indon-pengenalan-autosaved

8

Click here to load reader

Upload: ejenzeroseven-iqa

Post on 20-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

indo

TRANSCRIPT

Page 1: indon-pengenalan-Autosaved

1.0 Pengenalan

Ideologi merupakan salah satu faktor yang menggerakkan semangat nasionalisma di

sesuatu kawasan sehingga membawa kepada pembebasan wilayah daripada penjajah. Secara

amnya, ideologi dapat didefinisikan sebagai gagasan, konsep, pengertian dasar, cita-cita dan

ilmu. Oleh hal yang demikian, ideologi ini dapat diertikan sebagai idea ataupun ilmu mengenai

pengertian dasar dan cita-cita yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai matlamat yang

diimpikan. Ideologi juga merupakan satu unsur dalam politik manakala politik pula adalah

tunggak kepada kewujudan semangat nasionalisma. Oleh itu, masyarakat di Asia tenggara

khususnya di Indonesia menterjemahkan idea tersebut dalam perjuangan politik melalui

penubuhan parti-parti politik bagi mendokong ideologi tersebut. Parti politik adalah kegiatan

seseorang atau sekelompok untuk ikut serta secara aktif dalam kehidupan politik iaitu dengan

jalan memilih pimpinan Negara dan secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi

kebijakan pemerintah.1

Pada awal abad ke 20, semakin banyak golongan intelektual dalam kalangan masyarakat

Indonesia yang menyedari akan nasib bangsanya akibat penjajahan Belanda. Perubahan sosial di

Indonesia telah melahirkan tokoh-tokoh yang menggerakkan nasionalisme menentang penjajahan

Belanda. Masyarakat Indonesia mula memikirkan diri mereka sebagai sebuah bangsa yang patut

merdeka. Ini mendorong mereka mewujudkan gerakan untuk membebaskan negara dari

belenggu penjajahan bagi menghasilkan keadaan yang lebih baik.

Faktor yang menyebabkan wujudnya gerakan parti di Indonesia dibahagikan kepada dua

iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah sistem pendidikan Barat yang telah

diterima oleh penduduk tempatan. Walaupun peluang pendidikan ini tidak diberikan kepada

semua rakyat Indonesia kerana tumpuannya hanya di bandar-bandar utama, namun kesan

daripada itu lahir beberapa golongan intelektual yang telah mempelopori perjuangan kebebasan

dan kemerdekaan Indonesia. Walaubagaimanpun, pada mulanya parti bergerak hanya sebagai

persatuan atau sesebuah organisasi sahaja. Manakala faktor luaran pula ialah inspirasi daripada

peristiwa yang bersifat internasional iaitu di Asia Timur, Rusia di bawah kekuasaan Tsar yang

dianggap kuat waktu itu telah dikalahkan oleh negeri Jepun.

1 Mirriam Budiarjo. 2008. Dasar-dasar Ilmu Politik. Gramedia: Jakarta. hlm 367.

Page 2: indon-pengenalan-Autosaved

1.1 Definisi parti politik

Parti berasal daripada Bahasa latin pars yang artinya bahagian dan capere yang

maksudnya mengambil, dan apabila digabungkan menjadi “mengambil bahagian”. Dalam

Bahasa Inggeris, participate atau participation bererti mengambil bahagian atau mengambil

peranan. Manakala politik diperolehi dari perkataan Greek iaitu “polis’ atau ‘negara kota’ dan

‘politela’.

Edmund Burke (Roode, 1983) melihat parti politik sebagai kumpulan manusia yang

setuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka berkhidmat kepada negara. Parti politik

juga dapat diertikan sebagai satu kumpulan individu yang tersusun dan mepunyai hasrat untuk

berkuasa. Melalui kuasa tersebut mereka akan memperolehi keuntungan dan kawalan

sepenuhnya ke atas kuasa yang dimilikinya.

Kevin R. Hardwick, Parti politik memberi perhatian pada cara-cara warga negara

berinteraksi dengan pemerintah, warga negara berupaya menyampaikan kepentingan-

kepentingan mereka terhadap pejabat-pejabat kerajaan agar mampu mewujudkan kepentingan-

kepentingan tersebut. Indikatornya adalah terdapat interaksi antara warga negara dengan

pemerintah dan terdapat usaha warga negara untuk mempengaruhi pejabat kerajaan

2.0 Perkembangan Parti politik Sebelum Perang Dunia Ke Dua

Pada tahap awal iaitu pada zaman pemerintahan kolonialisme Belanda, gerakan sesebuah

parti adalah terhad walaupun sudah wujud beberapa parti yang cuba untuk menuntut beberapa

perubahan namun tuntutan yang dilakukan adalah bersifat setempat dan pembudayaan Indonesia.

Hal ini kerana, masyarakat masih tidak mendapat kesedaran tentang perlunya untuk mereka

melaksanakan atau menggerakkan parti secara lebih radikal untuk menuntut kedaulatan Negara

mereka.

Pada tahun 1908, Budi Otomo menjadi organisasi pertama yang memperlihatkan

kebangkitan dalam perjuangan rakyat Indonesia. Pergerakan ini terdiri daripada golongan

intelektual Indonesia, pegawai-pegawai negeri, mahasiswa dan bangsawan progresi yang

Page 3: indon-pengenalan-Autosaved

inginkan suatu perubahan. Walau bagaimanapun, gerakan ini hanya sebuah organisasi politik

pada peringkat awal 1900 kerana adanya fasal 111 R.R (Regering Reglement) yang membatasi

kegiatan penduduk dalam berorganisasi dan berpolitik.2 Tujuan Budi Otomo pada ketika itu

adalah untuk menyeragamkan pembudayaan iaitu melalui pembaikan pendidikan dan pengajaran.

Kelahiran Budi Otomo adalah merupakan kebangkitan awal rakyat Indonesia dan telah

menimbulkan kesedaran kepada rakyat Indonesia dalam memperjuangkan Negara dengan

matlamat yang jelas iaitu melawan penjajah secara nasionalis demi kepentingan Tanah air dan

bangsa Indonesia menuju merdeka.

Rentetan daripada itu , maka lahirlah parti politik yang lain seperti Sarekat Dagang Islam

(SDI) pada tahun 1911 yang kemudian berubah menjadi Parti Sarekat Islam Indonesia, Parti

Sosialis iaitu Indische Social Demokratische Vereniging (ISDV) pada tahun 1913, dan kemudian

menjadi Parti Komunis Indonesia (PKI) 1924. Parti pertama yang mengemukakan kemerdekaan

Indonesia ialah Indische Parti 1912 dibawah pimpinan dr. E.F.E Douwes Dekker, dr. Tjipto

Mangunkusumo dan Ki Hajar Dewantoro, namun parti ini tidak bertahan lama kerana beberapa

pimpinannya telah ditawan. Salah satu parti yang terkenal ialah Parti Nasionalis Indonesia (PNI)

pada tahun 1927 yang dipimpin oleh Soekarno. Walau bagaimanapun, dasar Belanda yang tegas

menyebabkan pimpinan politik di tangkap seperti pimpinan PNI tetapi keadaan ini berubah

semasa pendudukan Jepun.

Pada 1918, Belanda telah menubuhkan Volksraad (Dewan Rakyat) untuk mengelakkan

tuntutan kemerdekaan daripada parti politik yang radikal.3 Volksraad menjadi medan untuk

menyampaikan usul dan terserah kepada Belanda untuk membuat keputusan. Pada 1930

Volksraad meminta supaya autonomi politik diberikan pada Indonesia 16 November 1938

ditolak dengan alasan Indonesia belum matang. Sebagai reaksi daripada penolakan tersebut,

parti-parti di Indonesia telah membentuk sebuah gabungan parti iaitu Gabungan Politik

Indonesia (GAPI). GAPI menuntut agar Dewan Rakyat diubah kepada Indonesia Berparlimen.

Sikap pemerintah India belanda yang memberi penekanan kepada pihak pergerakan

nasional Indonesia menyebabkan timbul keyakinan bahawa dari pihak kolonialisme belanda

2 Tjokropranolo. 1992. Panglima Besar TNI JENERAL SOEDIRMAN: Pemimpin Pendobrak Terakhir Jajahan di Indonesia. CV HAJI MASGUNG: Jakarta. hlm 13.3 Tjokropranolo. 1992. Panglima Besar TNI JENERAL SOEDIRMAN: Pemimpin Pendobrak Terakhir Jajahan di Indonesia. CV HAJI MASGUNG: Jakarta. hlm 18.

Page 4: indon-pengenalan-Autosaved

tidak dapat diharapkan berkaitan dengan kemerdekaan. Sedangkan Jepun mula membincangkan

tentang kemerdekaan bangsa-bangsa Asia. Kesediaan Jepun mengajak nasionalis untuk

bekerjasama walau pada hakikatnya kerjasama itu adalah untuk membantu pihak Jepun bagi

menghapuskan tinggalan Belanda. Kerjasama yang dihulurkan oleh Jepun sedikit sebanyak

membuka peluang kepada Indonesia untuk melatih mereka dalam sudut pentadbiran.

Pencapaian Kemerdekaan Kebebasan Indonesia mula dapat dilihat melalui kedatangan

Jepun. Hal ini kerana, mereka menggalakkan nasionalisme Indonesia dengan tujuan untuk

menggunakannya demi matlamat perang mereka. Mereka menggalakkan bendera Indonesia

dikibarkan dan lagu kebangsaan Indonesia dimainkan yang sebelum ini dilarang oleh Belanda.

Selain itu, jepun juga menjanjikan pemerintahan oleh kerajaan Indonesia sendiri dan

pengiktirafan terhadap organisasi nasionalis.4

Namun begitu, kebenaran yang diberi oleh Jepun dalam berpolitik masih dalam kawalan

Jepun. Terdapat beberapa parti yang diberi kelonggaran lebih daripada parti lain iaitu parti Majlis

Islam A’la Indonesia (MIAI) yg didirikan di Surabaya pada tahun 1937 oleh K.H Mas Mansur

dan seangkatannya. Parti ini adalah satu-satunya parti Islam yang dibenarkan ditubuhkan pada

zaman pendudukan Jepun. Parti ini telah memperlihatkan perkembangan yang maju dan

mendapat sokong dalam kalangan orang Islam dengan itu pihak Jepun turut mengambil langkah

berwaspada dengan perkembangan parti tersebut. Pada bulan September 1943, dua organisasi

Islam iaitu NAHDATUL Ulama dan Muhammadiyah telah diizinkan berdiri kembali untuk

melakukan kegiatan di bidang rohani dan sosial.5 Pada oktober 1943 juga, MIAI telah

dibubarkan dan digantikan dengan organisasi baru iaitu Majlis Sjoero Moeslimin Indonesia

(Masjoemi) dengan dipimpin oleh K.H Hasjim Asj’ari.

Pada mac 1942, Jepun menubuhkan Poesat Tenaga Rakyat (POETERA), yang dipimpin

oleh Soekarno selepas dibebaskan dari tahanan Belanda bersama dengan Modh Hatta, Kyai Haji

Mansur dan Ki Hajar Dewantoro yang dikenali sebagai Empat serangkai.Melalui POETERA,

Jepun menggunakan POETERA dengan harapan dapat mengerahkan tenaga bangsa Indonesia

dalam melawan Sekutu. Sebaliknya pimpinan POETERA menggunakan peluang ini untuk

mempersiapkan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

4 Leslie Palmeir. 1965. Indonesia . London: Thames And Hudson LTD. hlm 105.5 Marwati Djoened Poesponegoro &Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia VI. Balai Pustaka: Jakarta. hlm 26.

Page 5: indon-pengenalan-Autosaved

Pada tahun 1944, kedudukan Jepun dalam perang Asia Timur semakin goyah. Banyak

wilayah yang diduduki oleh Jepun telah jatuh ke tangan tentera Sekutu akibat serangan yang

dilancarkan terutama terhadap kubu-kubu pertahanan Jepun. Pihak Jepun sedar bahawa mereka

telah hampir kalah. Keadaan semakin buruk apabila rakyat tempatan turut ingin menentang

Jepun kerana tidka berpuas hati dengan Jepun. Oleh itu, Jepun berusaha untuk mengambil hati

rakyat Indonesia dengan menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Janji Jepun itu telah

disampaikan oleh Perdana Menteri Koiso pada 7 September 1944. Usaha ini dilakukan agar

rakyat Indonesia menghentikan penentangan dan memberi kerjasama dalam melawan tentera

Sekutu.

Langkah awal bagi merealisasikan janji Jepun kepada bangsa Jepun adalah dengan

pembentukan Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPK) atau

Dokuritsu Junbi cosakai. Jepun meyakinkan bangsa Indonesia tentang kemerdekaan yang

dijanjikan dengan membentuk BPUPK yang bertujuan untuk mempelajari dan menyelidik hal-

hal yang berkaitan dengan pembentukan Negara Indonesia Merdeka. Pembentukan BPUPK ini

telah diumumkan oleh Jeneral Kumakhici Harada pada 1 Mac 1945. Ketua BPUPK ialah dr.

Radjiman Wedyodiningrat. Perlantikan BPUPK dihadiri oleh seluruh anggota dan dua orang

pembesar Jepun iaitu Jeneral Itagaki dan Yaiciro Nagano. Jumlah anggota BPUPK adalah 63

orang yang mewakili hampir seluruh wilayah Indonesia ditambah 7 orang tanpa hak bersuara.

Pada 8 Ogos, Marsekal Terauchi di , Dalat Vietnam memanggil Soekarno, Hatta dan Radjiman

dan mengatakan bahawa Jepun akan segera memberikan kemerdekaan kepada kepada

Indonesia.6 Sehingga pada 15 Ogos, pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki telah

memaksa Jepun menyerah kalah kepada tentera Sekutu. .

6 George McTurnan Kahin. 2003. Nationalism and Revolution in Indonesia. Cornell Southeast Asia Program Publication: United States of Amerika. hlm 127.