jawapan hbhe3203 nasrul
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
1/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
1
1.0 PENGENALANKeselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh
mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari jenayah dan
gangguan, mengawal salah laku murid, dan mengurangkan liabiliti sekolah terhadap tindakan
saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku. Namun begitu usaha ini bukanlah terletak
dibahu sekolah semata-mata. Ia lebih kepada satu usaha bersepadu dan berterusan membabitkan
seluruh tenaga di sekolah dan masyarakat sekeliling.
Sekolah yang selamat ialah tempat murid-murid dapat belajar dan guru dapat mengajar
dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan
tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindunganbagi setiap kanak-kanak. (Ronald D. Stephens 1996). Howard (1981) juga menggariskan 6
faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin,
keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum.
Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra,
persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang
tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick Young, 1999)
Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak
diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya
terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek
perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa
berusaha memastikan setiap peraturan, undang-undang atau disiplin sekolah dipatuhi oleh semua
pihak dengan jayanya.
Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi
masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup
selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
2/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
2
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para murid. Ia
adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan
tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Sekolah yang selamat untuk menuntut ilmu
akan mempunyai disiplin diri murid yang tinggi.
Namun pada masa yang sama terdapat sebilangan sekolah yang cuai dalam mengurus
keselamatan sekolah sehingga boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan serius kepada
warga sekolahnya. Sebagai contoh berkaitan dengan kes arwah Muhammad Fakhrul Amin Abdul
Rahman (gambar kecil), 11 tahun iaitu murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung
Jawa 2 yang maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat dihempap tiang gol ketika
bermain bola sepak sekitar jam 6 petang setelah mengalami pendarahan teruk selain retaktempurung kepala.
Rajah 1.1: Mangsa Kemalangan Di Sekolah Akibat Ti adanya Prosedur Keselamatan
Kemalangan seperti ini bukan sahaja sekali berlaku tetapi telah berulang-ulang dan hal ini
memperlihatkan polisi kerajaan yang tidak sungguh-sungguh dalam menangani isu-isu
keselamatan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah jelas menuju ke jalan buntu walaupun
pelbagai usaha dan tenaga dicurahkan. Berikut adalah kronologi murid yang maut dihempap
tiang gol di sekolah.
Kronologi maut dihempap tiang gol:
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
3/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
3
7 Mac 2000
KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mati
selepas dihempap tiang gol yang diperbuat daripada besi sewaktu bermain di padang
sekolahnya.
30 Januari 2008
SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun empat maut selepas dihempap tiang gol ketika
bermain di tepi padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang (SKTSW) selepas waktu
persekolahan sementara menunggu kedatangan bapanya.
4 November 2010KEPALA BATAS: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini,
meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah selepas dihempap
tiang gol di padang sekolahnya.
Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan ini daripada terus berlaku, pihak sekolah perlu
memahami konsep sekolah selamat bagi memudahkan sebarang rang undang-undang, prosedur
atau peraturan dirangka demi menjamin keselamatan seluruh warga sekolah.
Dalam tugasan ini, keselamatan sekolah lebih memfokuskan kepada keselamatan
penggunaan peralatan dan bangunan fizikal infrastruktur dan konsepnya digambarkan seperti
dalam rajah 1.2 berikut.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
4/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
4
Rajah 1.2: Konsep Keselamatan Penggunaan Di Sekolah
Perbincangan selanjutnya akan memperihalkan tentang prosedur keselamatan
penggunaan di sekolah yang tertumpu pada stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer.
2.0 PROSEDUR MENGENAI TATACARA KESELAMATAN DI SEKOLAHMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, tatacara didefinisikan sebagai adat istiadat, adat resam,
cara dan peraturan atau pembentukan istilah manakala keselamatan pula adalah perihal selamat,
kesejahteraan atau keamanan. Maksud keseluruhan tatacara keselamatan di sekolah ialah suatu
SEKOLAHSELAMAT
BANGUNAN FIZIKALSEKOLAH
Stor Sukan, Kantin, Dewan, BilikKomputer
PROSEDURKESELAMATAN
PENGGUNAANAM
PENGGUNAANMURID
PENGGUNAANGURU
PENGURUSANMengurangkan
Kemalangan
Kepatuhan
Semua Warga
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
5/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
5
peraturan yang boleh menjadikan warga sekolah selamat, aman dan sejahtera dalam menjalani
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tanpa sebarang gangguan.
Dalam menentukan keberkesanan keselamatan, tatacara ini perlu dirangka dan
dipersetujui oleh pihak sekolah serta PIBG dan dikendalikan bersama oleh pihak pengurusan
sekolah yang telah dipertanggungjawabkan seperti yang dinyatakan oleh Howard (1981),
kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di
antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap
khabar angin dalam kawasan sekolah..
2.1 STOR SUKAN
Stor sukan merupakan salah satu daripada bangunan fizikal yang terpenting di sekolah di mana ia
menjadi tempat untuk menyimpan barang-barang seperti peralatan atau perkakasan sukan, stok
bekalan sukan dan menjadi nadi kepada perkembangan pendidikan Jasmani dan kesihatan murid-
murid. Di dalam stor sukan ini, terdapat pelbagai peralatan sukan yang secara fizikalnya adalah
berat, tajam serta merbahaya seperti lembing, peluru besi, panah dan sebagainya yang boleh
mengakibatkan kemalangan atau kecedaraan. Bagi mengawal tahap keselamatan penggunaan
peralatan sukan serta aliran keluar masuk, semua pihak harus bertanggungjawab dalam menjaga
amanah ini. Ini telah dinyatakan di dalam beberapa dokumen polisi seperti:
i. Surat Pekeliling Khtisas Bil: 25/1998 Dan BIL: 3/1979Pendidikan Jasmani
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 25/1998Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 Dan BIL: 1/1995Panduan Keselamatan Diri Murid Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
6/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
6
Oleh itu, ianya memerlukan kawalan, pemantauan dan tatacara keselamatan terhadap
penggunaan stor sukan dan semestinya dipatuhi oleh semua pihak bagi mengelakkan daripada
berlakunya sebarang permasalahan yang tidak diingini berlaku kelak. Dalam prosedur
keselamatan stor sukan ini, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu langkah-langkah keselamatan
di stor sukan dan penggunaan peralatan sukan dari stor sukan.
2.1.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN
Tatacara Penggunaan Am
Sentiasa menjaga kebersihan stor.
Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.
Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk alat-alat sukan.
Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan
selamat.
Tatacara Penggunaan Murid
Dilarang masuk ke dalam stor sukan.
Tatacara Penggunaan Guru
Menjaga kebersihan stor sukan.
Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
Mempunyai pelan keselamatan.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
7/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
7
Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.
2.1.2 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN
SUKAN
Tatacara Penggunaan Am
Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan
Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada
undang-undang persatuan sukan.Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Tatacara Penggunaan Murid
Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan.
Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan.
Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.
Tatacara Penggunaan Guru
Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan.
Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.
2.2 KANTIN
Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai
pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
8/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
8
amalan di kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan
keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan
santun dan amalan-amalan disiplin yang lain. Di samping itu, kantin sekolah juga merupakan
satu tempat berlakunya berbagai-bagai jenis interaksi dan aktiviti-aktiviti sama ada di kalangan
murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah dalam pelbagai aspek. Dalam definisi
umum, kantin ini dikenali sebagai tempat murid-murid makan dan minum dengan selesa semasa
rehat dan bagi sesetengah sekolah ia dijadikan tempat menunggu untuk murid-murid yang pulang
lewat dan ke sekolah.
Oleh kerana kantin ini merupakan tempat kunjungan ramai yang terdiri daripada murid,
guru, ibu bapa, penjaga mahu pun orang luar yang terlibat dengan urusan sekolah, sudah tentulahaspek keselamatan di kawasan ini perlu diberi perhatian dan penekanan melalui system
pengurusan pemantauan dan beberapa prosedur mengenai tatacara keselamatan.
Pihak sekolah seharusnya perlu membuat satu sistem pengurusan pemantauan dan
kawalan keselamatan keseluruhannya terhadap kantin ini. Ini termasuklah:
i. Menyediakan warga sekolah yang perihatin dengan keselamatan kantin.ii. Bebas dari penyakit serta mengutamakan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan.
Menyediakan panduan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan yang perlu diambil
untuk menjamin keselamatan dewan makan dan kantin.
iii. Meningkatkan kefahaman mengenai kebersihan dan kesihatan dalammenjalanikehidupan di sekolah dengan lebih selesa, tenang dan damai.
iv. Memastikan kesihatan warga sekolah terjamin selamat daripada sebarang penyakit.v. Mempraktikkan amalan kebersihan dalam semua aspek kehidupan.
Tatacara Penggunaan Am
Pastikan persekitaran kantin sentiasa bersih, kemas, ceria dan lantai yang tidak licin.
Pastikan peralatan makan dan minum sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.
Masa membeli makanan dan minuman hanya pada waktu kantin beroperasi sahaja.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
9/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
9
Sentiasa beratur ketika hendak membeli makanan dan minuman.
Pastikan pengguna makan dan minum di tempat yang disediakan.
Kebersihan meja dan lantai kantin perlu dijaga sepanjang masa. Pinggan, mangkuk, sudu,
garpu atau gelas yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan dengan baik ke dalam
bekas yang disediakan.
Jangan sekali-kali membuang sisa makanan, sampah atau bahan-bahan pembungkus
makanan di atas lantai kantin atau mana-mana kawasan bangunan kantin. Gunakan tong
sampah yang disediakan.
Apabila berlaku sebarang kecemasan, pastikan pengguna keluar mengikut arahan pelan
kecemasan yang disediakan.
Tatacara Penggunaan Murid
Mematuhi peraturan am di kawasan kantin sekolah.
Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin.
Semua murid tidak dibenarkan untuk membeli makanan atau minuman pada waktu
pembelajaran, kelas persediaan atau sewaktu pertukaran mata pelajaran.
Semua murid dikehendaki untuk beratur dengan baik, tidak membuat bising, dan
bersopan ketika membeli dan menikmati makanan atau minuman.
Semua murid tidak boleh berebut semasa membeli makanan atau minuman di kantin.
Murid-murid dilarang keras masuk ke bahagian dalam kantin.
Pastikan makanan panas seperti sup, mee sup dan minuman panas yang dibeli hendaklah
dihantar oleh petugas kantin kepada murid-murid dan diletakkan ditempat makan yang
disediakan.
Memastikan makanan dan minuman yang dimakan tidak basi dan segar ketika dimakan.
Pastikan tiada telur lalat, kulat, semut atau serangga lain berada di dalam makanan dan
minuman yang dibeli.
Tatacara Penggunaan Guru
Guru bebas membeli makanan dan minuman pada bila-bila masa kecuali ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran diadakan.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
10/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
10
Pastikan semua peralatan makanan dan minuman yang digunakan adalah selamat, selesa
dan sesuai digunakan mengikut kesesuaian jenis makanan dan minuman.
Guru perlu duduk untuk makan dan minum di tempat yang dikhaskan untuk guru-guru.
Sentiasa memerhatikan makanan dan minuman yang dibeli bebas daripada sebarang
pencemaran bakteria atau serangga.
Semua guru bertanggung jawab mengawal aliran pergerakan murid dalam keadaan
selamat.
Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual,
harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan.
Guru mengambil tindakan sewajarnya atas sebarang aduan warga sekolah dan membuat
laporan mingguan.
2.3 DEWAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, dewan membawa maksud kepada balai atau ruang tempat
diadakan majlis-majlis forum. Dalam konteks ini, dewan sekolah adalah merupakan ruang
tempat untuk menjalani sebarang aktiviti kegiatan atau majlis sekolah seperti pusat peperiksaan,
perhimpunan, permainan, majlis pertandingan dan sebagainya.
Oleh itu, demi keselesaan para pengguna, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh
pihak kerajaan. Disebabkan kepelbagaian kemudahan dan fungsi tersebut, maka tidak hairanlah
sekiranya dewan sekolah mempunyai banyak kerosakan sehingga boleh menjejaskan
keselamatan murid ketika menggunakannya. Di antaranya adalah seperti keretakan pada lantai
dewan, kaki bangku dan meja patah dan sebagainya. Demi mengekalkan keadaan kemudahan
fizikal yang baik dan terpelihara, satu prosedur mengenai tatacara kepenggunaan keselamatan
dewn ini telah dirangka.
Tatacara Penggunaan Am
Penggunaan dewan mesti mendapat kelulusan melalui tempahan awal.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
11/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
11
Penggunaan dewan hendaklah digunakan hanya pada waktu operasi yang telah
ditetapkan.
Jaga tatatertib dan beratur mengikut kelas ketika masuk atau keluar dewan.
Jaga kebersihan dan dilarang membawa makanan atau minuman.
Pastikan lampu dan kipas dipadamkan selepas selesai menggunakan dewan.
Pastikan keadaan dewan berada dalam keadaan baik dan selamat selepas digunakan
Kemudahan bangku dan meja mestilah disusun di bahagian tepi sebelum dan selepas
aktiviti permainan dijalankan.
Apabila berlaku sebarang kecemasan, pastikan pengguna keluar mengikut arahan
pelan kecemasan yang disediakan.
Tatacara Penggunaan Murid
Murid-murid adalah dilarang menggunakan dewan tanpa kebenaran daripada guru
bertugas.
Murid-murid adalah dilarang membuang sampah sarap atau sisa makanan sesuka hati
di kawasan luar atau dalam dewan.
Murid-murid adalah dilarang menggunakan sebarang kemudahan dewan seperti
bangku dan meja untuk tujuan permainan dan pergaduhan.
Murid-murid perlu membuat aduan kepada guru bertugas jika terdapat sebarang
kerosakan kemudahan asas dewan.
Tatacara Penggunaan Guru
Setiap peralatan atau kemudahan di dewan yang hendak dipinjam perlulah diisi dalam
Buku Log Peminjaman Peralatan Dewan dan mendapat pengesahan daripada pihak
pengurusan dewan.
Guru perlu bertanggungjawab bersama-sama menjaga amanah kemudahan dan
keselamatan dewan.
Setiap guru yang menggunakan dewan perlu mengisi maklumat penggunaan pada
buku log penggunaan dewan.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
12/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
12
Guru bertugas perlu membuat laporan setiap minggu tentang perkembangan
penggunaan dewan dan perlu mengadukan sebarang kerosakan pada jawatankuasa
dewan.
Guru perlu membuat semakan dua minggu sekali pada inventori kemudahan asas
dewan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku akibat
kecuaian pada kerosakan harta benda.
2.4 BILIK KOMPUTER
Bilik komputer adalah merupakan pusat pembelajaran berkomputer di sekolah yang dilengkapi
dengan kemudahan komputer, pemancar LCD, mesin pencetak dan pelayar internet. Kemudahanyang disediakan ini adalah umtuk memberikan pendedahan awal teknologi pengkomputeran
kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Tanpa disedari, tempat ini adalah sangat
merbahaya kepada murid-murid kerana ia melibatkan pendawaian elektrik yang boleh
mencetuskan sebarang kes kemalangan atau kecemasan. Oleh itu, susun atur peralatan set-set
komputer perlu mengikut tahap piawaian yang telah ditetapkan. Bagi melicin dan melancarkan
pengurusan keselamatan kepenggunaannya, beberapa prosedur keselamatan yang merangkumi
tatacara penggunaan peralatan di bilik komputer telah dipelankan oleh sebuah jawatankuasa yang
telah dilantik di sekolah.
Tatacara Penggunaan Am
Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam bilik komputer.
Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam bilik komputer kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.
Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam bilik komputer.
Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah
sebarang sambungan wayar pada komputer.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
13/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
13
Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu
panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang
bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
Tidak dibenar menggunakan bilik komputer semasa hujan atau kilat.
Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa
ditutup mengikut kesesuaian masa.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
Dilarang membuat bising di dalam bilik komputer.
Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah,menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.
Dilarang mengubah sebarangsettings dalam komputer.
Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam
cakera keras.
Peralatan seperti LCD danprinterhanya boleh dikendalikan oleh guru.
Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Bilik komputer.
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari bilik komputer kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.
Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa
kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk
mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan
aplikasi yang dipasang.
Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya
operasi tidak terganggu.
Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan
pemeluwapan tidak berlaku
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
14/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
14
Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan
Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian
Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau
panas.
Memastikan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan kipas dimatikan selepas
digunakan.
Pastikan keadaan bilik komputer berada dalam keadaan sempurna, selamat, kemas dan
baik sebelum meninggalkan bilik komputer.
Tatacara Penggunaan Murid
Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik komputer tanpa guru pengawas atau gurubertugas.
Murid dilarang melaraskan pendingin hawa.
Murid dipastikan menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
Tatacara Penggunaan Guru
Guru yang bertanggungjawab membawa murid atau kelas ke bilik komputer hendaklah
merekod penggunaannya dalam buku log bilik komputer.
Sila pastikan rekod penggunaan bilk komputer diisi oleh guru-guru dan murid-murid
sepanjang masa.
Pastikan semua peminjaman peralatan komputer oleh guru-guru dikembalikan pada
tempoh yang telah ditetapkan dan dicatat pada Buku Peminjaman Alatan Komputer
setelah dibenarkan oleh pihak penyelaras bilik komputer.
3.0 RUMUSANPelbagai isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas
terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauanyang rapi dan
konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja terumpu kepada soal fizikal bangunan dan prasarana
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
15/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
15
sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada pembentukan sahsiah murid melalui disiplin
yang mantap di peringkat rendah mahu pun menengah.
Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat,
kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Justeru itu, pemahaman konsep sekolah
selamat dan pengurusan keselamatan ke atas pelbagai aspek di sekolah perlu dikaji dari masa ke
semasa dan setiap prosedur yang mengandungi tatacara keselamatan penggunaan juga
adakalanya perlu diubah mengikut kesesuaian atau keperluan sekolah dalam memastikan tahap
keselamatan seluruh warga sekolah berada di tahap yang tinggi. Menurut Comer (1998),
perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai
garis panduan untuk masa kini dan akan datang.
Walau bagaimanapun, kita hanya merencanakan, Tuhan yang menentukan. Selaku
manusia kita boleh merancang dan mengambil beberapa langkah perlu agar kemalangan yang
tidak diingini dapat dihindari. Sejauhmana keberkesanan langkah yang diambil adalah
bergantung kepada kesediaan diri sendiri dan komitmen dari semua pihak untuk
mengamalkannya tetapi sekiranyapanduan di atas dilaksanakan dengan jayanya, konsep sekolah
selamat yang disarankan pasti mencapai matlamatnya
Jumlah Patah Perkataan: 2,941 Patah Perkataan
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
16/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
16
RUJUKAN
Abang Abdul Malik (2002). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengendalian
Mesin Di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTM. Projek Sarjana
Muda: Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahman (1993). Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan Di Bengkel Pemasangan
Elektrik Di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh, Kuala Kangsar Dan Taiping Negeri
Perak. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia.
Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, KesihatanDi Sekolah. http://www.utusan online .com.my
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. 19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup.
http://www.utusan online .com.
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar Disyaki Keracunan
Makanan. http://www.utusan online .com.my
Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.
Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11
Jun 1999.Halaman 4.
Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Siri Teks Kolej Fajar Bakti. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Amran Nasir (1999). Tahap Kesedaran Pelajar Kursus Amalan Bengkel Mesin Terhadap
Peraturan Keselamatan Bengkel Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Terengganu Darul
Iman. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
17/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
17
Buku rekod kecederaan bengkel PPU. (1992). Sek. Men. Teknik Kajang Selangor.
Buku rekod kemalangan automotif (1991).SMT Kuala Kangsar Perak.
Buku rekod kemalangan bengkel automotif MKM. (1995). SMT Kajang Selangor.
Halimaton Hamdan dan Zaiton Abdul Majid (1997). Keselamatan Makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hayati Mustapha (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar 4 STP
(KA/J/E) Kemahiran Hidup Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : U.T.M.
Heinrich, H.W. (1995). Industrial Aecident Prevention (4 th Edition). New York: MC Graw
Hill.
Ismail Awang (1997). Persepsi Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Terhadap Keselamatan Bengkel Di fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia.
Ismail Badari (2002. Pengetahuan Sendiri Di dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerja.Kuala Lumpur: Mc Graw- Hill Education.
Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). Safe Schools: You Cant Do It Alone.Phi
Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496.
Ronald, D. Stephens. (1996). The Art of Safe School Planning: 40 ways to Manage and Control
Student Discruiton. AASA.Number 2, Volume 53.
-
7/30/2019 JAWAPAN HBHE3203 NASRUL
18/18
NASRUL H AKIM BIN TUGINO
760428-12-5659-002
HBHE 3203
18
BROSUR