kajian tindakan
TRANSCRIPT
PROPOSAL:
MENINGKATKANPEMAHAMAN PRINSIP-PRINSIP INSURANS,MURID TINGKATAN 5 PERDAGANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POKOK MINDA.
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ. GAPOR
DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK
JAMNAH BT. ISHAK L 20111006510
FARINA BT. PAUZAN L 20111006498
MARZILPAH BT. ABDUL HAMID L 20111006492
MAIZATUL AKMAR BT. MOHD SUKERI L 20111006536
Mata pelajaran Perdagangan di dalam KBSM
merupakan mata pelajaran elektif
Untuk memberi pendidikan perdagangan supaya
pelajar mengetahui, memahami dan dapat
menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan
positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan
yang berkaitan.
Kedudukan mata pelajaran Perdagangan sebagai
subjek elektif juga telah menyebabkan sekumpulan
pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
sambil lewa
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pelajar tidak berupaya untuk mengenal pasti
dan mengingat prinsip-prinsip insurans dalam bab
9 Insurans mata pelajaran perdagangan tingkatan
lima.
Huraian buku teks atau buku-buku rujukan
perdagangan yang terdapat di pasaran terlalu
panjang dan sukar difahami
PENYATAAN MASALAH
Minat dan kemahiran belajar para pelajar
dalam mata pelajaran perdagangan akan menurun.
Akibatnya keputusan bagi mata pelajaran
perdagangan turut semakin merosot.
Masalah ini juga terjadi kerana
kebolehan pelajar yang berbeza tahapnya.
Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan
untuk meningkatkan pemahaman prinsip-prinsip
insurans, murid tingkatan 5 Perdagangan
menggunakan kaedah pokok minda.
Objektif Umum
Meningkatkan tahap pemahaman dan daya
ingatan pelajar untuk mengingati prinsip-prinsip
insurans menggunakan pokok minda dan
seterusnya menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran ini.
Objektif khusus
Selepas kajian ini selesai dijalankan, 8 orang
pelajar diharapkan dapat mencapai objektif
khusus seperti berikut:
Memahami sekurang-kurangnya dua ciri-ciri
dalam setiap prinsip insurans dalam tempoh masa
pengajaran dan pembelajaran
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan isi tempat
kosong dengan tepat.
Reka bentuk kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses
dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :
Langkah 1 – Pengenalpastian Isu dan Masalah
Melalui temubual bersama guru dan
pemerhatian yang dibuat, didapati 8 orang
pelajar tidak dapat mengenalpasti dan
memahami prinsip-prinsip insurans dan ciri-
cirinya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Mereka hilang fokus dan
tidak mengambil perhatian semasa guru
mengajar.
Langkah 2 – Perancangan Tindakan
Aktiviti yang dicadangkan ialah mengunakan kaedah
Pokok Minda.
Langkah 3 – Pelaksanaan Tindakan
Setelah mengetahui kelemahan kumpulan pelajar
tersebut, kami telah mengambil tindakan untuk
memperkenal kaedah Pokok Minda.
Pelaksanaan tindakan dijalankan dalam tempoh
empat kali pertemuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Aktiviti ini hanya melibatkan 8 orang pelajar yang
mempunyai masalah dalam memahami prinsip-
prinsip insurans dan ciri-cirinya.
Antara tindakan yang dijalankan ialah:
Sesi 1
Kumpulan pelajar tersebut telah dimaklumkan
terlebih dahulu bahawa mereka akan
diperkenalkan satu kaedah yang lain bagi topik
yang sama iaitu prinsip-prinsip insurans.
Guru memberi nota Pokok Minda yang mengandungi
nota lengkap mengenai 4 prinsip-prinsip insurans
beserta ciri-cirinya kepada 8 orang pelajar tersebut
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru memberi penerangan ringkas mengenai nota
pokok minda tersebut dan aktiviti yang akan
dijalankan terhadap 8 orang pelajar tersebut.
Sesi 2
Pada pertemuan kelas kedua, guru memberikan
pokok minda yang sama tetapi mengosongkan
beberapa ciri-ciri dan meminta pelajar mengisi
setiap tempat kosong tersebut.
Pelajar diminta menyiapkan dan menyerahkan
kepada guru untuk semakan.
Sesi 3
Pada pertemuan kelas ketiga, guru memberikan
pokok minda sekali lagi dengan pengosongkan
prinsip-prinsip insurans dan meminta pelajar
mengisi setiap tempat kosong tersebut seterusnya
guru menyemak latihan tersebut.
- Sesi 4
Pada sesi ini guru meminta pelajar melukis semula
pokok minda tersebut lengkap dengan prinsip-prinsip
dan ciri-cirinya.
Pelajar diminta menjawab soalan objektif yang
berkaitan dengan subtopik tersebut. Ini adalah untuk
melihat sejauhmana pelajar tersebut dapat memahami
dan mengingati subtopik ini
Langkah 4 – Pemerhatian dan Menganalisis Data
Guru akan membuat pemerhatian terhadap pelajar
tersebut ketika aktiviti dijalankan.
Guru akan menganalisis hasil jawapan yang dibuat
oleh pelajar tersebut dan mengenalpasti perubahan
mereka setelah diperkenalkan kaedah Pokok Minda.
Langkah 5 – Refleksi dan Penilaian
Guru akan membuat refleksi selepas kajian
tindakan ini dilaksanakan dan berharap pelajar-
pelajar tersebut dapat memahami prisnip-prinsip
insurans dan memcapai objektif yang ditetapkan.
Lembaran kerja pokok minda
Nota lengkap pokok minda
Latihan-latihan mengisi tempat kosong
pokok minda
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam
kajian ini adalah 8 daripada 30 orang pelajar
sebuah kelas sederhana pelajar tingkatan 5
Perdagangan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Pekula Jaya Tikam Batu Sungai Petani Kedah.
Dalam kajian ini akan 2 kaedah pengumpulan
data iaitu:
(a) Soalan-soalan latihan
(b) Pemerhatian
Ujian pos – analisis pencapaian pelajar
Pemerhatian – pemerhatian terhadap tindak balas
pelajar dalam menyiapkan tugasan.
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi
bersama dengan guru-guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sg.
Petani, Kedah.
ANGGARAN PERBELANJAAN
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pelajar tingkatan 5 Perdagangan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kebangsaan Pekula Jaya,
Tikam Batu Kedah menghadapi masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran terutama
dalam bab insurans.
8 daripada 30 orang pelajar di dalam kelas, tidak
dapat menjawab latihan yang diberikan
sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang
lepas.
ISU KEPRIHATINAN
Satu kajian akan dijalankan kepada 8 orang
pelajar yang mengalami masalah dalam
memahami dan mengenalpasti prinsip-prinsip
insurans dan ciri-cirinya untuk meningkatkan
pemahaman prinsip-prinsip insurans,
menggunakan kaedah pokok minda.