isu pj boleh jadi kajian tindakan

34
1.0 Pendahuluan Kurikulum Pendidikan Jasmani telah digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkanprestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Dengan itu murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap mulia untuk menghadapi cabaran hidup seharian. Mulai tahun 1999, kurikulum Pendidikan Jasmani telah dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan pendidikan sukan. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal, amalan kecergasan yang merangkumi aspek perkembangan mental dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, peningkatan kecergasan dilakukan secara fizikal manakala dari aspek sosial dan mental pula, 1

Upload: fizizul-tauffiq

Post on 25-Jul-2015

2.538 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

1.0 Pendahuluan

Kurikulum Pendidikan Jasmani telah digubal untuk memenuhi keperluan

pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang

cergas, sejahtera dan produktif. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu

proses yang bertujuan untuk meningkatkanprestasi manusia melalui aktiviti fizikal

terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Dengan itu murid

diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk

sahsiah dan sikap mulia untuk menghadapi cabaran hidup seharian.

Mulai tahun 1999, kurikulum Pendidikan Jasmani telah dibahagikan

kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan pendidikan

sukan. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas

melalui pembelajaran aktiviti fizikal, amalan kecergasan yang merangkumi aspek

perkembangan mental dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, peningkatan kecergasan

dilakukan secara fizikal manakala dari aspek sosial dan mental pula, murid

belajar bekerjasama dengan orang lain serta memperkembangkan lagi

kematangan mereka.

Selain itu, kandungan mata pelajaran ini adalah menekankan kepada

kecergasan yang sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan murid. Oleh itu,

pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran

melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan

1

Page 2: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

nilai berkaitan dengan mata pelajaran ini dengan melakukan aktiviti , eksperimen

dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani

adalah diwajibkan. Murid diberikan peluang untuk meluahkan emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan

melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang kondusif dan selamat.

2.0 Tugas dan Peranan Guru Pendidikan Jasmani

Berdasarkan kenyataan di atas tadi, guru Pendidikan Jasmani mempunyai

tanggungjawab yang amat berat untuk melaksanakan segala program yang telah

dirancangkan agar segala matlamat dan objektif mata pelajaran ini tercapai. Oleh

itu, guru Pendidikan Jasmani perlu memainkan peranannya sebagai pendidik

jasmani dengan lebih berkesan untuk membantu pelajar berkembang secara

seimbang dari aspek fizikal, sosial dan mental.

Menurut Singer (1976), pendidik jasmani adalah sama bertanggungjawab

untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui peranannya. Ia hendaklah

berupaya untuk impress upon society that their subject matter is indispensable

to enculturation. Oleh itu, peranan pendidik jasmani ialah mendidik dan

memimpin bukan sahaja pelajar tetapi juga masyarakat. Ini menunjukkan

bahawa peranan pendidik atau guru adalah sangat penting bukan sahaja setakat

menyampaikan ilmu semata-mata, bahkan juga meliputi tugas menyusun,

2

Page 3: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

mengatur dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai selaras dengan kehendak

kandungan sesuatu pengajaran.

Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan

beberapa garis panduan kepada para pendidik jasmani tentang peranan dan

tugas mereka. Berikut adalah di antara tugas-tugas dan peranan yang perlu

dipraktikan oleh para guru Pendidikan Jasmani :

2.1 untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal pelajar

2.2 untuk meningkatkan keupayaan fizikal pelajar dengan membangunkan sifat

mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza

2.3 untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami pengalaman yang

seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam pelbagai

cara

2.4 untuk membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui

aktiviti fizikal

2.5 menolong pelajar untuk belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan

orang lain

2.6 untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan

keyakinan diri

2.7 menolong pelajar mengalami keseronokan yang berkaitan dengan pelajaran

yang dirancang dengan rapi, memberangsang dan bertujuan.

3

Page 4: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Adalah jelas di sini, guru Pendidikan Jasmani perlu melaksanakan tugasnya

dengan bersungguh-sungguh agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat

mencapai keberkesanannya. Namun begitu, timbul polemik di kalangan ahli

masyarakat yang mempersoalkan sejauh manakah peranan dan penglibatan

guru dalam menentukan tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah.

Dalam satu kajian untuk penulisan tesis yang telah dibuat oleh seorang

mahasiswa dari Unimas terhadap kalangan guru Pendidikan Jasmani di sekolah-

sekolah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati tahap pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani di daerah tersebut adalah pada tahap ‘sederhana’ sahaja.

Beliau telah membuat tinjauan terhadap 84 orang guru yang mengajar

Pendidikan Jasmani dari 8 buah sekolah di daerah Tanah Merah, Kelantan.

Mengapakah hal ini boleh berlaku sedangkan kurikulum mata pelajaran ini telah

digubal semula dan telah diharmonikan dengan sebaik-baiknya ? Di antara

dapatan beliau ialah kelemahan guru sendiri dalam melaksanakan pengajaran

mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menyebabkan keberkesanan

tahap pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana

sahaja. Guru didapati kurang berkesan dalam memainkan peranan mereka

sebagai pendidik jasmani yang berwibawa.

4

Page 5: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Selain itu, tinjauan Utusan Pendidikan (Utusan Malaysia, 1995) mendapati

bahawa ada beberapa sekolah melaksanakan program Pendidikan Jasmani

tetapi tiada penekanan dibuat untuk menjamin keberkesanannya. Ada di

kalangan guru sendiri yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini

adalah sekadar untuk mencukupkan syarat dan jika tidak dilaksana pun tidak

menjadi masalah kepada pihak sekolah. Bahkan pelaksanaan yang dijalankan

kerap kali tidak memenuhi kehendak objektif kerana sikap tidak ambil berat guru

terhadap isi kandungan mata pelajaran tersebut menyaksikan kepentingan

Pendidikan Jasmani semakin diabaikan.

3.0 Faktor-faktor Kelemahan Guru

Kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani

dengan berkesan telah memberikan impak yang besar terhadap mata pelajaran

ini. Akibatnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani hari ini masih dianggap oleh

segelintir ibu bapa dan guru sendiri sebagai mata pelajaran yang tidak penting.

Kelemahan guru juga menyebabkan pelajar semakin hilang minat untuk

mengikuti pelajaran ini. Akhirnya akan lahir masyarakat pelajar yang hanya

mementingkan bidang akademik sahaja tetapi cetek pengetahuannya dalam

bidang yang berkaitan dengan kecergasan dirinya. Berikut adalah beberapa

faktor kelemahan guru yang menyebabkan pelaksanaan pengajaran mata

pelajara Pendidikan Jasmani berada pada tahap sederhana.

5

Page 6: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

3.1 Kelayakan Guru

Kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani

adalah dari kalangan guru-guru bukan opsyen. Kebanyakan mereka tidak

mempunyai pengetahun dan kemahiran yang mendalam tentang isi kandungan

mata pelajaran ini. Faktor ini adalah penting kerana guru hendaklah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang berupaya mengatur program yang sesuai

dengan keperluan pelajar. Keadaan ini merupakan masalah yang sering dihadapi

di kebanyakan sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah di

negara kita. Ini kerana jika diteliti kepada latar belakang guru-guru yang

mengajar Pendidikan Jasmani di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani di

sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati hanya

seramai 8 orang sahaja yang mempunyai pengkhususan dalam bidang

Pendidikan Jasmani berbanding dengan 84 orang guru yang mengajar mata

pelajaran tersebut.

Kurangnya pengetahuan dan kemahiran menyebabkan mata pelajaran ini

diabaikan oleh guru. Sebagaimana pendapat Prof. Khoo Kay Kim (1995) yang

mengatakan bahawa sebab utama pengabaian ini adalah kerana kurangnya guru

yang berkelayakan. Pendapat ini telah disokong oleh Rahman Shaari (1996).

Beliau berpendapat bahawa pelajaran ini diabaikan kerana kurangnya daya

6

Page 7: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

kreativiti di kalangan guru. Faktor ini juga menyebabkan pengajaran menjadi

lemah dan kurang berkesan.

Selain itu, kekurangan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi

kesungguhan pengajaran guru. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran tidak menarik dan membosankan. Pelajar hanya didedahkan

dengan satu atau dua jenis permainan atau kemahiran sahaja dalam setahun.

Aspek-aspek lain seperti kecergasan dan pendidikan sukan tidak disentuh

langsung. Akhirnya pelajar hanya tahu serba sedikit bermain sesuatu permainan

tetapi skop lain dalam kandungan mata pelajaran ini langsung tidak dipelajari.

Peranan dan penglibatan guru dalam pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani adalah amat penting sebagaimana kata Ross et al., (1987)

bahawa guru merupakan penghubung yang dapat memahami budaya pelajar. Di

samping itu, Singer (1976) pula menyifatkan guru sebagai penerang yang

menjana dan menggerakkan kepada perkembangan mental pelajar. Oleh itu,

untuk meningkatkan tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah,

faktor kelayakan guru perlu diberi penekanan dan perhatian yang utama.

7

Page 8: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

3.2 Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani

Pemahaman guru tentang penyampaian isi pembelajaran kurang dikuasai

oleh guru. Situasi ini menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani tidak memenuhi kehendak isi kandungan mata pelajaran

Pendidikan Jasmani yang sebenar yang iaitu merangkumi latihan, demontrasi,

pembetulan, peneguhan dan penyampaian isi pelajaran yang dianggap sebagai

masa pengajaran yang sebenar. Kaedah pengajaran yang digunakan lebih

bersifat perintah tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk

memperkembangkan minat dan kebolehan mereka.

Selain itu, guru juga didapati gagal menguruskan masa pengajaran dengan

lebih efisyen. Kegagalan ini akan menyebabkan isi pelajaran tidak disampaikan

mengikut peruntukan masa yang sesuai. Jadual di bawah menunjukkan tahap

keupayaan guru menguruskan masa penyampaian sesuatu fasa di dalam satu

waktu pengajaran oleh guru-guru Pendidikan Jasmani di daerah Tanah Merah,

Kelantan.

Rating Skor Kekerapan %Sangat rendah 0 –7 0 0.0Rendah 8 – 14 6 7.1Sederhana 15 – 21 46 54.8Tinggi 22 – 28 30 35.7Sangat Tinggi 29 – 35 2 2.4

n = (84) 100% Jadual 1 : Skor dan skala rating bagi penggunaan masa pengajaran Pendidikan Jasmani

8

Page 9: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Jadual 1 di atas adalah dapatan yang menunjukkan bahawa faktor

penggunaan masa yang mengikut pengajaran Pendidikan Jasmani yang

sebenarnya berada pada tahap ‘sederhana’. Sebanyak 7.1% (n= 6) dalam

rating ‘rendah’, 54.8% (n = 46) ‘ sederhana’, 35.7% (n= 30) ‘tinggi’ manakala

2.4% (n=2) pada tahap sangat tinggi. Berdasarkan keputusan ini, maka didapati

penggunaan masa tidak diberi perhatian oleh guru dan secara keseluruhannya

berada pada tahap yang ‘sederhana’. Ini adalah kerana pengajaran Pendidikan

Jasmani masih dijalankan sebagai amalan turutan yang menjadi tradisi

kebanyakan guru di mana guru yang mengajar Pendidikan jasmani tidak

menggunakan kaedah pengajaran yang terkini. Amalan sebegini mengikut

Singer (1976), akan mengurangkan jumlah masa untuk aktiviti pembelajaran.

Sebaliknya masa banyak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti persediaan sama ada

pada awal atau akhir sesuatu kelas. Oleh itu, penggunaan masa dan kaedah

pengajaran perlu diawasi selalu agar masa Pendidikan Jasmani tidak

disalahgunakan untuk aktiviti-aktiviti lain selain dari pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

9

Page 10: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

3.3 Pengalaman dan Umur

Pengalaman mengajar juga merupakan faktor penting dalam menentukan

tahap perlaksanaan Pendidikan Jasmani. Jadual 2 di bawah menunjukkan

bahawa guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kurang berpengalaman.

Dapatan tersebut adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah

menengah daerah Tanah Merah, Kelantan.

PengalamanSkala Rating

Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat TinggiKurang 5 tahun60.7% (n= 51)

0 3 31 17 0

6 – 10 tahun19.2% (n=16)

0 1 7 8 0

11 – 15 tahun10.3% (n=10)

0 0 7 3 0

Lebih 16 tahun8.3% (n=7)

0 0 4 3 0

100% (n=84) 0 4 49 31 0

Terdapat seramai 51 orang (60.7%) mempunyai pengalaman kurang

daripada 5 tahun, pengalaman antara 6 hingga 10 tahun seramai 16 orang

(19.3%), antara 11 hingga 15 tahun ialah 10 orang ( 10.3%) dan yang melebihi

16 tahun seramai 7 orang (8.3%) sahaja. Mereka yang mempunyai pengalaman

dalam kumpulan kurang daripada lima tahun dan kumpulan di antara 11 hingga

15 tahun menilai pelaksanaan Pendidikan Jasmani lebih kepada tahap yang

‘sederhana’ . Keadaan ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak mendapat

pendedahan tentang pengajaran Pendidikan Jasmani terkini. Dalam bidang

pendidikan, penyampaian dan penterjemahan ilmu adalah penting dan ini

10

Page 11: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

merupakan satu keistimewaan bagi mereka yang berpengalaman. Cameron dan

Mc Laughlin (dalam Al Ramaiah, 1992) berpendapat bahawa pengajaran guru

selepas tahun kelima hingga ketujuh semakin kurang efektif.

Di samping pengalaman, umur juga dijadikan sebagai sumber rujukan

bagi nilaian terhadap tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani sebagaimana

jadual 3.

UmurSkala Rating

Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat TinggiKurang 30 tahun247.4% (n= 23)

0 3 17 4 0

31 - 35 tahun42.9% (n=36)

0 1 16 18 0

36 - 40 tahun15.5% (n=13)

0 0 7 6 0

Lebih 41 tahun14.3% (n=12)

0 0 9 3 0

100% (n=84) 0 4 49 31 0Jadual 3 : Skor dan sakla rating mengikut umur terhadap keseluruhan faktor.

Berdasarkan Jadual 3, terdapat sebanyak 42.9% (n=36) terdiri daripada

mereka yang berumur antara 31 hingga 35 tahun dan 27.4% ( n= 23) adalah

kurang daripada 30 tahun. Manakala mereka yang berumur antara 36 hingga 40

tahun adalah 15.5% (n=13) dan yang melebihi 40 tahun hanya 14.3% (n=12)

sahaja. Daripada jumlah tersbut, terdapat sebanyak 4.8% (n=4) memberi nilaian

pada tahap ‘rendah’ sebaliknya 58.8% (n=49) pada tahap yang ‘sederhana’ dan

11

Page 12: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

37.2% (n=31) pada tahap yang ‘tinggi’. Ini menunjukkan bahawa nilaian yang

dibuat adalah secara keseluruhannya adalah ‘sederhana’.

Berdasarkan dapatan tersebut, didapati bahawa mereka yang berumur

kurang daripada 30 tahun dan mereka yang berumur melebihi 41 tahun memberi

kelebihan kepada tahap ‘sederhana’ berbanding dengan tahap ‘tinggi’. Manakala

yang berumur antara 31 – 35 tahun dan yang berumur antara 36 – 40 tahun

menilai tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

pada kadar yang sama antara tahap ‘sederhana’ dan ‘tinggi’.

3.4 Guru Tidak Kreatif Dalam Mengajar Pendidikan Jasmani

Dalam memperkatakan hal ini, kita boleh melihat kepada dua perkara.

Pertama dalam pengajaran dan pembelajaran itu sendiri, dan yang kedua dari

segi penyediaan alatan untuk sesi pengajaran Pendidikan Jasmani.

Apabila memperkatakan tentang kreatif dalam pengajaran, ianya

melibatkan tentang cara guru itu mengendalikan sesi pengajarannya. Guru

mungkin tidak mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Guru masih terikat

dengan cara lama iaitu kaedah perintah. Sesi pengajaran hanya berjalan satu

hala sahaja. Guru memberikan input manakala murid menerima input yang

diberikan oleh guru. Contohnya, apabila mengajar kemahiran mengelecek

dalam permaianan hoki, guru mengarahkan supaya murid melihat bagaimana

12

Page 13: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

guru melakukannya dan apabila selesai murid dikehendaki melakukan

sebagaimana yang telah dilakukan oleh guru.

Justeru, apabila hal ini berlaku sesi pengajaran dan pembelajaran

pendidikan jasmani menjadi tidak menarik seterusnya tidak dapat menarik minat

murid untuk mengikuti pengajaran dari guru. Kaedah pengajaran dari guru

memainkan peranan besar dalam menarik penglibatan murid. Pengajaran yang

hambar boleh membunuh minat murid.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, guru bukan hanya

menyampaikan ilmu bahkan guru juga bertanggungjawab memperkembangkan

minda muridnya untuk menjadi kreatif. Sekiranya guru masih berpegang kepada

cara lama dalam sesi pengajarannya adalah agak sukar untuk membentuk murid

menjadi kreatif. Sebagai contoh guru boleh memberi kerja rumah kepada

muridnya untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi pengajaran

yang berikutnya. Seterusnya apabila murid melaksanakan aktiviti tersebut guru

bertindak sebagai pembimbing untuk membetulkan perkara-perkara yang tidak

sesuai. Di sini murid dapat membperkembangkan bakatnya dalam mencipta

aktiviti-aktiviti baru yang berkaitan dengan sesi pengajaran.

Antara faktor yang menyebabkan guru tidak kreatif dalam mengendalikan

sesi pengajarannya ialah masalah sikap. Guru tidak bersedia dengan sesi

pengajarannya. Guru seharusnya merancang apa yang hendak disampaikan

13

Page 14: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

kepada murid dan guru seharusnya mempunyai target iaitu setelah selesai sesi

pengajaran dan pembelajaran murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga

domain yang telah dirancang dan hendak dicapai. Guru seharusnya sedar

bahawa murid-murid mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Guru harus

merancang aktiiviti mengikut peringkat kebolehan muridnya supaya mereka

dapat menguasai kemahiran yang hendak disampaikan oleh guru. Selain dari itu

ia juga dapat melibatkan keseluruhan muridnya dalam aktiviti yang dijalankan.

Perkara kedua yang menyebabkan guru tidak kreatif dalam

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi penyediaan alatan.

Selain dapat membantu guru memudahkan pengajarannya alatan juga dapat

menarik minat murid untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran.

Guru seharusnya tidak bergantung kepada alatan yang terdapat di

sekolah sahaja. Guru boleh menyediakan alatannya sendiri sama ada guru itu

membuatnya sendiri atau memberikan projek kepada muridnya. Sebagai

contoh, semasa guru hendak mengajar tajuk berkaitan beban, guru semestinya

memerlukan alat-alat seperti barbell dan dumbell untuk memudahkan

penyampaian dan memerlukan supaya murid memahami serta merasai

bahagian-bahagian otot yang terlibat. Alat-alat tersebut boleh disediakan sendiri

oleh guru tetapi ianya haruslah menepati atau sekurang-kurangnya hampir

menyamai spesifikasi sebenar.

14

Page 15: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Sekiranya sekolah kekurangan alat guru boleh menyediakan atau

mencipta alat reka ganti yang hampir menyerupai. Contoh, sekolah tidak

mempunyai lembing yang mencukupi bagi semua murid, sebagai permulaan sesi

memperkenalkan teknik yang betul, guru boleh menggunakan kayu yang lurus

kepada muridnya. Selain memudahkan ianya menjamin dapat keselamatan.

Bagi alat-alat yang telah rosak, ianya tidak semestinya terus dibuang.

Sekiranya alat tersebut masih boleh digunakan ianya perlu diperbaiki atau

ditukar kegunaanya. Sebagai contoh bola yang bocor ianya boleh dijadikan

medicine ball atau sebagainya.

Selain itu, bagi menarik minat murid guru harus mempelbagaikan alat

bantu mengajar. Sebagai contoh motion picture, filem berjalur, penggunaan

komputer dan sebagainya bersesuaian dengan peredaran masa. Alat-alat ini

dapat membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada muridnya.

Dalam sesetengah permainan murid dapat melihat aksi sebenar yang mungkin

tidak dapat dilakukan oleh gurunya.

15

Page 16: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

3.5 Guru Tidak Mendapat Pendedahan Terkini

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu yang mempunyai

nilai-nilai murni yang tinggi, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan sedar usaha haruslah dimulai dari

peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu guru haruslah mempunyai ‘content of

knowledge’ yang mana guru mempunyai ilmu dan pengetahuan bidang yang

diajarnya. Justeru itu pelbagai kursus sama ada dalam perkhidmatan ataupun

sebagainya telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dengan harapan

dapat melahirkan guru yang boleh mengajar dengan kaedah dan teknik yang

betul. Sebagai contoh Kursus Sijil Perguruan Khas setahun dan kursus empat

belas minggu yang menawarkan pelbagai bidang mata pelajaran.

Akan tetapi masih ada di kalangan warga guru yang tidak mendapat

pendedahan yang terkini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Antara faktor mengapa perkara ini berlaku ialah tiada tindakan lanjutan dari guru

yang telah mengikuti kursus. Guru yang telah mengikut kursus tidak

memanjangkan pengetahuan yang telah diperoleh kepada guru-guru lain di

sekolahnya. Guru tersebut menjadi pasif. Antara tindakan yang perlu dilakukan

oleh guru yang telah mengikuti kursus anjuran kementerian ialah mengadakan

kursus dalaman. Dengan cara itu segala ilmu yang telah diperoleh dapat

dikongsi oleh guru-guru lain yang tidak berpeluang mengikutinya.

16

Page 17: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula seharusnya memperbanyakkan

kursus-kursus peringkat daerah yang akan melibatkan semua sekolah di bawah

kelolaannya. PPD harus mengenalpasti guru-guru yang mempunyai ilmu yang

mendalam atau guru yang baru balik dari mengikuti kursus agar dapat dijadikan

sebagai guru sumber. Guru-guru sumber ini pula akan bertindak menjadi pakar

rujuk kepada guru-guru lain untuk memperolehi perubahan yang terkini dalam

bidang pendidikan. PPD juga harus memperbanyakkan penyeliaannya ke

sekolah-sekolah untuk memantau segala perkembangan berkaitan kursus-

kursus dalaman yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Serta kenalpasti guru-guru

yang memerlukan kursus lanjutan dalam bidangnya.

3.6 Kegagalan Guru Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang digubal dan digunapakai oleh negara

kita ini merupakan satu kurikulum yang sempurna dan menepati Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) yang mana ianya menitikberatkan perkembangan

insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. Jika dianalisis kurikulum Pendidikan Jasmani yang ada kita akan dapati

kelima-lima aspek tersebut boleh dipersembah dan diperjelaskan dengan

berkesan melalui Pendidikan Jasmani.

17

Page 18: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Kegagalan guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani dapat

dilihat dari pelbagai sudut dan aspek antaranya ialah seperti berikut:

i. Rancangan pengajaran

Dari aspek merancang pelajaran termasuklah penulisan

objektifnya, seseorang guru tidak merancang sesi pengajarannya

apa yang berlaku ialah guru merancang secara ‘adhoc’ yang mana

terdapat banyak kelemahan dalam perancangan secara adhoc. Ini

akan menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu

seseorang guru perlu merancang sesi pengajarannya dari segi

pendekatan, kaedah, teknik dan strategi mengajar yang betul serta

alatan, tempat alat bantu mengajar dan sebagainya.

ii. Pedagogical Content Knowledge (PCK)

Kekurangan atau ketiadaan pengetahuan tentang PCK akan

menjejaskan keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani,

hasilnya nanti seseorang guru hanya menggunakan satu kaedah

pengajaran sahaja. Perkara ini memberi kesan yang negatif kepada

pelajar, rakan sejawat, sekolah dan profesion.

iii. Pendekatan Tradisional

18

Page 19: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Pengajaran berpusatkan guru, stail perintah dan terlalu

banyak arahan merupakan ciri-ciri pendekatan tradisional. Cara ini

banyak kelemahannya dan kurang sesuai digunakan untuk

mengajar Pendidikan Jasmani. Guru seharusnya mempelbagaikan

kaedah dan teknik mengajar Pendidikan Jasmani agar sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan

mencapai objektif yang ditetapkan.

iv. Penilaian, Pengujian dan Pengukuran (3P)

3P merupakan komponen yang penting dalam Pendidikan

Jasmani kerana ia merupakan satu penilaian yang dibuat untuk

mendapatkan keputusan-keputusan tahap kecergasan dan intelek

seseorang pelajar disekolah. Kebiasaannya hasil keputusan 3P

digunakan untuk menilai akauntabiliti seseorang guru Pendidikan

Jasmani

Ramai di kalangan guru Pendidikan Jasmani yang tidak

melaksanakan 3P sama ada mereka mengetahui atau tidak tentang

3P. Menurut Artikel dalam Journal JOPERD (Measurement &

Evaluation – Theory to Practice) terdapat konflik di antara pakar-

pakar 3P dan guru-guru Pendidikan Jasmani. Permulaan konflik,

Needs of the practitioners vs. the role of the M&E specialist. Pakar-

pakar 3P dan guru-guru mempunyai matlamat yang sama dalam

menentukan akauntabiliti Pendidikan Jasmani . Setiap pihak

19

Page 20: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

memberi pandangan dari perspektif yang berbeza dan pespektif

yang boleh menimbulkan konflik sebagai contoh Pakar 3P memberi

penekanan teori, kaedah, prosedur pengujian, kebolehpercayaan

dan sebagainya yang boleh membekalkan keberkesanan pengujian

dan mendapat skor ujian yang tepat. Sebaliknya guru memerlukan

atau mahukan penyelesaian yang lebih praktikal kepada masalah

yang kompleks yang Di antara pakar-pakar teori di universiti

dengan guru-guru masih lagi terdapat satu jurang. Kurangnya

pakar-pakar penyelidik membawa hasil penyelidikan kepada guru

dan konsep salah arah yang mana kurangnya penghubung teori

kepada praktikal. Hubungan dua hala yang sangat penting supaya

pakar penyelidik dan guru-guru boleh berkomunikasi selain dari itu

ia menyedarkan pakar penyelidik akan keperluan guru.

Sehubungan dengan itu hubungan dua hala yang lebih efektif perlu

diusaha agar jurang yang sedia ada dapat dikurangkan demi

memartabatkan Pendidikan Jasmani di Malaysia.

3.7 Pemantauan

Pemantauan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak dilaksanakan di

peringkat sekolah, Pendidikan Daerah, Pendidikan Negeri dan Nazir. Sewajarnya

mata pelajaran Pendidikan Jasmani diberi perhatian yang sama dalam proses

pemantauan di mana-mana juga peringkat agar kredibilitinya sebagai mata

20

Page 21: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

pelajaran akademik menjadi kenyataan. Pelbagai kaedah pemantauan boleh

dijalankan disekolah iaitu menerusi Ketua Panitia, Penolong Kanan Ko-

Kurikulum, Penolong Kanan Akademik sehinggalah guru dengan guru. Ramai

yang tidak sedar akan masa depan Pendidikan Jasmani dalam konteks kerjaya.

Pendidikan Jasmani menawarkan pelbagai jenis jawatan-jawatan profesional

dalam kerajaan mahupun sektor swasta.

Proses pemantauan yang dijalankan mestilah berterusan dan dibawah

disertakan cadangan jadual pemantauan sepanjang sesi persekolahan:

Semester 1 Semester 2 Catatan

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Sekiranya mata pelajaran Pendidikan Jasmani mendapat tempat dan

perhatian yang sama dengan mata pelajaran peperiksaan yang lain dan proses

pemantauan dijalankan walau hanya peringkat sekolah sekalipun maka

peningkatan mutu dan keberkesanannya akan terhasil kerana dari

21

Page 22: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

pemantauanlah guru-guru mendapat maklum balas yang amat berguna bagi

mereka memperbaiki mutu pengajaran dan seterusnya dapat menyampaikan

ilmu dengan berkesan.

3.8 Etika Guru

Beretika semasa menjalankan tugas adalah amat penting bagi setiap

orang guru. Guru mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

kementerian semasa menjalankan tugas sama ada formal mahupun tidak formal.

Ini disebabkan guru adalah role model di mana segala tindak tanduk guru akan

menjadi perhatian oleh ibu bapa, pelajar, masyarakat setempat dan sebagainya.

Oleh itu, setiap guru khususnya guru pendidik jasmani perlu sentiasa

memastikan diri mereka tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru pendidik jasmani yang

masih gagal mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kementerian.

Contohnya terdapat guru pendidik jasmani yang gagal menunjukkan contoh yang

baik dari segi berpakaian semasa mengajar Pendidikan Jasmani. Selain itu,

masih terdapat guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani

menggunapakai kaedah yang tersendiri contohnya kaedah “remote control”.

Ketidakprofesionalan guru semasa menjalankan tugas ini akan menimbulkan

tanggapan negatif pelajar terhadap guru. Kemungkinan juga beberapa tindak

tanduk guru yang kurang elok itu tadi akan menjadi ikutan pelajarnya. Jika

22

Page 23: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

perkara ini dibiarkan berterusan, mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan

mencapai keberkesanannya dalam membentuk sahsiah pelajar.

4.0 Penutup

Pendidikan Jasmani adalah satu bidang ilmu yang tidak kurang

pentingnya dengan mata pelajaran lain. Lantaran itu, kementerian Pendidikan

Malaysia sentiasa memurnikan lagi mata pelajaran ini dari semasa ke semasa

agar sesuai dengan peredaran zaman serta kematangan pelajar. Langkah ini

bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, melalui mata pelajaran ini bakat-

bakat pelajar dapat dicungkil sejak mereka di bangku sekolah lagi. Walau

bagaimanapun, hasrat ini mungkin sukar untuk dicapai jika guru masih berada

ditahap lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma terhadap tugas dan

peranannya sebagai guru yang profesional. Jika semua guru pendidik jasmani

sanggup bersatu padu, saling bekerjasama dan sentiasa bersedia maka mata

pelajaran ini akan dapat dimertabatkan lagi sehingga ke tahap bertaraf dunia.

Namu begitu, hasrat ini akan dapat dicapai dengan usaha yang gigih daripada

semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan.

23

Page 24: Isu PJ Boleh Jadi Kajian Tindakan

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Khoo Kay Kim. (1995). Kurang guru punca abai jasmani. Utusan Malaysia, 29 Julai. 1995. Ms 21.

Mohd Taufek Razak. (29 Julai, 1995). Pendidikan jasmani diabaikan. Utusan Malaysia,. P.21.

Rahman Shaari.(1996). Kurang kreativiti punca pengajaran lemah. Berita Harian, 2 November, 1996.

Singer, R. N. (1976). Physical education foundation. New York. Holt, Rinehart and Winston.

http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway/thesis/thesis_0017/

contents.htm

24