kepelbagaian budaya 2

15
Kepelbagaian Budaya

Upload: hai-yieng

Post on 02-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kepelbagaian budaya

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kepelbagaian Budaya

DEFINISI(Kamus Dewan (2005) edisi keempat.)

KEPELBAGAIANBUDAYAberbagai-bagai jenis merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat /kawasan yang samacara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitarPelbagai jenis akal budi, fikiran dan peradaban atau cara hidup manusia yang terdapat dalam sesuatu masyarakat.

Ciri-ciri budaya

Kepelbagaian budaya di Malaysia merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Ini merupakan cabaran kepada negara agar menyatupadukan semua rakyat.Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang.

Negara Malaysia dengan Kepelbagaian Budaya

Cabaran dalam sistem pendidikan MalaysiaCabaran dalam sistem pendidikan ialah maklumat mengenai perubahan haruslah dijelaskan kepada semua agar maklumat tentang konsep pelbagai budaya tidak diputar belit atau disalah faham oleh masyarakat. Perbincangan perlu diadakan dengan pelbagai kumpulan etnik supaya semua pihak memahami pelaksanaan di sekolah.

1. Rukun NegaraRukun Negara selalunya dipapar di dinding sekolah.Tujuan adalah untuk memupuk rasa hormat dan cinta akan negara, membina sikap timbang rasa terhadap kumpulan etnik yang lainan, membentuk kepercayaan diri, sikap inovatif dan mempunyai tingkah laku yang betul dan bermoral.Sebagai contohnya, salah satu prinsip Rukun Negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara telah menunjukkan kita harus setia kepada Raja Negara kita iaitu Yang Dipertua Agong serta sanggup menyumbang tenaga dan sumbangan untuk negara kita ( Negara Malaysia).Langkah langkah yang diambil dalam sistem pendidikan.

2. Pendidikan Moral/Pendidikan AgamaMurid-murid diberi pendedahan kepada aspek aspek kewarganegaraan dan nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembagan diri dengan masyarakat ,alam sekitar dan negara.Murid-murid memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat berbilang kaum.

3. Kajian Tempatan/ SejarahMata pelajaran kajian tempatan di sekolah rendah dan sejarah di sekolah menengah.Melalui mata pelajaran ini, murid dapat mendalami dalam kepelbagaian kumpulan etnik dan agama dan ciri-ciri hubungan etnik.Ia memberi pendedahan kepada murid untuk berkongsi kepercayaan dan pantang larang rakan.Mata pelajaran ini direka bentuk melalui tema-tema untuk memupuk keharmonian dalam kalangan etnik serta kestabilan politik negara.

Cabaran kepada guruDi sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian fikiran, kepercayaan dan agama agar menwujudkan suasana bilik yang kondusif.

1. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial muridMurid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan.Di mana akan wujud pergaulan bebas,tidak berkelompok,berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat.Dengan cara ini,satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.

Cara-cara guru menangani cabaran kepelbagaian budaya

2. Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,tingkah laku yang sesuai.Guru harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi secara optimum.Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka;setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang diperlukan.

3. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka.Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya.Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

4. Guru seharusnya mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya muridnya.Sebagai contohnya, guru boleh menerima jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga murid di rumahnya.Lawatan sebegini memberikan peluang kepada guru meneroka dan mengalami cara hiduo, tabian murid. Pengalaman sebegini membantu guru dalam menangani isu budaya dalam pelaksanaanya p&p.

5. Guru boleh menggunakan bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara positif.Contohnya, dalam topik pakaian tradisional, guru boleh menunjukkan gambar atau membawa pakaian tradisional pelbagai kaum dan murid berpeluang meneliti serta menguasai pengetahuan tentang ciri-ciri unik setiap pakaian tradisional.Persefahaman antara kaum akan lebih ketara lagi jika berlakunya perkongsian pengetahuan mengenai budaya masing-masing.

6. Amalan penggunaan bahasa standardGuru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan,nilai dan agama murid mereka.Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

15