kajian tindakan bab 1 - 3

29
TAJUK KAJIAN Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV Murid-Murid Tahun 1 Menggunakan Teknik Latih Tubi Kad Bacaan Oleh: Nama Pelajar : SHAMRAN BIN ABIDIN No Matrik : Opsyen : BM (PGSR AMBILAN NOV 2008) Penghantaran Proposal adalah bagi memenuhi keperluan kursus Penyelidikan Tindakan I Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent,Tuaran Sabah April 2012 Perakuan Proposal

Upload: zahiruddin-zahrudin

Post on 22-Nov-2015

277 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan Bab 1 - 3

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV Murid-MuridTahun 1 Menggunakan Teknik Latih Tubi Kad Bacaan

Oleh:Nama Pelajar: SHAMRAN BIN ABIDINNo Matrik: Opsyen: BM (PGSR AMBILAN NOV 2008)

Penghantaran Proposal adalah bagi memenuhi keperluan kursus Penyelidikan Tindakan I Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent,Tuaran SabahApril 2012Perakuan Proposal

Saya telah menyemak dan memeriksa proposal ini. Saya mendapati proposal ini memenuhi kehendak kursus. Pelajar ini diberi kebenaran untuk meneruskan penyelidikan.

____________________________ Nama (Penyelia)Tarikh:

___________________________ ()Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Tarikh:

Isi Kandungan

KandunganPerakuan ProposalPenghargaanSenarai gambarajahSenarai LampiranAbstractBab 1:PENGENALAN1.0Pendahuluan1.1Latar Belakang Kajian1.2Penyata Masalah Kajian1.3Persoalan Penyelidikan1.4Objektif Penyelidikan1.5Kerangka KonsepBatasan Kajian1.6Kepentingan Kajian1.7Definisi Istilah1.7.1 Teknik Latih Tubi1.7.1.1Teknik1.7.1.2Teknik Latih Tubi1.7.2Kad Bacaan1.7.3Membaca Gambar1.7.4Kemahiran Membaca1.7.5Bahasa Malaysia Tahun 1

Bab 2: KAJIAN LITERATUR2.0Pengenalan2.1Kajian Dalam Negeri2.1.1 Kajian Strategi Kemahiran Membaca Di Malaysia2.2Sorotan Keberkesanan Aplikasi Teknik Pembelajaran

2.3 Teori Psikolinguistik2.3.1 Latih Tubi dan Kajian dengan Teori Pembelajaran2.4 Kajian Luar Negeri2.4.1 Kemahiran Membaca2.5 Penutup

Bab 3METODOLOGI KAJIAN3.0 Pendahuluan3.1Rekabentuk Penyelidikan3.2 Populasi dan Sampel Kajian3.3 Kaedah Pngumpulan Data3.4 Instrumen Kajian3.5 Analisis Data3.6 Kesimpulan

Bab 4 HASIL KAJIAN

Bab 5RUMUSAN DAN CADANGANBIBLIOGRAFIAPPENDICESAPPENDIX AAPPENDIX B*********

ABSTRAK Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakan bagi mengetahui (mengenalpasti) kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 18 orang murid Tahun 1, didapati seramai 6 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan data melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini bagi mengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan masalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa. Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.

ABSTRACTReading is a skill which is very important in all subjects specially for Bahasa Melayu. One should master the reading skill because it is the fundamental skill to be mastered by all students starting from their early age of schooling. Those who fail to master the reading skill will not be able to read properly and fluently. They also will not be able to answer questions correctly. Therefore, a study was conducted to identify students abilities in reading sentences fluently. Based on the reading session which was conducted for 18 students in Year 1, the result shows that there are 6 students who are weak in this reading session. To overcome this problem, I decided to gather data through observation, pre test and post test. I have conducted this study to identify the problems and the main cause of the students why they are weak in spelling and reading skills. Through this study, I hope this problem can be overcome to help the students to improve their reading skills. Apart from that, I also hope that these students can compete with their friends and study in the real classroom. The finding of the pre test and post test showed a relatively encouraging.

BAB 1

1.0 PendahuluanAspek pemerolehan bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pemelajaran (P & P) bahasa. Oleh sebab itu penguasaan pelajar dalam kemahiran berbahasa pada peringkat asas perlu diberikan perhatian dan penekanan agar pelajar dapat menjadikan bahasa sebagai alat yang berupaya menyampaikan maklumat dengan berkesan. Dalam hal ini proses P & P pada peringkat asas menjadi dasar untuk membina dan mengukuhkan sistem persekolahan yang seterusnya. Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989). Pendapat ini diakui oleh Graham (1997) dalam Lessard-Clouston (1997) di mana hasil kajian mereka tentang strategi membaca dalam bahasa Perancis mendapati guru-guru yang menggunakan strategi membaca boleh membantu para pelajarnya memahami bahasa kedua yang dipelajarinya dengan lebih baik. Oleh itu, guru-guru seharusnya melatih pelajar mereka membina dan menggunakan kaedah pengajaran bahasa yang sesuai dengan murid bagi memudahkan murid memahami ilmu bahasa dengan lebih cepat.Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul. Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dankelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003) Kurikulum Bahasa Melayu telah diolah dan disusun dengan mengambil kira keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran berbahasa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keupayaan. Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka. Penggunaan Teknik yang bersesuaian dan diaplikasikan dalam kaedah pembelajaran Bahasa melayu perlu bagi membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian pembelajaran yang dikehendaki. Oleh itu, teknik tertentu perlu dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam aspek membaca. 1.1 Latar Belakang Kajian Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006). Mengikut Pressley (2002), masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000). Justeru, membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar dalam komponen lain selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetus minat membaca, adalah dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang mudah difahami dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat membaca. Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998), kaedah ini telah mula diperkenalkan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak bermula dari tahun 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) memperkenalkan kaedah ini sebagai kaedah ayat dan cerita pendek. Hasil perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis perkataan yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca. Seterusnya perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalam objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.

1. 2 Penyata Masalah Kajian Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, kepentingan penguasaan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ini adalah perlu dikuasai oleh murid-murid. Penguasaan mata pelajaran ini harus diperkukuh bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat padamasa itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis. Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid sekolah rendah khususnya Murid Tahun 1 bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membacamempunyai banyak kepentingan. Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian mereka menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar pemahaman teks dengan berkesan. Berpegang kepada prinsip pemulihan masalah seawal mungkin aplikasi Teknik Latih Tubi dengan penggunaan kad bacaan diharap dapat meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid Tahun 1 dengan latih tubi dapat membantu murid tahun satu menyelesaikan masalah membaca.Seperti mana yang berlaku di sekolah St.Benedict di mana sekolah tempat saya menjalankan kajian ini. Melalui ujian tapisan penilaian awal tahun Tahun Satu, saya dan beberapa orang guru tahun satu mendapati 26 orang murid atau 18% daripada keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan guru-guru. Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada masa akan datang.

1. 3 Persoalan Penyelidikan 1. Apakah tahap pembacaan murid-murid tahun Tahun Satu dalam pembacaan.2. Sejauh manakah kemahiran membaca murid-murid Tahun Satu dapat di pertingkatkan dengan menggunakan Kad Bacaan.3. Adakah Teknik Latih Tubi dalam penggunaan Kad Bacaan gambar dapat meningkatkan kemahiran mambaca dengan lancar. 1.4 Objektif Penyelidikan 1. Mengenalpasti tahap pembacaanmurid-murid Tahun Satu.2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.3. Mengenalpasti keberkesanan latih tubi dalam penggunaan kad bacaan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.

1.5 Kerangka Konsep Batasan Kajian Kajian ini melibatkan sampel seramai 18 orang murid Tahun 1 dari sebuah sekolah yang terdiri daripada 10 orang murid perempuan dan 8 orang murid lelaki yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian ini hanya betul dalam konteks sekolah tersebut atau sekolah lain yang menyerupai sampel kajian ini sahaja. Ia mungkin dapat dijadikan satu perintis dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama. Pemilihan sampel hanya berdasarkan kelas-kelas yang telah sedia ada, oleh itu, tidak menggunakan persampelan rawak untuk membentuk kumpulan. Disamping itu faktor-faktor lain seperti motivasi, minat dan sikap juga diambil kira dalam kajian ini. Untuk itu pengkaji akan menjalankan ujian pra untuk melihat tahap pencapaian awal pelajar dalam tajuk tersebut. Di akhir empat minggu pengkaji akan memberikan ujian pos untuk melihat pembandingan sama ada terdapat peningkatan prestasi di kalangan pelajar yang terlibat.

1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat memmuridi matematik dengan lebih seronok dan bermakna . Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam mata pelajaran Matematik menggunakan kaedah rakan sebaya sebagai ke tahap yang optimum. Dapatan kajian akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran danpembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Teknik Latih Tubi

1.7.1.1 Teknik

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Manakala menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

1.7.1. 2 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu dan boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, pemikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. ii. Tatabahasa (grammer)Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. v. Kefahaman (comprehension)Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.1.7.2 Kad Bacaan Kad bacaan yang digunakan adalah hasil daripada inisiatif guru yang mana guru akan membuat beberapa patah perkataan dan mengarahkan murid-muridnya membaca.

1.7.3 Membaca Gambar Membaca Gambar merupakan kegiatan bercerita kreatif yang mengkombinasikan huruf dan gambar. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penggunaan teknik gambar merupakan kaedah bacaan cepat. Objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal. 1.7.4 Kemahiran Membaca Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. (sumber rujukan Hsp Bahasa Malaysia Tahap Satu) Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti malam, musim , bakul dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Beberapa latihan yang di jalankan sebelun kajian ini di jalankan antaranya ialah membaca perkataan dengan bunyi suku kata yang betul dengan berpandukan kad bacaan. 1.7. 5 Bahasa Malaysia Tahun 1 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pulak merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

BAB II KAJIAN LITERATUR 02. Pengenalan Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai keberkesanan latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca menggunakan suku kata dan gambar dalam kalangan murid tahun 1. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan kajian lepas berkaitan kemahiran membaca, pandangan pengkaji lepas serta aspek kemahiran latih tubi dalam pengendalian aktiviti berbahasa. Kajian ini juga memfokuskan pendapat ahli-ahli bahasa tentang kepentingan kemahiran bahasa. 2. Kajian Dalam Negeri

2.1 Kajian Strategi Kemahiran Membaca di Malaysia. Di dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya (Atan. et al. 1984). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison (2005) yang membincangkan kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Dari segi perancangan pembelajaran, strategi pembelajaran bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib 1998). Mengikut Oxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasai proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri, lebih cekap, dan lebih mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary dan Robbins (1999) pula berpendapat strategi pembelajaran ialah teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugas pembelajaran. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2000, 2001), penyelidikan tentang Strategi Pengajaran Bahasa dalam BM merupakan sesuatu yang baru. Minat dan tumpuan kajian tentang cara belajar, strategi, kaedah atau teknik belajar BM masih kurang dilakukan oleh penyelidik tempatan. Penyelidik dan pengkaji BM lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, karangan, pemahaman, dialek, sebutan, ejaan dan lain-lain, tetapi kurang kepada kajian yang mengkaji bagaimana seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatu aspek bahasa tersebut. Dalam pendidikan BM, kajian dan penyelidikan yang mengkaji bagaimana seseorang itu berjaya dalam pembelajaran BM masih kurang dikaji. Mohd Tajuddin (1996) menjelaskan bagaimana kekurangan penyelidikan dalam pendidikan BM memberi impak yang besar dalam perkembangan BM di Malaysia, khususnya dalam konteks pendidikan BM di sekolah pada hari ini. Minat terhadap penyelidikan tentang strategi belajar telah terbukti dalam pendidikan bahasa. Penyelidikan tentang minat strategi belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar bahasa di barat sudah lama dijalankan. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2001, 2003a) serta Zamri, Jamaludin dan Mohamed Amin (2003), walapun kajian tentang teknik lebih berfokus kepada pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua, namun di Malaysia kajian dalam bidang yang sama masih berkurangan terutamanya dalam pendidikan BM. Lantaran itu, ia telah mencetuskan minat dan kesedaran para penyelidik dan pendidik bahasa terhadap kepentingan strategi pembelajaran yang berkesan yang perlu dikuasai oleh para pelajar (Zamri & Mohamed Amin 2000; Mohd Nazali, Mohamed Amin & Zamri 1999; Mohamed Amin, Juriah & Mohd Isa 1999; Mohamed Amin, Zamri & Mohd Nazali 2001). Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu terutamanya murid tahap satu. Penguasaan unit pembelajaran oleh murid tahap satu terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan strategi pengajaran yang betul melalui pendekatan dan teknik serta kepelbagaian bahan pengajaran yang sesuai untuk tahap satu. Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Menurut Hamka (2009), dalam bukunya yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, menyatakan bahawa langkahkan kaki ke perjuangan, yang selalu meminta tentera, yang selalu kekurangan soldadu. Apa yang tersirat dalam ayat itu amat mendalam maknanya buat seorang insan yang bergelar guru. Apa yang dimaksudkan dan dapat dikaitkan adalah seseorang guru seharusnya berdiri tegak dan berjuang memandang jauh kehadapan memikirkan bagaimana untuk menjadi model kepada pelajarnya dari segi kemahiran membaca dan tabiat membaca dan ini sekali gus menghampiri matlamat utama amalan hidup yang cemerlang.

Pembentukan tabiat membaca sememangnya dipengaruhi oleh naluri kemanusiaan dan factor-faktor yang ada disekelilingnya. Dalam hal yang demikan, seseorang guru yang meminati bidang ilmu, sudah semestinya mempunyai tabiat suka membaca, kerana membaca adalah pintu ilmu. Zaini (2009), ada menyatakan membaca adalah aktiviti susulan dalam konteks menuntu ilmu.

Menurut Kemboja Ismail & Norizah (2008), melalui bacaan, para pelajar mendapat maklumat terkini dan boleh mensintasis dan menilai ilmu yang dipelajari. Melalui membaca, barulah kita mampu menjadi warga dunia kelas pertama yang cemerlang sesuai dengan semangat dan tema Pesta Buku pada tahun 2002 iaitu Menakluki Dunia Melalui Pembacaan.

Kajian ini akan membincangkan dapatan kajian yang meninjau minat membaca guru pelatih khususnya guru pelatih tahun dua fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini akan membicarakan kepentingan membaca, terutama dalam berkerjaya sebagai seorang guru kelak, diikuti dengan rasional mengapa kajian ini dijalankan2.2 Sorotan Keberkesanan Aplikasi Teknik Pembelajaran

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.Menurut Tarigan (1987) terdapat beberapa keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa. Di antaranya, guru dapat menjadikan pengajarannya lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Mohd Nazali (1999) pula menjalankan satu kajian sbp di kalangan pelajar Tingkatan 4 ketika belajar BM di dalam kelas, di luar kelas dan peperiksaan. Beliau cuba mengkaji sbp berdasarkan jantina dan etnik pelajar ketika belajar BM. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran dalam ketiga-tiga konteks penggunaan teknik pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Dari segi etnik pula, Mohd Nazali mendapati pelajar Melayu lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran, diikuti pelajar India dan Cina ketika belajar BM di dalam kelas, luar kelas dan peperiksaan. Dapatan kajian Mohd Nazali ini juga bersamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Nazali, Mohamed Amin dan Zamri (1999), Rahani (1999), Norzizah (1999), Yong Zaharah (1999) dan Zuriyati (1999). Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002) pula telah menjalankan satu kajian pemerhatian di dalam kelas pelajar cemerlang. Hasil pemerhatian, mereka mendapati bahawa pelajar lelaki lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran bertutur, manakala pelajar perempuan lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Dapatan kajian Zamri et al. (2002) ini bersamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Mohamed Amin (2003a, 2003b). Sebagai contoh, Zamri dan Mohamed Amin (2003) menggunakan protokol pemerhatian bagi mengenal pasti teknik pembelajaran yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan lemah ketika belajar BM di dalam kelas. Hasil kajiannya, Zamri dan Mohamed Amin mendapati pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan Strategi Pengajaran yang khusus berbanding pelajar lemah. Begitu juga dari segi jantina di mana pelajar perempuan lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran berbanding pelajar lelaki ketika belajar BM di dalam kelas untuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi kajian berikutnya, Zamri dan Mohamed Amin (2003b) telah menjalankan kajian teknik pembelajaran pelajar cemerlang dan lemah bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Instrumen temu bual digunakan bagi mengumpul data. Hasil kajiannya, Zamri dan Mohamed Amin mendapati pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan teknik pembelaajran berbanding pelajar lemah ketika belajar BM di dalam kelas.

2.3 Teori Psikolinguistik

Menurut psikolinguistik kognitif Membaca akan bermula dengan makna dan berakhir dengan makna pula. (Mangantar Simanjuntak 1988: 160). Ini menunjukkan bahawa makna itu pula bergantung kepada dan ditentukan oleh pengetahuan dunia pembaca yang diperolehnya sejak dilahirkan lagi. Ini juga bermakna seseorang yang baik dan berkesan akan selalu mengarahkan pengetahuan dunianya untuk memberi makna kepada lambang tulisan yang dibacanya, seterusnya untuk mendapatkan erti daripada lambang tulisan itu. Oleh itu, proses membaca menurut pandangan psikolinguistik kognitif merupakan, satu proses dua hala, iaitu saling bertimbal balas dari lambang ke otak dan dari otak ke lambang tulisan. Pembaca yang lancar dapat membaca lebih kurang 400 patah perkataan dalam 1 minit dan kelancaran inilah yang menjadi objektif kepada pembaca. Sekiranya pendekatan yang salah diajarkan kepada seseorang murid, mereka hanya akan dapat mencapai kelancaran di antara 150 hingga 200 patah perkataan dalam 1 minit apabila dia dewasa nanti (Mangantar Simanjuntak 1988: 161). Selain itu, minat membaca terhadap bahan bacaan ke atas murid ini tidak seperti yang diharapkan, kerana minat membaca yang sangat diharapkan itu telah dimatikan oleh pendekatan yang salah tadi secara tidak disedari. Oleh sebab itu, pemilihan pendekatan pengajaran membaca di sekolah rendah (SR) adalah sangat penting, kerana hal ini akan menentukan segala-galanya dalam sistem pendidikan kita pada masa yang akan datang. Tujuan utama membaca adalah untuk mendapatkan erti atau makna daripada bahan bacaan (teks) dan bukannya untuk membunyikan lambang bertulis dalam teks itu semata-mata. Sebaliknya kemampuan membunyikan lambang bertulis adalah merupakan tujuan tambahan sahaja. Menurut fahaman psikolinguistik kognitif membaca melibatkan banyak faktor, seperti faktor lambang bertulis, penglihatan, ingatan jangka pendek, bahasa dan tatabahasa, erti, pengetahuan dunia dan lain-lain. Menurut Mangantar Simanjuntak (1988: 161), definisi membaca menurut fahaman tersebut berbunyi begini: Membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula di dalam fikirannya (otaknya) erti yang ingin disampaikan seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca oleh pembaca tadi.

Daripada definisi tersebut jelaslah bahawa seseorang pembaca tidak perlu membunyikan lambang bertulis itu terlebih dahulu sama ada secara kuat atau secara dalam hati dan selepas itu mengenal kata-kata yang dibunyikan dan kemudian menarik ertinya. Menurut definisi tersebut, seseorang 4 embaca harus dapat segera menarik erti daripada teks dengan pertolongan yang minimum daripada tanda saran yang didapati daripada lambang bertulis dalam teks itu dengan tidak membunyikan kata-katanya satu persatu. Dengan ini juga jelas menunjukkan bahawa seseorang pembaca tidak perlu membunyikan lambang bertulis itu lebih dahulu sama ada secara kuat atau secara di dalam hati dan selepas itu mengenal kata yang dibunyikan dan barulah kemudian menarik ertinya. Proses ini selaras dengan kepentingan organ deria manusia dari perspektif Islam, yang bermaksud, iaitu: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan (Surah Al-Isra : 36)

Dengan demikian jelaslah bahawa psikolinguistik kognitif telah menolak definisi membaca menurut teori pemelajaran lama (tradisional) yang mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara membunyikannya (dalam hati) dan kemudiannya menarik erti daripada kata tersebut. Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat secara satu persatu dengan cara membunyikannya terlebih dahulu sebelum pembaca dapat menarik erti sesuatu kalimat yang dibaca. 2.3.2 Latih Tubi dan Kaitan dengan Teori Pembelajaran. Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna.Berasaskan Teori Behaviorisme (Bloomfieild) beliau telah mengklasifikasikan latihan bahasa melalui;i. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.ii. Proses pengajaran haruslah menekan latihan dan pengulangan yang banyakiii. Proses penguasaan bahasa melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistemiv. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.v. Berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran.vi. Sesuatu ujaran terbentuk keranan adanya rangsangan, gerakbalas dalam bentuk bahasa, proses pendedahan yang berulang-ulang, gerak balas dalam bentuk bahasa dan konsep peniruan yang mempercepatkan pembelajaran bahasa.vii. Aspek pengukuhan memudahkan ingatanviii. Pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar, tutur, dan teknik latih tubi. Dalam latih tubi, pelajar dibimbing melalui satu siri latihan-latihan yang direka agar pelajar dapat memahirkan diri dengan kemahiran baru atau mengingat kembali maklumat yang sedia ada. Penggunaan pendekatan latihtubi menganggap bahawa pelajar telah pun menerima maklumat tentang konsep, prinsip atau prosedur yang memerlukan latihan. Bagi memperolehi latihtubi yang efektif, setiap latihan hendaklah mengandungi maklum balas pembetulan bagi setiap kesalahan yang dibuat oleh pelajar.

Ciri-ciri pendekatan latih tubi adalah;i. Menyediakan latihan berulangkali dari kemahiran asas kepada penambahan penghafalan, membina kemahiran dan mencapai penguasaan penuh.ii. Ianya dapat disesuaikan untuk psikomotor dan kemahiran kognitif tahap rendahiii. Sesuai bagi maklumat yang bukan dari sekali pendedahan belajar.iv. Membantu apabila ketepatan dan kepantasan diperlukan.

PengaplikasianReka bentuk struktur latih tubi berdasarkan Alessi & Trollip (1991) 2.4 Kajian Luar Negeri 2.4.1 Kemahiran MembacaMenurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapat meningkatkan bacaan pemahaman teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telah membuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedah BPPP amat berkesan. Begitu juga hasil kajian Almanza (1997) menunjukkan bahawa PK lebih berkesan untuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah tradisional dalam satu kelas besar. Walau bagaimanapun, Eleanor, dan Taylor (1995) menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara kaedah BPPP berbanding dengan kaedah penbelajaran tradisional dalam pemahaman teks di kalangan murid darjah enam. Kajian oleh Teeravarapaug dan Khairiree (1992) ke atas pelajar-pelajar sekolah di daerah-daerah Bangkok menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang tidak belajar melalui kaedah PK telah menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang telah melalui olahan kaedah PK. 2.5 PenutupAplikasi Kemahiran latih tubi dengan menggunakan Kad gambar merupakan aktiviti yang dapat memupuk kemahiran membaca dikalangan murid. Pengabaian kemahiran membaca seperti laporan Mohamed Amin 1996; Che Suriyati 2000; Azlin Mazniwati 2000, Faizahani 2002) berkaitan kajian-kajian dengan kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran bahasa di Malaysia banyak dijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa kedua sama ada di peringkat doktor falsafah, sarjana mahupun sarjana muda sebaliknya, kajian yang sama kurang dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Justeru, guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapatdiperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar.

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 PendahuluanDalam sesuatu kajian, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting untuk memastikan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, pendekatan cara persampelan dan penganalisisan data yang digunakan perlu dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan kajian yang dibuat. Bab ini membincangkan kaedah-kaedah dan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian. Bab ini juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, responden kajian, kawasan kajian dan kaedah penganalisisan data serta proses pemilihan subjek kajian, senarai alat kajian yang digunakan, cara perlaksanaan dan bentuk analisis data yang digunakan. 3.1 Rekabentuk PenyelidikanRekabentuk kajian ini berdasarkan kepada ciri-ciri penyelidikan tindakan. Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis & Mc Targgaart ini merupakan kitaran asas yang wujud secara berterusan melibatkan 4 peringkat iaitu Tinjauan, Perancangan, Perlaksanaan dan Refleksi.

Rajah 1 : Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)Keempat-empat pelaksanaan ini terdapat dalam model pendidikan. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran diawal dan berakhir selama seminggu dapat menunjukkan tahap keberkesanan akses internet dalam kegiatan membentuk dan membuat corak.Kajian ini adalah merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi dalam meningkatkan kemahiran menggunakan kad gambar. Pengkaji menyediakan nota lapangan semasa pemerhatian khususnya perkara-perkara yang melibatkan aktiviti murid. Data daripada nota lapangan, temu bual dan pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan yang dikemukakan dalam laporan kajian ini.

MEREFLEKMERANCANGBERTINDAKMEMERHATIGELUNG 1 GELUNG 2

Rajah Rekabentuk Penyelidikan 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 18 orang murid di salah sebuah sekolah daerah Papar, Sabah. Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik mempunyai masa yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti masalah sebenar di persekitaran yang sebenar juga (Marohaini, 2001). Menurut Bogdan dan Bikken (1998), kebanyakan kajian kualitatif yang dijalankan di tempat lapangan adalah bertujuan untuk mengutip data secara komprehensif. Ini selaras dengan pendapat Jorgensen (1989) dan Marohaini Yusoff (2001), yang mengatakan sesuatu data itu boleh dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak berubah. Seramai 18 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian.

Prosedur Pengumpulan Data.

i. Ujian pra : Minggu PertamaJumlah Item: Tiga belas Kad BacaanMasa : 13 minit setiap seorang

ii. Ujian Pos : Minggu Ke 4Ujian ini dijalankan diakhir pengajaran selama empat minggu.Jumlah Item: Tiga belas Kad BacaanMasa : 13 minit setiap seorang Markah-markah ini dirumus ke dalam jadual dan graf perbandingan. Soalan Pra dan Pos adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek. 3.4 Kaedah Pengumpulan DataPerbincangan mengenai kaedah pengumpulan data adalah berfokus kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini melalui data primer dan maklumat. Data diambil daripada perbezaan skor data ujian pra dan pos yang di jalankan. Menggunakan buku-buku rujukan, kad perkataan bergambar serta maklumat daripada guru pemulihan yang berkaitan dengan kajian. Perbincangan dengan guru pemulihan diadakan untuk mengenal pasti murid yang benar-benar layak sahaja untuk mengikuti kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca melibatkan suku kata yang panjang seperti gabungan KV dan KVK . Disebabkan mereka tidak dapat membaca maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara tidak langsung timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan-rakan sebaya yang lain. 3.5 Instrument KajianMenurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999: 37), populasi kajian adalah terdiri daripada semua ahli dalam kelompok kajian. Populasi kajian adalah terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 10 murid perempuan Tahun 1 di sebuah sekolah Murid Satu di daerah Papar, Sabah. Sampel kajian diambil secara rawak dalam pelbagai kebolehan.Subjek kajian diberi ujian kerja selepas sesi pengajaran dan pembelajaran selesai. Soalan akan memberikan maklumat mengenai penggunaan kaedah latih tubi dalam meningkatkan kemahiran suku kata dengan kad gambar dijalankan. Keputusan ini akan digunakan untuk melihat prestasi pencapaian murid di peringkat awal. Latih tubi 1- Ujian Murid Menyebut Huruf Dengan TepatLatih tubi 2 - Murid Memadan Bentuk Huruf SamaLatih tubi 3 - Murid Menyebut dan Membaca kad Bacaan Latih tubi 4 - Murid Mendengar Guru Bercerita dan Memadankan Kad Bacaan Gambar.Latih tubi 5 - Menyalin semula ayat berdasarkan kad BacaanLatih tubi 6 - Membaca Kad Bacaan (cerita) 3.6 Analisis DataOleh kerana kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan kaedah latih tubi menggunakan kad suku kata bergambar maka analisis dapatan menggunakan kaedah peratus dan graf bar bagi menunjukkan hubungan perbezaan pencapaian kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Jadual 1: Keputusan Ujian PraMarkah ( % )Jumlah MuridPeratus

1016

20211

30317

4000

50422

60844

3.7 KesimpulanDengan menggunakan instrumen kajian tindakan, penyelidik dapat membuat penganalisisan data yang diperolehi dengan lebih mudah kerana segala maklumat yang diperolehi boleh disemak semula dan jawapan yang telah diperolehi merupakan jawapan yang tepat kerana responden hanya perlu memilih satu jawapan sahaja daripada persoalan yang diberikan. Daripada nilai analisis data yang diperolehi, penyelidik dapat menghuraikan dapatan yang berkaitan dengan aspek-aspek kajian secara terperinci dalam bab yang seterusnya.Bab ini juga telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik bagi menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah bertujuan untuk menjawab segala persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab I.

Bibliografi

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:Longman.

Hamidah Yamat, Melor Md. Yunus dan Norzaini Azman. 2002. English Language Proficiency for Quality in Education: Are Our Students Ready? Proceedings of the International Conference on Education for All 2002.1: 225-233.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

Judith, S. dan S. McNary. 1999. Structural Equating Modeling. LISTSERV. E-Mail Discussion Group on August 19, 1999.

Kang, Dang-Ho. 1997. Assessing Korean Middle School Students Language Learning Strategies in Input-Poor Environments. EDRS. ED 413778.

Kvale, S. 1996. Interviews : An Introductions to Qualitative Research Interviewing. Thousand Oaks: Sage Publications.

Landis, J. dan G. G. Kosh. 1977. The Measurement of Observer Agreement for Categorical Data. Biometrics. 33: 159-174.

Lessard-Clouston, M. 1997. Language Learning Strategies: An Overview for L2 Teachers. Japan: Kwansai Gakuin University Press.

Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu.

Mohamed Amin Embi. 1996. Language Learning Strategies Employed by Secondary School Students Learning English as a Foreign Language in Malaysia. Thesis Ph.D. School Of Education, University Of Leeds, UK.

Mohamed Amin Embi, Juriah Long dan Mohd Isa Hamzah. 1999. Language Learning Strategies Used by Secondary School Students in Malaysia: A Preliminary Study. Laporan Akhir Penyelidikan G1/97. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Mohamed Amin Embi dan Abu Talib Abdullah. 1997. Penyelidikan Strategi Pembelajaran Bahasa: Implikasi Terhadap Pendidikan Bahasa di Malaysia. Kerta Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Lingusitik (SKALI) Ke-3, anjuran Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod dan Mohd Nazali Abu Bakar. 2001. Pola Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Language Teaching Linguistics and Literature. 7: 95-109.

Mohamed Amin Embi, Mohd Isa Hamzah, Zamri Mahamod dan Jamaluddin Badusah. 2002. E-Learner Training. Net: An Interative Online Model for Learning to Learn Language. Paper Presented at the Learning Conference 2002, Beijing, China.

Mohd Nazali Abu Bakar. 1999. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4: Satu Tinjauan. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi dan Zamri Mahamod. 1999. Hubungan antara Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dengan Pemboleh Ubah Jantina, Etnik, Pencapaian Bahasa dan Status Sosioekonomi Pelajar. Jurnal Teknologi. 31(E): 43-62.

Mohd Tajuddin Hj. Abdul Rahman. 1996. Penyelidikan Pendidikan: Kontrak Sosial ke Arah Meningkatkan Martabat Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 40: 694-401.

Noriah, M. I. 1999. Analysis of Attachment Theory among Malaysian Students Studying at American Universities. Thesis Ph.D. Western Michigan University, Kalamazoo, USA.Norzizah Yusof. 1999. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Seri Kembangan: Kaedah Temu Bual. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Oxford, R. 1989. The Role of Styles and Strategies in Second Language Learning. ERIC. No. ED317087.

Oxford, R. 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York: Newbury House /Harper & Row. Untitled-145 02/17/2007, 01:18 17 ZAMRI MAHAMOD & MOHAMED AMIN EMBI 18 Oxford, R. dan D. Crookall. 1989.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2000. Pengenalpastian Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar dalam Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. 13-26.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2001. Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa: Metodologi, Dapatan dan Agenda Masa Depan. Language Reporter 2001: Issue. 189-207.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. 2002. Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina Pelajar Cemerlang: Satu Kajian Perbandingan. Proceeding of The International Conference on Education for All 2002. 1: 63-77.