pengenalan masyarakat orang cina dan adat resam [autosaved]

Upload: rainis

Post on 18-Jul-2015

343 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AHLI KUMPULAN : LIM SOO XIN YAP SHI ZHEE KOO YEN LING

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu .

Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 1911 )

Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Kedatangan orang Cina ke Malaysia Kedatangan orang Cina ke jelas kelihatan pada pertengahan Malaysia jelas kelihatan abad ke 19.

pada pertengahan abad ke 19. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha . Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.

Konfusianisme diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M . Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan moral dan menjaga etika manusia.

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservation of the state and the preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.

Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.

Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang. Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati .

Perayaan orang Cina yang terdapat di Malaysia biasanya ialah Tahun Baru Cina , Qing Ming , Duan Wu , Hari Hantu , kuih bulan , Dong Zhi . Terdapat beberapa jenis tarian dalam masyarakat Cina seperti Tarian Singa , Tarian Kipas dan sebagainya .

Perayaan

Tahun Baru Cina

Qing Ming

Duan Wu

Hari Hantu

Kuih bulan

Dong Zhi

Tarian

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun.

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini.

Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anakanak mereka. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu : Peringkat meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Sebelum menjalankan upacara perkahwinan, perkahwinan sivil iaitu di mana bakal pengantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undangundang.

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkaraperkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai .

Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah . Segala ketetapan yang telah dipersetujui , diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan .

Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan .

Hari pertunangan dilakukan berdasarkankalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.

Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku Iaitu ToongSu.Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu .

Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung

ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan .

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberisemasa upacara bertukar cincin perkahwinan . Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi.

Berserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.

Hari perkahwinan akan dilangsungkan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.

Zaman Sekarang Zaman Dahulu

Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.

Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Set pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki harusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama . Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing Upacara minum teh merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahliahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

Upacara Minum Tea

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

Jamuan makan ini diadakan secara besarbesaran di restoran . Tetamu-tetamu yang datang akan membawa angpau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Jamuan Makan

Hadiah dan Ang-pau

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkum di peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.

Tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang . Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari . Wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka .

Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak .

Untuk menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

KelahiranWanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama tiga puluh hari . Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana bimbang masuk angin . Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya .

Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.

Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka . Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.

Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama generasi di kalangan adik-beradik dan anak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri . Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.

Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya katakata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima.

Jangan ejek saya gemuk !Nanti saya nangis !

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia mencapai umur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi.

Hadiahhadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun. Makanan kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah.

Hadiah

Majlis meraikan bayi

Masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.