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

FAKULTI PENDIDIKAN

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIAKOD KURSUS : GGGC 6033

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN :PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU

PELATIH

NAMA : FARIHAH BINTI MOHD.JAMELNOMBOR PELAJAR : P 66318 SESI : 2012/2013

PENSYARAH : PN.KHADIJAH ABD. RAZAK

Page 2: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

KANDUNGANHalaman

1.0 PENGENALAN 2

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA

2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka 2-3

2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka 3-63.0 SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA 7-9

4.0 ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN

PENEMPATAN GURU PELATIH 9-16

4.1 Isu-isu yang membawa kepada kesan positif 9 -134.2 Isu-isu yang membawa kepada kesan negatif 14-19

5.0 KESIMPULAN 19

RUJUKAN 20-22

TAJUK: PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

1

Page 3: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

1. PENGENALAN

Guru pembina negara bangsa. Itulah yang sering diungkapkan oleh masyarakat. Namun

untuk melahirkan bakal guru bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2007), penghapusan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dan

sebagainya) menghapuskan. Jaminan pula membawa maksud tanggungan. Jaminan atau

tanggungan di sini ditujukan kepada pihak kerajaaan. Manakala penempatan bermaksud

perihal menempati atau menempatkan. Bakal guru ataupun dikenali juga sebagai guru

pelatih adalah terdiri daripada penuntut-penuntut bidang pendidikan sama ada di Institusi

Pendidikan Guru (IPG) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang

menawarkan bidang pendidikan tidak kira jurusan apa sekalipun. Jika sebelum ini, guru

pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Walau

bagaimanapun jaminan pelantikan ini telah dihapuskan dalam tempoh Rancangan

Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan

berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Pelbagai isu yang timbul hasil daripada

perubahan dasar yang baru sahaja ditimbulkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang

akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015. Isu ini diperkemas lagi dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.

2. SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA.

2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka

Sejarah pendidikan (rendah, menengah dan tinggi) di Malaysia pada umumnya

dipengaruhi oleh gelombang politik yang berlaku di Tanah Melayu dan serantau. Apabila

British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu sejak 1874, sistem pendidikan

tradisional secara beransur-ansur digantikan dengan sistem pendidikan baharu yang

dicorakkan untuk kepentingan British. Kejutan semasa Perang Dunia Kedua,

2

Page 4: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

menyemarakkan kesedaran politik dan menyuntik semangat dalam kalangan penduduk

tempatan agar mereka mengambil berat tentang pendidikan yang bakal menentukan masa

depan nusa dan bangsa.

Berkaitan pendidikan aliran Melayu, sebelum penubuhan Maktab Perguruan

Melaka pada tahun 1901, tidak wujud sebarang latihan formal perguruan di Negeri-Negeri

Selat. Kekurangan guru diatasi dengan mengamalkan sistem mengupah murid sekolah

darjah atas mengajar sebagai guru. Kelemahan sistem ini ialah tiadanya penyeliaan rapi

daripada pihak pengurusan sekolah dan ramai pelajar yang telah menamatkan kursus

dengan baik, akhirnya meninggalkan profesion perguruan kerana gaji yang rendah.

Akibatnya kerjaya guru sebelum tahun 1901 sebahagiannya diisi oleh para penganggur

yang separa terdidik. ( CO 717 Colonial Office – 119/51668 Federated Malay States

Annual Report of the Education for the year 1935: 9).

Penubuhan MPSI di Tanjung Malim pada 23 November 1922 meningkatkan mutu

latihan profesion perguruan aliran Melayu. Dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia,

MPSI bukan sahaja penting sebagai tapak yang melahirkan ramai pejuang kemerdekaan,

tetapi juga sebagai institusi latihan perguruan yang banyak menyumbang kepada

pembangunan pendidikan sehingga zaman setelah merdeka..

2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka.

Kemerdekaan membawa kesan yang besar kepada semangat dan prinsip pendidikan di

Tanah Melayu. Tumpuan kini ialah kepada usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan

kebangsaan tetapi turut membenarkan pengamalan bahasa dan budaya orang bukan

Melayu di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, penubuhan universiti dan kolej di

Malaysia selepas merdeka berkait rapat dengan keperluan guna tenaga manusia dan hal ini

kelihatan dalam semua Rancangan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai

contoh, meskipun objektif utama RMK-1 (1996-1970) adalah untuk mengurangkan

masalah sosioekonomi dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan jurang

pendapatan antara rakyat di negara ini, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan ekonomi tidak

3

Page 5: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

boleh bertunjangkan bekalan bahan mentah sedia ada sahaja tetapi juga kepada

pengemblengan daya cendekia atau kuasa akal penduduknya. Selaras dengan itu, institusi

pendidikan juga ditubuhkan dengan lebih banyak lagi bagi mendidik bakal-bakal guru dan

memenuhi keperluan pendidik di seluruh Malaysia demi melahirkan generasi yang

seimbang dalam aspek yang menyeluruh.

Pada 8.6.1960, Maktab Pergurusan Ilmu Khas telah dibuka dengan rasminya oleh

Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Pembukaan Maktab ini

merupakan satu kemajuan dalam sejarah perkembangan pelajaran dan pendidikan di

Persekutuan Tanah Melayu. Ia adalah satu-satunya Maktab Perguruan yang bakal

melahirkan guru-guru terlatih dari segi teknikal dalam segala bidang pelajaran.

Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa kanak-kanak

berbakat di negara ini tidak diberi cukup galakan dan kesempatan untuk mereka tumpukan

perhatian dan kebolehan dalam bidang yang mereka minati. Justeru, adalah lebih penting

dan bermakna sekiranya kanak-kanak itu dapat melahirkan bakat mereka melalui cara

yang lebih teratur daripada berusaha untuk mendapatkan sijil.

Beliau selanjutnya menyarankan bahawa Maktab ini boleh menjadi sebuah pusat

penyelidikan dan latihan bagi guru-guru daripada pelbagai aliran sekolah di Persekutuan

Tanah Melayu. Di samping itu, ia juga boleh menjadi medan bagi guru-guru untuk

berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat dan melahirkan buah fikiran yang sesuai

dengan suasana pembelajaran di sekeliling mereka.

Maktab ini mengadakan kursus bagi mata pelajaran praktikal seperti penulisan,

pertukangan, sains rumahtangga, lukisan, pendidikan jasmani dan berbagai-bagai lagi. Ia

juga bertujuan untuk membantu guru-guru kaedah mengajar yang lebih baik. Seramai 160

orang guru bagi tiap-tiap kemasukan telah diterima masuk untuk mengikuti kursus selama

setahun itu. Guru-guru yang terpilih ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman

mengajar sekurang-kurangnya dua tahun.

Perkembangan dalam pendidikan tinggi di Malaysia menjadi bertambah rancak

dan berdaya maju apabila pengurusan pendidikan diberi tumpuan khusus dengan

penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi yang tersendiri pada 27 Mac 2004. Salah satu

4

Page 6: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

wawasan pendidikan tinggi Malaysia ialah menyumbang kepada tuntutan untuk

membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan pada peringkat

kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan ini

menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat di dalam graf di

bawah.

Menurut Othman Mustapha (2010), di dalam RMK-10 (2011-2015) pula

memberikan penumpuan kepada lima teras strategis di mana salah satunya adalah

membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Rombakan di dalam sistem

pendidikan juga akan dilaksanakan dengan meningkatkan daya tarikan profesion

keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Empat inisiatif utama mempertingkatkan kualiti

guru secara signifikan ialah :

2.2.1 Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran

kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa

2.2.2 Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum

5

Page 7: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

2.2.3 Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

2.2.4 Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam latihan guru

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian

tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara

bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap

perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung

falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,

perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era

MPSI (1957 – 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga

memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75

tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti,

apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris

(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997

menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997

(Sumber : Laman web UPSI). Perubahan demi perubahan dapat dilihat kepada

perkembangan pendidikan tinggi (perguruan) di Malaysia. Ini adalah selaras dengan

peningkatan pasaran global demi memenuhi sumber perkhidmatan perguruan.

6

Page 8: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

3. SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA

Menurut Baharin Abu & Azura Abdul Aziz (2008), isu penempatan guru menjadi isu yang

paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru pelatih yang berada di tahun terakhir iaitu semasa semester dua tahun empat,

kesemua guru pelatih ini dikehendaki mengisi boring penempatan. Mengikut prosedur,

guru pelatih dikehendaki mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut kehendak

masing-masing. Walaubagaimanapun penentuan lokasi penempatan mengajar bagi guru

pelatih hanya akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang

demikian berbagai masalah masih juga timbul di mana terdapat guru pelatih yang engkar

dengan penempatan tersebut. Dato’ Noh Omar (Utusan Malaysia, 22 Mac 2007), masih

terdapat sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat

guru yang enggan ditugaskan di kawasan luar bandar.

Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai

profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak

mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan

kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat

7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3%

pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini

menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Walhal, kita memang

telah sedia maklum bahawa kualiti guru amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Ini

dapat dilihat di dalam graf di bawah.

7

Page 9: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Menurut Abdul Rasid et al. (2010) usaha bagi memartabatkan profesion perguruan di

Malaysia semakin sukar kerana terdapat guru-guru yang berat hati untuk menerima

penempatan yang ditawarkan. Ada guru juga yang merungut-rungut jika penempatan

mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan mereka, bahkan ada yang sanggup

menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman

(MyMetro, 28 Mac 2009).

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, hasrat teras kelima yang

mahu merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap

keupayaan pelajar mungkin akan berhadapan dengan cabaran, apabila terdapat guru-guru

yang berat hati untuk menerima penempatan yang ditawarkan. Baharin Bin Abu &

Norhidayah Ismail (2009) menyatakan daripada aspek sikap dan minat, guru pelatih masih

kurang bersedia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Oleh itu ia perlu

dipertingkatkan bagi menghasilkan guru yang berkualiti yang mampu menyumbang di

dalam dunia pendidikan.

8

Page 10: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Justeru, senario penempatan guru pelatih ini diharap dapat diperbaiki ke arah yang

lebih baik dengan adanya pembentangan RMK-10 yang lalu dimana penghapusan jaminan

guru pelatih ini dihapuskan. Ini bermakna seandainya penempatan guru pelatih tiada lagi

jaminan dari KPM akan memberikan kesan kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan

diri masing-masing dan lebih bersungguh untuk menerima penempatan di lokasi seluruh

Malaysia ini meskipun di kawasan luar bandar.

4. ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU

PELATIH

Setiap sesuatu perlaksanaan dasar yang baru pasti akan menimbulkan beberapa isu yang

akan diperkatakan oleh masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun

tidak. Isu-isu yang timbul terdiri daripada isu-isu yang membawa kepada kesan positif dan

juga kesan negatif:

4.1 Isu-isu yang membawa kepada kesan positif :

4.1.1 Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan

guru

Menurut Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), bagi

Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak kerajaan telah

menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk

pembangunan tamadun manusia. Buktinya, RMK-9 telah memperuntukkan sejumlah bajet

yang cukup besar (RM 1.15 bilion) bagi membangun dan menambahbaikkan institusi

pendidikan negara di semua peringkat rendah,menengah dan tinggi. Yang lebih penting

lagi, institusi pendidikan tinggi (IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif

utama untuk memodenkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal

memberikan nilai tambah (value added) untuk program pembangunan negara menuju

wawasan 2020. Sehubungan itu guru-guru pelatih juga tidak terlepas daripada senario ini.

9

Page 11: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan menjadikan mereka berlumba-lumba

untuk memperolehi pencapaian terbaik bagi mendapatkan penempatan.

Bertepatan dengan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

dalam Bab 5 berkenaan guru dan pemimpin sekolah telah menyatakan untuk

meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu.

Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih

calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat

persekolahan. Kementerian juga bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya

bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan; seterusnya,

bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi

program latihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik

dan paling layak menyertai sistem pendidikan kita. Ini dapat dilihat di dalam graf di

bawah.

10

Page 12: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

4.1.2 Memastikan penetapan keperluan kualiti minimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti tenaga

pengajar dengan meningkatkan kelayakan guru. Sebelum tahun 1996, guru pelatih yang

mendapat latihan di maktab perguruan dianugerahi sijil. Tetapi sejak tahun 1996, kursus di

maktab perguruan telah dinaikkan taraf yang membolehkan pelatih dianugerahi diploma

setelah tamat kursus. Pada masa yang sama, semua guru yang telah mempunyai sijil

perguruan diberi latihan secara berperingkat untuk dinaikkan taraf menjadi guru yang

mempunyai diploma. KPM telah mengurangkan jumlah guru yang tidak mempunyai

latihan ikhtisas perguruan dan meningkatkan jumlah guru yang mempunyai ijazah.

Menurut sumber Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1990-2000,

menunjukkan pertambahan seramai 42 972 orang guru (163.0%) yang mempunyai ijazah

dan pengurangan seramai 11 302 orang guru (-63.2%) yang tiada latihan pada tahun 2000

11

Page 13: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

berbanding pada tahun 1990. Berlandaskan ini, di dalam perancangan RMK-10 yang

menyatakan bahawa jaminan penempatan kepada guru-guru pelatih akan dihapuskan

memberikan satu pandangan positif bahawa KPM perlu menetapkan kualiti minimum

kepada guru-guru pelatih ini bagi mereka melepasinya sebelum terpilih untuk menjawat

jawatan guru. Ini secara tidak langsung akan menaikkan lagi kualiti guru-guru di

Malaysia.

4.1.3 Meningkatkan lagi persaingan guru pelatih

Satu temuramah yang telah saya lakukan kepada dua orang guru pelatih yang sedang

menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala

Lumpur sepakat menyatakan bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh untuk

mendapatkan tempat yang terbaik di sepanjang pengajian mereka sekiranya mereka tiada

jaminan penempatan dari KPM. Berbanding dengan keadaan sekarang mereka belajar

dalam keadaan yang selesa sahaja tanpa ada kerisauan untuk memperolehi pencapaian

terbaik kerana telah dijamin penempatan kerja oleh KPM.

4.1.4 Menambahbaik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan

Satu temuramah yang telah saya jalankan kepada pihak pentadbir iaitu Pengetua dan Guru

Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur juga

sepakat menyatakan bahawa kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan akan bertambah

baik jika penghapusan jaminan guru pelatih ini dilaksanakan disepanjang tempoh RMK-

10 ini. Menurut Mohammed Sani Ibrahim (2007), di dalam Standard Kompetensi Bakal

Guru diadakan saringan di peringkat awal pemilihan bakal guru lagi. Iaitu calon-calon

yang terpilih mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan

guru. Calon-calon ini pula hendaklah telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-

syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian sendiri.

12

Page 14: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

4.1.5 Meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada “sistem terbuka”

bagi menambah sumber guru pelatih..

Menurut Jamil Ahmad & Norlia Goolamally (2008), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di

Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melatih guru-guru untuk keperluan

sekolah rendah dan menengah melalui Program Pendidikan Perguruan Praperkhidmatan

dan Dalam Perkhidmatan. Kesemua program dijalankan adalah untuk memenuhi

keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu

melahirkan guru-guru yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing ,

berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab

menyediakan bakal-bakal guru yang terlatih. Selain dari IPG, latihan perguruan juga

dilaksanakan oleh pihak universiti melalui Fakulti Pendidikan masing-masing. Walau apa

jua institusi yang melatih bakal-bakal guru ini, jaminan penempatan bagi mereka tetap

ada. Namun begitu di dalam RMK-10 yang turut membentangkan mengenai penghapusan

jaminan penempatan guru pelatih juga membawa kepada peralihan sistem sedia ada

kepada “sistem terbuka” dalam latihan guru. Sudah pastinya lebih banyak institusi-

institusi pengajian tinggi swasta akan wujud bagi mewarnai pertumbuhan sistem

pendidikan perguruan di Malaysia. Bakal-bakal guru juga sudah pasti akan berusaha

bersungguh-sungguh bagi melengkapkan diri untuk menempatkan diri masing-masing di

dalam profesion perguruan yang memerlukan sumber tenaga professional.

4.1.6 Kredebiliti profesion perguruan dipandang tinggi.

Penghapusan jaminan guru pelatih juga akan membawa kepada peningkatan kredibiliti

profesion perguruan itu sendiri di mana graduan-graduan yang lahir dari institusi-institusi

perguruan adalah mereka yang mencapai prestasi yang baik sama ada keputusan

akademiknya mahupun latihan perguruannya. Terdapat perbezaan di antara guru yang

berprestasi baik dan berprestasi lemah. Menurut dapatan kajian oleh Halimah harun dalam

Jurnal Pendidikan 31 (2006:83-96) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

menggariskan ciri guru pelatih yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Guru pelatih

13

Page 15: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

yang berprestasi baik mempunyai sikap yang tidak menyalahkan orang lain jika ada

kesilapan, rajin, dedikasi dan selalu buat perubahan dalam pengajaran, seronok bekerja,

mengharap yang terbaik dan mengambil nasihat dan maklumbalas manakala sikap guru

yang berprestasi lemah adalah selalu menyalahkan pelajar jika hadapi masalah dalam

kelas, kecewa dengan kerjaya guru, tidak mendapat kepuasan, menyatakan kerjaya guru

membosankan dan tidak seronok, tidak mengambil maklum balas daripada pengalaman

lepas, malas, degil dan tidak mengambil nasihat dan tidak menggalakkan pelajar untuk

belajar.

4.2 Isu-isu yang membawa kepada kesan negatif :

4.2.1 Meningkatkan pengangguran kepada guru pelatih yang tidak mempunyai

keputusan yang baik.

Masalah siswazah menganggur merupakan satu isu yang member cabaran besar terhadap

perkembangan pendidikan tinggi Negara semasa. Walaupun jumlah mereka yang

menganggur tidak dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak rasmi menunjukkan

jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan 11 peratus daripada jumlah

yang menganggur ( MTEN 2001, Ishak Yusoff et al. 2004, Zulkifly Osman & Ishak

Yusoff 2005, Utusan Malaysia 2005a, Utusan Malaysia 2005b) dalam Zulkifly Osman et

al. (2006). Kadar pengangguran ini adalah secara global tanpa mengambil kira bidang

pengajian. Namun adakah dengan adanya penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

14

Page 16: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

akan mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran dalam bidang perguruan pula? Ini

sudah pasti akan berlaku kepada guru pelatih yang tidak mempunyai keputusan yang baik.

Ini dipersetujui oleh seramai 40 orang rakan guru dan 8 orang pula mengatakan tidak pasti

berdasarkan soalselidik yang saya lakukan di SMK Datok Lokman,Kuala Lumpur.

Dalam tempoh 1982 hingga 1997, bilangan siswazah menganggur yang memiliki

ijazah adalah antara 2,700 hingga 8,200 orang. Namun begitu, 1998 bilangannya

menunjukkan peningkatan yang ketara antara 12,000 hingga 33,800 orang. Trend yang

sama juga berlaku kepada siswazah yang memiliki diploma dengan mencatatkan bilangan

penganggur antara 1,000 hingga 6,900 orang dalam tempoh 1982 hingga 1997.

Bagaimanapun, bilangan penganggur lulusan diploma meningkat secara drastik mulai

1998 hingga 2004 dengan catatan antara 12,100 hingga 41,200 orang. Namun, dalam

tempoh 2006 ke 2010, perbezaan bilangan penganggur bagi kedua-dua kelulusan adalah

semakin mengecil. Sebelum tahun 1996, didapati lebih ramai lulusan ijazah yang

menganggur berbanding lulusan diploma kecuali bagi tempoh 1988–1990. Sebaliknya,

mulai 1996 hingga 2010 lebih ramai pemegang diploma yang menganggur kecuali pada

2001, 2007, 2008 dan 2010.

Carta di bawah menunjukkan Bilangan siswazah menganggur mengikut sijil tertinggi

diperoleh, Malaysia bagi tahun 1982–2010.

15

Page 17: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Sumber: Perangkaan tenaga buruh siswazah Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia

Pada tahun 2010, majoriti siswazah yang menganggur adalah lulusan Sains sosial,

perniagaan dan undang-undang diikuti dengan bidang Kejuruteraan, pembuatan dan

binaan. Walaupun siswazah yang menganggur daripada lulusan pendidikan menunjukkan

minoriti, kenyataan ini tidak seharusnya menjadikan graduan pendidikan berasa terselamat

dan berpuas hati. Statistik ini boleh berubah dengan mendadak pada suatu hari nanti. Carta

pai berikut menunjukkan taburan peratus siswazah menganggur mengikut bidang

pengajian terpilih, Malaysia, 2010.

Sumber: Perangkaan tenaga buruh siswazah Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia

4.2.2 Peningkatan gejala sosial

Menurut Ab. Rahman Ismail (2008), gejala sosial adalah perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak memberi manfaat kepada kekuatan amalan sistem sesebuah negara.

16

Page 18: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Justeru, ia akan menjejaskan keseimbangan pembangunan negara. Senario gejala sosial

sejak akhir-akhir ini berlaku dengan berleluasa. Ini berkait rapat juga dengan

pengangguran di kalangan guru pelatih. Kesan daripada pengangguran guru pelatih yang

tidak mendapat penempatan mengajar ini juga akan mengakibatkan gejala sosial semakin

meningkat. Ini adalah disebabkan mereka tiada pekerjaan yang tetap dan juga desakan

ekonomi yang memuncak.

4.2.3 Standard Kompetensi Bakal Guru yang lebih ketat

Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria seperti

tapisan pertama: peringkat awal permohonan, tapisan kedua: ujian kecergasan pelbagai

(multiple intelligent test), tapisan ketiga: temuduga dan tapisan keempat: pemeriksaan

perubatan. Bakal-bakal guru juga perlu melepasi Standard Kompetensi Bakal Guru,

merupakan pernyataan-pernyataan yang menjelaskan penghasilan yang perlu dicapai iaitu

standard 1: kelayakan akademik, standard 2: kepelbagaian kemahiran dan standard 3:

Sahsiah dan keterampilan ( Mohammed Sani Ibrahim, 2007). Sehubungan itu dengan

terlaksananya penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan mengenengahkan

“sistem terbuka” di bidang pendidikan perguruan maka sudah pastilah segala tapisan dan

standard-standard yang perlu dipenuhi oleh bakal-bakal guru menjadi lebih ketat untuk

dilepasi kerana persaingan yang lebih banyak perlu ditempuhi.

4.2.4 Bidang perguruan semakin ditakuti untuk diceburi

Laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2010 menyatakan, jika anda bercita-cita

dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja.

Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung

ijazah dari universiti ini.Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya

pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang

17

Page 19: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-

sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA

lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam

menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian

adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah. Untuk mengubat

hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.

Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik

amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada

masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu

kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka

belajar di UPSI.

Dari laporan yang dinyatakan oleh pihak akhbar, akan menjadikan bidang

perguruan ini semakin ditakuti untuk diceburi oleh bakal-bakal graduan kita. Ibu bapa juga

yang dahulunya menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan pertama untuk membuat

pilihan bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, kini menjadi pilihan yang lebih ke

bawah ataupun boleh menjadi pilihan terakhir jika isu ini berlanjutan.

4.2.5 Sistem pendidikan tinggi yang tidak terkawal

Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan, masyarakat masih beranggapan

bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru

(IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia.

Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan

melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran

terbuka bukan guru. UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara

sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan

penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata

18

Page 20: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan

dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan

Manusia. Senario yang berlaku ini menjadi satu kebimbangan pada seluruh masyarakat

lebih-lebih lagi di dalalam pelaksanaan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih di

dalam tempoh RMK-10 ini.

4.2.6 Tiada lagi jaminan kerjaya bagi graduan pendidikan

Di dalam satu laporan akhbar Berita Harian Online bertarikh 10 Disember 2010, yang

menyentuh tentang “Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan guru

sandaran tidak terlatih (GSTT) menyatakan meskipun GSTT banyak membantu dari segi

perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar

kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

Dengan penyerapan GSTT ke jawatan tetap akan menyebabkan lebih ramai bakal guru

untuk mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Ini

menunjukkan graduan pendidikan tiada lagi jaminan kerjaya perguruan bagi mereka

kerana terpaksa bersaing dengan pelbagai pihak termasuklah GSTT.

5. KESIMPULAN

Segala isu yang timbul ekoran daripada penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

berdasarkan sepanjang pelaksanaan tempoh RMK ke-10 ini sama ada baik atau pun buruk

perlulah dipandang positif oleh seluruh masyarakat Malaysia. Segala perancangan dan

pelaksanaan bagi setiap pembaharuan yang ingin dilaksanakan adalah bermotifkan kearah

yang lebih baik dan dipandang tinggi oleh seluruh dunia terhadap perkembangan

pendidikan negara kita.

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik memerlukan profesion

perguruan membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Anjakan secara holistik yang

19

Page 21: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

harus diketengahkan ini perlu bersifat proaktif di mana semua pihak turut terlibat sama

ada diperingkat dasar, institusi pendidikan, bakal-bakal guru dan juga masyarakat. Ini

adalah bagi memastikan profesion ini kekal sebagai profesion yang mulia, profesional dan

akan terus mendapat tempat dalam masyarakat. Bertepatan dengan misi Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf

dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat

relevan sekali.Oleh itu apa juga perubahan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh

kerajaan perlulah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakannya demi

mempertingkatkan taraf profesion perguruan di Malaysia.

RUJUKAN

Ab. Rahman Ismail. (2008). Gejala sosial remaja: implikasi terhadap keselamatan

negara. Jurnal YADIM Bil 10: 240 – 255.

Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohd Yusop bin Ab.Hadi Ahmad Rizal bin Madar,Mohamad

Zaid bin Mustaffa, Jamaluddin Hashim, dan Madiha Baharom (2010). Kesediaan

Guru Pelatih Terhadap Penempatan Di Sekolah Bukan Pilihan: Kajian Ke Atas

Guru Pelatih Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Teknikal , Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia.Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Bahrin Abu dan Azura Abdul Aziz. (2008). Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM

Berkhidmat di Sabah Dan Sarawak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia.

Baharin Bin Abu & Norhidayah Ismail (2009). Kesediaan Guru Pelatih Fakulti

Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman. Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Berita Harian Online. 10 Disember 2010

Chan Lee Yee & Norehan Abdullah (2007). Produktiviti Bagi Sistem Pengajian Tinggi Di

20

Page 22: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Malaysia Kajian Malaysia, Jld. XXV, No. 2, Disember 2007

CO 717 Colonial Office. Federate Malay States Education Policy in Malaya 1920-an –

1950-an).

Halimah Harun (2006) Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 83-96.

http://www.upsi.edu.my/

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Perangkaan Tenaga Buruh Siswazah Malaysia

Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem

Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Open University Malaysia.

Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009). Perubahan Sosial

Dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Jurnal

Hadhari Bil 1: 45-76

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.th.). Pembangunan pendidikan 2001-2010

perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 - 2025.

21

Page 23: EDU SEM 8 EN RIZAL INDIVIDUPenghapusan-Jaminan-Penempatan-Guru-Pelatih.doc

Othman Mustapha. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Pendidikan:

Matlamat dan Teras. Program Seminar Siswazah Universiti Malaya.

Utusan Malaysia 5 Julai 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.

Utusan Malaysia 22 Mac 2007 http://www.utusan.com.my/utusan/info

Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Graf pertumbuhan RMKe-9.

Zailan Moris. (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-

2007). Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Zulkifly Osman, Ishak Yussof dan Zainizam Zakaria. (2006). Hala Tuju dan Cabaran

Pendidikan Tinggi Negara di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-

2010).

22