hbhe3203 (kebersihan dan keselamatan persekitaran) (autosaved)

55
HBHE3203 PENGHARGAAN Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa En.Shaifol Bahary Sulaiman yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan menghasilkan tugasan ini. Begitu juga buat rakan saya di sekolah En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. 1

Upload: fazliaman

Post on 23-Nov-2015

173 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

HBHE3203

PENGHARGAAN

Dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana dapat menyempurnakan sebuah tugasan demi segulung ijazah sebagai perubahan tahap akademik insan bergelar pendidik yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Tutor yang berwibawa En.Shaifol Bahary Sulaiman yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam merealisasikan menghasilkan tugasan ini. Begitu juga buat rakan saya di sekolah En.Mazlan Bin Ahmad atas perkongsian ilmu selama saya menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Ruhaida bt Zahari serta anak-anakku yang memahami kesibukan untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga adik dikasihi Mohd.Rahimi Bin A. Rahman yang banyak membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa kefahaman dan kerjasama mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya sedar, terlalu banyak kelemahan yang ada pada manusia. Hanya semangat melihat rakan-rakan lain boleh melaksanakannya, tentulah saya sebagai pendidik juga boleh melakukannya.Ini kerana, jauh di sudut hati saya sebagai pendidik inginkan perubahan seiring dengan perubahan dunia pendidikan yang global, namun masih berteraskan landasan yang betul. Semoga tugasan ini menjadi perintis kejayaan cemerlang dan gemilang saya di dalam profesion keguruan. Salam hormat dari saya untuk semua.Terima kasih atas kerjasama yang diberi...

BAHAGIAN A

PENGENALAN

Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga kepada semua kehidupan dimuka bumi ini kerana ianya merupakan sumber keperluan harian manusia(Satish 2003)seperti kegunaan domestik, untuk makan dan minum, mandi, memasak dan banyak lagi. Sumber air yang banyak ini sesungguhnya telah memberikan banyak kebaikan untuk kehidupan hidupan di muka bumi terutama sekali kepada manusia. Tetapi masalahnya sekarang adalah, adakah manusia menggunakan sumber air ini dengan cara yang bijak dan terjaga serta apakah isu-isu yang timbul akibat daripada pencemaran sumber air yang ditimbulkan oleh manusia itu sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk di bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh dikategorikan kepada dua bahagian aiitu pencemaran punca bertitik dan punca pencemaran tidak bertitik( Moran et. Al,1996).Seperti yang kita sedia maklum, kita memperolehi sumber air kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai merupakan elemen yang sangat penting dalam sejarah tamadun manusia.( Mohd Zuhaimi, 2007).Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah satu sumber air yang penting dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan, kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi. Pencemaran air yang berlaku telah menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah bekalan air. Penyumbang kepada berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri.(Abdullah, 2004)Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di dalamnya. Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakana mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahab secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia.(Surtahman Dan Ghafar, 1997 ).Menurut UNESCOpula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya.( Kementerian Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail, 2001).Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. (Shamsudin, 2005).Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian yang berkaitan dengan sumber air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia kini. Sebagai contohnya disini, di Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan didapati hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan sebagai bersih manakala tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati dan selebihnya pula sederhana tercemar.(Haliza, 2007)Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan hampir mati. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).Pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai auatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml. Tahap kebersihan air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air mentah lagi.(Hj. Mohd. Ismail, 2010).Di Sabah pula,menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Terdapat juga dua sungai yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk iaitu Sungai Menggaris di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).Pengurusan tapak pelupusan juga merupakan satu perkara yang penting yang perlu dititikberatkan di Malaysia. Kawasan tapak pelupusan ini tidak diuruskan dengan efisien yang telah menyebabkan dan mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada sungai-sungai atau bekalan air. Kelemahan dalam sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang tidak sempurna telah meningkatkan tahap pencemaran air sungai yang berdekatan.(Tan Et. Al, 2002).Masalah dalam pengurusan tapak pelupusan yang tidak begitu cekap ini boleh mendatangkan masalah serius kerana disebabkan kehadiran air lelehan dari tapak pelupusan yang mengalir ke sungai berhampiran khususnya melalui aliran air bawah tanah dan ini secara langsung menyebabkan sungai tercemar.( Mohd. Nizzam, 2004).Keadaan seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terdedah dengan aliran air yang tercmar selain daripada membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada penduduk yang menggunakan sumber air daripada sungai berkenaan.(Zaini,2010)Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah didapati kebanyakkan sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar.Menurut Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE)Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan perumahan. ( Berita Harian, 2012) Selain daripada itu, pencemaran air juga sering dikaitkan dengan isu perundangan. Hal ini kerana, masih belum terdapat undang-undang yang mempu mengawal pencemaran air yang berlaku secara lebih jitu. Perundangan alam sekitar hanya dilihat sebgai alat undang-undang yang digunakan untuk mengawal alam sekitar daripada dicemari dan mengalami kemerosotan ataupun disebabkan oleh pencemaran smeula jadi. ( Jamaluddin, 2001).Walaupun di Malaysia terdapat undang-undang khas yang berkaitan dengan pencemaran air, tetapi ia masih belum menepati kehendak alam sekitar kita. Malahan, keadaan persekitaran ekologi dan habitat manusia secara keseluruhannya masih mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan sumber air seperti sungai.(Muhammad Rizal Razman,2010).Terdapat pegawai penguatkuasa yang tidak mengetahui wujudnya peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasaln pencemaran air ini.(Carolyn 2003).

Punca-punca Pencemaran Air

Laporan mengenai pencemaran air yang berlaku di Malaysia dari tahun 2008 hingga 2013

Dalam konteks sungai di negara kita, bagi membolehkan tahap pencemaran sungai kita dikelaskan, beberapa petunjuk kualiti air diperlukan untuk menilai sama ada sesuatu air sungai yang dijadikan sumber bekalan air itu berkualiti ataupun tidak. Petunjuk-petunjuk ini merupakan kawalan kepada tahap pencemaran yang wujud di dalam komposisi air. Penunjuk kualiti air terdiri daripada Parameter Oksigen Biokimia (BOD), Parameter Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Nitrogen Ammonia (NH3-N), dan Pepejal Terampai (SS) dan PH. Dalam konteks bekalan air minuman, parameter biologi (analisis kandungan bakteria) dan kimia (logam berat berbahaya) selalu ditekankan agar bekalan air yang dihasilkan bebas dari sebarang bentuk pencemaran yang berbahaya.Dengan menggunakan petunjuk-petunjuk tersebut, Malaysia telah memperkenalkan satu indeks bagi mengkelaskan tahap pencemaran. Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas. Seperti indeks-indeks lain, IKA ialah gabungan nilai parameter kualiti air mengikut model tertentu.Horton, 1965dalam Kualiti dan Pencemaran Air di Malaysia olehAnhar Sukitelah mencadangkan satu model di mana setiap parameter kualiti air yang dianggap penting diberi pemberat mengikut kepentingannya. Nilai ini kemudian digabungkan secara aritmetik bagi mendapatkan satu nilai dan pada masa kini juga terdapat pelbagai model yang boleh digunakan. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan adalah melalui pendekatan matematik atau berdasarkan bancian pendapat ahli ikhtisas.Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu; Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing Kelas 4 - sedikit tercemar* Kelas 5 - sangat tercemar**Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Permintaan Oksigen Secara Biokimia (BOD)Permintaan Oksigen Secara Biokimia (BOD) ialah satu pengukur jumlah oksigen yang diperlukan oleh bakteria dan mikro organisma aerobik untuk mengoksidakan bahan organik kepada bentuk bahan bukan organik yang stabil. Di Malaysia, paras cadangan bagi kriteria BOD bagi air mentah untuk bekalan air domestik ialah 1 mg/l dan paras cadangan interim standard BOD untuk air mentah di sungai iaitu 3mg/l.

Permintaan Oksigen Secara Kimia (COD)Permintaan Oksigen Secara Kimia (COD) pula adalah pengukur jumlah oksigen yang diperlukan oleh agen pengoksida dalam proses pengoksidaan bahan kepada karbon dioksida, air dan ammonia secara kimia. Biasanya kandungan COD adalah lebih tinggi berbanding BOD. Sumber bahan organik dan bukan organik dalam air biasanya berpunca daripada sisa industri seperti kilang pulpa dan kertas serta kilang penapis/ memproses logam. Pada kebiasaannya kepekatan COD sesuatu air permukaan yang tidak tercemar iaitu kurang daripada 20 mg/l. Di Malaysia nilai kriteria cadangan COD untuk bekalan air domestik ialah 10 mg/l manakala cadangan standard interim untuk air mentah ialah 25 mg/l.

Oksigen Terlarut (DO)Oksigen Terlarut (DO) pula adalah asas hidupan akuatik kerana ia penting untuk proses pernafasan dan penguraian bahan organik. Terdapat 4 faktor yang yang mempengaruhi proses konsentrasi DO dalam badan air iaitu proses pengudaraan semula (interaksi atmosfera-air dan pergerakan air), fotosintesis, respirasi, pengoksidaan bahan organik, suhu dan saliniti. Di Malaysia, cadangan interim nilai standard DO air mentah untuk bekalan air domestik adalah lebih tinggi daripada 5 mg/l. Manakala DO yang lebih besar daripada 8 mg/l adalah tidak dicadangkan untuk bekalan air mentah.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS)Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.

Nitrogen Ammonia (NH3-N)Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Kepekatan Hidrogen (pH)PH atau kepekatan Hidrogen merupakan sukatan bagi keasidan dan kealkalian dan ia merupakan sukatan yang terpenting dalam menentukan kimia air kerana kebanyakan proses yang terbabit dalam rawatan air bergantung kepada parameter ini. Nilai pH biasanya diukur pada skala 0 - 14 yang mana nilai 7 ialah neutral. Nilai yang kurang daripada 7 adalah bersifat keasidan manakala yang melebihi 7 bersifat alkali. Organisma boleh hidup dengan baik pada paras pH antara 6.0 - 8.5 dan ianya sangat sensitif terhadap perubahan pH kerana perubahan ini akan mempengaruhi proses pembiakan dan pembesaran ikan, jumlah dan spesies hidupan air yang lain.

Indeks Kualiti Air(IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dankualitibekalanairyang boleh digunakan untuk kegunaan domestik,akuakulturdan pengairan.KelasIKAKegunaan air

Kelas 1>92.7Dalam keadaan semulajadi

Kelas IIA85.0-92.7Air memerlukan rawatan konvensional

Kelas IIB76.5-85.0Air boleh digunakan untuk rekreasi

Kelas III51.9-76.5Air memerlukan rawatan intensif

Kelas IV31.0-51.9Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedang

Kelas V 15 mg/dl dalam darah berbahaya bagi kesehatan. Pada wanita hamil keracunan Pb dapat menyebabkan keguguran, kelahiran prematur dan kematian janin. Pada anak-anak timbal dapat menyebabkan cacat mental dan gangguan fisik.Pada orag dewasa keracunan timbal meningkatkan risiko terkena hipertensi (tekanan darah tinggi).

4 JENIS PENYAKIT AKIBAT PENCEMARAN AIR

1.0PENYAKIT CACAR AIRSimptom penyakit cacar airPada permulaannya, pesakit akan merasa sedikit demam, pening, cepat merasa lelah, lesu, dan lemah. Gejala-gejala ini khas untuk infeksi virus. Pada kes yang lebih berat, pesakit juga akan mengalami sakit sendi, sakit kepala dan pening. Beberapa hari kemudian timbullah kemerahan pada kulit yang berukuran kecil yang pertama kali kelihatan di sekitar dada dan perut atau punggung lalu diikuti timbul di anggota gerak dan wajah.Kemerahan pada kulit ini lalu berubah menjadi timbul berisi cairan dengan sedikit tipis. Ruam kulit ini mungkin terasa agak pedih atau gatal sehingga menggaru tanpa sengaja. Jika ruam ini dibiarkan maka akan segera mengering membentuk keropeng (krusta) yang dan meninggalkan tompokan di kulit yang lebih gelap (hiperpigmentasi). Tompokan ini lama-kelamaan akan pudar sehingga beberapa minggu dan akhirnya tidak akan meninggalkan bekas lagi.Lain halnya jika tompokan cacar air tersebut dipecahkan. Krusta akan segera terbentuk lebih dalam sehingga akan mengering lebih lama. kondisi ini memudahkan infeksi bakteri terjadi pada bekas luka garukan tadi. setelah mengering bekas cacar air tadi akan menghilangkan bekas yang dalam. Perkara ini berlaku lebih-lebih lagi jika penderita adalah dewasa atau dewasa muda, bekas cacar air akan susah hilang.

Pesakit yang terkena Cacar Air

Pencegahan penyakit cacar airSelama 5 hari setelah ruam itu muncul dan sampai semua lepuh telah berkeropeng.Masa kurantin sebaiknya pesakit perlu mandi seperti biasa, kerana kuman yang berada pada kulit akan dapat menginfeksi kulit yang sedang terkena cacar air. Untuk menghindari timbulnya bekas luka yang susah hilang sebaiknya menghindari pecahnya timbul cacar air. Ketika mengeringkan tubuh selepas mandi sebaiknya tidak menggosoknya dengan tuala terlalu keras. Untuk menghindari gatal, sebaiknya diberikan bedak talk yang mengandung menthol sehingga mengurangkan gesekan yang terjadi pada kulit sehingga kulit tidak banyak teriritasi. Untuk yang memiliki kulit sensitif dapat juga menggunakan bedak talk salycil yang tidak mengandung mentol. Pastikan anda juga selalu mengambil makanan bergizi untuk mempercepat proses penyembuhan penyakit itu sendiri. Konsumsi buah- buahan yang mengandung vitamin C seperti jambu biji dan tomat merah yang dapat dibuat juice.Imunisasi tersedia bagi anak-anak yang berusia lebih dari 12 bulan. Imunisasi ini sesuai bagi orang di atas usia 12 tahun yang tidak mempunyai kekebalan.Penyakit ini berkait rapat dengan kekuatan antibodi tubuh seseorang.

Simptom awal Pesakit cacar air akan mengalami sakit perut,muntah dan pening kepala

Kaedah Rawatan penyakit cacar airVaricella ini sebenarnya dapat sembuh dengan sendirinya. Akan tetapi tidak menutup kemungkinan adanya serangan berulang saat individu tersebut mengalami panurunan daya tahan tubuh. Penyakit varicella dapat diberi rawatan Asiklovir berupa tablet 800 mg per hari setiap 4 jam sekali (dos orang dewasa, iaitu 12 tahun ke atas) selama 7-10 hari dan salep yang mengandung asiklovir 5% yang disapukan tipis di permukaan yang terinfeksi 6 kali sehari selama 6 hari. Larutan PK sebanyak 1% yang dilarutkan dalam air mandi biasanya juga digunakan.Dalam tempoh masa penyembuhan varicella, dapat dibuat penambahan rawatan dengan merawat bekas luka yang ditimbulkan dengan banyak memerlukan air mineral untuk menetralisir ginjal setelah memakan ubat. Konsumsi vitamin C plasebo ataupun yang terus dari buah-buahan segar seperti juice jambu biji, juice tomat dan anggur. Vitamin E untuk kelembaban kulit bisa didapat dari plasebo, minuman dari lidah buaya, ataupun rumput laut. Penggunaan lotion yang mengandung pelembab ekstra apabila luka sudah benar- benar sembuh diperlukan untuk menghindari iritasi jika penyakit ini datang lagi.

Rawatan Pesakit Cacar Air

2.0 PENYAKIT CIRIT-BIRITSimptom Penyakit Cirit-biritDi awal simptom penyakit ini pesakit akan mengalami peningkatan kekerapan membuang air besar dimana najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh kekejanganabdomen. Terdapat angin atau kentut yang melampau. Pesakit akan kehilangan selera makan dan Adakalanya pesakit akan mengalami demam dan adakalanya terasa mual,muntah dan sakit otot. Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut."Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak."Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak. "Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Pesakit mengalami sakit perut,muntah dan pening kepala

KomplikasiKomplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-Kehilangan 5-10% berat badan. Gelisah dan mudah tersinggung. Mata terbenam. Ketidakhadiran air mata. Mengalami kekeringan mulut dan lidah. Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi. Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:- Kehilangan lebih dari 10% berat badan. Keletihan dan mungkin hilang sedar. Mata adalah terlalu terbenam. Ketidakhadiran airmata. Mulut dan lidah adalah terlalu kering. Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung. Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambilbeberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. Kekurangan jumlah air kencing.

Pesakit kerap membuang air besar

Punca-punca cirit-birit Meminum air yang tercemar. Memakan makanan yang tercemar. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.Punca-punca kronikApabila cirit birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : Penyakit gastrogenus atau perut contohnya anemia, kanser. Selepas pembedahan contohnya, gastrektomi. Penyakit-penyakit usus. Jangkitan usus yang kronik jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella jangkitan-jangkitan virus jangkitan-jangkitan protozoa Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit Kecacatan penyerapa. Selepas pembedaha Fistula dalaman Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis. Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau. Kanser Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik. Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedudan salur gastrousus. Reflex diarrhoea due to extracolonic disease seperti pelvic inflammation, urinary tractcondition, appendicitis dan sebagainya. Constitutional diseases- contoh hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases. Organic neurological diseases contoh intracranial disease.

Pencegahan penyakit cirit-biritCirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera. Minum banyak air. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu. Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda) Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal ataupisang yang dimasak. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untukdihadam. Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, rundingdengan doktor anda. Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.Bayi Teruskan penyusuan bayi. Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oralselepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak. Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti. Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.

Kaedah rawatan penyakit cirit-birit Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutanmungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dan lain-lain. Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral. Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan. Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, iatidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi. Tabiat kebersihan makanan yang baik. Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelummenyediakan dan mengendalikan makanan. Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas. Sediakan makanan di kawasan yang bersih. Tudungkan makanan yang telah dimasak. Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yangtelah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan. Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

Pesakit yang sedang diberi rawatan

3.0 PENYAKIT HEPATATIS AHepatitis Amerupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu kepada sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan. Sebahagian besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit ringan lazimnya di kalangankanak-kanak.Hepatitis A adalah penyakit hepatitis yang tidak menimbulkan kesan penyakit yang besar. Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti. Sakit klinikal biasanya terjadi selama 4 minggu tetapi boleh berlaku semula pada kadar 20% dan tanda-tanda penyakit mungkin berterusan selama sehingga 6 bulan.Hepatitis A jarang menyebabkan kematian dan mempunyai kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku kepada pesakit tua yang mendapat penyakit ini dengan mendadak. Virus hepatitis A tersebar melalui saluran najis,mulutserta saluran penghadaman.Kerang,tiram, dan kima (siput besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.

Hepatitis A

Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada demam kepialu. Kematian akibat hepatitis A dilaporkan lebih dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 tahun dan meningkat hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun. Kajian yang dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pendudukMalaysiadi bawah usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A. Jangkitan dari hepatitis A akan menghasilkan kelalian (imuniti) terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Di Malaysia, terdapat 222 kes-kes hepatitis A pada tahun 2003 (kadar insiden 0.89/1000 penduduk)

Virus Hepatitis A

Simptom penyakit Hepatatis ASelepas tanda-tanda seperti selsema atau keracunan makanan muncul, pesakit akan demam secara tiba-tiba dengan suhu mencapai 38oC secara tiba-tiba. Selepas 2-3 hari suhu kembali normal, namun tanda-tanda seperti muntah, mual, kurang selera makan, sakit kepala, insomnia dan keletihan akan kelihatan. Pada hari kedua, badan akan menjadi kuning (Penyakit Kuning/Jaundis ). Muntah, sakit kepala dan keletihan akan semakin berkurangan.Penyakit kuning juga akan hilang selepas 3-4 minggu dan tanda-tanda yang disebutkan tadi juga hilang.Terdapat juga sebilangan pesakit yang menghidapi penyakit ini sehinga 2-6 bulan. Pada masa ini, hati dan limpa akan bengkak.Pada permulaan hepatitis, warna air kencing akan menjadi gelap dan berbuih-buih. Selain itu ada juga pesakit tidak mengalami sebarang symptom penyakit kuning, dia tiba-tiba pengsan selepas mengalami sakit kepala yang teruk, muntah darah dan suhu badan tinggi. Sekiranya tidak dirawat dengan baik, selepas 10 hari hingga beberapa bulan pesakit akan meninggal dunia. Hepatis yang muncul selepas mengalami symptom selama 10 hari dipanggil Hepatitis B. Sekiranya tanda seperti penyakit kuning, bengkak hati, fungsi hati terhalang berterusan melebihi 4 bulan, dan symptom muncul berulang kali, ianya adalah Hepatitis A.Tanda-tanda dan simptom penyakit hepatatis A Mata kekuningan Kencing kotor dan berwarna gelap Loya Demam Keletihan / kelesuan Kurang selera makan Sakit perut Muntah Gatal seluruh badan Najis berwarna seperti tanah liat (kuning pucat)

Tanda-tanda dan symptom penyakitHepatitis A

Cara penyakit ini merebak Melalui dampingan rapat dari seorang yang mengalami jangkitan Melalui makanan dan minuman yang tercemar Makan makanan seperti buahan, sayuran atau lain-lain makanan yang telah tercemar semasa mengendalikannya Makan makanan bercengkerang yang diambil dari air tercemar Minum minuman air atau ais batu yang tercemarTidak semua pengidap mendapat gejala seperti diatas. Gejala ini akan muncul dalam jangka masa beberapa hari.Kaedah rawatan penyakit Hepatatis ARehat dan zat yang tinggi merupakan komponen penting dalam rawatan. Penghidap penyakit ini walaupun tidak serius wajib berehat selama bulan. Berehat sepenuhnya, sekiranya tidak, sukar untuk menyembuhkannya. Selepas 2 minggu, badan pesakit akan kembali normal. Pesakit perlu berbaring selepas makan selama 2 jam dan tempoh sekurangnya tahun. Pesakit juga tidak boleh melakukan kerja berat dan sibuk. Berehat ditempat yang sunyi 1 jam selepas makan. Selepas 10 hari jangkitan, makanan utama yang disyorkan adalah yang mengandungi glukosa yang tinggi, biasanya adalah bubur, susu, telur, ikan, tauhu, ambil 50g protein kurang lemak setiap hari. Ambil 2 gelas bamboo salt Pagi dan Malam atau boleh juga dijadikan amalan minuman harian. Kesan dapat dilihat dalam masa seminggu. Pesakit haruslah mengawal makan, dengan pengambilan makanan yang tidak membebankan sistem penghadaman.Pencegahan penyakit Hepatatis A Dapatkan vaksin Hepatitis A Amalkan kebersihan diri: Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan Pakai sarung tangan jika anda ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis)yang sempurna terutama salepas banjir atau bencana alam. Elakkan makanan yang berisiko: Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih, Ais batu kecuali ais batu dibuatkan dari air masak / air dari bekalan botol Makanan separuh masak atau ikan mentah atau jenis kekerang mentah Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas. Hanya menggunakan air yang bersih Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan Elakkan dari berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotorHepatitis A juga boleh di cegah melalui : Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan) Gunakan bekalan air yang bersih Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan Elak makan kerang mentahMendapatkan Pelalian Vaksin Hepatitis AVaksin hepatitis A Dapat melindungi dari penyakit Hepatitis A dalam kadar 70%-90% Boleh di perolehi dalam bentuk suntikan dan melalui pemberian melalui mulut Berkesan dalam tempoh seminggu selepas pemberian vaksin Tidak bekesan selepas beberapa tahun (Kebiasaannya dalam tempoh satu tahun bagi vaksin pemberian mulut dan tiga tahun bagi vaksin suntikan)

Siapakah yang patut mendapat vaksin hepatitis ADisyorkan untuk setiap orang dari golongan umur dua tahun dan ke atas Pelancong ke tempat-tempat yang menpunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi seperti Asia, Afrika dan Eropah Timur. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi Pekerja pembentungan / kumbahan. Penagih dadah yang mengambil dadah suntikan. Pengendali makanan seperti di kedai makan, penjaja, pemilik kantin dan pekerja pekerjanya untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pengidap penyakit hati yang kronik. Pengidap masalah pembekuan darah. Hubungan seks sejenis.Tempat untuk mendapatkan vaksin hepatitis A Di semua klinik swasta atau hospital Rujuk doktor untuk maklumat selanjutPencegahan penyakit Hepatatis A Dapatkan vaksin Hepatitis A Amalkan kebersihan diri: Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan Pakai sarung tangan jika anda ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis)yang sempurna terutama salepas banjir atau bencana alam. Elakkan makanan yang berisiko: Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih, Ais batu kecuali ais batu dibuatkan dari air masak / air dari bekalan botol Makanan separuh masak atau ikan mentah atau jenis kekerang mentah Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas. Hanya menggunakan air yang bersih Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan Elakkan dari berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotorHepatitis A juga boleh di cegah melalui : Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan) Gunakan bekalan air yang bersih Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan Elak makan kerang mentahMendapatkan Pelalian Vaksin Hepatitis AVaksin hepatitis A Dapat melindungi dari penyakit Hepatitis A dalam kadar 70%-90% Boleh di perolehi dalam bentuk suntikan dan melalui pemberian melalui mulut Berkesan dalam tempoh seminggu selepas pemberian vaksin Tidak bekesan selepas beberapa tahun (Kebiasaannya dalam tempoh satu tahun bagi vaksin pemberian mulut dan tiga tahun bagi vaksin suntikan)Siapakah yang patut mendapat vaksin hepatitis ADisyorkan untuk setiap orang dari golongan umur dua tahun dan ke atas Pelancong ke tempat-tempat yang menpunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi seperti Asia, Afrika dan Eropah Timur. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan hepatitis A yang tinggi Pekerja pembentungan / kumbahan. Penagih dadah yang mengambil dadah suntikan. Pengendali makanan seperti di kedai makan, penjaja, pemilik kantin dan pekerja pekerjanya untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pengidap penyakit hati yang kronik. Pengidap masalah pembekuan darah. Hubungan seks sejenis.Tempat untuk mendapatkan vaksin hepatitis A Di semua klinik swasta atau hospital Rujuk doktor untuk maklumat selanjut

Rawatan & pecegahan penyakit hepatitis A

4.0PENYAKIT TAUNPenyakittaunataukoleramerupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria,vibrio cholera. Penyebaran virus ini biasanya berlaku melalui airminuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Simptom penyakit ini termasuklahcirit-birit, perut tegang,mual,muntah, dan kekeringan. Rawatan utama taun adalah denganterapi rehidrasi oral, yang biasanya denganlarutan rehidrasi oral untuk menggantikan air dan elektrolit danantibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Pesakit penyakitTaun

StatistikKementerian Kesihatan Malaysiamenunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka.Bakteria penyebabnya ialah Vibrio Cholarae.Suhu kepanasan 100 celcius boleh membunuh bakteria ini dalam beberapa saat sahaja.Tetapi bakteria ini boleh hidup di dalam ais sehingga 6 minggu, dalam air tawar sehingga 2 minggu dan dalam air masin sehingga 8 minggu. Tempoh inkubasi(pengeraman) bakteria ini hanyalah dalam masa beberapa jam sahaja sehingga 5 hari. Tetapi kebiasaannya hanyalah 3 hari. Semua manusia ialah rentan (susceptible) dan tiada resistan terhadap kolera.

bakteria V. Cholerae

Sekitar sejuta virusVibrio choleraeharus dihadamkan sebelum taun menjangkiti seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik kurang (akibat penggunaanantasid), atau mereka yang kekurangan makanan. Wabak taun terakhir diAmerika Syarikatadalah pada tahun1911. 1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di hemisfera barat antara Januari 1991 dan Julai 1995. Secara purata, satu kes taun dilaporkan di Amerika Syarikat setiap minggu.

Simptom Penyakit taunCirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna. Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium.Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak.Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak, suhu badan akan meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut.Peringkat- peringkat penghidap pesakit taun.

1)Peringkat Pembuangan ( Evacuation ) Serangan bermula secara tiba-tiba. Cirit birit tanpa kesakitan lebih 20 kali, pada mulanya najis cair berwarna kuning, kemudian menjadi jernih dan cecair seperti air beras( Rice water stool ). Suhu badan subnormal ( 33.9 34.4 C ) Muntah dengan kerap, bermula dengan makanan dan kemudiannya diikuti cecair seperti air beras. Kekejangan otot ( muscles cramp )

2) Peringkat kolaps Tanda dan simtom dehidrasi serta renjatan mula kelihatan. Hipotensi disebabkan kehilangan air yang banyak. Oliguria (air kening yang sedikit) dan anuria (kegagalan ginjal untuk menghasilkan air kencing) disebabkan kekurangan perfusi ginjal akibat tekanan darah yang rendah. Asidosis disebabkan oleh kehilangan sodium bikarbonat yang banyak dalam Nadi menjadi cepat, cetek dan lemah. Kegagalan ginjal berlaku akibat hipotensi yang berlarutan.

3) Peringkat reaktif Muntah dan cirit- birit mula berkurangan Nadi dan tekanan darah meningkat Suhu badan beransur

4) Peringkat koma Pesakit yang tidak mengalami penyembuhan, keadaan seterusnya akan berlarutan dan bertambah tenat hingga ke peringkat koma. Manifestasi klinikal di peringkat awal yang tidak dirawat dengan segera akan membawa maut

Tanda-tanda dan symptom penyakitTaun

Pencegahan penyakit taun Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk. Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk. Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup. Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih. Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas. Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu. Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut. Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox untuk membasmi kuman taun. Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat. Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera.

Kaedah rawatan penyakit taunBendalir

Dalam jangkitan taun, pesakit akan diberikan gantian bendalir dan elektrolit yang hilang.Dalam kes tidak serius, kedua-dua bendalir dan elektrolit diberikan melalui saluran mulut sedangkan pemberian secara suntikan akan dilakukan ke atas pesakit yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang serius atau dehidrasi ataupun yang kehilangan air badan sehingga berat badan susut 10 peratus.Rawatan ubatSelain menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang, ubat antibiotik atau antimikrob digunakan untuk merawat pesakit taun.Antibiotik yang seringkali digunakan dalam merawat jangkitan ialah kumpulan tetrasiklin sebagai pilihan utama manakala trimetofrim-sulfametokasazol, eritromisin, kloramfenikol dan furazolidon juga digunakan sebagai alternatif dalam kes-kes kuman penyakit telah rintang kepada antibiotik pilihan utama.

Dalam kumpulan tetrasiklin, doksisiklin merupakan ubat yang seringkali digunakan untuk merawat jangkitan taun.Ubat kumpulan tetrasiklin tidak boleh diambil bersama dengan susu dan hasilan tenusu lain disebabkan bahan tersebut akan mengurangkan tindakan ubat.Pantang larang yang perlu dipatuhi ialah pesakit tidak mempunyai sejarah tindakbalas alahan kepada ubat ini.Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 8 tahun.Bagi pesakit wanita dan ibu pula, mereka mestilah tidak mengandung dan tidak menyusukan anak.Dalam kes ibu mengandung atau sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak, kumpulan tetrasiklin cenderung terkumpul di dalam tulang dan berupaya menyebabkan gigi bayi dan kanak-kanak berubah warna kepada kekuningan serta pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak menjadi lambat.Sebagai langkah berhati-hati untuk mengatasi sebarang kemungkinan kerana menggunakan ubat ini, pesakit hendaklah sentiasa meneliti kesan-kesan sampingan yang sering kali terjadi seperti di bawah: Kulit menjadi lebih sensitif apabila terkena sinaran matahari. Pendedahan kepada sinaran matahari walaupun sekejap boleh menghasilkan kerengsaan kulit, kegatalan, kulit menjadi merah dan mengelupas. Kekejangan otot perut, cirit-birit, rasa mual dan muntah. Kesakitan pada bahagian perut, ubun-ubun bengkak pada bayi, sakit kepala, hilang selera makan, warna kulit kekuningan dan perubahan deria penglihatan.Oleh sebab tetrasiklin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 8 tahun, maka pesakit kanak-kanak akan diberikan kombinasi 5 mg/kg trimetofrim dan 25 mg/kg sulfametoksazol dua kali sehari selama 3 hari.Kesan sampingan yang sering diperhatikan untuk ubat ini ialah cirit-birit, sakit kepala, hilang selera makan, gatal kulit, sakit pada sendi otot, kesusahan menelan makanan, sakit tekak dan demam di samping pengguna akan merasa letih.

Rawatan penyakitTaun

BAHAGIAN C

RUJUKAN

.

47