bml 3083 semantik & pragmatik

Download BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

Post on 02-Jun-2018

278 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    1/24

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    2/24

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

    sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

    supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Abdullah

    bin Yusof kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya

    untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    3/24

    Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1 Pengenalan 1

    2 Kajian lepas 2

    3 Metodologi kajian 7

    4 Analisis data 10

    5 Kesimpulan 19

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    4/24

    Pengenalan

    Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di

    panas. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya sendiri dan

    mencerminkan watak bangsa tersebut. Lebih tua sesuatu bangsa itu, lebih banyak dan lebih

    klasik pula peribahasanya. Bukan kita sahaja yang tidak dapat membuat garis sejak bilakah

    peribahasa itu mula-mula digunakan malah bangsa-bangsa lain juga tidak ada yang dapat

    membuat ketentuan tentang masa munculnya peribahasa itu di tengah-tengah masyarakat

    bangsanya. Walaupun demikian, satu perkara yang sudah pasti ialah bahawa peribahasa itu sama

    tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa

    manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang

    baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan

    perhubungan hidup sesama manusia. Pada ketika itu, segala tamsil yang dapat diambil dari alam

    dijadikan perbandingan, segala renungan yang lahir daripada peristiwa kehidupan diucapkan

    kembali berulang-ulang sehingga berkesan tamsil dan renungan itu sebagai hukum hidup,

    sebagai undang-undang yang berlaku dalam masyarakat. Contohnya dapat kita ambil daripada

    adat perpatih di Minangkabau dan di negeri Sembilan iaitu adat bersendi syarak, syarak bersendi

    adat yang sampai sekarang ini masih utuh dipergunakan.

    Sepanjang yang kita ketahui, peribahasa itu berasal daripada tiga sumber. Sumber

    pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber

    kedua ialah orang-orang arif bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada

    renungannya dan sumber ketiga ialah kitab suci. Kalau kita kaji kembali semua peribahasa itu

    satu persatu maka terasa kepada kita betapa luasnya renungan dan fikiran leluhur kita yang telah

    lalu itu ketika menyusun tatatertib hidup sehingga sebahagian besar daripada hasil renungan dan

    fikiran mereka itu masih boleh kita pergunakan sekarang ini walaupun ada beberapa di antaranya

    yang sudah tidak sesuai lagi dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan.

    Setiap peribahasa itu ada dengan riwayatnya tersendiri. Peribahasa baru seperti unta

    menyerahkan diri kalau bukan peribahasa Arab sudah tentu ada perkaitannya dengan seorang

    haji yang baru pulang dari Mekah. Dia melihat unta yang patuh kepada gemabalanya itu seperti

    1

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    5/24

    seorang hamba yang patuh mengikut perintah tuannya. Daripada contoh itu, ternyata kepada kita

    bahawa setiap aliran hidup dalam masyarakat pada waktu itu ikut serta memberi sumbangan

    memperkaya perbendaharaan peribahasanya yang akan menjadi undang-undang hidup mereka.

    Peribahasa kita kaya sekali sebab di dalamnya terkumpul segala macam aspek hidup, sejak

    pemburu yang memburu kijang di hutan sampai kepada nelayan yang bermandi ombak di tengah

    lautan, sejak cerdik pandai yang bersemadi di tempat yang sunyi sampai haji yang baru pulang

    dari tanah suci. Selain itu, sebahagian besar daripada peribahasa kita itu tidak sahaja berisi

    dengan erti yang tepat dan kias ibarat yang tajam tetapi kalimat bahasanya juga begitu teratur,

    ringkas dan padat.

    Peribahasa itu telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dikumpulkan dan

    disimpan serta akhirnya dinukilkan oleh penulis-penulis dalam tulisan-tulisannya selain yang

    dipercakapkan sehari-hari. Namun dalam zaman yang akhir-akhir ini, orang sudah jarang

    menggunakan peribahasa dalam percakapannya. Semasa bersoal jawab dan bersenda gurau,

    orang lebih gemar untuk berterus-terang, buka kulit ambil isi, daripada rusa ditembak, kijang

    yang kena. Dalam peralatan perkahwinan yang dulunya menjadi medan kias dan ibarat yang

    sangat menarik hati, sudah jarang kita dengar pepatah dan peribahasa dipergunakan. Hal yang

    serupa ini berlaku juga kepada peribahasa-peribahasa bangsa lain misalnya peribahasa Inggeris

    yang dalam zaman Ratu Elizabeth (1558-1603), pernah mencapai puncak penggunaan yang

    gilang-gemilang ketika para sarjana, cerdik pandai, anggota-anggota istana, penulis-penulis

    malah ratunya sendiri berkata-kata dan menulis dengan menggunakan peribahasa bahkan ikut

    menciptanya dan pada satu waktu peribahasa mereka itu hampir-hampir sahaja dilupakan orang.

    Kajian lepas

    Peribahasa terbahagi kepada banyak unsur seperti simpulan bahasa daripada unsur alam

    dan simpulan bahasa mengikut makna. Dalam penyelidikan kali ini, peribahasa yang dipilih ialah

    daripada jenis simpulan bahasa yang berunsurkan alam dan dikategorikan dalam kumpulanhaiwan. Peribahasa berkaitan dengan haiwan dapat ditemui dalam hampir semua bahasa dan

    budaya. Krikmann (2007, hlm.12) dalam kajian beliau mengenai peribahasa haiwan mendapati

    bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan geografi, haiwan dalam kumpulan yang paling kerap

    2

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    6/24

    digunakan dalam peribahasa ialah anjing, kuda dan lembu. Kemudian diikuti oleh ayam, babi,

    kambing biri-biri, kucing dan serigala kemudian diikuti oleh burung, ikan, kaldai, kambing dan

    tikus.Terdapat tiga belas haiwan ini yang membentuk dua pertiga daripada kegunaan haiwan

    dalam peribahasa. Menurut beliau, susunan ini menunjukkan bahawa haiwan yang jinak dan

    haiwan ternakan sering wujud dalam peribahasa. Begitu juga haiwan yang dekat dengan manusia

    atau yang sering ditemui manusia dan mempunyai kesan kepada manusia akan muncul dengan

    lebih kerap dalam peribahasa. Bahasa Melayu mempunyai banyak peribahasa yang

    bersumberkan kewujudan haiwan seperti di atas iaitu:

    i. Anjing diberi makan nasi takkan kenyang.

    ii. Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.

    iii. Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.

    iv. Ayam terlepas, tangan tercirit.

    v. Serigala dengan buah anggur.

    vi. Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.

    vii. Anak kucing menjadi harimau.

    viii. Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.

    ix. Ikan di kuali, habis melompat.

    x. Burung hantu kesiangan.

    Terdapat beberapa persoalan yang timbul sama ada tabiat dan ciri-ciri haiwan yang

    digunakan dalam peribahasa adalah sejagat atau khusus kepada budaya tertentu. Misalnya,

    adakah semua peribahasa dalam bahasa-bahasa dunia mengaitkan singa atau harimau dengan

    sifat berani atau mungkinkah sifat berani boleh dikaitkan dengan haiwan selain singa atau

    harimau dalam budaya dan bahasa yang lain. Ramai yang mengetahui terdapat perbezaan dalam

    pandangan dan penilaian masyarakat terhadap haiwan tertentu. Umpamanya, anjing menjadi

    haiwan peliharaan kegemaran dalam budaya barat namun bukan atau jarang menjadi haiwan

    3

  • 8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK

    7/24

    peliharaan dalam masyarakat Melayu. Menurut Lakoff& Turner (1989, hlm.193-194)

    menyenaraikan beberapa proposisi biasa mengenai cara kita melihat dan memikirkan haiwan

    tertentu dan kaedah kita menggunakan pengetahuan berpandukan budaya rakyat dalam

    pembinaan skema metaforikal untuk haiwan tersebut. Di antara proposisi biasa haiwan yang

    dicadangkan oleh mereka seperti anjing ialah haiwan yang setia dan boleh diharapkan; babi ialah

    haiwan pengotor, tidak teratur dan biadab; gorila ialah haiwan yang cenderung bergaduh and

    buas; kucing ialah haiwan yang mudah berubah hati dan berdikari; rubah ialah haiwan yang

    cerdik; singa ialah haiwan yang berani dan mulia; dan serigala ialah haiwan yang kejam dan

    pembunuh. Persoalannya ialah adakah proposisi biasa ini merupakan sesuatu yang sejagat.

    Pendekatan ini juga mengembangkan kajian semantik peribahasa mencakupi bukan sahaja unsur

    dan struktur linguistik namun mengambil kira pengetahuan latar, kepercayaan budaya dan

    budaya rakyat yang terkandung dalam sesuatu peribahasa. Jadi, kajian ini berpandukan

    peribahasa yang berunsurkan haiwan iaitu ayam. Ayam ini dilambangkan sebagai orang yang

    disisihkan. Ayam juga dijadikan lambang kepada kelakuan anak, orang yang kedekut, orang