kajian tindakan 1

24
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 5 MAWAR MELALUI PENGGUNAAN CARTA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Alia Shafini Binti Kamaruzaman Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas ABSTRAK. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid masalah pendengaran memahami petikan yang dibaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada lima orang murid tahun 5M yang bermasalah pendengaran tahap teruk hingga sangat teruk. Carta telah digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memudahkan responden memahami petikan yang dibaca. Berdasarkan pemerhatian terhadap pencapaian Ujian Bulanan Jun 2010, dua orang daripada mereka memperoleh gred C manakala tiga orang lagi mendapat gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman). Pengkaji menggunakan pelbagai jenis carta seperti carta aliran, jadual dan peta minda dalam setiap pengajaran aspek pemahaman selama sebulan. Ujian pra, ujian pasca dan ujian formatif turut dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Keputusan ujian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Kesemua responden telah berjaya mencapai markah penuh lima per lima. Kajian jelas menunjukkan bahawa penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan kefahaman murid bermasalah pendengaran. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pengalaman semasa melaksanakan praktikum di tiga buah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia, beberapa masalah dalam mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dilihat. Antara masalah utama yang telah dilihat melalui pengalaman mengajar dan temubual bersama guru mata pelajaran adalah dalam aspek kefahaman murid terutama kefahaman dalam petikan yang menggunakan ayat-ayat sukar. Berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung, murid-murid mudah bosan apabila membaca buku dengan ayat-ayat yang panjang dan akan mengadu bahawa petikan tersebut susah. Semasa murid- murid ini berada di perpustakaan pula, hanya sebilangan kecil mereka yang akan mengambil novel atau buku cerita dengan ayat yang panjang, manakala selebihnya lebih suka memilih buku-buku yang mempunyai banyak gambar serta kurang ayat yang panjang. Keadaan ini amat ketara bukan sahaja di dalam perpustakaan malahan juga di dalam bilik darjah semasa membaca buku teks. Murid-murid ini lebih suka melihat gambar tanpa membaca isi pelajaran yang terkandung di dalam buku tersebut.

Upload: tuan-suhaini-tuan-abdullah

Post on 24-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID MASALAH PENDENGARAN TAHUN 5 MAWAR MELALUI PENGGUNAAN CARTA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUAlia Shafini Binti KamaruzamanInstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu KhasABSTRAK. Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid masalah pendengaran memahami petikan yang dibaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada lima orang murid tahun 5M yang bermasalah pendengaran tahap teruk hingga sangat teruk. Carta telah digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memudahkan responden memahami petikan yang dibaca. Berdasarkan pemerhatian terhadap pencapaian Ujian Bulanan Jun 2010, dua orang daripada mereka memperoleh gred C manakala tiga orang lagi mendapat gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman). Pengkaji menggunakan pelbagai jenis carta seperti carta aliran, jadual dan peta minda dalam setiap pengajaran aspek pemahaman selama sebulan. Ujian pra, ujian pasca dan ujian formatif turut dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Keputusan ujian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Kesemua responden telah berjaya mencapai markah penuh lima per lima. Kajian jelas menunjukkan bahawa penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan kefahaman murid bermasalah pendengaran.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUPengalaman semasa melaksanakan praktikum di tiga buah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia, beberapa masalah dalam mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dilihat. Antara masalah utama yang telah dilihat melalui pengalaman mengajar dan temubual bersama guru mata pelajaran adalah dalam aspek kefahaman murid terutama kefahaman dalam petikan yang menggunakan ayat-ayat sukar. Berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung, murid-murid mudah bosan apabila membaca buku dengan ayat-ayat yang panjang dan akan mengadu bahawa petikan tersebut susah. Semasa murid-murid ini berada di perpustakaan pula, hanya sebilangan kecil mereka yang akan mengambil novel atau buku cerita dengan ayat yang panjang, manakala selebihnya lebih suka memilih buku-buku yang mempunyai banyak gambar serta kurang ayat yang panjang. Keadaan ini amat ketara bukan sahaja di dalam perpustakaan malahan juga di dalam bilik darjah semasa membaca buku teks. Murid-murid ini lebih suka melihat gambar tanpa membaca isi pelajaran yang terkandung di dalam buku tersebut.

Semasa mengawasi murid-murid menjalani ujian atau peperiksaan pula, pengkaji telah perhatikan tingkah laku mereka sewaktu menjawab soalan kefahaman. Mereka akan mengeluh atau terkejut apabila terlihat akan petikan yang panjangnya satu muka surat penuh atau lebih, dan terus membaca soalan. Mereka akan melihat beberapa perkataan penting di dalam soalan dan kemudiannya mencari perkataan yang sama di dalam petikan dan terus membulatkan jawapan tanpa berfikir maksud yang tersurat atau tersirat. Namun begitu, tidak semua murid berkelakuan begini. Pada pandangan pengkaji, keadaan ini berlaku mungkin kerana kesukaran murid tersebut untuk membaca kerana murid masalah pendengaran perlu menggunakan bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) semasa membaca. Penggunaan KTBM akan melambatkan proses membaca dan tidak semua perkataan dapat diisyaratkan atau difahami maksudnya. Keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan murid dalam memahami petikan yang dibaca.

47Sewaktu mengajar membaca teks petikan dalam P&P Bahasa Melayu, pengkaji telah mempunyai pengalaman menggunakan pelbagai bahan dan kaedah untuk menerangkan maksud ayat-ayat yang dibaca. Bahan dan kaedah yang telah diaplikasikan adalah seperti menggunakan kad-kad perkataan dan ayat, gambar, video, model, bahan maujud, memberikan contoh-contoh terdekat, melukis, main peranan, berlakon dan sentiasa bersoal jawab dengan murid bagi memastikan mereka faham. Murid-murid didapati dapat memahami petikan dengan dapat menjawab soalan guru dengan tepat serta dapat menjelaskannya semula apabila guru menunjukkan gambar atau carta atau bahan visual yang lain dan mengeluarkan isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan.

Pengkaji juga telah mendapati bahawa murid-murid akan mudah bosan jika sesi pengajaran membaca petikan yang terlalu panjang dan mengambil masa yang lama. Oleh kerana itulah pengkaji berpendapat bahawa pengajaran membaca akan lebih mudah difahami jika diringkaskan dengan menggunakan carta yang lebih menarik seperti peta minda dan carta aliran. Walaubagaimanapun, kekangan yang mungkin timbul adalah murid-murid mudah lupa maksud yang telah diterangkan setelah tiada gambar.

FOKUS KAJIANKajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa membaca petikan supaya dapat menjawab soalan pemahaman. Penerangan melalui carta seperti carta aliran, jadual dan peta minda adalah amat penting bagi membantu responden kajian memahami petikan yang dibaca. Jika mereka tidak dapat memahami apa yang dibaca, mereka tidak akan memperoleh pengetahuan baru melalui pembacaan tersebut serta kekurangan perbendaharaan kata. Responden juga akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan-soalan berbentuk kefahaman. Pemahaman dalam membaca menilai kebolehan seseorang murid untuk memahami apa yang sedang murid tersebut baca. Ramai kanak-kanak boleh membaca, namun demikian tidak memahami apa yang telah dibaca (Pierangelo & Giuliani, 2006).

Penggunaan carta seperti carta aliran, carta jadual dan peta minda dapat membantu responden kajian memahami dan merumuskan sesuatu petikan yang panjang dengan melihat kepada isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan. Jika responden kajian boleh memahami perkara yang dibacanya, maka responden tersebut berupaya memberi tindak balas yang positif semasa guru menyoal, dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan mencambah pengetahuan mengenai perkataan baru.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

Objektif UmumMeningkatkan kefahaman responden kajian semasa membaca petikan dalam P&P Bahasa Melayu dengan menggunakan carta sebagai bahan bantu belajar yang utama.

Objektif KhususSecara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif yang berikut:

Responden dapat mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan melalui penggunaan carta.

Responden dapat memahami petikan yang dibaca dengan betul melalui penggunaan carta.

48

Responden dapat menjawab soalan berbentuk kefahaman dengan betul berdasarkan carta yang digunakan.

KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan lima orang murid tahun 5 Mawar di sebuah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran. Murid-murid ini terdiri daripada seorang murid perempuan dan empat orang murid lelaki.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Tinjauan Awal dan Analisis MasalahFokus kajian adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Ini adalah berdasarkan tinjauan masalah awal yang telah dilaksanakan melalui analisis dokumen dan Ujian Diagnostik Kefahaman Membaca mendapati responden kajian memperoleh markah yang rendah bagi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu. Dokumen yang telah dianalisis bagi mendapatkan data awal adalah Buku Rekod Pencapaian Murid (Adab Belajar) yang menunjukkan markah-markah ujian dan peperiksaan responden kajian.

Analisis Buku Rekod Pencapaian Murid mendapati bahawa kesemua lima orang responden kajian yang telah dipilih tidak pernah mendapat gred A atau B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi setiap ujian bulanan dan peperiksaan yang lalu. Hasil analisis tersebut hanya mengambil kira pencapaian pada tahun 2010 sahaja iaitu daripada bulan Januari sehingga Jun 2010. Pencapaian bagi tahun-tahun sebelumnya tidak diambil kira. Bagi Ujian Bulanan Jun 2010 pula, markah bagi Ujian Bahasa Melayu Kertas 1 (pemahaman) adalah dua orang daripada mereka memperoleh gred C manakala tiga orang lagi mendapat gred D. Pengkaji turut melihat kertas jawapan ujian bulanan tersebut dan mendapati banyak kesalahan dalam bahagian tatabahasa dan soalan pemahaman. Walaupun set soalan hanya mengandungi 10 soalan bentuk pemahaman, responden didapati hanya dapat menjawab 4 atau 5 soalan sahaja dengan betul. Keputusan tinjauan awal ini mengesahkan bahawa responden kajian menghadapi masalah dalam aspek kefahaman Bahasa Melayu.

Prosedur TindakanMengenal pasti sampel kajian dan memilih sampel

Mendapatkan maklumat terperinci mengenai sampel, mengumpul maklumat dan latar belakang sampel kajian.

Menjalankan Ujian Diagnostik Kefahaman Membaca.

Mengenal pasti masalah yang dihadapi berdasarkan ujian diagnostik.

Menjalankan ujian pra berdasarkan masalah yang dikenal pasti melalui ujian diagnostik

Merancang kitaran pertama.

Kitaran 1

Membuat RPH 1.

Membuat perancangan awal dan menyediakan carta serta petikan yang sesuai. Menjalankan proses P&P pertama menggunakan carta.

Memerhatikan tingkah laku responden semasa P&P. Menjalankan kuiz soalan kefahaman.

Mengisi borang senarai semak pemerhatian. Membuat refleksi untuk seluruh kitaran 1.

49Kitaran 2

Membuat RPH 2.

Menyediakan carta dan penambahbaikan yang sesuai untuk kitaran 1.

Melaksanakan P&P Kitaran 2 dan mengambil markah ujian kefahaman yang dijalankan selepas pengajaran.

Memerhatikan tingkah laku responden semasa P&P dan mencatatkan perubahan. Membuat refleksi.

Kitaran 3

Membuat RPH 3.

Menyediakan carta dan penambahbaikan kitaran 2.

Menjalankan P&P dengan membantu responden membuat carta peta minda berdasarkan petikan.

Membuat latihan kefahaman menyatakan isi-isi penting berdasarkan petikan. Membuat refleksi.

Menjalankan ujian pasca sebagai penilaian akhir dan melihat perkembangan responden dalam kefahaman petikan.

CARA PENGUMPULAN DATAInstrumen Pengumpulan Data

Ujian Diagnostik

Borang Pemerhatian

Ujian Penilaian Ujian Pra, Ujian Formatif, Ujian Pasca

Cara Mengumpul DataLangkah 1Analisis Dokumen

Memeriksa buku tulis, buku rekod pencapaian, kertas ujian yang lalu dan latihan-latihan buku aktiviti.

Tujuan analisis dokumen adalah untuk mendapatkan data awal dan mengenal pasti masalah serta tahap pencapaian responden kajian dalam aspek kefahaman bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Langkah 2Menjalankan Ujian Diagnostik Kefahaman Membaca dan Ujian Pra bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh responden kajian.

Langkah 3Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan kitaran pertama iaitu melaksanakan P&P dengan menggunakan petikan dan carta sebagai bahan bantu belajar utama.

Petikan yang digunakan adalah berdasarkan petikan yang terdapat di dalam ujian diagnostik di mana responden kajian tidak dapat menjawab soalan bagi petikan tersebut.

Pengkaji telah dibantu oleh seorang guru pelatih bagi memerhatikan tingkah laku responden semasa P&P iaitu samada boleh menjawab soalan guru dan memberi respon yang baik kepada soalan guru.

50Langkah 4Ujian Formatif I

Melaksanakan P&P Kitaran 2 dan mengambil markah ujian kefahaman yang dijalankan selepas pengajaran.

Langkah 5Ujian Formatif II

Melaksanakan P&P Kitaran 3 dan mengambil markah ujian kefahaman yang dijalankan selepas pengajaran.

Langkah 6Ujian Pasca

Melihat perkembangan responden dalam kefahaman petikan berdasarkan markah Ujian Pasca. Set ujian yang digunakan sama seperti Ujian Pra.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Ujian DiagnostikUjian diagnostik yang telah dijalankan melibatkan satu set soalan berbentuk pemahaman yang terdiri daripada bahagian A, B, C dan D. Aras penilaian daripada bahagian A hingga B adalah daripada mudah ke sukar berdasarkan arahan menjawab soalan yang diberikan.

Masalah yang telah dikenal pasti adalah dalam bahagian C dan D di mana responden kajian hanya dapat mencapai markah paling tinggi dua daripada lima. Kelima-lima orang responden didapati tidak dapat mencari jawapan yang betul di dalam petikan serta tidak memahami kehendak soalan.

Jadual 1 :

Markah Ujian Diagnostik

MuridMAMBMCMDME

Bahagian A3/53/53/52/53/5

Bahagian B5/55/55/55/54/5

Bahagian C2/51/51/51/52/5

Bahagian D0/50/50/50/50/5

Markah (%)53%47%47%42%47%

Pemerhatian BerstrukturBerdasarkan analisis borang pemerhatian, pengkaji boleh mengetahui sama ada responden dapat memahami apa yang diajar jika responden tersebut boleh menjawab soalan yang diajukan guru secara spontan, memberi respon seperti menyoal perkara yang tidak difahami dan dapat menceritakan pengalaman sendiri yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.

Analisis data menunjukkan responden kajian cepat bertindak mengangkat tangan selepas guru mengajukan soalan dan mencuba untuk menjawab soalan walaupun jawapan yang diberikan tidak tepat. Keputusan ini adalah berdasarkan hasil pemerhatian perkara bilangan 1 hingga 3 iaitu mendengar arahan guru, mengangkat tangan setelah disoal guru dan mencuba untuk menjawab soalan guru.

Walaupun responden kajian dilihat terlibat dengan aktif semasa proses P&P berlangsung, namun terdapat dua orang responden lelaki yang mempunyai masalah tingkah laku. Akibat daripada masalah tersebut, responden tidak memberi tumpuan terhadap penerangan guru dan terpinga-pinga apabila disoal.

51Ujian PraDua orang responden telah mendapat 2 daripada 5 markah, manakala tiga orang lagi mendapat 1 daripada 5 markah. Berdasarkan skala pemarkahan (Jadual 3), ternyata kesemua responden berada pada tahap lemah.

Jadual 2 :

Markah Ujian Pra

MuridMAMBMCMDME

Markah2/51/51/51/52/5

Jadual 3 :

Skala Pemarkahan Ujian

Markah (1-5)53-41-2

TahapCemerlangSederhanaLemah

Ujian FormatifSebelum Ujian Pasca dijalankan, ujian formatif telah dilaksanakan pada waktu akhir sesi P&P berlangsung. Keputusan ujian formatif yang telah dijalankan sebanyak dua kali telah menunjukkan peningkatan berbanding ujian pra iaitu terdapat dua orang responden yang telah berjaya mencapai markah penuh 5 daripada 5 dalam kedua-dua ujian dan tiada lagi responden berada pada tahap lemah. Markah ujian formatif pertama dan kedua dijelaskan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4 :

Markah Ujian Formatif I dan II

MuridMAMBMCMDME

Markah5/54/55/53/53/5

Ujian I

Markah5/55/54/53/54/5

Ujian II

TahapCemerlangCemerlang/Cemerlang/SederhanaSederhana

sederhanaSederhana

Ujian PascaKeputusan ujian pasca seperti yang dicatatkan dalam Jadual 5 di bawah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu kesemua lima orang responden berjaya memperoleh markah penuh 5 daripada 5. Merujuk skala pemarkahan pada Jadual 3 juga menunjukkan responden cemerlang di dalam Ujian Pasca.

Jadual 5 :

Markah Ujian Pasca

MuridMAMBMCMDME

Markah5/55/55/55/55/5

TahapCemerlangCemerlangCemerlangCemerlangCemerlang

DAPATAN52Hasil kajian jelas menunjukkan peningkatan markah di dalam ujian pasca di mana responden boleh menjawab soalan kefahaman dengan baik. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Sharmini (2005) tentang penggunaan carta pai dalam pengajaran dan pembelajaran sastera Bahasa Inggeris. Beliau mendapati bahawa penggunaan carta pai dapat menarik minat dan meningkatkan kefahaman murid bagi kumpulan murid dengan tahap kecerdasan yang sederhana dan tinggi.

Kajian oleh Berhannudin (2002) pula telah menunjukkan keputusan yang positif dengan penggunaan carta dalam pengajaran Sains dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris. Beliau telah menggunakan carta alir secara grafik bagi menunjukkan bagaimana sesuatu perkaran terjadi mengikut turutan. Penggunaannya juga didefinisikan sebagai proses dan penceritaan dimana pelajar boleh melihat aliran isi penting dalam bentuk yang konkrit.

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian PascaHasil analisis data menunjukkan peningkatan markah berdasarkan perbezaan markah Ujian Pra dan Pasca. Perbandingan markah kedua-dua ujian dapat dilihat dengan jelas melalui graf di bawah.

65

43210

MA

MBMC

MDME

Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 1: Graf Perbandingan

REFLEKSI KAJIANPenggunaan carta dapat membantu responden memahami isi penting yang terdapat di dalam petikan. Sebagai contoh, penggunaan carta aliran yang menunjukkan turutan petikan cerita. Di dalam carta aliran tersebut hanya mencatatkan ayat-ayat utama atau isi penting sahaja dan responden didapati dapat memahami turutan tersebut dengan lebih berkesan. Selain itu, ia dapat menarik minat murid untuk memahami petikan yang dibaca dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, antara kelemahan yang pengkaji dapat lihat adalah responden atau murid-murid masalah pendengaran ini menjadi terlalu bergantung kepada carta tersebut untuk menjawab soalan. Kelemahan lain pula adalah ayat yang dituliskan oleh murid tidak diolah dengan baik memandangkan ayat yang terdapat pada carta lebih ringkas.

Kesimpulannya, penggunaan carta dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu didapati memberi kesan positif dalam meningkatkan kefahaman murid-murid bermasalah pendengaran.

53CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAPenggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah berjaya meningkatkan kefahaman murid. Namun, pengkaji dapati bahawa penggunaan carta sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan kefahaman murid masalah pendengaran. Oleh kerana penggunaan bahan visualisasi dilihat amat penting bagi murid masalah pendengaran, pengkaji bercadang untuk menggunakan pelbagai bahan berbentuk visual selain carta dalam kajian seterusnya. Contohnya seperti elemen-elemen grafik yang lain seperti gambar rajah, video dan bahan maujud.

Pengkaji juga berharap agar dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif bagi melaksanakan kajian yang akan datang. Berbanding carta yang berbentuk dua dimensi (2D), pengkaji akan menghasilkan carta atau bahan grafik yang berbentuk tiga dimensi (3D) yang lebih menarik perhatian dan minat murid.

Pada kajian seterusnya, pengkaji juga ingin membuat penambahbaikan dari segi instrumen. Instrumen yang digunakan perlu mempunyai soalan-soalan ujian yang berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif). Soalan KBKK memerlukan murid memberi pendapat atau merumuskan tentang sesuatu perkara.

RUJUKANBerhannudin Mohd Salleh. (2002). A practical framework for the teaching of Science and Technology in English. Diperoleh Sept 15, 2010 dari http://apps.emoe.gov .my/ipba/rdipba/cd1/article111.pdf.

Pierangelo, R., & Giuliani, G. A. (2006). Assessment in special education: A practical Approach (2nd Edition). Boston: Pearson.

Sharmini Ghanaguru. (2005). Visual response through the use of pie charts. Diperoleh Sept 15, 2010 dari http://apps. emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article9.

54LAMPIRAN 1Jadual 6 :

Borang Rekod Pemerhatian

Tarikh : 16.07.2010Masa : 8.40 pagi - 9.10 pagi (30 minit)

Kelas: 5 M

Bil.Perubahan Tingkah LakuKekerapanCatatan

(Gundal)

Tingkah Laku Positif

1.Mendengar arahan guru.////Responden kajian mendengar arahan dan soalan

guru.

2.Mengangkat tangansetelah//// /Responden mengangkat tangan dan cuba untuk

guru menyoal.menjawab walaupun jawapan tidak tepat.

Seorang responden agak pasif dan tidak

berminat untuk menjawab soalan guru.

3.Mencubauntukmenjawab////Tiga orang responden kerap mencuba untuk

soalan guru.menjawab manakala dua orang lagi hanya

menjawab apabila dipanggil nama.

4.Menyoalguruberkenaan/Hanya seorang responden yang telah bertanya

perkataanatauperkara yangsoalan.

tidak difahami.

5.Mengaitkanisipelajaran//Setelah diberi rangsangan oleh guru.

denganmenceritakansituasi

yang pernah dihadapi.

Tingkah Laku Negatif

6.Tidak mendengar arahan guru.

7.Tidakdudukdiamsemasa/Ketawa dan bersembang semasa guru

guru mengajar.membetulkan bacaan rakan yang lain.

8.Mengusikrakan semasa guru//Dua orang responden saling mengusik semasa

mengajar.guru membimbing rakannya membaca.

9.Tidak dapat menjawab soalan//Seorang daripada responden dilihat gemar

guruatauterpinga-pingamengangkat tangan apabila rakan yang lain

apabila disoal oleh guru.berbuat demikian, tetapi tidak tahu jawapan yang

betul.

55LAMPIRAN 2Ujian Pra dan Ujian PascaA. Baca petikan ini dengan teliti.Hari ini ialah hari lahir kawan saya, Faridah. Hari ini, genaplah lapan belas tahun umur Faridah. Semalam, saya sibuk ke pusat membeli-belah untuk mencari hadiah. Saya telah membeli sebuah buku cerita bertajuk "Senja Yang Hening" untuk dihadiahkan kepada Faridah.Setelah tiba di rumah, saya membungkus buku itu dengan sekeping kertas bungkusan hadiah yang berwarna kuning. Di luar bungkusan itu, saya tampalkan sekeping kad ucapan. Petang nanti saya akan pergi ke rumah Faridah untuk menghadiri sebuah jamuan kecil. Saya tidak sabar untuk menyampaikan bungkusan hadiah itu kepada Faridah kelak.B. Jawab soalan-soalan berikut.1. Siapakah yang menyambut hari lahirnya pada hari ini? Hari ini ialah hari lahir _______________.

2. Ke manakah pengarang pergi pada hari sebelumnya? Pada hari sebelumnya, _______________.

3. Apakah tajuk buku cerita yang dibeli oleh pengarang? Tajuk buku cerita itu ialah _______________.

4. Apakah yang dilakukan oleh pengarang setibanya di rumah? Setibanya di rumah, _______________.

5. Pada pendapat kamu, kad ucapan apakah yang ditampalkan oleh pengarang di luar bungkusan hadiah itu?

Pada pendapat saya, pengarang menampalkan sekeping kad ucapan __________________________. 5

56LAMPIRAN 3Ujian Formatif IBaca petikan ini dengan teliti.Hari ini ialah hari jadi kawan saya, Faridah. Semalam, saya sibuk ke pusat membeli-belah untuk mencari hadiah. Saya telah membeli sebuah buku cerita bertajuk "Mencari Pelangi" untuk dihadiahkan kepada Faridah.Setelah tiba di rumah, saya membungkus buku itu dengan sekeping kertas bungkusan hadiah yang berwarna kuning. Di luar bungkusan itu, saya tampalkan sekeping kad ucapan. Petang nanti saya akan pergi ke rumah Faridah untuk menghadiri jamuan hari jadinya.Jawab soalan-soalan berikut.1. Siapakah yang menyambut hari jadinya pada hari ini? Hari ini ialah hari jadi ___________________.

2. Ke manakah saya telah pergi semalam?

Semalam, _______________________________________________________.

3. Apakah tajuk buku cerita yang telah dibeli untuk Faridah?

Tajuk buku cerita itu ialah _________________________________.

4. Apakah yang dilakukan oleh saya setibanya di rumah?

Setibanya di rumah, ___________________________________________________.

5. Pada pendapat kamu, kad ucapan apakah yang ditampalkan di luar bungkusan hadiah itu? Pada pendapat saya, sekeping kad ucapan __________________________.

57LAMPIRAN 4Ujian Formatif II Baca petikan di bawah.Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun. Pak Hassan pemandu yang cermat dan amanah.Pada suatu hari , Pak Hassan membawa dua orang pelancong ke Muzium Negara. Kedua -dua orang pelancong asyik bertanya pelbagai soalan kepada Pak Hassan. Pak Hassan pun memberitahu mereka tentang tempat-tempat menarik di negara kita. Dia juga menceritakan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum dan hidup bersatu padu.Pak Hassan tidak lupa menerangkan pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan di sini. Begitu juga beraneka jenis masakan yang mudah didapati.Akhirnya mereka pun sampai di Muzium Negara. Kedua-dua orang pelancong itu turun sambil mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.Jawab soalan-soalan berikut.1. Apakah pekerjaan Pak Hassan?

Pak Hassan seorang _____________________________.

2. Pak Hassan telah bekerja selama berapa tahun?

Pak Hassan telah bekerja selama __________________________.

3. Ke manakah Pak Hassan membawa dua orang pelancong itu?

Pak Hassan membawa dua orang pelancong itu ke _______________________________.

4. Apakah yang telah diceritakan oleh Pak Hassan kepada pelancong itu?

Pak Hassan menceritakan kepada mereka tentang __________________________________________________________________________.

5. Pak Hassan juga telah menerangkan tentang apa?

Pak Hassan tidak lupa menerangkan ___________________________________________________________________________

__.