kajian tindakan kump 1

56
1.0 DEFINISI Terdapat pelbagai pendapat dikemukakan oleh para pengkaji atau ahli-ahli psikologi sosial untuk menerangkan makna kajian tindakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pendapat mereka menjurus kepada pemberian makna yang hampir sama. Menurut Elliot & Adelman (1976) Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian tindakan merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah. McNiff (1988) pula menyatakan Kajian Tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Carr dan Kemmis (1986) juga telah memberikan definisi Kajian Tindakan sebagai Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these practices are carried out . Lomax (1994), Kajian Tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" (educational research) dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya.

Upload: emiariyani

Post on 08-Jun-2015

10.765 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Kump 1

1.0 DEFINISI

Terdapat pelbagai pendapat dikemukakan oleh para pengkaji atau ahli-ahli

psikologi sosial untuk menerangkan makna kajian tindakan. Walau bagaimanapun,

kebanyakan pendapat mereka menjurus kepada pemberian makna yang hampir sama.

Menurut Elliot & Adelman (1976) Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan

yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian tindakan

merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti

amalan guru di bilik darjah.

McNiff (1988) pula menyatakan Kajian Tindakan merupakan satu pendedahan

untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang

menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis

terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini

memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-

guru lain secara kolaboratif.

Carr dan Kemmis (1986) juga telah memberikan definisi Kajian Tindakan sebagai

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers,

students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to

improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their

understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these

practices are carried out”.

Lomax (1994), Kajian Tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" (educational

research) dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" (research in education)

kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya

serta profesionnya.

Page 2: Kajian Tindakan Kump 1

Hanipah Hussin (2001) juga telah memberikan satu pengertian Kajian Tindakan

yang mana menurut beliau adalah satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan

berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan

langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan

kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki

amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam

profesion perguruan.

Daripada kesemua maksud kajian tindakan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji

psikologi sosial tersebut dapat disimpulkan bahawa Kajian Tindakan adalah rangka untuk

penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam Kajian Tindakan mementingkan

aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau mengubah amalan kendiri

dalam situasi sosial. Ini jelas menunjukkan pendekatan aspek kajian yang dijalankan

lebih menjurus untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru atau diri

sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran serta melibatkan proses pembelajaran dan

perkembangan ikhtisas guru melalui kritikan yang membina. Proses ini melibatkan guru-

guru membina teori-teori daripada amalan sebenar dan keutamaan diberi untuk

memahami dan memperbaiki amalan sendiri.

Page 3: Kajian Tindakan Kump 1

2.0 SEJARAH KAJIAN TINDAKAN

2.1 Sejarah Kajian Tindakan Di Luar Negara

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial

yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan

Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai

masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu

keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja. Kedua-dua idea ini

merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau

usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan

McTaggart, 1988).

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers

College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang

diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Manakala John Elliot (1976) dan rakan-

rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom

sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai

sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat

impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan

McTaggart, 1988).

Page 4: Kajian Tindakan Kump 1

2.2 SENARIO KAJIAN TINDAKAN DI MALAYSIA

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan

Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan

Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation,

Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada

tahun 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada

guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek

Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya

dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas

dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains

untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian

Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di

bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah

dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh

BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di

kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat

diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding Seminar,

BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan

maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam

membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan

menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan

Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

Page 5: Kajian Tindakan Kump 1

2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka lazimnya adalah dibahagikan kepada

empat peringkat. Peringkat pertama ialah sistem pendidikan sebelum kedatangan British

ke Tanah Melayu. Peringkat kedua ialah sistem pendidikan semasa penjajahan British,

bermula dari Francis Light memperoleh Pulau Pinang pada tahun 1786 hinga menjelang

Perang Dunia Kedua. Peringkat ketiga pula bermula dari tempoh pembentukan Malayan

Union pada tahun 1946 hingga Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957. Peringkat keempat ialah sistem pendidikan awal kemerdekaan, iaitu di antara

tempoh selepas kemerdekaan sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

2.3.1 Sebelum Merdeka ( 1900 – 1957 )

Sistem pendidikan vernakular Melayu di Tanah Melayu sebelum kedatangan

British merupakan pendidikan agama di mana kanak-kanak Melayu belajar kitab al-

Quran di bawah bimbingan tok guru di masjid, surau atau pondok. Sekolah vernakular

Melayu menegaskan pelajaran 3M, hanya diperkembangkan atas inisiatif kerajaan British

dalam pertengahan kurun ke-19. Kekurangan guru untuk mengajar di sekolah Melayu

merupakan masalah yang mendesak. Justeru itu, kerajaan British cuba mengatasi masalah

itu dengan menubuhkan beberapa buah pusat latihan guru. Di antara pusat-pusat latihan

itu ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang mula dibuka pada tahun 1922. Pada masa

itu maktab ini merupakan kolej latihan guru yang lebih sempurna. Di bawah pimpinan

pengetua, O.T. Dussek, maktab it bukan sahaja berjaya menghasilkan ramai guru Melayu

tetapi juga menerbitkan tidak kurang bilangan buku teks yang bermutu untuk digunakan

di sekolah Melayu dan maktab perguruan itu sendiri.

Bagi sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil, kerajaan British dalam kurun

ke-19, mengamalkan dasar tidak campur tangan. Bagaimanapun, pada tahun 1902

kerajaan mula memberi bantuan kewangan untuk mendirikan sekolah vernakular Tamil

serta menguatkuasakan suatu Kod Buruh yang mewajibkan majikan mereka menyediakan

Page 6: Kajian Tindakan Kump 1

pendidikan Tamil di ladang-ladang. Perubahan polisi ini adalah bertujuan menggalakkan

buruh-buruh dari India supaya bekerja di Tanah Melayu.

Dalam kurun ke 19, masyarakat Cina di Tanah Melayu bebas menubuhkan

sekolah-sekolah mereka berdasarkan sistem pendidikan di Negeri China. Pada awal

kurun ke 20, terdapat banyak sekolah Cina digunakan untuk menyebarkan ideologi

Kuomintang serta menenang pentadbiran British di Tanah Melayu. Kerajaan British mula

sedar betapa bahaya pengaruh Negeri China dalam sekolah-sekolah vernakular cina di

Tanah Melayu. Untuk menyekat perkembangan yang tidak diingini, pada tahun 1920,

kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah dengan memberi kuasa

kepada Jabatan Pelajaran supaya menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi syarat-

syarat yang ditetapkan dalam Enakmen itu.

Polisi kerajaan British terhadap sekolah Inggeris adalah berlainan. Sejak

penubuhan Penang Free School pada tahun 1816, kerajaan British mula melibatkan diri

dalam perkembangan sekolah Inggeris di negeri-negeri Selat dengan memberi bantuan

kewangan penuh kepada sekolah Inggeris kerajaan dan separa bantuan kepada sekolah

Inggeris kerajaan dan separa bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh. Tujuan kerajaan

British membantu sekolah Inggeris adalah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada

kanak-kanak atasan yang mampu membayar yuran sekolah.

Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu pula, di antara tahun 1942 sehingga

tahun 1945, semua jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan

untuk mengajar Bahasa Jepun. Selepas pembentukan Malayan Union pada tahun 1946,

kerajaan British cuba memperkenalkan polisi pendidikan baru dengan menerima Laporan

Cheesemen sebagai dasar pelaksanaan. Bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat

dilaksanakan kerana kerajaan pada ketika itu, terlalu sibuk dengan kerja pemulihan

sekolah yang banyak mengalami kerosakan dalam masa pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1949, selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan

Bristish menubuhkan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran untuk menkaji polisi

Page 7: Kajian Tindakan Kump 1

pendidikan di bawah pentadbiran baru. Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan

Laporan Holgate dengan mencadangakan supaya Rancangan Cheeseman diterima sebagai

polisi pendidikan Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun cadangan tersebut ditolak

oleh Majlis Perundingan persekutuan kerana bantahan terhadap penggunaan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa penngantar yang tunggal bagi semua sekolah di dalam

Persekutuan.

Pada tahun 1951, Jawatankuasa Barnes mencadangkan rombakan segala sistem

pendidikan dengan menubuhkan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Melayu dan

sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja.

Oleh sebab bantahan rakyat Cina, satu Jawatankusa baru dilantik untuk menkaji

pendidikan Cina. Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan laporannya, iaitu Laporan

Fenn-Wu, yang mencadangkan Bahasa Cina, di mana murid-murid boleh belajar tga

bahasa, termasuk bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam masa persekolahan mereka.

Oleh sebab perselisihan yang didapati di antara dua laporan tersebut, satu

Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menyelaraskan cadangan-cadangan dalam kedua-

dua laporan itu. Jawatankuasa Khas itu kemudian menerima cadangan-cadangan daripada

Laporan Barnes dengan alasan perpaduan rakyat berbilang kaum. Laporan Jawatankusa

Khas kemudian diluluskan dan dikuatkuasakan dalam Ordinan Pelajaran 1952.

bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kewangan.

Laporan Razak yang diumumkan pada tahun 1956 menetapkan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan mengiktirafkan Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah mereka masing-masing.

Di antara tahun 1946 hingga 1957, beberapa jenis latihan guru diancangkan untuk

menampungkan keperluan sekolah. Selain dari guru Melayu di Maktab Perguruan Sultan

Idris dan Maktab Perguruan Perempuan di Melaka, Kelas Normal dibuka dalam beberapa

tempat untuk melatih guru bagi sekolah jenis aliran bahasa. Kerajaan meminjam Maktab

Perguruan Kirkby (1951) dan Maktab Perguruan Brinsford Lodge (1955) di Britain dan

Page 8: Kajian Tindakan Kump 1

membina Maktab Perguruan Kota Bharu (1954) d Kelantan untuk melatih guru sekolah

menengah rendah.

Dapat disimpulkan bahawa perubahan – perubahan yang berlaku sebelum

merdeka menunjukkan kajian – kajian tindakan telah mula dibuat meskipun ianya

dilaksanakan secara tidak lansung.

2.3.2 Awal Merdeka (1957-1963)

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu

dalam tempoh awal merdeka lazimnya dibahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama adalah Penubuhan Jawatankuasa mengkaji dan merancang iaitu

merupakan pelaksanaan Laporan Razak. Dalam peringkat ini, kita dapat menyaksikan:

1. Penggubalan satu sukatan matapelajaran yang sama untuk semua sekolah.

2. Penubuhan pusat latihan, terutama Maktab Perguruan Bahasa (1966), untuk

melatih guru yang berkelayakan.

3. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa yang ditugaskan di Maktab

Peguruan Bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (1956) untuk menghasilkan

buku teks supaya digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan.

4. Penubuhan cawangan Universiti Malaya pada tahun 1959 di Lembah Pantai,

Kuala lumpur.

5. Pembekalan tempatt belajar di sekolah rendah bai semua aliran bahasa, iaitu

Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

6. Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah.

Peringkat kedua merupakan peringkat pengubahsuian daripada rancangan Laporan

Razak. Peringkat ini juga merupakan pelaksanaan rancangan Laporan Rahman Talib

(1960). Dalam tempoh ini, beberapa program pengubahsuaian diusahakan untuk

menggerakkan proses pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Perubahan-perubahan

Page 9: Kajian Tindakan Kump 1

utama yang berlaku atas Sistem Pendidikan Kebangsaan di bawah rancangan Laporan

Rahman Talib ialah:

1. Umur persekolahan murid dinaikkan kepada 15 tahun. Murid-murid boleh naik

darjah secara automatik hingga peringkat sekolah menengah rendah.

2. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang

gagal mendapat tempat belajar mereka di sekolah menengah akademik.

3. Menganjurkan peperiksaan awam dalam bahasa rasmi sahaja dan memansuhkan

peperiksaan yang bukan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa pengantar.

4. Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran

Bahasa Melayu) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (aliran Bahasa

Inggeris). Di samping itu, menarik balik bantuan kepada sekolah menengah yang

tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

5. Memberi tempat percuma kepada semua kepada semua murid yang sedang belajar

di sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun.

6. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional untuk

melatih murid-murid dalam berbagai-bagai bidang jurusan.

2.3.3 Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia di antara tahun 1963 hingga tahun

1975 boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Tahap Pertama (1963-1965), Tahap

Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap Pertama merupakan pelaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah

dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam tempoh ini, banyak Sekolah Pelajaran

Lanjutan telah ditubuhkan untuk menampung murid-murid sekolah rendah yang gagal

memasuki Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Lanjutan Kampung. Pelajaran

Bahasa Malaysia diutamakan bukan sahaja di dalam semua peringkat persekolahan tetapi

juga di dalam semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem pendidikan

sekolah rendah yang menggunakan berbagai aliran bahasa terus diberi bantuan, manakala

Page 10: Kajian Tindakan Kump 1

banyak sekolah menengah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran

Bahasa Malaysia) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (aliran Bahasa Inggeris).

Peperiksaan umum dihadkan kepada penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

sahaja. Untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem persekolahan

dan kurikulumnya, satu kajian tlah dilaksanakan sehingga mewujudkan Sistem

Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan mulai tahun 1965 untuk menggantikan ketiga-

tiga sistem Sekolah Lanjutan Pelajaran, Sekolah Menengah Akademik dan Sekolah

Lanjutan Kampung. Semua murid sekolah rendah diberi tempat secara automatik di

bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan apabila Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah

dimansuhkan pada tahun 1964. Ramai guru yang diperlukan untuk mengajar di sekolah

menengah di bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ini, terutama guru-guru

vokasional, adalah dilatih melalui Pusat Latihan Daerah.

Tahap Kedua merupakan tahap pelaksanaan rancangan pendidikan di bawah

Rancangan Malaysia Pertama, yang digubal bertujuan menyelesaikan masalah-masalah

ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh itu. Oleh sebab perkembangan pendidikan

merupakan usaha utama yang boleh meningkatkan taraf ekonomi negara dan taraf hidup

rakyat, adalah wajarnya rancangan pendidikan negara bukan sahaja diorientasikan kepada

pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlaat ekonomi negara. Dalam tahap

ini, beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional dalam

peringkat menegah atas untuk melatih murid dalam bidang Pertukangan, Pertanian, Sains

Rumahtangga dan Perdagangan mula ditubuhkan. Tujuan menubuhkan Sekolah

Menengah Teknik ini ialah untuk memberi peluang kepada sebahagian murid yang

berbakat dalam bidang-bidang vokasional ini supaya dapat meneruskan pendidikan

mereka di peringkat lebih tinggi. Sementara itu, Sabah dan Sarawak mula mengalami

proses perubahan dalam sistem pendidikan mereka. Untuk menyelaraskan sistem

pendidikan dengan Polisi Pendidikan Kebangsaan, sekolah-sekolah di dalam kedua-dua

negeri ini mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar secara

berperingkat-peringkat. Di samping itu, kebanyakan sekolah mula menggunakan

kurikulum dan buku-buku teks dari Semenanjung Malaysia serta menduduki peperiksaan-

peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 11: Kajian Tindakan Kump 1

Perkembangan sistem pendidikan dalam Tahap Ketiga merupakan pengubahsuaian

sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan

ekonomi serta mengeluarkan dengan lebih ramai pekerja yang mahir bagi pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru. Selain itu, sistem pendidikan dirancang supaya memberi

sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.

Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat daripada konflik perkauman

yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa menkaji semula matlamat-

matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang

lebih sesuai, dengan harapan yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan

dapat mengelakkan konflik perkauman tersebut berulang kembali. Sebagai hasil kajian,

objektif-objektif serta strategi-strategi baru telah dikenal pasti dan ditentukan dalam

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Perpaduan negara menjadi matlamat yang

penting sekali dalam rancangan ini. Untuk mencapai matlamat ini, semua rakyat terutama

rakyat yang miskin, akan diberi peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi untuk

memenuhi kehendak-kehendak tenaga buruh negara. Oleh sebab itu, Dasar Ekonomi

Baru merupakan ideologi yang positif untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi

kemiskinan. Untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru yang menuju ke arah

perpaduan negara, tiap-tiap rakyat Malaysia harus mengamalkan dalam kehidupan

mereka terhadap kelima-lima Prinsip Rukun Negara.

Page 12: Kajian Tindakan Kump 1

2.4 Perkembangan Kajian Tindakan Pendidikan Di Malaysia Selepas 1957

Pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang

ditugaskan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini

mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan termasuklah kurikulumnya

untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Namun begitu,

lebih penting lagi adalah untuk memastikan bahawa sistem pendidikan dapat memenuhi

matlamat Negara ke arah pembentukkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan

terlatih.

Hasil daripada pelaksanan Kajian Tindakan, Jawatankuasa Kabinet telah

mengemukakan syor-syor perubahan mengenai struktur persekolahan, peperiksaan,

pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin

dan kegiatan kokurikulum. Akibat daripada laporan tersebut, pada tahun 1982,

Kementerian Pendidikan telah pun melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) manakala pada tahun 1988 pula Kurikulum Baru Seolah Menengah (KBSM)

pula dilaksanakan sebagai permulaan peringkat percubaan.

2.4.1 Pendidikan Pra Sekolah

Pendidikan pra sekolah menjadi semakin penting dan berkembang dengan cepat

kerana ramai ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah tadika. Walaupun

kerajaan secara tidak langsung menyediakan kemudahan pendidikan peringkat pra

sekolah untuk kanak-kanak tetapi telah ada banyak sekolah tadika yang dikelolakan oleh

pihak swasta, pertubuhan awam dan agensi kerajaan dalam tahun 1980-an. Namun

begitu, pihak kerajaan bertanggungjawab ke atas merangkakan dasar untuk penyeliaan,

pengawalan, penyelarasan, latihan guru, perkembangan kurikulum dan meningkatkan

mutu pendidikan pra sekolah di Malaysia.

Page 13: Kajian Tindakan Kump 1

Secara amnya, kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun menerima

pendidikan prs sekolah sebelum mereka masuk ke persekolahan sekolah rendah. Pada

tahun 1980, bilangan kanak-kanak menerima pendidikan pra sekolah berjumlah 17 100

dan anggaran ini telah meningkat ke 27 900 empat tahu berikutnya. Sehubungan dengan

itu, dengan terdapatnya peningkatan jumlah pelajar yang mendapatkan pendidikan di

sekolah tadika, maka penambahan sekolah tadika telah dilaksanakan daripada 2974 buah

tadika ke 5657 buah tadika. Kebanyakkan sekolah tadika yang wujud pada ketika itu

adalah sekolah tadika yang dikelolakan agensi-agensi kerajaan yang majoritinya terletak

di kawasan luar bandar.

2.4.2 Peringkat Pelaksanaan KBSR dan KBSM

Pada tahun 1982, selepas kandungan dan strategi pelaksanaan dirancangkan, KBSR mula

dilaksanakan secara terhad di 305 buah sekolah rendah dan KBSM pula mula

dilaksanakan dalam peringkat percubaan pada tahun 1988 dan pelaksanaan penuh

dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pelaksanaan terhad dalam peringkat percubaan

bertujuan untuk membolehkan Kementerian Pendidikan mengesan dan mengenalpasti

kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan program KBSR dan KBSM melalui

proses penyeliaan dan penilaian. Dengan cara tersebut, pengubahsuaian dapat dilakukan

semasa peringkat pelaksanaan penuh.

Selepas tahun 1988, KBSR dikaji semula untuk mengesan kebaikan dan

kelemahannya. Daripada hasil kajian tersebut, beberapa reformasi mula dilaksanakan

secara berperingkat-peringkat untuk membaiki kelemahan dan kekurangan yang didapati

dalam pelaksanaan Kurikulun Baru Sekolah Rendah. Selepas kajian kelemahan KBSR

diperbaiki, Jawatankuasa Kabinet memutuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan cita dan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Di antara perubahan-perubahan kurikulum sekolah rendah yang utama diberi

tumpuan adalah:

Page 14: Kajian Tindakan Kump 1

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah

2. Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan penguasaan

kemahiran asas sahaja tetapi penggunaannya dengan secara betul jujur dan

bertanggungjawab dalam sebarang urusan seharian.

3. Kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang

kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang

difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik pelajaran.

4. Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran disusun semula mengikut perubahan

dalam susunan kemahiran-kemahiran sekolah rendah. Sehubungan ini, draf

Sukatan Pelajaran Tahun 1 yang disediakan pada November 1992, dilaksanakan

pada Disember 1994.

5. Amalan perdagangan diserapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dalam topik-topik seperti wang, ukuran dan sukatan. Dengan itu, amalan

perdagangan tidak lagi menjadi satu topik yang diajarkan secara berasingan.

6. Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan

mengikut Jadual Pelaksanaan seperti berikut:

Sesi Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1994/ 1995 Sains dan Kajian Tempatan

Alam dan Manusia Alam dan Manusia

1996Sains dan Kajian

TempatanSains dan Kajian

TempatanAlam dan Manusia

1997Sains dan Kajian

TempatanSains dan Kajian

TempatanSains dan Kajian

Tempatan

Page 15: Kajian Tindakan Kump 1

2.4.3 Perubahan Sistem Pendidikan dalam Tahun 1990-an

Penggubalan semula kurikulum sekolah rendah adalah bersesuaian dengan

masanya. Pengubahsuaian dan perubahan kurikulum ini bukan sahaja dapat mengatasi

kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam sukatan pelajaran yang lama.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan

negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan pendidikan seperti berikut:

1. Memperkenalkan pendidikan pra sekolah termasuk dalam sekolah rendah mulai

tahun 1992.

2. Mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari enam tahun

ke lima tahun bagi pelajar-pelajar yang cerdas, bermula tahun 1997 dengan

memperkenalkan ujian PTS dalam Tahun 3 dan melanjutkan tahun persekolahan

ke tujuh tahun untuk pelajar-pelajar yang lambat.

3. Memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan

tempoh pelajaran mereka dari sembilan hingga sebelas tahun iaitu sehingga

Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah.

4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang

mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumahtangga.

5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR)

mulai pada tahun 1993.

6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan

menggantinya dengan sistem pendidikan umum.

7. Mengubah sistem peperiksaan SPM dan Penilaian Menengah Atas dan

menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.

8. Mengutamakan pendidikan Sains dan matematik dengan mengubahsuai KBSR

dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.

9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang

mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.

Page 16: Kajian Tindakan Kump 1

10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pengajaran ses pagi

sehingga petang menjelang tahun 2000.

11. Memperkenalkan komputer sebagai alat pemgajaran-pembelajaran.

12. Memperkenalkan konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000.

13. Memperkenalkan konsep sekolah wawasan pada awal dekad dalam kurun ke-21.

Page 17: Kajian Tindakan Kump 1

2.5 Perkembangan Kajian Tindakan Dalam Sistem Pendidikan Secara

Menyeluruh.

Selepas tahun 1979, perubahan pendidikan telah mula bertumpu kepada pendidikan

prasekolah.

Di mana, melalui hasil kajian-kajian pendidikan yang perolehi telah mengenalpasti

masalah kekurangan tadika di luar bandar.

Kebanyakan golongan yang miskin tidak hantar anak-anak mereka ke tadika, kerana

di kawasan tempat tinggal mereka tiada penubuhan kelas prasekolah.

Maka, pada tahun 1991 Kementerian Pendidikan telah melancarkan program

pendidikan prasekolah secara rasmi, khasnya di sekolah-sekolah rendah yang terletak

di luar bandar.

Peringkat Pelaksanan KBSR dan KBSM

Melalui kajian-kajian tindakan dan kajian-kajian pendidikan, maka terhasilnya suatu

strategi perancangan - KBSR dan KBSM

KBSR mula dilaksanakan pada tahun 1982

KBSM dilaksanakan dalam peringkat percubaan pada tahun 1988.

Pada tahun 1989, semua sekolah menengah Tingkatan 1 telah mempratikkan KBSM.

2.5.1 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 90-an

Hasil daripada kajian-kajian pendidikan dan kajian-kajian tindakan yang telah sekian

banyak, maka Malaysia telah mengambil langkah umtuk mengemaskini sistem

pendidikan pada tahun 90-an. Antara beberapa perubahan pendidikan adalah seperti

berikut:

Memperkenalkan pendidikan prasekolah diserap dalam sistem sekolah rendah mulai

tahun 1992.

Page 18: Kajian Tindakan Kump 1

Mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5

tahun bagi murid-murid cerdas, mulai tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS

dalam darjah 3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid

yang terkandas.

Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dna

menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.

Dari ini, kajian-kajian tindakan yang dari tertumpu kepada pendidikan prasekolah telah

berkembang ke peringkat sekolah dan ke sekolah menengah juga. Setiap perubahan yang

wujud, adalah susulan dari kajian-kajian tindakan yang telah pihak kementerian

Pendidikan dan juga guru-guru di sekolah.

Seterusnya pada tahun 1962, Kementerian Pendidikan telah mula memperkenalkan

pendidikan khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta

bermasalah pembalajaran.

Pada bulan Julai, 1962 – suatu rancangan percantuman dengan pendekatan

pendidikan inklusif telah dilaksanakan.

Di mana kajian ini, murid-murid yang bermasalah belajar bersama murid-murid

normal di dalam kelas yang sama. Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu

oleh guru sumber yang terlatih dalam program pendidikan khas.

Walaubagamanapun rancangan ini dibentikan beberapa tahun kemudian, kerana

kekangan masalah pembelajaran dalam kelas terutamanya yang bermasalah.

Maka, banyak kajian-kajian telah dibuat untuk mengatasi kekangan ini.

Dengan suka citanya, akhirnya rancangan ini telah disambungkan semula pada tahun

1997.

Page 19: Kajian Tindakan Kump 1

2.5.2 Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan telah mengalami penyusunan semula. Mulai

1hb Oktober 1995, Kementerian Pendidikan telah berkuatkuasa mewujudkan 6 jabatan

baru lagi. Antaranya ialah :

Jabatan Prasekolah, Rendah dan Menengah

Jabatan Pendidikan Teknikal

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Jabatan Pendidikan Swasta

Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Tinggi

Dengan wujudnya jabatan-jabatan baru ini, ia dapat melicinkan lagi kerja-kerja

pentadbiran. Semua ini, adalah hasil susulan kajian-kajian yang telah dilaksanakan.

Semakin banyak kita membuat kajian, semakin ke hadapan pendidikan Malaysia.

2.5.3 Lima Rang Undang-undang Pendidikan

Selepas Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan, Kementerian

Pendidikan telah menumpu kepada aspek Rang Undang-undang.

Kementerian Pendidikan telah merujuk kepada begitu banyak kajian-kajian tindakan dan

kajian pendidikan, dari setiap kajian telah mengenalpasti cara penyelesaiaan yang terbaik

dan juga mengenalpati kekangna undang-undang pendidikan yang sedia ada dan juga

pendekatan yang diperlukan pada era ini. Maka, pada tahun 1995, lima Rang Undang-

undang Pendidikan telah dibentangkan dan akhirnya telah diluluskan.

Antara Rang Undang-undang pendidikan ini adalah:

Rang Undang-undang Pendidikan 1995

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995

Rang Undanga-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996

Page 20: Kajian Tindakan Kump 1

Rang Undang-undang Lembaga Akreditasi Negara 1996

Kelima-lima Rnag Undang-undang Pendidikan tesebut dirangka dengan tujuan untuk

memperkemaskan dan melengkapakan perundangan pendidikan di Malaysia supaya

memenuhi tuntutan semasa, khasnya sejajar dengan cita-cita Wawasan 2020 dan

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Dengan kelima-lima Rang Undang-undang yang dikuatkuasakan, proses perkembangan

pendidikan di negeri ini akan dapat dipercepatkan ke arah mencapai matlamat pendidikan

yang dicitakan.

Page 21: Kajian Tindakan Kump 1

3.0 Jenis - Jenis Kajian Tindakan

Perkara yang selalu menjadi perhatian dalam sesuatu kajian tindakan ialah

perbezaan bagi setiap jenis kajian tindakan yang dilakukan, iaitu bergantung kepada

peserta yang terlibat dalam kajian tersebut. Didapati bahawa kajian tindakan tersebut

melibatkan beberapa penglibatan individu :

i. Seorang guru yang melakukan kajian dalam kelasnya sendiri.

ii. Sekumpulan guru-guru yang bekerjasama menyelesaikan yang sering berlaku di

sekolah.

iii. Satu kumpulan guru yang lebih ramai atau badan-badan yang berkaitan yang

dapat membantu melaksanakan kajian tindakan dalam sesebuah sekolah atau

dalam rangkuman kawaasan yang lebih lebar.

3.1 Kajian Perseorangan

Kajian jenis ini biasanya hanya melibatkan satu kes atau isu dalam sebuah bilik

darjah. Masalah yang mungkin menjadi perhatian ialah pengurusan bilik darjah, teknik-

teknik mengajar, bahan-bahan dan alat-alat untuk mengajar. Guru-guru yang

menjalankan tindakan secara individu ini boleh mendapatkan bantuan atau sokongan

daripada pengetua, penyelaras matapelajaran atau ibu bapa. Masalah yang berlaku

biasanya adalah sesuatu yang mudah dilihat dan boleh dinyatakan dengan jelas.

Oleh itu, guru yang terlibat dalam kajian ini boleh mengumpulkan data-data atau

melihat kepada pembabitan pelajar itu sendiri. Salah satu respon yang didapati melalui

kajian jenis perseorangan ini adalah berkemungkinan masalah tidak akan dikongsi

bersama orang lain, sehinggalah guru tersebut memilih untuk membentangkannya kepada

pihak fakulti, atau membuat persidangan dan menghantar bahan-bahan bertulis kepada

pihak yang berkenaan. Ini terjadi kerana guru-guru yang terlibat dengan permasalahan ini

tidak mempunyai pengalaman yang cukup.

Page 22: Kajian Tindakan Kump 1

3.2 Kajian Tindakan Secara Berkumpulan

Kajian tindakan secara berkumpulan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang

guru atau satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang guru dan juga pihak-pihak

yang berminat untuk mengenalpasti isu-isu yang dikaji dalam sesebuah bilik darjah atau

jabatan. Isi-isu yang dikaji adalah melibatkan sebuah bilik darjah atau lebih daripada

sebuah. Guru-guru yang terbabit pula memerlukan sokongan daripada inidividu-individu

diluar sekolah seperti pihak universiti atau komuniti yang dapat memberi bantuan.

3.3 Kajian Tindakan Menyeluruh dalam Kawasan Sekolah

Kajian jenis ini lebih memberi fokus kepada isi-isu yang sering berlaku kepada

semua pihak. Sebagai contoh, mungkin sesebuah sekolah itu lebih memberi perhatian

kepada kekurangan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dan

mencari jalan untuk mendapatkan lebih lagi penglibatan ibu bapa dengan cara yang lebih

berkesan. Mungkin juga sesebuah sekolah itu memberi penekanan kepada penubuhan

satu badan organisasi dalam membuat sesuatu keputusan.

Kumpulan-kumpulan daripada sekolah akan bekerjasama dalam membincangkan

persoalan atau permasalahan, menganalisis data, dan merancang tindakan untuk membuat

keputusan. Salah satu contoh yang boleh digunakan untuk sekolah ialah dengan

melakukan pemeriksaan atau ujian di sesebuah kawasan bagi mengenalpasti kawasan

yang mana memerlukan perubahan, kemudian membentuk satu pelan tindakan untuk

memperbaiki mutu atau kualiti para pelajar.

Kerja secara berkumpulan dan sumbangan individu secara menyeluruh amat

penting, dan ini boleh menjadi satu titik kepada sesuatu masalah jika kumpulan yang

dibentuk berusaha untuk membangunkan satu gerak kerja dan memberikan komitmen

yang sepenuhnya antara satu sama lain. Apabila masalah ini dapat diatasi, hasil daripada

usaha yang menyeluruh daripada pihak sekolah akan menjadi suatu perkara yang bolah

dibanggakan.

Page 23: Kajian Tindakan Kump 1

3.4 Kajian Tindakan Menyeluruh dalam Kawasan yang Lebih Luas

Kajian tindakan bagi kategori kawasan yang lebih lebar adalah lebih kompleks

dan memerlukan lebih banyak sumber atau bahan tetapi hasil yang akan diperolehi lebih

hebat. Isi-isu yang berbangkit selalunya melibatkan sesebuah organisasi, komuniti, badan

perlaksanaan atau proses dalam membuat sesuatu keputusan. Sesebuah kawasan itu boleh

memilih beberapa buah sekolah atau satu organisasi pengurusan bagi memantau

permasalahan yang biasa berlaku.

Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, kajian jenis ini memerlukan suatu

dokumentasi yang dapat mengumpul semua yang terlibat serta berkebolehan untuk

menggerakkannya. Data-data yang dikumpul daripada staf-staf serta mereka yang terlibat

memerlukan komitmen yang tinggi dalam pembahagian tugas dan persetujuan dalam

menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan.

Di lihat dari sudut yang positif, perubahan dan pembaikan yang dilakukan oleh

sekolah adalah berdasarkan kepada permintaan dan kesefahaman. Penglibatan daripada

pelbagai lapisan kumpulan dapat memberi semangat dan kekuatan dalam melaksanakan

proses dan membentuk satu persekitaraan yang bijak dan pintar kepada mereka yang

melibatkan diri dalam sesebuah organisasi tersebut.

Page 24: Kajian Tindakan Kump 1

4.0 Kepentingan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan mutu

profesionalisme keguruan. Kajian Tindakan juga merupakan satu rangka untuk penilaian

kendiri samada terhadap guru, mata pelajaran, pelajar mahupun kakitangan, asalkan yang

melibatkan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendekatan dalam Kajian

Tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau

mengubah amalan kendiri dalam situasi sosial.

Kajian Tindakan amat penting dilaksanakan di kesemua institusi pendidikan

di Malaysia. Ini adalah kerana kajian tindakan merupakan salah satu instrumen yang

dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku. Dengan adanya, kajian

tindakan kita dapat mengetahui apa sahaja masalah yang berlaku dalam sistem

pendidikan samada yang melibatkan guru, pelajar, mata pelajaran dan sebagainya.

Selain itu, dengan kajian tindakan juga kita dapat membuat perancangan yang

lebih sistematik. Dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan, seseorang guru dapat

merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan serta amalan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efisyen terutama apabila kajian tindakan itu melibatkan sukatan

mata pelajaran. Bukan sahaja mengenai rancangan mengajar malahan pelbagai

permasalahan yang ditimbulkan dapat diselesaikan dengan adanya perancangan yang

teratur.

Kajian tindakan juga dapat meningkatkan mutu kualiti samada amalan

pengajaran dan pembelajaran atau sistem pentadbiran sesebuah sekolah. Melalui kajian

tindakan juga, kita dapat memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru,

penerimaan pelajar mahupun pentadbiran sekolah dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, kajian tindakan juga melibatkan proses pembelajaran dan

perkembangan ikhtisas guru melalui kritikan yang membina untuk memperbaiki lagi

mutu pengajaran seseorang tersebut.

Page 25: Kajian Tindakan Kump 1

Kajian tindakan penting untuk mendapatkan sumber atau maklumat penting

dalam memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid,

suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dengan ini, sesebuah sekolah itu dapat

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan

penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif ke arah

mencapai objektif dan misi sesebuah sekolah tersebut.

Walaupun demikian, kajian tindakan juga dapat menyediakan guru sebagai penyelidik

yang  kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya

membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Kebanyakkan kajian tindakan

di sekolah-sekolah, penyelidiknya adalah golongan pendidik atau guru itu sendiri. Ini

kerana hanya pendidik atau guru tersebut sahaja yang memahami dan mengetahui apakah

permasalahan yang berlaku dan mengetahui bagaimanakah permasalahan itu perlu

diselesaikan.

Sungguhpun demikian, kajian tindakan juga dapat membentuk budaya penyelidikan

sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan. Di samping dapat

merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara

kolaboratif iaitu dengan adanya kerjasama dari pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan

pelajar.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan adalah satu usaha membuat intervensi dan

langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan atau anjakan cara

berfikir dan kesedaran yang baru dalam sistem pendidikan. Ia dilaksanakan untuk

memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan

profesionalisma dalam profesion perguruan yang boleh atau dapat dilakukan serta

dilaksanakan.

Page 26: Kajian Tindakan Kump 1

4.1 Kebaikan perkembangan kajian tindakan dari permulaan hingga kini.

Penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan “sense of

ownership” di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam penyelidikan

tersebut.

Penyelidikan akan berkembang dalam kemasyarakatan, contohnya organisasi,

firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah

merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan

kemasyarakatan.

Guru akan merealisasikan aspirasi negara dengan menjalankan penyelidikan

untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena

secara intrinsik.

Perubahan amalan guru dari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective

rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan

profesional. Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-

in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan

ilmu profesional dan peningkatan profesional.

Refleksi merupakan model alat yang kaiian penyelidikan yang berkesan untuk

menyedarkan guru-guru muda terhadap peranannya sebagai guru dan

akauntibilitinya. Ini jelasnya merupakan tunggak (citra agung) dalam menuju  dan

membina profesion perguruan.

Refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan

dan tindakan profesional. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri

tindakan. Perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.

Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi

penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan

sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih

berkesan.

Page 27: Kajian Tindakan Kump 1

5.0 Contoh-contoh kajian tindakan yang telah dikaji oleh pengkaji dalam segi akedemik.

1990an di Malaysia, EPRD kerjasama sekolah-sekolah, Projek PIER Kim

Paik Lah (1994), Hanipah Hussin (1999) menggunakan Kajian Tindakan

untuk meningkatkan tahap professionalisme guru pelatih.

1990an Australia, Eropah, dan Amerika, Kajian Tindakan digunakan sebagai

alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi sekolah.

1976, Di Eropah John Elliot dan rakan menggunakan kaedah ini dalam Ford

Teaching Project sebagai pendekatan membantu guru menggabungkan usaha

inkuiri dalam Pengajaran & Pembelajaran di bilik darjah.

1953 Idea Lewin digunakan di Teachers College, Colombia University, New

York sebagai pendekatan penyelidikan di sekolah.

1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial menegaskan usaha kolaboratif

untuk meningkatkan lagi mutu prestasi kerja di jabatannya (Kemmis dan Mc

Taggart), (1988).

Contoh-contoh kajian tindakan yang tersebut menegaskan beberapa unsur dalam

Model Konseptual Pendidikan Guru. Antara unsurnya ialah membangunkan kesedaran

diri sebagai guru dan peranan guru dalam bilik darjah serta masyarakat. Dalam hal ini

pengkaji menggunakan refleksi sebagai alat yang berkesan untuk menyedarkan guru-guru

muda terhadap peranannya sebagai guru dan akauntibilitinya terhadap guru dan tuhan. Ini

jelasnya merupakan tunggak (citra agung) dalam menuju  dan membina profesion

perguruan.

Selain itu, ia juga mengambilkira ramalan-ramalan dan perubahan dalam

pendidikan masa depan iaitu yang menegaskan pengetahuan guru-guru yang

berpengetahuan, inovatif dan mementingkan kaedah penemuan dalam proses pengajaran

pembelajaran dalam bilik darjah. Kesedaran ini telah membawa pengkaji menyambung

Page 28: Kajian Tindakan Kump 1

usaha Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru melaksanakan Model

Refleksi dan Amalan Reflektif di bilik darjah.

6.0 Pencapaian yang telah dicapai dari permulaan kajian tindakan sehingga masa kini.

Perkembangan kajian tindakan dari permulaan hingga kini telah membawa

banyak perubahan yang ketara kepada kajian pendidikan. Sejajar dengan perubahan

tersebut banyak pencapaian yang telah dicapai.

Antara pencapaian yang dicapai ialah dari segi pengeluaran buku-buku, artikel-

artikel dalam jurnal, kertas pembentangan, dan sehinggalah tersebar luas dalam laman

web site pada hari ini.

Antara buku rujukan yang utama ialah dari hasilan Kurt Lewin selaku pengasas

konsep kajian tindakan yang bermula pada 1946. Melalui catatan, beliau telah

menghasilkan 20 buah buku, 14 jurnal artikel dan 1 kertas pembentangan.

Antaranya buku hasilan yang termuka ialah :

The Complet The Complete Social Scientist e Social ScientistThe Complete Social Scientist

Resolving Social Conflicts: And, Field Theory in Social Science

Page 29: Kajian Tindakan Kump 1

Selain daripada Kurt Lewin, tokoh-tokoh lain seperti Stephen Corey, John Elliot,

Kemmis dan McTaggart juga telah mengembangkan lagi konsep kajian tindakan sebagai:

Pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah

Pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah

Alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah.

Sebenarnya, pencapaian dari dari hasilan buku-buku, journal artikel dan kertas

pembentangan hanya sekadar hasilan yang dalam bentuk berjilid. Pencapaian utama bagi

hasilan kajian tindakan adalah tidak terkira. Sasaran utama yang memperolehi manfaat

utama ialah pihak guru-guru dan guru pelatih. Contohnya :

Meningkatkan paras kecekapan guru-guru pelatih dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran

Meningkatkan kesedaran guru-guru lagi selaku pendidik

Melahirkan guru-guru yang mampu berfikir dan bertindak proaktif tanpa perlu diarah

dalam meningkatkan profesion mereka.

Melahirkan guru-guru yang inovatif, bebas berfikir dalam usaha meningkatkan

kemahiran meneroka kekuatan dan kelemahan diri sebagai guru.

Guru dapat mengimplementasikan amalan refleksi di sekolah.

Guru berupaya menghasilan penulisan jurnal yang bermanfaatkan masyarakat.

Membantu guru-guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi mereka

di bilik darjah

Page 30: Kajian Tindakan Kump 1

Di Malaysia, pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan (Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan

Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan

Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation,

Excellence and Research (PIER)'.

Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993 sehingga

1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh

Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di

sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh

guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas

dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains

untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian

Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di

bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah

dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan

oleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan,

terutama di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru

yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding

Seminar, BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan

maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam

membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan

menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat

Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan

Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

Page 31: Kajian Tindakan Kump 1

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan telah melibatkan diri dengan

giatnya dalam kajian tindakan. Pada tahun 1992, sebanyak 5 kajian berkaitan dengan

kajian tindakan dalam bidang pendidikan telah dibuat (Rujuk lampiran 1). Pada tahun

1993 pula, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan telah menghasilkan 8

kajian (Rujuk lampiran 2). Pada tahun 1994, 12 kajian telah dihasilkan (Rujuk lampiran

3). Seterusnya, pada tahun 1995, 16 kajian telah dibuat (Rujuk lampiran 4).

Dari tahun 1992 hingga 1995, dalam tempoh 4 tahun, sebanyak 31 kajian telah

dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Di jangka kemungkinan

lebih banyak kajian telah dibuat oleh guru-guru lagi.

Sejajar dengan galakan kementerian pendidikan, banyak kajian penyelidikan dalam

pendidikan telah dibuat. Antaranya:

Jurnal penyelidikan di sekolah-sekolah:

1. Penguasaan sifir di kalangan murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks

mengabang Telipot, Kuala Terengganu

2. Masalah penguasaan kemahiran asas membaca murid tahun enam Sekolah

Kebangsaan Maras, 21030 Kuala Terengganu : satu kajian kes.

3. Keberkesanan Tariqah Noor di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal 

      Abidin Kuala Terengganu

4. Hubungan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid tahun 6 Sekolah 

      Kebangsaan Ayer terjun, Jertih, Terengganu.

5. Pengabungjalinan dan kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam pengajaran 

      sesuatu subjek.

6. Keberkesanan kaedah pengajaran gabungan antara pendidikan jasmani dan 

      muzik secara kolaboratif ke atas murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan 

      mengabang Telipot Kuala Terengganu.

7. Kajian tentang kaedah penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik 

      di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Page 32: Kajian Tindakan Kump 1

Sehubungan dengan ini, banyak buku-buku dan jurnal hasilan tempatan telah ditulis.

Antaranya ialah:

Abdul Fatah Hassan. (1998). Pemikiran keseluruhan otak: Dalam pendidikan dan

kaitannya dengan kecerdasan emosi (Emotional Intelligent-EQ). Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors SND.BHD.

Dawilah Al-Edrus (1992). Islamic epistemology: An introduction to the  theory

ofknowledge in Al-Qur’an. In Islamic Academy. (44-49). Penang: University Sains

Malaysia.

Hanipah Hussin (2000) Reflective Practice and Action Research. Paper presented in

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. 8-11 November 2000, Langkawi,

Malaysia.

Hanipah Hussin. (2001). Membangunkan unsur K-Ekonomi melalui pemikiran

reflektif di-kalangan usahawan. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar

Usahawan Jabatan Kerja Raya Malaysia. 22 March 2001. Batu Pahat, Johor.

Sha’ban Muftah Ismail (1995). Towards an accomplished theory: Islamic and

western perspectives. Journal Penpendidiksan Pendidikan Institut Aminuddin

Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia, 4(2), 47-69.

Page 33: Kajian Tindakan Kump 1

LAMPIRAN 1

TAJUK KAJIAN TAHUN 1992

Kajian Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah di Malaysia oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,

1992.

Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah

Menengah di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,

Kuala Lumpur: BPPP, Mac 1992.

Kajian Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Matematik di Sekolah Rendah oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Julai

1992.

Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di

Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian

Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.

Kajian Tugas Guru Besar, Penolong Kanan I, Penolong Kanan II, Penolong

Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru-guru Sekolah Rendah oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Jun

1992.

Page 34: Kajian Tindakan Kump 1

LAMPIRAN 2

TAJUK KAJIAN TAHUN 1993

Kajian Beban Beg Buku Murid Sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1993.

Kajian Keupayaan Guru-Guru Sekolah Menengah Menjalankan Kajian Tindakan

di Sekolah-Sekolah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

Kuala Lumpur: BPPP, 1993.

Kajian Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Islam di

Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

Kuala Lumpur: BPPP, Jun 1993.

Kajian Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Islam

Sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: BPPP, Jun 1993.

Kajian Program Diploma Pendidikan dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah

(KPLI) oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

BPPP, September 1993

Kajian Status Sekolah-Sekolah di dalam Kem Tentera oleh Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1993.

Kajian Tinjauan Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sains Tambahan di Kalangan

Pelajar Tingkatan 5 oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

Kuala Lumpur: BPPP, 1993.

Pelaksanaan KBSM: Penyertaan Pelajar Tingkatan 4 (1993) dalam Mata Pelajaran

Elektif Sains - Satu Tinjauan Awal di Negeri Perak oleh Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Ogos 1993.

LAMPIRAN 3

Page 35: Kajian Tindakan Kump 1

TAJUK KAJIAN TAHUN 1994

Drop-out and Low Achievement: Case Studies in Selected Primary Schools in

Malaysia by Educational Planning and Research Division (with the co-operation

of the United Nations Children's Fund). Kuala Lumpur : EPRD, August 1994.

Tajuk Terjemahan: Keciciran dan Pencapaian Rendah: Kajian Kes di Sekolah-

Sekolah Rendah Terpilih di Malaysia

Kajian Analisis Item SRP 1992 dalam Enam Mata Pelajaran KBSM dan Analisis

Item Data Ujian Tingkatan I, II dan III dalam Lapan Mata Pelajaran KBSM oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Jun

1994.

Kajian Kemudahan Asrama Sekolah Kurang Murid (SKM) oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP,

November 1994.

Kajian Kesesuaian Lokasi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Bandaraya-

Bandaraya dan Kawasan Metropolitan oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1994.

Kajian Mengenai Pekerja-Pekerja di bawah Umur 25 Tahun dan Taksiran

Keperluan untuk Pendidikan Tidak Formal (Nonformal Education) oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember

1994.

Kajian Pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Ogos 1994.

Kajian Pengurusan Kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember 1994.

Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,

1994.

 Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

di Negeri Selangor Darul Ehsan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1994.

Page 36: Kajian Tindakan Kump 1

Laporan Kajian Keberkesanan Sekolah Kurang Murid oleh Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1994.

Laporan Kajian Penggunaan Bantuan Per Kapita Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah Biasa oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: BPPP, Mei 1994.

Pelaksanaan KBSM: Penyertaan Pelajar Tingkatan 4 (1993) dalam Mata Pelajaran

Elektif KBSM oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala

Lumpur: BPPP, 1993.

LAMPIRAN 4

TAJUK KAJIAN TAHUN 1995

Page 37: Kajian Tindakan Kump 1

Cadangan Intervensi Berdasarkan Penyelidikan bagi Meningkatkan Prestasi

Akademik Sekolah-Sekolah di Rancangan FELDA oleh Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.

Kajian Amalan-Amalan ke Arah Perpaduan Kaum di Enam Buah Sekolah Kes

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,

Januari 1995.

Kajian Keperluan Rumah Guru oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember 1995.

Kajian Penilaian ke atas Kebergunaan Pusat Kegiatan Guru oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.

Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan :

Laporan Kajian Survey Guru oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.

Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan:

Laporan Kajian Survey Ibu Bapa oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.

Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan:

Laporan Kajian Survey Murid/Pelajar oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.

Kajian Penilaian Program Asrama Desa Kementerian Pendidikan (PPRT). oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,

1995.

Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua): Ibu Bapa/Penjaga

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kuala Lumpur: BPPP,

Ogos 1995.

Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua) : Pelajar Menengah

Atas oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

BPPP, Julai 1995

Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua) : Pengetua oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kuala Lumpur: BPPP,

Februari 1995.

Page 38: Kajian Tindakan Kump 1

Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua): Penolong Kanan 1

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,

April 1995.

Laporan Kajian Mewujudkan 'Education Belt' di Bandaraya/ Bandar Besar oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Mei

1995.

Laporan Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal : Kajian Kes di

Sekolah Projek Percubaan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.

Laporan Kajian Penilaian Prestasi Sekolah Berasrama Penuh oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Januari 1995.

Pengurusan Bantuan Per Kapita di Sekolah Menengah oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995. 

ISI KANDUNGAN

1.0 Definisi

2.0 Sejarah Kajian Tindakan

2.1 Sejarah Kajian Tindakan Di Luar Negara

Page 39: Kajian Tindakan Kump 1

2.2 Senario Kajian Tindakan Di Malaysia

2.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

2.3.1 Sebelum Merdeka ( 1900 – 1957 )

2.3.2 Awal Merdeka ( 1957 – 1963 )

2.3.3 Selepas Pembentukan Malaysia ( 1963 – 1975 )

2.4 Perkembangan Kajian Tindakan Di Malaysia Selepas 1957

2.4.1 Pendidikan Pra Sekolah

2.4.2 Peringkat Pelaksanaan KBSR dan KBSM

2.4.3 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 1990 – an

2.5 Perkembangan Kajian Tindakan Dalam Sistem Pendidikan Secara

Menyeluruh

2.5.1 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 90-an

2.5.2 Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan

2.5.3 Lima Rang Undang – Undang Pendidikan

3.0 Jenis – Jenis Kajian Tindakan

3.1 Kajian Perseorangan

3.2 Kajian Tindakan Secara Berkumpulan

3.3 Kajian Tindakan Menyeluruh Dalam Kawasan Sekolah

3.4 Kajian Tindakan Menyeluruh Dalam Kawasan Yang Lebih Luas

4.0 Kepentingan Kajian Tindakan

4.1 Kebaikan Perkembangan Kajian Tindakan dari Permulaan Hingga Kini

5.0 Contoh – Contoh Kajian Tindakan Yang Telah Dikaji Oleh Pengkaji Dalam

Segi Akademik

6.0 Pencapaian Yang Telah Dicapai Dari Permulaan Kajian Tindakan Sehingga

Kini