kertas cadangan kayak_2010

4
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur _____________________________________________________________________________________ KERTAS CADANGAN PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK 2010 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 1.0 TUJUAN Kertas Cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P). 2.0 TAJUK PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK 2010 3.0 PENGENALAN Program rekreasi merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar. Pada kali ini, program rekreasi yang akan akan diadakan adalah ekspedisi kayak 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 melalui Exco Sukan dan Rekreasi. Melalui program ini, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah. Pada masa yang sama, program ini juga mampu memupuk perpaduan antara pelajar IPG KBA. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar sebagai guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek. Justeru, aktiviti sukan dan rekreasi merupakan salah satu elemen penting dalam IPG KBA. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk semangat kerjasama dan sikap bantu membantu dalam kalangan pelajar IPG KBA. 4.2 Memberi pengalaman, kemahiran dan latihan untuk pelajar mengendalikan kayak dengan betul. 4.3 Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang cabaran yang bakal dihadapi apabila mereka mengajar di kawasan pedalaman yang memerlukan pengangkutan air sebagai jalan utama. 4.4 Menjadikan program ini sebagai salah satu langkah dan latihan awal untuk pelajar berhadapan dengan keadaan dan situasi sebenar apabila menjadi guru nanti.

Upload: kheru-khek

Post on 17-Jan-2015

4.429 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan kayak_2010

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur_____________________________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK 2010JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.0 TUJUAN

Kertas Cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P).

2.0 TAJUK

PROGRAM REKREASI EKSPEDISI KAYAK 2010

3.0 PENGENALAN

Program rekreasi merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh

pelajar. Pada kali ini, program rekreasi yang akan akan diadakan adalah ekspedisi

kayak 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Majlis

Perwakilan Pelajar 2010/2011 melalui Exco Sukan dan Rekreasi. Melalui program

ini, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan

sahsiah. Pada masa yang sama, program ini juga mampu memupuk perpaduan

antara pelajar IPG KBA. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar sebagai

guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek. Justeru, aktiviti sukan dan

rekreasi merupakan salah satu elemen penting dalam IPG KBA.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk semangat kerjasama dan sikap bantu membantu dalam kalangan

pelajar IPG KBA.

4.2 Memberi pengalaman, kemahiran dan latihan untuk pelajar mengendalikan

kayak dengan betul.

4.3 Memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang cabaran yang bakal

dihadapi apabila mereka mengajar di kawasan pedalaman yang memerlukan

pengangkutan air sebagai jalan utama.

4.4 Menjadikan program ini sebagai salah satu langkah dan latihan awal untuk

pelajar berhadapan dengan keadaan dan situasi sebenar apabila menjadi

guru nanti.

Page 2: Kertas cadangan kayak_2010

4.5 Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui

program yang diatur.

4.6 Meningkatkan kemahiran kognitif guru-guru pelatih terutamanya dalam

aspek pengurusan dan penyelenggaraan program.

4.7 Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui sukan kayak.

4.8 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar IPG KBA.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

5.1 Program ekspedisi kayak 2010 yang bakal dijalankan ini, adalah di bawah

program Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 melalui Exco Sukan dan

Rekreasi dengan kerjasama dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBA.

5.2 Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk program : Program Ekspedisi Kayak 2010

Tarikh cadangan : 9 Oktober 2010 (Sabtu)

Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan

Peserta : 40 orang

6.0 IMPLIKASI

6.1 Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ia akan membina sahsiah guru yang

berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran dan arus globalisasi.

6.2 Melatih bakal-bakal guru untuk mengendalikan program yang melibatkan

pihak luar, pihak IPG KBA mengikut prosedur yang teratur dan betul.

6.3 Memantapkan ketahanan fizikal dan mental bakal-bakal guru ke arah

melahirkan guru-guru yang bersemangat tinggi dan optimis melalui ekspedisi

yang mereka lalui.

6.4 Menjadikan para pelajar IPG KBA aktif dalam bidang kokurikulum.

6.5 Menggalakkan para pelajar IPG KBA untuk mengamalkan budaya hidup

sihat.

6.6 Sebagai salah satu langkah untuk pelajar menggunakan masa dengan

bermanfaat dan berfaedah.

Page 3: Kertas cadangan kayak_2010

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan bagi Program Ekspedisi Kayak 2010 ini adalah ditanggung oleh

pelajar sepenuhya. Namun, kami memohon jasa baik dari pihak institut untuk

memberi kebenaran menggunakan bas dan peralatan IPG KBA supaya program ini

dapat dijalankan dengan sempurna.

8.0 SYOR

Majlis Perwakilan Pelajar IPG KBA melalui Exco Sukan Dan Rekreasi 2010/11

berharap supaya pihak pentadbiran memberi pertimbangan dan kelulusan dalam

menjalankan Program Ekspedisi Kayak 2010. Segala kerjasama dari pihak tuan

kami dahului dengan jutaan terima kasih.

9.0 KESIMPULAN

Program yang dirangka ini memberi banyak faedah dan manfaat dalam melahirkan

guru yang berdisiplin, mempunyai semangat dan jati diri serta ketrampilan yang

tinggi dalam apa juga bidang dan lapangan. Justeru, diharap program ini mendapat

kelulusan dari pihak institut supaya aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan

dengan sempurna.

10.0 PENUTUP

Diharap ahli mesyuarat MPPP mengambil maklum dan mempertimbangkan dengan sewajarnya kertas cadangan ini.

Disediakan oleh

(MOHAMAD TAHIR BIN KAMARUZAMAN)Ketua JabatanJabatan Hal Ehwal

Page 4: Kertas cadangan kayak_2010

2.1Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk program : Program Ekspedisi Kayak 2010

Tarikh cadangan : 9 Oktober 2010

Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan

Hari : Sabtu

Peserta : 40 orang