refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian

12
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114) Refleksi Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian Pada 16 Julai 2013, saya bersama-sama pasangan praktikum saya, Mohd Hanif bin Hamdan telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi tahun 2. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek PJM 3114, Pendidikan Jasmani Suaian dimana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini saya dan juga rakan saya menghadapi masalah pemilihan murid untuk dijadikan subjek kerana sekolah kami, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding tidak mempunyai Program Pendididkan Khas khusus seperti Program Pendidikan Khas Integrasi. Hasil daripada penbincangan bersama guru pembimbing dan guru disiplin selaku guru pemulihan, pihak sekolah telah membenarkan kami untuk mengambil 4 orang murid pemulihan tahun 2 untuk dijadikan subjek sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengantikan murid-murid pendidikan khas yang tiada di sekolah ini. Rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan pada jam 8.10 pagi. Sepanjang pelaksanaan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untuk memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang kali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajan ini. Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi organisasi yang tersusun. Secara amnya, organisasi telah disusun 1

Upload: nazri-kalam

Post on 02-Jan-2016

1.182 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pj suaian

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Refleksi Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pada 16 Julai 2013, saya bersama-sama pasangan praktikum saya, Mohd Hanif bin Hamdan

telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi tahun

2. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek

PJM 3114, Pendidikan Jasmani Suaian dimana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat

rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Dalam

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini saya dan juga

rakan saya menghadapi masalah pemilihan murid untuk dijadikan subjek kerana sekolah kami,

Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding tidak mempunyai Program Pendididkan Khas khusus

seperti Program Pendidikan Khas Integrasi. Hasil daripada penbincangan bersama guru

pembimbing dan guru disiplin selaku guru pemulihan, pihak sekolah telah membenarkan kami

untuk mengambil 4 orang murid pemulihan tahun 2 untuk dijadikan subjek sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengantikan murid-murid pendidikan khas yang

tiada di sekolah ini. Rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan pada jam 8.10

pagi.

Sepanjang pelaksanaan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan,

secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan

penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara

kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian

arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah

dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untuk

memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang

kali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh

murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan

arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak

dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat

bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan

pembelajan ini.

1

Page 2: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari

segi organisasi yang tersusun. Secara amnya, organisasi telah disusun dengan rapi dimana

untuk setiap langkah pengajaran mempunyai stesen tersendiri seperti stesen memanaskan

badan dan regangan, stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2, stesen permainan kecil dan

yang terakhir adalah stesen regangan badan. Dengan pengunaan sistem stesen bagi

organisasi sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah membuatkan perkembangan pengajaran

adalah lancar. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan

mengikut seperti mana yang telah dirancang. Dengan penggunaan stategi seperti ini telah

membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi

alatan oleh kerana alatan yang telah disiapkan terlebih dahulu di tempat yang sepatutnya.

Dengan itu, saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal dan perancangan

susunan alatan adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.

Kekuatan terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan secara

terus kepada murid sekiranya murid tidak boleh melakukan kemahiran. Pendekatan secara

terus dengan membantu murid untuk melakukan kemahiran telah membantu murid untuk

menguasai kemahiran yang diajar. Kemahiran yang diajar merupakan kemahiran guling

hadapan. Terdapat seorang murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini. Setelah dibantu

untuk melakukan kemahiran ini, murid tersebut dapat melakukan kemahiran ini. Pendekatan

membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan

kemahiran yang diajar. Oleh itu saya berpendapat bahawa pendekatan terus untuk

membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan murid untuk melakukan kemahiran adalah

kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Selain daripada kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan bagi

sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Kelemahan pertama yang boleh dinyatakan adalah

pemilihan kemahiran dan aktiviti yang sukar dilakukan dengan betul oleh murid. Kemahiran

yang telah dirancang adalah kemahiran guling hadapan. Kemahiran ini adalah sukar untuk

dilakukan dengan betul oleh murid ditambah dengan pemilihan aktiviti yang kurang sesuai untuk

murid. Secara amnya murid dapat membuat kemahiran ini akan tetapi kemahiran yang

dilakukan tidak berapa tepat dan tidak mengikut ansur maju yang telah ditetapkan. Oleh itu

2

Page 3: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

saya berpendapat bahawa, pemilihan kemahiran dan aktiviti yang dirancang merupakan

kelemahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Kelemahan lain yang dapat dinyatakan adalah pemilihan alatan bagi aktiviti permainan

kecil yang tidak sesuai. Permainan kecil yang dirancang menggunakan pundi kacang dimana

murid dikehendaki untuk mengepit pundi kacang tersebut dengan menggunakan lutut dan

membuat kemahiran guling hadapan tanpa menjatuhkan pundi kacang tersebut. Secara amnya

pada perancangannya sememangnya pemilihan alatan pundi kacang dilihat tepat kepada

mudah untuk didapati dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi ia menjadi masalah apabila

perancangan ini dilaksanakan secara amali kerana pundi kacang mempunyai saiz yang kecil

dan bentuknya yang tidak tetap menyebabkan murid sukar untuk mengepit pundi kacang

tersebut sekaligus menyebabkan murid sukar untuk melakukan aktiviti. Oelh itu, saya

berpendapat bahawa pemilihan alatan bagi aktiviti permainan kecil telah menjadi kelemahan

bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Seterusnya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid dirancang dengan

teliti dimana guru sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap psikomotor murid.

Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang

paling sukar dimana guru seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh

memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila

murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat melakukan

kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini

adalah guru sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang dirancang sebelum mengaplikasikannya

kepada murid. Seperti mana masalah yang dihadapi mengenai pemilihan alatan pundi kacanag

bagi aktiviti permainan kecil yang tidak sesuai, sepatutnya saya mencuba untuk melakukan

aktiviti itu dahulu. Sekiranya saya melakukan aktiviti yang dirancang terlebih dahulu, saya akan

dapat mengesan kelemahan aktiviti yang dirancang. Dalam situasi masalah pemilihan alatan

3

Page 4: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

bagi aktiviti ini, penggunaan pendi kacang boleh digantikan dengan pengunaan alatan yang

mempunyai saiz yang sederhana dan mempunyai bentuk yang tetap seperti bola baling saiz 3.

Secara keseluruhanya, rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar dan tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya dapat

melakukan kemahiran yang diajar walaupun tidak dengan lakuan yang betul. Saya dan juga

rakan saya juga telah mendapat kerjasama yang baik dariapada pihak sekolah seperti guru

pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pembimbing kami telah memberikan

banyak cadangan dan bantuan kepada kami. Secara peribadinya saya berpuas hati dengan

pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini dimana saya

say berpendapat adalah sukar untuk mengajar pendidikan jasmani kepada murid-murid yang

mempunyai masalah pembelajaran dimana mereka mempunyai tahap kognitif yang lemah

sekaligus tugasan ini memberikan saya cabaran dan pengalaman yang berguna apabila saya

menjadi seorang guru kelak.

4

Page 5: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Gambar

Organisasi penyediaan tempat secara keseluruhan

Stesen bagi memanaskan badan dan menyejukan badan

5

Page 6: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2

Stesen permainan kecil

6

Page 7: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Reviu Artikel / Dapatan Kajian

Judul : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Bekeperluan Khas

Penulis : Safani Bahri, Hamdan Mohd Ali

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Dapatan kajian ini menfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah bagi

pelajar berkeperluan khas seperti pelajar buta, pekak dan bisu, masalah pembelajaran dan

kecacatan anggota dengan pemerhatian dan temu bual dengan 36 orang guru di sekolah

sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur.

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan

keperluan khas. Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan

kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian

murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan

(Jabatan Pendidikan Khas, 1997) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dimana ingin

melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Berdasarkan maklamat pendidikan murid-murid bekeperluan khas juga ingin memastikan murid-

murid berkeperluan khas ini dapat bersaing dan hidup bergaul dengan masnyarakat sekeliling

seperti insan normal yang lain tanpa bantuan atau perhatian yang penuh.

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal

dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana Pendidikan Jasmani dapat membentuk pelajar

melalui empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Secara amnya aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan

jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan

mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa

(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Kekurangan upaya pelajar berkeperluan khas dari segi fizikal

menjadi halangan utama yang dihadapi mereka dalam melibatkan diri dalam aktiviti jasmani di

7

Page 8: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

sekolah. Masalah utama halangan bagi pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar

bekerluan khas adalah belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan

aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992) walaupun

terdapat garis panduan yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 1979-

1991.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak semua guru yang mengajar pendidikan

jasmani suaian mempunyai kelayakan dengan fakta hanya 50% orang guru yang mengajar

pendidikan jasmani suaian mempunyai kelayakan. Dari segi pelaksanaan, dapatan kajian

melalui pemerhatian dan temubual mendapati tiada format pengajaran yang standard

digunakan antara sekolah yang terlibat dalam kajian, kebanyakkan guru mengajar mengikut

cara yang difikirkan sesuai oleh mereka dimana secara tidak langsung pelaksanaan sesi

pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara guru. Aktiviti dalam pendidikan jasmani

dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti

pendidikan jasmani pelajar normal. Ketiadaan pemantauan daripada pihak kementerian

didapati menjadi sebab utama situasi ini berlaku.

Kajian juga mendapati guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar biasa tidak

mengadakan ubahsuaian pengajaran untuk pelajar khas. Hal ini menyebabkan pelajar

berkepeluan khas sukar untuk mengikuti aktiviti yang dirancang. Masalah-masalah lain yang

dihadapi adalah seperti kekurangan jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang

kondusif, pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal ,cuaca yang panas dan tidak

kondusif kepada pelajar khas, kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas, tingkah

laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif dan masalah komunikasi antara guru

biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.

Kesimpulannya kegagalan pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani bagi murid

bekeperluan khas adalah berdasarkan banyak faktor dimana kebanyakan situasi tidak

menyebelahi mereka. Kurang perhatian dan fokus daripada pihak yang berwajib menjadi faktor

utama kegagalan ini. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil perhatian khusus bagi

menjayakan pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar pendidikan khas secara menyeluruh.

Pelaksanaan pendidikan jasmani kepada murid pendidikan khas secara berkesan akan dapat

8

Page 9: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

membantu mereka untuk bersaing dan hidup secara normal. Pelajar pendidikan khas boleh

mencapai perkembangan secara positif sekiranya mereka mendapat peluang dan ruang.

Judul : Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme

Sekolah Menengah

Penulis : Tan Teck Bee, Loh Sau Cheong

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Objektif kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bekeperluan khas memaksimumkan

peluang pmbelajaran memberikan peluang kepada mereka untuk mengikuti program intervensi

kemahiran membaling bola. Program intervensi kemahiran membaling bola dijalankan selama

5 minggu, 3 kali seminggu, 60 minit setiap sesi latihan. Subjek dalam kajian ini diajar mengguna

sebelah tangan untuk membaling bola pada aras bahu. Latihan yang dijalankan sepanjang

program intervensi ini mempunyai struktur yang sama; ia bermula dengan sesi memanaskan

badan, diikuti dengan sesi latih tubi dan sesi menyejukkan badan. Di akhir sesi latih tubi, setiap

subjek diberi 5 kali percubaan dalam ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan

yang seterusnya ditulis berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran yang

sebelumnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk setiap subjek dalam sesi latih tubi

adalah berbeza antara individu.

Bagi ujian kemahiran membaling bola, data yang dikumpul adalah berdasarkan ujian

kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School

untuk pelajar-pelajar terencat akal (Fait, 1972). Ujian kemahiran motor yang dibuat oleh

University of Connecticut and Mansfield Training School telah luas digunakan untuk menguji

kebolehan kemahiran motor bagi golongan berkeperluan khas, dan ia adalah sesuai untuk

kajian ini memandangkan pelajar-pelajar autisme juga menghadapi masalah yang sama.

Dalam kajian ini kesemua subjek belajar dengan cara yang berlainan mengikut ciri-ciri

autisme yang tertentu. Ciri autisme menetukan cara belajar yang lain mengikut tahap

9

Page 10: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

kemampuan psikomotor dan kognitif mereka. RPI yang direka bentuk khas untuk setiap subjek

telah menunjukkan keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar

kemahiran motor. Mereka boleh dilatih menumpu perhatian dan membaling bola tepat pada

sasaran yang ditentukan.

Hasil dapatan kajian menentukan bahawa program intervensi yang khusus dan berfokus

melibatkan masa dan perancanagan yang rapi dapat meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar

autisme mempelajari kemahiran yang diajar. Selain daripada itu, hasil dapatn kajian juga dapat

mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu menguasai kemahiran membaling bola. Hasil

keberjayaan kajian ini adalah disebabkan faktor seperti berikut. Pertama, tempoh masa untuk

mengajar pelajar pelajar autisme yang lemah dalam kemahiran motor. Kedua, kajian tentang

memanjangkan masa latihan untuk aktiviti permainan, Kajian ini dijalankan untuk mengenal

pasti sama ada pelajar-pelajar autisme dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam

situasi permainan. Berdasarkan faktor ini, dapat dipastikan bahawa untuk memastikan pelajar

pelajar bekeperluan khas dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani

yang sempurna memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang khusus.

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan program intervensi dalam bentuk pendidikan

jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar autisme meningkatkan kebolehan motor.

Pelajar-pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang terbaik mungkin untuk

memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada

pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh

mencapai potensi kendiri.

10

Page 11: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Perbandingan Artikel / Dapatan Kajian

Terdapat kesinambungan antara artikel yang pertama, Aktiviti Pendidikan Jasmani

Suaian Pelajar Bekeperluan Khas dan dapatan kajian yang kedua, Program Intervensi

Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah. Secara

keseluruhannya, artikel yang pertama berkisar mengenai masalah yang dihadapi untuk

melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar bekeperluan khas manakala artikel

yang kedua pula berkisar mengenai cara untuk melaksanakan pendidikan jasmani untuk pelajar

pelajar bekeperluan khas secara berkesan.

Oleh hal yang demikian artikel yang pertama dan kedua boleh dikaitkan kerana

sekiranya merujuk artikel yang pertama dapat dipastikan bahawa banyak faktor dan halangan

untuk melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar pelajar bekeperluan khas.

Hasil daripada artikel yang pertama dapat dijadikan rujukan bagi artikel yang kedua iaitu cara

untuk menngatasi masalah yang dihadapi di artikel yang pertama. Selain daripada

kesinambungan kedua-dua artikel ini terdapat juga perbezaan bagi kedua-dua artikel ini.

Perbezaan bagi kedua-dua artikel ini adalah cara untuk mendapatkan hasil kajian kedua-dua

artikel ini. Bagi artikel yang pertama, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah melaui cara

pemerhatian dan temu bual terhadap pihak sekolah dan guru yang mengajar subjek pendidikan

jasmani. Manakala bagi artikel yang kedua, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah

dengan pelaknaan amali iaitu program intervensi kemahiran membaling bola. Perbezaan lain

bagi kedua artikel ini adalah daripada segi jumlah dan jenis responden yang terlibat. Bagi

artikel yang pertama, responden yang digunakan adalah dalam jumlah yang banyak dan

pelbagai melibatkan banyak sekolah dan pihak. Manakala bagi artikel yang kedua, jumlah

responden yang terlibat adalah sedikit dan tetap. Akan tetapi hasil kajian daripada kedua artikel

ini mempunyai objektif yang sama secara amnya, iaitu ingin membantu pelajar bekerluan khas

mendapat pelung untuk menjalani aktiviti pendidikan jasmani.

Pada keseluruhanya, kedua-dua artikel ini dapat dijadikan panduan dan jalan bagi

membantu pelajar pelajar bekeperluan khas untuk mendapat peluang menjalani aktiviti

pendidikan jasmani. Hasil kajian daripada kedua-dua artikel ini menunjukkan bahawa untuk

11

Page 12: Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

memastikan pelaja pelajar bekeperluan khas mendapat peluang yang saksama seperti mana

pelajar pelajar normal, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan dilakuan seperti

kepakaran tenaga pengajar, masa pelaksanaan, persekitaran sekeliling dan juga kerjasama

daripada pihak yang terlibat. Konklusinya, pelajar bekeperluan khas juga berhak untuk

mendapat peluang seperti mana pelajar normal nikmati agar mereka mendapat keyakinan diri

untuk bersaing di dunia normal.

.

12