laporan kajian tindakan kumpulan 1

16
1.0 Pengenalan Kajian ini dijalankan bagi membantu murid Tahun 6 yang lemah dalam penguasaan sifir 7 dan 8. Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik mempelbagaikan teknik menguasai sifir darab agar dapat memudahkan murid untuk mengusai sifir 7 dan 8. Pencapaian yang rendah dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi fobia terhadap Matematik. Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh Janting anak Ringkai di Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, Serian, Sarawak yang bertajuk Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. Kajian ini melibatkan murid Tahun 5 yang rendah pencapaiannya. Hasil kajian yang dinilai melalui ujian pos mendapati jumlah murid yang menguasai sifir meningkat kepada 79% iaitu sebanyak 8% selepas pendedahan dan latih tubi tentang teknik penguasaan sifir diajar kepada mereka. Penyelidik juga menyatakan walaupun jumlah pelajar yang belum menguasai masih ramai tetapi pendedahan teknik menghafal sifir yang diperkenalkan dalam masa yang singkat sudah berjaya meningkatkan penguasaan sifir darab murid. Selain itu, Seah Vui Lip (2008) juga telah menjalankan kajian tindakan yang bertajuk Penggunaan Lagu Sifir Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga 9 Murid Tahun Tiga yang bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan lagu sifir terhadap penguasaan sifir darab 6 hingga 9 murid-murid Tahun 3 Kuning. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan lirik lagu sifir yang digubah sendiri berasaskan melodi lagu kegemaran kanak-kanak. Analisis data daripada kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat peningkatan dan kemajuan yang ketara dari segi penguasaan sifir darab 6 hingga 9 dalam kalangan murid Tahun 3 Kuning ekoran daripada penggunaan lagu 1

Upload: jevan-ryl

Post on 14-Aug-2015

106 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh Kajian tindakan sifir di sk keramuak kumpulan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

1.0 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi membantu murid Tahun 6 yang lemah dalam penguasaan

sifir 7 dan 8. Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik mempelbagaikan teknik

menguasai sifir darab agar dapat memudahkan murid untuk mengusai sifir 7 dan 8.

Pencapaian yang rendah dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari

kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal

sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka

menghadapi fobia terhadap Matematik.

Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh Janting anak Ringkai di Sekolah

Kebangsaan Sg. Mengap, Serian, Sarawak yang bertajuk Mempelbagaikan

Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga

10. Kajian ini melibatkan murid Tahun 5 yang rendah pencapaiannya. Hasil kajian

yang dinilai melalui ujian pos mendapati jumlah murid yang menguasai sifir

meningkat kepada 79% iaitu sebanyak 8% selepas pendedahan dan latih tubi

tentang teknik penguasaan sifir diajar kepada mereka. Penyelidik juga menyatakan

walaupun jumlah pelajar yang belum menguasai masih ramai tetapi pendedahan

teknik menghafal sifir yang diperkenalkan dalam masa yang singkat sudah berjaya

meningkatkan penguasaan sifir darab murid.

Selain itu, Seah Vui Lip (2008) juga telah menjalankan kajian tindakan yang

bertajuk Penggunaan Lagu Sifir Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga 9 Murid

Tahun Tiga yang bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan lagu sifir terhadap

penguasaan sifir darab 6 hingga 9 murid-murid Tahun 3 Kuning. Dalam kajian ini,

penyelidik menggunakan lirik lagu sifir yang digubah sendiri berasaskan melodi

lagu kegemaran kanak-kanak. Analisis data daripada kajian yang dijalankan

menunjukkan terdapat peningkatan dan kemajuan yang ketara dari segi

penguasaan sifir darab 6 hingga 9 dalam kalangan murid Tahun 3 Kuning ekoran

daripada penggunaan lagu sifir. Malah, penyelidik juga berpendapat bahawa

penggunaan lagu sifir telah menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran

beliau dalam sifir darab 6 hingga 9.

Pada akhir kajian ini, kemajuan prestasi dalam penguasaan sifir 7 dan 8

dalam kalangan pelajar yang dipilih akan dapat dilihat melalui Ujian Post yang

dijalankan. Malah, masalah penguasaan sifir 7 dan 8 dalam kalangan pelajar yang

lemah akan dapat dipertingkatkan dan diatasi. Lantaran itu, kajian seperti ini dapat

1

Page 2: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

membantu mengesan kelemahan pelajar dan membantu mereka membaiki

kelemahan tersebut di samping menambahbaik proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan di dalam kelas.

2.0 Latar Belakang Kajian

Sekolah Kebangsaan Keramuak adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan

pedalaman Telupid yang mengambil kira-kira 3 jam perjalanan ke pekan Telupid.

Murid-murid di sekolah ini berasal dari tiga buah kampung yang berdekatan dan

juga syarikat pembalakan Maxland. Sesetengah murid sekolah tersebut perlu

berjalan kaki sejauh satu kilometer dari kampung ke sekolah untuk menghadiri

kelas formal, kokurikulum dan kelas Skim Baucar Tuisyen (SBT).

Terdapat dua Kelas Tahun 6 di SK. Keramuak iaitu Kelas A dan B. Murid-murid

telah diasingkan mengikut tahap utama iaitu murid yang pandai dan lemah. Hal ini

kerana jurang kebolehan dan tahap penerimaan kemahiran di antara murid yang

pandai dan murid lemah adalah terlalu tinggi. Justeru, dengan adanya pengasingan

kelas, ini dapat memudahkan pengagihan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan

pengayaan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

3.0 Objektif Kajian

Projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan diharap dapat membantu murid

Tahun 6 di SK. Keramuak seramai 5 orang yang lemah menguasai sifir 7 dan 8

dengan baik. Dengan itu, penyelidik berusaha mempelbagaikan teknik menguasai

sifir dengan harapan ia dapat memudahkan 5 orang murid yang berkenaan

menguasai dan menggunakannya.

3.1 Objektif Umum

Objektif utama kajian ini ialah untuk menambahbaik penguasaan sifir 7 dan 8

dalam kalangan 5 orang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Keramuak,

Telupid.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan ialah untuk:

i. Meningkatkan penguasaan sifir 7 dan 8 dalam kalangan 5 orang murid

Tahun 6 melalui teknik susunan nombor.

2

Page 3: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

ii. Meningkatkan penguasaan sifir 7 dan 8 dalam kalangan 5 orang murid

Tahun 6 dengan cara menghafal sifir dengan menyanyi.

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka bentuk Kajian

Penyelidik menjalankan kajian ini berdasarkan Model Kajian Tindakan yang

dibangunkan oleh Kemmis (1988). Model ini melibatkan dua kitaran, iaitu kitaran

pertama dan kitaran kedua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Model Kemmis

(1988) ini menyarankan empat langkah kajian tindakan iaitu:

i) Merancang (Plan)

ii) Bertindak (Action)

iii) Memerhati (Observe)

iv) Mereflek (Reflect)

3

Page 4: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

Rajah 1: Model Kemmis (1988)

Penyelidik menggunakan keempat-empat langkah kajian tindakan yang

disarankan oleh Kemmis (1988) untuk menjalankan kajian ini.

4.1.1 Aktiviti yang Dirancang

Penyelidik memberi bimbingan kepada kelima-lima orang murid dengan masa yang

diperuntukkan 15 minit sahaja. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ialah:

Aktiviti 1: Teknik susunan nombor

Murid diberikan penerangan dan bimbingan bagaimana belajar sifir 7 dan 8 dengan

teknik susunan nombor yang mudah dan berkesan.

Tujuan: Memberi bimbingan kepada murid agar faham bagaimana teknik susunan

nombor dapat membantu mereka menguasai sifir.

Aktiviti 2: Sesi menghafal sifir

Murid diajar teknik menghafal sifir dengan kaedah menyanyi supaya belajar sifir 7

dan 8 dengan mudah dan berkesan.

Tujuan: Memberi keyakinan kepada murid berkenaan, di samping meninjau

keberkesanan aktiviti dan komunikasi dua hala.

4.1.2 Pelaksanaan Tindakan

Kitaran Pertama:

Tindakan (Aktiviti 1: Teknik susunan nombor)

Merancang

Fasa perancangan ialah melalui sesi perbincangan antara penyelidik-penyelidik

untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid Tahun 6 di SK.

Keramuak seramai 5 orang yang lemah supaya dapat menguasai sifir 7 dan 8

dengan baik. Dengan itu, penyelidik menggunakan teknik susunan nombor sebagai

aktiviti yang pertama.

4

Page 5: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

Bertindak

Peringkat seterusnya ialah melaksanakan tindakan seperti yang telah

dirancangkan. Aktiviti yang dijalankan ialah teknik susunan nombor. Cara

pelaksanaannya adalah seperti berikut :

Menerangkan tentang teknik susunan nombor.

Murid yang terlibat diberikan memo pad dan sebatang pen bagi menyalin

teknik susunan nombor.

Penyelidik memberi arahan seperti berikut untuk teknik susunan nombor.

(i) Teknik Susunan Nombor Untuk Sifir 7

Langkah 1:

(a) Mulakan tulis nombor 0, 1 dan 2 untuk baris pertama.

(b) Tulis nombor 2, 3 dan 4 untuk baris kedua.

(c) Kemudian, tulis 4, 5, 6 dan 7 untuk baris ketiga.

0 1 2

2 3 4

4 5 6 7

Langkah 2

(d) Tuliskan nombor 1 hingga 9 mengikut arah anak panah.

0 7 1 4 2 1

2 8 3 5 4 2

4 9 5 6 6 3 7 0

Langkah 3

(e) Gabungkan nombor dua lajur dalam barisan dan hasil darab 7 akan didapati

seperti

07, 14, 21, 28, 35, 42, 49, 56, 63, 70.

5

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

Page 6: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

0 7 1 4 2 1

2 8 3 5 4 2

4 9 5 6 6 3 7 0

(ii) Teknik Susunan Nombor Untuk Sifir 8

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

0

1

2

3

4

0

1

2

3

4

8

6

4

2

0

0

1

2

3

4

8

6

4

2

0

4

5

6

7

8

4

5

6

7

8

8

6

4

2

0

4

5

6

7

8

8

6

4

2

0

8

9

8

9

8

6

8

9

8

6

Langkah 1

(a) Tuliskan nombor 0 hingga 4 dalam lajur pertama, seterusnya 4 hingga 8 dan

akhirnya 8 serta 9.

Langkah 2

(b) Tuliskan nombor genap 0, 2, 4, 6, 8 ke dalam lajur sebelah mengikut arah anak

panah.

6

(a) (b) (c)

Page 7: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

Langkah 3

(c) Gabungkan kedua-dua lajur dan hasil darab 8 akan didapati seperti 08,16, 24,

36, 40, 48, 56, 64, 72, 80, 88 dan 96.

Pemerhatian

Murid-murid berasa kurang selesa apabila aktiviti tersebut dijalankan. Mereka tidak

boleh memahami aktiviti tersebut dengan baik kerana kaedah ini adalah baru untuk

mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih menunjukkan minat untuk mahu

belajar cara menghafal sifir tersebut dengan penyelidik.

Refleksi

Pada peringkat permulaan aktiviti ini, ia hampir tidak berjaya kerana murid tidak

menunjukkan kesungguhan yang ketara melalui pemerhatian penyelidik kerana

murid tersebut telah keletihan selepas aktiviti pagi yang sebelumnya. Namun

demikian, mereka masih menunjukkan minat untuk belajar dengan penyelidik. Hal

ini kerana penyelidik memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan

penguasaan sifir adalah sangat penting dalam menguasai mata pelajaran

Matematik. Oleh itu, aktiviti ini akan diteruskan sehingga membawa kepada

kejayaan. Ini juga menyebabkan penyelidik melaksanakan kitaran yang kedua

untuk aktiviti yang kedua, iaitu sesi menghafal sifir dengan menyanyi.

Kitaran Kedua:

Tindakan (Aktiviti 2: Sesi menghafal sifir dengan menyanyi)

Merancang Semula

Selepas membuat refleksi untuk kitaran pertama, aktiviti pertama adalah kurang

memuaskan. Oleh itu, aktiviti dirancang semula untuk menarik minat dan perhatian

murid untuk menghafal sifir. Aktiviti tersebut ialah sesi menghafal sifir dengan

menyanyi.

Bertindak

Setelah merancang semula aktiviti yang lebih menarik, fasa seterusnya ialah

melaksanakan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Aktiviti yang dijalankan

7

Page 8: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

ialah sesi menghafal sifir dengan menyanyi. Cara pelaksanaannya adalah sifir 7 dan

8 dijadikan sebagai lagu yang digemari untuk dinyanyikan oleh murid-murid.

Pemerhatian

Murid menunjukkan minat yang ketara dan menyanyi dengan gembira di samping

menghafal sifir 7 dan 8. Melalui pemerhatian, murid lebih mudah mengingati sifir 7

dan 8 melalui nyanyian daripada aktiviti yang pertama. Murid berasa senang dan

seronok untuk menghafal sifir melalui aktiviti ini.

Refleksi

Aktiviti menghafal sifir melalui nyanyian dapat menarik minat murid untuk belajar

sifir dan seterusnya menguasai mata pelajaran Matematik. Peningkatan dalam

pencapaian murid untuk menguasai sifir telah ditunjukkan dalam ujian post yang

dijalankan dan ditunjukkan dalam dapatan kajian (rujuk 5.0 Dapatan Kajian).

4.1.3 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil

.

Aktiviti Tarikh

Pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah dalam kalangan pelajar

Tahun 6 di SK.Keramuak, Telupid

April 2012

2. Menulis draf proposal kajian tindakan 17 April 2012

3. Pembentangan draf proposal kajian tindakan 19 April 2012

4. Melaksanakan tindakan 1 – Penayangan slide

belajar sifir 7 dan 8

19 April 2012

5. Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 1 19 April 2012

6. Melaksanakan tindakan 2 – Menghafal sifir dengan

menyanyi

19 April 2012

7. Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 2 19 April 2012

8. Refleksi kajian 19-20 Mei

2012

9. Menulis proposal lengkap dan laporan kajian

tindakan

21-23 Mei

2012

10. Pembentangan laporan kajian tindakan 29 Mei 2012

8

Page 9: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

4.1.3.1 Kos Kajian

Kertas A4 10 x RM 0.10 = RM1.00

Fotostat bahan edaran 10 helai x RM 0.05 = RM0.50

Mencetak modul bahan edaran 10 set x RM 0.05 = RM0.50

Buku Catatan 5 x RM1.20 = RM6.00

Jumlah Keseluruhan = RM 8.00

4.2 Sampel Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mengambil 5 orang responden sebagai sampel kajian. 5

orang responden tersebut ialah murid dari Kelas B, Tahun 6 di SK. Keramuak,

Telupid. Penyelidik memilih 5 orang responden tersebut secara rawak dalam

kalangan murid Kelas B.

4.3 Instrumen Kajian

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, penyelidik

telah meninjau masalah yang telah dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap

pencapaian murid dalam penguasaan sifir terutamanya sifir 7 dan 8. Penyelidik

membuat kesimpulan bahawa pencapaian 5 orang murid dalam penguasaan sifir 7

dan 8 agak lemah dan tindakan yang sewajarnya patut diambil. Tinjauan dijalankan

dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut:

Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah kajian tindakan selanjutnya dijalankan, tinjauan

terhadap masalah akan dikenalpasti terlebih dahulu bagi membantu penyelidik

memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan menerusi langkah-

langkah berikut:

o Menjalankan temubual dengan guru mata pelajaran Matematik dan

mengedarkan ujian pra dan pos untuk menilai tahap pencapaian

murid.

Pemerhatian

9

Page 10: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya penyelidik dapat mengamati

dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap

perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar serta reaksi atau gerak balas

terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan

tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya sewaktu

projek kajian tindakan dilaksanakan.

5.0 Dapatan Kajian

5.1 Analisis Data Kajian

Murid

Markah Ujian Penilaian

Ujian Pra

(10 markah)

Ujian Pos

(10 markah)

A 2 7

B 3 7

C 3 8

D 5 10

E 1 5

Peratusan

Markah (%) 28 74

Jadual 2: Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Sifir 7 dan 8 Murid Tahun 6, SK. Keramuak, Telupid

Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah markah yang diperoleh oleh murid Tahun 6 di

SK. Keramuak, Telupid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan. Ujian

Pra dan Ujian Pos tersebut bertujuan untuk menguji penguasaan sifir 7 dan 8 dalam

10

Page 11: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

kalangan murid Tahun 6 di SK. Keramuak, Telupid. Ujian Pra dibuat sebelum aktiviti

meningkatkan tahap penguasaan sifir 7 dan 8 dilakukan, manakala Ujian Pos dibuat

selepas aktiviti meningkatkan tahap penguasaan sifir 7 dan 8 dilakukan oleh

penyelidik.

Berdasarkan Jadual 2 di atas, dalam Ujian Pra didapati tahap penguasaan

murid Tahun 6 di SK. Keramuak, Telupid adalah sangat lemah. Ini dapat dilihat

daripada markah yang diperoleh oleh mereka kesemuanya tidak melebihi 5

daripada 10 markah. Murid A mendapat 2 markah, murid B dan murid C masing-

masing mendapat 3 markah, murid D mendapat 5 markah dan murid E mendapat 1

markah. Peratusan markah yang diperoleh oleh lima orang murid tersebut adalah

28 peratus. Peratusan ini adalah amat rendah. Maka, peratusan ini meunjukkan

bahawa murid-murid Tahun 6 di SK. Keramuak, Telupid masih lemah dalam

menguasai sifir 7 dan 8.

Setelah melakukan aktiviti meningkatkan tahap penguasaan sifir 7 dan 8

iaitu Teknik Susunan Nombor dan Sesi menghafal sifir dengan teknik yang mudah,

penyelidik telah menjalankan Ujian Pos terhadap lima orang murid tersebut. Jadual

2 di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh lima orang murid tersebut

dalam Ujian Pos. Didapati markah yang diperoleh oleh mereka telah menunjukkan

banyak peningkatan. Murid A dan murid B telah mendapat 7 markah, murid C

mendapat 8 markah, murid D mendapat 10 markah dan murid E mendapat 5

markah. Peratusan markah yang diperoleh oleh mereka ialah 74 peratus. Ini telah

menunjukkan banyak peningkatan iaitu sebanyak 46 peratus. Maka, aktiviti yang

dijalankan oleh penyelidik untuk meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun 6 di

SK. Keramuak, Telupid dalam sifir 7 dan 8 telah berjaya.

6.0 Cadangan Kajian Pada Masa Depan

Kajian yang dijalankan telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid Tahun

6 di SK. Keramuak, Telupid dalam menguasai sifir 7 dan 8. Aktiviti Teknik Susunan

Nombor dan Sesi menghafal sifir 7 dan 8 dengan mudah telah berjaya

meningkatkan penguasaan murid dalam sifir 7 dan 8.

Oleh itu, diharap penyelidik pada masa depan yang turut melakukan kajian

yang sama akan menggunakan lebih banyak aktiviti yang dapat meningkatkan

penguasaan sifir dalam kalangan murid. Penyelidik disarankan tidak menumpukan

11

Page 12: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

terhadap penguasaan sifir 7 dan 8 tetapi juga penguasaan dalam sifir 2 sehingga

12. Penyelidik disaran mempelbagaikan kaedah menguasai sifir.

Penyelidik yang menjalankan kajian yang sama pada masa yang akan datang

juga tidak hanya menjalankan kajian di sebuah sekolah sahaja. Penyelidik perlu

melakukan kajian di beberapa buah sekolah dan menambah bilangan responden.

Penyelidik disaran melakukan kajian ini terhadap kelas Tahap Dua iaitu Tahun

Empat, Lima dan Enam.

Dengan itu, penyelidik bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap

penguasaan murid dalam menghafal sifir malah juga dapat membantu guru-guru

Matematik di sekolah memudahkan pengajaran mereka serta meningkatkan

pencapaian peratusan murid dalam mata pelajaran Matematik.

7.0 Kesimpulan

Tahap penguasaan sifir yang rendah dalam kalangan murid bukan menjadi satu

masalah dan bebanan kepada para guru. Para guru perlulah memikirkan jalan

penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi tahap penguasaan sifir yang rendah

dalam kalangan pelajar. Para guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik

pengajaran mereka untuk menarik minat murid dalam menguasai sifir. Hal ini

kerana kebanyakan murid menganggap adalah sangat susah untuk mereka

menguasai sifir. Namun begitu, para guru seharusnya berusaha untuk

meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan murid. Hal ini kerana sudah

menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada

semua murid.

12

Page 13: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

Rujukan

Hamzah Md Omar, Mohd Khairuddin Abdullah & Khalid Hj Johari. (n.d.) Penyelidikan

Tindakan: Amalan Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Kota

Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Janting Ringkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid

Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Kemmis & Mc Taggart. (1998). Action Research Planner. Gealong Victoria: Deakin

University Publisher.

Seah Vui Lip (2008). Penggunaan Lagu Sifir Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga

9 Murid Tahun Tiga. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching,

Sarawak.

13

Page 14: Laporan Kajian Tindakan Kumpulan 1

14