isi edu 3083

Upload: zam-miaq

Post on 02-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    1/11

    1.0 PENGENALAN

    Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan

    bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya

    masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebanidengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan

    visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah

    pengurusan bilik darjah yang effektif.

    Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk

    Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan

    persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca

    utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah

    jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui

    pendidikan di sekolah.

    Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku

    Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan

    Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan

    oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

    2.0 LAPORAN

    Melalui pelbagai isu guru dan keguruan yang saya dapati daripada internet, saya telah

    memilih satu artikel dari Kosmo yang merupakan laman web rasmi yang bertajuk Ramai

    guru sakit jiwa. Isu keguruan tersebut telah menarik perhatian saya, kerana isu tersebut

    memberi impak yang besar kepada profesion saya sebagai seorang guru pada masa

    akan datang. Saya mesti mendapat pemahaman yang lebih baik tentang isu tersebut dan

    mendapatkan inspirasi daripadanya untuk menjadi seorang guru yang profesional dalam

    bidang keguruan.

    Daripada artikel yang saya temui, dikatakan profesion perguruan telah terdedah kepada

    risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental sehingga boleh membawa kepada penyakit

    mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Melalui

    pemahaman saya mengenai tekanan emosi, tanda-tanda awal tekanan mental akan

    bermula dengan kemurungan. Kemudian, guru akan mula hilang tumpuan mengajar, dia

    akan berasa bosan untuk berdepan dengan guru dan murid, dia memilih untuk menjadi

    pendiam malah jika berlarutan guru tersebut tidak mampu lagi untuk mengajar dan

    melakukan aktiviti harian.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    2/11

    Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara

    yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan

    seperti itu boleh menjejaskan profesionalisma mereka sebagai seorang pendidik. Guru

    seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi

    terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang salah akan menyebabkan

    rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan

    dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

    Sebelum berbincang dengan mendalam mengenai isu tekanan emosi yang dihadapi oleh

    para guru, marilah kita memahami apakah itu tekanan? Perkataan tekanan mula

    diperkenalkan dalam dunia perubatan oleh Hans Selye pada tahun 1949. Smither (1994),

    menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas

    permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, apabila individu telah mendapat

    permintaan ataupun diberi harapan oleh seseorang maka adalah menjadi tanggungjawab

    individu tersebut untuk memastikan permintaan dan harapan tersebut tercapai.

    Dari sudut bahasa, stres pula bermaksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah

    kehidupan. (Harunssani, 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan, 2006). Stres adalah

    fenomena pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan

    manusia (Hatta dan Mohamed Hatta, 2005). WHO pula mendefinisikan masalah mental

    (sakit jiwa) sebagai ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak bolehbekerja secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru, hal

    ini diiktiraf sebagai penyakit dan berupaya untuk pulih jika menerima rawatan yang

    berkesan dan cepat.

    2.1 Punca Isu Berlaku

    Antara punca-punca yang menyebabkan ramai guru mengalami tekanan emosi

    ialah bebanan kerja yang terlalu banyak dikenakan kepada guru. Isu bebanan

    tugas guru bukan perkara baru, malah sudah berlarutan sejak sekian lama hinggaMenteri Pelajaran telah berganti. Namun begitu, rungutan itu masih lagi

    kedengaran. Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain

    mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari

    semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan

    mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, menjadi guru bimbingan

    kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    3/11

    Merujuk kepada artikel tersebut, Zaimah Mishan, 42, yang pernah mengalami

    sakit jiwa. Beliau mengatakan beliau pernah bekerja tujuh hari seminggu iaitu dari

    pagi hinggalah petang sehinggakan beliau tiada masa untuk suami dan anak-anak.

    Masa untuk bekerja di sekolah lebih banyak berbanding bersama dengan

    keluarganya. Dari hari Isnin hingga Jumaat, beliau perlu mengajar seperti biasa,

    kadang-kadang beliau diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan

    alirannya. Pada hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua

    guru perlu terlibat dan hari Ahad pula beliau selaku guru JQAF diwajibkan terlibat

    dalam Kem Bestari Solat. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu

    pun beliau terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

    Punca kedua yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi adalah guru

    yang terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, rakan sekerja, ibu

    bapa dan juga pelajar juga akan menyebabkan guru berasa tertekan. Menurut

    kajian Pratt (1978) menyokong dapatan kajian Borg, Riding dan Fazlon (1991).

    Kyriacou (1978), Rudd dan Wiseman (1962) yang melaporkan bahawa tekanan

    kerja yang dialami dalam kerjaya perguruan disebabkan oleh beberapa faktor.

    Antara faktor tersebut ialah hubungan antara kakitangan di sekolah dan tidak ada

    kerjasama dari murid-murid dan ibu bapa yang agresif.

    Konflik yang berlaku di tempat kerja akan memberi kesan kepada perhubunganperibadi seseorang di mana hal tersebut akan menyebabkan seseorang berasa

    tertekan. Tambahan pula, kualiti persekitaran sosial di tempat kerja juga akan

    membawa kepada tekanan. Menurut kes Noreha daripada artikel tersebut, guru

    tersebut mengalami tekanan emosi dan hendak mengambil cuti untuk berjumpa

    doktor tetapi rakan sejawatnya banyak memberi tekanan kepadanya dan yang

    memeningkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang. Ada yang

    mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan

    untuk bercuti.

    Yang ketiga ialah guru perlu berhadapan dengan kerenah murid-murid yang

    pelbagai. Masalah disiplin murid di sekolah pada hari ini berada pada paras yang

    agak serius. Guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan

    sikap segelintir murid yang kadangkala menyakitkan hati. Guru yang mengajar

    kerap kali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila

    masalah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Akhirnya, guru

    mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk

    menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Emosi guru yang

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    4/11

    tidak stabil mengakibatkan tindakan guru menjadi tidak waras dan melanggar

    etika dan tatatertib seorang pendidik.

    Melalui kes ini dapat dikaitkan dengan salah satu model disiplin iaitu Model

    Disiplin Asertif Canter di mana berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yangdiingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang

    ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan

    peraturan dipatuhi dengan tegas. Namun, apabila emosi guru sudah tidak

    terkawal maka ketegasan yang sepatutnya membawa impak positif akan berubah

    menjadi suatu keganasan terhadap pelajar tersebut seterusnya mendatangkan

    kesan yang buruk pada guru dan sekolah.

    Seterusnya ialah tekanan daripada ibubapa. Ibu-bapa murid yang memberi

    harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka

    cemerlang dalam pelajaran. Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa

    terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya

    bergantung kepada pengajaran di sekolah. Tambahan lagi, Menurut Burke (1988),

    keadaan fizikal seperti bunyi bising, keadaan tempat kerja yang sempit dan terlalu

    ramai orang berada di tempat kerja ataupun kekurangan ruang untuk privasi boleh

    dihubungkan dengan tekanan. Hal ini menyebabkan guru tiada ruang yang

    secukupnya untuk memberi tumpuan pada tugasnya. perhatian semua murid laindaripada respons seorang murid sedang diberikan.

    Akhir sekali ialah,faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan

    guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,

    perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama

    yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah

    tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang

    mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami

    tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah.

    2.2 Cadangan Strategi Mengatasi Masalah

    Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini selagi setiap pihak

    memainkan peranan masing-masing. Antaranya ialah pihak sekolah boleh

    mengadakan satu program motivasi untuk mempertingkatkan motivasi. Menurut

    Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun

    mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh

    keyakinan dan kepuasan.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    5/11

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    6/11

    Melalui strategi ini juga dapat dikaitkan dengan satu lagi model disiplin iaitu Model

    Terapi Glasser. Dalam model ini, Glasser menyatakan ia berlandaskan kepada

    beberapa prinsip iaitu setiap guru bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-

    masing. Sekiranya guru sudah tidak mampu menguruskan tanggungjawab yang

    ingin diberikan, guru perlu bertindak dengan cara yang professional dan

    berdisiplin. Adalah menjadi suatu kesalahan dengan menimbulkan kekecohan

    atau pergaduhan atas tanggungjawab yang diberikan.

    Setiap guru juga perlu mengetahui cara bertingkah laku mengikut cara tertentu

    agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masig-masing. Hal ini

    sekiranya guru bekerja di bawah satu bumbung dengan orang yang memberikan

    tekanan kepada dirinya. Guru perlu pandai dan bijak dalam bertingkah laku

    dengan mengelakkan diri dari berada dekat dengan individu tersebut atau lakukan

    sesuatu yang tidak berkait rapat dengan individu tersebut. Hal ini akan membantu

    guru untuk bekerja dalam suasana tenang dan harmoni di tempat kerja.

    Selain itu, masalah tekanan mental juga boleh diatasi melalui amalan gaya hidup

    yang sihat. Salah satu cara adalah membuat senaman yang melibatkan

    pernafasan seperti tai chi dan yoga yang boleh membangkitkan rasa tenang dan

    mengurangkan hormon stres. Bagi guru yang tiada masa untuk mengamalkan

    senaman, cuba luangkan masa selama 5 minit dalam sehari untuk tarik nafasdalam-dalam secara perlahan dan lepaskan semula nafas dengan perlahan.

    Teknik yoga dapat mengaktifkan gerak balas pengenduran tubuh badan jika

    dilakukan secara berkala serta dapat mengurangkan tahap stres harian dan

    situasi ini merupakan suatu suntikan perasaan kegembiraan dan ketenangan.

    Tambahan pula, saya berpendapat bahawa cara yang amat berkesan bagi guru

    untuk mengurangkan stres adalah melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan

    atau forum. Terdapat banyak forum guru di internet di mana guru bukan sahaja

    boleh meluahkan perasaan malah guru boleh mendapatkan maklumat atau

    nasihat daripada guru yang berpengalaman yang pernah mengalami masalah

    yang serupa. Bagi guru yang tidak suka meluahkan emosi kepada orang lain,

    menulis jurnal dalam blog sendiri juga merupakan satu laluan untuk melepaskan

    emosi atau tekanan yang terpendam di hati.

    Selain itu, perkara yang paling penting sekali adalah pengurusan masa secara

    teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Guru

    jangan melaksanakan terlalu banyak tugas pada masa yang sama dalam tempoh

    yang singkat.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    7/11

    Guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancangkan apa yang

    boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Tambahan lagi, guru juga perlu

    mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya.

    Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan

    oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang disentuh dalam

    kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui tanda-tanda

    awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, saya akan

    mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan menggunakan

    teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson (1926) dan

    diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan pernafasan dan

    mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif.

    Seterusnya , pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan

    kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan

    suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini,

    maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan.

    Akhir sekali, guru boleh juga boleh menjalani bimbingan kaunseling dan

    perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan

    gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu guru

    yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Di samping itu,pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental.

    Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan

    yang mulia.

    3.0 RUMUSAN

    Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha

    pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu

    menyebabkan tekanan kepada individu. Namun, tidak bermakna bahawa tekanan padatahap yang tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu

    dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-

    kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

    Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam

    kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang

    tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan

    yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi

    berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    8/11

    Memandangkan tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi seorang guru

    adalah mudah perlu dilenyapkan daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan

    anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu

    memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak

    relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara

    cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan

    guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru.

    Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja

    merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukannya

    hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong seseorang itu

    rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan

    ketegangan dalam kalangan guru.

    Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat

    meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem

    dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja

    termasuk pekerja baru perlu diberitahu dengan jelas mengenai tugas-tugas yang harus

    dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem insentif perlu

    dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan

    saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatihmenggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat

    membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.

    Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program latihan

    dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa

    yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu

    dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi

    lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di

    dalam organisasi sekolah yang dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja.

    Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan

    dipertingkatkan mutunya dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak

    yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau

    menuding hanya kepada sesuatu pihak tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan

    semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang

    ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah

    dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan

    memartabatkan status pendidikan Malaysia.

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    9/11

    4.0 RUJUKAN

    5.0 PENULISAN REFLEKTIF

    Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Ilahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan

    ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadapensyarah pembimbing, Encik Rajendran A/L Subramaniam atas tunjuk ajar dan bimbingan

    beliau banyak membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga

    ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung

    mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

    Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan ada

    masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan tugasan

    saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah

    mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.

    Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk diulas. Hal ini kerana

    tugasan ini memerlukan penyediaan laporan hasil daripada pembacaan berkaitan isu-isu

    semasa yang memerlukan banyak rujukan untuk menyokongnya. Justeru pemilihan isu

    perlu lebih teliti supaya isu tersebut mempunyai banyak rujukan untuk diulas kemudiannya.

    Saya telah meneliti beberapa isu yang dimuat turun daripada beberapa laman sesawang

    rasmi dan mendapati kebanyakan isu tersebut adalah isu negatif berkenaan guru dan isu

    keguruan. Saya merasakan ia amat sesuai untuk diulas dan dipilih kerana hal-hal sebegini

    yang mengekori guru pada zaman moden ini. Akhirnya saya telah memilih satu isu

    berkaitan dengan ramai guru sakit jiwa dan isu ini adalah antara yang terhangat kini.

    Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan di mana

    saya tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya. Setelah berjumpa dan berbincang

    dengan rakan-rakan mengenainya, saya mendapat gambaran tentang apa yang perlu ditulis.

    Saya telah menulis beberapa cadangan untuk pengulasan isu dan berbincang kembali

    dengan rakan yang lain mengenai cadangan itu. Ia adalah untuk memudahkan sayamencari bahan rujukan yang mempunyai kesahan sebagai sokongan terhadap ulasan yang

    saya lakukan.

    Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses penulisan.

    Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah untuk menyerapkan

    bahan rujukan tersebut sebagai sokongan terhadap ulasan isu yang dilakukan. Saya

    merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, saya tetap

    meneruskan proses tersebut mengikut apa yang saya ketahui. Kemudian, saya merujuk

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    10/11

    semula dengan rakan-rakan yang ada untuk memastikan penulisan saya itu menepati

    kehendak tugasan dan kehendak beliau ataupun tidak.

    Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkannya.

    Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagaisokongan sebelum ulasan dibuat. Ini adalah kerana pengulasan ini memerlukan kefahaman

    yang tinggi terhadap isi penting isu tersebut. Rakan sekelas saya juga berpesan bahawa

    analisis isu ini memerlukan pemikiran yang kritis mengenainya. Setelah merujuk dan

    melakukan perbincangan bersama rakan-rakan, saya berjaya untuk menganalisis isu

    tersebut sebaik mungkin dan seterusnya menghasilkan tugasan ini.

    Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan bahan

    rujukan ke dalam ulasan ini. Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat menjadi bahan

    sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

    Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik mungkin namun saya merasakan

    masih tidak dapat dikaitkan secara jitu dengan ulasan tersebut. Saya cuba melakukan

    perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya.

    Akhirnya, saya meminta beberapa rakan saya untuk membaca dan menyemak setelah draf

    pertama penulisan ulasan disiapkan dan meminta pendapat mereka mengenai penulisan

    tersebut. Beliau bersetuju dengan cara saya menggunakan bahan sokongan yang dipilih

    untuk menyokong ulasan isu. Alhamdulillah, ini merupakan satu kejayaan pada diri sayakerana mampu menggunakan bahan rujukan secara tepat untuk menyokong ulasan isu

    yang dipilih.

    Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Satu

    daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan

    dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan

    yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak

    di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak

    dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada isu yang diulas ini.

    Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif

    mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai

    satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah

    untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama

    pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya

    agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta

    pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya

  • 8/11/2019 Isi edu 3083

    11/11

    perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam

    perguruan secara hakiki kelak.

    Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar

    memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasiyang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga

    merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu

    menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Sememangnya menyambung belajar

    merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap

    pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.