hbml 1203 pengenalan fonetik dan fonologi...

18
FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIK : 780206125731002 NAMA : HERMAN BIN HASSAN NO. KAD PENGENALAN : 780206-12-5731 NO. TELEFON : 019-5350985 EMEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

Upload: vanthuy

Post on 05-Feb-2018

387 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEMESTER MEI / 2012

HBML1203

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

NO. MATRIK : 780206125731002

NAMA : HERMAN BIN HASSAN

NO. KAD PENGENALAN : 780206-12-5731

NO. TELEFON : 019-5350985

EMEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

Page 2: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan…………………………………………………………………. 2

2.0 Bunyi-bunyi Vokal dan Konsonan dalam Bahasa Melayu.………. 2-9

2.1 Bunyi – bunyi Vokal dalam Bahasa Melayu…………………… 7-9

2.2 Bunyi – bunyi Konsonan dalam Bahasa Melayu……………… 7-9

3.0 Perbezaan Antara Fonem dan Alofon dalam Bahasa Melayu.……. 10-11

3.1 Fonem………………………………………………………………. 10-11

3.2 Alofon……………………………………………………………….. 10-11

4.0 Ciri – ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya

dalam Pengajaran Lisan…………………………………………………. 12-15

4.1 Ciri – ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu……………… 12-14

4.1.1 Tekanan

4.2.1 Kepanjangan

4.3.1 Jeda

4.4.1 Intonasi

4.5.1 Tona

4.2 Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Lisan………. 14-15

4.2.1 Memahami Penggunaan Intonasi Bahasa Melayu

4.2.2 Membezakan Makna Ayat

4.2.3 Memudahkan Kefahaman Murid

5.0 Kesimpulan………………………………………………………………… 17

Bibliografi………………………………………………………………… 16

Page 3: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

2

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia, malah bahasa ialah

kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, maka makin

luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi

penggunaannya. Demikiannya juga halnya dengan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu

bahasa yang banyak mempunyai banyak sistem fonologi atau sistem bunyi yang diucapkan

atau dituturkan oleh penuturnya. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur

dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan “bahasa yang

digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh

badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.”

Secara amnya, pemerolehan bunyi bahasa atau alat pertuturan oleh sesebuah masyarakat

ini boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan-

penjelasan yang melatarinya. Dalam Bahasa Melayu, ilmu khusus yang mengkaji penghasilan

bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonologi atau fonetik. Ilmu fonologi ini

termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikuti urutan kajian dalam bidang ilmu

linguistik bahasa, ilmu fonologi atau fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh

fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis ( sistem ayat) dan semantic (sistem

makna). Bagaimanapun dalam bidang tugasan ini, saya akan lebih membincangkan

berhubung dengan sistem fonologi dalam Bahasa Melayu.

Secara jelasnya, huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan

fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354) “fonologi ialah

ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang

menunjukkan sebutannya.” Mengikut Kamus Lingusitik pula, fonologi pula bermaksud

bidang yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Apabila kita

membincangkan berkenaan dengan sistem bunyi-bunyi dalam bahasa ini, kita juga akan turut

sama melihat berkenaan dengan perbezaan antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi

Bahasa Melayu. Ini amat penting, agar dapat memudahkan para guru untuk memahaminya

agar mudah untuk mengajarkannya kepada para pelajar dan murid-murid di sekolah. Malah,

adalah amat penting juga bagi mereka yang ingin mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih

mendalam lagi.

Page 4: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

3

2.0 BUNYI – BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

Secara amnya, di dalam Bahasa Melayu terdapat tiga golongan bunyi iaitu bunyi vokal,

konsonan dan juga diftong. Namun, disini saya hanya akan membincangkan dua golongan

bunyi iaitu penghasilan bunyi vokal dan juga konsonan.

2.1 Bunyi - bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga

mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal

mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar

tanpa sekatan atau geseran.

Kumpulan bunyi – bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam

rongga mulut. Manakala udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak

tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Berikut merupakan

tujuh penghasilan bunyi-bunyi vokal iaitu;

i. Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]

Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak

membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk

membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan

digetarkan. Sebagai contoh:

Awalan pertengahan akhiran

[ijab] [minum] [beli]

[insan] [kilang] [cari]

Page 5: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

4

Gambar rajah1: Menunjukkan penghasilan vokal hadapansempit atau tinggi [ i ].

ii. Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah

hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu

rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak

tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru

disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan

dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[ekor] [kekok] [kole]

[enak] [belok] [tauge]

Gambar rajah 2 : Menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau

separuh tinggi [ e ].

iii. Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]

Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh

rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi

vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga

hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita

Page 6: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

5

suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan.

Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[εsok] [kεk] [sorε]

[εnak] [bεlok] [olε-olε]

Gambarajah 3:Menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau

separuh rendah [ε]

iv. Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]

Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi

vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin.

Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal.

Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun, udara yang keluar ini tidak

mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam

keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].

Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[angsa] [rapi] [lupa]

[alis] [palam] [kena]

Gambar rajah 4:Menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ].

Page 7: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

6

v. Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]

Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut

untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk

menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta

digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi

vokal /u/. Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[ungka] [tuba] [batu]

[ulam] [pucat] [kelu]

Gambar rajah 5 : Menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ].

vi. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah

boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara

disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran

[orang] [roket] [milo]

[onar] [pocong] [keromo]

Gambar rajah 6: Menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o].

Page 8: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

7

vii. Vokal Tengah [ ə ]

Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian

pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan

anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara

dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar.

Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan

dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh:

awalan pertengahan

[əmak] [bəlah]

[əmas] [cəlah]

Gambar rajah 6 : Menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].

Sebenarnya penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu

iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang

terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada

dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit

lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut

sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat

sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung

(menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan

dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga

separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Page 9: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

8

2.2 Bunyi – bunyi konsonan dalam bahasa Melayu

Kumpulan bunyi-bunyi konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan

oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru – paru terganggu, dengan cara

disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung.

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n,

/ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman

seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada

akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang

oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara

dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti

dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Inilah

antara huruf-huruf konsonan yang lazim kita ketahui selain daripada 5 huruf vokal yang

lazim telah kita pelajari. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [f], [v], [s], [z], [x],

[h], [r], [l], [w], [y]

Berikut merupakan gambarajah-gambarajah yang menunjukkan bagaimana bunyi-

bunyi huruf konsonan dihasilkan.

Konsonan c Konsonan h

Konsonan j Konsonan k

Page 11: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

10

3.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM

FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.1 Fonem

Fonem ialah unit bahasa yang terkecil berfungsi dalam Bahasa Melayu.

Di dalam fonem satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan terdiri daripada

beberapa unit bunyi seperti dalam perkataan palu. Perkataan ini terdiri daripada

empat unit bunyi iaitu p, a, l, u. maka, unit-unit bunyi inilah yang dipanggil

sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi dalam Bahasa Melayu itu

sendiri.

Sekiranya huruf p tadi digantikan dengan huruf m, maka palu akan bertukar

menjadi malu yang masih lagi mengekalkan empat unit bunyi.

Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu

membezakan maksud ujaran sesuatu perkataan itu.

Selain itu, fonem juga boleh difahami sebagai unit yang terkecil yang

membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal

atau pasangan terkecil perkataan.

Antara contoh lain menerangkan berkenaan dengan fonem, seperti dalam

pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang

dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t.

Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun

hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t

merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d

dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam

kurungan fonem iaitu /d / dan /t/.

Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi

beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang

mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini

mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem

seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat

membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang

dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh

dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p

diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

Page 12: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

11

Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas

terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-

unit terkecil yang membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu

iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut :

a. Barat dan Karat : /b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.

b. Dalam dan Talam : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza.

c. Cari dan Jari : /c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza.

d. Pakar dan Bakar : /p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza.

e. Dulang dan Tulang : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza.

3.2 Alofon

Berbanding dengan fonem yang membezakan maksud ujaran sesuatu

perkataan itu, alofon pula bermakna huruf yang boleh dipindah kedudukan

membentuk perkataan lain yang bermakna menggunakan huruf – huruf yang

sama.

Sebagai contoh, fonem p dalam palu boleh menjadi lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna,

tetapi dalam luar, bunyi p di ujarkan sebagai letupan bibir yang tidak

sempurna, yakni tidak diletupkan.oleh itu daripada contoh di atas, fonem p

mempunyai dua alofon iaitu luap dan lupa.

Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi

bebas bermaksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu

misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna

yang berbeza untuk menunjukkan maknanya yang sama.

Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama

dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan

agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu

dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang

membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang

membezakan makna iaitu seperti baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u

dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah

bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas.

Page 13: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

12

4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN

KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

4.1 Ciri – ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu

Suprasegmental dalam bahasa Melayu ialah merupakan ciri-ciri atau sifat

bunyi yang menindih atau menumpang pada sesuatu fonem. Fonem ini tediri

daripada tekanan, kepanjangan, jeda, intonasi atau tona.

4.1.1 Tekanan

Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.

Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Di dalam bahasa Melayu,

tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang

dan boleh dipanjangkan.

Lazimnya, ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti “kita”, “bapa” dan

“satu” dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan

makna.

4.1.2 Kepanjangan

Ia juga disebut sebagai pendek bunyi yang merupakan ciri khusus yang

terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan

panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa

tertentu seperti bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, tetapi tidak membezakan

makna Bahasa Melayu.

Ia ditanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik,

kepanjangan bunyinya setengah mora “ dua titik kepanjangan satu mora, dan

jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris

perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan digunakan. Sebagai contoh, sit

bermaksud duduk dan si:t bermakna tempat duduk.

Page 14: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

13

4.1.3 Jeda

Jeda disebut ‘persendian’. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen

linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat.

Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar.

Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut:

i. [= saya minum susu lembu =]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)

ii. [= saya minum susu = lembu]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan

bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu)

Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam

bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya:

Berikan: ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan)

beri + kan (bermaksud menyerahkan)

4.1.4 Intonasi

Intonasi juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat

pelbagai iontonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita

yang menurun pada akhir ayat, ayat Tanya pula meninggi apabila di akhir ayat.

Sebenarnya semua jenis cirri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda

dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan

digunakan dalam pertuturan seharian.

4.1.5 Tona

Merupakan satu bentuk gelombang naik turun suara dalam pengucapan.

Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna.

Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi

rendah sesuatu perkataan.

Pertama menggunakan tona mendatar seperti “ibu”. Kedua tona meninggi

seperti “guni”. Manakala tona ketiga iaitu tona turun – naik, contohnya

Page 15: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

14

perkataan “kuda” dan akhir sekali tona menuruh seperti dalam perkataan

“marah”

Terdapat juga pemakaian tanda nomnor 1 hingga 4 untuk menunjukkan

perbezaan tona. Tona yang tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana

tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan nombor

tiga dan tona sangat rendah ( sangat lemah) menggunakan nombor empat.

Oleh itu, intonasi tona samada turun naik nada suara itu digunakan dalam

pengucapan ayat atau frasa.

4.2 Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat

penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada

para murid dan seterusnya menjadikan system pengajaran dan pembelajaran

lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid

boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan

penuturan bahasa Melayu.

Antara kepentingan suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

adalah seperti berikut;

4.2.1 Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap

di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan.

Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat

menggunakan intonasi – intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap

berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur

pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras.

Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan

ujaran – ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda

dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

4.2.2 Membezakan makna ayat juga merupakan kepentingan suprasegmental

dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman

tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza

Page 16: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

15

tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan

“mereka” merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama

“mereka” juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan

mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian

makna yang ingin disampaikan.

4.2.3 Memudahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran

apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan – perbezaan yang

wujud dalam system bahasa itu sendiri secara khusus.

Page 17: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

16

5.0 KESIMPULAN

Konklusinya, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui

penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran

perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam

menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. Bahasa sebagai alat

komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala

melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus

boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk

menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan

bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang

didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa sebagai

alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi

canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara

satu dengan yang lain. Selain itu, Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari vokal dan bunyi-

bunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai

kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu dituturkan. Bahasa sentiasa berubah-ubah serta

mempunyai sifat khas dan unit. Oleh itu, amat penting untuk kita mempelajari bahasa tidak

kira apa juga bentuk bahasa itu kerana dengan mempelajari dan memahami setiap system

dalam bahasa itu kita dapat menyampaikan makna dengan lebih berkesan kepada penerima

maklumat yang ingin disampaikan. Dalam bahasa Melayu secara amnya, mempunyai

keunikan yang tersendiri apabila menyentuh berhubung dengan konsep fonologi kerana

melalui pemahaman kita terhadap system fonologi bahasa secara tidak langsung ia turut dapat

memperbaiki dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan

keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin

disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, kita sebagai rakyat

Malaysia yang cintakan bahasa Melayu harus memikul tanggungjawab untuk memartabatkan

bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca supaya dikenali dan boleh diguna pakai oleh

masyarakat dunia.

Page 18: HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/... · PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ... 4.1 Ciri – ciri Suprasegmental

HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU :

HERMAN BIN HASSAN 780206-12-5731

17

BIBLIOGRAFI

1. Asmah Hj Omar, “ Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu”, 1986; Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Kamus Dewan, edisi keempat, 2007 ; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Raja Ali Haji, “Kitab Pengetahuan Bahasa (Transliterasi oleh R. Hamzah)”, 1987;

Department Pendidikan dan Kebudayaan, Pekan Baru.

4. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, “ Kajian Bahasa”, 1986 ; Fajar Bakti,

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

5. Winsted, R.O., et al ,”Ilmu Bahasa Melayu: Penggal 1”, 1927 ; Fraser and Neave,

Singapura.

6. www.ms.wikipedia.org.fonologi_bahasa_melayu.com

7. www.suriangkasa.blogspot.com.fonetikdanfonologi.my