hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

15
HBHE3203 1 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER/2014 HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NO. MATRIKULASI : 760818115448001 NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448 NO. TELEFON : 012-3719254 E-MEL : [email protected] NAMA : FATIMAH BT KAMARUL BAHARIN PUSAT PEMBELAJARAN : PP BANGI

Upload: fatimah-baharin

Post on 22-Jul-2015

539 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

1

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER/2014

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI : 760818115448001

NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448

NO. TELEFON : 012-3719254

E-MEL : [email protected]

NAMA : FATIMAH BT KAMARUL BAHARIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PP BANGI

Page 2: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

2

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan m/s 3

2.0 Teks Ceramah m/s 4

3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan m/s 7

4.0 Laporan Analisis Pemantauan m/s 9

4.1 Analisis pemantauan

4.2 Cadangan penambahbaikkan

5.0 Penutup m/s 14

Rujukan

Page 3: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

3

1.0 PENGENALAN

Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk

mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan

sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan,

sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program

Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua

aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan

utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.

Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesiona l

kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan

yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa

untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang

disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah

semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunikas i.

Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri,

menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih,

ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling

ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan

Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk

Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan

Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan

Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

Page 4: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

4

2.0 Ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Teerlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi

menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan.

Saya turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan

kepada PIBG SK Seksyen 6 Kota Damansara, guru-guru dan murid-murid sekalian.Kehad iran

guru-guru dam murid-murid sekalian memberikan saya sokongan dan semangat untuk

menyampaikan ceramah ini selain menunjukkan betapa hadirin sekalian mempunyai semangat

yang tinggi dalam menjadikan sekolah sebagai tempat yang bersih, cantik , indah dan selamat.

Hadirin sekalian,

Amalan kebersihan perlu dipupuk dan disemai sejak awal lagi iaitu dari rumah dan diperkuk uh

serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Selain daripada

kebersihan, keselamatan diri juga perlu dititikberatkan dan diberi perhatian.

Keselamatan diri pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi diri

dari kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang

boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan

serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolahnya. Keceriaan dan kebersihan

kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim

sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,

tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunya i

matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria,

cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi

kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah

warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

Page 5: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

5

Kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kemalangan yang berlaku

di sekolah perlu diambil kira bagi mengelakkan ianya berulang. Kemalangan yang kerap kali

berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di kawasan licin,

dihempap peralatan dan sebagainya.

Berdasarkan sumber akhbar Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011 yang lalu pernah

dilaporkan seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan

setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di

negeri Selangor. Oleh itu, kemalangan yang berlaku ketika berada di kawasan sekolah perlu

diambil berat begitu juga dari segi keceriaan dan kebersihan. Justeru, sekolah yang selamat

ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya

dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat

keberkesanan proses pendidikan di sekolah.

Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan,

padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Di dalam penilaian dan pemantau Program

Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), terdapat enam teras utama yang telah digariskan oleh Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998. Bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga

sekolah. PIBG, sektor awam ,sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat

ke arah melahirkan sekolah yang sihat. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk

mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan

sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang

ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu

sentiasa dihayati

Hadirin yang dikasihi sekalian

Kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru di mana ia akan menolong

pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Oleh itu tugas serta tanggungjawab

pihak sekolah dalam memastikan keadaan ini berterusan amatlah diharapkan. Keadaan yang

kotaor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang

jelik dan rasa jijik bahkan boleh menjejaskan kesiahatan kita.

Page 6: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

6

Oleh itu saya suka untuk mengingatkan kepada semua warga sekolah iaitu murid-murid, guru-

guru dan pihak pentadbiran perlu memikirkan langkah yang bijak dalam menjaga kebersiha n

kawasan sekolah agar semua pihak merasa selesa dan gembira di sekolah.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Jaminan terhadap keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping

keperluan-keperluan lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Berdasarkan Teori

Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan mendapatkan makannan seseorang itu dipenuhi,

seseorang itu memerlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan diperolehi,

seseorang itu melangkah ke tahap keperluan social iaitu keperluan untuk berkawan dan

berhubung dengan orang lain(Saccuzo, 1987).

Keupayaan menjaga keselamatan diri melibatkan adanya usaha dan tindakan seseorang untuk

mengelakkan sesuatu kemudaratan berlakuseperti kemalangan atau kecerderaan daripada

berlaku. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikiran, kita

seharuslah sentiasa berfikir dan berusaha untuk mencari jalan bagi menjaga keselamatan diri

keluarga dan keseluruhannya.

Hadirin sekalian,

Keselamatan tidak memilih mangsa , kemalangan boleh berlaku dan terjadi di mana-mana

sahaja. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti sukan pelajar yang diawasi oleh guru

adalah lebih selamat berbanding dengan pelajar yang bermain tanpa pengawasan guru. Tahap

pengawalan keselamatan pula berbeza-beza mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu

kawalan keselamatan di bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah adalah berbeza. Murid-murid

perlu mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memastikan mereka selamat

selama mereka berada di sekolah.

Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini dan saya amat berharap apa yang saya sampaikan

dalam ceramah saya dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada semua yang hadir pada hari

ini.

Semua orang sukakan suasana yang cantik dan ceria. Selain daripada cantik faktor keselamatan

perlu diberi perhatian. Cadangan-cadangan yang saya utarakan ini boleh dipraktikkan untuk

meningkatkan keselamatan semasa murid di sekolah..

Page 7: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

7

BORANG PEMANTAUAN KESELAMATAN FIZIKAL

(BANGUNAN SEKOLAH, PADANG SEKOLAH, MAKMAL DAN BILIK-BILIK

KHAS 2014)

Soalan dibawah berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan. Tandakan√ bagi

jawapan anda berdasarkan kepada skala dibawah :

1) Sangat tidak setuju

2) Tidak setuju

3) Setuju

4) Sangat setuju

No Item Pemantauan STS TS S SS

Kantin

1 Layanan pekerja dengan pelanggan memuaskan

2 Pengurusan di kaunter hadapan yang sistematik

3 Fizikal Kantin

4 Makanan Bertudung

5 Sistem Basuhan

Makmal Sains

1 Bekalan air dan saliran berada dalam keadaan sempurna

2 Bekalan elektrik berada dalam keadaan sempurna

3 Bekalan gas berada dalam keadaan sempurna

4 Alatan asas keselamatan berada dalam keadaan sempurna

5 Bilik Persediaan Makmal Sains / Bilik Sains berada dalam keadaan sempurna

Persekitaran Sekolah

1 Padang Sekolah

2 Gelanggang Permainan

3 Kawasan Pagar

4 Sistem Perparitan

5 Pelupusan Sampah

Bilik Darjah

1 Perabot asas mencukupi dan mengikut piawai.

2 Mempunyai sudut pembelajaran.

3 Keadaan bersih, ceria dan menarik

4 Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.

5 Fizikal Kelas

Bangunan Sekolah

1 Pejabat Guru

2 Blok A ( Pejabat )

3 Blok B

4 Blok C

5 Bilik KH

Catatan :

Page 8: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

8

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________ Cadangan:__________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa ; _________________________ (_________________________)

Page 9: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

9

4.0 Laporan analisis pemantauan/pemeriksaan

4.1 Dapatan analisis daripada borang maklum balas

No Item Pemantauan Guru

1

Guru

2

Guru

3

Guru

4

Guru

5 Purata %

Kantin

1 Layanan pekerja dengan pelanggan memuaskan

3 3 3 3 3 3 75

2 Pengurusan di kaunter hadapan

yang sistematik 2 3 3 3 4 3 75

3 Fizikal Kantin 3 3 2 3 3 2.8 70

4 Makanan Bertudung 2 3 3 3 3 2.8 70

5 Sistem Basuhan 3 3 3 3 3 3 75

Guru

1 Guru

2 Guru

3 Guru

4 Guru

5 Purata %

Makmal Sains

1 Bekalan air dan saliran berada dalam keadaan sempurna

4 4 4 4 4 4 100

2 Bekalan elektrik berada dalam keadaan sempurna

4 4 4 4 4 4 100

3 Bekalan gas berada dalam keadaan sempurna

4 4 4 4 4 4 100

4 Alatan asas keselamatan berada dalam keadaan sempurna

3 4 4 4 3 3.6 90

5

Bilik Persediaan Makmal Sains / Bilik Sains berada dalam keadaan sempurna

3 4 4 4 3 3.6 90

Page 10: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

10

Persekitaran Sekolah Guru

1

Guru

2

Guru

3

Guru

4

Guru

5 Purata %

1 Padang Sekolah 3 3 3 3 2 2.8 70

2 Gelanggang Permainan 3 3 3 2 3 2.8 70

3 Kawasan Pagar 2 3 2 2 3 2.4 60

4 Sistem Perparitan 3 2 3 2 2 2.4 60

5 Pelupusan Sampah 2 3 3 2 2 2.4 60

Bilik Darjah Guru

1

Guru

2

Guru

3

Guru

4

Guru

5 Purata %

1 Perabot asas mencukupi dan mengikut piawai 3 2 3 3 2 2.6 65

2 Mempunyai sudut pembelajaran. 3 3 3 3 3 3 75

3 Keadaan bersih, ceria dan menarik 3 4 4 3 3 3.4 85

4 Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi 4 4 4 4 4 4 100

5 Fizikal Kelas 3 3 3 3 3 3 75

Bangunan Sekolah Guru

1

Guru

2

Guru

3

Guru

4

Guru

5 Purata %

1 Pejabat Guru 3 3 3 4 4 3.4 85

2 Blok A ( Pejabat ) 3 3 4 4 3 3.4 85

3 Blok B 4 3 3 3 4 3.4 85

4 Blok C 3 3 4 4 4 3.6 90

5 Bilik KH 4 3 3 3 4 3.4 85

Purata markah bagi setiap kawasan:

Kantin Makmal Sains

Persekitaran Sekolah

Bilik Darjah

Bangunan

73 96 64 80 86

Page 11: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

11

Graf di atas menunjukkan tahap kebersihan dan keselamatan SK Seksyen 6 kota

Damansara

4.2 Laporan dan cadangan penambahbaikkan.

Berdasarkan graf yang ditunjukkan dapat lah disimpulkan secara keseluruhannya kebersihan

dan keselamatan kawasan sekolah SK Seksyen 6 Kota Damansara adalah ditahap yang

memuaskan. Makmal sains mencatatkan markah skor tertinggi diikuti oleh bangunan sekolah,

bilik darjah dan kantin . Naman begitu kawasan persikitaran sekolah hanya memperolehi skor

sebanyak 64%. Oleh itu pihak sekolah perlu meningkatkan kebersihan dan keselamatan di

seluruh kawasan sekolah agar sekolah menjadi kawasan yang selamat khasnya untuk murid

dan amnya untuk seluruh warga sekolah.

Cadangan penambahbaikkan.

a) Kantin

Kebersihan di kawasan kantin perlu diberi keutamaan .Ini kerana bagi mengelakkan

terjadinya keracunan makanan yang boleh memudaratkan pelajar. Pihak sekolah perlu

0

20

40

60

80

100

Kantin Makmal Sains PersekitaranSekolah

Bilik Darjah Bangunan

Pemantauan dan Pemeriksaan kebersihan di Kawasan Sekolah

Page 12: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

12

mengingatkan AJK kantin untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi

memastikan kawasan kantin dalam keadaan bersih dan selamat.

Seterusnya menu bagi murid-murid dan guru harus dipelbagaikan dan bernutrisi. Ini kerana

kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka. Selain itu

makanan perlu dipastikan menarik dan memenuhi selera murid.

b) Persekitaran sekolah

Bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat, pihak sekolah perlu

mengindahkan kawasan sekolah. Membaik pulih tempat-tempat yang terjejas. Memastikan

kerusi dan meja yang rosak dilupuskan dengan segera.Ini bagi mengelakkan kawasan tersebut

menjadi tempat pembiakan bagi haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Haiwan-haiwan ini

boleh mengakibatkan penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya.

Selain itu kawasan sekolah perlu dicat dan diperindahkan dengan landskap-landskap yang

menarik. Cat-cat yang telah pudar perlu digantikan dengan cat yang baru dan ceria. Kawasn

persekitaran perlu dipastikan selamat dengan mengambil kira kebersihan longkang dan

keselamatan penutup longkang agar tidak membahayakan murid-murid. Penutup longkang

yang diperbuat daripada besi boleh ditukarkan kepada yang diperbuat daripada plastic untuk

mengelakkan kecurian dan sekali gus mengelakkan murid daripada terjatuh ke dalam longkang.

Bumbung bangunan juga perlu dipastikan selamat dan berada dalam keadaan yang baik.

Begitu juga dengan lantai di laluan –laluan utama perlulah dalam keadaan selamat iaitu tidak

licin dan merbahaya terutamanya ketika hari hujan. Antara ialah menggantikan laluan di

sepanjang koridor daripada simen yang licin dan berbahaya kepada bahan material lain yang

lebih kesat dan selamat. Kemalangan selalu berlaku terutamanya semasa hujan akibat daripada

lantai licin dan murid terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.

Seterusnya memastikan tiada laluan air bertakung di sekitar kawasan sekolah termasuk

laluan air di bahagian bumbung sekolah. Ini bagi mengelakan kawasan tersebut menjadi

kawasan pembiakkan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkn demam denggi di kalangan

pelajar dan guru sekolah. Keselamatan di padang pula adalah dengan menggantikan jenis tanah

di padang kepada tanah yang menyerap air dan rumput yang lebih berkualiti seperti rumput

karpet. Selain iru pokok hiasan pagar boleh ditanam disekeliling pagar sekolah. Selain daripada

Page 13: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

13

langkah menjaga keselamatan iaitu dapat menghalang murid daripada terjatuh ke dalam

longkang. Pokok hiasan pagar ini juga boleh menjadi landskap yang mencantikkan kawasan

sekolah.

c) Bilik darjah

Keadaan bilik darjah yang ceria dan kondusif menyediakan suasana pembelajaran yang

selesa dan menyeronokkan. Peralatan di dalm kelas mestilah lengkap dan teratur.Kerusi dan

meja perlu diatur mengikut kesesuaian pelajar. Dinding bilik darjah yang pudar perlu dicat dan

diceriakan. Selain itu cadangan untuk menjadikan suasana bilik darjah menarik ialah menghias

kelas mengikut musim perayaan dan sambutan hari kebangsaan. Ini dapat memupuk semangat

kekitaan daan memupuk perpaduan di kalangan murid sekolah.

Sudut-sudut khas seperti sudut membaca dan sudut kreatif boleh diwujudkan di dalam

setiap kelas. Sudut-sudut ini menyediakan bahan bacaan untuk murid dan juga sebagai ruang

pameran untuk mempamerkan hasil kreativiti murid di dalam kelas tersebut.

d) Bangunan

Bangunan sekolah perlulah memenuhi piawaian dan mendapat pengikhtirafan daripada

JKR(Jabatan kerja Raya) . Cadangan untuk penambahbaikkan ialah bagunan sekolah perlu

dicat atau di hiaskan dengan mural-mural yang menarik dan bermakna. Selain itu dinding

bagunan sekolah juga boleh menjadi sebagai penyebaran maklumat di mana maklumat dan

ingatan ataupun kata-kata yang baik boleh dituliskan di dindidng sekolah secara kreatif dan

menarik.

Page 14: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

14

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa keselamatan adalah sangat penting

walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang

memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu

tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman

bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk

memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang.

Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang

kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan

sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam

menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak

dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan

murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku

di kawasan sekolah.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih pula memberikan keselesaan dan

mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.

Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu

pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah

tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan

persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan

pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang

mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang

mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai

kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan

amal.

(2659 bilangan patah perkataan)

Page 15: Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran

HBHE3203

15

Rujukan

http://www.moe.gov.my/my/program-3k

Modul OUM HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Edisi Kedua