fakulti pendidikan dan bahasa semester 5 / mei...

14
0 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI 2012 HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 NAMA : NURAZILA BT SALLEH @ SALIM NO. MATRIKULASI : 801029105202 NO. KAD PENGNEALAN : 801029105202001 NO. TELEFON : 0133425733 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

Upload: dohanh

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

0

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5 / MEI 2012

HBMS 1203

PENGAJARAN MUZIK 1

NAMA : NURAZILA BT SALLEH @ SALIM

NO. MATRIKULASI : 801029105202

NO. KAD PENGNEALAN : 801029105202001

NO. TELEFON : 0133425733

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

1

Bil Kandungan Muka surat

1. Pengenalan

2

2. Pemilihan Lagu

3

Lima Sebab Pemilihan Lagu 4

3. Kaedah Pengajaran

5-6

4. Konsep Muzik

7

5. Rancangan Pengajaran Harian

7-9

6. Skor lagu dan corak irama permainan alat perkusi

10

7. (Program Encore) Kord pada papan

11

8. Kesimpulan

12

9. 9.0 Rujukan

13

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

2

PENGENALAN

Nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh yang demikian, pengajaran

yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai

dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih

bermakna. Ini adalah kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu yang

menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tidak memadai hanya untuk

keseronokan. Secara umumnya, kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan

kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah

rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain

muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya

dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga

membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi

murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.

Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan

toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan

semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut

teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan

teknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik

dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan

Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan

Kurikulum.)

Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan

menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang

kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di

samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan

kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan

kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

3

dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti

nyanyian ini dijalankan.

PILIHAN LAGU KANAK-KANAK

Berdasarkan kepada tugasan HBMS1203 ( Pengajaran Muzik 1 ) saya telah memilih lagu kanak-

kanak yang sepanjang 16 renj bertajuk ‘Ciptaan Tuhan’ .

Ciptaan Tuhan

Ayuh kawanku, Kita ke taman ,

Melihat bunga , Indah berseri,

Ikan di kolam, Menari-nari,

Sungguh indahnya,

Ciptaan Tuhan.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

4

LIMA SEBAB LAGU SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN

Pemilihan lagu yang baik bergantung kepada aspek-aspek usia, minat dan keupayaan murid.

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu di ikuti semasa pemilihan lagu untuk pengajaran

dan pembelajaran pendidikan muzik.

1. Lagu sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah

Bagi suara nyanyian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj suara.

Pemilihan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ untuk tugasan ini dilihat bersesuaian dengan renj suara

kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not D dan A hingga not C tengah. Dengan lirik yang

mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat

meghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang mudah mampu

memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.

2. Nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Kesesuaian nada dalam penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu

yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan

murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu

sumbang. Oleh itu, nada lagu pilihan ini amat sesuai sekali untuk murid tahun 1.

3. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik.

Jika dilihat dari segi irama, lagu ‘Ciptaan Tuhan’ ini menggunakan corak irama rentak inang

yang melodinya yang menarik dan harmoni serta mudah untuk dihafal oleh murid.

4. Berkaitan dengan sesuatu perayaan ataupun peristiwa.

Selain daripada menyanyi untuk keseronokan murid juga didedahkan dengan keadaan

sekeliling melalui senikata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu

yang berlaku di persekitaran mereka.

5. Mud lagu yang riang dan pelbagai.

Melalui lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan membuat gerakan bebas atau

berpandu untuk menunjukkan mud riang dan bersemangat. . Dengan menggunakan lagu ini

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

5

sebagai lagu dalam kelas nyanyian akan memudahkan guru melakukan pelbagai aktiviti

sampingan ketika mengajar dan tidak hanya akan menumpukan pada nyanyian sahaja. Guru

boleh mengadaptasi lagu ini dengan melakukan gerakan sambil menyanyi. Selain itu guru

boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan

keseronokkan pada murid.

KAEDAH PENGAJARAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah

kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui

kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu

bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah-kaedah yang digunakan

untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagu

b) Kaedah baris demi baris

c) Kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen

d) Kaedah menggunakan carta bola ping pong

e) Kaedah solfa

f) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method)

g) Kaedah melakar bertema

Berdasarkan kepada kaedah-kaedah mengajar lagu di atas, saya telah memilih kaedah

yang pertama iaitu Kaedah Keseluruhan Lagu. Pemilihan kaedah ini dibuat kerana teknik ini

adalah teknik yang berkesan dan sesuai untuk mengajar lagu pendek.

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

6

Langkah-langkah Mengajar Lagu ‘Ciptaan Tuhan’

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.

- Sebagai langkah pertama, saya akan memperdengarkan lagu ‘Ciptaan Tuhan’ kepada

murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat

kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.

b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik.

- Saya akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu ‘Ciptaan Tuhan’

dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati

notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan.

c) Membimbing murid menyebut lirik lagu secara keseluruhannya.

- Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara

keseluruhan.

d) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal

a,e,i,o,u) berulang-ulang.

- Murid akan meng’humming’kan keseluruhan lagu secara berulang-ulang.

e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

- Akhir sekali, dengan iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu ‘Ciptaan

Tuhan’

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

7

2 KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJAR

Berdasarkan kepada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan

2 konsep dalam pengajaran lagu ‘Ciptaan Tuhan’ iaitu irama dan ekspresi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Kelas : Satu Adil

Masa : 8.45 pagi – 9.15 pagi

Bilangan murid : 25 orang

Fokus : Sebutan lirik - pergerakan mengikut lirik

Standand Kandungan : Pengalaman Muzikal

1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau

berkumpulan.

2. Membuat pergerakan mengikut muzik.

Standard Pembelajaran 1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang

betul.

2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud

muzik. - lagu aksi ( action song)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

boleh:

1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil

melakukan gerakan.

Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan

melakukan pergerakan

Bahan Bantu Mengajar : CD 1 Ciptaan Tuhan (vokal)

Ciptaan Tuhan ( instrumental)

Laptop, LCD Projector

Penyerapan Nilai : Kerjasama, berkeyakinan

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

8

Masa/

Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti

Pengajaran & Pembelajaran

Strategi

P&P/ABM/Nilai

Set Induksi

(5 minit)

Memperkenalkan

lagu

1. Guru menayangkan slaid

powerpoint lirik lagu ‘ Ciptaan

Tuhan’

2. Guru memainkan rakaman lagu ini

secara keseluruhan.

1. Murid memerhati

lirik lagu yang

dipamerkan

sambil

mendengar lagu

yang dimainkan

BBM :

Laptop, LCD

Langkah 1

( 5 Minit)

Menyanyikan

lagu secara

‘humming’

1. Guru memainkan notasi lagu baris

demi baris melalui slaid

powerpoint yang ditayangkan.

2. Murid mendengar dengan teliti.

3. Guru membimbing murid

menyanyikan lagu dengan

hummingkan ‘la’ mengikut notasi

lagu yang dimainkan.

1. Murid-murid

memerhati dan

mendengar

dengan teliti.

2. Murid-murid

meng’humming’

kan lagu ini

dengan

bimbingan guru.

Nilai : Berdikari,

teliti, sabar.

Langkah 2

( 10 minit )

Menyebut lirik

lagu “ Ciptaan

Tuhan ”

dengan jelas

mengikut irama

1. Guru menyebut lirik mengikut

irama lagu

2. Guru menayangkan slaid

powerpoint baris lagu.

3. Guru membimbing murid

1. Murid

mendengar

kemudian

menyebut lirik

lagu mengikut

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

9

lagu.

Menyanyikan lagu

baris demi baris

membaca dan menyanyikan baris

demi baris lagu yang dipaparkan.

4. Guru memilih beberapa orang

murid menyanyikan baris lagu

tersebut dan diulangi dengan

baris-baris berikutnya.

5. Guru membimbing murid

menyanyi keseluruhan lagu.

6. Murid menyanyikan keseluruhan

lagu.

irama lagu.

2. Murid-murid

memerhati dan

mendengar

dengan teliti.

3. Murid-murid

‘menyanyikan’

lagu ini.

4. Murid menyanyi

sambil menepuk

tangan.

Nilai : Berdikari,

Langkah 3

( 5 minit )

Menyanyi sambil

melakukan

gerakan

1. Guru meminta murid melakukan

gerakan bebas berpandukan lirik

lagu dan mud riang

2. Guru menunjukkan gerakan

sebenar berpandukan lirik lagu.

Contoh: gerakan ikan menari riang

3. Murid meniru dan melakukan

gerakan yang dilakukan oleh guru.

4. Murid menyanyikan lagu sambil

melakukan gerakan

1. Murid melakukan

gerakan bebas.

2. Murid memerhati

gerakan yang

dilakukan oleh

guru.

3. Murid menyanyi

sambil

melakukan

gerakan.

Penutup

( 5 minit )

Mengimprovisasi

kan lirik dengan

lagu

1. Guru menggunakan lagu “ Nenek

Si Bongkok Tiga”

2. Guru mengimprovisasikan lagu

dengan pergerakan yang sesuai

1. Murid mendengar

lagu.

2. Murid melakukan

pergerakan yang

sesuai dengan

lirik lagu.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

10

ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI (

PROGRAM ENCORE)

CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

11

KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU CIPTAAN TUHAN PADA PAPAN KIBOD

Kord Dm

Kord Gm

KordA7

Kord D

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

12

KESIMPULAN

Guru merupakan individu yang bertanggungjawab memainkan peranan yang amat

penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah

pengajaran perlu dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. kaedah- kaedah

pengajaran dapat membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran

muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan

secara menyeluruh.

Kepelbagaian kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran

yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza akan menghasilkan pembelajaran yang

efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, menukar

dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan

keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah.

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 5 / MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBMS1203SMP/18688/8010291052… · pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah

13

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah

Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd

Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm

Distributor Sdn. Bhd

Loh, P.K.(1991). A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat

Perkembangan Kurikulum.

. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat

Perkembangan Kurikulum.