kajian tindakan 1

14
PENGGUNAAN “RING KAD” BAGI MEMBANTU PELAJAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB TOPIK PENJELMAAN KHAIRUNIZAM BIN MAAROP SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK, PETI SURAT 124, 91007 TAWAU, SABAH, MALAYSIA [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan bagi membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran menjawab topik Penjelmaan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 38 orang pelajar tingkatan 4 Emas yang perlu melalui ujian pra dan soal selidik terlebih dahulu. Berdasarkan analisis ujian pra dan soal selidik yang dilakukan didapati bahawa pelajar ini menunjukkan kekeliruan dan mengalami masalah dalam menjawab soalan berkaitan topik Penjelmaan. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan telah dirancang dan penghasilan bahan yang dinamakan “Ring Kad” bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kajian ini memberi ruang kepada pelajar untuk membina dan mengenali bahan dalam aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhan kajian tindakan ini telah memberikan keputusan yang positif di mana penggunaan “Ring Kad” ini telah membantu

Upload: nizam-maarop

Post on 02-Feb-2016

310 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

transformation

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan 1

PENGGUNAAN “RING KAD” BAGI MEMBANTU PELAJAR DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB TOPIK PENJELMAAN

KHAIRUNIZAM BIN MAAROP

SEKOLAH MENENGAH ST. PATRICK,

PETI SURAT 124,

91007 TAWAU,

SABAH, MALAYSIA

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi membantu pelajar dalam

meningkatkan kemahiran menjawab topik Penjelmaan. Kajian ini telah

dijalankan ke atas 38 orang pelajar tingkatan 4 Emas yang perlu melalui

ujian pra dan soal selidik terlebih dahulu. Berdasarkan analisis ujian pra

dan soal selidik yang dilakukan didapati bahawa pelajar ini menunjukkan

kekeliruan dan mengalami masalah dalam menjawab soalan berkaitan

topik Penjelmaan. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan telah

dirancang dan penghasilan bahan yang dinamakan “Ring Kad” bagi

mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Kajian ini

memberi ruang kepada pelajar untuk membina dan mengenali bahan

dalam aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhan kajian tindakan ini

telah memberikan keputusan yang positif di mana penggunaan “Ring

Kad” ini telah membantu pelajar dalam memahami dan menjawab soalan

berkaitan topik Penjelmaan yang telah ditunjukkan dalam keputusan

ujian pos sekali tidak langsung dapat meninkatkan pencapaian pelajar

dalam peperiksaan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Page 2: kajian tindakan 1

Dari pengalaman pada tahun 2012 dan 2014, dalam mengajar kelas tingkatan 5 Mutiara dan 5

Emas masing-masing. Pelajar 5 Emas terdiri dari pelajar yang mempunyai tahap pencapaian

dalam pelajaran adalah sangat lemah. Mereka merupakan pecahan dari pelajar 3G dan 3F.

Manakala pelajar 5 Mutiara pada tahun itu adalah pelajar dalam aliran sastera yang lemah

dalam mata pelajaran matematik.

Melihat dari sudut Matematik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umumnya

topik Penjelmaan khususnya merupakan salah satu topik yang membawa 12 markah dalam

kertas 2 bahagian B dan beberapa soalan di dalam kertas 1. Secara tidak langsung pelajar

tidak terlepas untuk menjawab soalan tersebut di dalam peperiksaan. Ia juga akan

mempengaruhi markah pelajar jika soalan bagi topik ini tidak dijawab.

Oleh yang demikian, ketidakupayaan pelajar dalam menjawab soalan tersebut

merupakan satu kerugian yang boleh menjatuhkan markah matematik dalam SPM. Dengan

itu, satu kaedah atau penyelesaian masalah perlu dilakukan untuk pelajar seperti ini.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Seperti yang telah dibincangkan pada perenggan di atas, topik Penjelmaan merupakan salah

satu topik yang dapat memberi impak yang besar jika kemahiran dalam menjawabnya

diambil mudah. Ini kerana di dalam topik ini, pelajar perlu tahu bagaimana untuk bergerak

mengikut imaginasi penjelmaan yang dikehendaki soalan. Jika pelajar tersebut benar-benar

tidak mahir dalam menyelesaikan Penjelmaan yang empat iaitu Translasi, Putaran, Pantulan

dan Pembesaran, maka mereka tidak dapat mencari jawapan dengan betul. Seterusnya akan

menjejaskan permakahan.

Oleh yang demikian, satu alat cuba dihasilkan bagi membantu pelajar tersebut dalam

menguasai kemahiran menjawab topik Penjelmaan ini. Seterusnya dapat meningkatkan lagi

markah dalam peperiksaan.

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam menjawab topik

Penjelmaan berdasarkan pernyataan masalah yang telah dinyatakan pada perenggan di atas. Ia

tertumpu kepada bagaimana pelajar dapat mencari jawapan dengan menggunakan “Ring kad”

berbanding dengan menggunakan imaginasi sendiri.

Page 3: kajian tindakan 1

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan pelajar akan mencapai objektif seperti berikut:

4.1 OBJEKTIF UMUM

Pelajar dapat memahami topik Penjelmaan dalam matematik dengan lebih mudah dan cepat

dengan menggunakan “Ring Kad”.

4.2 OBJEKTIF KHUSUS

4.2.1 Meningkatkan kemahiran mencari jawapan dengan menggunakan ‘Ring kad’

4.2.2 Dapat menjawab soalan-soalan berkaitan Penjelmaan dengan lebih mudah.

4.2.3 Meningkatkan peratusan mendapat markah penuh dalam soalan Transformasi.

4.2.4 Menimbulkan minat dalam mempelajari topik Transformasi.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar dari kelas 4 Emas seramai 38 orang merupakan pelajar yang

mempunyai keputusan matematik di dalam PT3 adalah E dan F. Pelajar dari 4 Emas dipilih

kerana pelajar tersebut pernah belajar topik Penjelmaan dalam tingkatan 2 dan 3. Pelajar

tersebut merupakan pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun 2016.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dalam kajian tindakan ini

melibatkan penggunaan dua jenis instrumen iaitu ujian pra dan soal selidik.

6.1.1 Ujian Pra

Ujian Pra merupakan satu set soalan objektif merangkumi semua kemahiran dalam topik

transformasi iaitu Pantulan, Translasi, Putaran dan Pembesaran. Ia merupakan satu instrumen

kajian bagi mengesan sejauh mana pelajar menguasai topik Penjelmaan. Ia juga memberikan

pandangan awal tentang ketidakupayaan pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan.

6.1.2 Borang Soal Selidik

Satu set soalan soal selidik berkaitan tajuk kajian telah dirangka bagi mengumpul dan

menganalisis tanggapan dan sikap pelajar terhadap topik Transformasi serta pemahaman

meraka dalam mencari jawapan. Set soalan ini telah dirangka mengikut empat peringkat iaitu

Page 4: kajian tindakan 1

berkaitan topik, kaedah pengajaran, soalan berkaitan topik dan individu. Soal selidik ini

hanya mempunyai dua skala sahaja iaitu setuju dan tidak setuju. Ini adalah bagi memudahkan

pelajar dari kelas yang dipilih membuat pilihan yang tepat.

Set soalan soal selidik ini telah diberikan kepada pelajar sebelum permulaan sesi

pembelajaran bagi mengumpul masalah-masalah yang timbul seterusnya cuba untuk di atasi

dalam kajian ini.

6.2 ANALISIS DAPATAN TINJAUAN MASALAH

6.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra

Hasil dari pencapaian pelajar dalam ujian Pra dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.

Markah 0 1 – 49 50 – 59 60 – 69 70 – 79 80 – 89 90 – 100 Jumlah

Bil. Pel 21 17 0 0 0 0 0 38

Peratus 55.3 44.7 0 0 0 0 0 100

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

Berdasarkan keputusan ujian pra di dalam Jadual 1 di atas, kesemua pelajar tidak mencapai

tahap lulus atau di bawah markah 50. Seramai 21 orang pelajar yang mendapat markah 0.

Berdasarkan pemeriksaan kertas ujian pelajar menjawab soalan tersebut tetapi kesemuanya

jawapan adalah salah.

Manakala 17 orang pelajar yang mendapat markah di antara 1 hingga 49 markah.

Namun begitu ia merupakan markah pada tahap rendah dan gagal untuk peringkat sekolah

kajian. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa prestasi pelajar di dalam kelas 4 Emas ini

adalah rendah dalam menjawab soalan topik Penjelmaan.

6.2.2 Analisis Dapatan Soal Selidik

Page 5: kajian tindakan 1

BIL SOALAN

1 Topik ini sukar difahami 23 60.53 15 39.47

2 Topik ini membosankan 21 55.26 17 44.74

3 Topik ini membuatkan saya tidak berminat untuk belajar matematik 17 44.74 21 55.26

4 Topik ini terlalu banyak istilah yang mengelirukan 30 78.95 8 21.05

5 Kaedah yang digunakan semasa pembelajaran sukar difahami 19 50.00 19 50.00

6 Kaedah yang digunakan semasa pembelajaran membosankan 15 39.47 23 60.53

7Kaedah yang diajar oleh guru tidak membantu saya untuk menjawab soalan berkaitan topik ini

25 65.79 13 34.21

8 Soalan yang dikeluarkan dari topik ini sukar untuk dijawab 27 71.05 11 28.95

9 Soalan yang dikeluarkan dari topik ini mengelirukan 17 44.74 21 55.26

10Saya tidak tahu bagaimana nak mencari jawapan dalam soalan berkaitan topik ini

27 71.05 11 28.95

11 Saya keliru untuk menjawab soalan berkaitan topik ini 30 78.95 8 21.05

SETUJU TIDAK SETUJU

Jadual 2: Analisis Dapatan Soal Selidik

Merujuk kepada data yang telah diperolehi dalam Jadual 2 di atas, pelajar menyatakan

bahawa topik Penjelmaan merupaka topik yang sukar dan membosankan kerana 50% ke atas

pelajar telah bersetuju. Manakala 30 orang pelajar bersetuju bahawa mereka keliru dengan

istilah yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Seterusnya membuatkan mereka tidak

minat untuk belajar matematik.

Peratusan pelajar yang bersetuju bahawa kaedah pengajaran di dalam kelas

membosankan adalah rendah berbanding dengan kaedah pengajaran guru yang tidak

membantu pelajar dalam menjawab soalan berkaitan topik Penjelmaan iaitu sebanyak 65.79%

bersetuju.

Berkaitan dengan soalan pula, ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa soalan yang

dikeluarkan adalah mengelirukan iaitu sebanyak 55.26%. Namun begitu mereka bersetuju

bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana mereka berasakan soalan

tersebut sukar.

Manakala pada bahagian terakhir, merupakan pengakuan diri pelajar tersebut

menyatakan bahawa tidak tahu bagaimana untuk mencari jawapan berkaitan topik

Penjelmaan ini. Seterusnya berasa keliru untuk menjawab soalan tersebut. Secara keseluruhan

Page 6: kajian tindakan 1

dapat disimpulkan bahawa topik Penjelmaan merupakan satu topik yang menjadi sukar dan

membosankan adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar untuk memahami istilah dan

mencari jawapan. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menjawab soalan yang berkaitan topik

Penjelmaan menjadi satu masalah yang perlu diatasi.

6.3 RASIONAL PERLAKSANAAN “KAD FORM”

6.4 PERLAKSANAAN “KAD FORM”

Dalam mengaplikasikan “Ring Kad” ini, ia memerlukan 2 fasa utama dan dijalankan dalam

tempoh masa 2 minggu. Bermula dari 19 Februari 2015 hingga 2 Mac 2015. Jumlah waktu

yang diambil adalah sebanyak 12 waktu di mana setiap adalah 35 minit. Berikut merupakan

ikhtisar bagi perlaksanaan “Ring Kad” selama 3 minggu.

Bil Fasa Tarikh Perkara

1. Keserasian Bahan 19 Februari 2015

23 Februari 2015

Pengenalan bahan.

Permainan dan pengenalan kepada

bahan

2. Aplikasi Bahan 26 Februari 2015

2 Mac 2015

Aplikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan

bahan.

Jadual 3 : Ikhtisar Perlaksanaan

6.4.1 Fasa 1 : Keserasian Bahan

Rasional : Fasa ini dijalankan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk mengenali

bahan atau alat yang digunakan dalam menyelesaikan masalah penjelmaan

lebih dekat. Di dalam fasa ini juga pelajar didedahkan teknik penggunaan

alat agar tidak disalahgunakan.

Masa

perlaksanaan

: Dijalankan pada 2 hari yang berbeza dalam 2 waktu setiap hari.

2 waktu (160 minit)

Objektif : Di akhir pelajaran pelajar akan dapat

a) lebih mendekati bahan yang dihasilkan.

b) menggunakan bahan dengan mudah.

Bahan Bantu

Pembelajaran

: 1. Kertas kilat.

2. Plastik lut sinar keras.

Page 7: kajian tindakan 1

3. Kertas grid atau kertas bergarisan kotak (buku tulis matematik).

4. Mesin pembalut panas.

5. Papan pemotong

Langkah

perlaksanaan

: Pada hari pertama.

1. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Pelajar diberikan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

3. Pelajar diberikan penerangan dan arahan untuk menghasilkan kad.

Gambar 1

4. Pelajar dikehendaki untuk menghasilkan bahan seberapa banyak yang

boleh.

Pada hari kedua

1. Setiap pelajar diberikan bahan yang telah dihasilkan pada pembelajaran

lepas yang telah diberi nama “Ring Kad”.

2. Dalam agihan kumpulan yang sama pada pelajaran lepas, pelajar

dikehendaki menggunakan “Ring Kad” mengikut arahan guru.

3. Satu permainan dijalankan seperti berikut:

a. Lihat imej menggunakan kad cermin

b. Lukis objek menggunakan plastik lut sinar

6.4.3 Fasa 2 : Aplikasi Bahan

Rasional : Fasa ini merupakan fasa di mana pelajar perlu mengaplikasikan bahan

Page 8: kajian tindakan 1

dalam pembelajaran mereka. Ia merupakan kesinambungan dari fasa 1

yang dijalankan pada hari kedua iaitu permainan yang menggunakan

“Ring Kad”

Masa

perlaksanaan

: Dijalankan pada 2 hari yang berbeza dalam 2 waktu setiap hari.

2 waktu (160 minit)

Objektif : Di akhir pelajaran pelajar akan dapat

a) Menggunakan “Ring Kad” mengikut arahan yang ditetapkan.

b) Menjawab soalan berkaitan topik Penjelmaan dalam konteks Translasi,

Putaran, Pantulan dan Pembesaran.

Langkah

Perlaksanaan

: Pada hari Pertama

1. Pelajar diberikan arahan menggunakan “Ring Kad” dalam kemahiran

Translasi dan Putaran.

2. Setiap pelajar akan menggerakkan imej yang ingin dibentuk

berdasarkan arahan guru.

3. Seperti gambar di bawah.

Kaedah Translasi Kaedah Putaran

4. Aktiviti di atas diulang dengan menjawab beberapa soalan Translasi

dan Putaran.

Pada hari Kedua

1. Dengan menggunakan “Ring Kad” pelajar dikehendaki melakukan

beberapa aktiviti berkaitan Pantulan dan Pembesaran dengan bantuan

guru.

Page 9: kajian tindakan 1

2. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti di bawah.

Kaedah Pantulan Kaedah Pembesaran

3. Aktiviti di atas diulang dengan menggunakan beberapa soalan

berkaitan Putaran.

6.5 UJIAN POS

Setelah mengaplikasikan “Ring Kad” di dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar tersebut

diberikan satu lagi penilaian melalui ujian pos. Hasil dari ujian tersebut adalah seperti Jadual

4 di bawah.

Markah 0 1 – 49 50 – 59 60 – 69 70 – 79 80 – 89 90 – 100 Jumlah

Bil. Pel 0 5 11 10 6 4 2 38

Peratus 0 13.2 28.9 26.3 15.8 10.5 5.3 100

Jadual 4 : Keputusan Ujian Pos

Berdasarkan keputusan dan analisis ujian pos menunjukkan perubahan positif

berbanding ujian pra. Pelajar yang dikira gagal dalam ujian dapat dikurangkan sehingga 13.2

peratus sahaja. Manakala pelajar yang mendapat markah yang baik dari 50 hingga 79 juga

diperolehi iaitu seramai 27 orang. Seterusnya 6 orang pelajar menunjukkan keputusan yang

baik dan dapat menguasai topik Penjelmaan.

7.0 DAPATAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Page 10: kajian tindakan 1

Pada keseluruhannya, penghasilan “Ring Kad” ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar

dalam menjawab soalan topik Penjelamaan. Ini telah dibuktikan dalam peningkatan

pencapaian pelajar berdasarkan keputusan ujian pos berbanding ujian pra.

Selain dari itu, dengan menggunakan “Ring Kad” ini juga pelajar dapat memahami

konsep penjelmaan (translasi, putaran, pantulan dan pembesaran) lebih terperinci kerana

“Ring Kad” ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri bagaimana proses

penjelmaan itu dilakukan.

8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Diharapkan kajian akan datang dapat diteruskan dengan penyelesaian masalah berkaitan

Topik Penjelmaan dengan menggunakan “Ring Kad” yang lebih murni dan mesra pengguna.

Dan diharapkan juga agar penggunaan “Ring Kad” ini tidak menjadi satu kesalahan jika

dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan SPM kerana pelajar yang lemah dalam topik ini

sangat memerlukan dalam menjawab soalan Penjelmaan.

9.0 BIBLIOGRAFI

Medoff, Lisa (2010). Resilience In The Classroom: Helping Students With Special Needs.

Kaplan Publishing. United State of America.

Jurnal Kajian Tindakan SM St. Patrick, Tawau: Edisi 1(2013).