edu 3083 asas kepimpinan dan perkembangan

25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN DARUL NAIM. NAMA PELAJAR CHAI WUANG SHEN ANGKA GILIRAN 2012081340249 NO. KAD PENGENALAN 920805-03-6003 NO. KAD MATRIK IPGKKB:S16V-1006-0536 KUMPULAN / UNIT PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL PJ/BC AMBILAN JAN. 2012 KOD DAN NAMA KURSUS EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU NAMA PENSYARAH AKADEMIK ENCIK HALIM WAN IBRAHIM TARIKH MULA

Upload: chai-wuang-shen

Post on 11-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ipgkkb

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU,

16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN DARUL NAIM.

NAMA PELAJAR

CHAI WUANG SHEN

ANGKA GILIRAN

2012081340249

NO. KAD PENGENALAN

920805-03-6003

NO. KAD MATRIK

IPGKKB:S16V-1006-0536

KUMPULAN / UNIT

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL PJ/BC AMBILAN JAN. 2012

KOD DAN NAMA KURSUS

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

NAMA PENSYARAH AKADEMIK

ENCIK HALIM WAN IBRAHIM

TARIKH MULA

12 JULAI 2015

TARIKH HANTAR

6 OGOS 2015

Page 2: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………........

Nama Penulis : CHAI WUANG SHEN

Tarikh : …………………………

Page 3: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

HALAMAN PENGAKUAN i

ISI KANDUNGAN ii

PENGHARGAAN iii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI DESKRIPTIF 2-7

3.0 TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI REFLEKTIF 8-12

4.0 KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14

LAMPIRAN 1 – Helaian Soalan Kerja Kursus EDU3083 15-17

Page 4: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana saya telah

berjaya menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya dan menepati masa yang

diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

para pensyarah saya, khusus pensyarah subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru iaitu, Encik Halim Wan Ibrahim kerana

kesanggupan beliau meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya sepanjang tempoh menyempurnakan kerja kursus ini. Dengan ilmu

pengetahuan beliau yang diberikan, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kerja

kursus ini sebagaimana yang dirancangkan dengan baik dan lancar. Ucapan ribuan

terima kasih juga saya ingin rakamkan di sini ialah dorongan dan nasihat yang telah

beliau berikan di sepanjang menjadi anak didikan beliau.

Selain itu, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa saya

yang telah memberikan sokongan moral dan sumber kewangan dalam menyiapkan

kerja kursus ini dengan lancar dan berjaya. Tidak dinafikan, faktor tersebut

merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tanpa bantuan dan sokongan padu daripada ibu bapa saya maka segala proses

menyiapkan kerja kursus ini akan terbantut dan tidak dapat menyiapkannya dengan

menepati masa.

Tambahan pula, rakan-rakan saya juga telah banyak memberikan

pertolongan dan menyumbang idea-idea dalam menyempurnakan kerja kursus

pada kali ini. Selain itu, saya sering berkerjasama dan berbincang sesama sendiri

dalam menyempurnakan kerja kursus ini walaupun kerja kursus ini adalah dibuat

secara berasingan atau individu. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada rakan-

rakan saya yang telah menolong dan membantu saya dalam sepanjang proses

penghasilan kerja kursus ini.

Akhir kata, kerjasama semua pihak membolehkan saya menyiapkan kerja

kursus pada kali ini dengan baik. Saya juga berasa gembira kerana saya dapat

meluaskan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama juga dapat mengeratkan

hubungan silaturahim di antara saya serta orang-orang di sekitar saya.

Sekian, terima kasih.

Page 5: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

1.0 PENDAHULUAN

Kepimpinan seorang guru yang baik mampu membantu meningkatkan kualiti

tahap pencapaian sesebuah sekolah ke arah yang lebih cemerlang mahupun dari

segi akademik ataupun dari segi kokurikulum. Oleh itu, setiap guru perlulah

mempunyai ciri-ciri asas kepimpinan yang baik agar semua matlamat yang

ditetapkan dapat direalisaikan dengan baik dan berkesan.

Dalam dunia globalisasi yang menuju kea rah pendidikan moden alaf ke-21

ini, golongan warga pendidik khususnya guru memainkan peranan yang penting

dalam melahirkan modal insan yang mempunyai daya saing yang kuat serta

cemerlang dari semua aspek supaya generasi muda ini mampu membantu negara

merealisasikan matlamat negara dengan lancar dan berkesan. Tidak dinafikan

bahawa guru-guru akan menghadapi banyak cabaran-cabaran semasa untuk

menjayakan objektif supaya melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara Malaysia.

Oleh itu, mata pelajaran EDU 3083 Asas Kepimpinan dan perkembangan

Profesional Guru merupakan satu subjek yang wajib dipelajari oleh guru-guru

pelatih Program Ijazah Saujana Muda Perguruan pada semester 8 agar guru-guru

pelatih diberi pendedahan awal dan input-input untuk menjadi pemimpin yang

berwibawa serta dijadikan suri teladan dalam kalangan murid-murid di dalam

sekolah nanti.

Selain itu, penggunaan gajet-gajet teknologi yang terkini serta bersesuaian

oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah

adalah penting pada zaman ledakan teknologi ini. Hal ini penting kerana alat-alat

teknologi ini mampu dijadikan salah satu alat bantu mengajar dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan juga menarik minat murid-murid

untuk belajar di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah pandai menggunakan alat-

alat yang canggih ini dalam meningkatkan tahap kualiti pengajaran mereka agar

dapat melahirkan generasi pelapis yang cemerlang pada masa yang akan datang.

Page 6: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

2.0 TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI DESKRIPTIF

Bincangkan bagaimana anda sebagai seorang guru novis yang baru

ditempatkan di salah sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman tetapi

telah dilantik menjadi Ketua Panitia Mata Pelajaran untuk memimpin ahli-ahli

panitia mata pelajaran bekenaan yang lebih senior supaya bersikap lebih

positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif.

Guru novis adalah guru permulaan yang belum banyak pengalaman

khususnya dalam isi kandungan mata pelajaran dan pengendalian sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seseorang guru baharu

kebiasanya mengambil masa di antara 10 hingga 15 tahun untuk guru pakar

dalam bidang pendidikan yang diceburinya (Trotter, 1986).

Gambar rajah (a) : Guru novis yang baru ditempatkan di salah sebuah

sekolah rendah di kawasan pedalaman tetapi telah dilantik menjadi Ketua

Panitia Mata Pelajaran untuk memimpin ahli-ahli panitia mata pelajaran

bekenaan yang lebih senior supaya bersikap lebih positif terhadap tugas,

proaktif, berkesan dan produktif.

memimpin ahli-ahli panitia mata pelajaran bekenaan yang lebih senior supaya bersikap lebih positif terhadap

tugas, proaktif, berkesan dan produktif.

memimpin ahli-ahli panitia mata pelajaran bekenaan yang lebih senior supaya bersikap lebih positif terhadap

tugas, proaktif, berkesan dan produktif.

seorang guru novis yang baru ditempatkan di salah sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman tetapi telah dilantik

menjadi Ketua Panitia Mata Pelajaran

bersikap rendah diri dan bersiap sedia

untuk belajar daripada guru-guru

yang

gaya kepimpinan

menwujudkan satu penganugerahan

khas bagi guru-guru yang berprestasi

peka pentingnya perkembangan staf

membentuk hubungan kolaboratif

dengan guru-guru

Page 7: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Menurut kamus Dewan edisi ke-4 (2010), perkataan “novis” bermaksud

orang yang baru dan tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang, pekerjaan, situasi

dan sebagainya. Maka jelaslah makna guru novis ialah warga pendidik yang baharu

dan kurang berpengalaman dalam bidang perguruan. Menurut Akhiar Pardi,

Shamsina Shamsuddin dan Muhamad Kushairi Jusoh (2012), guru novis merujuk

kepada guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi untuk jangka

masa kurang dari satu tahun di sekolah atau dalam bilik darjah. Sebagai guru novis

dan dalam masa yang sama diamanahkan oleh Guru Besar untuk menjawat

jawatan ketua panitia mata pelajaran maka perkara ini perlu diambil perhatian yang

serius oleh guru tersebut agar segala proses pengendalian dan pengurusan sekolah

dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Sebagai ketua panitia mata pelajaran,

kepimpinan guru seharusnya ada pada seseorang itu agar segala tugasan-tugasan

yang dipikul itu dapat disempurnakan dengan baik dan lancar. Menurut Linda

Lambert (2010), pemimpin guru adalah mereka yang bercita-cita ingin membuat

perubahan dan cita-cita ini sama ada diteruskan kelangsungannya atau disedarkan

kembali dengan penglibatan bersama rakan sejawat atau bekerja dalam

persekitaran yang professional. Manakala bagi Dr. Jamilah binti Jaafar (2014),

kepimpinan selalunya merujuk kepada keupayaan seseorang mempengaruhi

pengikut-pengikutnya melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan. Justeru itu, jika saya seorang guru novis dan sebagai ketua panitia mata

pelajaran, saya akan mengaplikasikan beberapa konsep, teori dan kaedah agar

semua guru bersikap lebih positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif.

Sebagai guru novis dan memegang jawatan ketua panitia mata pelajaran,

saya akan bersikap rendah diri dan bersiap sedia untuk belajar daripada guru-guru

yang berpengalaman di sekolah tersebut. Hal ini penting kerana guru-guru yang

lama ini merupakan kumpulan insan yang penting dan boleh dijadikan suri teladan

oleh guru novis kerana mereka mempunyai pengalaman-pengalaman serta ilmu

pengetahuan yang banyak dalam pengendalian tugasan-tugasan yang perlu

dilaksanakan agar segala proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku

secara normal dan berjaya. Cara percakapan yang sopan santun dan beradap

merupakan salah satu cara dalam menunjukkan sikap rendah diri terhadap guru-

guru yang lama agar mereka mendapat perasaan hormat dan selesa untuk

memulakan sesuatu perbualan. Menurut Syed Ismail Syed Mustap dan Ahmad

Page 8: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Subki Miskon (2013), kesantunan berbahasa tercermin dalam cara guru

berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Selain itu, guru yang

tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan

dilabel sebagai guru yang sombong, angkuh, tak acuh egois, tidak beradat , bahkan

tidak berbudaya. Oleh itu, cara percakapan yang sopan dengan guru-guru senior

merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempamerkan sikap rendah diri

agar guru-guru senior tidak berasa diri tidak dihormati dan selesa untuk berkongsi

pengalaman-pengalaman serta ilmu pengetahuan mereka dengan guru permulaan.

Sebagai contoh, saya sebagai ketua panitia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

semasa mengendalikan mesyuarat bagi mata pelajaran tersebut, perkataan lucah

atau maki-hamun seperti bodoh, mangkuk dan sebagainya seharusnya tidak

dikeluarkan untuk menghina dan merendah-rendahkan guru-guru yang

berpengalaman ini. Cara percakapan yang songsang ini seharusnya tidak berlaku

kerana ia hanya memberi impak yang negatif dan hanya menjejaskan hubungan

silaturahim di antara guru-guru lama sahaja. Justeru itu, sebagai guru kita perlulah

menjaga peradapan semasa bercakap dan berfikir terlebih sebelum memulakan

sesuatu percakapan agar persepsi negatif atau prejudis tidak timbul sehingga

menjejaskan hubungan baik antara guru-guru di sekolah nanti.

Menurut John West-Burnham (2009), tanpa kepimpinan yang sesuai, tidak

ada program kualiti yang boleh berjaya kerana kepimpinan yang dinamik sahaja

boleh menwujudkan komitmen yang mendorong strategi. Selaku ketua panitia mata

pelajaran, saya akan menggunakan gaya kepimpinan demokratik dalam memimpin

ahli-ahli panitia mata pelajaran bekenaan yang lebih senior supaya bersikap lebih

positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif. Menurut Syed Ismail Syed

Mustap dan Ahmad Subki Miskon (2013), gaya kepimpinan demokratik

mementingkan kepentingan bersama, bukan kepentingan sendiri. Dengan gaya

kepimpinan ini, saya akan mendengar dan mengambil kira pendapat-pendapat

daripada semua guru-guru senior dalam mesyuarat panitia mata pelajaran saya

sebelum membuat sesuatu keputusan akhir supaya isu-isu yang dibangkitkan itu

mendapat kesepakatan bersama ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan

berkesan. Sebagai contoh, sekolah akan mengajurkan pameran seni untuk

penilaian akhir bagi murid-murid Tahun 6, sebagai ketua panitia Pendidikan Seni

Visual perlulah mendengar pandangan-pandangan daripada setiap guru yang

mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual agar pameran boleh dijalankan

dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Page 9: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Seni Visual yang ditetapkan. Selain itu, pengurusan dan pengaturan sesuatu

pameran seni juga memerlukan semangat kerja berpasukan agar pameran itu akan

dilangsung dengan baik. Oleh itu, saya akan menjadi pemimpin demokratik dan

memainkan peranan dalam menyelaras tugasan-tugasan ahli-ahli panitia saya

dengan mengutamakan rasa akauntabiliti dan kerjasama baik dalam kalangan

sesama sendiri. Sehubungan dengan itu, pembahagian tugasan-tugasan pameran

seni dalam kalangan guru-guru perlu saksama, bersesuaian dan mengikut

kepakaran masing-masing juga harus diurus dengan baik oleh ketua panitia untuk

menwujudkan semangat berpasukan dalam kalangan guru-guru dan ketua panitia

untuk menjayakan program yang telah dirancangkan itu. Dengan gaya kepimpinan

demokratik, guru-guru senior akan bersikap lebih positif terhadap tugas, proaktif,

berkesan dan produktif menjayakan semua program yang telah dirancang dan

melahirkan modal insan yang berkualiti untuk negara kita.

Selain itu, saya juga akan memberi cadangan kepada guru besar agar

menwujudkan satu penganugerahan khas bagi guru-guru yang berprestasi tinggi

sebagai satu penghargaan dan suntikan semangat agar tidak putus asa dan

sentiasa berusaha mencapai kejayaan yang diingini. Hal ini penting kerana

anugerah-anugerah ini merupakan satu insentif memberi motivasi kepada guru-guru

senior yang berada di bawah kepimpinan saya agar bersikap lebih positif terhadap

tugas, proaktif, berkesan dan produktif. Misalnya, satu majlis jamuan makan khas

boleh diadakan pada akhir tahun sebagai satu majlis pemberian anugerah khas

kepada guru-guru yang berprestasi baik dan cemerlang. Selain itu, memuji juga

merupakan salah satu cara penghargaan dan menggalak guru-guru yang di bawah

kepimpinan saya agar bersikap lebih positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan

produktif. Menurut John West-Burnham (2009), memuji bermaksud mengiktiraf dan

meraikan, sesuatu keperluan asas orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selain itu,

pujian itu perlulah mempunyai ciri-ciri seperti khusus kepada individu, tidak

bersyarat, tidak ada udang di sebalik batu, bersebab, diberi pda masa dan di tempat

itu juga serta merujuk kepada peristiwa tertentu. Hal ini bukan sahaja mampu

menggalakkan guru-guru untuk bersikap positif terhadap tugas malah majlis

tersebut juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru agar

akan menjadi lebih perpaduan menjayakan program-program panitia yang akan

dirancangkan pada masa yang akan datang.

Page 10: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Menurut Hussein Mahmood (2008), sebagai pemimpin harus peka

pentingnya perkembangan staf ini. Sebagai ketua panitia mata pelajaran dan guru

novis, saya akan memainkan peranan pemudah cara sentiasa mengambil tahu

keadaan perkembangan ahli-ahli panitia agar bukan sahaja mengenai segala

perkembangan dalam menjayakan sesuatu program tetapi juga memainkan

peranan dalam memberi inisiatif meningkatkan akademik murid-murid dan mutu

sekolah itu secara bersama. Hal ini mustahak kerana ketua panitia mata pelajaran

memainkan peranan dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Sebagai contoh, saya

selaku ketua panitia sudah pasti sentiasa mendapat informasi-informasi terbaharu

daripada kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa. Sehubungan daripada itu, maklumat-

maklumat mengenai perubahan sukatan mata pelajaran ini perlu dikongsikan

bersama ahli-ahli panitia agar mereka mampu mengaplikasikan strategi-strategi

pengajaran yang baharu mahupun di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah

dengan baik dan betul. Justeru itu, apabila saya seorang guru novis yang

menyandang jawatan ketua panitia mata pelajaran saya akan memastikan semua

ahli panitia iaitu guru-guru senior mendapat maklumat-maklumat yang terbaharu

supaya mereka menjadi lebih positif terhadap tugas, proaktif, produk dan sentiasa

mengikuti perkembangan semasa mengenai pendidikan sekali gus memastikan sesi

pengajaran dan pembelajaran mereka berada di landasan yang betul seperti yang

ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shukri Zain (2011), pendekatan kolaboratif ialah perkongsian maklumat

apabila membuat keputusan merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah

atau menemui sesuatu matlamat. Oleh itu, saya juga akan sentiasa berkolaborasi,

berbincang dan membina hubungan rapport dengan ahli-ahli panitia mengenai cara-

cara untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah.

Menurut Syed Ismail Syed Mustap dan Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang

menjadi pemimpin seharusnya membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru

lain dan melihat masalah sebagai peluang untuk membuat sesuatu perubahan. Jika

berlakunya kadar peratusan keputusan pencapaian akademik dalam kalangan

murid-murid di sekolah menurun, maka sebagai ketua panitia mata pelajaran

perlulah mengadakan mesyuarat panitia dalam kalangan guru-guru mata pelajaran

berkenanan agar bersama-sama mencari cara penyelesaian meningkatkan

pencapaian akademik murid-murid di sekolah tersebut. Kemungkinan melalui

Page 11: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

mesyuarat sebegini akan berlakunya perkongsian idea dalam kalangan guru-guru

sekali gus melahirkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif,

inovatif serta boleh digunakan oleh semua guru di dalam bilik darjah untuk

meningkatkan tahap pencapaian akademik dalam kalangan murid-murid di sekolah

tersebut. Selain daripada situasi tersebut, sekolah pedalaman yang mengalami

masalah kekurangan prasarana yang lengkap dan menyumbang kepada masalah

semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Situasi tersebut boleh diatasi dengan baik jika ketua panitia mata pelajaran dan ahli-

ahli panitia duduk bersama berbincang saling bertukar pendapat di antara sama lain

sekali gus menghasilkan satu penyelesaian seperti alat-alat bantu mengajar,

kaedah pengajaran dan sebagainya yang baharu serta bersesuaian untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, sebagai guru novis yang menyandang jawatan ketua panitia

mata pelajaran dalam salah satu sekolah pedalaman seharusnya bersikap rendah

diri dan membina hubungan yang baik dalam kalangan guru-guru senior agar kualiti

pencapaian sekolah dapat dipertingkatkan sekali gus mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Hal ini penting

kerana kepimpinan ketua panitia mata pelajaran dalam memimpin ahli-ahli mata

pelajaran berada di landasan yang betul mampu melahirkan generasi pelapis

negara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu

memegang tampuk pemerintahan negara merealisasikan matlamat Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjadikan Malaysia negara yang

maju dan berdaya saing.

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI REFLEKTIF

Page 12: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Pemilikan dan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat merupakan

satu fenomena yang tidak asing lagi di negara kita. Bentuk komunikasi dua hala

tidak bersemuka ini menjadi lebih mudah dan cepat serta sangat membantu dalam

banyak aspek.

Bincangkan bagaimanakah penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat

membantu mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme anda terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan serta implikasinya.

Gambar rajah (b) : Penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu

mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme anda terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan serta implikasinya.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap

pendidikan negara kita ke arah yang lebih berkualiti. Menurut Noriati A. Rashid et al

Tempat mencari bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran

Sebagai alat bantu mengajar

Refleksi kendiri

Mudah dan menjimatka

n masa

Saiz yang kecil dan mudah alih

Emel, watsapp, wechat, skype webcam, fb

messenger

Perisian (apps)

bermain sambil belajar

Sebagai alat merakam video pengajaran dan

pembelajaran

Sebagai alat meningkatkan minat belajar

Perkongsian pengajaran dan pembelajaran antara guru-

guru di seluruh negara

Sebagai alat memaparkan

muzik

Sebagai kamus, buku-buku dan

sebagainya

Page 13: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

(2009), teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam

menyampaikan isi kandungan pelajaran. Oleh itu, guru perlu celik dalam

menggunakan gajet-gajet teknologi serta perisian komputer yang bersesuaian dan

mengikut peredaran semasa agar objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah berjalan dengan lancar dan efektif. Pada hemat saya, penggunaan aplikasi

telefon bimbit pintar dapat membantu mempertingkatkan komitmen terhadap

profesionalisme diri sendiri sebagai guru terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah sekali gus ia juga mampu memberikan implikasi

yang positif kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid.

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (n.d), perkataan

“Smartphone” atau dikenali sebagai telefon bimbit pintar dalam bahasa Melayu

adalah bermaksud telefon mudah alih yang mengandungi sesetengah fungsi seperti

komputer serta mempunyai perisian-perisian (apps) yang boleh dimuat turun melalui

internet dan gajet tersebut menyokong sistem internet tanpa wayar iaitu “Wi-Fi

networking”. Penggunaan perisian-perisian (apps) yang boleh dimuat turun dengan

senang dengan menggunakan telefon bimbit pintar mampu memberi kesenangan

kepada saya dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam

bilik darjah. Perisian-perisian seperti kamus, buku-buku rujukan yang berkaitan

dengan mata pelajaran, carian pautan (internet browser) dan sebagainya mampu

membantu saya dalam memberi penerangan yang lebih jelas dan baik terhadap

sesuatu ilmu yang akan saya ajarkan pada hari tersebut. Menurut Jamalludin Harun

dan Dr. Zaidatun Tasir (2003), sumber rujukan elektronik adalah contoh

penggunaan multimedia yang paling meluas. Ensaiklopedia, tutorial interaktif, buku

elektronik dan sebagainya adalah beberapa contoh bagaimana multimedia dapat

digunakan sebagai sumber rujukan elektronik. Sebagai contoh, saya terlupa

membawa kamus Dewan yang tebal itu ke sekolah dan dalam masa yang sama

bilangan buah kamus Dewan di sekolah adalah terhad untuk dipinjam tetapi dengan

penggunaan perkhimatan perisian carian pautan (internet browser) dan

perkhidmatan internet yang ada pada telefon bimbit pintar ini, saya boleh mencari

maksud perkataan bahasa Melayu yang kurang pasti itu dengan menggunakan

laman sesawang Dewan Bahasa Pustaka dan Persuratan. Daripada penggunaan

telefon bimbit pintar ini, saya boleh menyampaikan ilmu yang diajar itu dengan betul

dan menjimatkan masa.

Page 14: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Menurut Md Amin Md Taff (2011), penggunaan teknologi dalam pendidikan

luar mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

semakin berkurangan di alam semula jadi. Saya amat bersetuju dengan kenyataan

beliau. Dengan adanya telefon bimbit pintar, saya juga dapat mencari maklumat

yang berkaitan dengan topik yang akan saya ajarkan pada hari tersebut supaya

bahan-bahan yang telah dicarikan itu membantu pengajaran dan pembelajaran

mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, saya akan mencari video-

video yang menarik dan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk

dijadikan sebagai set induksi membakar semangat murid-murid untuk menarik

perhatian mereka terhadap pengajaran saya pada hari tersebut. Oleh itu, pencarian

video-video yang berkaitan selain mampu meningkat keberkesanan dalam

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan tetapi video-video

ini juga mampu menarik minat dalam kalangan murid-murid untuk menumpukan

perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit pintar juga mampu dijadikan sebagai

satu media untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi ilmu pengetahuan

dalam kalangan guru dan murid-murid. Penggunaan perisian seperti emel,

whatsapp, wechat, fb messenger, skype webcam dan sebagainya mampu dijadikan

satu tempat perbincangan dan perkongsian ilmu yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Judy Lever-Duffy, Jean B.

McDonald dan AL P. Mizell (2003), guru menggunakan perkhidmatan emel telah

membolehkan kemungkinan berlakunya perkongsian idea, rancangan pengajaran

serta menggalakkan guru mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dengan

rakan sepejuangan yang lain yang berada di sekolah atau tempat yang lain. Justeru

itu, perkongsian strategi, kaedah dan pedagogi rancangan pengajaran harian yang

kreatif juga boleh dikongsi bersama melalui emel dalam kalangan guru-guru agar

objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijalankan dengan

baik dan berkesan walaupun mereka masing-masing berada di tempat yang

berlainan.

Menurut Jamalludin Harun dan Dr. Zaidatun Tasir (2003), pendidikan

permainan dan hiburan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

menarik apabila diselang-selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta

mampu memikat hati pelajar. Hal ini penting kerana murid-murid yang memberi

Page 15: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

penumpuan dalam sesi pengajaran saya, mereka akan mendapat ilmu yang lebih

menyeluruh dan memahami ilmu yang saya sampaikan pada hari tersebut. Sebagai

contoh, saya perisian permainan sambil belajar yang berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran boleh dimuat turunkan melalui telefon bimbit pintar agar boleh

digunakannya sebagai alat membantu mengajar menolong guru dalam sesi

penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain daripada

penggunaan perisian permainan yang mampu meningkatkan proses pembelajaran

dalam kalangan murid-murid tetapi ia juga mampu menwujudkan suasana sesi

pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah secara tidak langsung.

Selain itu, penggunaan fungsi rakaman video yang ada pada telefon bimbit

pintar juga dapat membantu seseorang guru itu membuat rakaman terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran sendiri yang dikendalikan di dalam bilik darjah.

Dengan ini, saya akan membuat refleksi kendiri dengan membuat analisis terhadap

kelemahan dan kelebihan cara saya menyampaikan sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, rakaman video telah saya

lakukan semasa saya menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Selepas saya telah habis mengajar saya boleh mengimbas kembali

situasi pengajaran yang telah saya lakukan melalui video yang telah diambil tadi

untuk membuat penelitian terhadap kaedah, strategi pengajaran sama ada

berkesan ataupun tidak. Daripada penelitian video dan refleksi kendiri yang saya

lakukan, saya boleh merancang serta mengatur strategi pengajaran yang lebih baik

untuk kelas yang akan datang agar semua murid akan dapat mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran yang saya tetapkan dengan baik dan berkesan.

Saiz telefon bimbit pintar yang kecil dan berfungsi banyak merupakan salah

satu faktor saya akan menggunakannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

bilik darjah. Dalam praktikum yang lepas, saya telah menggunakan telefon bimbit

pintar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual saya

telah menggunakan aplikasi muzik yang ada pada telefon bimbit pintar untuk alat

memaparkan muzik latar belakang dalam aktiviti-aktiviti seni. Memandangkan saiz

telefon bimbit pintar saya kecil dan mudah alih, saya terus menggunakannya

sebagai alat untuk memaparkan latar belakang muzik bagi tujuan menwujudkna

suasanan persekitaran yang selesa dan menyeronokkan agar murid-murid dapat

menghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik. Hal ini penting kerana saya

Page 16: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

boleh mengintegrasi elemen muzik dalam aktiviti-aktiviti seni seterusnya

meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid-murid terhadap mata pelajaran

yang diajarkan pada hari tersebut.

Akhir kalam, penggunaan telefon bimbit pintar sememangnya mampu

mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme saya terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta memberi banyak implikasi

positif bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada murid-murid di sekolah tetapi

juga banyak membantu golongan yang digelar sebagai warga pendidik nusa bangsa

di negara kita. Oleh itu, saya berharap semua guru di negara kita perlulah sentiasa

memahirkan diri dengan cara penggunaan peralatan ICT seperti telefon bimbit

pintar dan sebagainya agar gajet tersebut boleh dijadikan salah satu alat bantu

mengajar dalam meningkatkan keberkesanan pencapaian objektif pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

(Tugasan 1 : 1553 patah perkataan)

(Tugasan 2 : 1123 patah perkataan)

( Jumlah besar kedua-dua esei 2676 patah perkataan)

Page 17: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

4.0 KESIMPULAN

Sebagai guru yang cemerlang tidak kira guru novis ataupun guru senior, kita

seharusnya mempunyai ciri-ciri asas kepimpinan yang baik agar semua perkara

seperti cara mengendalikan isu pentadbiran sekolah ataupun pengendalian sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancarnya. Hal

ini penting kerana pengurusan yang baik dalam menghadapi perkara-perkara yang

berkaitan dengan sekolah akan meningkatkan kualiti dan produktiviti dan sekali gus

mencapai objektif yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu

melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, setiap guru juga mengambil iktibar dan sentiasa mengikuti isu

perkembangan teknologi semasa dan cuba mengadaptasikan penggunaan

peralatan ICT yang bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Hal ini penting kerana penggunaan alat-alat teknologi yang bersesuaian

selain mampu menjadi alat bantu mengajar tetapi ia juga mampu membantu guru

menyampaikan ilmu pengetahuan dengan mudah dan berkesan kepada murid-

murid. Oleh itu, saya berharap semua warga pendidik dapat memberi komitmen

yang tinggi dalam mengaplikasikannya supaya dapat melahirkan pelapis-pelapis

negara yang cemerlang dan berwibawa dari semua aspek demi pembangunan ibu

pertiwi yang tercinta kita, Malaysia.

Page 18: EDU 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas

Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind

Horizonz Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun dan Zaitdatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan.

Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jamilah binti Jaafar. (2014). Kelestarian Kepimpinan Unggul Legasi Fellow Kanan.

Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki.

John West-Burnham. (2009). Mengurus Kualiti di Sekolah. Terj. Tengku Abd. Aziz

Tengku Zainal. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Judy Lever-Duffy, Jean B. McDonald dan Al P. Mizell. (2003). Teaching and

Learning with Technology. United States of America: Pearson Education,

Inc.

Linda Lambert. (2010). Keupayaan Kepimpinan untuk Pembangunan Sekolah yang

berterusan. Terj. Balasandran A. Ramiah, Nor Asikin Salleh dan Junaidah

Abdul Jamil. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Md Amin Md Taff. (2011). Pendidikan Luar Definisi, Falsafah & Aplikasi. Tanjong

Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah Edisi Kedua.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shukri Zain. (2011). Penyeliaan Pendidikan Teori dan Amalan. Kuala Lumpur:

Emeritus Salam Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustap dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan &

Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.