laporan kajian tindakan-puppet 1

31
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BONEKA TANGAN TERHADAP KOMUNKASI KANAK- KANAK OLEH: NUR DIYANA BINTI SAAT AISYAH BINTI AB RASHID RABIATUL’ ADAWIAH BINTI ZAKARIA NOR SYAZWANIE BINTI MOHAMAD ZAMAL TENGKU NUR ATIRAH BINTI TENGKU MOHD KHAIRI ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan adalah kerana timbul kesedaran kepada diri sendiri seperti anjakan paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru mendapati terdapat segelintir kanak-kanak yang takut dan tidak berkeyakinan untuk menjawab pertanyaan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, kurang dalam penguasaan bilangan perbendaharaan kata serta

Upload: tengkuatirahtengkukhairi

Post on 08-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BONEKA TANGAN TERHADAP KOMUNKASI KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEBERKESANAN PENGGUNAAN BONEKA TANGAN TERHADAP KOMUNKASI KANAK-KANAK

OLEH: NUR DIYANA BINTI SAATAISYAH BINTI AB RASHIDRABIATUL ADAWIAH BINTI ZAKARIANOR SYAZWANIE BINTI MOHAMAD ZAMALTENGKU NUR ATIRAH BINTI TENGKU MOHD KHAIRI

ABSTRAKKajian ini dilaksanakan adalah kerana timbul kesedaran kepada diri sendiri seperti anjakan paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru mendapati terdapat segelintir kanak-kanak yang takut dan tidak berkeyakinan untuk menjawab pertanyaan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, kurang dalam penguasaan bilangan perbendaharaan kata serta kurang berkomunikasi dengan baik semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah temubual kepada kanak-kanak dimana guru tidak menggunakan boneka tangan semasa berkomunikasi dalam aktiviti bercerita. Hasil tinjauan awal menunjukkan kanak-kanak kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut kami menggunakan bahan bantu mengajar iaitu boneka tangan untuk berkomunikasi bersama kanak-kanak semasa melakukan aktiviti bercerita. Tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh tiga hari. Hasil pemerhatian daripada aktiviti yang dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan dalam komunikasi kanak-kanak semasa aktiviti bercerita. Kanak-kanak lebih berminat untuk berkomunikasi apabila menggunakan boneka tangan semasa aktiviti bercerita. Perubahan yang positif ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila guru menggunakan boneka tangan dalam aktiviti bercerita, dimana kanak-kanak lebih yakin untuk berkomunikasi sesama mereka, penguasaan bilangan perbendaharaan kata dapat ditingkatkan dan kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan kerana melalui penggunaan boneka tangan yang dipilih ini, menunjukkan kanak-kanak begitu berminat dan teruja untuk berkomunikasi sesama mereka dan guru.1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPASPertama sekali kami ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuas hati kerana tidak memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak dalam meningkatkan komunikasi mereka. Kami mendapati bahawa kanak-kanak kurang penguasaan perbendaharaan kata apabila guru meminta kanak-kanak menjawab apa yang ditanya sebagai contoh kanak-kanak hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja apabila ditanya. Selain itu juga, kanak-kanak kurang berinteraksi semasa melakukan aktiviti bercerita dimana mereka hanya berdiam diri sahaja apabila melakukan sesi soal jawab. Bagi kami kanak-kanak tersebut tidak tertarik dengan kaedah penceritaan yang digunakan oleh guru kerana guru tidak menggunakan apa-apa bahan atau alatan semasa melakukan aktiviti bercerita dan kanak-kanak juga tidak bersemangat untuk berkomunikasi melalui kaedah tersebut.Melalui pembacaan kajian lepas dari Zaharatullaili (2006) dalam Mohd Fhayrus Abdullah (2012), telah menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana fitrah semulajadi kanak-kanak yang sukakan alat permainan seperti boneka. Kajian beliau mendapati bahawa kaedah penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak. Selain itu juga, dengan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu, memberi arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, bersoal jawab dan juga untuk mencipta situasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Penggunaan boneka dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif.Jadi, kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan kajian dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti bercerita untuk mempertingkatkan komunikasi kanak-kanak. Kami telah memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat temubual, pemerhatian dan soal selidik. Kemudian kami merancang aktiviti serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan kami jalankan iaitu aktiviti bercerita dengan menggunakan boneka tangan, dimana kami memilih cerita Gajah dan Arnab dengan menggunakan boneka tangan gajah, arnab dan binatang lain. Langkah-langkah yang seterusnya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut. Kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa penggunaan boneka tangan dapat meningkatkan komunikasi kanak-kanak. Dengan itu, guru dapat menggunakan kaedah ini bagi membantu meningkatkan keupayaan komunikasi murid-murid.

2.0 KERANGKA TEORI

Keberkesanan Penggunaan Boneka Tangan Terhadap Komunkasi Kanak-KanakTeori Friedrich Froebel (1782-1852)Teori Perkembangan Jean Piaget (1963)KomunikasiPengunaan boneka

Rajah 1: Kerangka teori kajian

2.1 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Tillis (1990) dalam Loy Chee Luen (2004), menyatakan bahawa boneka merupakan benda atau objek yang abstrak yang memerlukan imaginasi yang tinggi daripada pemain dan penonton boneka. Menurut Currell (1972) dalam Loy Chee Luen (2004), boneka ialah sejenis objek yang tidak bernyawa yang boleh dimanipulasikan oleh pengguna boneka. Menurut Bustam (1988; 2005) dalam Loy Chee Luen (2004) pula mengatakan boneka tidak kaku dan boleh digerakkan serta boleh dimainkan dalam pelbagai watak. Boneka atau patung adalah hasil ciptaan yang berbentuk 26 haiwan, manusia dan lain-lain yang digunakan untuk menyampaikan mesej atau maklumat. Boneka merupakan sejenis patung, seperti manusia atau binatang yang boleh digerakkan badannya dengan memasukkan tangan ke dalam badannya atau dengan menarik tali yang dilekatkan pada bahagian badannya. Boneka dianggap sebagai alat atau barang permainan yang sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak.Penggunaan boneka dalam pengajaran dapat meningkatkan interpersonal kanak-kanak.

Ensiklopedia bebas menyatakan boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud alat permainan yang boleh direka bentuk dengan pelbagai rupa terutamanya manusia atau binatang serta tokoh-tokoh fiksi.Boneka dikenali sebagai alat pedagogi yang mempunyai ciri fizikal yang ajaib dan menakjubkan.Boneka mempunyai daya tarikan yang menarik dan istimewa untuk menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan membantu menguruskan tingkah laku mereka menurut Salmon dan Sainato (2005), dalam Loy Chee Luen (2004). Hal ini kerana, boneka yang digunakan dalam pengajaran sebagai prop lakonan dalam aktiviti dramatika kanak-kanak melibatkan perkembangan bahasa, muzik, seni visual, drama, dan pergerakan fizikal boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan akan mewujudkan interaksi antara kawan-kawan yang lain.

Kebiasaannya kanak-kanak lebih menggemari aktiviti pembelajaran yang berasaskan alat permainan seperti boneka atau patung kerana mereka dapat merasakan dan menghargai sifat-sifat yang terdapat pada boneka tersebut.Menurut Kamarudin dan Siti (1998) dalam Loy Chee Luen (2004), boneka merupakan alat atau bahan yang disediakan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang boleh disesuaikan dengan boneka tersebut. Jackman (2001), dalam Loy Chee Luen (2004), pula menyatakan bahawa kanak-kanak di peringkat pendidikan awal usia, boneka sebagai objek yang boleh digunakan untuk berdialog. Oleh hal demikian, melalui penggunaan boneka dalam pembelajaran dapat meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.

Maksud lain bagi boneka pula ialah objek yang boleh digeraklakonkan oleh pemain samada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Terdapat pelbagai objek yang boleh dijadikan boneka dan pemain pula akan mencuba untuk mengaksikan watak samada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau membuat lakonan boneka tanpa sebarang dialog. Kajian lepas membuktikan bahawa penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan pengalaman baru kepada kanak-kanak dari segi bahasa, emosi dan sosial.Oleh itu, guru perlu membiasakan diri dengan kaedah pedagogi boneka supaya kanak-kanak mendapat pengalaman baru semasa berada di prasekolah.

Menurut Owens (1990) dalam Puteri Roslina Wahid (2008), mendefinisikan komunikasi sebagai proses bagaimana individu bertukar maklumat dan menyampaikan pendapat. Komunikasi merupakan proses aktif yang memerlukan penghantar memahami mesej yang disampaikan. Komunikasi juga sebagai perhubungan secara langsung atau tidak langsung melalui perantara surat, telefon, radio, dan lain-lain. Komunikasi adalah salah satu seni yang boleh menyampaikan maklumat, pendapat dan sikap-sikap dari seseorang kepada orang lain. Definisi ini mementingkan penyaluran sesuatu maklumat daripada seseorang individu kepada individu lain. Melalui komunikasi juga, seseorang individu tersebut boleh bergaul rapat dengan rakan-rakannya yang lain serta dapat bertukar pendapat dan berkongsi maklumat dengan individu lain. Komunikasi sangat penting kepada kanak-kanak kerana melalui komunikasi kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa pertuturan dan dapat menambah perbendaharaan kata yang baru.

Kajian ini berlandaskan teori Friedrich Froebel (1782-1852) yang menyatakan bahawa kanak-kanak perlu belajar melalui aktiviti bermain kerana mereka berkembang melalui bermain. Friedrich Froebel (1782), juga mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Oleh itu, dengan penggunaan boneka sebagai bahan pengajaran adalah sesuai untuk menarik minat kanak-kanak untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi.Penggunaan boneka dalam pengajaran juga adalah satu kaedah belajar sambil bermain.Melalui kaedah ini, dapat menggalakkan kanak-kanak supaya berinteraksi sesame mereka di dalam kelas dan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Kajian ini juga bersandarkan Teori Perkembangan Jean Piaget (1963) yang menjelaskan tentang peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget, iaitu peringkat sensori motor (0 hingga 2 tahun), peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun), dan operasi formal (12 tahun keatas). Kajian ini memberi fokus kepada peringkat praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur dua tahun hingga tujuh tahun, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek atau benda yang terdapat di persekitarannya.Kanak-kanak mula bercakap tetapi percakapannya bersifat egosentrik.Topik perbualannya adalah berdasarkan tentang dirinya sendiri. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak kurang berkomunikasi dengan orang lain dan enggan menerima idea-idea daripada orang lain. Oleh itu, boneka digunakan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bagi meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Kesimpulannya, penggunaan boneka dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan baik.Penggunaan boneka ini adalah melibatkan kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan bineka. Kanak-kanak juga berpeluang menggunakan boneka untuk bersoal jawab dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakannya yang lain. penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sangat berkesan untuk membantu dalam kemahiran komunikasi dan meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak.

3.0 FOKUS KAJIANKajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kebolehan atau keupayaan komunikasi kanak-kanak semasa melakukan aktiviti bercerita iaitu cerita Gajah dan Arnab. Kajian ini adalah penting bagi kanak-kanak untuk meningkatkan komunikasi mereka dengan menggunakan boneka tangan semasa aktiviti bercerita. Jika guru tidak menggunakan apa-apa bahan atau alatan semasa aktiviti bercerita kanak-kanak akan menganggap aktiviti bercerita yang dilaksanakan oleh guru sangat membosankan dan keadaan ini akan membuatkan mereka tidak berminat untuk berkomunikasi. Kesannya mereka akan menghadapi banyak masalah seperti kurang keyakinan untuk berkomunikasi, kurang penguasaan bilangan perbendaharaan kata dan kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas dan lancar.

4.0OBJEKTIF KAJIAN4.1Objektif umumTujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan komunikasi kanak-kanak dengan menggunakan boneka tangan.

4.2Objektif khusus1. Membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan jelas dan lancar menggunakan boneka tangan.2. Meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata murid menggunakan boneka tangan.4.3Persoalan kajian1. Adakah boneka tangan boleh membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan jelas dan lancar?2. Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu kanak-kanak menguasai bilangan perbendaharaan kata?5.0KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang kanak-kanak lelaki yang berumur 5 tahun, dari Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas kanak-kanak di Tadika ini supaya mereka semua mendapat faedah dan manfaat kerana dengan kaedah ini dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan dapat membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan lancar. Kanak-kanak tersebut dipilih menjadi sampel kajian kami kerana mendapati bahawa kanak-kanak tersebut terlalu pasif dan kurang berkomunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak A merupakan anak kepada seorang tukang kebun sekolah dan ibunya bekerja sebagai penjual kuih di pasar malam. Dia merupakan anak yang ketiga daripada lima orang adik beradik. Manakala kanak-kanak B merupakan anak kepada seorang peniaga pasar malam dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.

5.0Perlaksanaan Kajian5.1Tinjauan masalah

Jadual 1: Kaedah Mengutip DataLangkah/Tarikh

Kaedah Penilaian

Kumpulan SasaranTujuanCatatan

Langkah 1

TemubualPemerhatian2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun Temubual dan pemerhatian dilakukan terhadap 2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi. Aktiviti bercerita dan berkomunikasi dilakukan bersama kanak-kanak tanpa penggunaan boneka.

(Lampiran 1- Temubual)

Langkah 2

Pemerhatian2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun Pemerhatian dilakukan bagi mengenal pasti keupayaan komunikasi kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian pada masalah yang dihadapi. Penyelidik menggunakan boneka untuk menyampaikan cerita dan berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Langkah 3

Soal selidikPemerhatian2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun Soal selidik digunakan bagi mengenalpasti keupayaan komunikasi kanak-kanak. Pemerhatian dilakukan terhadap komunikasi kanak-kanak semasa aktiviti bercerita dengan menggunakan boneka tangan oleh penyelidik dan kanak-kanak.

(Lampiran 2- Soal selidik)

5.2Analisis tinjauan masalahJadual 2: Analisis tinjauan masalahLangkah/TarikhAktivitiMasalah telah dikenalpasti

Catatan

Langkah 1

6 April 2015

Aktiviti dijalankanbersama kanak-kanak tanpa penggunaan boneka.

i. 2 orang kanak-kanak yang ditemubual tidak dapat berkomunikasi dengan baik tanpa penggunaan boneka tangan.ii. Kanak-kanak kurang memberi perhatian ketika ditemubualiii. Tidak fokus semasa aktiviti bercerita dijalankan

Cikgu:-Apakah warna gajah dan arnab?Kanak-kanak:-Warna hitam , arnab warna putih pink (A dan B)

Cikgu-Adakah gajah dan arnab bersahabat baik?Kanak-kanak-Tak (A dan B)

Cikgu:-Apa yang ingin dilakukan oleh gajah dan arnab?Kanak-kanak:-Nak berlari (A)-Berlumba (B)

Cikgu:-Kenapa arnab mengajak gajah untuk berlumba?Kanak-kanak:-Sebab arnab jahat.. (A)-Tiada jawapan (B)

Cikgu:Kenapa gajah dan arnab ingin membuat perlumbaan?Kanak-kanak;-tiada jawapan- (A dan B)

Cikgu:-Apa yang terjadi semasa arnab sedang tidur?Kanak-kanak:-tiada jawapan- (A dan B)Cikgu-Siapakah yang memenangi perlumbaan?Kanak-kanak:-Gajah (A dan B)

Cikgu:-Bagaimana gajah boleh memenangi perlumbaan?Kanak-kanak:-Sebab gajah lari laju (A)-Tiada jawapan (B)

Cikgu-Kenapa arnab tidak dapat memenangi perlumbaan walaupun dapat berlari laju?Kanak-kanak:-Arnab tidur (A)-tiada jawapan-(B)

Cikgu:-Apa yang patut dilakukan oleh arnab kepada gajah selepas kalah dalam perlumbaan?Kanak-kanak:-Mintak maaf (A dan B)

Cikgu:-Apakah nilai-nilai murniyang ada dalam ceritatersebut?Kanak-kanak:-Jangan sombong (A)-Lari laju (B)

Langkah 2

7 April 2015

Aktiviti dijalankan bersama kanak-kanakmenggunakan boneka(boneka digunakan oleh guru sahaja)

i. Kanak-kanak tidak yakin untuk berkomunikasiii. Gemar bermain bersama kawan-kawan

Langkah 3

8 April 2015Aktiviti dijalankanbersama kanak-kanakmenggunakan boneka(boneka digunakan oleh guru dan kanak-kanak)

Soal selidik dan pemerhatian dilakukan untuk mengenalpasti masalah dari segi:i. Komunikasi Kebanyakan kanak-kanak kurang berkomunikasi

ii. Keberkesanan alat bantu mengajar Sebelum menggunakan boneka, kanak-kanak kurang memberi perhatian iii. Penglibatan murid sebelum kajian Pasif dan kurang aktif

5.3Tindakan yang dijalankanBerdasarkan tinjauan awal, didapati kanak-kanak kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi apabila cerita disampaikan tanpa penggunaan boneka. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan kurang menarik perhatian kanak-kanak untuk berkomunikasi dan tidak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti komunikasi. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan boneka tangan bagi aktiviti bercerita bersama kanak-kanak dan melibatkan mereka secara aktif dalam komunikasi dengan penggunaan boneka tangan bagi mengatasi masalah ini:i. Penggunaan boneka tangan semasa aktiviti dilakukan bersama kanak-kanakii. Boneka tangan yang digunakan perlu sesuai dengan cerita yang disampaikaniii. Kanak-kanak perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankaniv. Langkah-langkah yang dijalankan bersama kanak-kanak dengan menggunakan boneka tangan ialah:Jadual 3: Langkah-langkah menggunakan boneka tanganLangkah 1Aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita pendek berunsur nasihat dan teladan

Langkah 2Guna intonasi dan nada suara yang betul dalam menyampaikan cerita

Langkah 3Sesi soal jawab dijalankan secara individu terhadap kanak-kanak. Pada masa ini, kanak-kanak berpeluang menggunakan boneka tangan semasa menjawab soalan

Langkah 4Kanak-kanak melakukan aktiviti lisan dengan melakonkan watak yang diminati dalam cerita yang telah disampaikan menggunakan dialog sendiri

5.4Perlaksanaan Aktiviti 5.4.1Perlaksanaan aktiviti 1Pemerhatian

Tarikh : 6 April 2015Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota BharuMasa: 10.00am 10.30 amPeristiwa:Guru berbual dengan kanak-kanak tentang perkara yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak sabar untuk mengetahui tentang aktiviti yang guru ingin lakukan. Namun tidak semua kanak-kanak yang tertarik dan ingin berbual dengan guru. Guru menceritakan cerita Gajah dan Arnab. Semasa sesi bercerita, terdapat kanak-kanak yang berjoget dan ada juga yang asyik melihat muka guru. Kami mendapati kanak-kanak tidak memberi tumpuan dan tidak mahu berkongsi idea dengan guru.

Refleksi:Kanak-kanak tidak memberi sepenuh perhatian semasa sesi bercerita. Walaupun guru menggunakan intonasi suara yang baik semasa bercerita, namun kanak-kanak tetap tidak bersemangat untuk menjawab soalan guru apabila guru bertanya tentang watak-watak dalam cerita. Guru terpaksa mengulangi nama watak berulang kali. Untuk aktiviti seterusnya, kami ingin membawa boneka bersama-sama apabila bercerita dengan kanak-kanak.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2Kami masih menggunakan teknik bercerita namun pada kali ini kami membawa bersama boneka tangan. Sesi ini hanya guru sahaja yang menggunakan boneka. Pemerhatian

Tarikh : 7 April 2015Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota BharuMasa: 10.00am 10.30 am

Peristiwa:Kanak-kanak melihat bahan yang guru bawa ke Taska. Kanak-kanak tertarik apabila melihat guru membawa boneka tangan. Kanak-kanak mula menunjukkan minat apabila melihat boneka tangan yang dibawa. Kanak-kanak mula berkomunikasi dengan guru dan di antara mereka serta memberitahu nama boneka tersebut (nama haiwan). Kanak-kanak cuba menyentuh boneka yang ada pada guru.

Refleksi:Kanak-kanak begitu bersemangat sekali untuk mendengar cerita. Kana-kanak lebih tekun untuk mendengar cerita berbanding sesi sebelum ini. Mereka mula bercakap-cakap dengan guru dan cuba memegang boneka yang ada pada guru. Kami bercadang untuk membawa boneka yang lebih banyak kepada kanak-kanak supaya mereka lebih kerap berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3Kaedah dan tajuk yang digunakan masih lagi sama seperti sesi sebelum ini. Kali ini guru memberi boneka kepada kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan berbual menggunakan boneka yang telah disediakan oleh guru. Pemerhatian

Tarikh : 8 April 2015Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota BharuMasa: 10.00am 10.30 am

Peristiwa:Kanak-kanak makin tertarik apabila guru memberi dan membenarkan mereka untuk memegang dan bermain dengan boneka. Mereka saling meneka dan berbual dengan rakan tentang nama boneka tersebut. Kanak-kanak mula berbual menggunakan boneka dan dapat menjawab soalan guru. Kanak-kanak yang kurang bercakap juga mula menunjukkan minat untuk berbual menggunakan boneka.

Refleksi: Penggunaan boneka memang dapat meningkatkan komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak lebih mudah memahami cerita apabila menggunakan boneka. Kanak-kanak sangat gembira apabila bercakap menggunakan boneka. Kanak-kanak sangat gembira apabila dapat memakai dan melakonkan boneka tangan. Kanak-kanak juga dapat menyebut nama haiwan (boneka) dengan baik. Komunikasi kanak-kanak makin bertambah apabila mereka bercakap dengan guru, rakan dan dengan boneka itu sendiri.

5.5Refleksi Kajian 5.5.1Penilaian pencapaian murid

Persoalan Kajian Pertama: Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan jelas dan lancar? Hasil analisis kaedah soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan telah dapat mengenal pasti keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan menggunakan boneka.

Jadual 1: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak A dan B dengan menggunakan Cerita Gajah dan Arnab. Sebanyak enam soalan telah diberikan kepada kanak-kanak bagi kaedah ini.

JawapanKanak-kanak AKanak-kanak B

BenarSalahBenarSalah

Jumlah Skor6/60/64/62/6

Peratusan (%)100%0.00%66.67%33.33%

Jadual di atas menunjukkan peratusan yang diperolehi hasil daripada analisis kajian soal selidik yang diberikan kepada kanak-kanak A dan B yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki. Berdasarkan jadual yang diperolehi, didapati kanak-kanak A memperolehi peratusan 100%, manakala kanak-kanak B memperolehi 66.67%. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi mendapati kanak-kanak memberikan respon dan tindak balas yang baik terhadap soalan yang telah diberikan. Melalui sesi bercerita menggunakan boneka tangan, kanak-kanak dapat membentuk pertuturan yang baik melalui komunikasi serta tindak balas dan respon yang diberikan terhadap sesi tersebut. Komunikasi yang berlaku menunjukkan kanak-kanak mula melakukan proses berfikir bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan. Oleh itu penggunaan boneka dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak melalui proses berfikir dengan menghasilkan komunikasi yang jelas dan lancar. Vygotsky dalam Sharifah dan Aliza (2011) berpendapat bahawa proses perkembangan mental kanak-kanak yang tinggi akan berlaku melalui proses komunikasi semasa aktiviti praktikal dijalankan. Jadual 2: Hasil analisis pemerhatian terhadap kanak-kanak bermain boneka

Kanak-kanakJumlah bilangan ayat yang disebut oleh kanak-kanak

A7

B5

Berdasarkan jadual yang diperolehi, dapatan kajian menunjukkan bilangan ayat yang disebut kanak-kanak A adalah 10 manakala kanak-kanak B pula adalah tiga. Rumusan dapatan kajian pemerhatian mendapati bahawa kanak-kanak melakukan interaksi apabila menggunakan boneka. Kanak-kanak juga memberi perhatian mengenai perkara yang disampaikan dan soalan yang diajukan. Kanak-kanak berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan dengan baik. Walaupun pada awalnya kanak-kanak tidak memberikan respon yang baik, tetapi melalui pengunaan boneka kanak-kanak mampu memberikan respon yang baik dan lancar.

Jadual 3: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak

Kanak-kanakSebelum Intervensi (%)Selepas Intervensi(%)Jumlah Peningkatan (%)

A33.33%100%66.67%

B16.67%66.67%50%

Jadual 3 menunjukkan jumlah peratusan peningkatkan komunikasi kanak-kanak bagi sampel kajian yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan peratusan peningkatan kanak-kanak A adalah 66.67% manakala kanak-kanak B pula adalah 50.00%. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan berlaku peningkatan komunikasi dalam sampel kajian yang dikaji. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan boneka tangan membantu dalam memberi rangsangan komunikasi terhadap kanak-kanak. Persoalan Kajian Kedua: Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu kanak-kanak menguasai bilangan perbendaharaan kata? Hasil analisis temu bual yang dijalankan telah dapat mengenal pasti peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak dengan menggunakan boneka.

Jadual 4.1 Hasil analisis temu bual Kanak-kanak A dan B menceritakan semula cerita bagi Cerita Gajah dan Arnab.

Kanak-kanakKanak-kanak AKanak-kanak B

Skor9/116/11

Peratusan (%)81.82%54.55%

Dapatan kajian mendapati kanak-kanak A mendapat skor 9/11 dengan peratusan 81.82%, manakala kanak-kanak B memperolehi 54.55%. Keputusan diambil melalui respon dan jawapan yang telah diberikan oleh kanak-kanak melalui kaedah temu bual yang dijalankan. Kanak-kanak juga boleh menceritakan semula kisah yang telah disampaikan oleh guru melalui penggunaan boneka yang diberikan. Kebolehan menceritakan kembali menunjukkan kanak-kanak faham mengenai kisah yang telah disampaikan kepada mereka. Peningkatan komunikasi yang diberikan menunjukkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak juga turut bertambah.

Jadual 5: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata oleh kanak-kanak.

Kanak-kanakSebelum Intervensi (%)Selepas Intervensi(%)Jumlah Peningkatan (%)

A27.27%81.82%54.55%

B9.09%54.55%46.46%

Jadual 5 menunjukkan peratusan peningkatan perbendaharaan kata kanak-kanak. Peratusan peningkatan kanak-kanak A adalah 54.55%, manakala kanak-kanak B adalah 46.46%. Intervensi yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan perbendaharaan kanak-kanak dalam menggunakan boneka tangan.Nillie Mc Caslin (1984) mengatakan bahawa boneka boleh dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar bagi menarik perhatian kanak-kanak, mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai motivasi kepada kanak-kanak untuk memberi perhatian dan belajar di dalam kelas. Melalui kajian yang telah dijalankan ini menunjukkan bahawa penggunaan boneka tangan tersebut boleh meningkatkan komunikasi kanak-kanak. Kesimpulannya hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan boneka sememangnya dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak berkomunikasi terutamanya berkomunikasi dengan guru dan rakan kelas. Penggunaan boneka juga mampu meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak serta memberikan keyakinan kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan individu yang lain.

6.0PERBINCANGANBerdasarkan dapatan kajian, kanak-kanak berupaya berkomunikasai dengan lancar dan jelas dengan menggunakan boneka tangan malah mereka menjadi lebih yakin ketika berkomunikasi. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Zaharatullaili (2006) dalam Mohd Fhayrus Abdullah (2012), iaitu penggunaan boneka dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif. Kanak-kanak juga dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka ketika mereka sendiri yang bermain atau menggunakan boneka. Hal ini menunjukkan bahawa mereka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Loy (2004), dimana menurut beliau penggunaan boneka dalam pengajaran dapat meningkatkan interpersonal kanak-kanak.Selain itu, didapati kanak-kanak boleh bermain boneka tangan bersama rakan-rakannya. Hal ini menunjukkan bahawa perbendaharaan kata dan kemahiran komunikasi kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui penggunaan boneka ketika bermain. Jackman (2001), dalam Loy (2004), pula menyatakan bahawa kanak-kanak di peringkat pendidikan awal usia, boneka sebagai objek yang boleh digunakan untuk berdialog. Oleh it, ketika kanak-kanak menggunakan boneka secara tidak langsung menggerakkan diri mereka untuk berkomunikasi secara semula jadi.Secara tuntasnya, hasil penyelidikan kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Kanak-kanak berupaya berkomunikasi dengan lancar dan jelas. Bilangan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah daripada sebelum menggunakan boneka tangan. Hal ini dapat dilihat dari kajian ini dimana sebelum menggnakan boneka tangan, kanak-kanak kurang berinteraksi atau menjawab soalan yang diberikan seolah-olah mereka teragak-agak untuk bercakap. Akan tatapi apabila guru menggunakan boneka tangan, penglibatan aktif kanak-kanak dapat dilihat. Oleh itu, penggunaan boneka tangan perlu digunakan bukan sahaja ketika sesi bercerita malah pada waktu-waktu lain yang dirasakan perlu bagi guru.

7.0CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penambahbaikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Berikut merupakan cadangan yang dirasakan sesuai oleh penyelidik:

1. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan pentas ketika sesi bercerita. Pentas tersebut haruslah menarik dan bersesuaian dengan cerita yang hendak disampaikan. Hal ini kerana kajian ini hanya dijalankan didalam kelas tanpa penggunaan pentas boneka.

2. Kajian ini menggunakan boneka yang telah ada di pasaran. Oleh itu selain meningkatkan komunikasi kanak-kanak, melalui aktiviti menghasilkan boneka sendiri secara tidak langsung dapat meningkatkan kreativiti dan motor halus kanak-kanak.

3. Kajian ini hanya menumpukan kepada aspek perkembangan komunikasi kanak-kanak. Oleh itu penyelidik berharap agar kajian seterusnya dapat dijalankan bagi mengenalpasti aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

4. Penyelidik hanya menggunakan boneka tangan. Oleh itu, kajian selanjutnya boleh mempelbagaikan jenis boneka yang lain seperti boneka lidi, boneka jari dan sebgainya.

5. Kajian ini hanya tertumpu pada kanak-kanak prasekolah iaitu kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Untuk kajian selanjutnya, penyelidik boleh menjalankan kajian penggunaan boneka terhadap kanak-kanak TASKA.

6. Dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan satu cerita sahaja. Oleh itu, bagi kajian seterusnya boleh menggunakan beberapa cerita yang berbeza.

7. Kajian selanjutnya dicadangkan agar tidak menggunakan terlalu banyak soalan dan perlu lebih berfokus pada tujuan kajian bagi sesi temubual. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soalan yang kurang berfokus dan bilangan soalan yang banyak terhadap kanak-kanak.

Rujukan

Creative Thinking (2011). 5 Basic techniques for Good Puppetery. Retrieved on March, 13th2015, from https://weirproductions.wordpress.com/2011/01/25/5-basic-techniques-for-good-puppetry/.

Creative Thinking (2013). Penggunaan boneka dalam membantu perkembangan bahasa awalkanak-kanak. Retrieved on March, 10th2015, from http://cikamal.com/penggunaan-boneka-dalam-membantu-perkembangan-bahasa-awal-kanak-kanak.html.

Fadhila & Idrul Hisham (2013). Penggunaan boneka tangan dalam kaedah bercerita dankesannya terhadap kemahiran komunikasi kanak-kanak Pendidikan Khas.Terengganu:IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Green, A. A. (2003). Approches to needs assessment in childrens services. United Kingdom:Jessica Kingsley Publishers.

Ivy Deirdre Mangkau (2012). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. JohorBharu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Loy, C. L. (2004). Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara Malaysia: Unsurunsurpendidikan dan teknik persembahan. Kuala Lumpur: Pusat KebudayaanUniversiti Malaya.

Loy, C. L. (2011). Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran kanak-kanak prasekolah Loy Chee Luen. PhD thesis, University of Malaya.

Mohd Fhayrus (2008). Penggunaan boneka bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak diprasekolah. Kuala Lumpur: IPG Kampus Bahasa Melayu.

Piaget, J. (1963). The origins of intelligence in children. (M. Cook, Trans). New York:Norton.

Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature. Australia: Delmar Learning.

Sayed Mahussain & Fathiah (2010).Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalamkalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Johor:Universiti Teknologi Malaysia.

Selathurai Nadeson. (1982). Peranan drama/lakonan dan role playing dalam bidangpengajaran dan pembelajaran, Keluaran 64, Jilid XXVVII Disember 1982, JurnalKementerian Pelajaran Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.

Sharifah Nor Puteh dan Aliza (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Bangi, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaharatullaili Mohd Daud. (2006). Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaranprasekolah di Daerah Raub satu tinjauan KSPK. Kuala Lumpur: Institut BahasaMelayu Malaysia.

LampiranLampiran 1Catatan temubual

Tarikh:Masa:Tempat:

Beberapa soalan diajukan kepada kanak-kanak untuk mengenalpasti masalah komunikasi.

Antara soalan dalam temubual tersebut, ialah:i. Apakah warna gajah dan arnab?ii. Adakah gajah dan arnab bersahabat baik?iii. Apa yang ingin dilakukan oleh gajah dan arnab?iv. Kenapa arnab mengajak gajah untuk berlumba?v. Kenapa gajah dan arnab ingin membuat perlumbaan?vi. Apa yang terjadi semasa arnab sedang tidur?vii. Siapakah yang memenangi perlumbaan?viii. Bagaimana gajah boleh memenangi perlumbaan?ix. Kenapa arnab tidak dapat memenangi perlumbaan walaupun dapat berlari laju?x. Apa yang patut dilakukan oleh arnab kepada gajah selepas kalah dalam perlumbaan?xi. Apakah nilai-nilai murni yang ada dalam cerita tersebut?

Lampiran 2Borang soal selidik

Maklum balas kanak-kanak terhadap komunikasiJawapan melalui aktiviti soal jawab bersama kanak-kanak: YA TIDAK1. Kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan baik.2. Kanak-kanak yakin dalam berkomunikasi. 3. Kanak-kanak menunjukkan minat dalam aktiviti bercerita menggunakan boneka.4. Alat bantu mengajar dapat meningkatkan perhatiankanak-kanak dalam aktiviti bercerita. 5. Perbendaharaan kata kanak-kanak meningkatdengan penggunaan boneka.6. Kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktifdalam berkomunikasi melalui penggunaan boneka.

21