kertas kerja pj suaian

12
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR, DARUL EHSAN KERTAS CADANGAN PROJEK, PROGRAM LAWATAN ILMIAH, SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN ENAM, BANDAR BARU BANGI. TARIKH 25 SEPTEMBER 2012. ANJURAN PISMP 6.04 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI,

Upload: chekgualan

Post on 20-Jun-2015

1.221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja pj suaian

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

43657 BANDAR BARU BANGI,

SELANGOR, DARUL EHSAN

KERTAS CADANGAN PROJEK,

PROGRAM LAWATAN ILMIAH,

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN ENAM, BANDAR BARU BANGI.

TARIKH

25 SEPTEMBER 2012.

ANJURAN

PISMP 6.04

MAJOR PENDIDIKAN JASMANI,

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI.

Page 2: Kertas kerja pj suaian

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memenuhi tuntutan PJM 3114

iaitu subjek Pendidikan Jasmani Suaian. Bagi subjek ini, kami perlu

melaksanakan satu projek luar iaitu di sekolah Pendidikan Khas. Oleh yang

demikian, kertas kerja ini berhasrat memohon kelulusan daripada pihak

Tuan Pengarah serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk program Program

Lawatan Ilmiah ke Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi

sekaligus memenuhi tuntutan PJM 3114.

2.0 PENGENALAN

Kursus ini meliputi sejarah dan perkembangan kurikulum Pendidikan

Jasmani Suaian di Malaysia yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori

pembelajaran dengan hala tuju pendidikan kebangsaan. Justeru itu

kepentingan dan konsep kurikulum pendidikan jasmani, sukatan dan

tafsirannya serta kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian,

aspek pedagogi untuk murid kurang upaya akan dilaksanakan melalui aktiviti

dan penilaian pengajaran mikro.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengintergrasikan kemahiran mengajar dengan kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

3.2 Menilai dan menganalisa pengajaran dan pembelajaran

3.3 Membentuk golongan guru pelatih yang mempunyai pelbagai nilai-

nilai positif di dalam diri seperti berdisiplin, berkerjasama,

bertanggungjawab dan sebagainya.

3.4 Menambah pengalaman dan pengetahuan diri guru pelatih.

3.5 Mewujudkan hubungan yang baik antara masyarakat luar.

3.6 Bekerjasama dan berinteraksi dengan golongan istimewa dalam

pelbagai situasi dan keadaan.

Page 3: Kertas kerja pj suaian

4.0 NAMA PROGRAM

Program Lawatan Ilmiah ke SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi.

5.0 TARIKH

25 September 2012 (Selasa).

6.0 ANJURAN

Pelajar PISMP 6.04 Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Pendidikan Islam.

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi.

8.0 BILANGAN PESERTA

Anggaran peserta adalah 20 orang termasuk pensyarah penasihat.

9.0 PENGANGKUTAN

Bas IPG Kampus Pendidikan Islam.

10.0 AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA

Rujuk lampiran A.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran C

Page 4: Kertas kerja pj suaian

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA

PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE SK BANDAR SERI PUTRA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Osman b. Hussain (Tuan Pengarah)

Ketua Penyelaras : En. Mohd Kamaruddin Bin Daud

Pengerusi Projek : Mohd Azlan Bin Saheimi

Naib Pengerusi : Adi Syazwan Bin Saparuddin

Setiausaha : Nur Farahiyah Binti Ab Wahab

Bendahari : Ahmad Dur Ihsan Bin Zulkifli

Ahli Jawatankuasa:

Alatan : Shahrul Nizam Bin Mohd Azlan,

: Mohd Haniff Bin Hamid,

: Ahmad Zulhelmi Bin Ramlan

Perhubungan : Ahmad Saifuldin Bin Abu Bakar

: Nur Syamimi Binti Tumiran

Makanan & Minuman : Norus Syairah Bin Mohd Yusof

Aktiviti & Publisiti : Nurul Ain Binti Mohd Azmi

: Muhammad Khalil Bin Md Yusof,

: Nur Hasniza Binti Shalim.

Page 5: Kertas kerja pj suaian

Pengangkutan : Mohamad Zahid Bin Mohamad Khalid

Keselamatan & Kebajikan : Mohammad Izzudin Bin Mohd Aris

Kerohanian : Muhammad Safiq Bin Abd Razak,

: Muhammad Azmir Bin Mazlan

Page 6: Kertas kerja pj suaian

Lampiran B

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

7.30 pagi – 8.30 pagi Guru pelatih berkumpul dan bertolak ke SK Bandar Seri

Putra.

8.30 pagi - 9.30pagi Lawatan ke kelas Pendidikan Jasmani murid pendidikan

khas.

9.30 pagi- 10.00 pagi Rehat

10.00 pagi – 11.30 pagiHari Mesra bersama pelajar Pendidikan Khas SK Bandar

Seri Putra.

Rebut kerusi

Pijak Belon

11.30- 12.00 tengah hari Majlis Penutupan Program Lawatan Mesra.

Ucapan dari pihak SK SG Kantan

Ucapan aluan dari wakil IPG

Sesi dialog bersama guru Pendidikan Khas

Penyampaian cenderamata

12.00 tengahari Bergerak pulang ke IPG

Page 7: Kertas kerja pj suaian

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN ,

PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE SK BANDAR SERI PUTRA,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM .

BIL PERKARA JUMLAH KOS JUMLAH

1. Makan tengahari RM6 x 17 RM102

2. Air minuman Tiada

(Sumber :Koperasi IPG Kampus Pendidikan Islam)

-

3. Bahan-bahan yang ingin digunakan:

belonRM 7 X 1 set RM 7

3. Cenderamata

Plak Tiada

(Sumber :Koperasi IPG Kampus Pendidikan Islam)

-

JUMLAH KESELURUHAN Rm 109

Page 8: Kertas kerja pj suaian

14.0 PENUTUP

Semoga semua objektif yang digariskan dalam kertas kerja program rekreasi

ini tercapai di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan

warga IPG KPI. Diharapkan pihak pentadbiran dapat mempertimbangkan dan

meluluskan kertas cadangan untuk program Lawatan Ilmiah ini dan seterusnya

memberi bantuan kewangan bagi menjayakan program ini. Kami juga berharap

program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya yang utama yakni

memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Setinggi penghargaan

kami rakamkan kepada pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Islam dan semua pihak yang membantu melicinkan perjalanan program

baik sebelum, semasa atau selepas ia berlangsung.

Page 9: Kertas kerja pj suaian

15.0 RUANGAN PENGESAHAN

Disemak oleh,

……………………………………………...

(ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD)

Pensyarah,

Persatuan Pendidikan Jasmani,

IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Disahkan oleh,

……………………………………………...

(PUAN NUR AISHAH BINTI ABDULLAH)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Keputusan Yang Berbahagia Tuan Pengarah,

Diluluskan / Tidak Diluluskan

……………………………………………...

(TUAN HAJI OSMAN B. HUSSAIN )

Pengarah,

IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.

Disokong oleh :

……………………………………………...

(PUAN SAFWAH BT JALALUDDIN)

Pegawai Eksekutif Kanan,

Unit Khidmat Pengurusan,

IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.