nota pj suaian

35
NOTA PJ suaian PENDIDIKAN JASMANI KHAS (Special Physical Education) Kandungan : Pendidikan Jasmani Khas Program Pendidikan Jasmani

Upload: ahmdycob

Post on 24-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pj suaian

TRANSCRIPT

NOTA PJ suaianPENDIDIKAN JASMANI KHAS(Special Physical Education)Kandungan :Pendidikan Jasmani KhasProgram Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani KhasBidang khusus dalam pendidikan jasmani yang bermatlamat menyediakan keperluan pendidikan jasmani kepada populasi berkeperluan khas (populasi Istimewa)Program Pendidikan JasmaniMerupakan program pendidikan yang berobjektifkan perkembangan kognitif, afektif danpsikomotor. Aspek penumpuan utama di dalam program pendidikan jasmani ini ialah dari sudut psikomotor di mana ianya melibatkan fizikal, motor , kecergasan dan permainan.FizikalLebih menumpukan aspek perihal struktur anatomi individu, di mana ianya mengemukakan dua perbincangan iaitu aspekpostur statik(keseimbangan) dan jugapostur yang dinamik(pergerakan). Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu berkapasiti mengalami sekuen perkembangan motor berdasarkan umur perkembangan dan mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks.MotorMenumpukan kepada aspek perihal kualiti pergerakan individu di mana perlakuan adalah mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini adalah melibatkan beberapa faktor yang asas seperti:oImej tubuhoKawalan objekoOrientasi spatial (ruang)oKemahiran lokomotor dan bukan lokomotoroPerkembangan kemahiranoKecergasanMenumpukan kepada aspek perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Dimana ianya melibatkan beberapa prinsip asas sepertikekuatan, kelenturan, dayatahan kardiovaskular dan otot, kepantasan dan kelajuan.Di dalam pendidikan jasmani khas aspek ini difokuskan selepas tahap minimum aspek fizikal dan motor mampu dicapaiPermainanMerupakan platform untuk individu mengaplikasi aspek fizikal, motor kecergasan. Ianya melibatkan integrasi semua komponen psikomotor dalam konteks sosial. Secara tradisinya, aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan rekreasi selain daripada menyediakan peluang pencapaian sosial warga populasi khas

Renungan :Tiap-tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah keinsafan bhawa terlalu banyak yang aku tidak tahu(Imam Syafie)

KOMPONEN-KOMPONEN PENDIDIKAN JASMANI KHASKandungan :Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan JasmaniPenilaian Keupayaan Motor

Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )Modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )Program pendidikan jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir atau sama dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan (jika mungkin) jurang umur perkembangan (keupayaan) dan umur kronologi (hayat).Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )Program pendidikan jasmani yang berobjektifan pembetulan atau pemulihan bagi kes luar biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus utamanya adalah kepada populasi lencongan fizikal seperti contohKyphosis(boleh beradaptasi melakukan pergerakan dengan struktur tertentu),Scoliosis, Obesiti dan Atrofi otot. Matlamat utama pendidikan jasmani pemulihan ini adalah untuk membolehkan populasi ini dapat diserapkan ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan JasmaniMenunjukkan hirarki keselanjaran kedudukan penempatan yang sesuai bagi individu populasi khas bagi memudahkan mereka ditempatkan di tempat yang sesuai. Rajah menunjukkan keselanjaran penempatan program pendidikan jasmani khusus populasi khas.

Tahap 1Tahap Berasingan

1.Institusi KhasProgram dijalankan dalam satu tempatkhas (sama populasi)

2.Program Bersendirian KhasDitempatkan di rumah tetapi di bawahkawalan pakar bersama keluarga

3.Program Berasingan di Sekolah Khas

Tahap 2Tahap Integrasi Persekitaran

4.Program Khas Sepenuh Masa

Diletakkan di sekolah biasa

5.Program Khas Separuh MasaSeparuh masa atau sepenuh masa dikelas biasa

6.Penempatan dalam kelas biasa(normal) di bawah pengawasan individuterlatih

7.Kelas normal yang dilalui oleh semuakanak-kanak

Jasma & French ( 1994 )

Penilaian Keupayaan MotorProses pelaksanaan penempatan program pendidikan jasmani bagi populasi khas adalah bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor populasi tertentu di mana ianya melibatkan :oProses pengumpulan data berdasarkan ujian dan rekod.oProses interprestasi dapatan melalui proses analisioProses membuat keputusan berdasarkan dapatan yang diperolehiDi dalam perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor pendidikan jasmani khas ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesiik yang utama iaitu :oPenapisan dan rujukan (screening and rerence)oDiagnosis dan penempatan (dianogsis and replacement)oKlasifikasi sukan ( sport clasification)

Penapisan dan rujukan (screening and jrerence)Proses ini adalah biasa digunakan oleh guru pendidikan jasmani program biasa bagi menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. Sewaktu proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektif kokurikulum pendidikan jasmani normal. Di antara stesen aktiviti yang popular untuk proses ini adalah :oImbanganoKemahiran mengawal bola (drible)oKoordinasi bilateraloKawalan motor visualoKemahiran berbasikaloSukan dan permainan

Diagnosis dan penempatan (Dianogsis and placement)Proses penilaian ini adalah bersifat individu yang intensif dan dikendalikan oleh mereka yang terlatih. Dalam program program pendidikan jasmani khas, penilaian diagnosis bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu yang terlibat mengikuti programPendidikan jasmani yang dirangka. Untuk itu 2 model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian :Model IEP (Individual Education Program)Model Rei (Regular Educational intiative)

Model Rei (Regular Educational Intiative)

Model ini digunakan untuk mengenalpasti kumpulan pelajar yang memerlukan bantuan atau program Pendidikan Khas (tambahan). Ia biasanya digunakan kepada kumpulan pelajar yang mengalami masalah kesihatan yang kronik, masalah berat badan serta masalah persepsi motor.

Pengajaran Dan Kemajuan Pelajar (Intuition And Student Progress)

Merupakan proses penilaian yang dijalankan selepas selesai urusan penempatan. Proses ini dipandu oleh matlamat (JERI- Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dan objektif (P&P-pengajaran dan pembelajaran) spesifik pengajaran yang dilakukan. Ia juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan.

Klasifikasi Sukan (Sport Classification)

Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi keupayaan dengan berdasarkan struktur kesihatan (medical condition) serta kapasiti untuk berfungsi (fungtional capacity)

Renungan :Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir tuhan yang dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur.(HAMKA)

BATERI PENGUKURAN KEUPAYAAN MOTOR POPULASI KHASKandungan :Bateri Ujian Fizikal

Bateri Ujian FizikalPerkembangan penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program pendidikan jasmani khas dan ianya bermula sejak tahun lima puluh lagi.50 an Ujian Kecergasan Kraus Weber60 an Ujian Kecergasan AAHPER70 an Ujian kecekapan Motor bruiniks Oseretsky80 an Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori kemahran Motor Warden dan Bruniks90 an Sistem Pemprograman Penilaian dan Pentafsiran Bricker

RenunganSebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhiratnya kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak boleh bersusah payah hanya kerana manusia (bukan kerana Allah).(Maksud Hadis riwayat Al-Khatib)

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN JASMANI KHASKandungan :Pendekatan KategoriPendekatan Tanpa KategoriSituasi situasi istimewa (keadaan luar biasa) Exeptional.Terminologi terminologi yang menggambarkan keadaan ketidakupayaan.

Perlaksaan Program Pendidikan jasmani KhasPerlaksanaan program pendidikan jasmani khas ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitupendekatan kategoridanpendekatan tanpa ketegori.

Pendekatan Kategori

Perlaksanaan program pendidikan jasmani khas adalah menerusi kategori berdasarkan label spesifik individu populasi khas. Ianya khusus kepada keupayaan spesifik yang akan dilalui. Pendekatan ketegori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dan tujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada ketidakupayaan spesifik.

Pendekatan Tanpa KetegoriPerlaksaan program pendidikan jasmani khas adalah menerusi tahap keupayaan individu untuk berfungsi dan tidak berdasarkan ketegori ketidakupayaan spesifik. Pendekatan tanpa kategori ini adalah lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya adalah lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan didalam bidang. pendidikan kerana dapat meminimumkan stigma (tanggapan yang negative kepada populasi ini dari populasi umum) dan persepsi stereotaip (tanggapan kepada fizikal populasi dari populasi umum.

Exceptional

Merupakan keadaan di mana individu mempamer sifat terpesong yang signifikasi daripada populasi normal dalam aspek-aspek perkembangan fizikal , mental , emosi ,dan sosial . Terdapat 2 keadaan utama iaitu ketidakupayaan (disability) dan terlebih upaya(giftedness). Fokus utama untuk pendidikan jasmani khas ialah terhadap ketidakupayaan (disability).

Terminologi-terminologi yang menggambarkan keadaan ketidakupayaan

Cacat ( Impairment)Individu yang mengalami kehilangan fungsi yang eksplisit. Contohnya kecacatan verbal , ketidakupayaan pembelajaran , sindrom down ,celebral paisy , dan kudung (amputee)

Tidak upaya( disabled)Individu yang mengalami keadaan tidak upaya mempunyaikecacatan yang menghadkan kemampuan masing- masing untuk melaksankan aktivitispesifik.

HandicapIndividu handicap mengalami kecacatan dan ketidakupayaan yang menjejaskan emosi dan kemampuan sosial. (tidak semua orang yang cacat atau tidak upaya adalah handicap).

Renungan :Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada kepada tingkah laku dan anggotanya(Saidina Ali Abi Talib)

PENDEKATAN TRADISI PENDIDIKAN JASMANI KHAS : PENDEKATAN KATEGORIPengelasan Populasi Khas Dalam Pendekatan KategoriAutism (development disorder)Cacat visualCacat audio visualCacat pendengaran atau pekakRencat mentalKecacatan neurologiTrauma otakCacat fisiologi/patologi

Kategori-ketegori ketidakupayaan

Autism (development disorder)Ketidakupayaan aspek perkembangan kerana keluarbiasaan(disorder)yang berlaku di peringkat awal perkembangan otak(pada cerebellum) . Keadaan autism ini menjejaskan kepada mekanisme penerimaan input sensori oleh deria .Keadaan ini mengakibatkan masalah penerimaan input sensori oleh deria .Keadaan ini juga boleh mengakibatkan masalah komunikasi, interaksi sosial dan perkembangan tingkah laku dan pernah dirujuk sebagai sindrom Kanner (Kanner ,1943)Ciri-ciri utamaPerlakuan aktiviti yang berulangPergerakkan-pergerakkan sterotaipKesukaran beradaptasi dengan perubahan dalam persekitaran serta rutin hidupAdakalanya memberi respon unik terhadap pengalaman sensoriMempamerkan sifat kelainan (indifferented)Menyatakan keperluan dengan menggunakan pergerakan orang dewasaCiri-ciri ekolatik (mengulangi kata-kata atau percakapan yang didengar)Ketawa berseorangan kebiasaannnya dengan tidak mempunyai tujuan tertentuTidak akan bersemuka (no eyes contact) sekiranya terlibat dengan perbualanKeterlibatan dengan rakan sebaya atau aktiviti sosial hanya sekiranya didesak atau dipandu oleh orang dewasaPada kebiasaannya tidak akan bergaul dengan kanak-kanak yang lainAda kebolehan unik bagi sesuatu perkara biasanya perkara-perkara yang tidak melibatkan kefahaman sosialTidak berupaya menerima kelainan dalam kehidupan sterotaipTidak berlaku interaksi dua hala (one side interaction only)Boleh bercerita mengenai sesuatu perkara spesifik dengan berulang-ulangMempamerkan tingkahlaku luarbiasa (tidak mengambil peduli noral tingkahlaku biasa)Kekurangan dari segi keupayaan kreativiti untuk bermain

Maklumat tambahan mengenai AutismSecara global kadar autism adalah 1 : 100001 -5 % mampu menjalani kehidupan normal dan berdikari15 % mempamerkan peningkatan ketika remaja25 % boleh berinteraksi tetapi dengan pengawasan rapi55 % kekal "dependent" sepenuhnyaKadar autism adalah tinggi di kalangan lelakiPengawalan kelakuan individu Autism boleh dilakukan dalam jangka masa pendek dengan penggunaan dadah (Nelterexone) dan pengawalan dalam jangka masa panjang (phychological intervention)

Kaedah dianogsis Autismmulanya tentukan tahap keupayaan kognitif individu (secara lisan dan bukan lisan)tentukan tahap keupayaan berbahasa (languange disabilities)pertimbangkan samada tingkahlaku kanak-kanak sesuai dengan tahap umur kronologi, umur mental dan umur bahasajika dapatannya negatif, pertimbangkan masalah spesifik dalam keahiran sosial, bermain dan keupayaan berkomunikasikenalpasti masalah "medical specific" jika adapertimbangkan lain-lain tekstur "psikososial" yang relevanborang ICD - 10 DSM adalah alat diagnosis yang kerap digunakan oleh "American Psikiatric Assosiation" (Diagnosis Statistic Manual)

Cacat VisualKecatatan adalah terhadap sistem visual, samada kongenital (sebelum kelahiran) atau acquired (selepas kelahiran). Identifikasi klinikal adalah, penglihatan terhad (20/70 - 20/200 dengan penggunaan carta snellen) dan buta (10% daripada penglihatan normal).ButaTravel MotionSistem ambient tidak berupaya untuk mengesan dan dikatakan sebagai primitive kerana tidak dapat mengesan pergerakan.

Persepsi CahayaTidak berupaya memokuskan maklumat (advance system).

Total BlindnessKeperluan pendidikan adalah khusus kepada populasi yang buta dalam konteks kririkal.

Cacat Audio VisualKombinasi kecacatan terhadap kedua-dua sistem audio dan visual yang mengakibatkan masalah komunikasi, perkembangan, dan pendidikan yang kronik. Keperluan pendidikan yang amat khusus. Keseluruhan pembelajaran adalah melalui saluran haptic. Mod komunikasi bagi populasi ini ialah melalui braile mengunakan deria rasa atau sentuhan dan body braille.

Cacat pendengaran atau pekak

Kekurangan upaya individu untuk menerima maklumat audio. Ia berkemungkinan boleh merupakan kes sementara dan juga kekal. Keadaan sebegini boleh menjejaskan keupayaan menjalani pendidikan normal. Kes pekak ini ialah kes yang kronik dimana masalah pendengaran tidak dapat diatasi walaupun dengan bantuan alat. Populasi ini selalunya akan berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerak bibir.

Rencat mentalMerupakan kes tahap fungsi intelek dibawah tahap normal, akibat keluarbiasaan perkembangan, kes wujud akibat kecacatan yang dialami pada usia kritikal (umur perkembangan atau tumbesaran = 0 6 tahun).Dalam keadaan biasa, semua deria akan berfungsi.Secara normal,cuma keupayaan untuk menjalani proses pembelajaran normal yang terjejas. Keadaan ini selalunya melibatkan kes kes kongenital dan kes acquired. Contohny Sindrom Down.AAMR( American Association of Mentally Retarded ) mendefinasikan rencat mental sebagai limitasi yang wujud pada fungsi biologi, tidak focus kepada perbezaan IQ ( Intelektual Quality ). Menefasi keadaan rencat mental adalah sebelum individu mencapai umur 18 tahun.

Penyebab Rencat MentalKongenital ( keluarbiasaan kromosom dan keluarbiasaan metabolism )Penyakit atau tabiat ibu semasa mengandung seperti alcoholicAcquired ( Penyakit saraf, keracunan, persekitaran seperti keluarga ) serta komplikasi ketika kelahiran ( seperti kelahiran songsang).

Kecacatan NeurologiKes kecacatan yang berlaku terhadap fungsi system saraf yang melibatkan kes kongenital atau acquired. Ketidakupayaan adalah dalam konteks kegagalan system saraf pusat untuk berhubung dengan sistem periferi ditahap normal, jadi ianya menjejaskan proses perkembangan dan interaksi social ( bergantung kepada kes kes tertentu). Ianya melibatkan kes yang esktrim seperti cerebral palsy hingga k ekes yang ringan seperti epilepsy ( sawan babi).

Spectrum dalam kes celebral palsySpastik kerosakan pada korteks motor. Keadaan CP yang paling ringan. IQ berada dalam keadaan baik.Ataxic CP yang rosak dibahagian cerebellum.Dyskinesia CP yang paling serius. Kerosakan di nukleus basal ( Basal Ganglia) dan Rigidity muscle tone yang serius.

Truma OtakKes kes yang acquired sahaja dan merujuk kepada kecederaan otak yang diperolehi. Melibatkan kehilangan beberapa fungsi motor spesifik ( seperti Apraksia, Sindrom Parkinson, Alzheomer dan barah ). Kategori ini tidak melibatkan kecacatan otak yang kongenital.Parkinson Akibat daripada kerosakkan tisu otak dan kekurangan dopamine di gangleus basal.Apraksia Pergerakan yang tidak dapat mengikut kehendak otak. Contohnya mandi dulu baru buka baju.

Cacat Fisiologi / PatalogiTerminology kecacatan yang merujuk kepada limitasi keupayaan fizikal akibat daripada kecacatan fisiologi ( Asthma dan Epilapsy ) dan juga kecacatan patologi ( Diabetes, Hemophilia, dan trauma jantung). Keadaan ini merupakan limitasi yang menjejaskan keupayaan untuk menjalani program fizikal yang normal.Fisiologi Sistem daam tubuhPatologi Sistem dalam fisiologiTrauma jantung Kes kes kongenital

Renungan :Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas. Kadang kadang seorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tapi malas.(Hamka)

Pendekatan Pedagogi Pendidikan Jasmani Khas : Pendekatan Tanpa KategoriKandungan :Pendekatan Tanpa KategoriLabel berdasarkan tahap fungsi psikomotor.Geddes, 1978Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas.Stein,1980Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal.Kerajaan Persekutuan AS, 1984Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan ( Adjustment to disability)Pengubahsuaian Sikap di peringkat keluargaPengubahsuaian sikap di peringkat sekolahBeberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaianKonsep perkembangan ( Development Concept)Konsep Individu ( individual Concept )Konsep Fungsi (Fungsional Concept )

Pendekatan Tanpa KategoriPendekatan pendidikan yang bertujuan mengurangkan focus terhadap kategori ( label) tradisional dengan kronotasi negatif yang mengiringi sesuatu label. Ianya mengemukakan sistem label alternative.Menurut :Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan motor, ujian kemahiran dan pengetahuan tentang bateri ujian.Geddes, 1978Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya CP sebagai satu kumpulan.Stein, 1980Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Ianya melibatkan pencapaian individu / motor dan sekuen perkembangan motor.Kerajaan Persekutuan AS, 1984

Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor.Geddes, 1978Keadaan dimana kes kurang / ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate), serius( severe) dan teruk(profound). Di antara ujian ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak kanak dalam kes kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak kanak kes serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi jika dilihat dari perspektif perkembangan yang meliputi keseluruhan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas.Stein,1980Keadaan dimana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segiSENSORI(cacat visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran ( learning disability) digolongkan dalam ketidakupayaanINTEGRASI(Rencat Akal). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan responMOTOR(Kecacatan Neurologi).

Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal.Kerajaan Perseketuan AS, 1984Sistem yang memfokuskan kepada keupayaan berfungsi individu (bukan label spesifik) untuk menjalani program Pendidikan Khas. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability). Isu pokok yang utama dalam pendekatan tanpa kategori ini adalah penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi / motor dan bukan dari segi kategori ketidakupayaan yang spesifik.

Pendekatan Tanpa KategoriPrinsip am perlaksanaan program khas menerusi pendekatan tanpa kategori Jansma & French, 1994

Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan (adjustment to disability)Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ketidakupayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah.

Pengubahsuaian sikap di peringkat keluargaKeluarga merupakan faktor major dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian. Keluarga juga perlu menerima situasi atau limitasi yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan populasi khas. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan ialah :Pengasingan (isolation)Tolakkan (rejection)Sifat terlalu bergantung harap (dependence)Sifat kasihan dan simpatiSindrom melindungi (overprotection)Pengubahsuaian sikap di peringkat Sekolah

Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah (terutamanya penempatan di sekolah am). Perkara pokok ialah untuk melenyapkan kecenderungan xenophobia (kegelisahan pada situasi biasa). Di antara faktor yang perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengantidak melakukanperbandingan antara populasi yang lain (samada normal atau khas). Manakala faktor-faktor yang perlu diambil dan diberi perhatian ialah :Memokuskan kepada keupayaan yang sedia ada pada populasi terbabit.Konsisten dalam pengurusan tingkahlaku Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain.Indoktrinasi (pemupukan kefahaman pemikiran) mengenai kesamaan peluang (equal oppurtunity).

Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian

Tidak wujudnya reaksi am terhadap penyesuaian kepada situasi ketidakupayaan (tiada 2 individu populasi khas yang serupa) sebagaimana individu yang normal.Kesukaran untuk penyesuaian mempunyai kolerasi tinggi dengan jenis ketidakupayaan.Ketidakupayaan nyata dari segi fizikal akan mengalami proses penyesuaianlebih sukar berbanding ketidakupayaan implisit (seperti kes masalah pembelajaran).Proses penyesuaian melibatkan keseluruhan aspek tentang individu (bukan terhadap ketidakupayaan semata-mata).Label mewujudkan Self - Fulfilling Prophecy (jangkaan awal) yang negatif. Situasi sebegini boleh mengakibatkan jangkaan yang rendah terhadap pencapaian prestasi yang mampu dihasilkan oleh individu populasi khas.Konsep perkembangan (Development Concept)

Fokus utama adalah terhadap perkembangan fizikal yang seiring dengan umur kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi khas ialahUmur Perkembangan (UP)tidak sama denganUmur Kronologi (UK). Pendekatan perkembangan yang dikemukakan ialah pengajaran kemahiran matang secara individu bukan pencapaian individu.

Kaedah Pendekatan PerkembanganPengkelasan kemahiran fizikal dalam satu keselanjaran perkembangan (development continuum). Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang sepertikecergasan, kemahiran motor asas, akuatiksertaaktiviti individu dan berkumpulan.Kecergasan

Perkembangan kekuatan

Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot bolrh dibina berdasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti berikut :

Tahap PasifGuru menggerakkan murid mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan. Tahap murid adalah bergantung sepenuhnya kepada guru.Tahap BantuanMurid berada di tahap separa bergantung, bantuan guru masih perlu tetapi sudah berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri.Tahap AktifMurid mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap di mana hamper bebas daripada bantuan guru. Pada tahap ini murid sudah mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).Tahap RintanganPermulaan kemampuan manipulasi daya.

Aktiviti Individu dan Kumpulan

Fokus kepada keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-kanak populasi khas boleh diidentifikasikan menerusi jenis serta tahap permainan yang diceburi. Sekiranya kedua-dua ini dilewatkan berdasarkan persepsi sterotaip, kanak-kanak berkemungkinan mengalami ketidakupayaan pada jangka masa yang lebih lama. (Jika keupayaan individu lebih tinggi).

Konsep Individu (Individualization Concept)Konsep yang memfokuskan kepada kaedah penyampaian (instruction), dalam program pendidikan jasmani khas negara maju, proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yang memberi penekanan keperluan keindividualan. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsep-konsep perkembangan dan fungsi dalam pelaksanaan program pendidikan jasmani khas. Pada dasarnya, konsep pendidikan yang dikemukakan adalah berpusatkan kepada murid atau pelajar.Konsep pendidikan adadlah berpusatkan keperluan murid. Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan beberapa angkubah seperti :Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran.Penilaian melalui one-to me, kumpulan kecil atau kumpulan yang besar.Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik muridPertimbangan paling kritikal adalah dari segi kefahaman mengenai perlunya wujud hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran).Hirarki Penyampaian :Tindakan Susulan------------------------------Peringkat memantau kemajuan dan pencapaian kemahiran motor.

Penilaian------------------------------Peringkat mengukur keberkesanan program bantuan yang diaplikasikan.

Pengajaran------------------------------Peringkat mengaplikasikan program bantuan( interversion)

Perancangan------------------------------Peringkat membentuk objektif pendidikan jangka masa panjang, jangka masa pendek serta modul pengajaran harian.

Pentafsiran------------------------------Peringkat interpretasi tahap keupayaan motor semasa.

Pengujian------------------------------Peringkat mengumpul data mengenai prestasi semasa.

Pengurusan Tingkah laku------------------------------Peringkat memfokus kepada memahami tingkah laku murid.

Dalam konsep ini adalah bersifat tertutup (closed-loop). Apabila satu objektif pengajaran tercapai dan berdasarkan proses penilaian dan tindakan susulan, keseluruhan proses diulangi bagi tujuan mencapai objektif yang berteraskan yang lebih bersifat panjang.Antara perkara yang utama perlu difahami oleh pendidik ialah:Pengajaran sebenar hanya berlaku selepas tahap perancangan.Pengajaran berkesan hanya berlaku sekiranya guru berpengetahuan memecah sesuatu kemahiran kepada komponen yang releven.Konsep Fungsi ( Fungsional Concept)Strategi pengajaran atau kokurikulum yang diaplikasikan bagi kanak-kanak dimana perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding rakan sebaya. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang di antara UP dengan UK adalah terlalu jauh dalam konteks perbandingan dengan norma.4 Aspek Penting Dalam mengaplikasikan Konsep FungsiProgram yang hendak dijalankan adalah berasaskan komunitioMemfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi social, di mana kemahiran yang membolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan melompat.oMeminimumkan Visibility (melenyapkan ketidakupayaan dengan aktiviti-aktiviti yang sama terhadap ansur maju berbeza) terhadap ketidakupayaan yang dialami oleh individu yang terlibat dalam program pembelajaran.oKesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan dengan peringkat umur individu. Kesilapan yang sering dilakukan semasa aplikasi. Contohnya menggunakan situasi seumpama ini boleh merendahkan konsep murid terlibat (Aktiviti stereotaip)oKebebasan untuk memilih, dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan perlu dikuasai.

Renungan: Orang belajar sedikit daripada kejayaan, tetapi belajar banyak daripada kegagalan (Peribahasa Arab)Perkembangan MotorKandungan:Perubahan dalam aspek prestasi motor fozikalPrinsip Cephalo-CaudalPrinsip Proksimo- DistalTingkat Pencapaian Perkembangan Mengikut SekuenKlasfikasi Pergerakkan Voluntari mengikut Tahap PerkembanganPerkembangan Peringkat Keupayaan ManualSekuen Perkembangan Populasi normal berdasarkan Tahap Pencapaian Motor (Milestone)

Perkembangan MotorBidang yang mengkaji perubahan perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlakusepanjang hayat(lahir sehingga kematian).

Dalam Pendidikan Jasmani Khas, pengetahuan mengenai perkembangan motor kritikal kerana ianya :Menyediakan maklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran motor asas yang normal, hasil daripada kematangan biologi dan interaksi persekitaran.Memberi insight mengenai kewujudan factor- factor perbezaan individu dari segi kadar perkembangan dan pembetukan kemahiran motor spesifik.Lencongan daripada perkembangan kemahiran normal bagi populasi individu berkeperluan khas.Dari Segi Praktikal, Pengetahuan Mengenai Perkembagan Motor MembolehkanPenilaian / pengukuran normative bagi membantu proses mengenalpasti (scereening). Contohnya kes-kes seperti kecacatan neurologi dan motor dan kes-kes bakat / kebolehan luar biasa. Di mana ianya akan dapat menentukan kesediaan untuk menerima cabaran baru (dalam konteks pengalaman pembelajaran).Menonjolkan kepentingan praktis dan latihan serta amalan aktiviti fizikal dalam proses perolehan da pengekalan prestasi motor.

Perubahan Dalam Aspek Prestasi Motor FizikalPerkembangan signifikan dari segi kawalan motor voluntary untuk duatahun pertamaadalah mengikut dua prisip am iaitu prinsip Cephalo- Caudal (perkembangan berteraskan trend kepala kebawah head down) dan prinsip Proximo Distal(perkembangan berteraskan trend aksis tubuh keluar)Prisnsip Cephalo CaudalKawalan Motor paling awal berlaku pada kawasan otot leher diikuti oleh kawalan pada bahagian badan( trunk), kawasan otot lengan dan bahagian kakiFocus perkembangan yang utama oleh system biologiPrinsip Proksimo DistalKawalan yang dicpai pada otot-otot yang merentasi bahagian trunk (axis) seterusnya kawalan dicapai pada bahagian otot yang mengawal anggota (appendicular)

Kedua-dua Perkembangan Diiringi Oleh Perubahan Yang Dialami Dari Segi Ton Otot

Tingkat Pencapaian Perkembangan Mengikut SekuenKebebasan bergerak hanya boleh dicapai menerusi tingkat- tingkat pencapaian seperti :Kawalan postur (kawalan posisi tubuh)Keupayaan pergerakan (lokomotor) dalam persekitaran.Keupayaan kawalan manual - kemampuan mencapai, mengenggam, manipulasi objek dengan menggunakan tanganKlasfikasi Pergerakan Voluntari Mengikut Tahap PerkembanganPergerakan RudimenPergerakan yang berkembang atau terbias daripada lanjutan gerak balas yang primitive. Pergerakan reflex ini mula terbina 5 bulan prenatal dan berlanjutan sehingga 2 tahun.Pergerakan asas (fundamental)Pergerakan bagi kemahiran generic yang mula berkembang 12 bulan pascanatal sehingga sehingga 7 tahun, dengan kinematic lakuan yang belum matang.Pergerakan KompleksBiasanya merujuk kepada kemahiran aktiviti fizikal dan minda yang terbia pada umur 7 tahun.

Tingkat Pencapaian3 Peringkat Major Perkembangan Kawalan PosturKawalan kepala (2 hingga 3 bulan)Duduk bebas (kurang daripada 7 bulan)Berdiri bebas (kurang daripada 11 bulan)

Perkembangan Peringkat Keupayaan ManualKeupayaan manual (genggam & capai) yang matang biasanya dicapai di akhir tahun pertama. Kemahiran ini akan terus mengalami perkembangan tingkat pencapaian kemampuan manipulasi objek (menggunakan tangan) bermula pada usia 3 hingga 4 bulan yang pertama.SEKUAN PERKEMBANGAN POPULASI NORMAL TAHAP PENCAPAIAN MOTOR(MILESTONE)(PENGUKUR TAHAP PENCAPAIAN MOTOR KHAS)

Usia(Bulan)Perkembangan Motor

3Duduk bebas dengan kepala tegak(erect) tetapi postur badan cenderung jatuh kehadapan, kestabilan postur masih belum mencapai sepenuhnya berkeupayaan mengawal berat badan seketika apabila menerima sokongan

4Duduk bebas dengan bahagian kepala tegak dan kehadapan, beransur ke peringkat badan mengalami fasa rolling over iaitu aksi hayunan ke hadapan dan ke belakang

5Mampu menyokong berat badan di atas tangan ( posisi quadripedal ) tanpa dibantu bahagian dada

6Keupayaan mengguling dicapai ( daripada belakang ke abdominal )

7Mampu mengekal kedudukan tegak

12Keupayaan untuk berjalan di permukaan yang tidak sama rata, berjalan ke hadapan ke belakang dicapai

18Berkeupayaan berjalan tanpa kerap terjatuh, menaiki tingkat dengan sebelah tangan disokong. Keupayaan kekuatan otot. Mampu duduk sendiri di atas kerusi kecil dan mampu membaling objek.

21Mampu untuk turun tingkat dengan sebelah tangan disokong, bermain sambil berada dalam posisi squat. Berkeupayaan menendang objek ( bola besar )

24Keupayaan berlari dengan stabil di capai ( tetapi belum berkeupayaan dalam aspek kelajuan larian ). Pola kinematic ( peringkat biologi )

30Berkeupayaan untuk berjalan secara tip toe jengket selepas menyaksikan demonstrasi

33Mampu terjun dari platform yang rendah

36Keupayaan menaiki tingkat dengan kinematic kaki bersilang. Pencapaian kinematic lakuan matang. Kemampuan untuk melompat dan mendarat dengan stabil. Kemampuan mengayuh basikal roda tiga (koordinasi )

48Berupaya melompat sambil berlari. Mampu melakukan aksi skipping dengan satu kaki dihadapan. Mampu mengimbangi badan di atas satu kaki, berupaya berjalan di atas papan imbangan rendah dan mampu membuat balingan overarm.

54Mampu melompat dengan sebelah kaki

60Keupayaan menangkap dicapai. System Visual advance matang. Kematangan system visual advance ( primary kortikal visual ) kurang

Renungan :Nerakalah bagi orang yang tidak mengetahui ( jahil ) dan nerakalah bagi orang yang mengetahui kemudian tidak mengamalkanya.( Maksud Hadis Riwayat Abu Naim )

PERKEMBANGAN MOTOR DAN TINGKAT PENCAPAIAN (PRESTASI) MOTORKANDUNGAN :TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR POPULASI KHASTEMPOH KRITIKAL DALAM TINGKAT PENCAPAIAN MOTORKISAH JOHNNY DAN JIMMY(MC GRAW,1935)PERKEMBANGAN KEMAHIRANMOTOR ASASKEMAHIRAN LOKOMOTOR ( TEKNIK DAN KINEMATIK)UMUR DAN TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN LOKOMOTORPERUBAHAN KEUPAYAAN MOTOR DI PERINGKATTUA

TINGKAT PENCAPAIAN MOTOR POPULASI KHASBiasanya lewat dalam mencapai tingkat pencapaianPopulasi SINDROME DOWN hanya mencapaitingkat pencapaian berjalan tanpa sokongan selepas 24 bulan ( 12 bulan lebih lewat daripada populasi normal)Tingkat pencapaian motor (motor millestone) boleh berfungsi sebagai petunjuk awal kepada masalah dari segi potensi pergerakan ketika dewasa dan kemungkinan masalah neurologi (kogenital)TEMPOH KRITIKAL DALAM TINGKAT PENCAPAIAN MOTORPersoalan samada wujud tempoh spesifik di mana individu mungkin terlebih sensitif terhadap proses perolehan kemahiran motor isu pokok samada tempoh perkembangan normal boleh diubah melalui manipulatif persekitaran.KISAH JOHNNY DAN JIMMMY (McGraw, 1935)Mereka berdua merupakan kembar seuri.Pada usia 21 hari, mereka dipisahkan di mana Johnny merupakan individu yang bebas bermain dan berinteraksi dengan persekitaran manakala Jimmy pula berkebanyakkan masanya dihabiskan berada dalam cot dan hanya sedikit permainan.Pada usia 22 bulan, ujian berbasikal diadakan kepada mereka berdua. Hasilnya, Johnny yangmendapat pendedahan ketika 11 bulan dapat menguasai kemahiran tersebut ketika usia 19 bulan manakala Jimmy pula yang mendapat pendedahan ketika umur 22 bulan baru berjaya menguasai kemahiran.Dalam hamper kebanyakkan kemahiran motor asas dan rudiment, Johny dapat menguasai Jimmy. Jimmy hanya mampu bersaing dalam beberapa kemahiran motor sekunder tetapi prestasi motor beliau secara keseluruhannya adalah lebih rendah (dari segi kualiti lakuan)

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR ASAS

PERINGKAT USIA (TAHUN)PEROLEHAN KEMAHIRAN MOTOR

0 hingga 2Kawalan postur, lokomotor dan kemahiran manual asas

2 hingga 7Kemahiran kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor, kemahiran fudemantal yang membentuk asas kepada kemahiran motor spesifik pada peringkat lanjut

KEMAHIRAN LOMOTOR (TEKNIK DAN KIMEMATIK)

UMUR DAN TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN LOKOMOTOR

PERINGKAT USIA (TAHUN)PEROLEHAN KEMAHIRAN BUKAN MOTOR

2Corak pergerakkan kemahiran asas dicapai peningkatan kemahiran dari aspek penghasilan daya dan manipulasi daya

12Mencapai corak balingan yang matang

MASALAH ATAU KELEMAHAN BIASAPergerakkan kaki ke hadapan berada di bahagian yang sama dengan tangan yang membalingAksi hayunan tangan ke belakang agak tersekatKegagalan untuk rotasi bahagian pinggul ketika balingan dilakukanKoordinasi lengan badan yang agak lemahKetidakupayaan untuk melepaskan bola pada trajektori yang dikehendakiKehilangan imbangan ketika membaling

Aplikasi Praktika lMaklumat Mengenai Tahap Perkembangan MotorMaklumat yang diperolehi mengenai umur dan tahap perkembangan kemahiran fundamental atau rudimen memberi kelebihan dari segi :Penyediaan kaedah pemantauan terhadap perkembangan motor kanak-kanak yang lebih objektif terutama bagi kes clumsy.Sebagai panduankepada guru mengenai ansur maju pencapaian yang selanjutnya, sebagai tapak bagi proses mempercepatkan perolehan keakhiran motor spesifik.Penilaian pencapaian kemahiran motor sebagai petunjuk kepada kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti diri dalam aktiviti fizikal yang lebih berstruktur.Perubahan Keupayaan Motor di PeringkatTuaPerubahan dari segi kawalan posturHilang upaya untuk mengekalkan stabiliti dinamikKeupayaan visual yang semakin berkuranganPerubahan pada corak gait (langkah berjalan)Peringkat keperluan ubat-ubatanPerubahan kepada corak berjalanPerbandingan dengan populasi dewasa dan muda menunjukkan warga tua kurang mengangkat kaki ketika berjalan, berjalan pada kadar perlahan, langkah berjalan yang pendek, julat pergerakkan yang berkurangan dan posisi kaki yang mencapah ketika berjalan.

Renungan :Daripada Abu HamzahAnas b. Malik r.a.pembantuRasulullahs.a.w. katanya : Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.(Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim)

Perkembangan Dan Tingkat Pencapaian Dari Aspek NeurofisiologiKandungan :Regulasi GeneticProses Myelinasi (Myelination)System PersepsiKecekapan Membuat Keputusan

Perkembangan Dan Perubahan Dari Aspek NeurofisiologiPerkembangan sistem saraf dipengaruhi oleh interaksi kompleks faktor seperti :Kebakaan (genetic)Prenatal Pembentukan sel saraf (neuron)Pascanatal Percambahan dan insulasi akson (penyelaputan)PersekitaranMepengaruhi perkembangan semasa tempoh kritikal perkembangan system saraf bermula dari lahir hingga 12 bulan.Regulasi GenetikKetika lahir, berat otak adalah 300 hingga 350 gram (25% berat matang), apabola bayi mencapai umur 6 bulan ia meningkat kepada 50% berat matang, 2 hingga 2 tahun 6 bulan (75% berat matang) dan 6 tahun (100% berat matang). Semua neuron yang ada dalam sistem saraf pusat sudah wujud ketika lahir. Pertambahan mass otak di peringkat awal adalah hasil daripada peningkatan saiz serta proses percambahan sel neuron, pertumbuhan sel glial dan proses myelinasi. Kadar pertumbuhan berbeza mengikut kawasan di system saraf pusat. Kawalan awal di scapula, spinal cord dan serebrum.

OtakKortek serebral menjadi nyata selepas 8 minggu kelahiran, di mana terbentuk dua hemisfera serebral. Terdapat 10(17) neuron dalam korteks serebral. Selepas dua bulan pascanatal merupakan percambahan otot-otot most kritikal.

Spinal CordKecil dan pendek ketika lahir, kematangan daripada proses myelinasi secara perkembangan Caphalo-Caudal.

Laluan PiramidalMengalami myelinasi dan berfungsi selepas 4 hingga 5 bulan serentak dengan tanda-tanda awal berlakunya kawalan motor secara voluntary. Ia juga merupakan laluan yang menghubungkan korteks serebral ke spinal cord sahaja. Selain merupakan laluan motor peringkat rendah.Laluan ExtrapiramidalMerupakan laluan yang lebih kompleks, bertanggungjawab terhadap lakuan voluntary yang kompleks dan ia juga merupakan laluan peringkat tinggi.Proses Myelinasi (Myelination)Merupakan proses penyalutan akson dan dendrite sel saraf (neuron) dengan lapisan myelin. Peningkatan fungsi neuron (myelin) adalah dari segi kelajuan konduksi impuls saraf, keupayaan aktivasi neuron (firing) dan rintangan terhadap kelesuan. Proses myelinasi neuron sensori dan motorbermula ketika umur mencapai 5 hingga 6 bulan pada pranatal dan proses lengkap dalam masa 6 bulan cystic fibrosis. Kehilangan sel neuron berlaku pada penghidap multiple sclerosis dan cystic fibrosis. Kehilangan selneuron berlaku secara progresif sepanjang hayat( pada kadar 1000 sel sehari). Pada umur 65 hingga 70 tahun, 20% daripada jumlahneuron yang ada ketika lahir hilang tetapi pertumbuhan sel glial meningkat mengikut umur.

System PersepsiPerkembangan system persepsi adalah berdasarkan 3 prinsip:Prinsip 1Kematangan kemahiran persepsi akan terus mengalami peningkatan walaupun struktur sistem sensori dan reseptor mencapai kematangan lebih awal. Sistem visual mencapai kematangan struktur pada bulan 1 hingga 4 pascanatal tetapi akuiti visual terus berkembang (mencapai tahap dewasa) pada umur 10 hingga 12 tahun. Sistem kinestatik sudah berfungsi ketika perinatal tetapi peningkatan keupayaan jangkaan kinestatik melewati umur 8 tahun.Prinsip 2Semakin kompleks jangkaan persepsi yang perlu dilakukan, semakin lama bagi kanak-kanak yang sedang berkembang untuk mencapai tahap keupayaan dewasa. Bagi sistem visual, kematangan akuiti dinamik lebih lewat daripada akuiti statik. Jangkaan persepsi visual yang mudah seperti membanding saiz, warna, kelajuan dan sebagainya meningkat lebih awal berbanding keupayaan persepsi yang lebih kompleks seperti antisipasi pergerakan. Peningkatan keupayaan jangkaan kinestatik adalah selaras dengan jangkaan persepsi visual.Prinsip 3Integrasi berbagai maklumat sensori seperti integrasi kinestatik visual berlaku serentak dengan kematangan sistem-sistem sensori yang terlibat. Bagi lakuan mudah seperti identifikasi saiz atau kinametik lakuan, kematangan integrasi kinestatik visual adalah sekitar umur 8 tahun. Kanak-kanak sudah mampu identifikasi bentuk melalui deria kinestatik. Peningkatan lakuan kompleks seperti menangkap bola mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kematangan.Kecekapan Membuat KeputusanMasa reaksi adalah petunjuk kepada keupayaan ini. Kematangan pencapaian adalah seiiring dengan peningkatan kemampuan persepsi, iaitu kelambatan kanak-kanak membuat keputusan berbanding orang dewasa ini merupakan faktor tumpuan selektif.Renungan :Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedudukannya berserikat dalam kebaikan dan tidak ada kebaikan pada sekalian.Perkembangan Dan Perubahan Dari Aspek Pemprosesan MaklumatKandungan :Perubahan Terhadap Sistem EfektorPerubahan Terhadap Sistem RefleksPerubahan Terhadap Sistem VisualPerubahan Terhadap Sistem KinestatikPerubahan Terhadap Sistem Vestibular

Perubahan Terhadap Sistem EfektorPerkembangan Sistem OtotDalam konteks perkembangan motor, jumlah sel otot atau neuron yang telah lengkap ketika perinatal. Peningkatan dalam segala aspek berdasarkan perubahan yang berlaku pada saiz fiber. Semasa proses kematangan, fiber otot menjadi lebar dan panjang (hasil daripada peningkatan jumlah dan saiz unit kontraktil dalam fiber otot myofibril). Contohnya, Atropi adalah akibat daripada ketuaan kesan daripada kehilangan fungsi sistem saraf yang mengaktivasi sistem efektor.Spindel OtotKehilangan fungsi sistem saraf eferen yang berinovasi dengan sistem otot.

Sistem Saraf SensoriKehilangan fungsi eferen 1 dan eferen 2 (neuron sensori)

InovasiProses perhubungan sistem saraf dengan strutur (tisu)

SinapsSaraf dengan saraf

Perkembangan Sistem RefleksRefleks PrimitifRefleks untuk survival ketika peringkat total defence. Ianya wujud ketika perinatal.Refleks Postur Dan LokomotorIanya merupakan refleks yang berorentasi dengan persekitaran dan wujud dalam lingkungan 2 bulan pascanatal.Refleks VoluntariRefleks dalam kawalan peringkat refleks tertinggi. Ianya wujud 4 hingga 5 bulan pascanatal selain daripada kapasiti pemprosesan maklumat diperingkat tinggi.Refleks Primitif (Involuntari)Semua refleks asas yang berfungsi secara kolektif bagi tujuan kolektif bagi tujuan survival. Fungsi dan pengaruh terhadap pergerakan yang dilakukan oleh bayi amat kuat di peringkat perinatal sehingga 2 bulan. Pengaruh menjadi terencat atau lupus apabila tiba bulan ke 3 hingga 4 pascanatal, serentak dengan kematangan korteks serebral yang bertujuan untuk menyesuaikan keadaan kawalan daripada involuntari ke voluntari. Pengaruh refleks primitif yang berlanjutan adalah petanda masalah neurologi.Refleks Postur Dan Lokomotor (Voluntari)Wujud serentak dengan perkembangan awal kawalan postur. Ia berfungsi untuk kawalan orentasi kepala dan badan yang relatif kepada graviti. Refleks ini akan wujud pada 2 bulan pascanatal dan lenyap selepas 12 bulan. Diganti secara progresif dengan refleks voluntari. Sebagai contoh refleks berjalan dan berenang sudah wujud selepas perinatal, diganti dengan berjalan dan berenang voluntari 4 hingga 5 bulan pascanatal. Fungsi utama refleks ini adalah untuk menyediakan sistem saraf dan laluan laluan aferan bagi kemunculan kemahiran voluntari fundamental.Refleks VoluntariKewujudan refleks voluntari adalah petanda bagi permulaan perkembangan keupayaan memproses maklumat dan membuat keputusan (bergantung kepada tahap perkembangan). Proses asas pemprosesan maklumat ialah proses persepsi, proses membuat keputusan, proses organisasi pergerakkan dan penghasilan aksi. Kesan daripada perkembangan dan ketuaan terhadap proses ini adalah dari segi kelajuan proses maklumat, kecekapan dan sophistication dari segi kaedah maklumat dapat diproses.

Perubahan sistem visualStruktur mata mengalami sebahagian besar semasa prenatal. Saiz ketika lahir ialah 50 % daripada saiz matang. Retina suahberkembang ketika lahir dan proses menyelinasi saraf optic lengkap 1 hingga 4 bulan selepas pascanatal. Laluan saraf visual ke mid brain dan korteks visual sudah berfungsi ketika lahir.Struktur RetinaSel Rod - berkembang dahulu dan sensitive terhadap cahayaSel Kon - warnaSel Reseptor - akan menerima cahaya dahuluSel Ganglion - berhubung dengan sistem saraf pusat sahaja. (jenis W orentasi tubuh kepada persekitaran dan merupakan fungsi asas dan primitiff, jenis X ketajaman visual dan jenis Y analisis bentuk-bentuk kasar)Laluan Visual Di CNS (Sistem Saraf Pusat)Di Mid BrainLaluan visual yang primitive. Berfungsi sebagai kawalan imbangan, aliran optic dan reflex vestibule akular. Perkembangan lebih awal adalah pada sistem SC.Lateral Geniculate NecleusLaluan visual yang berlebihan. Berfungsi sebagai pemfokusan dan akuiti (ketajaman) visual. Fungsi ini amat lemah ketika lahir. Kematangan dicapai pada usia 10 tahun bagi objek pegun dan 12 tahun bagi objek dinamik.

Peningkatan Sistem VisualPeningkatan akuiti visual pada peringkat lanjut adalah hasil daripada keupayaan untuk mengubahsuai kanta (proses akomodasi) dan juga daripada peningkatan proses perbezaan sel neuron (cell differentiation) pada retina dan laluan ke korteks visual. Kematangan sistem visual adalah pada kadar sesuai bagi penerimaan maklumat visual yang perlu untuk membantu proses pergerakan (bagi kelahiran normal visual)

Kehilangan Sistem VisualUmur kronologi adalah faktor utama yang melibatkan penurunan keupayaan atau kehilangupayaan sistem visual daripada kemampuan asal. Pengurangan keupayaan boleh menjejaskan kemampuan motor. Antara sebabnya ialah keupayaan akomodasi (hypermetropia), kurang sensitive pada silau dan kontras dan bidang visual yang semakin kecil.

Perubahan Terhadap Sistem KinestatikReseptor kinestetik mengalami perkembangan paling awal dan sudah berfungsi ketika lahir kerana sistem ini penting dalam refleks awal.Manakala reseptor kutanus (cutaneous) pada mulut berfungsi bila 7 hingga 8 minggu pascanatal, pada tapak tangan berfungsi 12 hingga 13 minggu pascanatal dan pada sistem otot major berkembang 4 hingga 6 bulan pascanatal (reseptor sendi, spindle otot dan argon golgi tendon).Di fiber otot rangka pula, pada spindle otot yang berada dalam otot rangka amat sensitive terhadap ketegangan atau regangan. Manakala di golgi tendon amat sensitive terhadap tekanan.

Perubahan Terhadap Sistem VestibularPembentukan alat vestibular lengkap dalam 2 hingga 3 bulan pascanatal. Ia berfungsi secara refleks selepas tempoh ini. Sistem kinestetik dan vestibular berkembang awal untuk menyokong aktiviti bagi bayi sehingga sistem visual matang. Dokumentasi mengenai kesan umur ke atas ke dua-dua sistem ini tidak menunjukkan perubahan yang menarik.