edu 3083 isu etika guru - pembentangan

Click here to load reader

Download Edu 3083 Isu Etika Guru - Pembentangan

Post on 07-Feb-2016

272 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Isu-isu etika guru

PJM 3114PENDIDIKAN JASMANI SUAIANTajuk : Masalah PenglihatanAhli KumpulanNorul Safura bt KamaludinShah Reza b Abd RazakNuraini bt MuhammadShahrul Izuwan bin Abd Rahman

EDU 3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUKUMPULAN 2 TAJUK : ISU-ISU ETIKA GURUNORUL SAFURA BINTI KAMALUDINNURAINI BINTI MOHAMADPJM 3114PENDIDIKAN JASMANI SUAIANTajuk : Masalah PenglihatanAhli KumpulanNorul Safura bt KamaludinShah Reza b Abd RazakNuraini bt MuhammadShahrul Izuwan bin Abd Rahman

Isu-isu etika guruKesantunan guruKepedulian guruPenampilan guruBerniaga di sekolahPengurus masaPengurus kewanganPJM 3114PENDIDIKAN JASMANI SUAIANTajuk : Masalah PenglihatanAhli KumpulanNorul Safura bt KamaludinShah Reza b Abd RazakNuraini bt MuhammadShahrul Izuwan bin Abd Rahman

KESANTUNAN GURUKesantunan berpakaian1. Guru hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.2. Solekan tidak keterlaluan3. Pakaian yang transperence tidak boleh dipakai dalama sekolah4. Kesesuaian pakai ke majlis dan acara rasmi

Kesantunan tingkah lakuIalah tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.Contohnya:-Ibu bapa yang datang berurusan di sekolah;berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan;duduk di dalam kelas;berhadapan dengan orang yang kita hormati;Berjalan di tempat umumKesantunan berbahasaKetika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa denan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya

Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975)Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikasi perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran.Ini bermaksud guru perlu memberikan pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja.Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan, tempat perbincangan dan kewajaran pertuturan tersebut.

Grice telah mengemukakan 4 prinsip;1) Kuantiti (sempurna): memberi maklumat yang cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya.2) Kualiti (betul): tidak menyebut sesuatu yang difikir akan tidak betul dan tidak menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti. 3 ) Kesinambungan: bahan mempunyai kesinambungan dan relevan maklumatnya.4) Cara penyampaian (sejelas mungkin): elakkan kesamaran dan terlalu ringkas, laksanakannya secara teratur

Model Kesantunan Lakoff (1978)Lakoff menyarankan 3 prinsip sekiranya sesuatu perbualan ingin mengekalkan keharmonian dalam perbualan tersebut.Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut;1)jangan memaksa2)berikan pilihan3)jadilah pendengar selesa

Jangan memaksaMerupakan prinsip untuk mengekalkan kesantunan formal bagi mengekalkan jarak pendengar dengan penutur.Ini bermakna kedua-dua pihak, sama ada penutur atau pendengar tidak boleh memaksa salah seorang daripada mereka untuk terus berkomunikasi.Situasi sebegini akan memberikan keselesaan kepada mereka semua.Sebagai contohnya ketika berada di dalam sesebuah kelas, guru tidak seharusnya memaksa murid untuk terus mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan.Sebaliknya guru harus juga bersikap terbuka untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh murid mereka

Berikan pilihanMerupakan prinsip dalam situasi tidak formal.Keadaan ini memberi peluang kepada pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir dan bertindak balas terhadap permintaan yang bersesuaian dengan kehendaknya.Dalam konteks di dalam sebuah kelas, guru harus memberikan pilihan kepada murid untuk berkomunikasi demi pembelajaran mereka.Komunikasi dua hala atau pelbagai hala sangat sesuai untuk digunakan oleh guru.Ini bermaksud guru boleh berkomunikasi dengan murid, murid dapat bertindak dan memberi respon terhadap apa yang diperbincangkan dan dalam masa yang sama murid juga boleh berinteraksi sesama mereka demi mendapatkan hasil pembelajaran yang maksimum.Dalam proses komunikasi tersebut, setiap aspek kesantunan perlulah diamalkan.

Jadilah pendengar selesaAkan merapatkan hubungan yang baik antara penutur dengan pendengar.Ini akan menonjolkan perasaan positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan mereka yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih rapat.Namun begitu model ini hanya tertumpu kepada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik.Penutur akan melakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar.Model ini mengutamakan kepentingan pendengar, tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.Oleh yang demikian, guru harus bijak memilih prinsip yang boleh digunakan semasa berinteraksi cengan murid supaya akhirnya metlamat pembelajaran akan dapat dicapai

Prinsip kesantunan Leech (1983)Leech membina prinsip kesantunan atas prinsip kualiti.Prinsip kesantunan bermaksud penghubung tersirat yang penting iaitu menjalinkan prinsip kerjasama dengan masalah bagaimana menghubungkan maksud dengan kuasa.

6 prinsip kesantunan yang dikemukakan oleh Leech iaitu;1)santun/berhemah; meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain.2)budiman; meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri sendiri.3)sokongan/berkenan; meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain.

4 fungsi komunikasi dalam prinsip santun/berhemah;1)persaingan; matlamat perhubungan adalah berbentuk persaingan dengan matlamat sosial seperti memerintah, mendesak, merayu.2)beramah tamah; matlamat perhubungan sama dengan matlamat sosial seperti mempelawa, menyapa, mengucapkan terima kasih.3)kolaboratif; matlamat perhubungan tidak peka terhadap matlamat sosial, seperti menyatakan dan mengumumkan.4)berkonflik; matlamat perhubungan berkonflik dengan matlamat sosial seperti mengancam atau menuduh

KEPEDULIAN GURUDari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.

4 komponen penting dalam pendekatan ini, iaitu:ModelingDialogPraktisKepastian

ModelingKomponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita.Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka.

ModelingSikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu.Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas.Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid.

DialogKomponen ini bukan sahaja hanya melibatkan percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, di mana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui aktiviti berdialog.Ia memberikan murid peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui.

DialogGuru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi dua hala di dalam kelasnya.Komunikasi yang baik antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru.

PraktisKomponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di mana guru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid.Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid.Apabila guru berbuat demikian, murid itu mengucapkan terima kasih.

PraktisPertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis.Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid.

KepastianPerlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain.Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.

KepastianSebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut.Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.

PENAMPILAN GURUHendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul.Menunjukkan sifat yang positif.Mengamalkan semua nilai murni dalam kehidupan seharian dan ketika melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

Guru mestila mempunyai sifat:-Sabar yang tinggiMesraBertimbang rasaKesediaan mendengarKesediaan menerima kritikanRajinAdilPeriangBerdedikasiKreatif dan inovatif

Penampilan sifat rohaniahKeimanan yang kental kepada Allah swt;Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para rasul;Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

Penampilan sifat-sifat akhlakSentiasa bercakap benar dan jujur;Menepati janji, amanah dan ikhlas dalam perkataan dan perbuatan.Penampilan sebegini akan menjadikan guru sentiasa merendah diri, sabar, tabah dan cekal, pemaaf dan toleransi serta sentiasa meyanyangi murid, mementingkan orang lain dan pemurah.

Penampilan sifat-sifat mentalCerdas (kepintaran teori, amali & sosial);Menguasai mata pelajaran yang diajar;Luas pengetahuan am;Cenderung kepada pelbagai bidang;Kecenderungan dan memahami keperluan murid;Fasih & petah dalam penyampaian pengajaran.